PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 4 1A-36M
  • Bilangan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bilangan
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Bilangan

BILANGAN

1 Pada hari pertama, bulan kedua, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir,+ Yehuwa berfirman kepada Musa di dalam khemah pertemuan,+ di padang belantara* Sinai.+ Dia berfirman, 2 “Engkau dan Harun harus membanci+ semua lelaki umat Israel menurut keluarga dan puak mereka. Senaraikanlah nama setiap lelaki yang dibanci, 3 dan daftarkanlah mereka. Semua lelaki itu haruslah berumur 20 tahun dan ke atas,+ dan layak menjadi askar Israel.

4 “Bawalah seorang ketua daripada setiap suku Israel+ 5 untuk membantu kamu. Inilah nama-nama mereka: Daripada suku Ruben, Elizur+ anak Shedeyur; 6 daripada suku Simeon, Selumiel+ anak Zurishadai; 7 daripada suku Yehuda, Nahason+ anak Aminadab; 8 daripada suku Isakhar, Netanel+ anak Zuar; 9 daripada suku Zebulon, Eliab+ anak Helon; 10 daripada suku Efraim,+ Elisama anak Amihud; daripada suku Manasye, Gamaliel anak Pedazur (Efraim dan Manasye merupakan anak lelaki Yusuf); 11 daripada suku Benyamin, Abidan+ anak Gideoni; 12 daripada suku Dan, Ahiezer+ anak Amishadai; 13 daripada suku Asyer, Pagiel+ anak Okhran; 14 daripada suku Gad, Eliasaf+ anak Dehuel; 15 daripada suku Naftali, Ahira+ anak Enan. 16 Merekalah lelaki yang dipilih antara umat Israel. Mereka merupakan ketua suku+ dan pemimpin atas ribuan orang.”+

17 Maka Musa dan Harun membawa semua lelaki yang telah dipilih itu, 18 lalu mereka semua mengumpulkan segenap umat pada hari pertama bulan kedua. Nama semua lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas+ didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 19 Musa mendaftarkan mereka di padang belantara Sinai sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa.+

20 (Anak lelaki sulung Israel ialah Ruben.)+ Semua keturunan Ruben, iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 21 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Ruben ialah 46,500 orang.

22 Semua keturunan Simeon,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 23 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Simeon ialah 59,300 orang.

24 Semua keturunan Gad,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 25 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Gad ialah 45,650 orang.

26 Semua keturunan Yehuda,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 27 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Yehuda ialah 74,600 orang.

28 Semua keturunan Isakhar,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 29 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Isakhar ialah 54,400 orang.

30 Semua keturunan Zebulon,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 31 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Zebulon ialah 57,400 orang.

32 Semua keturunan Efraim+ anak Yusuf, iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 33 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Efraim ialah 40,500 orang.

34 Semua keturunan Manasye,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 35 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Manasye ialah 32,200 orang.

36 Semua keturunan Benyamin,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 37 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Benyamin ialah 35,400 orang.

38 Semua keturunan Dan,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 39 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Dan ialah 62,700 orang.

40 Semua keturunan Asyer,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 41 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Asyer ialah 41,500 orang.

42 Semua keturunan Naftali,+ iaitu lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, dihitung dan didaftarkan menurut keluarga dan puak masing-masing. 43 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada suku Naftali ialah 53,400 orang.

44 Itulah bilangan lelaki yang didaftarkan oleh Musa, Harun, dan 12 orang pemimpin Israel yang juga merupakan ketua suku masing-masing. 45 Semua lelaki Israel yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar, didaftarkan menurut puak masing-masing. 46 Jumlah keseluruhan lelaki yang didaftarkan ialah 603,550 orang.+

47 Tetapi orang Lewi+ tidak didaftarkan bersama dengan suku-suku yang lain,+ 48 kerana Yehuwa telah berfirman kepada Musa, 49 “Semasa membuat pembancian, jangan menghitung dan mendaftarkan orang Lewi bersama orang Israel yang lain.+ 50 Lantiklah orang Lewi untuk menguruskan dan membawa khemah suci*+ serta segala peralatannya.+ Mereka juga harus berkhidmat+ di khemah suci dan berkhemah di sekelilingnya.+ 51 Apabila umat Israel memindahkan perkhemahan mereka, orang Lewi harus menggulung khemah suci.+ Apabila umat Israel tiba di tempat perkhemahan yang baharu, orang Lewi harus memasangkannya semula. Selain orang Lewi, orang lain yang menghampiri khemah suci mesti dihukum mati.+

52 “Setiap orang Israel harus mendirikan khemahnya di tempat yang ditetapkan, menurut pasukan tentera dan kelompok perkhemahan* masing-masing.+ 53 Tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling khemah suci*+ untuk mengawalnya.* Dengan demikian, Aku tidak akan murka terhadap seluruh umat Israel.”+

54 Umat Israel melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. Mereka melakukan semuanya seperti yang diperintahkan.

2 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun, 2 “Orang Israel harus mendirikan khemah mereka di tempat yang ditetapkan bagi kelompok perkhemahan* masing-masing.+ Setiap orang harus berkhemah dekat lambang puaknya. Mereka harus memasang khemah di sekeliling khemah pertemuan. Khemah-khemah mereka harus dipasang menghadap khemah pertemuan.

3 “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian timur.* Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Yehuda akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Yehuda ialah Nahason+ anak Aminadab. 4 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 74,600 orang.+ 5 Suku Isakhar berkhemah di sebelah perkhemahan suku Yehuda. Ketua bagi suku Isakhar ialah Netanel+ anak Zuar. 6 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 54,400 orang.+ 7 Suku yang satu lagi ialah suku Zebulon. Ketua bagi suku Zebulon ialah Eliab+ anak Helon. 8 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 57,400 orang.+

9 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Yehuda ialah 186,400 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok pertama yang berangkat.+

10 “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian selatan. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Ruben+ akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Ruben ialah Elizur+ anak Shedeyur. 11 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 46,500 orang.+ 12 Suku Simeon berkhemah di sebelah perkhemahan suku Ruben. Ketua bagi suku Simeon ialah Selumiel+ anak Zurishadai. 13 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 59,300 orang.+ 14 Suku yang satu lagi ialah suku Gad. Ketua bagi suku Gad ialah Eliasaf+ anak Rehuel. 15 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 45,650 orang.+

16 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Ruben ialah 151,450 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok kedua yang berangkat.+

17 “Apabila khemah pertemuan dipindahkan,+ orang Lewi harus berangkat dan berjalan di tengah-tengah empat kelompok perkhemahan yang lain.

“Sepanjang masa perjalanan, mereka semua harus berada dalam susunan semasa mereka berkhemah,+ iaitu mengikut kelompok perkhemahan masing-masing.

18 “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian barat. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Efraim akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Efraim ialah Elisama+ anak Amihud. 19 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 40,500 orang.+ 20 Suku Manasye+ berkhemah di sebelah perkhemahan suku Efraim. Ketua bagi suku Manasye ialah Gamaliel+ anak Pedazur. 21 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 32,200 orang.+ 22 Suku yang satu lagi ialah suku Benyamin. Ketua bagi suku Benyamin ialah Abidan+ anak Gideoni. 23 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 35,400 orang.+

24 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Efraim ialah 108,100 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok ketiga yang berangkat.+

25 “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian utara. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Dan akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Dan ialah Ahiezer+ anak Amishadai. 26 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 62,700 orang.+ 27 Suku Asyer berkhemah di sebelah perkhemahan suku Dan. Ketua bagi suku Asyer ialah Pagiel+ anak Okhran. 28 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 41,500 orang.+ 29 Suku yang satu lagi ialah suku Naftali. Ketua bagi suku Naftali ialah Ahira+ anak Enan. 30 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 53,400 orang.+

31 “Bilangan askar yang didaftarkan dalam kelompok perkhemahan Dan ialah 157,600 orang. Semasa orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, kelompok ini harus menjadi kelompok terakhir yang berangkat.”+

32 Bilangan orang Israel yang didaftarkan menurut puak masing-masing, yang layak menjadi askar, ialah 603,550 orang.+ 33 Tetapi orang Lewi tidak didaftarkan+ bersama dengan suku-suku yang lain+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 34 Demikianlah caranya umat Israel berkhemah dan cara mereka berangkat.+ Mereka berkhemah menurut kelompok perkhemahan masing-masing.+ Umat Israel melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

3 Inilah keturunan Harun dan Musa ketika Yehuwa berfirman kepada Musa di Gunung Sinai.+ 2 Berikut ialah nama anak-anak lelaki Harun: Nadab (anak sulung), Abihu,+ Eleazar,+ dan Itamar.+ 3 Itulah anak-anak Harun yang telah diurapi untuk berkhidmat sebagai imam.+ 4 Namun semasa berada di padang belantara Sinai, Nadab dan Abihu telah dihukum mati oleh Yehuwa, kerana mereka mempersembahkan api yang haram kepada Yehuwa.+ Mereka berdua tidak mempunyai anak. Tetapi Eleazar+ dan Itamar+ terus bertugas sebagai imam bersama Harun, bapa mereka.

5 Yehuwa berfirman kepada Musa, 6 “Bawalah suku Lewi+ ke hadapan, dan lantiklah mereka untuk membantu+ Harun yang berkhidmat sebagai imam. 7 Orang Lewi harus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Harun dan terhadap semua orang Israel yang berkumpul di hadapan khemah pertemuan. Mereka juga harus menjalankan semua tugas yang berkaitan dengan khemah suci. 8 Mereka harus menguruskan semua peralatan+ khemah pertemuan. Ya, mereka harus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap semua orang Israel dengan menjalankan segala tugas yang berkaitan dengan khemah suci.+ 9 Engkau harus memastikan agar orang Lewi dipisahkan daripada kalangan umat Israel, dan dikhaskan untuk membantu Harun dan anak-anak lelakinya.+ 10 Engkau harus melantik Harun dan anak-anak lelakinya untuk berkhidmat sebagai imam.+ Orang lain yang mencuba mendekati khemah suci mesti dihukum mati.”+

11 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 12 “Aku mengambil orang Lewi daripada kalangan umat Israel untuk menjadi milik-Ku. Mereka akan menggantikan semua anak lelaki sulung orang Israel.+ 13 Hal ini demikian kerana ketika Aku membunuh semua anak sulung orang Mesir,+ Aku telah mengekhaskan setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan mereka,+ untuk menjadi sesuatu yang suci bagi-Ku. Sesungguhnya, semua anak sulung merupakan milik-Ku.+ Akulah Yehuwa.”

14 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa di padang belantara Sinai,+ 15 “Daftarkanlah semua orang Lewi menurut puak dan keluarga mereka. Daftarkanlah nama setiap anak lelaki yang berumur satu bulan dan ke atas.”+ 16 Maka Musa mendaftarkan orang Lewi seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa. 17 Inilah nama anak-anak lelaki Lewi: Gerson, Kehat, dan Merari.+

18 Libni dan Simei ialah anak-anak lelaki Gerson. Keluarga mereka dikenali sebagai keluarga Libni dan keluarga Simei.+

19 Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel ialah anak-anak lelaki Kehat. Keluarga mereka dikenali sebagai keluarga Amram, keluarga Yizhar, keluarga Hebron, dan keluarga Uziel.+

20 Mahli+ dan Musi+ ialah anak-anak lelaki Merari. Keluarga mereka dikenali sebagai keluarga Mahli dan keluarga Musi.

Itulah keluarga-keluarga orang Lewi menurut puak mereka.

21 Puak Gerson terdiri daripada keluarga Libni+ dan keluarga Simei. Itulah keluarga anak-anak Gerson. 22 Kaum lelaki puak Gerson yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan berjumlah 7,500 orang.+ 23 Puak Gerson berkhemah di sebelah barat, iaitu di belakang khemah suci.+ 24 Ketua puak Gerson ialah Eliasaf anak Lael. 25 Puak Gerson+ bertanggungjawab menguruskan khemah pertemuan,+ termasuk kain-kain penutupnya,+ tabir+ bagi pintu masuk khemah suci, 26 tirai+ halaman khemah yang mengelilingi khemah suci dan mazbah, tirai untuk pintu masuk halaman khemah,+ dan tali-tali di halaman khemah. Ya, mereka diperintahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan semua peralatan itu.

27 Puak Kehat terdiri daripada keluarga Amram, keluarga Yizhar, keluarga Hebron, dan keluarga Uziel. Itulah keluarga anak-anak Kehat.+ 28 Kaum lelaki puak Kehat yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan berjumlah 8,600 orang. (Puak Kehat juga bertanggungjawab untuk menguruskan khemah suci.)+ 29 Puak Kehat berkhemah di sebelah selatan khemah suci.+ 30 Ketua puak Kehat ialah Elisafan anak Uziel.+ 31 Puak Kehat bertanggungjawab menguruskan tabut perjanjian,+ meja,+ kaki pelita,+ mazbah-mazbah,+ tirai pemisah,+ dan peralatan+ lain yang digunakan untuk khidmat yang dijalankan di khemah suci. Ya, mereka diperintahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan semua peralatan itu.+

32 Eleazar+ anak Imam Harun ialah pemimpin ke atas semua ketua puak dalam suku Lewi. Dia bertanggungjawab untuk mengawasi orang yang bertugas di khemah suci.

33 Puak Merari terdiri daripada keluarga Mahli dan keluarga Musi. Itulah keluarga anak-anak Merari.+ 34 Kaum lelaki puak Merari yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan berjumlah 6,200 orang.+ 35 Ketua puak Merari ialah Zuriel anak Abihail. Puak Merari berkhemah di sebelah utara khemah suci.+ 36 Puak Merari bertanggungjawab menguruskan rangka-rangka+ khemah suci, kayu lintang+ untuk menyambungkan rangka-rangka, tiang-tiang,+ alas tiang, dan peralatan-peralatan+ yang lain. Ya, mereka diperintahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan semua peralatan itu.+ 37 Selain itu, mereka juga diperintahkan untuk menguruskan tiang-tiang, alas tiang,+ pasak, dan tali yang digunakan di halaman khemah.

38 Musa, Harun, dan anak-anak lelaki Harun, berkhemah di depan khemah suci, iaitu di sebelah timur.* Mereka bertanggungjawab mengendalikan segala pekerjaan yang dijalankan di khemah suci bagi pihak orang Israel. Orang lain yang mencuba mendekati khemah suci akan dihukum mati.+

39 Semua lelaki daripada suku Lewi yang berumur satu bulan dan ke atas, yang didaftarkan menurut keluarga mereka, berjumlah 22,000 orang. Musa dan Harun mendaftarkan mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa.

40 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Daftarkanlah semua anak lelaki sulung orang Israel yang berumur satu bulan dan ke atas.+ Hitunglah jumlah mereka dan senaraikanlah nama mereka. 41 Khaskanlah orang Lewi untuk-Ku. Mereka harus menggantikan semua anak lelaki sulung orang Israel.+ Ambillah juga ternakan orang Lewi untuk menggantikan semua anak jantan sulung ternakan orang Israel.+ Akulah Yehuwa.” 42 Maka Musa mendaftarkan semua anak lelaki sulung orang Israel, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa. 43 Bilangan anak lelaki sulung yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan ialah 22,273 orang.

44 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 45 “Khaskanlah orang Lewi untuk menjadi milik-Ku. Mereka harus menggantikan semua anak lelaki sulung orang Israel. Ambillah juga ternakan orang Lewi untuk menggantikan semua anak jantan sulung ternakan orang Israel. Akulah Yehuwa. 46 Oleh sebab jumlah anak lelaki sulung umat Israel melebihi jumlah orang Lewi+ sebanyak 273 orang, maka 273 orang itu harus ditebus.+ 47 Lima syekel* perak harus dibayar bagi setiap orang itu,+ menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. Satu syekel sama dengan 20 gera.*+ 48 Engkau harus memberikan wang itu kepada Harun dan anak-anak lelakinya sebagai harga tebusan untuk 273 orang itu.” 49 Maka Musa mengambil wang itu sebagai harga tebusan bagi 273 orang tersebut. 50 Jumlah wang yang dikumpulkan oleh Musa daripada anak lelaki sulung orang Israel tersebut ialah 1,365 syekel perak, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. 51 Musa mematuhi arahan yang diberikan oleh Yehuwa kepadanya. Dia memberikan wang tersebut kepada Harun dan anak-anak lelakinya, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa.

4 Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun, 2 “Kamu harus membanci orang Kehat+ daripada suku Lewi, menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 3 Bancilah semua lelaki yang berumur antara 30+ hingga 50 tahun,+ yang layak berkhidmat di khemah pertemuan.+

4 “Puak Kehat harus berkhidmat di khemah suci.+ Khidmat mereka merupakan sesuatu yang sangat suci. 5 Apabila orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, Harun dan anak-anak lelakinya harus masuk ke dalam khemah suci. Mereka harus menurunkan tirai pemisah+ lalu menutup tabut perjanjian+ dengan tirai itu. 6 Kemudian mereka harus menutupnya lagi dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut. Selepas itu, mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atasnya, lalu memasangkan kayu pengusung+ tabut perjanjian.

7 “Mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atas meja+ untuk roti yang dipersembahkan. Mereka juga harus meletakkan pinggan, mangkuk, cawan, dan kendi untuk korban wain+ di atas meja itu. Mereka harus memastikan agar roti yang dipersembahkan+ sentiasa berada di atas meja itu. 8 Setelah itu, mereka harus membentangkan sehelai kain merah di atas semua benda tersebut. Kemudian mereka harus menutup semuanya dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut, lalu memasangkan kayu pengusung+ meja itu. 9 Mereka harus mengambil sehelai kain biru dan menutup kaki pelita+ serta pelita-pelitanya,+ penyepit, bekas perbaraan,+ dan semua bekas untuk minyak pelita. 10 Selepas itu, mereka harus membungkus semua itu berserta peralatan lain dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut, lalu meletakkan semuanya di atas usungan. 11 Mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atas mazbah emas.+ Setelah itu, mereka harus menutupnya dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut, lalu memasangkan kayu pengusung+ mazbah itu. 12 Kemudian mereka harus mengambil semua peralatan lain+ yang digunakan dalam khidmat yang dijalankan di khemah suci, dan membungkus semuanya dengan sehelai kain biru. Mereka harus menutupnya dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut, lalu meletakkan semuanya di atas usungan.

13 “Mereka harus membuang abu* yang terdapat pada mazbah+ untuk korban bakar, lalu membentangkan sehelai kain bulu yang dicelup ungu di atas mazbah itu. 14 Di atas mazbah itu, mereka harus meletakkan peralatan berikut, yang digunakan semasa mereka berkhidmat di mazbah: Bekas perbaraan, garpu, penyodok, mangkuk, dan semua peralatan lain.+ Kemudian mereka harus menutup semua itu dengan sehelai kain yang dibuat daripada kulit anjing laut, lalu memasangkan kayu pengusung+ mazbah.

15 “Apabila orang Israel memindahkan perkhemahan mereka, Harun dan anak-anak lelakinya mesti menutup semua peralatan di dalam khemah suci.+ Kemudian barulah orang Kehat boleh masuk untuk mengangkat benda-benda itu.+ Tetapi mereka tidak boleh menyentuh benda-benda suci itu. Jika mereka menyentuhnya, mereka akan mati.+ Orang Kehat ditugaskan untuk mengangkat benda-benda suci itu.

16 “Eleazar+ anak Harun harus bertanggungjawab atas seluruh khemah suci dan peralatannya, serta segala sesuatu di dalamnya, termasuk minyak pelita,+ kemenyan harum,+ minyak suci,+ dan korban bijirin yang dipersembahkan secara tetap.”

17 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa dan Harun, 18 “Jangan biarkan puak Kehat+ dimusnahkan daripada kalangan suku Lewi. 19 Maka lakukanlah semua yang ditetapkan agar mereka tidak mati semasa menghampiri benda-benda yang sangat suci itu.+ Harun dan anak-anak lelakinya harus masuk ke dalam khemah suci dan menentukan tugas setiap orang. Mereka juga harus menunjukkan benda yang harus diangkat oleh setiap orang. 20 Puak Kehat tidak boleh masuk dan melihat benda-benda suci itu walaupun untuk seketika. Jika mereka berbuat demikian, mereka akan mati.”+

21 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 22 “Kamu harus membanci orang Gerson+ menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 23 Daftarkanlah semua lelaki yang dibanci itu. Mereka haruslah berumur antara 30 hingga 50 tahun, dan layak berkhidmat di khemah pertemuan. 24 Inilah tugas yang harus dilakukan oleh puak Gerson:+ 25 Mereka harus mengangkat kain-kain penutup khemah suci,+ iaitu kain yang dibuat daripada linen, kain yang dibuat daripada bulu kambing, dan kain penutup yang dibuat daripada kulit bebiri jantan, serta kain penutup daripada kulit anjing laut yang diletakkan di atasnya.+ Mereka juga harus mengangkat tabir untuk pintu masuk khemah pertemuan,+ 26 tirai halaman khemah+ yang mengelilingi khemah suci dan mazbah, tirai untuk pintu masuk halaman khemah,+ tali di halaman khemah, dan semua peralatan lain yang berkaitan dengan benda-benda itu. Itulah tugas yang harus dilakukan oleh mereka. 27 Harun dan anak-anak lelakinya harus mengawasi puak Gerson+ semasa mereka menjalankan kewajipan itu. Kamu mesti mengamanahkan tugas-tugas penting itu kepada mereka, dan mereka harus melaksanakan semua tugas tersebut. 28 Itulah tugas puak Gerson di khemah pertemuan.+ Mereka harus melaksanakan tugas mereka di bawah pimpinan Itamar+ anak Harun.

29 “Kamu juga harus membanci orang Merari+ menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 30 Daftarkanlah semua lelaki yang dibanci itu. Mereka haruslah berumur antara 30 hingga 50 tahun, dan layak berkhidmat di khemah pertemuan. 31 Inilah tugas yang harus dilakukan+ oleh mereka di khemah pertemuan: Mereka harus mengangkat semua rangka khemah suci,+ kayu lintang,+ tiang,+ alas tiang,+ 32 pasak,+ tali, tiang+ dan alas tiang+ di halaman khemah, dan semua peralatan lain yang berkaitan dengan benda-benda itu. Kamu harus menentukan benda yang harus diangkat oleh setiap orang. 33 Itulah tugas puak Merari+ di khemah pertemuan. Mereka harus melaksanakan tugas mereka di bawah pimpinan Itamar anak Harun.”+

34 Musa, Harun, dan para pemimpin+ orang Israel, mendaftarkan orang Kehat+ menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 35 Orang yang didaftarkan itu ialah lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun, yang layak berkhidmat di khemah pertemuan.+ 36 Semua lelaki yang didaftarkan menurut keluarga mereka berjumlah 2,750 orang.+ 37 Itulah bilangan orang daripada puak Kehat yang telah didaftarkan. Mereka semua layak berkhidmat di khemah pertemuan. Musa dan Harun mendaftarkan mereka menurut perintah Yehuwa yang telah disampaikan-Nya melalui Musa.+

38 Orang Gerson+ juga didaftarkan menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 39 Orang yang didaftarkan itu ialah lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun, yang layak berkhidmat di khemah pertemuan. 40 Semua lelaki yang didaftarkan menurut keluarga dan puak mereka berjumlah 2,630 orang.+ 41 Itulah bilangan orang daripada puak Gerson yang telah didaftarkan. Mereka semua layak berkhidmat di khemah pertemuan. Musa dan Harun mendaftarkan mereka menurut perintah Yehuwa.+

42 Orang Merari juga didaftarkan menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 43 Orang yang didaftarkan itu ialah lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun, yang layak berkhidmat di khemah pertemuan.+ 44 Semua lelaki yang didaftarkan menurut keluarga mereka berjumlah 3,200 orang.+ 45 Itulah bilangan orang daripada puak Merari yang telah didaftarkan. Musa dan Harun mendaftarkan mereka menurut perintah Yehuwa yang telah disampaikan-Nya melalui Musa.+

46 Musa, Harun, dan para pemimpin orang Israel, mendaftarkan semua lelaki dalam suku Lewi menurut keluarga dan puak mereka masing-masing. 47 Orang yang didaftarkan itu ialah lelaki yang berumur antara 30 hingga 50 tahun, yang layak berkhidmat di khemah pertemuan. Mereka ditugaskan untuk mengangkat semua peralatan khemah pertemuan.+ 48 Jumlah keseluruhan lelaki yang didaftarkan ialah 8,580 orang.+ 49 Mereka semua didaftarkan menurut perintah Yehuwa yang telah disampaikan-Nya melalui Musa. Setiap orang ditugaskan untuk mengangkat peralatan tertentu. Demikianlah mereka semua didaftarkan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

5 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Perintahkanlah umat Israel untuk mengeluarkan semua orang berikut dari perkhemahan: Orang yang berpenyakit kusta,+ orang yang mengeluarkan lelehan,+ dan orang yang najis kerana terkena mayat.+ 3 Tidak kira orang itu lelaki atau perempuan, orang itu harus dikeluarkan agar tidak mencemarkan+ perkhemahan, tempat Aku tinggal bersama-sama umat-Ku.”+ 4 Maka, sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa, umat Israel mengeluarkan semua orang seperti itu dari perkhemahan.

5 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 6 “Beritahulah umat Israel, ‘Jika seorang lelaki atau wanita berbuat jahat terhadap orang lain dan berdosa terhadap Aku, Yehuwa, orang itu sudah bersalah.+ 7 Orang itu haruslah mengakui+ dosa yang dilakukannya. Dia juga harus membayar pampasan kepada orang yang dirugikan itu, ditambah lagi dengan 20 peratus daripada jumlah itu.+ 8 Tetapi jika orang yang dirugikan itu sudah meninggal dan tidak mempunyai saudara dekat untuk menerima pampasan tersebut, pampasan itu haruslah diberikan kepada Aku, Yehuwa. Sama seperti bebiri jantan yang dikorbankan untuk memohon pengampunan dosa+ bagi pihak orang yang bersalah itu, pampasan tersebut juga akan menjadi milik imam.

9 “‘Setiap pemberian*+ yang dipersembahkan oleh orang Israel akan menjadi milik imam+ yang menerima pemberian itu. 10 Apa-apa sahaja yang dipersembahkan oleh seseorang akan menjadi milik imam. Ya, apa pun yang diserahkan kepada seorang imam, akan menjadi milik imam itu.’”

11 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 12 “Beritahulah umat Israel, ‘Katakan ada seorang isteri yang tidak setia dan berlaku curang terhadap suaminya 13 kerana bersetubuh dengan lelaki lain.+ Tetapi suami wanita itu tidak mengetahui bahawa isterinya telah mencemarkan diri, kerana wanita itu merahsiakan hal tersebut. Tidak ada saksi yang melihat perbuatannya, dan wanita itu tidak tertangkap basah. Jika hal sebegini berlaku, inilah yang harus dilakukan: 14 Sama ada seorang wanita mencemarkan dirinya atau tidak, jika suami wanita itu menjadi cemburu dan meragui kesetiaan isterinya, 15 suami itu harus membawa isterinya kepada imam. Dia juga harus membawa satu persepuluh efa* tepung barli sebagai persembahan untuk isterinya. Tepung itu tidak boleh dituangi minyak atau dibubuhi kemenyan, kerana tepung itu merupakan persembahan daripada suami yang curiga, dan dipersembahkan supaya Tuhan menghakimi wanita itu jika dia berdosa.

16 “‘Imam akan menyuruh wanita itu maju dan berdiri di hadapan Yehuwa.+ 17 Kemudian imam akan menuangkan air bersih* ke dalam sebuah bekas tanah liat, lalu mengambil sedikit debu dari lantai khemah suci dan memasukkannya ke dalam air itu. 18 Imam harus menyuruh wanita itu berdiri di hadapan Yehuwa. Kemudian imam akan menguraikan rambut wanita itu, lalu meletakkan tepung,* iaitu tepung yang merupakan persembahan daripada suami yang curiga,+ di tapak tangan wanita tersebut. Imam akan memegang bekas tanah liat itu yang berisi air pahit yang mendatangkan kutuk.+

19 “‘Selepas itu, imam akan menyuruh wanita itu bersumpah dengan berkata kepadanya, “Jika kamu tidak pernah bersetubuh dengan lelaki lain sejak kamu berkahwin dengan suamimu;+ ya, jika kamu tidak mencemarkan diri dan tidak curang terhadapnya, maka kamu akan terlepas daripada kutukan yang dibawa oleh air pahit ini. 20 Tetapi jika kamu mencemarkan diri dan berlaku curang terhadap suamimu kerana bersetubuh dengan lelaki lain—”+ 21 Setelah itu, imam harus berkata kepada wanita itu: “Biarlah Yehuwa menjadikan kamu sebagai contoh semasa kutukan dan sumpahan dibuat dalam kalangan bangsamu. Jika kamu bersalah, Yehuwa akan menyebabkan kamu menjadi mandul* dan perutmu akan mengembung. 22 Air pahit yang membawa kutuk ini akan masuk ke dalam ususmu lalu menyebabkan perutmu mengembung, dan kamu akan menjadi mandul.”* Wanita itu harus menjawab, “Amin! Amin!”

23 “‘Selepas itu, imam harus menuliskan kutuk itu dalam sebuah buku, lalu imam harus memadamkannya dengan air pahit tersebut. 24 Air pahit yang membawa kutuk itu harus diminum oleh wanita itu. Air itu akan masuk ke dalam tubuhnya dan akan menyebabkan rasa sakit. 25 Kemudian imam akan mengambil tepung, iaitu tepung yang merupakan persembahan daripada suami yang curiga,+ daripada tapak tangan wanita itu. Imam harus mengayunkan tepung itu ke depan dan belakang sebagai korban untuk Aku, Yehuwa, lalu membawanya ke mazbah. 26 Setelah itu, imam akan mengambil segenggam tepung itu lalu membakarnya di atas mazbah+ sebagai tanda bahawa keseluruhan korban itu sudah dipersembahkan kepada Aku. Selepas itu, imam akan menyuruh wanita itu meminum air tersebut. 27 Jika wanita itu telah mencemarkan dirinya dengan berlaku curang terhadap suaminya, air pahit yang membawa kutuk itu akan masuk ke dalam tubuhnya dan menyebabkan rasa sakit. Perutnya akan mengembung dan dia akan menjadi mandul.* Wanita itu akan menjadi contoh semasa kutukan dibuat dalam kalangan bangsa Israel. 28 Tetapi jika wanita itu tidak mencemarkan dirinya, dia akan terlepas daripada kutukan yang dibawa oleh air pahit tersebut. Dia masih dapat mengandung dan menghasilkan keturunan.

29 “‘Itulah hukumnya apabila seorang suami menjadi cemburu+ kerana isterinya mencemarkan diri dan berlaku curang terhadapnya, 30 atau apabila seorang suami menjadi cemburu dan meragui kesetiaan isterinya. Suami itu harus membawa isterinya ke hadapan Aku, Yehuwa, dan imam harus menjalankan semua yang ditetapkan dalam hukum ini. 31 Suami itu tidak bersalah, tetapi isterinya akan menanggung akibat perbuatannya.’”

6 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 2 “Beritahulah umat Israel, ‘Jika seorang lelaki atau wanita berikrar untuk mengekhaskan diri kepada Aku, Yehuwa, sebagai orang Nazir,*+ 3 dia tidak boleh minum wain atau minuman keras yang lain. Dia tidak boleh minum cuka yang dibuat daripada wain atau cuka yang dibuat daripada minuman keras yang lain.+ Dia tidak boleh minum minuman yang dibuat daripada buah anggur. Dia juga tidak boleh makan buah anggur, sama ada yang masih segar atau yang sudah dikeringkan. 4 Selama dia menjadi orang Nazir, dia tidak boleh makan apa-apa pun yang berasal daripada pokok anggur, termasuk buah anggur yang belum masak dan kulitnya.

5 “‘Selama dia menjadi orang Nazir, dia tidak boleh mencukur rambutnya.+ Dia harus tetap suci dan membiarkan rambutnya tumbuh panjang sehingga selesai masa dia mengekhaskan diri kepada Aku, Yehuwa. 6 Selama dia mengekhaskan dirinya kepada Aku, Yehuwa, dia tidak boleh menghampiri mayat,* 7 meskipun mayat itu ialah mayat bapa, ibu, abang, kakak, atau adiknya. Rambutnya merupakan tanda bahawa dia telah mengekhaskan diri kepada Aku sebagai orang Nazir. Oleh itu dia tidak boleh mencemarkan dirinya.+

8 “‘Aku, Yehuwa, akan menganggap dia suci selama dia menjadi orang Nazir. 9 Tetapi jika dia berada di sisi seseorang yang tiba-tiba mati,+ dia telah mencemarkan rambutnya yang merupakan tanda bahawa dia orang Nazir. Maka dia harus mencukur rambutnya+ pada hari dia menjalankan upacara penyucian, iaitu pada hari ketujuh. 10 Pada hari kelapan, dia harus membawa dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda kepada imam di pintu masuk khemah pertemuan. 11 Imam akan mempersembahkan seekor untuk korban dosa dan seekor lagi untuk korban bakar. Imam akan memohon pengampunan dosa bagi pihak orang Nazir itu+ yang telah menghampiri mayat. Kemudian pada hari itu juga, dia harus menyucikan dirinya dan membiarkan rambutnya tumbuh semula. 12 Namun, jangka waktu yang lampau itu tidak dihitung lagi kerana dia telah mencemarkan dirinya. Maka dia harus membaharui ikrarnya kepada Aku, Yehuwa, sebagai orang Nazir. Dia juga harus mempersembahkan seekor bebiri jantan yang berumur satu tahun sebagai korban ganti rugi.

13 “‘Inilah peraturan mengenai orang Nazir: Selepas seorang Nazir menyelesaikan masa dia mengekhaskan diri kepada Aku,+ dia harus pergi ke pintu masuk khemah pertemuan. 14 Di sana, dia harus mempersembahkan korban-korban berikut kepada Aku, Yehuwa: Seekor bebiri jantan yang berumur satu tahun sebagai korban bakar,+ seekor bebiri betina yang berumur satu tahun sebagai korban dosa,+ dan seekor bebiri jantan sebagai korban pendamaian.+ Semua binatang itu mestilah tidak ada kecacatan. 15 Dia juga harus mempersembahkan korban bijirin,+ korban wain,+ dan sebakul roti tidak beragi berbentuk gelang yang dibuat daripada tepung terbaik, yang telah dituangi minyak, serta roti nipis tidak beragi yang disapu dengan minyak. 16 Imam akan membawa semua itu kepada Aku, Yehuwa. Kemudian imam harus mempersembahkan korban dosa dan korban bakar kepada Aku. 17 Dia juga akan mempersembahkan bebiri jantan itu sebagai korban pendamaian kepada Aku, Yehuwa, bersama bakul roti tidak beragi, korban bijirin,+ dan korban wain.

18 “‘Selepas itu, orang Nazir tersebut harus mencukur rambutnya+ di pintu masuk khemah pertemuan. Kemudian dia harus membuang rambutnya, yang merupakan tanda bahawa dia orang Nazir, ke dalam api yang sedang membakar korban pendamaian. 19 Setelah orang Nazir itu mencukur rambutnya, imam harus mengambil kaki depan bebiri jantan yang telah direbus,+ sekeping roti nipis tidak beragi, dan seketul roti tidak beragi berbentuk gelang daripada bakul itu, lalu meletakkan semua itu ke atas tapak tangan orang Nazir tersebut. 20 Imam harus mengayunkan semuanya ke depan dan belakang sebagai korban kepada Aku, Yehuwa.+ Semua itu merupakan sesuatu yang suci dan harus menjadi milik imam. Dada dan kaki bebiri itu+ juga harus diberikan kepada imam sebagai persembahan suci. Selepas itu, orang Nazir tersebut boleh minum wain.

21 “‘Inilah peraturan mengenai orang Nazir+ yang telah berikrar: Jika dia berikrar untuk mempersembahkan korban lebih daripada yang ditentukan, dia harus memenuhi ikrar itu selaras dengan peraturan bagi orang Nazir. Dia harus mempersembahkan apa yang mampu diberikannya kepada Aku, Yehuwa.’”

22 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 23 “Beritahulah Harun dan anak-anak lelakinya, ‘Inilah caranya kamu harus memberkati+ orang Israel. Katakanlah kepada mereka:

24 “Semoga Yehuwa memberkati+ dan melindungi kamu.

25 Semoga Yehuwa memancarkan cahaya-Nya ke atas kamu,+ dan semoga Dia merahmati kamu.

26 Semoga Yehuwa berkenan kepada kamu dan mengurniai kamu kedamaian.”’+

27 Mereka harus mengucapkan nama-Ku sebagai berkat kepada umat Israel+ supaya Aku memberkati umat Israel.”+

7 Pada hari Musa selesai mendirikan khemah suci,+ dia mengurapi+ khemah itu dengan minyak suci untuk mentahbiskannya. Dia juga mengurapi dan mentahbiskan semua peralatan khemah, mazbah, dan semua peralatan mazbah.+ Selepas dia mengurapi dan mentahbiskan semua itu,+ 2 para pemimpin orang Israel,+ yang merupakan ketua suku, mempersembahkan korban. Para pemimpin itu, yang telah mengawasi pembancian, 3 membawa 6 buah kereta lembu dan 12 ekor lembu jantan, lalu mempersembahkannya kepada Yehuwa; sebuah kereta lembu diberikan oleh dua orang pemimpin dan seekor lembu diberikan oleh setiap pemimpin. Mereka membawa semua persembahan itu ke hadapan khemah suci. 4 Yehuwa berfirman kepada Musa, 5 “Terimalah semua persembahan itu, kerana semua itu akan digunakan untuk melakukan segala kerja di khemah pertemuan. Berikanlah semua itu kepada orang Lewi sesuai dengan tugas mereka masing-masing.”

6 Maka Musa menerima semua lembu dan kereta lembu itu lalu memberikannya kepada orang Lewi. 7 Dia memberikan dua buah kereta lembu dan empat ekor lembu kepada puak Gerson, sesuai dengan apa yang diperlukan oleh mereka untuk menjalankan tugas.+ 8 Dia memberikan empat buah kereta lembu dan lapan ekor lembu kepada puak Merari, sesuai dengan apa yang diperlukan oleh mereka untuk menjalankan tugas. Mereka semua melakukan tugas di bawah pimpinan Itamar anak Harun.+ 9 Tetapi dia tidak memberikan apa-apa kepada puak Kehat, kerana mereka bertugas di tempat suci,+ dan mereka harus mengusung atau memikul semua peralatan suci.+

10 Para pemimpin tersebut mempersembahkan korban untuk upacara pentahbisan+ mazbah pada hari mazbah itu diurapi dengan minyak suci. Selepas mereka mempersembahkan korban di hadapan mazbah, 11 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Setiap hari, salah seorang pemimpin harus mempersembahkan korbannya untuk upacara pentahbisan mazbah.”

12 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari pertama ialah Nahason+ anak Aminadab daripada suku Yehuda. 13 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram* dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram,* menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 14 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram,* yang penuh dengan kemenyan. 15 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 16 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 17 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Nahason anak Aminadab.+

18 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari kedua ialah Netanel+ anak Zuar daripada suku Isakhar. 19 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 20 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 21 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 22 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 23 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Netanel anak Zuar.

24 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ketiga ialah Eliab+ anak Helon daripada suku Zebulon. 25 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 26 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 27 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 28 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 29 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Eliab+ anak Helon.

30 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari keempat ialah Elizur+ anak Shedeyur daripada suku Ruben. 31 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 32 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 33 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 34 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 35 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Elizur+ anak Shedeyur.

36 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari kelima ialah Selumiel+ anak Zurishadai daripada suku Simeon. 37 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 38 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 39 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 40 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 41 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Selumiel+ anak Zurishadai.

42 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari keenam ialah Eliasaf+ anak Dehuel daripada suku Gad. 43 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 44 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 45 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 46 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 47 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Eliasaf+ anak Dehuel.

48 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ketujuh ialah Elisama+ anak Amihud daripada suku Efraim. 49 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 50 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 51 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 52 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 53 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Elisama+ anak Amihud.

54 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari kelapan ialah Gamaliel+ anak Pedazur daripada suku Manasye. 55 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 56 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 57 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun sebagai korban bakar.+ 58 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 59 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Gamaliel+ anak Pedazur.

60 Pemimpin+ yang mempersembahkan korban pada hari kesembilan ialah Abidan+ anak Gideoni daripada suku Benyamin. 61 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 62 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 63 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 64 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 65 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Abidan+ anak Gideoni.

66 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ke-10 ialah Ahiezer+ anak Amishadai daripada suku Dan. 67 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 68 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 69 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 70 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 71 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Ahiezer+ anak Amishadai.

72 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ke-11 ialah Pagiel+ anak Okhran daripada suku Asyer. 73 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 74 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 75 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 76 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 77 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Pagiel+ anak Okhran.

78 Pemimpin yang mempersembahkan korban pada hari ke-12 ialah Ahira+ anak Enan daripada suku Naftali. 79 Dia mempersembahkan sebuah pinggan perak yang beratnya 1.48 kilogram dan sebuah mangkuk perak yang beratnya 800 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ Kedua-dua bekas itu penuh dengan tepung terbaik yang dicampuri minyak, yang dipersembahkannya sebagai korban bijirin.+ 80 Dia juga mempersembahkan sebuah cawan emas yang beratnya 114 gram, yang penuh dengan kemenyan. 81 Selain itu, dia juga mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan seekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar.+ 82 Bagi korban dosa pula, dia mempersembahkan seekor anak kambing,+ 83 dan bagi korban pendamaian,+ dia mempersembahkan dua ekor lembu, lima ekor bebiri jantan, lima ekor kambing jantan, dan lima ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban yang dipersembahkan oleh Ahira+ anak Enan.

84 Inilah yang dipersembahkan oleh para pemimpin umat Israel untuk upacara pentahbisan+ mazbah: 12 buah pinggan perak, 12 buah mangkuk perak, dan 12 buah cawan emas.+ 85 Setiap pinggan perak itu beratnya 1.48 kilogram dan setiap mangkuk perak itu beratnya 800 gram. Maka jumlah berat kesemua barangan perak itu ialah 27.36 kilogram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.+ 86 Setiap cawan emas yang penuh dengan kemenyan itu beratnya 114 gram, menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. Maka jumlah berat kesemua cawan emas itu ialah 1.37 kilogram. 87 Jumlah binatang yang dipersembahkan sebagai korban bakar ialah 12 ekor lembu jantan, 12 ekor bebiri jantan, dan 12 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Semua korban itu dipersembahkan bersama korban bijirin. Jumlah binatang yang dipersembahkan sebagai korban dosa ialah 12 ekor anak kambing, 88 manakala jumlah binatang yang dipersembahkan sebagai korban pendamaian pula ialah 24 ekor lembu jantan, 60 ekor bebiri jantan, 60 ekor kambing jantan, dan 60 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun. Itulah korban untuk upacara pentahbisan+ mazbah, yang dipersembahkan selepas mazbah itu diurapi dengan minyak suci.+

89 Setiap kali Musa masuk ke dalam khemah pertemuan untuk bercakap dengan Tuhan,+ dia akan mendengar suara dari atas penutup+ tabut perjanjian, iaitu di antara dua kerub*+ di atas tabut itu. Begitulah caranya Tuhan bercakap dengan Musa.

8 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Beritahulah Harun, ‘Apabila engkau menyalakan tujuh buah pelita itu, pastikan bahawa cahaya daripada pelita-pelita itu menerangi bahagian depan kaki pelita.’”+ 3 Maka inilah yang dilakukan oleh Harun: Dia memastikan agar pelita-pelita yang dinyalakan itu menerangi bahagian depan kaki pelita,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 4 Kaki pelita itu diperbuat daripada emas tempaan, dari batang sampai ke kelopak bunganya.+ Kaki pelita itu dibuat menurut contoh yang diberikan oleh Yehuwa kepada Musa melalui suatu penglihatan.+

5 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 6 “Pisahkanlah orang Lewi daripada umat Israel dan sucikanlah mereka.+ 7 Beginilah caranya kamu melakukan upacara penyucian: Percikkanlah air ke atas orang Lewi untuk menyucikan mereka daripada dosa, lalu suruhlah mereka mencukur seluruh badan. Mereka juga harus mandi dan membasuh pakaian mereka.+ 8 Kemudian orang Lewi harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda+ berserta korban bijirin,+ yang berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak. Engkau juga harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban dosa.+ 9 Selepas itu, bawalah orang Lewi ke hadapan khemah pertemuan dan kumpulkanlah seluruh umat Israel.+ 10 Engkau harus membawa orang Lewi ke hadapan Aku, Yehuwa. Kemudian umat Israel harus meletakkan tangan mereka ke atas orang Lewi.+ 11 Harun harus menyerahkan orang Lewi sebagai suatu pemberian* kepada Aku, Yehuwa.+ Ya, mereka merupakan pemberian daripada orang Israel kepada Aku. Dengan demikian, orang Lewi akan berkhidmat kepada Aku, Yehuwa.+

12 “Kemudian orang Lewi harus meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu-lembu jantan itu,+ lalu seekor daripada lembu itu harus dipersembahkan sebagai korban dosa dan seekor lagi sebagai korban bakar. Lembu-lembu itu harus dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, untuk memohon pengampunan dosa+ bagi pihak orang Lewi. 13 Selepas itu, suruhlah orang Lewi berdiri di hadapan Harun dan anak-anak lelakinya. Serahkanlah mereka sebagai pemberian* kepada Aku, Yehuwa. 14 Dengan cara ini, orang Lewi dipisahkan daripada orang Israel yang lain supaya menjadi milik-Ku.+ 15 Kemudian orang Lewi boleh berkhidmat di khemah pertemuan. Demikianlah caranya engkau harus menyucikan dan menyerahkan mereka sebagai pemberian* kepada Aku. 16 Ya, mereka merupakan pemberian daripada orang Israel kepada Aku. Mereka akan menggantikan semua anak lelaki sulung orang Israel+ dan menjadi milik-Ku. 17 Hal ini demikian kerana ketika Aku membunuh semua anak sulung orang Mesir,+ Aku telah mengekhaskan setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan mereka,+ untuk menjadi milik-Ku. 18 Aku telah mengambil orang Lewi untuk menggantikan semua anak sulung orang Israel. 19 Aku telah memilih orang Lewi daripada kalangan orang Israel dan memberikan mereka kepada Harun dan anak-anak lelakinya. Orang Lewi harus berkhidmat di khemah pertemuan+ dan membantu imam memohon pengampunan dosa bagi pihak orang Israel. Dengan demikian, orang Israel tidak akan ditimpa bencana+ semasa mereka menghampiri khemah suci.”

20 Musa, Harun, dan segenap umat Israel melakukan semua itu terhadap orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 21 Orang Lewi menyucikan diri dan membasuh pakaian mereka.+ Kemudian Harun menyerahkan mereka sebagai suatu pemberian* kepada Yehuwa.+ Harun juga memohon pengampunan dosa bagi pihak orang Lewi supaya mereka menjadi suci.+ 22 Setelah itu, orang Lewi pergi berkhidmat di khemah pertemuan, di bawah pimpinan Harun dan anak-anak lelakinya. Orang Israel melakukan semua itu terhadap orang Lewi, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

23 Yehuwa berfirman kepada Musa, 24 “Inilah peraturan mengenai orang Lewi: Setiap orang Lewi harus memulakan khidmatnya di khemah pertemuan apabila dia berumur 25 tahun. 25 Apabila seorang Lewi berumur 50 tahun, dia harus dibebaskan daripada tugasnya dan tidak lagi berkhidmat di khemah pertemuan. 26 Dia sendiri tidak lagi mempunyai tugas tetap, tetapi dia boleh membantu sesama orang Lewi yang bertugas di khemah pertemuan. Begitulah caranya engkau harus mengatur tugas orang Lewi.”+

9 Yehuwa berfirman kepada Musa di padang belantara Sinai pada bulan pertama,+ dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir. Dia berfirman, 2 “Umat Israel harus menyambut Perayaan Paska*+ pada waktu yang ditetapkan,+ 3 iaitu pada hari ke-14, bulan pertama, pada waktu senja.* Mereka harus merayakannya menurut semua hukum dan peraturan yang sudah ditetapkan bagi perayaan ini.”+

4 Maka Musa menyuruh umat Israel merayakan Paska. 5 Seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa, umat Israel merayakan Paska pada hari ke-14, bulan pertama, pada waktu senja, di padang belantara Sinai.

6 Tetapi ada beberapa orang yang menjadi najis kerana tersentuh mayat.+ Maka mereka tidak dapat merayakan Paska pada hari itu. Oleh itu, mereka pergi berjumpa dengan Musa dan Harun.+ 7 Mereka berkata, “Kami najis kerana tersentuh mayat. Tetapi adakah kami dilarang sama sekali untuk mempersembahkan korban Paska kepada Yehuwa bersama orang Israel yang lain pada waktu yang ditetapkan?”+ 8 Maka Musa berkata kepada mereka, “Tunggulah sehingga aku mendengar apa yang dikatakan oleh Yehuwa tentang kamu.”+

9 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 10 “Beritahulah umat Israel, ‘Jika seseorang dalam kalangan kamu atau keturunan kamu menjadi najis kerana tersentuh mayat,+ atau berada dalam perjalanan jauh, orang itu masih perlu menyambut Perayaan Paska untuk menghormati Aku, Yehuwa. 11 Orang itu harus merayakan Paska pada hari ke-14, bulan kedua,+ pada waktu senja. Dia harus memakan daging korban Paska bersama sayur pahit dan roti tidak beragi.+ 12 Dia tidak boleh meninggalkan sedikit pun daripada daging korban itu sehingga pagi.+ Dia juga tidak boleh mematahkan satu pun daripada tulang+ binatang itu. Dia harus merayakan Paska menurut semua peraturan yang sudah ditetapkan bagi perayaan itu. 13 Jika seseorang tidak najis atau bukan dalam perjalanan jauh, tetapi dia tidak merayakan Paska, orang itu mesti dihukum mati.+ Hal ini demikian kerana dia tidak merayakan Paska untuk menghormati Aku, Yehuwa, pada waktu yang ditetapkan. Maka orang itu mesti menanggung akibat dosanya.

14 “‘Jika ada orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu, dia juga harus menyambut Perayaan Paska untuk menghormati Aku, Yehuwa.+ Dia harus merayakannya menurut semua peraturan yang sudah ditetapkan+ bagi perayaan itu. Hukum yang sama berlaku untuk kamu semua, baik orang asing mahupun orang Israel.’”+

15 Pada hari khemah suci didirikan,+ terdapat awan yang turun ke atas khemah itu.* Pada waktu malam, awan itu kelihatan seperti tiang api, dan awan itu terus berada di atas khemah suci sehingga pagi.+ 16 Pada siang hari, awan akan berada di atas khemah suci. Pada malam hari pula, awan itu akan kelihatan seperti tiang api.+ Itulah yang selalu berlaku. 17 Setiap kali awan itu naik dari khemah suci, orang Israel akan memindahkan perkhemahan mereka dengan segera.+ Di mana sahaja awan itu turun, di tempat itulah mereka memasang khemah.+ 18 Dengan perintah Yehuwa, umat Israel akan memasang khemah, dan dengan perintah Yehuwa juga, mereka akan memindahkan perkhemahan.+ Selagi awan itu tidak naik dari khemah suci, mereka tidak akan berpindah ke tempat yang lain. 19 Jika awan itu lama berada di atas khemah suci, orang Israel akan mematuhi perintah Yehuwa dan tidak berpindah ke tempat yang lain.+ 20 Dengan perintah Yehuwa, umat Israel akan memasang khemah, dan dengan perintah Yehuwa juga, mereka akan memindahkan perkhemahan. Ada kalanya awan itu berada di atas khemah suci selama beberapa hari. 21 Tetapi ada kalanya pula, awan itu hanya berada di atas khemah suci dari petang sampai pagi. Sebaik sahaja awan itu naik pada waktu pagi, orang Israel akan berangkat. Sebaik sahaja awan itu naik, sama ada pada waktu pagi atau malam, orang Israel akan berangkat.+ 22 Sama ada awan itu berada di atas khemah suci selama dua hari, satu bulan, satu tahun, atau lebih lama daripada itu, selama itulah orang Israel akan terus berkhemah di tempat itu. Tetapi sebaik sahaja awan itu naik, mereka akan berangkat. 23 Dengan perintah Yehuwa, umat Israel akan memasang khemah, dan dengan perintah Yehuwa juga, mereka akan memindahkan perkhemahan. Mereka mematuhi arahan Yehuwa dan menurut perintah yang disampaikan oleh Yehuwa kepada Musa.

10 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Buatlah dua buah trompet+ daripada perak tempaan, dan gunakanlah trompet itu untuk memanggil orang Israel berkumpul dan untuk menyuruh mereka berangkat. 3 Apabila kedua-dua buah trompet itu ditiup, semua orang Israel harus datang kepadamu dan berkumpul di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.+ 4 Tetapi jika hanya sebuah trompet ditiup, hanya pemimpin umat Israel, iaitu mereka yang merupakan ketua atas 1,000 orang, yang harus datang kepadamu.+

5 “Apabila trompet ditiup dengan nada tinggi dan nada rendah, kelompok perkhemahan di bahagian timur+ harus berangkat. 6 Apabila trompet ditiup dengan cara yang sama untuk kali kedua, kelompok perkhemahan di bahagian selatan+ harus berangkat. Trompet harus ditiup dengan cara sedemikian setiap kali salah sebuah kelompok perkhemahan berangkat.

7 “Tetapi kedua-dua buah trompet harus ditiup+ dengan nada yang sama semasa memanggil orang Israel berkumpul. 8 Trompet-trompet itu harus ditiup oleh anak-anak lelaki Harun yang berkhidmat sebagai imam.+ Dari generasi ke generasi, begitulah caranya kamu harus meniup trompet, dan kamu harus sentiasa mematuhi peraturan ini.

9 “Jika kamu berperang dengan musuh yang datang menyerang di negeri kamu, tiuplah trompet-trompet itu untuk memberikan isyarat perang.+ Maka Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, akan menyelamatkan kamu daripada musuh. Aku tidak akan melupakan kamu.

10 “Tiuplah trompet-trompet itu juga semasa kamu bersukacita,+ iaitu semasa kamu menyambut perayaan-perayaan+ dan pada permulaan bulan baharu. Kamu harus meniup trompet-trompet itu ketika kamu mempersembahkan korban bakar+ dan korban pendamaian.+ Dengan demikian, Aku, Yehuwa, Tuhan kamu,+ akan sentiasa mengingat kamu.”

11 Pada hari ke-20, bulan kedua, tahun kedua selepas orang Israel keluar dari Mesir,+ awan yang berada di atas khemah suci*+ itu naik. 12 Oleh itu, umat Israel berangkat dari padang belantara Sinai mengikut turutan yang sudah ditetapkan.+ Kemudian awan itu berhenti di padang belantara Paran.+ 13 Itulah kali pertama mereka berangkat menurut perintah yang diberikan oleh Yehuwa melalui Musa.+

14 Kelompok perkhemahan pertama yang berangkat ialah kelompok yang diketuai oleh suku Yehuda. Terdapat tiga buah suku dalam kelompok itu. Ketua bagi kelompok perkhemahan itu ialah Nahason+ anak Aminadab. 15 Ketua bagi suku Isakhar ialah Netanel+ anak Zuar, 16 manakala ketua bagi suku Zebulon pula ialah Eliab+ anak Helon.

17 Selepas khemah suci digulung,+ puak Gerson+ dan puak Merari+ yang membawa khemah itu berangkat.

18 Kelompok perkhemahan kedua yang berangkat ialah kelompok yang diketuai oleh suku Ruben. Terdapat tiga buah suku dalam kelompok itu. Ketua bagi kelompok perkhemahan itu ialah Elizur+ anak Shedeyur. 19 Ketua bagi suku Simeon ialah Selumiel+ anak Zurishadai, 20 manakala ketua bagi suku Gad pula ialah Eliasaf+ anak Dehuel.

21 Kemudian puak Kehat yang membawa peralatan+ yang terdapat di dalam khemah suci berangkat. Khemah suci harus dipasang sebelum mereka tiba di tempat perkhemahan yang baharu.

22 Kelompok perkhemahan ketiga yang berangkat ialah kelompok yang diketuai oleh suku Efraim. Terdapat tiga buah suku dalam kelompok itu. Ketua bagi kelompok perkhemahan itu ialah Elisama+ anak Amihud. 23 Ketua bagi suku Manasye ialah Gamaliel+ anak Pedazur, 24 manakala ketua bagi suku Benyamin pula ialah Abidan+ anak Gideoni.

25 Kelompok perkhemahan terakhir yang berangkat ialah kelompok yang diketuai oleh suku Dan. Kelompok yang terdiri daripada tiga buah suku itu menjadi pengawal barisan belakang bagi semua kelompok perkhemahan yang lain. Ketua bagi kelompok perkhemahan itu ialah Ahiezer+ anak Amishadai. 26 Ketua bagi suku Asyer ialah Pagiel+ anak Okhran, 27 manakala ketua bagi suku Naftali pula ialah Ahira+ anak Enan. 28 Itulah turutan yang diikuti oleh umat Israel semasa mereka berangkat.+ Mereka berangkat secara berkumpulan, seperti pasukan askar.

29 Rehuel,*+ bapa mentua Musa, orang Midian itu, mempunyai anak lelaki yang bernama Hobab. Musa berkata kepada Hobab, “Kami akan pergi ke tempat yang telah dijanjikan oleh Yehuwa untuk diberikan kepada kami.+ Yehuwa telah berjanji untuk memberkati orang Israel.+ Ikutlah kami+ dan kami akan memperlakukan kamu dengan baik.” 30 Tetapi Hobab menjawab, “Tidak, aku mahu balik ke negeriku dan kepada saudara-maraku.” 31 Musa berkata, “Janganlah tinggalkan kami. Kamu tahu tempat untuk berkhemah di padang belantara. Maka kamu dapat menjadi penunjuk jalan bagi kami. 32 Jika kamu ikut kami,+ segala perkara baik yang dilakukan Yehuwa bagi kami akan kami lakukan juga bagimu.”

33 Maka orang Israel meninggalkan gunung Yehuwa+ dan berjalan selama tiga hari untuk mencari tempat perhentian. Sepanjang perjalanan itu, tabut perjanjian+ Yehuwa diusung mendahului mereka.+ 34 Semasa orang Israel berangkat pada siang hari, awan Yehuwa+ sentiasa memimpin mereka.

35 Setiap kali tabut perjanjian diusung, Musa akan berkata, “Ya Yehuwa, bangkitlah+ dan cerai-beraikanlah musuh-Mu! Biarlah orang yang membenci-Mu melarikan diri dari hadapan-Mu!” 36 Setiap kali tabut perjanjian diturunkan, Musa akan berkata, “Ya Yehuwa, kembalilah kepada orang Israel yang tidak terhitung jumlahnya.”+

11 Orang Israel mula bersungut-sungut terhadap Yehuwa tentang keadaan mereka. Apabila Yehuwa mendengar sungutan mereka, Dia menjadi sangat murka. Oleh itu, Yehuwa mendatangkan api kepada mereka, lalu api itu memusnahkan sebilangan orang yang berada di luar perkhemahan. 2 Kemudian orang Israel berseru kepada Musa meminta tolong. Maka Musa berdoa kepada Yehuwa,+ lalu api itu padam. 3 Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Tabera,* kerana Yehuwa mendatangkan api kepada mereka di situ.+

4 Terdapat sebilangan orang asing+ dalam kalangan orang Israel. Mereka teringin sekali+ makan makanan yang biasa dimakan oleh mereka dahulu, sehingga orang Israel juga mula terikut-ikut dan bersungut-sungut. Orang Israel berkata, “Siapa yang akan memberi kita daging untuk dimakan?+ 5 Kita masih ingat akan ikan yang biasa kita makan di Mesir tanpa membayar apa-apa. Kita juga ingat akan timun, tembikai, bawang perai, bawang merah, dan bawang putih di sana!+ 6 Tetapi sekarang kita hampir mati. Kita tiada makanan lain kecuali manna.”+

7 Manna+ kelihatan seperti biji-biji ketumbar+ dan warnanya seperti damar putih. 8 Orang Israel akan pergi mengumpulkan manna lalu menggilingnya dengan batu kisaran atau menumbuknya dengan lesung sehingga menjadi tepung. Kemudian mereka akan merebusnya di dalam belanga atau membuatnya menjadi roti bulat.+ Roti itu rasanya seperti roti manis yang dicampuri minyak. 9 Pada waktu malam, manna akan jatuh bersama-sama embun di kawasan perkhemahan.+

10 Musa mendengar bahawa setiap keluarga orang Israel bersungut-sungut di depan khemah masing-masing. Oleh itu, Yehuwa menjadi sangat murka,+ dan Musa juga berasa sangat tidak senang hati. 11 Kemudian Musa berkata kepada Yehuwa, “Mengapa Engkau membiarkan aku menderita? Adakah Engkau tidak berkenan kepadaku sehingga Engkau membebani aku dengan tanggungjawab atas semua orang ini?+ 12 Adakah aku yang telah mengandungkan semua orang ini? Adakah aku yang telah melahirkan mereka, sehingga Engkau menyuruh aku untuk mendukung mereka seperti seorang pengasuh mendukung bayi, ke tempat yang telah Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka?+ 13 Di mana aku akan mencari daging untuk semua orang ini? Mereka terus-menerus bersungut terhadapku dan berkata, ‘Kami mahu makan daging!’ 14 Aku tidak sanggup memikul tanggungjawab atas semua orang ini seorang diri. Tanggungjawab ini terlalu berat bagiku.+ 15 Jika beginilah cara Engkau memperlakukan aku, lebih baik Engkau membunuh aku sekarang juga.+ Tetapi jika Engkau berkenan kepadaku, janganlah biarkan aku menanggung penderitaan ini lagi.”

16 Maka Yehuwa berfirman kepada Musa, “Pilihlah 70 orang pemimpin yang layak dan yang dihormati daripada kalangan para pemimpin orang Israel.+ Bawalah mereka ke khemah pertemuan dan suruhlah mereka berdiri di sana bersamamu. 17 Aku akan turun+ dan berfirman kepadamu di sana,+ dan Aku akan memberi mereka sebahagian daripada kuasa suci*+ yang sudah Kuberikan kepadamu. Mereka akan membantu engkau memikul tanggungjawab atas umat ini, dan engkau tidak perlu lagi memikulnya seorang diri.+ 18 Beritahulah umat Israel, ‘Sucikanlah diri kamu untuk esok,+ kerana kamu akan makan daging. Yehuwa telah mendengar+ kamu bersungut dan berkata, “Siapa yang akan memberi kita daging untuk dimakan? Keadaan kita lebih baik di Mesir.”+ Yehuwa pasti akan memberi kamu makan daging.+ 19 Kamu mesti memakannya bukan sahaja selama satu atau 2 hari, atau 5, atau 10, ataupun 20 hari, 20 tetapi selama satu bulan, sehingga kamu menjadi jemu dan muak.+ Hal ini demikian kerana kamu telah menolak Yehuwa, yang berada dalam kalangan kamu. Kamu telah bersungut terhadap-Nya dan berkata, “Mengapa kita meninggalkan Mesir?”’”+

21 Kemudian Musa berkata, “Terdapat 600,000 orang lelaki+ yang ada bersamaku. Tetapi Engkau berfirman, ‘Aku akan memberi mereka daging yang cukup untuk dimakan selama satu bulan.’ 22 Meskipun semua lembu dan bebiri disembelih, adakah semua itu cukup bagi umat ini? Meskipun semua ikan di laut ditangkap, adakah semua itu cukup bagi mereka?”

23 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Adakah kuasa-Ku terbatas?+ Sekarang engkau akan melihat sama ada apa yang Aku firmankan itu benar-benar berlaku atau tidak. Akulah Yehuwa.”

24 Maka Musa keluar dan menyampaikan firman Yehuwa kepada orang Israel. Dia mengumpulkan 70 orang pemimpin daripada kalangan para pemimpin orang Israel, lalu menyuruh mereka berdiri di sekeliling khemah suci.+ 25 Kemudian Yehuwa turun di dalam awan+ dan berfirman kepada Musa.+ Dia mengambil sebahagian daripada kuasa suci+ yang diberikan-Nya kepada Musa lalu memberikannya kepada 70 orang pemimpin itu. Sebaik sahaja mereka menerima kuasa suci tersebut, mereka mula berkelakuan seperti nabi.+ Tetapi selepas itu, mereka tidak pernah berkelakuan seperti itu lagi.

26 Dua orang daripada 70 orang pemimpin yang dipilih itu, iaitu Eldad dan Medad, tidak ada di khemah suci kerana mereka masih berada di perkhemahan. Namun oleh sebab mereka sudah dipilih, kuasa suci Tuhan turun ke atas mereka, lalu mereka pun mula berkelakuan seperti nabi. 27 Seorang pemuda lari keluar dan melaporkan hal itu kepada Musa. Dia berkata, “Eldad dan Medad sedang berkelakuan seperti nabi!” 28 Kemudian Yosua+ anak Nun, yang telah membantu Musa sejak masa mudanya, berkata kepada Musa, “Tuan, suruhlah mereka berhenti!”+ 29 Tetapi Musa menjawab, “Adakah kamu risau bahawa hal itu akan menjejaskan kedudukanku? Sebenarnya, aku sangat berharap agar semua umat Yehuwa akan menjadi nabi, dan agar Yehuwa mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas mereka.” 30 Selepas itu, Musa dan para pemimpin Israel balik ke perkhemahan.

31 Kemudian Yehuwa menyebabkan angin kencang bertiup dari laut. Angin itu membawa burung-burung puyuh ke kawasan perkhemahan.+ Burung-burung itu bertimbun-timbun di sekeliling perkhemahan sehingga hampir satu meter* tingginya.* Jika orang keluar dari perkhemahan dan membuat perjalanan selama sehari pun, mereka masih dapat menjumpai burung puyuh. 32 Maka sepanjang hari dan sepanjang malam itu serta sepanjang hari berikutnya, orang Israel terus menangkap burung puyuh. Jumlah burung puyuh yang ditangkap setiap orang sekurang-kurangnya dapat mengisi 10 bekas besar,* dan mereka menjemur burung-burung itu di sekeliling perkhemahan. 33 Namun sementara mereka masih makan daging burung puyuh, Yehuwa mendatangkan wabak yang menyebabkan banyak orang mati,+ kerana Yehuwa sangat murka terhadap mereka.

34 Maka mereka menamakan tempat itu Kibrot-hataawa,*+ kerana di situlah mereka menguburkan semua orang yang tamak dan rakus.+ 35 Kemudian dari Kibrot-hataawa, umat Israel berangkat ke Hazerot+ dan tinggal di situ.

12 Musa telah mengahwini seorang wanita Kus.+ Oleh itu, Miryam dan Harun mula mencela Musa. 2 Mereka berkata, “Adakah Yehuwa berfirman melalui Musa sahaja? Bukankah Dia berfirman melalui kita juga?”+ Yehuwa mendengar kata-kata mereka itu.+ 3 Musa merupakan seorang yang rendah hati.+ Dialah yang paling rendah hati di seluruh bumi.

4 Tiba-tiba Yehuwa berfirman kepada Musa, Harun, dan Miryam, “Aku mahu kamu bertiga pergi ke khemah pertemuan.” Maka mereka bertiga pun pergi ke khemah pertemuan. 5 Di sana, Yehuwa turun di dalam tiang awan+ dan berdiri di pintu masuk khemah pertemuan. Dia memanggil Harun dan Miryam, lalu mereka berdua pun maju ke depan. 6 Dia berfirman kepada mereka, “Dengarlah firman-Ku ini. Jika Aku, Yehuwa, mempunyai seorang nabi dalam kalangan kamu, Aku akan menyatakan diri-Ku kepadanya melalui penglihatan,+ dan Aku akan berfirman kepadanya melalui mimpi.+ 7 Tetapi tidak demikian halnya dengan hamba-Ku Musa. Aku sudah mempercayakan segenap umat-Ku kepadanya,+ 8 dan Aku berfirman kepadanya secara bersemuka.+ Aku berfirman kepadanya secara jelas dan bukannya dengan teka-teki. Aku, Yehuwa, sudah menampakkan diri kepadanya. Maka mengapa kamu begitu berani mencela hamba-Ku Musa?”

9 Yehuwa sangat murka terhadap Harun dan Miryam, lalu Dia segera pergi dari situ. 10 Awan itu juga naik dari khemah pertemuan. Tiba-tiba, Miryam diserang penyakit kusta lalu kulitnya menjadi putih seperti salji.+ Apabila Harun berpaling, dia nampak bahawa Miryam diserang penyakit kusta.+ 11 Oleh itu, dia segera berkata kepada Musa, “Tolonglah tuan, janganlah biarkan kami dihukum kerana dosa ini. Kami tahu bahawa tindakan kami sangat bodoh. 12 Janganlah biarkan dia menjadi seperti bayi yang lahir mati, yang dagingnya sudah setengah busuk ketika dilahirkan.” 13 Maka Musa berseru kepada Yehuwa, “Ya Tuhan, tolonglah sembuhkan dia. Sembuhkanlah dia!”+

14 Oleh itu, Yehuwa berfirman kepada Musa, “Andai kata bapanya meludahi mukanya, bukankah dia akan menanggung malu selama tujuh hari? Biarlah dia diasingkan di luar perkhemahan selama tujuh hari.+ Selepas itu, dia boleh dibawa masuk semula.” 15 Maka Miryam diasingkan di luar perkhemahan selama tujuh hari.+ Orang Israel tidak memindahkan perkhemahan sehingga Miryam dibawa masuk semula. 16 Selepas itu, orang Israel berangkat dari Hazerot+ lalu berkhemah di padang belantara Paran.+

13 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Panggillah seorang pemimpin+ daripada setiap suku Israel,+ dan suruhlah mereka mengintip negeri Kanaan, yang akan Aku berikan kepada umat Israel.”

3 Musa menurut perintah Yehuwa dan mengutus para pemimpin tersebut. Mereka pun bertolak dari padang belantara Paran.+ 4 Inilah senarai nama para pemimpin itu: Daripada suku Ruben, Syamua anak Zakur; 5 daripada suku Simeon, Safat anak Hori; 6 daripada suku Yehuda, Kaleb+ anak Yefune; 7 daripada suku Isakhar, Yigal anak Yusuf; 8 daripada suku Efraim, Hoshea+ anak Nun; 9 daripada suku Benyamin, Palti anak Rafu; 10 daripada suku Zebulon, Gadiel anak Sodi; 11 daripada suku Yusuf+ (iaitu suku Manasye*),+ Gadi anak Susi; 12 daripada suku Dan, Amiel anak Gemali; 13 daripada suku Asyer, Setur anak Mikhael; 14 daripada suku Naftali, Nahbi anak Wofsi; 15 dan daripada suku Gad, Guel anak Makhi. 16 Itulah senarai nama para pemimpin yang diutus oleh Musa untuk mengintip negeri Kanaan. Musa menukar nama Hoshea anak Nun menjadi Yosua.*+

17 Semasa Musa mengutus mereka untuk mengintip negeri Kanaan, dia berpesan kepada mereka, “Pergilah ke Negeb, kemudian pergilah ke kawasan pergunungan.+ 18 Selidikilah keadaan negeri itu,+ dan lihatlah sama ada penduduknya banyak atau sedikit, sama ada mereka kuat atau lemah, 19 dan sama ada mereka tinggal di kota yang bertembok atau tidak. Selidikilah juga sama ada tanah negeri itu baik atau tidak, 20 sama ada tanahnya subur atau tidak,+ dan sama ada terdapat banyak pokok di situ atau tidak. Kamu harus berani,+ dan bawalah sedikit buah-buahan dari negeri itu.” Waktu itu ialah permulaan musim anggur.+

21 Maka mereka pun bertolak dan menjelajahi negeri itu, bermula dari padang belantara Zin,+ lalu ke Rehob,+ yang berdekatan Lebo-hamat.*+ 22 Mereka bertolak ke Negeb lalu tiba di Hebron,+ iaitu tempat tinggal Ahiman, Sesai, dan Talmai,+ yang merupakan orang Enak.+ (Kota Hebron dibina tujuh tahun sebelum kota Zoan di Mesir dibina.) 23 Kemudian mereka tiba di Lembah* Eskol.+ Di situ mereka memotong satu cabang pokok anggur. Pada cabang itu, terdapat segugus buah anggur yang begitu berat sehingga harus dipikul dengan sebatang kayu oleh dua orang. Mereka juga membawa beberapa biji buah delima dan buah ara.+ 24 Tempat itu dinamakan Lembah Eskol*+ kerana segugus anggur yang telah dipetik oleh orang Israel di situ.

25 Setelah mereka mengintip negeri Kanaan selama 40 hari,+ mereka pun kembali 26 kepada Musa, Harun, dan semua orang Israel yang berkumpul di Kades,+ di padang belantara Paran. Mereka melaporkan apa yang dilihat oleh mereka dan menunjukkan buah-buahan yang dibawa dari negeri itu. 27 Mereka berkata kepada Musa, “Kami telah menjelajahi negeri itu, dan kami mendapati bahawa negeri itu memang melimpah dengan susu dan madu.+ Inilah buah-buahan dari sana.+ 28 Tetapi penduduk di sana sangat kuat. Kota-kota mereka sangat besar dan bertembok. Kami juga nampak orang Enak+ di sana. 29 Orang Amalek+ tinggal di kawasan Negeb;+ orang Het, orang Yebus,+ dan orang Amori+ tinggal di kawasan pergunungan; orang Kanaan+ tinggal di tepi laut+ dan di sepanjang Sungai Yordan.”

30 Kaleb mencuba menenangkan orang Israel supaya mereka mendengar kata-kata Musa. Dia berkata, “Marilah kita pergi dan merebut negeri itu sekarang juga! Kita pasti akan berjaya menawan negeri itu!”+ 31 Tetapi orang lain yang mengintip negeri itu bersamanya berkata, “Tidak, kita tidak mampu melawan orang di sana, kerana mereka lebih kuat daripada kita.”+ 32 Mereka terus mengatakan hal-hal yang buruk+ tentang negeri itu. Mereka berkata, “Kita pasti binasa jika tinggal di negeri itu. Kami nampak bahawa semua penduduk negeri itu besar-besar belaka.+ 33 Kami juga nampak gergasi, iaitu keturunan Enak+ yang berasal daripada kaum Nefilim. Jika dibandingkan dengan mereka, kita hanyalah seperti belalang, dan pasti begitulah anggapan mereka terhadap kita.”

14 Selepas umat Israel mendengar hal tersebut, mereka mula menangis dan meraung-raung sepanjang malam.+ 2 Segenap umat Israel mula bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun.+ Mereka berkata, “Lebih baik kita mati di Mesir atau di padang belantara ini! 3 Mengapa Yehuwa ingin membawa kita ke tanah itu? Adakah Dia mahu kita dibunuh?+ Isteri dan anak-anak kita akan ditawan.+ Tidakkah lebih baik kita kembali ke Mesir?”+ 4 Mereka bahkan berkata kepada satu sama lain, “Marilah kita melantik seorang ketua untuk memimpin kita kembali ke Mesir!”+

5 Apabila mendengar kata-kata orang Israel, Musa dan Harun bersujud di hadapan semua orang Israel yang sedang berkumpul itu, 6 manakala Yosua+ anak Nun dan Kaleb+ anak Yefune, dua orang antara pengintip-pengintip itu, mengoyakkan jubah mereka. 7 Yosua dan Kaleb berkata kepada umat Israel, “Negeri yang kami jelajahi itu amat baik.+ 8 Jika Yehuwa berkenan kepada kita, Dia pasti akan membawa kita ke sana dan memberi kita tanah yang melimpah dengan susu dan madu itu.+ 9 Tetapi janganlah memberontak terhadap Yehuwa, dan janganlah takut kepada penduduk negeri itu.+ Kita pasti berjaya menawan mereka dengan mudah, kerana mereka tidak mempunyai sesiapa pun untuk melindungi mereka, sedangkan kita mempunyai Yehuwa.+ Maka janganlah takut terhadap mereka.”

10 Meskipun demikian, segenap umat Israel mengancam untuk merejam mereka berdua.+ Tetapi tiba-tiba umat Israel melihat cahaya kemuliaan Yehuwa di atas khemah pertemuan.+

11 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Sampai bilakah umat ini tidak mahu menghormati Aku?+ Sampai bilakah mereka enggan beriman kepada-Ku meskipun Aku sudah melakukan banyak mukjizat dalam kalangan mereka?+ 12 Biarlah Aku mendatangkan wabak dan membinasakan mereka semua, dan biarlah Aku menjadikan engkau sebuah bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka.”+

13 Tetapi Musa berkata kepada Yehuwa, “Engkau telah membawa umat Israel keluar dari Mesir dengan kuasa-Mu. Maka, jika Engkau berbuat demikian, orang Mesir akan mendengar tentang hal ini+ 14 dan memberitahukan hal ini kepada penduduk negeri itu. Penduduk di negeri itu pasti sudah mendengar bahawa Engkau, Yehuwa, menyertai kami.+ Mereka sudah mendengar bahawa Engkau, Yehuwa, telah menampakkan diri kepada kami,+ dan bahawa awan-Mu berada di atas perkhemahan kami. Mereka juga sudah mendengar bahawa Engkau berjalan di hadapan kami di dalam tiang awan pada siang hari, dan di dalam tiang api pada malam hari.+ 15 Jika Engkau membunuh semua umat-Mu sekali gus, bangsa-bangsa yang pernah mendengar tentang kemasyhuran-Mu pasti akan berkata, 16 ‘Yehuwa tidak mampu membawa umat-Nya ke tanah yang telah dijanjikan-Nya untuk diberikan kepada mereka. Itulah sebabnya Dia membunuh mereka di padang belantara.’+ 17 Oleh itu, ya Yehuwa, tunjukkanlah kuasa-Mu yang hebat itu, sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Engkau berfirman, 18 ‘Akulah Yehuwa, Tuhan yang tidak cepat murka. Aku menunjukkan kesetiaan dan kasih yang besar.+ Aku mengampunkan kesalahan dan dosa, tetapi Aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah bebas daripada hukuman. Aku akan menghukum bapa-bapa kerana dosa mereka, dan hukuman ini akan turut menimpa anak-anak dan cucu-cicit mereka, sehingga generasi yang ketiga dan keempat.’+ 19 Maka sebagaimana Engkau telah mengampuni umat ini sejak mereka berada di Mesir sehingga sekarang, ampunkanlah kesalahan umat ini, kerana Engkau mempunyai kasih setia yang melimpah.”+

20 Yehuwa menjawab, “Aku akan mengampuni mereka menurut permintaanmu.+ 21 Tetapi demi Aku yang hidup, Aku, Yehuwa, bersumpah bahawa seluruh bumi akan dipenuhi dengan kemuliaan-Ku.+ 22 Umat ini telah melihat kemuliaan-Ku dan mukjizat+ yang telah Aku lakukan di Mesir dan di padang belantara. Tetapi mereka terus-menerus menguji Aku*+ dan enggan mendengarkan firman-Ku.+ Itulah sebabnya tiada seorang pun antara mereka 23 yang akan melihat tanah yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada nenek moyang mereka. Ya, tiada seorang pun yang tidak menghormati aku akan melihat negeri itu.+ 24 Namun sikap hamba-Ku Kaleb+ tidak sama seperti sikap orang lain. Dia sentiasa mematuhi perintah-Ku dengan sepenuh hati. Maka Aku pasti akan membawanya ke tanah yang telah dijelajahinya itu, dan keturunannya akan mewarisi tanah itu.+ 25 Orang Amalek dan orang Kanaan+ tinggal di kawasan lembah.* Maka esok kamu harus berpatah balik ke padang belantara melalui Jalan Laut Merah.”+

26 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa dan Harun, 27 “Sampai bilakah umat yang jahat ini akan terus bersungut-sungut terhadap Aku?+ Aku sudah mendengar semua sungutan mereka!+ 28 Beritahulah mereka, ‘Aku, Yehuwa, telah berfirman, “Demi Aku yang hidup, Aku bersumpah bahawa Aku akan melakukan apa yang telah kamu katakan.+ 29 Kamu semua yang telah bersungut-sungut terhadap Aku akan mati+ di padang belantara ini. Ya, semua orang yang berumur 20 tahun dan ke atas, dan yang sudah didaftarkan, pasti akan mati di padang belantara ini.+ 30 Aku telah bersumpah untuk memberikan tanah itu kepada kamu. Tetapi tiada seorang pun antara kamu yang akan tinggal di tanah itu+ kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.+

31 “‘“Kamu berkata bahawa anak-anak kamu akan ditawan, tetapi Aku akan membawa mereka+ ke negeri yang kamu benci itu.+ Merekalah yang akan melihat negeri itu, 32 tetapi kamu pula akan mati di padang belantara. 33 Oleh sebab kamu tidak setia kepada-Ku, anak-anak kamu akan menjadi gembala di padang belantara selama 40 tahun+ sehingga kamu semua mati di sana.+ 34 Kamu telah menjelajahi negeri itu selama 40 hari.+ Maka kamu akan menanggung akibat dosa kamu selama 40 tahun,+ iaitu satu tahun untuk setiap hari. Dengan itu kamu akan tahu akibatnya apabila kamu melawan Aku.*

35 “‘“Aku, Yehuwa, sudah berfirman. Inilah yang akan Aku lakukan terhadap kamu semua yang jahat, yang telah bersepakat untuk menentang Aku: Kamu semua pasti akan mati di padang belantara ini.+ 36 Semua lelaki yang diutus oleh Musa untuk mengintip negeri itu, yang telah melaporkan hal-hal yang buruk tentang negeri itu,+ lalu menyebabkan umat Israel bersungut-sungut terhadap-Ku, 37 pasti akan mati. Ya, Aku, Yehuwa, pasti akan menghukum dan membunuh semua lelaki yang telah melaporkan hal-hal yang buruk tentang negeri itu.+ 38 Tetapi Yosua anak Nun dan Kaleb anak Yefune, dua orang antara pengintip-pengintip itu, pasti akan terus hidup.”’”+

39 Setelah Musa menyampaikan kata-kata itu kepada orang Israel, mereka semua mula meratap dan berkabung. 40 Awal pagi keesokan harinya, mereka bangun lalu bersiap-siap untuk pergi ke puncak gunung. Mereka berkata, “Kami tahu bahawa kami sudah berdosa. Tetapi sekarang kami bersedia untuk pergi ke tempat yang dikatakan oleh Yehuwa itu.”+ 41 Namun Musa berkata, “Mengapa kamu asyik melanggar perintah Yehuwa? Kamu pasti akan gagal. 42 Janganlah pergi, kerana Yehuwa tidak menyertai kamu. Kamu pasti akan dikalahkan oleh musuh.+ 43 Oleh sebab kamu telah berpaling daripada Yehuwa, Yehuwa tidak akan menyertai kamu,+ dan kamu pasti akan ditewaskan oleh orang Amalek dan orang Kanaan.”+

44 Tetapi mereka semua degil dan masih pergi ke puncak gunung.+ Namun tabut perjanjian Yehuwa tidak dibawa bersama mereka,+ dan Musa juga tidak meninggalkan perkhemahan. 45 Kemudian orang Amalek dan orang Kanaan yang tinggal di kawasan pergunungan menyerang mereka lalu menyebabkan mereka lari sampai ke Horma.+

15 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Beritahulah umat Israel, ‘Kamu akan masuk ke negeri yang akan Aku berikan kepada kamu.+ 3 Pada masa itu, kamu harus mempersembahkan lembu, bebiri, atau kambing, kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban yang dibakar+ ini menyenangkan hati Aku, Yehuwa.+ Semasa kamu mempersembahkan korban bakar, atau korban untuk menunaikan ikrar istimewa, atau korban secara sukarela,+ atau korban pada musim perayaan,+ 4 kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin kepada Aku, Yehuwa. Korban bijirin itu mestilah berupa satu persepuluh efa* tepung terbaik,+ yang dicampuri satu perempat hin* minyak zaitun. 5 Kamu juga harus mempersembahkan satu perempat hin wain sebagai korban wain semasa kamu mempersembahkan korban bakar+ atau semasa kamu mempersembahkan seekor anak bebiri jantan. 6 Semasa kamu mempersembahkan seekor bebiri jantan, kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin kepada Aku. Korban bijirin itu mestilah berupa dua persepuluh efa tepung terbaik, yang dicampuri satu pertiga hin minyak zaitun. 7 Selain itu, kamu juga harus mempersembahkan satu pertiga hin wain sebagai korban wain kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban ini menyenangkan hati-Ku.

8 “‘Tetapi semasa kamu mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban bakar,+ atau korban untuk menunaikan ikrar istimewa,+ atau korban pendamaian kepada Aku, Yehuwa,+ 9 kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin+ kepada Aku. Korban bijirin itu mestilah berupa tiga persepuluh efa tepung terbaik, yang dicampuri setengah hin minyak zaitun. 10 Selain itu, kamu juga harus mempersembahkan setengah hin wain sebagai korban wain+ kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban ini* menyenangkan hati-Ku. 11 Itulah yang harus dilakukan semasa seekor lembu jantan, atau bebiri jantan, atau anak bebiri jantan, atau kambing dipersembahkan. 12 Tidak kira berapa jumlah binatang yang hendak kamu persembahkan, kamu harus mempersembahkan korban bijirin dan korban wain bagi setiap binatang yang dipersembahkan itu. 13 Demikianlah caranya setiap orang Israel harus mempersembahkan korban kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati-Ku.

14 “‘Jika orang asing dalam kalangan kamu, baik yang baru pindah mahupun yang sudah lama tinggal bersama kamu, mempersembahkan korban kepada Aku, Yehuwa, mereka harus mematuhi peraturan yang sama.+ Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati-Ku. 15 Peraturan yang sama berlaku bagi kamu dan bagi orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu. Kamu dan keturunan kamu mesti sentiasa mematuhi peraturan ini. Dalam pandangan Aku, Yehuwa, kamu dan orang asing sama sahaja.+ 16 Hukum dan ketetapan yang sama berlaku bagi kamu dan bagi orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu.’”

17 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 18 “Beritahulah umat Israel, ‘Apabila kamu masuk ke negeri yang akan Aku berikan kepada kamu, 19 lalu kamu makan hasil tanaman negeri itu,+ kamu harus mengasingkan sebahagian daripada hasil tanaman itu dan memberikannya kepada Aku, Yehuwa, sebagai sumbangan. 20 Kamu harus mengambil hasil tuaian pertama+ daripada bijirin dan membuatnya menjadi roti berbentuk gelang, lalu mempersembahkannya kepada Aku. Kamu harus mempersembahkan hasil tuaian ini sebagaimana kamu mempersembahkan hasil tuaian lain yang diambil daripada tempat mengirik* tuaian. 21 Sebahagian daripada bijirin yang mula-mula dituai harus sentiasa diberikan kepada Aku, Yehuwa, sebagai sumbangan.

22 “‘Katakan ada orang membuat kesalahan dengan tidak sengaja dan melanggar hukum yang telah Aku, Yehuwa, berikan melalui Musa, 23 iaitu semua hukum yang Aku, Yehuwa, berikan melalui Musa sejak dahulu sehingga sekarang. Aku, Yehuwa, telah memberikan hukum itu, dan kamu serta keturunan kamu harus sentiasa mematuhi semua hukum itu. 24 Jika kesalahan itu dibuat secara tidak sengaja dan tanpa diketahui oleh semua orang Israel, maka sebaik sahaja dosa itu diketahui, segenap umat Israel harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Mereka juga harus mempersembahkan seekor anak kambing sebagai korban dosa+ dan korban bijirin serta korban wain menurut peraturan yang telah ditetapkan. Bau daripada korban yang dibakar itu menyenangkan hati-Ku.+ 25 Imam akan memohon pengampunan dosa bagi segenap umat Israel lalu kesalahan mereka akan diampunkan.+ Hal ini demikian kerana kesalahan itu tidak disengajakan dan mereka telah membakar korban untuk Aku, Yehuwa. Mereka juga telah mempersembahkan korban dosa kepada Aku, Yehuwa. 26 Kamu semua, termasuk orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu, mesti memohon pengampunan, kerana kamu semua turut menanggung dosa yang dilakukan secara tidak sengaja itu.

27 “‘Jika seseorang berdosa dengan tidak sengaja, dia harus mempersembahkan seekor kambing betina yang berumur satu tahun sebagai korban dosa.+ 28 Imam akan menghadap Aku, Yehuwa, dan memohon pengampunan dosa bagi pihak orang yang telah melakukan dosa dengan tidak sengaja itu. Ya, imam akan memohon pengampunan baginya dan Aku akan mengampuninya.+ 29 Hukum yang sama berlaku bagi kamu dan bagi orang asing yang tinggal dalam kalangan kamu berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan secara tidak sengaja.+

30 “‘Tetapi jika seseorang sengaja berdosa,+ tidak kira dia orang Israel atau orang asing, dia harus dihukum mati kerana dia telah menghina Aku, Yehuwa. 31 Orang itu mesti dihukum mati kerana dia sudah memandang remeh firman-Ku, dan telah melanggar perintah-Ku.+ Dia harus menanggung akibat dosanya sendiri.+ Akulah Yehuwa.’”

32 Semasa orang Israel berada di padang belantara, mereka nampak seorang lelaki sedang mengumpulkan kayu pada hari Sabat.+ 33 Mereka membawa lelaki itu untuk menghadap Musa, Harun, dan segenap umat Israel. 34 Mereka menahannya+ kerana mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadapnya.*

35 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Lelaki itu mesti dihukum mati.+ Dia harus dibawa ke luar perkhemahan lalu segenap umat Israel harus merejamnya sampai mati.”+ 36 Maka umat Israel membawa lelaki itu ke luar perkhemahan dan merejamnya sampai mati, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

37 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 38 “Beritahulah umat Israel bahawa mereka harus membuat rumbai-rumbai pada hujung jubah mereka dan menjahit seutas tali biru pada bahagian atas rumbai itu.+ Mereka dan keturunan mereka harus sentiasa mematuhi perintah ini. 39 ‘Kamu mesti membuat rumbai-rumbai itu supaya apabila kamu melihatnya, kamu akan ingat semua perintah-Ku dan mematuhinya.+ Kamu tidak boleh mengikut kehendak hati dan keinginan mata kamu, kerana kamu akan tergoda untuk berlaku curang terhadap Aku, Yehuwa.+ 40 Rumbai-rumbai itu akan membantu kamu untuk sentiasa ingat akan semua perintah-Ku dan mematuhinya, agar kamu tetap suci dalam pandangan-Ku.+ 41 Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah membawa kamu keluar dari Mesir supaya Aku dapat menjadi Tuhan kamu.+ Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.’”+

16 Kemudian Korah+ anak Yizhar,+ iaitu cucu Kehat+ anak Lewi,+ berjumpa dengan tiga orang daripada suku Ruben,+ iaitu On, Datan, dan Abiram. (On ialah anak Pelet; Datan dan Abiram ialah anak-anak Eliab.)+ 2 Selepas itu, 250 orang pemimpin umat Israel, yang semuanya merupakan orang terpilih dan orang kenamaan, juga menyertai mereka. Mereka semua memberontak terhadap Musa. 3 Mereka menghadap+ Musa dan Harun lalu berkata, “Kami sudah bosan dengan kamu berdua! Segenap umat ini suci+ dan Yehuwa menyertai kami semua.+ Jadi mengapa kamu menganggap diri kamu lebih tinggi daripada umat Yehuwa yang lain?”

4 Sebaik sahaja Musa mendengar hal itu, dia bersujud ke tanah. 5 Kemudian dia berkata kepada Korah dan semua penyokongnya, “Esok pagi Yehuwa akan menunjukkan siapa milik-Nya,+ siapa yang suci, dan siapa yang layak menghadap-Nya.+ Sesiapa yang dipilih-Nya+ akan menghadap-Nya. 6 Hai Korah dan semua penyokongmu,+ ambillah bekas perbaraan+ kamu. 7 Esok pagi, isilah bekas perbaraan itu dengan bara api dan kemenyan, lalu bawalah bekas perbaraan itu ke hadapan Yehuwa. Sesiapa yang dipilih oleh Yehuwa+ akan dianggap suci. Hai orang Lewi,+ kamu sudah keterlaluan!”

8 Kemudian Musa berkata kepada Korah, “Dengarlah, hai orang Lewi! 9 Yehuwa, Tuhan orang Israel, sudah memilih kamu daripada kalangan orang Israel yang lain+ dan mengizinkan kamu untuk menghampiri-Nya. Dia telah melantik kamu untuk bertugas di khemah suci-Nya dan untuk melayani umat Israel.+ Adakah kamu menganggap hal ini perkara kecil? 10 Hai orang Lewi, adakah kamu menganggap hal ini perkara kecil apabila Tuhan mengizinkan kamu dan saudara-saudara kamu untuk menghampiri-Nya? Adakah kamu juga ingin menuntut agar dilantik menjadi imam?+ 11 Siapakah Harun itu sehingga kamu bersungut-sungut terhadapnya? Sesungguhnya kamu dan para penyokong kamu sudah memberontak terhadap Yehuwa!”+

12 Selepas itu, Musa menyuruh orang untuk memanggil Datan dan Abiram,+ iaitu anak-anak Eliab. Tetapi mereka berkata, “Kami tidak mahu datang! 13 Belum cukupkah kamu membawa kami keluar dari Mesir, tanah yang melimpah dengan susu dan madu itu, untuk membunuh kami di padang belantara ini?+ Sekarang adakah kamu mahu menjadi pemerintah kami juga? 14 Mana tanah yang melimpah dengan susu dan madu+ yang kamu katakan itu? Kamu berkata bahawa kamu akan memberikan ladang dan kebun anggur di tanah itu sebagai warisan kami! Adakah kamu mahu mereka semua* mengikut kamu sahaja seperti orang buta?* Kami tidak mahu datang!”

15 Apabila mendengar hal itu, Musa menjadi sangat marah. Dia berkata kepada Yehuwa, “Janganlah menerima korban bijirin yang dipersembahkan oleh mereka. Aku tidak pernah berbuat jahat terhadap mereka, dan aku juga tidak pernah mengambil seekor pun daripada keldai mereka.”+

16 Kemudian Musa berkata kepada Korah, “Esok, kamu dan para penyokong kamu harus menghadap Yehuwa bersama Harun. 17 Kamu semua harus mengambil bekas perbaraan masing-masing dan mengisi bekas itu dengan kemenyan. Semua bekas perbaraan yang berjumlah 250 itu harus dibawa ke hadapan Yehuwa. Kamu dan Harun juga harus membawa bekas perbaraan masing-masing.” 18 Maka mereka mengambil bekas perbaraan masing-masing dan mengisinya dengan bara api dan kemenyan, lalu berdiri di depan pintu masuk khemah pertemuan bersama Musa dan Harun. 19 Semasa Korah mengumpulkan para penyokongnya+ di depan pintu masuk khemah pertemuan untuk menentang Musa dan Harun, segenap umat Israel melihat cahaya kemuliaan Yehuwa.+

20 Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun, 21 “Jauhkanlah diri kamu daripada semua orang itu, kerana Aku mahu membinasakan mereka semua sekarang juga!”+ 22 Tetapi mereka bersujud ke tanah dan berkata, “Ya Tuhan, Engkaulah yang memberikan kehidupan kepada semua manusia.+ Adakah Engkau murka terhadap segenap umat ini semata-mata kerana dosa satu orang?”+

23 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 24 “Beritahulah semua umat Israel, ‘Jauhkanlah diri kamu daripada khemah Korah, Datan, dan Abiram!’”+

25 Setelah itu, Musa dan para pemimpin+ orang Israel pergi ke tempat Datan dan Abiram. 26 Musa berkata kepada segenap umat Israel, “Jauhilah khemah semua orang jahat itu! Jangan sentuh apa-apa pun milik mereka supaya kamu tidak turut dibinasakan kerana dosa mereka.” 27 Maka semua orang segera menjauhkan diri daripada khemah Korah, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram keluar dari khemah mereka lalu berdiri di depan pintu masuk khemah mereka bersama isteri dan anak-anak mereka.

28 Kemudian Musa berkata, “Inilah caranya kamu akan tahu bahawa Yehuwalah yang menyuruh aku melakukan semua ini, dan bahawa aku tidak melakukan semua ini menurut kehendakku sendiri. 29 Jika semua orang itu mati dengan cara biasa, dan jika mereka menerima hukuman seperti yang biasa diterima oleh orang lain, maka hal itu menunjukkan bahawa Yehuwa tidak mengutus aku.+ 30 Tetapi jika Yehuwa melakukan sesuatu yang luar biasa, dan jika tanah terbelah lalu menelan mereka dan semua milik mereka sehingga mereka hidup-hidup masuk ke Kuburan,* kamu akan tahu bahawa mereka semua telah menghina Yehuwa.”

31 Sebaik sahaja Musa berkata demikian, tanah di bawah kaki Datan dan Abiram pun terbelah.+ 32 Tanah itu menelan mereka, keluarga mereka, dan semua milik mereka, serta semua ahli keluarga Korah.+ 33 Mereka dan semua milik mereka hidup-hidup masuk ke Kuburan.* Kemudian tanah tertutup semula dan mereka semua pun lenyap.+ 34 Semua orang Israel lari apabila mendengar teriakan mereka. Orang Israel berkata, “Mungkin tanah akan menelan kita juga!” 35 Kemudian Yehuwa menurunkan api+ lalu api itu membakar 250 orang yang sedang mempersembahkan kemenyan.+

36 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 37 “Suruhlah Eleazar anak Harun mengambil semua bekas perbaraan+ dari tempat kebakaran itu, kerana bekas-bekas perbaraan itu suci. Suruhlah dia menghamburkan abunya di tempat lain. 38 Bekas perbaraan semua orang yang mati kerana dosa mereka itu harus ditempa sehingga menjadi kepingan logam nipis. Kepingan logam itu harus digunakan untuk melapisi mazbah,+ kerana bekas-bekas perbaraan itu sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, dan dianggap suci. Kepingan-kepingan logam itu akan menjadi suatu tanda amaran bagi semua umat Israel.”+ 39 Maka Imam Eleazar pun mengambil bekas-bekas perbaraan tembaga yang telah dipersembahkan oleh semua orang yang mati dibakar itu, lalu dia menempa semuanya menjadi kepingan logam untuk melapisi mazbah, 40 sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa. Kepingan logam itu menjadi suatu tanda amaran bagi semua umat Israel bahawa tiada sesiapa pun yang boleh menghampiri Yehuwa untuk mempersembahkan kemenyan kepada-Nya selain keturunan Harun.+ Kepingan logam itu juga menjadi suatu tanda amaran agar tiada sesiapa pun yang meniru haluan Korah dan para penyokongnya.+

41 Pada keesokan harinya, segenap umat Israel mula bersungut-sungut terhadap Musa dan Harun.+ Mereka berkata, “Kamu berdua telah membunuh umat Yehuwa!” 42 Segenap umat itu berkumpul untuk memberontak terhadap Musa dan Harun. Tetapi semasa mereka memandang ke arah khemah pertemuan, mereka nampak awan di atas khemah itu dan cahaya kemuliaan Yehuwa pun meliputi khemah itu.+

43 Musa dan Harun pun pergi ke hadapan khemah pertemuan,+ 44 lalu Yehuwa berfirman kepada Musa, 45 “Jauhkanlah diri kamu daripada segenap umat itu, kerana Aku ingin membinasakan mereka dengan segera!”+ Apabila mendengar hal itu, mereka berdua bersujud.+ 46 Musa berkata kepada Harun, “Ambillah bekas perbaraan dan isilah bekas itu dengan bara api dari mazbah+ lalu bubuhlah kemenyan pada bara api itu. Cepatlah pergi kepada umat Israel untuk memohon pengampunan dosa bagi pihak mereka+ kerana kemurkaan Yehuwa sudah berkobar! Lakukanlah hal ini dengan segera kerana wabak sudah bermula!” 47 Maka Harun pun mengambil bekas perbaraan seperti yang diperintahkan oleh Musa, lalu dia lari ke tengah-tengah orang yang sedang berkumpul. Apabila dia melihat bahawa wabak sudah bermula, dia segera membubuh kemenyan ke dalam bekas perbaraan itu dan mula memohon pengampunan dosa bagi pihak mereka. 48 Dia berdiri di tengah-tengah orang yang masih hidup dan orang yang sudah mati, lalu akhirnya wabak itu pun berhenti. 49 Orang yang mati kerana wabak itu berjumlah 14,700 orang, tidak termasuk orang yang mati kerana pemberontakan Korah. 50 Selepas wabak itu berhenti, Harun pun kembali kepada Musa di pintu masuk khemah pertemuan.

17 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Suruhlah umat Israel untuk memberi engkau 12 batang tongkat. Tongkat-tongkat itu harus diserahkan oleh setiap ketua suku Israel.+ Tuliskanlah nama setiap ketua suku pada tongkat mereka masing-masing. 3 Nama Harun harus ditulis pada tongkat orang Lewi. Setiap ketua suku harus mempunyai sebatang tongkat. 4 Letakkanlah tongkat-tongkat itu di depan tabut perjanjian,+ di dalam khemah pertemuan, iaitu di tempat Aku selalu menampakkan diri kepadamu.+ 5 Tongkat orang yang Aku pilih+ akan bertunas. Dengan cara itu, Aku akan menghentikan sungutan orang Israel terhadap-Ku+ dan juga terhadapmu.”+

6 Maka Musa menyampaikan perkara itu kepada umat Israel. Kemudian setiap ketua suku memberikan tongkat masing-masing kepada Musa. Kesemuanya 12 batang tongkat, iaitu sebatang daripada setiap ketua suku. Tongkat Harun juga diberikan bersama tongkat-tongkat itu. 7 Selepas itu, Musa meletakkan tongkat-tongkat tersebut di dalam khemah pertemuan,* di hadapan Yehuwa.

8 Pada keesokan harinya, Musa masuk ke dalam khemah pertemuan. Dia melihat bahawa tongkat Harun, iaitu tongkat yang mewakili orang Lewi, sudah bertunas. Tongkat itu sudah mengeluarkan kuncup dan bunga, serta menghasilkan beberapa biji buah badam yang matang. 9 Musa membawa semua tongkat itu dari hadapan Yehuwa, lalu menunjukkannya kepada segenap umat Israel. Mereka nampak apa yang sudah terjadi kepada tongkat-tongkat itu. Kemudian setiap ketua suku mengambil tongkat masing-masing.

10 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Letakkanlah semula tongkat Harun+ di depan tabut perjanjian. Tongkat itu harus disimpan sebagai suatu tanda peringatan+ bagi orang Israel yang suka memberontak.+ Dengan demikian, mereka akan berhenti bersungut-sungut terhadap-Ku, dan mereka tidak akan mati.” 11 Dengan segera, Musa melakukan apa yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. Dia melakukan semuanya seperti yang diperintahkan.

12 Orang Israel berkata kepada Musa, “Sekarang kami tentu akan mati! Kami tentu akan binasa! Ya, kami semua tentu akan binasa! 13 Sesiapa sahaja yang mendekati khemah suci Yehuwa pasti akan mati!+ Adakah kami semua akan mati?”+

18 Yehuwa berfirman kepada Harun, “Engkau dan anak-anak lelakimu serta semua keturunanmu harus menanggung akibat kesalahan yang berlaku, yang berkaitan dengan khidmat di khemah suci.+ Engkau dan anak-anak lelakimu juga harus menanggung akibat kesalahan yang berlaku, yang berkaitan dengan tugas imam.+ 2 Panggillah saudara-saudaramu,* iaitu orang Lewi, untuk membantu engkau+ dan anak-anak lelakimu. Suruhlah mereka berkhidmat bersama engkau dan anak-anak lelakimu di khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.+ 3 Mereka harus melakukan kewajipan mereka terhadap kamu. Mereka juga harus melakukan segala pekerjaan yang berkaitan dengan khemah suci.+ Tetapi mereka tidak boleh menghampiri peralatan di mazbah dan di dalam khemah suci supaya kamu dan mereka tidak mati.+ 4 Mereka akan membantu kamu melakukan segala tugas yang berkaitan dengan khemah pertemuan. Tetapi orang biasa tidak boleh mendekati kamu.+ 5 Kamu harus menjalankan tugas yang berkaitan dengan khemah suci+ dan mazbah,+ agar kemurkaan-Ku+ terhadap orang Israel reda. 6 Aku telah memilih saudara-saudaramu, iaitu orang Lewi, daripada kalangan umat Israel yang lain. Aku sudah mengekhaskan mereka untuk membantu kamu.+ Mereka merupakan milik Aku, Yehuwa, dan mereka harus berkhidmat di khemah pertemuan.+ 7 Engkau dan anak-anak lelakimu harus berkhidmat sebagai imam dan melakukan tugas yang berkaitan dengan mazbah dan benda-benda yang ada di belakang tirai.*+ Ya, kamu harus menjalankan semua tugas ini.+ Aku telah mengurniakan tugas imam kepada kamu sebagai suatu pemberian yang istimewa. Tetapi orang biasa yang menghampiri khemah suci harus dihukum mati.”+

8 Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Aku sendiri telah melantik engkau untuk menguruskan sumbangan yang diberikan kepada-Ku.+ Sebahagian daripada semua sumbangan suci itu, yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelakimu.+ Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu. 9 Sebahagian daripada persembahan-persembahan yang dibakar, yang paling suci, akan menjadi milik kamu. Ya, sebahagian daripada semua korban yang dipersembahkan kepada-Ku, termasuk korban bijirin,+ korban dosa,+ dan korban ganti rugi,+ akan menjadi milik kamu. Engkau dan anak-anak lelakimu harus menganggap semua itu sebagai sesuatu yang sangat suci. 10 Semua lelaki dalam keluarga kamu harus memakannya di tempat yang suci,+ kerana semua itu merupakan sesuatu yang sangat suci.+ 11 Selain itu, sebahagian daripada segala persembahan lain+ dan sebahagian daripada korban yang diayunkan ke depan dan belakang,+ yang diberikan oleh orang Israel, akan menjadi milik kamu. Aku telah memberikan semua itu kepada engkau, dan kepada anak-anak lelaki dan perempuanmu.+ Semua anggota keluargamu yang tidak najis boleh memakannya.+ Bahagian itu akan sentiasa dikhaskan untuk kamu.

12 “Aku, Yehuwa, memberi kamu segala hasil pertama+ yang terbaik, yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada-Ku. Ya, segala minyak, bijirin, dan wain yang terbaik, akan Kuberikan kepada kamu.+ 13 Semua hasil pertama tanaman umat Israel yang dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, akan menjadi milik kamu.+ Semua anggota keluargamu yang tidak najis boleh memakannya.

14 “Segala sesuatu di Israel yang telah dikhaskan sebagai sesuatu yang suci* akan menjadi milik kamu.+

15 “Setiap anak sulung binatang+ yang dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, akan menjadi milik kamu, begitu juga dengan setiap anak sulung manusia+ yang dikhaskan untuk Aku. Tetapi setiap anak sulung manusia dan anak sulung binatang yang dianggap haram* harus ditebus.+ 16 Engkau harus menebus setiap anak sulung manusia yang berumur satu bulan dan ke atas. Setiap anak sulung itu harus ditebus dengan lima syekel* perak,+ menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. Satu syekel sama dengan 20 gera.* 17 Tetapi anak jantan sulung lembu, bebiri, dan kambing, tidak boleh ditebus+ kerana binatang-binatang itu suci bagi Aku, Yehuwa. Percikkanlah darah binatang-binatang itu pada mazbah,+ dan bakarlah lemaknya sehingga asap naik dari mazbah. Bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku.+ 18 Daging binatang itu akan menjadi milik kamu, sama seperti dada dan kaki kanan binatang yang dipersembahkan sebagai korban yang diayunkan ke depan dan belakang.+ 19 Sebahagian daripada semua sumbangan suci yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, Yehuwa,+ akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelaki dan perempuanmu. Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu.+ Hal ini merupakan suatu perjanjian yang kekal* antara Aku, Yehuwa, dengan engkau dan keturunanmu.”

20 Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Engkau tidak akan mendapat sebarang tanah sebagai warisan. Tidak ada bahagian tanah di Israel yang akan menjadi milikmu.+ Akulah yang akan menjaga segala keperluanmu.*+

21 “Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada orang Lewi.+ Itulah ganjaran mereka bagi segala pekerjaan yang dilakukan oleh mereka berkaitan dengan khidmat di khemah pertemuan. 22 Orang Israel lain tidak boleh lagi menghampiri khemah pertemuan. Mereka berdosa jika mereka menghampirinya, dan mereka harus dihukum mati. 23 Hanya orang Lewi yang boleh menjalankan tugas yang berkaitan dengan khemah pertemuan. Merekalah yang harus menanggung akibat kesalahan yang dilakukan oleh orang Israel+ berkaitan dengan khemah pertemuan. Dari generasi ke generasi, orang Lewi tidak boleh memiliki sebarang tanah di Israel sebagai warisan.+ 24 Hal ini demikian kerana Aku telah memberi mereka semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, Yehuwa. Ya, Aku telah berfirman, ‘Orang Lewi tidak akan mendapat sebarang tanah di Israel sebagai warisan.’”+

25 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 26 “Beritahulah orang Lewi, ‘Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada kamu.+ Maka, apabila kamu menerima persepuluhan itu, kamu harus mempersembahkan sepersepuluh daripadanya sebagai sumbangan kepada Aku, Yehuwa.+ 27 Sumbangan itu akan dianggap sebagai persembahan kamu, seolah-olah persembahan itu diambil daripada bijirin,+ minyak, dan wain kamu. 28 Dengan demikian, kamu juga dapat memberikan sumbangan kepada Aku, Yehuwa. Semasa kamu menerima persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel, kamu harus memberikan sepersepuluh daripadanya kepada Imam Harun. Sumbangan sepersepuluh ini merupakan milik Aku, Yehuwa. 29 Bahagian yang paling baik+ daripada segala sumbangan suci yang kamu terima harus kamu persembahkan kepada Aku, Yehuwa.’

30 “Beritahulah orang Lewi, ‘Semasa kamu mempersembahkan bahagian yang paling baik itu, sumbangan itu akan dianggap sebagai persembahan kamu, seolah-olah persembahan itu diambil daripada bijirin, minyak, dan wain kamu. Kamu boleh menyimpan bahagian yang selebihnya. 31 Kamu dan keluarga kamu boleh memakannya di mana-mana sahaja, kerana itulah ganjaran kamu bagi segala pekerjaan yang kamu lakukan berkaitan dengan khidmat di khemah pertemuan.+ 32 Kamu tidak berdosa jika kamu mempersembahkan bahagian yang paling baik kepada Aku. Kamu tidak boleh menajiskan sumbangan suci yang diberikan oleh umat Israel. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dihukum mati.’”+

19 Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun, 2 “Aku, Yehuwa, memberikan hukum berikut: ‘Umat Israel harus membawa seekor lembu merah kepada kamu. Lembu itu haruslah tidak ada kecacatan+ dan belum pernah digunakan untuk bekerja. 3 Kamu harus menyerahkan lembu itu kepada Imam Eleazar. Kemudian dia akan membawa lembu itu ke luar perkhemahan, lalu lembu itu harus disembelih di hadapannya. 4 Selepas itu, imam akan mengambil sedikit darah lembu itu dengan jarinya, lalu memercikkan darah itu sebanyak tujuh kali ke arah pintu masuk khemah pertemuan.+ 5 Seluruh lembu itu, termasuk kulit, daging, darah, dan tahinya, harus dibakar di hadapan imam.+ 6 Kemudian imam itu harus mengambil sepotong kayu sedar, seikat rumput hisop,+ dan seutas benang merah, lalu melemparkan semuanya ke dalam api yang sedang membakar lembu itu. 7 Setelah itu, imam harus mencuci pakaiannya dan mandi, barulah dia boleh masuk ke kawasan perkhemahan. Tetapi dia tetap dianggap najis sehingga matahari terbenam.

8 “‘Orang yang membakar lembu itu harus mencuci pakaiannya dan mandi, tetapi dia juga tetap dianggap najis sehingga matahari terbenam.

9 “‘Selepas itu, seseorang yang tidak najis harus mengumpulkan abu lembu itu,+ iaitu lembu yang telah dipersembahkan sebagai korban dosa. Orang tersebut harus meletakkan abu itu di tempat yang bersih di luar perkhemahan, agar dapat digunakan untuk menyediakan air bagi upacara penyucian.+ Air itu akan digunakan oleh umat Israel. 10 Orang yang mengumpulkan abu itu harus mencuci pakaiannya, tetapi dia tetap dianggap najis sehingga matahari terbenam.

“‘Inilah peraturan yang harus sentiasa dipatuhi oleh umat Israel dan orang asing yang tinggal dalam kalangan mereka:+ 11 Sesiapa yang tersentuh mayat akan dianggap najis selama tujuh hari.+ 12 Pada hari ketiga, orang itu harus menyucikan diri dengan air bagi upacara penyucian. Dengan demikian, dia akan menjadi suci pada hari ketujuh. Tetapi jika dia tidak menyucikan diri pada hari ketiga, dia akan tetap dianggap najis pada hari ketujuh. 13 Sesiapa yang tersentuh mayat dan tidak menyucikan diri, harus dihukum mati.+ Hal ini demikian kerana dia telah mencemari khemah suci milik Aku, Yehuwa.+ Orang itu tidak direnjis dengan air bagi upacara penyucian,+ maka dia tetap dianggap najis. Ya, dia berada dalam keadaan yang tidak suci.

14 “‘Inilah peraturan yang harus dipatuhi jika seseorang mati di dalam khemah: Sesiapa yang memasuki khemah itu, atau sesiapa yang sudah berada di dalam khemah itu, akan dianggap najis selama tujuh hari. 15 Semua bekas yang tidak ditutup akan menjadi najis.+ 16 Sesiapa yang menyentuh mayat orang yang mati dibunuh dengan pedang, atau menyentuh mayat orang yang mati biasa di luar khemah, atau yang menyentuh kubur atau tulang orang mati, akan dianggap najis selama tujuh hari.+ 17 Untuk menyucikan orang yang najis itu, sedikit abu daripada lembu yang dipersembahkan untuk korban dosa itu harus diambil. Kemudian abu itu harus dimasukkan ke dalam sebuah bekas dan dituangi air yang bersih. 18 Selepas itu, seseorang yang tidak najis+ harus mengambil seikat rumput hisop+ dan mencelupnya ke dalam air itu, lalu memercikkannya ke atas khemah dan bekas-bekas di dalam khemah, serta ke atas semua orang yang berada di dalam khemah itu. Dia juga harus memercikkan air itu ke atas orang yang telah menyentuh kubur, atau orang yang telah menyentuh mayat orang yang mati biasa, atau orang yang telah menyentuh mayat orang yang mati dibunuh, atau orang yang telah menyentuh tulang orang mati. 19 Pada hari ketiga dan hari ketujuh, seseorang yang tidak najis harus memercikkan air itu ke atas orang yang najis. Pada hari ketujuh, orang yang najis itu akan menjadi suci.+ Kemudian dia harus membasuh pakaiannya dan mandi. Dengan demikian, dia akan menjadi suci selepas matahari terbenam.

20 “‘Sesiapa dalam kalangan orang Israel yang menjadi najis dan tidak menyucikan diri, harus dihukum mati.+ Hal ini demikian kerana orang itu telah mencemari khemah suci milik Aku, Yehuwa. Orang itu tidak direnjis dengan air bagi upacara penyucian, maka dia tetap dianggap najis.

21 “‘Inilah peraturan yang harus sentiasa dipatuhi oleh orang Israel: Orang yang memercikkan air untuk upacara penyucian+ harus membasuh pakaiannya. Orang yang direnjis dengan air itu harus dianggap najis sehingga matahari terbenam. 22 Apa sahaja yang disentuh oleh seseorang yang najis akan menjadi najis, dan orang lain yang menyentuh benda-benda itu juga dianggap najis sehingga matahari terbenam.’”+

20 Pada bulan yang pertama, segenap umat Israel tiba di padang belantara Zin, lalu mereka berkhemah di Kades.+ Di situlah Miryam+ meninggal dan dikebumikan.

2 Apabila umat Israel tidak menjumpai air minum,+ mereka berkumpul untuk memberontak terhadap Musa dan Harun. 3 Mereka mula bersungut-sungut terhadap Musa+ dan berkata, “Lebih baik kami mati bersama saudara-saudara kami yang mati di hadapan Yehuwa! 4 Mengapa kamu membawa umat* Yehuwa ke padang belantara ini? Adakah kamu mahu kami dan ternakan kami mati di sini?+ 5 Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir ke tempat yang celaka ini?+ Kami tidak dapat bercucuk tanam dan tidak ada buah ara, buah anggur, ataupun buah delima di sini. Bahkan air minum pun tiada!”+ 6 Maka Musa dan Harun meninggalkan umat itu, lalu pergi ke pintu masuk khemah pertemuan. Mereka bersujud ke tanah, lalu cahaya kemuliaan Yehuwa kelihatan di hadapan mereka.+

7 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 8 “Ambillah tongkatmu, lalu engkau dan abangmu, Harun, harus mengumpulkan semua orang Israel. Di hadapan mereka semua, bercakaplah kepada bukit batu di situ, lalu air akan keluar daripada batu itu. Dengan demikian, orang Israel dan ternakan mereka dapat minum.”+

9 Maka Musa mengambil tongkatnya dari hadirat Yehuwa+ sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. 10 Musa dan Harun mengumpulkan segenap umat Israel di hadapan bukit batu itu. Kemudian Musa berkata, “Dengarlah, hai pemberontak! Haruskah kami mengeluarkan air daripada bukit batu ini untuk kamu?”+ 11 Selepas itu, Musa mengangkat tongkatnya dan memukul bukit batu dengan tongkat itu sebanyak dua kali. Maka air pun keluar daripada bukit batu itu. Air itu begitu banyak sehingga segenap umat dan ternakan mereka dapat minum.+

12 Tetapi Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun, “Kamu tidak beriman kepada-Ku, dan kamu tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel. Oleh itu, kamu tidak akan memimpin umat ini ke tanah yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada mereka.”+ 13 Peristiwa itu terjadi di Sumber Air Meriba.*+ Di situ umat Israel bersungut-sungut terhadap Yehuwa, dan di situ juga Dia membuktikan bahawa Dia ialah Tuhan yang suci.

14 Kemudian Musa menghantar beberapa orang utusan dari Kades untuk menghadap raja Edom.+ Para utusan itu berkata, “Inilah kata-kata orang Israel,+ saudara tuanku: ‘Tuanku tahu akan kesusahan yang menimpa hamba semua. 15 Nenek moyang hamba semua telah pergi ke Mesir+ dan tinggal di sana selama bertahun-tahun.+ Nenek moyang hamba dan hamba semua ditindas oleh orang Mesir.+ 16 Maka hamba semua berseru kepada Yehuwa meminta tolong.+ Dia mendengarkan seruan hamba semua, lalu mengutus malaikat-Nya+ untuk membawa hamba semua keluar dari Mesir. Kini hamba semua berada di Kades, iaitu sebuah kota yang terletak di sempadan negeri tuanku. 17 Benarkanlah hamba semua melalui negeri tuanku. Hamba semua tidak akan melalui ladang atau kebun anggur tuanku, dan hamba semua tidak akan minum air dari mana-mana perigi tuanku. Hamba semua hanya akan berjalan melalui Jalan Raja dan tidak akan menyimpang ke kiri atau ke kanan, sehingga hamba semua keluar dari negeri tuanku.’”+

18 Tetapi raja Edom berkata, “Kamu tidak boleh melalui negeri beta! Jika kamu melalui negeri beta, beta akan menyerang kamu.” 19 Orang Israel berkata, “Hamba semua hanya akan melalui jalan besar. Jika hamba semua atau ternakan hamba semua minum air di kawasan tuanku, hamba semua akan membayarnya.+ Hamba semua hanya ingin berjalan melalui negeri tuanku.”+ 20 Namun raja Edom berkata, “Tidak boleh!”+ Kemudian dia keluar bersama angkatan tenteranya yang kuat dan perkasa untuk menemui orang Israel. 21 Memandangkan raja Edom tidak membenarkan orang Israel melalui negerinya, orang Israel terpaksa beredar dari sana.+

22 Segenap umat Israel meninggalkan Kades lalu tiba di Gunung Hor.+ 23 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa dan Harun di Gunung Hor, yang terletak di sempadan negeri Edom. Dia berfirman, 24 “Harun akan meninggal dan dia akan dikebumikan seperti nenek moyangnya.+ Dia tidak akan memasuki tanah yang telah Aku janjikan untuk diberikan kepada orang Israel. Hal ini demikian kerana kamu berdua tidak mematuhi perintah yang Kuberikan di Sumber Air Meriba.+ 25 Bawalah Harun dan anaknya, Eleazar, naik ke Gunung Hor. 26 Selepas itu, tanggalkanlah jubah imam+ yang dipakai oleh Harun lalu kenakanlah jubah itu pada Eleazar.+ Harun akan meninggal di gunung itu.”

27 Musa melakukan segala yang diperintahkan oleh Yehuwa. Dia, Harun, dan Eleazar, mendaki Gunung Hor sambil disaksikan oleh segenap umat Israel. 28 Kemudian Musa menanggalkan jubah imam yang dipakai oleh Harun lalu mengenakannya pada Eleazar. Harun meninggal di puncak gunung itu,+ lalu Musa dan Eleazar turun dari situ. 29 Apabila orang Israel mengetahui bahawa Harun sudah meninggal, mereka semua berkabung selama 30 hari.+

21 Apabila raja Arad,+ orang Kanaan yang tinggal di negeri Negeb, mendengar bahawa orang Israel datang melalui Jalan Atarim, dia pergi menyerang mereka dan menawan beberapa orang daripada kalangan mereka. 2 Maka orang Israel berikrar kepada Yehuwa, “Jika Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan kami, kami pasti akan memusnahkan kota-kota mereka.” 3 Yehuwa mengabulkan permintaan orang Israel. Dia menyerahkan orang Kanaan ke dalam tangan mereka, lalu mereka membunuh semua orang Kanaan dan memusnahkan kota-kota orang Kanaan. Itulah sebabnya orang Israel menamakan tempat itu Horma.*+

4 Orang Israel meninggalkan Gunung Hor+ dan meneruskan perjalanan mereka mengikut Jalan Laut Merah supaya mereka tidak perlu melalui negeri Edom.+ Semasa dalam perjalanan itu, mereka menjadi letih dan lemah. 5 Mereka bersungut-sungut terhadap Tuhan dan Musa.+ Mereka berkata, “Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir? Adakah kamu mahu kami mati di padang belantara ini? Di sini tidak ada makanan dan tidak ada air.+ Kami sudah bosan dengan makanan yang memuakkan ini!”+ 6 Maka Yehuwa mendatangkan ular-ular berbisa di tengah-tengah umat Israel. Ular-ular itu mematuk orang Israel sehingga banyak orang yang mati.+

7 Oleh itu, umat Israel datang kepada Musa dan berkata, “Kami sudah berdosa kerana kami bersungut-sungut terhadap Yehuwa dan terhadapmu.+ Rayulah kepada Yehuwa bagi pihak kami agar Dia menjauhkan ular-ular itu daripada kami.” Maka Musa pun merayu kepada Tuhan bagi pihak umat itu.+ 8 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Buatlah sebuah patung ular berbisa dan letakkannya pada sebatang tiang. Jika seseorang dipatuk ular, orang tersebut mesti memandang patung ular itu supaya dia tidak mati.” 9 Musa pun segera membuat sebuah patung ular daripada tembaga+ lalu meletakkannya pada sebatang tiang.+ Jika seseorang dipatuk ular, orang tersebut tidak akan mati sekiranya dia memandang ular tembaga itu.+

10 Selepas itu, orang Israel meneruskan perjalanan mereka lalu berkhemah di Obot.+ 11 Dari Obot, mereka berangkat lagi lalu berkhemah di Iye-abarim,+ di padang belantara yang menghadap Moab. Padang belantara itu terletak di bahagian timur. 12 Kemudian mereka berangkat dari sana lalu berkhemah di Lembah* Zered.+ 13 Selepas itu, mereka berangkat lagi lalu berkhemah di kawasan Lembah Arnon,+ yang terletak di padang belantara yang terbentang luas dari sempadan negeri orang Amori. Lembah Arnon ialah sempadan antara Moab dengan negeri orang Amori. 14 Itulah sebabnya dalam Kitab Peperangan Yehuwa ada tertulis, “Waheb di Sufa, lembah-lembah di Arnon, 15 dan cerun lembah-lembah yang terbentang sampai ke kota Ar dan sempadan Moab.”

16 Dari sana, mereka pergi ke Beer. Inilah perigi yang dimaksudkan oleh Yehuwa semasa Dia berfirman kepada Musa, “Kumpulkanlah segenap umat itu kerana Aku akan memberi mereka air untuk diminum.”

17 Pada masa itu, orang Israel menyanyikan lagu ini:

“Hai perigi, pancarkanlah airmu! Hai kamu sekalian, marilah menyanyi bersama-sama!

18 Perigi yang digali oleh para pembesar. Ya, perigi yang digali oleh para bangsawan.

Perigi yang digali dengan tongkat pemimpin. Ya, perigi yang digali dengan tongkat para bangsawan.”

Kemudian mereka berangkat dari padang belantara itu lalu pergi ke Matana. 19 Dari Matana, mereka berangkat ke Nahaliel, dan dari Nahaliel, mereka berangkat ke Bamot.+ 20 Dari Bamot, mereka berangkat ke lembah yang terletak di kawasan Moab,+ di bawah puncak Pisga,+ yang menghadap ke arah Yesimon.*+

21 Selepas itu, umat Israel menghantar beberapa orang utusan kepada Sihon, raja orang Amori, dengan pesanan berikut:+ 22 “Benarkanlah hamba sekalian melalui negeri tuanku. Hamba sekalian tidak akan melalui ladang atau kebun anggur tuanku, dan hamba sekalian tidak akan minum air dari mana-mana perigi tuanku. Hamba sekalian hanya akan berjalan melalui Jalan Raja sehingga hamba sekalian keluar dari negeri tuanku.”+ 23 Tetapi Raja Sihon tidak membenarkan orang Israel melalui negerinya. Sebaliknya, dia mengumpulkan semua tenteranya lalu pergi ke Yahas untuk menyerang orang Israel yang sedang berada di kawasan padang belantara.+ 24 Namun orang Israel mengalahkannya+ dan merampas negerinya,+ dari kawasan Lembah Arnon+ sampai ke Yabok+ yang terletak berhampiran kawasan orang Ammon. Tetapi mereka tidak menakluki Yaezer,+ kerana Yaezer terletak di sempadan negeri orang Ammon.+

25 Demikianlah orang Israel merampas semua kota itu. Mereka menduduki semua kota orang Amori,+ termasuk Hesybon dan kota-kota di sekelilingnya. 26 Hesybon merupakan kota milik Sihon, raja orang Amori yang telah berperang dengan raja orang Moab. Sihon telah merampas semua tanah milik raja orang Moab, termasuk kawasan-kawasan Lembah Arnon. 27 Itulah sebabnya syair cemuhan ini digubah:

“Datanglah ke Hesybon.

Biarlah kota Raja Sihon dibina dan didirikan dengan teguh.

28 Api keluar dari Hesybon. Ya, nyala api keluar dari kota Raja Sihon.

Api itu telah menghanguskan Ar di Moab. Ya, api itu telah membakar para penguasa tempat-tempat tinggi di Arnon.

29 Malanglah kamu, hai orang Moab! Kamu semua akan dimusnahkan, hai para penyembah Kamos!+

Kamos menyebabkan kaum lelaki kamu menjadi pelarian, dan membuat kaum wanita kamu menjadi tawanan Sihon, raja orang Amori.

30 Seranglah mereka!

Hesybon akan dimusnahkan sampai ke Dibon.+

Musnahkanlah semuanya sampai ke Nofah.

Biarlah api memusnahkan segala-galanya sampai ke Medeba.”+

31 Maka orang Israel menetap di tanah orang Amori. 32 Kemudian Musa mengutus beberapa orang untuk mengintip negeri Yaezer.+ Selepas itu, umat Israel menyerang Yaezer lalu merampas kota itu serta semua kota di sekelilingnya. Mereka juga menghalau semua orang Amori yang tinggal di kota-kota tersebut. 33 Setelah itu, orang Israel meneruskan perjalanan mereka melalui Jalan Basan. Tetapi Og,+ raja Basan, mengumpulkan semua tenteranya untuk menyerang mereka di Edrei.+ 34 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Jangan takut kepadanya,+ kerana Aku akan menyerahkannya dan semua rakyatnya serta semua tanahnya ke dalam tangan kamu.+ Kamu akan mengalahkannya sebagaimana kamu mengalahkan Sihon, raja orang Amori yang tinggal di Hesybon.”+ 35 Oleh itu, umat Israel membunuh raja itu dan putera-puteranya serta semua rakyatnya, dan tiada seorang pun yang dibiarkan hidup.+ Mereka juga merampas semua tanahnya.+

22 Umat Israel meneruskan perjalanan mereka lalu berkhemah di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+ 2 Apabila Balak+ anak Zipor mendengar bahawa orang Israel telah mengalahkan orang Amori, 3 dan nampak betapa besarnya bilangan orang Israel, dia dan orang Moab menjadi sangat takut. Ya, mereka menjadi sangat gerun dan gementar kerana orang Israel.+ 4 Oleh itu, orang Moab berkata kepada para pemimpin orang Midian,+ “Kumpulan yang besar ini akan melahap segala sesuatu di kawasan kita, seperti lembu melahap rumput di padang.”

Pada masa itu, Balak anak Zipor, yang merupakan raja orang Moab, 5 menghantar beberapa orang utusan kepada Bileam anak Beor yang tinggal bersama sanak saudaranya di Petor,+ dekat Sungai Efrat. Inilah pesanan Balak: “Sebuah bangsa telah keluar dari Mesir dan mereka telah tersebar ke seluruh muka bumi.+ Kini mereka sedang berkhemah di depan mata beta. 6 Mereka lebih kuat daripada beta. Maka datanglah dan kutuklah mereka bagi beta.+ Mudah-mudahan beta dapat mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari negeri beta. Beta tahu bahawa orang yang kamu berkati akan mendapat berkat, dan orang yang kamu kutuk akan mendapat kutuk.”

7 Maka para pemimpin orang Moab dan para pemimpin orang Midian pergi berjumpa dengan Bileam.+ Mereka membawa upah untuk Bileam agar dia mengutuk orang Israel. Apabila mereka bertemu dengan Bileam, mereka menyampaikan pesanan Balak kepadanya. 8 Selepas itu, Bileam berkata kepada mereka, “Bermalamlah di sini dan saya akan memberitahu kamu apa yang difirmankan oleh Yehuwa kepada saya.” Maka para pemimpin orang Moab pun menginap di tempat Bileam.

9 Kemudian Tuhan datang kepada Bileam dan bertanya,+ “Siapakah semua orang ini yang ada bersama engkau?” 10 Bileam berkata kepada Tuhan, “Mereka ialah utusan yang dihantar oleh Balak anak Zipor, raja orang Moab. Mereka menghantar pesanan Balak kepadaku. Balak berkata, 11 ‘Bangsa yang telah keluar dari Mesir itu telah tersebar ke seluruh muka bumi. Maka datanglah dan kutuklah mereka bagi beta.+ Mudah-mudahan beta dapat mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari negeri beta.’” 12 Tetapi Tuhan berfirman kepada Bileam, “Jangan pergi bersama mereka. Jangan kutuk umat itu, kerana Aku telah memberkati mereka.”+

13 Pada keesokan paginya, Bileam bangun dan berkata kepada para pemimpin yang diutus oleh Balak, “Pulanglah ke negeri kamu, kerana Yehuwa telah melarang saya untuk pergi bersama kamu.” 14 Oleh itu, para pemimpin orang Moab kembali kepada Balak dan berkata, “Bileam tidak mahu datang bersama kami.”

15 Tetapi Balak menghantar lebih banyak utusan lagi. Orang yang diutusnya berpangkat lebih tinggi daripada yang diutus sebelumnya. 16 Mereka pergi kepada Bileam dan berkata, “Inilah pesanan daripada Balak: ‘Janganlah biarkan apa-apa pun menghalang kamu untuk datang kepada beta. 17 Beta akan memberikan ganjaran kepadamu dan beta akan mengabulkan semua permintaanmu. Maka datanglah dan kutuklah umat itu bagi beta.’” 18 Tetapi Bileam menjawab, “Walaupun Balak memberi saya istananya yang penuh dengan emas dan perak, saya tidak dapat melakukan apa-apa yang bertentangan dengan perintah Yehuwa, Tuhan saya, sama ada perkara yang kecil ataupun perkara yang besar.+ 19 Namun bermalamlah di sini. Saya ingin mengetahui apa lagi yang akan difirmankan oleh Yehuwa kepada saya.”+

20 Pada malam itu, Tuhan datang kepada Bileam dan berfirman kepadanya, “Semua orang itu sudah datang untuk meminta engkau mengikut mereka. Oleh itu, pergilah bersama mereka. Tetapi engkau hanya boleh mengatakan apa yang akan Aku firmankan kepadamu.”+ 21 Maka pada keesokan harinya, Bileam bangun dan memasang pelana pada keldainya, lalu pergi bersama para pemimpin orang Moab itu.+

22 Bileam menunggang keldainya, diiringi oleh dua orang hambanya. Tetapi Yehuwa menjadi murka semasa Bileam berangkat. Maka Dia mengutus malaikat-Nya untuk menghalang Bileam. Malaikat itu berdiri di tengah jalan. 23 Apabila keldai itu nampak malaikat Yehuwa berdiri di tengah jalan sambil memegang sebilah pedang, keldai itu mencuba menyimpang ke ladang. Tetapi Bileam memukul keldainya untuk memaksa keldainya kembali ke jalan. 24 Kemudian malaikat Yehuwa berdiri di bahagian jalan yang sempit, di antara dua buah ladang anggur. Terdapat tembok batu di kedua-dua belah jalan itu. 25 Apabila keldai itu nampak malaikat Yehuwa di sana, keldai itu menghimpitkan badannya ke tembok sehingga kaki Bileam terjepit. Maka Bileam memukul keldainya sekali lagi.

26 Kemudian malaikat Yehuwa berundur lalu berdiri di tempat yang lebih sempit, sehingga tidak ada jalan untuk menyimpang ke kanan atau ke kiri. 27 Apabila keldai itu nampak malaikat Yehuwa, keldai itu merebahkan badannya. Bileam naik marah lalu memukul keldai itu sekali lagi dengan tongkatnya. 28 Akhirnya, Yehuwa membolehkan keldai itu bercakap,+ lalu keldai itu berkata kepada Bileam, “Apakah kesalahan saya? Mengapakah tuan memukul saya sampai tiga kali?”+ 29 Bileam menjawab, “Sebab kamu mempermainkan aku! Jika aku mempunyai pedang, aku pasti sudah membunuh kamu!” 30 Keldai itu berkata, “Bukankah tuan menunggangi saya seumur hidup tuan? Pernahkah saya memperlakukan tuan sebegini?” Bileam menjawab, “Tidak.” 31 Selepas itu, Yehuwa membolehkan Bileam melihat+ malaikat-Nya. Ketika Bileam nampak malaikat Yehuwa berdiri di tengah jalan sambil memegang sebilah pedang, Bileam segera bersujud ke tanah.

32 Malaikat Yehuwa berkata kepada Bileam, “Mengapa kamu memukul keldaimu sampai tiga kali? Akulah yang menghalang kamu, kerana apa yang hendak kamu lakukan bertentangan dengan kehendakku.+ 33 Tetapi keldaimu nampak aku dan mencuba menyimpang dari hadapanku sebanyak tiga kali.+ Jika tidak, aku pasti sudah membunuh kamu dan membiarkan keldaimu hidup!” 34 Bileam berkata kepada malaikat Yehuwa, “Saya sudah berdosa. Saya tidak tahu bahawa tuanlah yang berdiri di tengah jalan untuk menghalang saya. Jika tuan tidak mahu saya pergi, saya akan pulang.” 35 Malaikat Yehuwa menjawab, “Pergilah bersama semua orang itu, tetapi kamu hanya boleh mengatakan apa yang akan aku katakan kepadamu.” Oleh itu, Bileam meneruskan perjalanannya bersama para pemimpin yang diutus oleh Balak.

36 Apabila Balak mendengar bahawa Bileam sudah datang, dia segera pergi berjumpa dengannya di sebuah kota yang terletak di pinggir Sungai Arnon, di sempadan negeri Moab. 37 Balak berkata kepada Bileam, “Bukankah beta sudah memanggil kamu untuk datang? Mengapa kamu tidak datang? Adakah kamu menyangka bahawa beta tidak mampu memberikan ganjaran kepadamu?”+ 38 Bileam menjawab, “Sekarang hamba sudah datang. Tetapi hamba tidak boleh mengatakan apa-apa sesuka hati. Hamba hanya boleh mengatakan apa yang difirmankan oleh Tuhan kepada hamba.”+

39 Selepas itu, Bileam pergi bersama Balak ke Kiryat-huzot. 40 Balak menyembelih beberapa ekor lembu dan bebiri sebagai korban. Kemudian dia memberikan sebahagian daripada daging itu kepada Bileam dan para pemimpin yang ada bersamanya. 41 Pada keesokan paginya, Balak membawa Bileam ke Bamot-baal. Di situ, Bileam dapat melihat segenap umat Israel.+

23 Bileam berkata kepada Balak, “Binalah tujuh buah mazbah di sini,+ lalu sediakanlah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor bebiri jantan untuk hamba.” 2 Balak segera melakukan apa yang diminta oleh Bileam. Kemudian mereka mempersembahkan seekor lembu jantan dan seekor bebiri jantan di atas setiap mazbah itu.+ 3 Selepas itu, Bileam berkata kepada Balak, “Tunggulah di sebelah korban bakar yang tuanku persembahkan itu. Hamba akan pergi dari sini untuk melihat sama ada Yehuwa akan berfirman kepada hamba atau tidak. Hamba akan memberitahu tuanku apa sahaja yang difirmankan-Nya.” Kemudian Bileam pergi ke puncak sebuah bukit.

4 Tuhan datang kepada Bileam,+ dan Bileam berkata kepada-Nya, “Aku sudah membina tujuh buah mazbah, dan aku sudah mempersembahkan seekor lembu jantan dan seekor bebiri jantan di atas setiap mazbah itu.” 5 Yehuwa memberitahu Bileam apa yang harus dikatakannya.+ Kemudian Dia berfirman, “Kembalilah kepada Balak dan sampaikanlah kata-kata itu kepadanya.” 6 Maka Bileam kembali kepada Balak. Dia mendapati bahawa Balak dan semua pemimpin orang Moab sedang berdiri di sebelah korban bakar yang dipersembahkan. 7 Kemudian Bileam mengucapkan perkhabaran berikut:+

“Balak, raja orang Moab, telah memanggil aku dari Aram,+

Dari pergunungan di sebelah timur.

Dia berkata, ‘Datanglah dan kutuklah Yakub bagi beta.

Ya, datanglah dan kecamlah Israel.’+

 8 Bagaimana mungkin aku dapat mengutuk orang yang tidak dikutuk oleh Tuhan?

Bagaimana mungkin aku dapat mengecam orang yang tidak dikecam oleh Yehuwa?+

 9 Dari puncak bukit batu aku melihat mereka,

Dan dari atas bukit aku memperhatikan mereka.

Mereka sebuah bangsa yang terasing daripada bangsa-bangsa lain;+

Mereka menganggap bangsa mereka berbeza daripada bangsa-bangsa lain.+ 

10 Siapakah yang dapat mengira keturunan Yakub yang bagaikan debu yang tidak terbilang?+

Siapakah yang dapat menghitung bahkan sebahagian* daripada umat Israel?

Biarlah aku mati bersama umat yang baik itu,

Dan biarlah kesudahanku menjadi seperti kesudahan mereka.”

11 Kemudian Balak berkata kepada Bileam, “Apa yang sudah kamu lakukan terhadap beta? Beta memanggil kamu untuk mengutuk musuh beta, tetapi sebaliknya kamu memberkati mereka pula.”+ 12 Maka Bileam menjawab, “Hamba hanya dapat mengatakan apa yang difirmankan oleh Yehuwa.”+

13 Balak berkata kepada Bileam, “Ikutlah beta ke tempat lain. Di sana kamu hanya dapat melihat sebahagian daripada umat Israel. Kutuklah mereka bagi beta dari sana.”+ 14 Maka Balak membawa Bileam ke padang Zofim, di puncak Pisga.+ Kemudian dia membina tujuh buah mazbah, lalu mempersembahkan seekor lembu jantan dan seekor bebiri jantan di atas setiap mazbah itu.+ 15 Bileam berkata kepada Balak, “Tunggulah di sebelah korban bakar yang tuanku persembahkan itu. Hamba akan pergi dari sini untuk melihat sama ada Tuhan akan berfirman kepada hamba atau tidak.” 16 Selepas itu, Yehuwa datang kepada Bileam dan memberitahunya apa yang harus dikatakannya,+ lalu Dia berfirman, “Kembalilah kepada Balak dan sampaikanlah kata-kata itu kepadanya.” 17 Maka Bileam kembali kepada Balak. Dia mendapati bahawa Balak dan semua pemimpin orang Moab sedang berdiri di sebelah korban bakar yang dipersembahkan. Balak bertanya, “Apakah yang dikatakan oleh Yehuwa?” 18 Kemudian Bileam mengucapkan perkhabaran berikut:+

“Hai Balak, bangkitlah dan dengarlah kata-kata ini.

Hai anak Zipor, dengarlah kata-kataku ini.

19 Tuhan bukan seperti manusia yang berdusta,+

Dan Dia bukan seperti anak manusia yang mengubah fikiran.+

Tuhan pasti melaksanakan apa yang dikatakan-Nya,

Dan Dia pasti melakukan apa yang difirmankan-Nya.+

20 Aku disuruh untuk memberkati;

Tuhan telah memberkati,+ dan aku tidak dapat membatalkannya.+

21 Tuhan tidak akan membiarkan kuasa ghaib untuk menentang Yakub,

Dan Dia tidak akan membenarkan bencana menimpa Israel.

Yehuwa menyertai mereka,+ kerana Dialah Tuhan mereka.

Dialah raja mereka, dan mereka akan menyanjung-Nya.

22 Tuhan telah membawa mereka keluar dari Mesir.+

Bagi mereka, Dia bagaikan sebuah tanduk lembu jantan liar.+

23 Tidak ada jampi yang dapat menentang Yakub,+

Dan tidak ada ilmu sihir yang dapat mencelakakan Israel.+

Mungkin pada masa ini, ada yang berkata tentang Yakub dan Israel:

‘Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Tuhan bagi mereka!’

24 Bangsa ini akan bangkit seperti singa.

Ya, seperti singa mereka akan bangkit sendiri.+

Mereka tidak akan berdiam diri sehingga mangsa diterkam,

Dan sehingga darah mangsa itu diminum.”

25 Kemudian Balak berkata kepada Bileam, “Jika kamu tidak dapat mengutuk mereka, sekurang-kurangnya janganlah berkati mereka!” 26 Bileam menjawab, “Bukankah hamba sudah memberitahu tuanku bahawa hamba hanya akan melakukan apa yang difirmankan oleh Yehuwa?”+

27 Balak berkata lagi kepada Bileam, “Ikutlah beta ke tempat lain. Mungkin di sana, Tuhan akan membenarkan kamu mengutuk mereka bagi beta.”+ 28 Maka Balak membawa Bileam ke puncak Peor yang menghadap ke arah Yesimon.*+ 29 Bileam berkata kepada Balak, “Binalah tujuh buah mazbah di sini, lalu sediakanlah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor bebiri jantan untuk hamba.”+ 30 Balak segera melakukan apa yang diminta oleh Bileam. Kemudian dia mempersembahkan seekor lembu jantan dan seekor bebiri jantan di atas setiap mazbah itu.

24 Apabila Bileam sedar bahawa Yehuwa ingin memberkati umat Israel, dia tidak lagi pergi mencari petanda buruk+ seperti yang dilakukannya sebelum itu. Dia memandang ke arah padang belantara, 2 lalu melihat umat Israel yang sedang berkhemah menurut suku masing-masing.+ Kemudian, kuasa suci Tuhan turun ke atasnya,+ 3 lalu dia mengucapkan perkhabaran berikut:+

“Inilah kata-kata Bileam anak Beor,

Inilah ucapan seorang yang matanya telah terbuka,

 4 Inilah kata-kata seorang yang telah mendengar firman Tuhan,

Yang telah mendapat penglihatan daripada Dia Yang Maha Kuasa,

Dan yang telah bersujud ke tanah dengan matanya yang terbuka:+

 5 Alangkah indahnya khemah-khemah Yakub!

Alangkah cantiknya tempat kediaman Israel!+

 6 Khemah-khemah mereka seperti lembah yang terbentang luas,+

Seperti taman di tepi sungai,

Seperti pokok gaharu yang ditanam oleh Yehuwa,

Dan seperti pokok sedar di tepi sumber air.

 7 Air terus melimpah dari timba-timba mereka;

Mereka akan menanam benih di tepi sumber-sumber air.+

Raja mereka+ lebih agung daripada Agag,+

Dan kerajaan mereka akan dimuliakan.+

 8 Tuhan telah membawa mereka keluar dari Mesir;

Bagi mereka, Dia bagaikan sebuah tanduk lembu jantan liar.

Mereka akan membinasakan bangsa-bangsa yang menindas mereka;+

Mereka akan menghancurkan tulang-tulang musuh, dan menghapuskan musuh dengan anak panah mereka.

 9 Mereka seperti singa yang sedang berehat.

Siapakah yang berani mengganggunya?

Sesiapa yang memberkati mereka akan diberkati,

Dan sesiapa yang mengutuk mereka akan dikutuk.”+

10 Maka Balak menjadi sangat marah terhadap Bileam. Balak bertepuk tangan sambil menyindir Bileam. Balak berkata, “Beta memanggil kamu untuk mengutuk musuh beta.+ Tetapi kamu memberkati mereka pula sampai tiga kali. 11 Sekarang pulanglah! Sebenarnya beta ingin memberikan ganjaran kepadamu,+ tetapi Yehuwa telah menghalang kamu daripada menerimanya.”

12 Bileam menjawab, “Hamba telah berkata kepada para utusan tuanku, 13 ‘Walaupun Balak memberi saya istananya yang penuh dengan emas dan perak, saya tidak dapat melakukan apa-apa yang bertentangan dengan perintah Yehuwa, sama ada perkara yang baik ataupun perkara yang buruk. Saya hanya boleh mengatakan apa yang difirmankan oleh Yehuwa kepada saya.’+ 14 Sekarang hamba akan pulang kepada bangsa hamba. Tetapi biarlah hamba memberitahu tuanku apa yang akan dilakukan oleh bangsa Israel terhadap bangsa tuanku pada masa hadapan.” 15 Bileam mengucapkan perkhabaran berikut:+

“Inilah kata-kata Bileam anak Beor,

Inilah ucapan seorang yang matanya telah terbuka,+

16 Inilah kata-kata seorang yang telah mendengar firman Tuhan,

Yang telah memperoleh pengetahuan daripada Dia Yang Maha Tinggi,

Yang telah mendapat penglihatan daripada Dia Yang Maha Kuasa,

Dan yang telah bersujud ke tanah dengan matanya yang terbuka:

17 Aku akan melihatnya, tetapi bukan sekarang.

Ya, aku akan memandangnya pada masa hadapan.

Sebutir bintang+ akan datang daripada Yakub,

Dan sebatang tongkat+ kerajaan akan muncul daripada Israel.+

Orang itu akan meremukkan kepala Moab,+

Dan menghancurkan tengkorak semua orang yang suka berperang.

18 Semasa Israel menunjukkan keberanian,

Edom akan ditawan olehnya,+

Dan Seir+ akan menjadi milik musuh-musuhnya.+

19 Seorang penakluk akan datang daripada Yakub,+

Dan dia akan memusnahkan semua orang yang masih hidup dari kota itu.”

20 Apabila Bileam nampak orang Amalek, dia mengucapkan perkhabaran berikut:

“Amalek ialah bangsa yang pertama antara semua bangsa,*+

Tetapi akhirnya bangsa itu akan lenyap.”+

21 Apabila Bileam nampak orang Keni,+ dia mengucapkan perkhabaran berikut:

“Tempat kediamanmu sungguh kukuh dan selamat, seperti sarang burung di atas bukit batu.

22 Tetapi seseorang akan membakar habis kamu semua.

Tidak lama lagi kamu akan ditawan oleh Assyria.”

23 Kemudian Bileam mengucapkan perkhabaran berikut:

“Siapakah yang akan terselamat apabila Tuhan mendatangkan bencana ini?

24 Kapal-kapal akan datang dari persisiran Kitim.+

Mereka akan menyerang Assyria,+

Dan mereka akan menentang Eber.

Tetapi mereka sendiri juga akan dibinasakan.”

25 Selepas itu, Bileam+ berangkat dari situ, dan Balak juga kembali ke tempat kediamannya.

25 Semasa umat Israel berkhemah di Sitim,+ kaum lelaki orang Israel mula melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan Moab.+ 2 Perempuan Moab mengajak orang Israel pergi mempersembahkan korban kepada dewa-dewa mereka.+ Maka orang Israel memakan korban-korban itu dan mula bersujud menyembah dewa-dewa orang Moab.+ 3 Mereka ikut menyembah Dewa Baal di Peor,+ maka Yehuwa menjadi sangat murka terhadap mereka. 4 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Tangkaplah semua pemimpin yang telah berdosa. Bunuhlah mereka dan gantungkanlah mereka di hadapan orang ramai. Ya, mereka harus digantungkan di hadapan Aku, Yehuwa, agar kemurkaan-Ku terhadap umat Israel akan reda. Akulah Yehuwa.” 5 Kemudian Musa berkata kepada para hakim umat Israel,+ “Kamu semua harus membunuh orang* yang telah ikut menyembah Dewa Baal di Peor.”+

6 Semasa orang Israel meratap di pintu masuk khemah pertemuan, seorang lelaki Israel membawa seorang perempuan Midian+ ke kawasan perkhemahan. Dia berbuat demikian di hadapan Musa dan segenap umat Israel. 7 Apabila Pinehas+ anak Eleazar, iaitu cucu Imam Harun, melihat mereka, dia segera bangun dan meninggalkan segenap umat yang berkumpul. Dia mengambil sebatang tombak 8 dan mengejar lelaki itu sampai ke dalam khemah, lalu dia menikam kedua-dua orang itu dengan tombaknya. Dia menusukkan tombak itu pada bahagian perut* perempuan tersebut. Dengan itu, wabak yang sedang membinasakan orang Israel pun berhenti.+ 9 Namun orang yang telah mati kerana wabak itu sudah pun berjumlah 24,000 orang.+

10 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 11 “Pinehas+ anak Eleazar, iaitu cucu Imam Harun, sudah meredakan kemurkaan-Ku terhadap umat ini. Dia sama sekali tidak membiarkan umat Israel menyembah tuhan lain kecuali Aku.+ Itulah sebabnya Aku tidak membinasakan orang Israel.+ 12 Aku akan membuat perjanjian dengan Pinehas kerana Aku berkenan kepadanya. 13 Hal ini demikian kerana dia sama sekali tidak membiarkan umat Israel menyembah tuhan lain kecuali Aku,+ dan dia juga telah memohon pengampunan dosa bagi pihak orang Israel. Dengan adanya perjanjian ini, dia dan keturunannya akan sentiasa berkhidmat sebagai imam.”+

14 Lelaki Israel yang dibunuh bersama perempuan Midian itu bernama Zimri anak Salu. Dia ialah ketua puak daripada suku Simeon. 15 Nama perempuan Midian yang dibunuh itu pula ialah Kozbi anak Zur.+ Zur ialah ketua puak daripada salah satu suku di Midian.+

16 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 17 “Seranglah orang Midian dan bunuhlah mereka,+ 18 kerana dengan licik, mereka telah menipu kamu sehingga kamu berdosa di Peor.+ Mereka telah menggunakan Kozbi, anak ketua orang Midian, iaitu perempuan yang dibunuh+ pada hari kamu ditimpa wabak yang telah Aku datangkan kerana dosa kamu di Peor,+ untuk menggoda kamu sehingga kamu ditimpa malapetaka.”

26 Selepas wabak itu berhenti,+ Yehuwa berfirman kepada Musa dan Eleazar anak Harun, 2 “Kamu harus membanci semua lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang layak menjadi askar Israel.+ Kamu harus membanci mereka menurut puak-puak mereka.” 3 Maka Musa dan Imam Eleazar+ bercakap kepada segenap umat di padang gurun Moab,+ di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+ Mereka berkata, 4 “Hitunglah semua lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa.”+

Inilah senarai orang Israel yang keluar dari Mesir: 5 Suku Ruben.+ (Ruben ialah anak sulung Israel. Dia mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Ruben.) Terdapat beberapa puak dalam suku Ruben, iaitu puak Hanokh, puak Palu, 6 puak Hezron, dan puak Karmi. 7 Inilah puak-puak dalam suku Ruben. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 43,730 orang.+

8 Anak lelaki Palu ialah Eliab. 9 Anak-anak lelaki Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram merupakan orang kenamaan yang telah menentang Musa+ dan Harun. Mereka berdua telah menentang Yehuwa+ bersama Korah dan para penyokongnya.+

10 Tanah terbelah dan menelan mereka. Korah pula mati ketika api membinasakan 250 orang yang menyokongnya.+ Hal yang terjadi kepada mereka semua menjadi amaran kepada umat Israel.+ 11 Tetapi anak-anak lelaki Korah tidak dibinasakan.+

12 Simeon mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Simeon. Terdapat beberapa puak dalam suku Simeon, iaitu puak Nemuel, puak Yamin, puak Yakhin, 13 puak Zerah, dan puak Shaul. 14 Inilah puak-puak dalam suku Simeon. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 22,200 orang.+

15 Gad mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Gad. Terdapat beberapa puak dalam suku Gad, iaitu puak Zefon, puak Hagi, puak Syuni, 16 puak Ozni, puak Eri, 17 puak Arodi, dan puak Areli. 18 Inilah puak-puak dalam suku Gad. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 40,500 orang.+

19 Anak-anak lelaki Yehuda+ ialah Er dan Onan.+ Mereka mati di tanah Kanaan.+ 20 Yehuda mempunyai beberapa orang anak lelaki, dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Yehuda. Terdapat beberapa puak dalam suku Yehuda, iaitu puak Selah,+ puak Perez,+ dan puak Zerah.+ 21 Terdapat beberapa puak kecil dalam puak Perez, iaitu puak Hezron+ dan puak Hamul.+ (Anak-anak lelaki Perez ialah Hezron dan Hamul.) 22 Inilah puak-puak dalam suku Yehuda. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 76,500 orang.+

23 Isakhar mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Isakhar. Terdapat beberapa puak dalam suku Isakhar, iaitu puak Tola,+ puak Pua, 24 puak Yasub, dan puak Simron. 25 Inilah puak-puak dalam suku Isakhar. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 64,300 orang.+

26 Zebulon mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Zebulon. Terdapat beberapa puak dalam suku Zebulon, iaitu puak Sered, puak Elon, dan puak Yahleel. 27 Inilah puak-puak dalam suku Zebulon. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 60,500 orang.+

28 Anak-anak lelaki Yusuf+ ialah Manasye dan Efraim.+ 29 Anak lelaki Manasye+ ialah Makhir.+ Terdapat satu puak dalam suku Manasye, iaitu puak Makhir. Anak lelaki Makhir ialah Gilead.+ Terdapat satu puak kecil dalam puak Makhir, iaitu puak Gilead. 30 Terdapat puak-puak yang lebih kecil dalam puak Gilead, iaitu puak Iezer, puak Helek, 31 puak Asriel, puak Sikhem, 32 puak Semida, dan puak Hefer. 33 (Zelafehad ialah anak lelaki Hefer. Tetapi Zelafehad tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan.+ Anak-anak perempuannya+ ialah Mahla, Noa, Hogla, Milkah, dan Tirza.) 34 Inilah puak-puak dalam suku Manasye. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 52,700 orang.+

35 Efraim mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Efraim. Terdapat beberapa puak dalam suku Efraim, iaitu puak Shutelah,+ puak Bekher, dan puak Tahan. 36 Terdapat satu puak kecil dalam puak Shutelah, iaitu puak Eran. (Anak lelaki Shutelah ialah Eran.) 37 Inilah puak-puak dalam suku Efraim. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 32,500 orang.+ Inilah keturunan Yusuf daripada suku Manasye dan suku Efraim.

38 Benyamin mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Benyamin. Terdapat beberapa puak dalam suku Benyamin, iaitu puak Bela,+ puak Asybel, puak Ahiram, 39 puak Sefufam, dan puak Hufam. 40 Terdapat beberapa puak kecil dalam puak Bela, iaitu puak Ared dan puak Naaman. (Anak-anak lelaki Bela ialah Ared dan Naaman.)+ 41 Inilah puak-puak dalam suku Benyamin. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 45,600 orang.+

42 Anak lelaki Dan+ ialah Suham. Terdapat satu puak dalam suku Dan, iaitu puak Suham. 43 Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak Suham ialah 64,400 orang.+

44 Asyer mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Asyer. Terdapat beberapa puak dalam suku Asyer, iaitu puak Yimna, puak Yiswi, dan puak Beria. 45 Terdapat beberapa puak kecil dalam puak Beria, iaitu puak Heber dan puak Malkiel. (Anak-anak lelaki Beria ialah Heber dan Malkiel.) 46 Anak perempuan Asyer ialah Serah. 47 Inilah puak-puak dalam suku Asyer. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 53,400 orang.+

48 Naftali mempunyai beberapa orang anak lelaki,+ dan nama anak-anaknya menjadi nama bagi puak-puak dalam suku Naftali. Terdapat beberapa puak dalam suku Naftali, iaitu puak Yahzeel, puak Guni, 49 puak Yezer, dan puak Syilem. 50 Inilah puak-puak dalam suku Naftali. Bilangan lelaki yang didaftarkan daripada puak-puak ini ialah 45,400 orang.+

51 Jumlah keseluruhan orang Israel yang didaftarkan ialah 601,730 orang.+

52 Selepas itu, Yehuwa berfirman kepada Musa, 53 “Bahagikanlah tanah itu kepada mereka sebagai warisan. Tanah yang dibahagikan harus sesuai dengan saiz suku mereka.+ 54 Suku yang lebih besar harus diberi bahagian tanah yang lebih besar, tetapi suku yang lebih kecil harus diberi bahagian tanah yang lebih kecil.+ Tanah yang diberikan sebagai warisan harus sesuai dengan saiz suku masing-masing. 55 Bahagikanlah tanah itu dengan membuang undi.+ Kemudian setiap puak harus diberi tanah sebagai warisan mengikut suku masing-masing. 56 Tanah warisan itu haruslah dibahagikan kepada setiap suku, sama ada yang kecil ataupun yang besar, dengan membuang undi.”

57 Terdapat beberapa puak dalam kalangan orang Lewi yang didaftarkan,+ iaitu puak Gerson, puak Kehat,+ dan puak Merari. 58 Puak-puak kecil dalam kalangan orang Lewi ialah puak Libni,+ puak Hebron,+ puak Mahli,+ puak Musi,+ dan puak Korah.+

Kehat ialah bapa Amram.+ 59 Isteri Amram ialah Yokhebed,+ anak perempuan Lewi, yang dilahirkan di Mesir. Yokhebed melahirkan Harun, Musa, dan Miryam. (Miryam ialah kakak Harun dan Musa.)+ 60 Anak-anak lelaki Harun ialah Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.+ 61 Tetapi Nadab dan Abihu telah dihukum mati kerana mereka mempersembahkan api yang haram kepada Yehuwa.+

62 Bilangan orang Lewi yang berumur satu bulan dan ke atas yang didaftarkan ialah 23,000 orang.+ Orang Lewi tidak didaftarkan bersama orang Israel yang lain+ kerana mereka tidak diberi tanah warisan di Israel.+

63 Musa dan Imam Eleazar mendaftarkan umat Israel semasa mereka berada di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho. 64 Tetapi orang yang didaftarkan oleh Musa dan Imam Harun di padang belantara Sinai+ tidak ada dalam kalangan mereka, 65 kerana Yehuwa telah berfirman, “Mereka pasti akan mati di padang belantara.”+ Semua orang itu telah mati kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.+

27 Anak-anak perempuan Zelafehad+ daripada suku Manasye ialah Mahla, Noa, Hogla, Milkah, dan Tirza. (Zelafehad ialah anak Hefer, Hefer ialah anak Gilead, Gilead ialah anak Makhir, Makhir ialah anak Manasye, dan Manasye ialah anak Yusuf.) Mereka pergi 2 menghadap Musa, Imam Eleazar, para pemimpin,+ dan seluruh umat Israel, di pintu masuk khemah pertemuan. Mereka berkata, 3 “Bapa kami mati di padang belantara tetapi dia tidak mengikut para penyokong Korah+ yang menentang Yehuwa. Sebaliknya, dia mati kerana dosanya sendiri dan dia tidak mempunyai anak lelaki. 4 Mengapakah nama bapa kami harus lenyap daripada puaknya hanya kerana dia tidak mempunyai anak lelaki? Berilah kami tanah warisan bersama dengan saudara-saudara bapa kami.” 5 Maka Musa menyampaikan perkara mereka kepada Yehuwa.+

6 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 7 “Permintaan anak-anak perempuan Zelafehad itu memang wajar. Berilah mereka tanah warisan bersama dengan saudara-saudara bapa mereka. Tanah pusaka bapa mereka harus diwariskan kepada mereka.+ 8 Beritahulah umat Israel, ‘Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, tanah pusakanya harus diwariskan kepada anak perempuannya. 9 Tetapi jika dia tidak mempunyai anak perempuan, tanah pusakanya harus diwariskan kepada saudara lelakinya. 10 Jika dia tidak mempunyai saudara lelaki, tanah pusakanya harus diwariskan kepada saudara lelaki bapanya. 11 Jika bapanya tidak mempunyai saudara lelaki, tanah pusakanya harus diwariskan kepada saudara-mara yang terdekat kepadanya.* Aku, Yehuwa, memberikan ketetapan ini kepadamu, dan ketetapan ini harus sentiasa dipatuhi oleh orang Israel.’”

12 Selepas itu, Yehuwa berfirman kepada Musa, “Naiklah ke gunung di kawasan Abarim+ dan lihatlah tanah yang akan Aku berikan kepada umat Israel.+ 13 Selepas engkau melihat tanah itu, engkau akan meninggal seperti abangmu Harun,+ lalu dikebumikan seperti nenek moyangmu.+ 14 Hal ini demikian kerana engkau tidak menurut perintah-Ku semasa umat Israel bersungut-sungut terhadap-Ku di padang belantara Zin. Engkau tidak memuliakan Aku di hadapan umat Israel ketika Aku memberikan air+ kepada mereka di Sumber Air Meriba+ berdekatan Kades,+ di padang belantara Zin.”+

15 Kemudian Musa berkata kepada Yehuwa, 16 “Ya Yehuwa, Tuhan yang memberikan nyawa* kepada semua orang, lantiklah seseorang untuk mengetuai umat Israel 17 supaya umat Yehuwa tidak menjadi seperti kawanan bebiri tanpa gembala. Orang yang dilantik itu akan memimpin mereka, dan mereka harus mentaatinya dalam semua perkara.” 18 Maka Yehuwa berfirman kepada Musa, “Yosua anak Nun ialah seorang yang cekap. Panggillah dia dan letakkanlah tanganmu ke atasnya.+ 19 Suruhlah dia berdiri di hadapan Imam Eleazar dan segenap umat Israel. Kemudian, engkau harus melantiknya sebagai pemimpin di hadapan mereka semua.+ 20 Engkau harus memberikan sebahagian daripada kekuasaanmu kepadanya,+ supaya segenap umat Israel mentaatinya.+ 21 Yosua akan berdiri di hadapan Imam Eleazar, lalu Imam Eleazar akan bertanya kepada Aku, Yehuwa, bagi pihaknya dengan menggunakan Urim.*+ Dengan itu, keputusan-Ku akan diketahui. Apabila Yosua memberikan perintah,* segenap umat Israel harus mematuhi perintah itu.”

22 Maka Musa melakukan segala yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya. Dia membawa Yosua dan menyuruhnya berdiri di hadapan Imam Eleazar dan segenap umat Israel. 23 Kemudian, Musa meletakkan tangannya ke atas Yosua dan melantiknya sebagai pemimpin,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.+

28 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Beritahulah umat Israel, ‘Kamu mesti mempersembahkan korban kepada Aku pada waktu-waktu yang ditetapkan.+ Bau daripada makanan yang dibakar dengan api untuk-Ku itu, menyenangkan hati-Ku.’

3 “Beritahulah umat Israel, ‘Kamu harus mempersembahkan dua ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Binatang-binatang itu haruslah tidak ada kecacatan, dan kamu harus mempersembahkan korban yang dibakar dengan api itu setiap hari.+ 4 Persembahkanlah seekor bebiri pada waktu pagi, dan seekor lagi pada waktu senja.*+ 5 Bersama bebiri yang pertama itu, persembahkanlah satu persepuluh efa* tepung terbaik, yang dicampuri satu perempat hin* minyak zaitun, sebagai korban bijirin.+ 6 Seperti yang telah diperintahkan di Gunung Sinai, kamu harus sentiasa mempersembahkan korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban yang dibakar+ dengan api itu menyenangkan hati-Ku. 7 Bersama bebiri yang pertama itu,+ persembahkanlah juga satu perempat hin wain sebagai korban wain kepada Aku, Yehuwa. Wain itu harus dicurahkan ke atas mazbah.* 8 Bebiri yang kedua harus dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, pada waktu senja. Persembahkanlah bebiri itu bersama korban bijirin dan korban wain, sama seperti yang dipersembahkan pada waktu pagi. Bau daripada korban yang dibakar dengan api itu menyenangkan hati-Ku.+

9 “‘Pada hari Sabat,+ kamu juga harus mempersembahkan dua ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun dan yang tidak ada kecacatan kepada Aku. Bersama bebiri itu, persembahkanlah korban wain dan dua persepuluh efa tepung terbaik, yang dicampuri minyak zaitun, sebagai korban bijirin. 10 Bebiri itu harus dipersembahkan pada hari Sabat, sebagai tambahan kepada korban bakar dan korban wain+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

11 “‘Pada hari pertama setiap bulan, kamu harus mempersembahkan dua ekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun,+ sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan. 12 Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin,+ berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi setiap lembu jantan,+ dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 13 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. Semua binatang itu harus dipersembahkan sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban yang dibakar dengan api itu menyenangkan hati-Ku.+ 14 Bersama dengan setiap korban bakar itu persembahkanlah juga korban wain, iaitu sebanyak setengah hin wain bagi setiap lembu jantan,+ satu pertiga hin wain bagi bebiri jantan,+ dan satu perempat hin wain bagi setiap anak bebiri jantan.+ Korban-korban bakar itu harus dipersembahkan setiap bulan sepanjang tahun. 15 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa kepada Aku, Yehuwa, sebagai tambahan kepada korban bakar dan korban wain yang biasa dipersembahkan setiap hari.

16 “‘Kamu harus menyambut Perayaan Paska bagi Aku, Yehuwa, pada hari ke-14 bulan pertama.+ 17 Bermula pada hari ke-15 bulan pertama, kamu harus menyambut satu lagi perayaan. Kamu harus memakan roti yang tidak beragi selama tujuh hari.+ 18 Pada hari pertama perayaan itu, kamu harus berkumpul dan beribadat. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu. 19 Kamu harus mempersembahkan dua ekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 20 Bersama korban-korban bakar itu, kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun.+ Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi setiap lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 21 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 22 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa untuk menebus dosa kamu. 23 Semua korban itu harus dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar yang biasa dipersembahkan setiap pagi. 24 Selama tujuh hari berturut-turut, demikianlah caranya kamu harus mempersembahkan semua korban itu kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada makanan yang dibakar dengan api untuk-Ku itu, menyenangkan hati-Ku. Semua korban itu harus dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar dan korban wain yang biasa dipersembahkan setiap hari. 25 Pada hari ketujuh, kamu mesti berkumpul dan beribadat.+ Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+

26 “‘Pada hari kamu menyambut Perayaan Menuai,+ iaitu semasa kamu mempersembahkan hasil pertama tanaman kamu+ dan semasa kamu mempersembahkan biji-bijian baharu sebagai korban kepada Aku, Yehuwa,+ kamu harus berkumpul dan beribadat kepada-Ku. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+ 27 Kamu harus mempersembahkan dua ekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun,+ sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 28 Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi setiap lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 29 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 30 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa untuk menebus dosa kamu.+ 31 Semua korban itu harus dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain, yang biasa dipersembahkan setiap hari. Semua binatang yang dipersembahkan itu haruslah tidak ada kecacatan.+

29 “‘Pada hari pertama bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat. Pada hari itu, kamu juga harus meniup trompet.+ Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+ 2 Kamu harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan. Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 3 Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 4 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 5 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa untuk menebus dosa kamu. 6 Semua korban itu harus dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin,+ dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan pada hari pertama setiap bulan, dan yang biasa dipersembahkan setiap hari.+ Semua korban itu harus dibakar dengan api untuk Aku, Yehuwa. Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku.

7 “‘Pada hari ke-10 bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat.+ Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu, dan kamu semua harus berdukacita* atas dosa-dosa kamu.+ 8 Kamu harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ Bau daripada korban itu menyenangkan hati-Ku. 9 Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi bebiri jantan, 10 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 11 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain, yang biasa dipersembahkan setiap hari. Kambing jantan itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban dosa yang dipersembahkan untuk memohon pengampunan dosa+ bagi pihak umat Israel.

12 “‘Pada hari ke-15 bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu, dan kamu harus menyambut satu lagi perayaan bagi Aku, Yehuwa. Kamu harus menyambut perayaan itu selama tujuh hari.+ 13 Kamu harus mempersembahkan 13 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar+ kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ Bau daripada korban-korban yang dibakar dengan api itu menyenangkan hati-Ku. 14 Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin, berupa tepung terbaik yang dicampuri minyak zaitun. Persembahkanlah tiga persepuluh efa tepung bagi setiap lembu jantan, dua persepuluh efa tepung bagi setiap bebiri jantan, 15 dan satu persepuluh efa tepung bagi setiap anak bebiri jantan. 16 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

17 “‘Pada hari kedua, persembahkanlah 12 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 18 Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 19 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

20 “‘Pada hari ketiga, persembahkanlah 11 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 21 Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 22 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

23 “‘Pada hari keempat, persembahkanlah 10 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 24 Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 25 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

26 “‘Pada hari kelima, persembahkanlah 9 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 27 Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 28 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

29 “‘Pada hari keenam, persembahkanlah 8 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 30 Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 31 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

32 “‘Pada hari ketujuh, persembahkanlah 7 ekor lembu jantan muda, 2 ekor bebiri jantan, dan 14 ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ 33 Bersama setiap lembu jantan, bebiri jantan, dan anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 34 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

35 “‘Pada hari kelapan, kamu mesti berkumpul dan beribadat, kerana hari itu merupakan hari perhimpunan yang suci. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu.+ 36 Kamu harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda, seekor bebiri jantan, dan tujuh ekor anak bebiri jantan yang berumur satu tahun, sebagai korban bakar kepada Aku, Yehuwa. Semua binatang itu haruslah tidak ada kecacatan.+ Bau daripada korban-korban itu menyenangkan hati-Ku. 37 Bersama lembu jantan, bebiri jantan, dan setiap anak bebiri jantan itu, persembahkanlah korban bijirin dan korban wain menurut sukatan yang telah ditetapkan. 38 Selain itu, persembahkanlah seekor kambing jantan muda sebagai korban dosa. Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bakar, korban bijirin, dan korban wain,+ yang biasa dipersembahkan setiap hari.

39 “‘Itulah korban-korban yang harus dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, semasa hari-hari perayaan kamu.+ Semua korban itu dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban sukarela+ dan korban untuk menunaikan ikrar,+ yang dipersembahkan sebagai korban bakar,+ kepada Aku. Semua korban itu juga dipersembahkan sebagai tambahan kepada korban bijirin,+ korban wain,+ dan korban pendamaian,+ yang dipersembahkan kepada Aku.’” 40 Maka Musa menyampaikan segala yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada umat Israel.

30 Musa berkata kepada para ketua+ suku orang Israel, “Inilah perintah Yehuwa: 2 Jika seorang lelaki berikrar+ atau berjanji kepada Yehuwa untuk melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu, lalu dia mengangkat sumpah+ sebagai jaminan kata-katanya, dia tidak boleh memungkiri janjinya.+ Dia mesti melakukan segala yang dikatakannya.+

3 “Jika seorang gadis yang masih tinggal di rumah bapanya berikrar atau berjanji kepada Yehuwa untuk melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu, 4 dia mesti menunaikan segala yang dikatakannya. Hal ini demikian kerana bapanya telah mendengar tentang ikrar itu dan tidak melarangnya daripada menunaikannya. 5 Tetapi jika bapanya mendengar tentang ikrar itu dan melarangnya daripada menunaikannya, dia tidak perlu melaksanakan apa yang dikatakannya. Yehuwa akan mengampuninya kerana bapanya telah melarangnya daripada menunaikan ikrarnya.+

6 “Tetapi jika gadis itu berikrar untuk melakukan sesuatu atau berikrar tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu, dan pada kemudian hari gadis itu berkahwin, 7 dia mesti menunaikan segala yang dikatakannya. Hal ini demikian kerana suaminya telah mendengar tentang ikrarnya itu* dan tidak melarangnya pada hari dia mendengar tentang ikrar itu. 8 Tetapi jika suaminya mendengar tentang ikrar itu dan melarangnya pada hari itu juga, maka semua ikrar yang dibuat olehnya akan dibatalkan, termasuk ikrar yang diucapkannya tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu. Yehuwa akan mengampuninya kerana suaminya telah melarangnya daripada menunaikan ikrarnya.+

9 “Tetapi jika seorang balu atau seorang wanita yang sudah bercerai berikrar untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dia mesti menunaikan segala yang dikatakannya.

10 “Jika seorang wanita yang sudah berkahwin berikrar atau berjanji untuk melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu, 11 dia mesti menunaikan segala yang dikatakannya. Hal ini demikian kerana suaminya telah mendengar tentang ikrarnya itu, dan tidak melarangnya daripada menunaikan janjinya. 12 Tetapi jika suaminya mendengar tentang ikrar itu dan melarangnya pada hari itu juga, maka semua ikrar yang diucapkannya akan dibatalkan.+ Yehuwa akan mengampuninya kerana suaminya telah melarangnya daripada menunaikan janjinya. 13 Suaminya boleh menyetujui atau membatalkan ikrar yang dibuat olehnya, baik ikrar untuk melakukan sesuatu mahupun ikrar untuk tidak melakukan sesuatu. 14 Tetapi jika suaminya mendengar tentang ikrar yang dibuat olehnya dan tidak melarangnya pada hari itu juga, maka dia harus melakukan segala yang dikatakannya. Suaminya telah mendengar tentang ikrar itu dan tidak melarangnya pada hari dia mendengar tentang ikrar itu, maka hal itu bermaksud bahawa suaminya sudah menyetujui ikrar yang dibuat olehnya. 15 Tetapi jika suaminya membatalkan ikrar yang dibuat olehnya pada kemudian hari, suaminya harus menanggung akibat kesalahannya.+

16 “Demikianlah peraturan yang diberikan oleh Yehuwa kepada Musa mengenai ikrar yang dibuat oleh seorang isteri dan mengenai apa yang boleh dilakukan oleh suaminya, atau mengenai ikrar yang dibuat oleh seorang gadis yang masih tinggal bersama bapanya dan mengenai apa yang boleh dilakukan oleh bapanya.”

31 Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Balaslah+ kejahatan orang Midian+ terhadap orang Israel. Selepas itu, engkau akan meninggal dan dikebumikan seperti nenek moyangmu.”+

3 Kemudian Musa berkata kepada umat Israel, “Para lelaki dalam kalangan kamu harus bersedia untuk berperang dengan orang Midian. Kamu harus melaksanakan pembalasan Yehuwa terhadap orang Midian. 4 Suruhlah 1,000 orang lelaki daripada setiap suku Israel untuk maju berperang.” 5 Maka 1,000 orang lelaki daripada setiap suku Israel+ dipilih untuk berperang. Jumlah lelaki yang bersedia untuk berperang ialah 12,000 orang.

6 Selepas itu, Musa menyuruh mereka pergi bersama Imam Pinehas+ anak Eleazar. Imam Pinehas membawa peralatan-peralatan suci dan trompet-trompet untuk memberikan isyarat.+ 7 Mereka menyerang orang Midian seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. Mereka membunuh semua lelaki Midian. 8 Mereka juga membunuh lima orang raja Midian, iaitu Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Selain itu, mereka juga membunuh Bileam+ anak Beor. 9 Tetapi orang Israel membawa semua perempuan dan kanak-kanak orang Midian sebagai tawanan. Mereka juga mengambil semua ternakan dan harta benda orang Midian. 10 Mereka membakar semua kota dan perkhemahan orang Midian. 11 Kemudian mereka mengambil semua barang rampasan itu, termasuk orang tawanan dan ternakan, 12 lalu membawa semuanya kepada Musa, Imam Eleazar, dan segenap umat Israel, yang sedang berkhemah di padang gurun Moab,+ di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.

13 Kemudian Musa, Imam Eleazar, dan semua pemimpin orang Israel, pergi ke luar perkhemahan untuk berjumpa dengan mereka. 14 Tetapi Musa menjadi marah terhadap para ketua pasukan tentera, iaitu mereka yang menjadi ketua atas 1,000 orang dan atas 100 orang, yang baru kembali dari medan pertempuran itu. 15 Musa berkata kepada mereka, “Mengapa kamu membiarkan semua perempuan itu hidup? 16 Perempuan-perempuan itulah yang telah disuruh oleh Bileam untuk menggoda dan menyebabkan orang Israel bertindak tidak setia+ kepada Yehuwa di Peor,+ sehingga segenap umat Yehuwa ditimpa wabak.+ 17 Sekarang, bunuhlah semua kanak-kanak lelaki dan semua perempuan yang bukan dara lagi. 18 Tetapi janganlah bunuh semua perempuan yang masih dara.+ 19 Kamu harus tinggal di luar perkhemahan selama tujuh hari. Pada hari ketiga dan hari ketujuh, sesiapa sahaja yang telah membunuh orang atau menyentuh mayat+ mestilah menyucikan diri.+ Orang yang ditawan juga harus menyucikan diri. 20 Kamu juga harus menyucikan semua pakaian dan apa-apa sahaja yang dibuat daripada bulu kambing, kulit, atau kayu.”

21 Imam Eleazar berkata kepada mereka yang baru balik dari pertempuran, “Inilah hukum yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada Musa: 22 ‘Semua emas, perak, tembaga, besi, timah putih, timah hitam, 23 dan segala sesuatu yang tahan api, harus dilalukan di atas api agar semua itu dapat dimurnikan. Semua itu juga harus disucikan dengan air.+ Tetapi segala sesuatu yang tidak tahan api harus dibersihkan dengan air. 24 Pada hari ketujuh, kamu harus membasuh pakaian kamu agar menjadi tahir. Kemudian barulah kamu boleh masuk ke kawasan perkhemahan.’”+

25 Selepas itu Yehuwa berfirman kepada Musa, 26 “Engkau, Imam Eleazar, dan para ketua suku, harus menghitung dan mencatat segala sesuatu yang dijarah, termasuk ternakan dan orang tawanan. 27 Bahagikanlah barang jarahan itu menjadi dua bahagian. Sebahagian akan diberikan kepada mereka yang pergi berperang dan sebahagian lagi kepada orang Israel yang lain.+ 28 Kemudian, daripada bahagian yang diberikan kepada para askar yang pergi berperang, ambillah seorang tawanan daripada setiap 500 orang tawanan. Buatlah demikian juga dengan lembu, keldai, bebiri, dan kambing, yang dijarah. Berikanlah semua itu sebagai sumbangan untuk Aku, Yehuwa. 29 Ya, ambillah semua itu dan berikannya kepada Imam Eleazar sebagai sumbangan untuk Aku, Yehuwa.+ 30 Daripada bahagian yang diberikan kepada orang Israel yang lain pula, ambillah seorang tawanan daripada setiap 50 orang tawanan. Buatlah demikian juga dengan lembu, keldai, bebiri, kambing, dan semua ternakan lain, yang dijarah. Berikanlah semua itu kepada orang Lewi+ yang menjalankan tugas berkaitan dengan khemah suci milik Aku, Yehuwa.”+

31 Maka Musa dan Imam Eleazar melakukan semuanya seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa. 32 Inilah barang jarahan yang telah diambil oleh orang yang pergi berperang: 675,000 ekor bebiri dan kambing, 33 72,000 ekor lembu, 34 dan 61,000 ekor keldai. 35 Anak-anak dara+ yang ditawan pula berjumlah 32,000 orang. 36 Separuh daripada bebiri dan kambing yang diberikan kepada para askar berjumlah 337,500 ekor. 37 Maka daripada jumlah ini, sumbangan yang diberikan kepada Yehuwa ialah 675 ekor. 38 Separuh daripada lembu yang diberikan kepada para askar pula ialah 36,000 ekor, dan sumbangan yang diberikan kepada Yehuwa ialah 72 ekor. 39 Separuh daripada keldai yang diberikan kepada para askar pula ialah 30,500 ekor, dan sumbangan yang diberikan kepada Yehuwa ialah 61 ekor. 40 Separuh daripada anak-anak dara yang ditawan itu berjumlah 16,000 orang, dan 32 orang daripada mereka diberikan kepada Yehuwa. 41 Musa mengambil semua sumbangan yang diberikan kepada Yehuwa itu lalu menyerahkannya kepada Imam Eleazar,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

42 Kemudian, Musa memberikan separuh daripada barang jarahan itu kepada orang Israel yang lain, 43 iaitu 337,500 ekor bebiri dan kambing, 44 36,000 ekor lembu, 45 dan 30,500 ekor keldai. 46 Anak-anak dara yang diberikan kepada mereka pula berjumlah 16,000 orang. 47 Selepas itu, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa, Musa mengambil satu daripada setiap 50 orang tawanan dan ternakan, lalu memberikan semuanya kepada orang Lewi+ yang bertugas di khemah suci Yehuwa.+

48 Kemudian para ketua pasukan tentera, iaitu mereka yang menjadi ketua atas 1,000 orang+ dan atas 100 orang, datang menghadap Musa. 49 Mereka berkata kepada Musa, “Kami sudah menghitung semua askar di bawah pengawasan kami dan tiada seorang pun yang hilang.+ 50 Oleh itu kami ingin memberikan persembahan kepada Yehuwa untuk memohon pengampunan dosa. Kami akan mempersembahkan barang perhiasan emas, gelang kaki, gelang tangan, cincin, anting-anting, dan barang perhiasan lain, kepada Yehuwa.”

51 Maka Musa dan Imam Eleazar menerima semua emas dan barang perhiasan itu. 52 Emas yang diberikan oleh mereka yang menjadi ketua atas 1,000 orang dan atas 100 orang sebagai sumbangan kepada Yehuwa ialah kira-kira 200 kilogram.* 53 Semua askar telah mengambil barang jarahan untuk diri mereka sendiri. 54 Musa dan Imam Eleazar menerima semua emas yang diberikan oleh mereka yang menjadi ketua atas 1,000 orang dan atas 100 orang, lalu membawanya ke khemah pertemuan. Emas itu menjadi suatu tanda peringatan bagi umat Israel di hadapan Yehuwa.

32 Suku Ruben+ dan suku Gad+ mempunyai banyak sekali ternakan. Apabila mereka melihat betapa baiknya tanah di Yaezer+ dan Gilead untuk penternakan, 2 mereka pergi menghadap Musa, Imam Eleazar, dan para pemimpin umat Israel. Mereka berkata, 3 “Atarot, Dibon, Yaezer, Nimra, Hesybon,+ Eleale, Sebam, Nebo,+ dan Beon,+ 4 merupakan tempat-tempat yang telah ditakluki oleh Yehuwa bagi pihak umat Israel.+ Kami mempunyai banyak ternakan, dan kami mendapati bahawa tempat-tempat itu sangat baik untuk penternakan.+ 5 Maka jika kamu setuju, biarlah kami mengambil tempat-tempat itu sebagai milik kami. Janganlah suruh kami menyeberangi Sungai Yordan.”

6 Musa berkata kepada suku Gad dan suku Ruben, “Adakah kamu mahu tinggal di sini, sedangkan saudara-saudara kamu pergi berperang? 7 Adakah kamu ingin membuat orang Israel tawar hati sehingga mereka tidak mahu menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada mereka? 8 Itulah yang dilakukan oleh bapa-bapa kamu di Kades-barnea semasa aku menyuruh mereka pergi mengintip tanah itu.+ 9 Ketika mereka sampai di Lembah* Eskol+ dan memperhatikan tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada mereka, mereka menyebabkan orang Israel tawar hati sehingga orang Israel tidak mahu masuk ke tanah itu.+ 10 Yehuwa menjadi sangat murka pada hari itu, lalu Dia bersumpah,+ 11 ‘Semua orang yang berumur 20 tahun dan ke atas, yang telah keluar dari Mesir, tidak akan masuk ke tanah+ yang Aku janjikan untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.+ Hal ini demikian kerana mereka tidak mentaati-Ku dengan sepenuh hati. 12 Tiada seorang pun antara mereka yang akan masuk ke tanah itu, kecuali Kaleb+ anak Yefune, orang Kenas itu, dan Yosua+ anak Nun, kerana mereka berdua telah mengikut Aku, Yehuwa, dengan sepenuh hati.’+ 13 Ya, Yehuwa menjadi sangat murka terhadap orang Israel dan Dia membiarkan mereka mengembara di padang belantara selama 40 tahun.+ Yehuwa membiarkan segenap keturunan yang memberontak itu mati di sana.+ 14 Sekarang kamu pula menjadi seperti bapa-bapa kamu, satu lagi generasi orang yang berdosa. Perbuatan kamu ini akan membuat Yehuwa lebih murka terhadap umat Israel. 15 Jika kamu berpaling daripada-Nya, Dia akan meninggalkan umat Israel di padang belantara sekali lagi, dan kamu akan menyebabkan seluruh umat ini dibinasakan.”

16 Kemudian suku Ruben dan suku Gad menghadap Musa sekali lagi dan berkata kepadanya, “Biarlah kami membina kandang-kandang bertembok batu untuk ternakan kami dan kota-kota untuk anak isteri kami. 17 Tetapi kami masih akan bersiap dan menyertai saudara-saudara kami untuk berperang+ sehingga mereka berjaya mendapatkan tanah itu. Kami bahkan akan berada di barisan hadapan tentera Israel. Sementara itu, anak isteri kami akan tinggal di kota-kota bertembok dan selamat daripada serangan penduduk negeri ini. 18 Kami tidak akan kembali ke rumah kami sebelum semua orang Israel mendapat tanah itu sebagai milik pusaka mereka.+ 19 Kami tidak akan mengambil mana-mana bahagian tanah di sebelah barat Sungai Yordan, kerana kami sudah menerima tanah warisan di sebelah timur Sungai Yordan.”+

20 Musa menjawab, “Jika kamu rela berperang bagi Yehuwa,+ 21 dan menyeberangi Sungai Yordan, maka selepas Yehuwa mengusir musuh kamu dari tanah itu,+ 22 dan selepas Yehuwa menguasai seluruh tanah itu,+ kamu boleh pulang.+ Kamu tidak berdosa di hadapan Yehuwa dan umat Israel. Oleh itu, Yehuwa akan berkenan untuk memberikan tanah ini kepada kamu sebagai warisan kamu.+ 23 Tetapi jika kamu enggan berbuat demikian, kamu berdosa terhadap Yehuwa, dan kamu akan menanggung akibat dosa kamu. 24 Jadi pergilah dan binalah kota-kota untuk anak isteri kamu dan kandang-kandang untuk ternakan kamu.+ Tetapi kamu harus menepati janji kamu itu.”

25 Orang daripada suku Gad dan suku Ruben berkata kepada Musa, “Tuan, kami akan melakukan apa yang tuan suruh. 26 Anak isteri kami dan ternakan kami akan tinggal di kota-kota Gilead.+ 27 Tetapi semua askar dalam kalangan kami akan menyeberangi Sungai Yordan dan bersedia untuk berperang bagi Yehuwa,+ seperti yang tuan suruh.”

28 Maka Musa memberikan perintah ini kepada Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para ketua puak: 29 “Jika suku Gad dan suku Ruben menyeberangi Sungai Yordan bersama kamu dan bersedia untuk berperang bagi Yehuwa, dan jika kamu semua berjaya menakluki tanah itu, kamu harus memberikan tanah Gilead kepada mereka sebagai milik mereka.+ 30 Tetapi jika mereka enggan menyeberangi sungai untuk berperang bersama kamu, mereka harus menetap di tanah Kanaan bersama kamu.”

31 Orang daripada suku Gad dan suku Ruben menjawab, “Kami akan melakukan segala yang diperintahkan oleh Yehuwa. 32 Kami akan menyeberangi Sungai Yordan dan pergi ke tanah Kanaan untuk berperang bagi Yehuwa.+ Tetapi biarlah kami mewarisi tanah di sebelah timur Sungai Yordan.” 33 Maka Musa memberikan semua kota dan tanah di wilayah Sihon,+ raja orang Amori, dan wilayah Og,+ raja negeri Basan, termasuk kota-kota di sekeliling wilayah-wilayah itu, kepada suku Gad, suku Ruben,+ dan kepada separuh suku Manasye+ (Manasye ialah anak Yusuf).

34 Suku Gad membina semula kota Dibon,+ Atarot,+ Aroer,+ 35 Atarot-sofan, Yaezer,+ Yogbeha,+ 36 Bet-nimra,+ dan Bet-haran.+ Semua kota itu merupakan kota bertembok dan mempunyai kandang-kandang bertembok batu untuk ternakan. 37 Suku Ruben pula membina semula kota Hesybon,+ Eleale,+ Kiryataim,+ 38 Nebo,+ Baal-meon+ (nama dua kota ini sudah diubah), dan Sibma. Kemudian mereka memberikan nama baharu kepada kota-kota yang dibina semula itu.

39 Puak Makhir+ daripada suku Manasye menyerang dan menakluki tanah Gilead. Kemudian mereka mengusir semua orang Amori yang tinggal di sana. 40 Maka Musa memberikan tanah Gilead kepada puak Makhir, lalu mereka tinggal di sana.+ 41 Yair daripada suku Manasye juga menyerang dan menakluki beberapa buah pekan kecil berhampiran tanah Gilead. Kemudian dia menamakan tempat-tempat itu Hawot-yair.*+ 42 Nobah pula menyerang Kenat dan pekan-pekan di sekelilingnya. Kemudian dia menamakan tempat itu Nobah, mengikut namanya sendiri.

33 Orang Israel telah keluar dari Mesir+ menurut kelompok+ perkhemahan masing-masing di bawah pimpinan Musa dan Harun.+ Dalam perjalanan itu, mereka telah melalui beberapa tempat 2 dan Musa telah mencatat setiap tempat yang telah dilalui oleh mereka, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa. Inilah tempat-tempat yang telah dilalui oleh mereka dalam perjalanan mereka:+ 3 Mereka meninggalkan Rameses+ pada hari ke-15 bulan pertama,+ iaitu sehari selepas Perayaan Paska.+ Orang Israel keluar dari Mesir dengan penuh keyakinan di hadapan semua orang Mesir. 4 Pada masa itu, orang Mesir sedang mengebumikan anak-anak sulung mereka yang telah dibunuh oleh Yehuwa.+ Dengan demikian, Yehuwa telah menghukum tuhan-tuhan orang Mesir.+

5 Orang Israel meninggalkan Rameses lalu berkhemah di Sukot.+ 6 Kemudian mereka berangkat dari Sukot lalu berkhemah di Etham,+ yang terletak di pinggir padang belantara. 7 Selepas itu, mereka meninggalkan Etham dan berpatah balik ke Pihahirot yang terletak berdekatan Baal-zefon,+ lalu mereka berkhemah di hadapan Migdol.+ 8 Mereka berangkat dari Pihahirot dan menyeberangi laut+ lalu masuk ke kawasan padang belantara.+ Kemudian mereka meneruskan perjalanan selama tiga hari di padang belantara Etham,+ lalu mereka berkhemah di Mara.+

9 Mereka berangkat dari Mara lalu tiba di Elim. Di sana terdapat 12 buah mata air dan 70 batang pokok palma. Maka mereka berkhemah di sana.+ 10 Kemudian mereka meninggalkan Elim lalu berkhemah dekat Laut Merah. 11 Selepas itu mereka berangkat dari Laut Merah lalu berkhemah di padang belantara Sin.+ 12 Mereka berangkat dari padang belantara Sin lalu berkhemah di Dofka. 13 Setelah itu mereka berangkat dari Dofka lalu berkhemah di Alus. 14 Mereka meninggalkan Alus lalu berkhemah di Rafidim,+ tetapi di sana tidak ada air minum. 15 Kemudian mereka meninggalkan Rafidim lalu berkhemah di padang belantara Sinai.+

16 Mereka meninggalkan padang belantara Sinai lalu berkhemah di Kibrot-hataawa.+ 17 Mereka berangkat dari Kibrot-hataawa lalu berkhemah di Hazerot.+ 18 Kemudian mereka berangkat dari Hazerot lalu berkhemah di Ritma. 19 Mereka meninggalkan Ritma lalu berkhemah di Rimon-perez. 20 Setelah itu mereka berangkat dari Rimon-perez lalu berkhemah di Libna. 21 Mereka meninggalkan Libna lalu berkhemah di Risa. 22 Selepas itu mereka berangkat dari Risa lalu berkhemah di Kehelata. 23 Kemudian mereka meninggalkan Kehelata lalu berkhemah di Gunung Syafer.

24 Mereka berangkat dari Gunung Syafer lalu berkhemah di Harada. 25 Mereka meninggalkan Harada lalu berkhemah di Makhelot. 26 Kemudian mereka meninggalkan+ Makhelot lalu berkhemah di Tahat. 27 Mereka berangkat dari Tahat lalu berkhemah di Terah. 28 Selepas itu mereka meninggalkan Terah lalu berkhemah di Mitka. 29 Mereka berangkat dari Mitka lalu berkhemah di Hasmona. 30 Setelah itu mereka meninggalkan Hasmona lalu berkhemah di Moserot. 31 Mereka berangkat dari Moserot lalu berkhemah di Bene-yaakan.+ 32 Kemudian mereka meninggalkan Bene-yaakan lalu berkhemah di Hor-hagidgad. 33 Mereka berangkat dari Hor-hagidgad lalu berkhemah di Yotbata.+ 34 Selepas itu mereka meninggalkan Yotbata lalu berkhemah di Abrona. 35 Mereka berangkat dari Abrona lalu berkhemah di Ezion-geber.+ 36 Setelah itu mereka meninggalkan Ezion-geber lalu berkhemah di Kades yang terletak di padang belantara Zin.+

37 Mereka berangkat dari Kades lalu berkhemah di Gunung Hor,+ yang terletak di sempadan Edom. 38 Imam Harun naik ke Gunung Hor seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa. Dia meninggal di sana pada hari pertama, bulan kelima, tahun yang ke-40 selepas orang Israel keluar dari Mesir.+ 39 Harun berumur 123 tahun ketika dia meninggal di Gunung Hor.

40 Sementara itu raja Arad,+ orang Kanaan itu, mendengar bahawa orang Israel sedang berada dekat negerinya. Raja itu tinggal di Negeb yang terletak di tanah Kanaan.

41 Beberapa lama kemudian, orang Israel berangkat dari Gunung Hor+ lalu berkhemah di Zalmona. 42 Kemudian mereka meninggalkan Zalmona lalu berkhemah di Punon. 43 Selepas itu mereka berangkat dari Punon lalu berkhemah di Obot.+ 44 Mereka meninggalkan Obot lalu berkhemah di Iye-abarim yang terletak di sempadan Moab.+ 45 Setelah itu mereka berangkat dari Iyim lalu berkhemah di Dibon-gad.+ 46 Mereka meninggalkan Dibon-gad lalu berkhemah di Almon-diblataim. 47 Kemudian mereka berangkat dari Almon-diblataim lalu berkhemah di Abarim+ yang terletak di hadapan Gunung Nebo.+ 48 Mereka meninggalkan Abarim lalu berkhemah di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+ 49 Mereka berkhemah di sepanjang Sungai Yordan, iaitu dari Bet-yesimot sampai ke Abel-sitim,+ dekat padang gurun Moab.

50 Yehuwa berfirman kepada Musa di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho. Dia berfirman, 51 “Beritahulah orang Israel, ‘Kamu akan menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke tanah Kanaan.+ 52 Apabila kamu tiba di sana, kamu mesti menghalau semua penduduk tanah itu. Kamu juga mesti memusnahkan semua berhala mereka yang diperbuat daripada batu+ dan logam.+ Selain itu kamu mesti memusnahkan tempat-tempat pemujaan* mereka.+ 53 Rebutlah tanah itu dan tinggallah di sana, kerana Aku pasti akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu.+ 54 Kamu mesti membahagikan tanah itu kepada setiap suku dengan membuang undi.+ Suku yang lebih besar harus diberi bahagian tanah yang lebih besar, tetapi suku yang lebih kecil harus diberi bahagian tanah yang lebih kecil.+ Setiap orang akan mendapat tanah warisan berdasarkan undi yang dibuat. Setiap orang akan menerima tanah warisan yang dibahagikan menurut suku masing-masing.+

55 “‘Tetapi jika kamu tidak mengusir penduduk tanah itu,+ mereka akan menjadi seperti selumbar di dalam mata kamu dan seperti duri di rusuk kamu. Mereka akan menyusahkan dan mengacau kamu.+ 56 Jika kamu tidak mengusir mereka, Aku akan melakukan kepada kamu apa yang ingin Aku lakukan terhadap mereka.’”+

34 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 2 “Beritahulah umat Israel, ‘Apabila kamu masuk ke tanah Kanaan,+ yang akan Aku berikan kepada kamu sebagai warisan kamu, inilah sempadan-sempadan tanah itu:+

3 “‘Di bahagian selatan, sempadan itu bermula dari padang belantara Zin dan menyusuri sempadan Edom. Di sebelah timur bahagian selatan, sempadan itu bermula dari hujung Laut Mati.+ 4 Dari sana sempadan itu menghala ke selatan, ke Lereng Akrabim,+ sampai ke Zin dan terus ke bahagian selatan Kades-barnea.+ Kemudian sempadan itu menghala ke Hazar-adar+ dan terus ke Azmon. 5 Dari Azmon sempadan itu menghala ke Wadi* Mesir dan berakhir di kawasan Laut.*+

6 “‘Persisiran Laut Tengah* akan menjadi sempadan di bahagian barat.+

7 “‘Di bahagian utara, sempadan itu bermula dari Laut Tengah sampai ke Gunung Hor.* 8 Dari Gunung Hor sempadan itu menghala ke Lebo-hamat*+ dan terus ke Zedad.+ 9 Kemudian sempadan itu menghala ke Zifron dan berakhir di Hazar-enan.+ Itulah sempadan tanah kamu di bahagian utara.

10 “‘Di bahagian timur, sempadan itu bermula dari Hazar-enan sampai ke Sefam. 11 Dari Sefam sempadan itu menghala ke Ribla, di sebelah timur Ain. Kemudian sempadan itu turun ke lereng di bahagian timur Tasik Kineret.*+ 12 Dari sana sempadan itu menghala ke Sungai Yordan dan berakhir di Laut Mati.+ Itulah tanah kamu+ dan sempadan di sekelilingnya.’”

13 Kemudian Musa berkata kepada umat Israel, “Itulah tanah yang akan kamu terima dengan membuang undi.+ Itulah tanah yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada separuh suku Manasye dan sembilan suku yang lain, 14 kerana suku Ruben, suku Gad, dan separuh lagi daripada suku Manasye, sudah menerima tanah warisan mereka menurut puak masing-masing.+ 15 Ya, dua suku setengah itu sudah menerima tanah warisan mereka di bahagian timur Sungai Yordan, dekat Yerikho, iaitu kawasan yang menghadap ke arah matahari terbit.”+

16 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 17 “Imam Eleazar+ dan Yosua+ anak Nun akan membahagikan tanah itu bagi kamu. 18 Pilihlah seorang pemimpin daripada setiap suku untuk membantu membahagikan tanah itu.+ 19 Inilah nama-nama orang yang dipilih untuk membantu membahagikan tanah itu: Daripada suku Yehuda,+ Kaleb+ anak Yefune; 20 daripada suku Simeon,+ Shemuel anak Amihud; 21 daripada suku Benyamin,+ Elidad anak Kislon; 22 daripada suku Dan,+ Buki anak Yogli; 23 daripada keturunan Yusuf,+ iaitu daripada suku Manasye,+ Haniel anak Efod; 24 daripada suku Efraim,+ Kemuel anak Siftan; 25 daripada suku Zebulon,+ Elisafan anak Parnakh; 26 daripada suku Isakhar,+ Paltiel anak Azan; 27 daripada suku Asyer,+ Ahihud anak Shelomi; 28 daripada suku Naftali,+ Padael anak Amihud.” 29 Itulah nama-nama orang yang dipilih untuk membantu membahagikan tanah Kanaan bagi orang Israel, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa.+

35 Yehuwa berfirman kepada Musa di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan,+ dekat Yerikho. Dia berfirman, 2 “Beritahulah orang Israel bahawa daripada tanah yang diterima oleh mereka, mereka harus memberi orang Lewi beberapa buah kota sebagai tempat tinggal.+ Mereka juga harus memberikan padang rumput di sekitar kota-kota itu kepada orang Lewi.+ 3 Kota-kota itu akan menjadi tempat tinggal orang Lewi, dan padang-padang rumput itu adalah untuk ternakan dan semua binatang lain yang dipelihara oleh mereka. 4 Padang-padang rumput yang diberikan kepada orang Lewi itu harus berukuran kira-kira 450 meter* ke segala arah, diukur dari setiap sisi tembok kota. 5 Kamu harus mengukur kira-kira 450 meter dari tembok kota di bahagian timur, barat, utara, dan selatan. Dengan demikian, ukuran dari satu sisi ke sisi lain padang rumput itu ialah kira-kira 900 meter,* tidak termasuk kota yang berada di tengah-tengah semua padang rumput itu.

6 “Kamu harus memberikan enam buah kota perlindungan kepada orang Lewi.+ Dengan itu, jika ada sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, orang itu dapat melarikan diri ke kota-kota tersebut.+ Selain itu, kamu juga harus memberikan 42 buah kota lain kepada mereka. 7 Maka jumlah kota yang harus kamu berikan kepada orang Lewi ialah 48 buah kota, berserta padang-padang rumput di sekeliling kota-kota itu.+ 8 Kamu harus memberikan kota-kota itu daripada tanah yang diberikan kepada kamu.+ Setiap suku harus memberikan kota berdasarkan keluasan tanah warisan yang diberikan kepada mereka. Suku yang besar harus memberikan banyak kota, dan suku yang kecil harus memberikan sedikit kota.”+

9 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, 10 “Beritahulah orang Israel, ‘Apabila kamu menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke tanah Kanaan,+ 11 kamu harus memilih beberapa buah kota yang senang didatangi sebagai kota perlindungan. Dengan itu, jika ada sesiapa yang membunuh orang dengan tidak sengaja, orang itu dapat melarikan diri ke kota-kota tersebut.+ 12 Kota-kota itu akan menjadi tempat perlindungan bagi orang itu supaya dia tidak dibunuh oleh orang yang berhak menuntut pembalasan.*+ Orang itu tidak boleh dihukum mati sebelum dia diadili di hadapan umum terlebih dahulu.+ 13 Itulah tujuan bagi enam buah kota perlindungan yang dipilih itu. 14 Kamu harus memilih tiga buah kota di sebelah timur Sungai Yordan+ dan tiga buah kota lagi di tanah Kanaan+ sebagai kota-kota perlindungan. 15 Keenam-enam kota itu akan menjadi kota perlindungan bagi kamu semua. Orang Israel, orang asing,+ penduduk sementara, dan sesiapa sahaja, yang membunuh orang dengan tidak sengaja+ boleh melarikan diri ke kota-kota itu.

16 “‘Tetapi jika seseorang menggunakan peralatan besi untuk memukul orang sehingga menyebabkan orang itu mati, dia ialah pembunuh, dan dia mesti dihukum mati.+ 17 Jika seseorang menggunakan batu untuk memukul orang sehingga menyebabkan orang itu mati, dia ialah pembunuh, dan dia mesti dihukum mati. 18 Jika seseorang menggunakan peralatan kayu untuk memukul orang sehingga menyebabkan orang itu mati, dia ialah pembunuh, dan dia mesti dihukum mati.

19 “‘Orang yang berhak menuntut pembalasan* harus melaksanakan hukuman mati terhadap orang itu. Jika dia menemui orang itu, dia harus membunuhnya. 20 Jika seseorang membenci seorang yang lain dan berniat untuk mencederakannya, lalu dia menolak orang itu atau melemparkan sesuatu kepadanya+ 21 atau menumbuknya, sehingga menyebabkan orang itu mati, dia ialah pembunuh, dan dia mesti dihukum mati. Apabila orang yang berhak menuntut pembalasan* menemui pembunuh itu, dia harus membunuhnya.

22 “‘Tetapi jika seseorang dengan tidak sengaja dan tanpa niat jahat mencederakan seorang yang lain yang tidak dibencinya, sama ada dengan menolaknya atau melemparkan sesuatu kepadanya,+ 23 atau menjatuhkan batu lalu batu itu menimpa orang itu kerana dia tidak melihat orang itu, lalu orang itu mati, tetapi dia tidak bermaksud untuk membunuh, dan orang yang terbunuh itu pun bukan musuhnya, 24 maka orang yang membunuh dengan tidak sengaja dan orang yang berhak menuntut pembalasan* harus diadili oleh para hakim. Para hakim harus mengadili perkara itu menurut peraturan yang telah ditetapkan.+ 25 Para hakim harus menyelamatkan orang yang membunuh itu daripada orang yang berhak menuntut pembalasan,* lalu membawanya kembali ke kota perlindungan, tempat dia melarikan diri. Dia harus tinggal di sana sehingga imam agung* pada masa itu meninggal.+

26 “‘Tetapi jika orang itu keluar dari kota perlindungan, tempat dia melarikan diri, 27 dan dia ditemui lalu dibunuh oleh orang yang berhak menuntut pembalasan,* maka orang yang membunuhnya tidak berhutang darah. 28 Hal ini demikian kerana orang itu mesti tinggal di dalam kota perlindungan sehingga imam agung pada masa itu meninggal. Selepas itu, orang tersebut boleh pulang ke tempat asalnya.+ 29 Kamu dan keturunan kamu harus sentiasa mematuhi peraturan ini tidak kira di mana kamu tinggal.

30 “‘Sesiapa yang membunuh mesti dihukum mati+ jika hal itu dapat dibuktikan oleh beberapa orang saksi.+ Tetapi seseorang tidak boleh dihukum mati berdasarkan kesaksian satu orang sahaja. 31 Kamu tidak boleh menerima tebusan untuk menyelamatkan nyawa orang yang sengaja membunuh. Hal ini demikian kerana orang itu memang patut dihukum mati.+ 32 Kamu juga tidak boleh menerima tebusan bagi orang yang telah melarikan diri ke kota perlindungan dan membiarkan dia kembali ke tempat asalnya sebelum imam agung pada masa itu meninggal.

33 “‘Kamu tidak boleh melakukan pembunuhan di tanah tempat tinggal kamu. Hal ini demikian kerana penumpahan darah akan menajiskan tanah kamu,+ dan tiada apa-apa yang dapat menyucikan tanah itu kecuali dengan menumpahkan darah orang yang membunuh itu.+ 34 Kamu tidak boleh menajiskan tanah tempat tinggal kamu kerana Aku tinggal bersama-sama kamu. Ya, Aku, Yehuwa, berada dalam kalangan umat Israel.’”+

36 Ketua-ketua keluarga keturunan Gilead anak Makhir+ (Makhir ialah anak Manasye; Manasye ialah anak Yusuf) menghadap Musa dan para pemimpin orang Israel. 2 Mereka berkata, “Yehuwa telah memerintahkan tuan untuk membahagikan tanah kepada orang Israel dengan membuang undi,+ dan tanah itu akan menjadi warisan mereka. Yehuwa juga telah memerintahkan tuan agar memberikan warisan Zelafehad, saudara kami, kepada anak-anak perempuannya.+ 3 Tetapi jika anak-anak perempuannya berkahwin dengan lelaki daripada suku lain, warisan mereka akan menjadi milik suku lelaki yang telah mengahwini mereka. Maka warisan yang telah diberikan kepada kami itu akan diambil daripada kami. 4 Pada Tahun Pembebasan,+ warisan mereka akan menjadi milik kekal suku lelaki yang telah mengahwini mereka. Dengan demikian, suku kami akan kehilangan tanah warisan itu.”

5 Kemudian, atas perintah Yehuwa, Musa berkata kepada orang Israel, “Apa yang dikatakan oleh suku keturunan Yusuf itu memang benar. 6 Inilah perintah Yehuwa mengenai anak-anak perempuan Zelafehad: ‘Mereka boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja, asalkan orang itu berasal daripada suku bapa mereka. 7 Tanah warisan setiap suku Israel tidak boleh diberikan kepada suku lain. Tanah yang diwarisi oleh setiap suku mestilah tetap menjadi warisan sukunya. 8 Setiap wanita yang menerima warisan dalam kalangan orang Israel mesti berkahwin dengan lelaki daripada suku bapanya.+ Dengan demikian, tanah warisan mereka akan tetap menjadi milik suku bapa mereka. 9 Tanah warisan setiap suku Israel tidak boleh diberikan kepada suku lain. Tanah yang diwarisi oleh setiap suku mestilah tetap menjadi warisan sukunya.’”

10 Anak-anak perempuan Zelafehad berbuat seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa melalui Musa.+ 11 Mereka berkahwin dengan saudara lelaki bapa mereka. Ya, anak-anak perempuan Zelafehad itu,+ iaitu Mahla, Tirza, Hogla, Milkah, dan Noa, 12 telah berkahwin dengan lelaki daripada suku Manasye (Manasye ialah anak Yusuf). Dengan itu, tanah warisan mereka tetap menjadi milik suku bapa mereka.

13 Itulah semua perintah dan ketetapan yang telah diberikan oleh Yehuwa kepada umat Israel melalui Musa di padang gurun Moab, di kawasan berhampiran Sungai Yordan, dekat Yerikho.+

Dalam bahasa Ibrani, nama asal buku ini bererti “di padang belantara.” Buku ini kemudiannya dikenali sebagai “Bilangan” kerana buku ini menceritakan dua peristiwa pembancian umat Israel.

Atau “khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.”

Tiga buah suku akan membentuk satu kelompok perkhemahan.

Atau “khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.”

Atau “menguruskannya; berkhidmat di situ.”

Tiga buah suku akan membentuk satu kelompok perkhemahan.

Atau “bahagian timur, iaitu arah matahari terbit.”

Atau “sebelah timur, iaitu arah matahari terbit.”

Lihat Lampiran B14.

Lihat Lampiran B14.

Iaitu, abu yang bercampur lemak daripada korban yang dibakar.

Atau “Setiap sumbangan suci.”

Satu persepuluh efa = 2.2 L.

Harfiah, “suci.”

Atau “tepung yang dipersembahkan supaya Tuhan menghakimi perempuan itu jika dia berdosa.”

Atau “menyebabkan pahamu mengecut.” Mungkin melambangkan organ pembiakan.

Atau “dan pahamu akan mengecut.” Mungkin melambangkan organ pembiakan.

Atau “dan pahanya akan mengecut.” Mungkin melambangkan organ pembiakan.

Perkataan Ibrani na·zirʹ bererti “Orang yang Dikhaskan.” Lihat Kamus, “Orang Nazir.”

Lihat Kamus, “Jiwa.”

Harfiah, “130 syekel.” Lampiran B14.

Harfiah, “70 syekel.” Lampiran B14.

Harfiah, “10 syekel.”

Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Atau “sebagai korban yang diayunkan.”

Atau “sebagai korban yang diayunkan.”

Atau “sebagai korban yang diayunkan.”

Atau “sebagai korban yang diayunkan.”

Lihat Kamus.

Iaitu, selepas matahari terbenam, tetapi sebelum hari menjadi gelap sepenuhnya.

Atau “khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.”

Atau “khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.”

Iaitu, Yitro.

Maksudnya “Membakar,” iaitu kebakaran besar.

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Harfiah, “hampir 2 hasta.” Lihat Lampiran B14.

Atau “Burung-burung itu terbang rendah sekali, serendah 1 meter dari permukaan tanah.”

Atau “sekurang-kurangnya 10 homer.” Lihat Lampiran B14.

Maksudnya “Kuburan Orang yang Rakus.”

Manasye ialah anak Yusuf.

Atau “Yehosua,” yang bermaksud “Yehuwa ialah Penyelamatan.”

Atau “yang berdekatan pintu masuk kota Hamat.”

Atau “Wadi.”

Maksudnya “Gugusan Anggur.”

Harfiah, “Tetapi sudah 10 kali mereka menguji Aku.”

Atau “kawasan dataran rendah.”

Atau “apabila Aku memusuhi kamu.”

Satu persepuluh efa = 2.2 L.

1 hin = 3.67 L.

Atau “Bau daripada korban yang dibakar ini.”

Proses memisahkan buah daripada tangkai.

Atau “kerana hukum tidak menyatakan dengan jelas apa yang harus dilakukan terhadapnya.”

Harfiah, “lelaki-lelaki itu.” Mungkin merujuk kepada orang yang menyertai pemberontakan.

Harfiah, “Adakah kamu mahu mencungkil mata lelaki-lelaki itu?”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “khemah suci, tempat tabut perjanjian diletakkan.”

Atau “saudara-saudaramu daripada suku bapa kamu.”

Iaitu, tirai yang ada di depan Bilik Maha Suci.

Iaitu, segala sesuatu yang ditahbiskan untuk Tuhan tanpa syarat dan yang tidak boleh ditebus semula.

Iaitu, binatang yang tidak boleh dipersembahkan sebagai korban kepada Tuhan.

Lihat Lampiran B14.

Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “merupakan perjanjian garam.”

Atau “Akulah warisanmu.”

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”

Maksudnya “Kemusnahan.”

Atau “Wadi.”

Atau mungkin, “ke arah padang gurun; ke arah padang belantara.”

Harfiah, “seperempat.”

Atau mungkin, “ke arah padang gurun; ke arah padang belantara.”

Iaitu, bangsa pertama yang menyerang Israel selepas umat itu keluar dari Mesir.

Merujuk kepada para pemimpin yang telah berdosa itu.

Atau “bahagian kemaluan.”

Atau “yang mempunyai pertalian darah dengannya.”

Atau “nafas kehidupan.”

Lihat Kamus.

Atau “Apabila Tuhan memberikan perintah,” mungkin melalui Yosua atau Eleazar.

Iaitu, selepas matahari terbenam, tetapi sebelum hari menjadi gelap sepenuhnya.

Satu persepuluh efa = 2.2 L.

1 hin = 3.67 L.

Atau “ke atas tempat suci.”

Mungkin dengan berpuasa dan mengikut larangan-larangan lain.

Atau “ikrarnya untuk melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu.”

Harfiah, “16,750 syekel.” Lihat Lampiran B14.

Atau “Wadi.”

Maksudnya “Pekan-Pekan Yair.”

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Iaitu, Laut Tengah; Laut Mediterranean.

Iaitu, Laut Mediterranean.

Tempat tidak dapat dipastikan; mungkin merujuk kepada puncak banjaran Lebanon.

Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”

Iaitu, Tasik Genesaret atau Tasik Galilea.

Harfiah, “1,000 hasta.” Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “2,000 hasta.”

Harfiah, “orang yang menuntut hutang darah.”

Harfiah, “Orang yang menuntut hutang darah.”

Harfiah, “orang yang menuntut hutang darah.”

Harfiah, “orang yang menuntut hutang darah.”

Harfiah, “orang yang menuntut hutang darah.”

Atau “imam agung yang diurapi minyak suci.”

Harfiah, “orang yang menuntut hutang darah.”

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi