PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • nwt 19 1A-150F
  • Mazmur

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mazmur
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Mazmur

MAZMUR

BUKU PERTAMA

(Mazmur 1-41)

1 Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat,

Yang tidak berjalan menurut haluan orang yang berdosa,+

Dan yang tidak duduk bersama orang yang suka mencemuh!+

 2 Berbahagialah orang yang suka akan hukum Yehuwa,+

Dan yang membaca serta merenungkan hukum itu siang dan malam!+

 3 Dia akan menjadi seperti pokok yang ditanam di tepi sungai,*

Yang berbuah pada musimnya,

Dan yang tidak layu dedaunnya.

Dia akan berjaya dalam segala usahanya.+

 4 Tetapi orang yang jahat tidak begitu;

Mereka bagaikan sekam yang ditiup angin.

 5 Orang yang jahat pasti akan dihukum;+

Orang yang berdosa akan diasingkan daripada orang yang baik.+

 6 Yehuwa prihatin terhadap orang yang menempuh haluan yang benar,+

Tetapi orang yang mengikut haluan yang jahat akan binasa.+

2 Mengapakah bangsa-bangsa menjadi tidak tenteram?

Mengapakah mereka merancang perkara yang sia-sia?+

 2 Raja-raja di bumi bangkit untuk memberontak,

Dan pegawai-pegawai tinggi bersepakat+

Untuk menentang Yehuwa dan orang yang diurapi-Nya.*+

 3 Mereka berkata, “Marilah kita memutuskan rantai dan tali

Yang digunakan untuk mengikat kita!”

 4 Dia yang bertakhta di syurga akan mentertawakan mereka.

Sesungguhnya, Yehuwa akan mencemuh mereka.

 5 Pada masa itu, Dia akan berfirman kepada mereka dalam kemurkaan-Nya,

Dan menakutkan mereka dengan kemarahan-Nya yang membara.

 6 Dia akan berfirman, “Aku telah menabalkan raja pilihan-Ku+

Di Sion,+ gunung suci-Ku.”

 7 Aku akan mengisytiharkan apa yang dinyatakan oleh Yehuwa.

Dia telah berfirman kepadaku, “Engkaulah anak-Ku;+

Pada hari ini, Aku menjadi bapamu.+

 8 Mohonlah kepada-Ku, maka Aku akan memberikan bangsa-bangsa sebagai warisanmu,

Dan seluruh bumi sebagai milikmu.+

 9 Engkau akan meremukkan mereka dengan tongkat besi,+

Dan engkau akan menghancurkan mereka seperti menghancurkan tembikar.”+

10 Hai raja-raja, tunjukkanlah pengertian;

Hai hakim-hakim di bumi, terimalah teguran* yang diberikan.

11 Sembahlah Yehuwa dengan penuh rasa takut;

Bersukacitalah dan tunjukkanlah hormat kepada-Nya.

12 Muliakanlah anak-Nya+ supaya Dia tidak menjadi murka

Dan supaya kamu tidak lenyap daripada haluan yang benar,+

Kerana Dia akan melampiaskan kemurkaan-Nya secara tiba-tiba.

Tetapi berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!

Lagu yang digubah oleh Daud semasa dia melarikan diri daripada anaknya Absalom.+

3 Ya Yehuwa, mengapakah musuhku begitu banyak?+

Mengapakah banyak orang bangkit untuk menentang aku?+

 2 Banyak orang berkata begini tentang aku:

“Tuhan tidak akan menyelamatkannya!”+ (Selah)*

 3 Tetapi, ya Yehuwa, Engkaulah perisai yang melindungi aku.+

Engkaulah kemuliaanku+ dan Engkaulah yang memberi aku keyakinan.+

 4 Aku akan berseru kepada Yehuwa,

Dan Dia akan menjawab seruanku dari gunung suci-Nya.+ (Selah)

 5 Aku akan berbaring dan tidur dengan tenteram,

Dan aku pasti akan bangun,

Kerana Yehuwa sentiasa menyokong aku.+

 6 Aku tidak takut kepada puluhan ribu orang

Yang menyerang aku dari segala arah.+

 7 Bangkitlah, ya Yehuwa! Selamatkanlah aku,+ ya Tuhanku!

Engkau akan memukul rahang musuh-musuhku,

Dan Engkau akan mematahkan gigi orang yang jahat.+

 8 Engkaulah Penyelamatku, ya Yehuwa!+

Engkau memberkati umat-Mu. (Selah)

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Daud.

4 Ya Tuhanku yang adil dan benar,+ jawablah aku apabila aku berseru kepada-Mu.

Bukalah jalan keluar bagiku sewaktu aku berada dalam kesusahan.

Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku dan dengarlah doaku.

 2 Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku?

Berapa lamakah kamu akan mengasihi perkara yang tidak berguna dan mengejar apa yang palsu? (Selah)

 3 Ketahuilah bahawa Yehuwa akan memperlakukan hamba-Nya yang setia dengan cara yang istimewa.*

Yehuwa akan mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

 4 Jika kamu marah, janganlah berdosa.+

Ketika kamu berbaring di atas katilmu, ucapkanlah hal itu dalam hatimu sambil berdiam diri. (Selah)

 5 Apa sahaja yang kamu persembahkan kepada Tuhan,

Berikannya dengan hati yang ikhlas dan percayalah kepada Yehuwa.+

 6 Banyak orang berkata, “Siapakah yang akan memberi kita sesuatu yang baik?”

Ya Yehuwa, semoga Engkau berkenan kepada kami.+

 7 Engkau telah membuat hatiku lebih bersukacita

Daripada orang yang mendapat banyak hasil bijirin dan wain baharu.

 8 Aku akan berbaring dan tidur dengan tenteram,+

Kerana hanya Engkau, ya Yehuwa, yang dapat memberi aku kehidupan yang aman.+

Untuk pengarah muzik; untuk Nehilot.* Lagu yang digubah oleh Daud.

5 Ya Yehuwa, dengarkanlah kata-kataku;+

Dengarkanlah keluhanku.

 2 Ya Tuhanku dan Rajaku, dengarkanlah seruanku meminta tolong,

Kerana aku berdoa kepada-Mu.

 3 Ya Yehuwa, pada waktu pagi Engkau akan mendengar suaraku;+

Pada waktu pagi, aku akan meluahkan kekhuatiranku kepada-Mu+ dan aku akan menantikan jawapan-Mu.

 4 Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;+

Tiada orang jahat yang boleh tinggal bersama-Mu.+

 5 Tiada orang angkuh yang boleh menghadap-Mu.

Engkau membenci semua orang yang berbuat jahat.+

 6 Engkau akan melenyapkan orang yang bercakap bohong.+

Ya Yehuwa, Engkau membenci orang yang ganas dan yang suka menipu.*+

 7 Tetapi aku boleh masuk ke dalam tempat kediaman-Mu+ kerana kasih setia-Mu yang besar;+

Dengan penuh rasa takut dan hormat, aku akan bersujud menghadap ke arah Rumah-Mu yang suci.+

 8 Ya Yehuwa, bantulah aku untuk berjalan mengikut jalan-Mu tanpa tersandung.

Bimbinglah aku menurut haluan-Mu yang benar kerana musuhku mengelilingi aku.+

 9 Aku tidak dapat mempercayai apa pun yang dikatakan mereka;

Hati mereka penuh dengan niat yang jahat;

Mulut mereka ialah kubur yang terbuka;

Lidah mereka suka mengampu orang.+

10 Ya Tuhan, Engkau akan menyatakan mereka bersalah,

Kerana mereka telah memberontak terhadap-Mu.

Mereka akan celaka akibat rancangan mereka sendiri.+

Biarlah mereka dilenyapkan akibat dosa mereka yang begitu banyak.

11 Tetapi semua orang yang berlindung kepada-Mu akan bersukacita;+

Mereka akan bersorak-sorai dengan gembira;

Mereka yang mengasihi nama-Mu akan berbahagia.

Engkau akan menghalang orang lain daripada mencederakan mereka.

12 Ya Yehuwa, Engkau akan memberkati orang yang melakukan apa yang benar;

Engkau akan berkenan kepada mereka, dan Engkau akan melindungi mereka seperti sebuah perisai yang besar.+

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali yang diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud.

6 Ya Yehuwa, janganlah menegur aku ketika Engkau murka,

Dan janganlah membetulkan aku semasa Engkau marah.+

 2 Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku semakin lemah.

Ya Yehuwa,+ kuatkanlah aku kerana aku tidak bermaya.

 3 Sesungguhnya, hatiku sangat gelisah,+

Dan aku bertanya kepada-Mu, “Ya Yehuwa, sampai bilakah aku harus menderita?”+

 4 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku kerana Engkau penuh dengan kasih setia;+

Ya, datanglah dan selamatkanlah aku,+

 5 Kerana orang mati tidak dapat bercakap* tentang-Mu;

Di Kuburan,* tiada sesiapa yang akan memuji-Mu.+

 6 Aku mengeluh sehingga menjadi letih lesu;+

Sepanjang malam katilku dibasahi dengan air mataku;

Tempat tidurku dibasahi dengan tangisanku.+

 7 Penglihatanku menjadi kabur,+

Dan hatiku pedih disebabkan semua orang yang menindas aku.

 8 Hai kamu semua yang jahat, pergilah daripadaku,

Kerana Yehuwa akan mendengarkan tangisanku.+

 9 Yehuwa akan mendengarkan permohonanku;+

Yehuwa akan mengabulkan doaku.

10 Semua musuhku akan berasa cemas dan terhina;

Mereka akan segera berundur dengan penuh rasa malu.+

Lagu ratapan* oleh Daud; dinyanyikan kepada Yehuwa kerana kata-kata yang diucapkan oleh Kus orang Benyamin.

7 Ya Yehuwa, Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu.+

Selamatkanlah aku daripada semua orang yang menganiaya aku.+

 2 Jika tidak, mereka akan menyeret dan mencarik-carik aku seperti yang dilakukan seekor singa;+

Ketika itu, tiada seorang pun yang dapat menyelamatkan aku.

 3 Ya Yehuwa, Tuhanku, jika aku yang berbuat salah,

Jika aku yang melakukan perkara yang tidak adil,

 4 Jika aku yang membalas kebaikan dengan kejahatan,+

Atau jika aku yang menyerang musuhku tanpa sebab,*

 5 Maka biarlah musuhku memburu dan menangkap aku;

Biarlah dia menginjak-injak aku sampai mati dan meninggalkan aku di dalam debu;

Biarlah kemuliaanku lenyap sama sekali. (Selah)

 6 Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya Yehuwa;

Bangunlah untuk menentang orang yang membenci aku serta yang marah terhadapku;+

Ya, bangkitlah untuk membantu aku, dan tegakkanlah keadilan bagiku.+

 7 Biarlah bangsa-bangsa berkumpul di sekeliling-Mu,

Agar Engkau dapat menghakimi mereka dari takhta-Mu.

 8 Ya Yehuwa, semoga Engkau mengadili bangsa-bangsa.+

Ya Yehuwa, hakimilah aku berdasarkan kesetiaanku,*

Dan berdasarkan perbuatan baik yang aku lakukan.+

 9 Tolonglah hentikan semua kejahatan orang yang keji,

Tetapi lindungilah orang yang berbuat benar,+ kerana Engkau ialah Tuhan yang adil dan benar.+

Engkaulah yang memeriksa isi hati+ dan batin+ manusia.

10 Ya Tuhan, Engkaulah perisaiku;+ Engkaulah penyelamat orang yang tulus hati.+

11 Ya Tuhan, Engkaulah Hakim yang adil,+

Dan Engkau mengutuk kejahatan setiap hari.

12 Jika orang enggan bertaubat,+ Engkau akan mengasah pedang-Mu;+

Engkau akan menyiapkan dan melengkungkan busur-Mu.+

13 Engkau akan menyediakan senjata-Mu yang berbahaya,

Dan Engkau akan mempersiapkan anak panah-Mu yang bernyala.+

14 Lihatlah orang yang merancang kejahatan;

Mereka menyebabkan kesusahan dan mengucapkan dusta.+

15 Mereka menggali lubang yang dalam,

Tetapi mereka sendiri yang jatuh ke dalam lubang itu.+

16 Mereka berbuat jahat dan melakukan keganasan,

Tetapi mereka dicelakakan oleh perbuatan mereka sendiri.+

17 Ya Yehuwa, aku akan menyanjung keadilan-Mu;+

Ya Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, aku akan bernyanyi untuk memuji nama-Mu.+

Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh Daud.

8 Ya Yehuwa, Tuan kami, betapa agungnya nama-Mu di seluruh bumi;

Kemuliaan-Mu lebih tinggi daripada langit!*+

 2 Oleh sebab perbuatan musuh-musuh-Mu,

Engkau telah menunjukkan kekuatan-Mu melalui mulut bayi dan kanak-kanak,+

Untuk membungkam mulut musuh-musuh-Mu yang kejam.

 3 Apabila aku melihat langit yang Engkau hasilkan dengan tangan-Mu,

Bulan dan bintang yang telah Engkau ciptakan,+

 4 Siapakah manusia fana sehingga Engkau mengingat mereka?

Siapakah anak manusia sehingga Engkau menjaganya?+

 5 Engkau menjadikannya sedikit rendah daripada malaikat-malaikat;

Engkau memberinya kemuliaan dan kemegahan.

 6 Engkau memberinya kekuasaan atas hasil ciptaan tangan-Mu;+

Engkau menundukkan segala sesuatu di bawah kakinya,

 7 Iaitu semua bebiri dan lembu,

Dan semua binatang liar,+

 8 Serta burung di langit dan ikan di laut,

Dan segala sesuatu yang ada di dalam lautan.

 9 Ya Yehuwa, Tuan kami, betapa agungnya nama-Mu di seluruh bumi!

Untuk pengarah muzik; menurut Mut-laben.* Lagu yang digubah oleh Daud.

א [Alef]*

9 Ya Yehuwa, aku akan memuji-Mu dengan sepenuh hatiku;

Aku akan menceritakan semua perbuatan-Mu yang menakjubkan.+

 2 Aku akan bergembira dan bersukacita kerana-Mu;

Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, aku akan bernyanyi untuk memuji nama-Mu.+

ב [Bet]

 3 Apabila musuh-musuhku berundur,+

Mereka akan tersandung dan lenyap dari hadapan-Mu.

 4 Engkau telah membela perkaraku dengan adil;

Engkau duduk di atas takhta-Mu dan mengadili dengan saksama.+

ג [Gimel ]

 5 Engkau telah mengutuk bangsa-bangsa+ dan menghapuskan orang jahat;

Engkau melenyapkan nama mereka buat selama-lamanya.

 6 Engkau telah menghancurkan kota-kota musuh;

Mereka telah binasa selama-lamanya.

Engkau menyebabkan mereka dilupakan sama sekali.+

ה [He]

 7 Ya Yehuwa, Engkau memerintah buat selama-lamanya;+

Engkau mendirikan takhta-Mu untuk menghakimi dengan adil.+

 8 Engkau akan mengadili penduduk bumi dengan saksama;+

Engkau akan menghakimi bangsa-bangsa dengan adil.+

ו [Waw]

 9 Ya Yehuwa, Engkau ialah tempat perlindungan* bagi orang yang ditindas;+

Engkau ialah tempat naungan pada masa kesusahan.+

10 Orang yang mengenal nama-Mu akan yakin kepada-Mu;+

Ya Yehuwa, Engkau tidak akan meninggalkan orang yang mencari-Mu.+

ז [Zayin]

11 Nyanyikanlah pujian kepada Yehuwa yang berada di Sion;

Beritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang.+

12 Dia yang menuntut hutang darah pasti ingat akan orang yang menderita;+

Seruan mereka untuk meminta tolong tidak akan dilupakan-Nya.+

ח [Het]

13 Ya Yehuwa, tunjukkanlah kebaikan kepadaku; lihatlah bagaimana orang yang membenci aku menindas aku.

Engkau telah membawa aku keluar dari ambang maut,+

14 Supaya aku dapat mengisytiharkan perbuatan-Mu yang terpuji di pintu gerbang Sion,+

Dan supaya aku dapat bersukacita kerana Engkau telah menyelamatkan aku.+

ט [Tet]

15 Bangsa-bangsa telah jatuh ke dalam lubang yang digali oleh mereka sendiri;

Kaki mereka terperangkap di dalam jaring yang dipasang oleh mereka.+

16 Ya Yehuwa, Engkau menyatakan diri-Mu melalui penghakiman yang Engkau laksanakan.+

Orang jahat telah terjerat oleh perbuatan mereka sendiri.+

Higaion.* (Selah)

י [Yod]

17 Orang jahat akan menuju ke Kuburan,*

Demikian juga dengan semua bangsa yang melupakan Tuhan.

18 Tetapi orang miskin tidak akan selalu dilupakan;+

Harapan orang yang rendah hati tidak akan lenyap.+

כ [Kap]

19 Bangkitlah, ya Yehuwa! Janganlah biarkan manusia mengalahkan-Mu.

Biarlah semua bangsa dihakimi di hadapan-Mu.+

20 Buatlah mereka takut, ya Yehuwa!+

Biarlah semua bangsa sedar bahawa mereka hanyalah manusia fana. (Selah)

ל [Lamed]

10 Ya Yehuwa, mengapakah Engkau begitu jauh daripada kami?

Mengapakah Engkau menyembunyikan diri semasa kami berada dalam kesusahan?+

 2 Dengan angkuh, orang jahat memburu orang yang lemah,+

Tetapi mereka akan terjerat oleh rancangan mereka sendiri.+

 3 Orang jahat membangga-banggakan keinginan mereka yang salah;+

Mereka memuji orang yang tamak;*

נ [Nun]

Ya Yehuwa, mereka tidak menghormati-Mu.

 4 Kerana angkuh, orang jahat enggan mencari-Mu;

Mereka asyik berfikir, “Tidak ada Tuhan.”*+

 5 Mereka berjaya dalam segala usaha mereka,+

Tetapi mereka tidak dapat memahami hukum-Mu.*+

Mereka mentertawakan musuh-musuh mereka.

 6 Mereka berkata dalam hati, “Aku tidak akan goyah;

Aku tidak akan ditimpa malapetaka,

Baik sekarang mahupun pada masa depan.”+

פ [Pe]

 7 Mulut mereka penuh dengan kutukan, dusta, dan ancaman;+

Lidah mereka mengucapkan kata-kata yang mencelakakan dan yang menyakitkan orang.+

 8 Mereka bersembunyi di kawasan desa

Dan keluar dari situ untuk membunuh orang yang tidak bersalah.+

ע [Ayin]

Mereka mengintip untuk mencari mangsa.+

 9 Mereka menunggu mangsa seperti singa yang menunggu mangsa di dalam sarangnya;*+

Mereka menangkap orang yang tidak bermaya;

Mereka menarik jaring mereka untuk memerangkap orang yang lemah.+

10 Kemudian mangsa mereka diserang lalu rebah ke tanah.

Orang yang malang jatuh ke dalam genggaman mereka.

11 Orang jahat berkata dalam hati, “Tuhan tidak ingat akan perbuatanku.+

Dia telah mengalihkan perhatian-Nya.

Dia tidak nampak apa yang berlaku.”+

ק [Qof]

12 Bangkitlah, ya Yehuwa!+ Hulurkanlah tangan-Mu, ya Tuhan!+

Janganlah lupakan orang yang lemah.+

13 Ya Tuhan, mengapakah orang yang jahat menghina-Mu?

Mereka berkata dalam hati, “Tuhan tidak akan menghakimi aku.”

ר [Res]

14 Tetapi sebenarnya, Engkau nampak kesusahan dan penderitaan orang;

Engkau memperhatikannya, dan Engkau akan bertindak.+

Orang yang menjadi mangsa, berpaling kepada-Mu;+

Engkau ialah penolong anak-anak yatim.+

ש [Syin]

15 Patahkanlah kekuasaan orang yang jahat dan keji;+

Hukumlah mereka semua!

Ya, hukumlah mereka atas segala kejahatan yang dilakukan mereka.

16 Ya Yehuwa, Engkaulah Raja untuk selama-lamanya.+

Semua bangsa yang jahat akan lenyap dari muka bumi.+

ת [Taw]

17 Ya Yehuwa, Engkau akan mendengarkan rayuan orang yang rendah hati.+

Engkau akan mempedulikan seruan mereka dan meneguhkan hati mereka.+

18 Engkau akan menegakkan keadilan bagi anak yatim dan orang yang ditindas.+

Maka mereka tidak akan takut lagi terhadap manusia fana yang hanyalah debu belaka.+

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud.

11 Aku telah berlindung kepada Yehuwa.+

Jadi mengapa kamu berkata kepadaku,

“Terbanglah seperti burung ke gunung!

 2 Lihatlah bagaimana orang jahat melengkungkan busur mereka;

Mereka meletakkan anak panah mereka pada tali busur,

Dan dari tempat yang gelap, mereka memanah orang yang tulus hati.

 3 Apakah yang dapat dilakukan oleh orang yang baik

Apabila asas keadilan dirobohkan?”

 4 Yehuwa berada di Rumah-Nya yang suci.+

Takhta Yehuwa terletak di syurga.+

Mata-Nya melihat dan memeriksa umat manusia.+

 5 Yehuwa memperhatikan orang baik dan orang jahat dengan teliti.+

Dia membenci orang yang suka akan keganasan.+

 6 Dia akan memasang banyak perangkap untuk orang jahat.*

Dia akan menimpakan api dan belerang+ serta mendatangkan angin panas untuk menghukum mereka.

 7 Yehuwa ialah Tuhan yang adil dan benar;+ Dia suka akan perbuatan yang baik.+

Dia berkenan kepada orang yang tulus hati.+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud.

12 Selamatkanlah aku, ya Yehuwa, kerana tiada lagi orang yang setia;

Orang yang dapat dipercayai sudah lenyap daripada kalangan umat manusia.

 2 Mereka saling berdusta dan mengampu dengan kata-kata;

Mereka memperdaya orang kerana hati mereka licik.+

 3 Ya Yehuwa, Engkau akan menghapuskan semua orang yang suka mengampu;

Engkau akan membinasakan semua orang yang suka bercakap besar.+

 4 Engkau juga akan melenyapkan orang yang berkata, “Lidah kami mendatangkan kemenangan bagi kami.

Kami akan bercakap sesuka hati.

Tiada sesiapa pun yang akan berkuasa atas kami.”+

 5 Yehuwa berfirman, “Aku akan bangkit dan bertindak

Demi orang yang ditindas

Dan demi orang miskin yang berkeluh-kesah.+

Aku akan menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka.”

 6 Firman Yehuwa itu murni,+

Seperti perak yang dimurnikan di dalam relau* sebanyak tujuh kali.

 7 Ya Yehuwa, Engkau akan menjaga mereka;+

Engkau akan sentiasa melindungi mereka semua daripada generasi yang jahat ini.

 8 Orang jahat bebas pergi ke mana sahaja

Kerana manusia menyanjung perkara yang keji.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

13 Ya Yehuwa, adakah Engkau akan melupakan aku buat selama-lamanya?

Sampai bilakah Engkau akan menyembunyikan diri-Mu daripadaku?+

 2 Sampai bilakah aku harus berasa khuatir?

Haruskah aku bersedih hati saban hari?

Sampai bilakah musuhku akan menguasai aku?+

 3 Ya Yehuwa, Tuhanku, pandanglah aku dan jawablah seruanku.

Pulihkanlah kekuatanku supaya aku tidak tidur dalam kematian.

 4 Dengan itu, musuhku tidak akan berkata, “Aku sudah mengalahkannya!”

Jangan biarkan penentangku bergembira kerana kejatuhanku.+

 5 Tetapi aku yakin terhadap kasih setia-Mu;+

Hatiku akan bersukacita kerana Engkau menyelamatkan aku.+

 6 Aku akan bernyanyi kepada-Mu, ya Yehuwa, kerana Engkau telah memberkati aku dengan berlimpah-limpah.*+

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud.

14 Orang bodoh* berkata dalam hati,

“Tidak ada Yehuwa.”*+

Semua perbuatan mereka jahat, dan segala kelakuan mereka menjijikkan;

Tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang berbuat baik.+

 2 Tetapi dari syurga, Yehuwa memandang umat manusia;

Yehuwa ingin melihat jika terdapat orang yang berpengertian dan jika ada orang yang sedang mencari-Nya.+

 3 Namun mereka semua telah menyimpang daripada jalan yang benar;+

Mereka semua jahat dan tidak berakhlak.

Tiada orang yang melakukan apa yang benar.

Ya, tiada seorang pun yang berbuat baik.

 4 Mengapakah orang yang jahat tidak berpengertian?

Mereka tidak berseru kepada Yehuwa.

Mereka melahap umat-Nya seperti menelan makanan.

 5 Tetapi mereka akan diselubungi rasa takut dan gentar,+

Kerana Yehuwa berpihak kepada semua orang yang baik.

 6 Orang yang jahat mencuba menggagalkan rancangan orang yang rendah hati,

Tetapi Yehuwa ialah tempat perlindungan mereka.+

 7 Semoga penyelamatan bagi Israel datang dari Sion!+

Apabila Yehuwa mengumpulkan semula umat-Nya yang ditawan,

Hendaklah Yakub bersukacita; hendaklah Israel bergembira!

Lagu yang digubah oleh Daud.

15 Ya Yehuwa, siapakah yang boleh menjadi tetamu di khemah-Mu?

Siapakah yang boleh tinggal di gunung-Mu yang suci?+

 2 Orang yang hidup tanpa cela,*+

Yang mengamalkan perbuatan yang baik,+

Dan yang benar-benar berhati jujur.*+

 3 Orang yang tidak memfitnah dengan kata-katanya,+

Yang tidak berbuat jahat terhadap orang lain,+

Dan yang tidak memburuk-burukkan nama sahabatnya.*+

 4 Orang yang tidak berkenan kepada orang yang keji,+

Tetapi yang memuliakan orang yang takut akan Yehuwa.

Orang yang sentiasa menepati janjinya, meskipun hal itu merugikannya.+

 5 Orang yang meminjamkan wang tanpa menuntut faedah,+

Dan yang tidak menerima rasuah untuk mencelakakan orang yang tidak bersalah.+

Orang yang melakukan semua itu tidak akan tergoyah.+

Mazmur* yang digubah oleh Daud.

16 Jagalah aku, ya Tuhan, kerana aku sudah berlindung kepada-Mu.+

 2 Aku berkata kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, Engkaulah Sumber segala kebaikan bagiku.

 3 Hamba-hamba-Mu yang suci di bumi menggembirakan aku.

Ya, para hamba-Mu yang mulia mendatangkan sukacita bagiku.”+

 4 Orang yang suka menyembah tuhan-tuhan lain menambahkan kesusahan mereka sendiri.+

Aku tidak akan menyertai upacara korban darah yang dilakukan oleh mereka,

Dan aku sama sekali tidak akan menyebut nama tuhan-tuhan itu.+

 5 Ya Yehuwa, Engkaulah warisanku,+ dan Engkau sahajalah yang aku perlukan;+

Engkaulah yang mengisi cawanku, dan Engkaulah yang menjaga milik pusakaku.

 6 Engkau telah memberikan tempat-tempat yang indah kepadaku.

Sesungguhnya, aku berasa puas dengan warisanku.+

 7 Ya Yehuwa, aku akan memuji-Mu, kerana Engkau menasihati aku;+

Pada waktu malam, fikiranku yang terpendam* membimbing aku.+

 8 Ya Yehuwa, aku sentiasa melihat Engkau di hadapanku.+

Engkau ada di sebelah kananku, maka aku tidak akan sekali-kali goyah.+

 9 Oleh itu, hatiku bersukacita, dan aku benar-benar bergembira.

Hidupku aman dan tenteram.

10 Engkau tidak akan meninggalkan aku di Kuburan.*+

Engkau tidak akan membiarkan hamba-Mu yang setia mereput di lubang kubur.+

11 Engkau menunjukkan jalan kehidupan kepadaku.+

Sukacitaku melimpah kerana aku berada di hadirat-Mu;+

Kegembiraanku kekal abadi kerana aku berada di sebelah kanan-Mu.

Doa Daud.

17 Ya Yehuwa, dengarkanlah rayuanku meminta keadilan;

Perhatikanlah seruanku meminta tolong;

Dengarkanlah doaku yang diucapkan dengan ikhlas.+

 2 Semoga mata-Mu memerhatikan apa yang benar;+

Semoga Engkau mengadili perkaraku dengan saksama.

 3 Engkau memperhatikan aku pada waktu malam,+

Engkau memeriksa hatiku, dan Engkau memurnikan aku;+

Engkau tidak akan mendapati niat jahat pada diriku,

Dan Engkau tidak akan mendapati ucapan jahat pada mulutku.

 4 Selaras dengan firman-Mu, aku menghindari haluan orang yang melakukan keganasan;

Aku tidak dipengaruhi oleh apa yang dilakukan orang lain.+

 5 Semoga aku terus berjalan mengikut haluan-Mu

Agar kakiku tidak tersandung.+

 6 Dengarlah* doaku dengan teliti dan perhatikanlah kata-kataku.+

Aku berseru kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau pasti akan mendengarkan seruanku.+

 7 Tunjukkanlah kasih setia-Mu; lakukanlah perkara-perkara yang hebat;+

Engkaulah Penyelamat orang yang berlindung di bawah tangan-Mu yang perkasa;

Bebaskanlah mereka daripada orang yang memberontak terhadap-Mu.

 8 Peliharalah aku seperti biji mata-Mu sendiri;+

Lindungilah aku di bawah naungan sayap-Mu,+

 9 Kerana orang jahat menyerang aku,

Dan kerana musuh-musuhku mengepung aku.+

10 Mereka tidak berhati perut;

Mereka angkuh dan suka bercakap besar.

11 Mereka mengasak aku dari segala arah;+

Mereka menunggu peluang untuk menjatuhkan aku.

12 Musuhku bagaikan singa yang ingin mencabik-cabik mangsanya,

Dan seperti singa muda yang bersembunyi menantikan mangsanya.

13 Ya Yehuwa, bangkitlah untuk menentang+ dan mengalahkan musuhku;

Dengan pedang-Mu, selamatkanlah aku daripada orang jahat;

14 Ya Yehuwa, dengan tangan-Mu yang kuat, selamatkanlah aku daripada orang zaman ini.

Engkau mengurniai mereka segala yang baik,+

Dan mereka mempunyai banyak harta untuk diwariskan kepada anak-anak mereka.

Walaupun begitu, mereka hanya bertumpu kepada kehidupan sekarang yang bersifat duniawi.+

15 Tetapi aku akan menikmati perkenan-Mu, kerana aku melakukan apa yang benar.

Setiap kali aku bangun, aku berasa puas hati kerana berada di hadirat-Mu.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud, hamba Yehuwa. Selepas Yehuwa menyelamatkan Daud daripada Saul dan semua musuhnya, Daud menyanyikan lagu ini kepada Yehuwa:+

18 Ya Yehuwa, Engkaulah sumber kekuatanku.+ Aku sangat mengasihi-Mu.

 2 Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku; Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku.+

Ya Tuhanku, Engkaulah gunung batuku.+ Aku berlindung kepada-Mu.

Engkaulah perisaiku dan penyelamatku yang berkuasa.* Engkaulah tempat naunganku.*+

 3 Aku berseru kepada Yehuwa yang layak dipuji,

Dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.+

 4 Tali-tali maut membelit aku;+

Seperti banjir kilat, orang yang tidak berguna menakutkan aku.+

 5 Tali-tali Kuburan* melilit aku,

Dan jerat-jerat maut dipasang di hadapanku.+

 6 Dalam kesusahanku, aku berseru kepada Yehuwa.

Aku terus berseru kepada Tuhanku untuk meminta tolong,

Lalu Dia mendengar seruanku dari rumah-Nya;+

Sememangnya, seruanku untuk meminta tolong sampai ke telinga-Nya.+

 7 Bumi mula bergegar dan bergoncang;+

Asas-asas gunung pun bergetar dan bergoyang,

Kerana Dia telah menjadi murka.+

 8 Asap berhembus daripada hidung-Nya,

Dan api yang marak keluar daripada mulut-Nya;+

Bara api yang bernyala-nyala meletus daripada-Nya.

 9 Langit melengkung apabila Dia turun,+

Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+

10 Dia terbang dengan mengenderai kerub;*+

Dia melayah turun di atas sayap malaikat.*+

11 Dia menutupi diri-Nya dengan kegelapan;+

Dia menyelubungi diri-Nya dengan awan yang mendung dan tebal,+

Dan Dia membentangkan kegelapan sebagai khemah di sekeliling-Nya.

12 Daripada cahaya terang di hadapan-Nya,

Hujan batu dan bara api turun menembusi awan.

13 Kemudian Dia membuat guruh mengguntur dari langit;+

Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, membuat suara-Nya kedengaran+

Melalui hujan batu dan bara api yang menyala-nyala.

14 Dia melepaskan anak panah dan mencerai-beraikan musuh-Nya;+

Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+

15 Dengan hembusan nafas daripada hidung-Nya,+

Dan kerana teguran yang diberikan Yehuwa,

Dasar sungai terdedah dan asas bumi pun tersingkap.+

16 Tuhan menghulurkan tangan-Nya dari atas;

Dia memegang aku dan menarik aku keluar dari air yang dalam.+

17 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang membenci aku+

Dan daripada mereka yang lebih kuat daripada aku.+

18 Mereka menentang aku ketika aku ditimpa bencana,+

Namun Yehuwa tetap menyokong aku.

19 Dia menyelamatkan aku kerana Dia berkenan kepadaku;

Dia membawa aku ke tempat yang selamat.*+

20 Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar;+

Dia memberkati aku kerana tanganku tidak berbuat salah.+

21 Aku telah mengikut haluan Yehuwa,

Dan aku tidak berbuat jahat dengan meninggalkan Tuhanku.

22 Segala hukum-Nya ada di hadapanku;

Aku tidak akan mengabaikan perintah-Nya.

23 Aku bertekad untuk tetap suci di hadapan-Nya,+

Dan aku akan menjauhkan diri daripada kesalahan.+

24 Semoga Yehuwa memberikan ganjaran kepadaku kerana aku melakukan apa yang benar,+

Dan kerana aku tidak berbuat salah di hadapan-Nya.+

25 Ya Tuhan, Engkau setia kepada orang yang setia,+

Dan Engkau memperlakukan orang yang tidak bersalah dengan adil.+

26 Engkau baik terhadap orang yang ikhlas,+

Tetapi Engkau memperdaya orang yang licik.+

27 Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,*+

Tetapi Engkau merendahkan orang yang angkuh.+

28 Ya Yehuwa, Engkaulah yang menyalakan pelitaku;

Ya Tuhan, Engkaulah yang menerangi kegelapanku.+

29 Dengan bantuan-Mu, aku dapat menyerang kumpulan perompak;+

Dengan kuasa-Mu, aku berjaya melompat merentasi tembok.+

30 Haluan Tuhan yang benar sungguh sempurna;+

Firman Yehuwa murni.+

Dialah perisai bagi semua orang yang bernaung pada-Nya.+

31 Tiada Tuhan lain kecuali Yehuwa;+

Dia satu-satunya batu perlindungan kita.+

32 Tuhan yang benar menguatkan aku,+

Dan Dialah yang menyempurnakan jalanku.+

33 Dia menjadikan kakiku setangkas kaki rusa,

Dan Dia membuat aku berjalan di tempat-tempat yang tinggi.+

34 Dia melatih tanganku untuk berperang;

Tanganku dapat melengkungkan busur tembaga.

35 Ya Tuhan, Engkau memberi aku perisai penyelamatan-Mu,+

Dan Engkau menyokong aku dengan tangan kanan-Mu.

Kerendahan hati-Mu menjadikan aku agung.+

36 Engkau melebarkan jalanku,

Supaya kakiku tidak tersandung.+

37 Aku akan mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;

Aku tidak akan berhenti sehingga mereka hancur binasa.

38 Aku akan meremukkan mereka sehingga mereka tidak dapat bangkit lagi;+

Mereka semua akan rebah di bawah kakiku.

39 Engkau memberi aku kekuatan untuk bertempur;

Engkau menjatuhkan musuh-musuhku di hadapanku.+

40 Engkau menyebabkan musuhku berundur daripadaku.

Ya, aku akan membinasakan orang yang membenci aku.+

41 Mereka akan berseru meminta tolong, tetapi tiada orang yang dapat menyelamatkan mereka;

Mereka bahkan akan berseru kepada-Mu, ya Yehuwa, tetapi Engkau tidak akan menjawab seruan mereka.

42 Aku akan menyingkirkan mereka sepertimana orang membuang lumpur di jalanan;

Aku akan menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin.

43 Engkau menyelamatkan aku daripada rakyat yang mencari kesalahanku.+

Engkau melantik aku sebagai pemerintah bangsa-bangsa.+

Bangsa yang tidak aku kenal akan tunduk kepadaku.+

44 Orang asing akan mendengar khabar angin tentang aku;

Mereka akan menghadap aku sambil menggigil ketakutan, dan mereka akan mematuhi aku.+

45 Orang asing akan hilang keberanian;

Dengan gementar, mereka akan keluar dari kubu pertahanan mereka.

46 Yehuwa ialah Tuhan yang hidup! Terpujilah Dia, Gunung Batuku!+

Semoga Dia dimuliakan kerana Dialah Penyelamatku!+

47 Tuhan yang benar menuntut pembalasan bagiku;+

Dia membuat orang ramai tunduk kepadaku.

48 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang berang;

Dia meninggikan aku dan menjauhkan aku daripada orang yang menyerang aku;+

Dia menyelamatkan aku daripada orang yang ganas.

49 Ya Yehuwa, itulah sebabnya aku akan memuliakan-Mu di hadapan semua bangsa,+

Dan aku akan menyanyikan lagu untuk memuji nama-Mu.+

50 Engkau telah melakukan perbuatan yang menakjubkan untuk menyelamatkan* raja yang Engkau lantik;+

Engkau menunjukkan kasih setia kepada raja yang Engkau urapi,+

Kepada aku Daud dan keturunanku, buat selama-lamanya.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

19 Langit mengisytiharkan kemuliaan Tuhan!+

Cakerawala menyatakan perbuatan tangan-Nya!+

 2 Hari demi hari, langit memberikan kesaksian;

Malam demi malam, cakerawala menyingkapkan pengetahuan tentang Tuhan.

 3 Ucapan dan perkataan tidak digunakan;

Suara juga tidak kedengaran.

 4 Tetapi berita itu telah* sampai ke hujung bumi,

Dan perkhabaran itu telah mencapai seluruh dunia.+

Tuhan mendirikan khemah di langit untuk sang suria,

 5 Yang bagaikan pengantin lelaki yang keluar dari bilik pengantin;

Yang bagaikan seorang lelaki perkasa yang suka berlumba.

 6 Sang suria muncul dari satu hujung langit

Dan bergerak mengikut peredarannya ke hujung langit yang lain.+

Tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada panas teriknya.

 7 Hukum Yehuwa itu sempurna+ dan menyegarkan jiwa;+

Peringatan Yehuwa itu dapat dipercayai+ dan membantu orang* menjadi bijak.+

 8 Peraturan Yehuwa itu adil dan menggembirakan hati;+

Perintah Yehuwa itu murni dan memberikan pengertian.+

 9 Rasa takut akan Yehuwa itu baik+ dan berlanjutan selama-lamanya.

Penghakiman Yehuwa itu benar dan sungguh saksama.+

10 Penghakiman-Nya lebih bernilai daripada emas.

Ya, penghakiman-Nya lebih berharga daripada emas tulen,+

Dan lebih manis daripada madu asli.+

11 Penghakiman-Nya merupakan amaran bagi hamba-Nya.+

Orang yang menurut penghakiman-Nya akan diberkati dengan berlimpah-limpah.+

12 Siapakah yang sedar akan kesalahannya sendiri?+

Ya Tuhan, ampunilah aku atas dosa-dosaku yang tidak disengajakan.

13 Bantulah hamba-Mu supaya tidak bertindak dengan angkuh.*+

Janganlah biarkan sikap itu menguasai aku.+

Dengan itu, aku akan menjadi tidak bercela+

Dan bebas daripada melakukan dosa yang besar.*

14 Ya Yehuwa, Gunung Batuku+ dan Penebusku,+

Semoga renungan hatiku dan kata-kataku menyenangkan hati-Mu!+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

20 Semoga Yehuwa mengabulkan doamu sewaktu kamu* dalam kesusahan.

Semoga Tuhan Yakub melindungimu sewaktu kamu menyeru nama-Nya.+

 2 Semoga Dia memberi kamu bantuan dari tempat yang suci,+

Dan menyokong kamu dari Sion.+

 3 Semoga Dia mengingati semua persembahan yang kamu berikan;

Semoga Dia menerima korban bakar daripada kamu dengan senang hati. (Selah)

 4 Semoga Dia menunaikan keinginan hatimu+

Dan menjayakan segala rancanganmu.

 5 Kita akan bersorak dengan gembira kerana penyelamatan daripada Tuhan;+

Kita akan mengangkat panji-panji untuk memuliakan nama Tuhan kita.+

Semoga Yehuwa mengabulkan semua permintaanmu.

 6 Sekarang aku tahu bahawa Yehuwa menyelamatkan orang yang diurapi-Nya.+

Dari tempat suci-Nya di syurga, Dia mengabulkan doa orang itu.

Dia memberikan penyelamatan* dengan tangan kanan-Nya.+

 7 Ada orang bergantung pada kereta kuda mereka, yang lain pula pada kuda mereka,+

Tetapi kita akan menyeru nama Yehuwa, Tuhan kita.+

 8 Mereka telah tersandung dan jatuh,

Tetapi kita telah bangkit dan berdiri teguh.+

 9 Semoga Yehuwa menyelamatkan raja!+

Dia akan menjawab seruan kita ketika kita berseru meminta tolong.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

21 Ya Yehuwa, raja bersukacita kerana kekuatan-Mu;+

Raja sangat bergembira kerana penyelamatan daripada-Mu!+

 2 Engkau telah menunaikan keinginan hatinya,+

Dan Engkau tidak teragak-agak untuk mengabulkan permintaannya. (Selah)

 3 Engkau telah datang kepadanya untuk memberkatinya dengan berlimpah-limpah;

Engkau telah mengenakan mahkota emas tulen pada kepalanya.+

 4 Dia meminta umur panjang daripada-Mu, dan Engkau mengabulkan permintaannya.+

Ya, Engkau memberinya kehidupan yang kekal untuk selama-lamanya.

 5 Kemuliaannya begitu besar kerana Engkau telah menyelamatkannya.+

Engkau telah mengurniainya kegemilangan dan kemegahan.

 6 Engkau membuatnya bersukacita kerana Engkau selalu menyertainya;+

Engkau akan memberkatinya untuk selama-lamanya.+

 7 Ya Yehuwa, raja yakin kepada-Mu;+

Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, raja tidak sekali-kali goyah kerana kasih setia-Mu.+

 8 Tangan-Mu akan menangkap semua musuh-Mu;

Tangan kanan-Mu akan mencengkam semua orang yang membenci-Mu.

 9 Ya Yehuwa, pada waktu yang ditentukan, Engkau akan melemparkan mereka ke dalam relau.

Engkau akan datang untuk memusnahkan mereka dalam kemurkaan-Mu, dan api akan menghanguskan mereka semua.+

10 Engkau akan melenyapkan keturunan mereka dari muka bumi

Dan menghapuskan anak-anak mereka daripada kalangan umat manusia.

11 Mereka mencuba melakukan kejahatan terhadap-Mu.+

Tetapi rancangan jahat mereka tidak akan berjaya.+

12 Engkau akan membuat mereka berundur+

Dengan menghalakan panah-Mu* ke arah mereka.

13 Ya Yehuwa, bangkitlah dan tunjukkanlah kekuatan-Mu.

Kami akan bernyanyi untuk memuji keperkasaan-Mu.

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Rusa Betina pada Waktu Fajar.”* Lagu yang digubah oleh Daud.

22 Tuhanku, Tuhanku, mengapakah Engkau meninggalkan aku?+

Mengapakah Engkau tidak datang untuk menyelamatkan aku?

Mengapakah Engkau tidak mendengar ketika aku berseru dalam kesusahan?+

 2 Ya Tuhanku, aku berseru-seru kepada-Mu siang dan malam,+

Tetapi Engkau tidak menjawab seruanku.

 3 Engkau Tuhan yang suci;+

Takhta-Mu dikelilingi pujian daripada Israel.

 4 Nenek moyang kami percaya kepada-Mu;+

Mereka yakin terhadap-Mu, dan Engkau selalu menyelamatkan mereka.+

 5 Mereka berseru kepada-Mu, dan mereka diselamatkan;

Mereka yakin terhadap-Mu, dan mereka tidak dikecewakan.*+

 6 Tetapi aku ini bukannya manusia; aku hanyalah seperti cacing.

Aku dihina dan dipandang rendah oleh semua orang.+

 7 Semua orang yang melihat aku mentertawakan aku;+

Mereka mencemuh aku dan menggelengkan kepala sambil berkata,+

 8 “Dia mempercayakan dirinya kepada Yehuwa. Biarlah Tuhan menyelamatkannya!

Bukankah dia orang yang dikasihi Tuhan? Biarlah Tuhan membebaskannya!”+

 9 Engkaulah yang membawa aku keluar daripada kandungan ibuku;+

Engkaulah yang membuat aku berasa selamat dalam dakapan ibuku.

10 Sejak lahir, aku dipercayakan kepada-Mu;

Sejak dalam kandungan, Engkaulah Tuhanku.

11 Janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku,+

Kerana kesusahan sudah dekat, dan tiada seorang pun yang membantu aku.+

12 Seperti lembu jantan yang kuat dari Basan,+

Musuh-musuhku mengepung aku untuk menyerang aku.+

13 Seperti singa yang mengaum sambil mencabik-cabik mangsanya,+

Mereka mengangakan mulut untuk mengancam aku.+

14 Tenagaku hilang seperti air yang ditumpahkan;

Semua tulangku terkehel;

Hatiku bagaikan lilin* yang kepanasan,+

Yang mencair dalam diriku.+

15 Aku tidak bermaya, dan aku telah menjadi seperti serpihan tembikar;+

Lidahku melekat pada lelangit mulutku;+

Engkau meninggalkan aku di atas debu dan membiarkan aku mati di situ.+

16 Musuh-musuhku yang jahat mengepung aku.+

Mereka bagaikan anjing di sekelilingku yang ingin menyerang aku;+

Mereka bagaikan singa yang ingin menyiat tangan dan kakiku.+

17 Semua tulangku kelihatan dan dapat dihitung.+

Musuhku memperhatikan aku; mereka terus memandang aku.

18 Mereka membahagi-bahagikan jubahku

Dan membuang undi untuk pakaianku.+

19 Ya Yehuwa, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+

Engkaulah kekuatanku; cepatlah datang untuk menolong aku!+

20 Selamatkanlah aku daripada pedang dan cengkaman anjing;

Peliharalah nyawaku yang berharga.+

21 Selamatkanlah aku daripada taring singa+ dan tanduk lembu jantan liar;

Dengarkanlah seruanku dan selamatkanlah aku!

22 Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku;+

Aku akan memuji-Mu di tengah-tengah sidang.+

23 Hai orang yang takut akan Yehuwa, pujilah Dia!

Hai semua keturunan Yakub, muliakanlah Dia!+

Hai semua keturunan Israel, hormatilah Dia!

24 Dia tidak menghina orang yang menderita atau membenci orang yang ditindas;+

Dia tidak menyembunyikan diri daripada mereka,+

Tetapi Dia mendengarkan seruan mereka meminta tolong.+

25 Ya Tuhan, aku akan memuji-Mu dalam perhimpunan* yang besar;+

Aku akan menunaikan ikrarku di hadapan orang yang takut akan-Mu.

26 Ya Yehuwa, orang akan mencari-Mu dan memuji-Mu;+

Orang yang rendah hati akan makan sehingga puas;+

Semoga mereka menikmati kehidupan buat selama-lamanya!

27 Ya Yehuwa, orang dari seluruh pelosok bumi akan mengingati-Mu dan berpaling kepada-Mu;

Semua bangsa akan bersujud di hadapan-Mu.+

28 Ya Yehuwa, Engkaulah Raja;+

Engkaulah yang berkuasa atas semua bangsa.

29 Semua orang yang makmur di bumi akan makan lalu bersujud kepada-Mu;

Semua orang yang akhirnya kembali ke tanah akan berlutut di hadapan-Mu;

Tiada seorang pun daripada mereka dapat memelihara nyawa mereka sendiri.

30 Ya Yehuwa, keturunan mereka akan menyembah-Mu;

Generasi seterusnya akan diberitahu tentang-Mu.

31 Mereka akan datang dan menceritakan hal-hal baik yang telah Engkau lakukan;

Mereka akan memberitahu generasi yang akan dilahirkan tentang segala perbuatan-Mu.

Lagu yang digubah oleh Daud.

23 Ya Yehuwa, Engkaulah Gembalaku.+

Aku tidak akan kekurangan apa-apa.+

 2 Engkau membaringkan aku di padang rumput yang hijau;

Engkau memimpin aku ke tepi sungai untuk beristirahat.*+

 3 Engkau menyegarkan jiwaku.+

Engkau membimbing aku ke haluan yang benar demi nama-Mu.+

 4 Meskipun aku berjalan di lembah yang gelap-gelita,+

Aku tidak berasa takut,+

Kerana Engkau berada di sampingku;+

Tongkat-Mu membuat aku berasa selamat.*

 5 Di depan mata musuh-musuhku, Engkau mengadakan jamuan untukku;+

Engkau melumuri kepalaku dengan minyak+

Dan mengisi cawanku sehingga penuh.+

 6 Sesungguhnya, aku akan menikmati kebaikan dan kasih setia-Mu sepanjang hayatku;+

Ya Yehuwa, aku akan tinggal di rumah-Mu seumur hidupku.+

Lagu yang digubah oleh Daud.

24 Bumi dan segala sesuatu di dalamnya milik Yehuwa;+

Tanah yang subur dan penduduknya juga kepunyaan-Nya.

 2 Dia mengukuhkan bumi di atas samudera+

Dan meneguhkannya di atas sungai-sungai.

 3 Siapakah yang boleh naik ke gunung Yehuwa,+

Dan siapakah yang boleh berdiri di tempat suci-Nya?

 4 Sesiapa sahaja yang tidak berbuat salah dan yang berhati murni,+

Yang tidak mengangkat sumpah palsu atas nama-Nya,*

Dan yang tidak bersumpah dengan niat untuk menipu.+

 5 Dia akan mendapat berkat Yehuwa+

Dan akan diperkenankan oleh* Tuhan yang menyelamatkannya.+

 6 Orang sebegitulah yang berusaha untuk mencari Tuhan Yakub;

Merekalah yang berusaha untuk menyenangkan hati-Nya. (Selah)

 7 Naikkanlah pintumu, hai gerbang;+

Terbukalah, hai pintu purbakala,

Supaya Raja yang mulia dapat masuk!+

 8 Siapakah Raja yang mulia itu?

Dialah Yehuwa yang gagah perkasa;+

Dialah Yehuwa, pahlawan yang berkuasa.+

 9 Naikkanlah pintumu, hai gerbang;+

Terbukalah, hai pintu purbakala,

Supaya Raja yang mulia dapat masuk!

10 Siapakah Raja yang mulia itu?

Dialah Yehuwa, ketua angkatan syurga; Dialah Raja yang mulia itu.+ (Selah)

Mazmur yang digubah oleh Daud.

א [Alef]

25 Ya Yehuwa, aku berpaling kepada-Mu.

ב [Bet]

 2 Ya Tuhanku, aku percaya kepada-Mu;+

Janganlah biarkan aku dimalukan.+

Janganlah biarkan musuh-musuhku bersukacita atas kesusahanku.+

ג [Gimel]

 3 Sememangnya orang yang berharap kepada-Mu tidak akan dimalukan,+

Tetapi orang yang suka berkhianat akan mendapat malu.+

ד [Dalet]

 4 Ya Yehuwa, tunjukkanlah jalan-Mu kepadaku;+

Ajarlah aku untuk berjalan mengikut haluan-Mu.+

ה [He]

 5 Ajarlah aku dan bantulah aku untuk menempuh haluan-Mu yang benar,+

Kerana Engkaulah Tuhan yang menyelamatkan aku.

ו [Waw]

Aku berharap kepada-Mu sepanjang waktu.

ז [Zayin]

 6 Ya Yehuwa, ingatlah akan belas kasihan dan kasih setia-Mu,+

Yang selalu Engkau tunjukkan.*+

ח [Het]

 7 Janganlah ingat akan kesalahanku dan dosa yang aku lakukan pada masa muda.

Ya Yehuwa, ingatlah aku kerana kasih setia-Mu,

Dan kerana kebaikan-Mu.+

ט [Tet]

 8 Ya Yehuwa, Engkau baik dan adil.+

Itulah sebabnya Engkau mengajar orang yang berdosa jalan yang harus diikuti.+

י [Yod]

 9 Engkau membimbing orang yang rendah hati ke jalan yang benar,+

Dan Engkau mengajar mereka untuk mengikut haluan-Mu.+

כ [Kap]

10 Ya Yehuwa, Engkau sentiasa mengasihi* orang yang mematuhi perintah-Mu;+

Engkau tetap setia terhadap orang yang berpegang pada perjanjian-Mu.+

ל [Lamed]

11 Ya Yehuwa, walaupun dosaku besar,

Ampunilah aku demi nama-Mu.+

מ [Mem]

12 Siapakah yang takut akan-Mu, ya Yehuwa?+

Engkau akan mengajarnya jalan yang harus dipilih olehnya.+

נ [Nun]

13 Dia akan menikmati apa yang baik,+

Dan keturunannya akan menduduki bumi.+

ס [Samek]

14 Ya Yehuwa, Engkau sahabat akrab orang yang takut terhadap-Mu,+

Dan Engkau menyatakan perjanjian-Mu kepada mereka.+

ע [Ayin]

15 Aku sentiasa berlindung kepada-Mu, ya Yehuwa,+

Kerana Engkau akan melepaskan kakiku daripada jerat.+

פ [Pe]

16 Berpalinglah kepadaku dan tunjukkanlah kebaikan kepadaku,

Kerana aku keseorangan dan tidak berdaya.

צ [Tsade]

17 Kebimbangan dalam hatiku semakin bertambah;+

Selamatkanlah aku daripada penderitaanku.

ר [Res]

18 Perhatikanlah kesusahan dan keperitanku,+

Dan ampunkanlah segala dosaku.+

19 Lihatlah betapa banyaknya musuhku!

Mereka sangat membenci aku dan ingin melakukan keganasan terhadapku.

ש [Syin]

20 Peliharalah nyawaku dan selamatkanlah aku.+

Janganlah biarkan aku dimalukan, kerana aku berlindung kepada-Mu.

ת [Taw]

21 Semoga kesetiaan dan ketulusan hatiku melindungi aku,+

Kerana aku berharap kepada-Mu.+

22 Ya Tuhan, selamatkanlah Israel daripada segala penderitaannya.

Mazmur yang digubah oleh Daud.

26 Hakimilah aku, ya Yehuwa, kerana aku mengikut haluan yang benar;*+

Ya Yehuwa, aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.*+

 2 Periksalah aku, ya Yehuwa, dan ujilah aku;

Murnikanlah hatiku dan fikiranku yang terdalam.*+

 3 Aku selalu merenungkan kasih setia-Mu,

Dan aku berjalan menurut haluan-Mu yang benar.+

 4 Aku tidak bergaul dengan orang yang licik;+

Aku menjauhkan diri daripada orang yang berpura-pura.*

 5 Aku membenci pergaulan dengan orang yang jahat;+

Aku enggan bersahabat dengan orang yang keji.+

 6 Ya Yehuwa, aku akan membasuh tanganku sebagai tanda aku tidak bersalah,

Dan aku akan berjalan mengelilingi mazbah-Mu.

 7 Aku akan mengucapkan syukur kepada-Mu dengan suara yang lantang,+

Dan aku akan mengisytiharkan semua perbuatan-Mu yang menakjubkan.

 8 Ya Yehuwa, aku mengasihi rumah kediaman-Mu,+

Tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.+

 9 Janganlah musnahkan aku bersama orang yang berdosa;+

Janganlah biarkan aku lenyap bersama orang yang ganas.*

10 Mereka selalu melakukan perbuatan yang memalukan;

Mereka suka menerima* rasuah.

11 Tetapi aku akan berjalan mengikut haluan yang benar.*

Selamatkanlah aku dan tunjukkanlah kebaikan hati kepadaku.

12 Aku berdiri teguh di tempat yang rata;+

Ya Yehuwa, aku akan memuji-Mu dalam perhimpunan* yang besar.+

Mazmur yang digubah oleh Daud.

27 Yehuwa ialah cahayaku+ dan penyelamatku.

Aku tidak perlu takut kepada sesiapa pun.+

Yehuwa ialah kubu perlindungan dalam hidupku.+

Aku tidak perlu gentar terhadap sesiapa pun.

 2 Apabila musuh-musuhku yang jahat menyerang aku untuk membunuh aku,+

Mereka sendirilah yang tersandung dan jatuh.

 3 Walaupun semua askar mengepung aku,

Aku tidak akan berasa takut.+

Meskipun mereka berperang melawan aku,

Aku tetap akan berasa yakin.

 4 Aku telah memohon satu perkara daripada Yehuwa;

Ini sahajalah yang aku inginkan:

Aku ingin tinggal di rumah Yehuwa seumur hidupku;+

Aku ingin menyaksikan perbuatan baik Yehuwa

Dan memandang rumah-Nya dengan penuh penghargaan.*+

 5 Dia akan melindungi aku di tempat naungan-Nya pada masa kesusahan;+

Dia akan menyembunyikan aku di tempat rahsia di dalam khemah-Nya;+

Dia akan menempatkan aku di atas gunung batu yang tinggi.+

 6 Sekarang aku mendapat kemenangan atas musuh-musuh di sekelilingku.

Aku akan menyanyikan pujian kepada Yehuwa;

Aku akan mempersembahkan korban di khemah-Nya dengan sorakan yang gembira.

 7 Ya Yehuwa, dengarlah semasa aku berseru kepada-Mu;+

Kasihanilah aku dan jawablah seruanku.+

 8 Hatiku berkata, “Engkau telah memberi kami perintah ini:

‘Marilah dan carilah Aku.’”

Maka, aku pasti akan mencari-Mu, ya Yehuwa.+

 9 Ya Tuhan penyelamatku, Engkau ialah penolongku.+

Janganlah sembunyikan diri-Mu daripada hamba-Mu ini.+

Janganlah murka dan menolak aku.

Janganlah abaikan atau tinggalkan aku.

10 Ya Yehuwa, walaupun ibu bapa kandungku meninggalkan aku,+

Engkau pasti akan memelihara aku.+

11 Ya Yehuwa, ajarlah aku untuk mengikut haluan-Mu;+

Bimbinglah aku di haluan yang benar agar aku dilindungi daripada musuhku.

12 Janganlah serahkan aku kepada musuhku,+

Kerana saksi-saksi palsu telah bangkit untuk melawan aku,+

Dan mereka telah mengancam aku.

13 Jika aku tidak beriman bahawa aku akan merasai kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini,

Apakah yang akan berlaku kepadaku?*+

14 Berharaplah kepada Yehuwa;+

Jadilah berani dan kentalkanlah hatimu.+

Ya, berharaplah kepada Yehuwa.

Mazmur yang digubah oleh Daud.

28 Ya Yehuwa, Gunung Batuku, aku terus berseru kepada-Mu;+

Janganlah abaikan aku.

Jika Engkau terus berdiam diri,

Aku akan menjadi seperti orang yang turun ke lubang kubur.+

 2 Dengarlah rayuanku semasa aku berseru meminta tolong

Dan semasa aku mengangkat tanganku ke arah Bilik Maha Suci di Rumah-Mu.+

 3 Janganlah hukum aku bersama orang jahat dan bersama mereka yang mencelakakan orang;+

Mereka bercakap dengan ramah, tetapi hati mereka penuh dengan kejahatan.+

 4 Hukumlah mereka atas perbuatan mereka,+

Sesuai dengan kejahatan yang dilakukan mereka.

Balaslah mereka atas perbuatan mereka,

Setimpal dengan apa yang dilakukan mereka.+

 5 Ya Yehuwa, mereka tidak mempedulikan perbuatan-Mu;+

Mereka tidak mengendahkan segala yang Engkau lakukan.+

Engkau akan menghancurkan mereka, dan Engkau tidak akan menyokong mereka.

 6 Ya Yehuwa, semoga Engkau dipuji,

Kerana Engkau telah mendengarkan rayuanku.

 7 Ya Yehuwa, Engkaulah kekuatanku+ dan perisaiku;+

Aku percaya kepada-Mu.+

Aku menerima bantuan-Mu, dan hatiku bersukacita.

Maka aku akan bernyanyi untuk memuji-Mu.

 8 Ya Yehuwa, Engkaulah kekuatan bagi umat-Mu;

Engkaulah kubu perlindungan yang menyelamatkan orang yang Engkau urapi.+

 9 Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu.+

Jadilah gembala mereka dan bawalah mereka dalam dakapan-Mu buat selama-lamanya.+

Lagu yang digubah oleh Daud.

29 Muliakanlah Yehuwa, hai orang yang gagah.*

Ya, muliakanlah Yehuwa kerana Dia agung dan perkasa.+

 2 Pujilah Yehuwa kerana nama-Nya yang mulia.

Bersujudlah kepada* Yehuwa dengan mengenakan pakaian yang suci.*

 3 Suara Yehuwa kedengaran di atas awan;*

Suara Tuhan yang mulia kedengaran seperti guruh.+

Yehuwa berdiri di atas seluruh lautan.+

 4 Suara Yehuwa amat berkuasa;+

Suara Yehuwa sungguh mulia.

 5 Suara Yehuwa mematahkan pokok-pokok sedar.

Ya, suara Yehuwa menghancurkan pokok-pokok sedar di Lebanon.+

 6 Dia menyebabkan Lebanon* meloncat seperti anak lembu,

Dan menyebabkan Siryon+ melompat seperti anak lembu jantan liar.

 7 Suara Yehuwa membuat kilat sabung-menyabung;+

 8 Suara Yehuwa mengakibatkan padang belantara gementar.+

Ya, suara Yehuwa menyebabkan padang belantara di Kades bergegar.+

 9 Suara Yehuwa membuat rusa ketakutan sehingga beranak,

Dan mengakibatkan hutan belantara menjadi gondol.+

Semua yang berada di Rumah-Nya akan bersorak, “Muliakanlah Tuhan!”

10 Yehuwa bertakhta di atas air yang melimpah-ruah.*+

Ya, Yehuwa bertakhta sebagai Raja selama-lamanya.+

11 Yehuwa akan memberikan kekuatan kepada umat-Nya;+

Yehuwa akan memberkati mereka dengan kesejahteraan.+

Mazmur yang digubah oleh Daud. Lagu semasa perasmian rumah.

30 Ya Yehuwa, aku akan memuliakan-Mu, kerana Engkau telah menyelamatkan aku;

Engkau tidak membiarkan musuh-musuhku bersukacita atas kesusahanku.+

 2 Ya Yehuwa, Tuhanku, aku berseru kepada-Mu meminta tolong, dan Engkau menyembuhkan aku.+

 3 Ya Yehuwa, Engkau telah menarik aku keluar dari Kuburan.*+

Engkau memelihara nyawaku, dan Engkau tidak membiarkan aku turun ke lubang kubur.+

 4 Nyanyikanlah pujian kepada Yehuwa, hai umat-Nya yang setia;+

Pujilah nama-Nya yang suci dan ingatlah akan nama-Nya selalu.+

 5 Kemurkaan Tuhan hanyalah seketika,+

Tetapi kebaikan-Nya kekal seumur hidup.+

Air mata mungkin mengalir pada waktu malam, tetapi seruan sukacita akan kedengaran pada waktu pagi.+

 6 Semasa aku berasa selamat, aku berkata,

“Aku tidak akan goyah.”

 7 Ya Yehuwa, ketika Engkau berkenan kepadaku, Engkau menjadikan aku kuat seperti gunung.+

Tetapi semasa Engkau menyembunyikan diri daripadaku, aku menjadi takut.+

 8 Ya Yehuwa, aku terus berseru kepada-Mu;+

Ya Yehuwa, aku selalu memohon perkenan-Mu.

 9 Apa gunanya jika aku mati? Apa gunanya jika aku turun ke lubang kubur?+

Dapatkah orang di kuburan memuji-Mu?*+ Dapatkah mereka menceritakan kesetiaan-Mu?+

10 Ya Yehuwa, dengarlah seruanku dan kasihanilah aku.+

Ya Yehuwa, tolonglah aku!+

11 Engkau telah mengubah ratapanku menjadi tarian gembira;

Engkau telah menanggalkan pakaian perkabunganku dan meliputi aku dengan sukacita.

12 Maka aku tidak akan berdiam diri; aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.

Ya Yehuwa, Tuhanku, aku akan menyanjung-Mu untuk selama-lamanya.

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

31 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+

Semoga aku tidak dimalukan.+

Selamatkanlah aku kerana Engkau Tuhan yang adil dan benar.+

 2 Dengarlah* seruanku dengan teliti,

Dan selamatkanlah aku dengan segera.+

Jadilah gunung batu yang kukuh bagiku,

Dan jadilah kubu perlindungan untuk menyelamatkan aku.+

 3 Engkaulah batu perlindunganku dan bentengku.+

Engkau membimbing dan memimpin+ aku demi nama-Mu.+

 4 Engkaulah kubu pertahanan bagiku.+

Engkau membebaskan aku daripada jerat yang dipasang untukku.+

 5 Ya Tuhan, aku menyerahkan nyawaku ke dalam tangan-Mu.+

Ya Yehuwa, Engkaulah sumber kebenaran,* dan Engkaulah yang telah menebus nyawaku.+

 6 Aku membenci orang yang menyembah berhala yang tidak berguna,

Tetapi aku percaya kepada-Mu, ya Yehuwa.

 7 Aku akan bergembira dan bersukacita kerana kasih setia-Mu.

Engkau telah melihat penderitaanku,+

Dan Engkau mengetahui kesengsaraanku.

 8 Engkau tidak menyerahkan aku kepada musuh.

Sebaliknya Engkau membolehkan aku berdiri teguh di tempat yang selamat.*

 9 Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku dalam kesusahan.

Jiwa ragaku merana+ dan penglihatanku menjadi kabur kerana keresahan hatiku.+

10 Kedukaan telah menyingkatkan hidupku,+

Dan rintihan telah memendekkan usiaku.+

Aku semakin lemah kerana kesalahanku,

Dan tulang-tulangku menjadi semakin rapuh.+

11 Aku dihina oleh semua musuhku,+

Terutamanya oleh jiran-jiranku.

Orang yang mengenal aku takut untuk mendekati aku;

Mereka lari apabila nampak aku di jalan.+

12 Aku menjadi seperti orang yang sudah mati dan seperti bekas yang sudah pecah;

Aku telah dilupakan dan tidak dikenang sama sekali.

13 Aku telah mendengar banyak fitnah tentangku,

Dan aku dicengkam ketakutan.+

Musuh-musuhku berkomplot untuk menentang aku;

Mereka merancang untuk meragut nyawaku.+

14 Namun aku tetap percaya kepada-Mu, ya Yehuwa.+

Aku berkata, “Engkaulah Tuhanku!”+

15 Nyawaku ada dalam tangan-Mu.

Selamatkanlah aku daripada musuhku dan daripada orang yang menganiaya aku.+

16 Semoga rahmat-Mu menyinari hamba-Mu ini.+

Selamatkanlah aku kerana kasih setia-Mu.

17 Ya Yehuwa, semoga aku tidak dimalukan apabila aku berseru kepada-Mu.+

Biarlah orang jahat yang dimalukan;+

Biarlah mulut mereka dibungkam di Kuburan.*+

18 Biarlah mulut penipu dan bibir orang yang angkuh ditutup;+

Biarlah orang yang suka bercakap besar terdiam; biarlah mereka yang menghina orang baik menjadi kelu.

19 Ya Tuhan, kebaikan-Mu begitu melimpah!+

Engkau menyediakan banyak berkat untuk orang yang takut kepada-Mu;+

Di hadapan semua orang, Engkau menunjukkan kebaikan-Mu demi orang yang berlindung kepada-Mu.+

20 Engkau menyembunyikan mereka di tempat rahsia-Mu+

Agar mereka selamat daripada rancangan orang yang jahat.

Engkau melindungi mereka di tempat naungan-Mu

Agar mereka bebas daripada serangan* orang yang kejam.+

21 Ya Yehuwa, semoga Engkau dipuji!

Ketika aku berada di dalam kota yang dikepung,+ Engkau menunjukkan kasih setia-Mu kepadaku dengan cara yang menakjubkan.+

22 Aku berasa cemas dan berkata,

“Aku pasti akan lenyap dari hadirat-Mu.”+

Tetapi Engkau mendengarkan seruanku meminta tolong.+

23 Kasihilah Yehuwa, hai umat-Nya yang setia!+

Yehuwa melindungi orang yang setia,+

Tetapi Dia akan menghukum orang yang angkuh dengan seberat-beratnya.+

24 Jadilah berani dan teguhkanlah hati kamu,+

Hai kamu semua yang berharap kepada Yehuwa.*+

Mazmur yang digubah oleh Daud. Maskil.*

32 Berbahagialah orang yang kesalahannya dimaafkan dan orang yang dosanya diampunkan.+

 2 Berbahagialah orang yang dianggap tidak bersalah oleh Yehuwa+

Dan yang hatinya bebas daripada tipu daya.

 3 Semasa aku tidak mengakui dosaku, aku menjadi letih lesu kerana merintih sepanjang hari.+

 4 Ya Tuhan, Engkau murka terhadapku siang dan malam.+

Tenagaku hilang seperti air yang tersejat oleh bahang pada musim panas. (Selah)

 5 Akhirnya aku berkata, “Aku akan mengakui dosaku kepada Yehuwa.”

Aku tidak menyembunyikan kesalahanku,+

Dan aku mengakui dosaku kepada-Mu.+

Maka Engkau mengampunkan kesalahan dan dosaku.+ (Selah)

 6 Itulah sebabnya semua orang yang setia harus berdoa kepada-Mu,+

Selagi Engkau masih dapat ditemui.+

Dengan itu, mereka tidak akan dilanda banjir kesusahan.

 7 Engkau ialah tempat naungan bagiku;

Engkau akan melindungi aku daripada kesusahan;+

Engkau akan mengelilingi aku dengan sorakan kegembiraan semasa Engkau menyelamatkan aku.+ (Selah)

 8 Engkau berfirman, “Aku akan memberimu pengertian dan mengajarmu jalan yang harus ditempuh.+

Aku akan memberimu nasihat dan Aku akan memerhatikanmu.+

 9 Janganlah menjadi seperti kuda atau baghal yang tidak berakal;+

Binatang sebegitu bersifat liar dan hanya akan tunduk kepadamu

Jika dikawal atau dikekang.”

10 Orang jahat mengalami banyak kepedihan.

Tetapi orang yang percaya kepada Yehuwa akan dilimpahi* kasih setia-Nya.+

11 Hai orang yang tulus hati, bersoraklah dengan gembira;

Hai orang yang melakukan apa yang benar, bersukacitalah kerana segala perbuatan Yehuwa.

33 Hai orang yang melakukan apa yang benar, bersoraklah dengan gembira kerana perbuatan Yehuwa.+

Sesungguhnya orang yang tulus hati patut memuji-Nya.

 2 Bersyukurlah kepada Yehuwa dengan memainkan kecapi;

Nyanyikanlah pujian kepada-Nya dengan diiringi alat muzik bertali.*

 3 Nyanyikanlah lagu yang baharu kepada-Nya;+

Mainkanlah alat-alat muzik dengan mahir, dan bersoraklah dengan penuh sukacita.

 4 Firman Yehuwa itu benar,+

Dan segala perbuatan-Nya dapat dipercayai.

 5 Yehuwa mencintai keadilan dan kejujuran.+

Bumi penuh dengan kasih setia-Nya.+

 6 Dengan firman Yehuwa, langit diciptakan;+

Dengan hembusan nafas-Nya,* segala sesuatu di langit dijadikan.

 7 Dia mengumpulkan air laut seperti air di empangan;+

Dia menyimpan air yang bergelora di dalam gudang-gudang.

 8 Hendaklah seluruh bumi takut akan Yehuwa.+

Hendaklah penduduk di seluruh dunia menghormati-Nya.

 9 Segala sesuatu diciptakan menurut firman Tuhan;+

Segala sesuatu wujud menurut perintah-Nya.+

10 Yehuwa telah menggagalkan rancangan bangsa-bangsa;+

Dia telah membatalkan niat mereka.+

11 Tetapi tujuan* Yehuwa akan kekal selama-lamanya;+

Niat hati-Nya tidak akan berubah dari satu generasi ke generasi yang lain.

12 Berbahagialah bangsa yang mengakui Yehuwa sebagai Tuhan mereka!+

Berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!+

13 Yehuwa memandang ke bawah dari syurga;

Dia melihat seluruh umat manusia.+

14 Dari tempat kediaman-Nya,

Dia memerhatikan semua penduduk di bumi.

15 Dialah yang membentuk hati mereka semua,

Dan Dialah yang memeriksa segala perbuatan mereka.+

16 Raja selamat bukan kerana pasukan tenteranya besar;+

Orang yang perkasa selamat bukan kerana kekuatannya hebat.+

17 Kuda tidak dapat diharap untuk membawa kemenangan;+

Kekuatan kuda tidak dapat menjamin penyelamatan.

18 Lihatlah! Yehuwa selalu memerhatikan orang yang takut kepada-Nya;+

Dia memerhatikan orang yang mengharapkan kasih setia-Nya,

19 Kerana Dia ingin menyelamatkan mereka daripada kematian,

Dan Dia ingin memelihara nyawa mereka semasa kebuluran.+

20 Kita berharap kepada* Yehuwa;

Dialah penolong dan pelindung* kita.+

21 Hati kita bersukacita kerana Dia;

Kita percaya kepada nama-Nya yang suci.+

22 Ya Yehuwa, semoga kasih setia-Mu sentiasa dicurahkan ke atas kami,+

Kerana kami sentiasa berharap kepada-Mu.*+

Daud berpura-pura gila+ di hadapan Abimelekh lalu dihalau olehnya. Selepas Daud pergi dari situ, dia menggubah mazmur ini.

א [Alef]

34 Aku akan memuji Yehuwa sepanjang masa;

Aku tidak akan berhenti memuliakan-Nya.

ב [Bet]

 2 Aku akan berbangga kerana Yehuwa, dan aku akan bercakap tentang-Nya;+

Orang yang rendah hati akan mendengar dan bersukacita.

ג [Gimel]

 3 Agungkanlah Yehuwa bersamaku;+

Marilah kita memuliakan nama-Nya bersama-sama.

ד [Dalet]

 4 Aku berdoa kepada Yehuwa, dan Dia menjawab doaku.+

Dia membebaskan aku daripada segala ketakutanku.+

ה [He]

 5 Berbahagialah orang yang yakin kepada-Nya;

Mereka sama sekali tidak akan dikecewakan.

ז [Zayin]

 6 Yehuwa mendengar seruan orang yang menderita,*

Dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.+

ח [Het]

 7 Malaikat Yehuwa melindungi* orang yang takut akan Tuhan,+

Dan dia menyelamatkan mereka.+

ט [Tet]

 8 Rasakanlah sendiri betapa baiknya Yehuwa!+

Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!

י [Yod]

 9 Hormatilah Yehuwa, hai umat-Nya yang suci,

Kerana orang yang takut kepada-Nya tidak akan berkekurangan.+

כ [Kap]

10 Walaupun singa muda yang kuat mungkin kelaparan kerana kekurangan makanan,

Orang yang mencari Yehuwa tidak akan kekurangan apa-apa yang baik.+

ל [Lamed]

11 Marilah, hai anak-anakku, dengarlah kata-kataku;

Aku akan mengajar kamu untuk takut dan hormat akan Yehuwa.+

מ [Mem]

12 Siapakah antara kamu yang ingin menikmati hidup?

Siapakah yang ingin hidup lama dan merasai hal-hal yang baik?+

נ [Nun]

13 Berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengatakan apa yang jahat,+

Dan supaya kamu tidak mengucapkan dusta.+

ס [Samek]

14 Berpalinglah daripada apa yang jahat dan buatlah apa yang baik;+

Berusahalah untuk sentiasa berdamai dengan semua orang.*+

ע [Ayin]

15 Mata Yehuwa memperhatikan orang yang berbuat benar,+

Dan telinga-Nya mendengar seruan mereka meminta tolong.+

פ [Pe]

16 Tetapi Yehuwa* menentang orang yang melakukan kejahatan;

Dia akan melenyapkan mereka dari muka bumi agar mereka tidak lagi dikenang.+

צ [Tsade]

17 Orang baik berseru kepada Yehuwa, dan Dia mendengarkan seruan mereka;+

Dia menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan mereka.+

ק [Qof]

18 Yehuwa dekat dengan orang yang remuk hati;+

Dia menyelamatkan orang yang tawar hati.*+

ר [Res]

19 Orang yang melakukan apa yang benar mengalami banyak kesusahan,*+

Tetapi Yehuwa menyelamatkannya daripada semua itu.+

ש [Syin]

20 Tuhan memelihara semua tulangnya;

Tidak ada satu pun daripada tulangnya yang dipatahkan.+

ת [Taw]

21 Orang jahat akan mati ditimpa bencana;

Mereka yang membenci orang baik akan didapati bersalah.

22 Yehuwa akan menebus nyawa para hamba-Nya;

Orang yang berlindung kepada-Nya tidak akan didapati bersalah.+

Mazmur yang digubah oleh Daud.

35 Ya Yehuwa, belalah perkaraku di hadapan para penentangku;+

Lawanlah orang yang melawan aku.+

 2 Ambillah perisai-perisai-Mu yang besar dan kecil,+

Dan datanglah untuk mempertahankan aku.+

 3 Angkatlah tombak dan kapak perang-Mu untuk menentang orang yang mengejar aku.+

Katakanlah kepadaku, “Aku ialah penyelamatmu.”+

 4 Biarlah orang yang mencuba membunuh aku, dihina dan diaibkan;+

Biarlah orang yang berkomplot untuk membinasakan aku, berundur dan dimalukan.

 5 Ya Yehuwa, biarlah malaikat-Mu mengusir mereka;

Biarlah mereka semua menjadi seperti sekam yang ditiup angin.+

 6 Ya Yehuwa, ketika malaikat-Mu mengejar mereka,

Biarlah jalan mereka menjadi gelap dan licin.

 7 Tanpa sebab, mereka telah memasang jaring untuk memerangkap aku;

Tanpa sebab, mereka telah menggali lubang untuk menangkap aku.

 8 Biarlah mereka ditimpa bencana secara tiba-tiba;

Biarlah mereka dijerat oleh jaring yang dipasang oleh mereka sendiri;

Biarlah mereka jatuh ke dalamnya dan dibinasakan.+

 9 Tetapi aku akan bersukacita kerana-Mu, ya Yehuwa;

Aku akan bergembira kerana Engkau telah menyelamatkan aku.

10 Dengan sepenuh hati, aku akan berkata,

“Ya Yehuwa, siapakah yang dapat menandingi-Mu?

Engkau menyelamatkan orang yang lemah daripada orang yang kuat;+

Engkau membebaskan orang yang miskin dan orang yang ditindas daripada orang yang merompak mereka.”+

11 Saksi-saksi yang jahat bangkit untuk melawan aku;+

Mereka menuduh aku tentang perkara yang tidak aku ketahui.

12 Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan;+

Mereka menyebabkan aku hilang harapan.

13 Semasa mereka sakit, aku berdukacita;

Aku memakai kain guni dan berpuasa.

Apabila doaku bagi pihak mereka tidak dijawab,

14 Aku berkabung seperti orang yang menangisi kematian sahabat atau saudaranya;

Aku menundukkan kepalaku kerana bersedih seperti orang yang meratapi kematian ibunya.

15 Namun semasa aku berada dalam kesusahan, mereka bergembira dan berkumpul

Untuk menyerang aku secara sembunyi-sembunyi;

Mereka tidak berdiam diri, sebaliknya mereka terus-menerus memfitnah aku.

16 Ya Tuhan, orang yang tidak menghormati-Mu mencela aku;*

Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadapku.+

17 Ya Yehuwa, sampai bilakah Engkau akan membiarkan aku begini?+

Selamatkanlah aku daripada serangan mereka; peliharalah nyawaku yang berharga.+

Janganlah biarkan aku dicederakan oleh singa-singa itu.+

18 Lalu aku akan bersyukur kepada-Mu dalam kalangan perhimpunan* yang besar;+

Aku akan memuji-Mu dalam kalangan orang ramai yang berkumpul bersama.

19 Janganlah biarkan orang yang memusuhi aku tanpa sebab bergembira atas kesusahanku;

Janganlah biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab mentertawakan aku.*+

20 Mereka tidak suka mengucapkan kata-kata yang membawa perdamaian,

Sebaliknya mereka merancang untuk memperdayakan orang yang mencintai kedamaian.+

21 Mereka membuka mulut untuk mencemuh aku.

Mereka berkata, “Ha, rancangan kami sudah berjaya!”

22 Ya Yehuwa, Engkau melihat semua ini. Janganlah terus berdiam diri.+

Ya Yehuwa, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+

23 Bangkitlah dan tegakkanlah keadilan bagiku;

Ya Yehuwa, Tuhanku, tolonglah aku dan belalah perkaraku.

24 Ya Yehuwa, Tuhanku, hakimilah aku menurut keadilan-Mu.+

Janganlah biarkan mereka bergembira atas kesusahanku.

25 Janganlah biarkan mereka berkata, “Ha, itulah yang kami mahu selama ini!”

Janganlah biarkan mereka berkata, “Ya, kami sudah menghancurkan dia!”+

26 Biarlah orang yang bersukacita atas kesusahanku dihina;

Biarlah mereka semua dimalukan.

Ya, biarlah mereka yang meninggikan diri diliputi perasaan aib dan malu.

27 Tetapi biarlah orang yang ingin aku dinyatakan benar bersorak dengan gembira;

Biarlah mereka selalu berkata,

“Semoga Yehuwa dimuliakan, kerana Dia senang hati melihat hamba-Nya hidup makmur!”+

28 Aku akan menceritakan* perbuatan-Mu yang adil dan benar,+

Dan aku akan memuji-Mu sepanjang hari.+

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud, hamba Yehuwa.

36 Dosa menguasai hati* orang yang jahat;

Mereka langsung tidak takut akan Tuhan.+

 2 Mereka menipu diri sendiri dan tidak sedar akan kesalahan mereka;

Mereka membanggakan diri dan tidak membenci perbuatan mereka yang berdosa.+

 3 Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan tipu daya;

Mereka tidak mempunyai pengertian untuk melakukan apa yang baik.

 4 Mereka merancang kejahatan bahkan ketika berbaring di atas katil.

Mereka berada di haluan yang jahat;

Mereka tidak menolak perkara-perkara yang buruk.

 5 Ya Yehuwa, kasih-Mu* mencapai langit,+

Dan kesetiaan-Mu sampai ke awan-awan.

 6 Ya Yehuwa, Engkau memelihara* manusia dan binatang.+

Kebaikan-Mu seperti gunung-gunung yang hebat dan agung;+

Penghakiman-Mu bagaikan laut yang luas dan dalam.+

 7 Ya Tuhan, betapa berharganya kasih setia-Mu!+

Manusia mencari perlindungan di bawah naungan sayap-Mu.+

 8 Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah-limpah dari rumah-Mu,+

Dan Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu.+

 9 Engkaulah sumber segala kehidupan;+

Kerana cahaya-Mu, kami dapat melihat cahaya.+

10 Teruslah menunjukkan kasih setia-Mu kepada orang yang mengenal-Mu;+

Tetaplah memperlihatkan kebaikan-Mu kepada orang yang tulus hati.+

11 Janganlah biarkan orang sombong menginjak-injak aku;

Janganlah biarkan orang jahat mengusir aku.

12 Lihatlah! Orang jahat sudah jatuh;

Mereka sudah rebah dan tidak dapat bangun lagi.+

Mazmur yang digubah oleh Daud.

א [Alef]

37 Janganlah marah kerana orang jahat;

Janganlah iri hati terhadap pendosa.+

 2 Mereka akan segera lenyap seperti rumput,+

Dan layu seperti tumbuhan hijau.

ב [Bet]

 3 Yakinlah kepada Yehuwa dan buatlah apa yang baik;+

Tinggallah di negeri* ini dan tunjukkanlah kesetiaanmu.+

 4 Carilah kebahagiaan* yang datang daripada Yehuwa,

Lalu Dia akan mengabulkan segala keinginan hatimu.

ג [Gimel]

 5 Serahkanlah hidupmu kepada Yehuwa;+

Bergantunglah pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagi pihakmu.+

 6 Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti cahaya pada waktu fajar,

Dan Dia akan membuat keadilanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

ד [Dalet]

 7 Nantikanlah Yehuwa dengan sabar,+

Dan berdiam dirilah di hadapan-Nya.

Apabila rancangan orang jahat berjaya,

Janganlah marah kerana hal itu.+

ה [He]

 8 Singkirkanlah kemarahan dan keberangan daripada dirimu;+

Janganlah menjadi panas hati dan janganlah berbuat jahat,*

 9 Kerana orang jahat akan dilenyapkan.+

Tetapi orang yang berharap kepada Yehuwa akan mewarisi bumi.+

ו [Waw]

10 Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan;+

Kamu akan mencari mereka,

Tetapi mereka tidak akan dijumpai.+

11 Orang yang rendah hati akan memiliki bumi,+

Dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.+

ז [Zayin]

12 Orang jahat berkomplot menentang orang baik;+

Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadap orang baik.

13 Tetapi Yehuwa akan mentertawakan mereka,

Kerana Dia tahu bahawa kesudahan mereka sudah dekat.+

ח [Het]

14 Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busur

Untuk menyerang orang yang miskin dan orang yang ditindas;

Mereka ingin membunuh orang yang mengikut haluan yang benar.

15 Tetapi pedang mereka akan menembusi hati mereka sendiri,+

Dan semua busur mereka akan dipatahkan.

ט [Tet]

16 Biarpun orang baik tidak mempunyai banyak harta,

Keadaan mereka lebih baik daripada orang jahat yang hidup mewah,+

17 Kerana kuasa orang jahat akan dilenyapkan.

Namun Yehuwa akan menyokong orang baik.

י [Yod]

18 Yehuwa sedar akan apa yang dialami oleh orang yang tidak bercela;

Dia akan memberi mereka warisan yang kekal selama-lamanya.+

19 Mereka tidak akan dimalukan pada masa kesusahan;

Mereka akan mempunyai makanan yang banyak pada waktu kebuluran.

כ [Kap]

20 Tetapi orang jahat akan dimusnahkan;+

Biarpun musuh Yehuwa seperti padang rumput yang indah,

Mereka semua akan lenyap dan hilang seperti asap.

ל [Lamed]

21 Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,

Tetapi orang baik murah hati dan berbelas kasihan.+

22 Orang yang diberkati Tuhan akan mewarisi bumi,

Tetapi orang yang dikutuk oleh-Nya akan dihapuskan.+

מ [Mem]

23 Apabila Yehuwa berasa senang hati dengan haluan hidup seseorang,+

Dia akan membimbing setiap langkahnya.+

24 Walaupun orang itu tersandung, dia tidak akan jatuh tertiarap di atas tanah,+

Kerana Yehuwa akan menyokong dan memegang tangannya.+

נ [Nun]

25 Dahulu aku muda dan sekarang aku sudah tua,

Tetapi aku tidak pernah melihat orang yang berbuat benar ditinggalkan Tuhan,+

Ataupun anak-anak mereka meminta-minta makanan.+

26 Mereka selalu memberikan pinjaman dengan murah hati.+

Maka anak-anak mereka akan diberkati oleh Tuhan.

ס [Samek]

27 Berpalinglah daripada apa yang jahat dan buatlah apa yang baik;+

Maka kamu akan tinggal di bumi buat selama-lamanya.

28 Yehuwa mencintai keadilan,

Dan Dia tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia.+

ע [Ayin]

Mereka akan selalu dilindungi,+

Tetapi keturunan orang jahat akan dilenyapkan.+

29 Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi,+

Dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.+

פ [Pe]

30 Mulut orang baik menyampaikan kata-kata yang bijaksana,

Dan lidah mereka mengucapkan apa yang adil dan benar.+

31 Mereka menyimpan Hukum Tuhan dalam hati mereka;+

Mereka tidak akan tersandung sama sekali.+

צ [Tsade]

32 Orang jahat memperhatikan orang baik

Dan mencari peluang untuk membunuh mereka.

33 Tetapi Yehuwa tidak akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang jahat;+

Dia tidak akan membiarkan mereka didapati bersalah semasa diadili.+

ק [Qof]

34 Berharaplah kepada Yehuwa dan ikutlah haluan-Nya.

Maka Dia akan memuliakan kamu, dan kamu akan mewarisi bumi.

Ketika orang jahat dimusnahkan,+ kamu akan menyaksikannya.+

ר [Res]

35 Aku pernah melihat orang jahat yang tidak berhati perut menjadi makmur

Seperti pokok subur yang ditanam di tanahnya sendiri.+

36 Tetapi dia lenyap dengan tiba-tiba;+

Aku mencari-carinya, namun aku tidak menjumpainya.+

ש [Syin]

37 Perhatikanlah orang yang tidak bercela,*

Dan pandanglah orang yang tulus hati,+

Kerana orang sebegitu akan menikmati kedamaian.+

38 Tetapi semua orang yang berdosa akan dibinasakan,

Dan semua orang yang jahat akan dihapuskan.+

ת [Taw]

39 Penyelamatan orang yang berbuat benar datang daripada Yehuwa;+

Dia ialah kubu mereka pada masa kesusahan.+

40 Yehuwa akan membantu dan menyelamatkan mereka.+

Dia akan membebaskan mereka daripada orang jahat,

Kerana mereka berlindung kepada-Nya.+

Lagu yang digubah oleh Daud untuk dijadikan peringatan.

38 Ya Yehuwa, janganlah menegur aku sewaktu Engkau murka,

Dan janganlah membetulkan aku ketika Engkau marah.+

 2 Anak panah-Mu telah menusuk ke dalam batinku,

Dan tangan-Mu telah meremukkan jiwaku.+

 3 Seluruh tubuhku sakit kerana kemurkaan-Mu.

Hatiku tidak tenteram sama sekali akibat dosaku.+

 4 Aku lemas dalam banjir dosaku;+

Dosaku bagaikan beban yang sangat berat, dan aku tidak lagi mampu menanggungnya.

 5 Kerana perbuatanku yang bodoh,

Luka-lukaku bernanah dan berbau busuk.

 6 Aku sungguh menderita dan berasa sangat muram;

Dukacita menyelubungi aku sepanjang hari.

 7 Batinku terasa seperti api yang membara;

Seluruh tubuhku penuh dengan kesakitan.+

 8 Aku remuk-redam dan perasaanku menjadi kaku;

Aku mengerang kerana hatiku amat terseksa.

 9 Ya Yehuwa, Engkau mengetahui segala keinginan hatiku,

Dan Engkau mendengar semua keluhan jiwaku.

10 Jantungku berdebar-debar, dan tenagaku lesap.

Penglihatanku juga telah menjadi kabur.+

11 Sahabatku dan teman rapatku menjauhi aku kerana penyakitku,*

Dan orang yang akrab denganku pun enggan menghampiriku.

12 Orang yang ingin membunuh aku memasang jerat untukku;

Orang yang ingin mencelakakan aku mengancam aku;+

Sepanjang hari, mereka berkomplot untuk memperdayakan aku.

13 Tetapi seperti orang yang pekak, aku tidak mahu mendengarkan semua itu;+

Seperti orang yang bisu, aku enggan membuka mulutku.+

14 Aku menjadi seperti orang yang tidak dapat mendengar;

Aku tidak mengucapkan apa-apa untuk membela diriku,

15 Kerana aku berharap kepada-Mu, ya Yehuwa,+

Dan Engkau menjawab seruanku, ya Yehuwa, Tuhanku.+

16 Aku berkata, “Janganlah biarkan mereka bergembira atas kesusahanku

Atau bermegah-megah kerana kejatuhanku.”

17 Aku hampir jatuh,

Dan aku sentiasa berada dalam kesakitan.+

18 Aku mengakui dosaku;+

Aku sangat resah kerana kesalahanku.+

19 Musuh-musuhku sungguh kuat dan bertenaga;*

Orang yang membenci aku tanpa sebab semakin bertambah.

20 Mereka telah membalas kebaikanku dengan kejahatan;

Mereka menentang aku kerana aku berusaha melakukan apa yang baik.

21 Ya Yehuwa, janganlah tinggalkan aku.

Ya Tuhan, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.+

22 Ya Yehuwa, Engkaulah Penyelamatku;+

Cepatlah datang untuk menolong aku.

Untuk pengarah muzik; Yedutun.*+ Lagu yang digubah oleh Daud.

39 Aku berkata, “Aku akan melangkah dengan berhati-hati,

Agar aku tidak berdosa dengan lidahku.+

Aku akan berjaga-jaga dan menutup mulutku+

Selama orang jahat berada di sisiku.”

 2 Aku membisu sahaja dan tidak mengatakan apa-apa,+

Bahkan tentang perkara yang baik.

Aku mencuba menahan kesakitan yang aku alami.

 3 Tetapi api dalam hatiku kian membara.

Semakin aku memikirkannya,* semakin besar nyala api itu,

Sehingga aku berkata,

 4 “Ya Yehuwa, bantulah aku memahami kesudahanku;

Beritahulah aku jumlah hari kehidupanku,+

Agar aku menyedari betapa singkatnya hidupku.*

 5 Sesungguhnya, kehidupan yang Engkau berikan kepadaku singkat sahaja;+

Berbanding dengan-Mu, jangka hayatku begitu pendek.+

Walaupun manusia nampaknya kuat, kehidupan mereka hanyalah seperti sehembus nafas.+ (Selah)

 6 Hidup manusia berlalu seperti bayang-bayang;

Segala yang diusahakan mereka sia-sia sahaja;

Mereka sibuk menimbunkan kekayaan, tetapi tidak tahu siapa yang akan mewarisinya.+

 7 Maka, apakah yang boleh aku harapkan, ya Yehuwa?

Engkau satu-satunya harapanku.

 8 Selamatkanlah aku daripada semua dosaku.+

Janganlah biarkan aku menjadi bahan hinaan orang bodoh.

 9 Aku tetap berdiam diri,

Dan aku tidak dapat membuka mulutku,+

Kerana semua ini merupakan perbuatan-Mu.+

10 Janganlah hukum aku lagi;

Aku menjadi tidak berdaya kerana Engkau telah meremukkan aku.

11 Engkau menghukum dan membetulkan manusia kerana kesalahan mereka;+

Seperti gegat, Engkau menghancurkan segala milik mereka yang berharga.

Sememangnya, kehidupan manusia hanyalah seperti sehembus nafas.+ (Selah)

12 Ya Yehuwa, dengarkanlah doaku;

Dengarkanlah seruanku meminta tolong.+

Janganlah berpaling daripadaku semasa aku menangis.

Aku hanyalah orang asing di mata-Mu;+

Aku hanyalah penduduk sementara seperti nenek moyangku.+

13 Janganlah murka lagi, dan palingkanlah pandangan-Mu daripadaku;

Biarlah aku bergembira semula sebelum aku meninggal.”

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

40 Aku berharap kepada Yehuwa dengan bersungguh-sungguh,*

Dan Dia mendengar* dengan teliti sewaktu aku berseru meminta tolong.+

 2 Dia menarik aku keluar dari lubang yang dipenuhi air yang menderu;

Dia mengangkat aku keluar dari paya yang berlumpur.

Dia menempatkan aku di atas bukit batu

Dan membuat aku melangkah dengan teguh.

 3 Yehuwa mengajar aku menyanyikan lagu yang baharu,+

Lagu untuk memuji-Nya.

Banyak orang akan melihat perbuatan-Nya dan berasa kagum

Lalu menaruh kepercayaan kepada-Nya.

 4 Berbahagialah orang yang yakin kepada Yehuwa;

Berbahagialah orang yang tidak mengikut orang yang suka memberontak dan yang suka menipu.*

 5 Ya Yehuwa, Tuhanku,

Tiada sesiapa pun yang dapat menandingi-Mu!+

Engkau telah melakukan banyak perkara yang menakjubkan bagi kami;+

Engkau telah melaksanakan tujuan-Mu yang mulia bagi kami.

Jika aku mencuba mengisahkan semua itu,

Jumlahnya tidak dapat dihitung, dan tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya!+

 6 Engkau tidak menginginkan korban ataupun persembahan;+

Engkau juga tidak meminta korban bakar ataupun korban dosa.+

Tetapi Engkau membuka telingaku supaya aku dapat mendengar dengan teliti.+

 7 Oleh itu aku berkata, “Inilah aku;

Aku datang seperti yang tercatat dalam gulungan kitab.+

 8 Ya Tuhanku, aku suka* melakukan kehendak-Mu,+

Dan aku menyimpan hukum-Mu dalam lubuk hatiku.+

 9 Aku mengumumkan berita baik tentang kebaikan-Mu dalam perhimpunan* yang besar.+

Ya Yehuwa, sesungguhnya Engkau mengetahui

Bahawa aku tidak menahan bibirku.+

10 Aku tidak merahsiakan berita tentang kebaikan-Mu dalam hatiku,

Tetapi aku mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan daripada-Mu.

Dalam perhimpunan yang besar, Aku tidak berdiam diri tentang kasih setia-Mu dan kebenaran-Mu.”+

11 Ya Yehuwa, janganlah berhenti mengasihani aku.

Semoga Engkau melindungi aku kerana Engkau Tuhan yang pengasih dan setia.*+

12 Kesusahan yang aku alami tidak terhitung banyaknya.+

Dosaku yang begitu banyak mencengkam aku sehingga aku kehilangan arah tujuan.+

Kesalahanku lebih banyak daripada rambut di kepalaku,

Sehingga aku patah semangat.

13 Ya Yehuwa, tolonglah selamatkan aku!+

Ya Yehuwa, cepatlah datang untuk membantu aku!+

14 Biarlah semua orang yang ingin meragut nyawaku

Dimalukan dan dihina.

Biarlah orang yang suka melihat aku ditimpa malapetaka

Berundur dan mendapat aib.

15 Biarlah orang yang mencela aku

Berasa terkejut dan malu.

16 Tetapi biarlah orang yang mencari-Mu+

Bergembira dan bersukacita kerana-Mu.+

Biarlah orang yang mengharapkan penyelamatan daripada-Mu selalu berkata,

“Semoga Yehuwa diagungkan!”+

17 Ya Yehuwa, perhatikanlah aku,

Kerana aku lemah dan ditindas.

Engkaulah penolongku dan penyelamatku.+

Ya Tuhanku, cepatlah datang!+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

41 Berbahagialah orang yang mengambil berat terhadap orang yang lemah;+

Yehuwa akan menyelamatkannya pada masa kesusahan.

 2 Orang itu akan dinyatakan sebagai orang yang berbahagia.+

Yehuwa akan menjaganya dan memelihara nyawanya.

Tuhan tidak akan menyerahkannya kepada musuh-musuhnya.+

 3 Yehuwa akan memeliharanya sewaktu dia kesakitan di katilnya;+

Sewaktu dia sakit, Tuhan akan menjaganya sepanjang masa.

 4 Aku berkata, “Ya Yehuwa, aku telah berdosa terhadap-Mu.+

Kasihanilah aku+ dan sembuhkanlah aku.”+

 5 Musuh-musuhku mengutuk aku dan berkata,

“Bilakah dia akan mati dan dilupakan?”

 6 Salah seorang daripada mereka datang dengan niat untuk menipu aku.

Dia mengumpulkan berita buruk tentang aku,

Lalu dia pergi dan menyebarkannya ke merata tempat.

 7 Semua orang yang membenci aku berbisik-bisik sesama sendiri;

Mereka berkomplot untuk mencelakakan aku.

 8 Mereka berkata, “Dia sudah ditimpa bencana;

Dia telah dijatuhkan dan dia tidak akan bangun kembali.”+

 9 Sahabat karibku yang aku percayai, yang makan bersama-samaku,+

Telah mengangkat tumitnya untuk menentang aku.*+

10 Ya Yehuwa, kasihanilah aku dan pulihkanlah aku,

Supaya aku dapat membalas perbuatan mereka.

11 Apabila aku nampak bahawa musuh-musuhku tidak dapat mengalahkan aku,+

Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku.

12 Engkau menyokong aku kerana aku setia,+

Dan Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu senantiasa.+

13 Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel,

Semoga Engkau dipuji buat selama-lamanya.+

Amin!* Amin!

BUKU KEDUA

(Mazmur 42-72)

Untuk pengarah muzik. Maskil* oleh keturunan Korah.+

42 Seperti rusa merindukan air sungai,

Demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Tuhan.

 2 Seperti orang yang haus akan air, demikianlah jiwaku memerlukan-Mu, ya Tuhan yang hidup.+

Bilakah aku dapat datang menghadap-Mu?+

 3 Siang dan malam, air mataku menjadi seperti makananku.

Sepanjang hari, orang mencemuh aku dengan berkata, “Di manakah Tuhanmu?”+

 4 Apabila aku mengenangkan masa lalu, jiwaku amat sedih dan lesu;*

Dahulu aku pernah berjalan bersama orang ramai

Untuk pergi ke Rumah-Mu.

Ya, aku pernah berjalan di hadapan orang ramai yang sedang menyambut perayaan.

Kami berjalan dengan perlahan sambil bersorak-sorai dan mengucapkan syukur.+

 5 Mengapakah jiwaku berasa pilu?+

Mengapakah batinku berkecamuk?

Ya Tuhanku, aku berharap kepada-Mu.*+

Ya Penyelamat Agungku, aku akan terus memuji-Mu.+

 6 Ya Tuhanku, jiwaku sungguh terseksa.+

Itulah sebabnya aku ingat akan-Mu+

Ketika aku berada di daerah Yordan,

Di puncak Gunung Hermon, dan di Gunung Mizar.

 7 Kesusahanku bagaikan gelora yang melanda aku.

Ombak demi ombak berderu,+

Ketika suara air terjun-Mu yang bergemuruh kedengaran.

 8 Ya Yehuwa, Engkau menunjukkan kasih setia-Mu kepadaku pada siang hari.

Ya Tuhan, sumber hidupku, aku bernyanyi dan berdoa kepada-Mu pada malam hari.+

 9 Ya Tuhan, batu perlindunganku, aku akan bertanya kepada-Mu,

“Mengapakah Engkau melupakan aku?+

Mengapakah aku harus terus bersedih akibat penindasan musuhku?”+

10 Musuhku yang tidak berhati perut menghina aku;*

Sepanjang hari, mereka mencemuh aku dengan berkata, “Di manakah Tuhanmu?”+

11 Mengapakah jiwaku berasa pilu?

Mengapakah batinku berkecamuk?

Ya Tuhanku, aku berharap kepada-Mu.*+

Ya Tuhanku dan Penyelamat Agungku, aku akan terus memuji-Mu.+

43 Hakimilah aku, ya Tuhan.+

Belalah perkaraku+ terhadap bangsa yang tidak setia.

Selamatkanlah aku daripada penjahat dan penipu.

 2 Engkaulah Tuhanku dan Engkaulah kubuku.+

Mengapakah Engkau menolak aku?

Mengapakah aku harus terus bersedih akibat penindasan musuhku?+

 3 Berikanlah cahaya dan kebenaran-Mu+

Untuk membimbing dan memimpin aku+

Ke gunung suci-Mu dan ke khemah suci-Mu yang mulia.+

 4 Ya Tuhan, aku akan pergi ke mazbah-Mu untuk menghadap-Mu;+

Engkaulah sumber kegembiraanku yang berlimpah-limpah.

Ya Tuhanku, aku akan memuji-Mu dengan memainkan kecapi.+

 5 Mengapakah jiwaku berasa pilu?

Mengapakah batinku berkecamuk?

Ya Tuhanku dan Penyelamat Agungku, aku akan terus memuji-Mu.+

Berharaplah kepada Tuhan!+

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh keturunan Korah.+ Maskil.*

44 Ya Tuhan, kami sendiri telah mendengar

Kisah yang diceritakan oleh nenek moyang kami.+

Kami mendengar tentang apa yang Engkau lakukan pada zaman mereka;

Kami mendengar tentang perbuatan-Mu pada zaman purbakala.

 2 Engkau telah mengusir bangsa-bangsa lain+

Dan membolehkan nenek moyang kami mendiami tanah mereka.+

Ya, Engkau telah mengalahkan dan mengusir bangsa-bangsa itu.+

 3 Nenek moyang kami tidak menakluki negeri itu dengan pedang;+

Mereka tidak menang dengan kuasa mereka sendiri.+

Tetapi mereka berjaya dengan kuasa dan kekuatan-Mu*+ serta perkenan-Mu;*

Mereka berhasil kerana Engkau berasa senang hati terhadap mereka.+

 4 Ya Tuhan, Engkaulah Rajaku;+

Berikanlah kemenangan* yang besar kepada Yakub.

 5 Dengan kuasa-Mu, kami akan mengusir musuh-musuh kami;+

Dengan nama-Mu, kami akan menginjak-injak orang yang bangkit untuk menentang kami.+

 6 Aku tidak bergantung pada busurku

Atau pedangku untuk menyelamatkan aku.+

 7 Engkaulah yang menyelamatkan kami daripada musuh-musuh kami,+

Dan Engkaulah yang memalukan orang yang membenci kami.

 8 Ya Tuhan, kami akan memuji-Mu sepanjang hari,

Dan kami akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya. (Selah)

 9 Tetapi sekarang, Engkau menolak kami dan memalukan kami;

Engkau tidak lagi menyertai tentera kami.

10 Berkali-kali, Engkau membuat kami berundur daripada musuh-musuh kami;+

Orang yang membenci kami merampas milik kami dengan sesuka hati.

11 Engkau menyerahkan kami seperti biri-biri untuk dilahap musuh kami;

Engkau mencerai-beraikan kami dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+

12 Engkau menjual kami dengan harga yang rendah,+

Tanpa mendapat apa-apa keuntungan.

13 Engkau menjadikan kami bahan hinaan jiran kami;

Engkau menjadikan kami bahan ejekan dan cemuhan orang di sekeliling kami.

14 Engkau menjadikan kami bahan celaan dalam kalangan bangsa-bangsa lain;+

Mereka menggelengkan kepala dan mengolok-olokkan kami.

15 Aku dimalukan sepanjang hari,

Dan aku diliputi perasaan aib,

16 Kerana aku mendengar hinaan dan sindiran mereka,

Dan kerana musuh kami ingin membalas dendam terhadap kami.

17 Walaupun semua ini menimpa kami, kami tidak melupakan-Mu,

Dan kami tidak memungkiri perjanjian-Mu.+

18 Hati kami tidak berpaling daripada-Mu;

Kaki kami tidak menyimpang daripada haluan-Mu.

19 Namun, Engkau membiarkan kami dikalahkan dan meninggalkan kami di tempat serigala berkumpul;

Engkau telah menyelubungi kami dengan kegelapan yang pekat.

20 Ya Tuhan, jika kami melupakan nama-Mu,

Atau jika kami menadahkan tangan untuk berdoa kepada tuhan-tuhan lain,

21 Bukankah Engkau akan mengetahuinya?

Sesungguhnya, Engkau mengetahui rahsia hati manusia.+

22 Demi-Mu, kami diancam maut sepanjang hari,

Dan kami dilayan seperti biri-biri yang akan disembelih.+

23 Ya Yehuwa, bangkitlah! Mengapakah Engkau tidur?+

Bangunlah! Janganlah menolak kami selama-lamanya.+

24 Mengapakah Engkau menyembunyikan diri-Mu?

Mengapakah Engkau melupakan penderitaan dan penindasan yang kami alami?

25 Kami telah jatuh hancur di tanah,

Dan kami telah terbaring di atas debu.+

26 Bangkitlah untuk menolong kami!+

Selamatkanlah kami kerana kasih setia-Mu.+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Maskil.* Lagu kasih; digubah oleh keturunan Korah.+

45 Sesuatu yang menyenangkan telah membuat hati hamba membuak-buak.

Hamba berkata, “Lagu hamba adalah tentang seorang raja.”+

Semoga lidah hamba menjadi seperti pena+ seorang jurutulis* yang mahir.+

 2 Tuanku ialah orang yang paling kacak antara umat manusia.

Kata-kata yang keluar daripada mulut tuanku sungguh menyenangkan.+

Itulah sebabnya Tuhan memberkati tuanku selama-lamanya.+

 3 Ya tuanku yang perkasa,+ ikatkanlah pedang pada pinggang tuanku,+

Dengan penuh keagungan dan kemuliaan.+

 4 Majulah dengan megah menuju kemenangan;*+

Dengan kuda tuanku, maralah demi kebenaran, keadilan, dan kerendahan hati;+

Dengan tangan kanan tuanku, lakukanlah perkara-perkara yang menakjubkan.

 5 Anak panah tuanku yang tajam akan menembusi hati musuh-musuh tuanku;+

Bangsa-bangsa akan rebah di hadapan kaki tuanku.+

 6 Tuhan ialah takhta tuanku untuk selama-lamanya;+

Pemerintahan kerajaan tuanku adil.+

 7 Tuanku mencintai keadilan+ dan membenci kejahatan.+

Maka Tuhan tuanku mengurapi tuanku+ dengan minyak* dan menjadikan tuanku lebih bersukacita+ daripada sahabat-sahabat tuanku.

 8 Semua pakaian tuanku berbau mur, gaharu, dan kulit kayu manis;

Alat muzik bertali yang dimainkan di istana gading menggembirakan hati tuanku.

 9 Puteri-puteri raja terdapat dalam kalangan wanita yang tuanku muliakan.

Permaisuri berdiri di sebelah kanan tuanku dengan dihiasi emas dari Ofir.+

10 Hai anak perempuanku, dengarlah dan berikanlah perhatian kepada kata-kataku;

Lupakanlah bangsamu dan kerabat bapamu.

11 Kecantikanmu akan memikat hati raja.

Baginda akan menjadi tuanmu,

Maka tunduklah kepada baginda.

12 Penduduk kota Tirus akan membawa hadiah untukmu;

Orang yang paling kaya akan mencuba mendapat perkenanmu.

13 Puteri raja* kelihatan sungguh mulia di dalam istana;

Pakaiannya dihiasi dengan emas.*

14 Dia akan mengenakan pakaian yang ditenun dengan begitu indah,* lalu dibawa menghadap raja;

Dia akan diiringi oleh anak-anak dara yang juga akan dibawa menghadap raja.

15 Dengan sukacita dan kegembiraan,

Mereka akan dibawa masuk ke dalam istana raja.

16 Ya tuanku, putera-putera tuanku akan menggantikan nenek moyang tuanku.

Tuanku akan melantik mereka sebagai penguasa di seluruh bumi.+

17 Hamba akan mengisytiharkan nama tuanku kepada generasi-generasi yang akan datang.+

Maka bangsa-bangsa akan memuji tuanku buat selama-lamanya.

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Diselaraskan dengan Alamot.*

46 Tuhan ialah tempat naungan dan kekuatan kita;+

Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.+

 2 Itulah sebabnya kita tidak akan berasa takut,

Walaupun bumi bergoncang dan gunung-gunung jatuh ke dasar laut,+

 3 Walaupun laut bergelora dan ombaknya membuih,+

Dan walaupun gunung-gunung bergetar akibat laut yang mengamuk. (Selah)

 4 Ada sebatang sungai yang aliran-alirannya menggembirakan penduduk di kota milik Tuhan,+

Di khemah suci* milik Tuhan Yang Maha Tinggi.

 5 Tuhan berada di kota itu,+ itulah sebabnya kota itu tidak dapat dimusnahkan.

Tuhan akan datang menolongnya pada waktu fajar.+

 6 Bangsa-bangsa menjadi tidak tenteram dan kerajaan-kerajaan digulingkan.

Apabila suara Tuhan yang mengguntur kedengaran, bumi pun lebur.+

 7 Yehuwa, ketua angkatan syurga, menyertai kita!+

Tuhan Yakub ialah tempat perlindungan kita.* (Selah)

 8 Marilah dan saksikanlah segala perbuatan Yehuwa;

Lihatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan di bumi.

 9 Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia.+

Dia mematahkan busur dan menghancurkan tombak;

Dia menghanguskan semua kereta kuda.*

10 Tuhan berfirman, “Tunduklah kepada-Ku dan ketahuilah bahawa Akulah Tuhan.

Aku akan diagungkan dalam kalangan bangsa-bangsa,+

Dan Aku akan dimuliakan di seluruh bumi.”+

11 Yehuwa, ketua angkatan syurga, menyertai kita!+

Tuhan Yakub ialah tempat perlindungan kita.+ (Selah)

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+

47 Hai seluruh umat manusia, tepuklah tangan!

Pujilah Tuhan dengan sorakan yang gembira!

 2 Yehuwa, Tuhan Yang Maha Tinggi, sungguh mengagumkan;+

Dia ialah Raja yang agung di seluruh bumi.+

 3 Dia meletakkan bangsa-bangsa di bawah kekuasaan kita;

Dia menundukkan bangsa-bangsa di bawah kaki kita.+

 4 Dia telah memilih warisan untuk kita;+

Warisan itu ialah kebanggaan Yakub, orang yang dikasihi-Nya.+ (Selah)

 5 Yehuwa naik ke takhta-Nya dengan diiringi sorak-sorai;

Dia naik ke takhta-Nya dengan diiringi bunyi trompet.

 6 Nyanyikanlah pujian kepada Tuhan!

Ya, nyanyikanlah pujian kepada Raja kita!

 7 Tuhan ialah Raja seluruh bumi.+

Nyanyikanlah pujian kepada-Nya dan tunjukkanlah pengertian.

 8 Tuhan duduk di atas takhta-Nya yang suci;

Dia telah menjadi Raja atas semua bangsa.+

 9 Para pemimpin bangsa-bangsa telah berkumpul;

Mereka berkumpul bersama umat Tuhan Abraham.

Semua penguasa* di dunia merupakan milik Tuhan.

Tuhan sungguh agung dan mulia!+

Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Sebuah mazmur.

48 Yehuwa sungguh agung dan Dialah yang paling layak dipuji.

Ya, Dia harus dipuji di kota-Nya, di gunung suci-Nya.

 2 Kota milik Raja Agung itu kelihatan indah di atas tempat yang tinggi;+

Gunung Sion yang terletak jauh di utara itu

Serba indah dan merupakan kebanggaan dunia.*+

 3 Di menara-menara berkubu di situ,

Tuhan telah menunjukkan bahawa Dia ialah tempat naungan yang kukuh.*+

 4 Lihatlah! Raja-raja sudah berkumpul;

Mereka telah mara bersama-sama,

 5 Dan apabila mereka nampak kota itu, mereka terkejut.

Mereka dilanda rasa cemas dan lari ketakutan.

 6 Mereka dicengkam rasa gentar;

Mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin.

 7 Tuhan menghancurkan kapal-kapal Tarsis dengan angin timur yang kencang.

 8 Dahulu kita mendengar tentang perbuatan Tuhan, tetapi kini kita melihatnya

Di kota Tuhan kita, di kota milik Yehuwa, ketua angkatan syurga.

Tuhan akan melindungi kota itu selama-lamanya.+ (Selah)

 9 Ya Tuhan, di dalam Rumah-Mu,+

Kami merenungkan kasih setia-Mu.

10 Ya Tuhan, Engkau sentiasa menggunakan kuasa-Mu untuk berbuat baik.+

Nama-Mu akan dipuji sampai ke seluruh pelosok bumi,

Dan Engkau akan disanjung tinggi sampai ke hujung bumi.+

11 Semoga Gunung Sion+ bergembira;

Semoga pekan-pekan Yehuda turut bersukacita kerana penghakiman-Mu.+

12 Berjalanlah mengelilingi Sion

Dan hitunglah menara-menara di situ;+

13 Perhatikanlah tembok-tembok berkubu di situ,+

Dan periksalah menara-menara kukuh di situ,

Agar kamu dapat menceritakannya kepada keturunan yang akan datang.

14 Ya Tuhan, Engkaulah Tuhan kami+ selama-lamanya.

Engkau akan membimbing kami senantiasa.*+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+

49 Dengarlah, hai semua orang;

Berikanlah perhatian, hai semua penduduk dunia,

 2 Baik yang berkedudukan tinggi mahupun yang berkedudukan rendah,

Baik yang kaya mahupun yang miskin.

 3 Kata-kata yang bijak akan keluar daripada mulutku,

Dan renungan hatiku+ akan dipenuhi pengertian.

 4 Aku akan memikirkan kata-kata hikmat dengan mendalam;

Aku akan menerangkan makna teka-teki sambil memetik kecapi.

 5 Aku tidak akan berasa takut pada masa kesusahan,+

Ketika aku dikelilingi orang jahat yang berkomplot untuk menjatuhkan aku.

 6 Walaupun orang berharap kepada kekayaan mereka+

Dan membangga-banggakan kemewahan mereka,+

 7 Tiada seorang pun yang dapat menebus saudaranya

Atau membayar harga tebusan kepada Tuhan bagi saudaranya,+

 8 (Harga tebusan untuk nyawa manusia begitu mahal,

Dan tidak mungkin dapat dibayar sampai bila-bila);

 9 Agar saudaranya tidak mati* dan dapat hidup selama-lamanya.+

10 Semua orang tahu bahawa orang bijak pun akan mati;

Orang bodoh dan orang yang tidak berakal juga akan mati,+

Dan semua harta mereka akan diwariskan kepada orang lain.+

11 Keinginan hati mereka adalah supaya rumah-rumah mereka kekal abadi,

Dan supaya khemah-khemah mereka bertahan dari generasi ke generasi.

Tanah milik mereka dinamakan menurut nama mereka sendiri.

12 Namun, walaupun seseorang disanjung tinggi, dia tidak dapat hidup kekal;+

Dia tidak lebih baik daripada binatang yang akhirnya akan mati.+

13 Demikianlah kesudahan orang yang bodoh+

Dan semua orang yang mengikut haluan mereka serta yang suka mendengar mereka bercakap besar. (Selah)

14 Seperti bebiri yang akan disembelih, mereka pasti akan turun ke Kuburan,*

Dan maut akan menjadi gembala mereka.

Pada waktu pagi, mereka terpaksa tunduk kepada kekuasaan orang yang jujur.+

Akhirnya, mereka akan lenyap* sama sekali;+

Kuburan*+ akan menjadi tempat kediaman mereka, dan bukannya istana.+

15 Tetapi Tuhan akan menebus nyawaku daripada kuasa maut;*+

Dia akan menyelamatkan aku dan melindungi aku. (Selah)

16 Janganlah khuatir* apabila seseorang menjadi kaya,

Dan apabila harta di dalam rumahnya bertambah banyak,

17 Kerana ketika dia mati, dia tidak dapat membawa apa-apa bersamanya;+

Dia tidak dapat membawa kekayaannya ke kubur bersamanya.+

18 Sepanjang hidupnya, dia bermegah-megah tentang dirinya.+

(Orang ramai memuji seseorang yang hidup makmur.)+

19 Tetapi akhirnya, dia akan mati seperti nenek moyangnya;

Dia tidak akan melihat cahaya lagi.

20 Seseorang mungkin dihormati,+ namun jika dia tidak memahami semua itu,

Dia tidak lebih baik daripada binatang yang akhirnya akan mati.

Lagu yang digubah oleh Asaf.+

50 Yehuwa, Tuhan yang lebih agung daripada semua tuhan lain, telah berfirman;+

Dia berseru kepada bumi,

Dari timur sampai ke barat.

 2 Dari Sion, kota yang paling indah itu,+ Tuhan bersinar terang.

 3 Tuhan kita akan datang; Dia tidak akan berdiam diri.+

Api yang bernyala-nyala mendahului-Nya,+

Dan ribut yang kencang mengelilingi-Nya.+

 4 Semasa Dia menghakimi umat-Nya,+

Dia memanggil bumi dan syurga menjadi saksi.+ Dia berfirman,

 5 “Kumpulkanlah umat-Ku yang setia;

Mereka telah mengikat perjanjian dengan Aku melalui persembahan korban.”+

 6 Langit mengisytiharkan keadilan Tuhan,

Kerana Tuhan ialah Hakim.+ (Selah)

 7 Dia berfirman, “Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman;

Hai orang Israel, Aku akan memberikan kesaksian tentang kesalahan kamu.+

Akulah Tuhan. Ya, Akulah Tuhan kamu.+

 8 Aku menegur kamu bukan kerana korban yang dipersembahkan,

Dan bukan kerana korban bakar yang sentiasa diberikan kepada-Ku.+

 9 Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu,

Ataupun kambing dari kandang kamu,+

10 Kerana semua binatang liar di hutan ialah kepunyaan-Ku,+

Begitu juga binatang-binatang di semua gunung.

11 Aku juga mengenal setiap burung di pergunungan;+

Semua binatang di padang yang tidak terkira jumlahnya ialah milik-Ku.

12 Jika Aku lapar, Aku tidak perlu memberitahu kamu,

Kerana bumi dan segala hasilnya merupakan kepunyaan-Ku.+

13 Perlukah Aku makan daging lembu jantan

Atau minum darah kambing?+

14 Kamu sepatutnya mengucapkan syukur sebagai korban kepada-Ku+

Dan menunaikan ikrar kamu kepada-Ku, Tuhan Yang Maha Tinggi.+

15 Kamu seharusnya berseru kepada-Ku pada masa kesusahan;+

Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuliakan Aku.”+

16 Tetapi Tuhan akan berfirman kepada orang jahat,

“Siapakah yang memberi kamu hak untuk menyebut tentang peraturan-Ku,+

Atau untuk bercakap tentang perjanjian-Ku?+

17 Kamu membenci tegur ajar* yang Aku berikan,

Dan kamu langsung tidak mempedulikan firman-Ku.+

18 Apabila kamu melihat pencuri, kamu berpihak kepada mereka;*+

Kamu suka bergaul dengan orang yang berzina.

19 Kamu menyebarkan apa yang jahat dengan mulut kamu,

Dan kamu selalu mengucapkan dusta dengan lidah kamu.+

20 Kamu duduk dan bercakap buruk tentang saudara kamu;+

Kamu suka mendedahkan kesilapan* saudara kandung kamu.

21 Semasa kamu melakukan semua itu, Aku diam sahaja.

Maka kamu berfikir bahawa Aku seperti kamu juga.

Tetapi sekarang, Aku akan menegur kamu,

Dan Aku akan mendakwa kamu atas kesalahan kamu.+

22 Fikirkanlah semua itu dengan teliti, hai kamu yang melupakan Aku.+

Jika tidak, Aku akan menghancurkan kamu, dan tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan kamu.

23 Orang yang mengucapkan syukur sebagai korban memuliakan Aku.+

Orang yang bertekad untuk mengikut haluan yang benar

Akan menyaksikan penyelamatan daripada-Ku.”+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud selepas Nabi Natan datang untuk berjumpa dengan Daud kerana Daud meniduri Bat-syeba.+

51 Ya Tuhan, kasihanilah aku kerana kasih setia-Mu.+

Hapuskanlah dosaku kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.+

 2 Basuhlah aku daripada segala kesalahanku,+

Dan bersihkanlah aku daripada dosaku.+

 3 Aku mengakui kesalahanku,

Dan aku sentiasa sedar akan dosa-dosaku.+

 4 Aku telah berdosa terhadap-Mu dan melakukan apa yang jahat di mata-Mu.+

Ya, aku telah berdosa terhadap-Mu.+

Maka apabila Engkau berfirman, firman-Mu benar,

Dan apabila Engkau menghakimi, penghakiman-Mu adil.+

 5 Aku telah dilahirkan dalam dosa,

Dan aku berdosa sejak aku dalam kandungan ibuku.+

 6 Engkau berkenan kepada orang yang tulus hati.+

Maka biarlah hatiku memahami* kebijaksanaan yang sejati.

 7 Sucikanlah aku daripada dosaku* agar aku menjadi bersih;+

Basuhlah aku agar aku menjadi lebih putih daripada salji.+

 8 Biarlah aku mendengar sorakan sukacita dan kebahagiaan,

Supaya aku dapat bergembira biarpun Engkau telah meremukkan tulang-tulangku.+

 9 Palingkanlah wajah-Mu daripada dosa-dosaku,+

Dan padamkanlah segala kesalahanku.+

10 Ya Tuhan, ciptakanlah hati yang murni dalam diriku,+

Dan berilah aku sikap* yang baharu agar aku tetap teguh.+

11 Janganlah usir aku daripada hadirat-Mu,

Dan janganlah ambil kuasa suci-Mu* daripadaku.

12 Kembalikanlah sukacita yang aku rasai kerana penyelamatan-Mu,+

Dan bangkitkanlah keinginan dalam diriku untuk mentaati-Mu dengan rela.

13 Aku akan mengajarkan haluan-Mu kepada orang yang berdosa,+

Supaya mereka dapat kembali kepada-Mu.

14 Ya Tuhan Penyelamatku,+ bebaskanlah aku daripada hutang darahku,+

Agar aku dapat mengisytiharkan perbuatan-Mu yang adil dan benar dengan gembira.+

15 Ya Yehuwa, bukalah bibirku,

Agar mulutku dapat melaungkan pujian kepada-Mu.+

16 Jika Engkau menginginkan korban, aku tentu akan mempersembahkannya.+

Tetapi korban bakar tidak menyenangkan hati-Mu.+

17 Sebaliknya, korban yang Engkau terima ialah hati yang hancur;

Ya Tuhan, Engkau tidak akan menolak* hati yang remuk dan sesal.+

18 Semoga Engkau menunjukkan kebaikan-Mu terhadap Sion

Dan membina semula tembok-tembok Yerusalem.

19 Kemudian, Engkau akan berasa senang hati dengan korban yang dipersembahkan oleh orang baik;

Engkau akan menerima korban-korban bakar yang diberikan;

Engkau akan berkenan kepada korban lembu jantan yang dipersembahkan di atas mazbah-Mu.+

Untuk pengarah muzik. Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud selepas Doeg, orang Edom itu, pergi kepada Saul dan memberitahunya bahawa Daud sudah datang ke rumah Ahimelekh.+

52 Hai orang yang gagah, mengapakah kamu membanggakan kejahatanmu?+

Tidakkah kamu sedar bahawa kasih setia Tuhan berlanjutan setiap hari?+

 2 Lidahmu setajam pisau cukur;+

Kamu sungguh licik dan suka merancang kejahatan.+

 3 Kamu lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan,

Dan kamu lebih suka berdusta daripada bercakap benar. (Selah)

 4 Kamu suka mengucapkan kata-kata yang menyakiti hati orang.

Alangkah banyaknya dusta yang keluar daripada mulutmu!

 5 Itulah sebabnya Tuhan pasti akan menjatuhkan kamu;+

Dia akan menangkap dan menarik kamu keluar dari khemahmu.+

Ya, Dia akan melenyapkan kamu dari negeri orang hidup.+ (Selah)

 6 Orang baik akan menyaksikan semua itu dan berasa kagum;*+

Mereka akan mentertawakan kamu dan berkata,+

 7 “Lihatlah, orang ini tidak berlindung kepada Tuhan,+

Tetapi dia berharap kepada kekayaannya yang melimpah+

Dan bergantung pada* rancangan-rancangannya yang jahat.”

 8 Tetapi aku akan menjadi seperti pokok zaitun yang subur di rumah Tuhan;

Aku yakin akan kasih setia Tuhan+ buat selama-lamanya.

 9 Ya Tuhan, aku akan memuji-Mu selama-lamanya atas segala yang Engkau lakukan;+

Di hadapan umat-Mu yang setia,

Aku akan berharap kepada nama-Mu yang baik.*+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan Mahalat.* Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud.

53 Orang bodoh* berkata dalam hati,

“Tidak ada Yehuwa.”*+

Semua perbuatan mereka jahat dan keji; segala kelakuan mereka menjijikkan;

Tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang berbuat baik.+

 2 Tetapi dari syurga, Tuhan memandang umat manusia;+

Yehuwa ingin melihat jika terdapat orang yang berpengertian dan jika ada orang yang sedang mencari-Nya.+

 3 Namun mereka semua telah menyimpang daripada jalan yang benar;

Mereka semua jahat dan tidak berakhlak.

Tiada orang yang melakukan apa yang benar.

Ya, tiada seorang pun yang berbuat baik.+

 4 Mengapakah orang yang jahat tidak berpengertian?

Mereka tidak berseru kepada Yehuwa.+

Mereka melahap umat-Nya seperti menelan makanan.

 5 Tetapi mereka akan diselubungi rasa takut dan gentar

Seperti yang belum pernah dialami mereka.*

Mereka akan dimalukan kerana Yehuwa telah menolak mereka;

Tuhan akan menyelerakkan tulang-tulang orang yang menyerang umat-Nya.

 6 Semoga penyelamatan bagi Israel datang dari Sion!+

Apabila Yehuwa mengumpulkan semula umat-Nya yang ditawan,

Hendaklah Yakub bersukacita; hendaklah Israel bergembira!

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Maskil.* Mazmur ini digubah oleh Daud apabila penduduk Zif pergi kepada Saul dan berkata, “Daud sedang bersembunyi di negeri kami.”+

54 Ya Tuhan, selamatkanlah aku dengan nama-Mu,+

Dan belalah perkaraku+ dengan kuasa-Mu.

 2 Ya Tuhan, dengarlah doaku;+

Berikanlah perhatian kepada seruanku,

 3 Kerana orang yang tidak aku kenali menentang aku,

Dan orang yang zalim mencuba meragut nyawaku.+

Mereka langsung tidak mempedulikan Engkau.+ (Selah)

 4 Lihatlah! Yehuwa ialah penolongku;+

Dia menyertai orang yang menyokong aku.

 5 Dia akan membalas musuhku+ setimpal dengan kejahatan mereka;

Dia akan melenyapkan mereka kerana Dia Tuhan yang setia.+

 6 Ya Yehuwa, aku akan memuji nama-Mu yang baik,*+

Dan aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu+ dengan rela hati,

 7 Kerana Engkau menyelamatkan aku daripada segala kesusahan,+

Dan kerana Engkau membiarkan aku melihat kejatuhan musuh-musuhku.+

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Daud.

55 Ya Tuhan, dengarlah doaku,+

Dan janganlah ketepikan rayuanku meminta belas kasihan.*+

 2 Berikanlah perhatian kepadaku dan jawablah doaku.+

Kerisauanku membuat aku resah,+

Dan hatiku tidak tenteram,

 3 Kerana kata-kata musuhku,

Dan kerana penindasan orang jahat.

Mereka menyusahkan aku;

Mereka marah kepadaku dan memusuhi aku.+

 4 Hatiku amat terseksa,+

Dan kengerian maut menimpa aku.+

 5 Aku dilanda rasa gerun dan gentar,

Dan aku terketar-ketar kerana ketakutan.

 6 Aku asyik berkata, “Alangkah baiknya jika aku bersayap seperti merpati!

Aku akan terbang dan berlindung di tempat yang selamat.

 7 Aku akan terbang ke tempat yang jauh.+

Aku akan tinggal di padang belantara.+ (Selah)

 8 Aku akan bergegas mencari tempat naungan

Yang jauh daripada ribut kencang dan angin badai.”

 9 Ya Yehuwa, kelirukanlah musuh-musuhku dan gagalkanlah rancangan mereka,+

Kerana aku telah melihat keganasan dan kerusuhan di kota.

10 Keganasan dan kerusuhan mengelilingi tembok kota siang dan malam;

Kejahatan dan kekacauan terdapat di seluruh kota itu.+

11 Bencana berlaku di tengah-tengahnya;

Penindasan dan penipuan tidak pernah meninggalkan dataran kota.+

12 Bukan musuh yang mencemuh aku;+

Jika musuh mencemuh aku, aku masih dapat menanggungnya.

Bukan lawan yang menentang aku;

Jika lawan menentang aku, aku masih dapat bersembunyi daripadanya.

13 Tetapi kamulah yang berbuat demikian,+

Meskipun kamu sahabat karibku dan lelaki yang dihormati seperti aku.+

14 Dahulunya kita menikmati persahabatan yang akrab;

Kita berjalan ke rumah Tuhan bersama orang ramai.

15 Biarlah kemusnahan menimpa musuh-musuhku.+

Biarlah mereka turun hidup-hidup ke Kuburan,*

Kerana kejahatan memenuhi rumah mereka dan menguasai diri mereka.

16 Tetapi aku akan berseru kepada Yehuwa,

Dan Dia akan menyelamatkan aku.+

17 Pada waktu petang, pagi, dan tengah hari, aku resah dan asyik mengeluh,+

Dan Dia mendengar suaraku.+

18 Dia akan menyelamatkan aku daripada orang yang melawan aku

Dan memberi aku kedamaian kerana banyak orang menyerang aku.+

19 Tuhan yang bertakhta sejak dahulukala+

Akan mendengarkan aku dan menentang mereka.+ (Selah)

Mereka semua enggan berubah,

Dan mereka tidak takut akan Tuhan.+

20 Orang itu* menyerang orang yang berdamai dengannya,+

Dan dia melanggar perjanjiannya.+

21 Kata-katanya lebih lembut daripada mentega,+

Tetapi hatinya dipenuhi pertelingkahan.

Percakapannya lebih licin daripada minyak,

Tetapi sebenarnya tajam seperti pedang.+

22 Serahkanlah* bebanmu kepada Yehuwa,+

Dan Dia akan memeliharamu.+

Dia tidak sekali-kali membiarkan orang yang baik* jatuh.*+

23 Tetapi ya Tuhan, Engkau akan menyebabkan orang jahat turun ke dalam lubang yang terdalam.+

Orang yang berhutang darah dan yang licik tidak akan mencapai separuh daripada jangka hayat mereka.+

Namun aku akan percaya kepada-Mu.

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Merpati Sepi di Tempat yang Jauh.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa dia ditangkap oleh orang Filistin di Gat.+

56 Kasihanilah aku, ya Tuhan, kerana aku diserang;

Sepanjang masa, musuh-musuhku melawan dan menindas aku.

 2 Sepanjang hari, mereka ingin melahap aku;

Dengan angkuh, mereka semua menentang aku.

 3 Apabila aku berasa takut,+ aku berharap kepada-Mu.+

 4 Ya Tuhan, aku memuji firman-Mu dan aku percaya kepada-Mu;

Ya Tuhan, aku tidak berasa takut kerana aku yakin kepada-Mu.

Apakah yang dapat dilakukan manusia fana terhadapku?+

 5 Sepanjang hari, mereka mendatangkan kesusahan bagiku;

Mereka ingin sekali mencelakakan aku.+

 6 Mereka bersembunyi untuk menyerang aku;

Mereka mengawasi setiap gerak-geriku,+

Dan mereka mencari peluang untuk meragut nyawaku.+

 7 Janganlah berkenan kepada mereka kerana mereka jahat.

Ya Tuhan, hukumlah bangsa-bangsa dalam kemurkaan-Mu.+

 8 Semasa aku seorang pelarian, Engkau memerhatikan dan mencatatkan segala kesusahanku;+

Aku tahu bahawa segala penderitaanku tercatat dalam kitab-Mu.+

Ya Tuhan, tolonglah simpan semua air mataku di dalam kirbat-Mu.*+

 9 Musuh-musuhku akan berundur ketika aku berseru kepada-Mu untuk meminta tolong.+

Ya Tuhan, aku sangat yakin bahawa Engkau berpihak kepadaku.+

10 Ya Yehuwa, aku memuji firman-Mu dan aku percaya kepada-Mu;

Ya Tuhan, aku memuliakan firman-Mu dan aku yakin kepada-Mu.

11 Ya Tuhan, aku tidak berasa takut kerana aku yakin kepada-Mu.+

Apakah yang dapat dilakukan manusia fana terhadapku?+

12 Ya Tuhan, aku akan menunaikan ikrar yang aku buat kepada-Mu;+

Aku akan mengucapkan syukur kepada-Mu,+

13 Kerana Engkau tidak membiarkan kakiku tersandung,+

Dan kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut.+

Maka aku dapat melangkah di hadapan-Mu dalam cahaya yang menyinari orang yang hidup.+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa dia menyembunyikan diri daripada Saul di dalam gua.+

57 Kasihanilah aku, ya Tuhan, kasihanilah aku,

Kerana aku berlindung kepada-Mu.+

Ya, aku berlindung di bawah naungan sayap-Mu sehingga kesusahanku berlalu.+

 2 Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, aku berseru kepada-Mu;

Ya Tuhan yang benar, aku berseru kepada-Mu kerana Engkaulah yang dapat mengakhiri segala penderitaanku.

 3 Dari syurga, Engkau akan membantu dan menyelamatkan aku;+

Engkau akan menggagalkan rancangan orang yang menyerang aku. (Selah)

Engkau akan menunjukkan kasih* dan kesetiaan-Mu kepadaku.+

 4 Semasa aku tidur, aku dikelilingi orang yang ingin melahap aku;

Aku dikepung oleh musuh yang bagaikan singa.+

Gigi mereka seperti tombak dan anak panah,

Dan lidah mereka seperti pedang yang tajam.+

 5 Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;

Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi!+

 6 Kesusahanku bagaikan beban yang berat;+

Musuh-musuhku telah memasang jaring untuk memerangkap aku.+

Mereka telah menggali lubang untuk menangkap aku,

Tetapi mereka sendiri terjatuh ke dalamnya.+ (Selah)

 7 Ya Tuhan, hatiku teguh.+

Ya, hatiku tetap teguh.

Aku akan menyanyikan lagu dengan iringan muzik untuk-Mu.

 8 Aku akan membangunkan fajar.

Bangunlah, hai batinku!

Bangunlah, hai kecapi; bangunlah, hai alat muzik bertali!+

 9 Ya Yehuwa, aku akan memuji Engkau di hadapan semua orang+

Dan menyanyikan pujian kepada-Mu di hadapan bangsa-bangsa.+

10 Kasih setia-Mu yang besar setinggi langit,+

Dan kesetiaan-Mu sampai ke awan.

11 Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;

Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi!+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud.

58 Hai kamu sekalian, jika kamu berdiam diri, dapatkah kamu mengucapkan apa yang benar?+

Adakah kamu mengadili dengan jujur?+

 2 Tidak! Kamu hanya merancang kejahatan dalam hati kamu,+

Dan kamu melakukan keganasan di seluruh negeri kamu.+

 3 Sejak lahir, orang jahat sesat dan suka menipu;

Mereka telah menyimpang daripada haluan yang benar.

 4 Kata-kata mereka seperti racun ular berbisa;+

Mereka pekak seperti ular tedung yang menutup telinganya,

 5 Yang enggan mendengar suara pawang,

Walaupun dia mahir membaca mantera.

 6 Ya Tuhan, patahkanlah gigi singa-singa itu!

Ya Yehuwa, hancurkanlah rahang semua singa itu!

 7 Biarlah orang jahat lenyap seperti air yang mengalir pergi.

Biarlah Tuhan melengkungkan busur-Nya dan menjatuhkan mereka dengan anak panah-Nya.

 8 Biarlah mereka menjadi seperti siput yang sedang mengering,

Dan seperti bayi yang dilahirkan mati sebelum melihat cahaya.

 9 Sebelum belukar yang dibakar sempat memanaskan periuk,

Tuhan akan menjadi seperti angin ribut yang memusnahkan semua dahan belukar itu, baik yang hijau mahupun yang sudah dibakar.+

10 Apabila Tuhan membalas kejahatan orang keji,+

Orang baik akan bersukacita, dan kaki mereka akan dibasahi dengan darah orang jahat.+

11 Maka orang akan berkata, “Sesungguhnya, Tuhan ialah hakim di dunia ini,+

Dan orang yang baik pasti akan mendapat ganjaran.”+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Jangan Binasakan.” Miktam.* Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa Saul mengirim utusan untuk mengawasi rumahnya dan membunuhnya.+

59 Ya Tuhanku, selamatkanlah aku daripada musuhku+

Dan lindungilah aku daripada orang yang bangkit untuk menentang aku.+

 2 Selamatkanlah aku daripada orang yang melakukan kejahatan

Dan lindungilah aku daripada orang yang melakukan keganasan.*

 3 Lihatlah, ya Yehuwa! Mereka bersembunyi untuk menyerang aku.+

Meskipun aku tidak berdosa atau memberontak,

Orang yang sangat kuat melawan aku.+

 4 Aku tidak berbuat salah tetapi mereka bersiap-siap untuk menyerang aku.

Dengarkanlah seruanku dan bangkitlah untuk menolong aku.

 5 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan orang Israel; Engkaulah ketua angkatan syurga.+

Maka, bangkitlah dan perhatikanlah semua bangsa.

Janganlah kasihani para pengkhianat yang kejam.+ (Selah)

 6 Setiap hari, mereka datang pada waktu senja;+

Mereka menyalak seperti anjing+ dan merayau-rayau di kota.+

 7 Lihatlah! Bibir mereka seperti pedang,+

Dan mereka meluahkan kata-kata yang mencelakakan.

Mereka menyangka tiada orang mengetahui perbuatan mereka.+

 8 Tetapi ya Yehuwa, Engkau akan mentertawakan mereka;+

Engkau akan memperolok-olokkan semua bangsa.+

 9 Ya Tuhan, Sumber kekuatanku, aku akan berharap kepada-Mu,+

Kerana Engkaulah tempat perlindunganku.*+

10 Ya Tuhan, Engkau mengasihi aku dengan setia, dan Engkau akan datang untuk menolong aku.+

Engkau akan membiarkan aku menyaksikan kejatuhan musuh-musuhku.+

11 Janganlah terus melenyapkan mereka supaya bangsaku tidak akan melupakan perbuatan-Mu.

Dengan kuasa-Mu, buatlah mereka merayau-rayau tanpa arah tujuan

Dan jatuhkanlah mereka, ya Yehuwa, perisai kami.+

12 Biarlah mereka dijerat oleh kesombongan mereka sendiri,+

Kerana mereka berdosa dengan kata-kata mereka,

Dan kerana mereka suka berdusta dan menyumpah-nyumpah.

13 Ya Tuhan, hapuskanlah mereka dalam kemurkaan-Mu.+

Ya, binasakanlah mereka semua.

Biarlah mereka tahu bahawa Engkaulah yang memerintah di Yakub dan di seluruh pelosok bumi.+ (Selah)

14 Biarlah mereka kembali pada waktu senja;

Biarlah mereka menyalak seperti anjing dan merayau-rayau di kota.+

15 Biarlah mereka berkeliaran mencari makanan;+

Janganlah biarkan mereka mendapat tempat tinggal atau makanan yang mencukupi.

16 Ya Tuhan, aku akan menyanyi tentang kekuatan-Mu;+

Setiap pagi, aku akan mengisytiharkan kasih setia-Mu dengan gembira,

Kerana Engkaulah tempat naunganku+

Dan tempat perlindunganku pada waktu kesusahan.+

17 Ya Tuhan, Sumber kekuatanku, aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu,+

Kerana Engkaulah bentengku dan Tuhan yang mengasihi aku dengan setia.+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung Kesaksian.” Miktam.* Untuk pengajaran. Mazmur yang digubah oleh Daud pada masa dia berperang melawan Aram-naharaim dan Aram-Zoba, dan semasa Yoab pulang lalu membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Garam.+

60 Ya Tuhan, Engkau murka terhadap kami dan mengalahkan kami;+

Engkau telah menolak kami, tetapi kini, terimalah kami semula!

 2 Engkau telah menggempakan bumi dan membelahnya.

Perbaikilah rekahan yang ada padanya, kerana bumi hampir hancur.

 3 Engkau telah menyebabkan umat-Mu menderita;

Engkau memberi kami wain untuk diminum sehingga kami terhuyung-hayang.+

 4 Berikanlah tanda* kepada orang yang takut akan-Mu,

Agar mereka dapat melarikan diri dan mengelak daripada dipanah. (Selah)

 5 Selamatkanlah kami dengan tangan kanan-Mu;

Jawablah seruan kami supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.+

 6 Tuhan berfirman demi kesucian-Nya,*

“Aku akan bersukacita dan memberikan tanah Sikhem kepada umat-Ku.+

Aku akan menyukat Lembah* Sukot untuk dibahagikan kepada umat-Ku.+

 7 Gilead dan Manasye ialah kepunyaan-Ku,+

Efraim ialah topi besi bagi kepala-Ku,

Dan Yehuda ialah tongkat pemerintahan-Ku.+

 8 Tetapi Aku akan menjadikan Moab tempat pembasuhan-Ku.+

Aku akan melemparkan kasut-Ku kepada Edom.+

Aku akan bersorak kerana mengalahkan orang Filistin.”+

 9 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang dikepung* itu?

Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?+

10 Ya Tuhan kami, Engkaulah yang sepatutnya memimpin kami.

Tetapi Engkau telah menolak kami dan tidak lagi mara bersama tentera kami.+

11 Selamatkanlah kami daripada kesusahan,

Kerana penyelamatan daripada manusia tidak berguna.+

12 Ya Tuhan, Engkau akan memberi kami kekuatan,+

Dan Engkau akan menginjak-injak musuh kami.+

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Mazmur yang digubah oleh Daud.

61 Ya Tuhan, dengarlah seruanku meminta tolong

Dan perhatikanlah doaku.+

 2 Dari hujung bumi, aku akan berseru kepada-Mu,

Kerana hatiku remuk-redam.+

Bimbinglah aku ke gunung batu yang tinggi,+

 3 Kerana Engkaulah pelindungku.

Engkaulah menara kukuh yang menaungi aku daripada musuh.+

 4 Aku akan menjadi tetamu di khemah-Mu selama-lamanya;+

Aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu.+ (Selah)

 5 Ya Tuhan, Engkau telah mendengar ikrarku.

Engkau telah memberi aku warisan yang dikhaskan bagi orang yang menghormati nama-Mu.+

 6 Engkau akan memanjangkan umur raja+

Dan membiarkan hidupnya berlanjutan dari generasi ke generasi.

 7 Ya Tuhan, raja akan bertakhta* di hadirat-Mu buat selama-lamanya.+

Semoga kasih* dan kesetiaan-Mu melindunginya senantiasa.+

 8 Aku akan menunaikan ikrarku setiap hari+

Dan menyanyikan lagu untuk memuji nama-Mu selama-lamanya.+

Untuk pengarah muzik; Yedutun.* Lagu yang digubah oleh Daud.

62 Sesungguhnya, aku menantikan Tuhan dengan sabar;

Dialah sumber penyelamatanku.+

 2 Sememangnya, Dialah gunung batuku dan penyelamatku; Dialah tempat naunganku;*+

Maka aku tidak sekali-kali goyah.+

 3 Sampai bilakah kamu akan mencuba membunuh orang yang kamu benci?+

Kamu semua sangat berbahaya seperti* dinding yang miring dan tembok yang hampir roboh.

 4 Kamu berkomplot untuk menjatuhkannya dari tempat kehormatannya;

Kamu semua suka berdusta.

Kamu memberkati dengan mulut kamu, tetapi kamu mengutuk dalam hati.+ (Selah)

 5 Sesungguhnya, aku menantikan Tuhan dengan sabar;+

Dialah sumber harapanku.+

 6 Sememangnya, Dialah gunung batuku dan penyelamatku; Dialah tempat naunganku;

Maka aku tidak akan goyah.+

 7 Penyelamatanku dan kemuliaanku datang daripada Tuhan;

Dialah gunung batuku dan tempat perlindunganku.+

 8 Hai semua bangsa, percayalah kepada Tuhan senantiasa.

Curahkanlah isi hatimu kepada-Nya.+

Dialah tempat naungan kita.+ (Selah)

 9 Manusia hanyalah seperti hembusan nafas,

Dan mereka tidak dapat diharapkan.+

Jika mereka semua ditimbang, mereka ternyata lebih ringan daripada sehembus nafas.+

10 Jangan bergantung pada hasil pemerasan,

Dan jangan harapkan keuntungan daripada rompakan.

Meskipun kekayaan kamu bertambah, jangan biarkan hatimu tertumpu kepadanya.+

11 Aku telah mendengar Tuhan berfirman sebanyak dua kali;

Dia berfirman bahawa segala kuasa berasal daripada-Nya.+

12 Ya Yehuwa, Engkau menunjukkan kasih setia+

Dan memberikan ganjaran kepada setiap orang menurut perbuatannya.+

Lagu yang digubah oleh Daud semasa dia berada di padang belantara Yehuda.+

63 Ya Tuhan, Engkaulah Tuhanku.

Di negeri yang gersang dan tandus, yang tidak berair,+

Aku terus mencari-Mu+ kerana jiwaku sangat merindukan-Mu.

Seperti orang yang haus akan air, demikianlah jiwaku memerlukan-Mu.+

 2 Aku telah mencari-Mu di tempat suci-Mu;

Aku telah melihat kekuatan-Mu dan kemuliaan-Mu.+

 3 Kasih setia-Mu lebih berharga daripada nyawa,+

Maka aku akan memuliakan-Mu dengan bibirku.+

 4 Ya, aku akan memuji-Mu sepanjang hayatku;

Aku akan menadahkan tanganku sambil menyeru nama-Mu.

 5 Aku* berasa puas dengan bahagian terbaik yang aku terima.

Oleh itu, mulutku akan memuji-Mu dengan sorakan sukacita.+

 6 Semasa aku berbaring di atas katil, aku ingat akan-Mu;

Pada waktu tengah malam, aku merenungkan-Mu.+

 7 Engkau ialah penolongku,+

Maka aku akan bersorak dengan gembira di bawah naungan sayap-Mu.+

 8 Aku berpaut pada-Mu;

Dengan tangan kanan-Mu, Engkau terus memegang aku dengan erat.+

 9 Tetapi orang yang ingin membunuh aku

Akan turun ke lubang kubur.

10 Mereka akan dibunuh dengan pedang

Dan menjadi makanan serigala.*

11 Namun raja akan bersukacita kerana-Mu.

Setiap orang yang bersumpah demi nama-Mu akan memuji-Mu,

Kerana Engkau akan membungkam mulut orang yang berdusta.

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

64 Ya Tuhan, dengarlah seruanku kerana aku berasa sungguh gelisah.+

Peliharalah nyawaku daripada serangan musuh yang mengerikan.

 2 Lindungilah aku daripada komplot orang yang jahat,+

Dan daripada kumpulan orang yang keji.

 3 Lidah mereka tajam seperti pedang;

Kata-kata mereka yang kejam bagaikan anak panah

 4 Yang dihalakan ke arah orang yang tidak bersalah.

Secara tiba-tiba dan tanpa rasa takut, mereka memanah orang dari tempat persembunyian.

 5 Mereka asyik mengucapkan kata-kata yang jahat;*

Mereka berbincang tentang cara untuk memasang perangkap.

Mereka berkata, “Tiada sesiapa yang akan nampak.”+

 6 Mereka memikirkan cara baharu untuk berbuat jahat;

Secara diam-diam, mereka merancang pelbagai muslihat yang licik;+

Sesungguhnya, fikiran dan hati mereka masing-masing sukar diselami.

 7 Tetapi Tuhan akan memanah mereka secara mengejut,+

Dan mereka akan dicederakan oleh anak panah-Nya.

 8 Kata-kata mereka sendiri akan mengakibatkan kejatuhan mereka;+

Semua orang yang melihat mereka akan menggelengkan kepala.

 9 Kemudian semua orang akan menjadi takut;

Mereka akan mengisytiharkan perbuatan Tuhan,

Dan mereka akan memahami segala tindakan-Nya.+

10 Orang yang baik akan berlindung kepada Yehuwa dan bersukacita kerana Dia;+

Semua orang yang tulus hati akan berasa bangga kerana Tuhan.

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. Sebuah mazmur.

65 Ya Tuhan, Engkau layak menerima puji-pujian di Sion;+

Kami akan menunaikan ikrar kami kepada-Mu.+

 2 Ya Tuhan, Engkau ialah Pendengar doa; segala macam orang akan datang kepada-Mu.+

 3 Dosaku yang begitu banyak telah membanjiri aku,+

Tetapi Engkau akan mengampunkan kesalahan kami.+

 4 Berbahagialah orang yang Engkau pilih dan yang Engkau jemput untuk mendekati-Mu;

Berbahagialah orang yang dijemput untuk tinggal di halaman Rumah-Mu.+

Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu,+

Di tempat kediaman-Mu yang suci.+

 5 Engkau akan menjawab seruan kami dengan melakukan perkara yang menakjubkan;+

Engkau akan melakukan semua itu kerana kebaikan-Mu, ya Tuhan Penyelamat kami.

Engkaulah Sumber keyakinan bagi penduduk di seluruh bumi,+

Dan bagi orang yang tinggal di seberang laut yang jauh.

 6 Ya Tuhan, Engkau sangat perkasa;+

Dengan kuasa-Mu, Engkau menegakkan gunung-gunung.

 7 Engkau meredakan lautan yang bergelora dan ombak yang mengamuk;+

Engkau menenangkan kerusuhan bangsa-bangsa.+

 8 Penduduk dari tempat yang terpencil akan berasa kagum melihat tanda-tanda daripada-Mu;+

Engkau akan menyebabkan orang dari timur hingga barat bersorak dengan gembira.

 9 Engkau memelihara bumi

Dan menjadikan tanahnya sungguh baik dan subur.+

Engkau menyebabkan sungai dipenuhi air

Dan membekalkan biji-bijian untuk manusia.+

Ya, demikianlah Engkau membentuk bumi.

10 Engkau mengairi alur yang digali dan meratakan tanah yang dibajak;

Engkau menjadikan tanah gembur dengan hujan dan memberkatinya dengan hasil yang melimpah.+

11 Kebaikan yang Engkau tunjukkan sepanjang tahun bagaikan mahkota yang indah;

Berkat-Mu berlimpah-limpah di mana sahaja Engkau menjejakkan kaki-Mu.+

12 Padang rumput di kawasan belantara bertumbuh subur,+

Dan bukit-bukit dipenuhi kegembiraan dan sukacita.+

13 Padang rumput penuh dengan ternakan,

Dan lembah-lembah* diliputi biji-bijian.+

Semua itu bersorak dan bernyanyi dengan girang hati.+

Untuk pengarah muzik. Sebuah mazmur. Sebuah lagu.

66 Hai seluruh bumi, bersoraklah dengan gembira dan pujilah Tuhan!+

 2 Bernyanyilah untuk memuji nama-Nya yang agung;

Muliakanlah Tuhan dan pujilah Dia!+

 3 Berkatalah kepada Tuhan, “Betapa hebatnya segala perbuatan-Mu!+

Kerana kuasa-Mu begitu besar,

Semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu dengan penuh rasa takut.+

 4 Semua orang di bumi akan bersujud kepada-Mu;+

Mereka akan menyanyikan pujian kepada-Mu.

Ya, mereka akan bernyanyi untuk memuji nama-Mu.”+ (Selah)

 5 Marilah dan saksikanlah semua perbuatan Tuhan;

Lihatlah betapa hebatnya segala yang dilakukan-Nya bagi manusia.+

 6 Dia mengubah laut menjadi tanah yang kering;+

Umat-Nya menyeberangi sungai dengan berjalan kaki.+

Di sana, kita bersukacita atas segala perkara yang dilakukan-Nya untuk kita.+

 7 Tuhan memerintah dengan perkasa selama-lamanya.+

Dia memerhatikan semua bangsa dengan teliti;+

Janganlah orang yang degil meninggi-ninggikan diri.+ (Selah)

 8 Hai bangsa-bangsa, pujilah Tuhan kita!+

Pujilah Dia dengan suara yang lantang!

 9 Dia memelihara nyawa kita,+

Dan Dia tidak akan membiarkan kaki kita tergelincir.+

10 Ya Tuhan, Engkau telah memeriksa hati kami;+

Engkau telah memurnikan kami seperti perak yang dimurnikan dengan api.

11 Engkau telah menangkap kami dengan jaring-Mu;

Engkau telah membebani kami dengan penderitaan.

12 Engkau membiarkan orang memijak-mijak kami;

Kami telah mengharungi api dan air.

Tetapi kemudian, Engkau membawa kami ke tempat yang menyenangkan.

13 Ya Tuhan, aku akan membawa korban bakar ke rumah-Mu,+

Dan aku akan menunaikan ikrarku kepada-Mu.+

14 Aku akan menepati janji-janjiku+

Yang aku ucapkan sewaktu aku berada dalam kesusahan.

15 Aku akan mempersembahkan binatang yang digemukkan sebagai korban bakar kepada-Mu;

Aku akan membakar bebiri jantan sehingga asap naik dari mazbah;

Aku juga akan mempersembahkan lembu jantan bersama kambing jantan sebagai korban kepada-Mu. (Selah)

16 Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang takut akan Tuhan;

Aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untukku.+

17 Dengan mulutku, aku telah berseru kepada-Nya,

Dan dengan lidahku, aku telah memuliakan-Nya.

18 Jika aku menyimpan niat yang jahat dalam hatiku,

Yehuwa pasti tidak akan mendengarkan aku.+

19 Tetapi sesungguhnya, Tuhan telah mendengarkan aku;+

Dia memberikan perhatian kepada doaku.+

20 Pujilah Tuhan, kerana Dia tidak menolak doaku;

Pujilah Tuhan, kerana Dia tidak berhenti mengasihi aku dengan setia.

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Sebuah mazmur. Sebuah lagu.

67 Ya Tuhan, Engkau akan merahmati dan memberkati kami;

Engkau akan memancarkan cahaya-Mu ke atas kami.+ (Selah)

 2 Dengan itu, haluan-Mu akan diketahui di seluruh dunia,+

Dan penyelamatan daripada-Mu akan diberitakan kepada semua bangsa.+

 3 Ya Tuhan, semoga bangsa-bangsa memuji-Mu;

Semoga semua bangsa memuliakan-Mu!

 4 Semoga bangsa-bangsa bergembira dan bersorak dengan sukacita,+

Kerana Engkau akan menghakimi orang dengan adil.+

Engkau akan membimbing bangsa-bangsa di bumi. (Selah)

 5 Ya Tuhan, semoga bangsa-bangsa memuji-Mu;

Semoga semua bangsa memuliakan-Mu!

 6 Bumi akan mengeluarkan hasilnya,+

Kerana Tuhan, Tuhan kita, akan memberkati kita.+

 7 Ya, Tuhan akan memberkati kita,

Dan orang dari seluruh pelosok bumi akan takut kepada-Nya.*+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. Sebuah mazmur.

68 Biarlah Tuhan bangkit dan mencerai-beraikan musuh-Nya;

Biarlah orang yang membenci-Nya melarikan diri dari hadapan-Nya.+

 2 Biarlah mereka diusir seperti asap yang ditiup angin;

Biarlah orang jahat binasa di hadapan Tuhan

Seperti lilin yang dicairkan api.+

 3 Tetapi biarlah orang baik bersukacita;+

Biarlah mereka bergembira di hadapan Tuhan;

Biarlah mereka bersorak-sorak dengan riang.

 4 Bernyanyilah kepada Tuhan; bernyanyilah untuk memuji nama-Nya.+

Bernyanyilah kepada Dia yang melintasi padang gurun!*

Nama-Nya Yah!*+ Bersukacitalah di hadapan-Nya!

 5 Tuhan tinggal di tempat kediaman-Nya yang suci;+

Dia ialah bapa kepada anak yatim dan pembela* bagi para balu.+

 6 Tuhan menyediakan tempat tinggal untuk orang yang bersendirian;+

Dia membebaskan orang tawanan dan memberi mereka kemakmuran.+

Tetapi orang yang degil* pasti akan tinggal di negeri yang tandus.+

 7 Ya Tuhan, ketika Engkau memimpin umat-Mu,+

Ketika Engkau menyeberangi gurun, (Selah)

 8 Bumi bergoncang,+

Dan langit mencurahkan hujan kerana kehadiran-Mu.

Gunung Sinai bergegar kerana-Mu, ya Tuhan orang Israel.+

 9 Ya Tuhan, Engkau menurunkan hujan yang lebat,

Dan Engkau menyegarkan umat-Mu yang letih lesu.

10 Ya Tuhan, umat-Mu tinggal di dalam khemah-khemah-Mu.+

Engkau menjaga keperluan orang yang miskin kerana kebaikan-Mu.

11 Yehuwa memberikan perintah kepada umat-Nya;

Wanita-wanita yang mengisytiharkan berita baik bagaikan angkatan tentera yang besar.+

12 Raja-raja dan tentera musuh sudah melarikan diri!+

Harta mereka dirampas dan dibahagikan kepada wanita yang berada di rumah.+

13 Meskipun kaum lelaki berbaring dekat unggun api,*

Mereka akan membawa pulang patung* burung merpati

Yang sayapnya disaluti perak dan emas tulen.

14 Apabila Tuhan Yang Maha Kuasa mencerai-beraikan raja-raja,+

Salji mula turun di Zalmon.

15 Betapa besarnya Gunung Basan,+

Gunung yang mempunyai banyak puncak!

16 Hai gunung yang mempunyai banyak puncak,

Mengapakah engkau memandang dengan cemburu terhadap gunung yang dipilih Tuhan* sebagai kediaman-Nya?+

Sesungguhnya, Yehuwa akan tinggal di situ buat selama-lamanya.+

17 Kereta kuda yang dimiliki Tuhan tidak terhitung banyaknya!*+

Yehuwa datang dari Gunung Sinai ke tempat yang suci.+

18 Ya Tuhan Yah, ketika Engkau naik ke tempat yang tinggi,+

Engkau membawa para tawanan dan menjadikan mereka kurnia berupa manusia;+

Engkau bahkan membawa orang yang degil bersama-Mu,+

Lalu Engkau tinggal dalam kalangan mereka semua.

19 Pujilah Yehuwa, Tuhan yang benar; Dialah Penyelamat kita.

Dia menanggung beban kita setiap hari.+ (Selah)

20 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, membebaskan kita daripada kematian.+

Ya, Dialah Tuhan yang menyelamatkan kita!+

21 Tuhan akan meremukkan kepala musuh-musuh-Nya;

Dia akan menghancurkan kepala mereka yang terus melakukan dosa.+

22 Yehuwa telah berfirman, “Aku akan membawa mereka pulang dari Basan;+

Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam,

23 Supaya kaki kamu dibasahi dengan darah musuh,

Dan supaya anjing kamu menjilat darah mereka.”+

24 Semua orang melihat perarakan kemenangan Tuhan,

Iaitu perarakan Tuhanku dan Rajaku, yang masuk ke tempat suci.+

25 Para penyanyi berjalan di hadapan, manakala pemain muzik* berjalan di belakang,+

Dan di antara mereka terdapat gadis-gadis yang memainkan tamborin.+

26 Pujilah Tuhan dalam perhimpunan orang ramai;

Hai semua keturunan Israel yang berasal daripada Yehuwa, pujilah Dia!*+

27 Benyamin,+ suku yang terkecil, menakluki bangsa-bangsa,

Begitu juga dengan para pemimpin Zebulon dan Naftali,

Serta para pemimpin Yehuda yang diikuti orang ramai yang bersorak-sorai.

28 Ya Tuhan, Engkau telah memerintahkan supaya kami diberi kekuatan.

Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Tuhan, seperti yang telah Engkau lakukan untuk kami.+

29 Raja-raja akan membawa persembahan kepada-Mu;+

Mereka akan membawa hadiah ke Rumah-Mu di Yerusalem.+

30 Tegurlah bangsa yang bagaikan binatang liar di kawasan rumput tinggi;

Tegurlah mereka yang bagaikan kawanan lembu jantan+ dan anak lembu,

Sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu.*

Cerai-beraikanlah orang yang suka berperang.

31 Barangan yang diperbuat daripada gangsa akan dibawa* keluar dari Mesir;+

Orang Kus akan bergegas membawa persembahan kepada-Mu.

32 Hai kerajaan-kerajaan di bumi, bernyanyilah kepada Tuhan,+

Nyanyikanlah pujian kepada Yehuwa! (Selah)

33 Bernyanyilah kepada Dia yang mengenderai langit purba yang tertinggi.+

Dengarlah suara-Nya yang guruh-gemuruh!

34 Isytiharkanlah kekuatan Tuhan,+

Yang lebih tinggi daripada langit.*

Pemerintahan-Nya atas bangsa Israel sungguh mulia.

35 Hendaklah semua orang takut dan hormat kepada Tuhan yang berada di tempat suci-Nya.+

Dia ialah Tuhan orang Israel,

Yang memberikan kuasa dan kekuatan kepada umat-Nya.+

Pujilah Tuhan!

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Mazmur yang digubah oleh Daud.

69 Ya Tuhan, selamatkanlah aku kerana air yang deras hampir melemaskan aku.+

 2 Aku tenggelam di lumpur yang dalam, tanpa tempat untuk menjejakkan kakiku.+

Aku berada di air yang dalam,

Dan aku dihanyutkan air yang deras.+

 3 Ya Tuhanku, aku sudah letih dan kerongkongku sudah kering

Kerana aku berseru-seru meminta tolong.+

Mataku penat kerana menantikan-Mu.+

 4 Orang yang membenci aku tanpa sebab+

Lebih banyak daripada rambut di kepalaku.

Musuh-musuhku yang licik* semakin banyak;

Mereka ingin membunuh aku.

Aku dipaksa menyerahkan barang-barang yang tidak aku curi.

 5 Ya Tuhan, Engkau tahu betapa bodohnya aku!

Dosa-dosaku tidak tersembunyi daripada-Mu.

 6 Janganlah biarkan aku mendatangkan malu kepada orang yang berharap kepada-Mu,

Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan Yang Berdaulat.

Janganlah biarkan aku mendatangkan aib kepada orang yang mencari-Mu,

Ya Tuhan orang Israel.

 7 Kerana Engkau, aku dihina;+

Aku diliputi perasaan malu.+

 8 Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku;

Aku dianggap seperti orang luar oleh saudara kandungku.+

 9 Semangatku untuk Rumah-Mu berkobar-kobar seperti api;+

Aku sudah menanggung segala celaan yang ditujukan kepada-Mu.+

10 Aku merendahkan diri dengan berpuasa,*

Tetapi orang mencela aku.

11 Aku mengenakan kain guni sebagai pakaianku,

Tetapi mereka mentertawakan aku.

12 Orang yang duduk di pintu gerbang kota menjadikan aku buah mulut mereka,

Dan orang yang mabuk bernyanyi tentang aku.

13 Tetapi ya Yehuwa, semoga doaku sampai kepada-Mu

Pada waktu yang diperkenankan-Mu.+

Ya Tuhan, kasih setia-Mu berlimpah-limpah,

Maka jawablah seruanku dan selamatkanlah aku.*+

14 Ya Tuhan, selamatkanlah aku

Agar aku tidak tenggelam ke dalam lumpur.

Bebaskanlah aku daripada orang yang membenci aku,

Dan selamatkanlah aku daripada air yang dalam.+

15 Janganlah biarkan aku dihanyutkan air bah yang deras;+

Janganlah biarkan aku tenggelam ke dasar laut,

Dan janganlah biarkan aku ditelan lubang maut.+

16 Jawablah doaku, ya Yehuwa, kerana kasih setia-Mu sungguh besar.+

Berpalinglah kepadaku, kerana belas kasihan-Mu berlimpah-limpah.+

17 Janganlah sembunyikan diri-Mu daripada hamba-Mu ini;+

Jawablah seruanku dengan segera, kerana aku sangat menderita.+

18 Hampirilah aku dan selamatkanlah aku;

Bebaskanlah* aku daripada musuh-musuhku.

19 Engkau tahu bagaimana aku dicela, dihina, dan dimalukan.+

Engkau nampak semua musuhku.

20 Aku hancur hati kerana dihina, dan luka di hatiku tidak dapat diubati.*

Aku mencari orang untuk mengasihani aku, tetapi tidak aku temui;+

Aku mencari orang untuk melegakan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.+

21 Ketika aku lapar, orang memberi aku racun* sebagai makanan;+

Ketika aku dahaga, mereka memberi aku cuka sebagai minuman.+

22 Biarlah jamuan mereka menjadi perangkap untuk mereka;

Biarlah kemakmuran mereka menjadi jerat untuk mereka.+

23 Biarlah mata mereka diselubungi kegelapan agar mereka tidak dapat melihat;

Biarlah pinggang mereka sentiasa menggeletar.

24 Ya Tuhan, curahkanlah kemurkaan-Mu ke atas mereka,

Dan biarlah kemarahan-Mu yang berkobar-kobar menimpa mereka.+

25 Biarlah kediaman mereka terlantar;

Janganlah biarkan khemah-khemah mereka didiami orang.+

26 Mereka menganiaya orang yang Engkau hukum,

Dan mereka asyik bercakap tentang kesusahan orang yang Engkau lukakan.

27 Biarlah dosa yang ditanggung mereka bertambah berat,

Dan janganlah berkenan kepada mereka.

28 Biarlah nama mereka dihapuskan daripada kitab kehidupan,+

Dan janganlah catatkan nama mereka bersama nama orang yang berbuat benar.+

29 Ya Tuhan, selamatkanlah aku dan lindungilah aku,

Kerana aku kesakitan dan amat sengsara.+

30 Aku akan bernyanyi untuk memuji nama Tuhan,

Dan aku akan mengagungkan-Nya dengan ucapan kesyukuran.

31 Hal itu lebih menyenangkan hati Yehuwa daripada korban lembu jantan,

Ataupun korban lembu jantan muda yang bertanduk dan berkuku.*+

32 Orang yang rendah hati akan menyaksikan penyelamatan daripada Tuhan lalu bersukacita.

Hai orang yang mencari Tuhan, semoga hati kamu dikuatkan.

33 Yehuwa mendengar permohonan orang yang miskin,+

Dan Dia tidak memandang hina terhadap umat-Nya yang ditawan.+

34 Pujilah Tuhan, hai langit dan bumi!+

Pujilah Tuhan, hai laut dan segala hidupan di dalamnya!

35 Tuhan akan menyelamatkan Sion,+

Dan Dia akan membina semula kota-kota di negeri Yehuda,

Supaya negeri itu menjadi milik umat-Nya dan tempat kediaman mereka.

36 Keturunan hamba-hamba-Nya akan mewarisi negeri itu;+

Orang yang mencintai nama-Nya+ akan tinggal di situ.

Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud untuk dijadikan peringatan.

70 Ya Tuhan, tolonglah selamatkan aku!

Ya Yehuwa, cepatlah datang untuk membantu aku!+

 2 Biarlah semua orang yang ingin meragut nyawaku

Dimalukan dan dihina.

Biarlah orang yang suka melihat aku ditimpa malapetaka

Berundur dan mendapat aib.

 3 Biarlah orang yang mencela aku

Berundur kerana berasa malu.

 4 Tetapi biarlah orang yang mencari-Mu

Bergembira dan bersukacita kerana-Mu.+

Biarlah orang yang mengharapkan penyelamatan daripada-Mu selalu berkata,

“Semoga Tuhan diagungkan!”

 5 Ya Tuhan, cepatlah datang untuk menyelamatkan aku,+

Kerana aku lemah dan ditindas.+

Engkaulah penolongku dan penyelamatku.+

Ya Yehuwa, cepatlah datang!+

71 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.

Semoga aku tidak dimalukan.+

 2 Selamatkanlah aku kerana Engkau Tuhan yang adil dan benar.

Dengarlah* seruanku dengan teliti dan selamatkanlah aku.+

 3 Jadilah gunung batu yang kukuh bagiku,

Tempat aku bernaung pada setiap waktu.

Engkaulah batu perlindunganku dan bentengku,

Maka berikanlah perintah agar aku diselamatkan.+

 4 Ya Tuhanku, selamatkanlah aku daripada tangan orang yang jahat,+

Daripada cengkaman orang yang tidak adil dan yang suka menindas.

 5 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, aku berharap kepada-Mu;

Aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.+

 6 Engkaulah yang membawa aku keluar daripada rahim ibuku;+

Aku bergantung pada-Mu sejak lahir.

Aku akan sentiasa memuji-Mu.

 7 Meskipun banyak orang berasa kagum terhadapku,

Aku tahu bahawa Engkaulah tempat naunganku.

 8 Aku akan melaungkan puji-pujian kepada-Mu dengan mulutku;+

Aku akan mengisytiharkan kemuliaan-Mu sepanjang hari.

 9 Janganlah abaikan aku ketika aku menjadi tua;+

Janganlah tinggalkan aku semasa aku menjadi lemah.+

10 Musuh-musuhku mencela aku,

Dan orang yang hendak membunuh aku berkomplot untuk menentang aku.+

11 Mereka berkata, “Tuhan telah meninggalkan dia.

Mari kita kejar dan tangkap dia, kerana tiada sesiapa yang akan menyelamatkan dia!”+

12 Ya Tuhan, janganlah jauhkan diri-Mu daripadaku.

Ya Tuhanku, cepatlah datang untuk menolong aku.+

13 Biarlah orang yang menentang aku

Dimalukan dan dibinasakan.+

Biarlah orang yang hendak mencelakakan aku

Diselubungi rasa aib dan hina.+

14 Namun aku akan terus menantikan Engkau;

Aku akan memuji-Mu dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

15 Aku akan menceritakan perbuatan-Mu yang adil dan benar;+

Sepanjang hari, aku akan mengisahkan penyelamatan daripada-Mu,

Walaupun segala yang Engkau lakukan tidak terhitung banyaknya.*+

16 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,

Aku akan datang untuk mengisytiharkan perbuatan-Mu yang perkasa;

Aku akan menyebut tentang kebaikan-Mu; aku akan memberitakan kebaikan-Mu sahaja.

17 Ya Tuhan, Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku;+

Sampai sekarang, aku tetap mengumumkan segala perbuatan-Mu yang menakjubkan.+

18 Ya Tuhan, biarpun aku menjadi tua dan biarpun aku beruban, janganlah tinggalkan aku.+

Biarlah aku menceritakan kuasa-Mu kepada generasi yang seterusnya,

Dan biarlah aku mengisahkan keperkasaan-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.+

19 Kebaikan-Mu, ya Tuhan, memuncak ke langit.+

Engkau telah melakukan perkara-perkara yang hebat.

Ya Tuhan, siapakah yang dapat menandingi-Mu?+

20 Engkau telah mendatangkan banyak kesusahan dan penderitaan kepadaku,+

Tetapi pulihkanlah aku, ya Tuhan,

Dan bawalah aku keluar dari air yang dalam.+

21 Semoga Engkau menjadikan aku lebih dihormati;

Semoga Engkau melindungi aku dan melegakan hatiku.

22 Ya Tuhanku, aku akan memainkan alat muzik bertali

Untuk memuji-Mu atas kesetiaan-Mu.+

Aku akan memetik kecapi sambil menyanyikan pujian kepada-Mu,

Ya Tuhan Israel Yang Suci.

23 Aku akan bersorak dengan gembira ketika aku menyanyikan pujian kepada-Mu,+

Kerana Engkau telah menyelamatkan nyawaku.+

24 Sepanjang hari, aku akan mengisahkan* kebaikan-Mu,+

Kerana orang yang mencuba menghancurkan aku akan dihina dan dimalukan.+

Mazmur mengenai Salomo.

72 Ya Tuhan, ajarlah raja tentang penghakiman-Mu

Dan bantulah raja* memahami keadilan-Mu.+

 2 Semoga dia mengadili umat-Mu dengan saksama

Dan memperlakukan orang yang lemah dengan adil.+

 3 Semoga gunung-gunung membawa kedamaian bagi rakyat,

Dan semoga bukit-bukit membawa keadilan bagi seluruh umat.

 4 Semoga raja membela orang yang lemah,

Menyelamatkan orang yang miskin,

Dan menghancurkan para penindas.+

 5 Ya Tuhan, umat-Mu akan menghormati-Mu dari generasi ke generasi;+

Mereka akan menghormati-Mu selagi matahari bersinar

Dan selama bulan bercahaya.

 6 Raja akan menjadi seperti hujan yang turun ke atas padang rumput,*

Seperti air hujan yang membasahi bumi.+

 7 Di bawah pemerintahannya, orang yang baik akan hidup makmur+

Dan menikmati kedamaian yang melimpah+ selagi bulan bercahaya.

 8 Dia akan memerintah dari laut ke laut,

Dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.+

 9 Penduduk gurun akan bersujud kepadanya,

Dan musuh-musuhnya akan dikalahkan.*+

10 Para raja dari Tarsis dan pulau-pulau akan membayar ufti kepadanya;+

Para raja dari Syeba dan Seba akan membawa hadiah untuknya.+

11 Semua raja akan bersujud di hadapannya,

Dan semua bangsa akan melayaninya.

12 Dia akan menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong,

Dan dia akan membantu orang yang lemah dan orang yang diabaikan.

13 Dia akan mengasihani orang yang miskin dan orang yang lemah,

Dan dia akan menyelamatkan nyawa orang yang papa kedana.

14 Dia akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan;

Darah mereka amat berharga di matanya.

15 Semoga usia raja dilanjutkan, dan semoga dia dikurniai emas dari Syeba.+

Semoga doa diucapkan untuknya sepanjang masa,

Dan semoga dia diberkati senantiasa.

16 Bumi akan melimpah dengan biji-bijian,+

Dan puncak gunung akan mengeluarkan hasil yang lumayan;

Ladang raja akan menghasilkan buah yang banyak, seperti hutan di Lebanon,+

Dan penduduk kota akan bertambah banyak seperti rumput di bumi.+

17 Semoga nama raja kekal selama-lamanya,+

Dan semoga kemasyhurannya kekal seperti matahari.

Semoga bangsa-bangsa meraih berkat melaluinya,+

Dan semoga semua bangsa menyebut raja berbahagia.

18 Pujilah Tuhan Yehuwa, Tuhan orang Israel;+

Dia sahajalah yang melakukan hal-hal yang mengagumkan.+

19 Pujilah nama-Nya yang mulia buat selama-lamanya;+

Hendaklah seluruh bumi dipenuhi kemuliaan-Nya.+

Amin! Amin!

20 Sekian doa Daud anak Isai.+

BUKU KETIGA

(Mazmur 73-89)

Lagu yang digubah oleh Asaf.+

73 Tuhan sungguh baik kepada Israel, kepada orang yang berhati murni.+

 2 Tetapi kakiku hampir menyimpang daripada haluan yang benar;

Aku hampir jatuh tergelincir.+

 3 Aku cemburu dengan orang yang angkuh*

Apabila aku nampak orang yang jahat hidup aman.+

 4 Mereka tidak menderita kesakitan dan mati;

Badan mereka kuat dan sihat.*+

 5 Mereka tidak ditimpa masalah seperti orang lain.+

Mereka juga tidak menderita seperti orang lain.+

 6 Keangkuhan umpama kalung pada leher mereka,+

Keganasan umpama pakaian pada tubuh mereka.

 7 Mata mereka membonjol kerana mereka hidup makmur;*

Pencapaian mereka melampaui apa yang diidamkan oleh hati mereka.

 8 Mereka mencemuh orang dan menyebut tentang hal-hal yang jahat.+

Mereka sombong dan mengancam untuk menindas orang.+

 9 Mereka bercakap seakan-akan mereka setinggi langit;

Mereka berjalan-jalan di bumi dan lidah mereka bercakap sesuka hati.

10 Oleh itu, umat itu berpaling kepada mereka,

Dan minum daripada air mereka yang melimpah.

11 Mereka berkata, “Bagaimanakah Tuhan tahu?+

Adakah Yang Maha Tinggi betul-betul mempunyai pengetahuan?”

12 Demikianlah keadaan orang jahat; mereka selalu hidup senang.+

Mereka asyik melipatgandakan kekayaan mereka.+

13 Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya tetap murni

Dan mencuci tanganku sebagai tanda bahawa aku tidak bersalah.+

14 Sehari suntuk, aku berasa susah hati;+

Setiap pagi, aku ditegur.+

15 Tetapi sekiranya aku berkata tentang hal-hal ini,

Aku telah mengkhianati umat-Mu.

16 Apabila aku mencuba memahami hal ini,

Aku berasa susah hati.

17 Tetapi apabila aku masuk ke dalam rumah suci Tuhan yang agung,

Barulah aku memahami kesudahan mereka.

18 Sebenarnya Engkau meletakkan mereka di jalan yang licin.+

Engkau menyebabkan mereka jatuh dan binasa.+

19 Betapa mengejutnya kesudahan mereka!+

Betapa dahsyatnya kesudahan mereka; mereka binasa dalam sekelip mata!

20 Ya Yehuwa, mereka seperti mimpi yang menghilang apabila seseorang terjaga,

Ketika Engkau bangkit, Engkau akan menolak* mereka.

21 Tetapi hatiku pilu,+

Dan hati sanubariku* sakit seperti ditusuk.

22 Aku tidak munasabah dan tidak dapat mengerti;

Aku seperti binatang yang tidak berakal di hadapan-Mu.

23 Tetapi kini aku sentiasa di sisi-Mu;

Engkau telah memegang tangan kananku.+

24 Engkau membimbingku dengan nasihat-Mu,+

Dan kemudian Engkau memimpin aku menuju kemuliaan.+

25 Siapakah di syurga yang akan menolong aku?

Aku tidak menginginkan apa-apa pun di bumi selain Engkau.+

26 Badanku dan hatiku telah menjadi lemah,

Tetapi Tuhan menguatkan hatiku; Dia ialah gunung batuku dan warisanku buat selama-lamanya.+

27 Sesiapa yang menjauhi-Mu pasti akan dilenyapkan.

Engkau akan melenyapkan sesiapa sahaja yang meninggalkan-Mu dan tidak setia kepada-Mu.*+

28 Tetapi bagiku, aku berasa bahawa sungguh baik untuk mendekati Tuhan.+

Aku telah menjadikan Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, sebagai tempat perlindunganku,

Dan aku akan mengisytiharkan semua perbuatan-Nya.+

Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Asaf.+

74 Ya Tuhan, mengapakah Engkau meninggalkan kami buat selama-lamanya?+

Mengapakah kemurkaan-Mu meluap-luap terhadap kawanan bebiri di padang rumput-Mu?+

 2 Ingatlah akan umat yang telah Engkau pilih sejak dahulu lagi.+

Ingatlah akan suku yang telah Engkau tebus dan yang telah Engkau jadikan sebagai warisan-Mu.+

Ingatlah akan Gunung Sion, tempat kediaman-Mu.+

 3 Halakanlah langkah-Mu ke arah tempat yang sudah lama binasa.+

Musuh telah memusnahkan segala yang ada di dalam tempat suci-Mu.+

 4 Musuh-musuh-Mu bersorak-sorai di tempat perhimpunan-Mu.+

Mereka telah meletakkan panji-panji mereka di situ sebagai tanda.

 5 Mereka seperti lelaki yang mengayunkan kapak untuk menebang pokok di hutan rimba.

 6 Mereka merosakkan semua ukiran+ dengan kapak dan batang besi.

 7 Mereka membakar tempat suci-Mu dengan api.+

Mereka menajiskan dan merobohkan tempat suci yang dibina untuk memuliakan nama-Mu.

 8 Mereka dan keturunan mereka telah berkata dalam hati,

“Semua tempat ibadat untuk menyembah Tuhan di tanah ini haruslah dibakar.”

 9 Kami tidak nampak sebarang tanda;

Tidak ada lagi nabi,

Dan tiada sesiapa pun dalam kalangan kami yang tahu sampai bila hal ini akan berterusan.

10 Ya Tuhan, sampai bilakah musuh akan mengejek-Mu?+

Adakah musuh akan terus menghina nama-Mu buat selama-lamanya?+

11 Mengapakah Engkau menahan tangan kanan-Mu daripada bertindak?+

Hulurkanlah tangan-Mu dan musnahkanlah mereka.

12 Ya Tuhan, Engkaulah Rajaku sejak dahulukala.

Engkau telah melakukan penyelamatan di seluruh bumi.+

13 Engkau telah mengocakkan air laut dengan kekuatan-Mu;+

Engkau meremukkan kepala-kepala raksasa laut di dalam air.

14 Engkau menghancurkan kepala-kepala Lewiatan;*

Engkau memberikan dagingnya sebagai makanan kepada orang yang tinggal di gurun.

15 Engkau membuka aliran mata air dan sungai-sungai;+

Engkau mengeringkan sungai-sungai yang tidak pernah kering.+

16 Siang milik-Mu, malam milik-Mu juga.

Engkau telah menciptakan cahaya dan mentari.+

17 Engkau menetapkan semua sempadan di bumi;+

Engkau menciptakan musim panas dan musim sejuk.+

18 Ya Yehuwa, ingatlah bagaimana musuh mengejek-Mu.

Ingatlah bagaimana bangsa yang bodoh menghina nama-Mu.+

19 Janganlah serahkan nyawa burung tekukur-Mu kepada binatang buas.

Janganlah sekali-kali lupa akan nyawa umat-Mu yang ditindas.

20 Ingatlah akan perjanjian yang telah Engkau buat dengan kami,

Kerana tempat-tempat gelap di bumi sudah menjadi sarang keganasan.

21 Semoga orang yang ditindas tidak beredar dengan tawar hati;+

Semoga orang yang miskin dan hina memuji nama-Mu.+

22 Ya Tuhan, bangkitlah dan pertahankanlah perkara-Mu.

Ingatlah bagaimana orang yang bodoh mengejek-Mu sepanjang hari.+

23 Janganlah lupakan kata-kata musuh-Mu.

Teriakan orang yang menentang-Mu semakin kuat.*

Untuk pengarah muzik. Diselaraskan dengan lagu “Jangan Binasakan.” Mazmur yang digubah oleh Asaf.+

75 Kami bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan. Kami bersyukur kepada-Mu;

Engkau dekat dengan kami,*+

Dan orang mengisytiharkan perbuatan-Mu yang menakjubkan.

 2 Engkau berfirman, “Selepas Aku menentukan waktunya,

Aku akan menghakimi dengan adil.

 3 Apabila bumi dan penduduknya mula ketakutan,

Akulah yang memastikan agar tiang-tiangnya tetap teguh.” (Selah)

 4 Aku memberitahu orang yang bercakap besar, “Jangan bercakap besar,”

Dan kepada orang yang jahat, “Jangan berbangga dengan kekuatan* kamu.

 5 Jangan berbangga kerana kamu begitu kuat.*

Jangan bercakap dengan angkuh.

 6 Hal ini demikian kerana keagungan tidak datang

Dari timur atau barat atau selatan.

 7 Tuhan ialah Hakim.+

Dia dapat merendahkan atau meninggikan seseorang.+

 8 Ada sebuah cawan di dalam tangan Yehuwa yang penuh dengan wain;+

Wain di dalam cawan itu sudah berbuih dan rempah-ratus dicampurkan ke dalamnya.

Dia pasti akan menuangkan wain itu bersama endapannya,

Dan semua orang jahat di bumi akan meminumnya sehingga habis.”+

 9 Aku akan mengumumkan hal ini buat selama-lamanya;

Aku akan menyanyikan pujian kepada* Tuhan Yakub.

10 Hal ini demikian kerana Dia telah berfirman, “Aku akan menghancurkan kekuatan* orang yang jahat,

Tetapi Aku akan menambahkan kekuatan* orang yang baik.”

Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.

76 Tuhan terkenal di Yehuda;+

Nama-Nya agung di Israel.+

 2 Dia bernaung di Salem,+

Dan tempat tinggal-Nya di Sion.+

 3 Di situ, Dia mematahkan anak panah yang berapi.

Dia juga mematahkan perisai, pedang, dan senjata-senjata perang.+ (Selah)

 4 Ya Tuhan, Engkau bersinar dengan gemilang;*

Engkau lebih agung daripada gunung-ganang yang dipenuhi pemangsa.

 5 Orang yang berani telah dijarah.+

Mereka sudah terlelap;

Semua pahlawan itu tidak berdaya.+

 6 Apabila Engkau memberikan teguran, ya Tuhan Yakub,

Pemandu kereta kuda dan kudanya pun tertidur dengan nyenyak.+

 7 Engkau sememangnya mengagumkan!+

Siapakah yang dapat bertahan apabila Engkau murka?+

 8 Engkau mengumumkan penghakiman dari syurga;+

Bumi takut dan terdiam+

 9 Apabila Tuhan bangkit untuk melaksanakan penghakiman,

Kerana Dia ingin menyelamatkan semua orang yang rendah hati di bumi.+ (Selah)

10 Hal ini demikian kerana kemarahan manusia akan mendatangkan pujian kepada-Mu;+

Engkau akan menghiasi diri-Mu dengan sisa kemarahan mereka.

11 Berikrarlah kepada Yehuwa dan tunaikanlah ikrarmu itu;+

Hendaklah semua orang di sekeliling-Nya membawa pemberian mereka kepada-Nya dengan rasa takut.+

12 Dia akan merendahkan pemimpin-pemimpin yang sombong;

Dia membuat raja-raja di bumi takut kepada-Nya.

Untuk pengarah muzik; diserahkan kepada Yedutun.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.

77 Aku berseru kepada Tuhan dengan suaraku.

Ya, aku akan berseru kepada Tuhan, dan Dia akan mendengarkan aku.+

 2 Dalam kesusahanku, aku mencari-cari Yehuwa.+

Pada waktu malam, aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Nya tanpa henti.

Jiwaku tidak mendapat ketenangan.

 3 Ketika aku teringat akan Tuhan, aku mengeluh;+

Aku resah dan tidak bermaya.+ (Selah)

 4 Engkau menahan kelopak mataku;

Aku runsing dan tidak dapat bercakap.

 5 Aku terkenang akan masa silam,+

Aku teringat akan tahun-tahun yang sudah lalu.

 6 Pada waktu malam, aku teringat akan laguku;*+

Aku merenung dalam hatiku,+

Dan aku mencari dengan tekun.

 7 Adakah Yehuwa menolak kita selama-lamanya?+

Adakah Dia tidak berkenan lagi kepada kita?+

 8 Adakah kasih setia-Nya terhadap kita sudah lenyap selama-lamanya?

Adakah Dia tidak akan memenuhi janji-Nya buat selama-lamanya?

 9 Adakah Tuhan sudah lupa untuk menunjukkan perkenan-Nya?+

Atau adakah Dia murka sehingga Dia tidak lagi menunjukkan belas kasihan? (Selah)

10 Patutkah aku asyik berkata, “Aku resah kerana+

Yang Maha Tinggi tidak lagi menghulurkan bantuan”?

11 Aku akan mengingati perbuatan-perbuatan Yah;

Aku akan mengenang perbuatan menakjubkan yang Engkau lakukan pada zaman dahulu.

12 Aku akan merenungkan perbuatan-Mu,

Dan aku akan merenungkan segala yang telah Engkau lakukan.+

13 Ya Tuhan, segala perbuatan-Mu suci.

Tuhan manakah yang agung seperti Engkau?+

14 Engkaulah Tuhan yang benar, yang telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+

Engkau telah menunjukkan kekuatan-Mu kepada semua orang.+

15 Dengan kuasa-Mu, Engkau telah menyelamatkan* umat-Mu.+

Ya, Engkau telah menyelamatkan keturunan Yakub dan Yusuf. (Selah)

16 Ya Tuhan, air telah melihat Engkau.

Air melihat Engkau lalu menjadi takut.+

Bahkan lautan yang dalam juga gementar.

17 Awan mencurahkan air.

Guruh mengguntur di langit mendung,

Dan anak-anak panah-Mu berterbangan ke semua arah.+

18 Deruman guruh-Mu+ seperti bunyi roda-roda kereta kuda;

Pancaran kilat menerangi bumi yang berpenduduk;+

Bumi bergoncang dan bergegar.+

19 Engkau berjalan melalui lautan,+

Engkau melintasi lautan yang dalam;

Tetapi jejak kaki-Mu tidak kelihatan.

20 Dengan tangan Musa dan Harun,+

Engkau menuntun umat-Mu yang bagaikan kawanan bebiri.+

Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Asaf.+

78 Hai bangsaku, dengarlah hukumku;

Pasanglah telingamu untuk mendengar kata-kataku.

 2 Mulutku akan mengucapkan perumpamaan.

Aku akan menyatakan rahsia dari zaman purbakala.+

 3 Hal-hal yang telah kita dengar dan ketahui,

Yang telah diceritakan oleh nenek moyang kita,+

 4 Tidak akan kita rahsiakan daripada keturunan mereka;

Kita akan memberitahu generasi yang akan datang+

Tentang perbuatan-perbuatan Yehuwa yang terpuji dan tentang kekuatan-Nya,+

Tentang hal-hal menakjubkan yang telah dilakukan-Nya.+

 5 Dia memberikan peringatan kepada Yakub,*

Dan memberikan hukum di Israel;

Dia memberikan perintah kepada nenek moyang kita

Untuk disampaikan kepada anak-anak mereka+

 6 Supaya generasi yang seterusnya,

Iaitu anak-anak yang belum dilahirkan, dapat mengetahuinya.+

Kemudian mereka akan menceritakannya kepada anak-anak mereka.+

 7 Dengan demikian, anak-anak mereka akan yakin kepada Tuhan.

Mereka tidak akan melupakan perbuatan-perbuatan-Nya+

Dan mereka akan mematuhi hukum-Nya.+

 8 Dengan demikian, mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka,

Sebuah generasi yang degil dan suka memberontak,+

Sebuah generasi yang hatinya goyah,*+

Dan yang tidak ingin setia kepada Tuhan.

 9 Orang Efraim bersenjatakan busur,

Tetapi mereka berundur pada hari pertempuran.

10 Mereka melanggar perjanjian Tuhan,+

Dan enggan mematuhi hukum-Nya.+

11 Mereka juga melupakan perbuatan-Nya,+

Segala hal menakjubkan yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.+

12 Di tanah Mesir, iaitu di kawasan Zoan,+

Dia melakukan hal-hal yang mengagumkan di depan mata nenek moyang mereka.+

13 Dia membelah air laut supaya mereka dapat menyeberanginya,

Dan Dia membuat air laut menjadi tegak seperti tembok.*+

14 Pada siang hari, Dia memimpin mereka dengan awan.

Pada malam hari, Dia memimpin mereka dengan cahaya api.+

15 Dia membelah batu-batu di padang belantara,

Dan memuaskan mereka dengan air yang banyak, sebanyak air di lautan dalam.+

16 Dia mengeluarkan air dari bukit batu,

Dan air itu mengalir seperti sungai.+

17 Tetapi mereka terus berdosa terhadap-Nya;

Mereka memberontak terhadap Yang Maha Tinggi di padang gurun;+

18 Mereka mencabar* Tuhan dalam hati mereka.+

Mereka menuntut makanan yang diingini mereka.

19 Maka mereka melawan Tuhan

Dengan berkata, “Mampukah Tuhan menyediakan makanan untuk kita di padang belantara?”+

20 Lihatlah! Dia memukul sebuah batu

Supaya air mengalir keluar dengan melimpah-limpah seperti sungai.+

Tetapi mereka bertanya, “Dapatkah Dia menyediakan roti untuk kita,

Atau memberikan daging kepada umat-Nya?”+

21 Ketika Yehuwa mendengar kata-kata mereka, Dia murka;+

Api+ yang bernyala menimpa Yakub,

Dan kemurkaan-Nya terhadap Israel semakin membara+

22 Kerana mereka tidak beriman kepada-Nya;+

Mereka tidak percaya bahawa Tuhan mampu menyelamatkan mereka.

23 Maka Dia memberikan perintah kepada awan di langit,

Dan membuka pintu-pintu langit.

24 Dia menghujani mereka dengan manna untuk dimakan;

Dia memberi mereka bijirin dari syurga.+

25 Manusia makan makanan malaikat;*+

Dia memuaskan mereka dengan makanan yang secukupnya.+

26 Dia menyebabkan angin timur bertiup dari langit;

Dengan kuasa-Nya, Dia menyebabkan angin selatan bertiup.+

27 Dia menghujani mereka dengan daging sebanyak debu,

Burung sebanyak pasir di pantai.

28 Dia menjatuhkan semuanya di tengah-tengah perkhemahan umat-Nya,

Di sekeliling khemah umat-Nya.

29 Mereka makan dan menjadi sangat kenyang;

Dia memberi mereka apa yang diinginkan oleh mereka.+

30 Tetapi sebelum keinginan mereka dipuaskan,

Ketika makanan masih di dalam mulut mereka,

31 Tuhan murka terhadap mereka.+

Dia membunuh orang yang paling kuat dalam kalangan mereka;+

Dia menumpaskan pemuda-pemuda Israel.

32 Meskipun demikian, mereka melakukan lebih banyak dosa+

Dan mereka tidak mempercayai perbuatan-perbuatan-Nya yang menakjubkan.+

33 Maka Dia menamatkan riwayat mereka yang bagaikan satu hembusan nafas,+

Dan mengakhiri hayat mereka secara tiba-tiba dengan kekacauan.

34 Tetapi setiap kali Dia membunuh sebilangan daripada mereka, mereka akan mencari-Nya;+

Mereka akan kembali untuk mencari Tuhan.

35 Mereka ingat bahawa Tuhan ialah Gunung Batu mereka,+

Dan bahawa Tuhan Yang Maha Tinggi ialah Penebus mereka.+

36 Tetapi mereka mencuba menipu-Nya dengan mulut mereka,

Dan berbohong kepada-Nya dengan lidah mereka.

37 Hati mereka tidak yakin terhadap-Nya;+

Mereka tidak setia kepada perjanjian-Nya.+

38 Tetapi Dia berbelas kasihan;+

Dia akan mengampunkan* kesalahan mereka dan tidak memusnahkan mereka.+

Dia selalu menahan kemurkaan-Nya+

Dan tidak melampiaskan kemarahan-Nya.

39 Dia ingat bahawa mereka hanyalah manusia,+

Seperti angin yang bertiup dan tidak akan kembali.*

40 Betapa kerapnya mereka memberontak terhadap-Nya di padang belantara!+

Betapa kerapnya mereka menyakiti hati-Nya di padang gurun!+

41 Berkali-kali mereka menguji Tuhan,+

Dan mereka mendukakan* hati Tuhan Israel Yang Suci.

42 Mereka tidak ingat akan kuasa-Nya,

Dan waktu Dia menyelamatkan mereka daripada musuh.+

43 Mereka juga tidak ingat akan hal-hal menakjubkan yang dilakukan-Nya di Mesir,+

Dan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya di kawasan Zoan,

44 Serta bagaimana Dia mengubah saluran air Sungai Nil menjadi darah+

Supaya mereka tidak dapat minum air sungai itu.

45 Dia mendatangkan lalat besar* yang sangat banyak untuk menggigit mereka+

Dan katak untuk memusnahkan mereka.+

46 Dia menyerahkan tanaman mereka kepada belalang juta yang rakus,

Dan hasil usaha mereka dimakan oleh kawanan belalang juta itu.+

47 Dia menghancurkan pokok-pokok anggur mereka dengan hujan batu+

Dan pokok ara mereka dengan hujan ais.

48 Dia membiarkan binatang-binatang mereka ditimpa hujan batu,+

Dan membiarkan ternakan mereka disambar kilat.*

49 Dia melampiaskan kemurkaan-Nya yang meluap atas mereka;

Dia membuat mereka menderita dan mereka merasai kemarahan dan kemurkaan-Nya;

Dia mengutus angkatan-angkatan malaikat yang membawa malapetaka kepada mereka.

50 Dia tidak menahan kemurkaan-Nya.

Dia tidak membiarkan mereka hidup;

Dan Dia membiarkan wabak penyakit meragut nyawa mereka.

51 Akhirnya Dia membunuh semua anak sulung di Mesir,+

Iaitu semua anak pertama yang telah dilahirkan di dalam khemah-khemah Ham.

52 Kemudian Dia membawa umat-Nya keluar seperti kawanan bebiri,+

Dan Dia membimbing mereka di padang belantara seperti satu kawanan.

53 Dia membawa mereka ke tempat yang selamat,

Dan mereka tidak takut;+

Laut telah menghanyutkan musuh-musuh mereka.+

54 Dia membawa mereka ke tanah-Nya yang suci,+

Iaitu ke kawasan pergunungan yang telah ditakluki-Nya dengan tangan kanan-Nya.+

55 Dia mengusir bangsa-bangsa lain dari hadapan mereka;+

Dia membahagikan tanah warisan kepada mereka dengan menggunakan tali pengukur;+

Dia menempatkan suku-suku Israel di rumah mereka.+

56 Tetapi mereka asyik mencabar* Tuhan Yang Maha Tinggi dan memberontak terhadap-Nya;+

Mereka tidak mempedulikan peringatan yang diberikan-Nya.+

57 Mereka juga meninggalkan-Nya dan mengkhianati-Nya seperti nenek moyang mereka.+

Mereka tidak boleh diharap, seperti busur yang talinya sudah kendur.+

58 Mereka asyik menimbulkan kemurkaan-Nya dengan tempat-tempat ibadat* mereka,+

Dan membangkitkan kemarahan-Nya dengan patung-patung berhala mereka.+

59 Tuhan melihat semua hal ini dan Dia menjadi murka,+

Maka Dia menolak Israel sama sekali.

60 Akhirnya Dia meninggalkan khemah suci di Silo,+

Khemah yang menjadi tempat kediaman-Nya dalam kalangan manusia.+

61 Dia membiarkan musuh mengambil benda yang melambangkan kekuatan-Nya;

Kemuliaan-Nya telah jatuh ke dalam tangan musuh-Nya.+

62 Dia membiarkan umat-Nya mati dibunuh pedang+

Dan Dia murka terhadap warisan-Nya.

63 Pemuda-pemuda-Nya habis dibakar api,

Dan tiada orang menyanyikan lagu perkahwinan untuk anak-anak dara-Nya.

64 Para imam-Nya mati dibunuh pedang,+

Tetapi balu-balu mereka tidak menitiskan air mata.+

65 Kemudian Yehuwa bangkit seolah-olah bangun daripada tidur,+

Seperti lelaki gagah+ yang terbangun selepas minum wain.

66 Dia menyerang musuh-musuh-Nya sehingga mereka berundur;+

Dia memalukan mereka buat selama-lamanya.

67 Dia menolak keturunan* Yusuf;

Dia tidak memilih suku Efraim.

68 Tetapi Dia memilih suku Yehuda,+

Gunung Sion yang dikasihi-Nya.+

69 Dia mendirikan tempat suci-Nya untuk tetap wujud seperti langit,+

Sepertimana Dia mendirikan bumi untuk kekal buat selama-lamanya.+

70 Dia memilih hamba-Nya Daud,+

Dan mengambilnya dari kandang biri-biri,+

71 Dari tempat dia menjaga biri-biri betina yang masih menyusui anak.

Kemudian Dia menjadikan Daud gembala Yakub, iaitu umat-Nya,+

Dan gembala Israel, iaitu warisan-Nya.+

72 Dia menggembala mereka dengan sepenuh hati,*+

Dan memimpin mereka dengan tangan yang cekap.+

Lagu yang digubah oleh Asaf.+

79 Ya Tuhan, bangsa-bangsa telah menyerang tanah warisan-Mu;+

Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci;+

Mereka telah membuat Yerusalem menjadi timbunan reruntuhan.+

 2 Mereka telah memberikan mayat umat-Mu kepada burung di langit untuk dimakan

Dan tubuh umat-Mu yang setia kepada binatang liar di bumi.+

 3 Mereka telah menumpahkan darah umat-Mu di seluruh Yerusalem seperti air,

Dan tiada orang yang tertinggal untuk mengebumikan mayat umat-Mu.+

 4 Kami telah menjadi bahan ejekan jiran-jiran kami;+

Kami ditertawakan dan dihina oleh orang di sekeliling kami.

 5 Ya Yehuwa, berapa lamakah Engkau akan murka? Adakah untuk selama-lamanya?+

Berapa lama lagikah kemarahan-Mu akan membara seperti api?+

 6 Lampiaskanlah kemarahan-Mu terhadap bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,

Dan terhadap kerajaan-kerajaan yang tidak menyeru nama-Mu+

 7 Kerana mereka telah menyerang Yakub

Dan menjadikan negerinya tanah yang gersang.+

 8 Janganlah minta kami bertanggungjawab atas kesalahan nenek moyang kami.+

Tunjukkanlah belas kasihan-Mu kepada kami dengan segera+

Kerana kami sudah sangat lemah.

 9 Selamatkanlah kami, ya Tuhan, penyelamat kami,+

Demi nama-Mu yang mulia;

Selamatkanlah kami dan ampunkanlah* dosa kami demi nama-Mu.+

10 Mengapakah bangsa-bangsa berkata, “Di manakah Tuhan mereka?”+

Biarlah bangsa-bangsa itu tahu bahawa mereka akan ditimpa pembalasan di hadapan mata kami

Kerana darah umat-Mu telah ditumpahkan.+

11 Semoga Engkau mendengar rintihan orang yang telah ditawan.+

Gunakanlah kuasa-Mu yang besar untuk menyelamatkan* orang yang dihukum mati.+

12 Balaslah perbuatan jiran-jiran kami sebanyak tujuh kali ganda+

Kerana mereka telah melemparkan hinaan kepada-Mu, ya Yehuwa.+

13 Kemudian kami, iaitu umat-Mu dan kawanan bebiri di padang rumput-Mu,+

Akan bersyukur kepada-Mu buat selama-lamanya;

Kami akan melaungkan pujian kepada-Mu dari generasi ke generasi.+

Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Sebuah peringatan. Lagu yang digubah oleh Asaf.+

80 Ya Gembala Israel, dengarlah,

Engkau yang memimpin Yusuf seperti sekawanan biri-biri.+

Engkau yang bertakhta di atas* kerub,+

Bersinarlah dengan gemilang.*

 2 Tunjukkanlah kekuatan-Mu

Di hadapan Efraim, Benyamin, dan Manasye;+

Datanglah dan selamatkanlah kami.+

 3 Ya Tuhan, pulihkanlah kami;+

Semoga Engkau berkenan kepada kami* supaya kami selamat.+

 4 Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, sampai bilakah Engkau akan membenci umat-Mu dan enggan mendengar doa mereka?+

 5 Engkau memberi mereka air mata sebagai makanan,

Dan Engkau memberi mereka air mata yang melimpah-limpah sebagai minuman.

 6 Engkau membiarkan jiran kami berebut-rebut untuk mengalahkan kami;

Musuh-musuh asyik menghina kami dengan sesuka hati.+

 7 Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, pulihkanlah kami;

Semoga Engkau berkenan kepada kami* supaya kami selamat.+

 8 Engkau membawa sebatang pokok anggur+ keluar dari Mesir.

Engkau mengusir bangsa-bangsa lain lalu menanam pokok anggur itu.+

 9 Engkau menyediakan ruang untuk pokok anggur itu,

Dan akarnya bertumbuh lalu memenuhi seluruh negeri itu.+

10 Bayangnya menutupi gunung-ganang,

Dan dahannya meliputi pokok-pokok sedar Tuhan.

11 Dahan-dahannya menjalar sampai ke laut,

Dan pucuk-pucuknya sampai ke sungai besar.*+

12 Mengapakah Engkau merobohkan tembok batu di sekeliling kebun anggur itu+

Sehingga orang yang lalu-lalang dapat memetik buahnya?+

13 Babi-babi hutan merosakkannya,

Dan binatang-binatang liar di padang memakannya.+

14 Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, tolonglah kembali.

Pandanglah dari syurga dan lihatlah ke bawah!

Jagalah pokok anggur itu,+

15 Tunas pokok* yang telah Engkau tanam dengan tangan kanan-Mu,+

Dan lihatlah anak lelaki* yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+

16 Pokok anggur itu dibakar dengan api+ dan ditebang.

Umat itu binasa kerana teguran-Mu.

17 Semoga Engkau menyokong orang yang berada di tangan kanan-Mu,

Iaitu anak manusia yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+

18 Maka kami tidak akan berpaling daripada-Mu.

Peliharalah nyawa kami supaya kami dapat menyeru nama-Mu.

19 Ya Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, pulihkanlah kami;

Semoga Engkau berkenan kepada kami* supaya kami selamat.+

Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+

81 Bersorak-sorailah kepada Tuhan, kekuatan kita.+

Laungkanlah sorakan kemenangan kepada Tuhan Yakub.

 2 Mulakanlah muzik dan ambillah tamborin,

Mainkanlah kecapi dan alat muzik yang bertali dengan merdu.

 3 Tiuplah trompet* pada bulan baharu,+

Pada bulan purnama, pada hari kita menyambut perayaan.+

 4 Inilah satu hukum untuk Israel,

Satu perintah daripada Tuhan Yakub.+

 5 Dia telah menetapkannya sebagai peringatan untuk Yusuf+

Sewaktu Dia menyerang negeri Mesir.+

Aku mendengar suara* yang tidak aku kenal:

 6 “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;+

Tangan kamu tidak lagi memegang bakul itu.

 7 Semasa kamu dalam kesusahan dan berseru kepada-Ku, Aku telah menyelamatkan kamu;+

Aku telah menjawab kamu dari sebalik awan petir.+

Aku telah menguji kamu di Sumber Air Meriba.*+ (Selah)

 8 Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan memberikan nasihat kepada kamu.

Hai Israel, alangkah baiknya jika kamu mendengar firman-Ku!+

 9 Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalangan kamu,

Dan janganlah kamu bersujud kepada tuhan lain.+

10 Akulah Yehuwa, Tuhan kamu,

Yang membawa kamu keluar dari Mesir.+

Bukalah mulut kamu besar-besar, dan Aku akan memberi kamu makan sepuas-puasnya.+

11 Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku;

Israel tidak mahu tunduk kepada-Ku.+

12 Oleh itu, Aku membiarkan mereka mengikut keinginan hati mereka yang degil;

Mereka melakukan apa yang disangka benar oleh mereka.+

13 Alangkah baiknya jika umat-Ku mendengar firman-Ku!+

Alangkah baiknya jika Israel hidup menurut haluan-Ku!+

14 Jika mereka berbuat demikian, Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera;

Aku akan menentang semua lawan mereka.+

15 Orang yang membenci Yehuwa akan terketar-ketar ketakutan di hadirat-Nya,

Dan hukuman* mereka akan kekal buat selama-lamanya.

16 Tetapi Dia akan memberi kamu* gandum yang terbaik sebagai makanan+

Dan memuaskan kamu dengan madu dari gunung batu.”+

Lagu yang digubah oleh Asaf.+

82 Tuhan mengambil tempat-Nya dalam perhimpunan suci;*+

Dia melaksanakan penghakiman dalam kalangan tuhan-tuhan:*+

 2 “Sampai bilakah kamu akan menghakimi orang dengan tidak adil,+

Dan menyebelahi orang yang jahat?+ (Selah)

 3 Pertahankanlah* orang yang lemah dan anak yatim.+

Tegakkanlah keadilan bagi orang yang tidak berdaya dan miskin.+

 4 Selamatkanlah orang yang lemah dan miskin;

Bebaskanlah mereka daripada tangan orang yang jahat.”

 5 Mereka* tidak tahu dan tidak faham;+

Mereka berjalan dalam kegelapan;

Semua asas bumi bergegar.+

 6 “Aku telah berfirman, ‘Kamu ialah tuhan,*+

Kamu semua ialah anak-anak Tuhan Yang Maha Tinggi.

 7 Tetapi kamu akan mati seperti manusia lain;+

Kamu akan jatuh seperti pemimpin yang lain!’”+

 8 Ya Tuhan, bangkitlah dan hakimilah bumi,+

Kerana semua bangsa ialah milik-Mu.

Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.

83 Ya Tuhan, janganlah membisu;+

Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, janganlah senyap atau berdiam diri.

 2 Lihatlah! Musuh-musuh-Mu sedang menimbulkan kekecohan;+

Orang yang membenci-Mu bertindak dengan angkuh.

 3 Secara diam-diam, mereka membuat rancangan yang licik untuk melawan umat-Mu;

Mereka berkomplot untuk menentang umat-Mu yang berharga bagi-Mu.

 4 Mereka berkata, “Marilah kita lenyapkan seluruh bangsa ini,+

Supaya nama Israel dilupakan sama sekali.”

 5 Mereka telah berpakat dan bersatu hati;

Mereka telah bersekutu* untuk menentang-Mu.+

 6 Mereka ialah orang Edom dan orang Ismael,* orang Hagri+ dan Moab,+

 7 Orang Gebal, orang Ammon,+ dan orang Amalek,

Orang Filistin+ dan penduduk Tirus.+

 8 Orang Assyria+ juga menyertai mereka;

Mereka menyokong keturunan Lot.+ (Selah)

 9 Perlakukanlah mereka sepertimana Engkau telah memperlakukan orang Midian,+

Sepertimana Engkau memperlakukan Sisera dan Yabin di anak sungai* di Kison.+

10 Mereka telah dilenyapkan di En-dor;+

Mayat mereka dibiarkan di atas permukaan tanah seperti baja.

11 Biarlah golongan bangsawan mereka menjadi seperti Oreb dan Zeeb,+

Dan para pemimpin mereka menjadi seperti Zebah dan Salmuna,+

12 Kerana mereka pernah berkata, “Marilah kita rampas tanah yang menjadi tempat kediaman Tuhan.”

13 Ya Tuhanku, biarlah mereka menjadi seperti tumbuhan berduri yang berterbangan,+

Seperti jerami yang ditiup angin.

14 Sebagaimana api membakar hutan,

Sebagaimana nyala api menghanguskan gunung-ganang,+

15 Demikian juga Engkau akan mengejar mereka dengan angin ribut-Mu+

Dan menakutkan mereka dengan badai-Mu.+

16 Penuhilah wajah mereka dengan kehinaan,

Supaya mereka akan mencari nama-Mu, ya Yehuwa.

17 Biarlah mereka dimalukan dan berasa takut buat selama-lamanya;

Biarlah mereka dihina dan dibinasakan;

18 Hendaklah orang tahu bahawa Engkau, yang bernama Yehuwa,+

Ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.+

Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+

84 Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,

Betapa indahnya* khemah suci-Mu yang agung!+

 2 Jiwaku sangat merindukan halaman-halaman di Rumah-Mu.

Ya, aku asyik merindukan

Halaman-halaman di Rumah Yehuwa.+

Jiwa ragaku bersorak dengan gembira kepada Tuhan yang hidup.

 3 Bahkan burung tinggal di situ

Dan burung layang-layang membuat sarangnya di situ,

Supaya burung itu dapat menjaga anak-anaknya

Dekat mazbah-Mu yang agung, ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,

Rajaku dan Tuhanku!

 4 Berbahagialah orang yang tinggal di Rumah-Mu!+

Mereka memuji-Mu setiap masa.+ (Selah)

 5 Berbahagialah orang yang mendapat kekuatan daripada-Mu,+

Dan yang berhasrat untuk berada di jalan yang menuju ke Rumah-Mu.

 6 Sewaktu mereka melalui Lembah Baka,*

Mereka menjadikannya sebuah tempat yang bermata air;

Dan hujan awal meliputinya dengan berkat.*

 7 Mereka akan terus berjalan dan kekuatan mereka semakin bertambah;+

Setiap orang menghadap Tuhan di Sion.

 8 Ya Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, dengarlah doaku!

Ya Tuhan Yakub, dengarlah! (Selah)

 9 Lihatlah, ya Tuhan kami dan perisai kami,*+

Lihatlah wajah orang yang telah Engkau urapi.+

10 Lebih baik sehari di halaman Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain!+

Aku lebih rela berdiri di pintu gerbang Rumah Tuhanku,

Daripada tinggal di khemah orang yang jahat.

11 Tuhan Yehuwa ialah matahari+ dan perisai;+

Dia mengurniakan perkenan dan kemuliaan.

Yehuwa tidak akan menahan apa-apa yang baik

Daripada orang yang berjalan dengan integriti.+

12 Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,

Berbahagialah orang yang percaya kepada-Mu.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+

85 Ya Yehuwa, Engkau berkenan kepada tanah-Mu;+

Engkau telah membawa kembali keturunan Yakub yang telah ditawan.+

 2 Engkau telah mengampunkan kesalahan umat-Mu;

Engkau telah memaafkan* semua dosa mereka.+ (Selah)

 3 Engkau telah menahan kemurkaan-Mu yang membara;

Engkau tidak murka lagi.+

 4 Ya Tuhan, penyelamat kami, pulihkanlah kami,*

Dan jangan lagi murka terhadap kami.+

 5 Adakah Engkau akan murka terhadap kami buat selama-lamanya?+

Adakah kemurkaan-Mu tidak akan padam dari generasi ke generasi?

 6 Pulihkanlah kekuatan kami sekali lagi

Supaya umat-Mu dapat bersukacita kerana-Mu.+

 7 Ya Yehuwa, tunjukkanlah kasih setia-Mu kepada kami,+

Dan selamatkanlah kami.

 8 Aku akan mendengar firman Yehuwa, Tuhan yang benar,

Kerana Dia memberitakan kedamaian kepada umat-Nya+ yang setia,

Tetapi hendaklah mereka tidak terlalu yakin seperti dahulu.+

 9 Sesungguhnya Dia tidak sabar-sabar untuk menyelamatkan orang yang takut kepada-Nya,+

Supaya kemuliaan-Nya akan kekal di negeri kami.

10 Kasih* dan kesetiaan akan bertemu;

Keadilan* dan kedamaian akan berdampingan.+

11 Kesetiaan akan bercambah dari bumi,

Dan keadilan* akan menjenguk dari langit.+

12 Ya, Yehuwa akan mengurniakan apa yang baik* kepada kami,+

Dan negeri kami akan menghasilkan tuaiannya.+

13 Keadilan* akan berjalan di hadapan-Nya+

Dan menyediakan haluan untuk kaki-Nya.

Doa Daud.

86 Ya Yehuwa, dengarlah* seruanku dengan teliti dan jawablah aku,

Kerana aku miskin dan menderita.+

 2 Peliharalah nyawaku kerana aku setia.+

Selamatkanlah hamba-Mu ini yang percaya kepada-Mu,

Kerana Engkaulah Tuhanku.+

 3 Ya Yehuwa, berkenanlah kepadaku,+

Kerana aku berseru kepada-Mu sepanjang hari.+

 4 Ya Yehuwa, gembirakanlah hati hamba-Mu,

Kerana aku berpaling kepada-Mu.*

 5 Ya Yehuwa, Engkau baik+ dan suka mengampuni;+

Engkau sentiasa menunjukkan kasih setia-Mu kepada semua orang yang berseru kepada-Mu.+

 6 Ya Yehuwa, dengarlah doaku;

Dengarlah seruanku sewaktu aku meminta tolong.+

 7 Aku berseru kepada-Mu semasa aku dalam kesusahan,+

Kerana Engkau akan menjawabku.+

 8 Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Yehuwa,+

Tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.+

 9 Semua bangsa yang telah Engkau ciptakan

Akan datang dan bersujud di hadapan-Mu, ya Yehuwa,+

Dan mereka akan memuliakan nama-Mu.+

10 Engkau agung dan melakukan perkara-perkara yang menakjubkan;+

Engkaulah Tuhan yang esa.+

11 Ya Yehuwa, ajarlah aku tentang haluan-Mu.+

Aku akan berjalan dalam haluan-Mu yang benar.+

Satukanlah hatiku* supaya aku takut akan nama-Mu.+

12 Ya Yehuwa, Tuhanku, aku akan memuji-Mu dengan sepenuh hati,+

Dan aku akan memuliakan nama-Mu buat selama-lamanya,

13 Kerana Engkau melimpahi aku dengan kasih setia-Mu,

Dan Engkau telah menyelamatkan nyawaku dari Kuburan* yang dalam.+

14 Ya Tuhan, orang yang sombong bangkit untuk melawan aku;+

Segerombolan orang yang kejam ingin merampas nyawaku,

Dan mereka langsung tidak mempedulikan Engkau.+

15 Tetapi ya Yehuwa, Engkau Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan.

Engkau tidak cepat murka, dan penuh dengan kasih setia dan kebenaran.*+

16 Berpalinglah kepadaku dan tunjukkanlah perkenan-Mu kepadaku.+

Berilah kekuatan-Mu kepada hamba-Mu,+

Dan selamatkanlah hamba-Mu.

17 Buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku,

Supaya orang yang membenci aku akan melihatnya lalu berasa malu,

Kerana Engkau, ya Yehuwa, telah menolongku dan melegakan hatiku.

Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Sebuah mazmur.

87 Asas kota Tuhan terletak di gunung-gunung suci.+

 2 Yehuwa mencintai pintu-pintu gerbang Sion+

Lebih daripada semua khemah Yakub.

 3 Hai kota Tuhan yang benar, orang menyebut banyak hal yang menakjubkan tentangmu.+ (Selah)

 4 Aku menyenaraikan Rahab*+ dan Babilon dalam kalangan orang yang mengenal Aku;

Filistia, Tirus, dan Kus juga mengenal Aku.

Orang akan berkata, “Mereka telah dilahirkan di situ.”

 5 Berkenaan Sion, orang akan berkata,

“Setiap orang dilahirkan di dalamnya.”

Tuhan Yang Maha Tinggi akan mengukuhkannya.

 6 Sewaktu bangsa-bangsa itu disenaraikan, Yehuwa akan mengumumkan,

“Mereka telah dilahirkan di situ.” (Selah)

 7 Para penyanyi+ dan penari*+ akan berkata,

“Engkaulah sumber segala sesuatu.”*+

Sebuah mazmur. Lagu yang digubah oleh keturunan Korah.+ Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan Mahalat,* untuk dinyanyikan secara bergilir-gilir. Maskil* oleh Heman,+ orang Ezrah.

88 Ya Yehuwa, Tuhan yang menyelamatkan aku,+

Aku berseru kepada-Mu pada waktu siang,

Dan aku menghadap-Mu pada waktu malam.+

 2 Semoga doaku sampai kepada-Mu,+

Dengarlah* seruanku dengan teliti sewaktu aku meminta tolong.+

 3 Jiwaku dirundung malapetaka,+

Dan hidupku sudah dekat dengan ambang Kuburan.*+

 4 Aku sudah menjadi seperti orang yang turun ke lubang kubur;+

Aku telah menjadi orang yang tidak bermaya,+

 5 Yang ditinggalkan dalam kalangan orang mati,

Seperti orang terbunuh yang terlantar di dalam kubur.

Aku telah menjadi orang yang Engkau tidak ingat lagi,

Dan yang tercerai daripada jagaan-Mu.

 6 Engkau telah meletakkan aku di dalam lubang yang paling dalam,

Di dalam tempat yang gelap, di dalam jurang yang besar dan dalam.

 7 Kemurkaan-Mu menekan aku dengan berat,+

Dan Engkau memukul aku dengan ombak-ombak yang kuat. (Selah)

 8 Engkau menjauhkan kawan-kawanku daripadaku;+

Engkau membuat mereka membenci aku.

Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri.

 9 Mataku letih kerana aku menderita.+

Ya Yehuwa, aku berseru kepada-Mu sepanjang hari;+

Aku menadahkan tanganku kepada-Mu.

10 Adakah Engkau akan melakukan mukjizat untuk orang mati?

Dapatkah orang mati yang tidak berdaya bangkit untuk memuji-Mu?+ (Selah)

11 Adakah kasih setia-Mu akan disebut-sebut di kuburan?

Adakah kesetiaan-Mu akan disebut-sebut di tempat kemusnahan?*

12 Adakah mukjizat-mukjizat-Mu kelihatan dalam kegelapan?

Adakah kebenaran-Mu kelihatan di negeri yang penduduknya sudah dilupakan?+

13 Tetapi aku masih berseru kepada-Mu untuk meminta bantuan, ya Yehuwa,+

Doaku sampai di hadirat-Mu setiap pagi.+

14 Ya Yehuwa, mengapakah Engkau menolak aku?+

Mengapakah Engkau menyembunyikan wajah-Mu daripadaku?+

15 Sejak zaman mudaku,

Aku menderita dan hampir mati;+

Engkau telah membiarkan aku mengalami begitu banyak hal yang mengerikan sehingga aku tidak merasai apa-apa lagi.

16 Kemurkaan-Mu yang membara menyelubungi aku;+

Kedahsyatan-Mu menghancurkan aku.

17 Semua itu mengelilingiku sepanjang hari seperti air;

Semua itu mengepungku dari segala arah.*

18 Engkau telah menjauhkan temanku dan kawan-kawanku daripadaku;+

Kini kegelapan menjadi sahabatku.

Maskil.* Mazmur yang digubah oleh Etan,+ orang Ezrah.

89 Aku akan bernyanyi tentang cara Yehuwa menyingkapkan kasih setia-Nya buat selama-lamanya.

Dengan bibirku, aku akan mengisytiharkan kesetiaan-Mu kepada semua generasi.

 2 Aku telah berkata, “Kasih setia-Mu akan kekal buat selama-lamanya,+

Dan kesetiaan-Mu akan Engkau kukuhkan di langit.”

 3 Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang yang Aku pilih;+

Aku telah bersumpah kepada hamba-Ku Daud,+

 4 ‘Aku akan meneguhkan keturunanmu+ buat selama-lamanya,

Dan Aku akan mengukuhkan takhtamu dari generasi ke generasi.’”+ (Selah)

 5 Ya Yehuwa, langit memuji perbuatan-Mu yang menakjubkan;

Ya, sidang suci-Mu akan memuji kesetiaan-Mu.

 6 Siapakah di langit yang dapat menandingi Yehuwa?+

Siapakah dalam kalangan anak-anak Tuhan+ yang seperti Yehuwa?

 7 Tuhan sangat disegani oleh sidang suci-Nya;+

Dia agung dan dikagumi oleh semua yang ada di sekeliling-Nya.+

 8 Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,

Ya Tuhan Yah, siapakah yang perkasa seperti Engkau?+

Engkau setia dalam segala hal.+

 9 Engkau menguasai laut yang bergelora;+

Apabila ombaknya melambung tinggi, Engkau menenangkannya.+

10 Engkau mengalahkan Rahab*+ dan menjadikannya seperti orang yang telah dibunuh.+

Engkau mencerai-beraikan musuh-Mu dengan lengan-Mu yang perkasa.+

11 Langit dan bumi milik-Mu;+

Bumi dan segala hasilnya+ ialah ciptaan-Mu.

12 Engkau telah menciptakan utara dan selatan;

Tabor+ dan Hermon+ memuji nama-Mu dengan sukacita.

13 Lengan-Mu perkasa;+

Tangan-Mu kuat;+

Tangan kanan-Mu diangkat dengan tinggi.+

14 Kebaikan dan keadilan ialah asas takhta-Mu;+

Kasih* dan kesetiaan ada di hadapan-Mu.+

15 Berbahagialah orang yang bersorak dengan gembira.+

Ya Yehuwa, mereka berjalan di bawah cahaya wajah-Mu.

16 Mereka bersukacita sepanjang hari kerana nama-Mu,

Dan mereka ditinggikan kerana kebaikan-Mu.

17 Engkaulah kemuliaan dan kekuatan mereka.+

Kekuatan* kami bertambah kerana perkenan-Mu.+

18 Perisai kami milik Yehuwa,

Raja kami milik Tuhan Israel Yang Suci.+

19 Dahulukala Engkau berfirman kepada umat-Mu yang setia dalam suatu penglihatan,

“Aku telah memberikan kekuatan kepada seseorang yang gagah;+

Aku telah meninggikan orang yang Aku pilih daripada kalangan umat-Ku.+

20 Aku telah menemui hamba-Ku Daud;+

Aku telah mengurapinya dengan minyak suci-Ku.+

21 Tangan-Ku akan menyokongnya,+

Dan lengan-Ku akan menguatkannya.

22 Tiada musuh yang akan menuntut ufti daripadanya,

Dan tiada orang jahat yang akan menindasnya.+

23 Aku akan menghancurkan musuh-musuh yang ada di depan matanya,+

Dan membunuh orang yang membencinya.+

24 Kasih* dan kesetiaan-Ku ada bersamanya,+

Dan kekuatannya* akan bertambah kerana nama-Ku.

25 Aku akan membuat tangannya menguasai laut,

Dan tangan kanannya menguasai sungai-sungai.+

26 Dia akan berseru kepada-Ku, ‘Engkaulah Bapaku,

Tuhanku, dan Gunung Batu yang menyelamatkan aku.’+

27 Aku akan menjadikannya anak sulung;+

Dia akan menjadi raja yang agung di bumi.+

28 Aku akan menunjukkan kasih setia-Ku kepadanya buat selama-lamanya,+

Dan perjanjian-Ku dengannya tidak akan dibatalkan.+

29 Aku akan meneguhkan keturunannya buat selama-lamanya,

Dan takhtanya akan kekal selagi langit wujud.+

30 Jika anak-anaknya meninggalkan hukum-Ku,

Dan tidak hidup menurut undang-undang-Ku,

31 Jika mereka melanggar perintah-Ku,

Dan tidak mematuhi hukum-Ku,

32 Aku akan menghukum mereka dengan sebatang tongkat kerana mereka tidak patuh.*+

Aku juga akan menyebat mereka kerana kesalahan mereka.

33 Tetapi Aku akan terus menunjukkan kasih setia-Ku kepadanya.+

Aku tidak akan memungkiri janji-Ku.

34 Aku tidak akan membatalkan perjanjian-Ku+

Atau mengubah apa yang telah Aku firmankan dari mulut-Ku.+

35 Aku telah bersumpah sekali sahaja untuk selama-lamanya atas kesucian-Ku;

Aku tidak akan berbohong kepada Daud.+

36 Keturunannya akan kekal buat selama-lamanya;+

Takhtanya akan kekal seperti matahari yang ada di depan-Ku.+

37 Takhtanya akan kekal seperti bulan yang sentiasa ada,

Seperti saksi yang setia di langit.” (Selah)

38 Tetapi sekarang, Engkau telah meninggalkannya dan menolaknya;+

Engkau murka dengan orang yang telah Engkau urapi.

39 Engkau tidak menghiraukan perjanjian yang telah Engkau buat dengan hamba-Mu;

Engkau telah mencemarkan mahkotanya dengan membuang mahkotanya ke tanah.

40 Engkau telah merobohkan semua tembok batunya;

Engkau telah meruntuhkan semua benteng pertahanannya.

41 Dia telah dijarah oleh semua orang yang lalu di situ;

Dia dihina oleh jiran-jirannya.+

42 Engkau telah memberikan kemenangan kepada musuh-musuhnya;+

Engkau telah menyebabkan mereka semua bergembira.

43 Engkau juga menyebabkan pedangnya menjadi tidak berguna,

Dan Engkau tidak mengizinkannya untuk menang dalam pertempuran.

44 Engkau telah mengambil kegemilangannya

Dan mencampakkan takhtanya ke tanah.

45 Engkau telah memendekkan zaman mudanya;

Engkau telah memalukannya. (Selah)

46 Ya Yehuwa, sampai bilakah Engkau akan menyembunyikan diri-Mu? Adakah untuk selama-lamanya?+

Adakah kemurkaan-Mu akan terus membara seperti api?

47 Ingatlah, betapa pendeknya umurku!+

Adakah Engkau menciptakan manusia tanpa tujuan?

48 Siapakah yang dapat hidup dan tidak akan mati?+

Dapatkah orang itu menyelamatkan dirinya daripada kuasa Kuburan?* (Selah)

49 Ya Yehuwa, di manakah kasih setia-Mu yang dahulu,

Yang telah Engkau janjikan kepada Daud demi kesetiaan-Mu?+

50 Ya Yehuwa, ingatlah akan celaan yang telah dilemparkan terhadap hamba-hamba-Mu;

Ingatlah bagaimana aku menanggung celaan daripada semua orang;

51 Ya Yehuwa, ingatlah bagaimana musuh-musuh-Mu melemparkan hinaan mereka;

Ingatlah bagaimana mereka menghina setiap langkah yang diambil oleh orang yang Engkau urapi.

52 Semoga Yehuwa dipuji buat selama-lamanya. Amin! Amin!+

BUKU KEEMPAT

(Mazmur 90-106)

Doa Musa, hamba Tuhan yang benar.+

90 Ya Yehuwa, Engkaulah tempat perlindungan*+ kami dari generasi ke generasi.

 2 Sebelum gunung-ganang dilahirkan,

Bahkan sebelum Engkau menciptakan bumi dan tanah yang subur,*+

Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya.*+

 3 Engkau menyuruh manusia fana kembali ke tanah.

Engkau berfirman, “Hai anak-anak manusia, kembalilah ke tanah.”+

 4 Di mata-Mu, seribu tahun seperti hari kelmarin yang sudah berlalu,+

Seperti satu giliran jaga* pada waktu malam.

 5 Engkau membinasakan mereka,+ dan mereka lenyap seperti mimpi.

Mereka seperti rumput yang bertunas pada waktu pagi,+

 6 Yang mekar dan tumbuh pada waktu pagi,

Tetapi layu dan mati pada waktu petang.+

 7 Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;+

Kami takut akan kemarahan-Mu.

 8 Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,*+

Rahsia kami terdedah di bawah cahaya wajah-Mu.+

 9 Hidup kami beransur-ansur lesap kerana kemarahan-Mu,

Dan hidup kami berakhir dengan cepat seperti satu hembusan nafas.*

10 Usia kami hanya 70 tahun,

Atau 80+ tahun jika kami sangat kuat.

Tetapi hidup kami sarat dengan kesusahan dan kesedihan.

Hidup kami berlalu dalam sekelip mata, dan kami pun lenyap.+

11 Tiada sesiapa pun yang memahami betapa dahsyatnya kemurkaan-Mu.

Ya, kemurkaan-Mu dahsyat, begitu juga rasa takut yang harus ditunjukkan kepada-Mu.+

12 Ajarlah kami cara untuk menghitung hari-hari kami+

Supaya kami beroleh hati yang bijaksana.

13 Ya Yehuwa, kembalilah kepada kami.+ Sampai bilakah hal ini akan berlanjutan?+

Kasihanilah hamba-hamba-Mu.+

14 Puaskanlah kami dengan kasih setia-Mu+ pada setiap pagi

Supaya kami dapat bersorak dengan gembira dan bersukacita+ seumur hidup kami.

15 Engkau telah membiarkan kami menderita selama bertahun-tahun.+

Berilah kami sukacita sebanyak kedukaan yang telah kami tanggung.+

16 Semoga hamba-hamba-Mu nampak perbuatan-Mu.

Semoga anak-anak mereka melihat keagungan-Mu.+

17 Ya Yehuwa, Tuhan kami, semoga Engkau senang hati dengan kami.

Semoga Engkau menjayakan usaha kami.

Ya, jayakanlah usaha kami.+

91 Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia milik Yang Maha Tinggi+

Akan berlindung di bawah naungan Yang Maha Kuasa.+

 2 Aku akan berkata kepada Yehuwa, “Engkaulah kubuku dan tempat naunganku.+

Engkaulah Tuhanku, dan aku percaya kepada-Mu.”+

 3 Tuhan akan menyelamatkan kamu daripada jerat penangkap burung,

Daripada wabak yang membawa kemusnahan.

 4 Dia akan menaungimu dengan sayap-Nya,

Dan kamu akan berlindung di bawah sayap-Nya.+

Kesetiaan-Nya+ seperti perisai besar+ dan tembok pertahanan.

 5 Kamu tidak usah takut akan bahaya pada malam hari,+

Atau serangan anak panah pada siang hari,+

 6 Atau wabak yang menyerang hendap pada waktu gelap,

Atau kemusnahan yang menimpa pada waktu tengah hari.

 7 Meskipun seribu orang rebah di sisimu,

Dan sepuluh ribu orang rebah di sebelah kananmu,

Kamu tidak akan ditimpa bahaya.+

 8 Kamu hanya akan melihat apa yang berlaku dengan matamu

Dan menyaksikan orang jahat dihukum.*

 9 Kamu menjadikan Yang Maha Tinggi tempat naunganmu,*

Dan kamu telah berkata, “Yehuwalah tempat perlindunganku.”+

10 Malapetaka tidak akan menimpamu,+

Dan tulah tidak akan mendekati khemahmu.

11 Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya+

Untuk melindungimu ke mana sahaja kamu pergi.+

12 Mereka akan menyambutmu dengan tangan mereka,+

Supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.+

13 Kamu akan memijak-mijak singa muda dan ular tedung.

Ya, kakimu akan memijak singa yang buas dan ular yang besar.+

14 Tuhan berfirman, “Oleh sebab dia mengasihi Aku, Aku akan menyelamatkan dia.+

Aku akan melindungi dia kerana dia mengenal* nama-Ku.+

15 Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya.+

Semasa dia dalam kesusahan, Aku akan berada di sampingnya.+

Aku akan menyelamatkannya dan memuliakannya.

16 Aku akan memberikan umur yang panjang kepadanya,+

Dan Aku akan menunjukkan kuasa penyelamatan-Ku kepadanya.”+

Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.

92 Betapa bagusnya untuk bersyukur kepada-Mu, ya Yehuwa,+

Dan menyanyikan lagu untuk memuji* nama-Mu, ya Tuhan Yang Maha Tinggi.

 2 Betapa bagusnya untuk menghebahkan kasih setia-Mu+ pada waktu pagi,

Dan kesetiaan-Mu pada waktu malam,

 3 Diiringi alat muzik bertali,*

Serta irama lunak daripada kecapi.+

 4 Ya Yehuwa, aku gembira kerana perbuatan-Mu.

Aku bersorak dengan gembira kerana karya tangan-Mu.

 5 Betapa hebatnya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+

Betapa dalamnya fikiran-Mu!+

 6 Orang yang tidak berakal tidak dapat mengertinya,

Dan orang yang bodoh tidak dapat memahami hal ini:+

 7 Meskipun orang jahat tumbuh subur seperti lalang*

Dan semua orang yang melakukan kejahatan hidup makmur,

Akhirnya mereka akan dibinasakan buat selama-lamanya.+

 8 Tetapi ya Yehuwa, Engkau diagungkan buat selama-lamanya.

 9 Lihatlah kekalahan musuh-musuh-Mu, ya Yehuwa.

Lihatlah bagaimana mereka akan binasa.

Semua orang yang melakukan kejahatan akan dicerai-beraikan.+

10 Tetapi Engkau akan menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar.

Aku akan menyapu minyak yang baharu pada kulitku.+

11 Mataku akan melihat kekalahan musuh-musuhku.+

Telingaku akan mendengar tentang kejatuhan orang jahat yang telah menyerangku.

12 Tetapi orang baik akan hidup subur seperti pokok palma,

Dan bertumbuh besar seperti pokok sedar di Lebanon.+

13 Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah Yehuwa.

Mereka bertumbuh subur di halaman-halaman Rumah Tuhan kita.+

14 Mereka akan tetap bertumbuh subur bahkan pada masa tua.+

Mereka akan sentiasa kuat* dan segar,+

15 Dan menghebahkan bahawa Yehuwa memang adil.

Ya, Dialah Gunung Batuku,+ dan tidak ada kejahatan pada-Nya.

93 Yehuwa sudah menjadi Raja!+

Dia berpakaian kemegahan;

Yehuwa berpakaian kekuatan;

Itulah tali pinggang-Nya.

Bumi kukuh,

Dan tidak akan goyah.

 2 Takhta-Mu kukuh sejak dahulukala;+

Engkau sentiasa wujud.+

 3 Ya Yehuwa, sungai-sungai bergelora.

Sungai-sungai bergelora dan berseru dengan nyaring sekali;

Airnya terus bergelora dan menghempas dengan kuat.

 4 Tetapi Yehuwa, Engkaulah yang paling agung di syurga.+

Engkau lebih kuat daripada deruan air,

Dan Engkau lebih kuat daripada hempasan ombak laut.+

 5 Peringatan-Mu memang dapat dipercayai.+

Ya Yehuwa, kesucian menghiasi Rumah-Mu+ buat selama-lamanya.

94 Ya Yehuwa, Tuhan yang melakukan pembalasan,+

Tuhan yang melakukan pembalasan terhadap orang jahat, tunjukkanlah kemuliaan-Mu!

 2 Wahai Hakim bumi, bangkitlah,+

Dan balaslah orang yang angkuh setimpal dengan perbuatan mereka.+

 3 Ya Yehuwa, berapa lama lagikah orang jahat akan bersukacita?+

Berapa lama lagikah mereka akan berbuat begitu?

 4 Mereka membebel dan bercakap sombong;

Semua penjahat bercakap besar tentang diri mereka.

 5 Ya Yehuwa, mereka meremukkan umat-Mu,+

Dan menindas warisan-Mu.

 6 Mereka membunuh balu dan penduduk asing.

Mereka juga membunuh anak yatim.

 7 Mereka berkata, “Yah tidak nampak.+

Tuhan Yakub tidak melihat apa yang berlaku.”+

 8 Hai orang bodoh, bila baru kamu akan mengerti?

Hai orang yang tidak berakal, fahamilah hal ini.+

 9 Tuhan yang membuat telinga, mustahil Dia tidak dapat mendengar.

Tuhan yang membuat mata, mustahil Dia tidak dapat melihat.+

10 Tuhan yang membetulkan bangsa-bangsa, mustahil Dia tidak dapat memberikan hukuman.+

Dialah Tuhan yang memberikan pengetahuan kepada orang!+

11 Yehuwa mengetahui fikiran manusia;

Dia tahu bahawa fikiran mereka sia-sia belaka.+

12 Ya Tuhan Yah, berbahagialah orang yang Engkau disiplin,+

Dan orang yang Engkau ajar melalui hukum-Mu.+

13 Engkau memberinya ketenangan pada masa kesusahan,

Sehingga tiba masanya orang jahat jatuh ke dalam lubang.+

14 Yehuwa tidak akan meninggalkan umat-Nya.+

Dia juga tidak akan mengabaikan warisan-Nya.+

15 Keadilan akan ditegakkan semula,

Dan semua orang yang tulus hati akan menjunjungnya.

16 Siapakah yang akan membela aku di hadapan orang jahat?

Siapakah yang akan mempertahankan aku di hadapan orang yang bersalah?

17 Jika Yehuwa tidak menolong aku,

Aku pasti sudah lama mati.+

18 Ya Yehuwa, apabila aku berkata, “Kakiku tergelincir,”

Kasih setia-Mu sentiasa menyokongku.+

19 Apabila aku dilanda kekhuatiran,

Engkau menenangkan dan melegakan jiwaku.+

20 Adakah Engkau akan bersekutu dengan pemerintah yang jahat,

Yang menimbulkan masalah dengan menggunakan undang-undang?+

21 Mereka melancarkan serangan yang kejam terhadap orang yang baik,+

Dan menghukum mati orang yang tidak bersalah.+

22 Tetapi Yehuwa akan menjadi tempat perlindunganku yang kukuh.

Tuhanku ialah gunung batuku.+

23 Dia akan membalas mereka dengan perbuatan jahat mereka.+

Dia akan membinasakan mereka dengan menggunakan kejahatan mereka.

Yehuwa, Tuhan kita, akan membinasakan mereka.+

95 Marilah kita bersorak dengan girang hati di hadapan Yehuwa!

Marilah kita bersorak dan memuji-Nya, Gunung Batu kita yang membawa penyelamatan.+

 2 Marilah kita menghadap-Nya dan mengucapkan syukur kepada-Nya;+

Marilah kita bersorak dengan gembira dan menyanyikan lagu pujian kepada-Nya.

 3 Yehuwa ialah Tuhan yang agung,

Dia ialah Raja yang agung, dan tiada tuhan lain yang setanding dengan-Nya.+

 4 Bahagian bumi yang paling dalam ada di tangan-Nya;

Bahkan puncak-puncak gunung ialah milik-Nya.+

 5 Laut yang dicipta-Nya itu milik-Nya,+

Dan tangan-Nya membentuk darat.+

 6 Marilah kita bersujud dan menyembah-Nya;

Marilah kita berlutut di hadapan Yehuwa, Pencipta kita.+

 7 Dialah Tuhan kita,

Dan kita ialah umat-Nya.

Kita seperti biri-biri di padang rumput yang berada di bawah jagaan-Nya.+

Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya,+

 8 Janganlah keraskan hati kamu seperti yang berlaku di Meriba,*+

Seperti yang berlaku di Masah* di padang belantara.+

 9 Nenek moyang kamu telah menguji Aku pada masa itu.+

Mereka mencabar Aku, meskipun mereka sudah melihat perbuatan-Ku.+

10 Selama 40 tahun, Aku berasa jijik terhadap generasi itu, dan Aku berfirman,

“Mereka umat yang selalu mengingkari perintah-Ku dalam hati mereka,

Dan mereka tidak mengenal jalan-jalan-Ku.”

11 Maka Aku murka dan bersumpah,

“Mereka tidak akan menikmati hari rehat-Ku.”+

96 Nyanyikanlah sebuah lagu baharu kepada Yehuwa.+

Bernyanyilah kepada Yehuwa, hai seluruh bumi!+

 2 Bernyanyilah kepada Yehuwa; pujilah nama-Nya.

Setiap hari, umumkanlah berita baik tentang penyelamatan-Nya.+

 3 Hebahkanlah kemuliaan-Nya kepada bangsa-bangsa,

Dan isytiharkanlah perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada semua orang.+

 4 Yehuwa agung dan patut dipuji setinggi-tingginya.

Dia patut ditakuti* lebih daripada tuhan-tuhan lain.

 5 Tuhan-tuhan bangsa lain tidak berguna,+

Tetapi Yehuwalah Tuhan yang menciptakan langit.+

 6 Keagungan dan kemuliaan mengelilingi-Nya.+

Kuasa dan keindahan memenuhi tempat suci-Nya.+

 7 Wahai semua suku bangsa, muliakanlah Yehuwa.

Ya, muliakanlah Yehuwa kerana Dia agung dan perkasa.+

 8 Muliakanlah Yehuwa kerana nama-Nya yang gemilang.+

Bawalah pemberian dan masuklah ke halaman Rumah-Nya.

 9 Kenakanlah pakaian suci dan bersujudlah kepada Yehuwa.*

Wahai segenap bumi, hendaklah kamu takut kepada-Nya!*

10 Umumkanlah kepada bangsa-bangsa, “Yehuwa sudah menjadi Raja!+

Bumi kukuh dan tidak akan goyah.

Dia akan menghakimi orang dengan adil.”+

11 Wahai langit, bersukacitalah! Wahai bumi, bergembiralah!

Biarlah laut dan segala isinya bersorak dengan gemuruh!+

12 Biarlah tanah dan segala isinya bersukacita!+

Biarlah semua pokok di hutan turut bersorak dengan girang di hadapan Tuhan,+

13 Kerana Dia akan* datang,

Dia akan datang untuk menghakimi bumi.

Yehuwa akan menghakimi penduduk bumi dengan adil,+

Dan menghakimi semua orang dengan setia.+

97 Yehuwa sudah menjadi Raja!+

Hendaklah bumi bersukacita.+

Hendaklah pulau-pulau bergembira.+

 2 Dia dikelilingi awan dan kegelapan;+

Kebaikan dan keadilan menjadi asas takhta-Nya.+

 3 Api mendahului Dia,+

Dan membakar musuh di sekeliling-Nya.+

 4 Pancaran kilat-Nya menerangi dunia;

Bumi nampak pancaran itu dan bergegar.+

 5 Gunung-gunung mencair seperti lilin di hadapan Yehuwa,+

Di hadapan Tuan seluruh bumi.

 6 Langit mengumumkan kebaikan-Nya,

Dan semua orang nampak kemuliaan-Nya.+

 7 Semua orang yang menyembah patung berhala haruslah dimalukan;+

Mereka yang membangga-banggakan tuhan mereka yang tidak berguna haruslah dimalukan.+

Hai semua tuhan, bersujudlah kepada-Nya.*+

 8 Sion mendengarnya dan bergembira;+

Pekan-pekan Yehuda turut bersukacita

Kerana penghakiman-Mu, ya Yehuwa.+

 9 Ya Yehuwa, Engkaulah Yang Maha Tinggi atas seluruh bumi;

Engkau jauh lebih agung daripada semua tuhan.+

10 Wahai orang yang mengasihi Yehuwa, bencilah apa yang jahat.+

Dia melindungi nyawa orang yang setia kepada-Nya.+

Dia menyelamatkan mereka daripada cengkaman* orang yang jahat.+

11 Cahaya menerangi orang yang baik,+

Dan sukacita ada bersama orang yang tulus hati.

12 Hai orang yang baik, bersukacitalah kerana Yehuwa,

Dan ucapkanlah kesyukuran untuk nama-Nya* yang suci.

Sebuah lagu.

98 Nyanyikanlah sebuah lagu baharu kepada Yehuwa,+

Kerana Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan.+

Tangan kanan-Nya, iaitu lengan-Nya yang suci, telah membawa penyelamatan.*+

 2 Yehuwa telah mengumumkan penyelamatan-Nya.+

Dia telah menyatakan keadilan-Nya kepada bangsa-bangsa.+

 3 Dia ingat akan kasih* dan kesetiaan-Nya terhadap bangsa Israel.+

Seluruh bumi telah melihat penyelamatan yang dibawa oleh* Tuhan kita.+

 4 Hai seluruh bumi, bersoraklah dengan gembira kepada Yehuwa.

Bergembiralah dan bersoraklah dengan sukacita dan nyanyikanlah pujian.*+

 5 Nyanyikanlah pujian kepada Yehuwa sambil diiringi kecapi,

Dengan iringan kecapi dan lagu yang indah.

 6 Dengan bunyi trompet dan tiupan tanduk,+

Bersoraklah dengan gembira di hadapan Raja Yehuwa.

 7 Biarlah laut dan segala isinya bersorak dengan gemuruh,

Begitu juga dengan bumi dan semua penduduknya.

 8 Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan.

Biarlah gunung-ganang bersorak-sorai dengan gembira di hadapan Tuhan,+

 9 Kerana Dia akan* datang untuk menghakimi bumi.

Yehuwa akan menghakimi bumi dengan adil,+

Dan menghakimi semua penduduknya dengan saksama.+

99 Yehuwa sudah menjadi Raja.+ Hendaklah orang terketar-ketar.

Dia bertakhta di atas* kerub. Hendaklah bumi bergegar.+

 2 Yehuwa sangat berkuasa di Sion,

Dan Dia memerintah semua orang.+

 3 Hendaklah mereka memuji nama-Mu yang agung,+

Kerana nama-Mu itu dihormati* dan suci.

 4 Dialah raja perkasa yang mencintai keadilan.+

Engkau telah menetapkan apa yang adil.*

Engkau telah menegakkan keadilan dan kebenaran+ untuk Yakub.*

 5 Junjunglah Yehuwa, Tuhan kita,+ dan bersujudlah di hadapan alas kaki-Nya,+

Kerana Dia suci.+

 6 Musa dan Harun ialah dua orang imam-Nya,+

Dan Samuel ialah salah seorang yang menyeru nama-Nya.+

Mereka berseru kepada Yehuwa,

Dan Dia menjawab mereka.+

 7 Dia berfirman kepada mereka dari tiang awan.+

Mereka mematuhi perintah dan peringatan yang telah diberikan-Nya kepada mereka.+

 8 Ya Yehuwa, Tuhan kami, Engkau menjawab mereka.+

Engkaulah Tuhan yang telah mengampuni mereka,+

Tetapi Engkau juga menghukum mereka kerana mereka berbuat dosa.+

 9 Junjunglah Yehuwa, Tuhan kita,+

Dan bersujudlah* di hadapan gunung suci-Nya,+

Kerana Yehuwa, Tuhan kita, suci.+

Sebuah lagu kesyukuran.

100 Hai seluruh bumi, bersoraklah dengan gembira kepada Yehuwa.+

 2 Berkhidmatlah kepada Yehuwa dengan gembira.+

Datanglah ke hadirat-Nya dengan seruan sukacita.

 3 Akuilah* bahawa Yehuwa ialah Tuhan.+

Dialah yang menciptakan kita, dan kita merupakan milik-Nya.*+

Kita umat-Nya, dan kita seperti biri-biri di padang rumput-Nya.+

 4 Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur.+

Masuklah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.+

Bersyukurlah kepada-Nya; pujilah nama-Nya.+

 5 Kerana Yehuwa baik;+

Kasih setia-Nya kekal abadi,

Dan kesetiaan-Nya kekal dari generasi ke generasi.+

Lagu yang digubah oleh Daud.

101 Aku akan menyanyikan lagu pujian kepada-Mu,* ya Yehuwa.

Aku akan bernyanyi tentang kasih yang setia dan keadilan.

 2 Aku akan bertindak dengan cermat dan hidup tanpa cela.*

Bilakah Engkau akan datang kepadaku?

Aku akan memelihara hati yang suci+ di dalam rumahku sendiri.

 3 Aku tidak akan memandang perkara yang jahat.*

Aku membenci tindakan orang yang menyimpang daripada apa yang benar;+

Aku tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan mereka.*

 4 Orang yang hatinya jahat akan kujauhi;

Aku tidak akan menerima apa yang jahat.

 5 Orang yang memfitnah saudaranya secara tersembunyi,+

Akan kubungkam.*

Orang yang angkuh dan sombong,

Tidak akan kubiarkan begitu.

 6 Aku berkenan kepada orang yang setia di bumi,

Dan mereka akan tinggal bersamaku.

Orang yang hidup tanpa cela* akan melayaniku.

 7 Orang yang menipu tidak akan tinggal di rumahku,

Dan orang yang berbohong tidak akan berdiri di hadapanku.

 8 Setiap pagi, aku akan membungkam semua orang jahat di bumi.

Aku akan menghapuskan semua orang jahat dari kota Yehuwa.+

Doa orang yang ditindas. Dia mencurahkan kerisauannya kepada Yehuwa ketika dia lemah.+

102 Ya Yehuwa, dengarlah doaku.+

Semoga seruanku untuk meminta tolong sampai kepada-Mu.+

 2 Janganlah berpaling daripadaku ketika aku dalam kesusahan.+

Dengarlah* aku,

Dan jawablah seruanku dengan segera.+

 3 Hidupku menghilang seperti asap,

Dan tulang-tulangku hangus seperti tempat menyalakan api.+

 4 Hatiku dipukul sehingga menjadi seperti rumput yang layu,+

Dan selera makanku hilang.

 5 Oleh sebab aku mengeluh dengan kuat,+

Badanku hanya tinggal kulit dan tulang.+

 6 Aku seperti burung undan di padang belantara,

Seperti burung hantu yang kecil di reruntuhan.

 7 Aku tidak dapat tidur;*

Aku seperti seekor burung yang kesepian di atas bumbung rumah.+

 8 Musuh-musuhku mencela aku sepanjang hari.+

Mereka yang menghina aku menggunakan namaku sebagai kutukan.

 9 Abu menjadi makananku,+

Dan minumanku bercampur air mata.+

10 Oleh sebab kemarahan-Mu yang membuak-buak,

Engkau telah mengangkat dan membuang aku.

11 Hidupku seperti bayang-bayang yang hampir hilang,+

Dan aku layu seperti rumput.+

12 Tetapi Engkau akan kekal buat selama-lamanya, ya Yehuwa,+

Dan kemasyhuran-Mu* akan bertahan dari generasi ke generasi.+

13 Engkau pasti akan bangkit dan mengasihani Sion.+

Waktu yang ditentukan telah tiba,+

Ya, inilah waktunya Engkau menunjukkan perkenan-Mu kepada Sion.+

14 Hamba-hamba-Mu mencintai batu-batu di Sion,+

Dan bahkan menyayangi debunya.+

15 Bangsa-bangsa akan takut kepada nama Yehuwa,

Dan semua raja di bumi akan mengakui kemuliaan-Mu.+

16 Yehuwa akan membina semula Sion.+

Dia akan tampil dalam kemuliaan-Nya.+

17 Dia akan mendengar doa orang yang miskin.+

Dia tidak akan memandang hina doa mereka.+

18 Semua ini dicatatkan untuk generasi yang akan datang,+

Supaya orang dapat memuji Yah pada masa depan.

19 Yehuwa memandang ke bawah dari tempat-Nya yang tinggi dan suci;+

Dia memandang ke bumi dari syurga,

20 Untuk mendengar keluhan orang yang dipenjarakan,+

Untuk membebaskan orang yang dijatuhi hukuman mati,+

21 Supaya nama Yehuwa akan dihebahkan di Sion.+

Dia dipuji-puji di Yerusalem,

22 Ketika bangsa dan kerajaan

Berkumpul untuk menyembah Yehuwa.+

23 Dia mencuri kekuatanku sebelum aku lanjut usia;

Dia memendekkan umurku.

24 Aku berkata, “Ya Tuhanku,

Engkau hidup selama-lamanya,

Janganlah ambil nyawaku sebelum aku lanjut usia.+

25 Sejak dahulukala, Engkau meletakkan asas bumi,

Dan langit merupakan karya tangan-Mu.+

26 Bumi dan langit akan lenyap, tetapi Engkau akan kekal selama-lamanya.

Bumi dan langit akan menjadi usang seperti pakaian.

Engkau akan menggantikannya seperti pakaian lama, dan semuanya akan lenyap.

27 Tetapi Engkau tetap sama, dan hayat-Mu tidak akan berakhir.+

28 Anak-anak hamba-Mu akan hidup dengan selamat,

Dan keturunan mereka akan hidup dengan aman di hadapan-Mu.”+

Mazmur yang digubah oleh Daud.

103 Pujilah Yehuwa, hai jiwaku;

Pujilah nama-Nya yang suci, hai seluruh jiwaku.

 2 Pujilah Yehuwa, hai jiwaku;

Semoga aku tidak lupa akan segala-gala yang telah dilakukan-Nya.+

 3 Dia mengampunkan segala kesalahanmu,+

Dan menyembuhkan semua penyakitmu.+

 4 Dia menyelamatkan nyawamu daripada lubang kubur,+

Dan memahkotaimu dengan kasih setia-Nya dan belas kasihan-Nya.+

 5 Dia memuaskan hidupmu dengan segala yang baik,+

Supaya kamu tetap muda dan kuat seperti burung helang.+

 6 Yehuwa menegakkan keadilan dan kebenaran+

Bagi semua orang yang tertindas.+

 7 Dia menyatakan haluan-Nya kepada Musa,+

Dan perbuatan-Nya kepada bangsa Israel.+

 8 Yehuwa penuh rahmat dan belas kasihan.+

Dia tidak cepat murka dan penuh dengan kasih setia.+

 9 Dia tidak akan sentiasa mengingati kesalahan kita,+

Dan Dia tidak akan marah terhadap kita buat selama-lamanya.+

10 Dia tidak menghukum kita setimpal dengan dosa kita,+

Dan Dia tidak membalas kita setimpal dengan kesalahan kita.+

11 Sebagaimana langit lebih tinggi daripada bumi,

Setinggi itu juga kasih setia-Nya terhadap orang yang takut kepada-Nya.+

12 Sejauh matahari terbit dari matahari terbenam,

Sejauh itu juga Dia membuang dosa kita.+

13 Seperti seorang bapa yang berbelas kasihan terhadap anak-anaknya,

Begitulah Yehuwa berbelas kasihan terhadap orang yang takut kepada-Nya.+

14 Dia tahu benar bagaimana kita dibentuk.+

Dia ingat bahawa kita ini debu.+

15 Jangka hayat manusia seperti rumput;+

Dia mekar seperti bunga di padang.+

16 Tetapi apabila angin bertiup, bunga itu tidak ada lagi,

Seolah-olah bunga itu tidak pernah wujud.

17 Namun Yehuwa menunjukkan kasih setia buat selama-lamanya

Terhadap orang yang takut kepada-Nya.+

Dia baik terhadap keturunan mereka,+

18 Terhadap orang yang berpegang pada perjanjian-Nya,+

Dan terhadap orang yang mematuhi perintah-Nya dengan sungguh-sungguh.

19 Yehuwa telah mengukuhkan takhta-Nya di syurga,+

Dan kerajaan-Nya berkuasa atas segala sesuatu.+

20 Pujilah Yehuwa, hai malaikat-malaikat-Nya+ yang kuat dan perkasa,

Yang mematuhi suara-Nya, dan yang melaksanakan firman-Nya.+

21 Pujilah Yehuwa, hai angkatan tentera-Nya,+

Hamba-hamba-Nya yang melaksanakan kehendak-Nya.+

22 Pujilah Yehuwa, hai segala ciptaan-Nya,

Yang berada di semua kawasan pemerintahan-Nya.

Pujilah Yehuwa, hai seluruh jiwaku.

104 Pujilah Yehuwa, hai jiwaku.+

Ya Yehuwa, Tuhanku, Engkau sangat agung.+

Engkau berpakaian kemegahan dan kemuliaan.+

 2 Engkau menyelubungi diri-Mu dengan cahaya+ seperti pakaian;

Engkau membentangkan langit seperti membentangkan kain khemah.+

 3 Dia meletakkan tiang-tiang bilik-Nya di atas air di langit.+

Dia menjadikan awan-awan sebagai kereta kuda-Nya,+

Dan Dia berjalan di atas angin.+

 4 Dia menjadikan malaikat-Nya makhluk roh,

Dan menjadikan hamba-hamba-Nya api yang berkobar-kobar.+

 5 Dia telah mendirikan bumi kukuh pada asasnya;+

Bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.+

 6 Engkau menyelubungi bumi dengan lautan seperti menyelubunginya dengan sehelai pakaian.+

Air menutupi puncak gunung.

 7 Air itu surut apabila Engkau menegurnya;+

Air itu mengalir dengan deras apabila mendengar suara-Mu yang gemuruh.

 8 Naiklah gunung-ganang!+ Turunlah lembah-lembah!

Semuanya pergi ke tempat yang telah Engkau tetapkan.

 9 Engkau menetapkan sempadan dan air tidak boleh melintasi sempadan itu,+

Supaya air tidak menutupi bumi lagi.

10 Dia membuka mata air di lembah-lembah,*

Dan air mengalir di antara gunung-ganang.

11 Air itu menjadi sumber minuman kepada semua binatang liar di padang;

Keldai-keldai yang liar tidak lagi dahaga.

12 Berhampiran mata air itu, burung-burung membuat sarang,

Dan berkicauan di antara pokok-pokok yang rimbun.

13 Dia mengairi pergunungan dari bilik-bilik-Nya.+

Bumi puas hati dengan hasil kerja tangan-Nya.+

14 Dia membuat rumput bertumbuh untuk lembu,

Dan tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan manusia,+

Supaya tanah menghasilkan makanan,

15 Wain yang membuat hati manusia gembira,+

Minyak yang menyerikan wajah mereka,

Dan roti yang menguatkan manusia.+

16 Pokok-pokok Yehuwa telah dipuaskan.

Ya, pokok-pokok sedar di Lebanon yang ditanam oleh-Nya telah dipuaskan.

17 Di sanalah burung-burung membuat sarang.

Burung bangau+ membuat rumahnya di pokok juniper.

18 Kambing gunung tinggal di gunung yang tinggi;+

Bukit batu menjadi tempat perlindungan tikus gunung.*+

19 Dia telah menciptakan bulan untuk menandakan waktu;

Matahari pun tahu waktunya untuk terbenam.+

20 Engkau membawa kegelapan lalu hari menjadi malam,+

Dan semua binatang liar di dalam hutan mula berkeliaran.

21 Singa-singa muda mengaum ketika mencari mangsa,+

Dan mendapatkan makanan yang diberikan Tuhan.+

22 Apabila matahari terbit,

Singa-singa itu pulang dan berehat di sarang mereka.

23 Manusia keluar bekerja,

Dan terus bekerja sehingga petang.

24 Betapa banyaknya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+

Engkau telah menciptakan semuanya dengan bijaksana.+

Bumi penuh dengan hasil karya-Mu.

25 Lihatlah laut yang luas terbentang,

Sarat dengan makhluk hidup yang tidak terkira, baik kecil mahupun besar.+

26 Di situ kapal-kapal belayar,

Dan Lewiatan,*+ yang Engkau ciptakan, bermain-main.

27 Semuanya menantikan Engkau

Untuk memberikan makanan pada waktunya.+

28 Engkau memberikan makanan, dan mereka mengumpulkannya.+

Engkau membuka tangan-Mu, dan mereka dipuaskan dengan perkara-perkara yang baik.+

29 Apabila Engkau berpaling daripada mereka, mereka berasa gelisah.

Jika Engkau mengambil nafas mereka, mereka mati dan kembali ke tanah.+

30 Jika Engkau mencurahkan kuasa suci-Mu, mereka diciptakan,+

Dan Engkau memberikan kehidupan baharu kepada bumi.

31 Kemuliaan Yehuwa kekal selama-lamanya.

Yehuwa bergembira kerana semua perbuatan-Nya.+

32 Dia memandang bumi, bumi pun bergegar;

Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.+

33 Aku akan bernyanyi kepada Yehuwa+ seumur hidupku;

Aku akan menyanyikan lagu pujian kepada* Tuhanku selagi aku hidup.+

34 Semoga fikiranku* menyenangkan hati-Nya.

Aku akan bersukacita kerana Yehuwa.

35 Orang yang berdosa akan lenyap dari muka bumi,

Dan orang jahat tidak akan wujud lagi.+

Pujilah Yehuwa, hai jiwaku! Pujilah Yah!*

105 Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa+ dan menyeru nama-Nya!

Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+

 2 Nyanyikanlah lagu pujian kepada-Nya,* ya, bernyanyilah kepada-Nya.

Renungkanlah* segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.+

 3 Umumkanlah nama suci-Nya dengan bangga.+

Biarlah orang yang mencari-cari Yehuwa bersukacita.+

 4 Carilah Yehuwa+ dan mintalah kekuatan daripada-Nya.

Teruslah minta perkenan-Nya.

 5 Ingatlah akan perbuatan-Nya yang menakjubkan.

Ingatlah akan mukjizat dan penghakiman yang telah dilaksanakan-Nya,+

 6 Wahai keturunan Abraham, hamba-Nya,+

Wahai keturunan Yakub, umat pilihan-Nya.+

 7 Dialah Yehuwa, Tuhan kita.+

Dia menghakimi seluruh bumi.+

 8 Dia ingat akan perjanjian-Nya buat selama-lamanya.+

Dia ingat akan janji-Nya* sampai beribu-ribu generasi lamanya,+

 9 Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan Abraham,+

Dan sumpah yang diucapkan-Nya kepada Ishak.+

10 Dia telah menjadikan sumpah itu sebagai jaminan kepada Yakub,

Dan sebagai perjanjian yang kekal untuk orang Israel.

11 Dia telah berfirman, “Aku akan memberikan negeri Kanaan kepadamu.+

Aku akan membahagikan tanah ini lalu memberikannya kepada kamu sebagai warisan.”+

12 Pada waktu itu, bilangan mereka tidak banyak,+

Ya, bilangan mereka amat sedikit, dan mereka tinggal di situ sebagai orang asing.+

13 Mereka mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain,

Dan dari sebuah kerajaan ke kerajaan yang lain.+

14 Tuhan tidak membenarkan sesiapa pun untuk menindas mereka,+

Dan demi mereka, Dia menegur raja-raja.+

15 Dia berfirman, “Jangan sentuh umat pilihan-Ku,

Dan jangan berbuat jahat terhadap nabi-nabi-Ku.”+

16 Dia mendatangkan kebuluran di negeri itu,+

Dan menghentikan bekalan makanan* mereka.

17 Dia mengutus seorang lelaki untuk mendahului mereka,

Iaitu Yusuf, yang dijual sebagai hamba.+

18 Kakinya diikat dengan rantai,+

Dan lehernya dibelenggu dengan rantai besi,

19 Sehingga firman Tuhan menjadi kenyataan.+

Ya, firman Yehuwa telah memurnikannya.

20 Raja memerintahkan agar dia dibebaskan;+

Pemerintah bangsa-bangsa telah melepaskannya.

21 Raja itu melantiknya untuk menjadi pengurus rumah tangganya,

Yang menguruskan semua harta raja.+

22 Dia berkuasa penuh atas para pegawai raja,

Dan mengajar orang yang lebih tua tentang kebijaksanaan.+

23 Kemudian Israel pergi ke Mesir.+

Ya, Yakub tinggal di tanah Ham sebagai orang asing.

24 Tuhan melipatgandakan bilangan umat-Nya;+

Dia menjadikan mereka lebih kuat daripada musuh mereka.+

25 Dia membiarkan musuh-musuh membenci umat-Nya,

Dan berkomplot untuk menentang hamba-hamba-Nya.+

26 Dia mengutus hamba-Nya Musa,+

Dan Harun,+ yang telah dipilih-Nya.

27 Mereka melakukan tanda-tanda ajaib di hadapan musuh;

Mereka melakukan mukjizat-Nya di tanah Ham.+

28 Dia mengutus kegelapan lalu tanah itu menjadi gelap;+

Mereka tidak mengingkari perintah-Nya.

29 Dia mengubah air di Mesir menjadi darah,

Dan membunuh ikan mereka.+

30 Seluruh negeri mereka dipenuhi katak,+

Bahkan sampai ke bilik-bilik raja.

31 Dia menyuruh lalat besar* untuk menyerang mereka,

Dan agas untuk memenuhi seluruh negeri mereka.+

32 Dia menurunkan hujan batu,

Dan mendatangkan kilat* ke tanah mereka.+

33 Dia memusnahkan pokok anggur dan pokok ara mereka,

Dan menumbangkan pokok-pokok di tanah mereka.

34 Dia menyuruh belalang juta menyerang mereka,

Ya, belalang-belalang muda yang tidak terhitung banyaknya menyerang mereka.+

35 Belalang-belalang itu memakan semua tumbuhan di tanah mereka,

Dan melahap semua hasil tanah mereka.

36 Kemudian Dia membunuh setiap anak lelaki sulung di negeri mereka,+

Iaitu semua anak pertama yang telah dilahirkan.

37 Dia memimpin umat-Nya dan mereka keluar dengan membawa perak dan emas;+

Tiada seorang pun antara mereka yang tersandung.

38 Ketika mereka keluar, orang Mesir bergembira,

Kerana orang Mesir takut akan mereka.+

39 Tuhan membentangkan awan untuk melindungi mereka,+

Dan memberikan api sebagai sumber cahaya untuk mereka pada waktu malam.+

40 Mereka meminta makanan, dan Dia memberikan burung puyuh;+

Dia terus mengenyangkan mereka dengan roti dari syurga.+

41 Dia membelah batu lalu air mengalir keluar;+

Air itu mengalir seperti sungai di padang gurun.+

42 Dia tidak lupa akan perjanjian-Nya yang suci dengan hamba-Nya Abraham.+

43 Dia memimpin umat-Nya dan mereka keluar dengan penuh sukacita.+

Umat pilihan-Nya bersorak dengan gembira.

44 Dia mengambil negeri bangsa-bangsa lain dan memberikannya kepada mereka.+

Mereka mewarisi hasil daripada jerih payah bangsa-bangsa lain,+

45 Supaya mereka mematuhi hukum-Nya,+

Dan mentaati perintah-Nya.

Pujilah Yah!*

106 Pujilah Yah!*

Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik.+

Kasih setia-Nya kekal abadi.+

 2 Siapakah yang dapat menceritakan semua perbuatan besar Yehuwa?

Siapakah yang dapat memuji semua perbuatan-Nya?+

 3 Berbahagialah orang yang berlaku adil,

Yang sentiasa melakukan apa yang benar.+

 4 Ya Yehuwa, ingatlah akan aku apabila Engkau menunjukkan perkenan kepada umat-Mu.+

Jagalah aku dan selamatkanlah aku,

 5 Supaya aku dapat merasai kebaikan yang Engkau tunjukkan kepada umat pilihan-Mu,+

Supaya aku dapat bergembira bersama bangsa pilihan-Mu,

Dan supaya aku dapat memuji-Mu bersama warisan-Mu dengan bangga.

 6 Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami.+

Ya, kami sudah melakukan apa yang salah dan apa yang jahat.+

 7 Nenek moyang kami tidak menghargai* perbuatan-Mu yang menakjubkan di Mesir.

Mereka lupa akan kasih setia-Mu yang melimpah,

Dan mereka memberontak di tepi Laut Merah.+

 8 Tetapi Tuhan menyelamatkan mereka demi nama-Nya,+

Supaya keperkasaan-Nya diketahui orang.+

 9 Dia menegur Laut Merah, dan laut itu pun kering;

Dia memimpin mereka menyeberangi dasar laut itu, seperti menyeberangi padang gurun.+

10 Dia menyelamatkan mereka daripada tangan musuh,+

Dan membebaskan mereka daripada cengkaman lawan.+

11 Air menenggelami musuh mereka

Sehingga tiada seorang pun yang terselamat.+

12 Kemudian mereka beriman terhadap janji-Nya,+

Dan mula menyanyikan lagu pujian kepada-Nya.+

13 Tetapi dengan segera, mereka lupa akan perbuatan-Nya.+

Mereka tidak menunggu bimbingan-Nya.

14 Di padang belantara, mereka begitu mementingkan diri dan hanya mahu mengikut keinginan hati mereka.+

Mereka mencubai Tuhan di padang gurun.+

15 Dia memenuhi permintaan mereka,

Tetapi kemudiannya Dia mendatangkan penyakit yang membuat mereka menjadi lemah lalu mati.+

16 Di perkhemahan mereka, mereka cemburu terhadap Musa,

Dan terhadap Harun,+ iaitu hamba Yehuwa yang suci.+

17 Bumi terbuka dan menelan Datan,

Dan menimbus semua orang yang berkumpul bersama Abiram.+

18 Api turun dan membakar orang lain yang mengikuti mereka;

Semua orang yang jahat habis dijilat api.+

19 Mereka membuat patung anak lembu di Horeb,

Dan menyembah patung berhala yang diperbuat daripada logam.+

20 Mereka menggantikan kemuliaan-Ku

Dengan patung lembu jantan yang makan rumput.+

21 Mereka lupa akan Tuhan,+ Penyelamat mereka,

Yang telah melakukan perbuatan yang luar biasa di Mesir,+

22 Perbuatan yang menakjubkan di tanah Ham,+

Dan perbuatan yang hebat di Laut Merah.+

23 Dia hampir memberikan perintah supaya mereka dilenyapkan,

Tetapi Musa, hamba pilihan-Nya, merayu kepada-Nya

Supaya Dia tidak murka dan memusnahkan mereka.+

24 Kemudian mereka membenci negeri yang indah itu.+

Mereka tidak percaya kepada janji-Nya.+

25 Mereka asyik merungut di dalam khemah masing-masing,+

Dan enggan mendengarkan suara Yehuwa.+

26 Oleh itu, Dia mengangkat tangan-Nya dan bersumpah

Bahawa Dia akan membinasakan mereka di padang belantara.+

27 Dia akan membuat keturunan mereka mati dalam kalangan bangsa-bangsa lain,

Dan mencerai-beraikan mereka ke merata tempat.+

28 Kemudian mereka ikut menyembah Baal di Peor,+

Dan memakan korban yang dipersembahkan kepada orang mati.*

29 Perbuatan mereka membuat Dia murka,+

Lalu mereka diserang wabak penyakit.+

30 Tetapi Pinehas bangkit dan bertindak,

Lalu wabak itu pun berhenti.+

31 Perbuatannya itu mendapat perkenan Tuhan,

Dari generasi ke generasi dan untuk selama-lamanya.+

32 Mereka membuat Tuhan marah di Sumber Air Meriba,*

Dan Musa ditimpa kesusahan kerana perbuatan mereka itu.+

33 Mereka membuat Musa begitu marah,

Sehingga dia bercakap tanpa berfikir.+

34 Mereka tidak melenyapkan bangsa-bangsa lain,+

Seperti yang telah diperintahkan oleh Yehuwa.+

35 Sebaliknya mereka bergaul dengan bangsa-bangsa itu+

Dan meniru* perbuatan mereka.+

36 Mereka asyik menyembah patung-patung berhala bangsa-bangsa itu;+

Hal itu menjadi jerat bagi mereka.+

37 Mereka mempersembahkan anak-anak lelaki

Dan anak-anak perempuan mereka kepada roh-roh jahat.+

38 Tanpa henti, mereka menumpahkan darah orang yang tidak berdosa,+

Iaitu darah anak-anak mereka sendiri.

Mereka mempersembahkan anak mereka kepada berhala-berhala di tanah Kanaan,+

Dan tanah itu menjadi najis kerana darah yang ditumpahkan.

39 Mereka menjadi najis kerana perbuatan mereka.

Ya, mereka tidak setia kepada Tuhan.*+

40 Maka Yehuwa menjadi murka terhadap umat-Nya;

Dia mula membenci warisan-Nya.

41 Berkali-kali, Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa,+

Supaya mereka dijajah oleh orang yang membenci mereka.+

42 Mereka ditindas oleh musuh-musuh mereka,

Dan terpaksa tunduk kepada mereka.

43 Berulang kali, Tuhan menyelamatkan mereka,+

Tetapi mereka masih memberontak dan mengingkari-Nya.+

Oleh itu, mereka dihina kerana kesalahan mereka itu.+

44 Namun Dia nampak mereka menderita,+

Dan mendengar seruan mereka untuk meminta tolong.+

45 Demi mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya.

Kerana kasih setia-Nya yang melimpah, Dia berasa kasihan terhadap mereka.+

46 Dia akan menyebabkan semua orang yang menawan mereka

Berasa kasihan terhadap mereka.+

47 Selamatkanlah kami, ya Yehuwa, Tuhan kami.+

Kumpulkanlah kami daripada bangsa-bangsa lain,+

Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,

Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+

48 Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,

Dipuji buat selama-lamanya.+

Semua orang pun berkata, “Amin!”*

Pujilah Yah!*

BUKU KELIMA

(Mazmur 107-150)

107 Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik;+

Kasih setia-Nya kekal abadi.+

 2 Ucapkanlah kata-kata itu, hai orang yang ditebus oleh Yehuwa,

Orang yang diselamatkan-Nya daripada tangan musuh.+

 3 Dia telah mengumpulkan mereka dari merata tempat,+

Dari timur dan barat,

Dari utara dan selatan.+

 4 Mereka mengembara di padang belantara, di padang gurun;

Mereka tidak menemui jalan ke kota yang dapat didiami.

 5 Mereka lapar dan haus;

Mereka hampir mati disebabkan kelesuan.

 6 Dalam kesusahan itu, mereka berseru-seru kepada Yehuwa,+

Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka.+

 7 Dia memimpin mereka di jalan yang betul+

Supaya mereka tiba di kota yang dapat didiami.+

 8 Bersyukurlah kepada Yehuwa+ atas kasih setia-Nya

Dan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia.+

 9 Dia memuaskan orang yang dahaga

Dan mengenyangkan orang yang lapar dengan segala yang baik.+

10 Ada orang yang hidup dalam kegelapan yang pekat.

Mereka menderita dan dibelenggu dengan rantai besi seperti tahanan,

11 Kerana mereka memberontak dan melawan firman Tuhan

Serta meremehkan nasihat daripada Yang Maha Tinggi.+

12 Maka Dia merendahkan hati mereka dengan membiarkan mereka dilanda kesusahan;+

Mereka tersandung tetapi tiada orang yang menghulurkan bantuan.

13 Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,

Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka.

14 Dia membawa mereka keluar dari kegelapan yang pekat

Dan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.+

15 Bersyukurlah kepada Yehuwa atas kasih setia-Nya+

Dan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia.

16 Pintu-pintu tembaga telah dihancurkan-Nya,

Dan palang-palang besi telah dipatahkan-Nya.+

17 Orang yang bodoh menderita+

Akibat kesalahan dan dosa sendiri.+

18 Mereka hilang selera makan

Dan berada di ambang maut.

19 Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,

Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka.

20 Dia menyampaikan firman-Nya lalu menyembuhkan mereka,+

Dan Dia menyelamatkan mereka daripada liang kubur.

21 Bersyukurlah kepada Yehuwa atas kasih setia-Nya

Dan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia.

22 Hendaklah mereka mempersembahkan korban kesyukuran+

Dan mengisytiharkan perbuatan-Nya dengan sorakan yang gembira.

23 Ada orang yang belayar dengan kapal,

Yang berdagang di lautan yang luas.+

24 Mereka telah menyaksikan apa yang dilakukan Yehuwa

Dan melihat perbuatan-Nya yang menakjubkan di samudera.+

25 Dengan perintah-Nya, angin bertiup dengan kencang,+

Dan ombak di laut pun bergelora.

26 Anak-anak kapal terangkat tinggi ke langit

Lalu terhempas ke dasar laut.

Keberanian mereka lesap kerana menghadapi bencana sebegini.

27 Mereka terhuyung-hayang lalu jatuh seperti orang mabuk;

Semua kemahiran mereka menjadi sia-sia.+

28 Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa,+

Dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka.

29 Dia meredakan angin ribut,

Dan ombak pun menjadi tenang.+

30 Mereka bersukacita apabila laut menjadi tenang,

Dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang ingin ditujui.

31 Bersyukurlah kepada Yehuwa atas kasih setia-Nya

Dan atas perbuatan-Nya yang menakjubkan demi manusia.+

32 Semoga mereka mengagungkan Tuhan dalam perhimpunan* umat,+

Dan memuji-Nya di hadapan majlis orang tua-tua.

33 Dia menyebabkan sungai menjadi padang gurun,

Mata air menjadi tanah yang gersang,+

34 Dan tanah yang subur menjadi tempat yang tandus,+

Akibat kejahatan orang yang tinggal di sana.

35 Dia menyebabkan padang gurun menjadi kolam air,

Dan tanah yang kering menjadi mata air.+

36 Dia membolehkan orang yang kelaparan tinggal di sana+

Supaya mereka dapat mendirikan kota untuk didiami.+

37 Mereka menabur benih di ladang dan menanam pokok anggur+

Lalu menuai hasil yang lumayan.+

38 Dia memberkati mereka supaya bilangan mereka bertambah-tambah;

Dia tidak membiarkan bilangan ternakan mereka berkurangan.+

39 Tetapi akibat penindasan, malapetaka, dan kesedihan,

Jumlah mereka menyusut dan mereka dimalukan.

40 Dia menghina para pembesar

Dan membuat mereka mengembara tanpa tujuan di tanah yang tandus.+

41 Tetapi Dia melindungi orang miskin daripada penindasan,+

Dan membuat keluarga mereka bertambah besar seperti kawanan bebiri.

42 Orang yang tulus hati bergembira apabila melihat hal itu,+

Tetapi semua orang yang jahat akan berdiam diri.+

43 Sesiapa yang bijak akan memperhatikan perkara-perkara itu+

Dan merenungkan kasih setia Yehuwa.+

Sebuah mazmur. Lagu yang digubah oleh Daud.

108 Ya Tuhan, hatiku tetap teguh.

Dengan sedaya upaya, aku akan menyanyikan lagu dengan iringan muzik untuk-Mu.+

 2 Bangunlah, hai alat muzik bertali dan kecapi.+

Aku akan membangunkan fajar.

 3 Ya Yehuwa, aku akan memuji Engkau di hadapan semua orang

Dan menyanyikan pujian kepada-Mu* di hadapan bangsa-bangsa.

 4 Kasih setia-Mu yang besar setinggi langit,+

Dan kesetiaan-Mu sampai ke awan.

 5 Ya Tuhan, semoga Engkau dijunjung tinggi melampaui langit;

Semoga kemuliaan-Mu terserlah di seluruh bumi.+

 6 Selamatkanlah kami dengan tangan kanan-Mu;

Jawablah seruanku supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.+

 7 Tuhan berfirman demi kesucian-Nya,*

“Aku akan bersukacita dan memberikan tanah Sikhem+ kepada umat-Ku.

Aku akan menyukat Lembah* Sukot untuk dibahagikan kepada umat-Ku.+

 8 Gilead+ dan Manasye ialah kepunyaan-Ku,

Efraim ialah topi besi bagi kepala-Ku,+

Dan Yehuda ialah tongkat pemerintahan-Ku.+

 9 Tetapi Aku akan menjadikan Moab tempat pembasuhan-Ku.+

Aku akan melemparkan kasut-Ku kepada Edom.+

Aku akan bersorak kerana mengalahkan orang Filistin.”+

10 Siapakah yang akan membawa aku ke kota yang berkubu itu?

Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?+

11 Ya Tuhan kami, Engkaulah yang sepatutnya memimpin kami.

Tetapi Engkau telah menolak kami dan tidak lagi mara bersama tentera kami.+

12 Selamatkanlah kami daripada kesusahan,+

Kerana penyelamatan daripada manusia tidak berguna.+

13 Ya Tuhan, Engkau akan memberi kami kekuatan,+

Dan Engkau akan menginjak-injak musuh kami.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

109 Ya Tuhan yang aku puji,+ janganlah berdiam diri.

 2 Orang jahat dan pendusta menyerang aku dengan kata-kata mereka.

Mereka bercakap bohong tentang aku.+

 3 Mereka mengepung aku lalu melemparkan kata-kata yang penuh kebencian.

Mereka menyerang aku tanpa sebarang alasan.+

 4 Walaupun aku mengasihi mereka, mereka menentang aku;+

Namun aku akan terus berdoa kepada-Mu.

 5 Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan,+

Dan kasihku dengan kebencian.+

 6 Biarlah orang yang jahat menghakimi musuhku;

Biarlah seseorang berdiri di sebelah kanannya untuk menentangnya.*

 7 Biarlah dia dihakimi dan didapati bersalah;

Biarlah doanya pun dianggap sebagai dosa.+

 8 Biarlah umurnya dipendekkan;+

Biarlah orang lain mengambil alih tugasnya sebagai penyelia.+

 9 Biarlah anak-anaknya menjadi yatim,

Dan isterinya menjadi balu.

10 Biarlah anak-anaknya menjadi pengemis yang berkeliaran.

Biarlah mereka keluar dari tempat tinggal mereka yang buruk untuk mencari makanan.

11 Biarlah semua barangnya dirampas oleh pemberi pinjaman;

Biarlah hartanya dijarah oleh orang asing.

12 Biarlah tiada orang yang baik hati* kepadanya,

Atau berbelas kasihan terhadap anak-anaknya yang menjadi yatim.

13 Biarlah keturunannya binasa;+

Biarlah nama mereka dilupakan oleh generasi selanjutnya.

14 Biarlah kesalahan nenek moyangnya diingati Yehuwa;+

Biarlah dosa ibunya tidak dilupakan.

15 Semoga Yehuwa sentiasa ingat akan perbuatan mereka;

Biarlah mereka tidak lagi dikenang oleh orang di bumi.+

16 Mereka lupa menunjukkan kebaikan hati.*+

Sebaliknya mereka asyik memburu dan hendak membunuh+

Orang yang tertindas,+ yang miskin, dan yang remuk hati.

17 Mereka suka mengutuk orang, maka mereka juga dikutuk;

Mereka enggan memberkati orang, maka mereka juga tidak diberkati.

18 Kutukan menjadi seperti pakaian pada badan mereka.

Kutukan memasuki tubuh mereka seperti air

Dan menyerap seperti minyak ke dalam tulang-tulang mereka.

19 Biarlah kutukan menutupi mereka seperti pakaian+

Dan sentiasa membelit mereka seperti tali pinggang.

20 Demikianlah cara Yehuwa membalas orang yang menentang aku+

Dan orang yang mengatakan hal-hal buruk tentang aku.

21 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,

Tolonglah aku demi nama-Mu.+

Selamatkanlah aku kerana Engkau amat pengasih dan setia.+

22 Aku miskin dan tidak berdaya;+

Hatiku sangat luka.+

23 Aku hampir lenyap bagaikan bayangan yang kian menghilang;

Aku dikebas seperti belalang.

24 Lututku gementar kerana berpuasa;

Aku kurus kering dan semakin lemah.

25 Apabila orang nampak aku, mereka menggelengkan kepala.+

Aku telah menjadi bahan ejekan mereka.+

26 Bantulah aku, ya Yehuwa, Tuhanku.

Selamatkanlah aku kerana Engkau pengasih dan setia.

27 Dengan itu, mereka akan tahu bahawa itulah perbuatan-Mu, ya Yehuwa,

Dan bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.

28 Semoga Engkau memberkati aku ketika mereka mengutuk aku.

Biarlah mereka dimalukan semasa mereka bangkit untuk menentang aku.

Tetapi biarlah aku, hamba-Mu, bersukacita.

29 Biarlah orang yang menentang aku diliputi kehinaan;

Biarlah rasa malu menyelubungi mereka seperti jubah.+

30 Aku akan membuka mulutku dan memuji Yehuwa dengan bersungguh-sungguh.

Aku akan memuji-Nya di hadapan ramai orang,+

31 Kerana Dia berdiri di sebelah kanan orang miskin

Dan menyelamatkan mereka daripada orang yang menjatuhkan hukuman kepada mereka.

Lagu yang digubah oleh Daud.

110 Yehuwa berfirman kepada Tuanku,

“Duduklah di sebelah kanan-Ku+

Sehingga Aku menjadikan musuh-musuhmu sebagai alas kakimu.”+

 2 Dari Sion, Yehuwa akan meluaskan kuasa pemerintahan Tuanku.* Dia berfirman,

“Pergilah dalam kalangan musuh-musuhmu dan taklukilah mereka.”+

 3 Pada hari Tuanku memimpin tentera untuk berperang, rakyat akan menolong dengan sukarela.

Seperti titisan embun pada waktu pagi,

Pasukan pemuda Tuanku kelihatan suci dan berseri-seri.

 4 Yehuwa telah bersumpah, dan Dia tidak akan mengubah fikiran-Nya.* Dia berfirman,

“Engkau ialah seorang imam seperti Melkisedek,+

Dan engkau akan menjadi imam untuk selama-lamanya!”+

 5 Yehuwa akan berada di sebelah kanan Tuanku;+

Dia akan menghancurkan raja-raja pada hari kemurkaan-Nya.+

 6 Dia akan menjatuhkan hukuman kepada bangsa-bangsa,+

Sehingga seluruh negeri dipenuhi mayat.+

Dia akan melenyapkan pemimpin yang menguasai negeri yang luas.*

 7 Setelah minum air dari anak sungai di tepi jalan,

Dia* akan mendongakkan kepalanya.

111 Pujilah Yah!*+

א [Alef]

Aku akan memuji Yehuwa dengan sepenuh hati+

ב [Bet]

Dalam sidang dan dalam perhimpunan orang yang tulus.

ג [Gimel]

 2 Segala perbuatan Yehuwa sangat menakjubkan;+

ד [Dalet]

Semua orang yang menggemari perbuatan Tuhan akan menyelidikinya.+

ה [He]

 3 Keagungan dan kemuliaan-Nya terserlah dalam semua yang dilakukan-Nya.

ו [Waw]

Kebaikan-Nya kekal abadi.+

ז [Zayin]

 4 Dia memastikan agar segala perbuatan-Nya yang hebat sentiasa dikenang.+

ח [Het]

Yehuwa baik hati dan berbelas kasihan.+

ט [Tet]

 5 Dia memberikan makanan kepada semua orang yang takut kepada-Nya.+

י [Yod]

Dia ingat akan perjanjian-Nya untuk selama-lamanya.+

כ [Kap]

 6 Dia menunjukkan kuasa-Nya kepada umat-Nya,

ל [Lamed]

Dengan memberi mereka harta milik bangsa-bangsa lain.+

מ [Mem]

 7 Segala perbuatan-Nya adil dan benar,+

נ [Nun]

Segala perintah-Nya dapat dipercayai.+

ס [Samek]

 8 Ya, perintah-Nya selalu dapat dipercayai, baik sekarang mahupun untuk selama-lamanya;

ע [Ayin]

Perintah-Nya berasaskan keadilan dan kebenaran.+

פ [Pe]

 9 Dia telah menebus umat-Nya.+

צ [Tsade]

Dia mengukuhkan perjanjian-Nya agar kekal selama-lamanya.

ק [Qof]

Nama-Nya suci dan mengagumkan.+

ר [Res]

10 Takut kepada Yehuwa ialah langkah pertama untuk menjadi bijaksana.+

ש [Syin]

Semua orang yang mematuhi perintah-Nya sangat berpengertian.+

ת [Taw]

Terpujilah Dia untuk selama-lamanya.

112 Pujilah Yah!*+

א [Alef]

Berbahagialah orang yang takut akan Yehuwa,+

ב [Bet]

Yang amat suka mematuhi hukum-Nya.+

ג [Gimel]

 2 Anak-anak orang itu akan berkuasa di bumi.

ד [Dalet]

Keturunan orang yang tulus hati akan diberkati.+

ה [He]

 3 Harta dan kekayaan ada di dalam rumahnya,

ו [Waw]

Dan kebaikannya akan berkekalan.

ז [Zayin]

 4 Dia bersinar seperti cahaya dalam kegelapan bagi orang jujur.+

ח [Het]

Dia baik hati, berbelas kasihan,+ dan adil.

ט [Tet]

 5 Berbahagialah orang yang murah hati, yang suka memberikan pinjaman,+

י [Yod]

Dan yang jujur dalam segala urusannya.

כ [Kap]

 6 Dia tidak akan tergoyah.+

ל [Lamed]

Orang yang baik akan dikenang selama-lamanya.+

מ [Mem]

 7 Dia tidak takut menerima berita buruk.+

נ [Nun]

Hatinya teguh kerana dia percaya kepada Yehuwa.+

ס [Samek]

 8 Dia tidak gentar, dan hatinya tidak tergoyah;+

ע [Ayin]

Dia akan melihat kejatuhan musuh-musuhnya.+

פ [Pe]

 9 Dia selalu murah hati dan memberikan sedekah kepada orang miskin.+

צ [Tsade]

Kebaikannya akan berkekalan.+

ק [Qof]

Dia akan dimuliakan, dan kekuatannya akan bertambah.

ר [Res]

10 Orang jahat akan melihat hal itu lalu naik marah.

ש [Syin]

Mereka akan menggertakkan gigi lalu binasa.

ת [Taw]

Segala keinginan orang jahat akan lenyap.+

113 Pujilah Yah!*

Hai hamba-hamba Yehuwa, pujilah Dia!

Pujilah nama Yehuwa!

 2 Hendaklah nama Yehuwa dipuji,

Sekarang dan selama-lamanya.+

 3 Dari timur sampai ke barat,

Hendaklah nama Yehuwa dipuji.+

 4 Yehuwa memerintah segala bangsa;+

Keagungan-Nya lebih tinggi daripada langit.+

 5 Siapakah yang dapat menandingi Yehuwa, Tuhan kami?+

Dia tinggal* di tempat yang tinggi.

 6 Dia membongkokkan diri untuk melihat langit dan bumi.+

 7 Dia mengangkat orang lemah dari debu;

Dia meninggikan orang miskin dari longgokan abu,*+

 8 Supaya mereka duduk bersama dengan bangsawan,

Bersama bangsawan dalam kalangan umat-Nya.

 9 Dia menganugerahkan anak-anak kepada wanita yang mandul

Dan menjadikannya ibu yang bahagia di rumahnya.+

Pujilah Yah!*

114 Pada masa orang Israel keluar dari Mesir,+

Ketika keturunan Yakub meninggalkan bangsa yang berbahasa asing itu,

 2 Yehuda menjadi tempat suci Tuhan,

Dan Israel menjadi wilayah pemerintahan-Nya.+

 3 Laut melihat lalu melarikan diri,+

Dan air Sungai Yordan berbalik ke hulu.+

 4 Gunung-gunung berlompatan seperti bebiri jantan,+

Dan bukit-bukit berloncatan seperti anak bebiri.

 5 Hai laut, mengapakah engkau melarikan diri?+

Hai Sungai Yordan, mengapakah airmu berbalik ke hulu?+

 6 Hai gunung-gunung, mengapakah kamu berlompatan seperti bebiri jantan?

Hai bukit-bukit, mengapakah kamu berloncatan seperti anak bebiri?

 7 Hai bumi, gentarlah di hadapan Tuhan,*

Di hadapan Tuhan yang disembah Yakub.+

 8 Dialah yang mengubah batu besar menjadi kolam air,

Dan mengubah batu keras menjadi mata air.+

115 Bukan kami, ya Yehuwa, bukan kami,

Tetapi nama-Mu sahajalah yang harus dimuliakan,+

Kerana kasih-Mu* dan kerana kesetiaan-Mu.+

 2 Mengapakah bangsa-bangsa bertanya,

“Di manakah Tuhan mereka?”+

 3 Tuhan kami ada di syurga;

Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

 4 Patung berhala mereka diperbuat daripada perak dan emas,

Dihasilkan oleh tangan manusia.+

 5 Berhala ada mulut tetapi tidak dapat bercakap,+

Ada mata tetapi tidak dapat melihat,

 6 Ada telinga tetapi tidak dapat mendengar,

Ada hidung tetapi tidak dapat menghidu,

 7 Ada tangan tetapi tidak dapat meraba,

Ada kaki tetapi tidak dapat berjalan,+

Dan ada kerongkong tetapi tidak dapat bersuara.+

 8 Orang yang membuat berhala akan menjadi seperti berhala,+

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang percaya kepada berhala.+

 9 Hai Israel, percayalah kepada Yehuwa.+

Dia akan membantumu dan menjadi seperti perisai bagimu.+

10 Hai keturunan Harun,+ percayalah kepada Yehuwa.

Dia akan membantu kamu dan menjadi seperti perisai bagi kamu.

11 Hai orang yang takut akan Yehuwa, percayalah kepada Yehuwa.+

Dia akan membantu kamu dan menjadi seperti perisai bagi kamu.+

12 Yehuwa mengingati kita dan akan memberkati kita.

Dia akan memberkati bangsa Israel;+

Dia akan memberkati keturunan Harun.

13 Yehuwa akan memberkati orang yang takut kepada-Nya,

Baik yang tua mahupun yang muda.*

14 Yehuwa akan menyebabkan jumlah kamu bertambah

Dan meningkatkan bilangan keturunan kamu.+

15 Semoga kamu diberkati Yehuwa;+

Dialah Pencipta langit dan bumi.+

16 Syurga ialah kepunyaan Yehuwa,+

Tetapi Dia telah memberikan bumi kepada manusia.+

17 Orang mati tidak dapat memuji Yah,+

Begitu juga dengan sesiapa yang turun ke kuburan.*+

18 Tetapi kita akan memuji Yah,

Sekarang dan selama-lamanya.

Pujilah Yah!*

116 Aku mengasihi Yehuwa

Kerana Dia mendengar suaraku ketika aku berseru meminta pertolongan.+

 2 Dia mendengarkan* aku,+

Dan aku akan berseru kepada-Nya seumur hidupku.

 3 Tali-tali maut membelit aku,

Dan aku berada dalam cengkaman Kuburan.*+

Kesusahan dan kesedihan melanda aku.+

 4 Lalu aku menyeru nama Yehuwa.+

Aku berkata, “Ya Yehuwa, selamatkanlah aku!”

 5 Yehuwa baik hati dan adil;+

Tuhan kita berbelas kasihan.+

 6 Yehuwa menjaga orang yang tidak berpengalaman.+

Ketika aku tidak berdaya, Dia menyelamatkan aku.

 7 Jiwaku akan tenteram lagi,

Kerana Yehuwa baik kepadaku.

 8 Dia telah menyelamatkan aku daripada maut;

Dia menghentikan air mataku dan tidak membiarkan aku tersandung.+

 9 Aku akan berjalan di hadapan Yehuwa di negeri orang yang hidup.

10 Walaupun kesusahan besar menimpa aku,+

Aku terus bercakap kerana aku beriman.

11 Semasa aku cemas, aku telah berkata,

“Semua orang ialah penipu.”+

12 Apakah yang dapat aku berikan kepada Yehuwa

Untuk membalas segala kebaikan-Nya terhadapku?

13 Aku akan mengangkat cawan yang melambangkan penyelamatan,

Dan aku akan menyeru nama Yehuwa.

14 Aku akan menunaikan ikrarku kepada Yehuwa

Di hadapan seluruh umat-Nya.+

15 Yehuwa berasa amat sedih

Apabila hamba-hamba-Nya yang setia meninggal.+

16 Ya Yehuwa, aku merayu kepada-Mu.

Aku ini hamba-Mu,

Aku ialah hamba-Mu sebagaimana ibuku ialah hamba perempuan-Mu.

Engkau telah membebaskan aku daripada belenggu.+

17 Aku akan mempersembahkan korban kesyukuran kepada Tuhan;+

Aku akan menyeru nama Yehuwa.

18 Aku akan menunaikan ikrarku kepada Yehuwa+

Di hadapan seluruh umat-Nya,+

19 Di halaman Rumah Yehuwa,+

Di kota Yerusalem.

Pujilah Yah!*+

117 Hai segala bangsa, pujilah Yehuwa;+

Hendaklah semua orang memuliakan-Nya.+

 2 Kasih setia-Nya kepada kita sungguh besar;+

Kesetiaan+ Yehuwa kekal selama-lamanya.+

Pujilah Yah!*+

118 Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik;+

Kasih setia-Nya kekal abadi.

 2 Hendaklah umat Israel berkata,

“Kasih setia-Nya kekal abadi.”

 3 Hendaklah keturunan Harun berkata,

“Kasih setia-Nya kekal abadi.”

 4 Hendaklah mereka yang takut akan Yehuwa berkata,

“Kasih setia-Nya kekal abadi.”

 5 Aku berseru kepada Yah* ketika menghadapi kesusahan;

Yah menjawab dan membawa aku ke tempat yang selamat.*+

 6 Aku tidak takut kerana Yehuwa berada di pihakku.+

Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?+

 7 Yehuwa berpihak kepadaku dan akan membantu aku;*+

Aku akan melihat kejatuhan mereka yang membenci aku.+

 8 Lebih baik berlindung kepada Yehuwa

Daripada mengharapkan manusia.+

 9 Lebih baik berlindung kepada Yehuwa

Daripada mengharapkan para pemimpin.+

10 Bangsa-bangsa mengepung aku,

Tetapi mereka terpaksa berundur,

Kerana aku bergantung pada nama Yehuwa.+

11 Mereka mengepung aku dari segala arah,

Tetapi mereka terpaksa berundur,

Kerana aku bergantung pada nama Yehuwa.

12 Mereka mengelilingi aku seperti lebah,

Tetapi mereka binasa dalam sekelip mata, seperti belukar dalam api.

Mereka terpaksa berundur,

Kerana aku bergantung pada nama Yehuwa.+

13 Mereka* menolak aku dengan kuat supaya aku jatuh,

Tetapi Yehuwa menolong aku.

14 Yah ialah kekuatan dan tempat perlindunganku.

Dialah penyelamatku.+

15 Sorak-sorai kegembiraan dan kemenangan*

Kedengaran dari khemah orang yang baik.

Tangan kanan Yehuwa melakukan perbuatan yang perkasa.+

16 Tangan kanan Yehuwa diangkat tinggi;

Tangan kanan Yehuwa melakukan perbuatan yang perkasa.+

17 Aku tidak akan mati, sebaliknya aku akan hidup,

Agar aku dapat mengisytiharkan perbuatan Yah.+

18 Yah menghukum aku dengan berat,+

Tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.+

19 Bukalah pintu gerbang keadilan*+

Supaya aku dapat masuk dan memuji Yah.

20 Inilah pintu gerbang Yehuwa.

Orang yang baik boleh memasukinya.+

21 Aku akan memuji-Mu, kerana Engkau mendengar seruanku+

Dan kerana Engkau penyelamatku.

22 Batu yang dibuang oleh para pembina bangunan

Telah menjadi batu penjuru yang utama.+

23 Batu itu berasal daripada Yehuwa+

Dan sungguh menakjubkan di mata kita.+

24 Inilah hari yang ditentukan oleh Yehuwa.

Kita akan bersukacita dan bergembira pada hari ini.

25 Ya Yehuwa, kami memohon, selamatkanlah kami!

Ya Yehuwa, kami merayu, berikanlah kemenangan kepada kami!

26 Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa;+

Kami memberkatimu dari Rumah Yehuwa.

27 Yehuwa ialah Tuhan;

Dia memberi kita cahaya.+

Ambillah dahan-dahan pokok dan sertailah orang ramai yang menyambut perayaan;+

Marilah berarak sampai ke mazbah Tuhan.*+

28 Ya Tuhanku, aku akan memuliakan-Mu;

Engkaulah Tuhanku, dan aku akan memuji-Mu.+

29 Bersyukurlah kepada Yehuwa+ kerana Dia baik;

Kasih setia-Nya kekal abadi.+

א [Alef]

119 Berbahagialah orang yang hidup tanpa cela,*

Dan yang hidup menurut hukum Yehuwa.+

 2 Berbahagialah orang yang mematuhi ajaran-Nya,*+

Dan yang mencari-Nya dengan sepenuh hati.+

 3 Mereka tidak melakukan kejahatan;

Mereka hidup menurut kehendak Tuhan.+

 4 Ya Tuhan, Engkau telah menyuruh kami

Mengikut perintah-Mu dengan bersungguh-sungguh.+

 5 Semoga aku tetap teguh+

Dan mematuhi peraturan-Mu!

 6 Dengan itu, aku tidak akan berasa malu

Semasa aku meneliti semua hukum-Mu.+

 7 Ketika aku mempelajari ketetapan-Mu yang adil,

Aku akan memuji-Mu dengan tulus hati.

 8 Aku akan mematuhi hukum-Mu.

Janganlah sekali-kali meninggalkan aku.

ב [Bet]

 9 Bagaimanakah orang muda dapat hidup suci?

Mereka dapat hidup suci dengan mengawasi diri mereka dan mematuhi firman-Mu.+

10 Aku mencari-Mu dengan sepenuh hatiku.

Janganlah biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.+

11 Aku menyimpan firman-Mu dalam hatiku,+

Supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.+

12 Ya Yehuwa, terpujilah Engkau!

Ajarlah aku peraturan-Mu.

13 Aku akan mengisytiharkan

Segala ketetapan yang telah Engkau berikan.

 14 Aku menggemari peringatan-Mu+

Lebih daripada segala benda yang berharga.+

 15 Aku akan merenungkan* perintah-Mu+

Dan menumpukan perhatian kepada haluan-Mu.+

16 Aku amat menyukai perintah-Mu.

Aku tidak akan melupakan firman-Mu.+

ג [Gimel]

17 Semoga Engkau melayan hamba-Mu ini dengan baik,

Supaya aku dapat hidup dan berpegang pada firman-Mu.+

18 Bukalah mataku agar aku dapat melihat

Hal-hal yang menakjubkan dalam hukum-Mu.

19 Aku hanyalah penduduk asing di negeri ini.+

Janganlah sembunyikan perintah-Mu daripadaku.

20 Aku sangat menginginkan

Ketetapan-Mu pada setiap waktu.

21 Engkau menengking orang yang angkuh,

Iaitu orang terkutuk yang menyimpang daripada perintah-Mu.+

22 Janganlah biarkan aku dicaci dan dihina,

Kerana aku telah mematuhi ajaran-Mu.*

23 Walaupun para pembesar berkumpul dan memburuk-burukkan aku,

Hamba-Mu ini tetap merenungkan* peraturan-Mu.

24 Aku menggemari peringatan-Mu;+

Peringatan-Mu bagaikan penasihatku.+

ד [Dalet]

25 Aku tertiarap di atas debu.+

Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*+

26 Aku memberitahu-Mu segala perbuatanku, dan Engkau menjawab aku;

Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+

27 Tolonglah aku untuk memahami perintah-Mu,

Agar aku dapat merenungkan* segala perbuatan-Mu yang mengagumkan.+

28 Aku tidak dapat melelapkan mata kerana sedih.

Kuatkanlah aku seperti yang Engkau firmankan.

29 Jauhkanlah aku daripada haluan yang jahat.*+

Perkenankanlah aku dan ajarlah aku hukum-Mu.

30 Aku sedar bahawa ketetapan-Mu benar,

Dan aku bertekad untuk tetap setia.+

31 Aku berpaut pada peringatan-Mu.+

Ya Yehuwa, janganlah biarkan aku dikecewakan.*+

32 Aku akan mematuhi perintah-Mu dengan bersungguh-sungguh,

Kerana Engkau menambahkan pengertianku.*

ה [He]

33 Ya Yehuwa, ajarlah aku untuk hidup menurut peraturan-Mu,+

Dan aku akan mematuhinya sepanjang hayatku.+

34 Kurniailah aku pemahaman,

Agar aku dapat mematuhi hukum-Mu

Dan berbuat demikian dengan sepenuh hatiku.

35 Bimbinglah aku agar mematuhi perintah-Mu,+

Kerana perintah-Mu menggembirakan aku.

36 Berilah hatiku keinginan untuk mengikut ajaran-Mu*

Dan bukannya untuk mengejar kepentingan diri.*+

37 Palingkanlah pandanganku daripada perkara yang sia-sia;+

Bantulah aku berjalan menurut haluan-Mu agar aku tetap hidup.

38 Tepatilah janji-Mu* kepada hamba-Mu ini,

Agar Engkau dihormati.*

39 Jauhkanlah aku daripada hinaan yang aku takuti;

Betapa baiknya ketetapan-Mu!+

40 Lihatlah, aku begitu menginginkan perintah-Mu!

Peliharalah nyawaku kerana Engkau adil dan benar.

ו [Waw]

41 Ya Yehuwa, tunjukkanlah kasih setia-Mu kepadaku+

Dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu,*+

42 Supaya aku dapat menjawab orang yang mencela aku,

Kerana aku mempercayai firman-Mu.

43 Tolonglah aku agar kata-kata yang benar tidak meninggalkan mulutku,

Kerana aku berharap kepada* hukum-Mu.

44 Aku akan sentiasa berpegang pada hukum-Mu

Untuk selama-lamanya.+

45 Aku akan hidup dengan bebas dan selamat,+

Kerana aku berusaha mematuhi perintah-Mu.

46 Aku tidak akan berasa malu

Ketika aku bercakap tentang hukum-Mu di hadapan raja-raja.+

47 Aku menggemari perintah-Mu;

Sesungguhnya, aku mencintai perintah-Mu.+

48 Aku akan menadahkan tangan untuk berdoa kerana aku mencintai perintah-Mu.+

Aku akan merenungkan* peraturan-Mu.+

ז [Zayin]

49 Ingatlah akan janji-Mu* kepada hamba-Mu ini;

Janji* yang telah memberikan harapan kepadaku.

50 Firman-Mu memelihara nyawaku

Dan melegakan aku ketika aku menderita.+

51 Orang yang sombong selalu menghina aku,

Tetapi aku tidak menyimpang daripada hukum-Mu.+

52 Ya Yehuwa, aku ingat akan ketetapan-Mu yang ada sejak dahulukala,+

Dan ketetapan-Mu menghiburkan hatiku.+

53 Kemarahanku berkobar-kobar,

Kerana orang jahat meninggalkan hukum-Mu.+

54 Peraturan-Mu menjadi nyanyianku

Di mana sahaja aku tinggal.*

55 Pada waktu malam, aku mengingat nama-Mu, ya Yehuwa,+

Agar aku dapat mematuhi hukum-Mu.

56 Itulah yang sentiasa aku lakukan,

Kerana aku ingin mematuhi perintah-Mu.

ח [Het]

57 Ya Yehuwa, Engkaulah warisanku;+

Aku telah berjanji untuk mematuhi firman-Mu.+

58 Aku memohon kepada-Mu dengan sepenuh hatiku;+

Kasihanilah aku+ menurut janji-Mu.*

59 Aku meneliti haluan hidupku,

Supaya aku kembali dan mematuhi ajaran-Mu.*+

60 Aku bergegas-gegas untuk melaksanakan perintah-Mu;+

Aku ingin melaksanakannya tanpa berlengah-lengah.

61 Orang jahat memasang perangkap untukku,

Tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu.+

62 Pada tengah malam, aku bangun untuk bersyukur kepada-Mu,+

Kerana ketetapan-Mu adil.

63 Aku bersahabat dengan semua orang yang takut akan-Mu,

Dan dengan semua orang yang mengikut perintah-Mu.+

64 Ya Yehuwa, bumi penuh dengan kasih setia-Mu;+

Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.

ט [Tet]

65 Ya Yehuwa, Engkau baik terhadap hamba-Mu ini,

Seperti yang telah Engkau janjikan.*

66 Ajarlah aku supaya aku mempunyai pengetahuan dan daya pertimbangan yang baik,+

Kerana aku yakin akan perintah-Mu.

67 Dahulu, aku sering menyimpang daripada hukum-Mu dan menderita,

Tetapi kini aku mematuhi firman-Mu.+

68 Engkau baik+ dan segala perbuatan-Mu juga baik;

Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+

69 Orang sombong menyebarkan banyak dusta tentang aku,

Tetapi aku mematuhi perintah-Mu dengan sepenuh hati.

70 Hati mereka sudah tidak peka,+

Tetapi aku menggemari hukum-Mu.+

71 Memang baik aku mengalami penderitaan,+

Supaya aku belajar tentang peraturan-Mu.

72 Hukum yang Engkau sampaikan baik untukku,+

Lebih baik daripada beribu-ribu keping wang emas dan wang perak.+

י [Yod]

73 Engkau menciptakan dan membentuk aku dengan tangan-Mu.

Berilah aku pemahaman,

Agar aku dapat belajar tentang perintah-Mu.+

74 Orang yang takut kepada-Mu akan bersukacita apabila melihat aku,

Kerana aku percaya kepada firman-Mu.+

75 Ya Yehuwa, aku tahu bahawa ketetapan-Mu adil,+

Dan bahawa Engkau menghukum aku kerana Engkau setia.+

76 Semoga kasih setia-Mu+ menghiburkan hatiku

Menurut janji-Mu* kepada hamba-Mu ini.

77 Tunjukkanlah belas kasihan terhadapku agar aku dapat terus hidup,+

Kerana aku menggemari hukum-Mu.+

78 Biarlah orang yang sombong dimalukan,

Kerana mereka menyakiti aku tanpa sebab.*

Namun aku akan merenungkan* perintah-Mu.+

79 Semoga orang yang takut kepada-Mu

Dan orang yang mengetahui peringatan-Mu, kembali kepadaku.

80 Semoga aku mentaati peraturan-Mu dengan sepenuh hati,+

Agar aku tidak dimalukan.+

כ [Kap]

81 Aku amat menginginkan penyelamatan daripada-Mu,+

Kerana aku percaya kepada firman-Mu.

82 Mataku penat menantikan apa yang Engkau janjikan.*+

Aku bertanya, “Bilakah Engkau akan melegakan hatiku?”+

83 Aku seperti kirbat kulit yang disalai sampai kering,

Namun aku tidak melupakan peraturan-Mu.+

84 Sampai bilakah hamba-Mu ini harus menunggu?

Bilakah Engkau akan menghukum mereka yang menganiaya aku?+

85 Orang sombong yang melanggar hukum-Mu

Telah menggali lubang untuk memerangkap aku.

86 Semua perintah-Mu dapat dipercayai.

Tolonglah aku kerana aku dianiaya tanpa sebab.+

87 Mereka hampir melenyapkan aku dari muka bumi,

Tetapi aku tidak mengabaikan perintah-Mu.

88 Oleh sebab Engkau pengasih dan setia, peliharalah nyawaku

Agar aku dapat berpegang pada peringatan yang Engkau berikan.

ל [Lamed]

89 Ya Yehuwa, firman-Mu kekal selama-lamanya;

Firman-Mu kekal abadi di syurga.+

90 Kesetiaan-Mu kekal dari generasi ke generasi.+

Engkau telah mendirikan bumi dengan kukuh agar bumi tetap wujud.+

91 Dengan perintah-Mu, segala sesuatu tetap ada sampai sekarang,

Kerana semua itu merupakan hamba-Mu.

92 Sekiranya hukum-Mu bukan sumber kegembiraanku,

Pasti aku sudah binasa dalam kesengsaraanku.+

93 Aku sama sekali tidak akan melupakan perintah-Mu,

Kerana dengan perintah-Mu itu, Engkau memelihara nyawaku.+

94 Aku milik-Mu; selamatkanlah aku,+

Kerana aku berusaha mematuhi perintah-Mu.+

95 Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membinasakan aku,

Tetapi aku memperhatikan ajaran-Mu.*

96 Aku melihat bahawa segala sesuatu yang sempurna mempunyai batas,

Tetapi perintah-Mu tidak terbatas.*

מ [Mem]

97 Aku sangat mencintai hukum-Mu!+

Aku merenungkannya* sepanjang hari.+

98 Perintah-Mu menjadikan aku lebih bijak daripada musuh-musuhku,+

Kerana aku selalu dibimbingnya.

99 Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,+

Kerana aku merenungkan* peringatan-Mu.

100 Pemahamanku melebihi pemahaman orang tua,

Kerana aku mematuhi perintah-Mu.

101 Aku menghindari semua haluan yang jahat,+

Kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.

102 Engkau telah mengajar aku.

Itulah sebabnya aku tidak menyimpang daripada ketetapan-Mu.

103 Betapa manisnya firman-Mu!

Rasanya lebih manis daripada madu di dalam mulutku.+

104 Perintah-Mu memberi aku pemahaman.+

Itulah sebabnya aku membenci segala haluan yang salah.+

נ [Nun]

105 Firman-Mu bagaikan pelita yang membimbing langkahku,

Dan bagaikan cahaya yang menerangi jalanku.+

106 Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah,

Untuk mematuhi ketetapan-Mu yang adil.

107 Ya Yehuwa, penderitaanku sungguh berat.+

Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*+

108 Ya Yehuwa, terimalah pujian yang aku berikan sebagai persembahan sukarela;+

Ajarlah aku tentang ketetapan-Mu.+

109 Aku sentiasa diancam maut,

Tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu.+

110 Orang jahat memasang perangkap untukku,

Tetapi aku tidak menyimpang daripada perintah-Mu.+

111 Peringatan-Mu ialah kesukaan hatiku,

Yang menjadi milikku* selama-lamanya.+

112 Aku berazam untuk mengikut peraturan-Mu pada setiap waktu

Dan mematuhinya sehingga akhir hayatku.

ס [Samek]

113 Aku membenci orang yang hatinya berbelah bahagi,+

Tetapi aku mencintai hukum-Mu.+

114 Engkau ialah perisaiku dan tempat perlindunganku.+

Aku percaya kepada firman-Mu.+

115 Hai orang jahat, pergilah daripada aku,+

Supaya aku dapat mematuhi perintah Tuhanku.

116 Ya Tuhan, teguhkanlah aku menurut janji-Mu,*+

Agar aku dapat terus hidup.

Janganlah biarkan aku kecewa* akibat harapan yang tidak kesampaian.+

117 Teguhkanlah aku agar aku selamat.+

Aku akan sentiasa bertumpu kepada peraturan-Mu.+

118 Engkau menolak semua orang yang menyimpang daripada peraturan-Mu;+

Mereka berdusta dan penuh dengan tipu daya.

119 Engkau melenyapkan semua orang jahat di bumi seperti sampah.*+

Itulah sebabnya aku mencintai ajaran-Mu.*

120 Aku gementar kerana aku takut kepada-Mu;

Aku gentar kerana penghakiman-Mu.

ע [Ayin]

121 Aku telah melakukan apa yang adil dan benar.

Janganlah menyerahkan aku ke dalam tangan orang yang menindas aku.

122 Berjanjilah bahawa Engkau akan membantu hamba-Mu ini;

Janganlah biarkan orang yang sombong menindas aku.

123 Mataku penat kerana menantikan penyelamatan daripada-Mu,+

Dan kerana menantikan janji-Mu* yang dapat dipercayai.+

124 Tunjukkanlah kasih setia-Mu kepada hamba-Mu ini+

Dan ajarlah aku tentang peraturan-Mu.+

125 Aku ini hamba-Mu; berilah aku pemahaman,+

Supaya aku mengetahui ajaran-Mu.*

126 Ya Yehuwa, sudah tiba masanya Engkau bertindak,+

Kerana orang telah melanggar hukum-Mu.

127 Aku mencintai perintah-Mu

Lebih daripada emas, bahkan emas yang murni.+

128 Oleh itu, aku menganggap setiap perintah-Mu benar;+

Aku membenci setiap haluan yang salah.+

פ [Pe]

129 Ajaran-Mu* sungguh mengagumkan.

Itulah sebabnya aku mematuhinya.

130 Firman-Mu yang disingkapkan memberikan cahaya,+

Dan memberikan pemahaman kepada orang yang tidak berpengalaman.+

131 Aku haus akan perintah-Mu,

Dan aku sangat mendambakannya.+

132 Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah aku,+

Sebagaimana yang selalu Engkau lakukan terhadap orang yang mengasihi nama-Mu.+

133 Bimbinglah langkahku dengan firman-Mu;

Janganlah biarkan kejahatan menguasai aku.+

134 Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku,

Supaya aku dapat melaksanakan perintah-Mu.

135 Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu ini;*+

Ajarlah aku tentang peraturan-Mu.

136 Air mataku bercucuran,

Kerana orang tidak mematuhi hukum-Mu.+

צ [Tsade]

137 Ya Yehuwa, Engkau adil dan benar,+

Dan penghakiman-Mu juga adil.+

138 Peringatan yang Engkau berikan itu baik

Dan dapat dipercayai dengan sepenuhnya.

139 Semangatku berkobar-kobar dalam hatiku,+

Kerana musuh-musuhku melupakan firman-Mu.

140 Firman-Mu sungguh murni,+

Dan hamba-Mu ini mencintainya.+

141 Aku ini tidak penting dan dipandang hina.+

Namun, aku tidak melupakan perintah-Mu.

142 Keadilan-Mu kekal selama-lamanya,+

Dan hukum-Mu ialah kebenaran.+

143 Meskipun ditimpa kesusahan dan kesengsaraan,

Aku tetap menggemari perintah-Mu.

144 Peringatan daripada-Mu benar untuk selama-lamanya.

Berilah aku pemahaman+ agar aku tetap hidup.

ק [Qof]

145 Aku berseru kepada-Mu dengan sepenuh hati; ya Yehuwa, jawablah seruanku.

Aku akan mematuhi peraturan-Mu.

146 Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku!

Aku akan mematuhi ajaran-Mu.*

147 Sebelum fajar, aku sudah bangun untuk berseru meminta tolong,+

Kerana aku percaya kepada firman-Mu.

148 Aku bangun pada tengah malam,

Agar aku dapat merenungkan* firman-Mu.+

149 Dengarlah seruanku kerana Engkau pengasih dan setia.+

Ya Yehuwa, peliharalah nyawaku kerana Engkau adil.

150 Orang yang melakukan perbuatan yang memalukan sudah dekat;

Mereka menolak hukum-Mu.

151 Engkau dekat kepadaku, ya Yehuwa,+

Dan perintah-Mu semuanya benar.+

152 Sejak dahulu, aku mengenali ajaran-Mu.*

Engkau memastikan ajaran-Mu* kekal untuk selama-lamanya.+

ר [Res]

153 Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku,+

Kerana aku tidak melupakan hukum-Mu.

154 Belalah aku dan selamatkanlah aku;+

Peliharalah nyawaku menurut janji-Mu.*

155 Orang jahat tidak akan diselamatkan,

Kerana mereka tidak berusaha mematuhi peraturan-Mu.+

156 Betapa besarnya belas kasihan-Mu, ya Yehuwa!+

Peliharalah nyawaku kerana Engkau adil.

157 Banyak orang memusuhi dan menganiaya aku,+

Tetapi aku tidak menyimpang daripada ajaran-Mu.*

158 Aku benci melihat orang yang licik,

Kerana mereka tidak mematuhi firman-Mu.+

159 Lihatlah, aku begitu mencintai perintah-Mu!

Ya Yehuwa, peliharalah nyawaku kerana Engkau pengasih dan setia.+

160 Segala firman-Mu benar,+

Dan semua penghakiman-Mu yang adil kekal abadi.

ש [Sin] atau [Syin]

161 Para pemimpin menganiaya aku+ tanpa alasan,

Tetapi aku tetap menghormati firman-Mu.+

162 Firman-Mu membuat aku gembira,+

Seperti orang yang menemukan banyak harta karun.

163 Aku benci dan muak terhadap segala dusta,+

Tetapi aku mencintai hukum-Mu.+

164 Tujuh kali sehari aku memuji-Mu,

Kerana ketetapan-Mu adil.

165 Orang yang mencintai hukum-Mu mendapat kedamaian yang melimpah;+

Tiada apa-apa pun yang akan membuat mereka tersandung.

166 Ya Yehuwa, aku melaksanakan perintah-Mu,

Dan aku menantikan penyelamatan daripada-Mu.

167 Aku mematuhi ajaran-Mu,*

Dan aku amat mencintainya.+

168 Aku mematuhi perintah dan ajaran-Mu,*

Kerana Engkau mengetahui segala perbuatanku.+

ת [Taw]

169 Semoga seruanku untuk meminta tolong sampai kepada-Mu, ya Yehuwa.+

Berilah aku pemahaman menurut janji-Mu.*+

170 Dengarlah permohonanku,

Dan selamatkanlah aku menurut janji-Mu.*

171 Aku akan sentiasa memuji-Mu,+

Kerana Engkau mengajar aku peraturan-Mu.

172 Aku akan bernyanyi tentang firman-Mu,+

Kerana semua perintah-Mu adil.

173 Semoga Engkau selalu bersedia menolong aku,+

Kerana aku memilih untuk mematuhi perintah-Mu.+

174 Ya Yehuwa, aku menggemari hukum-Mu,

Dan aku amat menginginkan penyelamatan daripada-Mu.+

175 Semoga aku tetap hidup supaya aku dapat memuji-Mu;+

Semoga ketetapan-Mu membantu aku.

176 Aku bagaikan bebiri yang sesat.+ Carilah hamba-Mu ini,

Kerana aku tidak melupakan perintah-Mu.+

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.*

120 Aku berseru kepada Yehuwa ketika menghadapi kesusahan,+

Dan Dia menjawab seruanku.+

 2 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku daripada orang yang bibirnya berdusta

Dan daripada orang yang lidahnya menipu.

 3 Hai orang yang suka berdusta,

Apakah yang akan dilakukan Tuhan terhadap kamu? Bagaimanakah Dia akan menghukum kamu?+

 4 Dia akan menghukum kamu dengan anak panah tajam+ seorang askar,

Dan dengan kayu arang yang membara.+

 5 Malanglah aku kerana tinggal sebagai orang asing di Mesekh,+

Dan kerana berkhemah dalam kalangan orang Kedar!+

 6 Sudah terlalu lama aku tinggal

Bersama orang yang membenci kedamaian.+

 7 Aku menginginkan kedamaian, tetapi sebaik sahaja aku menyebut tentangnya,

Mereka hendak berperang pula.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

121 Aku memandang ke arah pergunungan.+

Dari manakah datangnya pertolonganku?

 2 Pertolonganku datang daripada Yehuwa,+

Pencipta langit dan bumi.

 3 Dia tidak akan membiarkan kaki kamu tergelincir.+

Dia yang melindungi kamu tidak akan terlena.

 4 Sesungguhnya, Dia tidak akan tertidur.

Pelindung orang Israel tidak akan terlelap.+

 5 Yehuwa ialah Pelindung kamu.

Yehuwa, Penaung kamu,+ berada di sebelah kanan kamu.+

 6 Pada waktu siang, matahari tidak akan menyakiti kamu;+

Pada waktu malam, bulan tidak akan mencederakan kamu.+

 7 Yehuwa akan melindungi kamu daripada segala bahaya.+

Dia akan menjaga nyawa kamu.+

 8 Yehuwa akan melindungi kamu dalam segala sesuatu yang kamu lakukan,*

Sekarang dan selama-lamanya.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Daud.

122 Aku bersukacita semasa orang berkata kepadaku,

“Marilah kita pergi ke Rumah Yehuwa.”+

 2 Sekarang, hai Yerusalem,

Kami sudah tiba dan berdiri di pintu gerbangmu.+

 3 Yerusalem dibina sebagai sebuah kota

Yang bangunan-bangunannya tersusun padat.+

 4 Ke sinilah suku-suku milik Yah* akan datang,

Untuk memuji nama Yehuwa.

Ya, semua suku datang ke sini,

Seperti yang diperintahkan kepada umat Israel.+

 5 Di sinilah letaknya takhta penghakiman;+

Di sinilah letaknya takhta keturunan Daud.+

 6 Berdoalah agar kota Yerusalem aman damai.+

Hai Yerusalem, mereka yang mencintaimu akan hidup tenteram.

 7 Semoga kesejahteraan sentiasa terdapat di dalam wilayahmu;*

Semoga keamanan selalu ada di dalam kawasanmu.*

 8 Demi kebaikan saudara dan sahabatku, aku akan berkata,

“Semoga engkau sejahtera.”

 9 Demi kebaikan Rumah Yehuwa, Tuhan kita,+

Aku akan berdoa untuk kemakmuranmu.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

123 Ya Tuhan, aku menengadah ke langit,+

Ke arah takhta-Mu di syurga.

 2 Seperti seorang hamba lelaki bergantung pada tuannya,

Dan seorang hamba perempuan berharap kepada puannya,

Demikian juga kami berharap kepada Yehuwa, Tuhan kami,+

Dan menantikan perkenan-Nya.+

 3 Kasihanilah kami, ya Yehuwa, kasihanilah kami,

Kerana hinaan yang kami tanggung sudah terlalu banyak.+

 4 Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang yang bongkak;

Sudah terlalu lama kami dihina oleh orang yang sombong.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Daud.

124 “Seandainya Yehuwa tidak menyertai kita”+

—Hendaklah orang Israel mengulangi kata-kata ini—

 2 “Seandainya Yehuwa tidak menyertai kita+

Semasa musuh menyerang kita,+

 3 Tentu mereka sudah menelan kita hidup-hidup+

Kerana kemarahan mereka yang menyala-nyala;+

 4 Tentu kita sudah dihanyutkan air

Dan dilemaskan oleh arus deras;+

 5 Tentu kita sudah tenggelam di dalam air yang bergelora.

 6 Pujilah Yehuwa!

Dia telah menyelamatkan kita daripada musuh yang bagaikan binatang buas.

 7 Kita seperti burung yang terlepas

Daripada jerat pemburu;+

Jerat itu sudah dirosakkan,

Dan kita pun bebas.+

 8 Pertolongan kita datang daripada Dia yang bernama Yehuwa,+

Pencipta langit dan bumi.”

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

125 Orang yang percaya kepada Yehuwa+

Bagaikan Gunung Sion, yang kukuh dan tidak bergoyang,

Yang bertahan selama-lamanya.+

 2 Seperti gunung-gunung di sekeliling Yerusalem,+

Demikian juga Yehuwa melindungi umat-Nya,+

Sekarang dan selama-lamanya.

 3 Orang jahat tidak akan terus memegang tongkat kekuasaan di negeri orang baik,+

Supaya orang baik tidak ikut berbuat jahat.+

 4 Ya Yehuwa, berbuat baiklah kepada orang baik;+

Berbuat baiklah kepada orang yang tulus hati.+

 5 Tetapi ya Yehuwa, Engkau akan membinasakan orang yang menyeleweng.

Engkau akan membinasakan mereka bersama orang jahat.+

Semoga Israel aman dan damai.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

126 Semasa Yehuwa membawa pulang penduduk Sion yang ditawan,+

Kita seperti bermimpi!

 2 Pada masa itu, kita tertawa riang

Dan bersorak-sorai dengan sukacita.+

Pada masa itu, orang daripada bangsa-bangsa lain berkata sesama sendiri,

“Yehuwa telah melakukan perkara yang hebat untuk mereka.”+

 3 Memang Yehuwa telah melakukan perkara yang hebat untuk kita;+

Itulah sebabnya kita amat bersukacita.

 4 Ya Yehuwa, sebagaimana hujan menyebabkan sungai di Negeb* dipenuhi semula dengan air,

Kumpulkanlah semula saudara-saudara kami yang ditawan.

 5 Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata,

Akan menuai hasilnya sambil bersorak gembira.

 6 Orang yang keluar dengan tangisan

Sambil membawa kantungnya yang berisi benih,

Pasti akan pulang dengan seruan sukacita+

Sambil membawa hasil tuaiannya.+

Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Salomo.

127 Jika bukan Yehuwa yang mendirikan rumah,

Sia-sialah usaha orang yang mendirikannya.+

Jika bukan Yehuwa yang melindungi kota,+

Sia-sialah usaha orang yang berjaga untuk mengawalnya.

 2 Sia-sialah kamu berjerih lelah untuk mencari makan,

Sehingga harus bangun awal pagi dan tidur larut malam,

Kerana Tuhan menjaga keperluan orang yang dikasihi-Nya

Dan membolehkan mereka tidur dengan nyenyak.+

 3 Anak-anak ialah warisan yang dikurniakan oleh Yehuwa;+

Cahaya mata ialah anugerah Tuhan.+

 4 Anak-anak yang diperoleh semasa muda,

Bagaikan anak panah di tangan seorang pahlawan.+

 5 Berbahagialah orang yang mempunyai anak yang banyak.+

Mereka tidak akan dimalukan oleh musuh,

Kerana anak-anak mereka akan membela mereka di pintu gerbang kota.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

128 Berbahagialah kamu yang takut akan Yehuwa,+

Yang hidup menurut kehendak-Nya.+

 2 Kamu akan menikmati hasil jerih payahmu.

Kamu akan berbahagia dan hidup makmur.+

 3 Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu;+

Anak-anakmu akan menjadi seperti tunas-tunas pokok zaitun di sekeliling mejamu.

 4 Demikianlah berkat yang akan dikurniakan

Kepada orang yang takut dan hormat akan Yehuwa.+

 5 Yehuwa akan memberkati kamu dari Sion.

Semoga kamu melihat Yerusalem makmur seumur hidup kamu,+

 6 Dan semoga kamu melihat anak cucumu.

Semoga Israel aman dan damai.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

129 “Musuh asyik menyerang aku sejak zaman mudaku”+

—Hendaklah orang Israel mengulangi kata-kata ini—

 2 “Musuh asyik menyerang aku sejak zaman mudaku,+

Tetapi mereka tidak dapat mengalahkan aku.+

 3 Mereka membuat belakangku seperti tanah yang dibajak;+

Alangkah panjangnya alur yang dibuat oleh mereka!”*

 4 Tetapi Yehuwa adil dan benar.+

Dia telah memutuskan tali yang digunakan oleh orang jahat untuk menindas aku.+

 5 Semua orang yang membenci Sion akan dimalukan.

Dengan penuh keaiban, mereka akan berundur.+

 6 Mereka akan menjadi seperti rumput di atas bumbung,

Yang layu bahkan sebelum dicabut,

 7 Yang tidak akan diambil oleh penuai,

Dan yang tidak akan dikumpulkan oleh orang yang mengangkat berkas-berkas tuaian.

 8 Orang yang lalu tidak akan berkata,

“Semoga Yehuwa memberkati kamu;

Kami memberkati kamu atas nama Yehuwa.”

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

130 Ya Yehuwa, aku berseru kepada-Mu dari jurang kesusahan.+

 2 Ya Yehuwa, dengarlah rintihanku,

Dengarlah seruanku untuk meminta tolong.

 3 Ya Tuhan Yah,* jika Engkau hanya memperhatikan kesalahan,

Siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman, ya Yehuwa?+

 4 Engkau mengampuni orang dengan sepenuhnya,+

Supaya Engkau disanjung tinggi.+

 5 Aku berharap kepada Yehuwa dengan segenap hatiku;

Aku menantikan saat ketika Dia menunaikan janji-Nya.

 6 Aku menantikan Yehuwa dengan bersungguh-sungguh,+

Lebih daripada penjaga malam menantikan subuh,+

Lebih daripada penjaga malam menantikan fajar menyingsing.

 7 Hendaklah Israel terus menantikan Yehuwa,

Kerana Yehuwa berlimpah-limpah dengan kasih setia,+

Dan kuasa-Nya untuk menebus tidak terhingga.

 8 Dia akan menebus Israel daripada segala dosa mereka.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Daud.

131 Ya Yehuwa, aku tidak tinggi hati,

Dan aku tidak sombong.+

Aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar,+

Atau yang melampaui batas kemampuanku.

 2 Sebaliknya, hatiku tenang dan tenteram.+

Seperti anak kecil di pangkuan ibunya,

Aku berasa puas hati.

 3 Hendaklah Israel menantikan Yehuwa,+

Sekarang dan selama-lamanya.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

132 Ya Yehuwa, ingatlah akan Daud

Dan segala penderitaan yang dialaminya.+

 2 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Maha Kuat, Tuhan Yakub,

Ingatlah akan sumpahnya dan ikrarnya kepada-Mu. Dia berkata,+

 3 “Aku tidak akan pulang ke rumahku.+

Aku tidak akan berbaring di katilku.

 4 Aku tidak akan tidur;

Aku tidak akan membiarkan mataku terlelap,

 5 Sehingga aku menjumpai tempat kediaman untuk Yehuwa,

Tempat yang indah bagi Tuhan Yang Maha Kuat, Tuhan Yakub.”+

 6 Kami telah mendengar tentang tabut perjanjian di Efrata;+

Kami telah menemuinya di kawasan hutan.+

 7 Kami berkata, “Marilah kita pergi ke tempat kediaman-Nya;+

Marilah kita bersujud di hadapan alas kaki-Nya.”+

 8 Ya Yehuwa, bangkitlah dan datanglah ke tempat kediaman-Mu.+

Datanglah bersama tabut perjanjian yang melambangkan kekuatan-Mu.+

 9 Semoga para imam-Mu sentiasa melakukan apa yang benar,

Dan semoga umat-Mu yang setia bersorak dengan gembira.

10 Demi Daud, hamba-Mu,

Janganlah menolak orang yang Engkau urapi.+

11 Ya Yehuwa, Engkau telah bersumpah kepada Daud,

Dan Engkau tidak akan memungkiri janji-Mu ini:

“Aku akan melantik salah seorang daripada keturunanmu

Untuk duduk di atas takhtamu.+

12 Jika anak-anakmu setia kepada perjanjian-Ku

Dan mentaati segala yang Aku ajarkan kepada mereka,+

Maka anak-anak mereka juga

Akan duduk di atas takhtamu untuk selama-lamanya.”+

13 Yehuwa telah memilih Sion;+

Dia ingin menjadikan tempat itu kediaman-Nya.+

14 Dia berfirman, “Aku ingin tinggal di sini;

Di sinilah tempat kediaman-Ku selama-lamanya.+

15 Aku akan memberkati Sion agar berlimpah-limpah dengan makanan;

Penduduknya yang miskin akan Aku kenyangkan dengan roti.+

16 Aku akan menyelamatkan imam-imamnya,*+

Dan penduduknya yang setia akan bersorak dengan gembira.+

17 Aku memelihara garis keturunan* hamba-Ku yang terurap.

Aku akan membuat kekuatan Daud bertambah di Sion.+

18 Aku akan memalukan musuh-musuhnya,

Tetapi Aku akan membuat kerajaannya makmur dan berjaya.”+

Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Daud.

133 Lihatlah! Alangkah baiknya dan indahnya

Apabila semua saudara hidup bersatu padu!+

 2 Hal itu seperti minyak yang berharga,

Yang dituangkan ke atas kepala Harun,+

Lalu mengalir ke janggutnya+

Dan menitis ke leher jubahnya.

 3 Hal itu seperti embun di Gunung Hermon,+

Yang turun ke gunung-gunung di Sion.+

Di sanalah Yehuwa mencurahkan berkat-Nya

—Kehidupan yang kekal.

Mazmur Orang yang Naik ke Kota.

134 Pujilah Yehuwa,

Hai hamba-hamba Yehuwa,+

Yang berkhidmat di Rumah Yehuwa pada waktu malam.+

 2 Hendaklah kamu tetap suci semasa menadahkan tangan untuk berdoa.*+

Hendaklah kamu memuji Yehuwa.

 3 Semoga Yehuwa, Pencipta langit dan bumi,

Memberkati kamu dari Sion.

135 Pujilah Yah!*

Pujilah nama Yehuwa.

Pujilah Dia, hai hamba-hamba Yehuwa,+

 2 Yang berdiri di rumah Yehuwa,

Di halaman rumah Tuhan kita.+

 3 Pujilah Yah, kerana Yehuwa baik.+

Bernyanyilah untuk memuji nama-Nya yang baik.*

 4 Yah telah memilih Yakub;

Dia menjadikan Israel milik-Nya yang khas.*+

 5 Aku tahu benar bahawa Yehuwa itu agung;

Tuhan* kita lebih agung daripada semua tuhan yang lain.+

 6 Yehuwa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya,+

Di langit dan di bumi, di laut dan di samudera dalam.

 7 Dia menyebabkan awan* naik dari hujung bumi;

Dia membuat kilat terpancar semasa hujan turun;*

Dia memerintahkan angin keluar dari gudang-Nya.+

 8 Dia membunuh semua anak sulung di Mesir,

Baik anak sulung manusia mahupun anak sulung haiwan.+

 9 Dia melakukan mukjizat dan hal yang ajaib di Mesir,+

Untuk menghukum Firaun* dan semua pegawainya.+

10 Dia memusnahkan banyak bangsa+

Dan membunuh raja-raja yang berkuasa.+

11 Dia membunuh Sihon, raja orang Amori,+

Dan Og, raja Basan,+

Serta semua raja di Kanaan.

12 Dia menyerahkan negeri mereka kepada orang Israel

Sebagai harta warisan umat-Nya.+

13 Ya Yehuwa, nama-Mu akan kekal selama-lamanya.

Ya Yehuwa, kemasyhuran-Mu* akan dikenang dari generasi ke generasi.+

14 Yehuwa akan membela umat-Nya,+

Dan Dia akan berbelas kasihan terhadap hamba-hamba-Nya.+

15 Patung berhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas,

Dihasilkan oleh tangan manusia.+

16 Berhala ada mulut tetapi tidak dapat bercakap;+

Ada mata tetapi tidak dapat melihat;

17 Ada telinga tetapi tidak dapat mendengar;

Ada hidung tetapi tidak dapat bernafas.+

18 Orang yang membuat berhala akan menjadi seperti berhala,+

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang percaya kepada berhala.+

19 Hai orang Israel, pujilah Yehuwa.

Hai keturunan Harun, pujilah Yehuwa.

20 Hai keturunan Lewi, pujilah Yehuwa.+

Hai orang yang takut akan Yehuwa, pujilah Yehuwa.

21 Pujilah Yah,+

Tuhan yang tinggal di Yerusalem.+

Pujilah Yehuwa dari Sion!+

136 Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia baik;+

Kasih setia-Nya kekal abadi.+

 2 Bersyukurlah kepada Tuhan atas segala tuhan,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

 3 Bersyukurlah kepada Tuan atas segala tuan,

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

 4 Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.+

 5 Dia menjadikan langit dengan kebijaksanaan-Nya,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

 6 Dia membentangkan bumi di atas air,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

 7 Dia menciptakan cahaya yang terang di langit,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

 8 Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

 9 Dia menciptakan bulan dan bintang untuk memerintah malam,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

10 Dia membunuh anak sulung di Mesir,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

11 Dia membawa orang Israel keluar dari Mesir,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

12 Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

13 Dia membelah Laut Merah,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

14 Dia memimpin umat Israel melalui laut itu,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

15 Dia menenggelamkan Firaun dan tenteranya di dalam Laut Merah,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

16 Dia memimpin umat-Nya melalui padang belantara,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

17 Dia mengalahkan raja-raja yang berkuasa,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

18 Dia membunuh raja-raja yang perkasa,

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi;

19 Dia membunuh Sihon,+ raja orang Amori,

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

20 Dia membunuh Og,+ raja Basan,

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

21 Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya sebagai warisan,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

22 Dia memberikan tanah mereka sebagai warisan kepada hamba-Nya Israel,

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

23 Dia tidak melupakan kita semasa kita dihina,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.+

24 Dia sentiasa menyelamatkan kita daripada musuh,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

25 Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup,+

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

26 Bersyukurlah kepada Tuhan yang berkuasa atas syurga,

Kerana kasih setia-Nya kekal abadi.

137 Di tepi sungai-sungai di Babilon,+ kita duduk dan meratap,

Apabila kita terkenang akan Sion.+

 2 Kita menggantungkan kecapi+

Pada pokok poplar di sana.

 3 Orang yang menawan kita menyuruh kita menyanyi;+

Orang yang mengejek kita menyuruh kita menghiburkan mereka.

Mereka berkata, “Nyanyikanlah lagu tentang Sion untuk kami.”

 4 Bagaimanakah kita dapat menyanyikan lagu pujian untuk Yehuwa

Di negeri asing?

 5 Jika aku melupakanmu, hai Yerusalem,

Biarlah segala kemahiran tangan kananku hilang.*+

 6 Jika aku lupa akanmu, hai Yerusalem,

Dan tidak menggemarimu

Lebih daripada segala hal yang menggembirakan aku,+

Biarlah lidahku melekat pada lelangit mulutku.

 7 Ya Yehuwa, ingatlah

Kata-kata orang Edom ketika Yerusalem ditawan:

“Robohkanlah kota itu! Robohkannya sampai ke dasarnya!”+

 8 Hai kota Babilon yang menindas kami,

Engkau bakal dimusnahkan!+

Berbahagialah orang yang membalas perbuatanmu terhadap kami!+

 9 Berbahagialah orang yang merampas anak-anakmu

Lalu menghempaskan mereka pada batu!+

Mazmur yang digubah oleh Daud.

138 Aku akan memuji-Mu dengan segenap hatiku.+

Di hadapan tuhan-tuhan lain,

Aku akan menyanyikan pujian kepada-Mu.

 2 Aku akan sujud ke arah Rumah-Mu yang suci+

Dan memuji nama-Mu,+

Kerana Engkau pengasih dan setia,

Kerana Engkau menjadikan firman-Mu dan nama-Mu lebih agung daripada segala-galanya.*

 3 Engkau menjawab ketika aku berseru kepada-Mu;+

Engkau menguatkan aku dan memberanikan aku.+

 4 Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya Yehuwa,+

Kerana mereka telah mendengar tentang janji-janji yang Engkau ucapkan.

 5 Mereka akan bernyanyi tentang perbuatan Yehuwa,

Kerana kemuliaan Yehuwa besar.+

 6 Meskipun Yehuwa begitu agung, Dia akrab dengan* orang yang rendah hati,+

Tetapi Dia tidak ingin bersahabat dengan orang yang sombong.*+

 7 Ya Tuhan, walaupun aku dalam bahaya, Engkau akan memelihara nyawaku.+

Engkau menghulurkan tangan-Mu untuk menentang musuh-musuhku yang sedang marah;

Dengan tangan kanan-Mu, Engkau menyelamatkan aku.

 8 Ya Yehuwa, Engkau akan melaksanakan segala-galanya demi aku.

Ya Yehuwa, kasih setia-Mu kekal abadi;+

Janganlah tinggalkan manusia yang telah Engkau ciptakan.+

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

139 Ya Yehuwa, Engkau menyelidiki aku, dan Engkau mengenali aku.+

 2 Engkau mengetahui fikiranku dari jauh.+

Engkau tahu bila aku duduk dan bila aku berdiri.+

 3 Engkau memperhatikan aku semasa aku berjalan dan semasa aku berbaring;

Engkau mengetahui segala perbuatanku.+

 4 Ya Yehuwa, sebelum lidahku mengucapkan sepatah kata pun,

Engkau sudah mengetahui apa yang akan aku katakan.+

 5 Engkau mengelilingi aku dari segala penjuru;

Engkau melindungi aku dengan tangan-Mu.

 6 Pengetahuan-Mu tentang diriku terlalu dalam* bagiku,

Tidak terjangkau oleh akal fikiranku.+

 7 Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada kuasa suci-Mu?

Ke manakah aku dapat lari untuk bersembunyi daripada-Mu?+

 8 Jika aku naik ke langit, Engkau ada di sana.

Jika aku berbaring di Kuburan,* Engkau juga ada di sana.+

 9 Seandainya aku terbang dengan sayap sinar fajar

Ke laut yang paling jauh dan tinggal di situ,

10 Di sana pun Engkau akan memimpin aku,

Dan tangan kanan-Mu akan melindungi aku.+

11 Jika aku berkata, “Kegelapan akan menyembunyikan aku!”

Maka malam yang menyelubungi aku akan menjadi terang.

12 Bagi-Mu, kegelapan itu tidak gelap,

Dan malam itu cerah seperti siang;+

Bagi-Mu, kegelapan tiada bezanya dengan cahaya.+

13 Engkau menciptakan ginjalku;

Engkau melindungi* aku di dalam rahim ibuku.+

14 Aku memuji-Mu kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.+

Segala perbuatan-Mu mengagumkan.+

Aku benar-benar menyedarinya.

15 Ketika aku dibentuk secara rahsia, Engkau sudah melihat aku;

Ketika aku membesar di dalam rahim ibuku,*

Engkau melihat tulang-tulangku.+

16 Semasa aku dalam kandungan ibuku,* Engkau sudah melihat aku.

Sebelum bahagian-bahagian tubuhku wujud,

Sebelum anggota tubuhku dibentuk,

Hari-hari pertumbuhannya sudah tercatat dalam kitab-Mu.

17 Ya Tuhan, betapa berharganya fikiran-Mu bagiku,+

Dan betapa banyak jumlahnya!+

18 Jika dihitung, bilangannya lebih banyak daripada butir pasir.+

Ketika aku bangun, aku masih bersama-sama-Mu.*+

19 Ya Tuhan, bunuhlah orang yang jahat+

Dan jauhkanlah orang yang ganas daripadaku.

20 Mereka sengaja bercakap buruk tentang-Mu;

Mereka memusuhi-Mu dan menyalahgunakan nama-Mu.+

21 Ya Yehuwa, aku membenci orang yang membenci-Mu;+

Aku jijik terhadap orang yang melawan-Mu.+

22 Aku betul-betul membenci mereka;+

Mereka sudah menjadi musuh ketatku.

23 Ya Tuhan, selidikilah aku dan selamilah hatiku.+

Periksalah aku dan ketahuilah kerunsinganku.+

24 Periksalah sama ada terdapat kecenderungan yang salah dalam diriku+

Dan pimpinlah aku+ ke jalan yang abadi.

Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.

140 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku daripada orang yang jahat;

Lindungilah aku daripada orang yang ganas.+

 2 Mereka merancang kejahatan+

Dan menimbulkan perselisihan sepanjang hari.

 3 Lidah mereka tajam seperti lidah ular;+

Racun ular berbisa ada di bibir mereka.+ (Selah)

 4 Ya Yehuwa, lindungilah aku daripada tangan orang jahat;+

Peliharalah aku daripada orang ganas

Yang merancang untuk menjatuhkan aku.

 5 Orang sombong memasang perangkap untukku;

Mereka merentangkan jaring di tepi jalan.+

Mereka memasang jerat untukku.+ (Selah)

 6 Aku berkata kepada Yehuwa, “Engkaulah Tuhanku.

Ya Yehuwa, dengarlah seruanku meminta tolong.”+

 7 Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Penyelamatku yang perkasa,

Engkau melindungi aku* dalam pertempuran.+

 8 Ya Yehuwa, janganlah mengabulkan keinginan orang jahat.

Janganlah biarkan rancangan mereka berjaya, supaya mereka tidak meninggikan diri.+ (Selah)

 9 Biarlah orang yang mengepung aku

Ditimpa kejahatan yang diucapkan oleh mereka sendiri.+

10 Biarlah mereka dihujani bara api yang menyala-nyala.+

Biarlah mereka dilemparkan ke dalam api.

Biarlah mereka dicampakkan ke dalam jurang+ sehingga tidak dapat keluar lagi.

11 Janganlah biarkan pemfitnah tinggal di bumi.+

Biarlah kejahatan memburu dan membinasakan orang yang ganas.

12 Ya Yehuwa, aku tahu bahawa Engkau akan membela orang yang ditindas

Dan menegakkan keadilan bagi orang yang miskin.+

13 Sesungguhnya, orang yang baik akan memuji nama-Mu;

Orang yang tulus hati akan hidup di hadirat-Mu.+

Lagu yang digubah oleh Daud.

141 Ya Yehuwa, aku berseru kepada-Mu.+

Datanglah segera untuk membantuku.+

Dengarkanlah seruanku.+

 2 Semoga Engkau menerima doaku seperti kemenyan+ yang disediakan dengan teliti.+

Semasa aku menadahkan tangan untuk berdoa, semoga Engkau menerima permohonanku seperti korban bijirin pada waktu petang.+

 3 Ya Yehuwa, bantulah aku untuk mengawal mulutku;

Bantulah aku untuk mengawasi bibirku.+

 4 Janganlah membiarkan hatiku terpancing untuk berbuat jahat,+

Supaya aku tidak melakukan perbuatan keji bersama orang jahat

Dan tidak berpesta bersama mereka.

 5 Jika orang baik menghukumku, aku akan menganggapnya sebagai kasih setia;+

Jika orang baik menegurku, aku akan memandangnya seperti minyak untuk kepalaku;+

Aku sama sekali tidak akan menolaknya.+

Biarpun mereka ditimpa malapetaka, aku akan tetap berdoa untuk mereka.

 6 Apabila hakim-hakim dicampakkan dari tebing batu,

Rakyat akan mendengarkan kata-kataku, kerana kata-kataku menyenangkan hati.

 7 Seperti tanah yang dihancurkan dengan bajak,

Tulang-tulang kami berhamburan di hadapan Kuburan.*

 8 Tetapi aku bergantung pada-Mu, ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.+

Aku berlindung kepada-Mu.

Janganlah meragut nyawaku.

 9 Lindungilah aku daripada perangkap yang dipasang untukku;

Lindungilah aku daripada jerat orang jahat.

10 Orang jahat akan jatuh ke dalam jaring mereka sendiri,+

Tetapi aku akan terlepas dan selamat.

Maskil.* Doa Daud semasa dia berada di dalam gua.+

142 Aku berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong;+

Aku merayu kepada Yehuwa agar Dia berbelas kasihan terhadapku.

 2 Aku menyatakan kekhuatiranku kepada-Nya;

Aku meluahkan kesusahanku kepada-Nya.+

 3 Ya Tuhan, apabila aku patah semangat,

Engkau memperhatikan haluan yang aku tempuh.+

Di jalan yang aku lalui,

Musuh memasang perangkap untukku.

 4 Lihatlah di sebelah kananku,

Tiada sesiapa pun yang mempedulikan aku.+

Aku tidak dapat melarikan diri ke mana-mana;+

Tiada seorang pun yang mengambil berat tentangku.

 5 Ya Yehuwa, aku berseru kepada-Mu untuk meminta tolong.

Aku berkata, “Engkaulah pelindungku;+

Engkau sahajalah harapanku di dunia ini.”

 6 Dengarkanlah seruanku untuk meminta tolong,

Kerana keadaanku amat terdesak.

Selamatkanlah aku daripada orang yang menganiaya aku,+

Kerana mereka lebih kuat daripadaku.

 7 Bebaskanlah aku dari penjara

Agar aku dapat memuji nama-Mu.

Semoga orang yang baik berkumpul di sekelilingku

Kerana melihat kebaikan-Mu terhadapku.

Lagu yang digubah oleh Daud.

143 Ya Yehuwa, dengarlah doaku;+

Dengarlah seruanku untuk meminta tolong.

Engkau baik dan setia, maka jawablah doaku.

 2 Janganlah membawa hamba-Mu ke muka pengadilan,

Kerana tiada seorang pun yang tidak bersalah di hadapan-Mu.+

 3 Musuh telah memburu aku

Dan menewaskan aku.*

Musuh menyebabkan aku hidup dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.

 4 Aku patah semangat;+

Aku tidak bermaya.+

 5 Aku terkenang akan masa lalu;

Aku merenungkan segala yang telah Engkau lakukan;+

Aku memikirkan* perbuatan-Mu dengan bersungguh-sungguh.

 6 Aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Mu;

Aku amat memerlukan Engkau sepertimana tanah kering memerlukan hujan.+ (Selah)

 7 Ya Yehuwa, jawablah doaku dengan segera,+

Kerana kekuatanku sudah hampir lenyap.+

Janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku,+

Supaya aku tidak menjadi seperti orang yang akan turun ke dalam kubur.+

 8 Setiap pagi, biarlah aku mendengar tentang kasih setia-Mu,

Kerana aku percaya kepada-Mu.

Tunjukkanlah jalan yang harus aku tempuh,+

Kerana aku berharap kepada-Mu dengan sepenuh jiwaku.

 9 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+

Selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku.

10 Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu,+

Kerana Engkaulah Tuhanku.

Engkau sungguh baik;

Pimpinlah aku dengan kuasa suci-Mu agar aku tetap mengikut haluan yang benar.*

11 Demi nama-Mu, ya Yehuwa, peliharalah nyawaku.

Selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.+

12 Hapuskanlah musuh-musuhku kerana Engkau pengasih dan setia;+

Binasakanlah semua orang yang menindas aku,+

Kerana aku ini hamba-Mu.+

Mazmur yang digubah oleh Daud.

144 Pujilah Yehuwa, Gunung Batuku.+

Dia melatih aku untuk berperang

Dan mengajar aku untuk bertempur.+

 2 Dia menunjukkan kasih setia kepadaku.

Dialah kubuku, tempat persembunyianku, dan tempat perlindunganku.

Dialah perisaiku dan penyelamatku.+

Dia membuat bangsa-bangsa tunduk kepadaku.+

 3 Ya Yehuwa, siapakah manusia sehingga Engkau mengambil peduli tentang mereka?

Siapakah manusia fana sehingga Engkau memperhatikan mereka?+

 4 Manusia bagaikan hembusan nafas;+

Hidup mereka berlalu dengan cepat seperti bayang-bayang.+

 5 Ya Yehuwa, rendahkanlah langit-Mu dan turunlah;+

Sentuhlah gunung-gunung supaya berasap.+

 6 Pancarkanlah kilat dan cerai-beraikanlah musuhku;+

Lepaskanlah anak panah-Mu supaya musuhku kacau-bilau.+

 7 Hulurkanlah tangan-Mu dari syurga;

Selamatkanlah aku dari air yang bergelora.

Selamatkanlah aku daripada tangan orang asing+

 8 Yang mengucapkan dusta

Dan yang mengangkat tangan kanan untuk membuat sumpah palsu.

 9 Ya Tuhan, aku akan menyanyikan lagu baharu untuk-Mu.+

Aku akan memainkan alat muzik bertali* sambil bernyanyi untuk memuji-Mu,

10 Tuhan yang memberikan kemenangan* kepada raja-raja+

Dan yang menyelamatkan hamba-Mu Daud agar tidak mati dibunuh pedang.+

11 Selamatkanlah aku daripada tangan orang asing

Yang mengucapkan dusta

Dan yang mengangkat tangan kanan untuk membuat sumpah palsu.

12 Dengan itu, anak-anak lelaki kami akan menjadi seperti tanaman muda yang membesar dengan cepat,

Dan anak-anak perempuan kami akan menjadi seperti tiang yang menghiasi sudut-sudut istana.

13 Gudang-gudang kami akan melimpah dengan pelbagai hasil bumi.

Kawanan bebiri di ladang kami akan membiak sampai berpuluh-puluh ribu banyaknya.

14 Lembu-lembu kami yang mengandung tidak akan mengalami kecederaan atau keguguran.

Tangisan kesengsaraan tidak akan kedengaran di dataran kota kami.

15 Berbahagialah bangsa yang sedemikian!

Berbahagialah umat yang mengakui Yehuwa sebagai Tuhan mereka!+

Lagu pujian Daud.

א [Alef]

145 Aku akan mengagungkan-Mu, ya Tuhan dan Rajaku.+

Aku akan memuji nama-Mu selama-lamanya.+

ב [Bet]

 2 Aku akan memuji-Mu sepanjang hari.+

Aku akan memuji nama-Mu selama-lamanya.+

ג [Gimel]

 3 Ya Yehuwa, Engkau agung dan harus dipuji setinggi-tingginya.+

Kebesaran-Mu tidak dapat difahami.+

ד [Dalet]

 4 Orang akan memuji perbuatan-Mu dari generasi ke generasi.

Mereka akan memberitakan perbuatan-Mu yang hebat.+

ה [He]

 5 Mereka akan mengumumkan kemuliaan dan keagungan-Mu,+

Dan aku akan merenungkan perbuatan-Mu yang mengagumkan.

ו [Waw]

 6 Mereka akan mengisytiharkan perbuatan-Mu yang menakjubkan,*

Dan aku akan mengumumkan kebesaran-Mu.

ז [Zayin]

 7 Dengan penuh semangat, mereka akan menceritakan kebaikan-Mu yang berlimpah-limpah,+

Dan mereka akan bersorak dengan gembira kerana Engkau adil dan benar.+

ח [Het]

 8 Ya Yehuwa, Engkau penuh rahmat dan belas kasihan.+

Engkau tidak cepat murka dan penuh dengan kasih setia.+

ט [Tet]

 9 Ya Yehuwa, Engkau baik kepada semua orang,+

Dan belas kasihan-Mu nyata dalam segala perbuatan-Mu.

י [Yod]

10 Semua makhluk ciptaan-Mu akan memuliakan-Mu, ya Yehuwa,+

Dan umat-Mu yang setia akan memuji-Mu.+

כ [Kap]

11 Mereka akan mengumumkan kegemilangan kerajaan-Mu+

Dan mengisytiharkan keperkasaan-Mu,+

ל [Lamed]

12 Supaya orang tahu tentang perbuatan-Mu yang hebat,+

Dan tentang pemerintahan-Mu yang mulia dan agung.+

מ [Mem]

13 Pemerintahan-Mu kekal selama-lamanya,

Dan kerajaan-Mu akan bertahan dari generasi ke generasi.+

ס [Samek]

14 Ya Yehuwa, Engkau menolong semua orang yang hampir jatuh+

Dan menguatkan orang yang dibebani kesusahan.+

ע [Ayin]

15 Semua makhluk ciptaan-Mu bergantung pada-Mu;

Engkau memberi semuanya makanan pada waktunya.+

פ [Pe]

16 Engkau membuka tangan-Mu

Dan memuaskan keinginan semua makhluk hidup.+

צ [Tsade]

17 Yehuwa adil dalam segala tindakan-Nya+

Dan setia dalam semua perbuatan-Nya.+

ק [Qof]

18 Yehuwa dekat kepada semua orang yang berseru kepada-Nya;+

Dia menghampiri semua orang yang berseru kepada-Nya dengan ikhlas.+

ר [Res]

19 Dia memenuhi keinginan orang yang takut akan-Nya;+

Apabila mereka berseru meminta tolong, Dia akan mendengar lalu menyelamatkan mereka.+

ש [Syin]

20 Yehuwa melindungi semua orang yang mengasihi-Nya,+

Tetapi Dia akan membinasakan semua orang yang jahat.+

ת [Taw]

21 Aku akan mengucapkan kata-kata pujian kepada Yehuwa;+

Hendaklah semua makhluk hidup memuji nama-Nya yang suci buat selama-lamanya.+

146 Pujilah Yah!*+

Pujilah Yehuwa, hai jiwaku!+

 2 Aku akan memuji Yehuwa seumur hidupku.

Aku akan menyanyikan pujian kepada* Tuhanku sepanjang hayatku.

 3 Janganlah berharap kepada pemerintah atau mana-mana manusia.

Mereka tidak dapat membawa penyelamatan.+

 4 Apabila manusia putus nafas, mereka kembali ke tanah;+

Pada hari itu juga, segala fikiran mereka lenyap.+

 5 Berbahagialah orang yang ditolong oleh Tuhan Yakub,+

Dan yang berharap kepada Yehuwa, Tuhannya.+

 6 Dialah Pencipta langit dan bumi

Serta laut dan segala isinya.+

Dia tetap setia untuk selama-lamanya.+

 7 Dia membela orang yang ditindas

Dan memberikan makanan kepada orang yang lapar.+

Yehuwa membebaskan orang tawanan.+

 8 Yehuwa mencelikkan mata orang buta;+

Yehuwa membantu orang yang dibebani kesusahan;+

Yehuwa mengasihi orang yang berbuat benar.

 9 Yehuwa melindungi penduduk asing;

Dia menjaga anak yatim dan balu,+

Tetapi Dia merosakkan rancangan orang jahat.*+

10 Yehuwa akan menjadi Raja untuk selama-lamanya.+

Hai Sion, Tuhanmu akan memerintah dari generasi ke generasi.

Pujilah Yah!*

147 Pujilah Yah!*

Memang baik kita menyanyikan lagu pujian* untuk Tuhan kita!

Memang elok dan patut kita memuji-Nya!+

 2 Yehuwa sedang membina Yerusalem;+

Dia mengumpulkan orang Israel yang tercerai-berai.+

 3 Dia menyembuhkan orang yang hancur hati;

Dia membalut luka mereka.

 4 Dia menghitung jumlah bintang;

Dia memanggil nama setiap bintang.+

 5 Tuhan kita agung dan sungguh berkuasa;+

Kebijaksanaan-Nya* tidak terhingga.+

 6 Yehuwa membantu orang yang rendah hati,+

Tetapi Dia mencampakkan orang yang jahat ke tanah.

 7 Nyanyikanlah lagu kesyukuran kepada Yehuwa;

Nyanyikanlah pujian kepada Tuhan kita sambil diiringi kecapi.

 8 Dia menutupi langit dengan awan.

Dia menurunkan hujan ke bumi+

Dan membuat rumput tumbuh+ di gunung.

 9 Dia memberikan makanan kepada binatang;+

Dia memberikan makanan kepada anak burung gagak yang menciap-ciap.+

10 Bagi-Nya, kekuatan kuda tidak menakjubkan;+

Bagi-Nya, ketangkasan kaki manusia tidak mengagumkan.+

11 Yehuwa suka akan orang yang takut kepada-Nya+

Dan yang menantikan kasih setia-Nya.+

12 Muliakanlah Yehuwa, hai Yerusalem!

Pujilah Tuhanmu, hai Sion!

13 Dia menguatkan palang pintu gerbangmu

Dan memberkati pendudukmu.

14 Dia mendatangkan keamanan di negerimu+

Dan memuaskanmu dengan gandum yang terbaik.+

15 Dia memberikan perintah kepada bumi,

Dan dengan segera, perintah itu* pun sampai.

16 Dia menurunkan salji yang bagaikan bulu biri-biri;+

Dia menghamburkan embun beku seperti menghamburkan abu.+

17 Dia menurunkan hujan batu seperti cebisan roti.+

Siapakah yang tahan menghadapi kesejukan itu?+

18 Dengan perintah-Nya, air batu mencair.

Apabila Dia meniupkan angin,+ air pun mengalir.

19 Dia memberikan firman-Nya kepada Yakub;

Dia memberikan peraturan dan hukum-Nya kepada Israel.+

20 Dia tidak berbuat demikian bagi bangsa-bangsa lain;+

Mereka tidak mengenal hukum-Nya.

Pujilah Yah!*+

148 Pujilah Yah!*

Pujilah Yehuwa, hai seisi syurga!+

Pujilah Dia, hai kamu yang tinggal di tempat tinggi!

 2 Pujilah Dia, hai semua malaikat-Nya!+

Pujilah Dia, hai seluruh angkatan tentera-Nya!+

 3 Pujilah Dia, hai matahari dan bulan!

Pujilah Dia, hai semua bintang yang gemerlapan!+

 4 Pujilah Dia, hai langit yang tertinggi

Dan awan di langit!*

 5 Biarlah semuanya memuji nama Yehuwa,

Kerana dengan perintah-Nya, semuanya diciptakan.+

 6 Dia mengukuhkan semua itu agar kekal selama-lamanya;+

Peraturan yang ditetapkan-Nya kekal abadi.+

 7 Pujilah Yehuwa, hai seisi bumi;

Hai makhluk laut yang besar dan seluruh samudera raya,

 8 Hai kilat dan hujan batu, salji dan awan tebal,

Hai angin ribut yang melaksanakan perintah-Nya,+

 9 Hai gunung dan semua bukit,+

Hai pokok buah-buahan dan semua pokok sedar,+

10 Hai binatang liar+ dan semua binatang jinak,

Hai binatang menjalar dan burung,

11 Hai raja-raja di bumi dan semua bangsa,

Hai para pembesar dan semua hakim di bumi,+

12 Hai pemuda dan pemudi,

Hai orang tua dan orang muda,

13 Pujilah nama Yehuwa,

Kerana nama-Nya lebih agung daripada segala-galanya.+

Kemuliaan-Nya lebih besar daripada langit dan bumi.+

14 Dia akan menambahkan kekuatan umat-Nya,

Agar pujian diberikan kepada umat-Nya yang setia,

Iaitu orang Israel, bangsa yang akrab dengan-Nya.

Pujilah Yah!*

149 Pujilah Yah!*

Nyanyikanlah lagu baharu kepada Yehuwa;+

Pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia.+

 2 Hendaklah orang Israel bersukacita kerana Pencipta Agung mereka;+

Hendaklah penduduk Sion bergembira kerana Raja mereka.

 3 Hendaklah mereka menari sambil memuji nama-Nya;+

Hendaklah mereka menyanyikan pujian kepada-Nya* dengan iringan tamborin dan kecapi.+

 4 Yehuwa berkenan kepada umat-Nya.+

Dia menyelamatkan orang yang rendah hati supaya mereka dimuliakan.+

 5 Hendaklah umat Tuhan yang setia bersukacita kerana kemuliaan yang dikurniakan kepada mereka;

Hendaklah mereka berseru dengan gembira di tempat tidur mereka.+

 6 Hendaklah mereka menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan;

Hendaklah mereka memegang pedang bermata dua,

 7 Untuk melaksanakan pembalasan terhadap bangsa-bangsa

Dan membawa hukuman terhadap suku-suku bangsa,

 8 Untuk membelenggu raja-raja mereka

Dan mengikat para bangsawan mereka dengan rantai besi,

 9 Dan untuk melaksanakan hukuman terhadap mereka semua, seperti yang tertulis.+

Demikianlah kemuliaan yang diberikan kepada semua umat-Nya yang setia.

Pujilah Yah!*

150 Pujilah Yah!*+

Pujilah Tuhan di tempat suci-Nya!+

Pujilah Tuhan di angkasa yang membuktikan kekuatan-Nya!+

 2 Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang hebat!+

Pujilah Dia kerana keagungan-Nya yang tiada tandingan!+

 3 Pujilah Dia dengan trompet!+

Pujilah Dia dengan kecapi dan alat muzik bertali!+

 4 Pujilah Dia dengan tamborin+ dan tarian!*

Pujilah Dia dengan alat muzik bertali+ dan seruling!+

 5 Pujilah Dia dengan simbal yang berdenting!

Pujilah Dia dengan simbal yang berdentang!+

 6 Pujilah Yah, hai semua makhluk hidup!

Pujilah Yah!*+

Atau “aliran air.”

Atau “dan Kristus-Nya.”

Atau “amaran.”

Lihat Kamus.

Atau “Yehuwa akan mengekhaskan hamba-Nya yang setia bagi diri-Nya.”

Lihat Kamus.

Atau “orang yang menumpahkan darah dan yang suka memperdaya orang lain.”

Lihat Kamus.

Atau “tidak ingat.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “jika aku mengasihani orang yang menentang aku tanpa sebab.”

Atau “integritiku.”

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “Kemuliaan-Mu diceritakan sampai ke langit!”

Lihat Kamus.

Huruf Ibrani yang pertama. Pada asalnya, mazmur ini ditulis mengikut urutan abjad.

Atau “tempat perlindungan yang tinggi.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “Orang yang tamak memuji diri sendiri.”

Atau “Tuhan tidak penting bagiku.”

Atau “penghakiman-Mu.”

Atau “di dalam belukar.”

Atau mungkin, “Dia akan menghujani orang jahat dengan bara api.”

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “di dalam pelebur yang ditempatkan di atas tanah.”

Atau “telah berbuat baik kepadaku.”

Atau “Orang yang tidak berakal; Orang yang tidak munasabah.”

Atau “Yehuwa tidak penting bagiku.”

Atau “hidup berintegriti.”

Atau “yang bercakap benar dalam hatinya.”

Atau “tidak memalukan sahabatnya.”

Ibrani, mikh·tamʹ. Lihat Kamus, “Miktam.”

Atau “perasaanku yang terdalam.” Harfiah, “ginjalku.”

Lihat Kamus.

Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”

Harfiah, “dan tanduk penyelamatanku.” Lihat Kamus, “Tanduk.”

Atau “tempat naunganku yang tinggi.”

Lihat Kamus, “Kuburan.”

Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.

Atau “sayap angin.”

Atau “luas.”

Atau “yang menderita.”

Atau “Engkau telah memberikan kemenangan yang hebat kepada.”

Atau mungkin, “Tetapi tali pengukur direntangkan.”

Atau “orang yang tidak berpengalaman.”

Perkataan Ibrani asal juga menggambarkan seseorang yang bertindak sesuka hati sehingga melampaui batasnya.

Atau “banyak.”

Kata-kata dalam ayat 1-5 nampaknya diucapkan oleh rakyat kepada raja.

Atau “kemenangan.”

Atau “busur-Mu.”

Mungkin merujuk kepada melodi atau gaya muzik tertentu.

Atau “tidak dimalukan.”

Nampaknya merujuk kepada lilin yang dihasilkan oleh lebah.

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Atau mungkin, “ke sumber air yang tenang.”

Atau “Tongkat-Mu melegakan hatiku.”

Atau “atas nyawa-Nya,” yang bermaksud seseorang bersumpah atas nyawa Yehuwa.

Atau “akan mendapat keadilan daripada.”

Atau “Yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.”

Atau “sentiasa menunjukkan kasih setia kepada.”

Atau “haluan integriti.”

Atau “aku percaya kepada-Mu agar aku tidak goyah.”

Atau “dan perasaanku yang terdalam.” Harfiah, “ginjalku.”

Atau “yang bermuka dua.”

Atau “bersama pembunuh.”

Atau “memberikan.”

Atau “haluan integriti.”

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Atau “dengan perasaan kagum.”

Atau mungkin, “Aku beriman bahawa aku pasti akan merasai kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini.”

Atau “anak-anak Tuhan yang perkasa.”

Atau “Sembahlah.”

Atau mungkin, “kerana kesucian-Nya yang begitu unggul.”

Merujuk kepada hujan ribut.

Nampaknya merujuk kepada banjaran Lebanon.

Atau “di atas air bah.”

Lihat Kamus.

Atau “Dapatkah debu memuji-Mu?”

Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”

Atau “Engkaulah Tuhan yang setia.”

Atau “luas.”

Lihat Kamus.

Atau “hinaan.”

Atau “yang sabar menantikan Yehuwa.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “dikelilingi.”

Atau “alat muzik bertali 10.”

Atau “kuasa-Nya.”

Atau “keputusan.”

Atau “menanti-nantikan.”

Atau “perisai.”

Atau “sentiasa menantikan-Mu.”

Nampaknya merujuk kepada Daud.

Atau “berkhemah di sekeliling.”

Atau “Berusahalah untuk mendapatkan dan mengejar kedamaian.”

Harfiah, “muka Yehuwa.”

Atau “yang patah semangat.”

Atau “dilanda banyak malapetaka.”

Atau mungkin, “mencela aku kerana ingin mendapat sedikit makanan.”

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Atau “mengenyitkan mata mereka terhadapku.” Dilakukan untuk mempersendakan seseorang.

Atau “merenungkan.”

Atau “Dosa bertutur dalam lubuk hati.”

Atau “kasih setia-Mu.”

Atau “menyelamatkan.”

Atau “bumi.”

Atau “sukacita yang melimpah.”

Atau mungkin, “Janganlah menjadi panas hati kerana hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.”

Atau “yang berintegriti.”

Atau “kesusahanku.”

Atau mungkin, “Betapa banyaknya orang yang memusuhi aku tanpa sebab.”

Lihat Kamus.

Atau “mengeluh.”

Atau “menyedari bahawa hidupku ini berlalu dengan cepat.”

Atau “Aku menantikan Yehuwa dengan sabar.”

Atau “Dia membongkokkan badan-Nya untuk mendengar.”

Atau “dan yang percaya kepada dusta dan kepalsuan.”

Atau “ingin.”

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Atau “melindungi aku dengan kasih setia dan kebenaran-Mu.”

Atau “Telah berpaling tadah; Telah mengkhianati aku.”

Atau “Semoga begitu!”

Lihat Kamus.

Atau “Apabila aku mengenangkan masa lalu, aku tergerak untuk meluahkan isi hatiku.”

Atau “aku akan menantikan-Mu.”

Atau mungkin, “Musuhku menghina aku seolah-olah mereka meremukkan tulang-tulangku.”

Atau “aku akan menantikan-Mu.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “dengan tangan kanan-Mu dan lengan-Mu.”

Harfiah, “serta cahaya daripada wajah-Mu.”

Atau “penyelamatan.”

Lihat Kamus.

Atau “penyalin hukum Tuhan.”

Atau “kejayaan.”

Harfiah, “minyak kegembiraan.”

Iaitu, pengantin perempuan yang dirujuk di ayat 10.

Atau “Pakaiannya bersulamkan benang emas.”

Atau mungkin, “mengenakan jubah yang bersulam.”

Lihat Kamus.

Atau “khemah suci yang mulia.”

Atau “tempat perlindungan kita yang tinggi.”

Atau mungkin, “semua perisai.”

Harfiah, “perisai.”

Atau “dan mendatangkan sukacita kepada seluruh penduduk bumi.”

Atau “tempat naungan yang tinggi.”

Atau mungkin, “membimbing kami sampai akhir hayat kami.”

Atau “tidak melihat lubang kubur.”

Lihat Kamus.

Atau “mereput.”

Lihat Kamus.

Atau “daripada kuasa Kuburan.” Lihat Kamus, “Kuburan.”

Atau “takut.”

Atau “disiplin.”

Atau mungkin, “kamu menyertai mereka.”

Atau “suka memfitnah; memburukkan nama.”

Atau “Maka ajarlah hatiku.”

Atau “daripada dosaku dengan hisop.”

Atau “cara pemikiran; kecenderungan hati.”

Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Atau “menghina.”

Lihat Kamus.

Atau “takut.”

Atau “Dan mencari perlindungan dalam.”

Atau “kepada nama-Mu, kerana hal itu baik.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “Orang yang tidak berakal; Orang yang tidak munasabah.”

Atau “Yehuwa tidak penting bagiku.”

Atau mungkin, “Padahal tiada apa-apa yang membuat mereka berasa takut.”

Lihat Kamus.

Atau “memuji nama-Mu, kerana hal itu baik.”

Lihat Kamus.

Atau “janganlah sembunyikan diri-Mu semasa aku berdoa meminta tolong.”

Lihat Kamus.

Iaitu, bekas sahabat yang disebut di ayat 13 dan 14.

Atau “Lemparkanlah.”

Atau “orang yang berbuat benar.”

Atau “goyah.”

Lihat Kamus.

Kirbat ialah sejenis beg yang diperbuat daripada kulit binatang dan digunakan untuk menyimpan air.

Lihat Kamus.

Atau “kasih setia.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “yang suka menumpahkan darah.”

Atau “tempat perlindunganku yang tinggi.”

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “Engkau telah memberikan tanda.”

Atau mungkin, “berfirman dari tempat kediaman-Nya yang suci.”

Atau “Dataran Rendah.”

Atau mungkin, “yang berkubu.”

Atau “berada.”

Atau “kasih setia.”

Lihat Kamus.

Atau “tempat naunganku yang tinggi.”

Atau mungkin, “Kamu semua menyerang orang yang bagaikan.”

Atau “Jiwaku.”

Atau “rubah.”

Atau “Mereka menggalakkan sesama sendiri untuk melakukan kejahatan.”

Atau “dataran-dataran rendah.”

Atau “akan menghormati-Nya.”

Atau mungkin, “Dia yang mengenderai awan!”

“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Harfiah, “hakim.”

Atau “yang suka memberontak.”

Atau mungkin, “dekat kandang biri-biri.”

Atau “Mereka akan menjadi seperti.”

Iaitu, Gunung Sion.

Atau “Tuhan memiliki kereta kuda yang berpuluh-puluh ribu bilangannya.”

Atau “pemain alat muzik bertali.”

Atau “Pujilah Yehuwa, hai kamu yang berasal daripada Sumber Israel.”

Atau mungkin, “mereka semua memijak-mijak perak.”

Atau mungkin, “Duta-duta akan.”

Harfiah, “awan.”

Atau “Orang yang memusuhiku tanpa alasan.”

Atau mungkin, “Aku menangis dan berpuasa.”

Atau “jawablah seruanku kerana Engkaulah penyelamat sejatiku.”

Atau “Tebuslah.”

Atau “dan aku sudah putus asa.”

Atau “tumbuhan yang beracun.”

Atau “lembu jantan muda yang cukup besar.”

Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”

Atau “lakukan begitu banyak sehingga melampaui pengertianku.”

Atau “merenungkan.”

Atau “putera raja.”

Atau “ke atas rumput yang sudah dipotong.”

Harfiah, “menjilat debu.”

Atau “yang bercakap besar.”

Atau “Perut mereka buncit.”

Harfiah, “gemuk.”

Harfiah, “membenci.”

Harfiah, “ginjalku.”

Atau “yang berlaku curang terhadap-Mu.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “semakin tinggi.”

Harfiah, “Nama-Mu dekat.”

Harfiah, “tanduk.”

Harfiah, “Jangan meninggikan tanduk kamu.”

Atau “bermain muzik untuk.”

Harfiah, “tanduk.”

Harfiah, “tanduk.”

Atau “Engkau diselubungi cahaya.”

Lihat Kamus.

Atau “laguku yang dimainkan dengan alat muzik bertali.”

Harfiah, “menebus.”

Lihat Kamus.

Atau “keturunan Yakub.”

Harfiah, “hatinya tidak bersedia.”

Atau “empangan.”

Harfiah, “menguji.”

Harfiah, “roti orang perkasa.”

Harfiah, “menutupi.”

Atau mungkin, “Nafas (daya) hidup mereka akan pergi dan tidak akan kembali.”

Atau “menyakiti.”

Mungkin langau, sejenis lalat yang menggigit.

Atau mungkin, “dijangkiti demam yang teruk.”

Harfiah, “menguji.”

Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.

Harfiah, “khemah.”

Atau “dengan hati yang berintegriti.”

Harfiah, “tutuplah.”

Atau mungkin, “membebaskan.”

Atau mungkin, “di antara.”

Atau “Tunjukkanlah sinar kegemilangan-Mu.”

Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari kami.”

Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari kami.”

Iaitu, Sungai Efrat.

Atau “Baka pokok.”

Atau “dahan.”

Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari kami.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “tanduk.”

Atau “bahasa.”

Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”

Harfiah, “masa.”

Harfiah, “dia,” iaitu umat Tuhan.

Atau “perhimpunan Yang Maha Suci.”

Atau “dalam kalangan manusia yang seperti tuhan.”

Atau “Hakimilah.”

Merujuk kepada “tuhan-tuhan” di ayat 1.

Atau “ialah manusia yang seperti tuhan.”

Atau “telah membuat perjanjian.”

Harfiah, “khemah-khemah Edom dan Ismael.”

Atau “wadi.”

Lihat Kamus.

Atau “Betapa dalamnya kasihku terhadap.”

Atau “melalui lembah tempat pokok baka bertumbuh.”

Atau mungkin, “Dan pendidik mendapat pujian.”

Atau mungkin, “Ya Tuhan, lihatlah perisai kami.”

Harfiah, “menutupi.”

Atau “kumpulkanlah kami semula.”

Atau “Kasih setia.”

Atau “Kebaikan.”

Atau “kebaikan.”

Atau “mengurniakan kemakmuran.”

Atau “Kebaikan.”

Atau “bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”

Atau “aku menyerahkan jiwaku kepada-Mu.”

Atau “Berilah aku hati yang tidak berbelah bahagi.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “kesetiaan.”

Lihat Kamus.

Atau “penari yang menari dalam bulatan.”

Harfiah, “Segala mata airku ada di dalammu.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”

Lihat Kamus.

Atau “di Abadon?” Lihat Kamus.

Atau mungkin, “mengepungku sekali gus.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “Kasih setia.”

Harfiah, “Tanduk.”

Atau “Kasih setia.”

Harfiah, “tanduknya.”

Atau “mereka memberontak.”

Lihat Kamus.

Atau “tempat tinggal.”

Atau “Engkau melahirkan bumi dan tanah yang subur bagaikan dengan sakit bersalin.”

Atau “Engkaulah Tuhan dari waktu yang tidak tentu ke waktu yang tidak tentu.”

Iaitu, kira-kira 4 jam.

Atau “Engkau tahu benar akan dosa kami.”

Atau “satu bisikan.”

Atau “orang jahat mendapat balasan.”

Atau “tempat tinggalmu.”

Atau “mengakui.”

Atau “bermain muzik untuk.”

Atau “alat muzik bertali 10.”

Atau “rumput.”

Harfiah, “gemuk.”

Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”

Maksudnya “Cubaan; Ujian.”

Atau “dihormati.”

Atau mungkin, “Bersujudlah kepada Yehuwa kerana kesucian-Nya berseri-seri.”

Atau “kamu terketar-ketar di hadapan-Nya!”

Atau “telah.”

Atau “sembahlah Dia.”

Atau “kuasa.”

Harfiah, “peringatan-Nya.”

Atau “telah meraih kemenangan untuk-Nya.”

Atau “kasih setia.”

Atau “melihat kemenangan.”

Atau “dan mainkanlah muzik.”

Atau “telah.”

Atau mungkin, “di antara.”

Atau “ditakuti.”

Atau “yang benar.”

Atau “untuk keturunan Yakub.”

Atau “Dan beribadatlah.”

Atau “Ketahuilah.”

Atau mungkin, “dan kita tidak menciptakan diri sendiri.”

Atau “bermain muzik untuk-Mu.”

Atau “hidup berintegriti.”

Atau “yang tidak berguna.”

Atau “Perbuatan mereka tidak berpaut padaku.”

Atau “kusingkirkan.”

Atau “hidup berintegriti.”

Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”

Atau mungkin, “Aku kurus kering.”

Atau “nama-Mu.”

Atau “di wadi-wadi.”

Atau “hyrax.” Sejenis binatang yang tinggal di kawasan berbatu. Rupanya seperti tikus belanda yang besar.

Lihat Kamus.

Atau “bermain muzik untuk.”

Atau mungkin, “renunganku tentang-Nya.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Mainkanlah muzik bagi-Nya.”

Atau mungkin, “Umumkanlah.”

Atau “perintah-Nya.”

Harfiah, “mematahkan tongkat-tongkat roti.” Mungkin merujuk kepada tongkat kayu yang digunakan untuk menyimpan roti.

Mungkin langau, sejenis lalat yang menggigit.

Atau “api.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “memahami.”

Iaitu, korban-korban yang dipersembahkan kepada orang mati atau tuhan-tuhan yang tidak bernyawa.

Maksudnya “Bertengkar; Menentang.”

Atau “mempelajari.”

Atau “mereka melakukan pelacuran rohani.”

Atau “Semoga begitu!”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “sidang.” Lihat Kamus.

Atau “bermain muzik untuk-Mu.”

Atau mungkin, “berfirman dari tempat kediaman-Nya yang suci.”

Atau “Dataran Rendah.”

Atau “menuduhnya.”

Atau “yang menunjukkan kasih setia.”

Atau “kasih setia.”

Atau “menghulurkan tongkat kekuasaanmu.”

Atau “tidak akan menyesal.”

Atau “menguasai seluruh bumi.”

Merujuk kepada “Tuanku” di ayat 1.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “bertakhta.”

Atau mungkin, “timbunan sampah.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Harfiah, “Tuan.”

Atau “kasih setia-Mu.”

Atau “yang dianggap penting mahupun yang dianggap tidak penting.”

Atau “tempat yang sunyi.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Dia membongkokkan badan-Nya untuk mendengarkan.”

Lihat Kamus.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “luas.”

Atau mungkin, “Yehuwa menyertai mereka yang membantuku.”

Atau mungkin, “Kamu.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “kebenaran.”

Harfiah, “tanduk-tanduk mazbah.”

Atau “hidup berintegriti.”

Atau “peringatan-Nya.”

Atau “mengkaji.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “mengkaji.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “mengkaji.”

Atau “haluan dusta.”

Atau “dimalukan.”

Atau mungkin, “Kerana Engkau memberi aku keyakinan.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “keuntungan.”

Atau “firman-Mu.”

Atau mungkin, “Iaitu janji yang Engkau berikan kepada mereka yang takut akan-Mu.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “menantikan.”

Atau “mengkaji.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “Firman.”

Atau “Di rumah yang aku diami sebagai orang asing.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “firmankan.”

Atau “firman-Mu.”

Atau mungkin, “menyakiti aku dengan kata-kata dusta.”

Atau “mengkaji.”

Atau “firmankan.”

Atau “peringatan-Mu.”

Harfiah, “sangat luas.”

Atau “mengkajinya.”

Atau “mengkaji.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “warisanku.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “dimalukan.”

Atau “sisa leburan.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “Peringatan-Mu.”

Harfiah, “Semoga cahaya daripada wajah-Mu menyinari hamba-Mu ini.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “mengkaji.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “peringatan-Mu.”

Atau “firman-Mu.”

Atau “firman-Mu.”

Lihat Kamus.

Harfiah, “ketika kamu pergi dan balik.”

“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “benteng-bentengmu.”

Atau “menara berkubumu.”

Atau “wadi di selatan.”

Nampaknya menggambarkan kekejaman musuh.

“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Penyelamatan akan menjadi seperti pakaian para imamnya.”

Harfiah, “Aku sudah menyediakan pelita untuk.”

Atau mungkin, “Tadahkanlah tangan kamu sambil berdoa di Rumah Tuhan.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “memuji nama-Nya, kerana hal itu baik.”

Atau “yang amat bernilai.”

Harfiah, “Tuan.”

Atau “wap.”

Atau mungkin, “Dia membuka pintu-pintu supaya hujan turun.”

Gelaran bagi raja Mesir.

Atau “nama-Mu.”

Atau mungkin, “Biarlah tangan kananku menjadi lumpuh.”

Atau mungkin, “Kerana Engkau menjadikan firman-Mu lebih besar daripada nama-Mu.”

Atau “Dia memperhatikan.”

Atau “Tetapi Dia hanya mengenali orang yang sombong dari jauh.”

Atau “menakjubkan.”

Lihat Kamus.

Atau mungkin, “membentuk.”

Atau “Ketika aku dirangkaikan di bahagian bumi yang paling dalam.”

Atau “Semasa aku masih janin.”

Atau mungkin, “aku masih menghitungnya.”

Atau “kepalaku.”

Lihat Kamus.

Lihat Kamus.

Atau “Dan memijak nyawaku di atas tanah.”

Atau “mengkaji.”

Atau “Pimpinlah aku di jalan yang rata.”

Atau “alat muzik bertali 10.”

Atau “penyelamatan.”

Atau “mengisytiharkan kuasa-Mu.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “bermain muzik untuk.”

Atau “Tetapi Dia menyebabkan jalan orang jahat bengkang-bengkok.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “bermain muzik.”

Atau “Pengertian-Nya.”

Atau “firman itu.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Dan air yang di atas langit!”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “bermain muzik untuk-Nya.”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

Atau “dan dengan menari dalam bulatan!”

Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi