YEHEZKIEL
1 Pada hari kelima, bulan keempat, tahun ke-30, aku menetap di tepi Sungai Khebar+ bersama-sama orang lain yang telah dibuang negeri.+ Ketika itu langit terbuka dan aku mendapat penglihatan daripada Tuhan. 2 Pada hari kelima bulan itu, iaitu pada tahun kelima selepas Raja Yehoyakhin+ dibuang negeri, 3 Yehuwa berfirman kepada aku, Yehezkiel* anak Imam Buzi, dekat Sungai Khebar yang terletak di negeri orang Kasdim.+ Di situ, Yehuwa mencurahkan kuasa suci-Nya* ke atas aku.*+
4 Ketika aku sedang memandang, aku nampak angin badai+ bertiup dari utara. Aku juga nampak awan besar dengan sinaran api*+ yang dikelilingi cahaya yang terang. Di tengah-tengah api itu, aku nampak sesuatu seperti logam* yang bersinar-sinar.+ 5 Di tengah-tengah api itu juga, kelihatan seakan-akan ada empat makhluk hidup yang menyerupai manusia.+ 6 Setiap makhluk itu mempunyai empat muka dan empat sayap.+ 7 Kaki semua makhluk itu lurus, dan tapak kaki mereka seperti tapak kaki anak lembu. Kaki mereka bersinar-sinar seperti tembaga yang telah digilap.+ 8 Setiap makhluk itu mempunyai muka dan sayap. Mereka mempunyai tangan seperti tangan manusia di bawah keempat-empat sayap mereka. 9 Sayap mereka saling bersentuhan. Apabila mereka bergerak, mereka bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan.+
10 Setiap makhluk itu mempunyai empat muka: Muka manusia, muka singa+ pada sebelah kanan, muka lembu+ pada sebelah kiri, dan muka+ helang.+ 11 Demikianlah rupa mereka. Sayap mereka terbentang ke atas. Setiap makhluk itu mempunyai dua sayap yang saling bersentuhan, dan dua sayap yang menutupi badan masing-masing.+
12 Mereka masing-masing bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan.+ Ke mana sahaja kuasa suci Tuhan menggerakkan mereka untuk pergi, ke sanalah mereka akan pergi. 13 Makhluk-makhluk itu kelihatan seperti bara api yang bernyala-nyala, dan terdapat sesuatu yang kelihatan seperti obor yang bernyala-nyala yang berulang-alik di antara mereka. Obor itu bernyala dengan sangat terang dan memancarkan kilat.+ 14 Apabila semua makhluk itu terbang berulang-alik, pergerakan mereka seperti pancaran kilat.
15 Ketika aku memandang makhluk-makhluk hidup yang mempunyai empat muka itu, aku nampak di sisi setiap makhluk itu ada sebuah roda di atas tanah.+ 16 Keempat-empat roda itu sama bentuknya dan kelihatan seperti batu krisolit yang berkilau. Binaannya seperti dua buah roda yang dipasang bersilang. 17 Roda-roda itu dapat bergerak ke empat arah tanpa perlu mengubah haluan. 18 Lingkaran roda-roda itu begitu besar dan mengagumkan. Lingkaran keempat-empat roda itu penuh dengan mata.+ 19 Apabila makhluk-makhluk hidup itu bergerak, roda-roda itu pun bergerak bersama mereka. Apabila makhluk-makhluk itu terangkat dari tanah, roda-roda itu pun terangkat dari tanah.+ 20 Ke mana sahaja kuasa suci Tuhan menggerakkan mereka untuk pergi, ke sanalah mereka akan pergi, dan roda-roda itu juga akan terangkat dari tanah bersama mereka, kerana kuasa suci Tuhan yang menggerakkan makhluk-makhluk hidup itu, juga ada di dalam roda-roda itu. 21 Apabila makhluk-makhluk hidup itu bergerak, roda-roda itu pun bergerak bersama mereka. Apabila mereka berhenti, roda-roda itu pun berhenti. Apabila mereka terangkat dari tanah, roda-roda itu pun terangkat dari tanah, kerana kuasa suci Tuhan yang menggerakkan mereka juga ada di dalam roda-roda itu.
22 Di atas kepala makhluk-makhluk itu, terbentang sesuatu yang menyerupai lantai. Lantai itu mengagumkan dan kelihatan seperti ais yang bersinar-sinar.+ 23 Di bawah lantai itu, sayap mereka terbentang lurus dan saling bersentuhan; setiap makhluk itu mempunyai dua sayap untuk menutupi sebelah badannya, dan dua sayap lagi untuk menutupi sebelah yang lain. 24 Bunyi sayap-sayap mereka kedengaran seperti deruman air, seperti suara Yang Maha Kuasa.+ Apabila mereka bergerak, bunyinya seperti bunyi angkatan tentera. Apabila mereka berhenti bergerak, mereka akan menurunkan sayap mereka.
25 Aku mendengar suara dari lantai di atas kepala makhluk-makhluk itu. (Apabila mereka berhenti bergerak, mereka akan menurunkan sayap mereka.) 26 Di sebelah atas lantai itu, ada sesuatu yang kelihatan seperti batu nilam,+ yang menyerupai sebuah takhta.+ Aku nampak sesuatu yang kelihatan seperti manusia duduk di atas takhta itu.+ 27 Dari apa yang kelihatan seperti pinggangnya sampai ke atas, aku nampak sesuatu seperti logam yang bersinar-sinar+ dan dikelilingi api. Dari pinggangnya ke bawah, aku nampak sesuatu seperti api.+ Dia dikelilingi cahaya yang terang-benderang, 28 seperti pelangi+ di awan pada hari hujan. Demikianlah kegemilangan cahaya yang bersinar di sekelilingnya. Cahaya itu kelihatan seperti kemuliaan Yehuwa.+ Ketika aku nampak semua ini, aku terus bersujud ke tanah, lalu aku mendengar suara seseorang bercakap.
2 Dia berfirman kepada aku, “Anak manusia,* berdirilah. Aku hendak berfirman kepadamu.”+ 2 Apabila Dia berfirman kepadaku, kuasa suci-Nya menguasai aku lalu aku dapat berdiri+ dan mendengar Dia berfirman.
3 Dia berfirman, “Anak manusia, Aku mengutus engkau kepada orang Israel,+ iaitu bangsa-bangsa yang telah menentang dan memberontak terhadap Aku.+ Mereka dan nenek moyang mereka telah berdosa terhadap-Ku dari dahulu sampai sekarang.+ 4 Aku mengutus engkau kepada anak-anak yang suka memberontak dan keras kepala.+ Engkau harus berkata kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’ 5 Bangsa Israel suka memberontak,+ jadi sama ada mereka mendengar engkau atau tidak, mereka akan tahu bahawa ada seorang nabi dalam kalangan mereka.+
6 “Tetapi engkau, hai anak manusia, janganlah takut akan mereka+ atau kata-kata mereka, meskipun engkau dikelilingi duri dan semak berduri,*+ dan hidup di tengah-tengah kala jengking. Janganlah takut akan kata-kata mereka,+ dan janganlah gentar semasa engkau nampak wajah mereka+ kerana mereka memang suka memberontak. 7 Sama ada mereka mendengar atau tidak, engkau harus menyampaikan firman-Ku kepada mereka yang suka memberontak itu.+
8 “Hai anak manusia, dengarlah firman-Ku. Janganlah memberontak seperti bangsa Israel yang suka memberontak. Bukalah mulutmu dan makanlah apa yang Aku berikan ini.”+
9 Ketika aku memandang, aku nampak tangan yang terhulur ke arahku.+ Tangan itu memegang sebuah gulungan yang bertulis.+ 10 Apabila gulungan itu dibuka, aku nampak ada tulisan pada kedua-dua belahnya,+ dan padanya tertulis lagu-lagu ratapan, keluhan, dan rintihan.+
3 Kemudian Dia berfirman kepada aku, “Hai anak manusia, makanlah apa yang ada di depanmu. Makanlah gulungan ini, lalu pergilah dan bercakaplah kepada bangsa Israel.”+
2 Aku pun membuka mulut, dan Dia memberikan gulungan itu kepada aku supaya aku memakannya. 3 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, makanlah gulungan yang Aku berikan ini, dan isilah perutmu dengannya.” Maka aku memakannya, dan di dalam mulutku, rasanya manis seperti madu.+
4 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, pergilah kepada bangsa Israel, dan sampaikanlah firman-Ku kepada mereka. 5 Aku tidak mengutus engkau kepada suatu bangsa yang bahasanya asing dan susah difahami, tetapi Aku mengutus engkau kepada bangsa Israel. 6 Ya, Aku tidak mengutus engkau kepada bangsa-bangsa yang bahasanya asing dan susah difahami, atau yang bahasanya tidak engkau ketahui. Andai kata Aku mengutus engkau kepada mereka, mereka pasti akan mendengar engkau.+ 7 Tetapi bangsa Israel pasti enggan mendengar engkau kerana mereka tidak mahu mendengar Aku.+ Mereka semua keras kepala dan keras hati.+ 8 Jadi sekarang Aku membuat mukamu sekeras muka mereka dan dahimu sekeras dahi mereka.+ 9 Aku membuat dahi engkau sekeras berlian, ya, lebih keras daripada batu.*+ Jangan takut kepada mereka, dan janganlah gentar semasa engkau nampak wajah mereka+ kerana mereka memang suka memberontak.”
10 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, dengarlah dan ingatlah segala yang Aku firmankan kepadamu. 11 Pergilah kepada bangsamu yang hidup dalam pembuangan+ dan sampaikanlah firman-Ku kepada mereka. Tidak kira sama ada mereka mendengar atau tidak, engkau harus memberitahu mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”+
12 Setelah itu, aku diangkat,*+ lalu aku mendengar bunyi yang kuat dan suara dari belakangku berkata, “Semoga kemuliaan Yehuwa dipuji dari tempat kediaman-Nya.” 13 Aku mendengar bunyi yang kuat itu sekali lagi, dan aku juga mendengar bunyi sayap makhluk-makhluk hidup itu saling bersentuhan,+ dan bunyi roda-roda di sisi mereka.+ 14 Aku diangkat dan dibawa* pergi. Maka aku pergi dengan sakit hati dan marah. Pada waktu itu, kuasa suci Yehuwa* membimbing aku dengan cara yang menakjubkan. 15 Aku pun pergi kepada umat yang hidup dalam pembuangan di Tel-abib, iaitu di tepi Sungai Khebar.+ Aku tinggal di situ bersama mereka selama tujuh hari, dan sepanjang masa itu, aku berada dalam keadaan terpegun.+
16 Selepas tujuh hari itu, Yehuwa berfirman kepadaku,
17 “Hai anak manusia, Aku telah melantik engkau untuk menjadi penjaga bangsa Israel,+ dan engkau harus menyampaikan amaran-Ku kepada mereka apabila engkau mendengar firman yang keluar dari mulut-Ku.+ 18 Jika Aku memberitahu seorang penjahat, ‘Engkau pasti akan mati,’ tetapi engkau tidak memberikan amaran kepada penjahat itu dan tidak menyuruh dia untuk mengubah haluannya yang jahat supaya dia tetap hidup,+ dia akan mati kerana dia berbuat jahat dan berdosa,+ tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada engkau.*+ 19 Namun jika engkau memberikan amaran kepada penjahat itu dan dia enggan meninggalkan haluannya yang jahat dan enggan berhenti berbuat jahat, dia akan mati kerana dia berdosa, tetapi engkau akan selamat.+ 20 Apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat,* Aku akan meletakkan batu sandungan di hadapannya lalu dia akan mati.+ Jika engkau tidak memberikan amaran kepadanya, dia akan mati kerana dia berdosa dan perbuatan baiknya akan dilupakan, tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada engkau.*+ 21 Namun jika engkau memberikan amaran kepada dia supaya dia tidak berdosa, dan dia tidak berdosa, dia akan tetap hidup kerana dia telah mendengar amaran itu,+ dan engkau juga akan selamat.”
22 Kuasa suci Yehuwa menguasaiku,* dan Dia berfirman kepadaku, “Bangunlah dan pergilah ke dataran itu. Aku akan berfirman kepadamu di situ.” 23 Aku pun bangun dan pergi ke dataran itu. Di situ, aku melihat kemuliaan Yehuwa+ seperti yang telah aku lihat di tepi Sungai Khebar,+ dan aku terus bersujud ke tanah. 24 Kemudian kuasa suci Tuhan menguasai aku lalu aku dapat berdiri,+ dan Tuhan berfirman kepadaku,
“Pulanglah dan kurunglah dirimu di dalam rumahmu. 25 Hai anak manusia, mereka akan mengikat engkau dengan tali supaya engkau tidak dapat pergi dalam kalangan mereka. 26 Aku akan membuat lidahmu melekat di lelangit mulutmu sehingga engkau menjadi bisu dan tidak dapat menegur mereka kerana mereka ialah bangsa yang suka memberontak. 27 Tetapi apabila Aku berfirman kepadamu, Aku akan membuka mulutmu. Pada waktu itu, engkau harus memberitahu mereka,+ ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’ Orang yang mahu mendengar, biarlah dia mendengar,+ dan orang yang enggan mendengar, biarlah dia berbuat demikian kerana mereka ialah bangsa yang suka memberontak.+
4 “Hai anak manusia, ambillah sebuah bata dan letakkannya di hadapanmu. Ukirlah kota Yerusalem di atas bata itu. 2 Kemudian untuk melambangkan pengepungan kota itu,+ binalah sebuah tembok+ dan buatlah timbunan tanah di sekeliling kota itu.+ Dirikanlah khemah dan letakkanlah kayu-kayu pelantak* di sekelilingnya.+ 3 Ambillah sekeping besi dan letakkanlah besi itu sebagai tembok di antara engkau dan kota itu. Kemudian pandanglah ke arah kota itu, dan kepunglah kota itu kerana demikianlah kota itu akan dikepung. Inilah tanda bagi bangsa Israel.+
4 “Selepas itu, engkau haruslah berbaring pada sebelah kirimu dan menanggung dosa bangsa Israel.+ Engkau akan menanggung dosa mereka selama engkau berbaring pada sisimu. 5 Engkau akan menanggung dosa bangsa Israel selama 390 hari,+ sesuai dengan bilangan tahun mereka berdosa terhadap-Ku. 6 Engkau harus berbuat demikian sehingga tempoh masa itu dipenuhi.
“Setelah itu, engkau akan berbaring pula pada sebelah kananmu dan menanggung dosa bangsa Yehuda+ selama 40 hari, iaitu satu hari untuk satu tahun. Inilah peraturan yang Aku tetapkan bagimu: Satu hari untuk satu tahun. 7 Kemudian pandanglah ke arah kota Yerusalem+ yang sedang dikepung itu lalu dedahkanlah lenganmu, dan bernubuatlah mengenai kota itu.
8 “Lihatlah! Aku akan mengikat engkau dengan tali supaya engkau tidak dapat memusingkan badanmu dari satu sisi ke sisimu yang lain sehingga hari-hari pengepungan itu berakhir.
9 “Kemudian ambillah gandum, barli, kacang parang, kacang lentil, sekoi, dan bijirin yang lain.* Masukkanlah semuanya ke dalam sebuah bekas dan buatlah roti. Inilah makananmu selama 390 hari engkau berbaring pada sisimu.+ 10 Roti yang akan engkau makan haruslah ditimbang, iaitu kira-kira 230 gram* roti setiap hari. Engkau harus memakannya pada waktu yang ditetapkan.
11 “Air yang akan engkau minum haruslah disukat, iaitu kira-kira setengah liter* air setiap hari. Engkau harus meminumnya pada waktu yang ditetapkan.
12 “Makanlah roti itu seperti engkau makan sekeping roti barli. Engkau haruslah membakar roti itu di depan orang dengan menggunakan tahi manusia yang sudah kering sebagai bahan api.” 13 Yehuwa berfirman lagi, “Aku akan mencerai-beraikan orang Israel dalam kalangan bangsa-bangsa yang lain, dan inilah caranya orang Israel akan makan roti yang najis.”*+
14 Tetapi aku berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, janganlah suruh aku berbuat demikian! Sejak masa mudaku, aku tidak pernah menajiskan diri dengan memakan bangkai binatang atau daging binatang yang mati diterkam.+ Aku juga tidak pernah makan daging yang dianggap najis.”*+
15 Oleh itu, Tuhan berfirman kepadaku, “Baiklah, engkau boleh menggunakan tahi lembu sebagai ganti tahi manusia untuk membakar roti.” 16 Tuhan berfirman lagi, “Hai anak manusia, Aku akan menghentikan bekalan makanan* di Yerusalem.+ Penduduk kota itu akan berasa cemas apabila mereka menimbang roti mereka dan memakannya.+ Mereka akan berasa khuatir semasa mereka menyukat air mereka dan meminumnya.+ 17 Demikianlah mereka akan kekurangan roti dan air. Mereka akan saling memandang dengan perasaan terkejut, dan beransur-ansur mati kerana dosa mereka.
5 “Hai anak manusia, ambillah sebilah pedang yang tajam. Sebagaimana tukang gunting rambut menggunakan pisau cukur, gunakanlah pedang itu untuk mencukur rambutmu dan janggutmu. Kemudian timbanglah semua rambutmu dan bahagikannya kepada tiga bahagian. 2 Bakarlah satu pertiga rambut itu di dalam kota setelah hari-hari pengepungan itu berakhir.+ Satu pertiga lagi, hendaklah engkau tetak dengan pedangmu sambil mengelilingi kota itu.+ Satu pertiga yang terakhir, hendaklah engkau hamburkan ke udara, lalu Aku akan menghunus pedang-Ku dan mengejar rambut-rambut itu.+
3 “Ambillah beberapa helai rambut daripada bahagian yang terakhir itu dan bungkuskannya di dalam lipatan jubahmu. 4 Ambillah beberapa helai rambut daripada bahagian itu lagi dan buanglah rambut itu ke dalam api sehingga habis dibakar. Api ini akan merebak ke seluruh bangsa Israel.+
5 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Inilah Yerusalem. Aku telah menempatkan kota ini di tengah bangsa-bangsa, dengan negeri-negeri lain di sekelilingnya. 6 Tetapi Yerusalem telah mengingkari ketetapan-Ku dan hukum-Ku. Kota ini lebih jahat daripada semua bangsa dan negeri di sekelilingnya.+ Penduduknya telah menolak ketetapan-Ku dan mereka tidak hidup selaras dengan hukum-Ku.’
7 “Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kamu lebih menyusahkan berbanding bangsa-bangsa di sekelilingmu. Kamu tidak hidup selaras dengan hukum-Ku, dan kamu tidak mematuhi ketetapan-Ku. Sebaliknya, kamu mematuhi ketetapan bangsa-bangsa di sekelilingmu.+ 8 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai kota Yerusalem, Aku akan menentangmu.+ Aku akan menjatuhkan hukuman atasmu, dan Aku akan melakukannya di depan bangsa-bangsa lain.+ 9 Memandangkan engkau mengamalkan banyak perkara yang menjijikkan, Aku akan melakukan sesuatu kepadamu. Ya, Aku akan melakukan sesuatu yang belum pernah Aku lakukan dan tidak akan Aku lakukan lagi.+
10 “‘“Akibatnya, ibu bapa dalam kalanganmu akan makan anak-anak mereka,+ dan anak-anak akan makan ibu bapa mereka. Aku akan menghukummu dan mencerai-beraikan sesiapa sahaja dalam kalanganmu yang masih hidup ke semua arah.”’+
11 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan yang hidup, ‘bahawa Aku akan menolakmu,* dan Aku tidak akan mengasihanimu ataupun memandangmu dengan belas kasihan,+ kerana engkau telah mencemarkan tempat suci-Ku dengan patung-patung berhalamu dan amalanmu yang menjijikkan.+ 12 Satu pertiga daripada pendudukmu akan mati kerana wabak* atau kebuluran. Satu pertiga lagi akan mati ditikam pedang di sekelilingmu.+ Satu pertiga yang terakhir pula akan dicerai-beraikan ke semua arah, dan Aku akan menghunus pedang-Ku dan mengejar mereka.+ 13 Kemudian barulah Aku akan berasa puas hati dan tidak marah lagi, dan kemurkaan-Ku terhadap mereka akan reda.+ Setelah Aku menunjukkan kemurkaan-Ku, barulah mereka akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, pernah berfirman dan menuntut agar mereka menyembah Aku sahaja.+
14 “‘Aku akan menyebabkan engkau menjadi tempat yang gersang sehingga bangsa-bangsa di sekelilingmu dan semua orang yang lalu di hadapanmu akan menghinamu.+ 15 Aku akan menjatuhkan hukuman yang berat atasmu dengan penuh marah dan murka, dan engkau akan menjadi bahan ejekan dan hinaan kepada bangsa-bangsa di sekelilingmu.+ Apa yang menimpamu akan menjadi amaran kepada mereka dan membuat mereka berasa takut. Aku, Yehuwa, telah berfirman.
16 “‘Aku akan melancarkan anak panah kebuluran yang akan melenyapkan pendudukmu. Anak-anak panah itu akan membunuh dan memusnahkan kamu.+ Aku akan menyebabkan kebuluran itu menjadi lebih teruk dengan menyekat bekalan makanan* kamu.+ 17 Aku akan mendatangkan kebuluran dan binatang-binatang liar yang buas+ untuk membunuh anak-anak kamu. Wabak dan pertumpahan darah akan menimpa kamu sehingga kamu tidak dapat menanggungnya lagi, dan Aku akan membawa pedang untuk membunuh kamu.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”
6 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah gunung-gunung Israel, dan bernubuatlah kepada gunung-gunung itu. 3 Engkau haruslah berkata, ‘Wahai gunung-gunung Israel, dengarlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kepada gunung, bukit, sungai, dan lembah: “Lihatlah! Aku akan membawa pedang untuk melawan kamu, dan Aku akan memusnahkan tempat-tempat ibadat* kamu. 4 Mazbah-mazbah kamu akan dirobohkan, dan tempat membakar kemenyan kamu juga akan dibinasakan.+ Orang yang mati dalam kalangan kamu akan Aku lemparkan di depan patung-patung berhala kamu yang menjijikkan.*+ 5 Aku akan membuang mayat-mayat orang Israel di depan patung-patung berhala mereka yang menjijikkan, dan Aku akan menyelerakkan tulang kamu di sekeliling mazbah kamu.+ 6 Di mana sahaja kamu tinggal, kota-kota di situ akan dihancurkan.+ Tempat-tempat ibadat kamu akan dirobohkan dan dibiarkan gersang.+ Mazbah-mazbah kamu akan dirobohkan sehingga berkecai. Patung-patung berhala kamu yang menjijikkan akan dilenyapkan, tempat membakar kemenyan kamu akan dirobohkan, dan semua yang telah kamu bina akan dimusnahkan. 7 Orang yang terbunuh akan rebah di tengah-tengah kamu,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+
8 “‘“Tetapi apabila kamu berada dalam kalangan bangsa-bangsa dan tercerai-berai di negeri-negeri lain, Aku akan membiarkan sebilangan daripada kamu terselamat daripada pedang.+ 9 Mereka yang terselamat akan ingat tentang Aku apabila mereka menjadi tawanan dalam kalangan bangsa-bangsa.+ Mereka akan sedar bahawa Aku patah hati kerana mereka tidak setia* terhadap-Ku.+ Mereka telah memandang patung berhala mereka yang menjijikkan dengan nafsu berahi lalu mereka meninggalkan Aku.+ Mereka akan berasa malu dan membenci semua perbuatan jahat dan jijik yang telah dilakukan oleh mereka.+ 10 Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa dan amaran-Ku untuk mendatangkan malapetaka atas mereka bukan sekadar ancaman kosong.”’+
11 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Tepuklah tanganmu, hentakkanlah kakimu, dan ratapilah semua perbuatan jahat dan jijik yang telah dilakukan oleh bangsa Israel, kerana mereka akan mati disebabkan pedang, kebuluran, dan wabak.+ 12 Mereka yang jauh akan mati kerana wabak. Mereka yang dekat akan mati kerana pedang. Sesiapa yang masih hidup dan terselamat daripada semua ini akan mati kebuluran. Demikianlah Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka.+ 13 Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,+ apabila mayat mereka yang terbunuh dicampak berdekatan patung-patung berhala mereka yang menjijikkan, di sekitar mazbah mereka,+ di atas setiap bukit yang tinggi, di atas semua puncak gunung, di bawah setiap pokok yang subur, dan di bawah dahan setiap pokok yang besar. Di situlah mereka mempersembahkan korban yang berbau harum untuk menyenangkan hati patung-patung berhala mereka yang menjijikkan.+ 14 Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk melawan mereka dan membuat negeri mereka menjadi tandus. Semua tempat tinggal mereka akan menjadi lebih tandus daripada padang belantara dekat Dibla. Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”
7 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kepada negeri Israel: ‘Akhir sudah tiba! Akhir sudah datang atas keempat-empat penjuru negeri ini. 3 Ya, akhirmu sudah tiba, dan Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadapmu. Aku akan menghakimimu sesuai dengan perbuatanmu. Engkau harus bertanggungjawab atas semua perbuatanmu yang menjijikkan itu. 4 Aku tidak akan mengasihanimu ataupun memandangmu dengan belas kasihan.+ Aku akan menghukum engkau kerana perbuatanmu, dan engkau akan menderita kerana perbuatanmu yang menjijikkan itu.+ Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’+
5 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘Bencana akan menimpa! Ya, bencana yang luar biasa* akan menimpa.+ 6 Akhir akan datang! Ya, akhir pasti akan datang. Akhir akan menimpa engkau secara tiba-tiba. Lihatlah! Akhir pasti akan datang! 7 Wahai penduduk negeri ini, sudah sampai giliranmu! Masanya akan tiba, dan harinya semakin dekat.+ Sorakan kegembiraan tidak akan kedengaran di gunung-gunung, tetapi yang ada hanyalah kekeliruan.
8 “‘Tidak lama lagi engkau akan merasai kemurkaan-Ku,+ dan Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadapmu.+ Aku akan menghakimimu sesuai dengan perbuatanmu. Engkau harus bertanggungjawab atas semua perbuatanmu yang menjijikkan itu. 9 Aku tidak akan mengasihanimu ataupun memandangmu dengan belas kasihan.+ Aku akan menghukum engkau kerana perbuatanmu, dan engkau akan menderita kerana perbuatanmu yang menjijikkan itu. Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, dan Akulah yang menghukummu.+
10 “‘Lihatlah, hari itu akan datang!+ Giliranmu sudah tiba; tongkat telah berbunga dan keangkuhan telah bertunas. 11 Keganasan telah bertumbuh menjadi tongkat kejahatan, dan tiada seorang pun akan terselamat.+ Orang ramai akan dilenyapkan, dan kekayaan dan kemasyhuran tidak akan ada lagi. 12 Masanya akan tiba, dan hari itu akan datang. Hendaklah orang yang membeli tidak bersukacita, dan hendaklah orang yang menjual tidak bersedih, kerana Tuhan akan melepaskan kemarahan-Nya atas semua penduduk.*+ 13 Orang yang menjual tidak akan mendapat kembali barang jualannya biarpun dia tidak mati, kerana penglihatan ini melibatkan semua orang. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri daripada malapetaka ini, dan mereka yang jahat tidak akan terselamat.*
14 “‘Trompet sudah ditiup+ dan semua orang sudah bersiap sedia, tetapi tidak ada seorang pun yang pergi bertempur kerana Aku murka terhadap mereka semua.+ 15 Pedang ada di luar,+ dan wabak penyakit dan kebuluran ada di dalam. Sesiapa yang berada di ladang akan mati dibunuh oleh pedang, dan sesiapa yang berada di dalam kota akan mati disebabkan kebuluran dan wabak penyakit.+ 16 Orang yang berjaya melarikan diri akan pergi ke gunung-gunung, dan mereka akan merintih atas dosa mereka, seperti burung merpati di kawasan lembah.+ 17 Tangan mereka akan menjadi lemah, dan air akan menitis dari lutut mereka.*+ 18 Mereka mengenakan kain guni,+ dan badan mereka terketar-ketar ketakutan. Mereka semua akan dimalukan, dan kepala setiap orang akan menjadi botak.*+
19 “‘Mereka akan mencampakkan perak mereka di jalan, dan mereka akan membenci emas mereka kerana baik perak mahupun emas tidak dapat menyelamatkan mereka pada hari kemurkaan Yehuwa.+ Mereka tidak dapat dipuaskan, dan perut mereka tidak dapat dikenyangkan. Perak dan emas mereka menjadi batu sandungan yang menyebabkan mereka berdosa. 20 Mereka begitu bangga dengan perhiasan mereka yang indah sehingga mereka menggunakannya* untuk membuat benda-benda pujaan dan patung berhala yang menjijikkan.+ Itulah sebabnya Aku menyebabkan mereka membenci emas dan perak mereka. 21 Aku akan memberikannya* ke dalam tangan orang asing dan orang yang jahat di bumi. Mereka akan merampasnya lalu mencemarkannya.
22 “‘Aku akan memalingkan muka-Ku daripada mereka,+ dan mereka akan mencemarkan tempat-Ku yang tersembunyi.* Para perompak akan masuk ke dalamnya lalu mencemarkannya.+
23 “‘Buatlah rantai-rantai*+ kerana negeri itu penuh dengan pertumpahan darah yang disebabkan oleh ketidakadilan.+ Lagipun kota itu penuh dengan keganasan.+ 24 Aku akan membawa masuk bangsa yang paling teruk,+ dan bangsa itu akan merampas rumah-rumah mereka.+ Aku akan memastikan bahawa orang yang kuat dalam kalangan mereka tidak bersikap sombong lagi, dan tempat-tempat suci mereka dicemarkan.+ 25 Apabila mereka ditimpa penderitaan, mereka akan mencari kedamaian, tetapi usaha mereka sia-sia sahaja.+ 26 Musibah demi musibah akan menimpa mereka, dan laporan demi laporan akan kedengaran. Sia-sia sahaja mereka meminta penglihatan daripada nabi.+ Ajaran para imam dan nasihat para pemimpin juga langsung tidak berguna.+ 27 Raja pun akan berkabung+ dan para pemimpin akan putus asa, dan tangan semua orang di negeri itu akan menggeletar ketakutan. Aku akan memperlakukan mereka sesuai dengan perbuatan mereka, dan Aku akan menghakimi mereka sepertimana mereka menghakimi orang lain. Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”+
8 Pada hari kelima, bulan keenam, tahun keenam, aku sedang duduk di dalam rumahku dan para pemimpin Yehuda sedang duduk di hadapanku. Pada waktu itu, kuasa Yehuwa,* Tuhan Yang Berdaulat, menguasai aku. 2 Ketika aku sedang memandang, aku nampak seseorang yang kelihatan seperti api. Dari apa yang kelihatan seperti pinggangnya ke bawah,+ aku nampak api. Dari pinggangnya sampai ke atas, dia bercahaya seperti logam* yang bersinar-sinar.+ 3 Kemudian Dia menghulurkan sesuatu yang menyerupai tangan lalu memegang rambutku untuk mengangkat aku. Aku diangkat* ke suatu tempat di antara bumi dengan langit, dan aku dibawa ke Yerusalem dalam penglihatan daripada Tuhan. Aku dibawa ke pintu gerbang di halaman dalam+ yang menghadap ke arah utara. Di situ ada sebuah patung yang membangkitkan kecemburuan Tuhan.+ 4 Lihatlah! Cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel ada di situ,+ dan cahaya itu menyerupai apa yang pernah aku nampak di dataran.+
5 Kemudian Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, pandanglah ke arah utara.” Maka aku pun memandang ke arah utara. Aku nampak patung yang membangkitkan kecemburuan Tuhan di pintu masuk yang terletak di sebelah utara mazbah dekat pintu gerbang. 6 Dia berfirman kepadaku lagi, “Anak manusia, adakah engkau nampak hal-hal buruk dan menjijikkan yang dilakukan oleh bangsa Israel di situ?+ Mereka menjauhkan Aku dari tempat-Ku yang suci.+ Tetapi engkau akan nampak hal-hal yang lebih teruk dan jijik.”
7 Selepas itu, Dia membawa aku ke pintu masuk halaman itu, dan aku nampak sebuah lubang di dinding. 8 Dia berfirman kepadaku, “Anak manusia, besarkan lubang ini.” Maka aku pun berbuat demikian, lalu aku nampak sebuah pintu masuk. 9 Dia berfirman kepadaku, “Masuklah dan lihatlah hal-hal jijik dan jahat yang dilakukan oleh mereka di situ.” 10 Jadi aku pun masuk dan melihatnya. Aku nampak di sekeliling dinding itu terdapat berbagai-bagai ukiran binatang menjalar dan binatang yang jijik+ serta berhala-berhala jijik*+ yang disembah oleh bangsa Israel. 11 Terdapat 70 orang pemimpin Israel berdiri di hadapan ukiran itu. Yazania anak Safan+ juga berdiri di situ bersama-sama mereka. Setiap orang memegang bekas perbaraan yang mengeluarkan asap yang harum.+ 12 Kemudian Dia berfirman lagi, “Hai anak manusia, adakah engkau nampak apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin itu di dalam kegelapan? Mereka semua berada di dalam bilik di bahagian dalam, dan berhala-berhala mereka dipamerkan di situ. Mereka berkata, ‘Yehuwa tidak nampak kita. Yehuwa telah meninggalkan negeri ini.’”+
13 Lalu Dia berfirman kepadaku, “Engkau akan nampak hal-hal yang lebih menjijikkan daripada apa yang dilakukan oleh mereka itu.” 14 Maka Dia membawa aku ke pintu masuk di gerbang utara Rumah Yehuwa. Di situ, aku nampak wanita-wanita sedang duduk sambil menangisi Dewa Tamus.
15 Dia berfirman kepadaku, “Hai anak manusia, adakah engkau nampak semua hal itu? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih teruk dan jijik.”+ 16 Kemudian Dia membawa aku ke halaman dalam Rumah Yehuwa.+ Di situ, dekat pintu masuk Rumah Yehuwa, iaitu di antara anjung dan mazbah, aku nampak kira-kira 25 orang lelaki sedang menghadap ke arah timur dan membelakangi Rumah Yehuwa. Mereka sedang bersujud ke arah timur untuk menyembah matahari.+
17 Dia berfirman kepadaku, “Anak manusia, adakah engkau nampak hal ini? Adakah bangsa Yehuda menyangka bahawa perbuatan mereka itu sesuatu yang remeh? Mereka melakukan hal-hal yang jijik, memenuhi negeri ini dengan keganasan,+ dan sering membuat Aku murka. Lihatlah! Mereka sedang melambai-lambaikan dahan kayu* di hadapan hidung-Ku. 18 Maka Aku akan bertindak dan menunjukkan kemurkaan-Ku. Aku tidak akan mengasihani mereka ataupun memandang mereka dengan belas kasihan.+ Meskipun mereka menangis dengan kuat di hadapan-Ku, Aku tidak akan mendengarkan mereka.”+
9 Dia memanggil aku dengan suara yang kuat, “Panggillah beberapa orang yang telah dipilih untuk menghukum kota ini. Mereka harus memegang senjata yang membawa kebinasaan!”
2 Aku nampak enam orang datang dari arah Pintu Gerbang Atas+ yang menghadap ke utara, dan setiap orang memegang senjata yang membawa kebinasaan. Dalam kalangan mereka, terdapat seorang lelaki yang berpakaian linen dan membawa bekas* alat tulis pada pinggangnya. Mereka semua datang dan berdiri di sebelah mazbah tembaga.+
3 Kemudian cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel+ terangkat dari atas kerub-kerub* dan bergerak ke ambang pintu Rumah Tuhan.+ Dia berfirman kepada lelaki yang berpakaian linen itu, iaitu lelaki yang membawa bekas alat tulis pada pinggangnya. 4 Yehuwa berfirman kepada lelaki itu, “Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang mengeluh dan merintih+ atas segala perkara jijik yang dilakukan di kota ini.”+
5 Aku juga mendengar Dia berfirman kepada lelaki-lelaki yang memegang senjata itu, “Ikutlah di belakangnya semasa dia menjelajahi seluruh kota dan bunuhlah orang di situ. Janganlah mengasihani mereka dan janganlah memandang mereka dengan belas kasihan.+ 6 Bunuhlah orang tua, orang muda, anak dara, anak kecil, dan wanita.+ Tetapi janganlah mendekati orang yang mempunyai tanda di dahi mereka.+ Mulalah dari tempat suci-Ku.”+ Maka mereka bermula dengan membunuh pemimpin-pemimpin yang berdiri di depan pintu Rumah Tuhan.+ 7 Dia berfirman lagi kepada mereka, “Bertindaklah! Cemarkanlah rumah ini dan penuhilah halaman-halaman rumah ini dengan mayat mereka.”+ Mereka pun beredar dan pergi membunuh orang di kota itu.
8 Ketika mereka sedang membunuh orang, aku berada di situ seorang diri. Maka aku bersujud lalu berseru, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, adakah Engkau ingin melampiaskan kemarahan-Mu terhadap Yerusalem dan membinasakan semua orang Israel yang masih hidup di situ?”+
9 Dia menjawab aku, “Dosa bangsa Israel dan Yehuda sangat besar.+ Negeri ini penuh dengan pertumpahan darah,+ dan kota ini penuh dengan kejahatan.+ Mereka berkata, ‘Yehuwa telah meninggalkan negeri ini. Yehuwa tidak nampak kita.’+ 10 Oleh itu, Aku tidak akan mengasihani mereka ataupun memandang mereka dengan belas kasihan.+ Aku akan memperlakukan mereka setimpal dengan perbuatan mereka sendiri.”
11 Kemudian aku nampak lelaki yang berpakaian linen itu, iaitu lelaki yang membawa bekas alat tulis pada pinggangnya. Lelaki itu berkata, “Aku sudah melakukan segala perintah-Mu.”
10 Semasa aku sedang melihat, aku nampak lantai di sebelah atas kepala kerub-kerub itu. Di atas lantai itu, ada sesuatu yang kelihatan seperti batu nilam yang menyerupai sebuah takhta.+ 2 Tuhan berfirman kepada lelaki yang berpakaian linen itu,+ “Masuklah ke tengah-tengah roda+ di bawah kerub-kerub itu. Ambillah bara api+ dari antara kerub-kerub itu dan penuhilah kedua-dua tanganmu dengannya. Lalu hamburkanlah bara api itu ke atas kota.”+ Kemudian aku melihat lelaki itu pergi ke situ.
3 Semasa lelaki itu masuk, kerub-kerub itu berdiri di sebelah kanan Rumah Tuhan, dan halaman dalam rumah itu dipenuhi awan. 4 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ terangkat dari kerub-kerub itu dan bergerak ke ambang pintu Rumah Tuhan. Rumah itu dipenuhi awan secara beransur-ansur,+ dan halaman itu menjadi sangat terang disebabkan kemuliaan Yehuwa. 5 Bunyi sayap kerub-kerub itu kedengaran sampai ke halaman luar. Bunyinya seperti suara Tuhan Yang Maha Kuasa semasa Dia berfirman.+
6 Lalu Dia memberikan perintah kepada lelaki yang berpakaian linen itu. Dia berfirman, “Ambillah api dari antara roda itu, dari antara kerub-kerub itu.” Maka lelaki itu masuk dan berdiri di sebelah roda itu. 7 Kemudian salah satu kerub memasukkan tangannya ke dalam api yang ada di antara kerub-kerub itu+ dan memberikan api itu kepada lelaki yang berpakaian linen.+ Lelaki itu pun mengambil api itu dengan kedua-dua tangannya lalu keluar. 8 Kerub-kerub itu mempunyai tangan seperti tangan manusia di bawah sayap-sayap mereka.+
9 Ketika aku memandang, aku nampak di sisi setiap kerub itu ada sebuah roda. Keempat-empat roda itu kelihatan seperti batu krisolit yang berkilau.+ 10 Roda-roda itu sama bentuknya, dan binaannya seperti dua buah roda yang dipasang bersilang. 11 Roda-roda itu dapat bergerak ke empat arah tanpa perlu mengubah haluan. Ke mana sahaja kepala kerub-kerub itu* menghadap, ke sanalah roda-roda itu akan bergerak tanpa perlu mengubah haluan. 12 Seluruh badan kerub, belakang mereka, tangan mereka, dan sayap mereka penuh dengan mata. Keempat-empat roda di sisi mereka juga penuh dengan mata.+ 13 Berkenaan roda-roda itu, aku mendengar suatu suara yang berseru, “Roda yang berputar!”
14 Setiap makhluk* mempunyai empat muka: Muka pertama ialah muka kerub, muka kedua ialah muka manusia, muka ketiga ialah muka singa, dan muka keempat ialah muka helang.+
15 Kerub-kerub itu sama dengan makhluk-makhluk hidup yang aku nampak di Sungai Khebar.+ Apabila kerub-kerub itu naik ke atas 16 dan bergerak, roda-roda itu akan bergerak di sisi mereka. Apabila kerub-kerub itu membentangkan sayap mereka dan naik dari tanah, roda-roda itu akan berada di sisi mereka tanpa mengubah haluan.+ 17 Apabila mereka berhenti, roda-roda itu pun berhenti. Apabila mereka terangkat, roda-roda itu pun terangkat, kerana kuasa suci Tuhan yang menggerakkan makhluk-makhluk hidup itu juga ada di dalam roda-roda itu.
18 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ meninggalkan ambang pintu Rumah Tuhan dan berhenti di atas kerub-kerub itu.+ 19 Aku nampak kerub-kerub itu membentangkan sayap mereka dan naik dari tanah. Roda-roda itu juga bergerak di sisi mereka. Mereka berhenti di pintu masuk sebelah timur Rumah Yehuwa, dan cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel berada di atas mereka.+
20 Inilah makhluk-makhluk hidup yang ada di bawah Tuhan orang Israel yang telah aku nampak di Sungai Khebar.+ Demikianlah aku mengetahui bahawa mereka ialah kerub. 21 Setiap makhluk itu mempunyai empat muka dan empat sayap. Mereka mempunyai tangan seperti tangan manusia di bawah sayap mereka.+ 22 Muka-muka mereka kelihatan seperti muka-muka makhluk hidup yang telah aku nampak di Sungai Khebar.+ Mereka masing-masing bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan.+
11 Aku diangkat dan dibawa* ke pintu gerbang timur di Rumah Yehuwa. Pintu gerbang itu menghadap ke arah timur.+ Di pintu masuk itu, aku nampak 25 orang pemimpin rakyat, termasuk Yazania anak Azur dan Pelatia anak Benaya.+ 2 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Anak manusia, merekalah yang merancang kejahatan dan memberikan nasihat yang buruk di dalam kota ini. 3 Mereka berkata, ‘Kota ini* seperti periuk,* dan kita seperti daging di dalamnya.+ Sekaranglah masanya untuk membina rumah-rumah!’+
4 “Oleh itu, hai anak manusia, bernubuatlah tentang mereka. Ya, bernubuatlah!”+
5 Kemudian kuasa suci Yehuwa menguasaiku,+ dan Dia berfirman kepadaku, “Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Hai bangsa Israel, apa yang kamu katakan itu benar. Aku tahu apa yang kamu fikirkan. 6 Kamu telah menyebabkan banyak orang mati di kota ini, dan kamu memenuhi jalan-jalan kota dengan mayat mereka.”’”+ 7 “Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Memang kota ini seperti periuk. Tetapi kamu akan dikeluarkan daripada periuk ini, dan mayat-mayat yang telah kamu tinggalkan di serata kota ini akan menjadi seperti daging di dalamnya.’”+
8 “‘Kamu takut akan pedang,+ tetapi Aku akan menyerang kamu dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 9 ‘Aku akan mengeluarkan kamu dari kota ini dan menyerahkan kamu ke dalam tangan orang asing yang akan menjatuhkan hukuman atasmu.+ 10 Kamu akan mati dibunuh pedang.+ Aku akan menghakimi kamu di sempadan negeri Israel,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 11 Kota ini tidak akan menjadi seperti periuk bagimu, dan kamu tidak akan menjadi seperti daging di dalamnya. Aku akan menghakimi kamu di sempadan negeri Israel, 12 dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. Hal ini demikian kerana kamu tidak hidup selaras dengan peraturan-Ku dan tidak mengikut hukum-hukum-Ku,+ sebaliknya kamu telah mengikut hukum bangsa-bangsa di sekelilingmu.’”+
13 Sebaik sahaja aku bernubuat, Pelatia anak Benaya mati. Aku pun bersujud dan berseru dengan suara yang kuat, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Adakah Engkau akan melenyapkan semua orang Israel yang masih hidup?”+
14 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 15 “Anak manusia, penduduk Yerusalem telah bercakap dengan seluruh bangsa Israel dan saudara-saudaramu yang berhak untuk membeli semula tanah yang telah dijual. Penduduk Yerusalem berkata, ‘Jauhilah Yehuwa. Tanah ini telah diberikan kepada kami sebagai warisan. Tanah ini milik kami.’ 16 Maka katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku telah menghantar mereka jauh ke negeri-negeri lain dan mencerai-beraikan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa.+ Tetapi untuk sementara waktu, Aku akan menjadi seperti tempat suci kepada mereka di negeri-negeri itu.”’+
17 “Oleh itu, katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengumpulkan kamu daripada bangsa-bangsa itu dan dari negeri-negeri kamu dicerai-beraikan, lalu Aku akan memberikan negeri Israel kepada kamu.+ 18 Apabila mereka pulang ke negeri itu, mereka akan menyingkirkan segala benda yang jijik dan amalan yang jijik dari negeri itu.+ 19 Aku akan membuat mereka bersatu hati,+ dan membaharui cara pemikiran mereka.+ Aku akan menggantikan hati mereka yang keras seperti batu+ dengan hati yang lembut,*+ 20 supaya mereka hidup selaras dengan perintah-Ku dan mengikuti hukum-Ku serta mematuhinya. Maka mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.”’
21 “‘“Tetapi Aku akan mendatangkan malapetaka atas orang yang hatinya bertekad untuk berpaut pada benda yang menjijikkan dan enggan meninggalkan perbuatan yang jahat. Malapetaka yang Aku timpakan atas mereka akan setimpal dengan perbuatan mereka,” firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”
22 Kerub-kerub itu membentangkan sayap mereka, dan roda-roda itu berada di sisi mereka.+ Cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel berada di atas mereka.+ 23 Kemudian cahaya kemuliaan Yehuwa+ naik ke atas lalu meninggalkan kota itu, dan berhenti di atas gunung di sebelah timur kota itu.+ 24 Dalam penglihatan yang disampaikan kepadaku menerusi kuasa suci Tuhan, aku diangkat dan dibawa* kepada tawanan di negeri Kasdim. Kemudian penglihatan itu lenyap dari pandanganku. 25 Lalu aku mula memberitahu tawanan di situ tentang segala perkara yang telah ditunjukkan oleh Yehuwa kepadaku.
12 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, engkau hidup dalam kalangan bangsa yang suka memberontak. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat, dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar,+ kerana mereka bangsa yang suka memberontak.+ 3 Oleh itu, anak manusia, kemaskanlah barang-barangmu seperti yang dilakukan oleh seseorang yang dibuang negeri. Berangkatlah pada waktu siang dan biarlah mereka nampak engkau berbuat demikian. Biarlah mereka nampak engkau meninggalkan rumahmu dan pergi ke tempat lain. Barangkali mereka akan mengerti, biarpun mereka bangsa yang suka memberontak. 4 Ya, biarlah mereka nampak engkau membawa barang-barang yang telah engkau kemaskan pada waktu siang. Biarlah mereka nampak engkau berangkat seperti seseorang yang ditawan dan dibuang negeri pada waktu petang.+
5 “Buatlah lubang pada dinding rumahmu lalu bawalah barang-barangmu keluar melalui lubang itu, dan biarlah mereka nampak engkau berbuat demikian.+ 6 Biarlah mereka nampak engkau memikul barang-barangmu di atas bahu dan mengangkat semuanya dalam kegelapan. Tutuplah mukamu supaya engkau tidak dapat melihat tanah kerana perbuatanmu itu akan menjadi tanda bagi bangsa Israel.”+
7 Aku melakukan semuanya tepat seperti yang telah diperintahkan. Pada waktu siang, aku mengeluarkan barang-barangku yang telah dibungkus seperti yang dilakukan oleh orang yang dibuang negeri. Pada waktu petang, aku membuat lubang pada dinding rumahku dengan tanganku sendiri. Semasa hari sudah gelap, aku mengeluarkan barang-barangku dan memikulnya pada bahuku di depan mata mereka.
8 Pada waktu pagi, Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 9 “Anak manusia, bukankah bangsa Israel, bangsa yang suka memberontak itu, bertanya kepadamu, ‘Apakah yang sedang kamu lakukan?’ 10 Jadi jawablah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Perkhabaran ini untuk para pemimpin+ di Yerusalem dan seluruh bangsa Israel yang tinggal di dalam kota itu.”’
11 “Beritahulah mereka, ‘Perbuatanku akan menjadi tanda bagi kamu.+ Perbuatanku melambangkan apa yang akan berlaku kepada mereka. Mereka akan ditawan dan dibuang negeri.+ 12 Pemimpin mereka akan memikul barang-barangnya di atas bahu dan berangkat dalam kegelapan. Dia akan membuat lubang pada dinding rumahnya, dan membawa barang-barangnya keluar melalui lubang itu.+ Dia akan menutupi mukanya supaya dia tidak dapat melihat tanah.’ 13 Aku akan membentangkan jaring-Ku ke atas pemimpin itu dan menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon, ke negeri orang Kasdim, tetapi dia akan mati di situ tanpa melihat kota itu.+ 14 Aku akan mencerai-beraikan semua orang di sisinya, termasuk para pembantunya dan askar-askarnya, ke segala arah.+ Lalu Aku akan menghunuskan pedang dan mengejar mereka.+ 15 Mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku mencerai-beraikan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing. 16 Tetapi Aku akan membiarkan sebilangan kecil daripada mereka terselamat daripada serangan pedang, kebuluran, dan wabak penyakit. Dengan demikian, mereka dapat pergi dalam kalangan bangsa-bangsa lain dan menceritakan segala amalan jijik mereka kepada bangsa-bangsa itu. Kemudian barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”
17 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 18 “Anak manusia, engkau harus makan rotimu dengan rasa takut, dan minum airmu dengan rasa bimbang dan risau.+ 19 Beritahulah penduduk negeri itu, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kepada penduduk Yerusalem di Israel: “Mereka akan makan roti dengan rasa risau dan minum air dengan rasa takut kerana negeri mereka akan menjadi gersang+ disebabkan perbuatan ganas semua orang yang tinggal di situ.+ 20 Kota-kota yang berpenduduk akan dihancurkan, dan negeri itu akan menjadi tandus,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”+
21 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 22 “Anak manusia, bukankah ada peribahasa di Israel yang berbunyi, ‘Hari demi hari berlalu, tetapi satu penglihatan pun tidak menjadi kenyataan’?+ 23 Maka beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan menghapuskan peribahasa itu, dan peribahasa itu tidak akan diucapkan di Israel lagi.”’ Sebaliknya beritahulah mereka, ‘Hari sudah dekat,+ dan setiap penglihatan akan menjadi kenyataan.’ 24 Dalam kalangan bangsa Israel, tidak akan ada lagi penglihatan yang palsu atau ramalan yang menyesatkan.*+ 25 ‘“Aku, Yehuwa, akan berfirman, dan setiap firman-Ku akan dilaksanakan dan tidak akan ditunda-tunda.+ Hai bangsa yang suka memberontak, Aku akan melaksanakan apa yang Aku firmankan pada zamanmu,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”
26 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 27 “Anak manusia, bangsa Israel berkata, ‘Penglihatannya itu tidak akan berlaku pada masa sekarang. Dia sedang bernubuat tentang apa yang akan berlaku jauh pada masa hadapan.’+ 28 Oleh itu, beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “‘Semua firman-Ku pasti akan berlaku, dan tidak akan ditunda-tunda,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’”
13 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, bernubuatlah kepada nabi-nabi di Israel+ yang mengucapkan nubuat yang direka-reka oleh mereka sendiri.+ Katakanlah kepada mereka, ‘Dengarlah firman Yehuwa. 3 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Malanglah nabi-nabi yang bodoh. Mereka mengikut bisikan hati sendiri padahal mereka tidak mendapat penglihatan!+ 4 Wahai orang Israel, nabi-nabi kamu telah menjadi seperti rubah* yang ada di antara reruntuhan kota. 5 Kamu pasti tidak akan mempertahankan tempat-tempat yang roboh temboknya. Kamu juga pasti tidak akan membinanya semula. Oleh itu, bangsa Israel+ tidak akan selamat dalam pertempuran pada hari Yehuwa.”+ 6 “Penglihatan mereka itu palsu dan nubuat mereka dusta belaka. Mereka berkata, ‘Inilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa,’ padahal Yehuwa tidak mengutus mereka. Namun mereka masih berharap bahawa nubuat mereka akan menjadi kenyataan.+ 7 Bukankah penglihatan kamu palsu dan nubuat kamu dusta belaka? Kamu berkata, ‘Inilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa,’ padahal Aku tidak pernah berfirman kepada kamu.”’
8 “‘Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “‘Memandangkan kamu berbohong dan penglihatan kamu itu dusta belaka, Aku akan menentang kamu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”+ 9 Tangan-Ku akan menentang nabi-nabi yang melihat penglihatan palsu dan yang menyampaikan nubuat yang salah.+ Mereka tidak akan ada dalam kalangan umat-Ku yang akrab dengan-Ku. Mereka juga tidak akan disenaraikan dalam salasilah keturunan bangsa Israel. Selain itu, mereka juga tidak akan pulang ke negeri Israel. Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.+ 10 Hal ini demikian kerana mereka telah menyesatkan umat-Ku dengan berkata, “Semuanya aman damai!”+ meskipun kedamaian tidak wujud. Setelah mereka membina sebuah dinding yang tidak kukuh, mereka mengecatnya dengan cat putih.’*+
11 “Beritahulah orang yang mengecat dinding itu dengan cat putih bahawa dinding itu akan roboh. Hujan lebat akan turun, hujan batu akan melanda, dan angin ribut yang kuat akan menghancurkannya.+ 12 Apabila dinding itu roboh, kamu akan ditanya, ‘Di manakah cat yang telah kamu sapu itu?’+
13 “Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Semasa Aku marah, Aku akan mendatangkan ribut yang kuat. Semasa Aku murka, Aku akan mendatangkan hujan yang lebat dan hujan batu yang membawa kemusnahan. 14 Aku akan merobohkan dinding yang telah kamu sapu dengan cat putih sehingga batu-batunya jatuh ke tanah dan batu asasnya terdedah. Apabila kota itu runtuh, kamu akan mati di dalamnya, dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
15 “‘Selepas Aku melampiaskan kemarahan-Ku terhadap dinding itu dan orang yang menyapu cat putih padanya, Aku akan berfirman kepadamu, “Dinding itu sudah binasa, dan orang yang mengecatnya turut binasa.+ 16 Nabi-nabi Israel sudah lenyap. Merekalah yang bernubuat tentang Yerusalem dan mendapat penglihatan bahawa kota itu akan ada kedamaian meskipun kedamaian tidak wujud,”’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
17 “Hai anak manusia, lihatlah anak-anak perempuan bangsamu yang mereka-reka nubuat sendiri, dan bernubuatlah kepada mereka. 18 Beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Malanglah wanita yang menjahit gelang tangan* dan membuat tudung kepala dalam pelbagai saiz untuk memburu nyawa orang lain! Adakah kamu memburu nyawa umat-Ku dan menyangka bahawa nyawa kamu akan selamat? 19 Kamu menghina Aku di hadapan umat-Ku demi beberapa genggam barli dan beberapa cebis roti.+ Kamu berdusta kepada umat-Ku yang mempercayai dustamu. Orang yang tidak patut mati, kamu bunuh, sedangkan orang yang tidak patut hidup, kamu biarkan hidup.”’+
20 “Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Hai wanita, Aku membenci gelang-gelang yang kamu gunakan untuk memburu nyawa orang. Aku akan merampas gelang-gelang itu daripada lengan kamu dan membebaskan orang yang telah kamu jerat. Ya, kamu telah memburu mereka seperti kamu memburu burung, tetapi Aku akan membebaskan mereka. 21 Aku akan mengoyakkan tudung kamu dan menyelamatkan umat-Ku daripada cengkamanmu. Mereka tidak akan menjadi mangsa buruan kamu lagi. Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 22 Kamu melemahkan semangat orang baik dengan dustamu+ sedangkan Aku tidak mahu mereka menderita.* Kamu telah menyokong orang jahat supaya mereka terus berbuat jahat+ dan tidak bertaubat sehingga mereka tidak dapat diselamatkan.+ 23 Oleh itu, kamu tidak akan lagi mendapat penglihatan palsu dan membuat ramalan.+ Aku akan menyelamatkan umat-Ku daripada cengkaman kamu, dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”
14 Beberapa orang pemimpin Israel datang dan duduk di hadapanku.+ 2 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, 3 “Anak manusia, semua orang ini berkeras untuk menyembah patung-patung berhala mereka yang menjijikkan.* Mereka juga meletakkan batu sandungan yang menyebabkan orang berdosa. Patutkah Aku menjawab pertanyaan mereka?+ 4 Beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Jika seseorang yang berbangsa Israel berkeras untuk menyembah patung-patung berhalanya yang menjijikkan dan meletakkan batu sandungan yang menyebabkan orang berdosa, lalu dia datang untuk meminta petunjuk daripada seorang nabi, Aku, Yehuwa, akan memberikan jawapan* yang setimpal dengan bilangan berhala-berhalanya yang menjijikkan itu. 5 Aku akan menyebabkan seluruh bangsa Israel berasa takut* kerana mereka semua telah meninggalkan Aku dan mengikuti patung-patung berhala yang menjijikkan.”’+
6 “Maka beritahulah bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kembalilah kepada-Ku, dan tinggalkanlah patung-patung berhalamu yang menjijikkan itu. Berpalinglah daripada segala amalanmu yang jijik.+ 7 Jika seseorang yang berbangsa Israel atau orang asing yang tinggal di negeri Israel meninggalkan Aku dan berkeras untuk menyembah patung-patung berhala yang menjijikkan, dan meletakkan batu sandungan yang menyebabkan orang berdosa, lalu dia datang untuk meminta petunjuk daripada nabi-Ku,+ Aku, Yehuwa, akan memberikan jawapan kepadanya! 8 Aku akan menentang dia dan menjadikan dia sebagai amaran dan contoh buruk kepada orang lain. Aku akan menyingkirkannya daripada kalangan umat-Ku+ supaya kamu tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’
9 “‘Tetapi jika seorang nabi diperdaya dan memberikan jawapan kepada orang yang meminta petunjuk, Akulah yang telah memperdaya nabi itu.+ Aku, Yehuwa, akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentang dia dan menyingkirkannya daripada kalangan umat-Ku Israel. 10 Baik orang yang meminta petunjuk mahupun nabi, harus menanggung dosa mereka. Mereka harus menanggung dosa masing-masing. 11 Dengan demikian, bangsa Israel tidak akan terus menyimpang lalu meninggalkan Aku, dan mereka tidak akan terus menajiskan diri mereka dengan dosa-dosa mereka. Mereka akan menjadi umat-ku, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
12 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 13 “Anak manusia, jika sebuah negeri tidak setia kepada-Ku dan berdosa terhadap-Ku, Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menentangnya. Aku akan menghentikan bekalan makanannya*+ dan mendatangkan kebuluran+ sehingga manusia dan binatang di situ mati.”+ 14 “‘Meskipun Nuh,+ Daniel,+ dan Ayub,+ ada di negeri itu, dan meskipun mereka baik di mata-Ku, mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
15 “‘Atau mungkin Aku akan mendatangkan binatang-binatang buas untuk membunuh penduduk di negeri itu sehingga negeri itu menjadi tandus dan orang tidak dapat lalu di situ kerana binatang buas itu.+ 16 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa meskipun ketiga-tiga lelaki itu ada di negeri tersebut, mereka pun tidak dapat menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka. Mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri, dan negeri itu akan menjadi tandus,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat.”
17 “‘Atau mungkin Aku akan mendatangkan sebilah pedang untuk menyerang negeri itu+ dan berfirman, “Biarlah pedang itu menyerang seluruh negeri tersebut” sehingga manusia dan binatang di situ mati.+ 18 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa meskipun ketiga-tiga lelaki itu ada di negeri tersebut, mereka pun tidak dapat menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka. Mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat.”
19 “‘Atau mungkin Aku akan mendatangkan wabak penyakit ke negeri itu+ dan melampiaskan kemarahan-Ku sehingga pertumpahan darah berlaku dan manusia dan binatang di situ mati. 20 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa meskipun Nuh,+ Daniel,+ dan Ayub+ ada di negeri tersebut, mereka pun tidak dapat menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka. Walaupun mereka orang yang baik di mata-Ku, mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat.”+
21 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Demikianlah keadaannya sewaktu Aku mendatangkan empat hukuman-Ku,+ iaitu pedang, kebuluran, binatang buas, dan wabak penyakit,+ atas Yerusalem sehingga manusia dan binatang di situ mati.+ 22 Tetapi sebilangan orang di situ akan terselamat dan dibawa keluar.+ Anak lelaki dan anak perempuan yang dibawa keluar akan pergi kepada kamu, dan apabila kamu nampak cara hidup dan perbuatan mereka, kamu pasti akan berasa lega atas malapetaka yang telah Aku datangkan atas Yerusalem dan semua yang telah Aku lakukan terhadap kota itu.’”
23 “‘Ya, setelah kamu nampak cara hidup dan perbuatan mereka, kamu pasti akan berasa lega kerana kamu tahu bahawa segala tindakan-Ku mempunyai sebab yang wajar,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
15 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, apakah perbezaan kayu pokok anggur dengan kayu daripada pokok-pokok lain atau dahan daripada pokok-pokok di dalam hutan? 3 Dapatkah kayu pokok anggur digunakan untuk melakukan sesuatu kerja? Dapatkah kayunya dijadikan pasak untuk menggantungkan perkakas? 4 Lihatlah! Kayunya dilemparkan ke dalam api untuk dibakar. Apabila kedua-dua hujungnya habis dibakar dan bahagian tengahnya hangus, adakah kayu itu masih boleh digunakan? 5 Bahkan sebelum dibakar, kayu itu tidak dapat digunakan. Apalagi setelah dibakar sampai hangus, kayu itu lagi tidak berguna!”
6 “Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Sebagaimana kayu pokok anggur yang diambil dari hutan dijadikan sebagai bahan api, demikian juga Aku akan memperlakukan penduduk Yerusalem+ 7 dan menentang mereka. Walaupun mereka telah melepaskan diri daripada api, mereka akhirnya akan dibakar oleh api juga. Apabila Aku menentang mereka, barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”+
8 “‘Aku akan membuat negeri mereka menjadi tandus+ kerana mereka tidak setia terhadap-Ku,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
16 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, beritahulah Yerusalem tentang perbuatannya yang menjijikkan.+ 3 Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kepada Yerusalem: “Engkau berasal dari tanah Kanaan, dan di situlah engkau dilahirkan. Bapamu orang Amori,+ dan ibumu orang Het.+ 4 Pada hari engkau dilahirkan, tiada sesiapa pun memotong tali pusatmu atau memandikan engkau dengan air supaya engkau bersih. Engkau juga tidak digosok dengan garam dan tidak dibalut dengan kain. 5 Tiada sesiapa pun mengasihani engkau dan mahu melakukan hal-hal itu bagimu. Ya, tiada sesiapa pun yang berbelas kasihan terhadapmu. Sebaliknya, engkau dibuang di padang rumput kerana engkau dibenci pada hari engkau dilahirkan.
6 “‘“Ketika Aku lalu di situ, Aku nampak engkau menggeliat dalam darahmu, dan ketika engkau berbaring di situ, Aku berfirman, ‘Hiduplah!’ Ya, Aku berfirman kepadamu, ‘Hiduplah!’ 7 Aku membuat engkau menjadi sangat banyak, seperti tumbuhan yang bertunas di padang. Engkau membesar dan menjadi tinggi serta memakai perhiasan yang terbaik. Buah dadamu sudah terbentuk dan rambutmu sudah tumbuh, tetapi engkau masih telanjang dan bogel.”’
8 “‘Ketika Aku lalu dan nampak engkau, Aku sedar bahawa engkau sudah cukup dewasa untuk bercinta. Maka Aku menutupi tubuhmu yang bogel dengan jubah-Ku.+ Aku juga mengangkat sumpah dan membuat perjanjian denganmu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘dan engkau menjadi milik-Ku. 9 Kemudian Aku memandikan engkau dengan air dan mencuci darah yang ada padamu. Aku juga menyapu engkau dengan minyak.+ 10 Setelah itu, Aku mengenakan pakaian bersulam padamu, memberimu selipar kulit* yang terbaik, dan membalutmu dengan kain linen yang bermutu tinggi. Aku juga mengenakan pakaian yang mahal padamu. 11 Aku memberi engkau perhiasan dan memakaikan gelang-gelang pada tanganmu dan kalung pada lehermu. 12 Aku juga memberimu cincin hidung, dan mengenakan anting-anting pada telingamu dan mahkota yang indah pada kepalamu. 13 Engkau selalu menghiasi dirimu dengan emas dan perak. Pakaianmu disulam dan diperbuat daripada kain linen bermutu tinggi dan bahan-bahan yang mahal. Makananmu ialah tepung yang terbaik, madu, dan minyak. Engkau menjadi sangat cantik sehingga layak menjadi ratu.’”+
14 “‘Engkau* menjadi semakin terkenal antara bangsa-bangsa lain+ kerana engkau begitu cantik. Kecantikanmu begitu sempurna kerana Aku memberikan kemuliaan kepadamu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
15 “‘Tetapi engkau mula bergantung pada kecantikanmu,+ dan engkau menjadi pelacur setelah engkau terkenal.+ Engkau melacurkan diri dengan sesiapa sahaja yang lalu di hadapanmu.+ Engkau menyerahkan dirimu kepada sesiapa sahaja yang menginginkan engkau. 16 Engkau mengambil pakaianmu dan membuat tempat-tempat tinggi yang berwarna-warni, iaitu tempat engkau melacurkan dirimu.+ Perkara-perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak seharusnya terjadi. 17 Engkau juga mengambil perhiasan emas dan perak yang Aku berikan kepadamu lalu membentuk patung-patung lelaki, dan engkau berbuat cabul dengan patung itu.+ 18 Engkau mengambil pakaian-pakaian bersulammu dan menutupi mereka* dengannya. Engkau juga mempersembahkan minyak-Ku dan kemenyan-Ku kepada mereka.+ 19 Aku telah memberi engkau minyak, madu, dan roti yang diperbuat daripada tepung terbaik sebagai makanan. Tetapi engkau pula mempersembahkannya kepada mereka sebagai korban yang berbau harum untuk menyenangkan hati mereka.+ Inilah apa yang telah berlaku,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
20 “‘Belum cukupkah engkau melacurkan diri? Anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan yang telah engkau lahirkan bagi-Ku,+ engkau korbankan kepada patung-patung berhala.+ 21 Engkau membunuh anak-anak lelaki-Ku, dan mempersembahkan mereka sebagai korban dengan membakar mereka di dalam api.*+ 22 Sepanjang waktu engkau melakukan perbuatan yang jijik dan melacurkan diri, engkau tidak pernah ingat tentang masa kecilmu, ketika engkau telanjang dan bogel dan menggeliat dalam darahmu sendiri. 23 Alangkah malangnya engkau! Ya, alangkah malangnya engkau kerana engkau telah melakukan segala kejahatan itu!’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 24 ‘Engkau mendirikan tempat pemujaan dan tempat ibadat untuk dirimu di setiap dataran kota. 25 Engkau membina tempat-tempat ibadat di setiap jalan besar. Engkau mencemari kecantikanmu dengan menawarkan tubuhmu* kepada sesiapa sahaja yang lalu di situ.+ Engkau tidak henti-henti melacur.+ 26 Engkau melacur dengan jiranmu yang bernafsu buas, iaitu orang Mesir,+ dan engkau membuat Aku murka kerana engkau asyik melacur. 27 Sekarang Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menghukummu. Aku akan mengurangkan makananmu+ dan menyerahkan engkau kepada wanita-wanita yang membencimu,+ iaitu orang Filistin, yang berasa jijik terhadap perbuatan maksiatmu.+
28 “‘Kerana engkau masih tidak puas, engkau melacur dengan orang Assyria.+ Tetapi setelah engkau melacurkan dirimu dengan mereka, engkau masih tidak puas. 29 Oleh itu, engkau lebih giat lagi melacur. Engkau menjadi pelacur di tanah Kanaan* dan melacur dengan orang Kasdim.+ Tetapi engkau masih tidak puas. 30 Betapa teruknya* hatimu!’* firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Engkau melakukan semua ini seperti seorang pelacur yang tidak tahu malu!+ 31 Tetapi meskipun engkau mendirikan tempat pemujaan di setiap jalan besar dan membuat tempat ibadat untuk dirimu di setiap dataran kota, engkau tidak seperti pelacur yang lain kerana engkau menolak bayaran. 32 Engkau ialah isteri yang curang terhadap suamimu dan berzina dengan orang yang tidak dikenali!+ 33 Semua pelacur mendapat hadiah daripada kekasih mereka,+ tetapi engkau pula memberikan hadiah kepada orang yang mengejarmu dengan penuh nafsu.+ Engkau memberikan rasuah kepada orang dari pelbagai tempat supaya mereka datang dan menidurimu.+ 34 Engkau jauh berbeza dengan wanita-wanita lain yang melacurkan diri. Tiada sesiapa yang melacurkan diri seperti engkau! Engkau tidak meminta bayaran, sebaliknya engkau yang memberikan bayaran. Caramu sungguh berbeza.’
35 “Oleh itu, hai pelacur,+ dengarlah firman Yehuwa. 36 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Engkau telah memuaskan nafsumu yang buas dan mendedahkan tubuhmu sewaktu engkau melacur dengan kekasihmu dan semua patung berhalamu yang jijik.*+ Engkau juga telah mempersembahkan darah anak-anak lelakimu kepada semua patung itu.+ 37 Maka Aku akan mengumpulkan semua kekasihmu yang telah engkau puaskan, baik kekasih yang engkau sukai mahupun kekasih yang engkau benci. Aku akan mengumpulkan mereka semua dari semua tempat untuk menentangmu. Aku akan mendedahkan tubuhmu kepada mereka, dan mereka akan melihat tubuhmu yang bogel.+
38 “‘Aku akan menghukum engkau seperti orang menghukum wanita yang berzina+ dan wanita yang menumpahkan darah.+ Aku akan menumpahkan darahmu dengan rasa marah dan cemburu.+ 39 Aku akan menyerahkan engkau ke dalam tangan mereka. Mereka akan merobohkan tempat pemujaanmu dan tempat ibadatmu.+ Mereka akan menanggalkan pakaianmu+ dan merampas perhiasanmu yang indah.+ Engkau akan dibiarkan dalam keadaan yang bogel dan telanjang. 40 Mereka akan membawa sekumpulan orang kepada engkau,+ lalu engkau akan direjam dengan batu+ dan dibunuh dengan pedang.+ 41 Rumah-rumahmu akan dibakar dengan api,+ dan engkau akan dihukum di hadapan ramai wanita. Aku akan menghentikan pelacuranmu,+ dan engkau tidak akan memberikan bayaran lagi. 42 Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku sehingga Aku puas hati+ dan tidak marah lagi.+ Kemudian barulah Aku tenang dan tidak sakit hati.’
43 “‘Engkau tidak ingat keadaanmu pada masa kecilmu+ dan engkau membuat Aku marah dengan melakukan semua hal ini. Itulah sebabnya sekarang engkau akan menerima padahnya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘dan engkau tidak akan meneruskan perbuatan maksiatmu. Engkau akan menghentikan semua amalanmu yang menjijikkan.
44 “‘Lihatlah! Semua orang akan menggunakan peribahasa ini apabila mereka terfikir tentang engkau: “Seperti ibunya, begitu juga anak perempuannya!”+ 45 Engkau seperti ibumu yang membenci suaminya dan anak-anaknya. Engkau seperti saudara-saudara perempuanmu yang membenci suami mereka dan anak-anak mereka. Ibumu orang Het, dan bapamu orang Amori.’”+
46 “‘Kakakmu ialah Samaria,+ yang tinggal di sebelah utaramu* dengan anak-anak perempuannya.*+ Adik perempuanmu ialah Sodom,+ yang tinggal di sebelah selatanmu* dengan anak-anak perempuannya.+ 47 Engkau bukan sahaja mengikut haluan mereka dan amalan mereka yang menjijikkan, tetapi dalam masa yang singkat, engkau juga berkelakuan lebih jahat daripada mereka.+ 48 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa adikmu Sodom dan anak-anak perempuannya tidak pernah melakukan apa yang engkau lakukan dan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak perempuanmu. 49 Lihatlah! Inilah kesalahan adikmu Sodom: Dia dan anak-anak perempuannya+ sombong.+ Makanan mereka berlimpah-limpah,+ dan mereka hidup senang-lenang.+ Biarpun begitu, mereka enggan membantu orang yang miskin dan hidup susah.+ 50 Mereka angkuh+ dan terus melakukan apa yang jijik di depan mata-Ku.+ Maka memang patut Aku membinasakan mereka.+
51 “‘Dosa Samaria+ pun tidak sampai separuh daripada dosamu. Perbuatan jijikmu jauh lebih banyak daripada perbuatan jijik mereka. Engkau terus melakukan hal-hal yang jijik sehingga mereka kelihatan baik jika dibandingkan dengan engkau.+ 52 Sekarang engkau harus menanggung malu kerana engkau telah membela perbuatan kakakmu dan adikmu. Dosamu lebih berat daripada dosa mereka, dan mereka lebih baik daripadamu. Ya, engkau harus menanggung rasa hina dan malu kerana engkau telah membuat kakakmu dan adikmu kelihatan baik.’
53 “‘Aku akan mengumpulkan orang yang telah ditawan, iaitu orang Sodom dan anak-anak perempuannya dan orang Samaria dan anak-anak perempuannya. Aku juga akan mengumpulkan orang dalam kalanganmu yang telah ditawan bersama-sama mereka+ 54 supaya engkau menanggung malu. Engkau akan berasa malu kerana engkau telah melegakan hati mereka dengan perbuatanmu. 55 Adikmu Sodom dan anak-anak perempuannya akan balik kepada keadaan asal mereka. Kakakmu Samaria dan anak-anak perempuannya juga akan balik kepada keadaan asal mereka. Demikian juga, engkau dan anak-anak perempuanmu akan balik kepada keadaan asal kamu.+ 56 Bukankah engkau langsung tidak menyebut tentang adikmu Sodom ketika engkau sombong, 57 iaitu sebelum kejahatanmu didedahkan?+ Sekarang orang di sekitarmu, iaitu orang Siria dan negeri-negeri jirannya serta orang Filistin,+ akan mencela dan menghinamu. 58 Engkau akan menanggung akibat daripada perbuatan maksiatmu dan amalanmu yang jijik,’ firman Yehuwa.”
59 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan memperlakukan engkau sesuai dengan apa yang telah engkau lakukan,+ kerana engkau telah memungkiri janjimu* dan melanggar perjanjian-Ku.+ 60 Tetapi Aku akan ingat akan perjanjian yang telah Aku buat dengan engkau ketika engkau masih kecil, dan Aku akan membuat perjanjian yang kekal denganmu.+ 61 Engkau akan ingat akan perbuatanmu dan berasa malu+ apabila engkau mengalu-alukan kakak dan adik perempuanmu. Aku akan menyerahkan mereka kepadamu sebagai anak-anak perempuan, tetapi bukan kerana perjanjianmu.’
62 “‘Aku akan membuat perjanjian denganmu, dan engkau pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 63 Kemudian apabila Aku mengampunkan segala dosamu,* engkau akan ingat perbuatanmu dan berasa sangat malu.+ Engkau tidak akan berani membuka mulutmu kerana engkau begitu malu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
17 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, sampaikanlah sebuah teka-teki dan ceritakanlah sebuah perumpamaan tentang bangsa Israel.+ 3 Engkau haruslah berkata, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Ada seekor burung helang yang besar.+ Sayapnya lebar, bulu pelepah pada hujung sayapnya panjang, dan bulunya lebat dan berwarna-warni. Helang itu terbang ke Lebanon+ lalu mematahkan pucuk sebatang pokok sedar.+ 4 Helang itu mengambil pucuk dari bahagian paling atas pokok itu, lalu membawanya ke tanah Kanaan* dan meletakkannya di kota para pedagang.+ 5 Kemudian helang itu mengambil beberapa biji benih di tanah+ dan menanam benih-benih itu di sebuah ladang yang subur, seperti menanam pokok* di tempat yang ada banyak air. 6 Benih itu pun bertunas dan bertumbuh menjadi sebatang pokok anggur yang renek.+ Dahannya menjalar ke luar, daunnya melengkung ke dalam, dan akarnya bertumbuh ke bawah. Demikianlah benih itu menjadi sebatang pokok anggur yang mempunyai dahan dan pucuk.+
7 “‘“Kemudian datang lagi seekor burung helang yang besar.+ Sayapnya lebar, dan bulu pelepah pada hujung sayapnya panjang.+ Pokok anggur itu, yang berada di tapak semaiannya, cepat-cepat mengarahkan akarnya ke arah burung yang kedua itu. Dahan-dahannya mengarah ke arah burung itu dengan harapan agar burung itu akan memberinya air,+ 8 padahal pokok itu sudah ditanam di tempat yang subur dan berair agar dahan dan buahnya dapat bertumbuh, dan menjadi pokok anggur yang baik sekali.”’+
9 “Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Dapatkah pokok ini bertumbuh dengan subur? Tidakkah seseorang akan mencabut akarnya+ sehingga buahnya menjadi buruk dan tunasnya layu?+ Pokok ini akan menjadi begitu kering sehingga mudah untuk dicabut. Tidak perlu tangan yang kuat atau banyak orang untuk mencabut akar-akarnya. 10 Biarpun pokok ini dipindah dan ditanam semula, dapatkah pokok ini bertumbuh dengan subur? Tidakkah pokok ini akan layu sama sekali apabila ditiup angin timur? Sememangnya pokok ini akan layu di tapak semaiannya.”’”
11 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 12 “Beritahulah bangsa yang suka memberontak itu, ‘Adakah kamu tahu makna hal-hal ini?’ Katakanlah kepada mereka, ‘Lihat! Raja Babilon telah datang ke Yerusalem lalu membawa raja dan para pemimpin di situ ke Babilon sebagai tawanan.+ 13 Selain itu, raja Babilon membawa salah seorang kerabat diraja+ dari situ dan membuat perjanjian dengannya lalu menyuruhnya bersumpah.+ Raja juga menawan para pembesar negeri itu+ 14 supaya negeri itu menjadi lemah dan tidak dapat bangkit. Negeri itu dapat terus wujud hanya jika perjanjiannya ditepati.+ 15 Tetapi akhirnya raja negeri itu memberontak+ dan mengirim utusan ke Mesir untuk mendapatkan kuda+ dan angkatan tentera yang besar.+ Adakah raja negeri itu akan berjaya? Dapatkah dia berbuat demikian tanpa dijatuhi hukuman? Dapatkah dia memungkiri perjanjian dan melepaskan diri?’+
16 “‘“Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa raja negeri itu akan mati di Babilon, iaitu tempat tinggal raja* yang telah melantik dia* menjadi raja. Hal ini demikian kerana dia telah melanggar perjanjian itu dan memandang ringan sumpahnya.+ 17 Semua askar dalam angkatan tentera Firaun* pun tidak dapat membantunya+ ketika tentera Babilon membuat timbunan tanah dan benteng untuk meragut nyawa ramai orang. 18 Dia telah memandang ringan sumpahnya dan melanggar perjanjian itu. Meskipun dia telah berjanji, dia masih melakukan semua hal ini. Oleh itu, dia tidak akan melepaskan diri.”’
19 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa Aku akan mendatangkan malapetaka atasnya kerana dia telah memandang ringan sumpah-Ku+ dan melanggar perjanjian-Ku. 20 Aku akan membentangkan jaring yang digunakan oleh pemburu untuk menangkapnya.+ Kemudian Aku akan membawanya ke Babilon dan menghakiminya di situ kerana dia tidak setia kepada-Ku.+ 21 Semua askarnya yang melarikan diri akan dibunuh dengan pedang, dan mereka yang masih hidup akan tercerai-berai ke setiap arah.+ Kemudian kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah berfirman.”’+
22 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengambil tunas dari puncak pokok sedar yang tinggi+ lalu menanamnya. Ya, dari atas dahan pokok itu, Aku akan memetik tunas yang muda+ lalu menanamnya di atas gunung yang tinggi.+ 23 Tunas yang ditanam di atas gunung yang tinggi di Israel akan bertumbuh. Dahan-dahannya akan bertumbuh, lalu pokok itu akan menghasilkan buah dan menjadi sebatang pokok sedar yang megah. Pelbagai jenis burung akan tinggal di bawahnya dan bernaung di bawah daun-daunnya. 24 Semua pokok di padang akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah meninggikan pokok yang rendah+ dan merendahkan pokok yang tinggi. Aku telah membuat pokok yang subur menjadi layu, dan membuat pokok yang layu menjadi subur.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman dan Aku telah melaksanakannya.”’”
18 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Apakah maksud peribahasa ini, yang disebut-sebut di negeri Israel: ‘Bapa makan anggur mentah, tetapi anak yang ngilu gigi’?+
3 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa kamu tidak akan menyebut peribahasa itu di Israel lagi. 4 Nyawa* setiap orang ialah milik-Ku, baik nyawa bapa mahupun nyawa anak. Sesiapa* yang berdosa, dialah yang akan mati.
5 “‘Andai kata ada seorang lelaki yang baik dan dia melakukan apa yang benar dan adil. 6 Dia tidak makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala di atas gunung.+ Dia tidak berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan* yang disembah oleh bangsa Israel. Dia tidak menodai isteri orang lain+ atau bersetubuh dengan wanita yang datang haid.+ 7 Dia tidak menganiaya orang,+ dan dia mengembalikan barangan yang diberikan kepadanya sebagai jaminan.+ Dia tidak merompak orang,+ dan dia memberikan makanannya kepada orang yang lapar+ dan pakaiannya kepada orang yang tidak mempunyai pakaian.+ 8 Dia tidak mengenakan faedah atau mengaut keuntungan semasa meminjamkan wang.+ Dia menghindari hal-hal yang tidak adil+ dan mengadili orang dengan saksama.+ 9 Dia sentiasa hidup selaras dengan perintah-Ku dan mematuhi ketetapan-Ku dengan setia. Orang seperti itu baik dan akan terus hidup,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
10 “‘Tetapi andai kata orang itu mempunyai seorang anak lelaki yang merompak,+ membunuh,+ dan melakukan kejahatan yang telah disebutkan tadi. 11 (Hal-hal jahat ini tidak pernah dilakukan oleh bapanya.) Anak itu makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala di atas gunung, menodai isteri orang lain, 12 menganiaya orang yang hidup susah dan miskin,+ merompak, tidak mengembalikan barangan yang diberikan kepadanya sebagai jaminan, berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan,+ melakukan hal-hal yang jijik,+ 13 dan mengenakan faedah atau mengaut keuntungan semasa meminjamkan wang.+ Maka anak itu akan mati kerana dia telah melakukan hal-hal yang jahat ini. Dia pasti akan dihukum mati, dan dia bertanggungjawab atas kematiannya sendiri.
14 “‘Tetapi andai kata orang yang melakukan hal-hal yang jahat ini mempunyai seorang anak lelaki, dan anak itu nampak segala dosa yang telah dilakukan oleh bapanya, tetapi dia tidak mengikut contoh buruk bapanya. 15 Dia tidak makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala di atas gunung. Dia tidak berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan yang disembah oleh bangsa Israel. Dia tidak menodai isteri orang lain. 16 Dia tidak menganiaya orang. Dia mengembalikan barangan yang diberikan kepadanya sebagai jaminan. Dia tidak merompak orang. Dia memberikan makanannya kepada orang yang lapar dan pakaiannya kepada orang yang tidak mempunyai pakaian. 17 Dia tidak menindas orang yang miskin. Dia tidak mengenakan faedah atau mengaut keuntungan semasa meminjamkan wang. Dia sentiasa mematuhi ketetapan-Ku dan hidup selaras dengan perintah-Ku. Orang seperti itu tidak akan mati kerana dosa bapanya. Dia pasti akan terus hidup. 18 Tetapi memandangkan bapanya memperdaya orang, merompak saudaranya, dan melakukan kejahatan di hadapan bangsanya, bapanya akan mati kerana dosa yang telah dilakukannya sendiri.
19 “‘Mungkin kamu akan bertanya, “Mengapakah anak itu tidak perlu menanggung dosa bapanya?” Hal ini demikian kerana anak itu melakukan apa yang baik dan benar serta mematuhi dan melaksanakan semua perintah-Ku. Oleh itu, dia pasti akan terus hidup.+ 20 Sesiapa* yang berdosa, dialah yang akan mati.+ Anak tidak akan menanggung dosa bapanya, dan bapa tidak akan menanggung dosa anaknya. Orang yang baik akan diadili berdasarkan kebaikannya, dan orang yang jahat akan diadili berdasarkan kejahatannya.+
21 “‘Namun jika seseorang yang jahat bertaubat daripada semua dosanya, dan mula mentaati perintah-Ku serta melakukan apa yang baik dan adil, dia akan tetap hidup. Dia tidak akan mati.+ 22 Semua dosa lampaunya tidak akan diungkit* lagi.+ Dia akan terus hidup kerana dia melakukan apa yang baik.’+
23 “‘Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan terus hidup.’+
24 “‘Tetapi apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat* serta melakukan semua perkara jijik yang dilakukan oleh orang jahat, adakah dia akan terus hidup? Tidak! Segala perbuatan baiknya akan dilupakan.+ Dia akan mati kerana dia tidak setia dan melakukan dosa.+
25 “‘Kamu akan berkata, “Yehuwa bertindak dengan tidak adil.”+ Dengarlah, hai orang Israel! Adakah kamu menyangka bahawa Aku bertindak dengan tidak adil?+ Bukankah kamu yang bertindak dengan tidak adil?+
26 “‘Apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat, dia akan mati, ya, dia akan mati kerana perbuatan jahatnya itu.
27 “‘Apabila seseorang yang jahat meninggalkan haluannya yang jahat dan mula melakukan apa yang baik dan adil, dia akan menyelamatkan nyawanya sendiri.+ 28 Apabila dia insaf dan bertaubat daripada semua dosanya, dia akan tetap hidup. Dia tidak akan mati.
29 “‘Tetapi orang Israel akan berkata, “Yehuwa bertindak dengan tidak adil.” Hai orang Israel, adakah kamu menyangka bahawa Aku bertindak dengan tidak adil?+ Bukankah kamu yang bertindak dengan tidak adil?’
30 “‘Hai orang Israel, Aku akan mengadili setiap orang berdasarkan perbuatannya,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Bertaubatlah, ya, bertaubatlah daripada semua kesalahan kamu supaya hal-hal itu tidak menjadi batu sandungan yang membuat kamu berdosa. 31 Tinggalkanlah semua kejahatan yang telah kamu lakukan,+ dan baharuilah hati dan fikiran kamu.+ Hai orang Israel, mengapakah kamu mahu mengundang maut?’+
32 “‘Aku tidak suka melihat sesiapa pun mati,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Jadi bertaubatlah dan terus hidup!’”+
19 “Nyanyikanlah sebuah lagu ratapan tentang para pemimpin Israel. 2 Nyanyikanlah,
‘Siapakah ibumu? Dia bagaikan singa betina dalam kalangan singa-singa jantan.
Dia berbaring antara singa-singa jantan yang muda dan ganas, dan dia membesarkan anak-anaknya.
3 Dia membesarkan salah seekor anaknya sehingga menjadi singa muda yang ganas.+
Anak singa itu mampu mencabik mangsa-mangsanya,
Dan bahkan membaham manusia.
4 Bangsa-bangsa mendengar tentang anak singa itu, lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang.
Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan membawanya ke Mesir.+
5 Si ibu menantikan kepulangan anaknya, tetapi akhirnya dia sedar bahawa anaknya tidak akan kembali.
Oleh itu, dia membesarkan seekor lagi anak singa sehingga anak singa itu menjadi singa muda yang ganas.
6 Anak singa itu juga berjalan-jalan di antara singa-singa yang lain dan menjadi seekor singa muda yang ganas.
Dia belajar mencabik mangsa-mangsanya, dan dia bahkan membaham manusia.+
7 Dia merayau-rayau di kawasan menara berkubu dan menghancurkan kota-kota mereka.
Negeri itu menjadi gersang, dan ngaumannya kedengaran di seluruh negeri itu.+
8 Bangsa-bangsa dari daerah yang berdekatan membentangkan jaring mereka untuk menangkapnya,
Lalu mereka memerangkapnya di dalam sebuah lubang.
9 Mereka menyeretnya dengan cangkuk dan mengurungnya, lalu membawanya kepada raja Babilon.
Mereka mengurungnya agar suaranya tidak lagi kedengaran di gunung-gunung Israel.
10 Ibumu ibarat pokok anggur+ dalam darahmu,* ya, dia bagaikan sebatang pokok anggur yang ditanam dekat air.
Pokok itu berbuah lebat dan mempunyai banyak dahan kerana air di situ berlimpah-limpah.
11 Dahan-dahan pokok itu bertumbuh dan menjadi kuat sehingga boleh dijadikan tongkat pemerintah.
Pokok itu bertumbuh lebih tinggi daripada pokok-pokok yang lain,
Dan dapat dilihat kerana ketinggiannya dan kerana daunnya yang lebat.
12 Tetapi dengan marah, pokok itu dicabut+ lalu dicampakkan ke tanah.
Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya.
Dahannya yang kuat dipatahkan lalu dahan itu menjadi kering+ dan dibakar.+
13 Kini pokok itu ditanam di padang belantara,
Di tanah yang gersang dan kering.+
14 Api merebak dari batang pokok itu lalu membakar tunas dan buahnya.
Tidak ada lagi dahan yang kuat pada pokok itu untuk dijadikan tongkat pemerintah.+
“‘Inilah lagu ratapan yang akan sentiasa dinyanyikan orang.’”
20 Pada hari ke-10, bulan kelima, tahun ketujuh, beberapa orang pemimpin Israel datang lalu duduk di hadapanku untuk meminta petunjuk daripada Yehuwa. 2 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, 3 “Anak manusia, katakanlah kepada para pemimpin Israel itu, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat: “Adakah kamu datang untuk meminta petunjuk daripada-Ku? ‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa Aku tidak akan menjawab kamu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’
4 “Sudahkah engkau bersedia untuk menghakimi mereka? Wahai anak manusia, sudahkah engkau bersedia untuk menghakimi mereka? Beritahulah mereka tentang perbuatan jijik yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.+ 5 Katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Pada hari Aku memilih bangsa Israel,+ Aku juga bersumpah kepada keturunan Yakub, dan Aku mengizinkan mereka untuk mengenali-Ku di Mesir.+ Ya, Aku bersumpah kepada mereka dan berfirman, ‘Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.’ 6 Pada hari itu, Aku bersumpah bahawa Aku akan membawa mereka keluar dari Mesir, dan memimpin mereka ke tanah yang telah Aku pilih bagi mereka, iaitu ke tanah yang melimpah dengan susu dan madu.+ Ya, tanah itu ialah tanah yang tercantik antara semua tanah. 7 Kemudian Aku berfirman kepada mereka, ‘Kamu haruslah membuang semua benda jijik yang ada di hadapanmu. Janganlah menajiskan diri kamu dengan berhala-berhala yang menjijikkan* dari Mesir.+ Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.’+
8 “‘“Tetapi mereka memberontak terhadap-Ku dan enggan mendengarkan firman-Ku. Mereka tidak membuang benda jijik yang ada di hadapan mereka dan tidak meninggalkan berhala-berhala dari Mesir yang menjijikkan.+ Oleh itu, Aku berjanji bahawa Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka dan membiarkan mereka merasai kemurkaan-Ku di Mesir. 9 Namun, Aku bertindak demi nama-Ku agar nama-Ku tidak dicemuh oleh bangsa-bangsa dalam kalangan mereka.+ Aku telah membawa mereka keluar dari Mesir di hadapan bangsa-bangsa itu sehingga mereka* mengenal Aku kerana perbuatan-Ku itu.+ 10 Itulah sebabnya Aku membawa mereka keluar dari Mesir dan memimpin mereka ke padang belantara.+
11 “‘“Kemudian Aku memberi mereka perintah-Ku dan ketetapan-Ku,+ yang memberikan hidup kepada sesiapa sahaja yang mematuhinya.+ 12 Aku juga menetapkan hari Sabat sebagai tanda antara Aku dengan mereka.+ Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah menyucikan mereka.
13 “‘“Tetapi bangsa Israel memberontak terhadap-Ku di padang belantara.+ Mereka mengingkari perintah-Ku dan menolak ketetapan-Ku, yang memberikan hidup kepada sesiapa sahaja yang mematuhinya. Mereka sama sekali mencemarkan hari-hari Sabat-Ku. Maka Aku bersumpah bahawa Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka di padang belantara untuk membinasakan mereka.+ 14 Aku bertindak demi nama-Ku supaya nama-Ku tidak dicemuh oleh bangsa-bangsa lain, yang telah menyaksikan bagaimana Aku membawa mereka* keluar dari Mesir.+ 15 Aku juga bersumpah di padang belantara bahawa Aku tidak akan membawa mereka ke tanah yang telah Aku berikan kepada mereka,+ iaitu tanah yang melimpah dengan susu dan madu,+ ya, tanah yang tercantik antara semua tanah. 16 Aku akan berbuat demikian kerana hati mereka tertarik dengan patung-patung berhala mereka yang menjijikkan, lalu mereka menolak ketetapan-Ku, mengingkari perintah-Ku, dan mencemarkan hari-hari Sabat-Ku.+
17 “‘“Tetapi Aku mengasihani mereka. Maka Aku tidak membinasakan mereka, dan Aku tidak membunuh mereka di padang belantara. 18 Aku berfirman kepada anak-anak mereka di padang belantara,+ ‘Janganlah berpegang pada peraturan nenek moyang kamu.+ Jangan ikut hukum mereka, dan jangan najiskan diri kamu dengan patung-patung berhala yang menjijikkan. 19 Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu. Patuhilah perintah-Ku dan turutilah ketetapan-Ku. Hendaklah kamu melakukan semua ini.+ 20 Sucikanlah hari-hari Sabat-Ku,+ kerana hari-hari itu ialah tanda antara Aku dengan kamu. Dengan demikian, kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.’+
21 “‘“Tetapi anak-anak mereka mula memberontak terhadap-Ku.+ Mereka tidak mematuhi ketetapan-Ku dan tidak melaksanakan perintah-Ku, yang memberikan hidup kepada sesiapa sahaja yang mematuhinya. Mereka juga mencemarkan hari-hari Sabat-Ku. Maka Aku bersumpah bahawa Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka dan membiarkan mereka merasai kemurkaan-Ku di padang belantara.+ 22 Tetapi Aku menahan diri-Ku+ dan bertindak demi nama-Ku+ agar nama-Ku tidak dicemuh oleh bangsa-bangsa lain, yang telah menyaksikan bagaimana Aku menyelamatkan mereka.* 23 Aku juga bersumpah kepada mereka di padang belantara bahawa Aku akan mencerai-beraikan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing,+ 24 kerana mereka mengingkari ketetapan-Ku dan menolak perintah-Ku. Mereka mencemarkan hari-hari Sabat-Ku, dan menyembah berhala-berhala jijik+ yang disembah oleh nenek moyang mereka.+ 25 Aku membiarkan mereka mengikut peraturan yang buruk dan ketetapan yang tidak dapat memberikan hidup.+ 26 Aku juga membiarkan mereka membakar anak-anak sulung mereka di dalam api.*+ Ya, Aku membiarkan mereka menajiskan diri dengan korban-korban mereka agar mereka binasa. Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’
27 “Oleh itu, wahai anak manusia, beritahulah bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Nenek moyang kamu juga menghina Aku dengan cara yang sama. Mereka tidak setia kepada-Ku. 28 Aku membawa mereka ke tanah yang telah Aku janjikan kepada mereka.+ Tetapi apabila mereka nampak bukit-bukit tinggi dan pokok yang rimbun di situ,+ mereka mula mempersembahkan korban dan persembahan yang menjijikkan. Mereka mempersembahkan korban yang berbau harum* dan mencurahkan korban wain mereka di situ. 29 Maka Aku bertanya kepada mereka, ‘Mengapakah kamu pergi ke tempat tinggi ini? (Tempat itu masih dipanggil Tempat Tinggi sehingga hari ini.)’”’+
30 “Sekarang katakanlah kepada bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Adakah kamu menajiskan diri kamu seperti nenek moyang kamu yang tidak setia kepada-Ku* dan menyembah patung-patung berhala yang menjijikkan?+ 31 Kamu masih menajiskan dirimu sehingga hari ini. Ya, kamu masih mempersembahkan korban kepada berhala-berhala jijik kamu dengan membakar anak-anak lelaki kamu di dalam api.*+ Tetapi pada waktu yang sama, kamu datang untuk meminta petunjuk daripada-Ku. Patutkah Aku menjawab kamu, hai orang Israel?”’+
“‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku tidak akan menjawab kamu.+ 32 Kamu berfikir, “Marilah kita jadi seperti bangsa-bangsa lain, seperti keluarga-keluarga di negeri asing, yang menyembah kayu dan batu.”+ Tetapi hal itu pasti tidak akan berlaku.’”
33 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku akan menjadi raja yang memerintah kamu dengan tangan-Ku yang perkasa, dengan lengan-Ku yang terentang, dan dengan rasa marah yang meluap-luap.+ 34 Aku akan mengumpulkan kamu daripada bangsa-bangsa lain dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri tempat kamu tercerai-berai. Aku akan berbuat demikian dengan tangan-Ku yang perkasa, dengan lengan-Ku yang terentang, dan dengan rasa marah yang meluap-luap.+ 35 Aku akan membawa kamu ke padang belantara bangsa-bangsa, dan Aku akan bersemuka dengan kamu di sana lalu Aku akan menghakimi kamu.+
36 “‘Sebagaimana Aku menghakimi nenek moyang kamu di padang belantara Mesir, Aku juga akan menghakimi kamu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 37 ‘Aku akan menyuruh kamu lalu di bawah tongkat gembala+ dan Aku akan membawa kamu dalam ikatan perjanjian. 38 Aku akan menyingkirkan orang dalam kalangan kamu yang memberontak dan berdosa terhadap-Ku.+ Aku akan membawa mereka keluar dari tempat mereka tinggal sebagai orang asing, tetapi mereka tidak akan masuk ke dalam negeri Israel.+ Demikianlah kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
39 “Hai bangsa Israel, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pergilah! Sembahlah berhala kamu yang menjijikkan!+ Selepas itu, meskipun kamu enggan mendengar firman-Ku, kamu tidak dapat mencemarkan nama suci-Ku dengan korban-korbanmu dan berhala-berhalamu yang menjijikkan.’+
40 “‘Di gunung suci-Ku, iaitu di atas sebuah gunung yang tinggi di Israel,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘seluruh bangsa Israel akan menyembah Aku, dan Aku akan berkenan kepada mereka di sana.+ Kamu harus memberi Aku sumbangan dan pemberian kamu yang terbaik, iaitu semua persembahan kamu yang suci.+ 41 Oleh sebab kamu mempersembahkan korban berbau harum yang menyenangkan hati-Ku, Aku akan berkenan kepada kamu semasa Aku mengumpulkan kamu daripada bangsa-bangsa lain dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri tempat kamu tercerai-berai.+ Dengan demikian, Aku akan menyatakan kesucian-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain.’+
42 “‘Kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa+ apabila Aku membawa kamu ke negeri Israel,+ iaitu negeri yang telah Aku janjikan kepada nenek moyang kamu. 43 Di sana, kamu akan ingat segala perbuatan dan tindakan kamu yang telah menajiskan diri kamu.+ Kamu akan membenci diri kamu sendiri kerana segala kejahatan yang kamu lakukan itu.+ 44 Wahai bangsa Israel, Aku akan bertindak demi nama-Ku+ dan tidak memperlakukan kamu setimpal dengan perbuatan kamu yang jahat dan kejam. Dengan demikian, kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
45 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 46 “Anak manusia, lihatlah ke arah selatan dan buatlah pengumuman ke arah itu. Bernubuatlah kepada hutan di kawasan selatan. 47 Katakanlah kepada hutan itu, ‘Dengarlah firman Yehuwa. Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan menyalakan api yang akan membakar setiap pokok di dalammu,+ baik pokok yang hijau mahupun pokok yang kering. Api yang membara ini tidak akan dipadamkan,+ dan semua orang dari selatan sampai ke utara akan merasai bahang api itu. 48 Semua orang akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah menyalakan api itu sehingga tidak dapat dipadamkan.”’”+
49 Aku berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Mereka berkata bahawa aku selalu bercakap dalam bahasa kiasan.”
21 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah Yerusalem, buatlah pengumuman tentang tempat-tempat suci, dan bernubuatlah tentang negeri Israel. 3 Katakanlah kepada negeri Israel, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku akan melawan engkau. Aku akan mengeluarkan pedang-Ku daripada sarungnya+ dan membunuh semua orang dalam kalanganmu, baik orang yang jahat mahupun orang yang baik. 4 Oleh sebab Aku akan membunuh orang yang baik dan yang jahat, Aku akan mengeluarkan pedang-Ku dan menyerang semua orang dari selatan sampai ke utara. 5 Semua orang akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah menghunus pedang-Ku, dan Aku tidak akan menyarungkannya lagi.”’+
6 “Anak manusia, mengeluhlah sambil menggigil ketakutan. Ya, mengeluhlah dengan sedih di hadapan mereka.+ 7 Jika mereka bertanya, ‘Mengapakah engkau mengeluh?’ engkau akan menjawab, ‘Kerana aku mendapat suatu berita.’ Berita itu akan membuat hati setiap orang menjadi takut dan tangan semua orang menjadi lemah. Mereka akan hilang semangat, dan air akan menitis dari lutut mereka.*+ ‘Lihatlah! Berita itu akan menjadi kenyataan, dan semua hal itu akan berlaku,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
8 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 9 “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Katakanlah, ‘Ada sebilah pedang. Pedang+ itu diasah dan digilap. 10 Pedang itu diasah untuk menumpahkan banyak darah. Pedang itu digilap supaya bersinar seperti pancaran kilat.’”’”
Mereka berkata, “Bukankah kita patut bersukacita?”
Tetapi Tuhan menjawab, “‘Pedang itu* akan menolak tongkat pemerintahan anak-Ku,+ seperti yang dilakukannya terhadap semua pokok yang lain.
11 “‘Pedang itu haruslah digilap lalu diserahkan ke dalam tangan seseorang. Ya, pedang itu haruslah diasah dan digilap lalu diserahkan ke dalam tangan orang yang akan melaksanakan hukuman.+
12 “‘Anak manusia, merataplah dan meraunglah+ kerana pedang itu menyerang umat-Ku. Pedang itu akan menyerang semua pemimpin Israel.+ Mereka akan menjadi mangsa pedang itu bersama umat-Ku. Oleh itu, pukullah pahamu sebagai tanda berkabung. 13 Pedang itu sudah diperiksa,+ dan apakah yang akan berlaku jika pedang itu menolak tongkat pemerintahan itu? Tongkat itu akan dilenyapkan,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
14 “Anak manusia, bernubuatlah, tepuklah tanganmu, dan katakanlah ‘Pedang!’ sebanyak tiga kali. Pedang itu akan membunuh orang dan menumpahkan banyak darah. Ya, pedang itu akan mengelilingi mereka.+ 15 Hati mereka akan menjadi takut+ dan ramai akan tumpas di pintu gerbang mereka. Aku akan menggunakan pedang itu untuk membunuh banyak orang. Pedang itu berkilau seperti pancaran kilat, ya, pedang itu digilap untuk membunuh orang! 16 Hai pedang tajam, tikamlah ke kanan! Tikamlah ke kiri! Pergilah ke mana sahaja mata pedangmu diarahkan! 17 Kemudian Aku akan bertepuk tangan dan kemarahan-Ku akan reda.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.”
18 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 19 “Anak manusia, tandakanlah jalan yang akan dilalui pedang raja Babilon. Jalan itu akan bermula dari sebuah negeri dan bercabang lalu menuju ke arah dua buah kota. Pasanglah papan tanda di tempat jalan itu mula bercabang. 20 Tandakanlah jalan mana yang harus dilalui oleh pedang itu untuk menyerang Raba,+ iaitu kota orang Ammon. Kemudian tandakanlah jalan mana yang harus dilalui oleh pedang itu untuk menyerang Yerusalem,+ iaitu kota berkubu di Yehuda. 21 Hal ini demikian kerana raja Babilon akan berhenti di tempat jalan itu mula bercabang, dan menentukan jalan mana yang akan dilaluinya dengan menggunakan ilmu ramal. Dia akan menggoncang anak-anak panahnya, bertanya kepada patung-patung berhalanya,* dan memeriksa hati binatang. 22 Di tangan kanannya, terdapat ramalan yang menunjukkan bahawa dia patut pergi ke Yerusalem, meletakkan kayu-kayu pelantak di kota itu, mengisytiharkan perang, meneriakkan seruan perang, menyerang pintu-pintu gerbang dengan kayu pelantak, membuat timbunan tanah, dan mendirikan benteng untuk mengepung kota itu.+ 23 Tetapi bangsa* yang telah membuat perjanjian dengan mereka* enggan mempercayai ramalan itu.+ Namun raja ingat akan kesalahan mereka dan raja akan menawan mereka.+
24 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Semua perbuatanmu telah menyingkapkan dosa-dosamu dan mendedahkan kesilapanmu. Memandangkan kamu telah mengingatkan orang tentang kesalahan kamu, kamu akan diingati dan ditawan oleh musuh.’
25 “Wahai pemimpin Israel yang cedera parah, harimu sudah tiba.+ Engkau jahat, dan saat engkau dijatuhi hukuman yang terakhir sudah tiba. 26 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Tanggalkanlah mahkota dan serban raja.+ Keadaan akan berubah.+ Yang rendah akan ditinggikan,+ dan yang tinggi akan direndahkan.+ 27 Musnah! Musnah! Ya, Aku akan memusnahkan mahkota itu! Mahkota itu tidak akan menjadi milik sesiapa pun sehingga orang yang berhak memilikinya muncul.+ Kemudian Aku akan menyerahkan mahkota itu kepadanya.’+
28 “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, tentang orang Ammon dan hinaan yang telah dilemparkan oleh mereka.’ Katakanlah, ‘Pedang! Ya, pedang telah dihunus untuk menumpahkan darah! Pedang itu digilap sampai bersinar seperti kilat untuk membunuh orang. 29 Penglihatan dan ramalan yang engkau* terima tentang dirimu itu palsu belaka, dan mayatmu akan dilonggokkan bersama orang yang terbunuh. Kesudahan orang jahat telah tiba, ya, saat mereka dijatuhi hukuman yang terakhir sudah tiba. 30 Kembalikanlah pedang itu ke dalam sarungnya. Aku akan menghakimi engkau di negeri tempat engkau dilahirkan,* iaitu negeri asalmu. 31 Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadapmu, dan engkau akan merasai bahang kemurkaan-Ku. Aku akan menyerahkan engkau kepada orang kejam yang terlatih untuk membawa kemusnahan.+ 32 Engkau akan menjadi bahan bakar untuk api.+ Darahmu akan ditumpahkan di negeri itu, dan tiada sesiapa pun yang akan mengingati engkau lagi, kerana Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”
22 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, sudahkah engkau bersedia untuk mengumumkan penghakiman atas kota+ yang penuh dengan hutang darah itu? Sudahkah engkau bersedia untuk memberitahu kota itu segala perbuatan jijiknya?+ 3 Hendaklah engkau berkata, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai kota yang penuh dengan hutang darah,+ masamu sudah dekat!+ Engkau telah mencemarkan dirimu dengan membuat patung-patung berhala yang menjijikkan.*+ 4 Engkau berdosa kerana engkau telah menumpahkan darah.+ Engkau menjadi najis kerana berhala-berhalamu yang menjijikkan.+ Akhirmu sudah dekat. Engkau sendiri telah mempercepat saat penghakimanmu. Itulah sebabnya Aku akan membuat engkau menjadi bahan hinaan dan ejekan bangsa-bangsa di serata bumi.+ 5 Namamu tercemar dan engkau penuh dengan kekacauan.+ Oleh itu, semua negeri, baik yang dekat mahupun yang jauh, akan mengejek engkau. 6 Hai Yerusalem, lihatlah! Semua pemimpin Israel di dalammu menggunakan kuasa mereka untuk menumpahkan darah.+ 7 Pendudukmu menghina ibu bapa mereka.+ Mereka menipu penduduk asing, dan menindas balu dan anak yatim.”’”+
8 “‘Engkau menghina tempat-tempat suci-Ku dan mencemarkan hari-hari Sabat-Ku.+ 9 Dalam kalangan pendudukmu, ada pemfitnah yang suka menumpahkan darah.+ Mereka makan makanan yang telah dipersembahkan di atas gunung-gunungmu dan melakukan maksiat.+ 10 Di dalammu, ada orang yang meniduri isteri bapa mereka.+ Ada juga yang meniduri wanita yang datang haid, yang berada dalam keadaan najis.+ 11 Selain itu, ada lelaki yang melakukan perbuatan yang jijik dengan isteri orang lain.+ Ada juga yang menodai menantu perempuannya dengan perbuatan maksiat,+ dan ada yang meniduri kakak atau adiknya, iaitu anak perempuan bapanya.+ 12 Tambahan lagi, ada yang menerima rasuah untuk membunuh orang.+ Engkau meminjamkan wang+ dan mengenakan faedah untuk mengaut keuntungan.+ Engkau memeras ugut orang untuk mendapatkan wang. Ya, engkau sudah melupakan Aku sama sekali,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
13 “‘Lihatlah! Aku berasa jijik terhadap engkau kerana engkau mengaut keuntungan secara tidak jujur dan kerana engkau membunuh orang. 14 Adakah engkau akan tetap berani* atau adakah tanganmu akan kekal kuat apabila Aku menghukummu?+ Aku, Yehuwa, telah berfirman dan Aku akan melakukan apa yang telah Aku firmankan. 15 Aku akan mencerai-beraikan engkau dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing,+ dan Aku akan menghentikan perbuatan najis engkau.+ 16 Engkau akan dimalukan di hadapan bangsa-bangsa, dan engkau pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”+
17 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 18 “Anak manusia, bangsa Israel telah menjadi seperti sisa leburan yang tidak berharga di mata-Ku. Mereka seperti tembaga, timah putih, besi, dan timah hitam* yang tersisa selepas perak dimurnikan di dalam relau.+
19 “Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Oleh sebab kamu semua telah menjadi seperti sisa leburan yang tidak bernilai,+ Aku akan mengumpulkan kamu di dalam kota Yerusalem. 20 Sebagaimana orang mengumpulkan perak, tembaga, besi, timah hitam, dan timah putih di dalam relau dan menghembuskan api untuk meleburkannya, demikian juga Aku akan mengumpulkan kamu dengan rasa marah lalu Aku akan menghembuskan api kemarahan-Ku untuk meleburkan kamu.+ 21 Ya, Aku akan mengumpulkan kamu semua dan menghembuskan api kemarahan-Ku+ supaya kamu lebur di dalam kota itu.+ 22 Sebagaimana perak dileburkan di dalam relau, demikian juga kamu akan dileburkan di dalam kota itu. Kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah melampiaskan kemarahan-Ku terhadapmu.’”
23 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 24 “Anak manusia, beritahulah kota itu, ‘Engkau seperti tanah yang kotor, yang tidak mendapat hujan pada hari Tuhan menjatuhkan hukuman. 25 Nabi-nabimu telah berkomplot di dalammu.+ Mereka seperti singa yang mengaum semasa mencabik mangsanya.+ Mereka membunuh orang, merampas harta dan barangan bernilai, serta menyebabkan banyak wanita menjadi balu. 26 Imam-imammu melanggar hukum-Ku,+ dan mereka selalu mencemarkan tempat-tempat suci-Ku.+ Mereka tidak membezakan apa yang suci daripada apa yang tidak suci.+ Mereka tidak mengajarkan perbezaan antara apa yang bersih dengan apa yang najis.+ Mereka enggan menyambut hari-hari Sabat-Ku, dan mereka menghina Aku. 27 Para pemimpinmu seperti serigala yang menerkam mangsanya. Mereka menumpahkan darah dan membunuh orang untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak jujur,+ 28 tetapi nabi-nabimu telah menyembunyikan perbuatan jahat mereka seperti orang menyapu cat putih pada dinding yang rosak. Nabi-nabimu mendapat penglihatan yang palsu dan membuat ramalan+ yang tidak benar. Mereka juga berkata, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,” padahal Yehuwa tidak berfirman kepada mereka. 29 Penduduk negerimu memperdaya orang dan merompak.+ Mereka menindas orang yang miskin dan berkekurangan. Mereka juga memperdaya orang asing dan memperlakukan mereka dengan tidak adil.’
30 “‘Aku mencari seorang lelaki dalam kalangan mereka yang akan membaiki tembok batu, atau yang akan berdiri di hadapan-Ku, di bahagian tembok yang sudah runtuh, supaya negeri itu tidak binasa,+ tetapi Aku tidak menemui seorang pun. 31 Maka Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka dan membinasakan mereka dengan api kemarahan-Ku. Aku akan memperlakukan mereka setimpal dengan perbuatan mereka sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
23 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, ada dua orang wanita yang dilahirkan oleh ibu yang sama.+ 3 Mereka menjadi pelacur di Mesir+ sejak muda lagi. Di situ, buah dada mereka diramas dan di situ jugalah mereka kehilangan keperawanan mereka. 4 Yang kakak bernama Ohola,* dan dia melambangkan Samaria.+ Yang adik pula bernama Oholiba,* dan dia melambangkan Yerusalem. Mereka menjadi milik-Ku dan melahirkan anak-anak bagi-Ku.
5 “Meskipun Ohola milik-Ku, dia menjadi seorang pelacur.+ Dengan penuh berahi, dia mengejar kekasih-kekasihnya,+ iaitu orang Assyria dari negara jiran.+ 6 Mereka ialah para pembesar dan gabenor yang berpakaian biru; pemuda-pemuda tampan yang menunggang kuda. 7 Ohola melacurkan dirinya dengan semua lelaki Assyria yang terbaik, dan dia menajiskan dirinya+ dengan berhala-berhala jijik* milik kekasihnya. 8 Dia tidak henti-henti melacur seperti yang telah dilakukannya di Mesir kerana sejak masa mudanya, orang telah menidurinya dan mengambil keperawanannya. Dengan penuh berahi, mereka mengadakan hubungan seks dengannya.+ 9 Maka Aku menyerahkan dia kepada kekasihnya, iaitu orang Assyria+ yang telah dikejarnya dengan penuh nafsu. 10 Mereka mendedahkan tubuhnya+ dan merampas anak-anaknya+ lalu mereka membunuhnya dengan pedang. Demikianlah mereka menjatuhkan hukuman kepadanya dan dia mendapat nama buruk dalam kalangan wanita yang lain.
11 “Walaupun adiknya Oholiba nampak apa yang telah berlaku, nafsu Oholiba bertambah kuat, malah pelacurannya lebih teruk daripada kakaknya.+ 12 Dengan penuh berahi, dia mengejar orang Assyria.+ Mereka ialah para pembesar dan gabenor yang berpakaian mewah; pemuda-pemuda tampan dari negara jiran yang menunggang kuda. 13 Aku nampak Oholiba menajiskan dirinya, dan Aku sedar bahawa dia mengikut haluan yang sama dengan kakaknya.+ 14 Tetapi pelacurannya bertambah teruk. Dia nampak gambar-gambar lelaki yang diukir pada dinding, iaitu gambar-gambar orang Kasdim yang berwarna merah. 15 Ukiran-ukiran itu menyerupai pahlawan-pahlawan gagah yang memakai tali pinggang dan serban yang berjuntai. Mereka ialah orang Babilon yang lahir di tanah Kasdim. 16 Sebaik sahaja dia nampak ukiran-ukiran itu, nafsunya semakin kuat lalu dia menghantar utusan kepada mereka di Kasdim.+ 17 Orang Babilon asyik datang ke tempat tidurnya. Mereka menodainya dan melakukan hubungan seks dengannya. Setelah dinodai, dia berpaling daripada mereka dengan rasa jijik.
18 “Oleh sebab Oholiba terus melacur dan mendedahkan tubuhnya tanpa rasa malu,+ Aku berpaling daripadanya dengan rasa jijik, seperti yang telah Aku lakukan terhadap kakaknya.+ 19 Dia makin giat melacur,+ malah dia teringat tentang masa mudanya apabila dia melacur di Mesir.+ 20 Dia seperti wanita simpanan yang berahi terhadap kekasih-kekasihnya, iaitu lelaki yang bernafsu kuat seperti keldai atau kuda jantan. 21 Hai Oholiba, engkau ingin melakukan perbuatan maksiat yang pernah engkau lakukan di Mesir.+ Di sana, orang Mesir telah memuaskan nafsumu dengan meraba-raba buah dadamu semasa engkau masih muda.+
22 “Oleh itu, hai Oholiba, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Engkau telah berpaling daripada kekasih-kekasihmu+ dengan jijik, tetapi Aku akan mengumpulkan mereka dari semua arah dan mereka akan melawanmu.+ 23 Ya, Aku akan membawa orang Babilon,+ semua orang Kasdim,+ orang Pekod,+ orang Soa, orang Koa, dan semua orang Assyria kepadamu. Mereka semua ialah pemuda-pemuda tampan, pembesar, gabenor, pahlawan, dan penasihat yang terpilih, yang menunggang kuda. 24 Mereka akan menyerang engkau dengan banyak kereta kuda dan angkatan tentera yang besar. Mereka akan membawa perisai besar, perisai kecil,* dan topi besi semasa mengepungmu. Aku akan membenarkan mereka untuk menghakimimu, dan mereka akan menghakimimu menurut undang-undang mereka sendiri.+ 25 Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadapmu, dan mereka akan memperlakukan engkau dengan kejam. Mereka akan memotong hidung dan telingamu, dan pendudukmu yang masih hidup pula akan dibunuh dengan pedang. Mereka akan menangkap anak-anakmu, dan orang yang terselamat pula akan dibakar dengan api.+ 26 Mereka akan menanggalkan pakaianmu+ dan merampas perhiasanmu yang indah.+ 27 Aku akan menghentikan perbuatan maksiatmu dan pelacuranmu,+ yang engkau lakukan sejak di Mesir.+ Engkau tidak akan memandang mereka lagi, dan engkau tidak akan mengingati Mesir lagi.’
28 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Meskipun engkau telah berpaling daripada mereka dengan rasa jijik dan benci, sekarang Aku akan menyerahkan engkau kepada mereka.+ 29 Mereka akan membenci engkau dan memperlakukan engkau dengan buruk.+ Mereka akan mengambil segala hasil jerih payahmu lalu mendedahkan tubuhmu dan membiarkan engkau bogel. Perbuatan cabulmu, perbuatan maksiatmu, dan pelacuranmu akan didedahkan.+ 30 Semua hal ini akan menimpa engkau kerana engkau mengejar bangsa-bangsa seperti seorang pelacur,+ dan engkau menajiskan dirimu dengan berhala-berhala mereka yang menjijikkan.+ 31 Engkau mengikut jejak kakakmu,+ dan Aku akan meletakkan cawannya ke dalam tanganmu.’+
32 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
‘Engkau akan minum dari cawan kakakmu, cawan yang besar dan dalam.+
Engkau akan menjadi bahan ketawa dan ejekan kerana cawan itu penuh dengan sindiran dan ejekan.+
33 Engkau akan dipenuhi kemabukan dan kesedihan,
Kerana cawan itu berisi ketakutan dan kehancuran.
Ya, itulah cawan kakakmu, Samaria.
34 Engkau akan meminumnya sampai habis+ lalu menggigit-gigit pecahan tembikarnya,
Dan kemudian engkau akan mengelar* buah dadamu.
“Hal ini pasti akan berlaku kerana Aku telah mengatakannya,” firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’
35 “Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kerana engkau telah melupakan Aku dan mengabaikan Aku sama sekali,+ engkau akan menanggung akibat perbuatan maksiatmu dan pelacuranmu.’”
36 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Anak manusia, adakah engkau akan mengumumkan penghakiman atas Ohola dan Oholiba,+ dan mendedahkan perbuatan mereka yang menjijikkan? 37 Mereka berzina*+ dan tangan mereka berlumuran darah. Mereka bukan sekadar berzina dengan patung-patung berhala yang menjijikkan, tetapi mereka juga telah mengambil anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh mereka untuk-Ku lalu membakar anak-anak itu di dalam api. Ya, mereka membakar anak-anak itu di dalam api* sebagai makanan untuk patung-patung berhala mereka.+ 38 Selain itu, mereka juga melakukan hal ini terhadap Aku: Mereka menajiskan tempat suci-Ku pada hari itu, dan mencemarkan hari-hari Sabat-Ku. 39 Mereka membunuh anak-anak lelaki mereka untuk dipersembahkan sebagai korban kepada berhala-berhala yang menjijikkan.+ Kemudian pada hari itu juga, mereka masuk ke tempat suci-Ku dan menajiskannya.+ Itulah apa yang dilakukan oleh mereka di dalam Rumah-Ku. 40 Mereka bahkan menghantar utusan untuk menjemput orang dari tempat yang jauh.+ Hai Oholiba, apabila orang yang dijemput itu datang, engkau mandi, memakai celak mata, dan mengenakan perhiasan pada dirimu.+ 41 Engkau duduk di atas kerusi panjang yang indah,+ di hadapan sebuah meja,+ dan engkau meletakkan minyak+ dan kemenyan+ Aku di atas meja itu. 42 Suara sekumpulan lelaki yang bersuka ria kedengaran di situ, dan dalam kalangan mereka, terdapat beberapa orang pemabuk yang datang dari padang belantara. Mereka memakaikan gelang pada tangan wanita-wanita itu, dan mengenakan mahkota yang cantik pada kepala mereka.
43 “Berkenaan wanita itu yang sudah letih kerana perzinaan, Aku berfirman, ‘Sekarang dia akan terus melacurkan diri.’ 44 Mereka pergi kepadanya berkali-kali seperti seseorang pergi kepada pelacur. Demikianlah mereka pergi kepada Ohola dan Oholiba, dua orang wanita yang melakukan maksiat itu. 45 Tetapi lelaki yang baik akan menghakimi mereka, dan mereka akan menerima hukuman yang setimpal dengan perzinaan+ dan pembunuhan+ yang telah dilakukan oleh mereka. Mereka telah berzina dan tangan mereka berlumuran dengan darah.+
46 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Mereka akan diserang oleh sebuah pasukan tentera. Barangan mereka akan dijarah, dan sesiapa sahaja yang nampak mereka akan menjadi takut.+ 47 Pasukan tentera itu akan merejam mereka dengan batu,+ membunuh mereka dengan pedang, membunuh anak-anak mereka,+ dan membakar rumah mereka dengan api.+ 48 Aku akan menghentikan perbuatan maksiat di negeri itu. Semua wanita akan mendapat pengajaran daripada kamu dan mereka tidak akan mengikut kamu melakukan maksiat.+ 49 Kamu akan merasai akibat daripada perbuatan maksiatmu dan akibat daripada dosa yang telah kamu lakukan dengan berhala-berhala yang menjijikkan. Demikianlah kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”+
24 Pada hari ke-10, bulan ke-10, tahun ke-9, Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, catatkanlah tarikh hari ini, kerana pada hari inilah raja Babilon mula menyerang Yerusalem.+ 3 Ceritakanlah sebuah perumpamaan tentang bangsa yang suka memberontak itu. Katakanlah,
“‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Ambillah sebuah periuk,* lalu letakkanlah periuk itu di atas api dan tuangkanlah air ke dalam periuk itu.+
4 Masukkanlah potongan daging yang terbaik ke dalamnya.+
Ya, masukkanlah daging bahagian paha dan bahu, lalu penuhilah periuk itu dengan tulang-tulang yang terbaik.
5 Susunlah kayu di bawah periuk itu, dan pilihlah biri-biri yang terbaik daripada kawanan.+
Rebuslah daging biri-biri itu dengan tulang-tulangnya sekali.”’
6 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
‘Malanglah kota yang penuh dengan hutang darah!+ Kota itu bagaikan periuk berkarat, yang karatnya belum ditanggalkan.
Keluarkanlah daging di dalam periuk itu sepotong demi sepotong;+ jangan pilih* potongan mana yang harus dikeluarkan.
7 Darah yang telah ditumpahkan oleh kota itu masih ada di dalamnya,+ dan darah itu dicurahkan ke atas batu yang gondol.
Darah itu tidak dicurahkan ke tanah supaya ditutupi dengan tanah.+
8 Ya, darah itu akan dibiarkan terdedah.
Aku akan membiarkan darah itu di atas batu yang licin dan gondol itu,
Untuk membangkitkan kemarahan dan menuntut pembalasan.’+
9 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
‘Malanglah kota yang penuh dengan hutang darah itu!+
Aku akan mengumpulkan lebih banyak kayu api.
10 Tambahlah kayu api, dan kipaslah api itu!
Rebuslah daging itu sehingga semuanya hancur, buanglah kuahnya, dan biarlah tulang-tulangnya hangus.
11 Letakkanlah periuk tembaga yang kosong itu di atas bara api, dan biarkanlah periuk itu menjadi panas,
Sehingga periuk itu menjadi merah membara.
Biarlah kotoran di dalam periuk itu dileburkan,+ dan biarlah karatnya hilang.
12 Periuk itu menyusahkan dan memenatkan orang,
Kerana bukan semua karatnya akan hilang!+
Maka buanglah periuk yang berkarat itu ke dalam api!’
13 “‘Engkau menjadi najis kerana perbuatan maksiatmu.+ Aku mencuba membersihkan engkau, tetapi engkau enggan dibersihkan. Engkau tidak akan bersih semula sehingga engkau merasai kemurkaan-Ku.+ 14 Aku, Yehuwa, telah berfirman, dan hal ini pasti akan berlaku. Aku akan bertindak, Aku tidak akan menahan diri, Aku tidak akan menyesal dan berasa sedih.+ Mereka akan menghakimi engkau setimpal dengan tindakan dan perbuatanmu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
15 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 16 “Anak manusia, dalam sekelip mata, Aku akan meragut nyawa orang yang engkau kasihi.+ Tetapi engkau tidak boleh berkabung* atau meratap atau menitiskan air mata. 17 Mengeluhlah dengan diam-diam, dan jangan mengadakan upacara perkabungan.+ Ikatlah serbanmu+ dan pakailah seliparmu.+ Janganlah tutup mulutmu*+ atau makan roti yang diberikan oleh orang lain kepadamu.”+
18 Pada waktu pagi, aku bercakap dengan bangsa itu, dan pada waktu malam, isteriku meninggal. Pada pagi berikutnya, aku melakukan apa yang diperintahkan kepadaku. 19 Maka orang berkata kepadaku, “Adakah hal-hal yang kamu lakukan ini berkaitan dengan kami? Beritahulah kami.” 20 Aku menjawab mereka, “Yehuwa telah berfirman kepadaku, 21 ‘Beritahulah bangsa Israel, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan mencemarkan tempat suci-Ku,+ iaitu tempat yang kamu bangga-banggakan, tempat yang kamu kasihi dan hargai. Anak-anak yang telah kamu tinggalkan akan dibunuh dengan pedang.+ 22 Kemudian kamu akan melakukan apa yang dilakukan oleh Yehezkiel. Kamu tidak akan menutup mulut* kamu, dan kamu tidak akan makan roti yang diberikan oleh orang lain.+ 23 Kamu akan mengikat serban di atas kepalamu dan memakai selipar di kakimu. Kamu tidak akan berkabung atau meratap. Sebaliknya, kamu akan menderita* kerana dosa-dosa kamu,+ dan kamu akan mengeluh kepada satu sama lain. 24 Yehezkiel akan menjadi tanda bagi kamu.+ Kamu akan melakukan apa yang telah dilakukannya. Apabila hal-hal ini terjadi, kamu pasti akan tahu bahawa Akulah, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.’”’”
25 “Anak manusia, Aku akan merampas anak-anak mereka dan kubu mereka, iaitu tempat indah yang menggembirakan hati mereka, tempat yang dikasihi dan dihargai oleh mereka. Pada hari itu,+ 26 engkau akan mendapat tahu tentangnya daripada seseorang yang berjaya menyelamatkan diri.+ 27 Pada hari itu juga, engkau tidak akan membisu lagi. Engkau akan membuka mulutmu dan bercakap kepada orang itu.+ Engkau akan menjadi tanda bagi mereka, dan mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”
25 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah orang Ammon,+ dan bernubuatlah kepada mereka.+ 3 Berkenaan mereka, engkau harus berkata, ‘Dengarlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Sewaktu tempat suci-Ku dicemari, sewaktu negeri Israel menjadi gersang, dan sewaktu bangsa Yehuda dibuang negeri, kamu telah berkata ‘Baguslah!’ 4 Oleh itu, Aku akan menyerahkan kamu ke dalam tangan penduduk daerah Timur, dan kamu akan menjadi milik mereka. Mereka akan mendirikan khemah dan membina petempatan di negeri kamu. Mereka akan makan hasil tanah kamu dan minum susu ternakan kamu. 5 Kota Raba+ akan Aku jadikan tempat menggembala unta dan negeri orang Ammon akan Aku jadikan tempat rehat bagi ternakan, supaya kamu tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”
6 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kamu telah menghina negeri Israel dengan bertepuk tangan,+ menghentakkan kaki, dan bersukacita atas apa yang telah menimpa mereka.+ 7 Oleh itu, Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerahkan kamu kepada bangsa-bangsa yang akan menjarah segala milik kamu. Aku akan membinasakan kamu sehingga bangsa kamu lenyap dan kamu tidak mempunyai negeri sendiri.+ Aku akan memusnahkan kamu, dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
8 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Kerana orang Moab+ dan Seir+ telah berkata, “Lihatlah! Bangsa Yehuda sama seperti bangsa-bangsa yang lain,” 9 Aku akan membiarkan musuh menyerang kota-kota di sempadan* Moab, termasuk kota-kota yang terbaik, iaitu Bet-yesimot, Baal-meon, dan bahkan Kiryataim.+ 10 Aku akan menyerahkan Moab dan Ammon kepada penduduk daerah Timur,+ dan orang Ammon tidak akan diingati lagi oleh bangsa-bangsa lain.+ 11 Aku juga akan melaksanakan penghakiman-Ku terhadap Moab,+ dan mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
12 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Edom telah membalas dendam terhadap bangsa Yehuda, dan perbuatan mereka itu ialah dosa yang besar.+ 13 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku juga akan menghulurkan tangan-Ku untuk memusnahkan Edom. Aku akan membunuh orang Edom dan ternakan mereka, supaya negeri mereka menjadi gersang.+ Penduduk mereka dari Teman sampai ke Dedan akan dibunuh dengan pedang.+ 14 ‘Aku akan menggunakan umat-Ku Israel untuk melakukan pembalasan terhadap Edom.+ Mereka akan membuat Edom merasai kemarahan-Ku dan kemurkaan-Ku, dan Edom akan tahu bagaimana rasanya apabila Aku melakukan pembalasan,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’
15 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Orang Filistin selalu memusuhi Israel. Orang Filistin membenci mereka, dan mencari peluang untuk membalas dendam dan memusnahkan mereka.+ 16 Oleh itu, Aku Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menyerang orang Filistin.+ Aku akan memusnahkan orang Kreti+ dan membinasakan setiap orang yang masih hidup di persisiran pantai.+ 17 Aku akan melakukan pembalasan terhadap mereka dan menghukum mereka dengan marah. Apabila mereka merasai pembalasan-Ku, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”
26 Pada hari pertama tahun ke-11, Yehuwa berfirman kepadaku, 2 “Anak manusia, Tirus telah berkata tentang Yerusalem,+ ‘Kini pintu gerbang bangsa-bangsa sudah musnah!+ Baguslah! Inilah peluang keemasan aku. Aku akan menjadi kaya!’ 3 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat berfirman, ‘Hai Tirus, Aku akan menentang engkau. Aku akan membawa banyak bangsa untuk menyerang engkau. Mereka akan datang seperti ombak yang tidak henti-henti. 4 Mereka akan merobohkan tembokmu dan memusnahkan menara-menaramu.+ Aku akan mengikis tanahmu dan menjadikan engkau sebuah batu yang gondol dan licin. 5 Engkau akan menjadi seperti tempat di tengah laut yang digunakan untuk menjemur jala.’+
“‘Memandangkan Aku telah mengatakannya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘engkau pasti akan dijarah oleh bangsa-bangsa. 6 Pendudukmu yang tinggal di desa akan dibunuh dengan pedang, dan orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
7 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Hai Tirus, Aku akan menyuruh Raja Nebukadnezar* dari Babilon untuk menyerang engkau dari arah utara.+ Raja yang agung+ itu akan datang dengan kuda-kuda,+ kereta kuda,+ pasukan berkuda, dan angkatan tentera yang sangat besar. 8 Dengan pedang, dia akan membinasakan pendudukmu yang tinggal di desa. Dia akan membina sebuah tembok, membuat timbunan tanah, dan menyusun perisai untuk melawan engkau. 9 Dia akan memecahkan tembok engkau dengan kayu pelantaknya,* dan merobohkan menara-menara engkau dengan kapaknya.* 10 Dia akan membawa kuda yang sangat banyak sehingga engkau akan ditutupi debu. Apabila dia memasuki pintu gerbangmu, bunyi deruman pasukan berkudanya, kereta-kereta kudanya, dan roda-rodanya akan menyebabkan tembok kotamu bergoncang. Mereka seperti pasukan tentera yang menyerbu kota yang temboknya telah runtuh. 11 Kaki kuda-kudanya akan memijak-mijak semua jalanmu.+ Dia akan membunuh pendudukmu dengan pedang, dan semua tiangmu yang besar akan dijatuhkan. 12 Mereka akan merampas harta milikmu, menjarah semua barang niagamu,+ merobohkan tembok-tembokmu, dan menghancurkan rumah-rumah mewahmu. Kemudian mereka akan membuang batu, kayu, dan tanahmu ke dalam air.’
13 “‘Aku akan menghentikan nyanyianmu, dan bunyi kecapimu tidak akan kedengaran lagi.+ 14 Engkau akan menjadi seperti sebuah batu yang licin dan gondol, dan engkau akan menjadi tempat untuk menjemur jala.+ Engkau tidak akan dibina semula lagi kerana Aku, Yehuwa, telah mengatakannya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
15 “Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada Tirus, ‘Bukankah pulau-pulau akan menggigil apabila mereka mendengar bunyi kejatuhanmu, apabila orang dibunuh di dalammu, dan apabila orang yang hampir mati mengeluh?+ 16 Semua pemimpin laut akan turun dari takhta mereka lalu menanggalkan pakaian yang bersulam dan jubah* mereka. Mereka akan menggigil ketakutan. Mereka akan duduk di tanah dan memandangmu dengan terkejut sehingga mereka tidak henti-henti menggigil.+ 17 Mereka akan menyanyikan lagu ratapan+ bagimu. Inilah lagu mereka:
“Wahai kota yang terpuji, dahulu engkau dan pendudukmu menguasai laut,+
Dan engkau menakutkan semua penduduk bumi!
Tetapi kini engkau sudah musnah+ dan tidak lagi didiami oleh orang dari laut.
18 Pulau-pulau akan menggigil ketakutan pada hari kejatuhanmu,
Pulau-pulau di laut akan gelisah apabila engkau sudah tiada.”’+
19 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan memusnahkan engkau dan menjadikan engkau seperti kota yang tidak berpenduduk, dan Aku akan menutupi engkau dengan air yang banyak sehingga engkau tenggelam.+ Pada masa itu, 20 Aku akan membawa engkau bersama orang lain ke kuburan, iaitu ke tempat orang yang telah mati pada zaman dahulukala. Engkau akan tinggal di tempat yang paling dalam bersama orang yang turun ke kuburan.+ Tempat itu seperti tempat-tempat yang telah lama dimusnahkan, dan engkau tidak akan didiami. Kemudian Aku akan memuliakan* tempat tinggal orang yang hidup.
21 “‘Aku akan membawa malapetaka kepada engkau secara tiba-tiba, dan engkau akan lenyap.+ Orang akan mencari-cari engkau, tetapi engkau tidak akan ditemui lagi,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
27 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan bagi Tirus.+ 3 Katakanlah kepada Tirus,
‘Engkau yang tinggal di pintu masuk laut,
Dan yang menjadi pedagang kepada orang dari pulau-pulau,
Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Wahai Tirus, engkau telah berkata, ‘Keindahanku sungguh sempurna.’+
4 Kawasan-kawasanmu terletak di tengah-tengah laut,
Dan pembinamu telah menyempurnakan keindahanmu.
5 Mereka membuat papan-papanmu daripada pokok juniper dari Senir,+
Dan membuat tiang layarmu daripada pokok sedar dari Lebanon.
6 Mereka membuat dayung-dayungmu daripada pokok oak dari Basan,
Dan bahagian depan kapalmu diperbuat daripada kayu* yang dihiasi gading dari kepulauan Kitim.+
7 Layarmu diperbuat daripada kain linen yang berwarna-warni dari Mesir,
Dan tendamu* diperbuat daripada benang biru dan kain bulu berwarna ungu dari kepulauan Elishah.+
8 Penduduk Sidon dan Arwad+ menjadi pendayung kapal-kapalmu.
Wahai Tirus, pendudukmu yang cekap menjadi anak-anak kapalmu.+
9 Orang Gebal+ yang mahir dan berpengalaman menutup celah-celah pada kapalmu.+
Semua pelaut dan kapal mereka datang kepadamu untuk berdagang.
10 Orang Persia, Lud, dan Put+ menjadi tentera dalam angkatan perangmu.
Mereka menggantungkan perisai dan topi besi mereka padamu, dan menambahkan kemuliaanmu.
11 Orang Arwad dalam angkatan tenteramu ditugaskan di atas tembok di sekelilingmu,
Dan pahlawan yang gagah berkawal di menara-menaramu.
Mereka menggantungkan perisai bulat di sekeliling tembokmu,
Dan menyempurnakan keindahanmu.
12 “‘“Tarsis+ berdagang denganmu kerana kekayaanmu yang berlimpah-limpah.+ Mereka memberikan perak, besi, timah putih, dan timah hitam sebagai tukaran untuk barang-barangmu.+ 13 Yawan, Tubal,+ dan Mesekh+ berdagang denganmu. Mereka memberikan hamba-hamba+ dan barangan tembaga sebagai tukaran untuk barang niagamu. 14 Keturunan Togarma+ memberikan kuda, kuda tunggangan, dan baghal sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 15 Orang Dedan+ berdagang denganmu. Pedagang dari pulau-pulau bekerja untukmu. Mereka memberikan gading+ dan kayu hitam kepadamu sebagai ufti. 16 Edom berniaga denganmu kerana barang-barangmu banyak sekali. Mereka memberikan batu firus, kain bulu yang berwarna ungu, sulaman yang berwarna-warni, kain yang bermutu tinggi, batu karang, dan batu delima sebagai tukaran untuk barang-barangmu.
17 “‘“Yehuda dan negeri Israel berdagang denganmu. Mereka memberikan gandum dari Minit,+ makanan yang terbaik, madu,+ minyak, dan balsam*+ sebagai tukaran untuk barang-barangmu.+
18 “‘“Damsyik+ berniaga denganmu kerana barang-barangmu dan kekayaanmu sangat banyak. Mereka memberikan wain dari Helbon dan kain bulu dari Zahar* sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 19 Wedan dan Yawan dari Uzal membawa besi tempa, kulit kayu,* dan rotan* sebagai tukaran untuk barang-barangmu. 20 Dedan+ memberikan kain-kain pelana* kepadamu sebagai barang tukaran. 21 Orang Arab dan semua pemimpin Kedar,+ yang berjual beli anak biri-biri, biri-biri jantan, dan kambing, bekerja untukmu.+ 22 Para pedagang dari Syeba dan Raamah+ berdagang denganmu. Mereka memberikan pelbagai jenis minyak wangi yang bermutu tinggi, batu-batu berharga, dan emas sebagai tukaran untuk barang-barangmu.+ 23 Orang Haran,+ orang Kane, orang Eden,+ para pedagang dari Syeba,+ orang Asyur,+ dan orang Kilmad juga berdagang denganmu. 24 Di pasar-pasarmu, mereka berdagang pakaian yang cantik, jubah yang diperbuat daripada kain biru dan kain sulaman yang berwarna-warni, dan permaidani beraneka warna, yang diikat dengan tali-tali.
25 Kapal-kapal Tarsis+ mengangkut barang daganganmu.
Engkau menjadi penuh dengan muatan berat di tengah-tengah laut.
26 Para pendayung kapalmu telah membawa engkau ke tengah lautan;
Angin timur telah memukulmu dan menghancurkanmu di tengah-tengah laut.
27 Kekayaanmu, baranganmu, barang niagamu, anak kapalmu, pelautmu,
Orang yang menutup celah-celah kapalmu, para pedagangmu,+ dan semua tenteramu,+
Ya, semua yang ada di dalammu,
Akan tenggelam di tengah-tengah laut pada hari kejatuhanmu.+
28 Apabila anak-anak kapalmu berteriak, persisiran pantai akan menggigil ketakutan.
29 Semua pendayung kapal, pelaut, dan kelasi
Akan turun dari kapal mereka dan naik ke darat.
30 Sambil menaburkan debu pada kepala dan berguling dalam abu,
Mereka menangis dengan kuat dan meratapimu.+
31 Mereka akan membotakkan kepala dan memakai kain guni;
Mereka akan menangis dengan pilu dan meraung-raung dengan kuat.
32 Mereka akan menyanyikan lagu ratapan dan berkata berulang kali,
‘Siapakah seperti Tirus, yang kini membisu di tengah laut?+
33 Apabila barang niagamu datang dari laut, engkau memuaskan hati ramai orang.+
Kekayaanmu yang melimpah dan barang niagamu memperkaya raja-raja di bumi.+
34 Tetapi kini engkau sudah hancur di tengah lautan yang dalam,+
Dan semua barang niagamu dan orangmu sudah tenggelam bersama-samamu.+
35 Semua penduduk pulau akan terperanjat apabila mereka memandangmu,+
Dan raja-raja mereka akan menggigil ketakutan;+ rasa ngeri terpapar pada wajah mereka.
36 Para pedagang dalam kalangan bangsa-bangsa akan bersiul atas apa yang telah menimpa engkau.
Kesudahanmu yang dahsyat akan datang secara tiba-tiba,
Dan engkau akan lenyap buat selama-lamanya.’”’”+
28 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, beritahulah pemimpin Tirus, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Kerana hatimu angkuh,+ engkau asyik berkata, ‘Aku tuhan.
Aku duduk di atas takhta tuhan di tengah-tengah laut.’+
Tetapi engkau hanya manusia, bukan tuhan,
Meskipun engkau menganggap dirimu sebagai tuhan.
3 Lihatlah! Engkau sangka engkau lebih bijak daripada Daniel,+
Dan mengetahui segala rahsia.
4 Kebijaksanaanmu dan pengertianmu telah membuat engkau kaya,
Dan engkau terus mengumpulkan emas dan perak ke dalam tempat penyimpanan hartamu.+
5 Engkau menjadi sangat kaya kerana engkau pandai berniaga,+
Lalu hatimu menjadi angkuh kerana kekayaanmu.”’
6 “‘Oleh itu, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Kerana engkau menganggap dirimu sebagai tuhan,
7 Aku akan mengirim orang asing, iaitu bangsa yang paling kejam, untuk menyerangmu.+
Mereka akan menghunuskan pedang dan memusnahkan segala milikmu yang cantik yang engkau peroleh dengan kebijaksanaanmu,
Dan mereka akan mencemari kemuliaanmu.+
8 Mereka akan membawa engkau ke dalam lubang kubur,
Dan engkau akan mati di tengah-tengah laut dengan penuh sengsara.+
9 Adakah engkau masih akan berkata, ‘Aku tuhan,’ kepada orang yang membunuhmu?
Di hadapan orang yang mencemarimu, engkau hanya manusia dan bukannya tuhan.”’
10 ‘Engkau akan dibunuh oleh orang asing dan mati seperti orang yang tidak bersunat,
Kerana Aku telah mengatakannya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
11 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 12 “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan kepada raja Tirus. Beritahulah dia, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Engkau pernah menjadi contoh kesempurnaan.
Engkau penuh dengan kebijaksanaan,+ dan keindahanmu sungguh sempurna.+
13 Engkau berada di Eden, di taman Tuhan.
Engkau dihiasi dengan segala jenis batu berharga:
Batu delima, batu topaz, dan batu jasper; batu krisolit, batu oniks, dan batu jed; batu nilam, batu firus,+ dan batu zamrud.
Batu-batu itu ditatah pada emas.
Semua itu disediakan untukmu pada hari engkau diciptakan.
14 Aku melantik engkau untuk menjadi kerub yang berkawal.
Engkau berada di atas gunung suci Tuhan,+ dan engkau berjalan di antara batu-batu berapi.
15 Segala haluanmu tidak bercela sejak hari engkau diciptakan
Sehingga engkau mula berbuat jahat.+
Kerana engkau tidak suci, Aku akan mengusirmu dari gunung Tuhan lalu memusnahkanmu.+
Wahai kerub yang berkawal, Aku akan mengusirmu dari batu-batu berapi itu!
17 Hatimu menjadi angkuh kerana kecantikanmu.+
Kebijaksanaanmu lesap kerana kemuliaanmu.+
Aku akan melemparkan engkau ke bumi.+
Aku akan menjadikan engkau bahan tontonan raja-raja.
18 Engkau telah mencemari tempat-tempat sucimu kerana engkau melakukan dosa besar dan berniaga secara tidak jujur.
Aku akan menyalakan api di tengah-tengahmu, dan engkau akan habis dijilat api.+
Aku akan menyebabkan engkau menjadi abu di atas bumi, di hadapan semua orang yang melihatmu.
19 Orang daripada bangsa-bangsa lain yang mengenalimu akan melihatmu dengan rasa terkejut.+
Kesudahanmu yang dahsyat akan datang secara tiba-tiba,
Dan engkau akan lenyap buat selama-lamanya.”’”+
20 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 21 “Anak manusia, pandanglah ke arah Sidon+ dan bernubuatlah kepadanya. 22 Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Wahai Sidon, Aku akan dimuliakan di tengah-tengahmu apabila Aku melawanmu.
Ya, orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku menghakimimu dan apabila Aku disucikan di tengah-tengahmu.
23 Aku akan mendatangkan wabak penyakit atasmu dan darah akan mengalir di jalan-jalanmu.
Pedang akan menyerangmu dari semua arah, dan orang yang tinggal di dalammu akan mati.
Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+
24 “‘“Kemudian bangsa Israel tidak akan lagi dikelilingi oleh orang yang menghina mereka, yang bagaikan duri atau belukar berduri yang asyik menusuk mereka,+ dan orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’
25 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Walaupun bangsa Israel tercerai-berai antara bangsa-bangsa lain,+ Aku akan mengumpulkan mereka semula. Dengan demikian, Aku akan menyatakan kesucian-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain.+ Mereka akan tinggal di tanah mereka,+ iaitu tanah yang telah Aku berikan kepada hamba-Ku Yakub.+ 26 Mereka akan tinggal di sana dengan aman.+ Mereka akan membina rumah-rumah dan mengusahakan ladang-ladang anggur.+ Mereka akan hidup dengan aman apabila Aku menghakimi semua bangsa di sekeliling mereka yang telah menghina mereka.+ Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka.”’”
29 Pada hari ke-12, bulan ke-10, tahun ke-10, Yehuwa berfirman kepadaku, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah Firaun, raja Mesir, dan bernubuatlah tentang raja itu dan tentang seluruh Mesir.+ 3 Sampaikanlah kata-kata berikut: ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Hai Firaun, raja Mesir, Aku akan melawan engkau.+
Engkau ialah raksasa laut yang berkubang di saluran air Sungai Nil,*+
Engkau telah berkata, ‘Sungai Nil milikku.
Akulah yang telah membuat sungai ini untuk diriku.’+
4 Tetapi Aku akan memasang cangkuk pada rahangmu dan membuat ikan-ikan Sungai Nil melekat pada sisikmu.
Aku akan mengheret engkau dari Sungai Nil bersama semua ikan yang melekat pada sisikmu.
5 Aku akan meninggalkan engkau di padang gurun bersama semua ikan dari Sungai Nil.
Engkau akan mati di situ. Mayatmu akan dibiarkan di situ dan tidak akan dikebumikan.+
Aku akan membiarkan engkau dimakan binatang liar di bumi dan burung di langit.+
6 Maka semua penduduk Mesir pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,
Kerana mereka hanyalah seperti jerami yang tidak dapat menyokong bangsa Israel lagi.+
7 Apabila orang memegang tanganmu, engkau hancur remuk,
Dan menyebabkan bahu mereka tercedera.
Apabila orang bersandar padamu, engkau patah,
Dan menyebabkan kaki mereka terketar-ketar.”+
8 “‘Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku akan menyerang engkau dengan pedang,+ dan Aku akan membunuh pendudukmu dan ternakanmu. 9 Negeri Mesir akan menjadi tanah yang tandus dan terbiar.+ Maka mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa kerana engkau* telah berkata, ‘Sungai Nil milikku. Akulah yang telah membuat sungai ini.’+ 10 Aku akan melawan engkau dan Sungai Nil. Aku akan menyebabkan negeri Mesir menjadi tanah terbiar yang tandus dan gersang,+ dari Migdol+ sampai ke Sieni,+ bahkan sampai ke sempadan Etiopia.* 11 Baik manusia mahupun ternakan tidak akan berjalan melaluinya,+ dan tempat itu tidak akan diduduki selama 40 tahun. 12 Aku akan menjadikan Mesir tanah yang paling tandus, dan kota-kotanya akan menjadi kota yang paling lengang selama 40 tahun.+ Aku akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.”+
13 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Selepas 40 tahun, Aku akan mengumpulkan orang Mesir yang tercerai-berai antara bangsa-bangsa lain.+ 14 Aku akan membawa orang Mesir yang telah ditawan itu ke tanah Patros,+ iaitu negeri asal mereka. Di situ, mereka akan menjadi sebuah kerajaan yang lemah. 15 Mesir akan menjadi kerajaan yang lebih kecil daripada kerajaan-kerajaan lain, dan mereka tidak lagi dapat menguasai bangsa-bangsa lain.+ Aku akan menjadikan mereka begitu lemah sehingga mereka tidak dapat menakluki bangsa-bangsa lain.+ 16 Bangsa Israel tidak akan meminta bantuan daripada Mesir lagi.+ Apabila mereka mengingat apa yang berlaku kepada orang Mesir, mereka akan sedar betapa salahnya mereka kerana mereka telah bergantung pada pertolongan orang Mesir. Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’”
17 Pada hari pertama, bulan pertama, tahun ke-27, Yehuwa berfirman kepadaku, 18 “Anak manusia, Raja Nebukadnezar+ dari Babilon telah menyerang Tirus.+ Dia menyuruh askarnya bekerja keras sehingga kepala mereka menjadi botak dan bahu mereka melecet. Tetapi dia dan tenteranya tidak menerima upah atas usaha yang telah dicurahkannya untuk melawan Tirus.
19 “Maka Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, ‘Aku akan memberikan negeri Mesir kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Raja itu akan mengambil kekayaan negeri itu dan merampas segala hartanya sebagai upah untuk tenteranya.’
20 “‘Raja itu telah menyerang Tirus, maka Aku akan memberikan negeri Mesir kepadanya sebagai upah kerana mereka telah bertindak bagi pihak-Ku,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
21 “Pada hari itu, Aku akan membuat sebatang tanduk bertumbuh dari bangsa Israel,*+ dan Aku akan memberi engkau peluang untuk bercakap dalam kalangan mereka. Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”
30 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Merataplah begini: ‘Aduhai, hari itu sudah dekat!’
3 Ya, hari itu sudah dekat. Hari Yehuwa sudah dekat!+
Pada hari itu, awan gelap akan kelihatan.+ Itulah waktu yang ditentukan untuk bangsa-bangsa.+
4 Sebilah pedang akan menyerang Mesir, dan apabila orang Mesir dibunuh, Etiopia* akan menjadi huru-hara;
Kekayaannya akan dirampas dan asasnya akan dibinasakan.+
5 Etiopia,+ Put,+ Lud, dan bangsa-bangsa lain,
Serta Khub, dan keturunan dari tanah yang telah dijanjikan,*
Semuanya akan mati dibunuh pedang.”’
6 Inilah firman Yehuwa:
‘Para penyokong Mesir juga akan dibunuh.
Kuasa yang menjadi kebanggaan Mesir akan ditumpaskan.’+
“‘Di negeri itu, iaitu dari Migdol+ sampai ke Sieni,+ mereka akan dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 7 ‘Negeri itu akan menjadi tanah yang paling tandus, dan kota-kotanya akan menjadi kota yang paling hancur.+ 8 Setelah Aku membakar Mesir dan menghancurkan semua sekutunya, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 9 Pada hari itu, Aku akan mengirim para utusan dengan kapal-kapal untuk menakutkan orang Etiopia, yang terlalu yakin kepada diri sendiri. Mereka akan menjadi cemas pada hari malapetaka menimpa Mesir. Ya, hari itu pasti akan datang.’
10 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan menggunakan Raja Nebukadnezar dari Babilon untuk menghapuskan orang ramai di Mesir.+ 11 Raja itu dan angkatan tenteranya, iaitu tentera yang paling ganas,+ akan datang dan memusnahkan Mesir. Mereka akan menghunuskan pedang mereka dan menyerang Mesir sehingga tanah itu penuh dengan mayat.+ 12 Aku akan mengeringkan tali-tali air Sungai Nil+ dan menjual negeri itu kepada orang yang jahat. Aku akan menggunakan orang asing untuk membuat negeri itu dan segala isinya menjadi tandus.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.’
13 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku juga akan menghapuskan patung-patung berhala yang menjijikkan* dan melenyapkan tuhan-tuhan Nof*+ yang tidak berguna. Tidak akan ada lagi pemimpin dari Mesir, dan Aku akan memenuhi negeri Mesir dengan ketakutan.+ 14 Aku akan membuat Patros+ menjadi tanah gersang, membakar Zoan, dan menghukum No.*+ 15 Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap Sin, iaitu kubu pertahanan Mesir, dan membinasakan penduduk No. 16 Aku akan membakar Mesir, dan Sin akan dicengkam perasaan takut. No akan dicerobohi dan Nof* akan diserang ketika hari masih terang. 17 Pemuda-pemuda On* dan Pibeset akan dibunuh dengan pedang, dan kota-kota itu akan ditawan. 18 Di Tehafnehes, hari akan menjadi gelap apabila Aku mematahkan kuk* Mesir di sana.+ Kuasa yang menjadi kebanggaannya akan ditumpaskan,+ awan-awan gelap akan menyelubunginya, dan pekan-pekannya akan ditawan.+ 19 Aku akan mengadili Mesir, lalu mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”
20 Pada hari ketujuh, bulan pertama, tahun ke-11, Yehuwa berfirman kepadaku, 21 “Anak manusia, Aku telah mematahkan lengan Firaun, raja Mesir. Tiada sesiapa pun yang akan membalut lengannya agar pulih dan kuat semula untuk memegang pedang.”
22 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan melawan Firaun, raja Mesir.+ Aku akan mematahkan kedua-dua lengannya, baik lengan yang masih kuat mahupun lengan yang telah patah itu.+ Aku akan menyebabkan tangannya tidak dapat memegang pedang.+ 23 Kemudian Aku akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ 24 Selepas itu, Aku akan menguatkan lengan raja Babilon+ dan meletakkan pedang-Ku di tangannya.+ Tetapi Aku akan mematahkan lengan Firaun, dan dia akan mengerang dengan kuat di hadapannya,* seperti orang yang hampir mati. 25 Aku akan menguatkan lengan raja Babilon, tetapi lengan Firaun akan menjadi lemah. Aku akan meletakkan pedang-Ku di tangan raja Babilon dan dia akan menyerang Mesir dengan pedang itu. Dengan demikian, mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 26 Aku juga akan mencerai-beraikan orang Mesir dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ Maka mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”
31 Pada hari pertama, bulan ketiga, tahun ke-11, Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, katakanlah kepada Firaun, raja Mesir, dan semua orang,+
‘Siapakah yang dapat menandingi keunggulan kamu?
3 Kamu seperti orang Assyria. Kamu juga seperti pokok sedar di Lebanon,
Yang tinggi, yang dipenuhi dahan-dahan yang indah,
Dan yang puncaknya mencapai awan.
4 Air yang banyak membuat pokok itu bertumbuh besar; mata air yang dalam membuatnya bertumbuh tinggi.
Aliran-aliran air mengelilingi tempat pokok itu ditanam,
Dan saluran-salurannya mengairi semua pokok di padang.
5 Itulah sebabnya pokok itu lebih tinggi daripada semua pokok di padang.
Dahannya bertambah banyak dan rantingnya bertumbuh panjang,
Kerana diairi dengan air yang melimpah.
6 Semua burung di langit membuat sarang pada dahannya,
Semua binatang liar di padang melahirkan anak di bawah cabang-cabangnya,
Dan semua bangsa yang besar hidup di bawah naungannya.
7 Pokok itu sangat mengagumkan, indah, dan dahannya panjang.
Akarnya menembus jauh ke bawah tanah untuk mencapai sumber air yang melimpah.
8 Tiada pokok sedar yang lain di dalam taman Tuhan+ yang dapat menandinginya.
Tiada pokok juniper yang mempunyai dahan seperti dahannya,
Dan tiada pokok platanus yang dapat menandingi dahannya.
Tiada pokok lain di dalam taman Tuhan yang dapat menandingi keindahannya.
9 Aku menjadikannya indah dan rimbun.
Semua pokok di Eden, iaitu taman Tuhan yang benar, iri hati terhadapnya.’
10 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Oleh sebab pokok itu* menjadi begitu tinggi sehingga puncaknya mencapai awan, hatinya mula menjadi angkuh kerana ketinggiannya. 11 Maka Aku akan menyerahkannya kepada penguasa perkasa yang memerintah bangsa-bangsa,+ dan penguasa itu pasti akan menghukumnya. Oleh sebab pokok itu jahat, Aku akan menolaknya. 12 Orang asing, iaitu bangsa yang paling kejam, akan menebangnya lalu membiarkannya di atas pergunungan. Daun-daunnya akan berselerak di semua lembah dan dahan-dahannya yang patah akan jatuh di semua anak sungai di negeri itu.+ Semua orang di bumi akan meninggalkan naungannya dan mengabaikannya. 13 Semua burung di langit akan tinggal di atas batang pokok yang sudah tumbang itu, dan semua binatang liar di padang akan ada di atas dahan-dahannya.+ 14 Dengan demikian, tiada pokok yang berhampiran dengan air dapat bertumbuh tinggi atau mempunyai puncak yang mencapai awan. Ya, tiada pokok yang akan bertumbuh sampai ke awan meskipun mendapat air yang banyak. Semuanya harus mati dan turun ke bawah tanah, ke dalam lubang kubur, bersama dengan manusia yang lain.’
15 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari pokok itu turun ke Kuburan,* Aku akan membuat orang meratap. Aku akan menutup sumber air yang dalam dan menyumbat anak-anak sungainya agar air yang banyak itu tidak mengalir lagi. Aku akan membuat Lebanon menjadi gelap kerana pokok itu, dan semua pokok di padang akan layu. 16 Aku akan membawa pokok itu turun ke Kuburan* bersama-sama orang yang turun ke lubang kubur, dan bangsa-bangsa yang mendengar bunyi kejatuhannya akan menggigil ketakutan. Semua pokok di Eden,+ pokok yang terbaik dan tercantik dari Lebanon, ya, semua pokok yang diairi dengan baik, akan mendapat kelegaan hati di bawah tanah. 17 Pokok-pokok itu telah turun ke Kuburan* bersamanya, kepada orang yang dibunuh dengan pedang,+ bersama dengan para penyokongnya yang tinggal di bawah naungannya dalam kalangan bangsa-bangsa.’+
18 “‘Mana satukah pokok di Eden yang mempunyai kemuliaan dan keunggulan seperti kamu?+ Kamu pasti akan turun ke bawah tanah bersama pokok-pokok di Eden. Kamu akan terlantar dalam kalangan orang yang tidak bersunat, bersama dengan orang yang dibunuh dengan pedang. Semua perkara ini akan terjadi kepada Firaun dan orang yang menyertainya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
32 Pada hari pertama, bulan ke-12, tahun ke-12, Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, nyanyikanlah lagu ratapan tentang Firaun, raja Mesir, dan katakanlah kepada raja itu,
‘Engkau seperti seekor singa muda yang kuat dalam kalangan bangsa-bangsa,
Tetapi engkau telah dibungkam.
Engkau juga seperti raksasa laut+ yang mengocakkan air di dalam sungai-sungaimu.
Engkau mengeruhkan airnya dengan kakimu dan mengotorkan sungai-sungai itu.’*
3 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
‘Aku akan menggunakan bangsa-bangsa untuk membentangkan jaring-Ku ke atasmu,
Dan mereka akan menangkap engkau dengan jaring-Ku.
4 Aku akan membiarkan engkau di tanah,
Dan Aku akan melemparkan engkau ke padang.
Aku akan membuat semua burung di langit hinggap di atasmu,
Dan Aku akan mengenyangkan binatang-binatang liar di seluruh bumi dengan dagingmu.+
5 Aku akan menghamburkan dagingmu di pergunungan,
Dan memenuhi lembah-lembah dengan sisa mayatmu.+
6 Aku akan membasahi tanah dengan darahmu sehingga darahmu membanjiri kawasan pergunungan.
Anak-anak sungai juga akan penuh dengan darahmu.’
7 ‘Apabila engkau sudah binasa, Aku akan menutup langit dan memadamkan bintang-bintang.
Aku akan menutup matahari dengan awan-awan,
Dan bulan pun tidak akan bercahaya.+
8 Kerana engkau, Aku akan memadamkan semua sumber cahaya di langit,
Dan Aku akan membuat negerimu gelap-gelita,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
9 ‘Ramai orang akan berasa cemas apabila Aku membawa rakyatmu sebagai tawanan kepada bangsa-bangsa lain,
Ke negeri-negeri yang tidak engkau kenal.+
10 Tindakan-Ku akan membuat ramai orang terkejut.
Apabila Aku menghunuskan pedang-Ku untuk menyerangmu di hadapan raja-raja mereka, mereka akan menggigil ketakutan.
Pada hari kejatuhanmu,
Mereka akan menggigil tanpa henti kerana mereka semua takut mati.’
11 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
‘Pedang raja Babilon akan menimpa engkau.+
12 Aku akan menyebabkan orang yang menyertaimu mati dibunuh dengan pedang pahlawan yang gagah.
Ya, mereka semua ialah pahlawan daripada bangsa yang paling kejam.+
Mereka akan menghancurkan segala yang menjadi kebanggaan Mesir, dan orang yang menyertainya akan dilenyapkan.+
13 Aku akan membunuh semua ternakannya yang berada di tepi air yang berlimpah-limpah.+
Baik kaki manusia mahupun kaki ternakan tidak akan mengeruhkan air sungainya lagi.’+
14 ‘Pada waktu itu, Aku akan membuat air sungai mereka menjadi jernih,
Dan membuat sungai mereka mengalir dengan lancar seperti minyak,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
15 ‘Apabila Aku menjadikan Mesir tanah yang tandus, tanah yang segala isinya telah dikosongkan,+
Dan apabila Aku membunuh semua penduduk di tanah itu,
Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+
16 Ini sebuah lagu ratapan, dan orang pasti akan menyanyikannya berulang kali.
Kaum wanita bangsa lain pasti akan menyanyikan lagu ini.
Mereka akan menyanyikannya untuk Mesir dan orang di Mesir,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
17 Kemudian pada tahun ke-12 hari ke-15 bulan itu, Yehuwa berfirman kepadaku, 18 “Anak manusia, ratapilah orang di Mesir. Bawalah Mesir, ya, bawalah dia dan orang lain daripada bangsa-bangsa yang perkasa ke bawah tanah, bersama dengan orang yang turun ke lubang kubur.
19 “‘Wahai Mesir, adakah engkau fikir engkau lebih cantik daripada orang lain? Turunlah dan berbaringlah bersama dengan orang yang tidak bersunat!’
20 “‘Mereka akan rebah di tengah-tengah orang yang telah dibunuh dengan pedang.+ Dia telah diserahkan kepada pedang. Heretlah dia bersama semua orang yang menyertainya.
21 “‘Dari bahagian Kuburan* yang paling dalam, para pahlawan yang paling gagah akan bercakap kepada dia dan para pembantunya. Dia dan para pembantunya pasti akan dibunuh dengan pedang. Mereka akan turun dan berbaring di situ seperti orang yang tidak bersunat. 22 Assyria ada di situ bersama dengan angkatan tenteranya. Mereka telah dibunuh dengan pedang, dan kubur mereka mengelilingi dia.*+ 23 Kubur-kubur mereka terletak di dalam lubang kubur yang paling dalam. Mereka semua yang telah dibunuh dengan pedang mengelilingi kuburnya, kerana mereka telah menimbulkan ketakutan semasa mereka masih hidup.
24 “‘Elam+ ada di situ, dan dia dikelilingi orang yang telah dibunuh dengan pedang. Dengan rasa malu,* mereka telah turun ke bawah tanah. Semasa mereka masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan. Tetapi sekarang mereka akan menanggung malu bersama dengan orang yang turun ke lubang kubur. 25 Katilnya diletakkan di tengah-tengah orang yang telah dibunuh, dan dia dikelilingi oleh kuburan orang yang menyertainya. Mereka semua tidak bersunat, dan mereka telah dibunuh dengan pedang kerana semasa mereka masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan. Mereka akan menanggung malu bersama dengan orang yang turun ke lubang kubur. Dia telah diletakkan di tengah-tengah orang yang telah dibunuh.
26 “‘Mesekh dan Tubal+ serta orang yang menyertai mereka* berada di sana, dan kuburan mereka mengelilingi dia. Mereka semua tidak bersunat, dan mereka dibunuh dengan pedang kerana semasa mereka masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan. 27 Mereka akan berbaring bersama para pahlawan gagah yang tidak bersunat, yang telah dibunuh dan turun ke Kuburan* dengan senjata perang mereka. Pedang mereka akan diletakkan di bawah kepala mereka* dan tulang-tulang mereka akan menanggung dosa mereka. Hal ini demikian kerana semasa para pahlawan gagah ini masih hidup, mereka telah menimbulkan ketakutan. 28 Tetapi engkau akan dihancurkan bersama orang yang tidak bersunat, dan engkau akan berbaring dengan orang yang telah dibunuh dengan pedang.
29 “‘Edom+ berada di sana bersama semua rajanya dan para pemimpinnya. Meskipun mereka perkasa, mereka berbaring dengan orang yang dibunuh dengan pedang. Mereka juga akan berbaring dengan orang yang tidak bersunat+ dan dengan orang yang turun ke lubang kubur.
30 “‘Semua penguasa utara berada di sana dengan semua orang Sidon.+ Meskipun dahulunya mereka perkasa dan menimbulkan ketakutan, mereka telah dimalukan dan turun ke bawah tanah bersama orang yang telah dibunuh. Mereka tidak bersunat dan akan berbaring dengan orang yang telah dibunuh dengan pedang. Mereka akan menanggung malu bersama orang yang turun ke lubang kubur.
31 “‘Firaun akan melihat semua hal ini, dan dia akan berasa lega atas apa yang telah terjadi kepada orang yang menyertainya.+ Firaun dan semua orang yang menyertainya akan dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
32 “‘Semasa Firaun masih hidup, dia dan semua orang yang menyertainya telah menimbulkan ketakutan. Maka mereka akan mati bersama orang yang tidak bersunat dan yang telah dibunuh dengan pedang,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
33 Yehuwa berfirman kepadaku, 2 “Anak manusia, pergilah kepada bangsamu+ dan beritahulah mereka,
“‘Andai kata Aku membiarkan sesebuah negeri diserang,+ dan penduduk negeri itu telah memilih seorang lelaki untuk menjadi penjaga mereka. 3 Apabila lelaki itu nampak musuh datang, dia meniup trompet* sebagai tanda amaran kepada penduduk di situ.+ 4 Jika seseorang mendengar bunyi trompet itu tetapi dia tidak menghiraukannya+ lalu dibunuh, dia bertanggungjawab atas kematiannya sendiri.+ 5 Ya, dia bertanggungjawab atas kematiannya, kerana dia tidak menghiraukan bunyi trompet itu. Jika dia mempedulikan amaran itu, dia pasti dapat menyelamatkan nyawanya.
6 “‘Tetapi jika penjaga itu nampak musuh datang dan dia tidak meniup trompet+ untuk memberikan amaran, lalu musuh datang dan membunuh seseorang di negeri itu, orang itu akan mati kerana dosanya, tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada penjaga itu.’*+
7 “Wahai anak manusia, Aku telah melantik engkau untuk menjadi penjaga bangsa Israel, dan engkau harus menyampaikan amaran-Ku kepada mereka apabila engkau mendengar firman yang keluar dari mulut-Ku.+ 8 Jika Aku memberitahu seorang penjahat, ‘Wahai penjahat, engkau pasti akan mati!’+ tetapi engkau tidak membuka mulutmu untuk memberikan amaran kepada penjahat itu agar dia mengubah haluannya, dia akan mati kerana dia berbuat jahat dan berdosa,+ tetapi Aku akan menuntut darahnya daripada engkau.* 9 Namun jika engkau memberikan amaran kepada penjahat itu agar dia meninggalkan haluannya yang jahat, tetapi dia enggan berbuat demikian, dia akan mati kerana dia berdosa,+ tetapi engkau akan selamat.+
10 “Anak manusia, beritahulah bangsa Israel, ‘Kamu telah berkata, “Kami menderita* kerana kami telah memberontak dan kami dibebani dosa yang berat.+ Jadi bagaimanakah kami dapat terus hidup?”’+ 11 Jawablah mereka, “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa Aku tidak suka melihat orang jahat mati.+ Sebaliknya Aku ingin agar orang jahat mengubah haluannya+ dan terus hidup.+ Hai orang Israel, bertaubatlah! Bertaubatlah dan tinggalkanlah haluan jahatmu.+ Mengapakah kamu mahu mengundang maut?”’+
12 “Anak manusia, beritahulah bangsamu, ‘Apabila orang baik memberontak, kebaikannya dahulu tidak dapat menyelamatkannya.+ Apabila orang jahat bertaubat, kejahatannya dahulu tidak akan menyebabkan dia dihukum mati.+ Ya, jika orang yang berbuat benar mula berdosa, kebaikannya dahulu tidak dapat menyelamatkan nyawanya.+ 13 Apabila Aku berfirman kepada orang baik, “Engkau pasti akan terus hidup,” dan dia percaya bahawa kebaikannya dahulu dapat menyelamatkan nyawanya lalu dia mula berdosa,*+ segala perbuatan baiknya akan dilupakan, dan dia akan mati kerana dia telah berdosa.+
14 “‘Apabila Aku berfirman kepada orang jahat, “Engkau pasti akan mati,” dan dia meninggalkan haluannya yang jahat lalu melakukan apa yang baik dan adil,+ 15 mengembalikan barang yang diambilnya sebagai jaminan hutang,+ membayar balik apa yang telah dicurinya,+ mengikut hukum yang memberikan hidup, dan tidak melakukan apa yang salah, dia tidak akan mati tetapi akan terus hidup.+ 16 Dosa-dosa lampaunya akan dilupakan.+ Dia pasti akan terus hidup kerana dia melakukan apa yang baik dan adil.’+
17 “Tetapi bangsamu berkata, ‘Yehuwa bertindak dengan tidak adil.’ Sebenarnya merekalah yang bertindak dengan tidak adil.
18 “Apabila seseorang yang baik meninggalkan haluannya yang baik dan berbuat jahat, dia akan mati kerana perbuatan jahatnya itu.+ 19 Namun apabila seseorang yang jahat meninggalkan haluannya yang jahat dan mula melakukan apa yang baik dan adil, dia akan terus hidup.+
20 “Tetapi kamu berkata, ‘Yehuwa bertindak dengan tidak adil.’+ Hai orang Israel, Aku akan menghakimi kamu berdasarkan perbuatan kamu masing-masing.”
21 Akhirnya, pada hari kelima, bulan ke-10, tahun ke-12 semasa kami dalam pembuangan, seorang lelaki yang telah melarikan diri dari Yerusalem datang kepadaku+ dan berkata, “Kota itu telah ditawan!”+
22 Pada petang sebelum lelaki itu datang, kuasa suci Yehuwa telah menguasaiku,* dan Dia membuka mulutku. Maka semasa lelaki itu datang pada keesokan paginya, aku tidak bisu lagi dan dapat bercakap semula.+
23 Yehuwa berfirman kepadaku, 24 “Anak manusia, orang yang tinggal di reruntuhan+ sedang bercakap tentang negeri Israel. Mereka berkata, ‘Abraham hanya satu orang, tetapi dia mendapat negeri ini.+ Bilangan kita ramai, jadi negeri ini pasti menjadi milik kita!’
25 “Oleh itu, katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kamu makan daging dengan darahnya,+ berharap kepada patung-patung berhala yang menjijikkan,* dan membunuh orang.+ Jadi mengapakah negeri ini harus menjadi milik kamu? 26 Kamu berharap kepada pedang kamu+ dan melakukan perbuatan-perbuatan yang jijik. Kamu juga berzina dengan isteri jiran kamu.+ Jadi mengapakah negeri ini harus menjadi milik kamu?”’+
27 “Katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa orang yang tinggal di reruntuhan akan dibunuh dengan pedang. Orang yang berada di padang akan menjadi makanan binatang liar. Orang yang berada di dalam kubu dan gua akan mati kerana wabak penyakit.+ 28 Aku akan membuat negeri ini menjadi tandus dan sunyi,+ dan kekuatan yang dibangga-banggakan mereka itu akan lenyap. Gunung-gunung di Israel akan menjadi begitu lengang+ sehingga tiada seorang pun melintasinya. 29 Mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku membuat negeri ini menjadi tandus dan sunyi+ kerana semua perbuatan jijik yang telah dilakukan oleh mereka.”’+
30 “Anak manusia, engkau menjadi buah mulut bangsamu. Mereka bercakap kepada satu sama lain di tepi tembok dan di depan pintu rumah.+ Masing-masing berkata kepada saudaranya, ‘Marilah kita mendengar firman Yehuwa.’ 31 Mereka akan berkumpul dan duduk di hadapan engkau, dan sebagai umat-Ku, mereka akan mendengar kata-katamu, tetapi mereka tidak akan melakukannya.+ Mereka mengampumu dengan kata-kata manis, tetapi hati mereka tamak, dan mereka hanya menginginkan keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur. 32 Lihatlah! Bagi mereka, engkau seperti penyanyi lagu cinta yang bersuara merdu dan pandai bermain alat muzik bertali. Mereka akan mendengar kata-katamu, tetapi tiada seorang pun yang akan melakukannya. 33 Tetapi kata-katamu pasti akan menjadi kenyataan. Apabila kata-katamu menjadi kenyataan, mereka akan tahu bahawa ada seorang nabi dalam kalangan mereka.”+
34 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, bernubuatlah tentang gembala-gembala Israel. Bernubuatlah dan katakanlah kepada para gembala itu, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Malanglah gembala-gembala Israel!+ Kamu hanya mengenyangkan perut sendiri. Bukankah kamu harus memberikan makanan kepada kawanan kamu?+ 3 Kamu menyembelih binatang yang paling gemuk, makan lemaknya, dan menggunakan bulunya untuk dijadikan pakaian kamu.+ Tetapi kamu tidak memberikan makanan kepada kawanan itu.+ 4 Kamu tidak menguatkan yang lemah, atau mengubati yang sakit, atau membalut yang luka, atau membawa pulang yang sesat,+ atau mencari yang hilang. Sebaliknya, kamu memperlakukan kawanan itu dengan kejam dan zalim.+ 5 Oleh itu, biri-biri itu tercerai-berai kerana tidak mempunyai gembala.+ Ya, kawanan itu tercerai-berai di padang dan menjadi makanan binatang buas. 6 Biri-biri-Ku berkeliaran di semua gunung dan bukit yang tinggi, dan tercerai-berai ke seluruh muka bumi. Tiada seorang pun mencari atau berusaha untuk mendapatkan biri-biri-Ku.
7 “‘“Hai para gembala, dengarlah firman Yehuwa, 8 ‘“Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, “bahawa Aku akan bertindak kerana biri-biri-Ku telah menjadi mangsa dan makanan bagi binatang buas di padang, kerana biri-biri-Ku tidak mempunyai gembala, dan kerana para gembala-Ku tidak mencari biri-biri-Ku. Sebaliknya mereka asyik mengenyangkan perut sendiri dan tidak memberikan makanan kepada biri-biri-Ku.”’ 9 Maka hai para gembala, dengarlah firman Yehuwa. 10 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan menentang para gembala itu. Aku tidak lagi membenarkan mereka memberikan makanan* kepada biri-biri-Ku,+ dan Aku akan mengambil biri-biri-Ku daripada mereka.* Mereka tidak akan mengenyangkan perut mereka lagi. Aku akan menyelamatkan biri-biri-Ku daripada mulut mereka, dan biri-biri-Ku tidak akan menjadi makanan mereka lagi.’”
11 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Lihatlah! Aku sendiri akan mencari biri-biri-Ku, dan Aku akan menjaga mereka.+ 12 Aku akan menjaga biri-biri-Ku seperti seorang gembala yang menjaga dan mengumpulkan biri-birinya yang tercerai-berai serta memberikan makanan kepada mereka.+ Pada hari yang berawan dan gelap-gelita, biri-biri-Ku tercerai-berai ke merata tempat. Namun, Aku akan menyelamatkan mereka dari semua tempat itu.+ 13 Aku akan membawa mereka kembali daripada bangsa-bangsa dan dari negeri-negeri lain. Aku akan mengumpulkan mereka dan membawa mereka ke negeri mereka. Aku akan memberikan makanan kepada mereka di atas gunung-gunung Israel,+ di tempat yang berhampiran anak-anak sungai, dan di tempat yang boleh didiami di negeri itu. 14 Aku akan memberikan makanan kepada mereka di padang rumput yang baik,+ dan mereka akan meragut rumput di gunung-gunung Israel yang tinggi.+ Di situ, mereka akan berbaring dan makan rumput yang terbaik.”
15 “‘“Aku sendiri yang akan memberikan makanan kepada biri-biri-Ku+ dan memberi mereka tempat untuk berehat,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 16 “Yang hilang akan Aku cari,+ yang sesat akan Aku bawa pulang, yang luka akan Aku balut, dan yang lemah akan Aku kuatkan. Tetapi yang gemuk dan yang kuat akan Aku binasakan. Aku akan menghakimi mereka dan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.”
17 “‘Hai kawanan-Ku, inilah firman-Ku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan menghakimi biri-biri-Ku. Aku juga akan menghakimi biri-biri jantan dan kambing jantan.+ 18 Tidak puaskah kamu makan rumput di padang rumput yang terbaik? Mengapakah kamu menginjak-injak rumput yang tidak dimakan? Selepas meminum air yang paling jernih, mengapakah kamu mengeruhkan air yang tidak diminum dengan menginjak-injaknya? 19 Haruskah biri-biri-Ku makan rumput yang telah kamu injak-injak dan minum air yang telah kamu keruhkan dengan kaki kamu?”
20 “‘Oleh itu Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada mereka, “Lihatlah! Aku sendiri akan menjadi hakim antara biri-biri yang gemuk dengan biri-biri yang kurus. 21 Kamu menggunakan sisimu, bahumu, dan tandukmu untuk menolak biri-biri yang sakit sehingga mereka tercerai-berai ke tempat lain. 22 Tetapi Aku akan menyelamatkan biri-biri-Ku, dan mereka tidak akan menjadi mangsa lagi.+ Aku akan menghakimi biri-biri-Ku, 23 dan melantik seseorang untuk menjadi gembala mereka.+ Aku akan melantik hamba-Ku Daud+ untuk menjadi gembala mereka, dan dia akan memberi mereka makan. Ya, dia sendiri yang akan memberikan makanan kepada mereka dan menjadi gembala mereka.+ 24 Aku, Yehuwa, akan menjadi Tuhan mereka,+ dan hamba-Ku Daud akan menjadi pemimpin mereka.+ Aku, Yehuwa, telah berfirman.
25 “‘“Aku akan membuat perjanjian damai dengan mereka.+ Aku akan mengusir semua binatang buas di negeri itu+ supaya mereka dapat tidur di hutan dan hidup di padang belantara dengan aman.+ 26 Aku akan menyebabkan mereka dan kawasan di sekeliling bukit-Ku menjadi berkat.+ Aku juga akan menurunkan hujan tepat pada waktunya, dan berkat akan dicurahkan bagaikan air hujan.+ 27 Pokok-pokok di ladang akan berbuah dan tanahnya akan mengeluarkan hasil.+ Mereka akan tinggal di negeri itu dengan aman. Apabila Aku mematahkan kuk mereka dan menyelamatkan mereka daripada perhambaan,+ barulah mereka akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 28 Mereka tidak akan ditawan oleh bangsa-bangsa, dan binatang buas di bumi tidak akan membaham mereka. Sebaliknya, mereka akan tinggal dengan aman dan tidak ada sesiapa yang akan membuat mereka berasa takut.+
29 “‘“Aku akan memberikan sebuah ladang yang subur kepada mereka. Mereka tidak akan mati kebuluran di negeri itu+ dan tidak akan dimalukan oleh bangsa-bangsa lain.+ 30 ‘Kemudian mereka akan tahu bahawa Aku menyertai mereka. Akulah Yehuwa, Tuhan mereka, dan umat Israel ialah umat-Ku,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’
31 “‘Wahai biri-biri-Ku,+ Aku mengambil berat terhadap kamu. Kamu hanyalah manusia biasa, tetapi Akulah Tuhan kamu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
35 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah pergunungan Seir+ dan bernubuatlah tentangnya.+ 3 Katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai pergunungan Seir, Aku akan melawan engkau. Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentang engkau dan menjadikan engkau tanah yang tandus dan gersang.+ 4 Aku akan menyebabkan kota-kotamu menjadi reruntuhan, dan engkau akan menjadi tanah yang tandus dan gersang.+ Barulah engkau akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 5 Engkau sentiasa memusuhi umat Israel,+ dan semasa mereka ditimpa bencana, iaitu pada waktu mereka menerima hukuman terakhir, engkau membiarkan mereka dibunuh.”’+
6 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku akan menyebabkan darahmu ditumpahkan, dan maut* akan memburumu.+ Ya, maut akan memburumu kerana engkau membenci darah orang yang engkau tumpahkan.+ 7 Aku akan menyebabkan kawasan pergunungan Seir menjadi tandus dan gersang,+ dan Aku akan membunuh sesiapa sahaja yang lalu di sana dan datang dari sana. 8 Aku akan memenuhi pergunungan itu dengan mayat. Mayat orang yang telah dibunuh dengan pedang akan bergelimpangan di bukitmu, di lembahmu, dan di semua anak sungaimu. 9 Aku akan menjadikan negerimu tandus dan gersang buat selama-lamanya. Tidak ada sesiapa pun yang akan tinggal di kota-kotamu,+ dan kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
10 “Meskipun Aku, Yehuwa, ada di situ, engkau berkata, ‘Kedua-dua bangsa dan kedua-dua negeri ini akan menjadi milikku. Kita akan menaklukinya.’+ 11 ‘Maka Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku akan memperlakukan engkau sesuai dengan kemarahan, kebencian, dan kecemburuan yang engkau tunjukkan terhadap mereka.+ Aku akan membuat mereka mengenali-Ku ketika Aku menghakimi engkau. 12 Pada masa itu, engkau akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah mendengar semua hinaan yang telah engkau lontarkan terhadap gunung-gunung Israel. Engkau telah berkata, “Tanah mereka sudah menjadi gersang dan sekaranglah peluang kita untuk membinasakan mereka.” 13 Kamu semua bercakap besar di hadapan-Ku, dan tidak henti-henti menghina Aku.+ Aku telah mendengar semua kata-kata kamu.’
14 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Seluruh bumi akan bersorak-sorai semasa Aku menjadikan engkau tempat yang tandus dan gersang, 15 kerana engkau bersorak-sorai semasa warisan bangsa Israel menjadi gersang. Wahai pergunungan Seir, demikianlah caranya Aku akan memperlakukan engkau.+ Ya, seluruh Edom+ akan menjadi reruntuhan yang terbiar dan orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”
36 “Wahai anak manusia, bernubuatlah kepada pergunungan Israel. Katakanlah, ‘Hai pergunungan Israel, dengarlah firman Yehuwa. 2 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Musuh kamu telah berkata, ‘Baguslah! Sekarang bukit-bukit purbakala itu menjadi milik kita!’”’+
3 “Bernubuatlah dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Mereka telah menyerang kamu dari semua arah dan membuat kamu menjadi tandus, supaya kamu menjadi milik bangsa-bangsa lain. Orang memfitnah kamu dan asyik bercakap tentang kamu.+ 4 Oleh itu, hai pergunungan Israel, dengarlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat! Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada gunung, bukit, sungai, lembah, reruntuhan yang gersang,+ dan kepada kota-kota yang terbiar dan yang dijarah serta dihina oleh bangsa-bangsa lain di sekitar mereka.+ 5 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada semua tempat itu, ‘Dengan kemarahan-Ku yang berkobar-kobar,+ Aku akan mengutuk bangsa-bangsa lain dan seluruh Edom,+ kerana dengan gembira dan angkuh, mereka telah merampas dan menjarah negeri-Ku dan padang rumputnya.’”’+
6 “Bernubuatlah kepada negeri Israel, dan katakanlah kepada gunung, bukit, anak sungai, dan lembah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, “Lihatlah! Aku akan berfirman dengan kemarahan yang berkobar-kobar kerana kamu telah dihina oleh bangsa-bangsa.”’+
7 “Maka inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku mengangkat tangan-Ku dan bersumpah bahawa bangsa-bangsa di sekeliling itu akan menanggung malu.+ 8 Tetapi hai pergunungan Israel, kamu akan menghasilkan dahan-dahan dan buah untuk umat-Ku Israel kerana umat-Ku+ akan pulang tidak lama lagi. 9 Aku menyertai kamu, dan Aku akan mengalihkan pandangan-Ku ke arah kamu. Kamu akan dibajak dan ditaburi benih. 10 Aku akan melipatgandakan penduduk kamu, iaitu seluruh bangsa Israel. Mereka akan mendiami kota-kota kamu+ dan membina semula reruntuhan kamu.+ 11 Ya, Aku akan melipatgandakan penduduk kamu dan ternakan kamu.+ Mereka akan beranak pinak dan bertambah banyak. Kamu akan dihuni semula seperti dahulu,+ dan Aku akan membuat kamu menjadi lebih makmur daripada dahulu.+ Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 12 Aku akan menyuruh umat-Ku Israel untuk berjalan-jalan di atas kamu, dan kamu akan menjadi milik mereka.+ Kamu akan menjadi warisan mereka, dan kamu tidak akan membuat mereka kehilangan anak lagi.’”+
13 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Mereka berkata kepada kamu, “Negeri ini pemakan manusia, dan kamu membuat bangsa kamu kehilangan anak.”’ 14 ‘Oleh itu, kamu tidak akan memakan manusia lagi, dan kamu tidak akan membuat bangsa kamu kehilangan anak lagi,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 15 ‘Aku tidak akan membiarkan kamu terus menanggung hinaan bangsa-bangsa lain dan mendengar ejekan orang.+ Kamu tidak akan menyebabkan bangsa kamu tersandung lagi,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
16 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 17 “Anak manusia, apabila bangsa Israel tinggal di negeri mereka, mereka menajiskan negeri itu dengan cara hidup dan kelakuan mereka.+ Cara hidup mereka itu najis seperti darah haid.+ 18 Oleh itu, Aku melampiaskan kemarahan-Ku atas mereka. Ya, mereka telah menumpahkan darah di negeri itu+ dan menajiskannya dengan berhala-berhala mereka yang menjijikkan.*+ 19 Itulah sebabnya Aku akan mencerai-beraikan mereka dalam kalangan bangsa-bangsa lain di negeri asing.+ Aku menghakimi mereka berdasarkan cara hidup dan kelakuan mereka. 20 Tetapi apabila mereka berada dalam kalangan bangsa-bangsa itu, orang mencemarkan nama suci-Ku+ dengan berkata, ‘Mereka umat Yehuwa, tetapi mereka terpaksa meninggalkan negeri-Nya.’ 21 Aku prihatin terhadap nama suci-Ku, yang telah dicemarkan oleh bangsa Israel ke mana sahaja mereka pergi.”+
22 “Oleh itu, beritahulah bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai bangsa Israel, Aku akan bertindak bukan demi kamu, tetapi demi nama suci-Ku, yang telah kamu cemarkan ke mana sahaja kamu pergi.”’+ 23 ‘Ya, kamu telah mencemarkan nama-Ku di hadapan bangsa-bangsa lain, tetapi Aku pasti akan menyucikan nama-Ku yang agung itu.+ Apabila Aku telah disucikan di hadapan mata mereka,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ 24 Aku akan membawa kamu keluar daripada bangsa-bangsa dan dari negeri-negeri lain, lalu Aku akan membawa kamu ke negeri kamu.+ 25 Aku akan memercikkan air bersih pada kamu, dan kamu akan menjadi bersih.+ Aku akan membersihkan kamu daripada segala kenajisan kamu+ dan daripada segala berhala kamu yang menjijikkan.+ 26 Aku akan memberi kamu hati yang baharu+ dan membaharui cara pemikiran kamu.+ Aku akan menggantikan hati kamu yang keras seperti batu+ dengan hati yang lembut.* 27 Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke dalam diri kamu dan menggerakkan kamu untuk mematuhi peraturan-Ku.+ Kamu akan mematuhi dan menuruti ketetapan-Ku. 28 Kemudian kamu akan tinggal di negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu. Kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Tuhan kamu.’+
29 “‘Aku akan membebaskan kamu daripada segala kenajisan kamu. Aku akan memerintahkan bijirin untuk bertumbuh dengan subur supaya kamu tidak mengalami kebuluran lagi.+ 30 Aku akan membuat pokok-pokok berbuah dengan lebat dan ladang-ladang mengeluarkan hasil yang berlimpah-limpah supaya kamu tidak lagi dihina oleh bangsa-bangsa kerana kamu mengalami kebuluran.+ 31 Pada masa itu, kamu akan teringat tentang cara hidup dan kelakuan kamu yang jahat, dan kamu akan berasa jijik terhadap diri sendiri kerana dosa dan perbuatan jijik kamu itu.+ 32 Tetapi ketahuilah bahawa Aku berbuat demikian bukan demi kamu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Hai bangsa Israel, kamu patut berasa malu dan hina kerana perbuatan kamu itu.’
33 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari Aku membersihkan kamu daripada semua dosa kamu, Aku akan menyebabkan kota-kota kamu dihuni semula+ dan reruntuhan kamu dibina semula.+ 34 Setiap orang yang telah lalu di tanah kamu nampak betapa tandusnya tanah itu, tetapi tanah itu akan diusahakan semula. 35 Orang akan berkata, “Tanah tandus itu sudah menjadi seperti Taman Eden.+ Kota-kotanya yang telah dirobohkan dan dibiarkan gersang, kini dikukuhkan dan didiami orang.”+ 36 Bangsa-bangsa lain akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah membina semula apa yang telah dirobohkan dan mengusahakan semula tanah yang tandus. Aku, Yehuwa, telah berfirman, dan Aku telah melaksanakannya.’+
37 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan mendengar permintaan bangsa Israel, dan Aku akan mengabulkan permintaan mereka itu dengan melipatgandakan penduduk mereka seperti kawanan ternakan. 38 Kota-kota yang dahulunya tinggal reruntuhan akan penuh dengan orang,+ seperti kumpulan-kumpulan orang suci yang ada di Yerusalem* pada hari perayaan.+ Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’”
37 Yehuwa mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas aku,* lalu kuasa suci Yehuwa membawa aku ke tengah-tengah sebuah dataran+ yang penuh dengan tulang. 2 Dia membawa aku mengelilingi dataran itu. Aku nampak banyak sekali tulang bertaburan di dataran itu, dan tulang-tulang itu sangat kering.+ 3 Dia bertanya kepadaku, “Anak manusia, dapatkah tulang-tulang ini hidup semula?” Aku menjawab, “Hanya Engkaulah yang tahu jawapannya, ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”+ 4 Oleh itu, Dia berfirman kepadaku, “Bernubuatlah tentang tulang-tulang itu dan katakanlah, ‘Hai tulang-tulang kering, dengarlah firman Yehuwa:
5 “‘Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman kepada kamu, “Aku akan menghembuskan nafas ke dalam kamu supaya kamu dapat hidup semula.+ 6 Aku akan memberi kamu urat dan daging, dan Aku juga akan memberi kamu kulit. Aku akan memberi kamu nafas dan kamu akan hidup semula. Barulah kamu akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’”
7 Aku pun bernubuat seperti yang telah disuruh. Sebaik sahaja aku bernubuat, aku mendengar bunyi derak-derik, dan tulang-tulang itu mula bersambung antara satu sama lain. 8 Lalu aku nampak tulang-tulang itu mula berurat dan berdaging, serta diliputi kulit, tetapi belum bernafas.
9 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Bernubuatlah kepada angin. Wahai anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah kepada angin, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai angin,* datanglah dari keempat-empat arah dan bertiuplah ke arah orang yang telah dibunuh itu supaya mereka dapat hidup semula.”’”
10 Aku pun bernubuat seperti yang telah disuruh. Nafas itu pun masuk ke dalam tulang-tulang itu, dan mereka mula hidup dan berdiri.+ Mereka seperti sebuah pasukan tentera yang sangat besar.
11 Kemudian Tuhan berfirman kepadaku, “Anak manusia, tulang-tulang ini ialah seluruh bangsa Israel.+ Mereka berkata, ‘Tulang-tulang kami kering, dan harapan kami sudah lenyap.+ Kami sudah ditinggalkan.’ 12 Jadi bernubuatlah dan katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai umat-Ku, Aku akan membuka kuburan kamu+ dan membangkitkan kamu dari situ. Aku akan membawa kamu ke negeri Israel.+ 13 Wahai umat-Ku, kamu pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa apabila Aku membuka kuburan kamu dan membangkitkan kamu dari situ.”’+ 14 ‘Aku akan menghembuskan nafas-Ku ke dalam* kamu dan kamu akan hidup semula,+ lalu Aku akan menempatkan kamu di negeri kamu. Kamu akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, telah berfirman, dan Aku telah melaksanakannya,’ firman Yehuwa.”
15 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 16 “Anak manusia, ambillah sebatang kayu dan tuliskan kata-kata ini di atasnya, ‘Untuk Yehuda dan orang Israel yang ada bersamanya.’+ Kemudian ambillah sebatang kayu lagi dan tuliskan kata-kata ini di atasnya, ‘Untuk Yusuf, iaitu Efraim, dan seluruh bangsa Israel yang ada bersamanya.’+ 17 Kemudian gabungkanlah kedua-dua batang kayu itu supaya menjadi satu.+ 18 Apabila bangsamu berkata kepada engkau, ‘Beritahulah kami erti semua ini!’ 19 beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengambil kayu Yusuf, iaitu kayu di dalam tangan Efraim, dan suku-suku Israel yang ada bersamanya, lalu Aku akan menggabungkan kayu itu dengan kayu Yehuda. Aku akan menggabungkan kedua-dua batang kayu itu+ supaya menjadi satu di dalam tangan-Ku.”’ 20 Peganglah kayu-kayu yang mengandungi tulisanmu itu supaya orang dapat melihatnya.
21 “Selepas itu, beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengumpulkan orang Israel yang berada dalam kalangan bangsa-bangsa. Ya, Aku akan mengumpulkan mereka dari setiap arah dan membawa mereka ke negeri mereka.+ 22 Aku akan menyatukan mereka di negeri mereka,+ iaitu di pergunungan Israel, dan mereka akan dipimpin oleh seorang raja.+ Mereka tidak akan menjadi dua bangsa lagi, dan tidak akan terbahagi kepada dua kerajaan lagi.+ 23 Mereka tidak lagi menajiskan diri dengan dosa-dosa mereka, dan dengan berhala-berhala yang jijik* dan amalan yang jijik.+ Aku akan membebaskan mereka daripada dosa mereka yang menyebabkan mereka tidak setia kepada Aku, dan Aku akan menyucikan mereka. Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.+
24 “‘“Hamba-Ku Daud akan menjadi raja mereka,+ dan mereka akan dipimpin oleh seorang gembala.+ Mereka akan mematuhi ketetapan-Ku dan menuruti perintah-Ku dengan teliti.+ 25 Mereka akan tinggal di negeri yang telah Aku berikan kepada hamba-Ku Yakub, iaitu tempat tinggal nenek moyang mereka.+ Mereka dan anak cucu mereka akan tinggal di situ buat selama-lamanya,+ dan hamba-Ku Daud akan menjadi pemimpin mereka buat selama-lamanya.+
26 “‘“Aku akan membuat perjanjian damai dengan mereka,+ dan perjanjian ini akan kekal buat selama-lamanya. Aku akan membawa mereka ke negeri mereka dan melipatgandakan bilangan mereka.+ Aku juga akan menempatkan Rumah-Ku di tengah-tengah mereka buat selama-lamanya. 27 Khemah-Ku akan ada bersama mereka. Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.+ 28 Bangsa-bangsa akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, menyucikan Israel apabila Rumah-Ku ada bersama mereka buat selama-lamanya.”’”+
38 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2 “Anak manusia, pandanglah ke arah Gog dari tanah Magog,+ iaitu ketua pemimpin Mesekh dan Tubal.+ Bernubuatlah tentang dia+ 3 dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai Gog, ketua pemimpin Mesekh dan Tubal, Aku akan melawan engkau. 4 Aku akan membuat engkau berpatah balik. Aku akan memasang cangkuk pada rahangmu+ dan menarik engkau dan seluruh angkatan tenteramu yang besar.+ Angkatan tenteramu, kuda-kudamu, dan pasukan berkudamu berpakaian mewah dan dilengkapi perisai besar, perisai kecil,* dan pedang. 5 Mereka disertai Persia, Etiopia,* dan Put,+ yang dilengkapi perisai kecil dan topi besi. 6 Mereka juga disertai Gomer dan semua angkatan tenteranya dan keturunan Togarma+ dari bahagian terpencil di utara dan semua angkatan tenteranya. Sememangnya ramai orang mengikuti engkau.+
7 “‘“Bersiap sedialah! Ya, engkau dan semua askar yang mengikutimu haruslah bersedia, dan engkau akan menjadi pemimpin mereka.
8 “‘“Setelah banyak hari berlalu, engkau akan diperhatikan.* Akhirnya, selepas bertahun-tahun, engkau akan menyerang tanah yang penduduknya telah dibawa pulang dan diselamatkan daripada serangan pedang. Penduduk tanah itu telah dikumpulkan daripada bangsa-bangsa dan dibawa ke pergunungan Israel, yang telah lama dibiarkan tandus. Mereka telah dibawa pulang daripada kalangan bangsa-bangsa, dan kini mereka semua hidup dengan aman.+ 9 Engkau dan semua askarmu serta ramai orang yang mengikutimu akan menyerang mereka seperti badai dan meliputi negeri mereka seperti awan.”’
10 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari itu, engkau akan berfikir dan hatimu akan tergerak untuk membuat rancangan jahat. 11 Engkau akan berkata, “Aku akan menyerang tanah yang petempatannya* tidak mempunyai pertahanan.+ Aku akan menyerang penduduknya yang hidup aman tanpa gangguan. Mereka semua tinggal di petempatan yang tidak mempunyai tembok, palang, dan pintu gerbang.” 12 Engkau berhasrat untuk merompak mereka dan merampas banyak barang. Dahulu tempat tinggal mereka ialah kawasan yang terbiar, tetapi sekarang selepas mereka dikumpulkan daripada kalangan bangsa-bangsa,+ mereka mempunyai kekayaan dan harta.+ Mereka tinggal di pusat dunia.
13 “‘Syeba,+ Dedan,+ para pedagang Tarsis,+ dan semua pahlawan,* akan berkata kepadamu, “Adakah engkau menyerang mereka untuk mendapatkan banyak barang jarahan? Sudahkah engkau mengumpulkan askar-askarmu untuk mengangkat perak dan emas, untuk merampas kekayaan dan harta, dan untuk menjarah banyak sekali barangan?”’
14 “Oleh itu, anak manusia, bernubuatlah. Katakanlah kepada Gog, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, “Pada hari itu, engkau pasti akan tahu bahawa umat-Ku Israel hidup dengan aman.+ 15 Engkau akan datang dari tempatmu yang terpencil di utara,+ dan membawa banyak orang bersamamu, iaitu angkatan tentera berkuda yang begitu besar sekali.+ 16 Wahai Gog, engkau akan datang untuk menyerang umat-Ku Israel seperti awan yang meliputi tanah. Pada hari-hari terakhir, Aku akan membiarkan engkau menyerang negeri-Ku+ supaya bangsa-bangsa mengenal Aku sewaktu Aku menyucikan diri-Ku melalui engkau di hadapan mata mereka.”’+
17 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada masa dahulu, Aku berfirman melalui hamba-hamba-Ku, iaitu para nabi Israel. Selama bertahun-tahun, mereka bernubuat tentang seseorang yang akan menyerang orang Israel. Bukankah engkau orang itu?’
18 “‘Pada hari itu, iaitu pada hari Gog menyerang tanah Israel,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku yang dahsyat.+ 19 Dengan murka dan dengan api kemarahan yang meluap-luap, Aku akan berfirman, dan pada hari itu, gempa bumi yang besar akan berlaku di tanah Israel. 20 Semua ikan di laut, burung di langit, binatang liar di padang, binatang* yang menjalar di tanah, dan semua manusia di muka bumi akan menggigil ketakutan kerana Aku. Gunung akan runtuh,+ tebing tinggi akan roboh, dan semua tembok akan tumbang ke tanah.’
21 “‘Di atas semua gunung-Ku, Aku akan mendatangkan pedang untuk melawannya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Mereka akan melawan satu sama lain dengan pedang.+ 22 Aku akan menghukumnya dengan wabak penyakit+ dan pertumpahan darah. Aku juga akan menurunkan hujan lebat, hujan batu,+ api,+ dan belerang*+ ke atasnya, tenteranya, dan orang ramai yang mengikutinya.+ 23 Aku pasti akan memuliakan diri-Ku, menyucikan diri-Ku, dan memasyhurkan diri-Ku di hadapan banyak bangsa. Demikianlah mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.’
39 “Anak manusia, bernubuatlah tentang Gog,+ dan katakanlah kepadanya, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Wahai Gog, ketua pemimpin Mesekh dan Tubal,+ Aku akan melawan engkau. 2 Aku akan membuat engkau berpatah balik. Aku akan memimpin engkau keluar dari tempat yang terpencil di utara+ lalu membawa engkau ke pergunungan Israel. 3 Aku akan memukul busurmu sehingga terlepas dari tangan kirimu dan menjatuhkan anak panah dari tangan kananmu. 4 Engkau dan semua tenteramu serta orang yang mengikutimu akan rebah di atas pergunungan Israel.+ Kamu akan menjadi makanan kepada semua jenis burung pemangsa dan binatang-binatang liar di padang.”’+
5 “‘Engkau akan rebah di padang+ kerana Aku sendiri telah mengatakannya,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
6 “‘Aku akan menurunkan api ke atas Magog dan pulau-pulau yang penduduknya hidup dengan aman.+ Lalu mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa. 7 Aku akan membuat nama suci-Ku terkenal dalam kalangan umat-Ku Israel, dan Aku tidak akan membiarkan nama suci-Ku dicemarkan lagi. Bangsa-bangsa pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,+ Tuhan Israel Yang Suci.’+
8 “‘Ya, hal itu pasti akan terjadi, dan hari itu pasti akan tiba,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. ‘Inilah hari yang pernah Aku sebutkan. 9 Penduduk kota-kota Israel akan keluar dan menyalakan api dengan membakar pelbagai senjata, seperti perisai kecil,* perisai besar, busur, anak panah, belantan,* dan tombak. Mereka akan menggunakan semua itu sebagai bahan api+ selama tujuh tahun. 10 Mereka tidak usah mengumpulkan kayu api dari padang atau hutan kerana mereka akan menggunakan senjata itu sebagai bahan api.’
“‘Mereka akan menjarah harta orang yang dahulu menjarah mereka, dan merampas barangan orang yang dahulu merampas barangan mereka,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
11 “‘Pada hari itu, Aku akan memberi Gog+ tempat perkuburan di sebuah lembah di Israel. Lembah itu terletak di sebelah timur dari laut dan digunakan oleh orang untuk lalu-lalang, tetapi sekarang lembah itu akan menghalang jalan mereka. Gog dan semua orang yang menyertainya akan dikebumikan di tempat itu, dan tempat itu akan dipanggil Lembah Hamon-Gog.*+ 12 Bangsa Israel akan mengambil masa tujuh bulan untuk mengebumikan mereka supaya negeri itu tidak najis lagi.+ 13 Semua penduduk negeri itu akan mengebumikan mereka, dan mereka akan menjadi masyhur pada hari Aku memuliakan diri-Ku sendiri,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
14 “‘Orang akan dipilih untuk terus menjelajah negeri itu dan mengebumikan mayat-mayat yang masih terlantar di atas permukaan tanah supaya negeri itu tidak najis lagi. Mereka akan meneruskan pencarian mereka selama tujuh bulan. 15 Apabila orang yang menjelajah negeri itu nampak tulang manusia, mereka akan meletakkan tanda di sebelah tulang itu. Kemudian orang yang dipilih untuk melakukan kerja pengebumian akan mengebumikan tulang itu di Lembah Hamon-Gog.+ 16 Di situ, terdapat juga sebuah kota yang dipanggil Hamona.* Mereka akan membersihkan negeri itu.’+
17 “Anak manusia, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Katakanlah kepada setiap jenis burung dan semua binatang liar di padang, “Berkumpullah dan kemudian datanglah. Berhimpunlah di sekeliling korban besar yang telah Aku sediakan untuk kamu di atas pergunungan Israel.+ Kamu akan makan daging dan minum darah.+ 18 Kamu akan makan daging para pahlawan dan minum darah para pemimpin dunia. Mereka seperti biri-biri jantan, anak biri-biri, kambing, dan lembu jantan. Ya, mereka seperti binatang-binatang yang gemuk di Basan. 19 Aku akan sediakan korban untuk kamu, dan kamu akan makan lemaknya sampai muak dan minum darahnya sampai mabuk.”’
20 “‘Di meja-Ku, kamu akan memakan kuda-kuda, penunggang kuda, askar yang gagah, dan para pahlawan sehingga kamu kenyang,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
21 “‘Aku akan menunjukkan kemuliaan-Ku kepada bangsa-bangsa, dan mereka semua akan melihat kuasa-Ku dan hukuman yang akan Aku laksanakan dalam kalangan mereka.+ 22 Mulai hari itu, bangsa Israel pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka. 23 Bangsa-bangsa pasti akan tahu bahawa bangsa Israel dibuang negeri kerana mereka berbuat salah dan tidak setia terhadap-Ku.+ Oleh itu, Aku akan mengabaikan bangsa Israel+ dan menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh,+ dan mereka semua akan dibunuh dengan pedang. 24 Aku akan memperlakukan mereka setimpal dengan dosa dan perbuatan mereka yang najis. Ya, Aku akan mengabaikan mereka.’
25 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan membawa pulang keturunan Yakub+ yang telah ditawan, dan menunjukkan belas kasihan kepada seluruh bangsa Israel.+ Aku akan mempertahankan nama suci-Ku dengan sungguh-sungguh.+ 26 Setelah mereka dihina kerana mereka tidak setia kepada-Ku,+ mereka akan hidup dengan aman di negeri mereka, dan tidak ada sesiapa yang akan membuat mereka berasa takut.+ 27 Aku akan mengumpulkan mereka daripada bangsa-bangsa dan membawa mereka pulang dari negeri-negeri musuh mereka.+ Aku juga akan menyucikan diri-Ku dalam kalangan mereka di hadapan bangsa-bangsa.’+
28 “‘Mereka pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa, Tuhan mereka, apabila Aku membiarkan mereka ditawan oleh bangsa-bangsa, dan apabila Aku membawa mereka pulang ke negeri mereka tanpa meninggalkan seorang pun di negeri pembuangan.+ 29 Aku tidak akan mengabaikan bangsa Israel lagi,+ dan Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke atas mereka,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
40 Pada tahun ke-25 kami dibuang negeri,+ iaitu pada tahun ke-14 selepas kota Yerusalem ditawan, pada awal tahun, hari ke-10 bulan itu,+ kuasa suci Yehuwa menguasaiku,* dan Dia membawa aku ke kota itu.+ 2 Dalam penglihatan-penglihatan daripada Tuhan, Dia membawa aku ke negeri Israel dan menempatkan aku di atas sebuah gunung yang sangat tinggi.+ Di selatan gunung itu, terdapat sesuatu yang kelihatan seperti sebuah kota.
3 Apabila Dia membawa aku ke sana, aku nampak seorang lelaki yang berkilauan seperti tembaga.+ Dia sedang berdiri di pintu gerbang sambil memegang tali linen* dan kayu pengukur.*+ 4 Lelaki itu berkata kepadaku, “Anak manusia, lihatlah dengan teliti, dengarlah baik-baik, dan perhatikanlah segala yang akan aku tunjukkan kepadamu, kerana itulah sebabnya engkau dibawa ke sini. Beritahulah bangsa Israel segala-gala yang engkau nampak.”+
5 Aku nampak sebuah tembok mengelilingi bahagian luar Rumah Tuhan.* Lelaki itu memegang sebatang kayu pengukur yang panjangnya enam hasta dan mula mengukur tembok itu. (Hasta ini satu tapak tangan lebih panjang daripada hasta biasa.*) Tinggi tembok itu sama dengan panjang satu kayu pengukur, dan ukuran tebalnya pun sama.
6 Kemudian dia pergi ke pintu gerbang yang menghadap ke arah timur+ dan menaiki tangganya. Dia mula mengukur kawasan ambang pintu itu, dan lebarnya berukuran satu kayu pengukur. Lebar ambang pintu yang satu lagi juga berukuran satu kayu pengukur. 7 Setiap bilik pengawal berukuran satu kayu pengukur panjang dan satu kayu pengukur lebar. Jarak antara setiap bilik pengawal ialah lima hasta.+ Ambang pintu dekat anjung pintu gerbang yang menghadap ke arah Rumah Tuhan berukuran satu kayu pengukur.
8 Dia mengukur anjung pintu yang menghadap ke arah Rumah Tuhan, dan ukurannya ialah satu kayu pengukur. 9 Setelah itu, dia mengukur anjung itu, dan ukurannya ialah lapan hasta. Dia juga mengukur tiang-tiang di tepi anjung itu, dan ukurannya ialah dua hasta. Itulah anjung pintu yang terletak dekat pintu gerbang yang menghadap ke arah Rumah Tuhan.
10 Ada tiga buah bilik pengawal di setiap sisi pintu gerbang timur. Ketiga-tiga bilik itu sama besar, dan tiang-tiang di setiap sisinya juga mempunyai ukuran yang sama.
11 Kemudian dia mengukur jalan masuk ke pintu gerbang, dan ukurannya ialah 10 hasta lebar, manakala pintu gerbang itu pula berukuran 13 hasta lebar.
12 Di hadapan bilik-bilik pengawal itu, terdapat kawasan yang berpagar, yang berukuran satu hasta pada setiap sisi. Setiap sisi bilik pengawal itu pula berukuran enam hasta.
13 Kemudian dia mengukur jarak dari bumbung* salah sebuah bilik pengawal sampai ke bumbung bilik yang di seberangnya, dan jaraknya ialah 25 hasta. Pintu masuk bilik-bilik itu saling bertentangan.+ 14 Lalu dia mengukur tiang-tiang di situ, dan tiang-tiang itu berukuran 60 hasta tinggi. Dia juga mengukur tiang-tiang yang terletak di sisi pintu gerbang yang mengelilingi halaman Rumah Tuhan. 15 Jarak dari depan pintu masuk gerbang sampai ke depan anjung pintu yang menghadap ke arah Rumah Tuhan berukuran 50 hasta.
16 Pada setiap sisi pintu gerbang, terdapat tingkap yang berbingkai,+ baik pada bilik-bilik pengawal mahupun pada tiang-tiang. Ukuran bingkai di sebelah luar tingkap lebih kecil daripada ukuran di sebelah dalamnya. Bahagian dalam anjung juga mempunyai tingkap pada setiap sisinya. Pada setiap tiang, terdapat ukiran pokok palma.+
17 Kemudian, lelaki itu membawa aku ke halaman luar. Di situ, aku nampak bilik-bilik makan*+ dan lantai yang berbatu di sekeliling halaman itu. Terdapat 30 buah bilik makan di situ. 18 Lebar lantai berbatu itu mempunyai ukuran yang sama dengan panjang pintu-pintu gerbang di situ, dan lantai itu lebih rendah daripada lantai di halaman dalam.
19 Lalu dia mengukur jarak* dari hadapan pintu gerbang rendah sampai ke garis sempadan halaman dalam. Jaraknya ialah 100 hasta, baik dari pintu gerbang timur mahupun dari pintu gerbang utara.
20 Kemudian dia mengukur panjang dan lebar pintu gerbang di halaman luar yang menghadap ke arah utara. 21 Terdapat tiga buah bilik pengawal di setiap sisinya. Tiang-tiang dan anjungnya mempunyai ukuran yang sama dengan pintu gerbang yang pertama, iaitu 50 hasta panjang dan 25 hasta lebar. 22 Tingkap-tingkap, anjung, dan ukiran pokok palmanya+ mempunyai ukuran yang sama dengan yang terdapat pada pintu gerbang timur. Selepas menaiki tujuh anak tangga, orang akan nampak anjung pintu gerbang ini.
23 Di halaman dalam, terdapat sebuah pintu gerbang yang berhadapan dengan pintu gerbang utara; sebuah lagi berhadapan dengan pintu gerbang timur. Dia mengukur jarak antara kedua-dua pintu gerbang yang saling berhadapan itu, dan jaraknya ialah 100 hasta.
24 Kemudian dia membawa aku ke arah selatan, dan aku nampak sebuah pintu gerbang di situ.+ Dia mengukur tiang-tiang dan anjungnya, dan ukurannya sama dengan pintu-pintu gerbang yang lain. 25 Terdapat tingkap-tingkap pada setiap sisi pintu gerbang itu dan juga pada anjungnya. Tingkap-tingkap itu sama dengan tingkap-tingkap lain. Ukuran pintu gerbang itu ialah 50 hasta panjang dan 25 hasta lebar. 26 Selepas menaiki tujuh anak tangga,+ orang akan nampak anjung pintu gerbang itu. Terdapat ukiran pokok palma pada tiang-tiang yang terletak di anjung itu, satu ukiran pada setiap tiang.
27 Di halaman dalam, terdapat sebuah pintu gerbang yang menghadap ke arah selatan. Dia mengukur jarak dari halaman dalam sampai ke pintu gerbang itu, dan jaraknya ialah 100 hasta. 28 Selepas itu, dia membawa aku ke halaman dalam melalui pintu gerbang selatan. Dia mengukur pintu gerbang itu, dan ukurannya sama dengan pintu-pintu gerbang yang lain. 29 Bilik-bilik pengawal, tiang-tiang, dan anjungnya mempunyai ukuran yang sama dengan yang terdapat di pintu gerbang lain. Terdapat tingkap-tingkap pada setiap sisi pintu gerbang itu dan juga pada anjungnya. Ukuran pintu gerbang itu ialah 50 hasta panjang dan 25 hasta lebar.+ 30 Semua pintu gerbang di halaman dalam mempunyai anjung yang berukuran 25 hasta panjang dan 5 hasta lebar. 31 Anjung itu menghadap ke arah halaman luar, dan tiang-tiangnya juga mempunyai ukiran pokok palma.+ Terdapat lapan anak tangga yang menuju ke pintu gerbang itu.+
32 Selepas itu, dia membawa aku ke halaman dalam dari arah timur. Dia mengukur pintu gerbang itu, dan ukurannya sama dengan pintu-pintu gerbang yang lain. 33 Bilik-bilik pengawal, tiang-tiang, dan anjungnya mempunyai ukuran yang sama dengan yang terdapat di pintu gerbang lain. Terdapat tingkap-tingkap pada setiap sisi pintu gerbang itu dan juga pada anjungnya. Ukuran pintu gerbang itu ialah 50 hasta panjang dan 25 hasta lebar. 34 Anjung itu menghadap ke arah halaman luar, dan kedua-dua tiangnya mempunyai ukiran pokok palma. Terdapat lapan anak tangga yang menuju ke pintu gerbang itu.
35 Selepas itu, dia membawa aku ke pintu gerbang utara.+ Dia mengukur pintu gerbang itu, dan ukurannya sama dengan pintu-pintu gerbang yang lain. 36 Bilik-bilik pengawal, tiang-tiang, dan anjungnya mempunyai ukuran yang sama dengan yang terdapat di pintu gerbang lain. Terdapat tingkap-tingkap pada setiap sisinya. Ukuran pintu gerbang itu ialah 50 hasta panjang dan 25 hasta lebar. 37 Kedua-dua tiang di anjung menghadap ke arah halaman luar, dan terdapat ukiran pokok palma padanya. Terdapat lapan anak tangga yang menuju ke pintu gerbang itu.
38 Sebuah bilik makan dan pintu masuknya terletak dekat tiang pintu-pintu gerbang, iaitu dekat tempat mencuci korban bakar.+
39 Terdapat dua buah meja pada setiap sisi anjung pintu gerbang. Di situlah binatang untuk korban ganti rugi,+ korban bakar,+ dan korban dosa disembelih.+ 40 Terdapat empat buah meja pada satu sisi pintu gerbang utara: Dua buah meja di luar pintu itu, dan dua lagi di sebelah lain anjung pintu itu. 41 Semuanya ada lapan buah meja, iaitu empat di satu sisi, dan empat lagi di sisi yang sebelah. Binatang yang akan dikorbankan disembelih di atas meja-meja itu. 42 Empat buah meja yang digunakan untuk korban bakar diperbuat daripada batu yang sudah dipotong. Setiap meja berukuran satu hasta setengah panjang, satu hasta setengah lebar, dan satu hasta tinggi. Alatan-alatan yang digunakan untuk menyembelih korban bakar dan korban-korban lain diletakkan di atas meja-meja itu. 43 Semua daging yang akan dipersembahkan juga diletakkan di atas meja-meja itu. Terdapat rak yang ukurannya selebar satu tapak tangan dipasang pada sekeliling dinding.
44 Di luar pintu gerbang yang terletak di halaman dalam, terdapat bilik-bilik makan untuk para penyanyi.+ Bilik-bilik itu terletak dekat pintu gerbang utara dan menghadap ke arah selatan. Bilik makan yang lain pula terletak dekat pintu gerbang timur dan menghadap ke arah utara.
45 Dia berkata kepadaku, “Bilik makan yang menghadap ke arah selatan adalah untuk kegunaan para imam yang bertanggungjawab atas khidmat di Rumah Tuhan.+ 46 Bilik makan yang menghadap ke arah utara adalah untuk kegunaan para imam yang bertanggungjawab atas khidmat di mazbah.+ Mereka ialah keturunan Zadok+ daripada suku Lewi yang dilantik untuk menghadap Yehuwa dan berkhidmat kepada-Nya.”+
47 Kemudian dia mengukur halaman dalam. Halaman itu berbentuk segi empat sama, dan ukurannya ialah 100 hasta panjang dan 100 hasta lebar. Sebuah mazbah terletak di depan Rumah Tuhan.
48 Selepas itu, dia membawa aku ke anjung Rumah Tuhan.+ Dia mengukur tiang di anjung itu, dan tiang itu berukuran lima hasta pada satu sisi dan lima hasta pada sisi yang sebelah. Pintu di anjung itu pula berukuran tiga hasta lebar pada satu sisi dan tiga hasta lebar pada sisi yang sebelah.
49 Anjung itu berukuran 20 hasta panjang dan 11* hasta lebar. Orang dapat memasuki anjung itu dengan menaiki tangga. Di sisi pintu anjung itu, terdapat tiang-tiang, satu di setiap sisi.+
41 Kemudian dia membawa aku ke Bilik Suci,* dan mengukur tiang-tiang di situ. Tiang-tiang itu berukuran enam hasta* lebar pada satu sisi, dan enam hasta lebar pada sisi yang lain. 2 Pintu masuk bilik itu berukuran 10 hasta lebar, dan dinding di tepi pintu itu berukuran lima hasta pada satu sisi, dan lima hasta pada sisi yang lain. Dia juga mengukur bilik itu, dan ukurannya ialah 40 hasta panjang dan 20 hasta lebar.
3 Selepas itu, dia masuk ke dalam bilik yang lain* lalu mengukur tiang-tiang di tepi pintu masuk bilik itu. Tiang-tiang itu berukuran dua hasta tebal, dan pintu masuknya pula berukuran enam hasta lebar. Dinding di tepi pintu itu berukuran tujuh hasta. 4 Bilik itu menghadap ke arah Bilik Suci. Dia mengukur bilik itu, dan ukurannya ialah 20 hasta panjang dan 20 hasta lebar.+ Dia berkata kepadaku, “Bilik itu ialah Bilik Maha Suci.”+
5 Kemudian dia mengukur dinding Rumah Tuhan, dan ukurannya ialah enam hasta tebal. Bilik-bilik di sekeliling rumah itu pula berukuran empat hasta lebar.+ 6 Bilik-bilik itu terdiri daripada tiga tingkat. Terdapat 30 buah bilik di setiap tingkat. Lantai di setiap tingkat dipasang pada lekuk yang ada pada dinding rumah itu, supaya tidak ada lubang dibuat pada dinding itu.+ 7 Bilik-bilik di tingkat atas lebih lebar daripada bilik-bilik di tingkat tengah, dan bilik-bilik di tingkat tengah lebih lebar daripada bilik-bilik di tingkat bawah.+ Di kedua-dua sisi rumah itu, terdapat sebuah laluan melingkar* yang menghubungkan tingkat bawah, tingkat tengah, dan tingkat atas.
8 Aku nampak Rumah Tuhan dibina di atas sebuah asas yang lebih tinggi daripada lantai di sekelilingnya, dan asas bagi bilik-bilik di sekeliling rumah itu berukuran enam hasta tinggi, iaitu sepanjang satu kayu pengukur, dari lantai sampai ke sudut asas itu. 9 Dinding di luar bilik-bilik itu berukuran lima hasta lebar. Terdapat ruang terbuka* di sekeliling dinding itu. Ruang ini juga merupakan sebahagian daripada Rumah Tuhan.
10 Di antara rumah itu dan bilik-bilik makan,*+ terdapat sebuah kawasan yang berukuran 20 hasta lebar di setiap sisi rumah itu. 11 Di antara bilik-bilik di sekeliling Rumah Tuhan dan ruang terbuka itu, terdapat sebuah pintu masuk di sebelah utara dan sebuah lagi di sebelah selatan. Ruang terbuka di sekeliling rumah itu berukuran lima hasta lebar.
12 Bangunan di sebelah barat yang menghadap ke arah sebuah kawasan lapang berukuran 70 hasta lebar dan 90 hasta panjang. Dinding bangunan itu pula setebal lima hasta.
13 Dia mengukur Rumah Tuhan, dan rumah itu berukuran 100 hasta panjang. Kawasan lapang, bangunan,* dan dinding-dindingnya juga berukuran 100 hasta panjang. 14 Bahagian depan Rumah Tuhan yang menghadap ke arah timur dan kawasan lapang itu, semuanya berukuran 100 hasta lebar.
15 Di bahagian belakang Rumah Tuhan, dia mengukur panjang bangunan yang menghadap kawasan lapang itu dan beranda di kedua-dua sisi bangunan itu; semuanya berukuran 100 hasta.
Selain itu, dia mengukur Bilik Suci, Bilik Maha Suci,+ dan anjung-anjung di halaman rumah itu, 16 berserta ambang pintu, tingkap yang berbingkai, dan beranda di ketiga-tiga kawasan itu. Dekat ambang pintu, terdapat kayu-kayu yang melapisi lantai di situ sampai ke tingkap yang berbingkai itu.+ Ukuran bingkai di sebelah luar tingkap itu lebih kecil daripada ukuran sebelah dalamnya.+ Tingkap-tingkap itu juga dilapisi dengan kayu. 17 Dia mengukur bahagian atas pintu masuk, bahagian dalam dan luar Rumah Tuhan, dan dinding di sekelilingnya. 18 Di situ terdapat ukiran kerub+ dan pokok palma,+ sebatang pokok palma di antara dua kerub. Setiap kerub mempunyai dua muka, 19 iaitu muka manusia dan muka singa. Muka manusia menghadap ke pokok palma di satu sisi, dan muka singa menghadap ke pokok palma di sisi yang lain.+ Ukiran itu terdapat di seluruh Rumah Tuhan. 20 Dari lantai sampai ke bahagian atas pintu masuk, terdapat ukiran kerub dan pokok palma pada dinding Rumah Tuhan.
21 Tiang-tiang pintu* di Rumah Tuhan berbentuk segi empat.+ Di depan tempat suci,* terdapat sesuatu seperti 22 mazbah yang diperbuat daripada kayu.+ Mazbah itu berukuran tiga hasta tinggi dan dua hasta panjang. Terdapat tiang-tiang di sudut mazbah itu. Asas* dan sisinya diperbuat daripada kayu. Kemudian dia berkata kepadaku, “Inilah meja yang ada di hadapan Yehuwa.”+
23 Bilik Suci mempunyai dua buah pintu. Begitu juga dengan tempat suci itu.*+ 24 Setiap pintu mempunyai dua daun pintu yang dapat berpusing. 25 Terdapat ukiran kerub dan pokok palma pada pintu-pintu Rumah Tuhan, seperti yang terdapat pada dindingnya.+ Di sebelah luar rumah itu, di bahagian atas anjungnya, terdapat unjuran yang diperbuat daripada kayu. 26 Terdapat tingkap-tingkap yang berbingkai dan ukiran pokok palma pada unjuran itu, pada kedua-dua sisi anjung itu, dan pada bilik-bilik di sekeliling rumah itu. Ukuran bingkai di sebelah luar tingkap itu lebih kecil daripada ukuran di sebelah dalamnya.+
42 Kemudian dia membawa aku ke halaman luar, iaitu ke arah utara.+ Dia membawa aku ke sebuah blok yang mempunyai bilik-bilik makan yang terletak bersebelahan dengan kawasan lapang itu.+ Blok itu terletak di sebelah utara sebuah bangunan yang berhampiran dengannya.+ 2 Blok itu berukuran 100 hasta* panjang dan 50 hasta lebar. Pintu masuknya menghadap ke arah utara. 3 Blok itu terletak di antara lantai halaman luar dengan halaman dalam, yang berukuran 20 hasta lebar.+ Blok itu mempunyai tiga tingkat, dan beranda-berandanya menghadap satu sama lain. 4 Di depan bilik-bilik makan,* ada sebuah laluan+ yang berukuran 10 hasta lebar dan 100 hasta panjang. Pintu masuknya menghadap ke arah utara. 5 Bilik-bilik makan yang ada di tingkat atas lebih kecil daripada bilik-bilik makan di tingkat tengah dan tingkat bawah, kerana berandanya mengambil lebih banyak ruang. 6 Walaupun bilik-bilik makan itu bertingkat tiga, bilik-bilik itu tidak mempunyai tiang-tiang seperti tiang-tiang di halaman Rumah Tuhan. Itulah sebabnya bilik-bilik makan yang ada di tingkat atas lebih kecil daripada bilik-bilik makan di tingkat tengah dan tingkat bawah.
7 Di sebelah bilik-bilik makan itu, terdapat sebuah dinding batu yang berukuran 50 hasta panjang. Dinding itu terletak dekat halaman luar dan menghadap bilik-bilik makan yang lain. 8 Bilik-bilik makan yang berdekatan halaman luar berukuran 50 hasta panjang. Bilik-bilik makan yang berdekatan tempat suci pula berukuran 100 hasta panjang. 9 Di sebelah timur, terdapat jalan masuk dari halaman luar ke bilik-bilik makan itu.
10 Di sebelah selatan, ada bilik-bilik makan lain yang berhampiran dengan kawasan lapang dan bangunan itu. Bilik-bilik itu terletak di sebelah dalam dinding batu yang menghadap ke arah timur.+ 11 Di hadapan bilik-bilik itu, terdapat laluan seperti yang terdapat di bilik-bilik makan di sebelah utara.+ Panjang dan lebarnya sama, reka bentuknya sama, dan pintu-pintu keluarnya pun sama. Pintu masuknya pula 12 seperti pintu masuk di bilik-bilik makan di sebelah selatan. Terdapat sebuah pintu masuk di permulaan laluan itu, iaitu dekat dinding batu di sebelah timur, dan orang dapat masuk melalui pintu itu.+
13 Kemudian dia berkata kepadaku, “Bilik-bilik makan di sebelah utara dan selatan yang terletak bersebelahan dengan kawasan lapang+ itu ialah bilik-bilik makan yang suci. Di situlah para imam yang berkhidmat kepada Yehuwa makan persembahan yang paling suci.+ Di situ juga mereka meletakkan persembahan yang paling suci, korban bijirin, korban dosa, dan korban ganti rugi, kerana tempat itu suci.+ 14 Para imam yang memasuki tempat suci itu tidak boleh keluar dari situ lalu pergi ke halaman luar tanpa menanggalkan jubah mereka yang suci.+ Mereka harus memakai jubah lain sebelum keluar ke tempat orang ramai berkumpul, kerana jubah yang suci itu digunakan semasa berkhidmat kepada Tuhan.”
15 Setelah dia selesai mengukur kawasan di dalam Rumah Tuhan, dia membawa aku keluar melalui pintu gerbang yang menghadap ke arah timur+ dan dia mengukur seluruh kawasan itu.
16 Dia mengukur sisi sebelah timur dengan kayu pengukurnya,* dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.
17 Dia mengukur sisi sebelah utara dengan kayu pengukurnya, dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.
18 Dia mengukur sisi sebelah selatan dengan kayu pengukurnya, dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.
19 Dia mengukur sisi sebelah barat dengan kayu pengukurnya, dan ukurannya sama panjang dengan 500 kayu pengukur.
20 Demikianlah dia mengukur keempat-empat sisi Rumah Tuhan. Di sekeliling rumah itu, terdapat sebuah tembok+ yang panjangnya sama dengan panjang 500 kayu pengukur dan lebarnya sama dengan panjang 500 kayu pengukur.+ Tembok itu memisahkan tempat suci dengan tempat umum.+
43 Kemudian dia membawa aku ke pintu gerbang yang menghadap ke arah timur.+ 2 Di situ, aku nampak cahaya kemuliaan Tuhan orang Israel datang dari arah timur.+ Suara Tuhan kedengaran seperti bunyi deruman air yang banyak,+ dan seluruh bumi diterangi cahaya kemuliaan-Nya.+ 3 Penglihatan ini sama seperti penglihatan yang aku nampak semasa aku* hendak memusnahkan kota itu. Penglihatan ini juga sama seperti apa yang aku nampak dekat Sungai Khebar.+ Kemudian, aku bersujud ke tanah.
4 Cahaya kemuliaan Yehuwa memasuki Rumah Tuhan melalui pintu gerbang yang menghadap ke arah timur.+ 5 Kuasa suci Tuhan* mengangkat aku dan membawa aku ke halaman dalam rumah itu, lalu aku nampak rumah itu dipenuhi dengan cahaya kemuliaan Yehuwa.+ 6 Aku mendengar suara dari dalam rumah itu, dan seorang lelaki datang kepadaku lalu berdiri di sebelahku.+ 7 Tuhan berfirman kepadaku,
“Hai anak manusia, di sinilah terletaknya takhta-Ku+ dan tempat Aku meletakkan tapak kaki-Ku.+ Di sinilah Aku akan tinggal bersama orang Israel untuk selama-lamanya.+ Bangsa Israel dan raja-raja mereka tidak lagi akan mencemarkan nama-Ku yang suci+ dengan perbuatan mereka yang tidak setia* dan dengan mayat raja-raja mereka yang sudah mati. 8 Ambang pintu mereka diletakkan di sebelah ambang pintu-Ku, dan tiang pintu mereka diletakkan di sebelah tiang pintu-Ku, dengan hanya sebuah tembok yang memisahkan Aku daripada mereka.+ Mereka mencemarkan nama-Ku yang suci dengan perbuatan mereka yang jijik. Oleh itu, Aku membinasakan mereka semua kerana Aku murka.+ 9 Jika mereka berhenti melakukan perbuatan yang tidak setia* dan menjauhkan mayat raja-raja mereka daripada-Ku, Aku akan tinggal dalam kalangan mereka untuk selama-lamanya.+
10 “Hai anak manusia, gambarkanlah rumah itu kepada bangsa Israel+ agar mereka berasa malu atas kesalahan mereka.+ Mereka harus meneliti reka bentuk rumah itu. 11 Jika mereka berasa malu atas segala yang dilakukan oleh mereka, engkau harus menunjukkan pelan rumah itu kepada mereka, termasuk aturan di situ, pintu-pintu masuknya, dan pintu-pintu keluarnya.+ Tunjukkanlah pelan rumah itu, peraturannya, dan hukumnya kepada mereka. Tulislah semuanya di depan mata mereka agar mereka dapat melihat pelan rumah itu dan mematuhi peraturannya.+ 12 Inilah hukum Rumah Tuhan. Seluruh kawasan di atas gunung itu ialah tempat yang paling suci.+ Ya, inilah hukum Rumah Tuhan!
13 “Inilah ukuran mazbah menurut unit hasta.+ (Hasta ini satu tapak tangan lebih panjang daripada hasta biasa.*) Tapaknya berukuran satu hasta tinggi, dan terdapat unjuran selebar satu hasta di sekelilingnya. Terdapat juga parit selebar satu jengkal* di sekelilingnya. Demikianlah ukuran tapak mazbah itu. 14 Dari bahagian atas tapak itu sampai ke aras pertama, ukurannya ialah dua hasta tinggi, dan terdapat unjuran selebar satu hasta di sekelilingnya. Dari aras pertama sampai ke aras kedua, ukurannya ialah empat hasta tinggi, dan terdapat unjuran selebar satu hasta di sekelilingnya. 15 Di mazbah itu, terdapat sebuah tempat untuk menyalakan api, dan tempat itu berukuran empat hasta tinggi. Pada keempat-empat sudutnya, ada bahagian yang menonjol seperti tanduk.+ 16 Tempat untuk menyalakan api itu berbentuk segi empat dan berukuran 12 hasta panjang dan 12 hasta lebar.+ 17 Aras kedua mazbah itu berukuran 14 hasta panjang dan 14 hasta lebar pada keempat-empat sisinya. Parit yang mengelilingi aras itu berukuran setengah hasta, dan tapak yang mengelilingi sisinya berukuran satu hasta.
“Tangga mazbah itu menghadap ke arah timur.”
18 Kemudian dia berkata kepadaku, “Anak manusia, inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Inilah arahan-arahan yang harus diikuti semasa mazbah itu dibina supaya korban bakar dapat dipersembahkan di atasnya, dan darah dapat dipercikkan di atasnya.’+
19 “‘Engkau haruslah mengambil seekor anak lembu jantan daripada kawanan lalu mempersembahkannya sebagai korban dosa.+ Korban ini haruslah diserahkan kepada imam-imam Lewi daripada keturunan Zadok,+ dan mereka akan menghadap-Ku dan berkhidmat kepada-Ku,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 20 ‘Engkau haruslah mengambil sedikit darah lembu itu lalu menyapukannya pada tanduk di keempat-empat sisi mazbah itu, pada keempat-empat sudut aras kedua, dan pada parit yang mengelilinginya, untuk menyucikannya.*+ 21 Kemudian ambillah anak lembu jantan itu, iaitu korban dosa itu, dan bakarlah lembu itu di tempat yang telah ditetapkan di dalam Rumah Tuhan, iaitu di luar tempat suci.+ 22 Pada keesokan hari, persembahkanlah seekor kambing jantan yang sihat sebagai korban dosa. Sucikanlah* mazbah itu sebagaimana mereka telah melakukannya dengan anak lembu jantan itu.’
23 “‘Apabila engkau selesai menyucikan* mazbah itu, persembahkanlah seekor anak lembu jantan dan seekor bebiri jantan yang sihat. 24 Bawalah binatang-binatang itu kepada Yehuwa. Para imam haruslah menaburkan garam ke atas+ kedua-dua binatang itu lalu mempersembahkannya sebagai korban bakar kepada Yehuwa. 25 Setiap hari, selama tujuh hari, persembahkanlah seekor kambing jantan, seekor anak lembu jantan, dan seekor bebiri jantan yang sihat* sebagai korban dosa.+ 26 Mereka haruslah melakukan upacara pengampunan dosa bagi mazbah itu selama tujuh hari. Ya, mereka haruslah menyucikan mazbah itu supaya mazbah itu dapat digunakan. 27 Setelah tujuh hari berlalu, iaitu pada hari kelapan+ dan hari-hari seterusnya, para imam akan mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian bagi pihakmu* di atas mazbah itu, dan Aku akan berkenan kepadamu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”
44 Dia membawa aku kembali ke pintu gerbang luar di tempat suci yang menghadap ke arah timur,+ tetapi pintu itu tertutup.+ 2 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Pintu gerbang ini harus sentiasa ditutup dan tidak boleh dibuka. Tiada seorang pun yang boleh masuk melaluinya, kerana Aku, Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah melaluinya.+ Oleh itu, pintu gerbang ini haruslah sentiasa ditutup. 3 Tetapi seorang pemimpin akan duduk di situ dan makan roti di hadapan Yehuwa+ kerana dia ialah seorang pemimpin. Dia akan masuk melalui anjung pintu itu, dan dia akan keluar melaluinya juga.”+
4 Selepas itu, dia membawa aku masuk ke hadapan Rumah Tuhan melalui pintu gerbang utara. Apabila aku nampak bahawa cahaya kemuliaan Yehuwa telah memenuhi Rumah Yehuwa,+ aku bersujud ke tanah.+ 5 Yehuwa berfirman kepadaku, “Anak manusia, perhatikanlah segala-galanya dengan teliti. Lihatlah dan dengarlah baik-baik kerana Aku akan memberitahu engkau tentang hukum dan perintah Rumah Yehuwa. Perhatikanlah dengan teliti jalan masuk ke rumah itu dan semua jalan keluar tempat suci itu.+ 6 Katakanlah kepada bangsa Israel yang suka memberontak itu, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Hai bangsa Israel, berhentilah melakukan perbuatan kamu yang menjijikkan itu! 7 Kamu membawa bangsa asing yang tidak bersunat dan yang hatinya jahat ke dalam tempat suci-Ku, dan mereka menajiskan Rumah-Ku. Kamu mempersembahkan roti dan mempersembahkan lemak dan darah kepada-Ku, tetapi pada masa yang sama, kamu masih melakukan perbuatan jijik yang melanggar perjanjian-Ku. 8 Kamu tidak menjaga barang-barang suci-Ku.+ Sebaliknya, kamu menyuruh orang lain untuk berkhidmat di tempat suci-Ku.”’
9 “‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Orang asing di Israel, yang tidak bersunat dan yang hatinya jahat, tidak dibenarkan untuk masuk ke tempat suci-Ku.”’
10 “‘Apabila orang Israel menyimpang dan meninggalkan Aku+ untuk menyembah patung-patung berhala mereka yang menjijikkan,* orang Lewi juga meninggalkan Aku. Maka orang Lewi akan menanggung akibat kesalahan mereka. 11 Tetapi selepas itu, mereka akan bekerja di tempat suci-Ku sebagai penjaga pintu-pintu gerbang Rumah-Ku.+ Mereka akan berkhidmat di Rumah-Ku dengan menyembelih korban bakar dan korban yang lain bagi pihak rakyat. Mereka akan berdiri di hadapan rakyat untuk berkhidmat kepada mereka. 12 Orang Lewi telah berkhidmat kepada rakyat di hadapan patung-patung berhala mereka yang menjijikkan. Mereka juga menjadi batu sandungan yang menyebabkan bangsa Israel berdosa.+ Oleh itu, Aku telah mengangkat tangan-Ku dan bersumpah,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa mereka akan menanggung akibat kesalahan mereka itu. 13 Mereka tidak akan menghampiri-Ku untuk berkhidmat sebagai imam-Ku, atau menghampiri benda-benda-Ku yang suci dan yang sangat suci. Mereka akan menanggung malu kerana mereka telah melakukan hal-hal yang jijik. 14 Tetapi Aku akan menjadikan mereka penjaga di Rumah-Ku, dan mereka akan berkhidmat di situ dan bertanggungjawab atas segala tugas yang wajib dilaksanakan di situ.’+
15 “‘Apabila orang Israel menyimpang daripada-Ku,+ imam-imam Lewi daripada keturunan Zadok+ telah memikul tanggungjawab mereka di tempat suci-Ku. Oleh itu, mereka akan menghampiri-Ku untuk berkhidmat kepada-Ku. Mereka akan berdiri di hadapan-Ku untuk mempersembahkan lemak+ dan darah korban,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 16 ‘Merekalah yang akan masuk ke dalam tempat suci-Ku, dan menghampiri mazbah-Ku* untuk berkhidmat kepada-Ku.+ Mereka akan menjalankan tanggungjawab yang telah Aku amanahkan kepada mereka.+
17 “‘Apabila mereka masuk melalui pintu-pintu gerbang di halaman dalam, mereka haruslah memakai kain linen.+ Mereka tidak boleh memakai kain bulu apabila mereka berkhidmat di pintu-pintu gerbang di halaman dalam atau di dalam tempat suci. 18 Mereka patut memakai serban dan seluar pendek yang diperbuat daripada kain linen.+ Mereka tidak boleh memakai apa-apa pun yang membuat mereka berpeluh. 19 Sebelum mereka keluar ke halaman luar, iaitu tempat rakyat berkumpul, mereka haruslah menanggalkan pakaian yang dipakai oleh mereka semasa berkhidmat+ dan meletakkannya di dalam bilik-bilik makan yang suci.*+ Kemudian mereka akan mengenakan pakaian yang lain agar mereka tidak menyucikan rakyat melalui pakaian mereka. 20 Mereka harus memotong rambut mereka.+ Mereka tidak patut mencukur kepala mereka atau membiarkan rambut mereka menjadi panjang. 21 Para imam tidak boleh minum wain apabila mereka hendak masuk ke halaman dalam.+ 22 Mereka tidak boleh berkahwin dengan balu atau wanita yang telah bercerai,+ tetapi mereka boleh berkahwin dengan anak dara daripada keturunan Israel atau balu imam.’+
23 “‘Mereka patut mengajar umat-Ku perbezaan antara apa yang suci dengan apa yang tidak suci, dan perbezaan antara apa yang bersih dengan apa yang tidak bersih.+ 24 Mereka akan bertugas sebagai hakim dalam hal-hal perundangan,+ dan menjalankan penghakiman menurut ketetapan-Ku.+ Mereka patut menyucikan hari-hari Sabat-Ku dan mematuhi hukum dan perintah-Ku berkenaan semua perayaan-Ku.+ 25 Mereka tidak boleh menajiskan diri dengan menghampiri orang yang sudah mati, kecuali jika orang itu ialah bapa, ibu, anak, saudara lelaki, atau saudara perempuan mereka yang belum berkahwin.+ 26 Selepas seseorang imam disucikan, dia mesti menunggu tujuh hari lagi. 27 Pada hari dia masuk ke tempat suci, ke halaman dalam, untuk berkhidmat di situ, dia haruslah mempersembahkan korban bagi pengampunan dosanya,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
28 “‘Mereka akan memiliki Aku sebagai warisan mereka.+ Ya, Akulah warisan mereka. Kamu tidak boleh memberikan apa-apa warisan di Israel kepada mereka kerana Akulah milik mereka. 29 Merekalah yang akan makan korban bijirin,+ korban dosa, dan korban ganti rugi.+ Semua benda di Israel yang dikhaskan untuk Tuhan akan menjadi milik mereka.+ 30 Hasil pertama yang terbaik dan semua sumbangan daripada kamu akan menjadi milik para imam.+ Kamu haruslah memberikan bijirin yang telah dikisar daripada hasil tuaian pertama kepada mereka.+ Hal ini akan membawa berkat kepada seisi keluarga kamu.+ 31 Para imam tidak boleh makan burung atau mana-mana binatang yang sudah menjadi bangkai atau yang mati diterkam oleh binatang lain.’+
45 “‘Apabila kamu membahagikan tanah itu sebagai warisan,+ kamu haruslah mengasingkan sebahagian daripadanya untuk Yehuwa sebagai kawasan yang suci.+ Panjang kawasan itu hendaklah 25,000 hasta,* dan lebarnya 10,000 hasta.+ Seluruh kawasan yang disumbangkan itu suci. 2 Sebidang tanah yang berbentuk segi empat di dalam kawasan itu akan dikhaskan untuk tempat suci. Ukuran setiap sisi tanah itu haruslah 500 hasta,+ dan dikelilingi kawasan padang rumput selebar 50 hasta.+ 3 Daripada bahagian yang telah diukur, kamu haruslah mengukur kawasan yang panjangnya 25,000 hasta dan lebarnya 10,000 hasta. Rumah Tuhan, iaitu tempat yang paling suci, terletak di dalam kawasan ini. 4 Kawasan ini ialah tanah suci untuk para imam+ yang berkhidmat di Rumah Tuhan dan yang berada di hadapan Yehuwa untuk melayani-Nya.+ Rumah-rumah mereka dan tempat suci untuk Rumah Tuhan terletak di dalam kawasan ini.
5 “‘Orang Lewi yang berkhidmat di Rumah Tuhan akan mendapat tanah yang berukuran 25,000 hasta panjang dan 10,000 hasta lebar.+ Mereka juga akan mendapat 20 buah bilik makan.*+
6 “‘Kamu patut mengasingkan sebidang tanah sebagai milik kota. Ukuran tanah itu ialah 25,000 hasta panjang (sama panjang dengan sumbangan suci) dan 5,000 hasta lebar.+ Tanah itu akan menjadi milik seluruh bangsa Israel.
7 “‘Pemimpin akan mendapat kawasan di sebelah barat dan timur, iaitu kawasan yang bersebelahan dengan sumbangan suci dan tanah milik kota. Panjang kawasan itu, dari sempadan barat sampai ke sempadan timur, adalah sama dengan panjang salah satu kawasan yang ditentukan untuk suku Israel.+ 8 Kawasan itu akan menjadi milik pemimpin di Israel. Para pemimpin-Ku tidak akan menindas umat-Ku lagi.+ Sebaliknya mereka akan membahagikan tanah kepada bangsa Israel menurut suku-suku mereka.’+
9 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Wahai para pemimpin Israel, kamu sudah keterlaluan!’
“‘Hentikanlah kekejaman dan penindasan kamu, dan lakukanlah apa yang adil dan benar.+ Jangan rampas harta milik umat-Ku lagi,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 10 ‘Kamu patut menggunakan neraca yang tepat, sukatan efa* yang tepat, dan sukatan bath* yang tepat.+ 11 Tetapkanlah sukatan untuk satu efa dan satu bath dengan menggunakan homer* sebagai piawaian. Satu efa patut sama dengan satu persepuluh homer, dan satu bath juga patut sama dengan satu persepuluh homer. 12 Satu syekel*+ patut sama dengan 20 gera,* dan 20 syekel tambah 25 syekel tambah 15 syekel patut sama dengan satu maneh.’*
13 “‘Inilah sumbangan yang patut kamu berikan: Satu perenam efa gandum bagi setiap homer gandum, dan satu perenam efa barli bagi setiap homer barli. 14 Sumbangan minyak pula ditentukan mengikut sukatan bath. Satu bath sama dengan satu persepuluh kor,* dan 10 bath sama dengan satu homer, kerana satu homer sama dengan 10 bath. 15 Sumbangkanlah seekor biri-biri daripada setiap 200 ekor biri-biri di Israel. Binatang ini akan digunakan untuk korban bijirin,+ korban bakar,+ dan korban pendamaian+ supaya rakyat dapat meminta pengampunan bagi dosa mereka,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
16 “‘Semua penduduk negeri harus memberikan sumbangan+ ini kepada pemimpin di Israel. 17 Kemudian pemimpin bertanggungjawab untuk menyediakan korban bakar,+ korban bijirin,+ dan korban wain semasa musim perayaan,+ perayaan bulan baharu, hari Sabat,+ dan semua perayaan lain yang ditetapkan untuk bangsa Israel.+ Dialah yang akan menyediakan korban dosa, korban bijirin, korban bakar, dan korban pendamaian supaya dia dapat memohon pengampunan dosa bagi pihak bangsa Israel.’
18 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pada hari pertama bulan pertama, engkau haruslah mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang sihat daripada ternakanmu untuk menyucikan Rumah-Ku.+ 19 Kemudian imam akan mengambil sedikit darah daripada korban dosa lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah Tuhan,+ pada keempat-empat sudut aras kedua mazbah, dan pada tiang-tiang di pintu gerbang halaman dalam. 20 Engkau haruslah berbuat demikian pada hari ketujuh bulan itu untuk sesiapa sahaja yang berdosa secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya.+ Kamu haruslah menyucikan Rumah-Ku.+
21 “‘Pada hari ke-14 bulan pertama, kamu haruslah menyambut Perayaan Paska.*+ Selama tujuh hari, kamu harus memakan roti yang tidak beragi.+ 22 Pada hari itu, pemimpin akan menyediakan seekor lembu jantan yang muda sebagai korban dosa bagi dirinya dan bagi semua rakyat di negeri itu.+ 23 Selama tujuh hari perayaan itu, dia akan menyediakan korban bakar untuk dipersembahkan kepada Yehuwa. Setiap hari, selama tujuh hari itu, dia harus menyediakan tujuh ekor lembu jantan muda yang sihat dan tujuh ekor biri-biri jantan yang sihat.+ Dia juga harus menyediakan seekor kambing jantan sebagai korban dosa setiap hari. 24 Selain itu, dia harus menyediakan satu efa bijirin sebagai korban bijirin untuk setiap lembu jantan yang muda, dan satu efa bijirin untuk setiap bebiri jantan. Dia juga harus menyediakan satu hin* minyak bagi setiap efa bijirin.
25 “‘Pada hari ke-15 bulan ketujuh, selama tujuh hari perayaan itu,+ dia harus melakukan hal yang sama, iaitu menyediakan korban dosa, korban bakar, korban bijirin, dan minyak.’”
46 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Pintu gerbang di halaman dalam yang menghadap ke arah timur+ haruslah ditutup+ selama enam hari kerja.+ Tetapi pintu itu akan dibuka pada hari Sabat dan pada perayaan bulan baharu. 2 Pemimpin harus masuk dari halaman luar ke anjung pintu gerbang+ itu lalu berdiri dekat tiang pintu. Dia harus membawa korban bakar dan korban pendamaian kepada para imam untuk dipersembahkan. Kemudian dia harus bersujud di ambang pintu itu lalu keluar semula. Pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sehingga waktu petang. 3 Semua rakyat di negeri itu juga harus bersujud kepada Yehuwa di jalan masuk pintu gerbang itu pada hari Sabat dan pada perayaan bulan baharu.+
4 “‘Pada hari Sabat, pemimpin harus membawa enam ekor anak bebiri jantan yang sihat dan seekor bebiri jantan yang sihat sebagai korban bakar untuk Yehuwa.+ 5 Bagi bebiri jantan, dia harus memberikan satu efa* bijirin sebagai korban bijirin. Bagi anak bebiri jantan pula, dia boleh memberikan seberapa banyak bijirin yang mampu diberikannya. Dia juga harus memberikan satu hin* minyak bagi setiap efa bijirin.+ 6 Pada perayaan bulan baharu, dia harus membawa seekor lembu jantan yang muda daripada ternakannya, enam ekor anak bebiri jantan, dan seekor bebiri jantan. Semua binatang itu haruslah sihat.+ 7 Bagi setiap ekor lembu jantan yang muda, dia harus memberikan satu efa bijirin sebagai korban bijirin. Bagi bebiri jantan, dia harus memberikan satu efa bijirin. Bagi anak bebiri jantan pula, dia boleh memberikan seberapa banyak bijirin yang mampu diberikannya. Dia juga harus memberikan satu hin minyak bagi setiap efa bijirin.
8 “‘Pemimpin itu harus masuk dan keluar melalui anjung pintu gerbang yang sama.+ 9 Pada hari-hari perayaan,+ penduduk yang datang untuk menyembah Yehuwa harus masuk melalui pintu gerbang utara+ dan keluar melalui pintu gerbang selatan.+ Mereka yang masuk dari pintu gerbang selatan haruslah keluar melalui pintu gerbang utara. Tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan keluar melalui pintu yang sama, kerana setiap orang mesti keluar melalui pintu yang ada di seberangnya. 10 Pemimpin dalam kalangan mereka patut masuk apabila mereka masuk dan keluar apabila mereka keluar. 11 Semasa perayaan dan musim perayaan, dia harus memberikan satu efa bijirin sebagai korban bijirin bagi lembu jantan yang muda, satu efa bijirin bagi bebiri jantan, dan seberapa banyak bijirin yang mampu diberikannya bagi anak bebiri jantan. Dia juga harus memberikan satu hin minyak bagi setiap efa bijirin.+
12 “‘Jika pemimpin membawa korban bakar+ atau korban pendamaian kepada Yehuwa sebagai persembahan sukarela, pintu gerbang yang menghadap ke arah timur haruslah dibuka untuknya. Dia akan menyediakan korban bakar dan korban pendamaian itu seperti yang dilakukannya pada hari Sabat.+ Selepas dia keluar, pintu gerbang itu akan ditutup.+
13 “‘Sediakanlah seekor anak bebiri jantan yang sihat dan yang berumur satu tahun sebagai korban bakar untuk Yehuwa setiap hari.+ Teruslah berbuat demikian pada setiap pagi. 14 Selain itu, pada setiap pagi, berikanlah satu perenam efa bijirin sebagai korban bijirin. Berikanlah juga satu pertiga hin minyak untuk dipercikkan ke atas tepung yang bermutu tinggi sebagai korban bijirin harian kepada Yehuwa. Peraturan ini haruslah sentiasa dipatuhi. 15 Setiap pagi, sediakanlah anak bebiri jantan, korban bijirin, dan minyak sebagai korban bakar harian.’
16 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Jika pemimpin memberikan hadiah kepada setiap anak lelakinya sebagai warisan, hadiah itu akan menjadi harta milik anak-anak lelakinya. Ya, hadiah itu akan menjadi warisan mereka. 17 Tetapi jika dia mengambil sebahagian warisannya dan menghadiahkannya kepada seorang hambanya, hadiah itu akan menjadi harta milik hamba itu sehingga tahun pembebasan.+ Setelah tahun itu, hadiah itu patut dikembalikan kepadanya. Hanya hadiah yang diberikan kepada anak-anak lelakinya akan tetap menjadi warisan mereka buat selama-lamanya. 18 Pemimpin itu tidak patut merampas warisan rakyat dengan menghalau mereka daripada tanah mereka. Dia patut memberikan tanahnya sendiri sebagai warisan kepada anak-anak lelakinya. Dengan demikian, tiada sesiapa pun dalam kalangan umat-Ku yang akan dihalau daripada tanah mereka.’”
19 Kemudian dia membawa aku ke jalan masuk+ dekat pintu gerbang yang menuju ke bilik-bilik makan yang suci* yang digunakan oleh para imam. Bilik-bilik itu menghadap ke arah utara,+ dan di belakang bilik-bilik itu, iaitu di sebelah barat, aku nampak sebuah tempat. 20 Dia berkata kepadaku, “Inilah tempat para imam merebus korban ganti rugi dan korban dosa, dan tempat mereka memanggang korban bijirin.+ Dengan demikian, imam tidak membawa apa-apa pun ke halaman luar yang akan menyucikan rakyat.”+
21 Dia membawa aku ke halaman luar dan membimbing aku ke keempat-empat sudut halaman itu. Di setiap sudut itu, aku nampak satu lagi halaman. 22 Keempat-empat sudut halaman luar mempunyai halaman-halaman yang kecil. Keempat-empat halaman kecil itu* mempunyai ukuran yang sama, iaitu 40 hasta* panjang dan 30 hasta lebar. 23 Terdapat tembok yang rendah di sekeliling halaman-halaman kecil itu. Di bahagian bawah tembok itu, ada tempat-tempat untuk merebus korban. 24 Kemudian dia berkata kepadaku, “Inilah tempat pekerja Rumah Tuhan merebus korban yang dipersembahkan oleh rakyat.”+
47 Kemudian dia membawa aku kembali ke pintu masuk Rumah Tuhan.+ Aku nampak air mengalir dari bawah ambang pintu rumah itu ke arah timur,+ kerana Rumah Tuhan juga menghadap ke arah timur. Air mengalir keluar dari bawah rumah itu, iaitu dari sebelah kanannya, dan melalui sebelah selatan mazbah.
2 Dia membawa aku keluar melalui pintu gerbang utara+ lalu memimpin aku ke pintu gerbang luar yang menghadap ke arah timur,+ dan aku nampak sedikit air mengalir dari sebelah kanan pintu gerbang itu.
3 Lelaki itu pergi ke arah timur sambil memegang tali pengukur.+ Dia mengukur jarak 1,000 hasta* mengikut aliran air itu, lalu menyuruh aku menyeberanginya. Air itu sampai ke pergelangan kakiku.
4 Kemudian dia mengukur 1,000 hasta lagi, dan menyuruh aku menyeberangi aliran air itu. Air itu sampai ke lututku.
Dia mengukur 1,000 hasta lagi, dan menyuruh aku menyeberangi aliran air itu. Air itu sampai ke pinggangku.
5 Dia mengukur 1,000 hasta lagi, dan di situ air sudah menjadi begitu deras sehingga aku tidak dapat menyeberanginya. Airnya terlalu dalam untuk dilalui dengan berjalan kaki, dan orang yang ingin menyeberanginya haruslah berenang.
6 Dia berkata kepadaku, “Anak manusia, perhatikanlah semua ini.”
Selepas itu, dia menyuruh aku berjalan kembali ke tebing sungai itu. 7 Apabila aku sampai di sana, aku nampak banyak sekali pokok di kedua-dua tebing sungai itu.+ 8 Dia berkata kepadaku, “Air ini mengalir ke kawasan timur lalu turun ke Araba*+ dan masuk ke laut. Apabila air ini sampai di laut,+ air laut akan disembuhkan. 9 Ke mana sahaja air itu mengalir, di situ juga akan terdapat banyak sekali makhluk hidup dan banyak sekali ikan. Air laut akan disembuhkan, dan ke mana sahaja air itu mengalir, di situ akan ada kehidupan.
10 “Nelayan-nelayan akan berdiri di tepi laut itu dari En-gedi+ sampai ke En-eglaim, dan mereka akan menjemur pukat mereka di situ. Ada banyak sekali ikan di air itu. Terdapat bermacam-macam ikan di situ seperti yang ada di Laut Tengah.*+
11 “Di situ akan ada kawasan berpaya dan kawasan berlumpur. Kawasan-kawasan itu tidak akan disembuhkan, tetapi akan dibiarkan menjadi garam.+
12 “Pelbagai jenis pokok yang menghasilkan makanan akan tumbuh di kedua-dua tebing sungai itu. Daun pokok-pokok itu tidak akan layu, dan pokok-pokok itu tidak akan berhenti berbuah. Setiap bulan, pokok-pokok itu akan menghasilkan buah yang baharu kerana pokok-pokok itu mendapat air dari tempat suci itu.+ Buah-buah itu akan dijadikan makanan, dan daun-daunnya akan digunakan sebagai ubat.”+
13 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kamu haruslah membahagikan tanah ini dan memberikannya kepada 12 suku Israel, dan Yusuf akan mendapat dua bahagian. Tanah ini akan menjadi warisan mereka.+ 14 Tanah warisan ini akan dibahagikan dengan sama rata antara kamu sendiri. Aku telah bersumpah untuk memberikan tanah ini kepada nenek moyang kamu.+ Sekarang tanah ini akan dibahagikan dan diberikan kepada kamu sebagai warisan.
15 “Sempadan utara tanah ini bermula dari Laut Tengah* melalui jalan ke Hetlon+ dan menghala ke Zedad,+ 16 Hamat,+ Berota,+ dan Sibraim, yang terletak di antara kawasan Damsyik dan kawasan Hamat, lalu ke Hazer-hatikon, yang berdekatan sempadan Hauran.+ 17 Demikianlah sempadan itu akan bermula dari laut sampai ke Hazar-enon,+ mengikut sempadan Damsyik di arah utara, dan sempadan Hamat.+ Inilah sempadan utara tanah kamu.
18 “Sempadan timurnya terletak di antara Hauran dan Damsyik, dan di sepanjang Sungai Yordan di antara Gilead+ dan negeri Israel. Kamu haruslah mengukur jarak dari sempadan utara ke laut timur.* Inilah sempadan timur tanah kamu.
19 “Sempadan selatannya bermula dari Tamar sampai ke Sumber Air Meribat-kades,+ lalu menuju ke Wadi* dan ke Laut Tengah.*+ Inilah sempadan selatan tanah kamu.
20 “Sempadan baratnya ialah Laut Tengah,* iaitu dari sempadan selatan sampai ke sebuah tempat di seberang Lebo-hamat.*+ Inilah sempadan barat tanah kamu.”
21 “Kamu haruslah membahagikan tanah ini antara kamu sendiri, iaitu antara 12 suku Israel. 22 Kamu haruslah membahagikan tanah ini sebagai warisan untuk kamu dan untuk orang asing yang telah melahirkan anak-anak semasa mereka tinggal dalam kalangan kamu. Mereka akan menjadi seperti penduduk asli Israel dan mendapat tanah bersama-sama suku Israel yang lain. 23 Mereka haruslah diberi tanah warisan bersama-sama suku di tempat mereka tinggal,” firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
48 “Berikut merupakan nama suku-suku Israel yang mendapat tanah warisan bermula dari sempadan utara: Bahagian tanah Dan+ terletak di sepanjang jalan dari Hetlon ke Lebo-hamat,*+ lalu menghala ke Hazar-enan, di sepanjang sempadan utara Damsyik, di sebelah Hamat;+ tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 2 Bahagian tanah Asyer+ bersempadan dengan tanah Dan, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 3 Bahagian tanah Naftali+ bersempadan dengan tanah Asyer, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 4 Bahagian tanah Manasye+ bersempadan dengan tanah Naftali, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 5 Bahagian tanah Efraim bersempadan dengan tanah Manasye,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 6 Bahagian tanah Ruben bersempadan dengan tanah Efraim,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 7 Bahagian tanah Yehuda bersempadan dengan tanah Ruben,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 8 Di sempadan tanah Yehuda, dari sempadan timur ke sempadan barat, kamu haruslah mengasingkan sebuah kawasan untuk disumbangkan kepada Tuhan. Lebar kawasan itu haruslah 25,000 hasta.*+ Panjang kawasan itu, dari sempadan barat sampai ke sempadan timur, adalah sama dengan panjang tanah milik salah satu suku Israel. Tempat suci terletak di tengah-tengah kawasan itu.
9 “Kawasan yang disumbangkan khas kepada Yehuwa haruslah berukuran 25,000 hasta panjang dan 10,000 hasta lebar. 10 Kawasan ini ialah sumbangan suci untuk para imam.+ Kawasan ini berukuran 25,000 hasta di sebelah utara, 10,000 hasta di sebelah barat, 10,000 hasta di sebelah timur, dan 25,000 hasta di sebelah selatan. Tempat suci Yehuwa terletak di tengah-tengah kawasan ini. 11 Kawasan ini adalah untuk para imam daripada keturunan Zadok yang telah disucikan.+ Mereka telah memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Mereka tidak meninggalkan Aku meskipun orang Israel dan orang Lewi telah menyimpang daripada-Ku.+ 12 Mereka akan menerima sebahagian daripada kawasan yang diasingkan ini sebagai tempat yang paling suci. Bahagian tanah mereka bersempadan dengan tanah orang Lewi.
13 “Di sebelah kawasan milik para imam, orang Lewi akan menerima sebidang tanah yang berukuran 25,000 hasta panjang dan 10,000 hasta lebar. (Panjang seluruh tanah itu ialah 25,000 hasta, dan lebarnya ialah 10,000 hasta.) 14 Tanah ini ialah tanah yang terbaik. Mereka tidak boleh menjual, menukar, atau memindahkan hak milik tanah ini kepada orang lain, kerana tanah ini suci di mata Yehuwa.
15 “Kawasan selebihnya yang berukuran 5,000 hasta lebar di sepanjang garis sempadan yang berukuran 25,000 hasta panjang adalah untuk kegunaan penduduk kota.+ Mereka akan tinggal di kawasan ini dan menggunakannya sebagai padang rumput. Kota mereka terletak di tengah-tengah kawasan ini.+ 16 Berikut merupakan ukuran kota mereka: Sempadan utaranya ialah 4,500 hasta, sempadan selatannya ialah 4,500 hasta, sempadan timurnya ialah 4,500 hasta, dan sempadan baratnya ialah 4,500 hasta. 17 Padang rumput kota itu berukuran 250 hasta di sebelah utara, 250 hasta di sebelah selatan, 250 hasta di sebelah timur, dan 250 hasta di sebelah barat.
18 “Terdapat kawasan lapang yang berukuran 10,000 hasta panjang di sebelah timur dan barat kota itu. Sempadan kawasan ini sejajar dengan sempadan sumbangan suci.+ Hasil tanaman di kedua-dua kawasan ini akan menjadi sumber makanan bagi pekerja kota. 19 Pekerja-pekerja di kota yang datang daripada semua suku Israel, akan mengusahakan kawasan ini.+
20 “Seluruh kawasan yang disumbangkan itu berukuran 25,000 hasta persegi. Kamu haruslah mengasingkan kawasan ini dan tanah milik kota sebagai sumbangan suci.
21 “Kawasan yang selebihnya di kedua-dua sisi sumbangan suci dan tanah milik kota akan menjadi milik pemimpin.+ Kawasan ini terletak di sepanjang sempadan yang berukuran 25,000 hasta, iaitu di sebelah timur dan barat sumbangan suci. Kawasan ini bersempadan dengan tanah milik suku-suku yang lain. Kawasan ini milik pemimpin. Sumbangan suci dan tempat suci untuk Rumah Tuhan terletak di tengah-tengah kawasan ini.
22 “Tanah milik orang Lewi dan tanah milik kota terletak di antara tanah milik pemimpin. Tanah milik pemimpin bersempadan dengan tanah Yehuda+ dan tanah Benyamin.
23 “Berikut merupakan suku-suku Israel yang lain yang mendapat tanah warisan: Bahagian tanah Benyamin terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.+ 24 Bahagian tanah Simeon bersempadan dengan tanah Benyamin,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 25 Bahagian tanah Isakhar+ bersempadan dengan tanah Simeon, dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 26 Bahagian tanah Zebulon bersempadan dengan tanah Isakhar,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat.+ 27 Bahagian tanah Gad bersempadan dengan tanah Zebulon,+ dan tanah ini terbentang dari sempadan timur ke sempadan barat. 28 Sempadan selatan tanah warisan, yang terletak di sempadan Gad, bermula dari Tamar+ sampai ke Sumber Air Meribat-kades,+ lalu menuju ke Wadi*+ dan ke Laut Tengah.*
29 “Demikianlah tanah itu harus dibahagikan kepada suku-suku Israel.+ Tanah warisan itu akan menjadi milik mereka,”+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.
30 “Kota itu mempunyai pintu-pintu keluar. Bahagian utara kota itu berukuran 4,500 hasta.+
31 “Pintu-pintu gerbangnya dinamakan menurut suku-suku Israel. Terdapat tiga buah pintu gerbang di sebelah utara, iaitu pintu Ruben, pintu Yehuda, dan pintu Lewi.
32 “Bahagian timur kota itu berukuran 4,500 hasta panjang, dan terdapat tiga buah pintu gerbang di situ, iaitu pintu Yusuf, pintu Benyamin, dan pintu Dan.
33 “Bahagian selatan kota itu berukuran 4,500 hasta, dan terdapat tiga buah pintu gerbang di situ, iaitu pintu Simeon, pintu Isakhar, dan pintu Zebulon.
34 “Bahagian barat kota itu berukuran 4,500 hasta panjang, dan terdapat tiga buah pintu gerbang di situ, iaitu pintu Gad, pintu Asyer, dan pintu Naftali.
35 “Tembok yang mengelilingi seluruh kota itu berukuran 18,000 hasta. Mulai hari itu, kota itu akan dinamakan ‘Yehuwa Ada di Situ.’”+
Maksudnya “Tuhan Menguatkan.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Atau “Di situ, tangan Yehuwa datang ke atas aku.”
Atau “dengan kilat.”
Iaitu, logam campuran emas dan perak.
“Anak manusia” digunakan buat kali pertama di ayat ini. Gelaran ini muncul sebanyak 93 kali di dalam buku Yehezkiel.
Atau mungkin, “meskipun mereka berdegil dan meskipun mereka seperti benda-benda tajam yang menusuk engkau.”
Atau “batu keras yang digunakan untuk menyalakan api.”
Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.
Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.
Harfiah, “tangan Yehuwa.”
Atau “tetapi Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematiannya.”
Atau “dan bertindak dengan tidak adil.”
Atau “tetapi Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematiannya.”
Harfiah, “Tangan Yehuwa datang ke atasku.”
Sejenis alat perang yang digunakan untuk merobohkan pintu gerbang dan tembok sebuah kota.
Merujuk kepada sejenis bijirin bermutu rendah yang ditanam di Mesir kuno.
Harfiah, “20 syekel.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “satu perenam hin.” Lihat Lampiran B14.
Merujuk kepada makanan yang najis atau haram menurut Hukum Musa.
Atau “yang tercemar.”
Harfiah, “Aku akan mematahkan tongkat-tongkat roti.” Mungkin merujuk kepada tongkat kayu yang digunakan untuk menyimpan roti.
Atau “akan mengurangkan pendudukmu.”
Atau “penyakit.”
Harfiah, “(dengan) mematahkan tongkat-tongkat roti.” Mungkin merujuk kepada tongkat kayu yang digunakan untuk menyimpan roti.
Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Istilah ini dalam bahasa Ibrani mungkin berkaitan dengan istilah yang bermaksud “tahi” dan digunakan untuk menunjukkan perasaan meluat yang sangat mendalam.
Atau “kerana mereka curang.”
Atau “yang unik.”
Iaitu, orang yang berjual beli tidak akan meraih apa-apa manfaat kerana kemusnahan itu akan menimpa semua orang.
Atau mungkin, “dan rancangan jahat mereka tidak dapat menyelamatkan mereka.”
Iaitu, terkencing kerana takut.
Iaitu, kepala mereka dicukur sebagai tanda berkabung.
Iaitu, barang-barang daripada emas dan perak.
Iaitu, perak dan emas yang digunakan untuk membuat patung-patung berhala.
Nampaknya merujuk kepada bahagian yang paling dalam di Rumah Yehuwa.
Iaitu, rantai untuk para tawanan.
Harfiah, “tangan Yehuwa.”
Iaitu, logam campuran emas dan perak.
Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Nampaknya merujuk kepada dahan kayu yang digunakan dalam penyembahan berhala.
Sebuah tanduk yang dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan pen dan dakwat.
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.
Harfiah, “kepala itu.”
Iaitu, setiap kerub.
Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.
Iaitu, kota Yerusalem. Orang Yahudi menyangka bahawa mereka akan mendapat perlindungan di dalam kota ini.
Atau “periuk bermulut lebar.”
Iaitu, hati yang peka terhadap bimbingan Tuhan.
Dalam bahasa asal, yang mengangkat Yehezkiel boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.
Atau “yang menyenangkan hati pendengarnya.”
Sejenis binatang di negeri Israel yang menyerupai anjing.
Iaitu, mengecat dinding supaya kelihatan kukuh.
Iaitu, gelang sihir yang dipakai di pergelangan tangan atau siku.
Atau “tidak mahu menyakiti mereka.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “akan menjatuhkan hukuman.”
Atau “menyebabkan perasaan takut mencengkam hati seluruh bangsa Israel.”
Harfiah, “(akan) mematahkan tongkat-tongkat rotinya.” Mungkin merujuk kepada tongkat kayu yang digunakan untuk menyimpan roti.
Atau “kulit anjing laut.”
Harfiah, “Namamu.”
Iaitu, patung-patung lelaki itu.
Atau “dengan menyuruh mereka melintasi api.”
Harfiah, “mengangkangkan kakimu.”
Atau “tanah para pedagang.”
Atau “lemahnya.”
Atau mungkin, “Betapa marahnya Aku terhadapmu!”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Harfiah, “di sebelah kirimu.”
Mungkin merujuk kepada pekan-pekan di sekelilingnya.
Harfiah, “di sebelah kananmu.”
Atau “sumpahmu.”
Atau “Aku menebus engkau.”
Atau “tanah para pedagang.”
Iaitu, pokok willow.
Iaitu, Nebukadnezar.
Iaitu, Zedekia.
Gelaran bagi raja Mesir.
Atau “Jiwa.” Lihat Kamus.
Atau “Jiwa.” Lihat Kamus.
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “Jiwa.” Lihat Kamus.
Harfiah, “diingati.”
Atau “dan bertindak dengan tidak adil.”
Atau mungkin, “pokok anggur di ladang anggurmu.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Iaitu, orang Israel.
Iaitu, orang Israel.
Iaitu, orang Israel.
Atau “menyuruh anak-anak sulung mereka melintasi api.”
Atau “yang menyenangkan hati.”
Atau “yang melakukan pelacuran rohani.”
Atau “dengan menyuruh anak-anak lelaki kamu melintasi api.”
Iaitu, terkencing kerana takut.
Iaitu, pedang Yehuwa.
Harfiah, “terafim.”
Iaitu, penduduk Yerusalem.
Nampaknya merujuk kepada orang Babilon.
Nampaknya merujuk kepada Raba, kota orang Ammon.
Harfiah, “diciptakan.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “Adakah hatimu akan tetap bertahan?”
Atau “plumbum.”
Maksudnya “Khemahnya.”
Maksudnya “Khemah-Ku Di Dalamnya.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.
Harfiah, “mencabik.”
Iaitu, perzinaan rohani.
Atau “menyuruh anak-anak itu melintasi api.”
Atau “periuk bermulut lebar.”
Atau “jangan membuang undi untuk menentukan.”
Atau “tidak boleh memukul dada.”
Atau “misaimu.”
Atau “misai.”
Harfiah, “mereput.”
Atau “menyerang lereng.”
Harfiah, “Nebukadrezar,” ejaan lain bagi nama ini.
Atau “dengan mesin yang digunakan untuk merobohkan tembok.”
Atau “pedangnya.”
Atau “jubah tidak berlengan.”
Atau “menghiasi.”
Iaitu, kayu daripada pokok sipres.
Atau “kain bumbungmu.”
Lihat Kamus.
Atau “kain bulu yang berwarna kelabu kemerah-merahan.”
Kayu daripada pokok yang serupa dengan pokok kayu manis.
Sejenis rotan yang berbau wangi.
Atau “kain-kain yang ditenun.”
Dalam ayat ini dan ayat-ayat yang berikutnya, “Sungai Nil” merujuk kepada sungai besar dan tali-tali airnya.
Harfiah, “dia.”
Atau “Habsyah.”
Atau “akan menguatkan bangsa Israel.”
Atau “Habsyah.”
Mungkin merujuk kepada orang Israel yang bersekutu dengan Mesir.
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “Memfis.”
Iaitu, Tebe.
Atau “Memfis.”
Iaitu, Heliopolis.
Lihat Kamus.
Iaitu, di hadapan raja Babilon.
Harfiah, “Oleh sebab kamu.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Harfiah, “sungai-sungai mereka.”
Lihat Kamus.
Mungkin merujuk kepada raja Assyria.
Harfiah, “Tanpa disunat.”
Harfiah, “dia.”
Lihat Kamus.
Mungkin merujuk kepada pahlawan yang dikebumikan bersama pedang sebagai tanda hormat.
Atau “tanduk.”
Atau “tetapi Aku akan menganggap penjaga itu bertanggungjawab atas kematian orang itu.”
Atau “tetapi Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematiannya.”
Harfiah, “mereput.”
Atau “mula bertindak dengan tidak adil.”
Harfiah, “tangan Yehuwa telah datang ke atasku.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “jagaan.”
Atau “Aku akan meminta mereka memberikan pertanggungjawaban atas biri-biri-Ku.”
Atau “pertumpahan darah.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Iaitu, hati yang peka terhadap bimbingan Tuhan.
Atau mungkin, “seperti kawanan bebiri yang dibawa untuk dipersembahkan di Yerusalem.”
Atau “Tangan Yehuwa ada di atas aku.”
Atau “nafas.”
Atau “memberikan kuasa suci-Ku kepada.”
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.
Atau “Habsyah.”
Atau “dipanggil.”
Atau “menyerang kampung yang.”
Atau “anak singa.”
Atau “reptilia.”
Merujuk kepada sejenis batu yang mudah terbakar.
Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.
Atau mungkin, “lembing,” sejenis senjata yang bermata tajam.
Atau “Lembah Tentera Gog.”
Maksudnya “Pasukan Tentera.”
Atau “tangan Yehuwa ada di atas aku.”
Atau “flaks.”
Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “rumah.” Dari bab 40-48, perkataan ini juga boleh merujuk kepada sekelompok bangunan dalam kawasan Rumah Tuhan.
Merujuk kepada hasta yang panjang (1 hasta + 1 tapak tangan). Lihat Lampiran B14.
Mungkin merujuk kepada bahagian atas dinding bilik pengawal.
Atau “aku nampak bilik-bilik.”
Harfiah, “lebar.”
Atau mungkin, “12.”
Atau “ke Rumah Tuhan.” Di bab 41 dan 42, ungkapan ini merujuk kepada Bilik Suci atau seluruh Rumah Tuhan (termasuk Bilik Suci dan Bilik Maha Suci).
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Iaitu, Bilik Maha Suci.
Nampaknya merujuk kepada sebuah tangga yang melingkar.
Nampaknya ruang ini merujuk kepada laluan yang sempit di sekeliling Rumah Tuhan.
Atau “bilik-bilik.”
Iaitu, bangunan di sebelah barat Rumah Tuhan.
Nampaknya merujuk kepada pintu masuk Bilik Suci.
Nampaknya merujuk kepada Bilik Maha Suci.
Harfiah, “Panjang.”
Nampaknya merujuk kepada Bilik Maha Suci.
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Atau “bilik-bilik.”
Merujuk kepada kayu pengukur panjang. Lihat Lampiran B14.
Atau mungkin, “dia.”
Dalam bahasa asal, perkataan yang digunakan di sini boleh merujuk kepada kuasa suci Tuhan atau makhluk roh.
Atau “dengan melakukan pelacuran rohani.”
Atau “melakukan pelacuran rohani.”
Merujuk kepada hasta yang panjang (1 hasta + 1 tapak tangan). Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “menyucikannya daripada dosa dan melakukan upacara pengampunan dosa untuknya.” Lihat Im 8:15.
Harfiah, “Sucikanlah dosa.”
Harfiah, “menyucikan dosa.”
Atau “sempurna.”
Iaitu, bagi pihak rakyat.
Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.
Atau “meja-Ku.”
Atau “bilik-bilik suci.”
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Atau “20 buah bilik.”
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Atau “mina.” Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Kamus.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Atau “bilik-bilik yang suci.”
Atau “Keempat-empat halaman kecil itu dan bangunan di penjurunya.”
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Atau “ke padang gurun.”
Iaitu, Laut Mediterranean.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Iaitu, Laut Mati.
Iaitu, Wadi Mesir.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Iaitu, Laut Mediterranean.
Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Atau “ke pintu masuk kota Hamat.”
Merujuk kepada hasta yang panjang. Lihat Lampiran B14.
Iaitu, Wadi Mesir.
Iaitu, Laut Mediterranean.