PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 14 1A-36W
  • 2 Tawarikh

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 2 Tawarikh
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
2 Tawarikh

BUKU TAWARIKH YANG KEDUA

1 Pemerintahan Salomo anak Daud menjadi semakin kukuh, dan Yehuwa, Tuhannya, menyertainya dan menjadikannya sangat berkuasa.+

2 Salomo memanggil semua orang Israel, ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang, para hakim, dan semua pemimpin dan ketua puak di Israel. 3 Selepas itu, Salomo dan mereka semua pergi ke tempat tinggi di Gibeon,+ kerana di situlah khemah pertemuan Tuhan yang benar diletakkan. Khemah itu telah dibuat oleh Musa, hamba Yehuwa, semasa dia berada di padang belantara. 4 Namun, Daud telah memindahkan tabut Tuhan yang benar dari Kiryat-yearim+ ke tempat yang telah disediakannya. Dia memindahkan tabut itu ke dalam sebuah khemah yang didirikannya di Yerusalem.+ 5 Mazbah tembaga+ yang dibuat oleh Bezaleel+ anak Uri, cucu Hur, telah diletakkan di hadapan khemah suci Yehuwa. Salomo dan segenap umat Tuhan berdoa di situ. 6 Di mazbah tembaga+ yang terletak di hadapan khemah pertemuan itu, Salomo mempersembahkan 1,000 ekor binatang sebagai korban bakar di hadapan Yehuwa.

7 Pada malam itu, Tuhan menampakkan diri kepada Salomo dan berfirman kepadanya, “Mintalah apa sahaja yang engkau inginkan.”+ 8 Salomo pun berkata, “Engkau telah menunjukkan kasih yang setia kepada bapaku Daud,+ dan Engkau telah menjadikan aku raja untuk menggantikannya.+ 9 Ya Tuhan Yehuwa, semoga Engkau menunaikan apa yang telah Engkau janjikan kepada bapaku.+ Engkau telah menjadikan aku raja atas seluruh umat yang begitu banyak bagaikan butir debu di bumi.+ 10 Berikanlah kebijaksanaan dan pengetahuan kepadaku+ agar aku dapat memimpin umat-Mu. Jika tidak, bagaimana mungkin aku dapat memimpin umat-Mu yang begitu banyak?”+

11 Tuhan berfirman kepada Salomo, “Engkau tidak meminta kekayaan dan kemakmuran. Engkau juga tidak meminta penghormatan, kematian musuhmu, dan umur yang panjang. Sebaliknya engkau menginginkan kebijaksanaan dan pengetahuan agar dapat memimpin umat-Ku yang diperintah olehmu.+ 12 Oleh itu, Aku akan mengurniai engkau kebijaksanaan dan pengetahuan. Selain itu, Aku juga akan mengurniai engkau kekayaan, kemakmuran, dan penghormatan yang tidak pernah dimiliki oleh raja-raja sebelummu, dan tidak akan dimiliki oleh raja-raja selepasmu.”+

13 Kemudian Salomo bertolak dari tempat tinggi di Gibeon,+ iaitu dari hadapan khemah pertemuan, lalu dia pergi ke Yerusalem. Di sana, Salomo memerintah Israel. 14 Bilangan kereta kuda dan kuda* Salomo terus bertambah sehingga dia mempunyai 1,400 buah kereta kuda dan 12,000 ekor kuda.*+ Dia menempatkan semuanya di kota-kota penyimpanan kereta kuda+ dan di tempat yang berhampiran dengan istana raja di Yerusalem.+ 15 Raja menjadikan perak dan emas di Yerusalem sama banyak seperti batu,+ dan kayu sedar sama banyak seperti pokok ara di Syefela.+ 16 Kuda-kuda milik Salomo dibeli dari Mesir.+ Para saudagar yang bekerja untuknya akan membeli kuda-kuda itu* dengan harga yang telah ditetapkan.+ 17 Setiap kereta kuda yang dibeli dari Mesir berharga 600 keping perak, dan setiap kuda berharga 150 keping perak. Kemudian, kereta kuda dan kuda itu dijual kepada semua raja orang Het dan kepada raja-raja Siria.

2 Salomo memberikan perintah untuk membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa+ dan sebuah istana raja.+ 2 Dia memilih 70,000 orang pekerja untuk mengangkat barang yang berat, 80,000 orang untuk memotong batu di pergunungan,+ dan 3,600 orang untuk menyelia mereka.+ 3 Salomo juga mengirim pesanan berikut kepada Raja Hiram+ dari Tirus: “Dahulu tuanku telah mengirimkan kayu-kayu sedar kepada ayahanda beta Daud, untuk membina sebuah istana sebagai tempat tinggal.+ Sekarang lakukanlah hal yang sama untuk beta 4 kerana beta ingin membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan beta. Beta ingin mentahbiskan* rumah itu kepada-Nya. Beta juga ingin meletakkan roti-roti yang berlapis*+ dan membakar kemenyan yang harum di hadapan-Nya+ serta mempersembahkan korban bakar pada setiap pagi dan petang,+ pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan semasa perayaan lain+ yang telah ditetapkan oleh Yehuwa, Tuhan kami. Hal ini mesti sentiasa dilakukan oleh orang Israel. 5 Beta akan membina sebuah rumah yang agung, kerana Tuhan kami lebih agung daripada tuhan-tuhan lain. 6 Tetapi siapakah yang layak membina sebuah rumah untuk Tuhan? Bahkan langit, ya seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Nya.+ Siapakah beta sehingga beta dapat membina sebuah rumah untuk-Nya? Beta hanya mampu mendirikan sebuah tempat untuk mempersembahkan korban dan membakarnya sehingga asap naik kepada-Nya. 7 Hantarlah seorang tukang yang mahir membuat barangan emas, perak, tembaga,+ besi, dan kain daripada benang berwarna ungu, merah, dan biru. Tukang ini juga perlu mahir membuat ukiran. Dia akan bekerja di Yehuda dan di Yerusalem bersama tukang-tukang mahir lain yang telah dipilih oleh ayahanda beta Daud.+ 8 Hantarkan juga kayu-kayu sedar, juniper,+ dan cendana+ dari Lebanon. Beta tahu bahawa hamba-hamba tuanku mahir menebang pokok di Lebanon.+ Hamba-hamba beta akan bekerja bersama hamba-hamba tuanku.+ 9 Mereka akan menyediakan banyak sekali kayu untuk beta kerana beta akan mendirikan sebuah rumah yang besar dan menakjubkan. 10 Beta akan membekalkan makanan sebanyak 20,000 bekas* gandum, 20,000 bekas barli, 440,000 liter* wain, dan 440,000 liter minyak untuk hamba-hamba tuanku yang menebang pokok.”+

11 Maka Raja Hiram dari Tirus menghantar surat berikut kepada Salomo: “Yehuwa mengasihi umat-Nya, maka Dia telah melantik tuanku untuk menjadi raja mereka.” 12 Hiram menyambung: “Terpujilah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang telah menciptakan langit dan bumi! Dia telah mengurniai Raja Daud seorang anak lelaki yang bijaksana,+ yang cermat dan berpengertian.+ Dia akan membina sebuah rumah untuk Yehuwa dan sebuah istana raja. 13 Oleh itu, beta akan menghantar Hiram-abi,+ iaitu seorang tukang yang mahir dan berpengertian. 14 Ibunya berasal daripada suku Dan, dan bapanya berasal dari Tirus. Hiram-abi sangat mahir dan berpengalaman membuat barangan emas, perak, tembaga, besi, batu, kayu, dan kain daripada benang berwarna ungu, biru, dan merah serta kain yang bermutu tinggi.+ Dia juga dapat menghasilkan ukiran mengikut apa-apa sahaja rekaan yang diberikan kepadanya.+ Dia akan bekerja bersama tukang-tukang mahir tuanku dan tukang-tukang mahir yang dipilih oleh ayahanda tuanku Daud. 15 Kami menantikan kiriman gandum, barli, minyak, dan wain yang telah dijanjikan oleh tuanku.+ 16 Kami akan menebang pokok-pokok di Lebanon,+ sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tuanku. Kayu-kayu itu akan diikat menjadi rakit lalu dihanyutkan di laut sampai ke Yope.+ Di sana, tuanku boleh mengangkutnya ke Yerusalem.”+

17 Kemudian Salomo menghitung bilangan penduduk asing di Israel,+ seperti banci yang telah dilakukan oleh bapanya Daud.+ Dia mendapati ada seramai 153,600 orang yang berbangsa asing. 18 Oleh itu, dia memilih 70,000 orang dalam kalangan mereka untuk mengangkat barang yang berat, 80,000 orang untuk memotong batu di pergunungan,+ dan 3,600 orang untuk menyelia mereka.+

3 Salomo mula membina Rumah Yehuwa+ di atas Gunung Moria di Yerusalem,+ iaitu di tempat yang telah disediakan oleh bapanya Daud.+ Yehuwa juga pernah menampakkan diri kepada Daud di situ. Itulah tempat mengirik* tuaian milik Ornan,+ seorang lelaki Yebus. 2 Salomo memulakan pembinaan rumah itu pada hari kedua, bulan kedua, tahun keempat pemerintahannya. 3 Dia membina asas rumah Tuhan yang benar mengikut ukuran hasta yang lama.* Asas itu berukuran 60 hasta panjang dan 20 hasta lebar.+ 4 Di depan rumah itu, ada sebuah anjung yang tingginya berukuran 120* dan lebarnya berukuran 20 hasta, iaitu sama seperti lebar rumah itu; Salomo melapisi bahagian dalamnya dengan emas tulen.+ 5 Dia melapisi bilik utama dengan kayu juniper lalu melapisinya lagi dengan emas yang bermutu tinggi.+ Kemudian dia menghiasinya dengan ukiran pokok palma+ dan untaian rantai.+ 6 Dia juga menghiasi rumah itu dengan batu-batu permata yang cantik;+ emas+ yang digunakannya diambil dari Parwaim. 7 Selain itu, dia melapisi rumah itu, iaitu kasau-kasaunya,* dindingnya, ambang pintunya, dan pintu-pintunya, dengan emas.+ Dia juga menghiasi dinding rumah itu dengan ukiran kerub.*+

8 Selepas itu, Salomo membina Bilik Maha Suci+ yang berukuran 20 hasta panjang dan 20 hasta lebar, iaitu sama seperti lebar Rumah Tuhan. Dia melapisi bilik itu dengan 600 talenta* emas yang bermutu tinggi.+ 9 Sebanyak 50 syekel* emas digunakan untuk membuat paku-paku. Dia juga melapisi bilik-bilik di bumbung dengan emas.

10 Kemudian Salomo membuat dua buah patung kerub di dalam Bilik Maha Suci, dan menyaluti patung-patung itu dengan emas.+ 11 Jumlah panjang sayap-sayap kerub itu+ ialah 20 hasta. Sebelah sayap kerub yang pertama berukuran lima hasta panjang dan menyentuh dinding bilik. Sayap lainnya juga berukuran lima hasta panjang dan menyentuh sayap kerub yang kedua. 12 Sebelah sayap kerub yang kedua berukuran lima hasta panjang dan menyentuh dinding bilik. Sayap lainnya juga berukuran lima hasta panjang dan menyentuh sayap kerub yang pertama. 13 Sayap-sayap kerub itu terbentang luas dan berukuran 20 hasta panjang. Kedua-dua patung kerub itu berdiri dan menghadap ke dalam.*

14 Salomo juga membuat tirai+ daripada kain bermutu tinggi dan benang berwarna biru, ungu, dan merah. Tirai itu mempunyai gambar kerub.+

15 Di hadapan rumah itu, dia membuat dua buah tiang+ yang berukuran 35 hasta tinggi, dan kepala tiang yang berukuran lima hasta tinggi.+ 16 Dia membuat rantai-rantai dan meletakkannya pada kepala tiang itu. Dia juga membuat 100 hiasan berbentuk buah delima untuk digantungkan pada rantai-rantai itu. 17 Dia meletakkan tiang-tiang itu di hadapan Rumah Tuhan; satu di sebelah kanan,* dan satu lagi di sebelah kiri.* Tiang di sebelah kanan dinamakan Yakhin,* dan tiang di sebelah kiri dinamakan Boaz.*

4 Salomo membuat sebuah mazbah tembaga+ yang berukuran 20 hasta* panjang, 20 hasta lebar, dan 10 hasta tinggi.

2 Kemudian dia membuat sebuah tangki air yang besar, yang dipanggil Laut Tembaga.+ Tangki ini berbentuk bulat, garis tengahnya* berukuran 10 hasta, tingginya berukuran 5 hasta, dan dapat dililit dengan tali yang* berukuran 30 hasta panjang.+ 3 Terdapat hiasan berbentuk labu+ yang mengelilingi mulut tangki itu, dan terdapat 10 biji labu dalam setiap hasta. Hiasan itu disusun dalam dua baris dan dibentuk di dalam tuangan yang sama dengan Laut Tembaga. 4 Tangki itu diletakkan di atas 12 buah patung lembu jantan.+ Tiga ekor lembu menghadap ke utara, tiga ke barat, tiga ke selatan, dan tiga ke timur. Tangki itu diletakkan di atas lembu-lembu itu, dan semua lembu itu membelakangi tangki itu. 5 Tepi tangki itu setebal satu tapak tangan.* Bahagian tepinya seperti tepi cawan, dan melengkung ke luar seperti bunga bakung yang sedang mekar. Tangki itu dapat menampung sebanyak 66,000 liter* air.

6 Selain itu, dia juga membuat 10 buah besen. Dia meletakkan lima buah besen di sebelah kanan dan lima buah lagi di sebelah kiri.+ Besen-besen itu digunakan untuk mencuci persembahan-persembahan yang akan digunakan untuk korban bakar.+ Laut Tembaga pula digunakan oleh para imam untuk membasuh diri.+

7 Kemudian dia membuat 10 buah kaki pelita daripada emas,+ menurut reka bentuk yang telah ditentukan.+ Kaki-kaki pelita itu diletakkan di dalam Rumah Tuhan, lima di sebelah kanan dan lima lagi di sebelah kiri.+

8 Selain itu, dia membuat 10 buah meja dan meletakkannya di dalam Rumah Tuhan, lima di sebelah kanan dan lima lagi di sebelah kiri.+ Dia juga membuat 100 buah mangkuk emas.

9 Dia kemudiannya membina halaman+ imam+ dan halaman luar,+ lalu membuat pintu-pintu untuk halaman itu dan menyalutinya dengan tembaga. 10 Dia meletakkan Laut Tembaga di sebelah kanan Rumah Tuhan, iaitu di sebelah tenggara.+

11 Hiram juga membuat baldi, penyodok, dan mangkuk.+

Maka Hiram menyelesaikan semua kerja di rumah Tuhan yang benar, seperti yang diperintahkan oleh Raja Salomo kepadanya. Inilah senarai hasil kerjanya:+ 12 Dua batang tiang+ dan dua kepala tiang yang bentuknya seperti mangkuk, yang diletakkan di atas tiang-tiang itu; dua rangkaian rantai+ untuk menghiasi kepala-kepala tiang itu; 13 sebanyak 400 hiasan berbentuk buah delima+ untuk kedua-dua rangkaian rantai itu, iaitu dua baris buah delima untuk setiap rangkaian rantai;+ 14 sebanyak 10 buah pedati* dan 10 buah besen di atas pedati-pedati itu;+ 15 Laut Tembaga dan 12 ekor lembu jantan di bawahnya;+ 16 dan baldi, penyodok, garpu+ serta semua perkakas yang dibuat oleh Hiram-abiv+ daripada tembaga yang telah digilap. Semua perkakas ini dibuat untuk Raja Salomo agar dapat digunakan di Rumah Yehuwa. 17 Raja Salomo memerintahkan agar semuanya dituangkan ke dalam acuan-acuan tanah liat yang terletak di antara Sukot+ dan Zereda, di daerah Yordan. 18 Salomo membuat banyak sekali perkakas. Maka berat tembaga yang digunakan tidak diketahui.+

19 Salomo membuat semua perabot dan perkakas+ untuk rumah Tuhan yang benar: Mazbah emas;+ meja-meja+ untuk meletakkan roti yang dipersembahkan kepada Tuhan;+ 20 kaki pelita dan pelita-pelita yang diperbuat daripada emas tulen+ (untuk dinyalakan di hadapan Bilik Maha Suci, menurut peraturan yang telah ditetapkan); 21 bunga, pelita-pelita, dan penyepit yang diperbuat daripada emas (emas yang digunakan ialah emas yang paling tulen); 22 alat pemadam sumbu pelita, mangkuk, cawan, dan bekas perbaraan (semuanya diperbuat daripada emas tulen); dan pintu-pintu masuk Rumah Tuhan, iaitu pintu Bilik Maha Suci+ dan pintu Bilik Suci yang diperbuat daripada emas.+

5 Apabila semua kerja yang dilakukan oleh Salomo bagi Rumah Yehuwa selesai,+ dia menyimpan semua barangan yang telah disucikan oleh bapanya Daud.+ Dia memasukkan perak, emas, dan semua perkakas ke dalam tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar.+ 2 Kemudian Salomo mengumpulkan para pemimpin, iaitu semua ketua suku dan ketua puak orang Israel. Mereka datang ke Yerusalem untuk membawa tabut perjanjian Yehuwa dari Kota Daud,+ iaitu Sion.+ 3 Semua orang Israel berkumpul menghadap raja sempena perayaan* yang diadakan pada bulan ketujuh.+

4 Apabila semua pemimpin orang Israel tiba, orang Lewi pun mengangkat tabut itu.+ 5 Para imam dan orang Lewi* membawa tabut itu, khemah pertemuan,+ dan semua peralatan suci yang ada di dalam khemah itu. 6 Raja Salomo dan segenap umat Israel yang telah dijemput untuk menghadapnya, berkumpul di hadapan tabut perjanjian. Ada begitu banyak biri-biri dan lembu yang dikorbankan+ sehingga bilangannya tidak dapat dikira. 7 Kemudian para imam membawa tabut perjanjian Yehuwa ke tempat yang telah ditentukan, iaitu ke dalam Bilik Maha Suci. Itulah bilik di bahagian paling belakang Rumah Tuhan, dan mereka meletakkannya di bawah sayap kerub-kerub.+ 8 Sayap kerub-kerub itu terbentang di atas tabut perjanjian dan menutupi tabut itu dan kayu pengusungnya.+ 9 Kayu pengusung itu panjang sekali sehingga hujungnya dapat dilihat dari Bilik Suci yang terletak di hadapan Bilik Maha Suci, tetapi tidak dapat dilihat dari luar. Kayu-kayu pengusung itu masih di situ sehingga sekarang. 10 Di dalam tabut itu, tidak ada apa-apa kecuali dua keping batu tulis. Batu-batu tulis itu dimasukkan oleh Musa semasa dia berada di Horeb,+ iaitu ketika Yehuwa membuat perjanjian+ dengan orang Israel selepas mereka keluar dari Mesir.+

11 Semua imam yang hadir, iaitu imam-imam daripada semua kumpulan, telah menyucikan diri mereka.+ Semasa para imam itu keluar dari tempat yang suci,+ 12 para penyanyi orang Lewi+ yang terdiri daripada Asaf,+ Heman,+ Yedutun,+ dan anak-anak lelaki mereka serta saudara-saudara mereka, sedang berdiri di sebelah timur mazbah. Mereka memakai pakaian yang bermutu tinggi, dan memegang simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi. Mereka juga disertai 120 orang imam lain yang meniup trompet.+ 13 Peniup trompet dan para penyanyi memuji dan mengucapkan syukur kepada Yehuwa dengan sebulat suara. Mereka memuji Yehuwa dengan berkata, “Kerana Dia baik, dan kasih setia-Nya kekal abadi,”+ sambil diiringi bunyi trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain. Pada waktu itu, Rumah Yehuwa mula dipenuhi dengan awan.+ 14 Para imam tidak dapat meneruskan tugas mereka kerana awan itu. Sesungguhnya, kemuliaan Yehuwa telah memenuhi rumah Tuhan yang benar.+

6 Pada waktu itu, Salomo berkata, “Ya Yehuwa, Engkau berfirman bahawa Engkau akan tinggal di dalam awan tebal itu.+ 2 Aku telah membina sebuah rumah yang agung untuk-Mu, sebuah tempat yang ditetapkan untuk menjadi kediaman-Mu buat selama-lamanya.”+

3 Kemudian raja berpaling menghadap segenap umat Israel yang sedang berdiri dan mula memberkati mereka.+ 4 Dia berkata, “Terpujilah Yehuwa, Tuhan orang Israel. Dia telah berjanji kepada ayahanda beta Daud, dengan mulut-Nya sendiri, dan telah menunaikan janji-Nya dengan tangan-Nya sendiri. Dia pernah berfirman, 5 ‘Sejak Aku membawa umat-Ku keluar dari Mesir, Aku belum pernah memilih kota mana pun di seluruh kawasan suku Israel sebagai tempat pembinaan sebuah rumah supaya nama-Ku tetap berada di situ.+ Aku juga belum memilih seseorang untuk menjadi pemimpin umat-Ku Israel. 6 Tetapi sekarang Aku memilih Yerusalem+ supaya nama-Ku tetap berada di situ, dan Aku memilih Daud untuk memerintah umat-Ku Israel.’+ 7 Daud, ayahanda beta, memang berhasrat untuk membina sebuah rumah bagi memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 8 Tetapi Yehuwa berfirman kepada ayahanda beta, ‘Engkau berhasrat untuk membina sebuah rumah bagi memuliakan nama-Ku, dan hasratmu ini memang baik. 9 Namun engkau tidak akan membinanya. Anakmu, ya anakmu sendirilah yang akan membina rumah untuk memuliakan nama-Ku.’+ 10 Yehuwa telah menunaikan janji-Nya. Beta telah duduk di atas takhta Israel dan menggantikan ayahanda beta sebagai raja,+ seperti yang telah dijanjikan oleh Yehuwa.+ Beta juga telah membina sebuah rumah untuk memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel. 11 Di sana, beta telah meletakkan tabut yang mengandungi batu-batu tulis yang mencatatkan perjanjian+ antara Yehuwa dengan orang Israel.”

12 Kemudian Salomo berdiri di hadapan mazbah Yehuwa, di hadapan semua orang* Israel. Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke langit.+ 13 (Salomo telah membina sebuah pentas tembaga dan meletakkannya di tengah-tengah halaman.+ Pentas itu berukuran lima hasta* panjang, lima hasta lebar, dan tiga hasta tinggi. Dia berdiri di atas mazbah itu.) Sambil mengangkat tangannya ke langit, dia berlutut di hadapan semua orang Israel+ 14 dan berdoa, “Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, tidak ada Tuhan lain seperti Engkau, baik di syurga mahupun di bumi. Engkau menepati perjanjian-Mu dan memperlihatkan kasih yang setia kepada hamba-hamba-Mu yang menyembah-Mu dengan sepenuh hati.+ 15 Engkau menepati janji-Mu kepada bapaku Daud.+ Engkau telah berjanji dengan mulut-Mu sendiri, dan Engkau telah menunaikannya dengan tangan-Mu sendiri pada hari ini.+ 16 Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, tunaikanlah juga janji ini, iaitu janji yang telah Engkau ucapkan kepada bapaku Daud semasa Engkau berfirman, ‘Jika keturunanmu memperhatikan jalan hidup mereka dan mematuhi hukum-Ku,+ seperti yang engkau lakukan, salah seorang daripada mereka akan sentiasa berada di hadirat-Ku dan duduk di atas takhta Israel.’+ 17 Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, semoga janji-Mu kepada hamba-Mu Daud menjadi kenyataan.

18 “Tetapi adakah Tuhan akan betul-betul tinggal di bumi bersama umat manusia?+ Bahkan langit, ya seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Mu,+ apalagi rumah yang telah aku bina ini!+ 19 Ya Yehuwa, Tuhanku, dengarlah doa hamba-Mu, dan kabulkanlah permohonannya. Dengarlah hamba-Mu apabila hamba-Mu berdoa dan berseru meminta tolong di hadapan-Mu. 20 Semoga mata-Mu memerhatikan rumah ini siang dan malam, dan dengarlah hamba-Mu apabila dia berdoa menghadap ke tempat ini, kerana Engkau telah berfirman bahawa nama-Mu akan ada di sini.+ 21 Dengarlah seruan hamba-Mu dan umat-Mu Israel yang meminta pertolongan semasa mereka berdoa menghadap ke tempat ini.+ Semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga,+ ya semoga Engkau mendengar dan mengampuni mereka.+

22 “Jika seorang daripada hamba-Mu dituduh bersalah dan disuruh mengangkat sumpah,* lalu dia datang menghadap-Mu di depan mazbah di rumah ini selepas mengangkat sumpah itu,+ 23 dengarlah dari syurga dan hakimilah hamba-Mu itu. Ambillah tindakan terhadap orang yang bersalah dan jatuhkanlah hukuman yang setimpal dengan perbuatannya,+ dan nyatakanlah siapa yang tidak bersalah dan berikanlah berkat yang sesuai dengan perbuatan baiknya.+

24 “Apabila umat-Mu Israel dikalahkan oleh musuh kerana mereka terus berdosa terhadap-Mu,+ tetapi kemudian mereka kembali kepada-Mu, memuliakan nama-Mu,+ dan berdoa+ serta membuat permohonan kepada-Mu di rumah ini,+ 25 semoga Engkau mendengar dari syurga+ dan mengampunkan dosa umat-Mu Israel. Bawalah mereka pulang ke tanah yang telah Engkau berikan kepada mereka dan nenek moyang mereka.+

26 “Apabila langit tertutup dan tidak ada hujan yang turun+ kerana mereka terus berdosa terhadap Engkau,+ tetapi kemudian mereka berdoa menghadap ke tempat ini dan memuliakan nama-Mu serta bertaubat daripada dosa mereka kerana Engkau mengizinkan mereka menderita,*+ 27 semoga Engkau mendengar dari syurga dan mengampunkan dosa hamba-hamba-Mu, umat Israel. Ajarlah mereka haluan benar yang harus diikuti,+ dan turunkanlah hujan+ ke atas tanah yang telah Engkau berikan kepada mereka sebagai warisan.

28 “Jika negeri ini ditimpa kebuluran+ atau wabak penyakit,+ jika tanaman diserang penyakit,*+ angin panas, atau kawanan belalang juta yang lahap,+ jika mana-mana kota umat-Mu dikepung oleh musuh,+ jika umat-Mu ditimpa tulah atau penyakit,+ 29 lalu seseorang atau segenap umat-Mu mengangkat tangan ke arah rumah ini+ untuk berdoa+ atau membuat permohonan+ (kerana masing-masing tahu akan penderitaan dan keperitan diri sendiri),+ 30 semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga,+ dan semoga Engkau mengampuni mereka.+ Berkatilah setiap orang sesuai dengan perbuatannya kerana Engkau tahu apa yang ada dalam hatinya. Ya, Engkau sahajalah yang benar-benar tahu isi hati manusia.+ 31 Dengan demikian, mereka akan takut kepada-Mu dan menyembah-Mu selama mereka hidup di tanah yang Engkau berikan kepada nenek moyang kami.

32 “Selain itu, berkenaan orang asing yang bukan sebahagian daripada umat-Mu Israel, yang telah datang ke sini dari negeri yang jauh kerana mendengar tentang nama-Mu yang agung,+ tangan-Mu yang perkasa, dan lengan-Mu yang terentang untuk bertindak, lalu dia datang dan berdoa menghadap ke arah rumah ini,+ 33 semoga Engkau mendengar dari tempat kediaman-Mu di syurga. Kabulkanlah segala permintaan orang asing itu agar semua orang di bumi menjadi seperti umat-Mu Israel yang mengenal nama-Mu+ dan takut kepada-Mu serta mengetahui bahawa nama-Mu ada pada rumah yang telah aku bina ini.

34 “Jika Engkau mengutus umat-Mu untuk berperang melawan musuh mereka,+ dan mereka berdoa+ kepada-Mu di mana sahaja mereka berada, sambil menghadap kota yang telah Engkau pilih dan rumah yang telah aku bina untuk nama-Mu ini,+ 35 dengarlah doa dan permohonan mereka dari syurga, lalu pastikanlah bahawa mereka diperlakukan dengan adil.+

36 “Jika mereka berdosa terhadap-Mu (kerana tiada sesiapa pun yang tidak berdosa),+ dan Engkau murka lalu membiarkan mereka dikalahkan, ditawan oleh musuh, dan dibawa ke negeri yang jauh ataupun dekat,+ 37 tetapi jika mereka sedar dan berpaling kepada-Mu semasa menjadi tawanan di negeri musuh, lalu mereka merayu kepada-Mu dan berkata, ‘Kami telah berdosa dan berbuat salah. Kami telah berbuat jahat,’+ 38 dan mereka kembali kepada-Mu dengan sepenuh hati+ dan jiwa, serta berdoa sambil menghadap tanah yang Engkau berikan kepada nenek moyang mereka, kota yang telah Engkau pilih,+ dan rumah yang telah aku bina untuk nama-Mu, 39 dengarlah doa dan permohonan mereka dari tempat kediaman-Mu di syurga. Pastikanlah mereka diperlakukan dengan adil+ dan ampunilah umat-Mu yang telah berdosa terhadap-Mu.

40 “Ya Tuhan, semoga Engkau menumpukan perhatian dan mendengar semua doa yang diucapkan dari* tempat ini.+ 41 Ya Tuhan Yehuwa, hendaklah Engkau dan tabut yang melambangkan kekuatan-Mu itu tinggal di tempat ini.+ Ya Tuhan Yehuwa, semoga imam-imam-Mu menyingkapkan bahawa penyelamatan berasal daripada-Mu.* Semoga umat-Mu yang setia bersukacita kerana kebaikan-Mu.+ 42 Ya Tuhan Yehuwa, janganlah mengabaikan orang yang telah Engkau urapi.+ Ingatlah akan kasih setia-Mu kepada hamba-Mu Daud.”+

7 Sebaik sahaja Salomo selesai berdoa,+ api turun dari langit+ dan membakar semua korban.* Selepas itu, kemuliaan Yehuwa memenuhi rumah itu.+ 2 Para imam tidak dapat masuk ke dalam Rumah Yehuwa kerana kemuliaan Yehuwa telah memenuhi Rumah Yehuwa.+ 3 Semua orang Israel menyaksikan api turun dari langit dan kemuliaan Yehuwa ada di atas rumah itu. Kemudian mereka membongkok dan bersujud di lantai lalu mengucapkan syukur kepada Yehuwa, “Kerana Dia baik, dan kasih setia-Nya kekal abadi.”

4 Kemudian Raja Salomo dan seluruh rakyat mempersembahkan korban kepada Yehuwa.+ 5 Salomo mempersembahkan 22,000 ekor lembu dan 120,000 ekor bebiri sebagai korban. Demikianlah raja dan seluruh rakyat mengadakan upacara perasmian bagi rumah Tuhan yang benar.+ 6 Para imam berdiri di tempat yang telah ditugaskan kepada mereka. Begitu juga, orang Lewi berdiri sambil memegang alat-alat muzik yang digunakan untuk memuji Yehuwa.+ (Alat-alat muzik itu telah diciptakan oleh Daud untuk memuji Yehuwa. Daud mengucap syukur kepada Tuhan bersama mereka* dengan berkata, “Kerana Dia baik, dan kasih setia-Nya kekal abadi.”) Para imam meniup trompet+ dengan nyaring di hadapan mereka sementara semua orang Israel berdiri.

7 Kemudian Salomo menyucikan bahagian tengah halaman yang ada di depan Rumah Yehuwa. Di situ, dia mempersembahkan korban-korban bakar+ dan lemak binatang daripada korban pendamaian. Hal ini demikian kerana mazbah tembaga+ yang dibina oleh Salomo terlalu kecil untuk korban-korban bakar, korban bijirin,+ dan lemak binatang.+ 8 Pada masa itu, Salomo dan seluruh bangsa Israel mengadakan perayaan selama tujuh hari.+ Banyak orang Israel datang dari kawasan sejauh Lebo-hamat* sampai ke Wadi* Mesir untuk merayakan perayaan itu.+ 9 Mereka mengadakan perasmian mazbah selama tujuh hari. Selepas itu, mereka juga menyambut perayaan selama tujuh hari. Pada hari kelapan,* mereka membuat perhimpunan suci.+ 10 Pada hari ke-23 bulan ketujuh, raja menyuruh semua orang pulang. Mereka pulang ke rumah dengan sukacita+ dan dengan hati yang gembira kerana mereka telah melihat berkat yang dicurahkan oleh Yehuwa kepada Daud, Salomo, dan umat-Nya Israel.+

11 Demikianlah Salomo siap membina Rumah Yehuwa dan istana raja.+ Dia berjaya melaksanakan segala sesuatu yang ingin dilakukannya berkenaan Rumah Yehuwa dan istananya.+ 12 Kemudian Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo+ pada waktu malam lalu berfirman kepadanya, “Aku telah mendengar doamu, dan Aku telah memilih tempat ini sebagai tempat khas untuk mempersembahkan korban kepada-Ku.+ 13 Apabila Aku menutup langit dan tidak ada hujan yang turun, atau apabila Aku menyuruh belalang untuk melahap tanaman di negeri ini, atau apabila Aku mendatangkan wabak atas umat-Ku, 14 lalu umat yang menyandang nama-Ku+ merendahkan diri+ dan berdoa serta mencari Aku lalu berpaling daripada haluan jahat mereka,+ Aku akan mendengar dari syurga dan mengampunkan dosa mereka serta memulihkan semula tanah mereka.+ 15 Sekarang Aku akan menumpukan perhatian dan mendengar doa-doa yang diucapkan dari tempat ini.+ 16 Aku telah memilih dan menyucikan rumah ini agar nama-Ku akan berkekalan di sini.+ Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.+

17 “Jika engkau menyembah Aku seperti bapamu Daud, dan mematuhi segala hukum dan peraturan-Ku serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,+ 18 Aku akan mengukuhkan kerajaanmu.+ Hal ini demikian kerana Aku pernah berjanji kepada bapamu Daud,+ ‘Salah seorang daripada keturunanmu akan selalu duduk di atas takhta Israel.’+ 19 Tetapi jika engkau berpaling daripada-Ku lalu sujud menyembah tuhan yang lain, dan tidak mengikut Aku serta tidak mematuhi hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu,+ 20 Aku akan mengusir* orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepadamu.+ Selain itu, rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku. Aku akan memastikan bahawa rumah ini menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+ 21 Rumah ini akan menjadi timbunan batu dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang+ dan bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+ 22 Kemudian orang akan berkata, ‘Mereka telah meninggalkan Yehuwa,+ Tuhan nenek moyang mereka. Dialah yang telah membawa mereka keluar dari negeri Mesir,+ tetapi mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah tuhan-tuhan itu.+ Itulah sebabnya Dia mendatangkan semua malapetaka ini atas mereka.’”+

8 Salomo mengambil masa 20 tahun untuk membina Rumah Yehuwa dan istananya.+ 2 Dia membina semula kota-kota yang diberikan oleh Hiram+ kepadanya lalu menyuruh orang Israel tinggal di situ. 3 Selain itu, Salomo pergi ke Hamat-zoba dan menawannya. 4 Kemudian dia mengukuhkan* Tadmor yang terletak di padang belantara, dan semua kota tempat penyimpanan bekalan+ yang telah dibinanya di Hamat.+ 5 Dia juga mengukuhkan Bet-horon Hulu+ dan Bet-horon Hilir+ dengan membina tembok, pintu gerbang, dan palang di situ. 6 Seterusnya dia mengukuhkan Baalat,+ semua kota tempat penyimpanan bekalan dan kereta kuda,+ dan kota untuk pasukan askar berkuda. Akhirnya, segala yang ingin dibina oleh Salomo di Yerusalem, di Lebanon, dan di seluruh kawasan pemerintahannya telah disiapkan.

7 Berkenaan semua orang Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebus+ yang masih ada, mereka bukan sebahagian daripada bangsa Israel.+ 8 Keturunan mereka yang tinggal di Israel, yang tidak dibunuh oleh orang Israel,+ diwajibkan untuk bekerja sebagai hamba Salomo sehingga hari ini.+ 9 Namun Salomo tidak mewajibkan seorang pun daripada bangsa Israel untuk menjadi hambanya.+ Sebaliknya, mereka dijadikan pahlawan, ketua pegawai tentera, ketua pemandu kereta kuda, dan ketua pasukan askar berkuda.+ 10 Terdapat 250 orang ketua pembesar yang bertugas sebagai mandur untuk mengawasi pekerja-pekerja Raja Salomo.+

11 Salomo juga membawa puteri Firaun*+ dari Kota Daud ke istana yang telah dibina oleh Salomo untuknya.+ Hal ini demikian kerana Salomo berkata, “Meskipun dia isteri beta, dia tidak boleh tinggal di istana Daud, raja Israel, kerana di mana sahaja tabut Yehuwa pernah diletakkan, tempat itu suci.”+

12 Kemudian Salomo mempersembahkan korban-korban bakar+ kepada Yehuwa di mazbah+ Yehuwa yang telah didirikannya di depan anjung Rumah Tuhan.+ 13 Setiap hari, dia mempersembahkan korban-korban yang wajib dipersembahkan. Dia juga berbuat demikian pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan tiga perayaan tahunan,+ iaitu Perayaan Roti Tidak Beragi,+ Perayaan Menuai,+ dan Perayaan Pondok Daun,+ sesuai dengan perintah Musa. 14 Salomo mengikut apa yang telah ditetapkan oleh bapanya Daud. Dia membahagikan para imam kepada beberapa kumpulan+ untuk menjalankan tugas mereka. Dia juga menugaskan orang Lewi untuk memuji+ Tuhan dan berkhidmat di hadapan para imam setiap hari. Kemudian dia membahagikan para pengawal kepada beberapa kumpulan dan menyuruh mereka untuk menjaga setiap pintu gerbang mengikut giliran kumpulan masing-masing.+ Salomo melakukan semua ini sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Daud, hamba Tuhan yang benar. 15 Semua perintah raja kepada para imam dan orang Lewi tentang gudang-gudang dan hal-hal lain, telah dituruti dengan sepenuhnya. 16 Semua rancangan Salomo dilaksanakan dengan teratur,* dari waktu asas Rumah Yehuwa diletakkan+ sehinggalah pembinaan rumah itu selesai. Demikianlah Rumah Yehuwa selesai dibina.+

17 Kemudian Salomo pergi ke Ezion-geber+ dan Elot,+ di persisiran pantai tanah Edom.+ 18 Hiram+ menghantar kapal-kapal kepada Salomo. Dia juga mengutus hamba-hambanya dan anak-anak kapalnya yang berpengalaman kepada Salomo. Mereka belayar ke Ofir+ bersama dengan hamba-hamba Salomo dan mengambil 450 talenta* emas+ dari sana untuk diberikan kepada Raja Salomo.+

9 Ratu dari Syeba+ mendengar tentang kemasyhuran Salomo. Maka dia pergi ke Yerusalem untuk menguji Salomo dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar. Dia datang bersama rombongan yang sangat besar dan unta-unta yang membawa minyak balsam,* batu-batu berharga, dan emas yang sangat banyak.+ Dia menghadap Salomo untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya,+ 2 dan Salomo menjawab semuanya. Tidak ada satu soalan pun yang terlalu susah bagi Salomo.

3 Apabila ratu dari Syeba melihat kebijaksanaan Salomo,+ istana yang telah dibinanya,+ 4 makanan di mejanya,+ aturan tempat duduk pegawainya, cara kerja dan pakaian para pelayannya, pengurus minumannya dan pakaian mereka, dan korban-korban bakar yang sering dipersembahkannya di Rumah Yehuwa,+ ratu itu berasa sangat kagum. 5 Oleh itu, ratu berkata kepada raja, “Memang benar apa yang beta dengar di negeri beta tentang pencapaian* dan kebijaksanaan tuanku. 6 Tetapi beta tidak percaya sebelum beta datang dan melihat semuanya dengan mata sendiri.+ Apa yang beta dengar tentang kebijaksanaan tuanku tidak separuh pun daripada apa yang beta nampak sekarang.+ Tuanku jauh lebih hebat daripada apa yang telah beta dengar.+ 7 Berbahagialah rakyat tuanku dan para pegawai tuanku yang sentiasa bersama tuanku kerana mereka dapat mendengar kebijaksanaan tuanku! 8 Terpujilah Yehuwa, Tuhan tuanku! Dia berkenan kepada tuanku dan menjadikan tuanku raja yang mewakili Yehuwa, Tuhan tuanku. Dia mengasihi Israel+ dan mahu mereka kekal buat selama-lamanya, maka Dia telah menjadikan tuanku sebagai raja mereka supaya tuanku dapat menegakkan keadilan dan melakukan apa yang benar.”

9 Ratu dari Syeba memberi Salomo 120 talenta* emas,+ minyak balsam yang banyak sekali, dan batu-batu berharga. Belum pernah ada orang yang memberikan begitu banyak minyak balsam kepada Raja Salomo seperti yang diberikan oleh ratu itu.+

10 Hamba-hamba Hiram dan hamba-hamba Salomo yang membawa emas dari Ofir,+ juga membawa batu-batu berharga dan kayu cendana.+ 11 Raja menggunakan kayu itu untuk membuat tangga Rumah Yehuwa+ dan tangga istana raja.+ Dia juga menggunakan kayu itu untuk membuat kecapi dan alat muzik yang bertali untuk para penyanyi.+ Kayu cendana sebanyak itu tidak pernah dilihat di negeri Yehuda.

12 Raja Salomo memberi ratu itu segala yang diminta dan diingininya, lebih banyak daripada* apa yang dibawa oleh ratu itu. Kemudian ratu itu pulang ke negerinya bersama hamba-hambanya.+

13 Setiap tahun, Salomo menerima 666 talenta emas.+ 14 Selain itu, dia juga menerima emas dan perak daripada para saudagar, para pedagang, semua raja orang Arab, dan gabenor wilayahnya.+

15 Raja Salomo menggunakan emas campuran untuk membuat 200 buah perisai besar+ (sebanyak 600 syekel* emas campuran digunakan untuk membuat setiap perisai).+ 16 Dia juga menggunakan emas campuran untuk membuat 300 buah perisai kecil* (sebanyak 3 mina* emas digunakan untuk membuat setiap perisai kecil). Selepas itu, raja meletakkan semua perisai itu ke dalam Rumah Hutan Lebanon.+

17 Raja juga membuat sebuah takhta yang besar daripada gading dan melapisinya dengan emas tulen.+ 18 Di depan takhta itu, ada enam anak tangga, dan ada sebuah bangku kaki emas yang disambungkan pada takhta itu. Takhta itu mempunyai tempat letak tangan pada kedua-dua sisinya, dan terdapat sebuah patung singa yang berdiri pada kedua-dua sisi itu.+ 19 Pada hujung kiri dan kanan tiap-tiap anak tangga itu, ada sebuah patung singa; kesemuanya ada 12 buah patung singa.+ Tidak ada kerajaan lain yang mempunyai takhta seperti itu. 20 Semua cawan Raja Salomo diperbuat daripada emas, dan semua perkakas di Rumah Hutan Lebanon diperbuat daripada emas tulen. Perak tidak digunakan sama sekali kerana pada zaman Salomo, perak dianggap tidak berharga.+ 21 Kapal-kapal Salomo yang dikendalikan oleh hamba-hamba Hiram+ akan belayar ke Tarsis.+ Sekali dalam tiga tahun, kapal-kapal Tarsis itu akan kembali dengan membawa emas, perak, gading,+ beruk, dan burung merak.

22 Raja Salomo lebih kaya dan lebih bijaksana daripada semua raja lain di bumi.+ 23 Raja-raja di seluruh bumi datang menghadap Salomo untuk mendengar kebijaksanaan yang telah dikurniakan oleh Tuhan yang benar kepadanya.+ 24 Setiap orang yang mengunjungi Raja Salomo membawa hadiah untuknya, iaitu barangan perak dan emas, pakaian,+ senjata, minyak balsam, kuda, dan baghal. Hal ini berterusan tahun demi tahun. 25 Raja Salomo mempunyai kereta-kereta kuda, 4,000 kandang kuda, dan 12,000 ekor kuda.*+ Dia menempatkan semuanya di kota-kota penyimpanan kereta kuda dan di tempat yang berhampiran dengan istana raja di Yerusalem.+ 26 Salomo berkuasa atas semua raja dari Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin dan sempadan negeri Mesir.+ 27 Raja Salomo menjadikan perak di Yerusalem sama banyak seperti batu, dan kayu sedar sama banyak seperti pokok ara di Syefela.+ 28 Orang membawa kuda-kuda dari Mesir+ dan negeri lain kepada Salomo.

29 Berkenaan kisah hidup Salomo yang lain,+ iaitu kisah hidupnya dari mula sampai akhir, semuanya tertulis dalam buku Nabi Natan,+ dalam nubuat Ahia,+ orang Silo itu, dan dalam catatan Ido,+ seorang lelaki yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan dan yang menulis tentang Yerobeam+ anak Nebat. 30 Salomo memerintah atas seluruh Israel di Yerusalem selama 40 tahun. 31 Salomo meninggal lalu dikebumikan di Kota Daud.+ Rehabeam, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.+

10 Rehabeam telah pergi ke kota Sikhem+ kerana semua orang Israel telah berkumpul di Sikhem untuk menjadikannya raja.+ 2 (Pada masa itu, Yerobeam+ anak Nebat masih berada di Mesir. Dia melarikan diri ke situ disebabkan Raja Salomo.)+ Sebaik sahaja Yerobeam mendengar tentang hal itu, dia bertolak dari Mesir 3 kerana dia disuruh pulang. Yerobeam dan segenap umat Israel menghadap Rehabeam dan berkata, 4 “Ayahanda tuanku telah memberi hamba sekalian beban yang berat.+ Sekarang jika tuanku meringankan beban hamba sekalian dan tidak memperlakukan hamba sekalian dengan kasar, hamba sekalian akan mengabdi kepada tuanku.”

5 Maka raja berkata kepada mereka, “Datanglah kepada beta selepas tiga hari.” Jadi semua orang pun pergi dari situ.+ 6 Selepas itu, Raja Rehabeam meminta nasihat daripada para orang tua.* Mereka telah berkhidmat sebagai penasihat bapanya Salomo ketika bapanya masih hidup. Rehabeam bertanya, “Bagaimanakah beta harus menjawab mereka? Apakah nasihat kamu?” 7 Para orang tua itu menjawab, “Jika tuanku baik terhadap mereka, menggembirakan hati mereka, dan memberikan jawapan yang menyenangkan hati mereka, mereka akan sentiasa menjadi hamba-hamba tuanku.”

8 Tetapi dia menolak nasihat para orang tua itu. Dia meminta nasihat daripada pemuda-pemuda yang telah membesar bersamanya dan kini berkhidmat sebagai pembantunya.+ 9 Dia bertanya kepada mereka, “Apakah nasihat kamu? Mereka memohon beta untuk meringankan beban berat yang telah dikenakan oleh ayahanda beta. Jadi apakah yang harus kita katakan kepada mereka?” 10 Pemuda-pemuda itu berkata, “Rakyat telah memohon, ‘Ringankan beban yang dikenakan oleh ayahanda tuanku atas hamba sekalian.’ Maka tuanku harus memberitahu mereka, ‘Jari kelengkeng beta lebih besar daripada pinggang ayahanda beta. 11 Ayahanda beta memberi kamu beban yang berat, tetapi beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan berbuat demikian dengan cambuk yang berduri besi.’”

12 Pada hari ketiga, Yerobeam dan semua orang datang menghadap Rehabeam. Hal ini demikian kerana Rehabeam telah berkata, “Datanglah kepada beta pada hari ketiga.”+ 13 Tetapi raja menjawab rakyat dengan kasar. Raja Rehabeam menolak nasihat yang diberikan oleh para orang tua. 14 Dia menjawab mereka menurut nasihat yang diberikan oleh pemuda-pemuda itu. Katanya, “Beta akan menambah beban kamu. Ya, beta akan memberi kamu beban yang lebih berat. Ayahanda beta menyebat kamu dengan cambuk, tetapi beta akan berbuat demikian dengan cambuk yang berduri besi.” 15 Demikianlah raja telah menolak permintaan rakyatnya. Yehuwalah yang menyebabkan hal-hal ini terjadi supaya firman Tuhan yang benar+ yang disampaikan oleh Ahia+ orang Silo kepada Yerobeam anak Nebat menjadi kenyataan.

16 Memandangkan raja enggan mendengarkan permintaan orang Israel, mereka pun berkata, “Apakah kaitan kami dengan Daud? Kami tidak mendapat warisan daripada anak Isai. Hai orang Israel, kembalilah kepada tuhan kamu masing-masing! Hai keturunan Daud, jagalah dirimu sendiri!”+ Setelah itu, mereka semua pulang.+

17 Oleh itu, Rehabeam hanya dapat memerintah orang Israel yang tinggal di kota-kota Yehuda.+

18 Kemudian Raja Rehabeam+ mengutus Hadoram kepada orang Israel. Hadoram bertanggungjawab atas orang yang diwajibkan untuk bekerja bagi raja, tetapi orang Israel merejamnya sampai mati. Raja Rehabeam pun segera menaiki kereta kudanya dan melarikan diri ke Yerusalem.+ 19 Sejak itu, orang Israel memberontak terhadap keluarga Daud.

11 Apabila Rehabeam tiba di Yerusalem, dia segera mengumpulkan orang daripada suku Yehuda dan suku Benyamin.+ Sebanyak 180,000 orang pahlawan yang terlatih telah dikumpulkan untuk melawan Israel dan memulihkan kerajaan Rehabeam.+ 2 Yehuwa menyampaikan firman-Nya kepada Nabi Semaya,+ 3 “Katakanlah kepada Rehabeam anak Salomo, iaitu raja Yehuda, dan kepada semua orang Israel di Yehuda dan Benyamin, 4 ‘Inilah firman Yehuwa: “Janganlah berperang melawan saudara-saudaramu. Setiap orang haruslah pulang ke rumah masing-masing kerana Akulah yang telah menyebabkan hal ini berlaku.”’”+ Maka mereka mematuhi firman Yehuwa dan pulang. Mereka tidak pergi berperang dengan Yerobeam.

5 Rehabeam tinggal di Yerusalem, dan dia mengukuhkan kota-kota di Yehuda. 6 Dia telah mengukuhkan Betlehem,+ Etam, Tekoa,+ 7 Bet-zur, Sokho,+ Adulam,+ 8 Gat,+ Maresa, Zif,+ 9 Adoraim, Lakhis,+ Azeka,+ 10 Zora, Ayalon,+ dan Hebron.+ Semua ini ialah kota-kota berkubu di Yehuda dan Benyamin. 11 Selain mengukuhkan kota-kota berkubu itu, dia melantik pemimpin bagi setiap kota itu. Dia memberi mereka makanan, minyak, dan wain. 12 Dia juga membekalkan setiap kota dengan perisai-perisai besar dan tombak. Rehabeam mengukuhkan kota-kota itu sehingga pertahanan mereka menjadi sangat kuat. Dengan demikian, Yehuda dan Benyamin tetap berada di bawah kekuasaannya.

13 Para imam dan orang Lewi dari seluruh kawasan Israel berpihak kepada Rehabeam. 14 Orang Lewi meninggalkan padang rumput mereka dan harta milik mereka+ lalu datang ke Yehuda dan Yerusalem, kerana Yerobeam dan anak-anaknya melarang mereka bertugas sebagai imam Yehuwa.+ 15 Yerobeam telah melantik imam di tempat-tempat tinggi+ untuk memuja roh-roh jahat yang berupa kambing*+ dan patung lembu yang dibuatnya.+ 16 Maka, orang dari semua suku Israel yang bertekad untuk menyembah Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah mengikut para imam dan orang Lewi ke Yerusalem, supaya mereka dapat mempersembahkan korban kepada Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.+ 17 Selama tiga tahun, mereka menguatkan kerajaan Yehuda dan menyokong Rehabeam anak Salomo, kerana mereka mengikut teladan Daud dan Salomo selama tiga tahun itu.

18 Rehabeam berkahwin dengan Mahalat. Bapa Mahalat ialah Yerimot, anak Raja Daud, dan ibu Mahalat ialah Abihail anak Eliab, cucu Isai.+ 19 Tidak lama kemudian, Mahalat melahirkan beberapa orang anak lelaki, iaitu Yeus, Shemariah, dan Zaham. 20 Kemudian Rehabeam berkahwin dengan Maakha, iaitu cucu Absalom.+ Tidak lama kemudian, Maakha melahirkan beberapa orang anak, iaitu Abia,+ Atai, Ziza, dan Selomit. 21 Rehabeam mempunyai 28 orang anak lelaki dan 60 orang anak perempuan. Meskipun Rehabeam mempunyai 18 orang isteri dan 60 orang gundik,+ Maakha, cucu Absalom, ialah isteri kesayangannya. 22 Maka dia melantik Abia anak Maakha sebagai ketua dan pemimpin dalam kalangan adik-beradiknya, kerana dia ingin Abia menggantikannya sebagai raja kelak. 23 Rehabeam bertindak dengan bijak. Dia menghantar beberapa orang anak lelakinya ke kota-kota berkubu di kawasan Yehuda dan Benyamin.+ Kemudian dia mendapatkan banyak isteri untuk mereka dan memberi mereka bekalan yang berlimpah-limpah.

12 Tidak lama setelah kedudukan Rehabeam sebagai raja menjadi kuat dan kukuh,+ dia mengabaikan Hukum Yehuwa.+ Semua orang Israel juga berbuat demikian. 2 Mereka tidak setia kepada Yehuwa, maka pada tahun kelima pemerintahan Raja Rehabeam, Raja Sisak+ dari Mesir menyerang Yerusalem. 3 Raja Sisak membawa 1,200 buah kereta kuda dan 60,000 orang askar berkuda. Selain itu, dia juga membawa pasukan askar dari Mesir, yang terdiri daripada orang Libia, Sukiim, dan Etiopia.* Bilangan mereka tidak dapat dikira.+ 4 Dia menawan kota-kota berkubu di Yehuda, dan akhirnya dia tiba di Yerusalem.

5 Rehabeam dan para pemimpin orang Yehuda berkumpul di Yerusalem kerana mereka takut kepada Sisak. Nabi Semaya+ menghadap mereka dan berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Kamu telah meninggalkan Aku, maka Aku juga akan meninggalkan kamu+ dan menyerahkan kamu ke dalam tangan Sisak.’” 6 Maka raja dan para pemimpin itu merendahkan diri dan berkata,+ “Yehuwa melakukan apa yang benar.” 7 Apabila Yehuwa nampak bahawa mereka telah merendahkan diri, Yehuwa berfirman kepada Semaya, “Aku tidak akan membinasakan mereka kerana mereka telah merendahkan diri.+ Aku akan menyelamatkan mereka tidak lama lagi. Aku tidak akan menggunakan Sisak untuk melampiaskan kemurkaan-Ku atas Yerusalem. 8 Tetapi mereka akan menjadi hamba Sisak supaya mereka tahu perbezaan antara mengabdikan diri kepada-Ku dengan mengabdikan diri kepada raja-raja negeri lain.”

9 Maka Raja Sisak dari Mesir menyerang Yerusalem. Dia mengambil harta dari Rumah Yehuwa+ dan istana raja. Dia mengambil semuanya, termasuk perisai-perisai emas yang dibuat oleh Salomo.+ 10 Oleh itu, Raja Rehabeam membuat perisai-perisai tembaga untuk menggantikan perisai-perisai emas itu. Dia mempercayakan semua perisai itu kepada ketua pengawal yang menjaga pintu masuk istana raja. 11 Setiap kali raja masuk ke dalam Rumah Yehuwa, para pengawal mengiringinya sambil mengangkat perisai-perisai itu, dan kemudian mereka akan mengembalikan semuanya ke dalam bilik pengawal. 12 Oleh sebab raja merendahkan dirinya dan masih ada hal-hal yang baik di Yehuda,+ Yehuwa tidak lagi murka terhadap raja+ dan Dia tidak memusnahkan mereka sama sekali.+

13 Raja Rehabeam mengukuhkan kedudukannya di Yerusalem dan terus memerintah sebagai raja. Rehabeam berusia 41 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 17 tahun di Yerusalem. Kota itu telah dipilih oleh Yehuwa dari seluruh kawasan suku Israel, supaya nama-Nya ada di sana. (Ibu Rehabeam ialah Naama, seorang wanita Ammon.)+ 14 Tetapi Rehabeam melakukan apa yang jahat kerana dia tidak bertekad dalam hatinya untuk mencari Yehuwa.+

15 Rehabeam dan Yerobeam selalu berperang.+ Kisah hidup Rehabeam dari mula sampai akhir telah dicatatkan dalam daftar salasilah keluarga yang ditulis oleh Nabi Semaya+ dan Ido.+ (Ido ialah seorang lelaki yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan.) 16 Kemudian Rehabeam meninggal lalu dikebumikan bersama nenek moyangnya di Kota Daud,+ dan anak lelakinya yang bernama Abia+ menggantikannya sebagai raja.

13 Pada tahun ke-18 pemerintahan Raja Yerobeam, Abia menjadi raja Yehuda.+ 2 Dia memerintah di Yerusalem selama tiga tahun. Ibunya ialah Mikhaya+ anak Uriel dari Gibea.+ Abia dan Yerobeam berperang dengan satu sama lain.+

3 Pernah sekali, Abia pergi berperang dengan membawa 400,000 orang pahlawan yang gagah dan terlatih.+ Yerobeam pula membawa 800,000 orang pahlawan yang gagah dan terlatih lalu mengatur barisan tentera untuk menentang Abia. 4 Abia naik ke Gunung Zemaraim, yang terletak di kawasan pergunungan Efraim, dan berseru, “Wahai Yerobeam dan semua orang Israel! Dengarlah kata-kata beta ini! 5 Kamu semua tahu bahawa Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah membuat satu perjanjian kekal*+ dengan Daud bahawa dia dan keturunannya akan memerintah kerajaan Israel buat selama-lamanya.+ 6 Tetapi Yerobeam+ anak Nebat, seorang hamba kepada Salomo anak Daud, telah bangkit melawan tuannya.+ 7 Kemudian orang yang menganggur dan orang yang tidak berguna menyertainya. Akhirnya mereka berjaya mengalahkan Rehabeam anak Salomo, yang ketika itu masih muda dan lemah, dan tidak dapat mempertahankan dirinya.

8 “Adakah kamu fikir bahawa kamu dapat melawan kerajaan Yehuwa yang telah diberikan kepada keturunan Daud? Janganlah berfikir bahawa kamu akan berjaya kerana bilanganmu banyak, atau kerana kamu memiliki patung anak lembu emas yang dibuat oleh Yerobeam untuk dijadikan sebagai tuhan kamu.+ 9 Kamu telah menghalau imam-imam Yehuwa,+ iaitu keturunan Harun dan orang Lewi. Kemudian kamu melantik imam sendiri seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa negeri lain.+ Kamu menerima sesiapa sahaja yang datang dengan membawa seekor anak lembu jantan dan tujuh ekor biri-biri jantan, dan melantik mereka menjadi imam untuk sesuatu yang bukannya Tuhan. 10 Tetapi bagi kami, Yehuwalah Tuhan kami.+ Kami tidak meninggalkan-Nya. Imam-imam kami daripada keturunan Harun dan mereka berkhidmat kepada Yehuwa, dan dibantu oleh orang Lewi. 11 Setiap pagi dan petang, mereka mempersembahkan korban kepada Yehuwa dan membakarnya sehingga asap naik.+ Mereka juga membakar kemenyan yang harum,+ meletakkan roti-roti berlapis*+ di atas meja emas tulen, dan menyalakan pelita-pelita pada kaki pelita emas+ setiap petang.+ Kami memenuhi kewajipan kami terhadap Yehuwa, Tuhan kami, sedangkan kamu meninggalkan Dia. 12 Lihatlah! Tuhan yang benar ada bersama kami, dan Dia sedang memimpin kami. Para imam-Nya ada di sini untuk meniup trompet sebagai isyarat perang. Hai orang Israel, janganlah menentang Yehuwa, Tuhan nenek moyangmu! Kamu tidak akan menang!”+

13 Yerobeam menyuruh sebahagian pasukan askarnya untuk melancarkan serangan hendap dari belakang askar Yehuda. Dengan demikian, mereka menyerang askar Yehuda dari depan dan dari belakang. 14 Ketika askar Yehuda menoleh ke belakang, mereka sedar bahawa mereka diserang dari depan dan dari belakang. Maka mereka mula berseru kepada Yehuwa,+ dan para imam meniup trompet dengan kuat. 15 Kemudian askar Yehuda meneriakkan laungan perang. Pada saat mereka berbuat demikian, Tuhan yang benar mengalahkan Yerobeam dan semua askar Israel di depan mata Abia dan askar Yehuda. 16 Askar Israel melarikan diri daripada askar Yehuda, dan Tuhan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Yehuda. 17 Abia dan askarnya membunuh banyak orang Israel, sebanyak 500,000 orang askar Israel yang terlatih mati dibunuh. 18 Demikianlah orang Israel kalah dan orang Yehuda menang kerana mereka bergantung pada Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.+ 19 Abia terus mengejar Yerobeam dan merampas kota-kota miliknya, iaitu Bethel+ dan pekan-pekan di sekelilingnya, Yesyana dan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Efrain+ dan pekan-pekan di sekelilingnya. 20 Yerobeam tidak dapat memulihkan kekuasaannya selama pemerintahan Abia. Akhirnya Yerobeam mati dibunuh oleh Yehuwa.+

21 Kekuasaan Abia semakin bertambah. Dia mempunyai 14 orang isteri+ dan 22 orang anak lelaki serta 16 orang anak perempuan. 22 Berkenaan kisah hidup Abia yang lain, iaitu perbuatan dan kata-kata yang diucapkannya, semuanya tertulis dalam buku* Nabi Ido.+

14 Akhirnya Abia meninggal dan dikebumikan di Kota Daud.+ Anaknya yang bernama Asa menggantikannya sebagai raja. Semasa pemerintahan Asa, negeri itu aman selama 10 tahun.

2 Asa melakukan apa yang baik dan benar di mata Yehuwa, Tuhannya. 3 Dia menyingkirkan mazbah-mazbah tuhan asing+ dan tempat-tempat pemujaan,* menghancurkan tugu-tugu suci,*+ dan merobohkan tiang-tiang suci.*+ 4 Selain itu, dia menyuruh orang Yehuda untuk menyembah Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka. Dia juga menyuruh mereka untuk mematuhi Hukum dan perintah-perintah Tuhan. 5 Asa menyingkirkan tempat-tempat pemujaan dan tempat membakar kemenyan yang ada di semua kota Yehuda.+ Kerajaan itu aman di bawah pemerintahannya. 6 Memandangkan negerinya aman, dia membina kota-kota berkubu di Yehuda.+ Negeri Asa bebas daripada perang selama beberapa tahun itu kerana Yehuwa mengurniakan keamanan kepadanya.+ 7 Asa berkata kepada orang Yehuda, “Marilah kita membina kota-kota ini dan mendirikan tembok, menara,+ dan pintu gerbang yang berpalang di sekelilingnya. Kita menguasai negeri ini kerana kita menyembah Yehuwa, Tuhan kita. Kita telah mencari-Nya, dan Dia mengurniakan kedamaian kepada kita.” Demikianlah kerja pembinaan mereka berjalan dengan lancar.+

8 Asa mempunyai 300,000 orang askar dari Yehuda, yang dilengkapi dengan perisai besar dan tombak. Dia juga mempunyai 280,000 orang pahlawan gagah dari Benyamin, yang membawa perisai kecil* dan busur.+

9 Beberapa lama kemudian, Zerah, seorang lelaki Etiopia,* datang melawan mereka. Dia membawa 1,000,000 orang askar dan 300 buah kereta kuda.+ Apabila Zerah tiba di Maresa,+ 10 Asa keluar untuk menentang dia. Mereka mengatur barisan tentera masing-masing di Lembah Zefata, yang terletak di Maresa. 11 Asa berseru kepada Yehuwa, Tuhannya,+ “Ya Yehuwa, Engkau dapat menolong sesiapa pun, tidak kira sama ada bilangan mereka banyak atau sedikit, atau sama ada mereka kuat atau lemah.+ Ya Yehuwa, Tuhan kami, bantulah kami kerana kami bergantung pada-Mu.+ Demi nama-Mu, kami datang menentang angkatan tentera yang besar ini.+ Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan kami. Janganlah biarkan manusia yang fana mengalahkan-Mu.”+

12 Oleh itu, Yehuwa mengalahkan askar Etiopia di depan mata Asa dan orang Yehuda, lalu askar Etiopia melarikan diri.+ 13 Asa dan tenteranya mengejar mereka sampai ke Gerar.+ Banyak askar Etiopia yang dibunuh. Akhirnya tiada seorang pun antara mereka yang masih hidup kerana Asa dan tenteranya mengalahkan mereka dengan bantuan Yehuwa. Selepas itu, tentera Yehuda mendapat banyak sekali barang jarahan. 14 Seterusnya, Yehuwa menyebabkan penduduk di semua kota di sekitar Gerar takut kepada-Nya. Jadi tentera Yehuda menyerang semua kota itu dan merampas harta penduduknya kerana ada banyak barang yang dapat dijarah di sana. 15 Mereka juga menyerang khemah-khemah penternak dan merampas banyak ternakan dan unta. Selepas itu, mereka pulang ke Yerusalem.

15 Tuhan mencurahkan kuasa suci-Nya* ke atas Azarya anak Oded 2 lalu Azarya pergi berjumpa dengan Asa dan berkata kepadanya, “Wahai Asa dan semua orang Yehuda dan Benyamin, dengarlah kata-kataku! Yehuwa akan menyertaimu selagi kamu tidak meninggalkan-Nya.+ Jika kamu mencari-Nya, Dia akan membiarkan diri-Nya ditemukan oleh kamu.+ Tetapi jika kamu meninggalkan-Nya, Dia akan meninggalkan kamu juga.+ 3 Sudah lama Israel hidup tanpa Tuhan yang benar, tanpa imam-imam yang mengajar mereka, dan tanpa hukum.+ 4 Tetapi pada masa kesusahan, orang Israel kembali kepada Yehuwa, Tuhan mereka. Mereka mencari-Nya, dan Dia membiarkan diri-Nya ditemukan oleh mereka.+ 5 Pada masa itu, tiada sesiapa pun yang dapat pergi ke mana-mana dengan selamat kerana seluruh negeri berada dalam keadaan huru-hara. 6 Bangsa menghancurkan bangsa, dan kota menghancurkan kota kerana Tuhan mengacau-bilaukan mereka dengan banyak kesusahan.+ 7 Tetapi hendaklah kamu berani dan janganlah tawar hati+ kerana kamu akan mendapat ganjaran atas segala usahamu.”

8 Sebaik sahaja Asa mendengar kata-kata ini dan nubuat Nabi Oded, dia memberanikan diri. Dia menyingkirkan semua patung berhala yang menjijikkan dari seluruh Yehuda+ dan Benyamin, dan dari kota-kota di kawasan pergunungan Efraim yang telah ditawannya. Kemudian dia membaik pulih mazbah Yehuwa yang terletak di anjung Rumah Yehuwa.+ 9 Dia mengumpulkan semua penduduk Yehuda dan Benyamin. Dia juga mengumpulkan sebilangan besar penduduk asing yang terdiri daripada orang Efraim, orang Manasye, dan orang Simeon.+ Mereka sedar bahawa Tuhan Yehuwa menyertai Asa, maka mereka meninggalkan Israel dan berpihak kepada Asa. 10 Mereka semua berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun ke-15 pemerintahan Asa. 11 Pada hari itu, mereka mempersembahkan hasil jarahan mereka kepada Yehuwa sebagai korban, iaitu sebanyak 700 ekor lembu dan 7,000 ekor biri-biri. 12 Selain itu, mereka membuat perjanjian untuk menyembah* Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa.+ 13 Sesiapa sahaja, baik tua mahupun muda, lelaki atau wanita, akan dibunuh jika mereka enggan menyembah Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 14 Mereka bersumpah kepada Yehuwa dengan suara yang lantang, diiringi dengan sorakan yang gembira, tiupan trompet, dan tiupan tanduk. 15 Segenap penduduk Yehuda bersukacita kerana mereka telah mengangkat sumpah itu dengan sepenuh hati. Mereka mencari Yehuwa dengan sungguh-sungguh, dan Dia membiarkan diri-Nya ditemukan oleh mereka.+ Dia juga terus mengurniai mereka kedamaian di seluruh negeri itu.+

16 Raja Asa bahkan menyingkirkan neneknya Maakha+ daripada kedudukannya sebagai bonda ratu. Hal ini demikian kerana Maakha telah membuat patung berhala yang lucah untuk digunakan dalam penyembahan tiang suci.*+ Asa merobohkan patung berhala itu, menghancurkannya lalu membakarnya di Lembah Kidron.+ 17 Walaupun tempat-tempat ibadat* di Israel tidak dimusnahkan,+ Asa tetap menyembah Tuhan dengan sepenuh hati sepanjang hayatnya.+ 18 Dia meletakkan semua perak, emas, dan pelbagai perkakas yang telah disucikan olehnya dan bapanya ke dalam rumah Tuhan yang benar.+ 19 Peperangan tidak berlaku sehingga tahun ke-35 pemerintahan Asa.+

16 Pada tahun ke-36 pemerintahan Asa, Raja Baesa+ dari Israel menyerang Yehuda, dan mula memperkukuh kota Rama+ agar tidak ada sesiapa pun yang dapat keluar atau masuk ke wilayah Asa, raja Yehuda.+ 2 Maka Asa mengambil perak dan emas dari tempat penyimpanan harta di Rumah Yehuwa+ dan di istana raja, lalu memberikannya kepada Ben-hadad, iaitu raja Siria+ yang tinggal di Damsyik. Asa berkata kepada Ben-hadad, 3 “Kita telah membuat perjanjian seperti yang telah dilakukan oleh ayahanda beta dengan ayahanda tuanku. Beta menghantar semua perak dan emas ini kepada tuanku. Batalkanlah perjanjian tuanku dengan Raja Baesa dari Israel agar raja itu berundur dari wilayah beta.”

4 Ben-hadad mendengar kata-kata Raja Asa lalu mengutus beberapa orang ketua pasukan tenteranya untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka telah menakluki Iyon,+ Dan,+ Abel-maim, dan semua tempat penyimpanan bekalan di kota-kota Naftali.+ 5 Semasa Baesa mendengar tentang hal itu, dia segera berhenti memperkukuh kota Rama lalu mengabaikan projek itu. 6 Raja Asa mewajibkan semua penduduk Yehuda untuk mengangkut batu-batu dan kayu-kayu dari Rama+ yang telah digunakan oleh Baesa.+ Kemudian dia menggunakan bahan-bahan itu untuk memperkukuh kota Geba+ dan kota Mizpa.+

7 Pada waktu itu, Nabi* Hanani+ menghadap Asa, raja Yehuda, dan berkata kepadanya, “Tuanku bergantung pada raja Siria, dan bukannya pada Yehuwa, Tuhan tuanku. Oleh itu, peluang untuk mengalahkan tentera raja Siria terlepas daripada tangan tuanku.+ 8 Dahulu bukankah tuanku berhadapan dengan tentera Etiopia* dan Libia yang besar bilangannya? Bukankah mereka mempunyai banyak kereta kuda dan askar berkuda? Pada masa itu, tuanku telah bergantung pada Yehuwa, maka Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan tuanku.+ 9 Yehuwa sentiasa mengawasi seluruh bumi+ untuk mencari orang yang menyembah-Nya dengan sepenuh hati agar Dia dapat menunjukkan kekuatan-Nya* kepada mereka.+ Tetapi sekarang, tuanku telah bertindak dengan bodoh. Maka mulai hari ini tuanku akan sentiasa berperang.”+

10 Asa tersinggung dan begitu marah dengan nabi* itu sehingga dia memasukkan nabi* itu ke dalam penjara.* Asa juga mula menindas sebilangan rakyatnya. 11 Kisah hidup Asa, dari mula sampai akhir, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Yehuda dan Israel.+

12 Pada tahun ke-39 pemerintahannya, kaki Asa dijangkiti penyakit dan keadaannya menjadi semakin parah. Biarpun begitu, dia tidak meminta bantuan Yehuwa, sebaliknya dia meminta pertolongan daripada tabib. 13 Asa meninggal pada tahun ke-41 pemerintahannya.+ 14 Dia dikebumikan di sebuah makam yang terletak di Kota Daud.+ Makam itu sangat mewah, dan dibina oleh dirinya sendiri. Mayatnya diletakkan di atas tempat yang penuh dengan minyak balsam dan campuran rempah dan wangi-wangian yang istimewa.+ Selain itu, unggun api yang sangat besar dinyalakan untuk menghormatinya.*

17 Kemudian anak Asa, iaitu Yehosafat+ menggantikannya sebagai raja. Yehosafat mengukuhkan kekuasaannya di Israel. 2 Dia menempatkan askar-askarnya di semua kota berkubu di Yehuda. Dia juga mendirikan pangkalan tentera di kawasan Yehuda dan di kota-kota Efraim yang telah ditawan oleh bapanya Asa.+ 3 Yehuwa menyertai Yehosafat kerana dia mengikut haluan nenek moyangnya Daud+ dan tidak menyembah Baal. 4 Dia mencari Tuhan yang disembah oleh bapanya,+ dan mematuhi perintah Tuhan. Dia tidak terikut-ikut dengan kebiasaan orang Israel.+ 5 Yehuwa menguatkan kerajaan Yehuda di bawah pemerintahan Yehosafat,+ dan semua penduduk Yehuda membawa hadiah kepadanya. Oleh itu, kekayaan dan kemuliaan Yehosafat semakin bertambah.+ 6 Dia mengikut haluan Yehuwa dengan berani. Dia bahkan memusnahkan tempat-tempat pemujaan+ dan tiang-tiang suci*+ yang ada di Yehuda.

7 Pada tahun ketiga pemerintahan Yehosafat, dia mengutus para pegawainya, iaitu Ben-hail, Obaja, Zakharia, Netanel, dan Mikhaya, untuk mengajar orang di kota-kota Yehuda. 8 Mereka diiringi oleh beberapa orang Lewi, iaitu Semaya, Netania, Zebadia, Asael, Syemiramot, Yehonatan, Adonia, Tobiya, dan Tob-adonia. Dua orang imam, iaitu Elisama dan Yehoram, juga pergi bersama mereka.+ 9 Mereka membawa kitab Hukum Yehuwa dan mula mengajar di Yehuda.+ Mereka pergi ke semua kota di Yehuda untuk mengajar orang di sana.

10 Yehuwa membuat semua kerajaan di sekitar Yehuda berasa takut, maka mereka tidak berani berperang melawan Yehosafat. 11 Orang Filistin membawa hadiah dan wang sebagai ufti kepada Yehosafat. Orang Arab pula mengambil 7,700 ekor biri-biri jantan dan 7,700 ekor kambing jantan daripada ternakan mereka lalu memberikannya kepada Yehosafat.

12 Yehosafat semakin berkuasa,+ dan dia terus membina kubu-kubu+ dan kota tempat penyimpanan bekalan+ di Yehuda. 13 Dia melaksanakan projek-projek besar di kota Yehuda. Selain itu, dia menempatkan askar-askar yang gagah perkasa di Yerusalem. 14 Mereka dibahagikan menurut puak. Daripada suku Yehuda, terdapat Adnah, yang memimpin 300,000 orang pahlawan gagah. (Adnah ialah salah seorang ketua atas 1,000 orang.)+ 15 Di bawah pimpinannya, terdapat Yehohanan yang memimpin 280,000 orang askar. 16 Amasia anak Zikhri juga berada di bawah pimpinan Adnah. Amasia menawarkan dirinya untuk berkhidmat kepada Yehuwa, dan terdapat 200,000 orang pahlawan gagah bersamanya. 17 Daripada suku Benyamin,+ terdapat Eliada, seorang pahlawan yang gagah, dan dia disertai 200,000 orang askar yang membawa busur dan perisai.+ 18 Di bawah pimpinannya, terdapat Yehozabad yang disertai 180,000 orang askar yang bersenjata. 19 Askar-askar ini dan askar-askar yang telah ditempatkan di kota-kota berkubu di seluruh Yehuda, semuanya berkhidmat kepada Raja Yehosafat.+

18 Walaupun Yehosafat sangat kaya dan masyhur,+ dia masih membentuk persekutuan dengan Ahab. Dia mengahwinkan salah seorang ahli keluarganya dengan ahli keluarga Ahab.+ 2 Beberapa tahun kemudian, dia pergi berjumpa dengan Ahab di Samaria.+ Ahab menyembelih* banyak biri-biri dan lembu untuk Yehosafat dan rombongannya. Ahab juga memujuk Yehosafat untuk menyerang Ramot-gilead bersamanya.+ 3 Dia berkata kepada Raja Yehosafat dari Yehuda, “Adakah tuanku sudi untuk pergi ke Ramot-gilead bersama-sama beta?” Yehosafat menjawabnya, “Ya, mari kita pergi bersama-sama. Tentera beta akan bergabung dengan tentera tuanku. Kami akan menyertai tuanku.”

4 Namun Yehosafat berkata kepada raja Israel, “Marilah kita meminta petunjuk daripada Yehuwa terlebih dahulu.”+ 5 Maka raja Israel mengumpulkan 400 orang nabi. Dia berkata kepada mereka, “Patutkah beta pergi menawan kota Ramot-gilead atau tidak?” Mereka menjawab, “Pergilah tuanku. Tuhan yang benar pasti akan menyerahkan kota itu ke dalam tangan tuanku.”

6 Tetapi Yehosafat berkata, “Tidak adakah nabi Yehuwa di sini?+ Marilah kita meminta petunjuk Tuhan daripadanya.”+ 7 Maka raja Israel menjawab Yehosafat, “Masih ada seorang lagi+ yang boleh mendapatkan petunjuk daripada Yehuwa. Dia ialah Mikhaya anak Yimla. Tetapi beta membencinya kerana dia tidak pernah bernubuat tentang perkara yang baik bagi beta. Dia selalu bernubuat tentang hal yang buruk.”+ Tetapi Yehosafat berkata, “Tuanku tidak sepatutnya berkata demikian.”

8 Raja Israel memanggil seorang pegawai istana dan berkata, “Cepat, bawalah Mikhaya anak Yimla kepada beta.”+ 9 Pada masa itu, Ahab dan Yehosafat sedang memakai pakaian diraja dan duduk di atas takhta yang terletak di tempat mengirik tuaian, iaitu dekat pintu masuk kota Samaria. Semua nabi bernubuat di hadapan mereka. 10 Kemudian Zedekia anak Kenaana membuat beberapa buah tanduk besi lalu berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Engkau akan menggunakan tanduk-tanduk ini untuk menyerang* orang Siria sehingga mereka lenyap sama sekali.’” 11 Nabi-nabi yang lain juga bernubuat dan berkata, “Pergilah ke Ramot-gilead. Tuanku pasti berjaya.+ Yehuwa akan menyerahkan kota itu ke dalam tangan tuanku.”

12 Maka utusan yang pergi memanggil Mikhaya berkata kepadanya, “Nabi-nabi yang lain mengatakan hal yang baik dengan sebulat suara. Hendaklah kamu juga mengatakan hal yang baik bagi raja, seperti mereka.”+ 13 Tetapi Mikhaya berkata, “Demi Yehuwa yang hidup, aku hanya akan menyampaikan apa yang difirmankan oleh Tuhan kepadaku.”+ 14 Apabila Mikhaya menghadap raja, raja bertanya kepadanya, “Mikhaya, patutkah beta pergi menawan kota Ramot-gilead atau tidak?” Mikhaya segera menjawab, “Pergilah dan tuanku pasti berjaya. Mereka akan diserahkan ke dalam tangan tuanku.” 15 Maka raja berkata, “Berapa kalikah beta harus menyuruh kamu untuk bersumpah bahawa kamu akan berkata benar demi nama Yehuwa?” 16 Selepas itu, Mikhaya berkata, “Hamba nampak semua rakyat Israel berkeliaran di gunung-gunung seperti biri-biri tanpa gembala.+ Yehuwa telah berfirman, ‘Mereka tidak mempunyai tuan. Biarlah mereka pulang ke rumah masing-masing dengan aman.’”

17 Maka raja Israel berkata kepada Yehosafat, “Bukankah beta sudah berkata bahawa dia tidak akan bernubuat tentang perkara yang baik bagi beta? Dia hanya bernubuat tentang hal yang buruk!”+

18 Mikhaya berkata lagi, “Dengarlah firman Yehuwa: Hamba nampak Yehuwa sedang duduk di atas takhta-Nya,+ dan seluruh angkatan tentera syurga+ berdiri di sebelah kanan dan di sebelah kiri-Nya.+ 19 Yehuwa bertanya, ‘Siapakah yang akan memperdaya Raja Ahab dari Israel supaya dia pergi ke Ramot-gilead lalu terbunuh di sana?’ Ada malaikat yang berkata begini, ada pula yang berkata begitu. 20 Kemudian satu malaikat+ tampil dan menghadap Yehuwa lalu berkata, ‘Aku akan memperdaya Ahab.’ Yehuwa bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah engkau akan berbuat demikian?’ 21 Malaikat itu menjawab, ‘Aku akan pergi lalu membuat semua nabi Ahab bercakap bohong.’ Maka Tuhan berfirman, ‘Pergilah dan buatlah demikian. Engkau akan memperdayanya dan engkau akan berjaya.’ 22 Oleh itu, Yehuwa mengutus malaikat itu untuk membuat nabi-nabi tuanku bercakap bohong.+ Sebenarnya Yehuwa telah berfirman bahawa tuanku akan ditimpa malapetaka.”

23 Zedekia+ anak Kenaana menghampiri Mikhaya+ lalu menampar pipinya.+ Dia bertanya, “Adakah kamu fikir bahawa kuasa suci Yehuwa telah meninggalkan aku lalu bercakap kepadamu?”+ 24 Mikhaya menjawab, “Pada hari kamu masuk ke dalam bilik belakang untuk bersembunyi, pada hari itulah kamu akan mengetahuinya.” 25 Kemudian raja Israel berkata, “Bawa Mikhaya dan serahkannya kepada Amon, penguasa kota itu, dan kepada Yoas, anak raja. 26 Beritahulah mereka, ‘Inilah perintah raja: “Masukkan orang ini ke dalam penjara.+ Beri dia sedikit roti dan air sahaja sehingga beta kembali dengan selamat.”’” 27 Mikhaya berkata, “Jika tuanku kembali dengan selamat, maksudnya Yehuwa tidak berfirman melalui hamba.”+ Dia menyambung, “Hai semua orang, dengarlah apa yang telah aku katakan ini.”

28 Maka raja Israel dan Yehosafat, raja Yehuda, pergi ke Ramot-gilead.+ 29 Raja Israel berkata kepada Yehosafat, “Apabila kita pergi bertempur, beta akan menyamar tetapi tuanku akan memakai pakaian diraja tuanku.” Oleh itu, raja Israel pun menyamar ketika mereka pergi bertempur. 30 Raja Siria telah mengarahkan ketua-ketua pasukan kereta kudanya dengan berkata, “Janganlah menyerang sesiapa pun, baik panglima tentera mahupun askar biasa. Seranglah raja Israel sahaja.” 31 Sebaik sahaja ketua-ketua itu nampak Yehosafat, mereka berkata kepada satu sama lain, “Itu raja Israel!” Maka mereka pergi menyerang dia, dan Yehosafat mula berteriak meminta tolong.+ Yehuwa segera membantu Yehosafat dan mengalihkan serangan itu ke arah lain. 32 Apabila mereka sedar bahawa dia bukan raja Israel, mereka segera berundur dan tidak mengejarnya lagi.

33 Salah seorang askar Siria melepaskan anak panah, dan kebetulan anak panah itu menusuk Raja Ahab di antara sambungan baju zirahnya. Maka raja berkata kepada pemandu kereta kudanya, “Berundurlah dan bawalah beta keluar dari medan pertempuran ini kerana beta cedera parah.”+ 34 Pertempuran itu berlangsung sepanjang hari. Sementara itu, orang lain memegang raja Israel sehingga petang agar dia dapat berdiri di dalam kereta kudanya sambil menghadap orang Siria, dan dia mati ketika matahari terbenam.+

19 Yehosafat, iaitu raja Yehuda, pulang dengan selamat+ ke istananya di Yerusalem. 2 Seorang utusan* yang bernama Yehu+ anak Hanani+ pergi menghadap Raja Yehosafat lalu berkata kepadanya, “Patutkah tuanku menolong orang yang jahat?+ Patutkah tuanku mengasihi orang yang membenci Yehuwa?+ Oleh sebab tuanku telah berbuat demikian, Yehuwa murka terhadap tuanku. 3 Walaupun demikian, Tuhan juga menemui hal-hal baik dalam diri tuanku.+ Tuanku telah menyingkirkan tiang-tiang suci* dari negeri ini, dan tuanku telah bertekad dalam hati* untuk mencari Tuhan yang benar.”+

4 Yehosafat terus menetap di Yerusalem. Sekali lagi, dia mengunjungi rakyat, dari Beer-syeba sampai ke kawasan pergunungan Efraim.+ Dia berbuat demikian untuk memimpin mereka kembali kepada Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.+ 5 Dia juga melantik hakim-hakim di setiap kota berkubu di seluruh negeri Yehuda.+ 6 Dia berkata kepada para hakim itu, “Berhati-hatilah dalam segala perbuatan kamu, kerana kamu melaksanakan penghakiman atas nama Yehuwa, dan bukannya atas nama manusia. Tuhan menyertai kamu apabila kamu melaksanakan penghakiman.+ 7 Hendaklah kamu takut akan Yehuwa.+ Berhati-hatilah dalam segala perbuatan kamu kerana Yehuwa ialah Tuhan yang adil.+ Dia tidak berat sebelah+ dan Dia tidak menerima rasuah.”+

8 Yehosafat juga melantik beberapa orang Lewi, imam, dan ketua puak Israel untuk berkhidmat kepada Yehuwa di Yerusalem. Mereka bertugas sebagai hakim dan mengadili perkara-perkara yang dikemukakan oleh penduduk Yerusalem.+ 9 Dia memberikan perintah berikut kepada mereka: “Hendaklah kamu takut akan Yehuwa, dan jalankanlah tugas kamu dengan setia dan sepenuh hati. Inilah apa yang harus kamu lakukan: 10 Apabila saudara-saudara kamu datang dari kota mereka dan mengemukakan perkara kepada kamu, tidak kira perkara yang berkaitan dengan pembunuhan+ atau persoalan tentang hukum, perintah, peraturan, atau undang-undang, kamu haruslah menasihati mereka. Dengan demikian, mereka tidak akan berdosa terhadap Yehuwa, dan Dia tidak akan murka terhadap kamu dan saudara-saudaramu. Kamu haruslah berbuat demikian agar kamu tidak bersalah. 11 Seorang ketua imam yang bernama Amaria akan mengawasi kamu dan bertanggungjawab atas segala perkara yang berkaitan dengan khidmat kepada Yehuwa.+ Ketua suku Yehuda, iaitu Zebadia anak Ismael, bertanggungjawab atas segala perkara yang berkaitan dengan raja. Orang Lewi akan berkhidmat sebagai pegawai kamu. Laksanakanlah tugas kamu dengan penuh keberanian. Semoga Yehuwa memberkati usaha baik kamu.”+

20 Tidak lama kemudian, orang Moab,+ orang Ammon,+ dan sebilangan orang Ammonim* pergi berperang dengan Yehosafat. 2 Yehosafat menerima laporan berikut: “Angkatan tentera yang besar telah datang dari kawasan laut* untuk menyerang tuanku. Mereka datang dari Edom,+ dan sekarang mereka berada di Hazazon-tamar, iaitu En-gedi.”+ 3 Yehosafat menjadi takut lalu dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan* Yehuwa.+ Dia mengeluarkan perintah agar penduduk di seluruh Yehuda berpuasa. 4 Kemudian semua orang Yehuda berkumpul untuk meminta petunjuk daripada Yehuwa.+ Mereka datang dari setiap kota di Yehuda untuk mencari bimbingan Yehuwa.

5 Semua orang Yehuda dan Yerusalem berkumpul di halaman baharu Rumah Yehuwa. Yehosafat berdiri di hadapan mereka 6 dan berkata,

“Ya Yehuwa, Tuhan nenek moyang kami! Bukankah Engkau Tuhan di syurga?+ Bukankah Engkau berkuasa atas semua bangsa?+ Engkau memiliki kuasa dan kekuatan. Tiada sesiapa pun yang dapat melawan Engkau.+ 7 Ya Tuhan kami, Engkau telah mengusir penduduk negeri ini dari hadapan umat-Mu Israel lalu memberikan negeri ini kepada keturunan sahabat-Mu, Abraham. Negeri ini akan sentiasa menjadi warisan mereka.+ 8 Mereka tinggal di sini dan membina sebuah tempat suci untuk nama-Mu.+ Mereka berkata, 9 ‘Jika kami dihukum dan ditimpa malapetaka seperti perang, wabak penyakit, atau kebuluran, kami akan berdiri di hadapan rumah ini dan menghadap-Mu kerana nama-Mu ada di rumah ini.+ Semasa kami dalam kesusahan dan meminta pertolongan daripada-Mu, dengarlah seruan kami dan selamatkanlah kami.’+ 10 Ketika orang Israel keluar dari Mesir dahulu, Engkau tidak membenarkan kami menyerang orang Ammon, orang Moab, dan orang dari kawasan pergunungan Seir.+ Maka kami tidak memusnahkan mereka dan pergi ke tempat lain.+ Sekarang mereka datang ke sini dan 11 membalas kami dengan mengusir kami dari tanah yang telah Engkau berikan kepada kami sebagai warisan.+ 12 Ya Tuhan kami, hukumlah mereka!+ Kami tidak berdaya melawan angkatan tentera yang besar ini, dan kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan.+ Engkaulah satu-satunya harapan kami.”+

13 Pada waktu itu, semua orang Yehuda berdiri di hadapan Yehuwa bersama dengan anak isteri mereka, termasuk anak-anak mereka yang masih kecil.

14 Lalu kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Yahaziel anak Zakharia yang berada di tengah-tengah orang ramai itu. (Zakharia ialah anak Benaya, Benaya ialah anak Yeiel, dan Yeiel ialah anak Matania, seorang Lewi daripada keturunan Asaf.) 15 Yahaziel pun berkata, “Hai semua orang Yehuda, penduduk Yerusalem, dan Raja Yehosafat, dengarlah! Inilah firman Yehuwa: ‘Janganlah takut atau gentar semasa kamu menghadapi angkatan tentera yang besar ini, kerana yang bertempur bukan kamu, tetapi Tuhan.+ 16 Esok seranglah mereka. Mereka akan mengikut laluan di Ziz, dan kamu akan menemui mereka di hujung lembah* yang berdekatan padang belantara Yeruel. 17 Kamu tidak perlu bertempur. Ambillah tempat kamu masing-masing, berdirilah dengan tegak,+ dan lihatlah bagaimana Yehuwa menyelamatkan kamu.+ Wahai Yehuda dan Yerusalem, janganlah takut atau gentar!+ Hadapilah musuh kamu esok, dan Yehuwa akan menyertai kamu.’”+

18 Yehosafat segera bersujud ke tanah, dan semua penduduk Yehuda dan Yerusalem juga bersujud di hadapan Yehuwa untuk menyembah Yehuwa. 19 Kemudian orang Lewi daripada keturunan Kehat+ dan Korah berdiri lalu memuji Yehuwa, Tuhan orang Israel, dengan suara yang lantang.+

20 Keesokan paginya, mereka semua bangun awal dan pergi ke padang belantara di Tekoa.+ Semasa mereka bertolak, Yehosafat berdiri dan berkata, “Wahai orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, dengarlah kata-kata beta! Berimanlah kepada Yehuwa, Tuhan kamu, supaya kamu dapat berdiri teguh.* Percayalah kepada nabi-nabi-Nya,+ dan kamu akan meraih kemenangan.”

21 Selepas Yehosafat berunding dengan rakyat, dia melantik beberapa orang untuk bernyanyi+ kepada Yehuwa dan memuji-Nya. Para penyanyi itu perlu memakai pakaian suci dan berjalan di hadapan tentera sambil menyanyi, “Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana kasih setia-Nya kekal abadi.”+

22 Apabila mereka mula menyanyikan lagu pujian dengan sukacita, Yehuwa mengaturkan supaya serangan hendap dilancarkan ke atas tentera Ammon, tentera Moab, dan tentera dari kawasan pergunungan Seir, yang hendak menyerang Yehuda. Musuh-musuh itu pun membunuh satu sama lain.+ 23 Mula-mula, tentera Ammon dan Moab bergabung untuk menyerang tentera dari kawasan pergunungan Seir+ dan membunuh mereka. Selepas tentera Seir dikalahkan, mereka pula membunuh satu sama lain.+

24 Apabila orang Yehuda sampai di menara pengawal yang terletak di padang belantara,+ mereka memandang ke arah musuh dan nampak banyak mayat bergelimpangan di atas tanah.+ Tiada seorang pun daripada tentera musuh yang masih hidup. 25 Oleh itu, Yehosafat dan tenteranya pergi mengambil harta musuh mereka. Mereka mendapati ada banyak bekalan, pakaian, dan barang-barang berharga di situ. Hasil jarahan itu lebih banyak daripada apa yang dapat dibawa oleh mereka.+ Mereka mengambil masa tiga hari untuk mengangkut semuanya kerana terdapat begitu banyak barang jarahan. 26 Pada hari keempat, mereka berkumpul di Lembah* Berakha dan memuji* Yehuwa di situ. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Lembah Berakha*+ sehingga hari ini.

27 Kemudian Yehosafat memimpin semua tentera Yerusalem dan Yehuda kembali ke Yerusalem. Mereka bersukacita kerana Yehuwa telah mengalahkan musuh mereka.+ 28 Mereka masuk ke Yerusalem dan pergi ke Rumah Yehuwa+ sambil diiringi bunyi kecapi,+ trompet,+ dan alat-alat muzik bertali. 29 Yehuwa membuat semua kerajaan yang lain berasa takut apabila mereka mendengar bahawa Dia telah mengalahkan musuh orang Israel.+ 30 Maka seluruh kerajaan Yehosafat aman kerana Tuhan memberinya kedamaian.+

31 Yehosafat terus memerintah Yehuda. Dia berusia 35 tahun semasa dia menjadi raja. Dia memerintah di Yerusalem selama 25 tahun. Ibunya ialah Azubah, anak perempuan Silhi.+ 32 Yehosafat tidak menyimpang dan terus mengikut jejak bapanya Asa.+ Dia melakukan apa yang benar di mata Yehuwa.+ 33 Tetapi dia tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat,+ dan rakyat belum bertekad dalam hati mereka untuk menyembah Tuhan nenek moyang mereka.+

34 Berkenaan kisah hidup Yehosafat yang lain, iaitu kisah hidupnya dari mula sampai akhir, semuanya tertulis dalam catatan Yehu+ anak Hanani,+ yang dimasukkan dalam Buku Raja-Raja Israel. 35 Selepas itu, Raja Yehosafat dari Yehuda berpakat dengan seorang raja yang jahat, iaitu Raja Ahazia dari Israel.+ 36 Mereka bekerjasama untuk membina kapal-kapal yang akan belayar ke Tarsis.+ Kapal-kapal itu dibina di Ezion-geber.+ 37 Tetapi Eliezer anak Dodavahu dari Maresa bernubuat tentang perkara buruk yang akan menimpa Yehosafat. Dia berkata, “Oleh sebab tuanku telah membuat pakatan dengan Ahazia, Yehuwa akan menggagalkan segala usaha tuanku.”+ Maka kapal-kapal yang telah dibina itu musnah,+ dan mereka tidak dapat belayar ke Tarsis.

21 Yehosafat meninggal lalu dikebumikan bersama nenek moyangnya di Kota Daud. Anak lelakinya yang bernama Yehoram menggantikannya sebagai raja.+ 2 Anak lelaki Yehosafat yang lain ialah Azarya, Yehiel, Zakharia, Azarya, Mikhael, dan Shefatiya. Mereka semua ialah anak lelaki Raja Yehosafat dan adik-adik lelaki Yehoram. 3 Bapa mereka telah memberikan banyak perak, emas, dan barangan berharga serta kota-kota berkubu di Yehuda kepada mereka.+ Tetapi bapa mereka melantik Yehoram menjadi raja+ kerana dia ialah anak sulungnya.

4 Apabila Yehoram mewarisi kerajaan bapanya, dia mengukuhkan kedudukannya. Dia membunuh semua adik lelakinya+ dan beberapa orang pegawai Israel dengan pedang. 5 Dia berumur 32 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama lapan tahun.+ 6 Oleh sebab dia mengahwini anak perempuan Ahab,+ dia mengikut jejak raja-raja Israel,+ seperti yang dilakukan oleh keluarga Ahab. Ya, Yehoram terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa. 7 Tetapi Yehuwa tidak ingin memusnahkan keturunan Daud. Hal ini demikian kerana Dia telah membuat perjanjian dengan Daud+ dan berjanji bahawa Daud akan sentiasa mempunyai seorang keturunan yang menjadi raja.*+

8 Pada zaman pemerintahan Yehoram, orang Edom memberontak terhadap Yehuda+ dan menabalkan raja sendiri.+ 9 Maka Yehoram dan ketua-ketua tenteranya pergi ke Edom dengan semua kereta kudanya. Pada waktu malam, Yehoram bangkit dan mengalahkan orang Edom yang telah mengepungnya dan ketua-ketua pasukan kereta kudanya. 10 Namun demikian, Edom tetap memberontak terhadap Yehuda sampai hari ini. Pada masa itu juga, Libna+ memberontak terhadap Yehoram kerana dia telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan nenek moyangnya.+ 11 Dia bahkan mendirikan tempat-tempat ibadat+ di pergunungan Yehuda dan menyebabkan penduduk Yerusalem tidak setia kepada Tuhan.* Dia telah menyesatkan orang Yehuda.

12 Kemudian Nabi Elia+ menulis surat kepada Yehoram. Surat itu berbunyi, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Daud, nenek moyang tuanku: ‘Engkau tidak mengikut haluan bapamu Yehosafat+ ataupun haluan Asa,+ raja Yehuda. 13 Sebaliknya engkau mengikut haluan raja-raja Israel+ dan menyebabkan Yehuda dan penduduk Yerusalem tidak setia kepada Tuhan,*+ sebagaimana keluarga Ahab tidak setia kepada Tuhan.+ Engkau bahkan membunuh adik-adik lelakimu.+ Ya, engkau membunuh ahli keluargamu yang lebih baik daripadamu. 14 Oleh itu, Yehuwa akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat atas rakyatmu dan anak isterimu serta membinasakan semua harta milikmu. 15 Engkau akan mendapat banyak penyakit, termasuk penyakit usus. Penyakit ususmu akan bertambah teruk hari demi hari sehingga ususmu terkeluar.’”

16 Kemudian Yehuwa menyebabkan*+ orang Filistin+ dan orang Arab+ yang tinggal dekat dengan orang Etiopia* untuk datang menyerang Yehoram. 17 Mereka pun menyerbu Yehuda dan menyerang penduduknya. Mereka merampas semua harta di dalam istana.+ Selain itu, mereka menawan semua anak isteri Yehoram, kecuali Yehoahas,*+ anak bongsunya. 18 Setelah semua ini berlaku, Yehuwa menyebabkan Yehoram mendapat penyakit usus yang tidak dapat diubati.+ 19 Beberapa lama kemudian, iaitu selepas dua tahun berlalu, penyakit Yehoram begitu parah sehingga ususnya terkeluar. Dia menderita dengan sangat teruk, dan akhirnya mati. Rakyat tidak menyalakan unggun api untuk menghormatinya, sebagaimana yang telah dilakukan bagi nenek moyangnya.+ 20 Yehoram berusia 32 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama lapan tahun. Tiada seorang pun yang berasa sedih ketika dia meninggal. Dia dikebumikan di Kota Daud,+ tetapi bukan di makam diraja.+

22 Penduduk Yerusalem telah menabalkan Ahazia sebagai raja untuk menggantikan bapanya meskipun dia ialah anak bongsu. Hal ini demikian kerana kumpulan perompak yang datang bersama orang Arab untuk menyerang perkhemahan Yehuda telah membunuh semua abang Ahazia.+ Demikianlah Ahazia anak Yehoram menjadi raja Yehuda.+ 2 Ahazia berumur 22 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama setahun. Ibunya ialah Atalya,+ cucu* Omri.+

3 Ahazia mengikut jejak keluarga Ahab+ kerana ibunya memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan hal-hal yang jahat. 4 Selepas bapanya meninggal, keluarga Ahab menjadi penasihatnya. Seperti mereka, dia sentiasa melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, dan hal itu membinasakannya. 5 Dia mendengar nasihat mereka dan pergi bersama Yehoram anak Ahab ke Ramot-gilead untuk melawan Raja Hazael+ dari Siria.+ Di situlah, para pemanah mencederakan Yehoram. 6 Memandangkan Yehoram tercedera di Rama semasa dia melawan Raja Hazael dari Siria,+ dia telah kembali ke Yizreel+ supaya luka-lukanya sembuh.

Maka Ahazia* anak Yehoram,+ raja Yehuda, telah pergi ke Yizreel untuk melawat Yehoram+ anak Ahab yang tercedera.*+ 7 Tuhan telah menentukan bahawa Ahazia akan dibunuh semasa dia melawat Yehoram. Semasa Ahazia tiba, dia dan Yehoram pergi berjumpa dengan Yehu,+ cucu* Nimsi, yang telah dipilih oleh Yehuwa untuk membinasakan seisi rumah Ahab.+ 8 Apabila Yehu menjalankan hukuman Tuhan atas seisi rumah Ahab, dia bertemu dengan para pemimpin Yehuda dan beberapa orang anak saudara Ahazia yang berkhidmat kepada Ahazia. Yehu pun membunuh mereka semua.+ 9 Kemudian dia menyuruh orang untuk mencari Ahazia. Mereka menjumpai Ahazia sedang bersembunyi di Samaria. Dia ditangkap dan dibawa kepada Yehu lalu dibunuh. Setelah itu, Ahazia dikebumikan+ kerana mereka berkata, “Dialah cucu kepada Yehosafat yang telah menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati.”+ Tiada sesiapa dalam keluarga Ahazia yang dapat menggantikannya sebagai raja.

10 Apabila Atalya,+ iaitu ibu Ahazia, mengetahui bahawa anak lelakinya telah mati, dia membunuh semua kerabat diraja Yehuda.+ 11 Tetapi Yehosyabet, iaitu anak perempuan Raja Yehoram,+ telah menyelamatkan Yehoas+ anak Ahazia daripada kalangan anak-anak raja lain yang bakal dibunuh. Dia menyembunyikan Yehoas dan pengasuhnya di dalam sebuah bilik tidur. Oleh itu, Atalya tidak dapat mencari Yehoas dan membunuhnya.+ (Yehosyabet ialah isteri kepada Imam Yehoyada+ dan kakak kepada Ahazia.) 12 Selama enam tahun, Yehoas bersembunyi di rumah Tuhan yang benar sementara Atalya memerintah negeri Yehuda.

23 Pada tahun ketujuh, Yehoyada bertindak dengan berani. Dia membuat perjanjian dengan ketua-ketua atas 100 orang.+ Ketua-ketua itu ialah Azarya anak Yeroham, Ismael anak Yehohanan, Azarya anak Obed, Maaseya anak Adaya, dan Elisafat anak Zikhri. 2 Kemudian mereka menjelajahi seluruh Yehuda untuk mengumpulkan ketua-ketua puak Israel dan orang Lewi+ dari semua kota Yehuda. Apabila mereka tiba di Yerusalem, 3 mereka membuat perjanjian+ dengan Raja Yehoas di rumah Tuhan yang benar. Selepas itu, Yehoyada berkata kepada mereka,

“Anak raja pasti akan memerintah, seperti yang telah dijanjikan oleh Yehuwa tentang keturunan Daud.+ 4 Inilah apa yang harus kamu lakukan: Kumpulkanlah para imam dan orang Lewi yang bertugas+ pada hari Sabat, dan bahagikan mereka kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan akan menjadi penjaga pintu,+ 5 satu kumpulan akan mengawal istana,+ dan satu kumpulan lagi akan mengawal Pintu Gerbang Dasar. Semua rakyat akan berada di halaman Rumah Yehuwa.+ 6 Jangan benarkan sesiapa pun untuk masuk ke dalam Rumah Yehuwa, kecuali para imam dan orang Lewi yang sedang bertugas.+ Mereka dibenarkan masuk kerana mereka telah disucikan. Semua rakyat mesti menunaikan kewajipan mereka kepada Yehuwa. 7 Orang Lewi harus memegang senjata dan melindungi raja dari setiap penjuru. Sesiapa yang mencuba masuk ke dalam Rumah Tuhan harus dibunuh. Iringilah raja ke mana sahaja baginda pergi.”

8 Orang Lewi dan semua orang Yehuda melakukan segala yang diperintahkan oleh Imam Yehoyada. Maka setiap orang mengumpulkan anak buah mereka, baik yang bertugas pada hari Sabat mahupun yang tidak bertugas pada hari Sabat,+ kerana Imam Yehoyada mahu mereka semua untuk terus bertugas.+ 9 Selepas itu, Imam Yehoyada memberi ketua-ketua atas 100 orang+ tombak, perisai kecil,* dan perisai berbentuk bulat milik Raja Daud,+ yang disimpan di rumah Tuhan yang benar.+ 10 Setiap orang memegang senjata dan ditugaskan ke tempat masing-masing. Mereka berkawal di sekeliling raja, dari sebelah kiri Rumah Tuhan sampai ke sebelah kanan, di sisi mazbah dan di sisi Rumah Tuhan. 11 Kemudian mereka membawa anak raja+ keluar lalu mengenakan mahkota padanya dan meletakkan gulungan yang mengandungi Hukum Tuhan di atas kepalanya.+ Yehoyada dan anak-anak lelakinya mengurapi anak itu dan menabalkannya sebagai raja. Setelah itu, mereka bersorak, “Daulat tuanku!”+

12 Apabila Atalya mendengar orang sedang berlari dan bersorak-sorai sambil memuji raja, dia segera pergi ke Rumah Yehuwa, ke tempat mereka berkumpul.+ 13 Dia nampak raja sedang berdiri di sisi tiang dekat pintu masuk. Para pemimpin+ dan peniup trompet ada bersama dengan raja. Semua orang bersukacita+ dan meniup trompet. Para penyanyi sedang memimpin nyanyian pujian dengan alat-alat muzik mereka. Maka Atalya mengoyakkan jubahnya dan berteriak, “Pengkhianat! Pengkhianat!” 14 Imam Yehoyada memanggil ketua-ketua atas 100 orang (iaitu ketua-ketua angkatan tentera) dan berkata, “Bawalah Atalya keluar dari barisan pengawal, dan sesiapa yang mengikutnya haruslah dibunuh dengan pedang!” Hal ini demikian kerana Yehoyada pernah berkata, “Jangan bunuh Atalya di Rumah Yehuwa.” 15 Maka mereka menangkap Atalya dan membawanya ke Pintu Gerbang Kuda di istana. Kemudian mereka serta-merta membunuhnya di situ.

16 Selepas itu, Yehoyada membuat perjanjian antara dirinya dengan raja dan dengan semua rakyat bahawa mereka akan terus menjadi umat Yehuwa.+ 17 Kemudian semua rakyat pergi ke kuil Baal dan merobohkannya.+ Mereka menghancurkan mazbah-mazbahnya dan patung-patung berhalanya.+ Mereka juga membunuh Matan, iaitu imam Baal,+ di depan mazbah-mazbah itu. 18 Seterusnya Yehoyada melantik para imam dan orang Lewi untuk menguruskan Rumah Yehuwa, menurut pembahagian kumpulan yang telah ditetapkan oleh Daud. Mereka harus bertugas di Rumah Yehuwa dan mempersembahkan korban bakar kepada Yehuwa,+ selaras dengan apa yang tertulis dalam Hukum Musa.+ Mereka juga harus menyanyikan lagu dengan sukacita, seperti yang telah ditetapkan oleh Daud. 19 Selain itu, Yehoyada menempatkan para pengawal di pintu-pintu+ Rumah Yehuwa supaya tiada orang yang najis dapat masuk ke rumah itu. 20 Dia juga menyuruh ketua-ketua atas 100 orang,+ orang bangsawan, para pemimpin, dan semua rakyat pergi bersamanya untuk mengiringi raja yang keluar dari Rumah Yehuwa. Mereka mengikut jalan yang melalui Pintu Gerbang Atas lalu tiba di istana. Kemudian, Yehoas duduk di atas takhta raja.+ 21 Seluruh rakyat bersukacita, dan kota itu pun aman damai kerana Atalya telah dibunuh dengan pedang.

24 Yehoas menjadi raja ketika dia berumur tujuh tahun,+ dan dia memerintah selama 40 tahun di Yerusalem. Ibunya ialah Zibya yang berasal dari Beer-syeba.+ 2 Selama Imam Yehoyada masih hidup, Yehoas melakukan apa yang benar di mata Yehuwa.+ 3 Yehoyada memilih dua orang isteri untuk Yehoas, dan Yehoas mendapat anak-anak lelaki dan perempuan.

4 Beberapa lama kemudian, Yehoas berhasrat untuk memperbaiki Rumah Yehuwa.+ 5 Maka dia mengumpulkan para imam dan orang Lewi lalu berkata, “Pergilah ke kota-kota Yehuda dan kumpulkanlah wang daripada semua orang Israel untuk membaiki Rumah Tuhan+ setiap tahun. Bertindaklah dengan segera.” Tetapi orang Lewi masih berlengah-lengah.+ 6 Oleh itu, raja memanggil Ketua Imam Yehoyada dan berkata kepadanya,+ “Mengapakah kamu tidak menyuruh orang Lewi untuk mengumpulkan cukai suci dari Yehuda dan Yerusalem? Cukai suci ini telah diwajibkan oleh Musa,+ hamba Yehuwa. Orang Israel haruslah membayar cukai ini untuk khemah suci.+ 7 Selain itu, anak-anak Atalya,+ perempuan yang zalim itu, telah menceroboh masuk ke dalam rumah Tuhan yang benar+ dan menggunakan semua perkakas suci di Rumah Yehuwa untuk menyembah Baal.” 8 Kemudian raja memberikan perintah agar sebuah peti+ dibuat dan diletakkan di luar pintu gerbang Rumah Yehuwa.+ 9 Dia juga menyuruh semua orang di Yehuda dan Yerusalem untuk membawa cukai suci kepada Yehuwa.+ Cukai ini telah diwajibkan oleh Musa, hamba Tuhan yang benar, semasa orang Israel berada di padang belantara dahulu. 10 Semua pemimpin dan rakyat bersukacita,+ lalu mereka membawa sumbangan mereka dan memasukkannya ke dalam peti sumbangan sehingga peti itu penuh.*

11 Apabila orang Lewi nampak bahawa peti itu sudah penuh dengan wang, mereka akan membawa peti itu kepada raja. Kemudian setiausaha raja dan pembantu imam agung akan mengeluarkan wang yang ada di dalam peti itu+ lalu mengembalikan peti itu ke tempatnya. Itulah yang dilakukan oleh mereka setiap hari dan mereka telah mengumpulkan banyak wang. 12 Raja Yehoas dan Yehoyada akan memberikan wang itu kepada para penyelia yang mengawasi kerja-kerja di Rumah Yehuwa. Mereka akan mengupah pemotong batu dan tukang-tukang lain untuk memperbaiki Rumah Yehuwa.+ Mereka juga mengupah tukang besi dan tembaga untuk membaiki Rumah Yehuwa. 13 Maka para penyelia itu pun mula bekerja, dan kerja pembaikan berjalan dengan lancar di bawah pengawasan mereka. Hasilnya rumah Tuhan yang benar diperkukuh dan dipulihkan sehingga menjadi baik seperti dahulu. 14 Sebaik sahaja kerja pembaikan selesai, mereka memberikan lebihan wang kepada raja dan Yehoyada. Wang itu digunakan untuk membuat perkakas bagi Rumah Yehuwa, cawan-cawan, perkakas bagi kerja suci, perkakas yang digunakan untuk mempersembahkan korban, dan perkakas emas dan perak.+ Selama Yehoyada masih hidup, korban bakar+ sentiasa dipersembahkan di Rumah Yehuwa.

15 Yehoyada menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 130 tahun. Dia telah menikmati umur yang panjang dan puas hati dengan kehidupannya. 16 Dia dikebumikan di Kota Daud bersama raja-raja+ kerana jasa baiknya terhadap orang Israel,+ terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan Tuhan yang benar dan Rumah-Nya.

17 Selepas Yehoyada meninggal, para pemimpin Yehuda menghadap Raja Yehoas dan bersujud kepadanya. Raja pun mendengarkan mereka. 18 Mereka mengabaikan Rumah Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, dan mula menyembah tiang-tiang suci* dan patung berhala. Maka Tuhan murka terhadap Yehuda dan Yerusalem kerana dosa mereka itu. 19 Yehuwa selalu mengutus nabi-nabi untuk memberikan amaran kepada mereka agar mereka kembali kepada-Nya. Tetapi mereka tidak mahu mendengar.+

20 Zakharia, iaitu anak Imam Yehoyada,+ dipenuhi kuasa suci Tuhan. Maka dia berdiri di tempat yang tinggi dan berkata kepada orang ramai, “Tuhan yang benar telah berfirman, ‘Mengapakah kamu melanggar perintah Yehuwa dan mencelakakan diri sendiri? Kamu telah meninggalkan Yehuwa, maka Dia akan meninggalkan kamu juga.’”+ 21 Tetapi mereka berpakat untuk menentang Zakharia.+ Atas perintah raja, mereka merejamnya dengan batu di halaman Rumah Yehuwa.+ 22 Raja Yehoas melupakan kasih setia yang ditunjukkan oleh Yehoyada, bapa Zakharia. Pada saat kematiannya, Zakharia berseru, “Semoga Yehuwa menghukum tuanku atas perbuatan tuanku!”+

23 Pada awal tahun, tentera Siria datang melawan Yehoas. Mereka menyerang Yehuda dan Yerusalem.+ Kemudian mereka membunuh semua pemimpin+ dan menghantar barang jarahan kepada raja Damsyik. 24 Pada waktu itu, tentera Yehuda sangat besar dan hanya sekumpulan kecil askar Siria datang untuk menyerang Yehuda. Meskipun begitu, Yehuwa memberikan kemenangan kepada Siria.+ Hal ini demikian kerana orang Yehuda telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka. Ya, tentera Siria telah menghukum Yehoas. 25 Semasa tentera Siria berundur dari sana, Yehoas berada dalam keadaan yang tenat.* Kemudian para pegawai Yehoas berpakat untuk membunuhnya kerana dia telah membunuh anak-anak* Imam Yehoyada.+ Mereka membunuh Yehoas di tempat tidurnya.+ Kemudian mereka mengebumikannya di Kota Daud,+ tetapi mereka tidak mengebumikannya di makam diraja.+

26 Orang yang berpakat+ untuk menentang Yehoas ialah Zabad dan Yehozabad. (Ibu Zabad ialah Simeat, orang Ammon, dan ibu Yehozabad ialah Simrit, orang Moab.) 27 Kisah tentang anak-anak Yehoas dan kutukan yang diterimanya+ serta bagaimana dia memperbaiki rumah Tuhan yang benar,+ semuanya dicatatkan dalam ulasan* Buku Raja-Raja. Amazia, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.

25 Amazia berumur 25 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 29 tahun. Ibunya ialah Yehoadan dari Yerusalem.+ 2 Dia terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa, tetapi dia tidak berbuat demikian dengan sepenuh hati. 3 Sebaik sahaja pemerintahannya kukuh, dia membunuh para pegawai yang telah membunuh bapanya, iaitu raja yang memerintah sebelumnya.+ 4 Tetapi dia tidak membunuh anak-anak mereka. Perbuatannya ini selaras dengan perintah Yehuwa yang tercatat dalam Hukum Musa: “Bapa tidak patut mati kerana dosa anak, dan anak tidak patut mati kerana dosa bapa. Setiap orang harus mati kerana dosa sendiri.”+

5 Amazia memanggil orang Yehuda dan menyuruh mereka berkumpul menurut puak masing-masing di bawah pimpinan ketua-ketua atas 1,000 orang dan ketua-ketua atas 100 orang. Dia berbuat demikian bagi semua orang Yehuda dan Benyamin.+ Semasa dia mendaftarkan mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas,+ dia mendapati bahawa dia mempunyai 300,000 orang pahlawan terlatih yang dapat berperang dan pandai menggunakan tombak dan perisai besar. 6 Selain itu, dia membayar 3,420 kilogram* perak untuk mengupah 100,000 orang pahlawan yang gagah dari Israel. 7 Tetapi nabi Tuhan yang benar menghadapnya dan berkata, “Tuanku, janganlah bawa askar-askar Israel semasa tuanku pergi berperang kerana Yehuwa tidak menyertai orang Israel.+ Dia tidak memihak kepada mana-mana orang Efraim. 8 Sebaliknya, pergilah ke medan pertempuran tanpa askar-askar Israel. Tuanku haruslah bertindak dengan berani. Tuhan berkuasa dan dapat membantu tuanku.+ Tetapi jika tuanku bergantung pada Israel, Tuhan yang benar akan menyerahkan tuanku ke dalam tangan musuh.” 9 Amazia berkata kepada nabi Tuhan yang benar, “Tetapi bagaimana pula dengan 3,420 kilogram perak yang telah beta berikan kepada tentera Israel?” Nabi itu menjawab, “Yehuwa dapat memberikan lebih daripada itu kepada tuanku.”+ 10 Oleh itu, Amazia menyuruh pasukan tentera dari Efraim itu untuk pulang. Mereka pun pulang tetapi mereka berasa sangat marah dengan orang Yehuda.

11 Kemudian Amazia memberanikan diri dan memimpin pasukan tenteranya ke Lembah Garam.+ Dia membunuh 10,000 orang askar Seir,+ 12 dan tenteranya menangkap sebanyak 10,000 orang lagi. Tawanan-tawanan itu dibawa ke tebing curam lalu dicampakkan ke bawah sehingga tubuh mereka hancur. 13 Sementara itu, pasukan tentera yang disuruh pulang oleh Amazia dan yang tidak dibenarkan berperang+ telah menjarah kota-kota Yehuda, dari Samaria+ sampai ke Bet-horon.+ Mereka merampas banyak harta benda dan membunuh seramai 3,000 orang.

14 Selepas Amazia membunuh orang Edom, dia pulang sambil membawa patung-patung berhala orang Seir. Dia mula sujud menyembah patung-patung itu,+ dan membakar korban kepada patung-patung itu sehingga asap naik. 15 Perbuatan Amazia membuat Yehuwa murka, lalu Tuhan mengutus seorang nabi kepadanya. Nabi itu berkata, “Mengapakah tuanku menyembah dewa dewi bangsa asing yang tidak dapat menyelamatkan umat mereka daripada tangan tuanku?”+ 16 Semasa nabi itu masih bercakap, raja mencelah dan berkata, “Diam!+ Sejak bilakah beta melantik kamu untuk menjadi penasihat beta?+ Kamu akan dibunuh jika kamu terus bercakap!” Nabi itu pun berdiam, tetapi sebelum dia beredar, dia berkata, “Tuanku menyembah patung-patung berhala dan tidak mengendahkan kata-kata hamba. Oleh itu, Tuhan telah membuat keputusan untuk membinasakan tuanku.”+

17 Selepas Raja Amazia dari Yehuda berunding dengan para penasihatnya, dia menghantar utusan kepada Yehoas anak Yehoahas, cucu Yehu, iaitu raja Israel. Katanya, “Marilah kita bersemuka* di medan perang.”+ 18 Raja Yehoas dari Israel membalas pesanan Raja Amazia dari Yehuda dengan berkata, “Semak berduri di Lebanon mengirim pesanan kepada pokok sedar di Lebanon, ‘Benarkanlah anak lelakiku mengahwini anak perempuanmu.’ Tetapi seekor binatang buas di Lebanon lalu di sana dan menginjak-injak semak berduri itu. 19 Tuanku berkata, ‘Beta* telah mengalahkan Edom.’+ Itulah sebabnya tuanku menjadi angkuh, dan tuanku ingin dimuliakan. Tetapi lebih baik tuanku tinggal di istana saja. Mengapakah tuanku mencari nahas dan mendatangkan bencana kepada diri tuanku dan negeri Yehuda?”

20 Tetapi Amazia tidak mempedulikan pesanannya+ kerana Tuhan yang benar telah menyebabkan hal ini terjadi. Dia ingin menyerahkan mereka ke dalam tangan musuh+ kerana mereka telah menyembah dewa dewi orang Edom.+ 21 Maka Raja Yehoas dari Israel pergi bersemuka dengan Raja Amazia dari Yehuda. Mereka berperang di Bet-semes,+ yang terletak di Yehuda. 22 Yehuda dikalahkan oleh Israel, dan semua orang melarikan diri ke rumah* masing-masing. 23 Di Bet-semes, Raja Yehoas dari Israel menangkap Raja Amazia anak Yehoas, cucu Yehoahas.* Kemudian Yehoas membawa Amazia ke Yerusalem. Yehoas merobohkan tembok Yerusalem bermula dari Pintu Gerbang Efraim+ sampai ke Pintu Gerbang Sudut,+ iaitu kira-kira 178 meter* panjang. 24 Dia mengambil semua emas, perak, dan perkakas yang ditemuinya di tempat penyimpanan harta istana, dan di rumah Tuhan yang benar di bawah jagaan Obed-edom,+ lalu dia kembali ke Samaria. Dia juga membawa beberapa orang tebusan bersamanya.

25 Amazia+ anak Yehoas, iaitu raja Yehuda, hidup 15 tahun lagi selepas kematian Yehoas+ anak Yehoahas, raja Israel.+ 26 Kisah hidup Amazia yang lain, dari mula sampai akhir, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Yehuda dan Israel. 27 Sejak Amazia menyimpang dan tidak mengikut Yehuwa, beberapa orang di Yerusalem berkomplot+ untuk menentangnya. Maka dia melarikan diri ke Lakhis, tetapi mereka menyuruh orang untuk mengejarnya ke Lakhis dan membunuhnya di sana. 28 Kemudian mereka membawa mayatnya dengan kuda dan mengebumikannya bersama nenek moyangnya di kota Yehuda.

26 Selepas itu, rakyat Yehuda menabalkan Uzia+ sebagai raja untuk menggantikan bapanya Amazia.+ Pada masa itu, Uzia berusia 16 tahun. 2 Selepas raja* dikebumikan, Uzia membina semula kota Elot+ dan menjadikannya sebahagian daripada kawasan pemerintahan Yehuda.+ 3 Uzia+ berusia 16 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 52 tahun. Ibunya ialah Yekolia dari Yerusalem.+ 4 Dia terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa, seperti bapanya Amazia.+ 5 Zakharia mengajarnya untuk takut kepada Tuhan yang benar. Selama Zakharia masih hidup, Uzia menyembah Tuhan. Sepanjang masa dia menyembah Yehuwa, dia hidup makmur.+

6 Dia melawan orang Filistin+ dan berjaya menembusi tembok kota Gat,+ kota Yabne,+ dan kota Asdod.+ Kemudian dia membina kota-kota lain dekat Asdod dan di kawasan orang Filistin. 7 Tuhan yang benar terus membantu Uzia mengalahkan orang Filistin, orang Arab+ yang tinggal di Gurbaal, dan orang Meunim. 8 Orang Ammon+ mula membayar ufti kepada Uzia, dan dia menjadi begitu berkuasa dan terkenal sehingga kemasyhurannya tersebar ke Mesir. 9 Selain itu, Uzia mendirikan menara+ di Yerusalem, dekat Pintu Gerbang Sudut,+ Pintu Gerbang Lembah,+ dan Tiang Penyokong. Dia juga menguatkan menara-menara itu. 10 Seterusnya dia mendirikan menara-menara+ di padang belantara dan menggali banyak perigi* (kerana dia mempunyai banyak sekali ternakan). Dia juga berbuat demikian di Syefela dan di kawasan dataran.* Dia menyukai pertanian, maka dia mengupah banyak petani dan penjaga ladang anggur di kawasan pergunungan dan di Karmel.

11 Uzia mempunyai angkatan tentera besar yang bersenjata. Mereka akan keluar berperang menurut kumpulan masing-masing. Yeiel, seorang setiausaha,+ dan Maaseya, seorang pegawai, menghitung dan mencatatkan bilangan askar-askar itu.+ Hal itu dilakukan di bawah arahan Hanania, seorang pegawai raja. 12 Dalam kalangan pahlawan yang gagah itu, terdapat 2,600 orang ketua puak. 13 Ketua-ketua ini memimpin 307,500 orang askar yang gagah. Askar-askar ini pandai berperang dan membantu raja melawan musuh.+ 14 Uzia melengkapi seluruh angkatan tenteranya dengan perisai, tombak,+ topi besi, baju zirah,+ busur, dan batu lontar.+ 15 Selain itu, dia membuat mesin-mesin perang yang direka oleh para juruteranya di Yerusalem. Mesin-mesin ini dapat melepaskan anak panah dan menghumban batu besar dari atas menara+ dan penjuru tembok. Demikianlah kemasyhuran Raja Uzia tersebar luas, dan dia menjadi sangat berkuasa kerana dia mendapat pertolongan daripada Tuhan.

16 Selepas Uzia menjadi berkuasa, dia menjadi angkuh. Keangkuhannya menyebabkan kejatuhannya. Dia bertindak tidak setia kepada Yehuwa, Tuhannya, dengan memasuki Rumah Yehuwa untuk membakar kemenyan di mazbah kemenyan.+ 17 Imam Azarya bersama 80 orang imam Yehuwa yang berani segera menyusuli Uzia 18 dan mencuba menghalangnya. Mereka berkata, “Tuanku Uzia! Tuanku tidak berhak membakar kemenyan kepada Yehuwa!+ Hanya para imam yang boleh berbuat demikian kerana mereka ialah keturunan Harun+ yang telah disucikan. Tinggalkanlah tempat suci ini. Tuanku telah bertindak tidak setia kepada Tuhan, dan tuanku tidak akan memperoleh penghormatan daripada Tuhan Yehuwa kerana hal ini.”

19 Pada waktu itu, Uzia sedang memegang bekas perbaraan dan ingin membakar kemenyan. Dia menjadi marah,+ dan semasa dia marah terhadap imam-imam itu, penyakit kusta+ timbul pada dahinya. Hal ini terjadi di hadapan para imam, dekat mazbah kemenyan di dalam Rumah Yehuwa. 20 Ketua Imam Azarya dan semua imam melihat Uzia dan nampak penyakit kusta timbul pada dahinya. Maka mereka segera mendesaknya keluar dari situ. Dia keluar dengan tergesa-gesa kerana Yehuwa telah menghukumnya.

21 Raja Uzia menderita penyakit kusta sehingga akhir hayatnya. Dia tinggal di rumah yang berlainan+ dan dia tidak lagi dibenarkan untuk pergi ke Rumah Yehuwa. Sementara itu, anak lelakinya Yotam mengurus istana dan mengadili rakyat.+

22 Berkenaan kisah hidup Uzia yang lain, iaitu kisah hidupnya dari mula sampai akhir, semuanya dicatatkan oleh Nabi Yesaya+ anak Amoz. 23 Uzia meninggal lalu dikebumikan bersama nenek moyangnya. Oleh sebab dia menghidap penyakit kusta, dia dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan makam diraja. Kemudian, anak lelakinya Yotam+ menggantikannya sebagai raja.

27 Yotam+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Ibunya ialah Yerusah, anak perempuan Zadok.+ 2 Yotam terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa seperti bapanya+ dan dia tidak menceroboh ke dalam Rumah Yehuwa.+ Tetapi rakyatnya terus berdosa. 3 Dia membina Pintu Gerbang Atas di Rumah Yehuwa+ dan melakukan banyak kerja pembinaan di tembok Ofel.+ 4 Dia juga membina kota-kota+ di kawasan pergunungan Yehuda+ dan mendirikan kubu+ dan menara+ di kawasan hutan. 5 Yotam berperang dengan raja Ammon+ dan mengalahkan mereka. Maka pada tahun itu, orang Ammon membayar ufti kepadanya, iaitu sebanyak 3,420 kilogram* perak, 10,000 bekas* gandum, dan 10,000 bekas barli. Mereka juga membayar ufti yang sama kepadanya pada tahun kedua dan ketiga.+ 6 Yotam bertambah kuat kerana dia bertekad untuk berjalan mengikut haluan Yehuwa, Tuhannya.

7 Berkenaan kisah hidup Yotam yang lain, iaitu kisah tentang apa yang dilakukannya dan bagaimana dia berperang, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda.+ 8 Dia berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun.+ 9 Yotam meninggal lalu dikebumikan di Kota Daud.+ Ahas, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.+

28 Ahas+ menjadi raja apabila dia berusia 20 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Dia tidak seperti nenek moyangnya Daud, yang melakukan apa yang benar di mata Yehuwa.+ 2 Dia mengikut haluan hidup raja-raja Israel,+ dan bahkan membuat patung-patung Baal daripada logam.+ 3 Dia juga membakar korban di Lembah Hinom* sehingga asap naik dan membakar anak lelakinya di dalam api.+ Dia mengikut perbuatan keji yang diamalkan oleh bangsa-bangsa+ yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel. 4 Selain itu, dia sering mempersembahkan korban dan membakarnya di tempat-tempat tinggi+ sehingga asap naik. Dia juga berbuat demikian di atas bukit, dan di bawah setiap pokok yang subur.+

5 Maka Yehuwa, Tuhannya, menyerahkannya ke dalam tangan raja Siria.+ Raja Siria mengalahkannya dan membawa banyak tawanan ke Damsyik.+ Tuhan juga menyerahkannya ke dalam tangan raja Israel, yang membunuh banyak rakyatnya. 6 Dalam satu hari sahaja, Pekah+ anak Remalia telah membunuh 120,000 orang pahlawan Yehuda yang berani. Hal ini demikian kerana orang Yehuda telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.+ 7 Zikhri, seorang pahlawan Efraim, telah membunuh anak raja, iaitu Maaseya. Dia juga membunuh Azrikam, yang mengurus istana, dan Elkana, yang memegang jawatan kedua tertinggi di bawah raja. 8 Selain itu, orang Israel menawan 200,000 orang saudara mereka dari Yehuda, termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka juga merampas banyak harta benda dan membawa semuanya ke Samaria.+

9 Seorang nabi Yehuwa yang bernama Oded berada di situ, dan dia pergi berjumpa dengan angkatan tentera yang sedang pulang ke Samaria. Dia berkata kepada mereka, “Yehuwa, Tuhan nenek moyang kamu, murka terhadap Yehuda. Itulah sebabnya Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan kamu.+ Tetapi kamu membunuh mereka dengan kemarahan yang membuak-buak. Kamu begitu keji sehingga Tuhan di syurga mendengar tentangnya. 10 Sekarang pula kamu hendak menjadikan orang Yehuda dan Yerusalem abdi kamu.+ Tetapi bukankah kamu sendiri juga berdosa di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu? 11 Maka dengarlah kata-kataku. Tawanan ini saudara-saudara kamu. Lepaskanlah mereka kerana Yehuwa sedang murka terhadap kamu.”

12 Maka ketua-ketua orang Efraim, iaitu Azarya anak Yehohanan, Berekia anak Mesilemot, Yehizkia anak Salum, dan Amasa anak Hadlai, berjumpa dengan askar-askar yang kembali dari perang 13 dan berkata, “Janganlah bawa tawanan-tawanan itu ke sini kerana kita akan berdosa terhadap Yehuwa. Adakah kamu ingin menambah dosa kita dan memperbesar kesalahan kita? Kita sudah banyak berdosa dan Tuhan sedang murka terhadap Israel.” 14 Askar-askar itu pun menyerahkan tawanan dan barang jarahan+ mereka kepada para pemimpin dan orang yang berkumpul di situ. 15 Kemudian beberapa orang yang telah dilantik membawa tawanan itu pergi. Mereka mengambil pakaian daripada barang jarahan dan memberikannya kepada tawanan yang tidak berpakaian. Tawanan-tawanan itu diberi pakaian, kasut, makanan, minuman, dan minyak untuk disapu pada badan mereka. Orang yang lemah pula dinaikkan ke atas keldai dan dibawa ke Yerikho, iaitu kota pokok palma, tempat tinggal saudara-saudara mereka. Kemudian barulah orang Israel pulang ke Samaria.

16 Pada waktu itu, Raja Ahas meminta bantuan daripada raja-raja Assyria.+ 17 Orang Edom menyerang Yehuda sekali lagi dan menawan penduduk di situ. 18 Selain itu, orang Filistin+ menjarah kota-kota di Syefela+ dan di Negeb yang terletak di Yehuda. Mereka menawan Bet-semes,+ Ayalon,+ Gederot, Sokho dan pekan-pekan di sekelilingnya, Timna+ dan pekan-pekan di sekelilingnya, dan Gimzo serta pekan-pekan di sekelilingnya. Kemudian mereka tinggal di situ. 19 Raja Ahas membiarkan orang Yehuda bertindak sesuka hati sehingga mereka langsung tidak setia kepada Yehuwa. Oleh itu, Yehuwa merendahkan Yehuda.

20 Raja Tilgat-pilneser+ dari Assyria bukan sahaja tidak menolong Ahas, malah dia datang melawan Ahas dan membawa masalah kepadanya.+ 21 Ahas telah mengambil harta dari Rumah Yehuwa, rumah para pemimpin, dan istana+ lalu memberikannya kepada raja Assyria, tetapi perbuatan Ahas itu sia-sia saja. 22 Semasa Ahas menghadapi masalah, dia melakukan lebih banyak dosa terhadap Yehuwa. 23 Dia mula mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan orang Damsyik+ yang telah mengalahkannya.+ Dia berkata, “Tuhan-tuhan raja Siria telah menolong mereka. Jika beta mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan itu, beta juga akan ditolong.”+ Tetapi perbuatan ini mencelakakan Raja Ahas dan orang Israel. 24 Selain itu, Ahas mengumpulkan semua perkakas di rumah Tuhan yang benar lalu menghancurkannya.+ Dia juga menutup pintu-pintu Rumah Yehuwa+ dan mendirikan mazbah untuk dirinya di setiap penjuru jalan di Yerusalem. 25 Di semua kota Yehuda, Ahas mendirikan tempat pemujaan tuhan-tuhan lain untuk membakar korban sehingga asap naik.+ Dia membangkitkan kemurkaan Yehuwa, Tuhan nenek moyangnya.

26 Berkenaan kisah hidup Ahas yang lain, iaitu kisah tentang apa yang dilakukannya dari mula sampai akhir, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Yehuda dan Israel.+ 27 Ahas meninggal lalu dikebumikan di kota Yerusalem. Dia tidak dikebumikan di makam raja-raja Israel.+ Anak lelakinya Hizkia menggantikannya sebagai raja.

29 Hizkia+ berumur 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 29 tahun. Nama ibunya ialah Abia, anak perempuan Zakharia.+ 2 Hizkia terus melakukan apa yang baik di mata Yehuwa,+ seperti nenek moyangnya Daud.+ 3 Pada bulan pertama, tahun pertama pemerintahannya, dia membuka semula pintu-pintu Rumah Yehuwa lalu mula memperbaikinya.+ 4 Kemudian dia menyuruh para imam dan orang Lewi untuk berkumpul di dataran yang terletak di sebelah timur. 5 Dia berkata kepada mereka, “Hai orang Lewi, dengarlah kata-kata beta. Sucikanlah diri kamu+ dan sucikanlah Rumah Yehuwa, Tuhan nenek moyang kamu. Singkirkanlah semua barang yang najis dari tempat suci ini.+ 6 Bapa kita tidak setia kepada Yehuwa, Tuhan kita.+ Mereka telah melakukan apa yang jahat di mata-Nya dan meninggalkan-Nya. Mereka tidak menghormati tempat kediaman Yehuwa dan berpaling daripada-Nya.+ 7 Mereka juga menutup pintu-pintu di anjung Rumah Tuhan+ dan memadamkan pelita-pelita di situ.+ Mereka berhenti membakar kemenyan+ dan tidak mempersembahkan korban bakar+ kepada Tuhan orang Israel di tempat suci. 8 Maka Yehuwa murka terhadap Yehuda dan Yerusalem.+ Dia membuat sesiapa yang nampak mereka menjadi takut dan tercengang lalu mengejek mereka.* Mata kamu sendiri telah menyaksikan hal ini.+ 9 Itulah sebabnya nenek moyang kita dibunuh dengan pedang+ dan anak isteri kita ditawan.+ 10 Sekarang beta berhasrat untuk membuat perjanjian dengan Yehuwa, Tuhan orang Israel,+ supaya Dia tidak lagi murka terhadap kita. 11 Anak-anakku, sekarang bukanlah masanya untuk berlengah-lengah.* Yehuwa telah memilih kamu semua untuk berdiri di hadapan-Nya, berkhidmat kepada-Nya,+ dan membakar korban kepada-Nya sehingga asap naik.”+

12 Orang Lewi yang berikut pun berdiri: Mahat anak Amasai dan Yoel anak Azarya, daripada keturunan Kehat;+ Kish anak Abdi dan Azarya anak Yehalelel, daripada keturunan Merari;+ Yoah anak Zima dan Eden anak Yoah, daripada keturunan Gerson;+ 13 Simri dan Yeuel, daripada keturunan Elisafan; Zakharia dan Matania, daripada keturunan Asaf;+ 14 Yehiel dan Simei, daripada keturunan Heman;+ dan Semaya dan Uziel, daripada keturunan Yedutun.+ 15 Mereka mengumpulkan saudara-saudara mereka lalu mereka semua menyucikan diri. Kemudian mereka menyucikan Rumah Yehuwa, menurut perintah raja dan firman Yehuwa.+ 16 Para imam masuk ke dalam Rumah Yehuwa untuk menyucikannya. Mereka mengeluarkan semua barang yang najis yang dijumpai di dalam Rumah Yehuwa dan meletakkannya di halaman+ Rumah Yehuwa. Selepas itu, orang Lewi membawa semua barangan itu ke luar kota, iaitu ke Lembah Kidron.+ 17 Demikianlah mereka mula menyucikan Rumah Yehuwa pada hari pertama bulan pertama. Pada hari kelapan, mereka sampai di anjung Rumah Tuhan.+ Kemudian mereka menggunakan lapan hari lagi untuk menyucikan Rumah Yehuwa. Mereka selesai bekerja pada hari ke-16 bulan pertama.

18 Selepas itu, mereka pergi menghadap Raja Hizkia. Mereka berkata kepada raja, “Tuanku, kami telah menyucikan seluruh Rumah Yehuwa, mazbah untuk membakar korban+ dan segala peralatannya,+ dan meja untuk roti-roti yang berlapis*+ dan segala peralatannya. 19 Kami juga menyucikan semua peralatan yang telah diambil oleh Raja Ahas ketika dia tidak setia kepada Tuhan pada masa pemerintahannya.+ Kami menyediakan semua peralatan itu dan meletakkannya di hadapan mazbah Yehuwa.”+

20 Raja Hizkia bangun awal dan mengumpulkan semua pemimpin kota lalu mereka pergi ke Rumah Yehuwa. 21 Mereka membawa tujuh ekor lembu jantan, tujuh ekor bebiri jantan, tujuh ekor anak bebiri jantan, dan tujuh ekor kambing jantan. Binatang-binatang itu digunakan sebagai korban dosa bagi keluarga diraja, bagi orang Yehuda, dan bagi tempat suci.+ Raja menyuruh para imam, iaitu keturunan Harun, untuk mempersembahkan semua binatang itu di atas mazbah Yehuwa. 22 Setelah lembu-lembu itu disembelih,+ para imam mengambil darah lembu itu lalu memercikkannya di atas mazbah.+ Kemudian mereka menyembelih bebiri jantan dan memercikkan darahnya di atas mazbah. Mereka juga berbuat demikian dengan semua anak bebiri jantan. 23 Selepas itu, para imam membawa kambing-kambing jantan itu, iaitu korban dosa, ke hadapan raja dan semua orang yang berkumpul di situ, lalu mereka meletakkan tangan mereka di atas kambing-kambing itu. 24 Kemudian para imam menyembelih semua kambing itu dan mempersembahkannya sebagai korban dosa. Lalu mereka meletakkan darahnya di atas mazbah untuk memohon pengampunan dosa bagi semua orang Israel. Hal ini demikian kerana raja telah memberikan perintah bahawa korban bakar dan korban dosa harus dipersembahkan untuk seluruh Israel.

25 Sesuai dengan perintah yang disampaikan oleh Daud,+ Nabi Natan,+ dan Gad+ yang selalu menyampaikan penglihatan daripada Tuhan, Raja Hizkia menyuruh orang Lewi untuk bertugas di dalam Rumah Yehuwa dengan memainkan simbal, alat muzik bertali, dan kecapi.+ Dia berbuat demikian kerana perintah itu diberikan oleh Yehuwa menerusi nabi-nabi-Nya. 26 Orang Lewi berdiri sambil memegang alat-alat muzik Daud, dan para imam pula memegang trompet.+

27 Hizkia memberikan perintah agar korban bakar dipersembahkan di atas mazbah.+ Apabila korban itu dibakar, mereka mula menyanyikan lagu Yehuwa. Trompet juga ditiup seiring dengan alat-alat muzik Daud, raja Israel. 28 Sepanjang masa para penyanyi bernyanyi dan para pemuzik meniup trompet, semua orang yang berkumpul di situ bersujud. Mereka terus berbuat demikian sampai semua korban selesai dibakar. 29 Sebaik sahaja korban selesai dipersembahkan, raja dan semua orang yang ada bersamanya berlutut dan bersujud ke tanah. 30 Raja Hizkia dan para pemimpin menyuruh orang Lewi menyanyikan lagu pujian kepada Yehuwa dengan lirik yang digubah oleh Daud+ dan Asaf,+ seorang utusan.* Mereka menyanyikan lagu pujian dengan sangat gembira, lalu berlutut dan bersujud ke tanah.

31 Selepas itu, Hizkia berkata, “Sekarang kamu telah dikhaskan untuk berkhidmat kepada Yehuwa. Maka bawalah korban kesyukuran dan korban-korban lain ke Rumah Yehuwa.” Oleh itu, orang yang berkumpul di situ mula membawa korban kesyukuran dan korban-korban lain. Ada juga orang yang membawa korban bakar dengan sukarela.+ 32 Mereka membawa sebanyak 70 ekor lembu, 100 ekor bebiri jantan, dan 200 ekor anak bebiri jantan sebagai korban bakar untuk Yehuwa.+ 33 Mereka juga membawa 600 ekor lembu dan 3,000 ekor bebiri sebagai persembahan suci. 34 Oleh sebab bilangan imam tidak mencukupi, mereka tidak dapat menguliti semua korban bakar itu. Maka saudara-saudara mereka, iaitu orang Lewi, membantu mereka+ sehingga semua kerja itu selesai dan sehingga semua imam menyucikan diri.+ Hal ini demikian kerana orang Lewi lebih rajin menyucikan diri mereka berbanding para imam. 35 Pada waktu itu, terdapat juga banyak korban bakar,+ lemak binatang daripada korban pendamaian,+ dan wain yang dipersembahkan bersama korban pendamaian.+ Demikianlah mereka mula bertugas semula di Rumah Yehuwa. 36 Semua ini dapat berlangsung dengan cepat kerana Tuhan yang benar telah membantu umat-Nya.+ Oleh itu, Hizkia dan semua orang bersukacita.

30 Hizkia mengirim pesanan ke seluruh Israel+ dan Yehuda. Dia juga menulis surat dan menghantarnya ke Efraim dan Manasye.+ Dia menjemput mereka datang ke Rumah Yehuwa di Yerusalem supaya mereka boleh menyambut Perayaan Paska* untuk menghormati Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 2 Tetapi raja, para pemimpinnya, dan semua orang yang berkumpul di Yerusalem memutuskan untuk menyambut Perayaan Paska pada bulan kedua.+ 3 Mereka tidak dapat menyambutnya pada bulan pertama+ kerana rakyat belum berkumpul di Yerusalem, dan kerana belum cukup imam yang telah menyucikan diri.+ 4 Keputusan itu baik bagi raja dan semua orang yang berkumpul di situ. 5 Oleh itu, mereka membuat pengumuman di seluruh Israel, dari Beer-syeba sampai ke Dan.+ Pengumuman itu menyatakan bahawa semua orang harus pergi ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Paska bagi menghormati Yehuwa, Tuhan orang Israel. Hal ini demikian kerana mereka tidak menyambut perayaan itu bersama-sama sebelum ini, menurut apa yang sudah tertulis dalam hukum.+

6 Kemudian para utusan membawa surat daripada raja dan para pemimpin ke seluruh Israel dan Yehuda. Surat itu mengandungi perintah raja yang berikut: “Wahai orang Israel, kembalilah kepada Yehuwa, Tuhan Abraham, Ishak, dan Israel, supaya Dia pun kembali kepada kamu yang telah melepaskan diri daripada cengkaman raja-raja Assyria.+ 7 Jangan jadi seperti nenek moyang kamu dan saudara-saudara kamu yang tidak setia kepada Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka. Seperti yang telah kamu saksikan sendiri, Tuhan menyebabkan sesiapa sahaja yang nampak mereka menjadi takut.+ 8 Janganlah berdegil seperti nenek moyang kamu.+ Tunduklah kepada Yehuwa dan datanglah ke Rumah Tuhan,+ yang telah disucikan-Nya untuk selama-lamanya. Sembahlah Tuhan Yehuwa agar Dia tidak lagi murka terhadap kamu.+ 9 Jika kamu kembali kepada Yehuwa, bangsa yang menawan saudara-saudara kamu dan anak-anak kamu+ akan mengasihani mereka lalu membenarkan mereka kembali ke negeri ini.+ Yehuwa, Tuhan kamu, ialah Tuhan yang berbelas kasihan dan suka mengampuni.+ Dia akan menyambut* kamu jika kamu kembali kepada-Nya.”+

10 Para utusan pergi ke kota-kota di seluruh Efraim dan Manasye,+ bahkan ke Zebulon. Tetapi orang di sana mengejek dan menghina mereka.+ 11 Meskipun begitu, sebilangan orang dari Asyer, Manasye, dan Zebulon merendahkan diri lalu pergi ke Yerusalem.+ 12 Tuhan yang benar memberkati orang Yehuda dan mereka bersatu hati untuk mematuhi firman Yehuwa yang disampaikan melalui raja dan para pemimpin.

13 Pada bulan kedua,+ banyak orang berkumpul di Yerusalem untuk menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi.+ Ya, banyak sekali orang yang berkumpul di situ. 14 Mereka menyingkirkan mazbah-mazbah yang ada di Yerusalem,+ dan mengeluarkan semua mazbah yang digunakan untuk membakar kemenyan+ lalu membuang semuanya ke Lembah Kidron. 15 Pada hari ke-14 bulan kedua, mereka menyembelih korban Paska. Para imam dan orang Lewi berasa malu, maka mereka menyucikan diri dan membawa korban-korban bakar ke Rumah Yehuwa. 16 Mereka bertugas di tempat yang telah ditetapkan, sesuai dengan Hukum yang disampaikan oleh Musa, hamba Tuhan yang benar. Kemudian orang Lewi memberikan darah binatang+ kepada para imam untuk dipercikkan pada mazbah. 17 Banyak orang yang berkumpul di situ belum menyucikan diri. Maka orang Lewi ditugaskan untuk menyembelih korban Paska bagi semua orang yang tidak suci+ itu supaya mereka dapat menyucikan diri di hadapan Yehuwa. 18 Banyak orang daripada kalangan mereka, terutamanya orang dari Efraim, Manasye,+ Isakhar, dan Zebulon, makan korban Paska meskipun mereka belum menyucikan diri. Memandangkan mereka melanggar hukum, Hizkia berdoa bagi pihak mereka, “Ya Yehuwa, Tuhan yang baik,+ ampunilah mereka. 19 Ya Yehuwa, walaupun mereka tidak menyucikan diri untuk perayaan suci ini, mereka telah bertekad* untuk mencari Engkau, Tuhan yang benar, Tuhan nenek moyang mereka.”+ 20 Maka Yehuwa mendengarkan Hizkia dan mengampuni mereka.

21 Orang Israel di Yerusalem menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi+ selama tujuh hari dengan penuh sukacita.+ Orang Lewi dan para imam memuji Yehuwa setiap hari. Mereka memainkan alat muzik mereka dengan nyaring untuk Yehuwa.+ 22 Hizkia memuji dan menggalakkan semua orang Lewi yang berkhidmat kepada Yehuwa dengan bijak. Sepanjang tujuh hari perayaan itu,+ semua orang menikmati makanan, mempersembahkan korban pendamaian,+ dan mengucapkan syukur kepada Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.

23 Semua orang yang berkumpul di situ memutuskan untuk meneruskan perayaan itu selama tujuh hari lagi. Maka mereka merayakan perayaan itu dengan penuh sukacita.+ 24 Raja Hizkia dari Yehuda menyumbangkan 1,000 ekor lembu jantan dan 7,000 ekor biri-biri kepada mereka. Para pemimpin pula menyumbangkan 1,000 ekor lembu jantan dan 10,000 ekor biri-biri.+ Pada masa itu, ada banyak sekali imam yang menyucikan diri mereka.+ 25 Semua orang terus bersukacita, baik para imam, orang Lewi, orang dari Yehuda dan Israel,+ mahupun penduduk asing+ yang datang dari Israel dan yang tinggal di Yehuda. 26 Seluruh Yerusalem sangat gembira kerana sejak zaman pemerintahan Salomo anak Daud, raja Israel, belum pernah perkara seperti ini berlaku di Yerusalem.+ 27 Akhirnya para imam daripada suku Lewi berdiri lalu memberkati semua orang.+ Suara mereka didengari Tuhan, dan doa mereka sampai ke syurga, iaitu tempat kediaman-Nya yang suci.

31 Sebaik sahaja perayaan itu berakhir, semua orang Israel yang ada di Yerusalem pergi ke kota-kota di Yehuda. Mereka menghancurkan tugu-tugu suci,*+ tiang-tiang suci,*+ tempat-tempat ibadat,+ dan mazbah-mazbah+ di seluruh kawasan Yehuda dan Benyamin, bahkan di Efraim dan Manasye.+ Selepas mereka memusnahkan semuanya, mereka pulang ke kota mereka. Setiap orang pulang ke rumah masing-masing.

2 Hizkia membahagikan para imam dan orang Lewi kepada beberapa kumpulan+ menurut tugas masing-masing.+ Setiap imam dan orang Lewi harus berkhidmat kepada Tuhan, dan mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian. Mereka juga harus memuji dan mengucapkan syukur kepada Yehuwa di pintu halaman Rumah-Nya.+ 3 Raja menyumbangkan sebahagian daripada miliknya sebagai korban bakar+ untuk dipersembahkan pada setiap pagi dan petang,+ pada hari Sabat,+ perayaan bulan baharu,+ dan pada perayaan-perayaan lain,+ seperti yang telah ditulis dalam Hukum Yehuwa.

4 Selain itu, Hizkia memerintahkan penduduk Yerusalem untuk memberi para imam dan orang Lewi bahagian yang telah ditetapkan untuk mereka.+ Dengan demikian, mereka boleh mematuhi* Hukum Yehuwa dengan sepenuhnya. 5 Sebaik sahaja perintah itu dikeluarkan, orang Israel membawa banyak sumbangan. Mereka membawa hasil pertama daripada tuaian bijirin, wain baharu, minyak,+ madu, dan segala hasil tanaman yang lain.+ Mereka membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka dengan sukarela.+ 6 Orang Israel dan Yehuda yang tinggal di kota-kota Yehuda juga membawa persepuluhan daripada kawanan lembu dan biri-biri mereka serta persepuluhan daripada benda-benda suci+ yang telah ditahbiskan kepada Yehuwa, Tuhan mereka. Sumbangan yang dibawa oleh mereka begitu banyak sehingga bertimbun-timbun. 7 Pada bulan ketiga,+ sumbangan-sumbangan itu mula dikumpulkan di suatu tempat, dan kerja pengumpulan itu selesai pada bulan ketujuh.+ 8 Ketika Hizkia dan para pemimpinnya nampak semua sumbangan itu, mereka memuji Yehuwa lalu memberkati seluruh rakyat Israel.

9 Hizkia bertanya kepada para imam dan orang Lewi tentang sumbangan itu, 10 lalu Azarya, iaitu seorang ketua imam dari keluarga Zadok, berkata kepadanya, “Sejak mereka mula membawa sumbangan-sumbangan itu ke dalam Rumah Yehuwa,+ banyak orang makan sehingga puas. Walaupun begitu, masih ada banyak lebihan makanan kerana Yehuwa telah memberkati umat-Nya. Lihatlah, betapa banyaknya semua lebihan ini!”+

11 Oleh itu, Hizkia menyuruh orang untuk menyediakan bilik-bilik stor*+ di dalam Rumah Yehuwa. Maka, mereka pun berbuat demikian. 12 Dengan setia, orang terus membawa sumbangan-sumbangan, persepuluhan yang diwajibkan,+ dan benda-benda suci. Seorang lelaki Lewi yang bernama Konania telah ditugaskan untuk menguruskan sumbangan-sumbangan itu. Simei, saudaranya, ialah penolongnya. 13 Yehiel, Azazia, Nahat, Asael, Yerimot, Yozabad, Eliel, Ismakia, Mahat, dan Benaya dilantik oleh Raja Hizkia untuk membantu Konania dan Simei. Azarya ialah pemimpin rumah Tuhan yang benar. 14 Kore anak Yimna ialah seorang lelaki Lewi yang mengawal pintu gerbang di sebelah timur.+ Dia bertanggungjawab untuk mengurus sumbangan sukarela+ yang diberikan kepada Tuhan yang benar. Dia juga ditugaskan untuk membahagikan pemberian paling suci+ dan sumbangan yang diberikan kepada Yehuwa.+ 15 Eden, Miniamin, Yeshua, Semaya, Amaria, dan Sekania bertugas di bawah pengawasan Kore. Oleh sebab mereka dapat dipercayai, mereka ditugaskan di kota-kota imam+ untuk membahagikan sumbangan kepada saudara mereka dalam setiap kumpulan.+ Sumbangan itu dibahagikan dengan sama rata kepada mereka semua, tidak kira yang tua ataupun yang muda. 16 Sumbangan itu juga diberikan kepada semua lelaki yang bertugas di Rumah Yehuwa setiap hari menurut kumpulan masing-masing. Selain itu, anak-anak mereka yang berumur tiga tahun dan ke atas, yang disenaraikan dalam salasilah keluarga, juga mendapat bahagian daripada sumbangan itu.

17 Para imam dan orang Lewi yang berumur 20 tahun dan ke atas+ didaftarkan dalam salasilah keluarga menurut puak mereka+ dan menurut tugas kumpulan mereka.+ 18 Salasilah keluarga itu merangkumi anak isteri mereka dan semua ahli keluarga mereka. (Mereka sentiasa memastikan diri mereka suci kerana mereka diamanahkan dengan tugas yang suci.) 19 Salasilah itu juga merangkumi keturunan Harun, iaitu para imam yang tinggal di kawasan padang rumput kota-kota mereka.+ Di semua kota itu, beberapa orang lelaki telah dipilih dan diberi tanggungjawab untuk mengedarkan makanan kepada para imam dan semua orang yang tersenarai dalam salasilah keturunan orang Lewi.

20 Hizkia berbuat demikian di seluruh Yehuda. Dia setia kepada Yehuwa dan terus melakukan apa yang baik dan benar di mata Tuhannya. 21 Dia berjaya dalam segala usahanya untuk mencari Tuhan, tidak kira dalam hal yang berkaitan dengan kerja di Rumah Tuhan+ atau dalam hal yang berkaitan dengan Hukum Tuhan dan perintah-Nya. Hal ini demikian kerana dia melakukan semuanya dengan sepenuh hati.

32 Selepas Hizkia melakukan hal-hal itu dengan setia,+ Raja Sanherib dari Assyria datang untuk menyerang Yehuda. Dia mengepung kota-kota berkubu di situ dan ingin menembusi pertahanan kota-kota itu untuk menawannya.+

2 Apabila Raja Hizkia mengetahui bahawa Sanherib datang untuk menyerang Yerusalem, 3 dia berbincang dengan para pemimpinnya dan pahlawan-pahlawannya. Dia membuat keputusan untuk menutup mata air di luar kota,+ dan mereka bersetuju untuk membantunya. 4 Banyak orang datang berkumpul untuk menutup semua mata air dan menghentikan aliran air di negeri itu. Mereka berkata, “Kami tidak mahu raja-raja Assyria mempunyai bekalan air yang melimpah semasa mereka datang.”

5 Dengan penuh semangat, Hizkia juga membina semula tembok yang sudah runtuh dan mendirikan menara-menara di atasnya. Selain itu, dia membina satu lapis tembok lagi di sebelah luarnya. Dia membaiki tempat perlindungan*+ di Kota Daud dan membuat banyak perlengkapan senjata dan perisai. 6 Selepas itu, dia melantik ketua-ketua angkatan tentera lalu mengumpulkan rakyat di kawasan lapang* dekat pintu gerbang kota. Dia menguatkan semangat mereka dengan berkata, 7 “Hendaklah kamu berani dan teguh. Janganlah takut atau gentar terhadap raja Assyria+ dan angkatan tenteranya yang besar, kerana yang menyertai kita lebih banyak daripada yang menyertai mereka.+ 8 Raja itu bergantung pada kekuatan manusia, tetapi kita bergantung pada Yehuwa, Tuhan kita. Dia akan membantu kita dan berjuang demi kita.”+ Demikianlah seluruh rakyat dikuatkan dengan kata-kata Hizkia, raja Yehuda.+

9 Semasa Raja Sanherib dari Assyria dan seluruh angkatan tenteranya berada di Lakhis,+ dia menghantar para pegawainya ke Yerusalem. Mereka menyampaikan pesanan berikut kepada Raja Hizkia dan kepada semua orang Yehuda di Yerusalem:+

10 “Inilah kata-kata Raja Sanherib dari Assyria: ‘Seluruh Yerusalem sudah dikepung. Mengapakah kamu masih tinggal di sini? Kamu mengharapkan bantuan siapa?+ 11 Bukankah Hizkia sedang menipu kamu? Dia berkata, “Yehuwa, Tuhan kita, akan menyelamatkan kita daripada tangan raja Assyria.” Tetapi Hizkia akan membiarkan kamu mati kelaparan dan kehausan.+ 12 Bukankah dia yang menyingkirkan tempat ibadat Tuhan kamu?+ Bukankah dia yang meruntuhkan mazbah-mazbah-Nya+ lalu memberitahu Yehuda dan Yerusalem, “Kamu harus bersujud di hadapan satu mazbah sahaja dan mempersembahkan korban* di situ”?+ 13 Tidakkah kamu tahu bagaimana beta dan nenek moyang beta memperlakukan bangsa-bangsa di negeri lain?+ Dapatkah tuhan-tuhan mereka menyelamatkan negeri mereka daripada tangan beta?+ 14 Bukankah nenek moyang beta telah membinasakan semua bangsa itu? Tidak ada satu tuhan pun yang dapat menyelamatkan umatnya daripada tangan beta. Jadi mengapa pula kamu percaya bahawa Tuhan kamu dapat menyelamatkan kamu daripada tangan beta?+ 15 Janganlah biarkan Hizkia menipu atau menyesatkan kamu!+ Janganlah percaya kepadanya! Belum pernah tuhan bangsa mana pun menyelamatkan negerinya daripada tangan beta dan tangan nenek moyang beta. Apatah lagi Tuhan kamu itu! Dia pasti tidak dapat menyelamatkan kamu daripada tangan beta!’”+

16 Para pegawai Sanherib terus menghina Yehuwa, Tuhan yang benar, dan hamba-Nya, Hizkia. 17 Sanherib juga menulis surat+ untuk mencela Yehuwa, Tuhan orang Israel,+ dan mengutuk-Nya dengan berkata, “Tuhan bangsa lain tidak dapat menyelamatkan umatnya daripada tangan beta.+ Demikian juga Tuhan Hizkia tidak dapat menyelamatkan umat-Nya daripada tangan beta.” 18 Mereka berseru dengan kuat dalam bahasa orang Yahudi supaya penduduk Yerusalem yang berada di tembok kota berasa takut dan gentar. Mereka berbuat demikian kerana mereka ingin menawan kota itu.+ 19 Mereka mencemuh Tuhan orang Yerusalem sebagaimana mereka mencemuh tuhan-tuhan di bumi yang dibuat oleh manusia. 20 Tetapi Raja Hizkia dan Nabi Yesaya+ anak Amoz terus berseru kepada Tuhan di syurga dan berdoa meminta bantuan-Nya.+

21 Oleh itu, Yehuwa mengutus satu malaikat untuk membunuh semua ketua, pemimpin, dan pahlawan yang gagah+ di perkhemahan tentera raja Assyria. Raja Assyria pun pulang ke negerinya dengan malu. Pada suatu hari, ketika raja itu masuk ke dalam kuil tuhannya, beberapa orang anak lelakinya membunuhnya dengan pedang.+ 22 Demikianlah Yehuwa menyelamatkan Hizkia dan Yerusalem daripada tangan Raja Sanherib dan daripada musuh-musuh yang lain. Tuhan mengurniai mereka kedamaian di seluruh negeri itu. 23 Ramai orang membawa pemberian kepada Yehuwa di Yerusalem. Mereka juga membawa benda-benda yang berharga kepada Hizkia, raja Yehuda.+ Sejak hari itu, Raja Hizkia disanjung tinggi oleh semua bangsa.

24 Beberapa lama kemudian, Hizkia jatuh sakit dan hampir meninggal. Maka dia berdoa kepada Yehuwa.+ Tuhan menjawab doanya dan memberinya satu tanda.+ 25 Tetapi Hizkia tidak bersyukur atas segala perbuatan baik Tuhan, dan hatinya menjadi angkuh. Oleh itu, Tuhan murka terhadap Hizkia dan penduduk Yehuda serta penduduk Yerusalem. 26 Tetapi kemudiannya, Hizkia merendahkan diri dan hatinya tidak lagi angkuh.+ Semua penduduk Yerusalem juga merendahkan diri. Maka Yehuwa tidak lagi murka terhadap mereka selama Hizkia masih hidup.+

27 Kemudian Hizkia menjadi kaya-raya dan orang sangat menghormatinya.+ Dia membina gudang-gudang+ untuk menyimpan perak, emas, batu-batu berharga, minyak balsam, perisai, dan semua barangan yang bernilai. 28 Dia juga membina gudang-gudang untuk menyimpan hasil bijirin, wain baharu, dan minyak, serta kandang-kandang untuk biri-biri, kambing, dan pelbagai jenis ternakan yang lain. 29 Selain itu, dia membina banyak kota dan memperoleh banyak ternakan, lembu, biri-biri, dan kambing. Tuhan memberikan banyak sekali harta kepadanya. 30 Hizkia juga menutup sumber air+ di Gihon+ yang ada di atas tanah dan menyalurkan airnya ke bawah, ke sebelah barat Kota Daud.+ Hizkia berjaya dalam apa sahaja yang dibuatnya. 31 Apabila jurucakap yang diutus oleh para pemimpin Babilon datang kepada Hizkia untuk bertanya tentang kejadian luar biasa*+ yang telah berlaku di negerinya,+ Tuhan yang benar membiarkan dia bertindak sendiri untuk menguji dia+ dan mengetahui apa yang ada dalam hatinya.+

32 Berkenaan kisah hidup Hizkia yang lain dan bagaimana dia menunjukkan kasih setia,+ semuanya tertulis dalam catatan penglihatan Nabi Yesaya+ anak Amoz, dalam Buku Raja-Raja Yehuda dan Israel.+ 33 Hizkia meninggal dan dikebumikan di lereng bukit yang menuju ke tempat perkuburan anak-anak Daud.+ Semua penduduk Yehuda dan Yerusalem memberikan penghormatan kepada Hizkia ketika dia meninggal. Kemudian Manasye, anak lelakinya, menggantikannya sebagai raja.

33 Manasye+ menjadi raja semasa dia berusia 12 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 55 tahun.+

2 Manasye melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa. Dia mengikut amalan jijik bangsa-bangsa yang telah dihalau oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.+ 3 Dia membina semula tempat-tempat pemujaan yang telah dimusnahkan oleh bapanya Hizkia.+ Dia juga membina mazbah untuk Baal dan mendirikan tiang-tiang suci.* Selain itu, dia sujud menyembah segala sesuatu di langit.+ 4 Walaupun Yehuwa pernah berfirman mengenai Rumah-Nya,+ “Nama-Ku akan ada di Yerusalem buat selama-lamanya,” Manasye masih membina mazbah-mazbah di dalam Rumah Yehuwa.+ 5 Di kedua-dua halaman Rumah Yehuwa, dia membina mazbah-mazbah yang digunakan untuk menyembah segala sesuatu yang ada di langit.+ 6 Dia membakar anak-anak lelakinya di dalam api*+ di Lembah Hinom,+ mengamalkan ilmu sihir+ dan ilmu ramal, melantik bomoh, dan melantik tukang tilik.+ Dia membangkitkan kemurkaan Yehuwa dengan melakukan begitu banyak dosa di hadapan-Nya.

7 Dia telah membina patung berhala dan meletakkannya di dalam rumah Tuhan yang benar,+ padahal mengenai rumah itu, Tuhan pernah berfirman kepada Daud dan anaknya Salomo, “Aku akan meletakkan nama-Ku secara kekal di rumah ini dan di Yerusalem, kota yang telah Aku pilih dari seluruh kawasan suku Israel.+ 8 Jika orang Israel mematuhi segala perintah yang telah Aku berikan, iaitu Hukum, peraturan, dan ketetapan yang telah disampaikan oleh Musa, Aku tidak lagi akan menghalau mereka keluar dari negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka.” 9 Namun Manasye asyik menyesatkan Yehuda dan penduduk Yerusalem. Dia menyebabkan mereka melakukan dosa yang lebih teruk daripada dosa bangsa-bangsa yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.+

10 Yehuwa berfirman kepada Manasye dan rakyatnya berkali-kali, tetapi mereka tidak menghiraukan-Nya.+ 11 Maka Yehuwa membiarkan ketua-ketua tentera raja Assyria menyerang mereka. Mereka menangkap Manasye dengan cangkuk,* mengikatnya dengan dua utas rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon. 12 Sewaktu Manasye menderita, dia merayu dan meminta perkenan Tuhannya Yehuwa. Dia juga merendahkan dirinya dengan sepenuh hati di hadapan Tuhan nenek moyangnya. 13 Dia asyik berdoa dan merayu kepada Tuhan agar Tuhan berbelas kasihan kepadanya. Oleh itu, Tuhan tergerak untuk mengabulkan permintaan Manasye dan memulihkan kedudukannya sebagai raja di Yerusalem.+ Selepas itu, Manasye sedar bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang benar.+

14 Manasye mendirikan sebuah tembok yang sangat tinggi di luar Kota Daud.+ Tembok itu bermula dari sebelah barat Gihon,+ yang terletak di dalam sebuah lembah,* sampai ke Pintu Gerbang Ikan.+ Tembok itu juga sampai sejauh Ofel.+ Selain itu, dia melantik ketua-ketua tentera dan menempatkan mereka di semua kota berkubu di Yehuda. 15 Kemudian dia menyingkirkan tuhan-tuhan bangsa asing dan patung berhala yang ada di dalam Rumah Yehuwa.+ Dia juga merobohkan semua mazbah yang dibina olehnya di gunung Rumah Yehuwa+ dan di Yerusalem lalu membuang semuanya ke luar kota. 16 Manasye membaiki mazbah Yehuwa+ dan mula mempersembahkan korban pendamaian+ dan korban kesyukuran+ di atasnya. Dia menyuruh orang Yehuda untuk menyembah Yehuwa, Tuhan orang Israel. 17 Meskipun demikian, rakyat masih mempersembahkan korban di tempat-tempat tinggi. Tetapi mereka hanya mempersembahkan korban itu kepada Yehuwa, Tuhan mereka.

18 Berkenaan kisah hidup Manasye yang lain, doa yang diucapkannya kepada Tuhan, dan perkhabaran-perkhabaran nabi yang disampaikan kepadanya atas nama Yehuwa, Tuhan orang Israel, semuanya tertulis dalam buku sejarah tentang raja-raja Israel. 19 Catatan tentang perkhabaran yang disampaikan oleh para nabi juga merangkumi doa Manasye+ dan cara doanya dikabulkan, semua dosa yang dilakukannya, perbuatannya yang tidak setia,+ dan lokasi tempat ibadat dan tiang suci yang didirikannya+ serta patung-patung berhala yang disembahnya sebelum dia merendahkan diri. 20 Selepas itu, Manasye meninggal lalu dikebumikan dekat istananya. Anak lelakinya Amon menggantikannya sebagai raja.+

21 Amon+ berusia 22 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama dua tahun.+ 22 Amon terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa seperti bapanya Manasye.+ Dia mempersembahkan korban kepada semua patung berhala yang dibuat oleh bapanya,+ dan dia terus menyembah patung-patung itu. 23 Dia tidak merendahkan diri di hadapan Yehuwa,+ seperti yang dilakukan oleh bapanya.+ Sebaliknya, Amon melakukan lebih banyak dosa. 24 Akhirnya, hamba-hambanya membelot+ lalu membunuhnya di dalam istananya sendiri. 25 Tetapi rakyat negeri itu membunuh semua orang yang membelot terhadap Raja Amon,+ lalu menjadikan anaknya Yosia+ sebagai raja.

34 Yosia+ berusia lapan tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 31 tahun di Yerusalem.+ 2 Yosia melakukan apa yang benar di mata Yehuwa dan mengikut haluan Daud, nenek moyangnya. Dia tidak pernah mengingkari hukum Tuhan.*

3 Pada tahun kelapan pemerintahannya, ketika dia masih muda, dia mula mencari Tuhan yang disembah oleh Daud, nenek moyangnya.+ Pada tahun ke-12 pemerintahannya, dia mula menyingkirkan tempat-tempat ibadat,+ tiang suci,* dan patung-patung berhala+ yang ada di Yehuda dan di Yerusalem.+ 4 Selain itu, mazbah-mazbah Baal dirobohkan di hadapan Yosia lalu Yosia memusnahkan tempat membakar kemenyan yang ada di atas mazbah-mazbah itu. Dia juga meruntuhkan tiang-tiang suci dan patung-patung berhala lalu menghancurkan semuanya sehingga menjadi debu. Kemudian dia menghamburkan debu itu di perkuburan orang yang dahulunya mempersembahkan korban kepada berhala-berhala itu.+ 5 Dia juga membakar tulang imam-imam di atas mazbah mereka.+ Demikianlah dia membersihkan Yehuda dan Yerusalem.

6 Di kota-kota Manasye, Efraim,+ dan Simeon sampai ke Naftali dan kawasan terbiar di sekitarnya, 7 Yosia meruntuhkan mazbah, tiang suci, dan patung berhala+ lalu menghancurkan semuanya sehingga menjadi debu. Dia juga membinasakan semua tempat membakar kemenyan yang ada di seluruh Israel.+ Selepas itu, dia kembali ke Yerusalem.

8 Pada tahun ke-18 pemerintahan Yosia, setelah dia selesai membersihkan negerinya dan Rumah Tuhan, dia mengutus Safan+ anak Azalia, Maaseya, iaitu penguasa kota, dan Yoah anak Yoahas, yang bertugas sebagai pencatat, untuk membaiki Rumah Yehuwa, Tuhannya.+ 9 Mereka berjumpa dengan Imam Agung Hilkia, dan memberi Hilkia wang yang telah dibawa ke Rumah Tuhan, iaitu wang yang dikumpulkan oleh orang Lewi yang bertugas sebagai penjaga pintu. Wang itu telah dikumpulkan daripada orang Manasye, orang Efraim, dan orang Israel yang lain+ serta daripada orang Yehuda, orang Benyamin, dan penduduk Yerusalem. 10 Kemudian mereka memberikan wang itu kepada beberapa orang yang dilantik untuk mengawasi kerja pembaikan Rumah Yehuwa. Wang itu akan digunakan oleh para pekerja di Rumah Yehuwa untuk membaiki rumah itu. 11 Mereka memberikan wang kepada jurubina dan tukang-tukang yang mahir untuk membeli kayu dan batu yang sudah dipotong untuk membina penyangga. Mereka juga membeli tiang untuk membaiki rumah-rumah yang telah dibiarkan rosak oleh raja-raja Yehuda.+

12 Semua orang melakukan tugas masing-masing dengan setia.+ Beberapa orang Lewi dilantik untuk menjadi penyelia mereka, iaitu Yahat dan Obaja daripada keturunan Merari,+ dan Zakharia dan Mesulam daripada keturunan Kehat.+ Selain itu, orang Lewi yang lain, iaitu para pemuzik yang mahir,+ 13 bertanggungjawab atas pekerja yang mengangkat barangan berat. Mereka juga mengawasi orang yang melakukan kerja-kerja lain. Sebilangan orang Lewi pula bertugas sebagai setiausaha, pegawai, dan penjaga pintu.+

14 Semasa mereka mengeluarkan wang yang telah dibawa ke Rumah Yehuwa,+ Imam Hilkia menjumpai kitab Hukum Yehuwa,+ yang diberikan kepada Musa.+ 15 Maka Hilkia berkata kepada Safan, setiausaha itu, “Aku telah menjumpai kitab Hukum Musa di dalam Rumah Yehuwa.” Lalu Hilkia memberikan kitab itu kepada Safan. 16 Safan membawa kitab itu kepada raja dan berkata, “Hamba-hamba tuanku sedang melakukan semua tugas yang telah diberikan kepada mereka. 17 Mereka telah mengambil wang yang ada di Rumah Yehuwa, dan memberikannya kepada para penyelia dan para pekerja.” 18 Safan juga memberitahu raja, “Imam Hilkia telah memberikan kitab ini kepada hamba.”+ Lalu Safan membaca kitab itu di hadapan raja.+

19 Sebaik sahaja raja mendengar kata-kata dalam kitab Hukum itu, dia mengoyakkan jubahnya.+ 20 Kemudian dia memberikan perintah kepada Hilkia, Ahikam+ anak Safan, Abdon anak Mikha, Safan, iaitu setiausaha itu, dan Asaya, iaitu pegawai raja. Raja berkata, 21 “Pergilah minta petunjuk daripada Yehuwa tentang kata-kata dalam kitab yang telah ditemui ini. Mintalah petunjuk-Nya bagi pihak beta dan bagi pihak semua orang yang masih tinggal di Israel dan Yehuda. Nenek moyang kita tidak mematuhi firman Yehuwa, dan mereka tidak melakukan semua yang tercatat dalam kitab ini. Itulah sebabnya Yehuwa sangat murka terhadap kita.”+

22 Maka Hilkia bersama dengan utusan raja yang lain pergi berjumpa dengan seorang nabi wanita yang bernama Hulda.+ Hulda ialah isteri Salum anak Tikwa, cucu Harhas. (Salum ialah pengurus tempat penyimpanan pakaian.) Hulda menetap di Wilayah Kedua di Yerusalem, maka mereka pergi ke situ untuk bercakap dengannya.+ 23 Dia berkata kepada mereka, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Beritahulah orang yang telah mengutus kamu kepada-Ku, 24 “Inilah firman Yehuwa, ‘Aku akan mendatangkan malapetaka atas tempat ini dan penduduknya+ sesuai dengan semua kutukan yang tertulis dalam kitab+ yang telah dibaca di hadapan raja Yehuda. 25 Mereka telah meninggalkan Aku+ dan mempersembahkan korban* kepada tuhan-tuhan lain. Segala perbuatan mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku.+ Maka Aku murka terhadap tempat ini, dan api kemurkaan-Ku tidak akan reda.’”+ 26 Tetapi beritahulah raja Yehuda yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk daripada Yehuwa, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Engkau telah mendengar kata-kata dalam kitab itu.+ 27 Setelah mendengar firman-Ku berkenaan tempat ini dan penduduknya, engkau bertaubat* dan merendahkan diri di hadapan-Ku. Memandangkan engkau merendahkan diri dan mengoyakkan jubahmu serta menangis di hadapan-Ku, Aku akan mendengar doamu,+ firman Yehuwa. 28 Engkau akan meninggal dengan tenteram lalu dikuburkan. Engkau tidak akan melihat semua malapetaka yang akan Aku timpakan atas tempat ini dan penduduknya.’”’”+

Kemudian mereka menyampaikan pesanan itu kepada raja. 29 Maka raja menghantar utusan untuk memanggil semua pemimpin Yehuda dan Yerusalem.+ 30 Selepas itu, raja pergi ke Rumah Yehuwa bersama semua orang Yehuda, penduduk Yerusalem, imam-imam, dan orang Lewi. Semua orang, baik yang tua mahupun yang muda, menyertai raja. Raja membaca seluruh kandungan kitab perjanjian yang telah ditemui di Rumah Yehuwa di hadapan mereka semua.+ 31 Raja berdiri* dan membuat* perjanjian+ di depan Yehuwa. Dia berjanji untuk mematuhi Yehuwa dan berpegang pada hukum-Nya, peringatan-Nya, dan perintah-Nya dengan sepenuh jiwa raga.+ Dia berjanji untuk melaksanakan apa yang tertulis dalam kitab itu.+ 32 Selain itu, dia menyuruh semua orang di Yerusalem dan Benyamin untuk bersetuju dengan perjanjian itu. Maka penduduk Yerusalem bertindak selaras dengan perjanjian Tuhan, iaitu Tuhan nenek moyang mereka.+ 33 Raja Yosia menyingkirkan semua patung berhala* yang menjijikkan di seluruh negeri Israel,+ dan dia menyuruh semua orang Israel untuk menyembah Yehuwa, Tuhan mereka. Selama Yosia masih hidup, mereka tidak meninggalkan haluan Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka.

35 Yosia menyambut Perayaan Paska+ untuk Yehuwa di Yerusalem, dan mereka menyembelih korban Paska+ pada hari ke-14 bulan pertama.+ 2 Dia menyuruh para imam menjalankan tugas masing-masing dan menggalakkan mereka untuk berkhidmat di Rumah Yehuwa.+ 3 Kemudian dia berkata kepada orang Lewi, iaitu guru-guru Israel+ yang telah disucikan untuk Yehuwa, “Letakkanlah tabut suci di dalam Rumah Tuhan yang telah dibina oleh Salomo anak Daud, raja Israel.+ Tidak usah lagi kamu mengangkatnya di bahu kamu.+ Sekarang, hendaklah kamu berkhidmat kepada Tuhanmu Yehuwa dan umat-Nya Israel. 4 Bersedialah untuk menjalankan khidmat kamu menurut puak dan kumpulan bertugas kamu, sesuai dengan perintah yang ditulis oleh Raja Daud+ dan anaknya Salomo.+ 5 Hai orang Lewi, berdirilah di tempat suci mengikut puak masing-masing. Aturkanlah supaya satu puak daripada kamu dapat membantu satu puak daripada orang Israel. 6 Sembelihlah korban Paska,+ dan sucikanlah diri kamu. Buatlah persediaan supaya saudara-saudara kamu dapat melaksanakan firman Yehuwa yang disampaikan melalui Musa.”

7 Raja Yosia mengambil 30,000 ekor anak bebiri jantan dan anak kambing jantan serta 3,000 ekor lembu daripada ternakannya sendiri. Kemudian dia memberikan semua binatang itu kepada rakyat yang hadir di situ supaya mereka dapat mempersembahkan korban Paska.+ 8 Para pemimpin juga memberikan sumbangan secara sukarela kepada rakyat, para imam, dan orang Lewi. Para pemimpin di rumah Tuhan yang benar, iaitu Hilkia,+ Zakharia, dan Yehiel, memberikan 2,600 ekor korban Paska dan 300 ekor lembu kepada imam. 9 Selain itu, ketua-ketua orang Lewi, iaitu Konania dan saudara-saudaranya Semaya dan Netanel, serta Hasabia, Yeiel, dan Yozabad, memberikan 5,000 ekor korban Paska dan 500 ekor lembu kepada orang Lewi.

10 Ketika segala persiapan sudah selesai, para imam pun berdiri di tempat masing-masing dan orang Lewi juga berdiri dalam kumpulan mereka,+ seperti yang diperintahkan oleh raja. 11 Mereka menyembelih korban-korban Paska+ lalu memberikan darah korban itu kepada para imam.+ Kemudian para imam memercikkan darah itu sementara orang Lewi sedang menguliti binatang-binatang itu.+ 12 Setelah itu, mereka menyediakan korban-korban bakar untuk diedarkan kepada rakyat yang telah berkumpul mengikut puak masing-masing. Hal ini demikian supaya rakyat dapat mempersembahkan semua korban itu kepada Yehuwa menurut apa yang tertulis dalam kitab Musa. Mereka juga melakukan hal yang sama dengan lembu-lembu itu. 13 Mereka memasak* korban Paska di atas api menurut adat.+ Mereka juga memasak persembahan suci di dalam periuk, belanga, dan kuali leper, lalu memberikannya kepada rakyat dengan segera. 14 Selepas itu, barulah orang Lewi menyediakan korban Paska untuk mereka sendiri dan untuk imam-imam keturunan Harun. Mereka membuat persediaan itu untuk mereka sendiri dan untuk para imam kerana para imam itu mempersembahkan korban bakar dan lemak binatang sehingga senja.

15 Para penyanyi, iaitu keturunan Asaf,+ bertugas di tempat masing-masing, seperti yang telah diperintahkan oleh Daud,+ Asaf,+ Heman, dan Yedutun,+ iaitu nabi yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan kepada raja. Para penjaga pintu pula mengawal di pintu-pintu gerbang.+ Mereka tidak perlu meninggalkan tugas mereka kerana saudara mereka, iaitu orang Lewi, telah membuat persediaan untuk mereka. 16 Demikianlah pada hari itu, mereka menyempurnakan semua tugas yang dikehendaki oleh Yehuwa untuk menyambut Paska.+ Korban-korban bakar juga dipersembahkan di atas mazbah Yehuwa, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Raja Yosia.+

17 Pada waktu itu, orang Israel yang hadir menyambut Paska. Kemudian mereka juga menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari.+ 18 Mereka belum pernah merayakan Paska seperti ini sejak zaman Nabi Samuel, dan belum pernah ada raja-raja Israel yang lain yang pernah menyambut Paska seperti yang telah dilakukan oleh Yosia,+ para imam, orang Lewi, semua orang Yehuda dan Israel yang hadir, dan semua penduduk Yerusalem. 19 Demikianlah mereka menyambut Paska ini pada tahun ke-18 pemerintahan Yosia.

20 Setelah Yosia melakukan segala hal itu bagi Rumah Tuhan, Raja Nekho+ dari Mesir datang untuk berperang di Karkemis, yang terletak berhampiran Sungai Efrat. Yosia pun pergi menyerangnya.+ 21 Maka Nekho menghantar utusan kepada Yosia dengan pesanan berikut: “Wahai raja Yehuda, perang ini tidak berkaitan dengan tuanku. Beta bukannya datang untuk melawan tuanku, tetapi melawan bangsa lain. Tuhan telah menyuruh beta bertindak dengan cepat, dan Dia sendiri memihak kepada beta. Oleh itu, demi kebaikan tuanku sendiri, janganlah melawan kehendak Tuhan. Jika tuanku melawan Tuhan, Tuhan akan memusnahkan tuanku.” 22 Tetapi Yosia berkeras untuk menyerang Nekho. Dia enggan mendengar firman Tuhan yang disampaikan melalui Nekho. Dia menyamar+ lalu pergi ke Dataran Megido+ untuk berperang dengan Nekho.

23 Di situ, Raja Yosia terkena anak panah lalu dia berkata kepada hamba-hambanya, “Bawalah beta keluar dari sini kerana beta cedera parah.” 24 Maka mereka memindahkan Raja Yosia dari kereta kudanya ke dalam kereta kudanya yang kedua, lalu membawanya ke Yerusalem. Dia meninggal dan dikebumikan di makam nenek moyangnya.+ Seluruh Yehuda dan Yerusalem berkabung kerana kematian Yosia. 25 Yeremia+ menyanyikan lagu ratapan untuk Yosia. Semua penyanyi lelaki dan perempuan+ menyanyikan lagu ratapan tentang Yosia sehingga hari ini. Keputusan telah dibuat agar lagu-lagu ratapan ini dinyanyikan di Israel. Lagu-lagu ini juga dimasukkan dalam buku ratapan.

26 Berkenaan kisah hidup Yosia yang lain dan bagaimana dia menunjukkan kasih setia sesuai dengan apa yang tertulis dalam Hukum Yehuwa 27 serta apa yang dilakukannya dari mula sampai akhir, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda.+

36 Kemudian rakyat memilih anak Yosia, iaitu Yehoahas,+ dan menjadikannya raja di Yerusalem untuk menggantikan bapanya.+ 2 Yehoahas berusia 23 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan. 3 Tetapi raja Mesir menyingkirkan Yehoahas daripada kedudukannya sebagai raja di Yerusalem, lalu memaksa penduduk negeri itu membayar ufti sebanyak 3,420 kilogram perak dan 34.2 kilogram emas.*+ 4 Selain itu, raja Mesir menjadikan abang Yehoahas, iaitu Elyakim, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem. Dia juga menukar nama Elyakim kepada Yehoyakim. Kemudian Nekho+ membawa Yehoahas ke Mesir.+

5 Yehoyakim+ berusia 25 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 11 tahun di Yerusalem. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Tuhannya.+ 6 Raja Nebukadnezar+ dari Babilon datang menyerang Yehoyakim dan mengikatnya dengan dua utas rantai tembaga lalu membawanya ke Babilon.+ 7 Nebukadnezar juga mengambil sebahagian daripada perkakas di dalam Rumah Yehuwa lalu membawanya ke Babilon untuk disimpan di dalam istananya.+ 8 Berkenaan kisah hidup Yehoyakim yang lain, perkara-perkara jijik yang telah dilakukannya, dan hal-hal buruk tentangnya, semuanya tertulis dalam Buku Raja-Raja Israel dan Yehuda. Anaknya Yehoyakhin menggantikannya sebagai raja.+

9 Yehoyakhin+ berusia 18 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan 10 hari. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ 10 Pada awal tahun,* Raja Nebukadnezar menghantar utusan untuk membawa Yehoyakhin ke Babilon,+ bersama dengan benda-benda berharga dari Rumah Yehuwa.+ Kemudian Nebukadnezar menjadikan bapa saudara Yehoyakhin, iaitu Zedekia, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem.+

11 Zedekia+ berusia 21 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama 11 tahun.+ 12 Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Tuhannya. Dia tidak merendahkan diri di hadapan Nabi Yeremia,+ yang telah menyampaikan firman Yehuwa. 13 Dia juga memberontak terhadap Raja Nebukadnezar,+ yang telah memaksanya bersumpah atas nama Tuhan. Zedekia terus berdegil dan berkeras hati. Dia enggan kembali kepada Yehuwa, Tuhan orang Israel. 14 Semua ketua imam dan segenap rakyat sama sekali tidak setia kepada Tuhan. Mereka terus melakukan segala perbuatan jijik seperti bangsa-bangsa lain. Mereka juga menajiskan Rumah Yehuwa+ di Yerusalem, ya, mereka menajiskan rumah yang telah disucikan oleh Tuhan.

15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

17 Jadi Tuhan menghantar raja orang Kasdim+ untuk menyerang mereka dan membunuh pemuda mereka dengan pedang+ di tempat suci.+ Raja itu tidak mengasihani orang yang tua dan yang uzur serta pemuda atau gadis.+ Tuhan menyerahkan semuanya ke dalam tangan raja itu.+ 18 Semua perkakas di rumah Tuhan yang benar, baik yang kecil mahupun yang besar, dibawa ke Babilon. Selain itu, benda-benda berharga di dalam Rumah Yehuwa dan harta milik raja dan milik para pemimpinnya juga dibawa ke sana.+ 19 Raja itu membakar rumah Tuhan yang benar,+ merobohkan tembok Yerusalem,+ membakar semua menara yang kukuh, dan menghancurkan segala sesuatu yang berharga.+ 20 Dia juga membawa semua orang yang tidak dibunuh dengan pedang+ ke Babilon sebagai tawanan. Di sana, mereka dipaksa menjadi hamba kepada dia+ dan anak-anaknya sehingga kerajaan Persia mula memerintah.+ 21 Hal ini akan berlanjutan sehingga negeri itu telah membayar balik tahun-tahun Sabatnya.+ Negeri itu akan dibiarkan tandus selama 70 tahun untuk memenuhi Sabat.+ Demikianlah firman Yehuwa yang disampaikan oleh Yeremia+ menjadi kenyataan.

22 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Yehuwa memastikan apa yang difirmankan oleh-Nya melalui Yeremia+ menjadi kenyataan. Yehuwa menggerakkan hati Raja Kores dari Persia untuk mengeluarkan satu perintah yang akan dicatat lalu diumumkan di seluruh kerajaannya.+ Perintah itu berbunyi: 23 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, dan semoga Yehuwa, Tuhannya, menyertainya.’”+

Atau “askar-askar berkuda.”

Atau “12,000 orang askar berkuda.”

Atau mungkin, “dibeli dari Mesir dan dari Kue. Para saudagar yang bekerja untuknya akan membeli kuda-kuda dari Kue,” barangkali merujuk kepada Kilikia.

Atau “menyucikan.”

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Harfiah, “20,000 kor.” Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “20,000 bath.” Lihat Lampiran B14.

Proses memisahkan buah daripada tangkai.

1 hasta berukuran 44.5 cm, tetapi “ukuran hasta yang lama” di ayat ini mungkin merujuk kepada hasta yang panjang yang berukuran 51.8 cm. Lihat Lampiran B14.

Unit ukurannya tidak diketahui.

Iaitu, kayu yang melintang pada bumbung rumah.

Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Lihat Lampiran B14.

Lihat Lampiran B14.

Iaitu, menghadap ke arah Bilik Suci.

Atau “selatan.”

Atau “utara.”

Maksudnya “Semoga Dia [iaitu, Yehuwa] Menetapkan.”

Mungkin bermaksud “Dengan Kekuatan.”

Lihat Lampiran B14.

Atau “diameternya.”

Atau “dan lilitannya.”

Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “3,000 bath.” Lihat Lampiran B14.

Atau “pedati untuk mengangkut air.”

Iaitu, Perayaan Pondok Daun.

Atau “Para imam daripada keturunan Lewi.”

Atau “seluruh sidang.” Lihat Kamus.

Lihat Lampiran B14.

Iaitu, sumpah yang membawa hukuman jika seseorang menipu atau tidak dapat memenuhinya.

Atau “membuat mereka rendah hati.”

Atau “kulapuk.”

Atau “tentang.”

Harfiah, “Semoga imam-imam-Mu memakai kain penyelamatan.”

Atau “membakar korban bakar dan korban-korban lain.”

Mungkin merujuk kepada orang Lewi.

Atau “pintu masuk kota Hamat.”

Lihat Kamus.

Iaitu, hari ke-8 selepas perayaan selama 7 hari, atau hari ke-15.

Harfiah, “mencabut.”

Atau “membina semula.”

Gelaran bagi raja Mesir.

Atau “dengan sempurna.”

Lihat Lampiran B14.

Lihat Kamus.

Atau “kata-kata.”

Lihat Lampiran B14.

Atau mungkin, “Raja Salomo memberi ratu itu segala yang diminta dan diingininya, serta memberinya hadiah yang sama nilainya dengan.”

Lihat Lampiran B14.

Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.

Lihat Lampiran B14.

Atau “12,000 orang penunggang kuda.”

Atau “para penatua.”

Harfiah, “memuja kambing.”

Atau “Habsyah.”

Harfiah, “perjanjian garam.”

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Atau “ulasan; huraian.”

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.

Atau “Habsyah.”

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Atau “mencari.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.

Atau “Pelihat.”

Atau “Habsyah.”

Atau “dapat memberikan bantuan.”

Atau “pelihat.”

Atau “pelihat.”

Atau “dia mengenakan pasung pada nabi itu.”

Nampaknya mereka membakar rempah-rempah, dan bukannya mayat Asa.

Lihat Kamus.

Atau “mengorbankan.”

Atau “menolak; menanduk.”

Atau “Seorang lelaki yang menyampaikan penglihatan Tuhan.”

Lihat Kamus.

Atau “telah mempersiapkan hati.”

Atau mungkin, “orang Meunim.”

Nampaknya merujuk kepada Laut Mati.

Atau “dia bertekad untuk mencari.”

Atau “wadi.”

Atau “dapat bertahan.”

Atau “Dataran Rendah.”

Harfiah, “memberkati.”

Maksudnya “Berkat.”

Harfiah, “bahawa Daud dan anak-anaknya akan sentiasa mempunyai sebuah pelita.”

Atau “melakukan pelacuran rohani.”

Atau “melakukan pelacuran rohani.”

Atau “membangkitkan semangat memberontak.”

Atau “Habsyah.”

Juga dipanggil Ahazia.

Harfiah, “anak perempuan.”

Sesetengah teks Ibrani menggunakan nama “Azarya.”

Atau “yang sakit.”

Harfiah, “anak lelaki.”

Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.

Atau mungkin, “sehingga mereka semua telah membayar cukai.”

Lihat Kamus.

Atau “menghidap banyak penyakit.”

Atau “anak.” Kata jamak mungkin digunakan untuk menunjukkan keunggulan Zakharia.

Atau “tulisan; huraian.”

Harfiah, “100 talenta.” Lihat Lampiran B14.

Atau “berlawan.”

Harfiah, “Tuanku.”

Harfiah, “khemah.”

Juga dipanggil Ahazia.

Harfiah, “400 hasta.” Lihat Lampiran B14.

Iaitu, bapanya Amazia.

Kemungkinan besar perigi-perigi ini digali di kawasan berbatu.

Atau “di dataran tinggi.”

Harfiah, “100 talenta.” Lihat Lampiran B14.

Harfiah, “10,000 kor.” Lihat Lampiran B14.

Lihat Kamus, “Gehena.”

Harfiah, “bersiul.”

Atau “untuk berehat.”

Iaitu, roti yang dipersembahkan.

Atau “seorang lelaki yang menyampaikan penglihatan Tuhan.”

Lihat Kamus.

Atau “Dia tidak akan memalingkan muka-Nya daripada.”

Atau “telah mempersiapkan hati.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “berpegang erat pada.”

Atau “bilik-bilik makan.”

Ibrani, mil·loh’ʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.

Atau “dataran kota.”

Atau “membakar korban sehingga asap naik.”

Atau “tentang tanda.”

Lihat Kamus.

Atau “menyuruh anak-anak lelakinya melintasi api.”

Atau mungkin, “menangkap Manasye yang sedang bersembunyi di dalam lubang.”

Atau “wadi.”

Atau “tidak pernah menyimpang ke kanan atau ke kiri.”

Lihat Kamus.

Atau “membakar korban sehingga asap naik.”

Harfiah, “hatimu menjadi lembut.”

Atau “berdiri di tempatnya.”

Atau “membaharui.”

Atau “semua benda.”

Atau mungkin, “memanggang.”

Harfiah, “100 talenta perak dan 1 talenta emas.” Lihat Lampiran B14.

Mungkin, pada musim bunga.

Harfiah, “tempat kediaman-Nya.”

Harfiah, “disembuhkan.”

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi