PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 16 1A-1331
  • Nehemia

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nehemia
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Nehemia

NEHEMIA

1 Inilah kata-kata Nehemia*+ anak Hakalia: Pada bulan Kislew* tahun ke-20,* aku berada di kota berkubu* Susan.*+ 2 Pada waktu itu, salah seorang saudaraku, iaitu Hanani,+ datang bersama beberapa orang dari Yehuda. Aku bertanya kepada mereka tentang keadaan di Yerusalem dan keadaan orang Yahudi yang telah dibebaskan daripada tawanan.+ 3 Mereka menjawab, “Orang Yahudi yang tinggal di wilayah itu, iaitu mereka yang dibebaskan daripada tawanan, hidup dalam keadaan yang teruk dan memalukan.+ Tembok-tembok Yerusalem yang roboh masih belum dibina semula,+ dan pintu-pintu gerbangnya yang telah dibakar juga belum dibaiki.”+

4 Sebaik sahaja aku mendengar jawapan mereka, aku duduk dan mula menangis. Selama berhari-hari, aku berkabung, berpuasa,+ dan berdoa kepada Tuhan di syurga. 5 Aku berdoa, “Ya Yehuwa, Tuhan yang di syurga, Engkau Tuhan yang agung dan dihormati. Engkau menepati perjanjian-Mu, dan menunjukkan kasih setia kepada orang yang mengasihi-Mu dan mematuhi hukum-Mu.+ 6 Semoga Engkau menumpukan perhatian dan mendengar doa hamba-Mu hari ini. Siang dan malam,+ aku berdoa kepada-Mu tentang umat-Mu Israel. Sepanjang masa ini, aku mengakui bahawa kami, orang Israel, telah berdosa terhadap-Mu. Ya, aku dan keluarga bapaku telah berdosa terhadap-Mu.+ 7 Kami telah berbuat jahat dan membuat Engkau murka,+ kerana kami tidak mematuhi hukum, peraturan, dan ketetapan yang telah Engkau sampaikan menerusi hamba-Mu Musa.+

8 “Ingatlah apa yang telah Engkau katakan* kepada hamba-Mu, Musa. Engkau telah berfirman, ‘Jika kamu tidak setia kepada-Ku, Aku akan mencerai-beraikan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+ 9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan mematuhi hukum-Ku serta hidup selaras dengannya, Aku akan mengumpulkan kamu+ meskipun kamu telah dicerai-beraikan ke seluruh bumi. Ya, Aku akan membawa kamu ke tempat yang telah Aku pilih untuk memuliakan nama-Ku.’+ 10 Mereka ialah umat-Mu dan hamba-Mu, yang telah Engkau selamatkan* dengan kuasa dan tangan-Mu yang perkasa.+ 11 Ya Yehuwa, dengarlah doa hamba-Mu ini, dan dengarlah doa hamba-hamba-Mu yang ingin menghormati* nama-Mu. Berkatilah segala usaha hamba-Mu hari ini, dan semoga raja berbelas kasihan terhadapku.”+

Pada masa itu, aku bertugas sebagai pengurus minuman raja.+

2 Pada bulan Nisan,* tahun ke-20+ pemerintahan Raja Artahsasta,+ wain dihidangkan kepada raja. Seperti biasa, aku menghidangkan wain itu kepadanya.+ Tetapi sebelum ini, aku tidak pernah berwajah muram di hadapannya. 2 Oleh itu, raja bertanya kepadaku, “Mengapakah kamu kelihatan muram sedangkan kamu tidak sakit? Tentu ada perkara yang menyusahkan hatimu.” Aku menjadi sangat takut pada saat itu.

3 Aku pun menjawab raja, “Daulat tuanku! Bagaimana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikebumikan sudah binasa, dan pintu gerbangnya sudah dijilat api?”+ 4 Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah permintaanmu?” Pada saat itu juga aku berdoa kepada Tuhan di syurga+ 5 lalu menjawab raja, “Jika tuanku berkenan, dan jika hamba menyenangkan hati tuanku, benarkanlah hamba pergi ke Yehuda, ke kota tempat nenek moyang hamba dikebumikan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”+ 6 Pada waktu itu, raja sedang duduk di sisi permaisurinya. Dia berkata kepadaku, “Berapa lamakah perjalananmu itu? Bilakah kamu akan kembali?” Aku pun memberitahu raja bila aku akan kembali,+ dan raja membenarkan aku pergi.+

7 Aku berkata lagi, “Jika tuanku berkenan, berilah hamba surat untuk ditunjukkan kepada gabenor-gabenor di wilayah seberang Sungai Efrat,*+ supaya hamba dapat melalui kawasan mereka dan tiba di Yehuda dengan selamat. 8 Selain itu, berilah hamba surat untuk ditunjukkan kepada Asaf, iaitu penjaga hutan diraja,* agar dia membekalkan kayu balak kepada hamba untuk membina pintu gerbang Kubu+ Rumah Tuhan, tembok-tembok kota,+ dan tempat kediaman hamba.” Maka raja memberikan surat-surat itu kepada aku+ kerana Tuhanku menyertaiku.+

9 Apabila aku berjumpa dengan gabenor-gabenor di wilayah seberang Sungai Efrat, aku memberi mereka surat raja. Raja juga mengutus panglima-panglima tentera dan askar berkuda untuk mengiring aku. 10 Sanbalat+ dari Bet-horon dan Tobia,+ seorang pegawai dari Ammon,+ mendengar tentang hal ini dan mereka sangat marah kerana ada orang yang datang untuk menolong* bangsa Israel.

11 Akhirnya, aku sampai di Yerusalem dan tinggal di sana selama tiga hari. 12 Pada waktu malam, aku bangun dan membawa beberapa orang bersamaku. Aku tidak memberitahu sesiapa pun bahawa Tuhan telah menggerakkan hatiku untuk melakukan sesuatu bagi Yerusalem. Aku tidak membawa binatang lain bersamaku, selain binatang yang aku tunggangi. 13 Aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah+ pada waktu malam. Aku lalu di hadapan Mata Air Ular Besar sehingga aku sampai di Pintu Gerbang Timbunan Abu.+ Aku memeriksa tembok-tembok Yerusalem yang telah runtuh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah dibakar api.+ 14 Kemudian aku lalu di Pintu Gerbang Mata Air+ dan pergi ke Kolam Raja. Kawasan di situ terlalu sempit sehingga binatang yang aku tunggangi tidak dapat melaluinya. 15 Tetapi aku meneruskan perjalanan pada malam itu sehingga aku sampai di sebuah lembah.*+ Aku terus memeriksa tembok kota sehingga aku kembali ke Pintu Gerbang Lembah.

16 Para pembesar+ tidak tahu ke mana aku pergi dan apa yang telah aku lakukan kerana aku belum memberitahu mereka apa-apa pun. Aku juga belum memberitahu apa-apa kepada orang Yahudi, para imam, golongan bangsawan, dan pekerja yang lain. 17 Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Kamu semua tentu sedar betapa teruknya keadaan kita sekarang. Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dibakar api. Marilah kita bina semula tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi dipandang hina.” 18 Setelah itu, aku memberitahu mereka bagaimana Tuhan menyertai aku dan menolong aku.+ Aku juga memberitahu mereka apa yang telah dikatakan oleh raja kepadaku.+ Selepas mendengarnya, mereka berkata, “Marilah kita mulakan kerja pembinaan!” Oleh itu, mereka bersiap sedia untuk memulakan kerja pembinaan itu.+

19 Apabila Sanbalat dari Bet-horon, Tobia,+ seorang pegawai dari Ammon,+ dan Gesyem dari Arab+ mendengar tentang apa yang telah berlaku, mereka mula mengejek kami.+ Mereka menghina kami dengan berkata, “Apa yang sedang kamu lakukan? Adakah kamu hendak memberontak terhadap raja?”+ 20 Aku menjawab, “Kami akan melakukan kerja pembinaan ini. Kami ialah hamba-hamba Tuhan di syurga, dan Dia pasti akan menjayakan usaha kami.+ Tetapi kamu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Yerusalem. Kamu tidak berhak untuk menuntut apa-apa pun, dan kamu tidak akan diingati di kota ini.”+

3 Imam Agung Eliasib+ dan saudara-saudaranya, iaitu imam-imam yang lain, membina Pintu Gerbang Biri-Biri.+ Mereka mentahbiskan pintu+ gerbang itu untuk Tuhan dan memasang daun-daun pintunya. Seterusnya mereka meneruskan pembinaan sampai ke Menara Mea+ dan ke Menara Hananel+ lalu mentahbiskan semuanya untuk Tuhan. 2 Bahagian tembok yang seterusnya dibina oleh orang Yerikho,+ dan bahagian yang seterusnya pula dibina oleh Zakur anak Imri.

3 Keturunan Hasenaa membina Pintu Gerbang Ikan.+ Mereka memasang kayu-kayu pada pintu itu.+ Mereka juga memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. 4 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Meremot+ anak Uria, iaitu cucu Hakoz; bahagian yang seterusnya dibaiki oleh Mesulam+ anak Berekia, iaitu cucu Mesyezabel; dan bahagian yang seterusnya pula dibaiki oleh Zadok anak Baana. 5 Orang Tekoa+ membaiki bahagian tembok yang seterusnya, tetapi pembesar-pembesar mereka enggan bekerja di bawah pengawasan tuan-tuan mereka kerana pembesar-pembesar itu tidak rendah hati.

6 Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besodeya membaiki Pintu Gerbang Kota Lama.+ Mereka memasang kayu-kayu pada pintu itu. Mereka juga memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. 7 Melatia dari Gibeon+ dan Yadon, seorang lelaki Meronot, membaiki bahagian tembok yang seterusnya. Mereka berdua datang dari Gibeon dan Mizpa,+ yang dikuasai oleh gabenor wilayah di seberang Sungai Efrat.*+ 8 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Uziel anak Harhaya, seorang tukang emas; dan bahagian yang seterusnya dibaiki oleh Hanania, seorang pembuat minyak wangi. Mereka membina jalan dari Yerusalem sampai ke Tembok Lebar.+ 9 Refaya anak Hur, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Yerusalem, membaiki bahagian tembok yang seterusnya. 10 Yedaya anak Harumaf membaiki bahagian tembok yang seterusnya, iaitu bahagian yang terletak di hadapan rumahnya; dan bahagian tembok yang seterusnya pula dibaiki oleh Hatus anak Hasabneya.

11 Malkia anak Harim+ dan Hassub anak Pahat-moab+ membaiki bahagian tembok yang lain dan juga Menara Ketuhar.+ 12 Bahagian tembok yang seterusnya pula dibaiki oleh Salum anak Halohes dan anak-anak perempuannya. Salum ialah pemimpin yang menguasai separuh daerah Yerusalem.

13 Hanun dan penduduk Zanoah+ membaiki Pintu Gerbang Lembah.+ Mereka membina semula pintu gerbang itu lalu memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. Mereka juga membaiki tembok sepanjang kira-kira 445 meter* sampai ke Pintu Gerbang Timbunan Abu.+ 14 Malkia anak Rekhab, iaitu pemimpin daerah Bet-hakherem,+ membaiki Pintu Gerbang Timbunan Abu. Dia membina semula pintu gerbang itu lalu memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya.

15 Syalun anak Kolhoze, iaitu pemimpin daerah Mizpa,+ membaiki Pintu Gerbang Mata Air+ dan membina semula pintu gerbang itu dan atapnya. Dia memasang daun pintu, kunci-kuncinya, dan palang-palangnya. Dia juga membaiki tembok di Kolam+ Saluran, dekat Taman Raja,+ sampai ke Tangga+ yang menurun dari Kota Daud.+

16 Nehemia anak Azbuk, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Bet-zur,+ membaiki bahagian tembok di hadapan Tempat Perkuburan Daud+ sampai ke sebuah kolam+ buatan dan Rumah Orang Perkasa.

17 Bahagian-bahagian tembok yang berikut dibaiki oleh orang Lewi: Rehum anak Bani membaiki bahagian tembok yang seterusnya; dan Hasabia, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Kehila,+ mewakili daerahnya untuk membaiki bahagian tembok yang seterusnya. 18 Saudara-saudara mereka membaiki bahagian tembok yang seterusnya. Mereka diketuai oleh Bawai anak Henadad, iaitu pemimpin yang menguasai separuh daerah Kehila.

19 Ezer anak Yeshua,+ iaitu pemimpin Mizpa, membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan lereng yang menuju ke Gudang Senjata di Tiang Penyokong.+

20 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Barukh anak Zabai+ dengan penuh semangat. Dia membaiki bahagian tembok dari Tiang Penyokong sampai ke pintu masuk rumah Imam Agung Eliasib.+

21 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Meremot+ anak Uria, iaitu cucu Hakoz. Dia membaiki bahagian tembok dari pintu masuk rumah Eliasib sampai ke hujung rumah Eliasib.

22 Para imam yang tinggal di daerah Yordan*+ membaiki bahagian tembok yang seterusnya; 23 Benyamin dan Hassub membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan rumah mereka; Azarya anak Maaseya, iaitu cucu Anania, membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang berdekatan rumahnya; 24 dan Binui anak Henadad membaiki bahagian tembok yang seterusnya, dari rumah Azarya sampai ke Tiang Penyokong+ dan sudut tembok.

25 Palal anak Uzai membaiki bahagian tembok yang seterusnya, iaitu di hadapan Tiang Penyokong dan menara yang terletak di Istana Raja,+ yang bahagian atasnya berdekatan Halaman Pengawal;+ dan bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Pedaya anak Paros.+

26 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh hamba-hamba Rumah Tuhan*+ yang tinggal di Ofel.+ Mereka membaiki tembok sehingga Pintu Gerbang Air+ di sebelah barat dan menara yang menganjur keluar dari tembok.

27 Bahagian tembok yang seterusnya, iaitu dari hadapan menara itu sampai ke tembok Ofel, dibaiki oleh orang Tekoa.+

28 Para imam pula membaiki bahagian tembok di atas Pintu Gerbang Kuda,+ iaitu bahagian tembok yang terletak di hadapan rumah mereka.

29 Zadok+ anak Imer membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan rumahnya.

Bahagian tembok yang seterusnya pula dibaiki oleh Semaya anak Sekania, iaitu penjaga Pintu Gerbang Timur.+

30 Bahagian tembok yang seterusnya dibaiki oleh Hanun, iaitu anak lelaki keenam Zalaf, dan Hanania anak Syelemia.

Mesulam+ anak Berekia pula membaiki bahagian tembok yang seterusnya, yang terletak di hadapan rumahnya.*

31 Malkia, iaitu ahli persatuan tukang emas, membaiki bahagian tembok yang seterusnya, sampai ke tempat tinggal hamba-hamba Rumah Tuhan+ dan rumah para pedagang, iaitu di hadapan Pintu Gerbang Pemeriksaan, dan sehingga sudut tembok yang mempunyai sebuah bilik di atas bumbung.

32 Bahagian tembok yang seterusnya, dari sudut tembok itu sampai ke Pintu Gerbang Biri-Biri,+ dibaiki oleh para tukang emas dan para pedagang.

4 Sebaik sahaja Sanbalat+ mendengar bahawa kami sedang membina semula tembok itu, dia tidak senang hati.* Dia sangat marah dan asyik menghina orang Yahudi. 2 Dia berkata di hadapan rakan-rakannya dan tentera Samaria, “Apakah yang sedang dilakukan oleh orang Yahudi yang lemah ini? Mampukah mereka menyiapkan kerja pembinaan ini tanpa bantuan? Adakah mereka akan mempersembahkan korban dan menyelesaikan kerja ini dalam masa satu hari? Dapatkah mereka membuat batu binaan daripada timbunan reruntuhan yang sudah dibakar menjadi abu?”+

3 Tobia,+ orang Ammon+ yang berdiri di sebelah Sanbalat, berkata, “Kalau seekor rubah* memanjat tembok batu yang didirikan oleh mereka, tembok itu pasti akan roboh!”

4 Kemudian Nehemia berkata, “Ya Tuhan, dengarlah doa kami kerana mereka telah menghina kami!+ Biarlah hinaan mereka itu menimpa diri mereka sendiri.+ Biarlah mereka menjadi seperti barang rampasan lalu dibawa ke negeri lain sebagai tawanan. 5 Janganlah lupakan kesalahan mereka atau mengampunkan dosa mereka+ kerana mereka telah menghina orang yang sedang membina tembok ini.”

6 Oleh itu, kami terus membina tembok itu sehingga bahagian-bahagian tembok itu disambung menjadi satu dan tembok itu mencapai setengah ketinggiannya. Semua orang terus bekerja dengan sepenuh hati.

7 Sebaik sahaja Sanbalat, Tobia,+ orang Arab,+ orang Ammon, dan orang Asdod+ mendengar bahawa kerja membaiki tembok Yerusalem berjalan dengan lancar dan lubang-lubang tembok itu mula ditutup, mereka menjadi sangat marah. 8 Mereka bersubahat untuk pergi ke Yerusalem dan menyerang orang di situ dan menimbulkan kekacauan. 9 Tetapi kami berdoa kepada Tuhan kami dan menempatkan pengawal untuk menjaga kota itu siang dan malam.

10 Biarpun begitu, orang Yehuda berkata, “Timbunan reruntuhan masih banyak, tetapi para pemikul beban semakin lemah. Kami tidak berdaya membina tembok ini.”

11 Musuh-musuh kami juga asyik berkata, “Kami akan menyerang mereka sebelum mereka nampak kami atau mengetahui apa yang sedang berlaku. Kami akan membunuh mereka dan menghentikan kerja pembinaan itu.”

12 Selain itu, orang Yahudi yang tinggal berhampiran dengan musuh kami datang dan memberitahu kami berkali-kali,* “Mereka akan menyerang kamu dari semua arah.”

13 Maka aku menempatkan pengawal di belakang tembok, iaitu di bahagian tembok yang terendah dan terdedah. Aku menempatkan mereka menurut keluarga masing-masing, dan mereka berkawal di tempat mereka dengan pedang, tombak, dan busur. 14 Apabila aku nampak bahawa semua orang berasa takut, aku segera pergi kepada para bangsawan,+ para pembesar, dan rakyat yang lain. Aku berkata, “Janganlah takut akan musuh!+ Ingatlah, Yehuwa ialah Tuhan yang agung dan yang dihormati!+ Berjuanglah demi saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan kampung halaman kamu!”

15 Kami mengetahui rancangan musuh-musuh kami, dan Tuhan yang benar telah menggagalkan rancangan mereka itu. Oleh itu, kami semua meneruskan kerja pembinaan tembok. 16 Sejak hari itu, setengah daripada anak buahku bekerja,+ dan setengah lagi berkawal dengan memakai baju perang dan memegang tombak, perisai, dan busur. Para pemimpin+ berdiri di belakang orang Yehuda 17 yang membina tembok. Para pemikul beban pula mengangkat beban hanya dengan satu tangan kerana tangan yang lain membawa senjata. 18 Selain itu, setiap orang yang membina tembok mengikat sebilah pedang pada pinggang semasa bekerja, dan orang yang ditugaskan untuk meniup trompet tanduk+ berdiri di sisiku.

19 Kemudian aku berkata kepada para bangsawan, pembesar, dan rakyat yang lain, “Kita masih ada banyak kerja dan kawasan pembinaan kita sangat luas. Kita bekerja jauh daripada satu sama lain. 20 Jadi apabila kamu mendengar bunyi trompet tanduk, segeralah berkumpul di sekelilingku. Tuhan kita akan berjuang untuk kita.”+

21 Demikianlah kami terus bekerja dari fajar menyingsing sehingga bintang-bintang kelihatan di langit. Separuh daripada kami membina tembok, dan separuh lagi memegang tombak. 22 Pada masa itu, aku berkata kepada mereka, “Setiap orang haruslah bermalam di dalam kota Yerusalem bersama pembantunya. Mereka akan bekerja pada siang hari dan mengawal kota pada malam hari.” 23 Oleh itu, aku, saudara-saudaraku, pembantuku,+ dan semua pengawal yang mengiringiku tidak pernah menanggalkan pakaian kami, dan tangan kanan kami juga sentiasa memegang senjata.

5 Banyak orang Yahudi dan isteri mereka bersungut tentang saudara-saudara mereka yang juga berbangsa Yahudi.+ 2 Ada yang berkata, “Kami ada banyak anak. Kami memerlukan bijirin supaya kami dapat makan dan terus hidup.” 3 Yang lain berkata, “Kami menggadaikan ladang, kebun anggur, dan rumah kami untuk mendapatkan bijirin semasa kami kekurangan makanan.” 4 Ada lagi yang berkata, “Kami terpaksa memajak ladang dan kebun anggur kami untuk membayar cukai yang dikenakan oleh raja.+ 5 Darah yang mengalir di dalam tubuh kami sama dengan darah yang mengalir di dalam tubuh saudara-saudara kami. Anak-anak kami sama dengan anak-anak mereka. Jadi mengapakah kami terpaksa membiarkan anak-anak kami menjadi hamba? Bahkan ada beberapa orang anak perempuan kami sudah menjadi hamba.+ Tetapi kami tidak terdaya berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”

6 Setelah aku mendengar sungutan dan kata-kata mereka, aku menjadi sangat marah. 7 Aku berfikir panjang tentang hal ini lalu aku menegur tindakan golongan bangsawan dan para pembesar. Aku berkata kepada mereka, “Setiap orang daripada kamu telah mengenakan faedah yang sangat tinggi terhadap saudara-saudara kamu.”+

Kemudian aku mengadakan satu perhimpunan untuk menangani masalah ini. 8 Aku berkata kepada mereka, “Saudara-saudara kita yang berbangsa Yahudi telah dijual kepada bangsa-bangsa lain, tetapi kami telah berusaha sedaya upaya untuk menebus mereka kembali. Kini kamu pula yang menjual saudara-saudara kamu sendiri,+ dan haruskah kami menebus mereka sekali lagi?” Mereka berdiam diri sahaja dan tidak dapat menjawab apa-apa pun. 9 Aku berkata lagi, “Perbuatan kamu itu salah! Kamu patut takut dan hormat kepada Tuhan.+ Dengan demikian, musuh-musuh kita, iaitu bangsa-bangsa lain, tidak dapat menghina kita. 10 Aku sendiri, saudara-saudaraku, dan para pembantuku pun meminjamkan wang dan bijirin kepada mereka. Marilah kita memberikan pinjaman kepada mereka tanpa mengenakan faedah.+ 11 Kembalikanlah ladang,+ kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka. Kembalikanlah juga faedah* yang telah kamu kenakan atas wang, bijirin, wain baharu, dan minyak yang telah kamu pinjamkan kepada mereka.”

12 Golongan bangsawan dan para pembesar pun menjawab, “Kami akan mengembalikan semuanya kepada mereka, dan tidak akan menuntut apa-apa daripada mereka. Kami akan ikut segala arahan yang telah kamu berikan.” Maka aku memanggil para imam dan menyuruh saudara-saudaraku bersumpah bahawa mereka akan menepati janji mereka. 13 Selepas itu, aku mengebas pakaianku dan berkata, “Beginilah caranya Tuhan yang benar akan mengebas setiap orang dalam kalangan kamu yang tidak menepati janjinya. Tuhan akan mengambil rumahnya dan harta miliknya sehingga orang itu tidak mempunyai apa-apa lagi.” Semua orang* berkata, “Amin!”* lalu mereka memuji Yehuwa. Mereka semua menepati janji mereka.

14 Sejak hari aku dilantik menjadi gabenor+ negeri Yehuda, iaitu dari tahun ke-20 pemerintahan+ Raja Artahsasta+ sampai tahun ke-32 pemerintahannya,+ ya, selama 12 tahun, aku dan saudara-saudaraku tidak pernah makan makanan yang diperuntukkan kepada aku sebagai gabenor.+ 15 Tetapi gabenor-gabenor sebelum aku telah membebani rakyat kerana mereka menuntut 40 syekel* perak untuk roti dan wain setiap hari. Pembantu-pembantu mereka juga menindas rakyat. Tetapi aku tidak berbuat demikian+ kerana aku takut kepada Tuhan.+

16 Selain itu, aku membantu dalam kerja pembinaan tembok dan semua pembantuku juga berkumpul di tembok untuk bekerja, tetapi kami tidak menuntut sebidang tanah pun.+ 17 Di samping itu, terdapat 150 orang Yahudi dan pembesar yang makan di mejaku. Selain mereka, terdapat juga para tetamu dari negeri-negeri lain. 18 Setiap hari, seekor lembu jantan, enam ekor biri-biri yang terbaik, dan burung-burung disediakan untuk aku.* Setiap 10 hari kami menikmati pelbagai jenis wain yang berlimpah-limpah. Meskipun demikian, aku tidak meminta makanan yang diperuntukkan untuk gabenor kerana tanggungan rakyat sudah cukup berat. 19 Ya Tuhanku, berkatilah aku dan janganlah lupakan aku, kerana aku telah melakukan banyak perkara untuk semua rakyat ini.+

6 Sanbalat, Tobia,+ dan Gesyem, seorang lelaki Arab,+ serta musuh-musuh kami yang lain mendapat berita bahawa aku telah membina semula tembok Yerusalem+ dan menutup semua lubang di tembok itu. (Pada masa itu, aku belum memasangkan daun pintu pada pintu-pintu gerbang.)+ 2 Maka Sanbalat dan Gesyem mengirim pesanan berikut kepadaku dengan segera: “Marilah kita buat temu janji untuk berjumpa di perkampungan yang terletak di Dataran Ono.”+ Namun aku tahu bahawa mereka merancang untuk mencelakakan aku. 3 Oleh itu, aku menghantar utusan kepada mereka untuk menyampaikan pesanan ini: “Aku sedang menjalankan kerja yang penting, jadi aku tidak dapat berjumpa dengan kamu. Mengapa aku harus berhenti melakukan kerja ini dan datang berjumpa dengan kamu?” 4 Mereka mengirim pesanan yang sama kepada aku sebanyak empat kali, dan aku pun memberi mereka jawapan yang sama setiap kali.

5 Kemudian, Sanbalat mengutus pembantunya kepadaku buat kali kelima dengan pesanan yang sama. Tetapi kali ini, pembantunya juga membawa sepucuk surat yang terbuka. 6 Demikianlah kandungan surat itu: “Ada khabar angin yang tersebar dalam kalangan bangsa-bangsa lain bahawa kamu dan orang Yahudi sedang merancang untuk memberontak.+ Bahkan Gesyem+ juga mengatakan hal yang sama. Itulah sebabnya kamu membina semula tembok itu. Selain itu, aku juga mendengar bahawa kamu akan menjadi raja mereka, 7 dan kamu melantik nabi-nabi untuk mengumumkan di seluruh Yerusalem bahawa Yehuda mempunyai seorang raja. Hal-hal ini pasti akan diketahui oleh raja. Jadi marilah kita berjumpa dan berbincang tentangnya.”

8 Aku mengirim jawapan berikut kepadanya: “Semua yang kamu katakan itu langsung tidak benar. Kamu sendiri yang mereka-reka cerita itu.” 9 Mereka mencuba menakut-nakutkan kami. Mereka berkata sesama sendiri, “Tangan mereka akan menjadi lemah, dan kerja ini pasti tergendala.”+ Oleh itu, aku berdoa, “Ya Tuhan, kuatkanlah tanganku.”+

10 Kemudian aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya, iaitu cucu Mehetabel, kerana dia tidak dapat meninggalkan rumahnya. Semaya berkata kepadaku, “Marilah kita buat temu janji untuk berjumpa di rumah Tuhan yang benar. Kita akan masuk ke dalam rumah itu lalu menutup pintu-pintunya kerana ada orang yang akan datang untuk membunuh kamu. Mereka akan datang pada waktu malam untuk membunuh kamu.” 11 Aku pun menjawabnya, “Haruskah seseorang seperti aku melarikan diri? Bolehkah seseorang seperti aku masuk ke dalam Rumah Tuhan dan terus hidup?+ Aku tidak akan pergi!” 12 Tetapi kemudiannya aku sedar bahawa Semaya tidak diutus oleh Tuhan. Sebenarnya Tobia dan Sanbalat+ telah mengupah dia untuk menyampaikan nubuat palsu itu kepadaku. 13 Mereka juga mengupah dia untuk menakut-nakutkan aku dan membuat aku berdosa. Dengan demikian, mereka akan mendapat peluang untuk memburukkan namaku dan memalukan aku.

14 Maka aku berdoa, “Ya Tuhanku, ingatlah akan Tobia+ dan Sanbalat serta apa yang telah dilakukan oleh mereka. Ingatlah juga akan Noadia, iaitu nabi wanita itu, dan nabi-nabi lain yang sering kali mencuba menakut-nakutkan aku.”

15 Demikianlah tembok itu siap dibina pada hari ke-25 bulan Elul,* iaitu dalam masa 52 hari.

16 Sebaik sahaja musuh-musuh kami mendengar tentang hal ini dan semua bangsa di sekeliling kami menyaksikannya dengan mata mereka sendiri, mereka berasa sangat malu.+ Mereka sedar bahawa kerja pembinaan kami dilakukan dengan pertolongan Tuhan. 17 Pada waktu itu, golongan bangsawan+ di Yehuda mengirim banyak surat kepada Tobia, dan Tobia juga membalas surat-surat mereka. 18 Ramai penduduk Yehuda berpihak kepada Tobia kerana dia ialah menantu Sekania anak Arah.+ Selain itu, anak Tobia, iaitu Yehohanan, telah berkahwin dengan anak perempuan Mesulam+ anak Berekia. 19 Penduduk Yehuda juga selalu memuji Tobia di hadapanku, dan melaporkan kepadanya kata-kataku. Kemudian Tobia akan mengirim surat untuk menakut-nakutkan aku.+

7 Sebaik sahaja tembok itu selesai dibina,+ aku memasang daun-daun pintu gerbang.+ Kemudian para penjaga pintu gerbang,+ para penyanyi,+ dan orang Lewi+ dilantik untuk menjalankan tugas mereka. 2 Selepas itu, aku memilih saudaraku Hanani+ untuk mengurus kota Yerusalem. Dia dibantu oleh Hanania, seorang ketua Kubu,+ kerana Hanania ialah seorang lelaki yang dapat dipercayai, dan dia lebih takut kepada Tuhan+ berbanding dengan orang lain. 3 Oleh itu, aku berkata kepada mereka, “Pintu gerbang Yerusalem hanya boleh dibuka selepas hari mula panas. Semasa para penjaga pintu gerbang berkawal, mereka harus menutup pintu gerbang dan memasang palangnya. Lantiklah beberapa orang penduduk Yerusalem menjadi pengawal dan tugaskan sebilangan daripada mereka di tempat yang tertentu dan sebilangan lagi di depan rumah masing-masing.” 4 Kota Yerusalem besar dan lapang, tetapi penduduknya tidak ramai,+ dan banyak rumah di situ belum dibina semula.

5 Tuhan menggerakkan hatiku untuk mengumpulkan golongan bangsawan, para pembesar, dan rakyat yang lain, lalu aku mendaftarkan mereka menurut salasilah keluarga mereka.+ Kemudian aku menjumpai buku salasilah keluarga orang yang mula-mula kembali daripada pembuangan. Inilah kandungan buku itu:

6 Berikut merupakan orang* yang kembali daripada pembuangan. Mereka telah dibawa sebagai tawanan ke Babilon oleh Raja Nebukadnezar,+ dan kini mereka dan keturunan mereka kembali ke kota masing-masing di Yerusalem dan Yehuda.+ 7 Mereka kembali bersama Zerubabel,+ Yeshua,+ Nehemia, Azarya, Raamia, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baanah.

Inilah bilangan lelaki Israel yang kembali daripada pembuangan:+ 8 Keluarga Paros, 2,172 orang; 9 keluarga Shefatiya, 372 orang; 10 keluarga Arah,+ 652 orang; 11 keluarga Pahat-moab+ (daripada keturunan Yeshua dan Yoab),+ 2,818 orang; 12 keluarga Elam,+ 1,254 orang; 13 keluarga Zatu, 845 orang; 14 keluarga Zakai, 760 orang; 15 keluarga Binui, 648 orang; 16 keluarga Bebai, 628 orang; 17 keluarga Azgad, 2,322 orang; 18 keluarga Adonikam, 667 orang; 19 keluarga Bigwai, 2,067 orang; 20 keluarga Adin, 655 orang; 21 keluarga Ater (daripada Hizkia), 98 orang; 22 keluarga Hasum, 328 orang; 23 keluarga Bezai, 324 orang; 24 keluarga Harif, 112 orang; 25 keluarga Gibeon,+ 95 orang; 26 penduduk Betlehem dan Netofa, 188 orang; 27 penduduk Anatot,+ 128 orang; 28 penduduk Beth-azmawet, 42 orang; 29 penduduk Kiryat-yearim,+ Kefira, dan Beerot,+ 743 orang; 30 penduduk Rama dan Geba,+ 621 orang; 31 penduduk Mikhmas,+ 122 orang; 32 penduduk Bethel+ dan Ai,+ 123 orang; 33 penduduk Nebo yang lain, 52 orang; 34 keluarga seorang lagi lelaki yang bernama Elam, 1,254 orang; 35 keluarga Harim, 320 orang; 36 penduduk Yerikho, 345 orang; 37 penduduk Lod, Hadid, dan Ono,+ 721 orang; 38 dan penduduk* Senaa, 3,930 orang.

39 Inilah bilangan imam yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Yedaya (daripada keluarga Yeshua), 973 orang; 40 keluarga Imer, 1,052 orang; 41 keluarga Pasyhur,+ 1,247 orang; 42 dan keluarga Harim,+ 1,017 orang.

43 Inilah bilangan orang Lewi yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Yeshua, daripada Kadmiel,+ daripada keluarga Hodewa, 74 orang. 44 Inilah bilangan penyanyi yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Asaf,+ 148 orang. 45 Inilah bilangan pengawal pintu gerbang yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Salum, keluarga Ater, keluarga Talmon, keluarga Akub,+ keluarga Hatita, dan keluarga Sobai, 138 orang.

46 Inilah hamba-hamba Rumah Tuhan* yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Ziha, keluarga Hasufa, keluarga Tabaot, 47 keluarga Keros, keluarga Sia, keluarga Padon, 48 keluarga Lebana, keluarga Hagaba, keluarga Salmai, 49 keluarga Hanan, keluarga Gidel, keluarga Gahar, 50 keluarga Reaya, keluarga Rezin, keluarga Nekoda, 51 keluarga Gazam, keluarga Uza, keluarga Paseah, 52 keluarga Besai, keluarga Meunim, keluarga Nefusesim, 53 keluarga Bakbuk, keluarga Hakufa, keluarga Harhur, 54 keluarga Bazlit, keluarga Mehida, keluarga Harsa, 55 keluarga Barkos, keluarga Sisera, keluarga Temah, 56 keluarga Neziah, dan keluarga Hatifa.

57 Inilah keluarga hamba-hamba Salomo yang kembali ke Yerusalem:+ Keluarga Sotai, keluarga Soferet, keluarga Perida, 58 keluarga Yaala, keluarga Darkon, keluarga Gidel, 59 keluarga Shefatiya, keluarga Hatil, keluarga Pokheret-hazebaim, dan keluarga Amon. 60 Semua hamba Rumah Tuhan+ dan semua keluarga hamba-hamba Salomo berjumlah 392 orang.

61 Orang yang datang dari Tel-melah, Tel-harsa, Kerub, Adon, dan Imer telah kembali ke Yerusalem. Tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa puak dan asal usul mereka daripada keturunan Israel. Mereka terdiri daripada+ 62 keluarga Delaya, keluarga Tobia, dan keluarga Nekoda. Mereka semua berjumlah 642 orang. 63 Inilah imam-imam yang kembali ke Yerusalem: Keluarga Habaya, keluarga Hakoz,+ dan keluarga Barzilai. (Barzilai telah berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Barzilai+ dari Gilead, dan mengambil nama keluarga isterinya.) 64 Tetapi mereka semua tidak dapat mencari catatan yang dapat membuktikan salasilah keluarga mereka. Oleh itu, mereka tidak layak berkhidmat sebagai imam.*+ 65 Gabenor*+ memberitahu mereka bahawa selepas seorang imam meminta petunjuk Tuhan dengan menggunakan Urim dan Tumim,*+ barulah mereka boleh makan makanan yang dianggap suci.+

66 Mereka semua* berjumlah 42,360 orang.+ 67 Tambahan lagi, mereka mempunyai 7,337 orang hamba lelaki dan wanita,+ dan 245 orang penyanyi lelaki dan wanita.+ 68 Mereka juga mempunyai 736 ekor kuda, 245 ekor baghal, 69 435 ekor unta, dan 6,720 ekor keldai.

70 Beberapa orang ketua puak memberikan sumbangan untuk kerja pembinaan.+ Gabenor* telah memberikan kira-kira 8 kilogram emas,* 50 buah mangkuk, dan 530 helai jubah imam sebagai sumbangan untuk tabung pembinaan.+ 71 Beberapa orang ketua puak juga memasukkan sumbangan ke dalam tabung pembinaan. Mereka telah memberikan 168 kilogram* emas dan 1,254 kilogram* perak. 72 Rakyat yang lain pula memberikan 168 kilogram emas, 1,140 kilogram* perak, dan 67 helai jubah imam.

73 Para imam, orang Lewi, penjaga pintu gerbang, para penyanyi,+ hamba-hamba Rumah Tuhan, dan orang lain tinggal di kota masing-masing.+ Demikianlah semua orang Israel tinggal di kota-kota mereka.+ Hal ini berlaku pada bulan ketujuh.+

8 Semua orang berkumpul di tempat awam di hadapan Pintu Gerbang Air+ dengan satu matlamat. Mereka menyuruh Ezra,+ jurutulis* itu, untuk mengambil kitab yang mengandungi Hukum Musa,+ iaitu hukum yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada orang Israel.+ 2 Maka pada hari pertama bulan ketujuh,+ Ezra membawa Hukum itu ke hadapan orang yang berkumpul di situ.+ Mereka terdiri daripada lelaki, wanita, dan semua orang yang dapat mendengar dan memahami Hukum itu. 3 Ezra berdiri di tempat awam di hadapan Pintu Gerbang Air dan membaca Hukum itu dengan suara yang lantang+ dari subuh sehingga tengah hari. Lelaki, wanita, dan semua orang yang dapat memahami Hukum itu mendengar dengan penuh perhatian+ sepanjang masa Ezra membacanya. 4 Ezra, jurutulis* itu, berdiri di atas pentas kayu yang dibina khas untuk peristiwa itu. Matitia, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya berdiri di sebelah kanannya, manakala Pedaya, Misael, Malkia,+ Hasum, Has-badana, Zakharia, dan Mesulam berdiri di sebelah kirinya.

5 Pentas tempat Ezra berdiri lebih tinggi daripada semua orang, sehingga mereka dapat melihat Ezra membuka kitab itu. Sebaik sahaja dia berbuat demikian, mereka semua berdiri. 6 Kemudian dia memuji Yehuwa, Tuhan yang agung dan benar. Mereka semua pun mengangkat tangan dan berkata, “Amin!* Amin!”+ Kemudian mereka membongkok dan bersujud kepada Yehuwa. 7 Orang Lewi, iaitu Yeshua, Bani, Syerebia,+ Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad,+ Hanan, dan Pelaya, menjelaskan Hukum itu kepada rakyat+ yang sedang berdiri di situ. 8 Mereka terus membaca Hukum Tuhan yang benar dengan suara yang kuat. Di samping itu, mereka juga menghuraikan dan menjelaskannya dengan teliti supaya rakyat dapat memahami apa yang sedang dibacakan.+

9 Semua orang itu menangis setelah mereka mendengar Hukum itu dibacakan. Maka Nehemia, iaitu gabenor* pada masa itu, dan Ezra,+ iaitu imam dan jurutulis* itu, serta orang Lewi yang sedang mengajar rakyat berkata kepada mereka semua, “Hari ini hari yang suci untuk Yehuwa, Tuhan kamu.+ Janganlah berkabung atau menangis.” 10 Nehemia berkata kepada mereka, “Pergilah dan makanlah makanan yang terbaik. Minumlah apa yang manis. Kongsilah makanan+ kamu dengan mereka yang tidak mempunyai makanan. Hari ini ialah hari suci untuk Tuan kita, jadi janganlah bersedih kerana sukacita daripada Yehuwa akan menguatkan* kamu.” 11 Orang Lewi menenangkan hati rakyat dengan berkata, “Janganlah menangis! Hari ini ialah hari suci. Janganlah kamu semua bersedih.” 12 Maka segenap rakyat itu pun pergi untuk makan dan minum. Mereka juga berkongsi makanan dengan orang lain. Mereka sangat gembira+ kerana mereka memahami penjelasan yang telah diberikan kepada mereka.+

13 Pada hari kedua, ketua-ketua puak seluruh rakyat Israel, para imam, dan orang Lewi berkumpul di sekeliling Ezra, jurutulis* itu, supaya mereka dapat lebih memahami apa yang tercatat dalam Hukum itu. 14 Menurut hukum yang diberikan oleh Yehuwa melalui Musa, mereka mendapati bahawa orang Israel perlu tinggal di dalam pondok-pondok* semasa mereka menyambut perayaan pada bulan ketujuh.+ 15 Mereka juga perlu mengumumkan+ perintah berikut di semua kota dan di seluruh Yerusalem: “Pergilah ke kawasan pergunungan, dan bawalah dahan-dahan daripada pokok zaitun, pokok pain, pokok mirtel, pokok palma, dan pokok-pokok lain, lalu dirikanlah pondok menurut apa yang tertulis.”

16 Oleh itu, mereka semua pergi mengambil dahan-dahan dan mendirikan pondok di atas bumbung rumah mereka, di halaman rumah mereka, di halaman rumah Tuhan yang benar,+ di tempat awam dekat Pintu Gerbang Air,+ dan di tempat awam dekat Pintu Gerbang Efraim.+ 17 Demikianlah semua orang* yang telah kembali daripada pembuangan mendirikan pondok-pondok dan tinggal di situ. Mereka berasa sangat gembira kerana mereka tidak pernah menyambut perayaan itu dengan cara sedemikian sejak zaman Yosua+ anak Nun.+ 18 Dari hari pertama perayaan itu sehingga hari terakhir, Hukum Tuhan yang benar dibacakan setiap hari.+ Mereka menyambut perayaan itu selama tujuh hari, dan pada hari kelapan, sebuah perhimpunan suci diadakan sesuai dengan apa yang tercatat dalam Hukum.+

9 Pada hari ke-24 bulan ketujuh, orang Israel berkumpul. Mereka berpuasa, memakai kain guni, dan menghamburkan tanah ke atas diri mereka.+ 2 Kemudian orang Israel memisahkan diri daripada semua orang yang berbangsa asing.+ Mereka berdiri dan mengakui dosa mereka dan dosa bapa mereka.+ 3 Mereka berdiri di tempat masing-masing dan membaca Hukum Yehuwa,+ Tuhan mereka, dengan suara yang kuat selama tiga jam.* Selama tiga jam yang berikutnya mereka mengakui dosa mereka dan bersujud kepada Yehuwa, Tuhan mereka.

4 Yeshua, Bani, Kadmiel, Syebania, Buni, Syerebia,+ Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas+ yang disediakan untuk orang Lewi, lalu mereka berseru kepada Yehuwa, Tuhan mereka, dengan suara yang lantang. 5 Kemudian orang Lewi, iaitu Yeshua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Syerebia, Hodia, Syebania, dan Petahia, berkata, “Bangunlah dan pujilah Yehuwa, Tuhan kamu, buat selama-lamanya.+ Ya Tuhan, biarlah mereka memuji nama agung-Mu yang lebih mulia daripada segala berkat dan pujian!

6 “Hanya Engkaulah Yehuwa.+ Engkau telah menjadikan langit, ya, seluruh langit dan angkatan tenteranya.* Engkau telah menciptakan bumi dan laut serta segala isinya. Engkau memelihara semua benda hidup, dan angkatan tentera langit bersujud kepada-Mu. 7 Engkaulah Yehuwa, Tuhan yang benar, yang telah memilih Abram+ dan membawanya keluar dari Ur,+ kota orang Kasdim, lalu mengubah namanya menjadi Abraham.+ 8 Engkau mendapati bahawa dia* setia kepada-Mu.+ Maka Engkau membuat perjanjian dengannya. Engkau berjanji untuk memberikan tanah orang Kanaan, orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Yebus, dan orang Girgashi kepada dia dan keturunannya.+ Engkau menepati janji-Mu itu kerana Engkau Tuhan yang benar.

9 “Engkau nampak nenek moyang kami menderita di Mesir,+ dan Engkau mendengar seruan mereka di Laut Merah. 10 Kemudian Engkau memberikan tanda dan melakukan mukjizat untuk menghukum Firaun,* semua pegawainya, dan semua rakyat di negerinya,+ kerana mereka telah menindas* umat-Mu.+ Dengan demikian, Engkau telah membuat nama-Mu masyhur sehingga hari ini.+ 11 Engkau membelah air laut di hadapan umat-Mu supaya mereka dapat berjalan melintasi dasar laut yang kering.+ Engkau melemparkan musuh yang mengejar mereka ke dalam laut yang dalam, seperti menghumban batu ke dalam laut yang bergelora.+ 12 Pada siang hari, Engkau memimpin mereka dengan tiang awan. Pada malam hari, Engkau menerangi jalan yang harus ditempuh oleh mereka dengan tiang api.+ 13 Engkau turun ke Gunung Sinai+ dan berfirman kepada mereka dari syurga.+ Engkau memberi mereka peraturan yang adil, hukum yang dapat dipercayai,* dan perintah serta arahan yang baik.+ 14 Engkau mengajar mereka untuk merayakan hari Sabat yang suci,+ dan melalui hamba-Mu Musa, Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintah. 15 Engkau memberi mereka roti dari syurga apabila mereka lapar,+ dan mengeluarkan air dari bukit batu apabila mereka dahaga.+ Engkau menyuruh mereka untuk pergi dan menakluki tanah itu kerana Engkau telah bersumpah untuk memberikan tanah itu kepada mereka.

16 “Tetapi mereka, iaitu nenek moyang kami, bertindak dengan angkuh.+ Mereka keras kepala+ dan enggan mematuhi hukum-hukum-Mu. 17 Mereka langsung tidak mahu mendengar.+ Meskipun Engkau telah melakukan banyak perbuatan yang menakjubkan di hadapan mereka, mereka masih melupakan semua perbuatan-Mu itu. Mereka menjadi degil dan telah melantik seorang ketua untuk membawa mereka kembali ke Mesir dan menjadi hamba semula.+ Tetapi Engkau Tuhan yang sedia mengampuni, penuh rahmat, berbelas kasihan, tidak cepat marah, melimpah dengan kasih yang setia,+ dan Engkau tidak meninggalkan mereka.+ 18 Biarpun mereka membuat sebuah patung anak lembu untuk diri mereka dan berkata, ‘Inilah Tuhan kita yang membawa kita keluar dari Mesir,’+ dan melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau, 19 Engkau masih menunjukkan belas kasihan dan tidak meninggalkan mereka di padang belantara.+ Tiang awan-Mu tidak meninggalkan mereka dan terus memimpin perjalanan mereka pada siang hari, dan tiang api-Mu juga terus menerangi jalan yang harus ditempuh oleh mereka pada malam hari.+ 20 Selain itu, Engkau mengurniakan kuasa suci-Mu* kepada mereka supaya mereka mendapat pemahaman.+ Engkau terus memberi mereka manna,+ dan memberi mereka air apabila mereka haus.+ 21 Selama 40 tahun, Engkau memberi mereka makanan di padang belantara.+ Mereka tidak kekurangan apa-apa pun. Pakaian mereka tidak koyak,+ dan kaki mereka tidak bengkak.

22 “Engkau membahagikan tanah milik kerajaan dan bangsa-bangsa, lalu memberikannya kepada mereka satu demi satu.+ Dengan demikian, mereka menakluki tanah Sihon,+ iaitu tanah raja Hesybon,+ dan tanah Raja Og+ dari Basan. 23 Engkau memberi mereka keturunan yang banyak seperti bintang di langit.+ Kemudian Engkau membawa mereka ke tanah yang telah Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka, dan membiarkan mereka menduduki tanah itu dan menaklukinya.+ 24 Oleh itu, keturunan mereka masuk ke negeri itu dan menaklukinya.+ Engkau mengalahkan orang Kanaan,+ iaitu penduduk negeri itu, di hadapan umat-Mu, lalu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan umat-Mu, dan membenarkan umat-Mu memperlakukan raja dan penduduk negeri itu dengan sesuka hati. 25 Umat-Mu menawan kota-kota berkubu+ dan menduduki tanah yang subur.+ Mereka juga mendapat rumah yang penuh dengan pelbagai jenis barang yang baik, perigi yang sudah digali, kebun anggur, kebun zaitun,+ dan banyak sekali pokok buah-buahan. Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk, dan mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.

26 “Namun mereka tidak patuh, malah memberontak terhadap-Mu+ dan mengabaikan* Hukum-Mu. Engkau telah mengutus nabi-nabi untuk memberi mereka amaran dan menyuruh mereka kembali kepada-Mu, tetapi mereka membunuh semua nabi itu. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau.+ 27 Oleh itu, Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh+ dan membiarkan mereka terus ditindas.+ Apabila mereka ditindas, mereka berseru kepada-Mu, dan Engkau mendengar seruan mereka dari syurga. Kerana Engkau sangat berbelas kasihan, Engkau mengutus para penyelamat untuk membebaskan mereka daripada tangan musuh-musuh mereka.+

28 “Tetapi sebaik sahaja mereka hidup aman, mereka melakukan perbuatan yang jahat di depan mata-Mu lagi.+ Maka Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh dan membiarkan mereka ditakluki.*+ Kemudian mereka akan kembali kepada-Mu dan meminta tolong,+ dan Engkau akan mendengar dari syurga. Engkau menyelamatkan mereka berulang kali kerana Engkau sangat berbelas kasihan.+ 29 Meskipun Engkau memberikan amaran kepada mereka dan menyuruh mereka mematuhi Hukum-Mu, mereka tetap bertindak dengan angkuh dan enggan mendengar perintah-perintah-Mu.+ Mereka berdosa kerana mereka melanggar peraturan-Mu. Biarpun peraturan-Mu dapat memberikan hidup kepada sesiapa sahaja yang mematuhinya,+ mereka berpaling daripada-Mu,* bersikap keras kepala, dan tidak mahu mendengar. 30 Engkau bersabar terhadap mereka+ selama bertahun-tahun dan terus memberikan amaran kepada mereka melalui nabi-nabi-Mu yang dipimpin oleh kuasa suci-Mu. Tetapi mereka enggan mendengar. Akhirnya Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa lain.+ 31 Namun Engkau sangat berbelas kasihan dan tidak melenyapkan mereka.+ Engkau Tuhan yang murah hati dan suka mengampuni,+ maka Engkau tidak meninggalkan mereka.

32 “Ya Tuhan kami, Tuhan yang agung, perkasa, dan menakjubkan.* Engkau telah berpegang pada perjanjian-Mu dan menunjukkan kasih setia+ kepada kami. Ingatlah segala kesusahan yang kami alami. Ingatlah juga segala kesusahan yang dialami oleh raja kami, pemimpin kami,+ imam kami,+ nabi kami,+ nenek moyang kami, dan semua umat-Mu sejak zaman raja-raja Assyria+ sehingga hari ini. 33 Engkau telah bertindak dengan adil dan setia. Semua hal ini menimpa kami kerana kami telah berbuat jahat.+ 34 Raja kami, pemimpin kami, imam kami, dan nenek moyang kami tidak mematuhi Hukum-Mu. Mereka tidak mengendahkan perintah-Mu atau amaran yang telah Engkau berikan kepada mereka. 35 Walaupun mereka hidup di bawah pemerintahan raja mereka sendiri dan menikmati segala pemberian-Mu yang berlimpah-limpah, dan walaupun mereka tinggal di negeri yang luas dan subur, yang telah Engkau kurniakan kepada mereka, mereka tidak menyembah-Mu+ dan tidak berhenti melakukan amalan yang jahat. 36 Engkau telah memberikan tanah ini kepada nenek moyang kami supaya mereka dapat menikmati hasilnya dan segala yang baik. Tetapi sekarang kami menjadi hamba,+ ya, hamba di tanah ini, dan 37 hasil yang melimpah-limpah daripada tanah ini dinikmati oleh raja-raja yang telah menguasai kami kerana kami telah berdosa.+ Raja-raja ini berkuasa atas kami dan ternakan kami. Mereka memperlakukan kami dengan sesuka hati sehingga kami hidup sengsara.

38 “Oleh itu, kami membuat satu perjanjian bertulis dan mengesahkannya+ dengan meterai para pemimpin kami, orang Lewi, dan imam-imam.”+

10 Berikut merupakan orang yang mengesahkan perjanjian itu dengan meterai+ mereka:

Gabenor* Nehemia anak Hakalia,

Zedekia, 2 Serayah, Azarya, Yeremia, 3 Pasyhur, Amaria, Malkia, 4 Hatus, Syebania, Malukh, 5 Harim,+ Meremot, Obaja, 6 Daniel,+ Gineton, Barukh, 7 Mesulam, Abia, Miyamin, 8 Maazia, Bilgai, dan Semaya. Mereka semua ialah imam.

9 Berikut merupakan orang Lewi yang mengesahkan perjanjian itu: Yeshua anak Azania, Binui daripada keturunan Henadad, Kadmiel,+ 10 dan saudara-saudara mereka, iaitu Syebania, Hodia, Kelita, Pelaya, Hanan, 11 Mika, Rehob, Hasabia, 12 Zakur, Syerebia,+ Syebania, 13 Hodia, Bani, dan Beninu.

14 Berikut merupakan para pemimpin yang mengesahkan perjanjian itu: Paros, Pahat-moab,+ Elam, Zatu, Bani, 15 Buni, Azgad, Bebai, 16 Adonia, Bigwai, Adin, 17 Ater, Hizkia, Azur, 18 Hodia, Hasum, Bezai, 19 Harif, Anatot, Nebai, 20 Magpias, Mesulam, Hezir, 21 Mesyezabel, Zadok, Yadua, 22 Pelatia, Hanan, Anaya, 23 Hoshea, Hanania, Hassub, 24 Halohes, Pilha, Sobek, 25 Rehum, Hasabna, Maaseya, 26 Ahia, Hanan, Anan, 27 Malukh, Harim, dan Baanah.

28 Orang lain, iaitu para imam, orang Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, hamba-hamba Rumah Tuhan,* dan semua orang yang telah memisahkan diri mereka daripada bangsa asing dan mematuhi Hukum Tuhan yang benar,+ bersama dengan anak isteri mereka, serta semua orang yang mempunyai pengetahuan dan pengertian,* 29 menyertai saudara-saudara mereka yang terkemuka, lalu mereka semua mengangkat sumpah. Mereka bersumpah bahawa mereka akan dikutuk jika mereka tidak mematuhi hukum, perintah, dan peraturan Yehuwa, Tuan kami, dan tidak hidup selaras dengan Hukum Tuhan, yang telah diberikan oleh Tuhan yang benar melalui hamba-Nya Musa. 30 Kami tidak akan mengahwinkan anak perempuan kami dengan anak lelaki daripada bangsa-bangsa asing di negeri ini. Kami juga tidak akan mengahwinkan anak lelaki kami dengan anak perempuan mereka.+

31 Jika orang daripada bangsa asing membawa barang niaga dan bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membeli apa-apa pun daripada mereka pada hari Sabat+ atau pada hari-hari suci yang lain.+ Pada tahun ketujuh,+ kami tidak akan mengusahakan tanah kami dan tidak akan menuntut hutang.+

32 Selain itu, kami mewajibkan diri untuk memberikan empat gram perak* bagi khidmat di Rumah Tuhan setiap tahun,+ 33 bagi roti-roti berlapis,*+ bagi korban bijirin+ yang dipersembahkan secara tetap, bagi korban bakar yang dipersembahkan pada hari Sabat+ dan perayaan bulan baharu,+ bagi perayaan lain yang telah ditetapkan,+ bagi benda-benda suci, bagi korban untuk memohon pengampunan dosa+ orang Israel, dan bagi semua pekerjaan yang dilakukan di Rumah Tuhan kami.

34 Selepas itu, kami membuang undi untuk menentukan bila para imam, orang Lewi, dan rakyat harus membawa bekalan kayu ke Rumah Tuhan untuk dibakar di atas mazbah Yehuwa, Tuhan kami, menurut apa yang tertulis dalam Hukum. Setiap puak harus mengambil giliran untuk membekalkan kayu itu pada masa yang ditetapkan setiap tahun.+ 35 Setiap tahun, kami membawa hasil tuaian pertama dari ladang kami, dan hasil pertama daripada setiap jenis pokok buah-buahan ke Rumah Yehuwa.+ 36 Kami juga membawa anak lelaki sulung kami dan anak jantan sulung daripada ternakan kami,+ iaitu lembu, biri-biri, dan kambing, ke Rumah Tuhan kami, menurut apa yang tercatat dalam Hukum, lalu memberikannya kepada para imam yang berkhidmat di situ.+ 37 Selain itu, kami memberikan hasil tuaian pertama daripada bijirin kami,+ hasil daripada setiap jenis pokok,+ wain baharu, dan minyak,+ serta sumbangan yang lain kepada para imam yang bertugas di bilik-bilik stor* Rumah Tuhan.+ Kami juga memberikan satu persepuluh daripada hasil ladang kami kepada orang Lewi+ kerana merekalah yang mengumpulkan hasil itu dari kota-kota pertanian kami.

38 Seorang imam daripada keturunan Harun harus ada bersama-sama orang Lewi ketika mereka mengumpulkan satu persepuluh hasil itu. Selepas itu, orang Lewi harus mengambil satu persepuluh daripada hasil yang telah dikumpulkan itu dan menyimpannya di dalam bilik-bilik* di stor Rumah Tuhan.+ 39 Orang Israel dan orang Lewi harus membawa sumbangan+ bijirin, wain baharu, dan minyak+ ke bilik-bilik stor.* Perkakas-perkakas Rumah Tuhan juga disimpan di situ. Selain itu, imam-imam yang sedang berkhidmat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi juga berada di dalam bilik-bilik itu. Sememangnya kami tidak akan mengabaikan Rumah Tuhan kami.+

11 Para pemimpin sudah menetap di Yerusalem,+ dan rakyat yang lain membuang undi+ untuk menentukan siapa yang akan tinggal di Yerusalem, kota suci itu. Satu keluarga daripada tiap-tiap 10 keluarga akan dipilih untuk tinggal di kota itu, manakala sembilan yang lain akan tinggal di kota-kota lain. 2 Rakyat memuji orang dalam kalangan mereka yang rela tinggal di Yerusalem.

3 Berikut merupakan ketua-ketua wilayah yang tinggal di Yerusalem. (Orang Israel, para imam, orang Lewi yang lain, hamba-hamba Rumah Tuhan,*+ dan keturunan hamba-hamba Salomo+ tinggal di kota Yehuda yang lain, iaitu di tanah milik mereka.+

4 Terdapat juga sebilangan orang Yehuda dan Benyamin yang tinggal di Yerusalem.) Daripada kalangan orang Yehuda: Ataia (Ataia ialah anak Uzia, Uzia ialah anak Zakharia, Zakharia ialah anak Amaria, Amaria ialah anak Shefatiya, Shefatiya ialah anak Mahalalel, dan Mahalalel berasal daripada keturunan Perez)+ 5 dan Maaseya (Maaseya ialah anak Barukh, Barukh ialah anak Kolhoze, Kolhoze ialah anak Hazaya, Hazaya ialah anak Adaya, Adaya ialah anak Yoyarib, Yoyarib ialah anak Zakharia, dan Zakharia berasal daripada keturunan Selah). 6 Semua keturunan Perez yang tinggal di Yerusalem berjumlah 468 orang. Mereka semuanya lelaki yang perkasa.

7 Daripada kalangan orang Benyamin: Salu+ (Salu ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Yoed, Yoed ialah anak Pedaya, Pedaya ialah anak Kolaya, Kolaya ialah anak Maaseya, Maaseya ialah anak Itiel, dan Itiel ialah anak Yeshaya), 8 dan keluarga Gabai serta Salai. Mereka semua berjumlah 928 orang. 9 Yoel anak Zikhri ialah penyelia mereka, dan Yehuda anak Hasenua ialah orang yang kedua berkuasa selepas Yoel.

10 Daripada kalangan para imam: Yedaya anak Yoyarib, Yakhin,+ 11 Serayah (Serayah ialah anak Hilkia, Hilkia ialah anak Mesulam, Mesulam ialah anak Zadok, Zadok ialah anak Merayot, dan Merayot ialah anak Ahitub,+ seorang pemimpin di rumah Tuhan yang benar), 12 dan saudara-saudara mereka yang bekerja di Rumah Tuhan. Mereka semua berjumlah 822 orang. Selain itu, terdapat Adaya (Adaya ialah anak Yeroham, Yeroham ialah anak Pelalia, Pelalia ialah anak Amzi, Amzi ialah anak Zakharia, Zakharia ialah anak Pasyhur,+ dan Pasyhur ialah anak Malkia) 13 dan saudara-saudaranya yang merupakan ketua puak. Mereka semua berjumlah 242 orang. Di samping itu, terdapat juga Amashai (Amashai ialah anak Azarel, Azarel ialah anak Ahzai, Ahzai ialah anak Mesilemot, dan Mesilemot ialah anak Imer) 14 dan saudara-saudaranya yang gagah dan berani. Mereka semua berjumlah 128 orang. Zabdiel ialah pemimpin mereka, dan dia berasal daripada keluarga yang terkemuka.

15 Daripada kalangan orang Lewi: Semaya+ (Semaya ialah anak Hassub, Hassub ialah anak Azrikam, Azrikam ialah anak Hasabia, dan Hasabia ialah anak Buni), 16 Sabetai,+ dan Yozabad,+ iaitu ketua-ketua orang Lewi yang menjaga urusan di luar rumah Tuhan yang benar, 17 dan Matania+ (Matania ialah anak Mikha, Mikha ialah anak Zabdi, Zabdi ialah anak Asaf),+ yang memimpin nyanyian lagu pujian semasa doa diucapkan,+ dan Bakbukia, iaitu pembantu Matania, serta Abda (Abda ialah anak Syamua, Syamua ialah anak Galal, dan Galal ialah anak Yedutun).+ 18 Semua orang Lewi yang tinggal di kota suci itu berjumlah 284 orang.

19 Daripada kalangan penjaga pintu gerbang: Akub, Talmon,+ dan saudara-saudara mereka. Mereka semua terus berkawal di pintu-pintu gerbang, dan mereka berjumlah 172 orang.

20 Orang Israel, para imam, dan orang Lewi yang selebihnya tinggal di kota-kota Yehuda yang lain, iaitu di tanah warisan mereka. 21 Hamba-hamba Rumah Tuhan+ pula tinggal di Ofel,+ dan mereka dipimpin oleh Ziha dan Gispa.

22 Orang Lewi di Yerusalem dipimpin oleh Uzi. (Uzi ialah anak Bani, Bani ialah anak Hasabia, Hasabia ialah anak Matania,+ Matania ialah anak Mika, dan Mika berasal daripada keturunan Asaf, iaitu keturunan para penyanyi.) Uzi bertanggungjawab atas segala pekerjaan di rumah Tuhan yang benar. 23 Raja telah memerintahkan supaya aturan dibuat untuk menjaga keperluan harian para penyanyi ini.+ 24 Petahia anak Mesyezabel, daripada keturunan Zerah anak Yehuda, ialah penasihat raja. Dia menasihati raja dalam segala hal yang berkaitan dengan rakyat.

25 Inilah senarai perkampungan dan ladang-ladang di sekelilingnya: Sebilangan orang Yehuda tinggal di Kiryat-arba+ dan di pekan-pekan sekelilingnya, di Dibon dan di pekan-pekan sekelilingnya, di Yekabzeel+ dan di perkampungan sekelilingnya, 26 di Yeshua, di Molada,+ di Bet-pelet,+ 27 di Hazar-sual,+ di Beer-syeba dan di pekan-pekan sekelilingnya, 28 di Ziklag,+ di Mekona dan di pekan-pekan sekelilingnya, 29 di En-rimon,+ di Zora,+ di Yarmut, 30 di Zanoah,+ di Adulam dan di perkampungan sekelilingnya, di Lakhis+ dan di ladang-ladangnya, dan di Azeka+ dan di pekan-pekan sekelilingnya. Mereka tinggal di kawasan dari Beer-syeba sampai ke Lembah Hinom.+

31 Orang Benyamin pula tinggal di Geba,+ di Mikhmas, di Aiya, di Bethel+ dan di pekan-pekan sekelilingnya, 32 di Anatot,+ di Nob,+ di Anania, 33 di Hazor, di Rama,+ di Gitaim, 34 di Hadid, di Zeboim, di Nebalat, 35 di Lod, di Ono,+ dan di lembah tukang. 36 Selain itu, beberapa kumpulan orang Lewi yang dahulunya tinggal di Yehuda dipindahkan ke kawasan orang Benyamin.

12 Inilah para imam dan orang Lewi yang mengiringi Yeshua+ dan Zerubabel+ anak Sealtiel:+ Serayah, Yeremia, Ezra, 2 Amaria, Malukh, Hatus, 3 Sekania, Rehum, Meremot, 4 Ido, Ginetoi, Abia, 5 Miyamin, Maadia, Bilga, 6 Semaya, Yoyarib, Yedaya, 7 Salu, Amok, Hilkia, dan Yedaya. Mereka semua memimpin para imam dan saudara-saudara mereka pada zaman Yeshua.

8 Orang Lewi ialah Yeshua, Binui, Kadmiel,+ Syerebia, Yehuda, dan Matania.+ Matania dan saudara-saudaranya memimpin nyanyian lagu kesyukuran. 9 Saudara-saudara mereka, iaitu Bakbukia dan Unni, berdiri di hadapan mereka semasa berkawal.* 10 Yeshua ialah bapa Yoyakim, Yoyakim ialah bapa Eliasib,+ Eliasib ialah bapa Yoyada,+ 11 Yoyada ialah bapa Yonatan, dan Yonatan ialah bapa Yadua.

12 Inilah para imam yang juga merupakan ketua puak pada zaman Yoyakim: Meraya, daripada keluarga Serayah;+ Hanania, daripada keluarga Yeremia; 13 Mesulam, daripada keluarga Ezra;+ Yehohanan, daripada keluarga Amaria; 14 Yonatan, daripada keluarga Malukhi; Yusuf, daripada keluarga Syebania; 15 Adna, daripada keluarga Harim;+ Helkai, daripada keluarga Merayot; 16 Zakharia, daripada keluarga Ido; Mesulam, daripada keluarga Gineton; 17 Zikhri, daripada keluarga Abia;+ . . .  ,* daripada keluarga Miniamin; Piltai, daripada keluarga Moadia; 18 Syamua, daripada keluarga Bilga;+ Yehonatan, daripada keluarga Semaya; 19 Matenai, daripada keluarga Yoyarib; Uzi, daripada keluarga Yedaya;+ 20 Kalai, daripada keluarga Salai; Eber, daripada keluarga Amok; 21 Hasabia, daripada keluarga Hilkia; dan Netanel, daripada keluarga Yedaya.

22 Senarai ketua-ketua puak orang Lewi dan para imam dibuat pada zaman Eliasib, Yoyada, Yohanan, dan Yadua+ hingga zaman Darius, raja Persia.

23 Senarai nama ketua-ketua puak orang Lewi dicatatkan dalam buku sejarah yang mengisahkan peristiwa pada zaman itu hingga zaman Yohanan anak Eliasib. 24 Hasabia, Syerebia, dan Yeshua+ anak Kadmiel+ ialah ketua-ketua orang Lewi. Mereka berdiri di hadapan saudara-saudara mereka yang bertugas sebagai pengawal, satu kumpulan berhadapan dengan satu kumpulan. Mereka memuji dan mengucapkan syukur kepada Tuhan, menurut arahan yang diberikan oleh Daud,+ hamba Tuhan yang benar. 25 Matania,+ Bakbukia, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub+ ialah para penjaga pintu gerbang+ yang mengawal bilik-bilik stor dekat pintu gerbang. 26 Mereka semua berkhidmat pada zaman Yoyakim anak Yeshua,+ cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia serta pada zaman Ezra,+ imam dan jurutulis* itu.

27 Semasa upacara perasmian tembok Yerusalem, orang Lewi dikumpulkan dari semua tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem, supaya mereka dapat merayakan upacara itu dengan gembira. Mereka menyanyikan lagu kesyukuran+ dengan diiringi simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi. 28 Para penyanyi yang mahir* datang dari daerah yang berdekatan,* dari sekeliling Yerusalem, dan dari perkampungan orang Netofa.+ 29 Mereka juga datang dari Bet-gilgal,+ dan dari padang rumput Geba+ dan Azmawet,+ kerana mereka semua telah mendirikan perkampungan bagi diri mereka di sekeliling Yerusalem. 30 Para imam dan orang Lewi menyucikan diri mereka dan orang ramai.+ Mereka juga menyucikan pintu-pintu gerbang+ dan tembok kota.+

31 Kemudian aku membawa para pemimpin ke atas tembok kota, lalu aku membahagikan para penyanyi yang akan menyanyikan lagu kesyukuran kepada dua kumpulan besar, dan setiap kumpulan penyanyi diikuti dengan satu kumpulan orang dari belakang. Setelah itu, salah satu kumpulan penyanyi berarak ke sebelah kanan atas tembok yang menuju ke Pintu Gerbang Timbunan Abu.+ 32 Hoshaiah dan separuh daripada pemimpin Yehuda berjalan di belakang mereka, 33 bersama dengan Azarya, Ezra, Mesulam, 34 Yehuda, Benyamin, Semaya, dan Yeremia. 35 Mereka disertai beberapa orang anak imam yang meniup trompet:+ Zakharia (Zakharia ialah anak Yonatan, Yonatan ialah anak Semaya, Semaya ialah anak Matania, Matania ialah anak Mikhaya, Mikhaya ialah anak Zakur, dan Zakur ialah anak Asaf)+ 36 dan saudara-saudaranya Semaya, Azarel, Milalai, Gilalai, Maai, Netanel, Yehuda, dan Hanani, yang memainkan alat-alat muzik yang telah diciptakan oleh Daud,+ hamba Tuhan yang benar. Ezra,+ jurutulis* itu, berjalan di hadapan perarakan tersebut. 37 Apabila mereka sampai di Pintu Gerbang Mata Air,+ mereka menaiki Tangga+ Kota Daud+ melalui jalan pendakian tembok. Kemudian mereka terus berjalan melalui bahagian atas Rumah Daud lalu sampai di Pintu Gerbang Air+ di sebelah timur.

38 Satu lagi kumpulan penyanyi berarak ke arah yang bertentangan,* dan aku bersama satu lagi kumpulan orang mengikut mereka dari belakang. Kami berarak melalui Menara Ketuhar+ dan Tembok Lebar,+ 39 lalu melintasi Pintu Gerbang Efraim,+ Pintu Gerbang Kota Lama,+ Pintu Gerbang Ikan,+ Menara Hananel,+ Menara Mea, Pintu Gerbang Biri-Biri,+ dan kami berhenti di Pintu Gerbang Pengawal.

40 Akhirnya, kedua-dua kumpulan penyanyi itu sampai di hadapan rumah Tuhan yang benar lalu mereka berdiri di situ. Aku dan separuh daripada para pembesar yang bersamaku juga berdiri di situ. 41 Kami disertai para imam yang meniup trompet. Mereka ialah Elyakim, Maaseya, Miniamin, Mikhaya, Elioenai, Zakharia, dan Hanania. 42 Terdapat juga Maaseya, Semaya, Eleazar, Uzi, Yehohanan, Malkia, Elam, dan Ezer. Para penyanyi bernyanyi dengan kuat di bawah pimpinan Yizrahia.

43 Pada hari itu, mereka sangat gembira+ dan mempersembahkan banyak korban, kerana Tuhan yang benar telah membuat mereka bersukacita. Wanita dan kanak-kanak turut bergembira+ sehingga riuh-rendah di Yerusalem dapat didengar dari jauh.+

44 Pada hari itu juga, beberapa orang ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik stor+ yang digunakan untuk menyimpan sumbangan,+ hasil tuaian pertama,+ dan persembahan persepuluhan.+ Mereka harus pergi ke ladang di sekitar kota-kota dan mengumpulkan tuaian yang dikhaskan untuk para imam dan orang Lewi,+ menurut Hukum Tuhan.+ Kemudian mereka akan memasukkan tuaian itu ke dalam bilik-bilik stor itu. Penduduk Yehuda bersukacita kerana imam dan orang Lewi menjalankan khidmat mereka. 45 Mereka menjalankan upacara penyucian yang diwajibkan oleh Tuhan dan tugas-tugas lain yang telah diperintahkan-Nya. Para penyanyi dan penjaga pintu gerbang juga berbuat demikian, selaras dengan arahan yang telah diberikan oleh Daud dan anaknya Salomo. 46 Sejak dahulu lagi, iaitu pada zaman Daud dan Asaf, terdapat ketua-ketua yang memimpin para penyanyi yang menyanyikan lagu pujian dan kesyukuran kepada Tuhan.+ 47 Pada zaman Zerubabel+ dan Nehemia, semua orang Israel memberikan makanan* kepada para penyanyi+ dan penjaga pintu gerbang,+ menurut keperluan harian mereka. Orang Israel juga memberikan makanan* kepada orang Lewi.+ Orang Lewi pula akan mengasingkan satu bahagian daripada apa yang telah diterima oleh mereka, lalu memberikannya kepada keturunan Harun.

13 Pada hari itu, kitab Musa dibacakan kepada rakyat.+ Kitab itu menyatakan bahawa orang Ammon dan orang Moab+ tidak dibenarkan menyertai umat* Tuhan yang benar.+ 2 Hal ini demikian kerana mereka tidak memberi orang Israel roti dan air. Sebaliknya, mereka telah mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel.+ Tetapi Tuhan kami telah mengubah kutukan itu menjadi berkat.+ 3 Sebaik sahaja orang Israel mendengar pembacaan Hukum itu, mereka mula memisahkan semua orang yang berbangsa asing daripada kalangan mereka.+

4 Sebelum ini, imam yang menjaga bilik-bilik stor* di Rumah Tuhan kami+ ialah Eliasib.+ Dia dan Tobia+ mempunyai pertalian keluarga. 5 Dia membenarkan Tobia menggunakan sebuah bilik stor* yang besar. Sebelum itu, bilik itu digunakan untuk menyimpan korban bijirin, kemenyan putih, perkakas-perkakas, persembahan persepuluhan bijirin, wain baharu, dan minyak+ yang telah dikhaskan untuk orang Lewi,+ para penyanyi, dan para penjaga pintu gerbang. Bilik itu juga digunakan untuk menyimpan sumbangan yang diberikan kepada para imam.+

6 Semasa hal-hal ini berlaku, aku tidak berada di Yerusalem kerana pada tahun ke-32 pemerintahan+ Raja Artahsasta+ dari Babilon, aku telah kembali ke sisi raja. Beberapa lama kemudian, aku meminta cuti daripada raja. 7 Semasa aku tiba di Yerusalem, aku mendapat tahu tentang perbuatan buruk Eliasib.+ Dia telah membenarkan Tobia+ menggunakan bilik stor yang terletak di halaman rumah Tuhan yang benar. 8 Hal ini membuat aku sangat marah. Maka aku melempar keluar semua perabot kepunyaan Tobia. 9 Selepas itu, aku memberikan arahan supaya bilik-bilik stor* itu disucikan. Kemudian aku mengembalikan perkakas-perkakas rumah Tuhan yang benar,+ korban bijirin, dan kemenyan putih ke dalam bilik-bilik itu.+

10 Aku juga mendapati bahawa bahagian yang ditetapkan untuk orang Lewi+ tidak diberikan kepada mereka.+ Oleh itu, orang Lewi dan para penyanyi telah pulang ke ladang-ladang mereka, dan tidak lagi melaksanakan tugas mereka.+ 11 Maka aku menegur para pembesar,+ “Mengapakah kamu mengabaikan rumah Tuhan yang benar?”+ Kemudian aku mengumpulkan orang Lewi dan menyuruh mereka kembali bertugas di tempat masing-masing. 12 Semua orang Yehuda membawa satu persepuluh+ daripada bijirin, wain baharu, dan minyak ke bilik-bilik stor.+ 13 Setelah itu, aku menugaskan Imam Syelemia, Zadok, jurutulis* itu, dan Pedaya, orang Lewi itu, untuk menjaga bilik-bilik stor. Aku juga melantik Hanan anak Zakur, cucu Matania, sebagai pembantu mereka. Mereka semua dapat dipercayai, dan mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan bahan-bahan itu kepada saudara mereka.

14 Ya Tuhan, janganlah lupakan aku+ dan perbuatanku ini. Janganlah lupakan kasih setia yang telah aku tunjukkan kepada Rumah-Mu dan ibadat suci-Mu.+

15 Pada masa itu, aku nampak penduduk Yehuda memeras anggur di tempat pemerasan pada hari Sabat.+ Mereka juga mengangkut banyak biji-bijian dengan keldai dan membawa masuk wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang yang lain ke dalam kota Yerusalem pada hari Sabat.+ Aku pun memberikan amaran kepada mereka supaya tidak berjual beli pada hari itu.* 16 Tetapi orang Tirus yang tinggal di dalam kota Yerusalem membawa ikan dan pelbagai jenis barang niaga ke dalam kota untuk dijual kepada penduduk Yehuda pada hari Sabat.+ 17 Oleh itu, aku menegur golongan bangsawan di Yehuda, “Lihatlah perbuatan jahat kamu itu! Mengapakah kamu mencemarkan hari Sabat? 18 Bukankah nenek moyang kita dahulu juga melakukan hal yang sama, sehingga Tuhan kita membawa malapetaka atas kita dan kota ini? Sekarang kamu pula mencemarkan hari Sabat dan menyebabkan Tuhan lebih murka lagi terhadap Israel!”+

19 Sebaik sahaja bayang-bayang senja mula menutupi pintu gerbang Yerusalem sebelum hari Sabat, aku mengarahkan agar pintu-pintu itu ditutup. Aku mengatakan bahawa pintu-pintu itu tidak boleh dibuka sehingga hari Sabat berlalu. Aku juga menempatkan beberapa orang pembantuku di pintu-pintu gerbang supaya barang niaga tidak dibawa masuk ke dalam kota pada hari Sabat. 20 Sekali atau dua kali para penjual dan pedagang yang menjual pelbagai jenis barang niaga bermalam di luar kota Yerusalem. 21 Aku pun memberikan amaran kepada mereka dengan berkata, “Mengapakah kamu bermalam di luar tembok kota? Jika kamu melakukan hal ini lagi, aku akan mengambil tindakan keras terhadap kamu.” Sejak itu, mereka tidak lagi datang pada hari Sabat.

22 Aku menyuruh orang Lewi untuk sentiasa menyucikan diri dan mengawal pintu-pintu gerbang agar hari Sabat tetap suci.+ Ya Tuhanku, janganlah lupakan perbuatanku ini, dan kasihanilah aku kerana kasih setia-Mu berlimpah-limpah.+

23 Pada masa itu, aku juga nampak orang Yahudi telah berkahwin dengan wanita berbangsa Asdod,+ Ammon, dan Moab.+ 24 Separuh daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod dan separuh lagi bertutur dalam bahasa bangsa-bangsa lain. Tiada seorang pun daripada mereka yang pandai bertutur dalam bahasa orang Yahudi. 25 Maka aku menegur orang Yahudi itu dan mengutuk mereka. Aku juga memukul beberapa orang dalam kalangan mereka+ dan mencabut rambut mereka lalu aku menyuruh mereka bersumpah demi Tuhan. Aku berkata, “Kamu tidak boleh mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka. Kamu dan anak lelaki kamu juga tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan mereka.+ 26 Bukankah Salomo, raja Israel, berdosa kerana hal ini juga? Dalam kalangan bangsa-bangsa lain, tidak ada seorang raja pun yang setanding dia.+ Dia dikasihi oleh Tuhannya,+ dan Tuhannya menjadikan dia raja atas seluruh Israel. Walaupun begitu, isteri-isterinya yang berbangsa asing telah menyebabkan dia berdosa.+ 27 Tergamak pula kamu melakukan perbuatan jahat ini dan berkahwin dengan wanita-wanita asing! Kamu tidak setia terhadap Tuhan kita!”+

28 Yoyada,+ iaitu anak Imam Agung Eliasib,+ mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi menantu Sanbalat,+ orang Bet-horon itu. Oleh itu, aku mengusir dia dari hadapanku.

29 Ya Tuhanku, janganlah lupakan mereka, kerana mereka telah mencemarkan golongan imam dan perjanjian yang Engkau buat dengan imam+ dan orang Lewi.+

30 Selain itu, aku menyucikan orang Israel daripada segala pengaruh bangsa asing, dan aku memberikan tugas kepada para imam dan orang Lewi supaya masing-masing mengetahui tugas mereka.+ 31 Aku juga mengaturkan agar orang membawa hasil tuaian yang pertama dan membawa bekalan kayu+ pada waktu yang ditentukan.

Ya Tuhanku, berkatilah aku dan janganlah lupakan aku!+

Maksudnya “Yah Melegakan Hati.”

Lihat Lampiran B15.

Iaitu, tahun ke-20 pemerintahan Raja Artahsasta.

Atau “di istana.”

Atau “Susa.”

Atau “Ingatlah amaran yang telah Engkau berikan.”

Harfiah, “tebus.”

Harfiah, “ingin takut akan.”

Lihat Lampiran B15.

Wilayah ini merujuk kepada kawasan-kawasan di sebelah barat Sungai Efrat.

Atau “penjaga Taman Diraja.”

Atau “berbuat baik terhadap.”

Atau “wadi.”

Lihat nota kaki bagi Ne 2:7.

Harfiah, “1,000 hasta.” Lihat Lampiran B14.

Atau mungkin, “di daerah yang berdekatan.”

Atau “orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”

Atau “biliknya.”

Atau “dia tersinggung.”

Sejenis binatang di negeri Israel yang menyerupai anjing.

Harfiah, “10 kali.”

Harfiah, “satu perseratus,” merujuk kepada kadar faedah sebanyak 1 peratus yang dikenakan setiap bulan.

Atau “Seluruh sidang.” Lihat Kamus.

Atau “Semoga begitu!”

Lihat Lampiran B14.

Atau “disediakan dengan biayaku sendiri.”

Lihat Lampiran B15.

Mungkin merujuk kepada orang yang tinggal di wilayah Babilon atau Yehuda.

Atau mungkin, “keluarga.”

Atau “Inilah orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”

Atau “mereka tidak boleh menjadi imam kerana dianggap najis.”

Atau “Tirshata,” iaitu gelaran gabenor wilayah dalam kerajaan Persia.

Lihat Kamus.

Atau “Seluruh sidang.” Lihat Kamus.

Atau “Tirshata,” iaitu gelaran gabenor wilayah dalam kerajaan Persia.

Harfiah, “1,000 drakma emas.” Merujuk kepada darik emas Persia yang beratnya 8.4 g. Tidak sama dengan drakma di Kitab Yunani. Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “20,000 drakma.”

Harfiah, “2,200 mina.”

Harfiah, “2,000 mina.”

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau “Semoga begitu!”

Lihat nota kaki bagi Ne 7:65.

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau “akan menjadi kubu.”

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau “tempat perlindungan sementara.”

Atau “seluruh sidang.” Lihat Kamus.

Harfiah, “satu perempat siang hari.”

Ungkapan “angkatan tenteranya” boleh merujuk kepada makhluk roh di syurga.

Atau “hatinya.”

Gelaran bagi raja Mesir.

Atau “telah bertindak dengan angkuh terhadap.”

Atau “hukum yang benar.”

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Atau “membelakangi.”

Atau “dihancurkan.”

Atau “mereka membelakangi-Mu.”

Atau “dan patut ditakuti dan dihormati.”

Lihat nota kaki bagi Ne 7:65.

Atau “orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”

Atau mungkin, “serta semua orang yang cukup dewasa untuk memahami perjanjian itu.”

Harfiah, “satu pertiga syekel.” Lihat Lampiran B14.

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Atau “bilik-bilik makan.”

Atau “bilik-bilik makan.”

Atau “bilik-bilik makan.”

Atau “orang Netinim.” Harfiah, “orang yang diberikan.”

Atau mungkin, “semasa menjalankan tugas ibadat.”

Dalam teks Ibrani, tidak ada nama dalam ruangan ini.

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Harfiah, “Anak lelaki para penyanyi.”

Iaitu, dari daerah Yordan.

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau “berarak di hadapan.”

Atau “bahagian yang telah ditetapkan.”

Atau “bahagian yang telah ditetapkan.”

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Atau “bilik-bilik makan.”

Atau “bilik makan.”

Atau “bilik-bilik makan.”

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau mungkin, “memberikan amaran kepada mereka pada hari itu juga supaya tidak berjual beli.”

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi