PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 10 1A-24Y
  • 2 Samuel

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 2 Samuel
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
2 Samuel

BUKU SAMUEL YANG KEDUA

1 Selepas kematian Saul, Daud pulang setelah dia mengalahkan orang Amalek, dan dia tinggal di Ziklag+ selama dua hari. 2 Pada hari ketiga, seorang pemuda datang dari perkhemahan Saul. Pakaiannya sudah koyak rabak dan kepalanya ditaburi dengan tanah. Dia datang kepada Daud dan membongkok lalu bersujud ke tanah.

3 Daud bertanya, “Kamu datang dari mana?” Dia menjawab, “Aku telah melarikan diri dari perkhemahan orang Israel.” 4 Daud bertanya lagi, “Beritahulah aku, bagaimana keadaan di sana?” Pemuda itu menjawab, “Askar-askar Israel telah melarikan diri dari medan tempur. Banyak orang yang rebah dan mati. Saul dan anaknya Yonatan juga terkorban.”+ 5 Maka Daud bertanya kepada pemuda yang membawa berita itu, “Bagaimana kamu tahu bahawa Saul dan anaknya Yonatan sudah meninggal?” 6 Pemuda itu menjawab, “Kebetulan aku ada di Gunung Gilboa,+ dan aku nampak Saul bersandar pada tombaknya. Pada masa itu, kereta-kereta kuda dan pasukan berkuda mengejar baginda dan semakin mendekatinya.+ 7 Apabila Saul menoleh dan melihat aku, baginda memanggilku. Aku pun menjawab, ‘Ya, tuanku!’ 8 Baginda bertanya, ‘Kamu siapa?’ Aku menjawab, ‘Hamba ialah orang Amalek.’+ 9 Baginda berkata lagi, ‘Beta sedang menderita kesakitan, tetapi masih hidup. Marilah ke sini, dan bunuhlah beta.’ 10 Jadi aku pergi ke sisi baginda dan membunuhnya,+ kerana aku tahu bahawa baginda tentu mati setelah baginda jatuh dan cedera parah. Kemudian aku mengambil mahkota dari kepalanya dan gelang dari lengannya, lalu membawanya kepada tuan.”

11 Setelah mendengar hal itu, Daud mengoyakkan pakaiannya. Semua anak buahnya yang ada bersamanya juga berbuat demikian. 12 Mereka semua meraung, menangis, dan berpuasa+ sehingga petang kerana Saul, Yonatan, umat Yehuwa, dan bangsa Israel+ telah dibunuh dengan pedang.

13 Daud bertanya kepada pemuda itu, “Kamu berasal dari mana?” Pemuda itu menjawab, “Aku keturunan orang Amalek yang tinggal di Israel sebagai orang asing.” 14 Daud berkata kepadanya, “Berani kamu bunuh dia dengan tanganmu! Dia raja yang diurapi oleh Yehuwa!”+ 15 Daud memanggil salah seorang anak buahnya dan berkata, “Datanglah ke sini, dan bunuhlah dia.” Maka anak buahnya menikam orang itu, dan dia pun mati.+ 16 Daud berkata kepadanya, “Kamu bertanggungjawab atas kematianmu sendiri, kerana kamu sendiri telah mengakui bahawa kamu membunuh raja yang diurapi oleh Yehuwa.”+

17 Kemudian Daud menyanyikan lagu untuk meratapi kematian Saul dan anaknya, Yonatan.+ 18 Lagu itu bertajuk “Busur,” dan dicatatkan dalam buku Yasar.+ Daud juga mengarahkan agar lagu itu diajarkan kepada orang Yehuda. Lagu itu berbunyi:

19 “Wahai Israel, orang yang mulia gugur di tempat-tempatmu yang tinggi.+

Betapa banyaknya pahlawanmu yang telah gugur!

20 Jangan sebarkan berita ini di Gat;+

Jangan umumkannya di jalan-jalan Askelon,

Agar gadis-gadis orang Filistin tidak bersukacita,

Dan agar gadis-gadis daripada bangsa yang tidak bersunat itu tidak bergembira.

21 Wahai gunung-ganang Gilboa,+

Tiada hujan atau embun yang akan membasahimu,

Padang rumputmu juga tidak akan menghasilkan persembahan suci untuk Tuhan,+

Kerana di situlah perisai milik para pahlawan diaibkan;

Perisai milik Saul tidak lagi diurapi dengan minyak.

22 Busur Yonatan+ dan pedang Saul+

Berlumuran dengan darah musuh dan menikam tubuh* musuh yang perkasa;

Busur dan pedang mereka tidak pernah gagal.

23 Saul dan Yonatan,+ orang yang dikasihi dan disayangi sepanjang hayat mereka,

Kematian pun tidak dapat memisahkan mereka.+

Mereka lebih pantas daripada burung helang,+

Dan lebih gagah daripada singa.+

24 Wahai gadis-gadis Israel, ratapilah Saul.

Dia telah mengenakan pakaian merah marak dan perhiasan yang indah pada kamu,

Dia telah menghiasi pakaian kamu dengan emas.

25 Pahlawan yang gagah tumpas di medan tempur!

Yonatan dibunuh dan terlantar di tempatmu yang tinggi!+

26 Wahai saudaraku Yonatan, aku amat sedih dengan pemergianmu.

Aku sangat mengasihimu.+

Kasih* yang kamu tunjukkan kepadaku lebih mulia daripada kasih seorang wanita.+

27 Pahlawan yang gagah sudah tumpas

Dan senjata-senjata perang telah lenyap!”

2 Selepas itu, Daud bertanya kepada Yehuwa,+ “Haruskah aku pergi ke salah sebuah kota di Yehuda?” Yehuwa menjawab, “Ya, pergilah.” Daud bertanya lagi, “Ke manakah aku harus pergi?” Tuhan menjawab, “Hebron.”+ 2 Maka Daud pergi ke kota itu bersama dua orang isterinya, iaitu Ahinoam+ dari Yizreel, dan Abigail,+ balu Nabal dari Karmel. 3 Daud juga membawa anak buahnya+ dan keluarga mereka masing-masing. Mereka semua tinggal di kota-kota di sekitar Hebron. 4 Kemudian orang Yehuda pergi kepada Daud. Mereka mengurapinya dan menjadikannya raja orang Yehuda.+

Mereka berkata kepada Daud, “Orang Yabes-gilead telah mengebumikan Saul.” 5 Daud pun menghantar utusan kepada orang Yabes-gilead dengan pesanan berikut: “Semoga Yehuwa memberkati kamu, kerana kamu telah menunjukkan kasih dan kesetiaan kepada tuanmu, Saul, dengan mengebumikan mayatnya.+ 6 Semoga Yehuwa menunjukkan kasih* dan kesetiaan kepada kamu. Beta juga akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.+ 7 Hendaklah kamu kuat dan berani! Tuanmu Saul telah meninggal, tetapi orang Yehuda telah mengurapi beta dan menjadikan beta raja.”

8 Abner+ anak Ner, iaitu ketua tentera Saul, telah membawa anak Saul, Ish-boset,+ ke Mahanaim,+ yang terletak di seberang sungai. 9 Dia telah menjadikan Ish-boset raja atas Gilead,+ Yizreel,+ Efraim,+ Benyamin, orang Ashuri, dan seluruh negeri Israel. 10 Ish-boset berumur 40 tahun semasa dia menjadi raja Israel, dan dia memerintah selama dua tahun. Meskipun demikian, orang Yehuda tetap berpihak kepada Daud.+ 11 Daud memerintah di Hebron sebagai raja orang Yehuda selama tujuh tahun setengah.+

12 Pada suatu hari, Abner anak Ner dan askar-askar Ish-boset bertolak dari Mahanaim+ dan pergi ke Gibeon.+ 13 Yoab+ anak Zeruya+ dan askar-askar Daud juga pergi ke Gibeon. Mereka semua bertemu di tepi kolam. Abner dan pasukannya duduk di satu sisi kolam, sedangkan Yoab dan pasukannya duduk di sisi yang lain. 14 Akhirnya, Abner berkata kepada Yoab, “Marilah kita suruh pemuda-pemuda kita bertarung* di hadapan kita.” Yoab menjawab, “Ya, baiklah.” 15 Maka kedua-dua pasukan memilih beberapa orang pemuda: 12 orang daripada suku Benyamin dan Ish-boset, dan 12 orang daripada askar-askar Daud. Para pemuda itu pun bangun dan pergi bertarung. 16 Mereka saling mencengkam kepala dan menikam satu sama lain dengan pedang, sehingga mereka semua jatuh ke tanah. Itulah sebabnya tempat di Gibeon itu dinamakan Helkat-hazurim.

17 Pertempuran berlangsung dengan sangat sengit pada hari itu. Akhirnya, Abner dan askar-askar Israel dikalahkan oleh askar-askar Daud. 18 Tiga orang anak lelaki Zeruya,+ iaitu Yoab,+ Abisai,+ dan Asael,+ juga berada di sana. Asael dapat berlari sepantas kijang liar. 19 Asael terus mengejar Abner tanpa henti. 20 Abner menoleh ke belakang dan bertanya, “Kamukah itu Asael?” “Ya,” jawabnya. 21 Kemudian Abner berkata, “Jangan kejar aku! Pergilah tangkap salah seorang pemuda, dan ambillah apa-apa saja daripadanya untuk dirimu.” Tetapi Asael terus mengejar dia. 22 Sekali lagi, Abner berkata kepada Asael, “Jangan kejar aku lagi! Jangan paksa aku bunuh kamu! Bagaimana aku dapat berhadapan muka dengan abangmu Yoab nanti?” 23 Tetapi Asael enggan berhenti. Oleh itu, Abner menusuk perut Asael dengan hujung tombaknya+ sehingga tombak itu tembus ke belakang Asael. Asael pun jatuh ke tanah dan mati dengan serta-merta. Semua orang yang sampai ke tempat dia terlentang itu berhenti dan berdiri di situ.

24 Kemudian Yoab dan Abisai pergi mengejar Abner. Sewaktu matahari terbenam, mereka tiba di Bukit Ama, yang berhadapan dengan Giah, di jalan yang menuju ke padang belantara Gibeon. 25 Di sana, orang Benyamin berkumpul dan mengikuti Abner. Mereka membentuk sebuah pasukan dan mengambil kedudukan di atas puncak sebuah bukit. 26 Abner berseru kepada Yoab, “Haruskah pedang kita terus mendahagakan darah? Tidakkah kamu tahu bahawa semua ini hanya akan membawa kepahitan? Berapa lama lagi kamu akan menunggu sebelum mengarahkan anak buahmu berhenti memburu saudara-saudara mereka?” 27 Oleh itu, Yoab menjawab, “Demi Tuhan benar yang hidup, aku bersumpah bahawa jika kamu tidak berkata demikian, tentu anak buahku akan terus mengejar saudara-saudara mereka sehingga esok pagi.” 28 Maka Yoab meniup trompet, lalu anak buahnya berhenti mengejar orang Israel dan mereka tidak berperang lagi.

29 Sepanjang malam, Abner dan anak buahnya berjalan melalui Araba,+ dan menyeberangi Sungai Yordan. Lalu mereka merentasi sebuah lembah* sehingga mereka tiba di Mahanaim.+ 30 Apabila Yoab berhenti mengejar Abner, dia mengumpulkan semua anak buahnya. Dia mendapati bahawa selain Asael, sebanyak 19 orang askar Daud terkorban. 31 Tetapi askar-askar Daud berjaya mengalahkan orang Benyamin dan anak buah Abner, dan membunuh 360 orang dalam kalangan mereka. 32 Mayat Asael+ dikebumikan di kuburan bapanya di Betlehem.+ Kemudian Yoab dan anak buahnya meneruskan perjalanan mereka pada waktu malam. Mereka tiba di Hebron+ semasa matahari terbit.

3 Pertempuran antara keluarga Saul dengan keluarga Daud terus berlarutan. Keluarga Daud semakin kuat,+ manakala keluarga Saul semakin lemah.+

2 Sepanjang masa itu, Daud mendapat beberapa orang anak lelaki di Hebron.+ Anak sulungnya ialah Amnon,+ yang dilahirkan oleh Ahinoam+ dari Yizreel. 3 Anak keduanya ialah Kileab, yang dilahirkan oleh Abigail,+ balu Nabal dari Karmel. Anak ketiganya ialah Absalom,+ yang dilahirkan oleh Maakha, iaitu anak Raja Talmai+ dari Gesur. 4 Anak keempatnya ialah Adonia,+ yang dilahirkan oleh Hagit. Anak kelimanya ialah Shefatiya, yang dilahirkan oleh Abital. 5 Anak keenamnya ialah Itream, yang dilahirkan oleh Egla. Mereka semua ialah anak-anak lelaki Daud yang telah dilahirkan di Hebron.

6 Pertempuran antara keluarga Saul dengan keluarga Daud terus berlangsung. Pada masa yang sama, Abner+ terus berusaha supaya pengaruhnya dalam keluarga Saul menjadi semakin kuat. 7 Saul mempunyai seorang gundik yang bernama Rizpa,+ iaitu anak perempuan Aya. Pada suatu hari, Ish-boset+ berkata kepada Abner, “Mengapakah kamu meniduri gundik ayahanda beta?”+ 8 Abner menjadi sangat marah dengan pertanyaan Ish-boset. Abner berkata, “Adakah hamba ini anjing orang Yehuda? Selama ini, hamba menunjukkan kasih setia kepada keluarga Saul, saudara-saudaranya, dan sahabat-sahabatnya. Hamba tidak mengkhianati tuanku dan menyerahkan tuanku ke dalam tangan Daud. Jadi sekarang, mengapakah tuanku mempersoalkan tindakan hamba sehubungan dengan seorang wanita? 9 Biarlah Tuhan menghukum hamba dengan seberat-beratnya jika hamba tidak bertindak selaras dengan apa yang telah dijanjikan oleh Yehuwa kepada Daud.+ 10 Tuhan telah berjanji bahawa Dia akan mengambil kuasa pemerintahan Saul dan keturunannya lalu memberikannya kepada Daud. Daud akan memerintah Israel dan Yehuda, dari Dan ke Beer-syeba.”+ 11 Ish-boset begitu takut terhadap Abner sehingga dia tidak berani berkata apa-apa.+

12 Abner segera menghantar utusan kepada Daud dengan pesanan berikut: “Siapakah pemilik tanah ini?” Dia menyambung, “Jika tuanku membuat perjanjian dengan hamba, hamba akan menyertai tuanku. Hamba juga akan berusaha dengan sedaya upaya agar semua orang Israel berpihak kepada tuanku.”+ 13 Daud menjawab, “Baiklah! Beta akan membuat perjanjian dengan kamu. Tetapi beta ada satu syarat: Jika kamu ingin menghadap beta, kamu mesti membawa Mikhal,+ anak perempuan Saul, kepada beta terlebih dahulu.” 14 Kemudian Daud menghantar utusan kepada Ish-boset+ anak Saul dengan pesanan berikut: “Pulangkanlah Mikhal, isteri beta. Beta telah membayar 100 kulit khatan orang Filistin untuk mengahwininya.”+ 15 Maka Ish-boset menyuruh orang untuk mengambil Mikhal daripada suaminya, iaitu Paltiel+ anak Lais. 16 Paltiel terus mengikut isterinya sambil menangis sehingga mereka sampai di Bahurim.+ Kemudian Abner berkata kepadanya, “Sudahlah, pulang saja!” Dia pun pulang.

17 Abner menghantar pesanan berikut kepada para pemimpin orang Israel: “Sudah lama sekali kamu ingin Daud menjadi raja kamu. 18 Sekaranglah masanya untuk bertindak, kerana Yehuwa telah berfirman kepada Daud, ‘Melalui hamba-Ku Daud,+ Aku akan menyelamatkan umat-Ku Israel daripada tangan orang Filistin dan tangan semua musuh mereka.’” 19 Selepas itu, Abner bercakap dengan orang Benyamin.+ Dia juga pergi ke Hebron untuk bercakap dengan Daud dan memberitahunya apa yang telah dipersetujui oleh orang Israel dan semua orang Benyamin.

20 Sewaktu Abner dan 20 orang anak buahnya pergi ke Hebron untuk berjumpa dengan Daud, Daud menyediakan jamuan untuk mereka. 21 Abner berkata kepada Daud, “Benarkanlah hamba mengumpulkan semua orang Israel agar mereka dapat membuat perjanjian dengan tuanku, dan tuanku akan memerintah seluruh bangsa Israel.”* Maka Daud membiarkan Abner pergi dengan damai, dan Abner pun bertolak dari situ.

22 Anak buah Daud dan Yoab baru pulang setelah menyerang musuh, dan mereka membawa banyak barang jarahan. Ketika itu, Abner tidak lagi bersama dengan Daud di Hebron kerana Daud telah membiarkan dia pergi dengan damai. 23 Apabila Yoab+ dan semua askar yang bersamanya tiba, Yoab diberitahu bahawa Abner+ anak Ner+ telah menghadap raja, dan raja membiarkannya pergi dengan damai. 24 Oleh itu, Yoab pergi menghadap raja dan berkata, “Apakah yang telah tuanku lakukan? Abner datang menghadap tuanku. Mengapa pula tuanku membiarkan dia pergi begitu saja? 25 Tuanku bukannya tidak kenal dia! Dia datang ke sini untuk menipu tuanku, dan untuk mengetahui setiap gerak-geri serta segala perbuatan tuanku.”

26 Yoab meninggalkan Daud lalu menghantar utusan kepada Abner. Mereka membawanya kembali dari perigi Sira tanpa diketahui oleh Daud. 27 Apabila Abner sampai di Hebron,+ Yoab membawanya ke pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap dengan Abner secara peribadi. Tiba-tiba dia menikam perut Abner sehingga Abner mati.+ Dia berbuat demikian kerana Abner telah membunuh adiknya Asael.+ 28 Apabila Daud mendengar tentang hal itu, dia berkata, “Yehuwa tahu bahawa beta dan rakyat beta memang tidak bersalah+ atas kematian Abner anak Ner. 29 Biarlah Yoab dan seisi rumahnya dihukum.+ Biarlah keluarga Yoab sentiasa ada lelaki yang mengeluarkan lelehan daripada kemaluannya,+ atau menghidap penyakit kusta,+ atau lumpuh,* atau dibunuh dengan pedang, atau kekurangan makanan!”+ 30 Demikianlah Yoab dan Abisai+ membunuh Abner+ kerana Abner telah membunuh adik mereka Asael dalam pertempuran+ di Gibeon.

31 Daud berkata kepada Yoab dan semua orang yang ada bersamanya, “Koyakkanlah pakaian kamu dan kenakanlah kain guni lalu ratapilah kematian Abner.” Raja Daud berjalan di belakang usungan yang membawa mayat Abner. 32 Abner dikebumikan di Hebron, dan raja menangis dengan kuat sekali di depan kubur Abner. Semua orang turut menangis. 33 Raja meratapi kematian Abner dengan lagu berikut:

“Wahai Abner, mengapakah kamu harus mati seperti orang bodoh?

34 Tanganmu tidak diikat,

Dan kakimu tidak dirantai.*

Kamu mati seperti orang yang dibunuh oleh penjenayah.”+

Kemudian semua orang meratapi kematian Abner sekali lagi.

35 Sementara hari masih siang, semua orang datang dan memberi Daud roti untuk menghiburkan hatinya.* Tetapi dia bersumpah, “Biarlah Tuhan menghukum beta dengan seberat-beratnya jika beta makan roti atau apa-apa pun sebelum matahari terbenam!”+ 36 Semua orang memperhatikan tindakan raja, dan mereka senang hati. Ya, apa sahaja yang dilakukan oleh raja menyenangkan hati mereka. 37 Pada hari itu, semua pengikut Daud dan seluruh bangsa Israel tahu bahawa raja tidak bersalah atas kematian Abner anak Ner.+ 38 Kemudian raja berkata kepada para pegawainya, “Ketahuilah bahawa pada hari ini, seorang pemimpin yang gagah telah mati di Israel.+ 39 Meskipun beta diurapi dan dijadikan raja,+ beta masih lemah. Anak-anak lelaki Zeruya+ terlalu kejam bagi beta.+ Semoga Yehuwa menjatuhkan hukuman yang setimpal atas orang yang melakukan perbuatan jahat itu.”+

4 Apabila anak Saul, Ish-boset,+ mendengar bahawa Abner sudah meninggal di Hebron,+ dia menjadi sangat takut* dan semua orang Israel pun gentar. 2 Baanah dan Rekhab ialah dua orang lelaki yang memimpin kumpulan-kumpulan perompak milik Ish-boset. Mereka berdua ialah anak lelaki Rimon, orang Beerot daripada suku Benyamin. (Beerot+ pernah menjadi sebahagian daripada kawasan suku Benyamin. 3 Orang Beerot melarikan diri ke Gitaim+ dan tinggal di sana sebagai orang asing sehingga hari ini.)

4 Yonatan+ anak Saul mempunyai seorang anak lelaki yang tempang.+ Anak itu bernama Mefiboset.+ Mefiboset berusia lima tahun apabila orang membawa berita dari Yizreel+ tentang kematian Saul dan Yonatan. Pada waktu itu, pengasuh Mefiboset mendukung Mefiboset lalu melarikan diri. Tetapi kerana dia kelam-kabut, Mefiboset terjatuh lalu menjadi tempang.

5 Rekhab dan Baanah, iaitu anak-anak lelaki Rimon dari Beerot, pergi ke rumah Ish-boset. Mereka tiba di sana ketika hari panas terik, dan Ish-boset sedang tidur. 6 Rekhab dan Baanah+ berpura-pura masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil gandum. (Tetapi mereka menikam perut Ish-boset lalu melarikan diri.) 7 Ketika mereka masuk ke dalam rumah itu, Ish-boset sedang berbaring di dalam biliknya. Mereka menikam dia sampai mati lalu memenggal kepalanya. Kemudian mereka mengambil kepalanya dan berjalan sepanjang malam menggunakan jalan yang menuju ke Araba. 8 Akhirnya, mereka sampai di Hebron dan memberikan kepala Ish-boset+ kepada Daud. Mereka berkata kepadanya, “Inilah kepala Ish-boset anak Saul, musuh tuanku+ yang mencuba membunuh tuanku.+ Pada hari ini, Yehuwa telah melakukan pembalasan terhadap Saul dan keturunannya bagi pihak tuanku.”

9 Daud berkata kepada Rekhab dan Baanah, iaitu anak-anak lelaki Rimon, orang Beerot itu, “Beta bersumpah demi Yehuwa yang hidup, Tuhan yang telah menyelamatkan beta daripada segala kesusahan.+ 10 Dahulu ada orang berkata kepada beta, ‘Saul telah mati.’+ Orang itu menyangka bahawa dia membawa berita baik, tetapi beta menangkapnya dan membunuhnya+ di Ziklag. Itulah upah yang beta berikan kepadanya! 11 Apalagi kamu, alangkah jahatnya perbuatan kamu! Kamu membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah semasa dia sedang tidur di rumahnya sendiri. Beta akan menuntut darahnya daripada tangan kamu,+ dan menghapuskan kamu dari muka bumi!” 12 Daud memberikan perintah kepada anak buahnya untuk membunuh mereka berdua.+ Tangan dan kaki mereka dipotong dan mayat mereka digantungkan+ dekat kolam di Hebron. Kepala Ish-boset diambil lalu dikuburkan di dalam kubur Abner di Hebron.

5 Beberapa lama kemudian, semua suku Israel pergi kepada Daud di Hebron+ dan berkata kepadanya, “Hamba sekalian ialah darah daging* tuanku.+ 2 Semasa Saul menjadi raja kami, tuankulah yang telah memimpin orang Israel dalam peperangan.+ Yehuwa telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkau akan menggembala umat-Ku Israel, dan engkau akan memimpin mereka.’”+ 3 Oleh itu, semua pemimpin orang Israel pergi kepada Raja Daud di Hebron, dan dia membuat perjanjian dengan mereka+ di hadapan Yehuwa. Kemudian mereka mengurapi Daud dan menjadikannya raja Israel.+

4 Daud berumur 30 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 40 tahun.+ 5 Di Hebron, dia menjadi raja atas Yehuda selama 7 tahun dan 6 bulan, dan di Yerusalem,+ dia menjadi raja atas seluruh Israel dan Yehuda selama 33 tahun. 6 Raja Daud dan anak buahnya bertolak ke Yerusalem untuk menyerang orang Yebus+ yang tinggal di negeri itu. Mereka mencabar Daud dengan berkata, “Tidak mungkin kamu dapat masuk ke sini! Bahkan orang buta dan tempang akan mengusir kamu.” Mereka menyangka Daud pasti tidak datang ke situ.+ 7 Tetapi Daud menakluki kubu mereka di Sion, dan kini kubu itu dinamakan Kota Daud.+ 8 Pada hari itu, Daud berkata, “Masuklah melalui terowong air untuk menyerang orang Yebus. Seranglah semua orang, termasuk ‘orang yang tempang dan buta’! Beta membenci mereka!” Itulah sebabnya ada orang berkata, “Orang yang buta dan tempang tidak akan memasuki rumah itu sama sekali.” 9 Daud mula tinggal di kubu itu, dan kubu itu dinamakan* Kota Daud. Dia mendirikan tembok dan bangunan-bangunan di tempat perlindungan* itu+ dan kawasan sekelilingnya.+ 10 Daud menjadi semakin kuat+ dan dia disertai Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga.+

11 Hiram,+ raja Tirus, menghantar utusan kepada Daud. Dia juga menghantar kayu sedar,+ tukang kayu, dan tukang batu untuk mendirikan tembok. Mereka semua mula membina sebuah istana* untuk Daud.+ 12 Daud pun sedar bahawa Yehuwa telah mengukuhkan kedudukannya sebagai raja Israel,+ dan Dia telah menguatkan kerajaan Daud+ demi umat-Nya Israel.+

13 Selepas Daud berpindah dari Hebron ke Yerusalem, dia mempunyai lebih banyak gundik+ dan isteri. Maka bertambahlah anak lelaki dan anak perempuannya.+ 14 Inilah nama anak-anaknya yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan,+ Salomo,+ 15 Ibhar, Elisua, Nefeg, Yafia, 16 Elisama, Eliada, dan Elifelet.

17 Apabila orang Filistin mendengar bahawa Daud sudah dilantik menjadi raja Israel,+ mereka semua datang untuk menyerangnya.+ Daud mendengar tentang hal itu lalu dia pun pergi ke sebuah tempat untuk berlindung.+ 18 Ketika orang Filistin tiba, mereka menduduki seluruh Lembah* Refaim.+ 19 Daud bertanya kepada Yehuwa,+ “Haruskah aku melawan orang Filistin? Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Yehuwa berfirman kepada Daud, “Ya pergilah, kerana Aku pasti akan menyerahkan orang Filistin ke dalam tanganmu.”+ 20 Oleh itu, Daud pergi ke Baal-perasim dan mengalahkan mereka di sana. Lalu dia berkata, “Seperti tembok yang hancur dirempuh air, musuh-musuhku telah dimusnahkan oleh Yehuwa+ di hadapanku.” Itulah sebabnya dia menamakan tempat itu Baal-perasim.*+ 21 Orang Filistin meninggalkan patung-patung berhala mereka di sana, lalu Daud dan anak buahnya mengambil dan memusnahkan patung-patung itu.

22 Selepas beberapa waktu, orang Filistin datang sekali lagi lalu menduduki seluruh Lembah* Refaim.+ 23 Daud meminta petunjuk Yehuwa tetapi Dia menjawab, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.* 24 Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, janganlah teragak-agak untuk menyerang mereka. Hal ini demikian kerana Aku, Yehuwa, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.” 25 Daud melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa, dan dia mengalahkan orang Filistin+ dari Geba+ sampai ke Gezer.+

6 Sekali lagi, Daud mengumpulkan semua askar yang terbaik di Israel. Mereka berjumlah 30,000 orang. 2 Kemudian Daud dan semua orang yang ada bersamanya pergi ke Baale-yehuda untuk mengambil tabut Tuhan yang benar.+ Orang menyeru nama Yehuwa di hadapan tabut itu. Ya, Dialah ketua angkatan syurga+ yang bertakhta di atas* kerub.*+ 3 Mereka mengambil tabut itu dari rumah Abinadab,+ yang terletak di atas bukit, dan meletakkannya di atas sebuah kereta lembu+ yang baharu. Lalu Uzah dan Ahio, iaitu anak-anak lelaki Abinadab, mengiringi kereta lembu itu.

4 Ahio berjalan di hadapan tabut itu. Demikianlah mereka membawa tabut Tuhan yang benar dari rumah Abinadab, yang terletak di atas bukit. 5 Daud dan semua orang Israel sedang berpesta di hadapan Yehuwa dengan memainkan pelbagai jenis alat muzik yang diperbuat daripada kayu juniper. Terdapat juga kecapi, alat-alat muzik bertali,+ tamborin,+ simbal,+ dan alat muzik yang lain. 6 Tetapi apabila mereka sampai di tempat mengirik* gandum Nakon, lembu-lembu itu hampir menyebabkan tabut itu terjatuh. Maka Uzah menghulurkan tangannya dan memegang+ tabut Tuhan yang benar. 7 Yehuwa menjadi sangat murka terhadap Uzah dan membunuhnya.+ Uzah mati di sebelah tabut Tuhan yang benar kerana tindakannya melanggar hukum Tuhan.+ 8 Tetapi Daud marah* kerana Yehuwa melepaskan kemurkaan-Nya terhadap Uzah. Itulah sebabnya tempat itu dipanggil Perez-uzah* sehingga hari ini. 9 Pada hari itu, Daud menjadi takut akan Yehuwa+ dan dia berkata, “Bagaimanakah tabut Yehuwa dapat dibawa ke kota beta?”+ 10 Daud tidak mahu lagi membawa tabut Yehuwa ke Kota Daud,+ tempat tinggalnya. Sebaliknya, dia membawa tabut itu ke rumah Obed-edom,+ seorang penduduk Gat.*

11 Tabut Yehuwa diletakkan di rumah Obed-edom selama tiga bulan, dan Yehuwa terus memberkati Obed-edom dan seisi rumahnya.+ 12 Raja Daud menerima laporan bahawa Yehuwa telah memberkati seisi rumah Obed-edom dan segala harta miliknya kerana tabut Tuhan yang benar ada di situ. Oleh itu, Daud pergi ke rumah Obed-edom dengan gembira untuk membawa tabut itu ke Kota Daud.+ 13 Apabila orang yang mengangkat+ tabut Yehuwa melangkah maju enam langkah, Daud mengorbankan seekor lembu jantan dan seekor binatang yang gemuk.

14 Daud menari-nari di hadapan Yehuwa dengan penuh semangat. Pada waktu itu, dia memakai efod*+ yang diperbuat daripada kain linen. 15 Daud dan semua orang Israel membawa tabut+ Yehuwa sambil bersorak-sorai+ dan meniup tanduk.*+ 16 Tetapi semasa tabut Yehuwa dibawa masuk ke Kota Daud, anak perempuan Saul, iaitu Mikhal,+ melihat ke luar jendelanya dan nampak Raja Daud melompat-lompat dan menari-nari untuk menghormati Yehuwa. Jadi Mikhal mula menghina Daud dalam hatinya.+ 17 Tabut Yehuwa diletakkan di tempat yang telah disediakan oleh Daud, di dalam khemah yang didirikannya.+ Kemudian Daud mempersembahkan korban bakar+ dan korban pendamaian+ kepada Yehuwa.+ 18 Setelah Daud berbuat demikian, dia memberkati semua rakyat atas nama Yehuwa, ketua angkatan syurga. 19 Dia juga mengedarkan makanan kepada semua orang Israel. Dia memberikan seketul roti berbentuk gelang, sekeping kuih kurma, dan sekeping kuih kismis kepada setiap lelaki dan perempuan. Sesudah itu, semua orang pulang ke rumah masing-masing.

20 Apabila Daud kembali untuk memberkati seisi rumahnya, Mikhal+ keluar berjumpa dengannya dan berkata, “Betapa mulianya raja Israel pada hari ini! Raja telah bertelanjang di hadapan hamba-hamba perempuan milik para pegawainya, sama seperti orang bodoh yang menanggalkan pakaian di hadapan umum!”+ 21 Daud menjawab, “Beta sedang berpesta untuk Yehuwa. Dia telah menolak bapamu dan seluruh keluarganya, lalu memilih beta untuk memimpin umat Yehuwa, orang Israel.+ Itulah sebabnya beta akan terus berpesta untuk Yehuwa. 22 Beta sanggup dipandang rendah, dan akan menjadikan diri beta lebih hina daripada ini. Tetapi hamba-hamba perempuan yang kamu sebutkan tadi pasti akan memuliakan beta.” 23 Oleh itu, Mikhal,+ anak perempuan Saul, tidak mempunyai anak seumur hidupnya.

7 Raja Daud sudah tinggal di dalam istananya.+ Yehuwa memberinya kedamaian, dan musuh-musuh di sekelilingnya tidak lagi menyerang negerinya. 2 Maka raja berkata kepada Nabi Natan,+ “Beta tinggal di dalam istana* yang diperbuat daripada kayu sedar,+ sedangkan tabut Tuhan yang benar diletakkan di dalam khemah yang diperbuat daripada kain.”+ 3 Natan berkata kepada raja, “Lakukanlah apa saja yang tuanku inginkan kerana Yehuwa menyertai tuanku.”+

4 Tetapi pada malam itu juga Yehuwa berfirman kepada Natan, 5 “Pergilah kepada hamba-Ku Daud, dan katakanlah kepadanya, ‘Inilah firman Yehuwa: “Adakah engkau ingin membina sebuah rumah untuk Kudiami?+ 6 Sejak Aku menyelamatkan orang Israel dari Mesir sehingga hari ini, Aku tidak pernah tinggal di dalam sebuah rumah.+ Aku telah berpindah-randah dan tinggal di dalam khemah.+ 7 Sepanjang masa Aku bersama bangsa Israel, pernahkah Aku bertanya, ‘Mengapakah kamu tidak mendirikan rumah daripada kayu sedar untuk-Ku?’ Pernahkah Aku menanyakan hal itu kepada para ketua puak yang telah Aku lantik untuk menggembala umat-Ku Israel?”’ 8 Beritahulah hamba-Ku Daud, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Dahulu engkau menjaga ternakan di padang rumput,+ tetapi Aku telah mengambil engkau dan menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.+ 9 Aku akan menyertai engkau ke mana saja engkau pergi.+ Aku akan menyingkirkan semua musuhmu dari hadapanmu.+ Aku akan memasyhurkan namamu,+ seperti orang kenamaan yang ada di bumi. 10 Aku akan memilih sebuah tempat untuk umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana. Mereka akan tinggal di sana tanpa gangguan, dan orang jahat tidak akan menindas mereka lagi.+ 11 Sejak Aku melantik hakim-hakim+ atas umat-Ku Israel, mereka telah ditindas, tetapi Aku akan memastikan bahawa engkau tidak akan diganggu oleh musuh-musuhmu lagi.+

“‘“Yehuwa juga memberitahu engkau bahawa Yehuwa akan menjadikan keluargamu keturunan diraja.*+ 12 Apabila engkau sampai di akhir hayatmu+ dan engkau meninggal, Aku akan melantik keturunanmu sebagai raja. Ya, Aku akan melantik anakmu, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.+ 13 Anak itulah yang akan membina sebuah rumah untuk memuliakan nama-Ku,+ dan Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya buat selama-lamanya.+ 14 Aku akan menjadi bapanya, dan dia akan menjadi anak-Ku.+ Apabila dia berbuat salah, Aku akan membetulkan kesalahannya dengan tongkat, seperti tongkat yang digunakan oleh manusia. Aku akan menghukumnya dengan sebatan, seperti sebatan yang diberikan oleh anak-anak manusia.*+ 15 Aku akan terus menunjukkan kasih setia kepadanya, walaupun Aku pernah berhenti menunjukkan kasih setia kepada Saul,+ yang telah Aku singkirkan dari hadapanmu. 16 Keturunanmu akan tetap memerintah dan kerajaanmu akan kekal buat selama-lamanya. Ya, takhtamu akan kukuh buat selama-lamanya.”’”+

17 Natan memberitahu Daud kata-kata itu dan penglihatan itu.+

18 Kemudian Raja Daud duduk di hadapan Yehuwa dan berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, siapalah aku ini dan siapalah keluargaku sehingga Engkau begitu baik terhadap kami.+ 19 Malah Engkau ingin melakukan lebih banyak daripada semua itu, ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, kerana Engkau berfirman bahawa keturunan hamba-Mu ini akan wujud buat masa yang lama. Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Engkau telah memberikan perintah* ini kepada semua manusia. 20 Apa lagi yang dapat hamba-Mu ini katakan? Engkau mengetahui segala sesuatu tentangku,+ ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 21 Selaras dengan firman-Mu dan kehendak-Mu,* Engkau melakukan perbuatan-perbuatan besar ini dan menyingkapkan semuanya kepada hamba-Mu ini.+ 22 Itulah sebabnya Engkau sungguh agung,+ ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. Segala-gala yang telah kami dengar membuktikan bahawa Engkau tiada tandingan,+ dan tiada Tuhan yang lain selain Engkau.+ 23 Di seluruh bumi ini, tiada bangsa lain seperti umat-Mu Israel.+ Engkau telah menebus mereka dan menjadikan mereka umat-Mu.+ Engkau mengukir nama baik untuk diri-Mu+ dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang besar dan menakjubkan untuk mereka.+ Engkau mengusir bangsa-bangsa lain dan tuhan-tuhan mereka demi umat-Mu. Ya Tuhan, Engkau telah menyelamatkan* mereka dari Mesir untuk menjadi umat-Mu. 24 Engkau telah menjadikan Israel umat-Mu buat selama-lamanya.+ Ya Yehuwa, Engkau telah menjadi Tuhan mereka.+

25 “Ya Tuhan Yehuwa, tunaikanlah janji yang telah Engkau ucapkan berkenaan aku dan keturunanku untuk selama-lamanya. Semoga Engkau menepati apa yang telah Engkau janjikan.+ 26 Semoga nama-Mu diagungkan buat selama-lamanya,+ supaya orang berkata, ‘Yehuwa, ketua angkatan syurga, ialah Tuhan orang Israel.’ Semoga keluarga hamba-Mu ini teguh di hadapan-Mu.+ 27 Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga dan Tuhan orang Israel, Engkau telah menyingkapkan perkara ini kepadaku dengan berfirman, ‘Aku akan menjadikan keluargamu keturunan diraja.’+ Itulah sebabnya aku berani mengucapkan doa ini kepada-Mu. 28 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Engkaulah Tuhan yang benar, dan firman-Mu sentiasa benar.+ Engkau telah menjanjikan perkara-perkara baik ini untukku. 29 Oleh itu, semoga Engkau memberkati keturunanku supaya mereka memerintah di hadapan-Mu buat selama-lamanya.+ Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Engkau telah menjanjikan hal ini. Semoga Engkau memberkati keturunanku buat selama-lamanya.”+

8 Beberapa waktu kemudian, Daud melawan orang Filistin+ dan mengalahkan mereka,+ lalu dia mengambil kawasan Meteg-ama daripada mereka.

2 Selepas itu, Daud mengalahkan orang Moab.+ Dia menyuruh mereka berbaring di atas tanah lalu mengukur barisan mereka dengan tali. Dua pertiga daripada mereka dibunuh, dan satu pertiga dibiarkan hidup.+ Kemudian orang Moab menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya.+

3 Semasa Hadadezer anak Rehob, iaitu raja Zoba,+ sedang dalam perjalanan untuk memulihkan kekuasaannya di Sungai Efrat,+ Daud mengalahkannya. 4 Daud menawan 1,700 orang askar berkuda dan 20,000 orang askar yang berjalan kaki. Kemudian Daud melumpuhkan semua kuda, kecuali 100 ekor kuda yang menarik kereta kuda.+

5 Apabila orang Siria dari Damsyik+ datang untuk menolong Raja Hadadezer, Daud membunuh 22,000 orang Siria.+ 6 Kemudian dia menempatkan pasukan tenteranya di Damsyik, Siria. Orang Siria menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya. Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+ 7 Daud juga mengambil perisai-perisai emas yang berbentuk bulat daripada anak buah Hadadezer lalu membawa semuanya ke Yerusalem.+ 8 Raja Daud mengambil banyak tembaga dari kota Betah dan Berotai, iaitu kota-kota milik Hadadezer.

9 Raja Toi dari Hamat+ mendengar bahawa Daud telah mengalahkan seluruh tentera Hadadezer.+ 10 Oleh itu, dia mengutus anaknya Yoram untuk memberikan salam kepada Daud dan mengucapkan tahniah kerana Daud telah menyerang Hadadezer dan mengalahkannya. (Dahulu Hadadezer selalu berperang dengan Toi.) Selain itu, Yoram membawa barangan perak, emas, dan tembaga untuk Daud. 11 Raja Daud mentahbiskan semua hadiah itu dan mempersembahkannya kepada Yehuwa. Dia juga berbuat demikian dengan perak dan emas yang diambilnya daripada bangsa-bangsa yang telah dikalahkannya,+ iaitu 12 Siria, Moab,+ Ammon, Filistin,+ dan Amalek.+ Selain itu, dia mentahbiskan dan mempersembahkan barangan yang dirampas daripada Hadadezer+ anak Rehob, iaitu raja Zoba. 13 Daud menjadi semakin terkenal setelah dia kembali daripada membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Garam.+ 14 Dia menempatkan pasukan-pasukan tentera di Edom. Dia berbuat demikian di seluruh negeri Edom, dan semua orang Edom menjadi hamba Daud.+ Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+

15 Daud memerintah seluruh Israel,+ dan dia menegakkan keadilan dan kesaksamaan+ bagi semua rakyatnya.+ 16 Yoab+ anak Zeruya ialah ketua tentera, dan Yehosafat+ anak Ahilud ialah pencatat. 17 Zadok+ anak Ahitub dan Ahimelekh anak Abiatar ialah imam. Serayah ialah setiausaha. 18 Benaya+ anak Yehoyada ialah pemimpin orang Kreti dan orang Pleti.+ Anak-anak lelaki Daud ialah ketua-ketua menteri.*

9 Kemudian Daud berkata, “Adakah Saul mempunyai ahli keluarga lain yang masih hidup? Beta ingin menunjukkan kasih setia kepadanya demi Yonatan.”+ 2 Pada masa itu, ada seorang hamba keluarga Saul yang bernama Ziba.+ Dia disuruh menghadap Daud, dan Daud bertanya kepadanya, “Adakah kamu Ziba?” “Ya, tuanku,” jawabnya. 3 Raja terus bertanya, “Adakah Saul mempunyai ahli keluarga lain yang masih hidup? Sepertimana Tuhan menunjukkan kasih setia-Nya, demikian juga beta ingin menunjukkan kasih setia kepadanya.” Ziba menjawab, “Ada, tuanku. Orang itu ialah anak lelaki Yonatan. Kedua-dua belah kakinya cacat.”*+ 4 Raja pun bertanya, “Di mana dia?” Ziba menjawab, “Dia ada di Lo-debar, di rumah Makhir+ anak Amiel.”

5 Raja Daud segera mengutus orang ke rumah Makhir anak Amiel di Lo-debar untuk memanggilnya. 6 Maka Mefiboset anak Yonatan, cucu Saul, pun pergi menghadap Daud. Apabila dia nampak Daud, dia membongkok lalu bersujud ke tanah. Kemudian Daud berkata, “Mefiboset!” Dia menjawab, “Ya, tuanku.” 7 Daud berkata kepadanya, “Janganlah takut. Beta pasti akan menunjukkan kasih setia+ kepadamu demi ayahmu Yonatan. Beta akan mengembalikan kepadamu semua tanah yang dahulunya milik datukmu Saul. Kamu akan sentiasa makan di meja beta.”+

8 Mefiboset bersujud dan berkata, “Siapalah hamba ini. Hamba hanya seperti anjing mati.+ Mengapakah tuanku melayan hamba dengan begitu baik?” 9 Selepas itu, raja memanggil Ziba, iaitu hamba Saul, dan berkata kepadanya, “Segala milik Saul dan keluarganya akan beta berikan kepada cucunya, Mefiboset.+ 10 Kamu, anak-anakmu, dan hamba-hambamu akan mengusahakan tanahnya. Kamu akan mengumpulkan hasil tanah dan membekalkan makanan kepada keluarganya. Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.”+

Ziba mempunyai 15 orang anak lelaki dan 20 orang hamba.+ 11 Kemudian Ziba berkata kepada raja, “Hamba akan melakukan segala yang telah tuanku perintahkan.” Maka Mefiboset makan di meja Daud, seperti seorang anak raja. 12 Mefiboset mempunyai seorang anak lelaki. Namanya Mika,+ dan dia masih muda. Semua orang yang tinggal di rumah Ziba menjadi hamba Mefiboset. 13 Demikianlah Mefiboset, yang cacat kedua-dua belah kakinya itu,+ tinggal di Yerusalem dan dia selalu makan di meja raja.+

10 Beberapa waktu kemudian, raja orang Ammon+ meninggal, dan anak lelakinya Hanun menggantikannya sebagai raja.+ 2 Daud berkata, “Beta akan menunjukkan kasih setia kepada Hanun anak Nahas kerana bapanya telah menunjukkan kasih setia kepada beta.” Maka dia mengutus para pegawainya untuk menghiburkan hati Hanun. Tetapi apabila mereka sampai di Ammon, 3 para pemimpin Ammon berkata kepada Hanun, “Benarkah Daud menghantar utusannya untuk menghiburkan hati tuanku dan untuk menghormati ayahanda tuanku? Bukankah Daud mengutus mereka sebagai pengintip untuk memerhatikan kota ini supaya mereka dapat menakluki kita?” 4 Maka Hanun menangkap para utusan Daud lalu mencukur separuh daripada janggut+ mereka dan memotong pakaian mereka pada aras pinggang. Kemudian dia menyuruh mereka pergi. 5 Setelah mendengar hal ini, Daud segera menghantar orang untuk berjumpa dengan para utusan itu kerana mereka telah dimalukan dengan teruk. Dia mengirim pesanan ini kepada mereka: “Tinggallah di Yerikho+ sehingga janggut kamu tumbuh semula. Kemudian barulah kamu pulang.”

6 Orang Ammon mula sedar bahawa perbuatan mereka telah membuat Daud membenci mereka. Oleh itu, mereka mengutus orang untuk mengupah askar-askar orang Siria, iaitu 20,000 orang askar berjalan kaki dari Bet-rehob+ dan dari Zoba,+ dan 12,000 orang askar+ dari Istob.* Selain itu, mereka juga mengupah raja Maakha+ dengan 1,000 orang askarnya. 7 Setelah mendengar hal itu, Daud mengutus Yoab dan seluruh angkatan tenteranya, termasuk para pahlawannya yang paling gagah.+ 8 Orang Ammon mengatur barisan tentera di pintu gerbang kota, manakala orang Siria dari Zoba dan Rehob berada di padang bersama orang Istob* dan orang Maakha.

9 Apabila Yoab nampak bahawa mereka diserang dari depan dan belakang, dia memilih askar-askar Israel yang terbaik lalu mengatur barisan tentera untuk berhadapan dengan orang Siria.+ 10 Yoab menyerahkan askar-askar selebihnya kepada abangnya Abisai,+ supaya Abisai dapat mengatur barisan tentera untuk menyerang orang Ammon.+ 11 Kemudian Yoab berkata, “Jika orang Siria terlalu kuat bagiku, kamu harus datang menyelamatkan aku. Tetapi jika orang Ammon terlalu kuat bagimu, aku akan datang menyelamatkan kamu. 12 Jadilah kuat dan beranikanlah+ dirimu demi bangsa kita dan demi kota-kota Tuhan kita. Yehuwa akan melakukan apa yang baik di mata-Nya.”+

13 Yoab dan pasukannya mara untuk melawan orang Siria, tetapi orang Siria melarikan diri.+ 14 Apabila orang Ammon nampak orang Siria melarikan diri, mereka juga melarikan diri daripada Abisai dan masuk ke dalam kota. Setelah bertempur dengan orang Ammon, Yoab pulang ke Yerusalem.

15 Orang Siria sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, dan mereka berkumpul semula.+ 16 Maka Hadadezer+ memanggil orang Siria dari kawasan sungai.*+ Mereka pun datang ke Helam di bawah pimpinan Sobakh, ketua tentera Hadadezer.

17 Apabila Daud mendengar hal itu, dia segera mengumpulkan semua tentera Israel lalu menyeberangi Sungai Yordan dan pergi ke Helam. Di situ, orang Siria mengatur barisan tentera mereka dan pergi bertempur dengan Daud.+ 18 Tetapi orang Siria melarikan diri daripada orang Israel. Daud membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang penunggang kuda tentera Siria. Dia juga membunuh ketua tentera mereka, iaitu Sobakh, dan Sobakh meninggal di situ.+ 19 Apabila semua raja yang berkhidmat kepada Hadadezer sedar bahawa mereka telah dikalahkan oleh orang Israel, mereka cepat-cepat berdamai dengan orang Israel dan tunduk kepada mereka.+ Sejak itu, orang Siria tidak lagi berani membantu orang Ammon.

11 Pada awal tahun,* iaitu pada masa raja-raja biasanya pergi berperang, Daud mengutus Yoab, para pegawainya, dan seluruh tentera Israel untuk melenyapkan orang Ammon. Mereka mengepung Raba+ sementara Daud tinggal di Yerusalem.+

2 Pada suatu petang,* Daud bangun daripada tidur dan pergi berjalan-jalan di atas bumbung istananya. Dari situ, dia nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik. 3 Daud menyuruh orang menanyakan siapa wanita itu. Orang itu menjawab, “Wanita itu ialah Bat-syeba,+ anak perempuan Eliam.+ Dia ialah isteri Uria,+ orang Het+ itu.” 4 Daud menyuruh para utusan untuk membawa Bat-syeba kepadanya.+ Maka Bat-syeba datang kepada Daud, dan Daud menidurinya.+ (Hal ini terjadi ketika Bat-syeba sedang menjalani upacara penyucian diri.*)+ Selepas itu, Bat-syeba pulang ke rumahnya.

5 Bat-syeba mendapati dirinya hamil, dan dia menghantar pesanan kepada Daud untuk memberitahu Daud tentang hal itu. 6 Maka Daud mengirim pesanan kepada Yoab, “Suruhlah Uria, orang Het itu, untuk datang kepada beta.” Yoab pun menyuruh Uria pergi menghadap Daud. 7 Apabila Uria sampai, Daud bertanya kepadanya tentang keadaan Yoab, keadaan pasukan tentera, dan keadaan peperangan. 8 Kemudian Daud berkata kepada Uria, “Pulanglah ke rumahmu dan berehatlah.”* Setelah Uria meninggalkan istana, hadiah raja* dihantar kepadanya. 9 Tetapi Uria tidak pulang ke rumahnya. Dia tidur di pintu masuk istana bersama semua hamba Daud yang lain. 10 Daud mendapat laporan bahawa Uria tidak pulang ke rumah. Oleh itu, dia berkata kepada Uria, “Bukankah kamu baru pulang dari perjalanan? Mengapa kamu tidak pulang ke rumahmu?” 11 Uria menjawab, “Orang Israel dan orang Yehuda sedang tinggal di dalam khemah, dan tabut perjanjian+ ada bersama mereka. Yoab dan anak buahnya juga sedang berkhemah di padang rumput. Maka patutkah hamba kembali ke rumah sendiri untuk makan minum dan tidur dengan isteri hamba?+ Selagi tuanku masih hidup dan bernafas, hamba tidak akan berbuat demikian!”

12 Daud berkata kepada Uria, “Tinggallah di sini juga pada hari ini, dan esok barulah beta akan menghantar kamu pergi.” Jadi Uria tinggal di Yerusalem pada hari itu dan hari yang berikutnya. 13 Daud memanggil Uria untuk makan dan minum bersama-samanya. Lalu Daud membuatnya mabuk. Tetapi pada petang itu, Uria tidak pulang ke rumahnya. Dia tidur di atas katil di samping hamba-hamba Daud. 14 Pada waktu pagi, Daud menulis surat kepada Yoab dan menyuruh Uria membawa surat itu. 15 Surat itu berbunyi, “Tempatkan Uria di barisan hadapan, kerana di situlah pertempuran paling sengit. Kemudian berundurlah dari belakang Uria supaya dia terbunuh.”+

16 Yoab sedang mengawasi kota musuh, dan dia tahu di mana pahlawan-pahlawan yang gagah berkawal. Maka dia menempatkan Uria di situ. 17 Apabila musuh keluar dari kota untuk menyerang Yoab, beberapa orang pegawai Daud terbunuh, termasuk Uria, orang Het itu.+ 18 Kemudian Yoab menghantar utusan kepada Daud untuk melaporkan keadaan peperangan. 19 Dia memberitahu utusan itu, “Setelah kamu menceritakan keadaan peperangan itu kepada raja, 20 raja mungkin akan marah dan bertanya, ‘Mengapa kamu pergi begitu dekat dengan kota itu ketika berperang? Tidakkah kamu tahu bahawa mereka boleh memanah kamu dari atas tembok? 21 Siapakah yang telah membunuh Abimelekh+ anak Yerubesyet?+ Bukankah dia terbunuh kerana terkena batu kisaran yang dijatuhkan oleh seorang wanita dari atas tembok di Tebes? Sekarang mengapa pula kamu pergi begitu dekat dengan tembok kota?’ Jika raja bertanya demikian, kamu harus berkata, ‘Uria, orang Het itu, turut terkorban, tuanku.’”

22 Utusan itu pergi menghadap Daud dan melaporkan semua yang telah diperintahkan oleh Yoab. 23 Dia berkata, “Musuh lebih kuat daripada kami. Mereka keluar dan menyerang kami di padang. Tetapi kami membalas serangan mereka dan berjaya memaksa mereka mundur ke pintu gerbang kota. 24 Kemudian mereka memanah kami dari atas tembok kota, dan beberapa orang pegawai tuanku terbunuh, termasuk Uria, orang Het itu.”+ 25 Setelah mendengar hal itu, Daud berkata, “Sampaikanlah pesanan ini kepada Yoab: ‘Janganlah susah hati kerana hal ini, kerana pasti ada yang terkorban dalam setiap pertempuran. Lancarkanlah serangan yang lebih hebat sampai kamu berjaya menawan kota itu.’+ Demikianlah kamu harus kuatkan semangatnya.”

26 Ketika Bat-syeba mendengar bahawa suaminya sudah meninggal, dia berkabung baginya. 27 Sebaik sahaja masa berkabung tamat, Daud menjemput Bat-syeba ke istananya. Bat-syeba menjadi isteri Daud+ dan melahirkan seorang anak lelaki. Tetapi Yehuwa sangat membenci apa yang telah dilakukan oleh Daud.+

12 Yehuwa mengutus Natan+ kepada Daud. Natan menghadap Daud+ dan berkata, “Ada dua orang lelaki yang tinggal di sebuah kota, yang seorang kaya dan yang seorang lagi miskin. 2 Si kaya mempunyai banyak biri-biri dan lembu.+ 3 Tetapi si miskin tidak mempunyai apa-apa, kecuali seekor anak biri-biri betina.+ Dia telah membeli biri-biri itu dan memeliharanya. Biri-biri itu membesar bersama dia dan anak-anak lelakinya. Walaupun dia tidak mempunyai banyak makanan, dia akan berkongsi makanan dengan biri-birinya. Biri-biri itu juga minum dari cawannya dan tidur dalam pangkuannya. Ya, biri-biri itu diperlakukan seperti anak perempuannya sendiri. 4 Pada suatu hari, ada tetamu yang datang kepada si kaya. Tetapi si kaya tidak mahu mengambil biri-biri atau lembunya untuk dihidangkan kepada tetamunya itu. Sebaliknya, dia mengambil anak bebiri si miskin lalu memasaknya untuk tetamu itu.”+

5 Setelah Daud mendengar hal itu, dia begitu marah terhadap lelaki kaya itu. Dia berkata kepada Natan, “Demi Yehuwa, Tuhan yang hidup,+ beta bersumpah bahawa lelaki itu patut mati! 6 Dia mesti membayar ganti rugi empat kali ganda untuk anak biri-biri itu,+ kerana perbuatannya itu dan kerana dia tidak berbelas kasihan.”

7 Maka Natan berkata kepada Daud, “Tuankulah lelaki itu! Yehuwa, Tuhan orang Israel, berfirman kepada tuanku, ‘Aku telah mengurapi engkau menjadi raja Israel+ dan menyelamatkan engkau daripada tangan Saul.+ 8 Aku juga telah memberikan seisi rumah Saul+ dan isteri-isterinya+ kepadamu. Aku menjadikan engkau raja orang Israel dan Yehuda.+ Jika semua ini masih tidak cukup, Aku rela memberi engkau lebih banyak berkat.+ 9 Mengapakah engkau menghina firman Yehuwa dan melakukan perbuatan jahat itu? Engkau telah membunuh Uria, orang Het itu, dengan pedang!+ Engkau mengambil isterinya+ selepas engkau membunuhnya dengan pedang orang Ammon.+ 10 Oleh sebab engkau menghina Aku dan mengambil isteri Uria, keluargamu+ akan sentiasa dilanda malapetaka.’* 11 Inilah firman Yehuwa: ‘Aku akan menimpa engkau dengan malapetaka yang disebabkan oleh keluargamu sendiri.+ Aku akan mengambil isteri-isterimu dari depan matamu, dan memberikan mereka kepada lelaki lain.+ Lelaki itu akan meniduri mereka di hadapan semua orang.+ 12 Meskipun engkau bertindak secara sembunyi-sembunyi,+ Aku akan berbuat demikian di hadapan semua orang Israel secara terang-terangan.’”

13 Daud berkata kepada Natan, “Sesungguhnya beta telah berdosa terhadap Yehuwa.”+ Natan menjawab, “Yehuwa mengampunkan dosa tuanku.+ Tuanku tidak akan mati.+ 14 Tetapi memandangkan tuanku telah menghina Yehuwa dengan melakukan hal itu, anak lelaki tuanku yang baru lahir itu akan mati.”

15 Kemudian Natan pulang ke rumahnya.

Yehuwa menyebabkan anak yang dilahirkan oleh isteri Uria itu jatuh sakit. 16 Daud merayu kepada Tuhan yang benar supaya anak itu sembuh. Dia berpuasa dan masuk ke biliknya lalu berbaring di atas lantai sepanjang malam.+ 17 Para pemimpin di istana menghampiri Daud dan mencuba membangunkannya dari lantai. Tetapi dia tidak mahu bangun dan dia juga enggan makan bersama mereka. 18 Anak itu mati pada hari yang ketujuh. Tetapi para pegawai Daud tidak berani memberitahukan hal ini kepadanya. Mereka berkata, “Semasa anak itu masih hidup, baginda tidak mahu mendengar cakap kita. Apalagi sekarang, bagaimana mungkin kita memberitahu baginda bahawa anak itu sudah mati? Jangan-jangan baginda akan melakukan sesuatu yang buruk.”

19 Apabila Daud nampak mereka berbisik-bisik, dia sedar bahawa anaknya sudah mati. Dia pun berkata kepada mereka, “Adakah anak itu sudah mati?” Mereka menjawab, “Ya tuanku.” 20 Dia pun bangun dari lantai, dan pergi mandi lalu menyapu minyak pada badannya.+ Dia menyalin pakaian dan pergi ke rumah+ Yehuwa untuk beribadat. Kemudian dia kembali ke istana dan meminta orang menghidangkan makanan supaya dia dapat makan. 21 Mereka berkata kepada Daud, “Sewaktu anak itu masih hidup, tuanku berpuasa dan asyik menangis. Tetapi sebaik sahaja anak itu mati, tuanku bangun lalu makan. Mengapakah tuanku berbuat demikian?” 22 Dia menjawab, “Sewaktu anak itu masih hidup, beta berpuasa+ dan asyik menangis kerana beta berfikir, ‘Mungkin Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap beta dan membiarkan anak itu hidup.’+ 23 Tetapi memandangkan anak itu sudah mati, mengapa pula beta harus berpuasa? Dapatkah beta membawanya kembali?+ Beta akan pergi kepadanya,+ tetapi dia tidak akan kembali kepada beta.”+

24 Daud menghiburkan hati isterinya, Bat-syeba.+ Kemudian dia bersetubuh dengan isterinya, dan beberapa lama kemudian, isterinya melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu dinamakan Salomo,*+ dan Yehuwa mengasihi anak itu.+ 25 Yehuwa menyuruh Nabi Natan+ menamakan anak itu Yedidiya,* kerana Dia mengasihinya.

26 Yoab terus menyerang Raba,+ kota orang Ammon,+ sehingga dia berjaya menawan kota diraja itu.+ 27 Oleh itu, dia menghantar utusan kepada Daud dengan pesanan: “Hamba telah menyerang Raba+ dan berjaya menawan kota air* itu. 28 Sekarang tuanku, kumpulkanlah askar-askar lain dan kepunglah kota itu supaya tuanku dapat menaklukinya. Jika tidak, hamba akan melakukannya dan orang akan berkata bahawa hambalah yang menakluki kota itu.”*

29 Daud pun mengumpulkan semua askarnya dan menyerang Raba sehingga dia berjaya menaklukinya. 30 Kemudian dia mengambil mahkota Malkam* dari kepalanya lalu memakainya. Mahkota itu diperbuat daripada kira-kira 34 kilogram* emas, dan dihiasi dengan batu-batu berharga. Selain itu, Daud mengambil banyak barang jarahan+ dari kota itu.+ 31 Dia juga membawa semua penduduk kota itu keluar dan menyuruh mereka bekerja. Ada yang disuruh memotong batu, ada yang disuruh bekerja dengan menggunakan alat-alat besi yang tajam dan kapak besi, dan ada juga yang disuruh membuat batu bata. Itulah yang dilakukan oleh Daud kepada penduduk di semua kota orang Ammon. Kemudian Daud dan seluruh tenteranya kembali ke Yerusalem.

13 Absalom, anak lelaki Daud, mempunyai seorang adik perempuan yang cantik yang bernama Tamar.+ Amnon,+ anak lelaki Daud, jatuh cinta dengan Tamar. 2 Amnon tidak dapat melakukan apa-apa terhadap adiknya, Tamar, kerana Tamar ialah seorang anak dara. Maka Amnon berasa sangat resah sampai dia jatuh sakit. 3 Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat bijak, namanya Yehonadab.+ Yehonadab ialah anak lelaki Simea,+ iaitu abang Daud. 4 Yehonadab berkata kepada Amnon, “Tuan ialah anak raja, mengapa pula tuan bersedih setiap pagi? Beritahulah aku.” Amnon menjawab, “Aku mencintai Tamar, adik perempuan Absalom, saudaraku itu.”+ 5 Yehonadab berkata, “Baringlah di katil tuan dan berpura-puralah sakit. Apabila raja datang melawat tuan, katakanlah kepadanya, ‘Ayahanda, suruhlah adik saya Tamar datang untuk memberi saya makanan. Jika dia menyediakan makanan itu* di hadapan saya, saya akan makan apa yang dihidangkannya.’”

6 Oleh itu, Amnon berbaring di katilnya dan berpura-pura sakit. Apabila raja datang melawatnya, dia berkata kepada raja, “Ayahanda, suruhlah adikku Tamar datang untuk membuat dua keping kuih berbentuk hati di hadapanku. Saya akan makan apa yang dihidangkannya.” 7 Daud pun menghantar pesanan kepada Tamar di istana: “Pergilah ke rumah abangmu Amnon dan sediakanlah makanan untuknya.” 8 Maka Tamar pergi ke rumah Amnon dan mendapati dia sedang berbaring. Tamar mengambil adunan dan mengulinya di depan Amnon lalu memasaknya. 9 Kemudian dia mengeluarkan kuih-kuih itu dan menghidangkannya kepada Amnon. Tetapi Amnon enggan memakannya dan berkata, “Suruhlah semua orang keluar!” Lalu semua orang pun keluar.

10 Amnon berkata kepada Tamar, “Bawalah makanan itu ke bilik tidur supaya aku dapat makan.” Maka Tamar mengambil kuih-kuih berbentuk hati yang telah dibuatnya dan membawanya kepada Amnon di bilik tidurnya. 11 Ketika Tamar menghidangkan kuih-kuih itu kepada Amnon, Amnon memegang Tamar dan berkata, “Marilah tidur dengan aku!” 12 Tetapi Tamar berkata, “Jangan begitu abangku! Jangan menghinaku kerana hal ini tidak patut berlaku di Israel.+ Jangan lakukan perbuatan yang memalukan ini.+ 13 Bagaimana mungkin aku dapat menanggung rasa malu ini? Abang juga akan dipandang hina di Israel. Lebih baik jika abang berunding dengan raja. Tentu raja akan mengabulkan permintaanmu.” 14 Namun Amnon tidak mahu mendengar nasihatnya. Oleh sebab Amnon lebih kuat daripada Tamar, dia merogol Tamar. 15 Selepas itu, Amnon menjadi sangat benci terhadap Tamar. Kebenciannya itu lebih besar daripada cintanya yang mula-mula. Maka dia berkata kepada Tamar, “Bangun! Keluar dari sini!” 16 Tamar berkata, “Janganlah usir aku. Jika abang mengusir aku, perbuatan itu lebih teruk daripada apa yang telah abang lakukan tadi!” Tetapi Amnon enggan mendengar kata-katanya.

17 Amnon memanggil pelayannya dan berkata, “Bawalah perempuan ini keluar dari sini, dan kuncilah pintu!” 18 Maka pelayan itu membawa Tamar keluar lalu mengunci pintu. (Pada masa itu, Tamar memakai jubah khas* yang dipakai oleh anak-anak perempuan raja yang masih dara.) 19 Tamar menaburkan abu di atas kepalanya+ dan mengoyakkan jubah cantik yang dipakainya. Sambil berjalan, dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas kepala dan menangis dengan kuat.

20 Abangnya Absalom+ bertanya kepadanya, “Adakah abangmu Amnon yang telah melakukan perkara yang jahat ini kepadamu? Dia ialah abangmu,+ maka janganlah beritahukan hal ini kepada sesiapa pun, dan janganlah berfikir tentangnya lagi.” Oleh itu, Tamar tinggal di rumah Absalom dan tidak bergaul dengan orang lain. 21 Apabila Raja Daud mendengar tentang semua itu, dia sangat marah.+ Tetapi dia tidak sanggup menyakiti perasaan Amnon, kerana Amnon ialah anak sulungnya dan dia sangat mengasihi Amnon. 22 Absalom tidak mengatakan apa-apa kepada Amnon. Dia amat membenci+ Amnon kerana Amnon telah memalukan adiknya Tamar.+

23 Dua tahun kemudian, Absalom mengundang semua anak raja+ untuk menghadiri jamuan di Baal-hazor, yang berhampiran Efraim.+ Pada waktu itu, para pekerja sedang menggunting bulu biri-birinya di sana. 24 Dia pergi menghadap raja dan berkata, “Ayahanda, para pekerja sedang menggunting bulu biri-biri. Sudikah ayahanda dan para pegawai ayahanda pergi bersama saya?” 25 Raja menjawab, “Tidak, anakku. Jika kami semua pergi, kami akan menyusahkanmu.” Walaupun Absalom asyik mendesak raja, raja tetap tidak mahu pergi. Raja hanya merestuinya. 26 Absalom pun berkata, “Jika ayahanda tidak mahu datang, biarlah abangku Amnon pergi bersama-sama kami.”+ Raja menjawab, “Mengapa pula Amnon harus pergi bersama kamu?” 27 Tetapi Absalom asyik memujuk raja. Akhirnya, raja membenarkan Amnon dan semua anak raja yang lain untuk pergi bersamanya.

28 Absalom memberikan perintah kepada para pelayannya, “Perhatikanlah Amnon. Apabila dia minum wain sehingga dia berasa sangat gembira, aku akan berkata, ‘Bunuhlah Amnon!’ maka kamu mesti membunuhnya. Janganlah takut kerana akulah yang menyuruh kamu berbuat demikian. Bertindaklah dengan berani dan jangan ragu-ragu!” 29 Para pelayan Absalom melaksanakan perintahnya dan membunuh Amnon. Selepas hal itu terjadi, semua anak raja yang lain bangun lalu menunggang baghal masing-masing dan melarikan diri. 30 Ketika mereka masih dalam perjalanan, Daud menerima berita bahawa Absalom telah membunuh semua anak raja, dan tidak seorang pun yang dibiarkan hidup. 31 Setelah mendengar berita itu, Daud bangun dan mengoyakkan pakaiannya lalu berbaring di lantai. Semua pegawai yang berdiri di sisinya turut mengoyakkan pakaian mereka.

32 Namun Yehonadab+ anak lelaki Simea,+ abang Daud, berkata, “Tuanku, janganlah sangka bahawa mereka telah membunuh semua anak lelaki tuanku. Hanya Amnon yang dibunuh.+ Hal ini terjadi atas perintah Absalom, kerana dia telah bertekad untuk berbuat demikian+ sejak Amnon memalukan adiknya+ Tamar.+ 33 Janganlah mempercayai berita yang mengatakan bahawa semua putera tuanku telah dibunuh, kerana Amnon sahaja yang dibunuh.”

34 Sementara itu, Absalom telah melarikan diri.+ Kemudian seorang pengawal nampak banyak orang datang dari jalan di tepi sebuah gunung. 35 Yehonadab+ berkata kepada raja, “Lihat! Anak-anak raja sudah pulang, tepat seperti yang hamba katakan tadi.” 36 Sebaik sahaja dia habis bercakap, anak-anak raja tiba. Mereka mula menangis dengan kuat, dan raja serta semua pegawainya juga menangis dengan sedih. 37 Absalom pula telah melarikan diri. Dia pergi kepada Talmai+ anak Amihud, iaitu raja Gesur. Daud meratapi kematian anaknya selama berhari-hari. 38 Selepas Absalom melarikan diri ke Gesur,+ dia tinggal di sana selama tiga tahun.

39 Akhirnya, Raja Daud tidak lagi bersedih atas* kematian Amnon. Dia merindui Absalom dan ingin berjumpa dengannya.

14 Yoab anak Zeruya+ mendapat tahu bahawa Raja Daud amat merindui Absalom.+ 2 Maka dia mengutus orang ke Tekoa+ untuk memanggil seorang wanita yang bijak. Dia berkata kepada wanita itu, “Berpura-puralah berkabung. Kenakanlah pakaian perkabungan dan jangan menyapu minyak pada badanmu.+ Berlakonlah seperti seorang wanita yang sudah lama berkabung atas kematian seseorang. 3 Kemudian pergilah menghadap raja dan sampaikanlah kata-kata ini.” Yoab pun memberitahunya apa yang harus dikatakan.

4 Wanita dari Tekoa itu pergi menghadap raja lalu membongkok dan bersujud kepadanya. Dia berkata, “Tuanku, tolonglah hamba!” 5 Raja bertanya kepadanya, “Apakah yang telah berlaku?” Wanita itu menjawab, “Hamba seorang balu, dan suami hamba sudah meninggal. 6 Hamba mempunyai dua orang anak lelaki, dan pada suatu hari, mereka bergaduh di padang. Tiada seorang pun yang meleraikan mereka. Akhirnya seorang memukul yang seorang lagi dan membunuhnya. 7 Sekarang, seisi keluarga hamba melawan hamba. Mereka berkata, ‘Serahkanlah anakmu yang telah membunuh saudaranya itu supaya kami dapat membunuhnya untuk mengganti nyawa saudaranya yang telah mati.+ Kami tidak kisah jika perbuatan kami akan melenyapkan waris keluarga kamu!’ Mereka ingin membunuh anak hamba yang masih hidup ini. Tuanku, dialah satu-satunya harapan hamba. Jika mereka berjaya, mereka akan menghapuskan nama dan keturunan suami hamba dari muka bumi.”

8 Maka raja berkata, “Pulanglah ke rumahmu. Beta akan menguruskan hal ini.” 9 Wanita dari Tekoa itu berkata, “Tuanku, biarlah hamba dan keluarga bapa hamba menanggung dosa ini. Tuanku dan keturunan tuanku tidak bersalah.” 10 Raja berkata, “Jika ada orang yang menyusahkan kamu lagi, bawalah orang itu kepada beta, dan dia tidak akan mengganggumu lagi.” 11 Wanita itu berkata, “Tetapi tuanku, ingatlah juga tentang Tuhan Yehuwa. Jangan biarkan anak hamba dibunuh oleh orang yang berhak menuntut pembalasan,*+ dan menambah penderitaan hamba.” Raja pun menjawab, “Demi Yehuwa, Tuhan yang hidup, beta bersumpah+ bahawa tidak sehelai rambut dari kepala anakmu akan gugur ke tanah.” 12 Kemudian wanita itu berkata, “Tuanku, benarkanlah hamba berkata-kata lagi.” “Baiklah,” jawab raja.

13 Wanita itu berkata, “Mengapa pula tuanku melakukan sesuatu yang akan memudaratkan umat Tuhan?+ Menurut kata-kata tuanku tadi, tuanku memang bersalah kerana tuanku telah menghalau anak sendiri dan tidak mengizinkannya untuk pulang.+ 14 Tuanku, kita semua pasti akan mati dan menjadi seperti air yang dicurahkan ke tanah dan tidak dapat dikumpulkan lagi. Meskipun begitu, Tuhan tidak akan membiarkan seseorang mati begitu sahaja. Dia pasti mencari sebab untuk membawa kembali orang yang telah diusir dari hadapan-Nya. 15 Hamba telah menghadap tuanku untuk memberitahukan hal ini kepada tuanku kerana ada orang menakut-nakutkan hamba. Jadi hamba berfikir, ‘Biarlah aku bercakap dengan raja sekali lagi. Barangkali raja akan mengabulkan permintaanku. 16 Sebelum ini, raja telah mendengar kata-kataku dan bersetuju untuk menyelamatkan aku, kerana ada orang yang ingin menghalang aku dan satu-satunya anakku supaya kami langsung tidak mendapat warisan yang diberikan oleh Tuhan.’+ 17 Oleh itu, hamba berfikir, ‘Semoga kata-kata tuanku melegakan hati hamba,’ kerana tuanku seperti malaikat Tuhan yang benar, dan dapat membezakan apa yang baik daripada apa yang jahat. Semoga Tuhan Yehuwa menyertai tuanku.”

18 Raja menjawab, “Beta mahu menanyakan sesuatu kepadamu. Jangan menyembunyikan apa-apa semasa kamu menjawab beta.” Wanita itu berkata, “Baik tuanku.” 19 Raja pun bertanya, “Adakah Yoab yang menyuruh kamu untuk melakukan semua ini?”+ Wanita itu menjawab, “Apa yang tuanku katakan memang benar. Hamba bersumpah di hadapan tuanku bahawa Yoablah yang telah menyuruh hamba untuk berbuat demikian dan memberitahu hamba apa yang harus hamba katakan. 20 Yoab menyuruh hamba untuk berbuat demikian supaya tuanku mengubah pandangan tuanku tentang hal ini. Tuanku bijaksana seperti malaikat Tuhan yang benar sehingga tuanku mengetahui semua yang sedang berlaku di negeri ini.”

21 Kemudian raja berkata kepada Yoab, “Baiklah, beta akan berbuat demikian.+ Pergilah kepada Absalom dan bawalah pemuda itu balik.”+ 22 Yoab membongkok dan bersujud ke tanah lalu memuji raja. Dia berkata, “Hari ini, hamba tahu bahawa tuanku berkenan kepada hamba kerana tuanku mengabulkan permintaan hamba.” 23 Maka Yoab berangkat ke Gesur+ dan membawa Absalom balik ke Yerusalem. 24 Tetapi raja berkata, “Suruhlah dia pulang ke rumahnya, tetapi dia tidak boleh menghadap beta.” Oleh itu, Absalom pulang ke rumahnya dan tidak menghadap raja.

25 Absalom dipuji sebagai orang yang paling kacak di seluruh negeri Israel. Dia tidak mempunyai kecacatan dari telapak kaki sampai hujung rambutnya. 26 Pada akhir setiap tahun, dia harus mencukur kepalanya kerana rambutnya terlalu berat. Berat rambut yang dicukurnya kira-kira dua kilogram* menurut timbangan diraja.* 27 Absalom mempunyai tiga orang anak lelaki+ dan seorang anak perempuan yang bernama Tamar. Tamar ialah seorang wanita yang sangat jelita.

28 Absalom tinggal di Yerusalem selama dua tahun. Sepanjang masa itu, dia tidak berjumpa dengan raja.+ 29 Maka Absalom memanggil Yoab supaya Yoab membawanya menghadap raja, tetapi Yoab tidak mahu datang. Kemudian dia memanggil Yoab sekali lagi, tetapi Yoab menolak buat kali kedua. 30 Akhirnya, dia berkata kepada hamba-hambanya, “Ladang Yoab di sebelah ladang aku, dan dia menanam barli di situ. Pergilah dan bakarlah ladang itu.” Mereka pun pergi membakarnya. 31 Kemudian Yoab pergi ke rumah Absalom dan bertanya kepadanya, “Mengapakah hamba-hambamu membakar ladangku?” 32 Absalom menjawab Yoab, “Aku ingin menyuruh kamu menghadap raja dan menyampaikan pertanyaanku ini: ‘Mengapakah saya dibawa balik dari Gesur?+ Lebih baik jika saya tinggal di sana sahaja. Benarkanlah saya menghadap ayahanda. Jika saya bersalah, biarlah ayahanda membunuh saya.’”

33 Kemudian Yoab menghadap raja dan menyampaikan kata-kata Absalom. Maka raja memanggil Absalom. Apabila Absalom tiba di hadapan raja, dia membongkok dan bersujud. Raja pun menciumnya.+

15 Setelah semua hal itu berlaku, Absalom menyediakan sebuah kereta kuda dan kuda-kuda untuk dirinya. Dia juga mendapatkan 50 orang lelaki untuk berlari di hadapannya.+ 2 Dia akan bangun pada awal pagi dan berdiri di tepi jalan yang menuju ke pintu gerbang kota.+ Dia akan memanggil setiap orang yang akan menghadap raja untuk mengemukakan tuntutan atau meminta pengadilan.+ Lalu dia bertanya kepada mereka, “Kamu berasal dari mana?” Jika orang itu menjawab, “Tuan, aku berasal daripada salah satu suku orang Israel,” 3 Absalom akan berkata, “Tuntutan kamu memang benar dan wajar, tetapi sayang sekali tiada wakil raja yang mendengar tuntutanmu.” 4 Kemudian Absalom menyambung, “Kalaulah aku dilantik menjadi hakim di negeri ini, setiap orang yang ingin mengemukakan tuntutan atau meminta pengadilan boleh datang kepadaku. Aku akan memastikan agar orang itu diperlakukan dengan adil.”

5 Jika ada orang mendekati Absalom dan hendak bersujud kepadanya, dia akan menghulurkan tangannya untuk menghalang orang itu daripada bersujud. Kemudian dia akan menciumnya.+ 6 Dia berbuat demikian kepada semua orang Israel yang hendak menghadap raja untuk meminta pengadilan. Inilah caranya Absalom mengambil hati orang Israel.+

7 Setelah empat tahun* berlalu, Absalom berkata kepada raja, “Ayahanda, izinkanlah saya pergi ke Hebron+ untuk menunaikan ikrar saya kepada Yehuwa. 8 Sewaktu saya tinggal di Gesur+ yang terletak di Siria, saya telah berikrar,+ ‘Jika Yehuwa membawa saya balik ke Yerusalem, saya akan mempersembahkan korban* kepada Yehuwa.’” 9 Raja menjawabnya, “Pergilah dengan sejahtera.” Maka Absalom berangkat ke Hebron.

10 Selepas itu, Absalom menghantar beberapa orang* kepada semua suku Israel. Dia memberitahu mereka, “Sebaik sahaja kamu mendengar bunyi trompet, berserulah, ‘Absalom sudah menjadi raja di Hebron!’”+ 11 Seramai 200 orang dari Yerusalem dijemput untuk pergi ke Hebron bersama Absalom. Mereka semua pergi tanpa curiga, dan tidak tahu tentang apa yang bakal berlaku. 12 Semasa Absalom mempersembahkan korban, dia mengutus orang untuk memanggil Ahitofel,+ orang Gilo yang merupakan penasihat Daud.+ Pada masa itu, Ahitofel berada di kota Gilo.+ Pakatan untuk melawan raja menjadi semakin kuat, dan para penyokong Absalom menjadi semakin banyak.+

13 Seorang utusan melaporkan kepada Daud, “Orang Israel sudah memihak kepada Absalom.” 14 Daud pun segera berkata kepada semua pegawai yang bersamanya di Yerusalem, “Ayuh! Marilah kita melarikan diri.+ Jika tidak, tiada seorang pun antara kita yang dapat melepaskan diri daripada Absalom! Cepatlah, janganlah sampai kita dikejar dan ditangkap olehnya. Dia pasti akan mendatangkan malapetaka atas kita dan membunuh semua penduduk kota ini dengan pedang!”+ 15 Mereka menjawab raja, “Baik tuanku. Hamba semua bersedia melakukan apa sahaja yang tuanku putuskan.”+ 16 Oleh itu, raja berangkat bersama seisi rumah tangganya, tetapi dia meninggalkan 10 orang gundik+ untuk menjaga istana. 17 Raja dan semua orang yang mengikutnya meneruskan perjalanan sehingga mereka sampai di Bet-merhak.

18 Pada waktu itu, para pegawai raja, orang Kreti, dan orang Pleti+ sedang mengikut raja. Selain itu, terdapat juga 600 orang yang datang dari kota Gat+ untuk menyertai raja. Raja memerhatikan mereka semasa mereka lalu di hadapannya. 19 Raja berkata kepada Itai,+ seorang lelaki dari Gat, “Mengapakah kamu juga datang bersama kami? Pulanglah dan tinggallah bersama raja yang baharu, kerana kamu ialah orang asing yang telah melarikan diri dari negerimu sendiri. 20 Kamu baru sampai, bagaimana mungkin beta menyuruh kamu untuk ikut kami mengembara lagi pada hari ini? Beta sendiri pun tidak tahu hala tuju kami. Jadi pulanglah dan bawalah anak buahmu juga. Semoga Yehuwa menunjukkan kasih* dan kesetiaan kepadamu!”+ 21 Tetapi Itai menjawab, “Hamba bersumpah di hadapan Yehuwa, Tuhan yang hidup, dan di hadapan tuanku bahawa meskipun hamba harus mati, hamba akan mengikut tuanku ke mana sahaja tuanku pergi!”+ 22 Daud pun berkata, “Baiklah! Majulah.” Maka Itai+ meneruskan perjalanan bersama semua anak buahnya dan keluarga mereka.

23 Semua penduduk di Yerusalem dan kawasan sekitarnya menangis dengan kuat semasa para pengikut raja menyeberangi Lembah Kidron.+ Pada waktu itu, raja sedang berdiri dekat lembah itu. Mereka menyeberangi lembah itu untuk pergi ke padang belantara. 24 Zadok+ ada di situ bersama dengan semua orang Lewi+ yang mengangkat tabut+ perjanjian Tuhan,+ lalu mereka menurunkan tabut itu. Abiatar+ juga terus berada di situ sehingga semua orang dari kota telah menyeberangi lembah itu. 25 Tetapi raja berkata kepada Zadok, “Kembalikanlah tabut Tuhan yang benar ke kota.+ Jika Yehuwa berkenan kepada beta, Dia tentu akan membawa beta balik ke situ dan membenarkan beta melihat tabut itu dan tempat tabut itu disimpan.+ 26 Tetapi jika Tuhan tidak berkenan kepada beta, beta akan tunduk kepada apa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada beta.” 27 Raja berkata lagi kepada Imam Zadok, “Bukankah kamu seorang nabi?*+ Kamu dan Abiatar haruslah kembali ke kota. Bawalah Ahimaas, anakmu, dan Yonatan+ anak Abiatar bersamamu. Pergilah dengan sejahtera. 28 Beta akan menunggu di tempat penyeberangan sungai dekat padang belantara sehingga beta menerima khabar daripada kamu.”+ 29 Oleh itu, Zadok dan Abiatar membawa tabut Tuhan yang benar kembali ke Yerusalem, dan mereka tinggal di situ.

30 Daud menangis semasa dia mendaki Gunung Zaitun.+ Kepalanya berselubung dan dia tidak berkasut. Semua orang yang mengikutnya juga menangis dan menutup kepala mereka dengan kain semasa mendaki gunung itu. 31 Kemudian Daud mendapat berita: “Ahitofel juga ikut memberontak+ dengan Absalom.”+ Maka Daud berkata, “Ya Yehuwa,+ semoga Engkau membuat nasihat Ahitofel kedengaran seperti nasihat orang bodoh!”+

32 Apabila Daud tiba di puncak gunung, iaitu tempat orang sujud menyembah Tuhan, dia disambut oleh Husai,+ orang Arki.+ Pakaian Husai sudah koyak rabak dan kepalanya ditaburi dengan tanah. 33 Daud berkata kepadanya, “Jika kamu mengikut beta, kamu tidak akan dapat membantu beta. 34 Tetapi kembalilah ke kota dan katakanlah kepada Absalom, ‘Tuanku, aku ialah hambamu. Dahulu aku ialah hamba bapamu, tetapi sekarang aku akan menjadi hambamu.’+ Dengan demikian, kamu dapat menolong beta menggagalkan rancangan* Ahitofel.+ 35 Imam Zadok dan Imam Abiatar juga ada bersamamu. Kamu mesti memberitahu mereka segala sesuatu yang kamu dengar di istana.+ 36 Ahimaas+ anak Zadok dan Yonatan+ anak Abiatar juga ada bersama bapa mereka. Jadi beritahukanlah semua yang telah kamu dengar kepada mereka dan mereka akan menyampaikannya kepada beta.” 37 Maka Husai, sahabat* Daud,+ kembali ke kota ketika Absalom sedang memasuki Yerusalem.

16 Sebaik sahaja Daud melalui puncak gunung,+ dia disambut oleh Ziba,+ iaitu hamba Mefiboset.+ Ziba membawa sepasang keldai yang mengangkut 200 buku roti, 100 keping kuih kismis, 100 keping kuih buah-buahan,* dan sebuah tempayan besar yang berisi wain.+ 2 Raja berkata kepada Ziba, “Mengapakah kamu membawa semua ini?” Ziba menjawab, “Keldai-keldai ini untuk tunggangan keluarga tuanku. Roti dan buah-buahan ini untuk dimakan oleh hamba-hamba tuanku, dan wain ini untuk diminum oleh mereka yang letih di padang belantara.”+ 3 Raja bertanya, “Di manakah cucu* tuanmu?”+ Ziba menjawab, “Dia masih di Yerusalem. Dia berkata bahawa pada hari ini orang Israel akan mengembalikan kerajaan datuknya* kepadanya.”+ 4 Maka raja berkata kepada Ziba, “Segala milik Mefiboset akan menjadi milikmu.”+ Ziba menjawab, “Terima kasih, tuanku.* Semoga hamba terus mendapat perkenan tuanku.”+

5 Semasa Raja Daud sampai di Bahurim, seorang saudara lelaki Saul yang bernama Simei+ anak Gera datang kepada Daud. Seraya Simei menghampiri Daud, dia berteriak-teriak mengutuk Daud.+ 6 Dia melemparkan batu ke arah Daud dan rombongannya, termasuk semua askar dan pahlawan gagah yang berada di kiri dan kanan Daud. 7 Sambil mengutuk Daud, Simei berteriak, “Keluar dari sini! Keluar! Kamu pembunuh! Lelaki yang tak berguna! 8 Sekarang kamu dihukum Yehuwa kerana kamu telah membunuh sanak saudara Saul. Kamu telah merampas takhta Saul, dan Yehuwa pula menyerahkannya kepada anakmu Absalom. Lihatlah! Kamu ditimpa malapetaka kerana kamu seorang pembunuh!”+

9 Abisai anak Zeruya+ berkata kepada raja, “Mengapakah tuanku membenarkan anjing mati ini+ mengutuk tuanku?+ Benarkanlah hamba memenggal kepalanya!”+ 10 Tetapi raja berkata, “Wahai anak-anak Zeruya,+ jangan masuk campur! Biarlah dia mengutuk beta.+ Jika Yehuwa telah menyuruhnya untuk mengutuk beta,+ siapakah yang berhak mempersoalkan tindakannya itu?” 11 Kemudian Daud berkata kepada Abisai dan semua pegawainya, “Jika anak kandung beta, darah daging beta sendiri, ingin membunuh beta,+ apalagi orang Benyamin ini!+ Biarkan saja dia terus mengutuk beta kerana Yehuwa telah menyuruhnya untuk berbuat demikian! 12 Mungkin Yehuwa akan melihat penderitaan beta,+ dan Yehuwa akan memberkati beta sebagai ganti kutukan yang dilemparkan kepada beta hari ini.”+ 13 Oleh itu, Daud dan rombongannya meneruskan perjalanan, sementara Simei mengikuti Daud di lereng gunung sambil mengutuknya+ dan melemparinya dengan batu dan tanah.

14 Akhirnya, raja dan rombongannya tiba di destinasi mereka. Mereka berasa sangat penat lalu mereka berehat di situ.

15 Sementara itu, Absalom dan semua orang Israel tiba di Yerusalem. Ahitofel+ juga ada bersama mereka. 16 Husai,+ orang Arki,+ iaitu sahabat* Daud, datang bertemu dengan Absalom. Dia berkata kepadanya, “Daulat tuanku!+ Daulat tuanku!” 17 Absalom pun berkata kepada Husai, “Di manakah kasih setiamu kepada Daud, sahabatmu? Mengapakah kamu tidak pergi bersama sahabatmu itu?” 18 Husai menjawab, “Hamba berpihak kepada orang yang dipilih oleh Yehuwa, oleh semua orang ini, dan oleh semua orang Israel. Orang itulah yang akan hamba ikuti. 19 Lagipun, kepada siapakah hamba akan mengabdikan diri kalau bukan kepada anak raja? Sebagaimana hamba mengabdikan diri kepada ayahanda tuanku, demikianlah hamba akan mengabdikan diri kepada tuanku.”+

20 Lalu Absalom berkata kepada Ahitofel, “Apakah yang harus kita lakukan? Apa cadanganmu?”*+ 21 Ahitofel menjawab, “Tuanku harus meniduri gundik-gundik ayahanda tuanku+ yang telah ditinggalkan untuk menjaga istana.+ Dengan demikian, seluruh Israel akan tahu bahawa tuanku telah dibenci oleh ayahanda tuanku, dan para penyokong tuanku akan bertambah berani.” 22 Maka mereka mendirikan sebuah khemah di atas bumbung istana,+ lalu Absalom meniduri gundik-gundik bapanya+ di hadapan semua orang Israel.+

23 Pada zaman itu, nasihat Ahitofel+ dianggap sebagai firman* Tuhan. Baik Daud mahupun Absalom menghargai semua nasihat Ahitofel.

17 Ahitofel berkata kepada Absalom, “Izinkanlah hamba memilih 12,000 orang, dan membawa mereka bersama untuk mengejar Daud pada malam ini. 2 Hamba akan menyerang Daud sewaktu dia penat dan lemah.+ Hamba akan membuat dia cemas, dan orang yang bersamanya akan melarikan diri. Kemudian hamba akan membunuh dia seorang sahaja+ 3 dan membawa semua pengikutnya kepada tuanku. Jika lelaki yang tuanku buru itu mati, semua pengikutnya akan kembali kepada tuanku dan mereka akan hidup aman.” 4 Nasihat itu dipandang baik oleh Absalom dan semua pemimpin orang Israel.

5 Tetapi Absalom berkata, “Panggillah Husai,+ orang Arki itu. Mari kita dengar pendapatnya.” 6 Husai pun menghadap Absalom, dan Absalom berkata kepadanya, “Begitulah nasihat Ahitofel. Patutkah kita mengikut nasihatnya? Jika tidak, beritahulah kami cadanganmu.” 7 Husai menjawab, “Nasihat Ahitofel kali ini tidak baik!”+

8 Husai menyambung, “Tuanku tahu bahawa ayahanda tuanku dan anak buahnya gagah berani.+ Mereka juga sangat marah,* seperti beruang betina yang kehilangan anak-anaknya.+ Lagipun ayahanda tuanku ialah seorang pahlawan,+ dan dia pasti tidak akan bermalam bersama-sama orang ramai. 9 Mungkin pada saat ini dia sudah pun bersembunyi di dalam sebuah gua* atau di tempat lain.+ Jika dia menyerang anak buah tuanku terlebih dahulu, sesiapa yang mendengar tentang hal itu akan berkata, ‘Anak buah Absalom telah dikalahkan!’ 10 Orang yang berani seperti singa+ pun akan terketar-ketar ketakutan, kerana seluruh Israel tahu bahawa ayahanda tuanku gagah perkasa+ dan anak buahnya juga berani. 11 Oleh itu, hamba menasihati tuanku supaya mengumpulkan semua orang Israel, dari Dan sampai ke Beer-syeba,+ sehingga bilangan mereka menjadi banyak seperti pasir di pantai.+ Kemudian tuanku haruslah memimpin mereka semasa berperang. 12 Kita akan mencari Daud di tempat dia bersembunyi, lalu kita akan menyerangnya dengan pasukan tentera yang besar, seperti embun yang jatuh ke bumi. Tiada seorang pun daripada mereka yang akan terselamat, baik Daud mahupun anak buahnya. 13 Jika dia berundur ke sebuah kota, semua orang Israel akan mengikat kota itu dengan tali lalu menariknya ke dalam lembah. Kita akan menghancurkan kota itu sehingga tiada sebiji batu pun yang tertinggal.”

14 Absalom dan semua orang Israel berkata, “Nasihat Husai, orang Arki itu, lebih baik+ daripada nasihat Ahitofel!” Yehuwa bertekad untuk menyebabkan mereka menolak nasihat Ahitofel+ yang baik. Dengan demikian, Yehuwa dapat mendatangkan malapetaka atas Absalom.+

15 Selepas itu, Husai memberitahu Imam Zadok dan Imam Abiatar,+ “Itulah nasihat Ahitofel kepada Absalom dan para pemimpin orang Israel. Inilah nasihatku kepada mereka. 16 Maka berikanlah amaran kepada Daud dan hantarlah pesanan berikut kepadanya: ‘Jangan bermalam di tempat penyeberangan sungai* di padang belantara. Seberangilah sungai itu agar tuanku dan anak buah tuanku tidak dibunuh.’”+

17 Oleh itu, seorang hamba perempuan diutus untuk menyampaikan pesanan itu kepada Yonatan+ dan Ahimaas.+ Mereka berdua tinggal di En-rogel+ dan tidak masuk ke kota kerana mereka takut dilihat orang. Setelah itu, mereka menyampaikan pesanan itu kepada Raja Daud. 18 Tetapi seorang pemuda nampak mereka dan memberitahukan hal itu kepada Absalom. Maka mereka cepat-cepat pergi dan tiba di rumah seorang lelaki Bahurim.+ Terdapat sebuah perigi di halaman rumah itu, dan mereka masuk ke dalamnya. 19 Kemudian isteri lelaki itu menutup mulut perigi dan menaburkan bijirin yang telah dihancurkan di atas penutup itu. Dia berbuat demikian supaya tiada orang yang tahu apa yang telah berlaku. 20 Hamba-hamba Absalom datang ke rumah wanita itu dan bertanya kepadanya, “Di manakah Ahimaas dan Yonatan?” Wanita itu menjawab, “Mereka sudah pergi ke arah sungai.”+ Hamba-hamba itu terus mencari Ahimaas dan Yonatan, tetapi tidak menjumpai mereka. Kemudian hamba-hamba itu pulang ke Yerusalem.

21 Sesudah hamba-hamba itu pergi, Ahimaas dan Yonatan keluar dari perigi lalu pergi mencari Raja Daud. Mereka berkata kepadanya, “Ahitofel telah merancang untuk menyerang tuanku. Maka tuanku haruslah berangkat dan menyeberangi sungai dengan segera.”+ 22 Daud dan rombongannya segera berangkat dan menyeberangi Sungai Yordan. Semua orang telah menyeberangi sungai itu sebelum matahari terbit.

23 Semasa Ahitofel tahu bahawa nasihatnya tidak dituruti, dia memasang pelana pada keldainya lalu pulang ke kampung halamannya.+ Setelah dia menyelesaikan urusan rumah tangganya,+ dia menggantung diri lalu mati.+ Kemudian dia dikebumikan di kuburan keluarganya.

24 Sementara itu, Daud pergi ke Mahanaim,+ dan Absalom menyeberangi Sungai Yordan bersama semua orang Israel. 25 Absalom melantik Amasa+ menjadi ketua tentera untuk menggantikan Yoab.+ (Bapa Amasa ialah seorang lelaki Israel yang bernama Yitra. Ibu Amasa ialah Abigail+ anak Nahas, adik Zeruya. Zeruya ialah ibu Yoab.) 26 Orang Israel dan Absalom berkhemah di Gilead.+

27 Sebaik sahaja Daud tiba di Mahanaim, dia disambut oleh Sobi anak Nahas dari Raba+ (kota orang Ammon), Makhir+ anak Amiel dari Lo-debar, dan Barzilai,+ orang Gilead dari Rogelim. 28 Mereka membawa tikar, kuali, periuk tembikar, dua jenis kacang yang berbeza, gandum, barli, tepung, biji-bijian yang sudah dipanggang, biji-bijian kering, 29 madu, mentega, biri-biri, dan keju. Mereka berkata, “Semua orang di padang belantara tentu lapar, letih, dan haus.”+ Oleh itu, mereka membawa semua makanan ini untuk Daud dan rombongannya.+

18 Daud mengira bilangan anak buahnya lalu membahagikan mereka menjadi beberapa pasukan yang terdiri daripada 1,000 orang dan 100 orang. Dia juga melantik beberapa orang untuk mengetuai pasukan-pasukan itu.+ 2 Setelah itu, Daud menyuruh mereka berangkat dalam tiga kumpulan. Satu kumpulan dipimpin oleh Yoab,+ satu kumpulan dipimpin oleh abang Yoab, iaitu Abisai+ anak Zeruya,+ dan satu lagi kumpulan dipimpin oleh Itai,+ orang Gat itu. Raja berkata kepada mereka, “Beta juga akan pergi bersama kamu.” 3 Tetapi mereka berkata, “Janganlah ikut kami, tuanku.+ Jika kami melarikan diri atau separuh daripada bilangan kami mati, musuh tidak kisah, kerana nyawa tuanku lebih bernilai daripada nyawa 10,000 orang askar.+ Jadi lebih baik tuanku menghantar bantuan kepada kami dari kota.” 4 Raja menjawab, “Baiklah, terserahlah kepada kamu. Beta akan lakukan apa yang kamu inginkan.” Kemudian raja berdiri di sisi pintu gerbang kota, sementara anak buahnya keluar dalam pasukan yang terdiri daripada 1,000 dan 100 orang. 5 Raja memberikan perintah berikut kepada Yoab, Abisai, dan Itai: “Demi beta, janganlah berlaku kasar terhadap Absalom, anak muda itu.”+ Semua orang mendengar raja memberikan perintah ini kepada para ketua pasukan.

6 Mereka maju untuk bertempur dengan tentera Israel, dan mereka bertempur di hutan Efraim.+ 7 Anak buah Daud mengalahkan tentera Israel+ dan banyak orang yang mati. Sebanyak 20,000 orang terkorban pada hari itu. 8 Pertempuran tersebar ke seluruh kawasan itu, dan pada hari itu, lebih banyak orang yang mati di dalam hutan daripada yang mati dibunuh dengan pedang.

9 Akhirnya Absalom bertemu dengan anak buah Daud. Pada waktu itu, Absalom sedang menunggang seekor baghal, dan baghal itu lalu di bawah sebatang pokok besar yang banyak dahannya. Rambut Absalom tersangkut pada dahan pokok itu, tetapi baghal itu terus berlari sedangkan Absalom tergantung di situ. 10 Seorang lelaki nampak hal ini berlaku lalu berkata kepada Yoab,+ “Tuan, tadi aku nampak Absalom tergantung pada sebatang pokok yang besar.” 11 Yoab menjawab, “Kalau kamu nampak dia, mengapa kamu tidak terus membunuhnya di situ? Pasti aku akan memberi kamu 10 keping perak dan seutas tali pinggang.” 12 Tetapi lelaki itu berkata, “Biarpun aku diberi 1,000 keping perak, aku tidak akan mengapa-apakan anak raja, kerana kami telah mendengar apa yang diperintahkan oleh raja kepada tuan, Abisai, dan Itai. Raja telah berkata, ‘Tiada sesiapa pun yang boleh mencederakan Absalom, anak muda itu.’+ 13 Jika aku mengingkari raja dan membunuh Absalom, tentu hal itu akan diketahui oleh raja, dan tuan pasti tidak akan membelaku.” 14 Yoab berkata, “Ah, sudahlah! Buang masa saja bercakap dengan kamu!” Maka Yoab mengambil tiga batang kayu yang tajam* dan menikam jantung Absalom sewaktu dia masih hidup dan tergantung pada pokok besar itu. 15 Kemudian 10 orang hamba yang membawa senjata Yoab datang dan memukul Absalom sehingga dia mati.+ 16 Yoab meniup trompet agar askar-askarnya kembali. Demikianlah Yoab menyuruh mereka berhenti mengejar tentera orang Israel. 17 Mereka mengambil mayat Absalom dan membuangnya ke dalam sebuah lubang yang besar di hutan lalu menimbuni mayatnya dengan banyak batu.+ Sementara itu, semua orang Israel melarikan diri ke rumah masing-masing.

18 Semasa Absalom masih hidup, dia telah mengambil sebuah tugu dan mendirikan tugu itu di Lembah* Raja+ untuk dirinya. Katanya, “Aku tidak mempunyai anak lelaki yang akan membuat namaku terus diingati.”+ Itulah sebabnya dia menamakan tugu itu menurut namanya sendiri. Tugu itu dipanggil Tugu Absalom sehingga hari ini.

19 Ahimaas+ anak Zadok berkata, “Benarkanlah aku pergi untuk menyampaikan berita ini kepada raja, kerana Yehuwa telah memberikan keadilan kepada baginda. Dia telah menyelamatkan baginda daripada musuh.”+ 20 Tetapi Yoab menjawab, “Kamu tidak boleh menyampaikan berita pada hari ini. Kamu boleh melakukannya pada hari lain, tetapi bukan hari ini, kerana anak raja telah meninggal.”+ 21 Kemudian Yoab berkata kepada seorang lelaki Kus,+ “Pergilah kepada raja dan beritahulah baginda apa yang telah kamu nampak.” Lelaki itu bersujud di hadapan Yoab lalu beredar dengan cepat. 22 Ahimaas anak Zadok berkata sekali lagi kepada Yoab, “Biar apa pun yang terjadi, benarkanlah aku berlari mengikut orang Kus itu.” Yoab berkata, “Mengapakah kamu masih mahu pergi sedangkan tiada berita yang dapat kamu sampaikan?” 23 Ahimaas berkata lagi, “Biar apa pun yang terjadi, benarkanlah aku pergi.” Maka Yoab berkata, “Jika begitu, pergilah!” Ahimaas pun berlari dan mengambil jalan yang melalui daerah Yordan, dan dia berjaya mendahului orang Kus itu.

24 Daud sedang duduk di ruang antara pintu gerbang sebelah dalam dengan pintu gerbang sebelah luar kota,+ dan seorang pengawal+ naik ke bumbung pintu gerbang yang bersambung dengan tembok. Semasa pengawal itu melayangkan pandangannya, dia nampak seorang lelaki berlari. 25 Dia berseru dan memberitahukan hal itu kepada raja. Raja berkata, “Jika dia datang seorang diri, maksudnya dia membawa berita.” Apabila lelaki yang berlari itu semakin hampir, 26 pengawal itu nampak seorang lagi lelaki berlari. Kemudian pengawal itu berkata kepada penjaga pintu, “Lihat! Ada seorang lagi lelaki yang sedang berlari!” Raja berkata, “Lelaki ini juga membawa berita.” 27 Pengawal itu berkata, “Lelaki yang pertama itu mungkin Ahimaas+ anak Zadok. Hamba tahu daripada cara dia berlari.” Raja berkata, “Dia orang yang baik, tentu dia membawa berita yang baik.” 28 Tidak lama kemudian, Ahimaas berseru kepada raja, “Hamba membawa berita baik!” Kemudian dia membongkok dan bersujud kepada raja lalu berkata, “Terpujilah Yehuwa, Tuhan tuanku! Dia telah menyerahkan pemberontak-pemberontak itu ke dalam tangan tuanku.”+

29 Raja bertanya, “Adakah anakku Absalom selamat?” Ahimaas menjawab, “Ketika Yoab mengutus hamba dan seorang lagi utusan raja, hamba nampak kekecohan yang besar. Tetapi hamba tidak tahu apa yang berlaku.”+ 30 Oleh itu, raja berkata, “Pergilah ke tepi dan berdirilah di sana.” Ahimaas pun pergi ke tepi dan berdiri di situ.

31 Kemudian orang Kus itu sampai+ dan berkata kepada raja, “Hamba membawa berita ini kepada tuanku: Hari ini, Yehuwa telah memberikan keadilan kepada tuanku. Dia telah menyelamatkan tuanku daripada cengkaman para pemberontak.”+ 32 Raja bertanya kepada orang Kus itu, “Adakah anakku Absalom selamat?” Orang Kus itu menjawab, “Semoga semua musuh tuanku dan semua pemberontak yang ingin mencelakakan tuanku mendapat akibat yang sama seperti anak muda itu!”+

33 Setelah raja mendengar hal itu, dia berasa sangat sedih. Dia pergi ke sebuah bilik di atas bumbung pintu gerbang. Sambil berjalan, dia menangis dan berkata, “Anakku Absalom, oh anakku Absalom! Lebih baik aku yang mati, anakku! Oh anakku Absalom!”+

19 Yoab mendapat laporan bahawa raja sedang berkabung dan meratapi kematian Absalom.+ 2 Kegembiraan atas kemenangan* pada hari itu bertukar menjadi perkabungan bagi semua orang kerana mereka mendengar bahawa raja sedang berkabung untuk anaknya. 3 Mereka pulang ke kota+ dengan senyap, seperti askar yang malu kerana sudah lari dari pertempuran. 4 Raja menutupi mukanya dan terus meraung dengan kuat, “Anakku Absalom! Oh anakku Absalom!”+

5 Yoab menghadap raja dan berkata, “Hari ini, tuanku telah memalukan semua hamba tuanku yang telah menyelamatkan nyawa tuanku, anak-anak tuanku,+ isteri tuanku, dan gundik-gundik tuanku.+ 6 Tuanku mengasihi orang yang membenci tuanku, dan membenci orang yang mengasihi tuanku. Tuanku telah menunjukkan bahawa para pemimpin dan hamba-hamba tuanku sama sekali tidak penting di mata tuanku. Nampaknya tuanku lebih suka jika Absalom masih hidup dan kami semua mati. 7 Sekarang tuanku perlu bangun dan pergi berjumpa dengan para hamba tuanku dan menenteramkan hati mereka. Hamba bersumpah demi Yehuwa bahawa jika tuanku tidak pergi berjumpa dengan mereka, tiada seorang pun yang akan terus berada di sisi tuanku malam ini. Hal ini jauh lebih buruk daripada semua malapetaka yang pernah menimpa tuanku sejak masa muda tuanku.” 8 Raja pun bangun dan pergi duduk di pintu gerbang, dan semua orang mendengar bahawa raja sedang duduk di situ. Maka mereka datang menghadap raja.

Orang Israel yang lain telah melarikan diri dan balik ke rumah masing-masing.+ 9 Semua orang daripada semua suku Israel bertengkar sesama sendiri. Mereka berkata, “Raja telah menyelamatkan kita daripada musuh kita.+ Baginda telah menyelamatkan kita daripada orang Filistin. Tetapi sekarang baginda telah melarikan diri daripada Absalom dan meninggalkan negeri ini.+ 10 Kita telah melantik Absalom menjadi raja kita,+ tetapi dia sudah mati dalam pertempuran.+ Jadi sekarang, mengapa kamu tidak berusaha untuk membawa raja kembali?”

11 Raja Daud menghantar pesanan berikut kepada Imam Zadok+ dan Imam Abiatar:+ “Tanyalah para pemimpin orang Yehuda,+ ‘Mengapakah kamu berlambat-lambat untuk membawa beta kembali ke istana beta? Beta telah dimaklumkan di tempat kediaman beta bahawa semua orang Israel ingin membawa beta kembali. 12 Kamulah saudara-saudara beta, dan kamulah darah daging* beta. Mengapakah kamu orang terakhir yang ingin membawa beta pulang?’ 13 Selain itu, katakanlah kepada Amasa:+ ‘Bukankah kamu darah daging beta? Beta melantik kamu untuk menggantikan Yoab sebagai ketua tentera. Biarlah Tuhan menghukum beta, dan melipatgandakan hukuman-Nya atas beta, jika hal ini tidak terjadi.’”+

14 Demikianlah raja mengambil hati semua orang Yehuda, dan mereka menghantar pesanan kepada raja, “Tuanku pulanglah bersama-sama semua hamba tuanku.”

15 Raja berangkat dan sampai di Sungai Yordan. Orang Yehuda pergi ke Gilgal+ untuk berjumpa dengan raja dan mengiringinya menyeberangi sungai itu. 16 Simei+ anak Gera, orang Benyamin dari Bahurim, segera datang bersama orang Yehuda untuk berjumpa dengan Raja Daud. 17 Dia juga membawa 1,000 orang Benyamin bersamanya. Selain itu, Ziba,+ iaitu hamba keluarga Saul, cepat-cepat pergi ke Sungai Yordan bersama 15 orang anak lelakinya dan 20 orang hambanya. Mereka tiba di sungai itu lebih awal daripada raja. 18 Ziba* menyeberangi sungai itu untuk mengiringi seisi keluarga raja dan untuk melakukan segala perintah raja. Apabila raja hendak menyeberangi Sungai Yordan, Simei anak Gera bersujud di hadapannya. 19 Dia berkata, “Ampun tuanku, maafkanlah kesalahan hamba. Hamba mohon agar tuanku melupakan kesalahan yang hamba lakukan+ pada hari tuanku meninggalkan Yerusalem. Janganlah ambil hati dengan apa yang telah hamba lakukan, 20 kerana hamba sedar bahawa hamba telah berdosa. Itulah sebabnya pada hari ini, hambalah orang pertama dalam keluarga Yusuf yang tiba di sini untuk berjumpa dengan tuanku.”

21 Abisai+ anak Zeruya+ segera berkata, “Simei patut dibunuh, kerana dia telah mengutuk orang yang diurapi Yehuwa!”+ 22 Tetapi Daud berkata, “Wahai anak-anak Zeruya,+ jangan masuk campur! Mengapa pula kamu menentang kehendak beta? Betalah raja Israel dan tiada seorang pun yang akan dihukum mati pada hari ini!” 23 Raja berkata kepada Simei, “Kamu tidak akan mati.” Raja juga bersumpah kepadanya.+

24 Mefiboset,+ cucu Saul, juga datang untuk berjumpa dengan raja. Dia tidak mencuci kaki dan bajunya atau menggunting misainya sejak raja meninggalkan kota sehingga raja pulang dengan selamat. 25 Apabila dia datang ke* Yerusalem untuk menghadap raja, raja bertanya kepadanya, “Mefiboset, mengapa kamu tidak ikut bersama beta?” 26 Dia menjawab, “Tuanku, hamba tempang,+ maka hamba berkata kepada pelayan hamba,+ ‘Pasangkanlah pelana pada keldaiku supaya aku dapat menunggang keldai itu dan mengikut raja.’ Tetapi pelayan itu telah menipu hamba. 27 Pelayan itu juga memfitnah hamba di hadapan tuanku.+ Namun tuanku seperti malaikat Tuhan yang benar. Maka lakukanlah apa sahaja yang tuanku mahu. 28 Seisi rumah tangga bapa hamba sepatutnya dihukum mati, tetapi tuanku membenarkan hamba makan di meja tuanku.+ Jadi hamba langsung tidak berhak untuk memohon apa-apa lagi daripada tuanku.”

29 Raja berkata, “Sudahlah, jangan bercakap lagi. Inilah keputusan beta: Kamu dan Ziba akan berkongsi tanah itu.”+ 30 Mefiboset pun berkata, “Tuanku, biarlah Ziba mengambil semuanya. Hamba sudah puas hati kerana tuanku sudah pulang ke istana dengan sejahtera.”

31 Kemudian Barzilai,+ orang Gilead itu, datang dari Rogelim ke daerah Yordan untuk mengiringi raja ke Sungai Yordan. 32 Barzilai sudah sangat tua. Dia berumur 80 tahun, dan dia seorang lelaki yang sangat kaya. Semasa raja tinggal di Mahanaim,+ dia membekalkan makanan kepada raja. 33 Oleh itu, raja berkata kepada Barzilai, “Ikutlah beta. Kamu akan makan di meja beta di Yerusalem.”+ 34 Barzilai menjawab, “Hamba tidak akan hidup lama lagi. Jadi apa gunanya hamba ikut tuanku ke Yerusalem? 35 Sekarang hamba sudah berusia 80 tahun.+ Dapatkah hamba menilai apa yang baik dan apa yang buruk? Dapatkah hamba merasai apa yang hamba makan dan minum? Adakah hamba masih dapat mendengar suara para penyanyi lelaki dan wanita?+ Hamba hanya akan menjadi beban kepada tuanku. 36 Tuanku tidak perlu memberikan ganjaran ini kepada hamba. Hamba sudah bersyukur kerana dapat mengiringi tuanku ke Sungai Yordan. 37 Izinkanlah hamba pulang, tuanku. Biarlah hamba mati di kota hamba, dekat kuburan ibu bapa hamba.+ Ini dia Kimham.+ Benarkanlah dia mengikuti tuanku, dan lakukanlah apa sahaja yang tuanku mahu terhadapnya.”

38 Raja berkata, “Baiklah, Kimham akan mengikut beta, dan beta akan melakukan apa saja baginya menurut kehendakmu. Beta akan menunaikan segala permintaanmu.” 39 Semua orang pun menyeberangi Sungai Yordan. Apabila raja menyeberangi sungai itu, dia mencium Barzilai+ lalu memberkatinya. Kemudian Barzilai pulang ke rumahnya. 40 Raja menyeberangi sungai dan pergi ke Gilgal.+ Kimham pun mengikutnya. Semua orang Yehuda dan separuh daripada orang Israel juga menyeberangi sungai itu bersama raja.+

41 Selepas itu, semua orang Israel yang lain menghampiri raja dan berkata kepadanya, “Mengapakah saudara kami, orang Yehuda, telah membawa tuanku pergi secara senyap-senyap? Mengapakah mereka membawa tuanku, seisi rumah tuanku, dan semua anak buah tuanku ke seberang Sungai Yordan?”+ 42 Semua orang Yehuda menjawab, “Kerana raja ialah saudara dekat kami.+ Mengapa pula kamu semua marah-marah? Kami bukannya memakan makanan yang dibeli oleh raja, atau menerima hadiah daripadanya.”

43 Tetapi orang Israel berkata, “Kami lebih berhak terhadap raja, kerana kami mempunyai 10 buah suku. Jadi mengapakah kamu menghina kami? Bukankah kami yang pertama-tama harus membawa raja kembali?” Namun kata-kata orang Yehuda lebih tajam dan keras daripada kata-kata orang Israel.

20 Terdapat seorang pemberontak yang bernama Syeba+ anak Bikri, seorang lelaki Benyamin. Dia meniup trompet+ dan berkata, “Kita tidak ada kaitan dengan Daud. Kita tidak mendapat warisan daripada anak Isai+ itu. Hai orang Israel, kembalilah kepada tuhan-tuhan* kamu!”+ 2 Oleh itu, semua orang Israel meninggalkan Daud dan mengikut Syeba anak Bikri.+ Tetapi orang Yehuda masih mengikut raja mereka, dan mengiringinya dari Sungai Yordan sampai ke Yerusalem.+

3 Apabila Daud tiba di istananya di Yerusalem,+ 10 orang gundik yang ditinggalkannya untuk menjaga istana,+ ditempatkannya ke dalam sebuah rumah yang dijaga oleh pengawal. Dia membekalkan makanan kepada mereka, tetapi dia tidak lagi meniduri mereka.+ Mereka tinggal di rumah itu sepanjang hayat. Mereka hidup seperti balu, walaupun suami mereka masih hidup.

4 Raja berkata kepada Amasa,+ “Kumpulkanlah orang Yehuda dan baliklah ke sini bersama dengan mereka dalam tempoh tiga hari.” 5 Amasa pun pergi mengumpulkan orang Yehuda, tetapi dia datang lambat dan tidak balik pada waktu yang telah ditentukan oleh raja. 6 Maka Daud berkata kepada Abisai,+ “Syeba+ anak Bikri lebih berbahaya daripada Absalom.+ Kumpulkan askar-askar beta dan kejarlah dia, supaya dia tidak sempat sampai di kota-kota berkubu dan melepaskan diri daripada kita.” 7 Kemudian anak buah Yoab,+ orang Kreti, orang Pleti,+ dan semua pahlawan yang gagah keluar dari Yerusalem untuk mengejar Syeba anak Bikri. 8 Apabila mereka sampai dekat batu besar di Gibeon,+ Amasa+ datang bertemu dengan mereka. Pada waktu itu, Yoab sedang memakai pakaian perangnya, dan dia telah menggantungkan sebilah pedang yang bersarung pada tali pinggangnya. Ketika Yoab melangkah maju, pedangnya terjatuh.

9 Yoab bertanya kepada Amasa, “Apa khabar, saudaraku?” Kemudian dia memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya seolah-olah dia ingin mencium Amasa. 10 Amasa tidak memperhatikan pedang yang dipegang oleh Yoab, lalu Yoab menikam perut Amasa dengan pedang itu,+ sehingga usus Amasa terburai ke tanah. Dia tidak perlu menikam Amasa buat kali kedua kerana satu tikaman sudah cukup untuk membunuhnya. Selepas itu, Yoab dan abangnya Abisai terus mengejar Syeba anak Bikri.

11 Salah seorang anak buah Yoab yang muda berdiri di sisi Amasa dan berseru, “Sesiapa yang menyokong Yoab dan Daud, ikutlah Yoab!” 12 Sementara itu, Amasa terbaring di tengah jalan dan badannya berlumuran darah. Apabila pemuda itu nampak bahawa semua orang berhenti di situ, dia memindahkan Amasa ke padang lalu menutupinya dengan sehelai pakaian. Dia berbuat demikian kerana semua orang yang lalu di situ akan berhenti apabila mereka nampak Amasa. 13 Setelah Amasa dipindahkan dari jalan itu, semua orang mengikut Yoab dan terus mengejar Syeba+ anak Bikri.

14 Syeba melalui semua kawasan suku Israel dan akhirnya dia tiba di Abel-bet-maakha.+ Kemudian orang Bikri berkumpul dan mengikuti Syeba.

15 Yoab dan anak buahnya* datang dan mengepung Abel-bet-maakha kerana Syeba ada di dalam kota itu. Kota itu dikelilingi benteng, dan mereka membuat timbunan tanah di luar kota itu. Kemudian mereka menggali tanah di bawah tembok kota itu untuk meruntuhkannya. 16 Seorang wanita yang bijak berseru dari kota, “Dengarlah, hai semua orang! Dengarlah! Suruhlah Yoab datang ke sini. Aku hendak bercakap dengannya.” 17 Yoab pun datang, dan wanita itu bertanya, “Adakah kamu Yoab?” Yoab menjawab, “Ya.” Wanita itu berkata, “Dengarlah kata-kataku.” “Baiklah,” kata Yoab. 18 Wanita itu berkata, “Dahulu orang selalu berkata, ‘Pergilah minta petunjuk di kota Abel, dan masalah kamu akan selesai.’ 19 Aku mewakili orang Israel yang setia dan yang menginginkan kedamaian. Kamu ingin memusnahkan sebuah kota yang penting di Israel. Mengapakah kamu mahu memusnahkan warisan Yehuwa?”+ 20 Yoab menjawab, “Aku bukannya ingin menghancurkan atau memusnahkan kota ini! 21 Itu bukanlah rancangan kami. Sebenarnya, ada seorang lelaki dari kawasan pergunungan Efraim+ yang memberontak terhadap Raja Daud. Dia bernama Syeba+ anak Bikri. Jika kamu menyerahkan orang ini kepada aku, aku akan berundur dari kota ini.” Wanita itu berkata, “Baiklah! Kami akan melemparkan kepalanya kepada kamu dari belakang tembok kota.”

22 Wanita itu segera berjumpa dengan semua penduduk kota, dan mereka memenggal kepala Syeba anak Bikri lalu melemparkannya kepada Yoab. Yoab pun meniup trompet lalu semua tentera meninggalkan kota itu dan pulang ke rumah masing-masing.+ Yoab pulang ke Yerusalem dan menghadap raja.

23 Yoab memimpin seluruh tentera orang Israel.+ Benaya+ anak Yehoyada+ mengetuai orang Kreti dan orang Pleti.+ 24 Adoram+ bertanggungjawab atas orang yang diwajibkan untuk bekerja bagi raja. Yehosafat+ anak Ahilud ialah pencatat. 25 Syewa ialah setiausaha. Zadok+ dan Abiatar+ ialah imam. 26 Ira dari Yair menjadi ketua menteri* Daud.

21 Pada zaman Daud, kebuluran berlaku+ selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud meminta petunjuk daripada Yehuwa. Yehuwa berfirman kepadanya, “Saul dan seisi rumahnya berhutang darah kerana Saul telah membunuh orang Gibeon.”+ 2 Maka Daud memanggil orang Gibeon+ dan berbincang dengan mereka. (Orang Gibeon bukanlah orang Israel. Mereka ialah orang Amori.+ Orang Israel tidak membunuh mereka kerana orang Israel pernah bersumpah untuk membiarkan mereka hidup.+ Tetapi Saul berusaha melenyapkan mereka kerana Saul terlalu menjaga kepentingan orang Israel dan orang Yehuda.) 3 Daud berkata kepada orang Gibeon, “Apakah yang dapat beta lakukan untuk kamu? Bagaimanakah beta dapat menebus dosa yang telah dilakukan terhadap kamu, supaya kamu akan memberkati umat* Yehuwa?” 4 Mereka menjawab, “Perak atau emas tidak dapat menyelesaikan masalah+ antara kami dengan Saul dan seisi rumahnya. Kami juga tidak berhak membunuh sesiapa pun daripada bangsa Israel.” Maka Daud berkata, “Apakah yang kamu ingin beta lakukan? Beritahulah beta, dan beta akan menunaikannya.” 5 Mereka menjawab, “Oleh sebab lelaki itu merancang untuk membunuh kami dan melenyapkan kami sehingga kami tidak dapat tinggal di seluruh negeri Israel,+ 6 serahkanlah tujuh orang lelaki daripada keturunannya kepada kami. Kami akan menggantungkan mayat-mayat mereka*+ di hadapan Yehuwa di Gibea,+ kota Saul, raja yang dipilih oleh Yehuwa.”+ Daud berkata, “Baiklah, beta akan menyerahkan mereka kepada kamu.”

7 Tetapi Daud menunjukkan belas kasihan kepada Mefiboset+ anak Yonatan, cucu Saul, kerana Daud dan Yonatan anak Saul pernah bersumpah di hadapan Yehuwa.+ 8 Maka Daud mengambil Armoni dan Mefiboset, iaitu anak-anak lelaki Saul yang dilahirkan oleh Rizpa+ anak Aya. Dia juga mengambil lima orang anak lelaki Adriel yang dilahirkan oleh Mikhal*+ anak Saul. (Adriel+ ialah anak Barzilai dari Mehola.) 9 Kemudian dia menyerahkan mereka kepada orang Gibeon. Orang Gibeon menggantungkan mayat-mayat mereka di atas gunung di hadapan Yehuwa.+ Tujuh orang itu mati bersama-sama. Mereka dibunuh pada permulaan musim menuai, iaitu ketika musim menuai barli bermula. 10 Rizpa+ anak Aya mengambil kain guni dan membentangkannya di atas batu. Pada siang hari, dia mengusir burung-burung agar burung-burung itu tidak menghinggapi mayat mereka, dan pada waktu malam, dia melindungi mayat mereka daripada binatang liar. Dia berada di situ dari permulaan musim menuai sehingga hujan turun membasahi mayat-mayat itu.

11 Daud mendapat berita tentang apa yang dilakukan oleh Rizpa anak Aya, iaitu gundik Saul itu. 12 Oleh itu, Daud pergi kepada para pemimpin* Yabes-gilead+ untuk mendapatkan tulang-tulang Saul dan tulang-tulang anaknya Yonatan, kerana para pemimpin itu telah mencuri tulang-tulang mereka dari lapangan kota Bet-sean. (Sebelum ini, orang Filistin telah menggantungkan mayat Saul dan Yonatan di situ pada hari mereka membunuh Saul di Gilboa.)+ 13 Daud membawa tulang-tulang Saul dan Yonatan dari kota itu. Mereka juga mengumpulkan tulang-tulang tujuh orang yang telah dibunuh* itu.+ 14 Kemudian mereka menanam tulang-tulang Saul dan tulang-tulang anaknya Yonatan di kuburan ayahnya Kish,+ di kota Zela+ yang terletak di Benyamin. Selepas mereka menyempurnakan semua perintah raja, barulah Tuhan mendengar rayuan mereka tentang negeri itu.+

15 Orang Filistin dan orang Israel berperang lagi.+ Maka Daud dan anak buahnya pergi berperang dengan orang Filistin. Tetapi Daud menjadi letih. 16 Ada seorang lelaki daripada keturunan Refaim+ yang bernama Isbi-benob. Dia membawa tombak tembaga yang beratnya kira-kira tiga kilogram setengah.*+ Dia juga membawa sebatang pedang yang baharu, dan dia ingin membunuh Daud. 17 Abisai+ anak Zeruya segera datang membantu Daud+ dan menyerang orang Filistin itu sehingga dia mati. Pada waktu itu, anak buah Daud bersumpah kepadanya dengan berkata, “Tuanku tidak boleh keluar berperang bersama hamba sekalian lagi+ supaya pelita* orang Israel tidak dilenyapkan!”+

18 Selepas itu, orang Israel berperang lagi dengan orang Filistin+ di Gob. Sibekai,+ orang Husa itu, membunuh Saf, iaitu seorang lelaki daripada keturunan Refaim.+

19 Dalam satu lagi pertempuran dengan orang Filistin+ di Gob, Elhanan anak Yaare-oregim dari Betlehem membunuh Goliat dari Gat. Batang tombak Goliat sebesar kayu pada alat tenun.+

20 Selepas itu, peperangan tercetus lagi di Gat. Di sana, ada seorang lelaki daripada keturunan Refaim yang sangat besar. Dia mempunyai 24 batang jari kaki dan jari tangan; 6 batang jari pada setiap tangan dan kakinya.+ 21 Dia asyik menghina orang Israel.+ Maka Yonatan anak kepada Simei,+ iaitu abang Daud, membunuhnya.

22 Keempat-empat orang itu berasal daripada keturunan Refaim dari Gat, dan mereka telah mati dibunuh oleh Daud dan anak buahnya.+

22 Selepas Yehuwa menyelamatkan Daud daripada Saul+ dan semua musuhnya,+ Daud menyanyikan lagu ini kepada Yehuwa.+ 2 Daud berkata,

“Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku;+ Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku.+

 3 Ya Tuhan, Engkaulah gunung batuku.+ Aku berlindung kepada-Mu.

Engkaulah perisaiku,+ penyelamatku yang berkuasa,* dan tempat naunganku.+

Engkaulah penyelamatku+ dan tempat persembunyianku.+ Engkau telah menyelamatkan aku daripada keganasan.

 4 Aku berseru kepada Yehuwa yang layak dipuji,

Dan aku akan diselamatkan daripada musuhku.

 5 Gelora maut mengelilingi aku,+

Orang yang tidak berguna menakutkan aku seperti banjir kilat.+

 6 Tali-tali Kuburan* melilit aku,+

Dan jerat-jerat maut dipasang di hadapanku.+

 7 Aku berseru kepada Yehuwa semasa aku dalam kesusahan,+

Aku terus berseru kepada Tuhanku.

Lalu Dia mendengar suaraku dari rumah-Nya,

Seruanku untuk meminta tolong sampai ke telinga-Nya.+

 8 Bumi mula bergegar dan bergoncang.+

Asas langit bergetar-getar+

Dan bergoncang kerana Dia telah menjadi murka.+

 9 Dia menghembuskan asap dari hidung-Nya,

Dan mengeluarkan api yang marak dari mulut-Nya.+

Bara api yang bernyala-nyala keluar daripada-Nya.

10 Langit melengkung apabila Dia turun,+

Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+

11 Dia terbang dengan mengenderai kerub.+

Dia kelihatan di atas sayap makhluk roh.*+

12 Dia menggunakan kegelapan untuk membentuk khemah di sekeliling-Nya,+

Kegelapan yang terdiri daripada awan yang mendung dan tebal.

13 Daripada cahaya terang di hadapan-Nya, bara api terbakar dengan berkobar-kobar.

14 Kemudian Yehuwa membuat guruh mengguntur dari langit,+

Yang Maha Tinggi membuat suara-Nya kedengaran.+

15 Dia melepaskan anak panah+ dan mencerai-beraikan musuh-Nya,

Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+

16 Dasar laut dapat dilihat+ dan asas bumi pun terdedah,

Kerana Yehuwa memberikan tegur ajar,

Kerana hidung-Nya menghembuskan nafas.+

17 Dia menghulurkan tangan-Nya dari atas,

Dia memegang aku dan menarik aku keluar dari air yang dalam.+

18 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang membenci aku+

Dan daripada mereka yang lebih kuat daripada aku.

19 Mereka menentang aku ketika aku ditimpa bencana,+

Namun Yehuwa tetap menyokong aku.

20 Dia membawa aku ke tempat yang selamat,*+

Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku.+

21 Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar.+

Dia memberikan ganjaran kepadaku kerana tanganku tidak berbuat salah.+

22 Aku mengikuti haluan Yehuwa,

Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku.

23 Segala hukum-Nya+ ada di hadapanku,

Aku tidak akan menyimpang daripada perintah-Nya.+

24 Aku bertekad untuk tetap suci+ di hadapan-Nya,

Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+

25 Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+

Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+

26 Ya Tuhan, Engkau setia kepada orang yang setia,+

Engkau melayan orang yang tidak bersalah dengan adil,+

27 Engkau baik terhadap orang yang ikhlas,+

Tetapi Engkau memperdayakan orang yang licik.+

28 Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,+

Tetapi Engkau melawan orang yang angkuh, dan Engkau merendahkan mereka.+

29 Ya Yehuwa, Engkaulah pelitaku.+

Ya Yehuwa, Engkaulah yang menerangi kegelapanku.+

30 Dengan bantuan-Mu, aku dapat menyerang kumpulan perompak,

Dengan kuasa-Mu, aku berjaya melompat merentasi tembok.+

31 Haluan Tuhan yang benar memang sempurna,+

Dan firman Yehuwa murni.+

Dia seperti perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+

32 Tiada Tuhan lain kecuali Yehuwa,+

Tuhanlah satu-satunya gunung batu kita.+

33 Tuhan yang benar ialah kubu perlindunganku yang kukuh,+

Dan Dia akan menyempurnakan jalanku.+

34 Dia menjadikan kakiku setangkas kaki rusa,

Dan membuat aku berjalan di tempat-tempat yang tinggi.+

35 Dia melatih tanganku untuk berperang.

Tanganku dapat melengkungkan busur tembaga.

36 Ya Tuhan, Engkau memberi aku perisai-Mu untuk menyelamatkan aku,

Dan kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung.+

37 Engkau melebarkan jalanku,

Dan aku tidak akan tersungkur.+

38 Aku akan mengejar musuhku dan melenyapkan mereka,

Aku tidak akan berhenti sehingga mereka hancur binasa.

39 Aku akan memusnahkan mereka dan meremukkan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi,+

Mereka akan rebah di bawah kakiku.

40 Engkau akan memberi aku kekuatan untuk bertempur,+

Engkau akan menjatuhkan musuh-musuhku di hadapanku.+

41 Engkau akan menyebabkan musuhku berundur dari hadapanku,+

Aku akan membinasakan* orang yang membenciku.+

42 Mereka akan berseru meminta tolong, tetapi tiada orang yang dapat menyelamatkan mereka.

Mereka bahkan akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa, tetapi Engkau tidak akan menjawab seruan mereka.+

43 Aku akan menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang halus di tanah.

Aku akan meremukkan mereka dan memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalanan.

44 Engkau akan menyelamatkan aku daripada rakyat yang mencari kesalahanku.+

Engkau akan melindungi aku dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa.+

Bangsa yang tidak aku kenal akan tunduk kepadaku.+

45 Orang asing akan menghadap aku sambil menggigil ketakutan,+

Mereka akan mendengar kata-kataku dan mematuhiku.*

46 Orang asing akan hilang keberanian,

Mereka akan keluar dari kubu pertahanan dengan gementar.

47 Yehuwa ialah Tuhan yang hidup! Terpujilah Gunung Batuku!+

Semoga Dia dimuliakan kerana Dia penyelamatku dan gunung batuku.+

48 Tuhan yang benar melakukan pembalasan bagiku,+

Dia membuat orang ramai tunduk kepadaku,+

49 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.

Dia meninggikan aku dan menjauhkan aku daripada+ orang yang menyerang aku.

Dia menyelamatkan aku daripada orang ganas.+

50 Ya Yehuwa, itulah sebabnya aku bersyukur kepada-Mu dalam kalangan bangsa-bangsa.+

Aku akan menyanyikan lagu* untuk memuji nama-Mu.+

51 Engkau telah melakukan perbuatan yang menakjubkan untuk menyelamatkan raja yang Engkau lantik,+

Engkau menunjukkan kasih setia kepada raja yang Engkau urapi,

Kepada aku Daud dan keturunanku, buat selama-lamanya.”+

23 Berikut merupakan kata-kata terakhir Daud:+

“Inilah kata-kata Daud anak Isai,+

Lelaki yang telah ditinggikan,+

Lelaki yang diurapi+ oleh Tuhan Yakub,

Dan penyanyi bersuara merdu yang menyanyikan lagu-lagu+ Israel.*

 2 Kuasa suci* Yehuwa berfirman menerusi aku,+

Firman-Nya ada pada lidahku.+

 3 Tuhan orang Israel berfirman,

Ya, Gunung Batu orang Israel+ berfirman kepadaku,

‘Apabila seseorang memerintah umat manusia dengan adil,+

Dan dengan rasa takut akan Tuhan,+

 4 Pemerintahannya bagaikan matahari yang terbit pada waktu fajar,+

Bagaikan pagi yang tidak berawan,

Bagaikan sinar suria selepas hujan,

Yang membuat rumput tumbuh dari muka bumi.’+

 5 Bukankah keturunanku seperti itu di hadapan Tuhan?

Dia telah membuat perjanjian yang kekal denganku,+

Yang telah diaturkan dengan terperinci dan yang tidak akan diubah.

Perjanjian ini akan menyelamatkan aku dan memberi aku kebahagiaan.

Sesungguhnya Tuhan pasti akan menepati perjanjian ini.+

 6 Tetapi orang yang tidak berguna dibuang+ seperti semak berduri,

Kerana mereka tidak dapat disentuh.

 7 Jika seseorang ingin menyentuh semak berduri itu,

Dia mesti menggunakan senjata besi dan tombak.

Semak berduri itu patut dibakar habis dengan api di tempatnya.”

8 Inilah senarai nama pahlawan Daud yang paling gagah:+ Yosyeb-bassyebet, seorang lelaki Tahkhemoni. Dia merupakan salah seorang daripada tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah, dan dia ialah ketua mereka.+ Pernah sekali, dia membunuh 800 orang dengan tombaknya. 9 Seterusnya ialah Eleazar+ anak Dodo+ daripada keturunan Ahohi. Dia juga salah seorang daripada tiga orang pahlawan yang paling gagah. Dia ada bersama Daud ketika mereka mencabar orang Filistin. Pada waktu itu, orang Filistin telah berkumpul untuk berperang. Apabila tentera Israel berundur, 10 Eleazar tidak berganjak dari tempatnya. Dia terus melawan orang Filistin sehingga lengannya lesu dan tangannya kejang kerana dia asyik memegang pedang.+ Pada hari itu, Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada tentera Israel.+ Selepas itu, mereka mengikut Eleazar dan pergi mengambil barang-barang pada mayat.

11 Seterusnya ialah Shama anak Age, orang Harari. Pada suatu hari, orang Filistin berkumpul di Lehi, di sebuah ladang yang penuh dengan kacang.* Tentera Israel lari daripada orang Filistin, 12 tetapi Shama berdiri di tengah-tengah ladang itu dan terus melawan orang Filistin untuk mempertahankan ladang itu. Maka Yehuwa memberikan kemenangan* yang besar kepada orang Israel.+

13 Pada musim menuai, 3 orang daripada 30 orang ketua pahlawan pergi berjumpa dengan Daud di sebuah gua di Adulam.+ Pada masa itu, tentera Filistin sedang berkhemah di Lembah* Refaim,+ 14 dan tempat berkawal mereka terletak di Betlehem. Daud pula sedang berlindung di sebuah kubu.+ 15 Dia meluahkan hasratnya dengan berkata, “Alangkah baiknya jika beta dapat minum air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem!” 16 Setelah mendengar hal itu, tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah menyerbu perkhemahan orang Filistin. Mereka menimba air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem lalu membawanya kepada Daud. Tetapi dia enggan meminumnya lalu menuangkan air itu ke tanah demi Yehuwa.+ 17 Dia berkata, “Tidak mungkin beta minum air ini kerana beta takut kepada Yehuwa. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka hanya untuk membawa air ini. Jika beta meminumnya, beta seolah-olah minum darah+ orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka.” Itulah sebabnya Daud enggan meminumnya. Demikianlah hal-hal yang dilakukan oleh tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.

18 Selain itu, terdapat tiga orang lagi pahlawan Daud yang gagah. Salah seorang daripada mereka ialah Abisai+ anak Zeruya,+ abang Yoab, dan dia merupakan ketua mereka. Dia pernah membunuh 300 orang dengan tombaknya, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah.+ 19 Abisai menjadi ketua kerana dialah yang paling handal. Tetapi dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.

20 Benaya+ ialah anak kepada Yehoyada, seorang lelaki yang berani. Benaya telah banyak kali menunjukkan kegagahannya di Kabzeel.+ Dia membunuh dua orang anak lelaki Ariel dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia turun ke sebuah lubang dan membunuh seekor singa.+ 21 Dia juga membunuh seorang lelaki Mesir yang berbadan besar. Meskipun lelaki itu memegang sebatang tombak, Benaya menyerang lelaki itu dengan sebatang kayu dan merampas tombaknya dari tangannya, lalu membunuhnya dengan tombak itu. 22 Itulah hal-hal yang dilakukan oleh Benaya anak Yehoyada, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan yang gagah itu. 23 Walaupun dia lebih handal daripada 30 orang pahlawan yang lain, dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan yang paling gagah itu. Namun Daud melantik dia untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.

24 Berikut merupakan nama 30 orang pahlawan: Asael,+ iaitu adik Yoab; Elhanan anak Dodo dari Betlehem;+ 25 Shama, orang Harod; Elika, orang Harod; 26 Heles,+ orang Palti; Ira+ anak Ikes, orang Tekoa; 27 Abi-ezer,+ orang Anatot;+ Mebunai, orang Husa; 28 Zalmon, orang Ahohi; Maharai,+ orang Netofa; 29 Heleb anak Baanah, orang Netofa; Itai anak Ribai dari Gibea, yang terletak di kawasan orang Benyamin; 30 Benaya,+ orang Piraton; Hidai dari wadi* Gaas;+ 31 Abi-albon, orang Araba; Azmawet, orang Bar-humi; 32 Eliahba, orang Saalboni; anak-anak Yasyen; Yonatan; 33 Shama, orang Harari; Ahiam anak Syarar, orang Harari; 34 Elifelet anak Ahasbai, anak seorang lelaki dari Maakha; Eliam anak Ahitofel,+ orang Gilo; 35 Hezro, orang Karmel; Paarai, orang Arbi; 36 Yigal anak Natan, dari Zoba; Bani, orang Gad; 37 Zelek, orang Ammon; Naharai, orang Beerot, pembawa senjata Yoab anak Zeruya; 38 Ira, orang Itri; Gareb, orang Itri;+ 39 dan Uria,+ orang Het. Kesemuanya berjumlah 37 orang.

24 Sekali lagi, Yehuwa marah terhadap orang Israel+ kerana Raja Daud dipengaruhi oleh kata-kata berikut: “Pergilah, dan hitunglah bilangan+ orang Israel dan Yehuda.”+ 2 Maka raja berkata kepada Yoab,+ ketua tenteranya yang ada bersamanya, “Pergilah kepada semua suku Israel, dari Dan sampai ke Beer-syeba,+ dan buatlah pembancian. Beta ingin tahu jumlah rakyat beta.” 3 Tetapi Yoab berkata kepada raja, “Semoga Tuhan Yehuwa melipatgandakan rakyat tuanku sampai seratus kali lebih banyak daripada jumlah sekarang. Semoga tuanku dapat melihat hal ini berlaku, tetapi mengapakah tuanku ingin melakukan pembancian ini?”

4 Raja tetap berpegang pada perintahnya, maka Yoab dan ketua-ketua tentera yang lain beredar dari hadapan raja lalu pergi membanci orang Israel.+ 5 Setelah mereka menyeberangi Sungai Yordan, mereka berkhemah di Aroer,+ iaitu di tengah-tengah lembah* yang terletak di sebelah kanan* sebuah kota. Kemudian mereka berangkat ke kawasan orang Gad dan pergi ke Yaezer.+ 6 Mereka meneruskan perjalanan ke Gilead+ dan negeri Tahtim-hodshi sampai ke Dan-yaan, lalu membelok ke Sidon.+ 7 Selepas itu, mereka pergi ke kota berkubu Tirus+ dan ke semua kota orang Hewi+ dan kota orang Kanaan. Akhirnya mereka tiba di Beer-syeba yang terletak di Negeb,+ iaitu kawasan Yehuda.+ 8 Demikianlah mereka menjelajahi seluruh negeri Israel dalam masa 9 bulan dan 20 hari. Kemudian mereka kembali ke Yerusalem. 9 Yoab melaporkan hasil pembancian kepada raja, iaitu 800,000 orang lelaki Israel dan 500,000 orang lelaki Yehuda yang memenuhi syarat untuk menjadi askar.+

10 Namun Daud rasa bersalah*+ kerana dia telah membanci rakyat. Dia pun berkata kepada Yehuwa, “Aku telah melakukan dosa+ yang besar dengan membanci rakyat. Ya Yehuwa, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini.+ Aku telah bertindak dengan bodoh sekali.”+ 11 Apabila Daud bangun pada keesokan harinya, dia mendapat perkhabaran daripada Yehuwa melalui Nabi Gad,+ iaitu orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan kepada Daud. Tuhan berfirman, 12 “Pergilah menghadap Daud dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku memberi engkau tiga pilihan. Pilihlah salah satu. Apa saja yang engkau pilih akan Aku lakukan kepadamu.”’”+ 13 Maka Gad pergi kepada Daud dan berkata kepadanya, “Adakah tuanku mahu negeri tuanku dilanda kebuluran selama tujuh tahun?+ Atau adakah tuanku mahu melarikan diri daripada musuh-musuh tuanku selama tiga bulan?+ Atau adakah tuanku mahu negeri tuanku dilanda wabak penyakit selama tiga hari?+ Fikirkanlah hal ini baik-baik. Beritahulah hamba jawapan tuanku, dan hamba akan menyampaikannya kepada Tuhan yang telah mengutus hamba.” 14 Daud menjawab, “Beta amat runsing! Beta tidak mahu jatuh ke dalam tangan manusia.+ Jadi lebih baik jika kita jatuh ke dalam tangan Yehuwa+ kerana Dia berbelas kasihan.”+

15 Oleh itu, Yehuwa mendatangkan wabak penyakit+ atas Israel mulai pagi itu sampai ke waktu yang telah ditetapkan oleh-Nya. Akibatnya, sebanyak 70,000 orang meninggal+ dari Dan sampai ke Beer-syeba.+ 16 Sewaktu malaikat menghulurkan tangannya ke arah Yerusalem untuk memusnahkan kota itu, Yehuwa berasa kesal* kerana Dia telah mendatangkan wabak itu.+ Maka Dia berkata kepada malaikat itu, “Cukuplah! Turunkan tanganmu.” Pada waktu itu, malaikat Yehuwa sedang berdiri dekat tempat mengirik tuaian milik Arauna,+ seorang lelaki Yebus.+

17 Apabila Daud nampak malaikat yang sedang membunuh rakyat itu, dia berkata kepada Yehuwa, “Akulah yang berdosa, dan akulah yang bersalah. Tetapi apakah yang telah dilakukan oleh bangsa yang bagaikan biri-biri ini?+ Apakah kesalahan mereka? Ya Tuhan, biarlah tangan-Mu menghukum aku dan keluarga bapaku!”+

18 Pada hari itu juga Gad pergi kepada Daud dan berkata kepadanya, “Pergilah ke tempat mengirik tuaian milik Arauna, orang Yebus itu, dan dirikanlah sebuah mazbah untuk Yehuwa di situ.”+ 19 Daud pun pergi ke situ, selaras dengan apa yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Gad. 20 Apabila Arauna melihat ke bawah, dia nampak raja dan hamba-hambanya menuju ke tempatnya. Maka Arauna segera keluar dan berlutut lalu bersujud kepada raja. 21 Dia bertanya kepada raja, “Mengapakah tuanku datang ke tempat hamba?” Daud menjawab, “Beta hendak membeli tempat mengirik tuaian ini daripadamu, kerana beta ingin mendirikan sebuah mazbah untuk Yehuwa di sini, supaya wabak yang menimpa rakyat dapat dihentikan.”+ 22 Namun Arauna menjawab, “Tuanku, ambillah tempat ini dan persembahkanlah apa sahaja yang baik di mata tuanku. Inilah lembu-lembu jantan untuk dijadikan korban bakar, dan tuanku boleh menggunakan papan mengirik dan peralatan yang dipasang pada lembu sebagai kayu api. 23 Ya tuanku, semua ini hamba berikan kepada tuanku.” Kemudian Arauna berkata lagi, “Semoga Yehuwa, Tuhan tuanku, berkenan kepada tuanku.”

24 Tetapi raja menjawab, “Tidak! Beta mesti membelinya daripada kamu. Beta tidak akan mempersembahkan korban bakar yang beta dapat dengan percuma kepada Yehuwa, Tuhan beta.” Maka Daud membeli tempat itu dan lembu-lembu jantan itu dengan harga 50 syekel* perak.+ 25 Daud pun mendirikan sebuah mazbah+ untuk Yehuwa lalu mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian di situ. Selepas itu, Yehuwa mendengar rayuan+ orang Israel dan menghentikan wabak yang menimpa mereka.

Harfiah, “lemak.”

Merujuk kepada persahabatan mereka yang rapat.

Atau “kasih setia.”

Atau “bertanding.”

Atau mungkin, “merentasi seluruh Bithron.”

Atau “memerintah segala yang tuanku inginkan.”

Atau “membuat kerja memintal.” Mungkin merujuk kepada lelaki lumpuh yang terpaksa membuat kerja wanita.

Atau “dirantai dengan tembaga.”

Atau “roti perkabungan.”

Harfiah, “tangannya menjadi lemah.”

Atau “ialah saudara-mara.”

Atau mungkin, “dan dia memanggil kubu itu.”

Ibrani, mil·loh’ʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.

Harfiah, “rumah.”

Atau “Dataran Rendah.”

Maksudnya “Perempuh yang Terulung.”

Atau “Dataran Rendah.”

Harfiah, “di depan pokok baka.”

Atau mungkin, “di antara.”

Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Proses memisahkan buah daripada tangkai.

Atau “tidak senang hati.”

Maksudnya “Melepaskan Kemurkaan terhadap Uzah.”

Mungkin merujuk kepada kota Gat-rimon.

Lihat Kamus.

Atau “trompet.”

Harfiah, “rumah.”

Harfiah, “akan membina sebuah rumah untukmu.”

Atau mungkin, “anak-anak Adam.”

Atau “hukum.”

Atau “dan niat hati-Mu.”

Atau “menebus.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “penyelamatan.”

Harfiah, “imam-imam.”

Atau “Dia tempang.”

Atau “askar dari Tob.”

Atau “askar dari Tob.”

Iaitu, Sungai Efrat.

Iaitu, pada musim bunga.

Atau “awal petang.”

Barangkali dia sedang menyucikan diri selepas datang haid.

Harfiah, “dan basuhlah kakimu.”

Iaitu, hadiah yang diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu yang dihormati.

Harfiah, “pedang tidak akan meninggalkan keluargamu.”

Daripada perkataan Ibrani yang bermaksud “Aman.”

Maksudnya “Dikasihi Yehuwa.”

Mungkin merujuk kepada sumber air kota itu.

Harfiah, “dan kota itu akan dinamakan dengan nama hamba.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “1 talenta.” Lihat Lampiran B14.

Iaitu, makanan untuk orang sakit.

Atau “jubah yang dihiasi dengan cantik.”

Atau “Raja Daud dapat menerima hakikat tentang.”

Harfiah, “orang yang menuntut hutang darah.”

Harfiah, “200 syekel.” Lihat Lampiran B14.

Mungkin timbangan yang digunakan di istana atau timbangan yang berbeza daripada timbangan biasa.

Atau mungkin, “40 tahun.”

Atau “akan beribadat.”

Atau “pengintip.”

Atau “kasih setia.”

Atau “pelihat?”

Atau “nasihat.”

Atau “penasihat.”

Kemungkinan besar merujuk kepada buah ara, mungkin juga buah kurma.

Harfiah, “anak lelaki.”

Harfiah, “bapanya.”

Harfiah, “Hamba bersujud kepada tuanku.”

Atau “penasihat.”

Atau “nasihatmu?”

Atau “petunjuk.”

Atau “sakit hati.”

Atau “lubang; gaung.”

Atau mungkin, “di padang gurun.”

Atau mungkin, “damak; tombak.”

Atau “Dataran Rendah.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “keluarga.”

Atau mungkin, “Mereka.”

Atau mungkin, “datang dari.”

Atau mungkin, “khemah-khemah.”

Harfiah, “Mereka.”

Harfiah, “menjadi imam.”

Harfiah, “warisan.”

Harfiah, “akan mendedahkan mereka,” iaitu mematahkan tangan dan kaki mereka.

Atau mungkin, “Merab.”

Atau mungkin, “pemilik tanah.”

Harfiah, “didedahkan.”

Atau “300 syekel.” Lihat Lampiran B14.

Iaitu, pemimpin.

Harfiah, “tanduk penyelamatanku.” Lihat Kamus, “Tanduk.”

Lihat Kamus.

Atau “sayap angin.”

Atau “tempat yang luas.”

Harfiah, “membungkam.”

Harfiah, “Apabila telinga mereka mendengar, mereka akan mematuhi aku.”

Atau “bermain muzik.”

Atau “Dan lelaki baik yang disebutkan di dalam lagu-lagu Israel.”

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Atau “penyelamatan.”

Atau “kacang lentil.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “Dataran Rendah.”

Lihat Kamus.

Atau “wadi.”

Atau “sebelah selatan.”

Atau “hati nurani Daud menyalahkannya.”

Atau “sedih.”

Lihat Lampiran B14.

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi