YESAYA
1 Berikut merupakan penglihatan tentang Yehuda dan Yerusalem, yang diberikan kepada Yesaya*+ anak Amoz pada masa pemerintahan Uzia,+ Yotam,+ Ahas,+ dan Hizkia,+ iaitu raja-raja Yehuda:+
2 Dengarlah hai langit, dan berikanlah perhatian hai bumi,+
Kerana demikianlah firman Yehuwa:
3 Lembu kenal akan pemiliknya,
Dan keldai pun tahu akan tempat tuannya meletakkan makanan;
Tetapi orang Israel tidak mengenal Aku.*+
Umat-Ku tidak mempunyai pemahaman.”
4 Malanglah kamu, hai bangsa yang berdosa!+
Kamu umat yang sarat dengan perbuatan yang salah!
Kamu keturunan yang jahat dan anak-anak yang keji!
Kamu telah menolak Yehuwa;+
Kamu tidak menghormati Tuhan Israel Yang Suci;
Kamu telah meninggalkan-Nya.
5 Mengapakah kamu terus memberontak? Bahagian manakah di tubuh kamu yang dapat dipukul lagi?+
Kepala kamu sudah penuh dengan luka,
Dan hati kamu sudah diserang penyakit.+
6 Dari kepala sampai telapak kaki, tiada sebahagian pun tubuh kamu yang sihat.
Tubuh kamu diliputi luka, lebam, dan kudis,
Yang belum diubati, dibalut, ataupun dirawat dengan minyak.+
7 Negeri kamu sudah terbiar,
Dan kota-kota kamu sudah dibakar habis.
Di depan mata kamu sendiri, orang asing memakan hasil tanah kamu.+
Negeri kamu sudah tandus, seolah-olah dimusnahkan oleh orang asing.+
8 Kota Sion dibiarkan seperti pondok di ladang anggur,
Seperti pondok di kebun timun,
Dan seperti kota yang dikepung.+
9 Jika Yehuwa, ketua angkatan syurga, tidak membiarkan beberapa orang antara kita terselamat,
Kita sudah menjadi seperti Sodom,
Dan menjadi seperti Gomora.+
10 Hai para penguasa Sodom,*+ dengarlah firman Yehuwa.
Hai penduduk Gomora,+ perhatikanlah ajaran* Tuhan kita.
11 Yehuwa berfirman, “Apa gunanya kamu mempersembahkan begitu banyak korban bagi-Ku?+
Aku sudah bosan dengan biri-biri jantan yang dipersembahkan sebagai korban bakar+ dan lemak binatang yang digemukkan.+
Aku tidak suka dengan darah+ anak lembu jantan,+ biri-biri, dan kambing.+
12 Mengapakah kamu memijak halaman Rumah-Ku?
Siapakah yang menyuruh kamu berbuat demikian+
Semasa kamu datang menghadap Aku?+
13 Jangan mempersembahkan korban bijirin lagi; semua itu sia-sia saja.
Aku muak dengan kemenyan yang kamu bakar.+
Kamu menyambut perayaan bulan baharu+ serta hari Sabat+ dan mengadakan perhimpunan,+
Tetapi Aku tidak tahan melihat kamu menggunakan ilmu sihir+ semasa kamu menghadiri perhimpunan-perhimpunan suci kamu.
14 Aku benci akan perayaan bulan baharu dan perayaan-perayaan kamu yang lain.
Semua itu sudah menjadi beban bagi-Ku,
Dan Aku lelah memikulnya.
15 Semasa kamu menadahkan tangan untuk berdoa,
Aku menutup mata dan tidak memperhatikan kamu.+
Tidak kira berapa banyak kali kamu berdoa,+
Aku tidak akan mendengarnya,+
Kerana tangan kamu berlumuran darah.+
16 Bersihkanlah diri kamu; sucikanlah diri kamu.+
Hentikanlah segala kejahatan yang kamu lakukan di depan Aku.
Jangan berbuat jahat lagi.+
17 Belajarlah berbuat baik dan lakukanlah apa yang adil.+
Tegurlah orang yang menindas,
Pertahankanlah hak anak yatim,
Dan tegakkanlah keadilan bagi para balu.”+
18 Yehuwa berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini.+
Walaupun dosa-dosa kamu merah marak,
Semuanya akan menjadi putih seperti salji;+
Biarpun dosa-dosa kamu merah seperti darah,
Semuanya akan menjadi putih seperti bulu biri-biri.
19 Jika kamu sudi mentaati Aku,
Kamu akan menikmati hasil tanah kamu.+
20 Tetapi jika kamu memberontak dan tidak mahu taat,
Kamu akan mati dibunuh pedang.+
Aku, Yehuwa, telah berfirman.”
21 Kota yang dahulunya setia,+ kini menjadi seperti pelacur!+
Dahulu kota itu penuh dengan keadilan,+
Dan kebaikan ada di dalamnya.+
Tetapi sekarang hanya pembunuh yang tinggal di sana.+
22 Hai kota, perakmu sudah menjadi sisa leburan,+
Dan minuman kerasmu sudah dicampurkan dengan air.
23 Para pemimpinmu keras kepala dan bersubahat dengan pencuri.+
Mereka semua suka menerima rasuah dan tamak akan hadiah.+
Mereka tidak menegakkan keadilan bagi anak yatim,
Dan mereka tidak mempedulikan aduan para balu.+
24 Oleh itu, Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,
Tuhan Israel Yang Maha Kuat, berfirman,
“Dengarlah, Aku akan melenyapkan musuh-Ku,
Dan Aku akan mendatangkan pembalasan terhadap lawan-Ku.+
25 Aku akan bertindak melawanmu.
Aku akan menyingkirkan segala kotoranmu,*
Dan Aku akan memurnikanmu dengan sepenuhnya.+
26 Aku akan melantik hakim untukmu seperti dahulukala
Dan memberimu penasihat seperti pada mulanya.+
Selepas itu, barulah engkau akan dikenali sebagai Kota Keadilan, Pekan Kesetiaan.+
27 Aku akan menebus Sion kerana Aku adil.*+
Aku akan menebus penduduknya yang kembali kerana Aku* baik.
28 Orang yang memberontak dan orang yang berdosa akan dihancurkan bersama-sama,+
Dan orang yang meninggalkan Aku, Yehuwa, akan dibinasakan.+
29 Mereka akan berasa malu kerana pokok-pokok besar yang disukai mereka,+
Dan mereka akan berasa aib kerana taman-taman* yang dipilih mereka.+
30 Mereka akan menjadi seperti pokok besar yang layu daunnya,+
Dan seperti taman yang tidak diairi.
31 Orang yang kuat akan menjadi seperti benang,*
Dan perbuatannya akan menjadi seperti percikan api;
Kedua-duanya akan terbakar bersama-sama,
Dan tiada sesiapa pun yang dapat memadamkan api itu.”
2 Berikut merupakan penglihatan tentang Yehuda dan Yerusalem, yang diberikan kepada Yesaya anak Amoz:+
2 Pada hari-hari terakhir,
Gunung tempat Rumah Yehuwa
Akan berdiri teguh dan menjadi lebih tinggi daripada puncak gunung yang lain+
Serta menjadi lebih tinggi daripada semua bukit.
Orang daripada segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana.+
3 Banyak bangsa akan datang dan berkata,
“Marilah kita naik ke gunung Yehuwa
Dan ke Rumah Tuhan Yakub.+
Dia akan mengajar kita haluan-Nya,
Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”+
4 Dia akan menghakimi bangsa-bangsa
Dan menyelesaikan perselisihan antara bangsa-bangsa.
Satu bangsa tidak akan mengangkat pedang untuk melawan bangsa yang lain,
Dan mereka tidak akan belajar berperang lagi.+
5 Hai keturunan Yakub,
Marilah kita hidup dalam cahaya Yehuwa.+
6 Ya Tuhan, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub,+
Kerana negeri mereka penuh dengan hal-hal dari Timur;
Mereka mengamalkan ilmu sihir+ seperti orang Filistin,
Dan ada banyak keturunan bangsa asing dalam kalangan mereka.
7 Negeri mereka penuh dengan perak dan emas,
Dan harta benda mereka tidak terhingga.
Kuda di negeri mereka banyak sekali,
Dan kereta kuda mereka tidak terhitung.+
8 Negeri mereka penuh dengan tuhan-tuhan yang tidak bernilai.+
Mereka sujud kepada patung yang dibuat oleh tangan mereka sendiri,
Dan kepada berhala yang dihasilkan oleh jari mereka sendiri.
9 Jika mereka memalukan diri dengan cara sebegitu, mereka akan dihina.
Mustahil Tuhan akan mengampuni mereka.
10 Mereka akan masuk ke dalam celah-celah batu dan menggali lubang di tanah untuk bersembunyi,
Kerana kemurkaan Yehuwa amat menakutkan,
Dan kerana kemuliaan-Nya sungguh menakjubkan.+
11 Harinya akan tiba apabila orang yang angkuh akan menundukkan kepala,
Dan orang yang sombong akan direndahkan.
Pada hari itu, hanya Yehuwa yang akan diagungkan.
12 Hari Yehuwa, ketua angkatan syurga,+
Akan menimpa setiap orang yang sombong dan angkuh,
Dan akan menimpa semua orang, baik yang disanjung mahupun yang dihina.+
13 Hari itu akan menimpa semua pokok sedar di Lebanon yang berdiri megah,
Dan akan menimpa semua pokok oak di Basan.
14 Hari itu akan menimpa semua gunung yang menjulang tinggi,
Dan akan menimpa semua bukit yang tinggi.
15 Hari itu akan menimpa setiap menara yang tinggi dan setiap tembok yang kukuh.
16 Hari itu akan menimpa semua kapal di Tarsis,+
Dan akan menimpa semua perahu yang cantik.
17 Pada hari itu, orang yang angkuh akan menundukkan kepala,
Dan orang yang sombong akan direndahkan.
Pada hari itu, hanya Yehuwa yang akan diagungkan.
18 Tuhan-tuhan yang tidak berguna akan lenyap sama sekali.+
19 Pada waktu Yehuwa bangkit untuk membuat bumi menggeletar ketakutan,
Orang akan masuk ke dalam gua batu,+
Dan masuk ke dalam lubang di tanah,
Kerana kemurkaan-Nya amat menakutkan,
Dan kerana kemuliaan-Nya sungguh menakjubkan.+
20 Pada hari itu, orang akan mengambil patung-patung yang disembah mereka,
Iaitu patung-patung tidak berguna yang dibuat daripada perak dan emas,
Dan membuang semuanya kepada tikus* dan kelawar.+
21 Pada waktu Yehuwa bangkit untuk membuat bumi menggeletar ketakutan,
Mereka akan masuk ke dalam gua batu,
Dan masuk ke dalam lubang di tanah,
Kerana kemurkaan-Nya amat menakutkan,
Dan kerana kemuliaan-Nya sungguh menakjubkan.
22 Janganlah percaya kepada manusia fana.
Mereka pun harus bernafas agar dapat terus hidup.
Jadi, dapatkah mereka membantu kamu?
3 Lihatlah! Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,
Akan menyingkirkan segala sesuatu yang diharapkan oleh penduduk Yerusalem dan Yehuda;
Dia akan menyingkirkan roti dan air,+
2 Pahlawan dan askar,
Hakim dan nabi,+ tukang tilik dan pemimpin,
3 Para ketua,*+ bangsawan, dan penasihat,
Serta tukang sihir dan pakar ilmu ghaib mereka.+
4 Tuhan akan menjadikan budak lelaki sebagai pemimpin mereka
Dan menjadikan orang yang tidak tetap pendirian sebagai pemerintah mereka.
5 Rakyat akan saling menindas;
Setiap orang akan melayan satu sama lain dengan buruk.+
Anak muda akan menyerang orang tua,
Dan orang yang dipandang rendah akan menghina orang yang disegani.+
6 Setiap orang akan memegang saudaranya di rumah bapanya dan berkata,
“Hanya kamu yang ada jubah. Oleh itu, jadilah pemimpin kami.
Uruslah timbunan reruntuhan ini.”
7 Tetapi saudaranya itu akan berkata,
“Aku tidak akan membalut luka kamu;
Aku sendiri pun tiada makanan atau pakaian di rumah.
Jangan lantik aku sebagai pemimpin kamu.”
8 Yerusalem sudah jatuh,
Dan Yehuda sudah runtuh,
Kerana segala ucapan dan perbuatan mereka menentang Yehuwa;
Mereka mengingkari Tuhan yang mulia secara terang-terang.+
9 Air muka mereka menyatakan kejahatan mereka.
Seperti penduduk Sodom, mereka tidak mencuba menyembunyikan dosa mereka,
Malah mereka menghebohkannya.+
Malanglah mereka, kerana mereka mendatangkan bencana kepada diri sendiri!
10 Beritahulah orang yang baik bahawa mereka akan hidup sejahtera;
Mereka akan mendapat ganjaran untuk segala perbuatan mereka.*+
11 Tetapi malanglah orang yang jahat!
Malapetaka akan menimpa mereka!
Mereka akan diperlakukan sebagaimana mereka memperlakukan orang lain.
12 Bangsaku ditindas oleh pengawas abdi
Dan diperintah oleh kaum wanita.
Hai bangsaku, pemimpin kamu menyesatkan kamu,
Sehingga kamu tidak mengetahui jalan yang harus kamu ikut.+
13 Yehuwa sudah bersedia untuk mengemukakan tuduhan-Nya;
Dia telah berdiri untuk melaksanakan penghakiman.
14 Yehuwa akan mengadili para pemimpin dan pembesar dalam kalangan umat-Nya.
Dia berfirman, “Kamu telah membakar ladang-ladang anggur,
Dan kamu telah mencuri barang orang miskin lalu menyimpannya di dalam rumah kamu.”+
15 Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan Yang Berdaulat, juga berfirman,
“Mengapa kamu menindas umat-Ku? Mengapa kamu memeras orang miskin?”+
16 Yehuwa berfirman, “Sombong betul wanita-wanita Yerusalem!
Mereka suka bermain mata;
Mereka mendongakkan kepala dengan angkuh semasa berjalan,
Dan langkah mereka dibuat-buat supaya gelang kaki mereka bergemerencing.
17 Tetapi Aku, Yehuwa, akan menyebabkan kepala wanita-wanita Yerusalem berkuping,
Dan Aku, Yehuwa, akan membuat kepala mereka menjadi botak.+
18 Harinya akan tiba apabila Aku, Yehuwa, mengambil segala barang perhiasan mereka:
Gelang kaki, cekak rambut, perhiasan berbentuk bulan sabit,+
19 Anting-anting,* gelang tangan, selubung muka,
20 Perhiasan kepala, perhiasan kaki, pengikat pinggang,
Kantung wangian, tangkal,
21 Cincin, anting-anting hidung,
22 Pakaian pesta, jubah luar, baju labuh, beg duit,
23 Cermin tangan,+ pakaian linen,
Serban, dan selubung panjang.
24 Sekarang mereka berbau wangi kerana mereka memakai minyak balsam,*+ tetapi kelak mereka akan berbau busuk;
Ikat pinggang mereka akan digantikan dengan tali;
Kepala mereka yang berambut cantik akan menjadi botak;+
Pakaian mereka yang elok-elok akan digantikan dengan kain guni;+
Kecantikan mereka akan digantikan dengan tanda selar.
25 Kaum lelaki di kota ini akan mati dibunuh pedang,
Dan pahlawan-pahlawan di kota ini akan terkorban di medan perang.+
26 Tangisan dan ratapan akan kedengaran di pintu gerbang kota,+
Dan kota ini akan menjadi seperti seorang wanita yang duduk di tanah setelah kehilangan segala-galanya.”+
4 Pada masa itu, tujuh orang wanita akan memegang seorang lelaki+ dan berkata,
“Jadilah suami kami dan biarlah kami dipanggil dengan namamu,
Supaya kami tidak menanggung malu.*+
Kami akan mencari makanan kami sendiri
Dan menyediakan pakaian kami sendiri.”
2 Pada masa itu, Yehuwa akan membuat tumbuhan yang cantik dan indah bertunas. Penduduk Israel yang terselamat akan berbangga dan bersukacita dengan hasil bumi di negeri itu.+ 3 Sesiapa sahaja yang tinggal di Sion, iaitu sesiapa sahaja yang masih berada di Yerusalem, akan dianggap suci oleh Tuhan. Nama semua orang di Yerusalem akan dicatatkan supaya mereka tetap hidup.+
4 Dengan kemurkaan-Nya yang bernyala-nyala,+ Yehuwa akan melaksanakan penghakiman-Nya terhadap Yerusalem. Dengan demikian, penumpahan darah di kota itu akan disingkirkan, dan segala kekotoran di Sion akan dibersihkan.+ 5 Lalu di atas seluruh Gunung Sion dan di atas semua orang yang berhimpun di situ, Yehuwa akan mendatangkan awan dan asap pada siang hari, dan api yang bernyala-nyala pada malam hari.+ Tuhan akan menaungi dan melindungi seluruh negeri yang gemilang itu. 6 Sebuah pondok akan disediakan sebagai tempat berteduh daripada kepanasan siang hari,+ dan sebagai tempat berlindung daripada ribut dan hujan.+
5 Aku hendak menyanyikan sebuah lagu kepada sahabatku yang dikasihi,
Sebuah lagu tentang sahabatku dan ladang anggurnya.+
Sahabatku yang dikasihi mempunyai sebuah ladang anggur di lereng bukit yang subur.
2 Dia mencangkul tanah dan membuang batu-batunya.
Dia menanam baka pokok anggur merah yang bermutu,
Membina sebuah menara di tengah-tengah ladang itu,
Dan menggali tempat untuk memeras anggur.+
Dia berharap ladangnya akan menghasilkan buah anggur yang baik,
Tetapi dia hanya mendapat buah anggur yang buruk.+
3 Oleh itu, sahabatku itu berkata, “Hai penduduk Yerusalem dan Yehuda,
Hakimilah aku dan ladang anggurku.+
4 Adakah hal lain yang harus aku buat
Tetapi belum aku buat untuk ladang anggurku?+
Aku berharap mendapat buah anggur yang baik,
Tetapi mengapakah ladangku menghasilkan buah anggur yang buruk?
5 Sekarang aku hendak memberitahu kamu
Apa yang akan aku lakukan kepada ladang anggurku itu:
Aku akan mencabut pagar di sekelilingnya
Dan membiarkannya dibakar.+
Aku akan merobohkan tembok batu di sekelilingnya
Dan membiarkannya dipijak-pijak.
6 Aku akan menyebabkan ladang anggur itu terbiar;+
Aku tidak akan memangkas pokok anggur ataupun menggemburkan tanah di ladang itu.
Aku akan membiarkannya ditumbuhi lalang dan semak berduri.+
Aku juga akan melarang awan menurunkan hujan ke atasnya.+
7 Israel ialah ladang anggur Yehuwa, ketua angkatan syurga;+
Orang Yehuda ialah pokok anggur yang disukai-Nya.
Dia mengharapkan mereka berlaku adil,+
Tetapi mereka berlaku tidak adil;
Dia berharap mereka melakukan apa yang benar,
Tetapi yang kedengaran hanyalah raungan mangsa.”+
8 Malanglah kamu yang merampas rumah demi rumah+
Dan yang mengambil tanah demi tanah.+
Tidak lama lagi, hanya kamu yang menduduki negeri ini
Kerana sudah tiada tempat untuk orang lain!
9 Aku mendengar Yehuwa, ketua angkatan syurga,
Bersumpah bahawa semua rumah yang besar dan indah itu
Akan menjadi reruntuhan dan tidak didiami orang.+
Semua orang yang melihatnya akan berasa takut.
10 Sepuluh ekar* ladang anggur hanya akan menghasilkan 22 liter* wain,
Dan 10 bakul* benih hanya akan menghasilkan satu bakul* gandum.+
11 Malanglah orang yang bangun pagi-pagi untuk minum minuman keras.+
Mereka terus minum sampai malam hingga mereka mabuk!
12 Semasa berpesta, mereka minum wain
Dan mendengar bunyi kecapi, alat muzik bertali, tamborin, dan seruling.
Tetapi mereka tidak memikirkan perbuatan Yehuwa,
Dan mereka tidak memperhatikan apa yang dilakukan-Nya.
13 Bangsaku akan dibuang ke negeri asing
Kerana mereka tidak mengenal Tuhan.+
Orang yang terkemuka dalam kalangan mereka akan kelaparan,+
Dan semua rakyat akan menderita kehausan.
14 Kuburan* akan membuka mulutnya lebar-lebar
Dan menelan bangsawan bersama rakyat jelata dan orang ramai yang berpesta ria.+
Kuburan* itu tamak dan serakah
Dan pasti akan melahap semua orang di kota itu.
15 Semua orang akan membongkok,
Lalu mereka akan direndahkan.
Orang yang angkuh akan direndahkan.
16 Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan diagungkan kerana penghakiman yang dilaksanakan-Nya.*
Tuhan yang benar, Tuhan Yang Suci,+ akan menyatakan kesucian-Nya dengan melakukan apa yang benar.+
17 Anak-anak bebiri akan meragut rumput seperti di padang rumput sendiri;
Orang asing akan makan hasil bumi di tanah terbiar yang dahulunya didiami oleh binatang yang gemuk.
18 Malanglah orang yang penuh dengan tipu daya! Oleh sebab mereka suka menipu,
Dosa dan kesalahan sentiasa terikat pada mereka, sebagaimana pedati sentiasa terikat pada binatang yang menariknya.
19 Mereka berkata, “Biarlah Tuhan cepat bertindak;
Biarlah apa yang hendak dilakukan-Nya terlaksana dengan segera agar kita dapat melihatnya.
20 Malanglah orang yang mengatakan bahawa yang baik itu jahat dan yang jahat itu baik,+
Yang menganggap bahawa yang gelap itu terang dan yang terang itu gelap,
Dan yang mengatakan bahawa yang pahit itu manis dan yang manis itu pahit!
21 Malanglah orang yang menganggap dirinya bijak!
Malanglah orang yang menganggap dirinya pandai!+
22 Malanglah para jaguh minum
Dan mereka yang pandai mencampurkan minuman keras!+
23 Mereka membebaskan orang jahat setelah diberi rasuah,+
Dan enggan menegakkan keadilan bagi orang yang baik.+
24 Oleh itu, sebagaimana jerami dijilat api
Dan rumput kering lenyap dalam nyala api,
Demikian juga, akar mereka akan reput,
Dan bunga mereka akan layu lalu berterbangan seperti debu,
Kerana mereka telah menolak hukum* Yehuwa, ketua angkatan syurga,
Dan menghina firman Tuhan Israel Yang Suci.+
25 Itulah sebabnya kemurkaan Yehuwa terhadap umat-Nya bernyala-nyala.
Dia akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
Gunung-gunung akan bergoncang,
Dan mayat mereka akan menjadi seperti sampah di jalan.+
Namun, kemurkaan-Nya belum reda kerana mereka begitu jahat.
Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.
26 Tuhan telah memberikan tanda* kepada bangsa yang jauh.+
Dia telah bersiul untuk memanggil mereka dari hujung bumi.+
Lihatlah! Mereka datang dengan segera.+
27 Tiada seorang pun antara mereka yang letih atau tersandung.
Mereka tidak mengantuk atau tidur.
Tali pinggang mereka sentiasa terikat rapi,
Dan tali kasut mereka tidak terputus.
28 Anak panah mereka tajam,
Dan busur mereka siap dilenturkan.
Kuku kuda mereka keras seperti batu api,
Dan roda kereta kuda mereka berputar ligat seperti angin ribut.+
29 Mereka mengaum seperti singa
Dan menggeram seperti singa muda.+
Mereka mengaum dan menerkam mangsa lalu melarikannya.
Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mangsa itu.
30 Pada hari itu, mereka akan memandang mangsa mereka lalu mengaum.
Ngauman mereka akan sekuat deruan laut.+
Matahari akan menjadi gelap kerana diliputi awan,
Dan sesiapa yang memandang negeri itu akan melihat kegelapan yang menakutkan.+
6 Pada tahun Raja Uzia meninggal,+ aku nampak Yehuwa duduk di atas takhta-Nya yang tinggi dan mulia.+ Hujung jubah-Nya memenuhi seluruh Rumah-Nya. 2 Serafim-serafim* berdiri di sekeliling-Nya. Setiap serafim itu mempunyai enam sayap; dua sayap untuk menutup muka, dua sayap untuk menutup kaki, dan dua sayap lagi untuk terbang.
3 Serafim-serafim itu berseru kepada satu sama lain,
“Suci, suci, sucilah Yehuwa, ketua angkatan syurga!+
Seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya.”
4 Seruan itu membuat tiang-tiang pintu di Rumah Tuhan bergegar, dan Rumah Tuhan dipenuhi asap.+
5 Lalu aku berkata, “Malanglah aku!
Aku pasti akan mati.
Aku ini berdosa dan kata-kataku tidak suci.
Lagipun, aku hidup dalam kalangan bangsa yang tidak mengucapkan kata-kata yang suci.+
Tetapi dengan mataku sendiri, aku telah melihat Yehuwa, Raja yang merupakan ketua angkatan syurga!”
6 Kemudian salah satu serafim itu mengambil bara+ dari mazbah dengan penyepit lalu terbang kepadaku.+ 7 Serafim tersebut menyentuh bibirku dengan bara itu lalu berkata,
“Bara ini telah menyentuh bibirmu.
Oleh itu, kesalahanmu sudah dihapuskan,
Dan dosamu sudah diampunkan.”
8 Kemudian aku mendengar suara Yehuwa. Dia berfirman, “Siapakah yang akan Kuutus? Siapakah yang rela pergi bagi pihak kita?”+ Aku menjawab, “Inilah aku! Utuslah aku!”+
9 Kemudian Tuhan berfirman, “Pergilah, dan beritahulah umat ini,
‘Kamu akan terus mendengar,
Tetapi tidak akan memahaminya;
Kamu akan terus melihat,
Tetapi tidak akan mengetahuinya.’+
10 Jadikanlah hati umat ini tidak peka,+
Tulikanlah telinga mereka,+
Dan tutuplah mata mereka,
Supaya mata mereka tidak dapat melihat,
Telinga mereka tidak dapat mendengar,
Dan hati mereka tidak dapat mengerti.
Maka mereka tidak akan kembali kepada Aku untuk disembuhkan.”+
11 Aku bertanya, “Sampai bilakah hal ini akan berlaku, ya Yehuwa?” Dia menjawab,
“Sehingga kota-kota runtuh dan tidak dihuni lagi,
Sehingga rumah-rumah tidak didiami lagi,
Dan sehingga negeri ini kosong dan tandus;+
12 Sehingga Aku, Yehuwa, membuang umat ini ke tempat yang jauh,+
Dan sehingga semua kawasan di negeri ini sepi tidak berpenghuni.
13 “Namun, ada satu persepuluh daripada bangsa ini yang masih akan tinggal. Mereka akan dibakar, sebagaimana pokok oak dan pokok besar ditebang lalu dibakar. Namun, sebagaimana pokok yang ditebang masih mempunyai tunggul, bangsa ini akan mempunyai keturunan yang suci sebagai tunggulnya.”
7 Raja Ahas+ ialah anak Yotam, cucu Uzia. Pada masa Ahas memerintah Yehuda, Raja Rezin, iaitu raja negeri Siria, dan Pekah+ anak Remalia, iaitu raja Israel, menyerang Yerusalem, tetapi mereka* tidak berjaya menawan kota itu.+ 2 Kemudian, ada orang membuat laporan berikut kepada keturunan Daud: “Siria sudah bersekutu dengan Efraim.”
Apabila mendengar berita itu, Raja Ahas dan rakyatnya menjadi sangat takut sehingga mereka gementar seperti pohon di rimba yang digoyangkan angin.
3 Yehuwa berfirman kepada Yesaya, “Bawalah anakmu Syear-yasyub*+ dan pergilah menghadap Ahas. Dia berada di hujung saluran yang menyalurkan air dari Kolam Atas.+ Saluran itu terletak di tepi jalan utama yang menuju ke tempat orang mencuci kain. 4 Beritahulah dia, ‘Berwaspadalah dan bertenanglah. Janganlah takut kepada anak Remalia+ dan Raja Rezin dari Siria. Meskipun kemarahan mereka berkobar-kobar, mereka hanya seperti dua puntung kayu yang berasap. Oleh itu, janganlah kecut hati. 5 Siria telah berkomplot dengan Efraim dan anak Remalia untuk menentang engkau. Mereka berkata, 6 “Marilah kita menyerang Yehuda dan menghancurkan* negeri itu. Marilah kita menaklukinya* dan melantik anak lelaki Tabeel sebagai rajanya.”+
7 “‘Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
“Perkara itu tidak akan berlaku;
Muslihat mereka tidak akan berjaya.
8 Damsyik ialah ibu kota Siria,
Dan Rezin ialah pemerintah Damsyik.
Dalam masa 65 tahun,
Efraim akan dihancurkan sehingga bangsa itu tidak wujud lagi.+
Jika iman kamu tidak teguh,
Kamu tidak akan selamat.”’”
10 Yehuwa berfirman lagi kepada Ahas, 11 “Mintalah sesuatu dari tempat yang sedalam Kuburan* atau yang setinggi langit, sebagai tanda daripada Aku, Yehuwa, Tuhanmu.”+ 12 Tetapi Ahas menjawab, “Beta tidak mahu meminta tanda. Beta tidak mahu menguji Yehuwa.”
13 Lalu Yesaya berkata, “Dengarlah, hai keturunan Daud. Tidak cukupkah tuanku menguji kesabaran manusia? Mestikah tuanku menguji kesabaran Tuhan juga?+ 14 Baiklah, Yehuwa sendiri akan memberi tuanku satu tanda: Seorang gadis akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.+ Dia akan menamakan anaknya itu Imanuel.*+ 15 Apabila anak itu cukup dewasa untuk memilih yang baik dan menolak yang jahat, dia hanya akan diberi mentega dan madu sebagai makanan, 16 kerana sebelum anak itu tahu untuk memilih yang baik dan menolak yang jahat, negeri yang diperintah oleh kedua-dua raja yang tuanku takuti akan ditinggalkan kosong.+ 17 Yehuwa akan menghantar raja Assyria+ untuk menyerang tuanku. Pada masa itu, tuanku, keluarga tuanku, dan rakyat tuanku, akan mengalami kesusahan yang lebih dahsyat daripada apa yang pernah berlaku sejak Efraim berpisah dari Yehuda.+
18 “Pada hari itu, Yehuwa akan bersiul untuk memanggil kawanan lalat dari hujung saluran-saluran air Sungai Nil di Mesir, dan kawanan lebah dari negeri Assyria. 19 Semuanya akan datang dan tinggal di lembah-lembah yang curam, di celah-celah bukit batu, di semua semak berduri, dan di semua padang rumput.*
20 “Pada hari itu, Yehuwa akan menggunakan raja negeri Assyria,+ yang bagaikan sebilah pisau cukur yang disewa dari kawasan Sungai Efrat, untuk mencukur rambut, bulu kaki, dan janggut penduduk Yehuda.
21 “Pada masa itu, orang hanya dapat menyelamatkan seekor lembu muda dan dua ekor biri-biri. 22 Oleh sebab binatang-binatang itu menghasilkan banyak susu, mereka akan makan mentega. Sesungguhnya, semua orang yang masih hidup di negeri itu hanya akan makan mentega dan madu.
23 “Pada masa itu, semua tempat yang dahulunya ditanami 1,000 batang pokok anggur yang nilainya 1,000 keping wang perak, akan penuh dengan lalang dan semak berduri. 24 Orang yang pergi ke sana harus membawa busur dan anak panah, kerana seluruh negeri itu akan ditumbuhi lalang dan semak berduri. 25 Kawasan gunung yang dahulunya diusahakan akan ditumbuhi lalang dan semak berduri, sehingga kamu tidak berani pergi ke situ. Tempat-tempat itu akan menjadi tempat lembu dan biri-biri meragut rumput.”
8 Yehuwa berfirman kepadaku, “Ambillah sekeping papan tulis yang besar+ dan tuliskanlah perkataan berikut dengan pena biasa: ‘Maher-shalal-hash-bas.’* 2 Panggillah dua orang yang dapat dipercayai, iaitu Imam Uria+ dan Zakharia anak Yeberekhia, untuk menjadi saksi-Ku.”*
3 Kemudian aku bersetubuh dengan isteriku, nabi wanita itu, lalu dia mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.+ Selepas itu, Yehuwa berfirman kepadaku, “Namakanlah anak itu Maher-shalal-hash-bas, 4 kerana sebelum anak itu tahu menyebut ‘Mak’ dan ‘Ayah,’ semua harta kota Damsyik dan barang jarahan Samaria akan dibawa ke hadapan raja Assyria.”+
5 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,
6 “Oleh sebab bangsa ini telah menolak air dari Shiloah* yang mengalir dengan tenang,+
Dan oleh sebab mereka bersukacita kerana Rezin dan anak lelaki Remalia,+
7 Lihatlah! Aku, Yehuwa, akan menghanyutkan mereka
Dengan air Sungai Efrat yang banyak dan deras.
Aku akan memanggil raja Assyria,+
Dan dia akan datang dengan seluruh angkatan tenteranya.
Sebagaimana air Sungai Efrat melimpahi tebingnya,
8 Dia akan mencerobohi kawasan Yehuda.
Dia akan menjadi seperti banjir yang setinggi paras leher.+
Dia akan membentangkan sayapnya dan menutupi seluruh negerimu!”
9 Hai bangsa-bangsa, cubalah menyakiti umat Tuhan. Kamu akan dihancurkan!
Dengarlah, hai kamu yang berada di hujung bumi!
Bersiap sedialah untuk berperang, tetapi kamu akan dihancurkan!+
Bersiaplah untuk bertempur, tetapi kamu akan dihancurkan!
10 Buatlah rancangan kamu, tetapi semuanya akan gagal!
11 Yehuwa tidak mahu aku mengikut haluan yang ditempuh oleh umat ini. Maka Dia mencurahkan kuasa-Nya yang besar ke atas aku dan berfirman,
12 “Apabila mereka berkata, ‘Marilah kita bersepakat!’ janganlah berkata, ‘Marilah kita bersepakat!’
Janganlah takut akan hal-hal yang ditakuti mereka;
Janganlah gentar kerana hal-hal itu.
13 Ingatlah bahawa hanya Aku yang suci.+ Akulah Yehuwa, ketua angkatan syurga,
Dan Akulah yang harus kamu takuti.
Kamu harus gentar kepada Aku sahaja.”+
14 Tuhan akan menjadi seperti tempat suci,
Tetapi bagi kedua-dua keluarga Israel,
Dia akan menjadi seperti batu yang menyebabkan orang tersandung,
Dan seperti batu besar yang membuat orang terjatuh.+
Bagi penduduk Yerusalem,
Dia akan menjadi seperti jerat dan perangkap.
15 Banyak antara mereka akan tersandung lalu jatuh dan cedera;
Mereka akan terjerat dan terperangkap.
16 Simpanlah gulungan yang mengandungi pesanan bertulis* itu;
Sembunyikanlah hukum* itu dalam kalangan pengikut-pengikutku!
17 Aku akan terus menantikan Yehuwa.+ Meskipun Dia memalingkan muka-Nya daripada keturunan Yakub,+ aku akan tetap berharap kepada-Nya.
18 Inilah aku bersama anak-anak yang diberikan oleh Yehuwa kepadaku.+ Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang tinggal di Gunung Sion, telah memberikan kami sebagai tanda+ dan mukjizat kepada umat Israel.
19 Jika orang berkata kepada kamu, “Mintalah nasihat daripada bomoh dan tukang tilik yang berbisik-bisik dan bergumam,” haruskah kamu berbuat demikian? Bukankah kamu patut meminta nasihat daripada Tuhan kamu? Patutkah orang mati ditanya tentang hal-hal orang hidup?+ 20 Bukankah kamu patut merujuk kepada hukum dan pesanan bertulis* itu?
Jika umat ini tidak bercakap menurut kata-kata itu, mereka tidak akan disinari cahaya.+ 21 Mereka akan hidup melarat. Mereka akan merayau-rayau di negeri ini dalam keadaan yang lapar.+ Oleh sebab mereka lapar dan sangat marah, mereka akan memandang ke atas sambil mengutuk raja dan Tuhan mereka. 22 Apabila mereka memandang ke bawah, mereka hanya akan melihat kesusahan dan kegelapan, keperitan dan kesuraman, serta kekelaman dan keadaan yang gelap-gelita.
9 Namun, kegelapan yang menimpa negeri ini tidak akan seteruk kesusahan yang berlaku ketika tanah Zebulun dan tanah Naftali dipandang hina.+ Pada masa depan, Tuhan akan mendatangkan kemuliaan kepada tempat-tempat yang dipandang hina itu—jalan di tepi laut, kawasan Sungai Yordan, Galilea yang didiami bangsa-bangsa lain.
2 Orang yang berjalan dalam kegelapan
Telah melihat cahaya yang gemilang.
Orang yang tinggal di negeri yang gelap-gelita
Telah disinari cahaya.+
3 Ya Tuhan, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah banyak;
Engkau telah memberi mereka sukacita yang besar.
Mereka bergembira di hadapan-Mu,
Seperti orang yang bersukacita semasa menuai hasil tanaman,
Dan seperti orang yang bergembira semasa membahagi-bahagikan barang jarahan.
4 Engkau telah menghancurkan kuk* yang membebankan mereka dan mematahkan kayu yang digunakan untuk memukul bahu mereka.
Engkau memusnahkan tongkat yang dipegang oleh pengawas abdi mereka,
Sebagaimana Engkau mengalahkan orang Midian pada masa dahulu.+
5 Kasut para askar yang menggegarkan bumi ketika mereka berkawad
Dan semua pakaian mereka yang berlumuran darah
Akan musnah dijilat api.
6 Seorang anak telah dilahirkan bagi kita;+
Seorang anak lelaki telah dikurniakan kepada kita.
Dia akan memikul tugas sebagai pemerintah.+
Dia akan dipanggil Penasihat Bijaksana,+ Tuhan yang Berkuasa,*+ Bapa Kekal, dan Pemimpin Kedamaian.
7 Kekuasaannya sebagai pemerintah akan terus bertambah;
Pemerintahannya akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.+
Dia akan duduk di atas takhta Daud+ untuk memerintah.
Dia akan mengukuhkan+ dan menguatkan kerajaannya
Berdasarkan keadilan+ dan kebaikan,+
Dari sekarang hingga selama-lamanya.
Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melaksanakan hal ini dengan semangat yang membara.
8 Yehuwa telah memberikan amaran kepada keturunan Yakub,
Dan perkhabaran-Nya telah disampaikan kepada orang Israel.+
9 Semua orang akan mendengar amaran itu.
Sesungguhnya, orang Efraim dan penduduk Samaria akan mendengarnya.
Dengan sombong dan tinggi hati, mereka berkata,
10 “Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu bata telah roboh,
Tetapi kami akan membina bangunan yang diperbuat daripada batu yang dipahat.+
Pokok-pokok ara telah ditebang,
Tetapi kami akan menggantikannya dengan pokok sedar.”
11 Yehuwa akan menggerakkan musuh-musuh Rezin untuk menyerang mereka.
Dia akan mendorong musuh orang Israel untuk bertindak.
12 Bangsa Siria akan datang dari timur dan bangsa Filistin akan datang dari barat.+
Bangsa-bangsa itu akan mengangakan mulut untuk menelan Israel.+
Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.
Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
13 Meskipun umat ini dihukum oleh Tuhan, mereka tidak kembali kepada-Nya;
Mereka tidak mencari Yehuwa, ketua angkatan syurga.+
14 Dalam masa sehari Yehuwa akan bertindak.
Dia akan memotong kepala dan ekor serta tunas dan rumput tinggi* di Israel.+
15 Para pemimpin yang terhormat ialah kepala,
Dan nabi yang memberikan ajaran sesat ialah ekor.+
16 Para pemimpin telah menyesatkan rakyat;
Mereka telah menyebabkan rakyat keliru.
17 Seluruh umat ini murtad dan jahat;+
Mereka semua mengucapkan kata-kata yang bodoh.
Oleh itu, Yehuwa tidak akan menyukai orang muda mereka,
Dan Dia tidak akan berbelas kasihan terhadap anak yatim dan balu mereka.
Namun, kemurkaan-Nya belum reda kerana mereka begitu jahat.
Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
18 Kejahatan mereka bagaikan api yang menyala,
Yang menghanguskan lalang dan semak berduri.
Belukar di hutan turut terbakar,
Sehingga asap naik berkepul-kepul.
19 Oleh sebab Yehuwa, ketua angkatan syurga, sangat murka,
Negeri ini dibakar,
Dan penduduknya menjadi bahan api.
Tiada seorang pun yang akan mengasihani saudaranya.
20 Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kanan mereka untuk dimakan,
Tetapi mereka masih akan lapar.
Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kiri mereka untuk dimakan,
Tetapi mereka masih tidak akan puas.
Orang akan memakan daging lengan sendiri;
21 Orang Manasye akan membaham orang Efraim,
Dan orang Efraim akan membaham orang Manasye.
Mereka akan bersama-sama menyerang Yehuda.+
Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.
Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
10 Malanglah kamu yang menggubal undang-undang untuk mencelakakan rakyat+
Dan kamu yang sentiasa menulis perintah untuk menindas rakyat!
2 Kamu berbuat demikian supaya kamu tidak perlu menghiraukan aduan orang miskin
Dan dapat mengelak daripada menegakkan keadilan bagi umat Tuhan yang berkedudukan rendah.+
Kamu merampas harta para balu
Dan meragut milik anak yatim!+
3 Apakah yang akan kamu lakukan pada masa kamu dihukum kelak?+
Apakah yang akan kamu lakukan semasa Tuhan mendatangkan kebinasaan dari negeri yang jauh?+
Kepada siapakah kamu akan lari untuk meminta bantuan?+
Apakah yang akan terjadi kepada kekayaan* kamu?
4 Kamu akan membongkok bersama tawanan yang lain
Atau rebah bersama orang yang dibunuh.
Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana kamu begitu jahat.
Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum kamu.+
5 Tuhan berfirman, “Lihatlah!
Aku akan menggunakan Assyria+ sebagai belantan untuk melampiaskan kemurkaan-Ku.+
Aku akan menggunakan tongkat di dalam tangan Assyria untuk melaksanakan hukuman-Ku!
6 Aku akan mengutus Assyria untuk menyerang sebuah bangsa yang murtad,+
Yang telah membangkitkan kemurkaan-Ku.
Aku akan mengarahkan Assyria untuk menjarah mereka
Dan memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.+
7 Namun, itu bukanlah keinginan Assyria;
Itu bukanlah rancangannya.
Bagi Assyria, kemusnahan beberapa bangsa sahaja tidak mencukupi;
Hatinya teringin untuk membinasakan banyak bangsa.
8 Raja Assyria berkata,
‘Tiap-tiap pemimpin di bawah kuasa beta ialah seorang raja!+
9 Bukankah Kalno+ sama seperti Karkemis?+
Bukankah Hamat+ sama seperti Arpad?+
Bukankah Samaria+ sama seperti Damsyik?+
10 Beta telah mengalahkan kerajaan-kerajaan yang menyembah dewa dewi yang tidak berguna.
Berhala-berhala mereka lebih banyak daripada berhala di Yerusalem dan Samaria!+
11 Tidakkah beta akan memperlakukan Yerusalem dan semua berhala di situ,
Sebagaimana beta memperlakukan Samaria dan dewa dewinya yang tidak berguna?’+
12 “Setelah Aku, Yehuwa, menyelesaikan segala yang hendak Aku lakukan di Gunung Sion dan di Yerusalem, Aku akan menghukum raja Assyria kerana dia angkuh dan sombong.+ 13 Raja Assyria berkata,
‘Beta bijak dan pandai. Maka, beta akan melakukan semua itu dengan kekuatan beta sendiri.
Seperti seorang pahlawan,
Beta akan menghapuskan sempadan antara negeri,+
Merampas harta bangsa-bangsa,+
Dan menakluki semua penduduknya.+
14 Sebagaimana orang dapat menghulurkan tangan ke dalam sarang burung dengan mudah,
Beta akan merampas semua benda berharga bangsa-bangsa;
Sebagaimana orang mengumpulkan telur yang dibiarkan,
Beta akan mengumpulkan segala-galanya di seluruh bumi!
Tiada seekor burung pun yang akan mengepak-ngepakkan sayapnya atau membuka paruhnya untuk menciap.’”
15 Dapatkah sebilah kapak memegahkan diri di hadapan orang yang menggunakannya?
Dapatkah sebilah gergaji memegahkan diri di hadapan orang yang menggunakannya?
Dapatkah sebatang belantan+ mengayunkan orang yang mengangkatnya?
Dapatkah sebatang tongkat mengangkat orang yang memegangnya?
16 Oleh itu, Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,
Akan menyebabkan askar-askar Assyria yang tegap menjadi kurus kering.+
Dia akan menyalakan api untuk menghanguskan kemuliaan Assyria.+
17 Tuhan Israel Yang Suci, Cahaya Israel,+
Akan menjadi api yang bernyala-nyala.+
Dalam masa sehari, api itu akan memusnahkan lalang dan semak berduri Assyria.
18 Rimba dan ladang buah-buahan Assyria yang indah akan dimusnahkan sama sekali oleh Tuhan.
Semua itu akan menjadi seperti orang sakit yang merana sampai mati.+
19 Pokok di sana akan tinggal sedikit sahaja,
Sehingga seorang budak kecil pun dapat mengiranya.
20 Pada masa itu, orang Israel yang masih hidup
Dan keturunan Yakub yang terselamat,
Tidak lagi bergantung pada bangsa yang menyerang mereka.+
Sebaliknya, mereka akan sungguh-sungguh bergantung pada Yehuwa,
Tuhan Israel Yang Suci.
21 Hanya segelintir daripada keturunan Yakub yang akan kembali.
Kumpulan kecil itu akan kembali kepada Tuhan Yang Berkuasa.+
22 Hai orang Israel,
Meskipun bilangan kamu banyak seperti pasir di pantai,
Hanya segelintir daripada kamu yang akan kembali.+
Tuhan telah memutuskan untuk mendatangkan kebinasaan kepada kamu.+
23 Sesungguhnya, seluruh negeri ini akan dibinasakan,
Seperti yang difirmankan oleh Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga.+
24 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga, berfirman, “Hai umat-Ku yang tinggal di Sion, janganlah takut akan orang Assyria. Meskipun mereka memukul kamu dengan tongkat+ dan mengancam kamu dengan belantan, seperti yang dilakukan orang Mesir dahulu,+ 25 Aku akan berhenti menghukum kamu tidak lama lagi. Selepas itu, Aku akan mencurahkan kemurkaan-Ku ke atas mereka lalu membinasakan mereka.+ 26 Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan mencambuk mereka dengan cemeti,+ seperti yang Aku lakukan semasa Aku mengalahkan orang Midian di Batu Oreb dahulu.+ Aku akan mengangkat tongkat-Ku dan menghulurkannya ke atas laut, seperti yang telah Aku lakukan terhadap orang Mesir.+
27 Pada masa itu, muatan yang diletakkan oleh raja Assyria di atas bahu kamu akan disingkirkan.+
Kuk yang diletakkannya di atas leher kamu akan dibuang;+
Kuk itu akan dipatahkan+ apabila minyak dituangkan ke atas seorang raja.”*
28 Raja Assyria sudah sampai di Aiyat;+
Dia sudah melintasi Migron;
Dia sudah meninggalkan barang-barangnya di Mikhmas.+
29 Tenteranya sudah menyeberangi sungai
Dan bermalam di Geba.+
Penduduk Rama gementar, dan orang dari Gibea,+ kota Saul, sudah melarikan diri.+
30 Berteriaklah hai penduduk Galim!
Dengarlah hai penduduk Laishah!
Alangkah malangnya kamu, hai penduduk Anatot!+
31 Penduduk Madmena telah melarikan diri.
Orang di Gebim sedang mencari perlindungan.
32 Pada hari itu juga, raja Assyria berhenti di Nob.+
Dia mengayunkan penumbuknya ke arah kota yang terletak di Gunung Sion;
Dia mengancam Yerusalem yang terletak di atas sebuah gunung.
33 Dengarlah bunyi dentuman yang menakutkan itu!
Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga, sedang memotong dahan-dahan pokok.+
Pokok-pokok yang paling tinggi akan ditebang,
Dan pohon-pohon yang berdiri megah akan ditumbangkan.
34 Tuhan akan menebas belukar di hutan dengan kapak.
Pokok-pokok di Lebanon akan ditumbangkan oleh dia yang perkasa.
11 Suatu ranting+ akan keluar daripada tunggul Isai,+
Dan suatu tunas+ yang muncul daripada akarnya akan berbuah.
2 Kuasa suci* Yehuwa akan menyertainya* dan memberinya kekuatan.+
Kuasa suci Tuhan akan memberinya kebijaksanaan,+ pengertian, dan pengetahuan.
Kuasa suci Tuhan akan membolehkannya memberikan nasihat yang baik+
Dan mendorongnya untuk menghormati Yehuwa.
Dia tidak menghakimi orang berdasarkan apa yang dilihatnya,
Dan dia tidak menegur orang berdasarkan apa yang didengarnya.+
4 Dia akan menghakimi orang yang berkedudukan rendah dengan adil
Dan memberikan teguran berdasarkan apa yang benar, demi manfaat orang yang rendah hati di bumi.
Dia akan menghukum bumi dengan tongkat yang keluar daripada mulutnya+
Dan menghapuskan orang jahat dengan nafas yang keluar daripada mulutnya.+
5 Kebaikan akan menjadi ikat pinggangnya,
Dan kesetiaan akan menjadi tali pinggangnya.+
6 Serigala akan berehat bersama anak bebiri,+
Harimau bintang akan berbaring di sisi anak kambing,
Dan anak lembu, singa, dan ternakan yang gemuk, akan tinggal* bersama-sama.+
Semua binatang itu akan dipimpin oleh seorang budak kecil.
7 Beruang dan lembu akan makan bersama-sama,
Anak beruang dan anak lembu akan berbaring bersama-sama,
Dan singa akan makan rumput seperti lembu.+
8 Bayi akan bermain berhampiran sarang ular tedung,
Dan anak kecil akan meletakkan tangannya di atas lubang ular berbisa.
Tiada apa-apa pun yang akan mengakibatkan kecederaan+ atau kerosakan,
Kerana pengetahuan tentang Yehuwa akan memenuhi bumi,
Sebagaimana air memenuhi laut.+
10 Pada masa itu, seorang daripada keturunan* Isai+ akan bangkit dan menjadi tanda* kepada bangsa-bangsa.+
11 Pada masa itu, Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya sekali lagi untuk membawa pulang umat-Nya yang masih hidup di Assyria,+ Mesir,+ Patros,+ Kus,+ Elam,+ Shinar,* Hamat, dan di pulau-pulau.+ 12 Dia akan memberikan satu tanda* untuk bangsa-bangsa, lalu mengumpulkan umat Israel yang tercerai-berai+ dan orang Yehuda yang tersebar di keempat-empat penjuru bumi.+
13 Efraim tidak akan berasa cemburu lagi,+
Dan orang yang memusuhi Yehuda akan dilenyapkan.
Efraim tidak akan iri hati terhadap Yehuda,
Dan Yehuda tidak akan memusuhi Efraim.+
14 Mereka akan bersama-sama pergi ke arah barat untuk menyerang lereng-lereng di kawasan orang Filistin,
Dan mereka akan menjarah barang orang dari Timur.
15 Yehuwa akan membelah* air di teluk Mesir,+
Dan Dia akan mengayunkan tangan-Nya di atas Sungai Efrat.+
Dia akan menyerang tujuh batang anak sungai di sana* dengan nafas-Nya yang panas,
Sehingga orang dapat menyeberangi sungai dengan berjalan kaki.
16 Bagi umat-Nya yang masih hidup, akan ada sebuah jalan besar+ untuk keluar dari Assyria,+
Seperti pada waktu orang Israel keluar dari Mesir.
12 Pada masa itu, kamu pasti akan berkata,
“Ya Yehuwa, aku bersyukur kepada-Mu,
Kerana Engkau melegakan hatiku.
Dahulu Engkau murka terhadapku, tetapi kini kemurkaan-Mu sudah reda.+
2 Tuhan ialah Penyelamatku.+
Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak akan takut.+
Yah* ialah kekuatanku; Yehuwa ialah pelindungku.
Dia telah menyelamatkan aku.”+
3 Kamu akan menimba air dengan sukacita
Daripada mata air yang membawa penyelamatan.+
4 Pada masa itu, kamu pasti akan berkata,
“Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa dan menyeru nama-Nya!
Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+
Isytiharkanlah keagungan nama-Nya!+
5 Nyanyikanlah pujian kepada* Yehuwa+ kerana Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan.+
Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.
6 Hai penduduk Sion, bersoraklah dan berserulah dengan gembira,
Kerana Tuhan Israel Yang Suci, yang berada dalam kalangan kamu, sungguh agung.”
13 Berikut merupakan perkhabaran tentang Babilon,+ yang dinyatakan kepada Yesaya+ anak Amoz dalam suatu penglihatan:
2 Tuhan berfirman, “Tegakkanlah tiang penanda+ di atas gunung yang gondol.
Berserulah kepada para askar dan lambaikanlah tanganmu kepada mereka,
Supaya mereka memasuki pintu gerbang para bangsawan.
3 Aku telah memanggil askar-askar-Ku yang sombong dan angkuh.
Aku telah melantik mereka untuk melaksanakan perintah-Ku,+
Iaitu untuk menghukum orang yang membangkitkan kemurkaan-Ku.”
4 Dengarlah keriuhan di atas gunung!
Bunyinya seperti ada banyak orang yang berkumpul!
Dengarlah kegemparan kerajaan-kerajaan
Dan bangsa-bangsa yang berhimpun!+
Yehuwa, ketua angkatan syurga, sedang mengatur pasukan tentera untuk berperang.+
5 Yehuwa dan mereka* yang akan digunakan-Nya untuk menunjukkan kemurkaan-Nya
Sedang datang dari tempat yang jauh.+
Mereka sedang datang dari hujung langit
Untuk mendatangkan kebinasaan di seluruh bumi.+
6 Meraunglah kerana hari Yehuwa sudah dekat!
Pada hari itu, Tuhan Yang Maha Kuasa akan mendatangkan kebinasaan.+
7 Oleh itu, tangan semua orang akan menjadi lemah,
Dan hati setiap orang akan dicengkam ketakutan.+
8 Mereka akan cemas dan gelisah.+
Mereka akan terkejang-kejang dan akan berasa sakit,
Seperti seorang wanita yang sedang bersalin.
Mereka akan memandang satu sama lain dengan penuh ketakutan;
Kesakitan terpancar pada wajah mereka.
9 Lihatlah! Hari Yehuwa akan datang.
Tuhan akan melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala,
Dan negeri ini akan menjadi tempat yang menakutkan.+
Pada hari itu, tiada orang yang akan dikasihani; semua pendosa di negeri ini akan dilenyapkan.
10 Setiap bintang dan gugusan bintang* di langit+
Tidak akan bersinar.
Matahari akan menjadi gelap pada waktu fajar,
Dan bulan tidak akan bercahaya.
11 Tuhan berfirman, “Aku akan menghukum dunia kerana kejahatannya+
Dan menghukum orang jahat kerana dosa mereka.
Aku akan mematahkan keangkuhan orang yang sombong,
Dan Aku akan merendahkan pemerintah yang zalim dan bongkak.+
12 Aku akan menyebabkan manusia lebih susah dijumpai daripada emas murni;+
Mereka akan lebih jarang ditemui daripada emas dari Ofir.+
13 Pada hari Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, menunjukkan kemurkaan-Ku yang bernyala-nyala,
Aku akan membuat langit gementar
Dan membuat bumi bergoncang sehingga terkeluar dari tempatnya.”+
14 Seperti kijang yang diburu dan seperti kawanan bebiri tanpa gembala,
Semua orang akan kembali kepada bangsa masing-masing;
Semua orang akan melarikan diri ke negeri masing-masing.+
15 Sesiapa yang dijumpai akan ditikam,
Dan sesiapa yang ditangkap akan dibunuh dengan pedang.+
16 Anak-anak mereka akan dibunuh dengan kejam di hadapan mata mereka sendiri.+
Rumah-rumah mereka akan dijarah,
Dan isteri-isteri mereka akan diperkosa.
17 Tuhan berfirman, “Aku akan menggerakkan orang Media untuk menyerang mereka.+
Orang Media tidak mempedulikan perak
Dan tidak menyukai emas.
18 Orang Media akan membunuh orang muda dengan busur;+
Mereka tidak akan mengasihani bayi
Dan tidak akan berbelas kasihan terhadap kanak-kanak.”
19 Meskipun Babilon ialah kerajaan yang paling gemilang+
Dan merupakan negeri indah yang menjadi kebanggaan orang Kasdim,+
Keadaannya akan menjadi seperti kota Sodom dan Gomora yang telah dimusnahkan oleh Tuhan.+
20 Babilon tidak akan didiami untuk selama-lamanya;
Tiada sesiapa pun yang akan tinggal di negeri itu lagi.+
Orang Arab tidak akan berkhemah di situ,
Dan gembala tidak akan membawa kawanan bebiri untuk berbaring di situ.
21 Babilon akan menjadi tempat tinggal burung unta,
Tempat berbaring untuk binatang dari padang gurun,
22 Suara binatang melolong akan kedengaran di menara-menara;
Bunyi serigala akan bergema di istana-istana yang mewah.
Sesungguhnya, saat kehancuran Babilon sudah dekat dan tidak akan ditunda.+
14 Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap keturunan Yakub,+ dan Dia akan memilih umat Israel+ lagi. Dia akan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri,+ dan orang asing akan datang bersama mereka dan menyertai keturunan Yakub.+ 2 Bangsa-bangsa akan membawa mereka pulang ke tanah air mereka, iaitu ke tanah milik Yehuwa. Di sana, bangsa-bangsa akan menjadi hamba lelaki dan hamba perempuan+ kepada orang Israel. Orang Israel akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka, dan mereka akan menguasai orang yang dahulunya memaksa mereka untuk bekerja.
3 Pada hari Yehuwa membebaskan kamu daripada kesakitan, kegelisahan, dan kerja berat yang terpaksa kamu lakukan,+ 4 kamu akan mencemuh raja Babilon dengan berkata,
“Pengawas abdi sudah tiada!
Penindasan sudah berakhir!+
5 Yehuwa telah mematahkan belantan orang jahat
Dan tongkat para pemerintah.+
6 Tuhan telah menghancurkan orang ganas yang tidak henti-henti menyerang bangsa-bangsa,+
Iaitu orang yang menakluki bangsa-bangsa dan terus-menerus menganiaya mereka.+
7 Semua orang bersorak dengan gembira+
Kerana seluruh bumi kini aman dan tenteram.
8 Pokok juniper dan pokok sedar di Lebanon
Juga bergembira atas kesudahanmu.
Pokok-pokok itu berkata, ‘Sejak kejatuhanmu,
Tiada orang yang datang untuk menebang kami lagi.’
9 Kuburan* pun menjadi gempar
Apabila kamu turun ke situ.
Semua penguasa di bumi yang zalim,
Yang sudah ditelan maut, kini bangun keranamu.
Raja bangsa-bangsa yang sudah ditelan maut juga bangkit dari takhta mereka.
10 Mereka semua berkata kepadamu,
‘Kamu pun menjadi lemah seperti kami?
Kamu sudah menjadi sama seperti kami?
Ulat menjadi tempat tidurmu,
Dan cacing menjadi selimutmu.’
12 Hai kamu yang bersinar seperti bintang fajar,
Kamu sudah jatuh dari langit!
Dahulu kamu mengalahkan bangsa-bangsa,
Tetapi kini kamu jatuh ke tanah!+
13 Kamu berkata dalam hatimu, ‘Aku akan naik ke langit+
Dan menjadikan takhtaku lebih tinggi daripada bintang-bintang Tuhan.+
Aku akan pergi jauh ke utara
Dan duduk di atas gunung pertemuan.+
14 Aku akan naik ke puncak awan
Dan menjadi seperti Yang Maha Tinggi.’
15 Tetapi kamu akan dibawa turun ke dalam Kuburan,*
Ke bahagian yang paling bawah di liang kubur.
16 Orang yang nampak kamu akan menatap kamu.
Mereka akan meneliti kamu lalu bertanya,
‘Inikah orang yang membuat bumi gementar,
Yang membuat kerajaan-kerajaan menggigil ketakutan?+
17 Inikah orang yang mengubah dunia menjadi padang belantara,
Yang memusnahkan kota-kota di bumi?+
Inikah orang yang enggan membiarkan orang tawanannya pulang?’+
18 Semua raja bangsa-bangsa
Dimakamkan dengan penuh penghormatan.
Mereka semua mempunyai makam masing-masing.
19 Tetapi kamu tidak akan dikebumikan.
Kamu akan dibuang seperti ranting yang dibenci
Dan seperti bangkai yang dipijak-pijak.
Mayatmu akan ditimbuni mayat orang yang mati ditikam pedang,
Yang dilemparkan ke dalam lubang yang berbatu.
20 Kamu tidak akan dimakamkan seperti raja-raja yang lain,
Kerana kamu telah memusnahkan negerimu
Dan membunuh rakyatmu sendiri.
Nama keturunan penjahat tidak akan disebut lagi.
21 Sediakanlah tempat untuk membunuh anak cucunya,
Kerana nenek moyang mereka telah berdosa.
Dengan itu, mereka tidak akan bangkit untuk memerintah bumi
Dan membina kota di merata tempat.”
22 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Aku akan menentang Babilon.”+
Yehuwa berfirman lagi, “Nama Babilon akan Aku lenyapkan. Aku akan memusnahkan penduduknya yang masih hidup, begitu juga dengan anak cucu dan keturunan mereka.”+
23 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Aku akan membuat Babilon menjadi tempat tinggal landak dan kawasan paya. Aku akan membinasakannya sama sekali.”*+
24 Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah bersumpah,
“Apa yang Aku kehendaki akan berlaku,
Dan apa yang Aku tentukan pasti terjadi.
25 Aku akan meremukkan orang Assyria di negeri-Ku,
Dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku.+
Kuk yang dikenakan mereka pada umat-Ku akan dibuang,
Dan muatan yang diletakkan mereka di atas bahu umat-Ku akan disingkirkan.”+
26 Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum semua bangsa.
Itulah keputusan-Nya untuk seluruh bumi.
27 Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah membuat keputusan-Nya,
Dan Dia sudah menghulurkan tangan-Nya untuk melaksanakan hukuman-Nya.
28 Pada tahun Raja Ahas meninggal,+ perkhabaran berikut telah disampaikan:
29 “Hai orang Filistin, walaupun belantan yang memukul kamu sudah patah,
Jangan kamu bersukacita,
Kerana dari akar ular,+ akan muncul ular berbisa,+
Dan ular beracun yang dapat terbang akan menetas daripada telurnya.
30 Anak sulung orang yang lemah akan diberi makanan,
Dan orang miskin akan berbaring dengan aman.
Tetapi Aku akan menyebabkan keturunan* kamu mati kebuluran,
Dan sesiapa yang masih hidup akan dibunuh.+
31 Meraunglah hai pintu gerbang! Menangislah hai kota!
Hai orang Filistin, kamu semua akan menjadi lemah semangat!
Kepulan asap yang menandakan perang sudah kelihatan di utara,
Dan dalam pasukan tentera musuh, tiada seorang pun yang ketinggalan.”
32 Jawapan apakah yang harus diberikan kepada utusan bangsa asing?
Beritahulah mereka bahawa Yehuwa telah meletakkan asas kota Sion,+
Dan bahawa umat-Nya yang menderita akan mendapat perlindungan di situ.
15 Berikut merupakan perkhabaran tentang Moab:+
Ar+ di Moab telah dimusnahkan dalam satu malam,
Dan kini menjadi sunyi sepi.
Kir+ di Moab telah dimusnahkan dalam satu malam,
Dan kini menjadi sunyi sepi.
2 Penduduk di situ naik ke tempat penyembahan dewa dan ke Dibon;+
Mereka pergi ke tempat-tempat pemujaan* untuk menangis.
Penduduk Moab meratap kerana apa yang telah berlaku di Nebo+ dan Medeba.+
Mereka semua mencukur rambut+ dan janggut.+
3 Orang di jalan memakai kain guni.
Orang di dataran kota dan di atas bumbung semuanya meratap;
Mereka menangis tersedu-sedu.+
Itulah sebabnya askar-askar Moab berteriak-teriak,
Dan bangsa Moab menggigil ketakutan.
5 Hatiku pilu kerana Moab.
Orang di situ telah melarikan diri sampai ke Zoar+ dan Eglat-selisia.+
Sambil menangis, mereka berjalan di jalan yang naik ke Luhit.
Dalam perjalanan ke Horonaim, mereka meraung kerana malapetaka yang berlaku.+
6 Air di Nimrim sudah kering sama sekali;
Rumput hijau sudah layu.
Rumput sudah mati, dan tidak ada lagi tumbuhan yang hijau.
7 Itulah sebabnya mereka mengambil harta dan kekayaan mereka yang masih ada,
Lalu menyeberangi lembah* pokok poplar.
8 Suara tangisan kedengaran di seluruh wilayah Moab.+
Tangisan itu kedengaran di Eglaim;
Tangisan itu kedengaran di Beer-elim.
9 Air di Dimon penuh dengan darah,
Tetapi Tuhan akan mendatangkan lebih banyak bencana kepada penduduknya.
Orang yang melarikan diri dari Moab akan diterkam singa,
Begitu juga dengan orang yang masih tinggal di Moab.+
16 Kirimlah seekor bebiri jantan kepada pemerintah di Sion.
Dari Sela, bawalah bebiri itu melintasi padang belantara
Sehingga tiba di kota yang terletak di Gunung Sion.
2 Di tempat penyeberangan Sungai Arnon, penduduk Moab akan melarikan diri,+
Seperti burung yang diusir dari sarang.+
3 “Berikanlah nasihat, dan laksanakanlah apa yang telah kamu putuskan.
Biarlah bayang-bayangmu pada waktu tengah hari menjadi gelap seperti pada waktu malam.
Sembunyikanlah mereka yang tercerai-berai dan janganlah mengkhianati orang yang melarikan diri.
4 Hai Moab, izinkanlah orang yang tercerai-berai tinggal di negerimu.
Sembunyikanlah mereka daripada pemusnah.+
Pembinasaan akan berakhir,
Dan penindasan akan berhenti.
Mereka yang memijak-mijak orang lain akan dilenyapkan dari bumi.
5 Sebuah takhta yang berasaskan kasih setia akan didirikan.
Seorang raja yang setia akan duduk di atas takhta itu di dalam khemah Daud.+
Dia akan menghakimi dengan adil dan akan segera melakukan apa yang baik.”+
6 Kami telah mendengar tentang kesombongan orang Moab; mereka angkuh sekali.+
Kami juga mendengar bahawa orang Moab bongkak, tinggi hati, dan cepat marah.+
Namun cakap besar mereka kosong belaka.
7 Orang Moab akan meraung kerana bencana yang menimpa mereka.
Semua orang di Moab akan meraung.+
Orang yang telah dikalahkan akan bersedih semasa teringat akan kuih kismis dari Kir-hareset.+
8 Pokok-pokok anggur di Hesybon+ sudah layu,
Dan carang-carang* di kebun anggur Sibma,+ yang penuh dengan anggur merah,
Telah dipijak-pijak oleh para pemerintah bangsa-bangsa.
Carang-carang pokok anggur itu pernah bertumbuh sampai ke Yaezer+
Dan menjalar sampai ke padang belantara.
Tunas-tunasnya pernah tersebar luas sampai ke pantai.
9 Itulah sebabnya aku akan menangisi pokok-pokok anggur Sibma, sebagaimana aku menangisi Yaezer.
Hai Hesybon dan Eleale,+ air mataku akan membasahi kamu,
Kerana kamu tidak lagi menghasilkan buah-buahan musim panas dan hasil tuaian yang membuat orang bersorak.*
10 Aku telah menghentikan sorakan mereka.+
Orang tidak lagi bersukacita dan bergembira di ladang buah-buahan,
Mereka juga tidak bernyanyi atau berseru dengan gembira di kebun anggur,+
Dan orang yang memeras anggur tidak lagi menghasilkan wain.
11 Perasaanku bagaikan kecapi yang dipetik;
Hatiku hancur luluh kerana Moab,+
Dan jiwaku remuk-redam kerana Kir-hareset.+
12 Biarpun orang Moab bersusah payah bersembahyang di tempat pemujaan dan berdoa di rumah ibadat, usaha mereka sia-sia sahaja.+
13 Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh Yehuwa tentang Moab, 14 dan sekarang Yehuwa berfirman, “Dalam masa tiga tahun, seperti masa kerja seorang pekerja upahan,* kemuliaan Moab akan digantikan dengan kehinaan. Negeri itu akan porak-peranda, dan penduduknya akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”+
17 Berikut merupakan perkhabaran tentang Damsyik:+
“Damsyik tidak akan kekal sebagai sebuah kota,
Tetapi akan menjadi timbunan reruntuhan.+
2 Kota-kota di Aroer+ akan ditinggalkan.
Ternakan akan berbaring di situ
Dan tidak dihalau oleh sesiapa pun.
3 Kota-kota berkubu di Efraim+ akan lenyap,
Begitu juga dengan kerajaan Damsyik.+
Seperti yang berlaku kepada orang Israel,
Orang Siria yang masih hidup akan kehilangan kemuliaan mereka,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.
4 “Pada masa itu, kemuliaan Yakub akan lenyap,
Dan tubuhnya yang sihat akan menjadi kurus.
5 Keadaan keturunan Yakub akan menjadi seperti ladang gandum di Lembah* Refaim+ yang sudah dituai.
Orang yang mengumpulkan batang gandum dan menuai bulir-bulir gandum di situ,
Hanya akan mendapat hasil yang sedikit.
6 Hanya sedikit daripada keturunan Yakub yang akan terselamat.
Keadaan mereka akan menjadi seperti dahan-dahan pokok zaitun yang sudah dipukul:
Pada dahan-dahan yang paling atas, hanya tertinggal dua atau tiga biji buah zaitun yang masak;
Pada dahan-dahan yang subur pula, hanya tertinggal empat atau lima biji buah zaitun yang masak,”+ firman Yehuwa, Tuhan orang Israel.
7 Pada masa itu, orang akan berharap kepada Pencipta mereka; mereka akan memandang Tuhan Israel Yang Suci. 8 Mereka tidak akan memandang mazbah+ buatan mereka sendiri.+ Mereka juga tidak akan berharap kepada karya tangan mereka sendiri, iaitu tiang-tiang suci* atau tempat membakar kemenyan.
9 Pada masa itu, kota-kota yang kukuh akan menjadi seperti tempat yang terbiar di dalam hutan.+
Tempat itu akan menjadi tandus,
Seperti dahan yang dibiarkan di hadapan orang Israel.
10 Hai Yerusalem, engkau telah melupakan Tuhan+ yang menyelamatkan engkau.
Engkau tidak ingat akan Tuhan yang bagaikan gunung batu+ dan kubumu.
Itulah sebabnya engkau membuat kebun-kebun yang indah
Dan menanam tunas yang diambil daripada orang asing* di kebun-kebun itu.
11 Engkau mendirikan pagar pada siang hari untuk melindungi kebunmu,
Dan engkau membuat benih yang engkau tanam bercambah pada waktu pagi.
Namun, engkau tidak akan menuai sebarang hasil pada hari engkau menghidap penyakit dan menderita kesakitan yang tidak dapat disembuhkan.+
12 Dengarlah! Ada kekecohan dalam kalangan bangsa-bangsa.
Mereka bising seperti lautan yang bergelora!
Bangsa-bangsa menjadi gempar.
Jerit pekik mereka kedengaran seperti deruman air yang mengalir deras!
13 Suara yang kuat, seperti air yang mengalir deras, akan kedengaran daripada bangsa-bangsa.
Tuhan akan menengking mereka, dan mereka akan melarikan diri ke tempat yang jauh.
Keadaan mereka akan menjadi seperti sekam di gunung yang diterbangkan angin,
Dan seperti tumbuhan berduri yang ditiup angin ribut.
14 Perkara yang menakutkan akan berlaku pada waktu senja,
Dan sebelum pagi tiba, musuh-musuh sudah tiada.
Itulah yang akan berlaku kepada orang yang merampas harta kita.
Demikianlah kesudahan orang yang menjarah kita.
18 Malanglah negeri yang penuh dengan bunyi deruan serangga,
2 Negeri itu menghantar utusan-utusan melalui laut dengan perahu papirus*
Dan memberi mereka pesanan berikut:
“Hai utusan-utusan yang tangkas,
Pergilah ke negeri yang tanahnya dilintasi sungai-sungai;
Pergilah kepada bangsa yang tinggi dan berkulit halus,
Yang ditakuti di merata tempat,+
Dan yang kuat dan suka menakluki bangsa lain.”
3 Hai semua penduduk bumi,
Kamu akan melihat satu tanda* yang didirikan di atas gunung-gunung,
Dan kamu akan mendengar bunyi tiupan trompet.
4 Yehuwa berfirman kepadaku,
“Dengan tenang, Aku akan memandang* tempat kediaman-Ku,
Seperti sinaran matahari yang terik,
Dan seperti embun yang terbentuk pada musim menuai yang panas.
5 Selepas bunga pokok anggur mekar dan buahnya hampir masak,
Tetapi sebelum buah anggur dipetik,
Tunas-tunas pokok anggur akan dikerat dengan pisau pemangkas,
Dan carang-carangnya akan dipotong lalu dibuang.
6 Mayat musuh akan dibiarkan untuk burung pemangsa dari gunung,
Dan untuk binatang liar di bumi.
Mayat-mayat itu akan menjadi makanan burung pemangsa pada musim panas,
Dan menjadi makanan binatang liar di bumi pada musim menuai.
7 Pada masa itu, sebuah bangsa yang tinggi dan berkulit halus,
Yang ditakuti di merata tempat,
Dan yang kuat dan suka menakluki bangsa lain,
Akan datang dari negeri yang tanahnya dilintasi sungai-sungai,
Untuk memberikan persembahan kepada Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.
Mereka akan membawanya ke Gunung Sion, tempat yang dipilih untuk memuliakan nama Aku, Yehuwa.”+
19 Berikut merupakan perkhabaran tentang Mesir:+
Lihatlah! Yehuwa datang ke Mesir dengan mengenderai awan yang laju.
Dewa dewi Mesir yang tidak berguna akan gementar di hadapan-Nya,+
Dan hati orang Mesir akan dicengkam ketakutan.
2 “Aku akan membuat orang Mesir saling berlawan.
Sesungguhnya, orang Mesir akan melawan satu sama lain;
Saudara akan melawan saudara, jiran akan melawan jiran,
Kota akan melawan kota, dan kerajaan akan melawan kerajaan.
3 Aku akan menggagalkan rancangan orang Mesir,
Dan mereka akan berasa bingung.+
Mereka akan meminta bantuan daripada dewa dewi yang tidak berguna,
Tukang sihir, bomoh, dan tukang tilik.+
4 Aku akan menyerahkan orang Mesir kepada seorang penguasa yang kejam.
Seorang raja yang zalim akan memerintah mereka,”+ firman Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga.
5 Air sungai akan surut,
Dan sungai akan menjadi kering-kontang.+
6 Sungai-sungai akan berbau busuk;
Saluran air Sungai Nil di Mesir akan menjadi kering.
Tumbuhan mensiang dan rumput tinggi akan menjadi layu.+
7 Semua tanah di tepi Sungai Nil yang diusahakan akan menjadi kering.
Tanaman di tepi Sungai Nil+ dan di muara Sungai Nil juga akan menjadi kering,+
Lalu hilang ditiup angin.
8 Nelayan-nelayan di Sungai Nil akan menangis,
Orang yang memancing di situ akan meratap,
Dan orang yang menjala ikan di sungai akan semakin berkurangan.
9 Orang yang menghasilkan kain daripada tanaman flaks,*+
Dan orang yang menenun kain putih akan dimalukan.
10 Para penenun di Mesir akan patah semangat,
Dan semua pekerja upahan akan berdukacita.
11 Pemimpin-pemimpin di Zoan+ bodoh belaka.
Penasihat Firaun yang paling bijaksana pun memberikan nasihat yang tidak masuk akal.+
Tetapi mereka masih berani berkata kepada Firaun,*
“Hamba sekalian ialah keturunan orang bijak;
Hamba sekalian ialah keturunan raja purbakala.”
12 Hai Firaun, Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah membuat keputusan-Nya mengenai Mesir.
Di manakah penasihat kamu yang bijak itu?+ Jika mereka tahu tentang keputusan Tuhan, biarlah mereka memberitahu kamu.
13 Pemimpin-pemimpin di Zoan telah bertindak dengan bodoh;
Pemimpin-pemimpin di Nof*+ telah diperdaya;
Ketua-ketua suku di Mesir telah menyesatkan bangsa mereka sendiri.
14 Yehuwa telah menyebabkan Mesir ditimpa kekeliruan.+
Akibatnya, para pemimpin telah membuat orang Mesir tersesat dalam segala hal,
Sehingga mereka menjadi seperti orang mabuk yang terhuyung-hayang dan tergelincir di atas muntah mereka sendiri.
15 Tiada sesiapa pun di Mesir yang dapat melakukan apa-apa,
Tidak kira kepala, ekor, tunas, ataupun rumput.*
16 Pada hari Yehuwa mengangkat tangan-Nya untuk menghukum Mesir, penduduknya akan menjadi seperti wanita yang menggigil ketakutan.+ 17 Mesir akan berasa gentar kerana Yehuda. Orang Mesir akan berasa sangat takut setiap kali mereka mendengar orang bercakap tentang negeri Yehuda, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah memutuskan untuk menghukum Mesir.+
18 Pada masa itu, penduduk di lima buah kota di Mesir akan menggunakan bahasa Kanaan.*+ Mereka akan bersumpah untuk setia kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga. Salah sebuah kota itu akan dinamakan Kota yang Dirobohkan.
19 Pada masa itu, sebuah mazbah akan didirikan untuk Yehuwa di tengah-tengah negeri Mesir, dan sebuah tugu akan dibina untuk Yehuwa di sempadan negeri itu. 20 Mazbah dan tugu itu akan menjadi suatu tanda supaya orang di Mesir ingat akan Yehuwa, ketua angkatan syurga. Orang yang ditindas akan berseru meminta tolong kepada Yehuwa, dan Dia akan mengutus seorang penyelamat yang agung untuk menyelamatkan mereka. 21 Pada masa itu, Yehuwa akan dikenali orang Mesir, dan orang Mesir akan mengenali Yehuwa. Mereka akan memberikan korban dan persembahan kepada Yehuwa. Mereka juga akan berikrar kepada-Nya dan akan menunaikan ikrar itu. 22 Yehuwa akan menghukum Mesir,+ tetapi selepas menghukum penduduknya, Dia akan menyembuhkan mereka; mereka akan kembali kepada Yehuwa, dan Dia akan mendengarkan mereka lalu menyembuhkan mereka.
23 Pada masa itu, akan terdapat jalan besar+ dari Mesir ke Assyria. Orang Assyria akan pergi ke Mesir, dan orang Mesir akan pergi ke Assyria. Orang Assyria dan orang Mesir akan menyembah Tuhan bersama-sama. 24 Pada hari itu, Israel akan bergabung dengan Mesir dan Assyria+ lalu menjadi berkat bagi seluruh bumi. 25 Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan memberkati mereka dan berfirman, “Diberkatilah Mesir, umat-Ku, diberkatilah Assyria, ciptaan-Ku, dan diberkatilah Israel, warisan-Ku.”+
20 Raja Sargon, iaitu raja Assyria, telah mengutus ketua tentera* Assyria untuk menyerang Asdod.+ Pada tahun Asdod diserang dan ditawan,+ 2 Yehuwa berfirman kepada Yesaya+ anak Amoz, “Tanggalkanlah kain guni dari pinggangmu, dan tanggalkanlah kasutmu.” Yesaya pun berbuat demikian. Dia berjalan telanjang* dan tidak berkasut.
3 Yehuwa berfirman, “Hamba-Ku Yesaya telah berjalan telanjang dan tidak berkasut selama tiga tahun sebagai suatu tanda+ dan amaran kepada Mesir+ dan Etiopia.*+ 4 Semasa raja Assyria membawa tawanan dari Mesir+ dan Etiopia, mereka semua, tua dan muda, akan berjalan telanjang dan tidak berkasut, dengan punggung mereka kelihatan. Sesungguhnya, Mesir akan dimalukan. 5 Orang yang berharap kepada Etiopia dan membanggakan Mesir akan berasa takut dan malu. 6 Pada masa itu, penduduk di kawasan pantai akan berkata, ‘Kita melarikan diri kepada bangsa-bangsa itu dan berharap agar mereka menolong kita dan menyelamatkan kita daripada raja Assyria, tetapi lihatlah apa yang telah berlaku kepada mereka! Bagaimanakah kita akan selamat sekarang?’”
21 Berikut merupakan perkhabaran tentang padang belantara yang berdekatan laut:*+
Bencana akan datang dari padang belantara, dari sebuah negeri yang dahsyat,+
Seperti angin ribut yang bertiup dari selatan.
2 Aku mendapat penglihatan tentang kejadian yang kejam:
Bangsa yang licik akan berbuat khianat,
Dan bangsa yang suka akan kemusnahan akan membawa kebinasaan.
Majulah, hai tentera Elam! Kepunglah kota-kota, hai tentera Media!+
Tuhan akan mengakhiri segala keluhan yang disebabkan oleh negeri itu.*+
3 Penglihatan itu membuat aku sangat menderita.+
Aku berasa sakit sekali,
Seperti seorang wanita yang sedang bersalin.
Aku terlalu susah hati sehingga tidak dapat mendengar apa-apa;
Aku terlalu gelisah sehingga tidak dapat melihat apa-apa.
4 Hatiku tidak tenang, dan aku gementar ketakutan.
Malam yang aku rindukan hanya membuat aku gentar.
5 Sediakanlah meja dan susunlah kerusi!
Makanlah dan minumlah!+
Hai para pemimpin, bangkitlah dan lumurilah perisai kamu dengan minyak!*
6 Demikianlah firman Yehuwa kepadaku:
“Pergilah tugaskan seorang pengawal, dan suruh dia melaporkan apa yang dilihatnya.”
7 Dia nampak pedati yang ditarik oleh sepasang kuda,
Pedati yang ditarik oleh keldai-keldai,
Dan pedati yang ditarik oleh unta-unta.
Maka dia menumpukan perhatiannya dan memerhatikan semua itu dengan teliti.
8 Kemudian, seperti singa yang mengaum, dia berseru dengan lantang,
“Ya Yehuwa, sepanjang waktu siang, aku berdiri di menara pengawal,
Dan sepanjang waktu malam, aku bertugas di tempat kawalan.+
9 Lihatlah askar-askar yang datang itu!
Mereka menaiki pedati yang ditarik oleh sepasang kuda.”+
Kemudian dia berkata lagi,
“Babilon sudah jatuh! Babilon sudah jatuh!+
Semua patung berhala di situ sudah dihancurkan di tanah!”+
10 Hai bangsaku
Yang dipijak-pijak seperti gandum di tempat mengirik* gandum,+
Aku telah memberitahu kamu apa yang aku dengar daripada Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel.
11 Berikut merupakan perkhabaran tentang Duma:*
Seseorang dari Seir+ berseru kepadaku,
“Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi?
Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi?”
12 Penjaga itu menjawab,
“Pagi akan datang, tetapi malam juga akan datang.
Jika kamu hendak bertanya,
Marilah bertanya lagi!”
13 Berikut merupakan perkhabaran tentang padang gurun:
Hai para pengembara daripada suku Dedan,+
Kamu akan bermalam dekat pokok-pokok di padang gurun.
14 Hai penduduk Tema,+
Berikanlah air kepada orang haus yang datang kepada kamu,
Dan berikanlah makanan kepada orang pelarian.
15 Mereka melarikan diri daripada pedang yang terhunus,
Daripada busur yang dilenturkan, dan daripada peperangan yang dahsyat.
16 Yehuwa berfirman kepadaku, “Dalam masa satu tahun, seperti masa kerja seorang pekerja upahan,* segala kemuliaan Kedar+ akan lenyap. 17 Hanya beberapa orang pemanah dalam kalangan pahlawan Kedar yang akan tinggal. Aku, Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah berfirman.”
22 Berikut merupakan perkhabaran tentang Lembah Penglihatan:*+
Apakah yang terjadi kepadamu sehingga semua pendudukmu naik ke bumbung?
2 Hai kota yang heboh dan yang penuh dengan keriuhan,
Engkau berada dalam keadaan yang huru-hara.
Pendudukmu yang dibunuh tidak dibunuh dengan pedang;
Mereka tidak dibunuh di medan perang.+
3 Semua pemerintahmu yang zalim telah melarikan diri,+
Tetapi musuh telah menawan mereka tanpa melenturkan busur.
Semua orang telah melarikan diri ke tempat yang jauh,
Tetapi mereka masih ditemui lalu dijadikan tawanan.+
4 Itulah sebabnya aku berkata, “Jangan memandang aku.
Jangan cuba melegakan hatiku.
5 Masa kekacauan, kekalahan, dan kecemasan,+
Daripada Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,
Akan melanda Lembah Penglihatan.
Tembok sudah dirobohkan,+
Dan teriakan kedengaran di gunung.
6 Orang Elam+ membawa bekas anak panah
Dan datang dengan kuda dan kereta kuda.
Orang Kir+ mempersiapkan perisai mereka.
7 Hai bangsaku, lembah-lembahmu* yang paling indah
Akan penuh dengan kereta kuda,
Dan pasukan berkuda akan bersiap di pintu gerbang kota.
8 Yehuda akan kehilangan perlindungannya.
“Pada masa itu, kamu akan memandang ke arah gudang senjata di Rumah Hutan Lebanon,+ 9 lalu nampak banyak celah di tembok Kota Daud.+ Kamu akan mengumpulkan air daripada Kolam Bawah.+ 10 Kamu akan menghitung rumah-rumah di Yerusalem dan merobohkan rumah-rumah itu untuk memperkukuh tembok kota. 11 Kamu akan membina tempat penyimpanan air di antara dua tembok kota untuk menyimpan air yang disalurkan dari kolam yang lama. Tetapi kamu tidak akan memperhatikan Pencipta Agung yang menyebabkan bencana itu berlaku, dan kamu tidak akan mencari Tuhan yang merancang* hal itu sejak dahulu lagi.
12 Pada masa itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,
Menyuruh kamu menangis dan meratap,+
Mencukur rambut dan memakai kain guni.
13 Tetapi sebaliknya, kamu bergembira dan berpesta.
Kamu menyembelih lembu dan biri-biri,
Makan daging, dan minum wain.+
Kamu berkata, ‘Marilah kita makan dan minum kerana esok kita akan mati.’”+
14 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman kepadaku, “‘Kesalahan bangsa ini tidak akan diampunkan sehingga mereka mati.’+ Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman.”
15 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga, berfirman, “Pergilah berjumpa dengan Sebna,+ pengurus istana, dan berkatalah kepadanya, 16 ‘Apakah hakmu di sini, dan siapakah saudara-maramu di sini? Mengapakah engkau memahat kuburmu di sini?’ Sebna sedang memahat kuburnya di tempat tinggi; dia sedang memahat tempat pengebumiannya di bukit batu. 17 Beritahulah orang itu, ‘Lihatlah! Aku, Yehuwa, akan melemparkan engkau ke bawah dengan kuat. Aku akan mencengkam engkau, 18 menggulung-gulung engkau, lalu melontarkan engkau seperti bola ke sebuah negeri yang luas. Engkau akan mati di sana, di samping kereta kudamu yang mewah itu. Keluarga tuanmu akan dimalukan kerana kereta kudamu. 19 Engkau akan dipecat daripada jawatanmu, dan engkau akan dilucutkan daripada kedudukanmu.
20 “‘Pada waktu itu, Aku akan memanggil hamba-Ku Elyakim+ anak Hilkia, 21 lalu mengenakan jubahmu dan pengikat pinggangmu padanya.+ Aku akan menyerahkan kekuasaanmu ke dalam tangannya, dan dia akan menjadi seperti bapa kepada penduduk Yerusalem dan keturunan Yehuda. 22 Aku akan memberinya kunci keluarga Daud.*+ Apa-apa yang dibukanya, tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun; dan apa-apa yang ditutupnya, tidak dapat dibuka oleh sesiapa pun. 23 Aku akan mengukuhkan kedudukannya, seperti pasak penyangkut yang dipasang pada tempat yang berkekalan. Dia akan menjadi seperti sebuah takhta yang membawa kemuliaan kepada keluarga bapanya. 24 Kemuliaan keluarga bapanya, termasuk anak cucu dan keturunan mereka, akan bergantung padanya, sebagaimana bekas kecil, bekas yang bentuknya seperti mangkuk, dan semua bekas yang besar, bergantung pada sebuah pasak penyangkut.’
25 “Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Pada waktu itu, pasak penyangkut yang dipasang pada tempat yang berkekalan akan jatuh dan rosak.+ Apabila pasak itu sudah tiada, segala sesuatu yang bergantung padanya akan jatuh dan rosak. Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”
23 Berikut merupakan perkhabaran tentang Tirus:+
Merataplah hai kapal-kapal dari Tarsis!+
Pelabuhan Tirus sudah dimusnahkan dan tidak dapat dimasuki lagi.
Kamu mendengar tentang hal itu semasa di Kitim.+
2 Hai penduduk kawasan pantai, berdiam dirilah!
Para saudagar dari Sidon+ telah menyeberangi laut dan menambahkan kekayaan kamu.
3 Biji-bijian dari Shihor*+ dan tuaian dari Sungai Nil yang dihantar ke seberang laut,
Menjadi sumber pendapatan Tirus
Dan membawa keuntungan kepada bangsa-bangsa.+
4 Hai Sidon yang bagaikan benteng laut,
Hendaklah engkau berasa malu, kerana laut telah berkata,
“Aku tidak pernah mengalami sakit bersalin, dan aku tidak pernah melahirkan anak.
Aku tidak pernah membesarkan anak lelaki atau anak perempuan.”+
5 Orang akan berasa cemas semasa mendengar berita tentang Tirus,+
Sebagaimana mereka berasa cemas semasa mendengar berita tentang Mesir.+
6 Hai penduduk kawasan pantai,
Merataplah dan larilah ke Tarsis!
7 Inikah kota yang sentiasa bersukacita sejak dibina pada zaman dahulukala?
Dahulu, penduduk kota ini sering pergi ke tempat-tempat yang jauh lalu menetap di sana.
8 Siapakah yang memutuskan agar semua kejadian itu menimpa Tirus?
Tirus ialah kota yang menganugerahkan mahkota.
Saudagar-saudagarnya ialah pemimpin,
Dan pedagang-pedagangnya ialah golongan yang terhormat di seluruh bumi.+
9 Sesungguhnya, Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang memutuskan hal itu.
Segala keindahan yang menjadi kebanggaan penduduk Tirus akan dicemari,
Dan orang yang terhormat di seluruh bumi akan dihina.+
10 Hai penduduk Tarsis, tempat kamu untuk membina kapal* sudah tiada.+
Hendaklah kamu tersebar ke merata tempat, seperti air Sungai Nil yang melimpah ke merata tempat.
11 Yehuwa telah menghulurkan tangan-Nya ke atas laut;
Dia telah menggoncangkan kerajaan-kerajaan,
Dan Dia telah memerintahkan agar benteng-benteng Fenisia dimusnahkan.+
Bangkitlah dan pergilah ke Kitim.+
Di situ pun kamu tidak akan mendapat ketenangan.”
13 Lihatlah negeri orang Kasdim!+
Bangsa itulah yang akan menjadikan Tirus tempat kediaman binatang liar,*
Dan bukannya orang Assyria+ yang akan berbuat demikian.
Orang Kasdim membina menara untuk mengepung Tirus
Dan merobohkan menara-menara yang kukuh di situ,+
Sehingga menjadi reruntuhan.
14 Merataplah hai kapal-kapal dari Tarsis,
Kerana benteng kamu sudah musnah!+
15 Pada masa itu, Tirus akan dilupakan selama 70 tahun,+ iaitu jangka hayat seorang raja. Selepas 70 tahun, Tirus akan menjadi seperti seorang pelacur yang digambarkan dalam lagu berikut:
16 “Hai pelacur yang dilupakan, bawalah kecapimu dan kelilingilah kota.
Petiklah kecapimu dengan mahir
Dan nyanyikanlah lagu yang banyak,
Supaya orang ingat akan kamu.”
17 Selepas 70 tahun, Yehuwa akan memperhatikan Tirus. Kota itu akan menjadi seperti pelacur semula dan berbuat cabul dengan semua kerajaan di bumi. 18 Upah dan keuntungan yang diperolehnya akan menjadi sesuatu yang suci bagi Yehuwa. Pendapatannya tidak akan disimpan atau dikumpulkan, tetapi akan digunakan supaya umat Yehuwa mempunyai makanan yang cukup dan pakaian yang indah.+
24 Lihatlah! Yehuwa akan menyebabkan negeri ini* menjadi tandus dan sepi.+
Dia akan menterbalikkan negeri ini+ dan mencerai-beraikan penduduknya.+
2 Semua orang akan menemui kesudahan yang sama:
Rakyat dan imam,
Hamba lelaki dan tuannya,
Hamba perempuan dan puannya,
Penjual dan pembeli,
Penghutang dan pemberi hutang,
Orang yang meminjam dan orang yang memberikan pinjaman.+
3 Seluruh negeri ini akan menjadi sunyi sepi;
Segala sesuatu di negeri ini akan dijarah.+
Yehuwa telah berfirman, dan hal itu pasti berlaku.
4 Negeri ini akan meratap*+ dan menjadi tandus,
Tanah yang subur akan menjadi gersang,
Dan para pembesar di negeri ini akan menjadi lemah.
5 Negeri ini telah dicemarkan oleh penduduknya;+
Mereka melanggar hukum Tuhan,+
Mengubah peraturan-Nya,+
6 Itulah sebabnya negeri ini dikutuk lalu binasa,+
Dan penduduknya dianggap bersalah.
Akibatnya, bilangan mereka semakin berkurangan,
Sehingga beberapa orang sahaja yang tinggal.+
7 Wain baharu akan meratap,* dan pokok anggur akan layu.+
Semua orang yang dahulunya ceria akan mengeluh.+
8 Muzik gembira daripada tamborin sudah tiada;
Keriuhan daripada orang yang berpesta sudah berhenti;
Lagu riang daripada kecapi sudah lenyap.+
9 Tiada lagi orang yang minum wain sambil bernyanyi;
Minuman keras terasa pahit bagi orang yang meminumnya.
10 Kota yang ditinggalkan telah roboh;+
Semua rumah ditutup dengan rapat supaya tiada sesiapa pun yang dapat masuk.
11 Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain.
Sukacita di negeri ini sudah lenyap;
Kegembiraan di negeri ini sudah tiada.+
12 Kota dan pintu gerbang kota telah dibinasakan;
Semuanya hancur dan tinggal reruntuhan sahaja.+
13 Namun, masih ada penduduk negeri ini dalam kalangan bangsa-bangsa lain.
Mereka akan menjadi seperti buah zaitun yang tertinggal selepas dahan pokok zaitun dipukul,+
Dan seperti buah anggur yang tertinggal selepas musim menuai anggur.+
14 Mereka akan melantangkan suara
Dan berseru dengan gembira.
Dari sebelah barat,* mereka akan mengisytiharkan keagungan Yehuwa.+
15 Dari sebelah timur,*+ mereka akan memuliakan Yehuwa;
Mereka yang tinggal di pulau-pulau akan memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+
16 Dari hujung-hujung bumi, akan kedengaran orang yang bernyanyi,
“Semoga Tuhan Yang Adil dimuliakan!”+
Tetapi aku berkata, “Aku berasa lemah dan tidak berdaya!
Malanglah aku! Orang yang licik telah berbuat khianat;
Mereka penuh dengan tipu daya dan muslihat yang licik.”+
17 Hai penduduk negeri ini, ketakutan, lubang, dan perangkap, sedang menantikan kamu.+
18 Sesiapa yang melarikan diri ketika mendengar bunyi yang menakutkan akan jatuh ke dalam lubang,
Dan sesiapa yang keluar dari lubang itu akan masuk ke dalam perangkap.+
Pintu-pintu langit akan terbuka,
Dan asas negeri ini akan bergoncang.
20 Negeri ini akan terhuyung-hayang seperti orang mabuk
Dan bergoyang seperti pondok yang ditiup angin.
Negeri ini akan roboh kerana berat dosanya+
Dan tidak akan bangkit lagi.
21 Pada masa itu, Yehuwa akan memperhatikan angkatan tentera syurga,
Dan Dia akan memperhatikan raja-raja di bumi.
22 Mereka akan dikumpulkan,
Seperti orang tawanan yang dikumpulkan di dalam sebuah lubang.
Setelah dipenjarakan untuk masa yang panjang,
Mereka akan dihakimi.
23 Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah menjadi Raja+ di Gunung Sion+ dan di Yerusalem.
Kemuliaan-Nya akan dinyatakan di hadapan orang yang tua dalam kalangan umat-Nya.+
Pemerintahan-Nya yang gemilang akan membuat bulan purnama kelihatan pudar,
Dan akan membuat matahari yang bersinar kelihatan gelap.+
25 Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhanku.
Aku akan mengagungkan Engkau dan memuji nama-Mu,
Kerana Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+
Engkau setia+ dan dapat dipercayai;
Engkau pasti melaksanakan tujuan yang telah Engkau tetapkan sejak purbakala.+
2 Engkau merobohkan menara orang asing
Dan membuat kubu-kubu mereka menjadi reruntuhan.
Engkau menyebabkan kota mereka menjadi timbunan batu,
Yang tidak akan dibina semula.
3 Itulah sebabnya Engkau akan dipuji oleh bangsa yang perkasa
Dan ditakuti di kota bangsa-bangsa yang kejam.+
4 Engkau menjadi kubu bagi orang yang lemah
Dan kubu bagi orang miskin yang menghadapi kesusahan.+
Engkau ialah tempat perlindungan daripada ribut
Dan tempat bernaung daripada panas terik.+
Biarpun kemarahan orang yang zalim seperti ribut yang menghentam dinding,
5 Dan seperti panas terik di tanah yang tandus,
Engkau membungkam orang asing yang riuh-rendah.
Sebagaimana bayang-bayang awan menghilangkan panas terik,
Engkau membungkam orang yang kejam supaya mereka tidak bernyanyi lagi.
6 Di gunung-Nya,+ Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa.+
Dia akan menghidangkan makanan yang terbaik
Dan makanan yang paling bermutu.*
Dia juga akan menyediakan wain pilihan,
Iaitu wain terbaik yang ditapis.
7 Di gunung itu, Dia akan menghapuskan kain yang menyelubungi semua orang
Dan menyingkirkan selubung yang menutupi segala bangsa.
8 Dia akan melenyapkan* kematian buat selama-lamanya.+
Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah+
Dan menghilangkan kehinaan yang ditanggung oleh umat-Nya di serata bumi.
Hal itu pasti akan berlaku kerana Yehuwa sendiri telah berfirman tentangnya.
9 Pada masa itu, mereka akan berkata,
“Lihatlah! Dialah Tuhan kita!+
Dialah Yehuwa!
Kita bergantung pada-Nya.
Marilah kita bergembira dan bersukacita kerana Dia menyelamatkan kita.”+
10 Yehuwa akan melindungi gunung itu+ dengan tangan-Nya,*
Tetapi orang Moab akan dipijak-pijak di negeri mereka sendiri,+
Seperti jerami yang dipijak-pijak di atas timbunan baja.
11 Dia akan merentangkan tangan-Nya untuk memukul Moab,
Seperti seorang perenang yang merentangkan tangannya untuk memukul air semasa berenang.
Dengan gerakan tangan-Nya yang tangkas,
Dia akan merendahkan Moab yang angkuh.+
12 Dia akan merobohkan kota Moab yang berkubu
Dan meruntuhkan tembok pertahanannya yang tinggi.
Semua itu akan dibinasakan dan menjadi seperti debu di tanah.
26 Pada masa itu, orang di negeri Yehuda+ akan menyanyikan lagu ini:+
“Kota kita kuat.+
Penyelamatan daripada Tuhan ialah benteng dan temboknya.+
2 Bukalah pintu-pintu gerbang kota,+ supaya bangsa yang diperkenankan Tuhan,
Iaitu bangsa yang taat dan setia kepada Tuhan, dapat masuk.
3 Ya Tuhan, Engkau melindungi orang yang bergantung sepenuhnya pada-Mu;*
Engkau mengurniai mereka kedamaian yang berkekalan,+
Kerana mereka yakin kepada-Mu.+
4 Yakinlah kepada Yah;* percayalah kepada Yehuwa selama-lamanya,+
Kerana Yehuwa ialah Gunung Batu yang abadi.+
5 Dia telah merendahkan orang yang tinggal di tempat tinggi.
Dia merendahkan kota yang megah
Dan mencampakkannya ke bumi,
Sehingga menjadi seperti debu di tanah.
6 Orang yang tertindas dan orang yang lemah
Akan memijak-mijak kota itu.”
7 Ya Tuhan, haluan yang ditempuh orang baik itu lurus.*
Engkau meluruskan haluan orang baik,
Kerana Engkau sentiasa melakukan apa yang benar.
8 Ya Yehuwa, kami berharap kepada-Mu,
Supaya kami dapat mengikut haluan-Mu yang adil.
Kami ingin selalu ingat akan-Mu dan nama-Mu.*
9 Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam;
Aku terus mencari Engkau dengan sepenuh hati.+
Apabila Engkau menghakimi bumi,
Penduduk bumi akan belajar untuk melakukan apa yang benar.+
10 Biarpun orang yang jahat dikasihani,
Mereka tidak akan belajar berbuat baik.+
Biarpun di negeri orang jujur, mereka tetap berbuat jahat.+
Akibatnya, mereka tidak akan melihat kemuliaan Yehuwa.+
11 Ya Yehuwa, musuh-Mu tidak melihat+ tangan-Mu yang sudah terangkat untuk menghukum mereka,
Tetapi mereka akan dimalukan ketika melihat betapa besarnya kasih-Mu terhadap umat-Mu.
Sesungguhnya, api daripada-Mu akan melahap mereka.
12 Ya Yehuwa, Engkau akan mengurniai kami kedamaian.+
Segala pencapaian kami
Merupakan hasil perbuatan-Mu.
13 Ya Yehuwa, Tuhan kami, kami pernah dikuasai pemerintah lain selain Engkau,+
Tetapi nama-Mu sahaja yang kami hormati.+
14 Mereka sudah mati dan tidak akan hidup lagi;
Mereka tidak dapat melakukan apa-apa dan tidak akan bangkit lagi.+
Engkau telah menghakimi dan membinasakan mereka,
Sehingga mereka tidak diingati lagi.
15 Ya Yehuwa, Engkau telah memuliakan diri-Mu;+
Engkau meluaskan sempadan wilayah kami,+
Dan Engkau menyebabkan bangsa kami semakin bertambah;
Sesungguhnya, Engkau membuat bangsa kami bertambah banyak.
16 Ya Yehuwa, umat-Mu berpaling kepada-Mu semasa menghadapi kesusahan;
Sewaktu Engkau mendisiplinkan mereka, mereka mengucapkan doa dengan suara yang rendah untuk mencurahkan isi hati mereka.+
17 Seperti wanita mengandung yang hampir bersalin,
Yang berteriak-teriak kerana kesakitan yang dialami,
Demikianlah keadaan yang kami rasai disebabkan Engkau, ya Yehuwa.
18 Kami mengandung, kami merasai sakit bersalin,
Tetapi kami seolah-olah melahirkan angin sahaja.
Kami tidak dapat menyelamatkan negeri ini,
Dan kami juga tidak melahirkan sesiapa pun untuk menetap di negeri ini.
19 Tuhan berfirman, “Orang mati dalam kalangan kamu akan hidup semula.
Mayat umat-Ku akan bangkit.+
Hai kamu yang tinggal di dalam debu,+
Bangunlah dan berserulah dengan sukacita,
Kerana embun kamu seperti embun pada waktu pagi.*
Bumi akan membiarkan orang mati hidup* semula.
20 Hai umat-Ku, masuklah ke dalam bilik yang selamat
Dan tutuplah pintu.+
Bersembunyilah seketika
Sehingga kemurkaan-Ku berlalu.+
21 Lihatlah! Aku, Yehuwa, sedang datang dari tempat kediaman-Ku,
Untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahan mereka.
Penumpahan darah di bumi akan didedahkan,
Dan orang yang dibunuh tidak akan disembunyikan lagi.”
27 Pada hari itu, Yehuwa akan menggunakan pedang-Nya yang besar, tajam, dan menakutkan,+
Untuk menghukum Lewiatan,* ular yang meluncur itu.
Dia akan bertindak terhadap Lewiatan, ular yang melingkar itu,
Dan membunuh raksasa laut tersebut.
2 Pada hari itu, nyanyikanlah lagu ini kepada wanita itu:*
“Hai ladang anggur yang menghasilkan wain!+
3 Yehuwa berfirman, ‘Aku menjaga ladang itu+
Dan menyiramnya pada setiap waktu.+
Aku menjaganya siang dan malam,
Supaya tiada orang dapat merosakkannya.+
4 Aku tidak lagi murka terhadap ladang itu.+
Jika ada orang mencuba membawa lalang dan semak berduri ke dalam ladang-Ku,
Aku akan berperang dengannya, dan Aku akan memijak-mijak lalu membakarnya.
5 Maka, hendaklah orang itu berlindung kepada-Ku
Dan berdamai dengan Aku.
Ya, biarlah orang itu berdamai dengan Aku.’”
6 Pada masa depan, keturunan Yakub akan berakar seperti sebatang pokok;
Orang Israel akan bertunas dan berbunga,+
Dan bumi akan dipenuhi buah-buah mereka.+
7 Haruskah bangsa ini dihukum dengan begitu berat?
Haruskah mereka dibunuh dengan begitu kejam?
8 Dengan teriakan yang kuat, Tuhan akan menentang orang Israel dan mengusir mereka.
Pada hari angin timur bertiup, Tuhan akan mendatangkan angin kencang untuk menghalau mereka.+
9 Beginilah caranya kesalahan keturunan Yakub akan diampunkan,+
Dan beginilah hasilnya apabila dosa mereka disingkirkan:
Tuhan akan membuat semua batu mazbah
Menjadi seperti batu kapur yang dihancurkan.
Tiada lagi tiang-tiang suci* atau tempat membakar kemenyan yang akan tertinggal.+
10 Kota yang berkubu akan ditinggalkan.
Padang rumput akan ditinggalkan dan terbiar seperti padang belantara,+
Dan anak lembu akan meragut rumput dan berbaring di situ.
Anak lembu akan menghabiskan dahan-dahan pokok.+
11 Apabila ranting-ranting pokok sudah kering,
Kaum wanita akan datang lalu mematahkan ranting-ranting itu
Untuk dijadikan kayu api.
Oleh sebab bangsa ini tidak memiliki pengertian,+
Pencipta mereka tidak akan berbelas kasihan terhadap mereka,
Dan Tuhan yang membentuk mereka tidak akan berkenan kepada mereka.+
12 Hai orang Israel, sebagaimana orang memukul dahan yang berbuah lalu mengumpulkan buah-buah itu satu demi satu, Yehuwa akan mengumpulkan kamu semua satu demi satu,+ dari Sungai Efrat sampai ke Wadi* Mesir.+ 13 Pada hari itu, sebuah trompet yang besar akan ditiup.+ Semua orang yang hampir mati di negeri Assyria,+ dan mereka yang tercerai-berai di negeri Mesir,+ akan datang ke gunung suci Tuhan untuk menyembah Yehuwa di Yerusalem.+
28 Malanglah mahkota* yang dibangga-banggakan para pemabuk dari Efraim!+
Kota yang didiami para kaki botol menjulang tinggi di lembah yang subur,
Tetapi keindahan dan kemuliaannya akan menjadi seperti bunga yang sedang layu.
2 Lihatlah! Yehuwa akan mengutus seorang yang kuat dan perkasa.
Seperti hujan batu yang disertai guruh, seperti angin ribut yang dahsyat,
Dan seperti ribut badai yang disertai banjir,
Dia akan menghempaskan mahkota itu ke tanah dengan kuat.
3 Mahkota-mahkota yang menjadi kebanggaan para pemabuk dari Efraim
Akan dipijak-pijak.+
4 Meskipun kota mereka menjulang tinggi di lembah yang subur,
Kemuliaan dan keindahannya akan menjadi seperti bunga yang sedang layu,
Dan akan menjadi seperti buah ara yang masak sebelum musim panas;
Sebaik sahaja dilihat orang, buah itu dipetik lalu ditelan.
5 Pada masa itu, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menjadi seperti mahkota yang mulia dan lingkaran bunga yang indah bagi umat-Nya yang terselamat.+ 6 Dia akan menggerakkan para hakim untuk menghakimi dengan adil, dan Dia akan memberikan kekuatan kepada orang yang mempertahankan pintu gerbang kota daripada serangan.+
7 Para imam dan nabi tersesat kerana minum wain;
Mereka terhuyung-hayang kerana minum arak.
Mereka tersesat kerana minum minuman keras
Dan keliru kerana minum wain.
Mereka minum arak sehingga terhuyung-hayang;
Mereka terlalu mabuk sehingga tidak dapat memahami penglihatan,
Dan mereka begitu mabuk sehingga tidak dapat mengadili dengan baik.+
8 Meja mereka penuh dengan muntah;
Tidak ada satu tempat pun yang bersih.
9 Mereka berkata, “Kepada siapa dia mengajarkan pengetahuan?
Kepada siapa dia menjelaskan pesanan yang disampaikan itu?
Adakah kita ini bayi yang baru cerai susu?
Adakah kita ini anak kecil yang baru berhenti menyusu?
10 Orang itu asyik berkata, ‘Ikut perintah ini, ikut perintah itu,
Patuhi peraturan* ini, patuhi peraturan itu,+
Perhatikan hal ini, perhatikan hal itu.’”*
11 Oleh itu, Tuhan akan berfirman kepada bangsa ini melalui orang yang gagap dan berbahasa asing.+ 12 Tuhan pernah berfirman kepada bangsa ini, “Inilah tempat untuk berehat, tempat untuk disegarkan. Biarlah orang yang lelah beristirahat,” tetapi mereka enggan mendengarkan-Nya.+ 13 Itulah sebabnya Yehuwa akan berfirman kepada mereka lagi,
“Ikut perintah ini, ikut perintah itu,
Patuhi peraturan* ini, patuhi peraturan itu,+
Perhatikan hal ini, perhatikan hal itu.”
Mereka akan tersandung semasa berjalan,
Lalu jatuh terbaring.
Mereka akan luka, dijerat, lalu ditangkap.+
14 Sekarang, dengarkanlah firman Yehuwa, hai kamu yang bercakap besar,
Yang memerintah penduduk Yerusalem.
15 Kamu berkata,
“Kami sudah mengikat perjanjian dengan Maut+
Dan mencapai persetujuan dengan Kuburan.*
Semasa banjir kilat melanda,
Kami tidak akan diapa-apakan,
Kerana kami telah menjadikan dusta sebagai tempat perlindungan,
Dan kami telah bersembunyi di sebalik penipuan.”+
16 Maka demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
“Aku akan meletakkan sebuah batu yang sudah diuji sebagai asas di Sion,+
Sebuah batu penjuru berharga+ yang akan menjadi asas yang kukuh.+
Sesiapa yang menaruh iman kepadanya tidak akan berasa cemas.+
Dusta yang menjadi tempat perlindungan kamu akan disapu oleh hujan batu,
Dan tempat persembunyian kamu akan dibanjiri air.
18 Perjanjian kamu dengan Maut akan dibatalkan,
Apabila banjir kilat melanda,
Kamu akan dihancurkan.
19 Banjir akan melanda kamu setiap pagi;
Kamu harus menghadapinya siang dan malam.
Setiap kali banjir melanda,
Kamu akan dihanyutkan.+
Orang hanya akan memahami perkhabaran yang disampaikan apabila mereka dicengkam ketakutan.”*
20 Kamu akan menjadi seperti orang yang mencuba tidur di atas katil yang terlalu pendek,
Dan yang mencuba menyelubungi tubuh dengan selimut yang terlalu kecil.
21 Yehuwa akan bangkit seperti yang dilakukan-Nya di Gunung Perasim;
Dia akan bertindak seperti yang dilakukan-Nya di lembah* dekat Gibeon.+
Dia akan melakukan sesuatu yang aneh
Dan melaksanakan hal yang luar biasa.+
22 Jangan memandang ringan+ perkhabaran yang aku sampaikan,
Supaya tali yang mengikat kamu tidak menjadi lebih ketat lagi.
Aku sudah mendengar bahawa Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,
23 Pasanglah telinga dan dengarkanlah suaraku;
Berikanlah perhatian kepada kata-kataku.
24 Adakah seorang petani akan membajak tanah sepanjang hari untuk menanam benih?
Adakah dia akan terus-menerus menggemburkan dan menghancurkan tanah?+
25 Setelah meratakan tanah,
Dia akan menabur benih jintan hitam dan jintan putih.
Dia akan menanam gandum, sekoi, dan barli, di tempat yang sesuai
27 Jintan hitam tidak diirik dengan alat pengirik,+
Dan jintan putih tidak diirik dengan roda pedati.
Sebaliknya, jintan hitam dipukul dengan tongkat,
Dan jintan putih dipukul dengan batang kayu.
28 Semasa seseorang mengirik gandum di tempat mengirik,
Dia tidak akan terus-menerus memukulnya sampai hancur.+
Semasa mengirik gandum dengan roda pada kereta kuda,
Dia akan memastikan gandum itu tidak hancur.+
29 Semua kebijaksanaan itu datangnya daripada Yehuwa, ketua angkatan syurga.
Nasihat yang diberikan-Nya* mengagumkan,
29 “Malanglah kota Ariel,* kota tempat Daud pernah berkhemah!+
Sambutlah perayaan-perayaan+ tahunanmu;
Teruslah merayakannya tahun demi tahun.
2 Aku akan mendatangkan kesusahan kepada kota Ariel,+
Dan penduduknya akan menangis dan meratap.+
Bagi-Ku, kota itu akan menjadi seperti tempat untuk menyalakan api di mazbah.+
3 Hai kota Ariel, Aku akan berkhemah di sekelilingmu untuk mengepungmu;
Aku akan mendirikan benteng dan pagar kayu runcing,
Untuk mengepung dan menyerangmu.+
4 Engkau akan dijatuhkan dan dihina.
Engkau akan bercakap dari dalam tanah,
Dan debu di tanah akan membuat kata-katamu kedengaran sayup-sayup.
Suaramu yang keluar dari dalam tanah+
Akan kedengaran seperti suara seorang bomoh.
Kata-katamu yang keluar dari dalam debu akan kedengaran seperti bisikan.
Dan orang yang kejam akan menjadi seperti sekam yang ditiup angin.+
6 Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menyelamatkan engkau
Dengan mendatangkan guruh, gempa bumi, dan bunyi yang kuat,
Serta dengan mendatangkan angin ribut, badai, dan nyala api yang menghanguskan.”+
7 Bangsa-bangsa yang berperang melawan kota Ariel,+
Iaitu mereka yang menyerang kota itu,
Mereka yang membina menara untuk mengepung kota itu,
Dan mereka yang mendatangkan kesusahan kepada kota itu,
Akan menjadi seperti mimpi pada waktu malam.
8 Sesungguhnya, orang ramai daripada segala bangsa
Yang menyerang Gunung Sion,+
Akan menjadi seperti seseorang yang lapar, yang bermimpi dia sedang makan,
Lalu terjaga tetapi masih lapar,
Dan seperti seseorang yang haus, yang bermimpi dia sedang minum,
Lalu terjaga tetapi masih dahaga dan letih.
9 Hai penduduk Ariel, hendaklah kamu terpegun dan berasa kagum;+
Biarlah mata kamu tertutup supaya kamu tidak dapat melihat.+
Para pemimpin kamu mabuk tetapi bukan kerana minum wain;
Mereka berjalan terhuyung-hayang tetapi bukan kerana minum arak.
10 Yehuwa telah membuat kamu tidur nyenyak.+
Para nabi sepatutnya menjadi mata kamu tetapi Tuhan telah menutup mata mereka;+
Para pelihat* sepatutnya menjadi kepala kamu tetapi Tuhan telah menyelubungi kepala mereka.+
11 Bagi kamu, setiap penglihatan yang diterima akan menjadi seperti kata-kata dalam sebuah gulungan yang dimeterai.+ Jika kamu membawa gulungan itu kepada seseorang yang tahu membaca dan berkata kepadanya, “Tolong bacakan isinya,” dia akan berkata, “Aku tidak dapat membacakannya kerana gulungan ini sudah dimeterai.” 12 Jika kamu membawa gulungan itu kepada seseorang yang buta huruf dan berkata kepadanya, “Tolong bacakan isinya,” dia akan berkata, “Aku langsung tidak tahu membaca.”
13 Yehuwa berfirman, “Umat ini mengatakan bahawa mereka menghampiri-Ku,
Dan bahawa mereka menghormati Aku dengan bibir mereka,+
Tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.
Ibadat mereka kepada-Ku hanyalah berasaskan perintah yang diajarkan oleh manusia.+
14 Maka, Aku akan melakukan lagi hal-hal yang menakjubkan terhadap umat ini;+
Aku akan melakukan hal-hal yang ajaib dan mengagumkan terhadap mereka.
Kebijaksanaan orang yang pandai akan lenyap,
Dan pengertian orang yang bijak akan hilang.”+
15 Malanglah orang yang berusaha untuk menyembunyikan rancangan mereka daripada Yehuwa.+
Mereka bertindak dalam kegelapan
Sambil berkata, “Siapakah yang nampak kita?
Siapakah yang tahu akan perbuatan kita?”+
16 Kamu pandai memutarbalikkan segala-galanya!
Haruskah tukang tembikar dianggap setaraf dengan tanah liat?+
Haruskah benda yang dibuat berkata tentang orang yang membuatnya,
“Bukan dia yang membuat aku”?+
Haruskah benda yang dibentuk berkata tentang orang yang membentuknya,
“Dia tidak tahu apa-apa”?+
17 Dalam masa yang singkat, Lebanon akan menjadi kebun buah-buahan,+
Dan kebun buah-buahan itu akan dianggap sebagai hutan.+
18 Pada masa itu, orang tuli akan mendengar kata-kata yang dibacakan daripada kitab,
Dan orang buta akan dibebaskan daripada kegelapan dan kekelaman, lalu dapat melihat.+
19 Orang yang rendah hati akan merasai sukacita yang besar kerana Yehuwa,
Dan orang yang miskin akan bergembira kerana Tuhan Israel Yang Suci.+
20 Orang yang suka menindas akan dilenyapkan,
Dan orang yang bercakap besar akan dibinasakan.
Orang yang menantikan peluang untuk berbuat jahat akan dimusnahkan.+
21 Mereka mengucapkan kata-kata dusta supaya orang lain dianggap bersalah.
Mereka memasang perangkap bagi pembela* di pintu gerbang kota+
Dan menggunakan tuduhan palsu untuk menghalang orang baik daripada mendapat keadilan.+
22 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan yang menebus Abraham,+ berfirman kepada keturunan Yakub,
23 Apabila dia melihat anak-anaknya, iaitu buatan tangan-Ku,
Berada di sekelilingnya,+
Mereka semua akan menyucikan nama-Ku.
Sesungguhnya, mereka akan memuliakan Aku, Tuhan Yakub Yang Suci,
Dan menyanjung Aku, Tuhan orang Israel.+
24 Orang yang fikirannya tersesat akan memperoleh pengertian,
Dan orang yang bersungut-sungut akan menerima tunjuk ajar.”
30 Yehuwa berfirman, “Malanglah anak-anak yang keras kepala ini!+
Mereka melaksanakan rancangan yang bukan rancangan-Ku;+
Mereka membuat persepakatan* yang bertentangan dengan kehendak-Ku.*
Maka bertimbun-timbunlah dosa mereka.
2 Tanpa meminta petunjuk daripada-Ku,+ mereka pergi ke Mesir+
Untuk mendapatkan perlindungan daripada Firaun
Dan untuk bernaung di bawah kuasa Mesir.
3 Tetapi mereka akan dimalukan kerana berlindung kepada Firaun;
Mereka akan dihina kerana bernaung di bawah kuasa Mesir.+
4 Para pemimpin sudah berada di Zoan,+
Dan duta-duta sudah sampai di Hanes.
5 Semua orang akan dimalukan oleh bangsa Mesir;
Mereka tidak dapat memberikan apa-apa bantuan
Dan tidak dapat membawa manfaat kepada orang lain.
Mereka hanya mendatangkan aib dan hina kepada semua.”+
6 Berikut merupakan perkhabaran tentang binatang-binatang di sebelah selatan:
Duta-duta melintasi negeri yang dipenuhi kesusahan dan penderitaan,
Negeri yang didiami singa yang mengaum,
Ular berbisa, dan ular beracun yang dapat terbang.
Mereka datang bersama harta dan hadiah mereka,
Yang dimuatkan di atas keldai dan unta mereka.
Namun semua itu tidak akan membawa manfaat kepada orang Israel.
7 Bantuan daripada Mesir langsung tidak berguna.+
Oleh itu, Aku memanggilnya “Rahab*+ yang duduk berpeluk tubuh.”
8 “Sekarang, pergilah dan tuliskanlah semua itu pada sekeping papan tulis di hadapan umat ini;
Catatkanlah semua itu dalam sebuah kitab,+
Agar apa yang ditulis itu menjadi kesaksian yang kekal,+
Yang dapat dilihat pada kemudian hari.
9 Umat ini suka memberontak;+ mereka anak-anak yang suka berdusta.+
Mereka enggan mematuhi hukum* yang Aku, Yehuwa, berikan kepada mereka.+
10 Kepada para pelihat, mereka berkata, ‘Jangan bernubuat lagi.’
Kepada orang yang diberi penglihatan, mereka berkata, ‘Jangan katakan apa yang benar kepada kami.*+
Beritahulah kami apa yang kami suka dengar;* ceritakanlah penglihatan-penglihatan yang palsu.+
11 Tinggalkan saja haluan yang benar; tidak usah ikut jalan itu lagi.
Jangan menyebut tentang Tuhan Israel Yang Suci di hadapan kami lagi.’”+
12 Oleh itu, demikianlah firman Tuhan Israel Yang Suci:
“Memandangkan kamu menolak firman-Ku+
Dan percaya kepada dusta dan penipuan
Serta bergantung pada hal-hal itu,+
13 Kesalahan kamu itu seperti dinding yang retak,
Seperti tembok tinggi yang retakannya semakin besar,
Dan yang akan roboh secara tiba-tiba, pada bila-bila masa.
14 Dinding itu akan hancur seperti tembikar besar yang hancur luluh,
Sehingga tiada satu bahagian pun daripada serpihannya
Yang dapat digunakan untuk mengambil bara dari relau api
Atau untuk mencedok air dari lopak-lopak.”*
15 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan Israel Yang Suci, berfirman lagi,
“Kembalilah kepada-Ku dan janganlah bertindak sembarangan, maka kamu akan diselamatkan.
Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.”+
Tetapi kamu tidak mahu!+
16 Sebaliknya, kamu berkata, “Tidak, kami akan menunggang kuda untuk melarikan diri!”
Sesungguhnya, kamu akan terpaksa melarikan diri.
Kamu juga berkata, “Kami akan menunggang kuda yang laju!”+
Tetapi ketahuilah, orang yang mengejar kamu juga sangat laju.+
17 Ancaman seorang musuh+ akan membuat seribu orang gentar,
Dan ancaman lima orang musuh akan menyebabkan kamu semua melarikan diri.
Hanya sedikit orang yang akan tertinggal dalam kalangan kamu;
Keadaan mereka akan seperti sebatang tiang di puncak gunung dan seperti sebatang tiang bendera di atas bukit.+
18 Namun, Yehuwa sedang menunggu dengan sabar untuk menunjukkan belas kasihan kepada kamu;+
Yehuwa akan bangkit untuk mengasihani kamu,+
Kerana Dia ialah Tuhan yang adil.+
Berbahagialah orang yang terus menanti-nantikan-Nya.*+
19 Apabila penduduk Sion kembali ke Yerusalem,+ kamu tidak akan menangis.+ Sebaik sahaja kamu berseru meminta tolong, Tuhan akan mengasihani kamu. Ya, Dia pasti akan menjawab seruan kamu sebaik sahaja Dia mendengarnya.+ 20 Meskipun Yehuwa, Pendidik Agung kamu, memberi kamu kesusahan sebagai makanan dan penindasan sebagai minuman,+ Dia tidak akan bersembunyi lagi. Kamu akan melihat Pendidik Agung+ kamu dengan mata kamu sendiri. 21 Jika kamu menyimpang ke kanan atau ke kiri,+ kamu akan mendengar suara dari belakang kamu yang berfirman, “Inilah jalannya.+ Ikutlah jalan ini!”
22 Kamu akan menganggap berhala-berhala yang disaluti perak dan patung logam yang diliputi emas sebagai sesuatu yang najis.+ Kamu akan membuang semua itu, sebagaimana orang membuang kain yang dikotori darah haid, lalu berkata, “Pergilah daripadaku!”*+ 23 Lalu Tuhan akan menurunkan hujan untuk mengairi benih yang kamu tanam,+ supaya tanah kamu menghasilkan makanan yang berlimpah-limpah dan berkhasiat.+ Pada masa itu, kawanan ternakan kamu akan meragut rumput di padang yang luas.+ 24 Lembu dan keldai yang membajak tanah akan diberi makanan campuran terbaik yang sudah ditampi.* 25 Di atas setiap gunung dan bukit yang tinggi, akan ada anak-anak sungai yang mengalir.+ Itulah yang akan berlaku pada hari pembunuhan besar-besaran, ketika menara-menara roboh. 26 Bulan purnama akan bersinar seterang matahari, dan matahari akan bersinar tujuh kali lebih terang daripada biasa,+ seperti cahaya matahari selama tujuh hari yang dipancarkan sekali gus. Semua itu akan berlaku semasa Yehuwa membalut luka-luka umat-Nya,+ ketika Dia menyembuhkan umat-Nya yang cedera parah kerana dihukum-Nya.+
27 Lihatlah! Yehuwa* sedang datang dari tempat yang jauh.
Kemurkaan-Nya bernyala-nyala dan diliputi awan tebal.
Segala ucapan bibir-Nya penuh dengan kemarahan,
Dan lidah-Nya bagaikan api yang menghanguskan.+
28 Hembusan nafas-Nya bagaikan air deras yang setinggi paras leher.
Tuhan akan menampi bangsa-bangsa dengan nyiru* pembinasaan;
Bangsa-bangsa akan disesatkan kerana kekang yang dipasang pada rahang mereka.+
29 Tetapi kamu akan bernyanyi dengan gembira,
Sebagaimana orang yang bersiap* untuk menyambut perayaan bernyanyi pada waktu malam.+
Kamu akan bersukacita,
Seperti orang yang berjalan sambil meniup* seruling
Ketika dalam perjalanan ke gunung milik Yehuwa, Gunung Batu Israel.+
30 Ketika Yehuwa melampiaskan kemurkaan-Nya yang bernyala-nyala,+
Dia akan mendatangkan api yang menghanguskan,+ hujan badai,+ ribut petir, dan hujan batu.+
Dia akan menyebabkan semua orang mendengar suara-Nya yang agung+
Dan melihat tangan-Nya+ yang dihulurkan untuk menghukum musuh-Nya.
31 Orang Assyria akan dicengkam rasa takut apabila mendengar suara Yehuwa;+
Dia akan memukul mereka dengan tongkat-Nya.+
32 Yehuwa akan menghulurkan tangan-Nya untuk berperang dengan orang Assyria.+
Ketika Dia mengayunkan tongkat-Nya
Untuk menghukum mereka,
Setiap pukulan-Nya akan diiringi bunyi tamborin dan kecapi.+
Tempat itu dalam dan lebar;
Di situ terdapat timbunan kayu serta api yang bernyala-nyala.
Apabila Yehuwa menghembuskan nafas-Nya yang bagaikan sungai belerang,
Tempat itu akan terbakar.
31 Malanglah mereka yang pergi ke Mesir untuk meminta bantuan!+
Mereka bergantung pada kuda,+
Berharap kepada kuda perang* yang kuat,
Dan menaruh keyakinan kepada kereta kuda yang banyak.
Mereka tidak bersandar pada Tuhan Israel Yang Suci;
Mereka tidak mencari Yehuwa.
2 Tetapi Tuhan bijaksana dan akan mendatangkan malapetaka.
Dia pasti melaksanakan apa yang difirmankan-Nya.
Dia akan bangkit untuk menentang kumpulan orang jahat
Dan menghukum mereka yang menolong para penjahat.+
3 Orang Mesir hanyalah insan belaka, bukannya Tuhan.
Kuda-kuda mereka hanyalah darah dan daging, bukannya makhluk roh.+
Ketika Yehuwa menghulurkan tangan-Nya,
Sesiapa yang memberikan bantuan akan tersandung
Dan sesiapa yang dibantu akan jatuh.
Kedua-duanya akan musnah pada masa yang sama.
4 Yehuwa berfirman kepadaku,
“Walaupun semua gembala dipanggil untuk mengusir seekor singa muda yang kuat,
Singa itu hanya akan menggeram sambil menjaga mangsanya.
Biarpun mereka memekik dan berteriak-teriak,
Singa itu tidak akan takut atau mengalah.
Begitulah keadaannya apabila Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga,
Turun ke Gunung Sion untuk berperang demi gunung itu dan puncaknya.
5 Seperti burung yang terbang berdekatan anak-anaknya, demikian juga Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melindungi Yerusalem.+
Aku akan mempertahankan dan menyelamatkan Yerusalem;
Aku akan membela dan membebaskannya.”
6 “Hai umat Israel, kamu telah berdosa kerana asyik memberontak terhadap-Ku. Namun, kembalilah kepada-Ku.+ 7 Masanya akan tiba apabila kamu semua akan membuang berhala-berhala kamu yang tidak berguna, iaitu patung-patung yang kamu hasilkan daripada emas dan perak dengan tangan yang berdosa.
8 Orang Assyria akan dimusnahkan dengan pedang, tetapi bukan dengan pedang manusia.
Ya, pedang yang akan membinasakan mereka bukanlah pedang manusia.+
Mereka akan melarikan diri daripada pedang itu,
Dan orang muda dalam kalangan mereka akan dipaksa bekerja sebagai hamba.
9 Orang yang bagaikan batu perlindungan mereka akan lari ketakutan,
Dan para pemimpin mereka akan gentar ketika melihat tiang bendera,” firman Yehuwa,
Tuhan yang cahaya-Nya* berada di Sion dan yang relau api-Nya terletak di Yerusalem.
32 Lihatlah! Seorang raja+ akan memerintah dengan adil,+
Dan para pemimpin akan memerintah dengan saksama.
2 Setiap pemimpin itu bagaikan tempat perlindungan daripada angin kencang,
Dan bagaikan tempat persembunyian daripada hujan ribut;
Mereka seperti sungai-sungai yang mengalir di tanah yang gersang,+
Dan seperti naungan batu besar di negeri yang tandus.
3 Mata orang yang dapat melihat tidak akan tertutup lagi,
Dan telinga orang yang dapat mendengar akan sentiasa terbuka.
4 Orang yang dahulunya bertindak dengan terburu-buru akan memberikan perhatian kepada* pengetahuan,
Dan orang yang gagap akan bercakap dengan lancar dan jelas.+
5 Orang yang bodoh tidak lagi akan dianggap sebagai orang yang murah hati,
Dan orang yang tidak tulus hati* tidak akan dikenali sebagai orang yang terhormat.
6 Orang yang bodoh akan mengatakan hal yang bukan-bukan
Dan merancang kejahatan dalam hatinya,+
Kerana dia ingin mengikut haluan orang murtad* dan mengucapkan dusta tentang Yehuwa.
Dia tidak memberikan makanan kepada orang yang lapar
Dan tidak memberikan minuman kepada orang yang dahaga.
7 Orang yang tidak tulus hati* menggunakan pelbagai muslihat untuk mencapai tujuannya;+
Dia menggalakkan orang lain untuk melakukan perbuatan yang memalukan.
Biarpun orang yang miskin bercakap benar,
Dia tetap berdusta untuk mencelakakan orang yang ditindas itu.+
8 Tetapi orang yang murah hati menggalakkan orang lain untuk memberi dengan senang hati,
Dan dia sendiri juga sentiasa bermurah hati.
9 Hai wanita-wanita yang bersikap acuh tak acuh, bangunlah dan dengarlah kata-kataku!
Hai gadis-gadis yang hidup bersenang-lenang,+ perhatikanlah kata-kataku!
10 Kira-kira setahun lagi, kamu yang hidup bersenang-lenang akan gentar,
Kerana kamu tidak akan mendapat apa-apa hasil walaupun musim menuai anggur sudah berakhir.+
11 Hendaklah kamu takut, hai wanita-wanita yang bersikap acuh tak acuh!
Hendaklah kamu gementar, hai kamu yang hidup bersenang-lenang!
Tanggalkanlah pakaian kamu
Dan kenakanlah kain guni pada pinggang kamu.+
12 Pukullah dada dengan sedih
Atas apa yang berlaku kepada ladang dan kebun anggur kamu yang subur.
13 Tanah bangsaku akan dipenuhi onak dan semak berduri;
Rumah-rumah tempat orang bersuka ria dan kota tempat orang bergembira+
Akan diliputi belukar berduri.
14 Menara yang berkubu akan terbiar;
Kota yang riuh akan ditinggalkan.+
Ofel*+ dan menara pengawal akan menjadi tanah tandus buat selama-lamanya.
Keldai liar akan berkeliaran di situ,
Dan ternakan akan meragut rumput di tempat itu.+
15 Semua itu akan berlaku sehingga Tuhan mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas kita.+
Pada masa itu, padang belantara akan menjadi kebun buah-buahan,
Dan kebun buah-buahan akan dianggap sebagai hutan.+
16 Pada waktu itu, keadilan dan kebaikan akan terdapat di merata tempat,+
Baik di padang belantara mahupun di kebun buah-buahan.
17 Keadilan yang sejati akan membawa kedamaian+
Dan mendatangkan ketenteraman dan keamanan yang berkekalan.+
18 Bangsaku akan tinggal di tempat yang selamat;
Tempat kediaman mereka akan aman sentosa.+
19 Hutan-hutan akan dirosakkan oleh hujan batu,
Dan kota-kota akan dimusnahkan sama sekali.
20 Berbahagialah orang yang menabur benih berhampiran sumber air
Dan orang yang melepaskan lembu jantan dan keldai ke ladang.+
33 Malanglah kamu,* hai pemusnah yang belum dimusnahkan!+
Malanglah kamu, hai pengkhianat yang belum dikhianati!
Setelah kamu selesai mendatangkan kemusnahan, kamu sendiri akan dimusnahkan.+
Setelah kamu selesai berbuat khianat, kamu sendiri akan dikhianati.
2 Ya Yehuwa, kasihanilah kami.+
Kami berharap kepada-Mu.
3 Bangsa-bangsa melarikan diri ketika mendengar suara-Mu mengguntur.
Mereka tercerai-berai semasa Engkau bangkit.+
4 Hai musuh-musuh, orang akan merampas harta kamu, sebagaimana kawanan belalang juta melahap makanan.
Apabila orang menyerbu kamu dan menjarah harta kamu, keadaannya seperti serbuan kawanan belalang juta.
5 Yehuwa akan diagungkan,
Kerana Dia tinggal di tempat tinggi!
Dia akan menegakkan keadilan dan melakukan apa yang benar di Sion.
6 Hai umat Tuhan, Tuhanlah yang mendatangkan kedamaian dan membawa penyelamatan yang besar.+
Dialah yang mengurniakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang berlimpah-limpah.
Semua itu, termasuk rasa takut akan Yehuwa,+ akan menjadi harta yang berharga bagi kamu.*
7 Lihatlah! Orang yang gagah berseru-seru di jalan,
Dan para utusan yang berusaha mencapai pendamaian menangis dengan pilu.
8 Jalan besar sudah menjadi sunyi sepi;
Tiada orang yang lalu di jalan itu.
Musuh kita telah memungkiri perjanjian yang dibuat;
Mereka telah menghina* kota-kota;
Mereka tidak mengendahkan sesiapa pun.+
9 Tanah meratap* dan menjadi tandus.
Lebanon dimalukan+ dan mereput.
Saron menjadi seperti padang gurun,
Dan semua dedaun di Basan dan Karmel gugur.+
10 “Sekarang Aku akan bangkit,” firman Yehuwa,
“Sekarang Aku akan memuliakan diri-Ku;+
Sekarang Aku akan mengagungkan diri-Ku.
11 Segala rancangan dan perbuatan kamu sia-sia sahaja; semua itu bagaikan rumput kering dan jerami.
Sikap dan fikiran kamu bagaikan api yang akan membinasakan kamu.+
12 Kamu akan menjadi seperti kapur yang dibakar,
Dan seperti semak berduri yang dipotong lalu dibakar dalam api.+
13 Hai orang yang berada di tempat yang jauh, dengarlah tentang apa yang akan Aku lakukan!
Hai orang yang berada di tempat yang dekat, akuilah keperkasaan-Ku!
14 Orang yang berdosa di Sion berasa takut;+
Orang yang murtad berasa gentar. Mereka bertanya,
‘Siapakah antara kita yang dapat tinggal berdekatan api yang membara?+
Siapakah dalam kalangan kita yang dapat tinggal berhampiran api yang tidak dapat dipadamkan?’
15 Orang yang sentiasa melakukan apa yang benar,+
Yang jujur dalam kata-katanya,+
Yang menolak keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur,
Yang tidak menghulurkan tangannya untuk menerima rasuah,+
Yang menutup telinganya agar tidak mendengar tentang rancangan pembunuhan,
Dan yang memejamkan matanya supaya tidak melihat kejahatan,
16 Akan tinggal di tempat yang tinggi;
Dia akan mendapat perlindungan di gunung batu yang kukuh;
Dia akan sentiasa mempunyai makanan,
Dan air minumannya tidak akan berkekurangan.”+
17 Hai bangsaku, kamu akan melihat seorang raja yang mulia;
Kamu akan melihat sebuah negeri yang terletak jauh daripada kamu.
18 Ketika hati kamu teringat akan* kengerian yang pernah berlaku, kamu akan bertanya,
“Di manakah setiausaha?
Di manakah orang yang membayar ufti?+
Di manakah orang yang mengira menara?”
19 Kamu tidak lagi akan melihat bangsa yang biadab itu,
Yang bahasanya terlalu susah untuk dimengerti,
Dan yang cara pertuturannya tidak kamu fahami.+
20 Pandanglah kota Sion, tempat kita mengadakan perayaan!+
Kamu akan melihat Yerusalem menjadi tempat tinggal yang aman,
Yang khemahnya tidak akan dipindahkan,+
Yang pasak khemahnya tidak akan dicabut,
Dan yang tali khemahnya tidak akan diputuskan.
21 Di sana, Yehuwa, Tuhan Yang Maha Mulia, akan melindungi kita,
Sepertimana aliran-aliran sungai dan saluran air yang lebar melindungi sesebuah kota.
Biarpun musuh datang dengan pasukan kapal perang dan kapal-kapal yang besar,
Mereka tidak dapat lalu di kawasan itu.
22 Yehuwa ialah Hakim kita;+
Yehuwa ialah Pemberi Hukum kita;+
Yehuwa ialah Raja kita;+
Dialah yang akan menyelamatkan kita!+
23 Tali-tali di kapal musuh akan menjadi kendur,
Sehingga tidak dapat mengukuhkan tiang kapal atau mengembangkan layar.
Pada masa itu, jarahan yang dibahagikan akan begitu banyak,
Sehingga orang tempang pun akan mendapat bahagian yang besar.+
24 Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, “Aku sakit.”+
Dosa penduduk negeri itu sudah diampunkan.+
34 Hai semua bangsa, berikanlah perhatian!
Marilah dan dengarlah.
Hendaklah bumi dan segala yang ada di dalamnya mendengar;
Hendaklah dunia dan semua penduduknya memberikan perhatian.
Dia akan membinasakan mereka.
Ya, Dia akan membunuh mereka semua.+
3 Mayat orang yang dibunuh tidak akan dikebumikan,
Tetapi dibiarkan membusuk.+
4 Seluruh angkatan tentera langit akan mereput.
Langit akan digulung seperti gulungan naskhah.
Semua angkatan tentera mereka akan gugur,
Sebagaimana daun yang layu gugur daripada pokok anggur,
Dan sepertimana buah ara yang kering jatuh daripada pokok ara.
5 “Pedang-Ku akan dibasahi darah di langit;+
Aku akan melaksanakan penghakiman-Ku terhadap Edom.+
Pedang-Ku akan menimpa bangsa itu, kerana Aku telah memutuskan untuk membinasakan mereka.
6 Aku, Yehuwa, memiliki sebilah pedang.
Pedang itu akan berlumuran darah dan diliputi lemak,+
Iaitu darah anak bebiri jantan dan kambing,
Dan lemak pada ginjal bebiri jantan.
Aku, Yehuwa, akan menyediakan korban di Bozra
Dan mengadakan pembunuhan besar-besaran di negeri Edom.+
7 Lembu jantan liar akan dibunuh bersama bebiri dan kambing;
Lembu jantan muda akan dibunuh bersama lembu jantan yang kuat.
Negeri Edom akan dibanjiri darah,
Dan tanah di situ akan diliputi lemak.”
8 Yehuwa telah memilih hari untuk mendatangkan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya;+
Dia telah menetapkan tahun untuk melaksanakan pembalasan terhadap mereka yang menindas Sion.+
9 Sungai-sungai di Edom* akan berubah menjadi tar,
Dan tanahnya akan menjadi belerang.
Seluruh negeri itu akan menjadi seperti tar yang dibakar.
10 Siang dan malam, nyala api itu tidak akan padam;
Asap akan sentiasa mengepul naik dari situ.
Negeri itu akan terbiar dari generasi ke generasi;
Tiada seorang pun yang akan melaluinya buat selama-lamanya.+
11 Burung undan dan landak akan tinggal di situ;
Burung hantu bertelinga panjang dan burung gagak akan mendiami tempat itu.
Tuhan akan menggunakan tali unting* dan tali pengukur untuk menyukat negeri itu,
Sebagai bukti bahawa negeri itu akan dimusnahkan dan menjadi tanah yang terbiar.
12 Tiada bangsawan di negeri itu yang akan menjadi raja,
Dan semua pemimpin di situ akan lenyap.
13 Menara-menara berkubu di situ akan dipenuhi tumbuhan berduri;
Kubu-kubunya akan ditumbuhi belukar dan semak berduri.
Negeri itu akan menjadi sarang serigala+
Dan tempat tinggal burung unta.
14 Binatang-binatang dari gurun akan berkumpul bersama anjing liar,*
Dan kambing-kambing liar* akan saling memanggil.
Burung tukang juga akan datang mencari tempat berehat di situ.
15 Di situ, ular akan bersarang, bertelur,
Menetaskan telurnya, dan melindungi anak-anaknya.
Burung lang akan berkumpul di situ bersama pasangannya.
16 Selidikilah kitab Yehuwa dan bacalah dengan suara lantang.
Tiada satu pun daripada semua binatang itu akan hilang
Atau hidup tanpa pasangan.
Yehuwa telah memberikan perintah-Nya,
Dan Dia telah mengumpulkan semua makhluk itu dengan kuasa suci-Nya.
17 Dialah yang telah membuang undi dan mengukur tanah
Yang akan dibahagikan kepada setiap makhluk itu.
Tanah itu akan menjadi milik makhluk-makhluk itu buat selama-lamanya;
Makhluk-makhluk itu akan tinggal di situ dari generasi ke generasi.
35 Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita.+
Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.+
2 Padang pasir akan bersukacita dan bersorak dengan gembira,
Dan bunga-bunga akan berkembang di sana.+
Orang akan melihat kemuliaan Yehuwa; mereka akan menyaksikan kebesaran Tuhan kita.
3 Kuatkanlah tangan yang lemah
Dan teguhkanlah lutut yang gementar.+
4 Beritahulah orang yang hatinya gelisah,
“Teguhkanlah hati kamu. Janganlah takut.
Lihatlah! Tuhan kamu akan datang untuk menghukum musuh-musuh kamu.
Tuhan akan datang untuk melaksanakan pembalasan.+
Dia pasti datang untuk menyelamatkan kamu.”+
5 Pada masa itu, mata orang yang buta akan dapat melihat,+
Dan telinga orang yang tuli akan dapat mendengar.+
6 Pada masa itu, orang yang tempang akan melompat seperti rusa,+
Dan orang yang bisu akan berseru dengan gembira.+
Air akan memancar di padang belantara,
Dan sungai-sungai akan mengalir di padang gurun.
7 Tanah yang panas akan menjadi kolam air,
Dan tanah yang gersang akan menjadi mata air.+
Tempat yang dahulunya didiami serigala+
Akan ditumbuhi rumput hijau, rumput tinggi, dan papirus.
8 Di sana akan ada jalan besar+
Yang dipanggil Jalan Kesucian.
Orang yang najis tidak akan berjalan di situ,+
Dan orang yang bodoh tidak dibenarkan melalui jalan itu.
Jalan itu hanya untuk orang yang mengikut haluan yang benar.
9 Singa dan binatang buas
Tidak akan berada di situ.
Tiada satu pun daripada binatang itu akan muncul di situ.+
Hanya orang yang ditebus akan berjalan di situ.+
10 Mereka yang ditebus oleh Yehuwa akan kembali;+ mereka akan datang ke Sion sambil bersorak dengan riang.+
Kegembiraan yang tidak berkesudahan akan menjadi mahkota mereka.+
Mereka tidak akan bersedih ataupun mengeluh lagi,+
Tetapi mereka akan bersukacita dan bergirang hati.
36 Pada tahun ke-14 pemerintahan Raja Hizkia, Raja Sanherib dari Assyria+ menyerang semua kota berkubu di Yehuda lalu menakluki kota-kota itu.+ 2 Kemudian raja Assyria mengutus ketua pengurus minumannya*+ bersama sepasukan askar yang besar dari Lakhis+ kepada Raja Hizkia yang ada di Yerusalem. Mereka pergi ke Yerusalem dan tiba di saluran yang menyalurkan air dari Kolam Atas.+ Saluran itu terletak di tepi jalan utama yang menuju ke tempat orang mencuci kain.+ 3 Kemudian Elyakim+ anak Hilkia, iaitu pengurus istana, Sebna,+ iaitu setiausaha, dan Yoah anak Asaf, iaitu pencatat, keluar menemui mereka.
4 Ketua pengurus minuman itu berkata kepada mereka, “Beritahulah Hizkia, ‘Inilah kata-kata raja Assyria yang agung: “Mengapakah kamu begitu yakin?+ 5 Kamu berkata, ‘Beta ada rancangan dan beta juga mempunyai kekuatan untuk berperang,’ tetapi semua itu kata-kata kosong sahaja. Siapakah yang kamu harapkan sehingga kamu berani memberontak menentang beta?+ 6 Lihatlah! Kamu mengharapkan bantuan dari Mesir. Tetapi Mesir bagaikan buluh yang telah patah, yang akan menusuk tapak tangan orang yang bersandar padanya. Begitulah Firaun, raja Mesir itu, bagi sesiapa yang berharap kepadanya.+ 7 Nah, jika kamu berkata kepada beta bahawa kamu mengharapkan bantuan daripada Yehuwa, Tuhanmu, bukankah kamu yang telah memusnahkan tempat-tempat pemujaan dan mazbah-Nya?+ Bukankah kamu juga menyuruh penduduk Yehuda dan Yerusalem untuk bersujud di mazbah yang ada di Yerusalem sahaja?”’+ 8 Sekarang, marilah bertaruh dengan tuanku, raja Assyria.+ Tuanku berkata, ‘Jika beta memberi kamu 2,000 ekor kuda, dapatkah kamu mencari penunggang kuda sebanyak itu? 9 Biarpun Mesir menghantar kereta kuda dan pasukan berkuda kepadamu, dapatkah kamu mengalahkan pegawai beta, bahkan pegawai yang paling rendah pangkatnya? 10 Fikirlah, adakah beta dapat menyerang negeri ini tanpa izin daripada Yehuwa? Yehuwa sendiri yang berfirman kepada beta, “Seranglah dan musnahkanlah negeri ini.”’”
11 Kemudian Elyakim, Sebna,+ dan Yoah, menjawab ketua pengurus minuman itu,+ “Tolonglah bercakap kepada kami dalam bahasa Aram*+ kerana kami faham bahasa itu. Janganlah bercakap dalam bahasa orang Yahudi. Semua orang yang ada di tembok kota dapat memahaminya.”+ 12 Tetapi ketua pengurus minuman itu berkata, “Adakah kamu sangka bahawa aku diutus oleh raja Assyria untuk menyampaikan kata-kata ini kepada kamu dan raja kamu sahaja? Tidak. Aku menyampaikan semua ini kepada mereka yang duduk di atas tembok juga. Mereka akan makan najis sendiri dan minum kencing sendiri bersama-sama kamu.”
13 Kemudian, ketua pengurus minuman itu berseru dengan kuat dalam bahasa orang Yahudi,+ “Dengarlah kata-kata raja Assyria yang agung!+ 14 Raja berkata, ‘Janganlah diperdayakan oleh Hizkia kerana dia tidak dapat menyelamatkan kamu.+ 15 Dia mungkin berkata, “Yehuwa pasti akan menyelamatkan kita, dan kota ini tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria.” Janganlah terpengaruh dengan kata-kata Hizkia sehingga kamu percaya kepada Yehuwa.+ 16 Usahlah kamu mendengar kata-kata Hizkia kerana beta, raja Assyria, berkata, “Menyerahlah dan berdamailah dengan beta. Kamu akan makan buah anggur daripada pokok anggur kamu sendiri, buah ara daripada pokok ara kamu sendiri, dan minum air daripada perigi kamu sendiri. 17 Kemudian, beta akan membawa kamu ke sebuah negeri yang serupa dengan negeri kamu.+ Negeri itu penuh dengan biji-bijian, wain baharu, pokok anggur, dan makanan. 18 Hizkia mungkin berkata, ‘Yehuwa akan menyelamatkan kita,’ tetapi janganlah tertipu. Pernahkah tuhan bangsa-bangsa lain menyelamatkan negeri mereka daripada tangan raja Assyria?+ 19 Di manakah tuhan orang Hamat dan orang Arpad?+ Di manakah tuhan orang Sefarwaim?+ Pernahkah tuhan-tuhan itu menyelamatkan Samaria daripada genggaman beta?+ 20 Tuhan manakah yang pernah menyelamatkan negerinya daripada tangan beta? Mengapakah kamu berfikir bahawa Yehuwa dapat menyelamatkan Yerusalem?”’”+
21 Namun, mereka hanya berdiam diri dan tidak mengucapkan sepatah kata pun, kerana Raja Hizkia telah berkata, “Janganlah menjawabnya.”+ 22 Kemudian Elyakim anak Hilkia, iaitu pengurus istana, Sebna,+ iaitu setiausaha, dan Yoah anak Asaf, iaitu pencatat, mengoyakkan jubah mereka. Mereka menghadap Hizkia untuk memberitahunya kata-kata ketua pengurus minuman itu.
37 Sebaik sahaja Raja Hizkia mendengar apa yang berlaku, dia mengoyakkan jubahnya dan mengenakan kain guni lalu pergi ke Rumah Yehuwa.+ 2 Kemudian dia menyuruh Elyakim, iaitu pengurus istana, Sebna, iaitu setiausaha, dan ketua-ketua imam, untuk berjumpa dengan Nabi Yesaya+ anak Amoz. Mereka juga memakai kain guni. 3 Mereka menyampaikan pesanan Hizkia kepada nabi itu dengan berkata, “Hari ini hari penderitaan, hari penghinaan, dan hari yang mengaibkan, kerana kita seperti perempuan yang hendak melahirkan anak, tetapi tidak ada kekuatan untuk melahirkannya.+ 4 Raja Assyria telah mengutus ketua pengurus minumannya* untuk menghina Tuhan yang hidup.+ Barangkali Tuhan Yehuwa telah mendengar kata-katanya itu. Biarlah Tuhan Yehuwa menjatuhkan hukuman kepadanya. Berdoalah+ bagi rakyat yang masih ada di sini.”+
5 Oleh itu, para pegawai Raja Hizkia pergi berjumpa dengan Yesaya,+ 6 dan Yesaya menyuruh mereka menyampaikan pesanan berikut kepada raja: “Inilah firman Yehuwa: ‘Janganlah membiarkan kata-kata pegawai raja Assyria itu+ menakutkan kamu.+ Raja Assyria sedang menghina Aku, 7 maka Aku akan mempengaruhi fikirannya. Dia akan kembali ke negerinya setelah mendengar suatu laporan.+ Aku akan menyebabkannya dibunuh dengan pedang di negerinya sendiri.’”+
8 Apabila ketua pengurus minuman mendengar bahawa raja Assyria telah meninggalkan Lakhis, dia kembali untuk berjumpa dengan raja dan mendapati bahawa raja sedang berperang menentang Libna.+ 9 Apabila raja Assyria mendengar bahawa Raja Tirhaka dari Etiopia* telah datang untuk berperang dengannya, dia menghantar utusan kepada Hizkia+ sekali lagi. Katanya, 10 “Beritahulah Raja Hizkia dari Yehuda, ‘Tuhan yang kamu percayai itu mungkin berfirman, “Yerusalem tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria,” tetapi janganlah terpedaya dengan kata-kata-Nya itu.+ 11 Kamu telah mendengar bagaimana raja-raja Assyria telah memusnahkan semua negeri lain.+ Adakah kamu sangka bahawa kamu akan terselamat? 12 Dapatkah tuhan-tuhan di semua negeri itu menyelamatkan rakyat di situ daripada nenek moyang beta?+ Di manakah Gozan, Haran,+ Rezef, dan orang Eden di Tel-asar? 13 Di manakah raja orang Hamat dan raja orang Arpad? Di manakah raja kota Sefarwaim,+ kota Hena, dan kota Iwa?’”
14 Hizkia mengambil surat-surat itu daripada para utusan dan membacanya. Kemudian dia pergi ke Rumah Yehuwa dan membentangkan surat-surat itu di hadapan Yehuwa.+ 15 Hizkia mula berdoa kepada Yehuwa+ dan berkata, 16 “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga,+ Tuhan orang Israel, yang bertakhta di atas* kerub-kerub,* Engkaulah satu-satunya Tuhan yang benar, yang berkuasa atas semua kerajaan di bumi. Engkau telah menciptakan langit dan bumi. 17 Ya Yehuwa, dengarlah dengan teliti!+ Bukalah mata-Mu dan lihatlah!+ Dengarlah kata-kata Sanherib yang menghina Engkau, ya Yehuwa, Tuhan yang hidup.+ 18 Kami semua tahu, ya Yehuwa, bahawa raja-raja Assyria telah melenyapkan negeri semua bangsa lain+ dan juga menghancurkan negeri mereka sendiri. 19 Mereka juga membakar patung berhala bangsa-bangsa lain.+ Semua patung itu bukanlah tuhan, tetapi hanyalah hasil tangan manusia,+ yang diperbuat daripada kayu dan batu. Itulah sebabnya raja-raja Assyria dapat memusnahkan berhala-berhala itu. 20 Oleh itu, ya Yehuwa, Tuhan kami, selamatkanlah kami daripada raja Assyria. Dengan demikian, semua kerajaan di bumi akan tahu bahawa Engkau satu-satunya Tuhan yang benar, ya Yehuwa.”+
21 Kemudian Yesaya anak Amoz menyuruh orang memberitahu Hizkia, “Yehuwa, Tuhan orang Israel, berfirman, ‘Aku telah mendengar doamu berkenaan Raja Sanherib dari Assyria.+ 22 Maka inilah firman Aku, Yehuwa, berkenaan raja itu:
“Sion yang bagaikan anak dara mencela dan mengejek engkau.
Kota Yerusalem menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mentertawakan engkau.
23 Engkau mencemuh dan menghina siapa?+
Engkau meninggikan suara
Dan memandang rendah terhadap siapa?+
Engkau berbuat demikian terhadap Aku, Tuhan Israel Yang Suci!+
24 Engkau menghantar hamba-hambamu untuk menghina Aku, Yehuwa.+ Engkau berkata,
‘Dengan kereta kudaku yang banyak,
Aku akan naik ke gunung yang tinggi,+
Ke kawasan terpencil di Lebanon.
Di situ, aku akan menebang pokok sedar yang tinggi dan pokok juniper yang terbaik.
Aku akan masuk ke tempat kediaman yang paling tinggi di situ dan merentasi hutan Lebanon yang paling tebal.
25 Aku akan menggali perigi-perigi dan minum air dari situ;
Aku akan mengeringkan saluran-saluran air* di Mesir dengan tapak kakiku.’
26 Tidak pernahkah engkau mendengarnya? Hal itu telah ditentukan* sejak dahulu lagi.
Aku telah mengaturnya sejak masa silam.+
Sekarang Aku akan melaksanakannya.+
Engkau akan membinasakan kota-kota berkubu sehingga kota-kota itu menjadi reruntuhan yang terbiar.+
27 Penduduk di situ akan menjadi tidak berdaya;
Mereka akan diselubungi rasa takut dan malu.
Mereka akan menjadi lemah seperti rumput hijau dan sayur di ladang.
Mereka akan menjadi seperti rumput di atas bumbung, yang layu apabila ditiup oleh angin timur yang panas.
28 Tetapi Aku tahu apabila engkau duduk, apabila engkau pergi, apabila engkau kembali,+
Dan apabila engkau marah terhadap-Ku,+
29 Kerana Aku dapat merasai kemarahanmu+ dan mendengar kekecohan yang engkau cetuskan.+
Oleh itu, Aku akan memasang cangkuk pada hidungmu dan kekang+ pada mulutmu,
Lalu Aku akan mengheret engkau pulang melalui jalan yang engkau ikut ketika engkau datang.”
30 “‘Hai Hizkia, hal-hal ini akan menjadi tanda bagi engkau agar engkau tahu bahawa firman-Ku pasti terjadi: Pada tahun ini, kamu semua akan makan hasil tuaian yang tumbuh sendiri;* pada tahun kedua, kamu semua akan makan biji-bijian yang tumbuh dari tuaian yang sebelumnya; tetapi pada tahun ketiga, kamu semua akan menabur benih dan menuai hasilnya. Kamu juga akan menanam anggur dan menikmati hasilnya.+ 31 Keturunan Yehuda yang masih hidup+ akan menjadi seperti tumbuhan yang berakar lalu berbuah. 32 Sekumpulan orang yang masih hidup akan meninggalkan Yerusalem, dan mereka yang terselamat akan keluar dari Gunung Sion.+ Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, pasti akan melaksanakan semua itu dengan semangat yang membara.+
33 “‘Inilah firman Aku, Yehuwa, mengenai raja Assyria:+
“Dia sama sekali tidak akan menjejakkan kakinya di kota ini,+
Atau melepaskan anak panahnya ke arah kota ini.
Dia juga tidak akan mengangkat perisai untuk melawan kota ini,
Atau membuat timbunan tanah untuk mengepungnya.”’+
34 ‘Dia akan pulang melalui jalan yang diikutnya ketika dia datang;
Dia tidak akan memasuki kota ini,’ firman Aku, Yehuwa.
36 Kemudian malaikat Yehuwa pergi ke perkhemahan Assyria dan membunuh 185,000 orang askar. Pada awal keesokan paginya, orang nampak mayat-mayat askar bergelimpangan di situ.+ 37 Oleh itu, Raja Sanherib dari Assyria bertolak dari sana. Dia pulang ke Niniwe+ dan tinggal di situ.+ 38 Ketika dia sedang bersujud di kuil Dewa Nisrokh, anak-anak lelakinya, Adramelekh dan Sarezer, membunuh dia dengan pedang.+ Selepas itu, mereka melarikan diri ke tanah Ararat.+ Anak lelakinya, Esar-hadon,+ menggantikannya sebagai raja.
38 Beberapa lama kemudian, Hizkia jatuh sakit dan hampir meninggal.+ Maka Nabi Yesaya+ anak Amoz datang berjumpa dengannya dan berkata kepadanya, “Inilah firman Yehuwa: ‘Buatlah aturan untuk rumah tanggamu kerana engkau akan mati. Engkau tidak akan sembuh daripada penyakitmu.’”+ 2 Hizkia memalingkan mukanya ke tembok lalu berdoa kepada Yehuwa, 3 “Aku mohon kepada-Mu, ya Yehuwa, ingatlah+ bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan setia dan dengan sepenuh hati.+ Aku telah melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis teresak-esak.
4 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Yesaya, 5 “Kembalilah kepada Hizkia dan beritahulah dia,+ ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang disembah Daud, nenek moyangmu: “Aku telah mendengar doamu+ dan nampak air matamu.+ Aku akan menambahkan 15 tahun kepada jangka hayatmu,+ 6 dan Aku akan menyelamatkan engkau dan kota ini daripada tangan raja Assyria. Aku akan mempertahankan kota ini.”+ 7 Inilah tanda daripada Yehuwa yang menunjukkan bahawa Dia akan melaksanakan apa yang difirmankan-Nya.+ Yehuwa berfirman, 8 “Aku akan membuat bayang-bayang yang telah bergerak menuruni tangga* Ahas undur 10 langkah.”’”+ Maka bayang-bayang yang telah bergerak menuruni tangga itu pun berundur 10 langkah.
9 Tulisan berikut merupakan gubahan Raja Hizkia dari Yehuda selepas dia sembuh daripada penyakitnya:
10 “Aku fikir, pada pertengahan umurku,
Aku akan memasuki pintu gerbang Kuburan,*
Dan aku akan kehilangan sisa-sisa hidupku.”
11 “Aku fikir, aku tidak akan melihat kebaikan Yah* lagi;
Aku fikir, aku tidak akan melihat Yah di negeri orang yang hidup.+
Apabila aku berada bersama mereka yang sudah meninggal, aku tidak akan nampak manusia lagi.
12 Tempat kediamanku bagaikan khemah gembala,
Yang dirobohkan dan dibawa pergi.+
Aku menggulung hidupku seperti penenun yang menggulung kain;
Nyawaku dipotong sebagaimana kain dipotong daripada alat tenun.
Dari siang sampai malam, Tuhan ingin mengakhiri hidupku.+
13 Aku menenangkan diri sehingga waktu pagi.
Tetapi Tuhan seperti singa yang asyik mematahkan semua tulangku;
Dari siang sampai malam, Dia ingin mengakhiri hidupku.+
14 Aku menciap dengan sedih seperti burung layang-layang dan burung murai;*+
Aku berkukur seperti burung merpati.+
Mataku penat kerana memandang ke langit.+
‘Ya Yehuwa, aku sangat menderita;
Tolonglah menyokong aku!’+
15 Apakah yang dapat kukatakan?
Tuhan telah berfirman kepadaku dan Dia sudah bertindak.
Aku akan bersikap rendah hati seumur hidupku,
Kerana aku ingat akan pengalaman pahit yang kulalui.
16 ‘Ya Yehuwa, nyawa setiap insan bergantung pada firman-Mu dan perbuatan-Mu,
Begitu juga dengan nafas hidupku.
Engkau akan menyembuhkan aku dan memelihara hidupku.+
17 Lihatlah! Kedamaianku telah digantikan dengan kepahitan.
Tetapi kerana kasih-Mu terhadapku,
Engkau menyelamatkan aku dari lubang maut.+
Engkau tidak lagi memperhatikan dosa-dosaku.+
Orang yang turun ke kubur tidak dapat mengharapkan kesetiaan-Mu.+
19 Hanya orang yang hidup dapat memuji Engkau,
Seperti yang dapat aku lakukan pada hari ini.
Seorang bapa dapat mengajar anaknya tentang kesetiaan-Mu.+
20 Ya Yehuwa, selamatkanlah aku.
Maka kami akan memetik alat muzik bertali+
Dan memainkan lagu di Rumah-Mu sepanjang hidup kami, ya Yehuwa.’”+
21 Selanjutnya Yesaya berkata, “Bawalah buah ara kering yang telah dipadatkan dan letakkannya pada bisul raja supaya baginda sembuh.”+ 22 Sebelum itu, Hizkia telah bertanya, “Apakah tanda yang menunjukkan bahawa beta akan pergi ke Rumah Yehuwa?”+
39 Pada waktu itu, Raja Merodakh-baladan anak Baladan, iaitu raja Babilon, menghantar surat dan hadiah kepada Hizkia+ kerana dia telah mendengar bahawa Hizkia sakit dan baru sembuh.+ 2 Hizkia menyambut para utusan raja Babilon dengan senang hati lalu menunjukkan tempat penyimpanan hartanya+ kepada mereka. Hizkia menunjukkan perak, emas, minyak balsam, minyak-minyak mahal yang lain, dan semua perlengkapan senjatanya. Ya, dia menunjukkan segala sesuatu yang terdapat di dalam tempat penyimpanan hartanya. Tiada satu pun yang ada di dalam istananya atau di seluruh kerajaannya yang tidak ditunjukkannya kepada mereka.
3 Selepas itu, Nabi Yesaya pergi berjumpa dengan Raja Hizkia. Yesaya bertanya, “Mereka datang dari mana? Apakah yang dikatakan oleh mereka kepada tuanku?” Hizkia menjawab, “Mereka datang dari tempat yang jauh, iaitu negeri Babilon.”+ 4 Kemudian Yesaya bertanya, “Apakah yang dilihat oleh mereka di istana tuanku?” Hizkia menjawab, “Mereka nampak segala-gala yang ada di istana beta. Tiada satu pun yang ada di dalam tempat penyimpanan harta beta yang tidak ditunjukkan kepada mereka.”
5 Yesaya berkata kepada Hizkia, “Dengarlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, 6 ‘Lihatlah! Masanya akan tiba apabila segala sesuatu yang ada di dalam istanamu, dan segala sesuatu yang telah dikumpulkan oleh nenek moyangmu sehingga hari ini, akan dibawa ke Babilon. Tiada satu pun yang akan tinggal.’+ Yehuwa juga berfirman,+ 7 ‘Beberapa orang daripada keturunanmu akan dibawa ke Babilon dan dijadikan pegawai istana raja Babilon.’”+
8 Hizkia berkata kepada Yesaya, “Apa yang difirmankan oleh Yehuwa melalui kamu itu memang baik.” Kemudian Hizkia menambah, “Sekurang-kurangnya ada kedamaian dan ketenteraman* sepanjang hayat beta.”+
40 “Hiburkanlah hati umat-Ku, hiburkanlah hati mereka,” firman Tuhan kamu.+
2 “Ucapkanlah kata-kata yang melegakan hati kepada penduduk Yerusalem.
Beritahulah mereka bahawa jangka masa mereka sebagai buruh paksa sudah tamat,
Dan bahawa hutang dosa mereka sudah dibayar.+
Mereka sudah menerima hukuman dengan sepenuhnya* daripada Aku, Yehuwa, kerana semua dosa mereka.”+
3 Seseorang sedang berseru di padang belantara,
“Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!+
Siapkanlah jalan besar+ yang lurus di padang gurun bagi Tuhan kita.+
4 Timbuslah setiap lembah,
Dan rendahkanlah setiap gunung dan bukit.
Tanah yang berbonggol dan berlubang harus menjadi rata,
Dan tanah yang berlekuk-lekak harus menjadi datar.+
5 Kemuliaan Yehuwa akan dinyatakan,+
Dan semua orang akan menyaksikannya,+
Kerana itulah yang difirmankan oleh Yehuwa.”
6 Dengarlah! Ada orang berkata, “Isytiharkan hal ini!”
Seorang lagi bertanya, “Apakah yang harus aku isytiharkan?”
“Semua manusia adalah seperti rumput hijau.
Kasih setia mereka bagaikan bunga di padang.+
Sememangnya manusia hanyalah seperti rumput hijau.
8 Rumput hijau akan menjadi kering,
Dan bunga akan layu,
Tetapi firman Tuhan kita kekal buat selama-lamanya.”+
9 Hai wanita yang membawa berita baik untuk Sion,+
Naiklah ke atas gunung yang tinggi
Dan berserulah dengan suara yang lantang.
Hai wanita yang membawa berita baik untuk Yerusalem,
Lantangkanlah suaramu dan janganlah takut.
Beritahulah kota-kota di Yehuda, “Tuhan kamu sudah datang!”+
10 Lihatlah! Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, datang dengan kuasa yang besar.
Dia akan memerintah dengan lengan-Nya.+
Lihatlah ganjaran yang dibawa-Nya
Dan pahala yang berada di hadapan-Nya!+
11 Dia akan menjaga* kawanan-Nya seperti seorang gembala.+
Dia akan menghulurkan tangan-Nya untuk mengumpulkan anak-anak bebiri,
Dan Dia akan mendukung anak-anak bebiri itu.
Dengan lemah lembut, Dia akan memimpin bebiri yang menyusui anak.+
12 Siapakah yang dapat menyukat air laut dengan lekuk tangannya,+
Atau mengukur langit dengan jengkalnya?*
Siapakah yang dapat menyukat debu di bumi dengan bekas,+
Menimbang berat gunung dengan neraca,
Atau menimbang berat bukit dengan dacing?
13 Siapakah yang dapat mengukur* kuasa suci Yehuwa?
Siapakah yang dapat menjadi penasihat-Nya untuk mengajar-Nya?+
14 Dengan siapakah Dia berunding untuk mendapat pengertian?
Siapakah yang mengajarkan jalan keadilan kepada-Nya?
Siapakah yang mengajarkan pengetahuan kepada-Nya?
Siapakah yang menunjukkan jalan pemahaman kepada-Nya?+
15 Bagi-Nya, bangsa-bangsa seperti setitis air di dalam baldi,
Dan seperti lapisan debu di atas neraca.+
Dia mengangkat pulau-pulau seperti mengangkat debu halus.
16 Pokok-pokok di Lebanon tidak cukup untuk dijadikan kayu api,
Dan semua binatang liar di situ tidak cukup untuk dijadikan korban bakar.
17 Di hadapan-Nya, bangsa-bangsa seolah-olah tidak wujud;+
Mereka tidak bererti dan tidak bernilai bagi-Nya.+
18 Dengan siapakah dapat kamu samakan Tuhan?+
Apakah yang dapat kamu anggap serupa dengan-Nya?+
19 Tukang seni menghasilkan patung,
Lalu tukang besi menyalutinya dengan emas+
Dan membuat rantai perak untuknya.
20 Semasa memilih pokok untuk dijadikan berhala,+
Orang memilih pokok yang tidak akan reput,
Lalu mencari seorang tukang yang mahir
Untuk membuat sebuah patung berukir yang tidak akan jatuh.+
21 Tidakkah kamu tahu?
Tidakkah kamu dengar?
Tidakkah kamu diberitahu sejak dahulu?
Tidakkah kamu memahami bukti yang sudah wujud sejak asas bumi diletakkan?+
22 Tuhan tinggal di atas bulatan bumi;+
Penduduk bumi bagaikan belalang bagi-Nya.
Dia merentangkan langit seperti kain halus,
Dan Dia membentangkan langit seperti khemah untuk didiami.+
24 Mereka bagaikan tanaman yang baru sahaja ditanam,
Seperti benih yang baru sahaja ditabur,
Dan umpama tumbuhan yang baru sahaja berakar di dalam tanah.
Sebaik sahaja angin bertiup,
Mereka menjadi kering lalu diterbangkan seperti jerami.+
25 “Dengan siapakah dapat kamu samakan Aku? Adakah sesiapa yang setaraf dengan Aku?” firman Tuhan Yang Suci.
26 “Pandanglah ke langit dan perhatikanlah.
Siapakah yang menciptakan bintang-bintang?+
Tuhan memimpin bintang seperti pasukan tentera;
Dia menghitung bintang satu demi satu dan memanggil nama setiap bintang.+
Oleh sebab Dia sangat berkuasa dan amat bertenaga,+
Tiada satu bintang pun yang hilang.
27 Hai Yakub, mengapakah engkau berkata,
‘Jalan hidupku tersembunyi daripada Yehuwa, dan Tuhan tidak menegakkan keadilan bagiku’?+
Hai Israel, mengapakah engkau berkata demikian?
28 Tidakkah engkau tahu? Tidakkah engkau dengar?
Yehuwa ialah Pencipta segala-galanya di bumi; Dia ialah Tuhan yang kekal.+
Dia tidak pernah letih atau lesu.+
Tiada sesiapa pun yang dapat menyelami* kebijaksanaan-Nya.*+
29 Dia menguatkan orang yang lelah
Dan memberikan tenaga yang secukupnya kepada orang yang lemah.+
30 Anak muda pun akan letih dan lesu,
Dan orang muda pun akan tersandung lalu jatuh,
31 Tetapi orang yang berharap kepada Yehuwa akan dikuatkan semula.
Mereka akan menjadi seperti burung helang yang terbang tinggi dengan sayapnya.+
Mereka akan berlari dan tidak menjadi lelah;
Mereka akan berjalan dan tidak menjadi penat.”+
41 “Hai pulau-pulau, berdiam dirilah dan dengarlah firman-Ku.*
Hai bangsa-bangsa, pulihkanlah kekuatan kamu.
Hendaklah kamu menghadap Aku; Aku akan membiarkan kamu bersuara.+
Marilah kita bersemuka, dan Aku akan menghakimi kamu.
2 Siapakah yang mendatangkan orang dari timur untuk menghadap-Ku+
Dan memanggilnya untuk menegakkan keadilan?
Siapakah yang menyerahkan bangsa-bangsa kepadanya
Dan membolehkannya menakluki raja-raja?+
Siapakah yang membuat raja-raja menjadi seperti debu di hadapan pedangnya,
Dan seperti jerami yang ditiup angin di hadapan busurnya?
3 Orang itu mengejar mereka di jalan yang belum pernah dilaluinya,
Tetapi dia tetap maju tanpa rintangan.
4 Siapakah yang telah bertindak dan melakukan hal itu?
Dari mula lagi, siapakah yang memanggil setiap generasi agar mereka wujud?
5 Pulau-pulau telah melihat apa yang berlaku lalu menjadi takut.
Hujung-hujung bumi pun gementar.
Oleh itu bangsa-bangsa datang dan berkumpul.
6 Mereka saling menolong;
Setiap orang berkata kepada saudaranya, “Kuatkanlah hatimu.”
7 Tukang seni menguatkan hati tukang besi;+
Orang yang meratakan logam dengan tukul,
Menggalakkan orang yang mengetuk logam.
Dia berkata, “Logam-logam dipateri dengan baik.”
Kemudian patung itu dikukuhkan dengan paku supaya tidak jatuh.
8 “Tetapi engkau, hai Israel, ialah hamba-Ku.+
Hai Yakub, keturunan sahabat-Ku Abraham,+
Aku telah memilih engkau.+
9 Aku telah membawamu dari hujung bumi;+
Aku telah memanggilmu dari tempat-tempat yang paling jauh.
10 Janganlah takut kerana Aku menyertaimu.+
Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu.+
Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.+
Aku pasti akan memegangmu dengan tangan kanan-Ku yang menegakkan keadilan.’
11 Semua orang yang marah terhadapmu akan dimalukan dan mendapat aib.+
Mereka yang melawanmu akan dimusnahkan dan dilenyapkan.+
12 Engkau akan mencari orang yang menentangmu, tetapi mereka tidak akan engkau temui;
Orang yang berperang melawan engkau akan lenyap dan hilang,+
13 Kerana Aku, Yehuwa, Tuhanmu, memegang tangan kananmu
Dan berfirman kepadamu, ‘Janganlah takut. Aku akan menolongmu.’+
14 Hai Yakub, walaupun engkau lemah seperti cacing,+ janganlah takut.
Hai orang Israel, Aku akan menolong kamu,” firman Yehuwa, Penebus kamu,+ Tuhan Israel Yang Suci.
15 “Aku akan menjadikan kamu seperti alat pengirik,+
Alat pengirik baharu yang bergerigi.
Kamu akan menghancurkan gunung-gunung
Dan membuat bukit-bukit menjadi seperti sekam.
16 Kamu akan menampi semua itu,
Lalu semua itu akan diterbangkan angin;
Semua itu akan bertaburan ditiup angin ribut.
Kamu akan bersukacita kerana Aku, Yehuwa,+
Dan kamu akan berbangga kerana Aku, Tuhan Israel Yang Suci.”+
17 “Orang yang miskin dan berkekurangan mencari air, tetapi mereka tidak menemukannya.
Lidah mereka kering kerana haus.+
Aku, Yehuwa, akan menjawab seruan mereka.+
Aku, Tuhan orang Israel, tidak akan meninggalkan mereka.+
18 Aku akan menyebabkan sungai-sungai mengalir di bukit yang gondol+
Dan membuat mata air memancar di dataran-dataran.+
Aku akan mengubah padang belantara menjadi kolam air
Dan membuat mata air memancar di tanah yang kering.+
19 Di padang gurun, Aku akan menanam pokok sedar,
Pokok akasia, pokok mirtel, dan pokok pain.+
Di padang pasir, Aku akan menanam pokok juniper,
Pokok ash, dan pokok sipres.+
20 Maka semua orang akan melihatnya dan tahu
Bahawa Aku, Yehuwa, yang melakukannya.
Mereka akan memperhatikannya dan faham
Bahawa Tuhan Israel Yang Suci telah menciptakannya.”+
21 Yehuwa, Raja kepada Yakub, berfirman, “Ajukanlah perkara kamu
Dan kemukakanlah hujah-hujah kamu.”
22 “Tunjukkanlah bukti kamu dan beritahulah kami hal-hal yang akan berlaku.
Beritahulah kami tentang kejadian masa lampau,
Supaya kami dapat berfikir tentangnya dan mengetahui kesudahannya.
Umumkanlah kepada kami perkara-perkara yang bakal terjadi.+
23 Beritahulah kami apa yang akan berlaku pada masa depan,
Supaya kami tahu bahawa kamu semua ialah tuhan.+
Lakukanlah sesuatu yang baik atau sesuatu yang jahat,
Supaya kami melihatnya lalu berasa kagum.+
24 Lihatlah! Kamu semua tidak berguna,
Dan semua perbuatan kamu hanyalah sia-sia.+
Sesiapa yang memilih kamu menjijikkan sahaja.+
25 Aku telah membangkitkan seseorang dari timur,+ seorang yang menyeru nama-Ku.
Dia akan datang dari arah utara+
Dan memijak-mijak para pemerintah* seolah-olah mereka itu tanah liat.+
Dia akan memijak mereka sepertimana tukang tembikar memijak tanah liat.
26 Siapakah yang bercakap tentang hal itu sejak mula lagi atau dari masa lampau,
Supaya kami mengetahuinya dan berkata, ‘Betul cakapnya’?+
Tiada sesiapa pun yang mengumumkan hal itu!
Tiada sesiapa pun yang mengisytiharkannya!
Tiada seorang pun mendengar kamu mengatakan apa-apa!+
27 Akulah yang pertama berfirman kepada Sion, ‘Lihatlah apa yang akan terjadi!’+
Aku akan menghantar utusan ke Yerusalem untuk menyampaikan berita baik.+
28 Aku terus melihat, tetapi Aku tidak nampak sesiapa pun;
Tiada sesiapa pun antara mereka yang dapat memberikan nasihat.
Aku asyik bertanya, tetapi tiada sesiapa pun yang menjawab.
29 Mereka semua tidak berguna,
Dan semua perbuatan mereka sia-sia sahaja.
Patung-patung logam mereka tidak bererti dan tidak berguna.+
42 Lihatlah hamba-Ku+ yang Aku sokong!
Aku telah memilihnya+ dan Aku berkenan kepadanya!+
2 Dia tidak akan berteriak atau meninggikan suara.
Suaranya tidak akan kedengaran di jalan-jalan.+
3 Rumput yang layu tidak akan diinjak-injaknya,
Dan sumbu pelita yang sudah malap tidak akan dipadamkannya.+
Dia pasti akan menegakkan keadilan.+
4 Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asa sehingga dia menegakkan keadilan di bumi;+
Penduduk di pulau-pulau akan menanti-nantikan ajarannya.”*
5 Yehuwa ialah Tuhan Yang Agung, yang menciptakan dan membentangkan langit.+
Dia membentuk bumi serta segala sesuatu di bumi.+
Dia memberikan nafas kehidupan kepada manusia di bumi+
Dan mengurniakan nyawa kepada segala yang hidup di bumi.+
Sekarang Tuhan yang benar berfirman,
6 “Aku, Yehuwa, telah memanggil engkau untuk melaksanakan tujuan-Ku yang benar.
Aku telah memegang tanganmu dan Aku akan melindungimu.
Engkau akan menjadi perjanjian antara Aku dengan manusia,+
Dan engkau akan menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa.+
7 Engkau akan membuka mata orang buta,+
Mengeluarkan tahanan dari penjara bawah tanah,
Dan membebaskan orang yang meringkuk di dalam penjara yang gelap.+
8 Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.
Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa pun*
Atau menyerahkan pujian-Ku kepada patung-patung berhala.+
9 Nubuat yang Aku sampaikan dahulu sudah terjadi.
Sekarang Aku hendak mengisytiharkan hal-hal yang baharu.
Sebelum semua itu muncul, Aku akan memberitahu umat-Ku tentangnya.”+
10 Hai kamu yang belayar di laut dan segala hidupan di laut,
Hai pulau-pulau dan semua penduduk di situ,+
Nyanyikanlah sebuah lagu baharu kepada Yehuwa,+
Dan pujilah Dia dari hujung-hujung bumi!+
11 Hendaklah padang belantara dan kota-kotanya berseru dengan kuat;+
Hendaklah tempat perkhemahan orang Kedar+ melantangkan suara.
Hendaklah penduduk di bukit batu bersorak dengan gembira;
Hendaklah mereka berseru dari puncak-puncak gunung.
12 Hendaklah Yehuwa dimuliakan,
Dan hendaklah Dia dipuji di pulau-pulau.+
13 Yehuwa akan maju seperti orang yang perkasa.+
Dia akan bertindak dengan penuh semangat seperti seorang pahlawan.+
Seruan-Nya dan pekik perang-Nya akan kedengaran,
Dan Dia akan menunjukkan bahawa Dia lebih kuat daripada musuh-musuh-Nya.+
14 “Sudah lama Aku berdiam diri.
Aku membisu dan menahan diri.
Tetapi sekarang Aku akan mengerang dan tercungap-cungap,
Seperti wanita yang hendak bersalin.
15 Aku akan membuat gunung dan bukit menjadi tandus,
Dan Aku akan membuat segala tumbuhan di situ menjadi layu.
Aku akan mengubah sungai menjadi pulau,
Dan Aku akan mengeringkan kolam-kolam air.+
16 Aku akan memimpin orang buta ke jalan yang tidak diketahui mereka+
Dan membawa mereka menempuh jalan yang belum pernah dilalui mereka.+
Aku akan mengubah kegelapan di hadapan mereka menjadi cahaya+
Dan mengubah tanah yang berlekuk-lekak menjadi datar.+
Aku akan melakukan hal-hal itu untuk mereka, dan Aku tidak akan meninggalkan mereka.”
17 Orang yang percaya kepada patung-patung berukir
Dan orang yang berkata kepada patung-patung logam, “Kamulah tuhan kami,”
Akan dikalahkan dan dimalukan.+
18 Hai orang pekak, dengarlah;
Hai orang buta, pandanglah dan lihatlah.+
19 Adakah sesiapa yang buta selain hamba Tuhan?
Adakah sesiapa yang lebih pekak daripada utusan Tuhan?
Adakah sesiapa yang lebih buta daripada orang yang menerima ganjaran daripada Tuhan,
Atau lebih buta daripada orang yang dipanggil hamba Yehuwa?+
20 Ada banyak yang kamu lihat, tetapi kamu tidak memberikan perhatian.
Telinga kamu terbuka, tetapi kamu tidak mendengar.+
21 Yehuwa gembira untuk memuliakan dan mengagungkan hukum-Nya,*
Agar keadilan-Nya dinyatakan.
22 Tetapi sekarang umat ini dirompak dan dijarah;+
Mereka semua terperangkap di dalam lubang dan terkurung di dalam penjara.+
Mereka dijarah tetapi tiada seorang pun yang menyelamatkan mereka.+
Mereka dirompak tetapi tiada orang yang berkata, “Pulangkan!”
23 Siapakah antara kamu yang sudi mendengar?
Siapakah yang akan mendengar dan memberikan perhatian, agar meraih manfaat untuk masa depan?
24 Siapakah yang membiarkan keturunan Yakub dijarah?
Siapakah yang menyerahkan orang Israel kepada perompak?
Bukankah Yehuwa yang berbuat demikian kerana mereka telah berdosa terhadap-Nya?
25 Maka Tuhan terus mencurahkan kemurkaan-Nya ke atas mereka dan membuat mereka merasai kemarahan-Nya.
Dia membiarkan mereka menderita akibat peperangan yang dahsyat.+
Walaupun peperangan yang bagaikan api memusnahkan segala-galanya di sekeliling mereka, mereka tidak memberikan perhatian.+
Walaupun mereka merasai bahangnya, mereka tidak mengambil peduli.+
43 Hai keturunan Yakub, hai orang Israel,
Inilah firman Yehuwa, Pencipta yang membentuk kamu:+
“Janganlah takut, kerana Aku sudah menebus kamu.+
Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu.
Kamu merupakan milik-Ku.
2 Apabila kamu menyeberangi laut, Aku akan menyertai kamu.+
Apabila kamu melintasi sungai, kamu tidak akan tenggelam.+
Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar.
Ya, nyala api tidak akan mencederakan kamu.
3 Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.
Akulah Tuhan Israel Yang Suci, Penyelamat kamu.
Aku telah menyerahkan Mesir untuk menebus kamu,
Dan Aku telah menyerahkan Etiopia* dan Seba untuk menyelamatkan kamu.
Oleh itu, Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa lain
Sebagai ganti nyawa kamu.
5 Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.+
Aku akan membawa anak cucu kamu dari timur
Dan mengumpulkan kamu dari barat.+
6 Aku akan berkata kepada negeri di utara, ‘Serahkan mereka!’+
Aku akan berkata kepada negeri di selatan, ‘Jangan menahan mereka!
Bawalah anak-anak lelaki-Ku pulang dari negeri yang jauh, dan bawalah anak-anak perempuan-Ku kembali dari segala pelosok bumi.+
7 Mereka semua menyandang nama-Ku.+
Aku telah membentuk dan menjadikan mereka;
Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan diri-Ku.’+
8 Bawalah umat ini keluar! Mereka ada mata, tetapi buta.
Mereka ada telinga, tetapi pekak.+
9 Biarlah semua bangsa berkumpul,
Dan biarlah semua suku kaum berhimpun.+
Siapakah antara mereka* yang dapat memberitahu kita hal pertama yang akan berlaku pada masa depan?+
Ya, siapakah antara mereka yang dapat memberitahukan hal sebegini?
Biarlah saksi-saksi mereka tampil agar mereka dinyatakan benar.
Biarlah orang mendengar dan berkata, ‘Memang benar cakap mereka!’”+
10 Yehuwa berfirman, “Kamu ialah saksi-saksi-Ku.+
Aku memilih kamu sebagai hamba-Ku,+
Supaya kamu mengenal Aku, beriman* kepada-Ku,
Dan memahami bahawa Aku ialah Tuhan yang tidak berubah.+
Tiada tuhan yang wujud sebelum Aku,
Dan tiada tuhan yang muncul selepas Aku.+
11 Akulah Yehuwa,+ dan tidak ada penyelamat lain kecuali Aku.”+
12 Yehuwa juga berfirman, “Seperti yang telah Aku isytiharkan, Aku menyelamatkan kamu dan menyebabkan hal itu diketahui semua.
Pada masa itu, tidak ada tuhan asing dalam kalangan kamu.+
Oleh itu, kamu ialah saksi-saksi-Ku, dan Aku ialah Tuhan yang benar.+
13 Akulah Tuhan yang sama untuk selama-lamanya.+
Tiada apa-apa pun yang dapat terlepas daripada tangan-Ku.+
Jika Aku bertindak, siapakah yang dapat menghalang Aku?”+
14 Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu,+ Tuhan Israel Yang Suci:+
“Demi kamu, Aku akan menghantar orang ke Babilon untuk merobohkan palang-palang pintu gerbang.+
Aku akan mengalahkan orang Kasdim yang menaiki kapal, lalu mereka akan meraung kesedihan.+
15 Akulah Yehuwa, Tuhan kamu yang suci.+ Akulah Pencipta Israel,+ dan Akulah Raja kamu.”+
16 Inilah firman Yehuwa,
Tuhan yang membuat jalan melalui laut,
Tuhan yang menyediakan jalan melalui air yang bergelora,+
17 Tuhan yang memimpin kuda-kuda dan kereta kuda,+
Dan Tuhan yang mengetuai pasukan tentera dan pahlawan yang gagah:
“Mereka akan rebah dan tidak akan bangkit lagi.+
Mereka akan dilenyapkan sebagaimana sumbu yang bernyala dipadamkan.”
18 “Janganlah ingat akan peristiwa lalu,
Dan janganlah kenang masa silam.
19 Perhatikanlah perkara baharu yang sedang Aku lakukan.+
Lihatlah! Aku sudah pun memulakannya.
Tidakkah kamu menyedarinya?
20 Binatang-binatang liar akan memuliakan Aku;
Serigala dan burung unta akan memuji Aku,
Kerana Aku menyediakan air di padang belantara
Dan mengalirkan sungai di padang gurun,+
Untuk memberikan minuman kepada kamu, umat pilihan-Ku.+
21 Aku telah menjadikan kamu bagi diri-Ku,
Supaya kamu menceritakan kemasyhuran-Ku.+
22 Tetapi hai keturunan Yakub, kamu tidak berseru kepada-Ku.+
Hai orang Israel, kamu telah bosan dengan Aku.+
23 Kamu tidak membawa bebiri sebagai korban bakar untuk-Ku,
Dan kamu tidak mempersembahkan korban untuk memuliakan Aku.
Aku tidak memaksa kamu untuk memberikan persembahan
Atau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan putih.+
24 Kamu tidak menggunakan wang kamu untuk membeli tebu wangi bagi-Ku,
Dan kamu tidak memuaskan Aku dengan mempersembahkan lemak binatang.+
Sebaliknya, kamu membebani Aku dengan dosa kamu
Dan menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.+
26 Marilah kita berjumpa di tempat pengadilan.
Ingatkanlah Aku, dan ajukanlah perkara kamu untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah.
28 Itulah sebabnya Aku akan menganggap para pemimpin di tempat suci sebagai orang yang najis.
Aku akan membiarkan kamu dibinasakan, hai keturunan Yakub.
Aku akan membiarkan kamu dicaci, hai orang Israel.+
44 “Dengarlah, hai keturunan Yakub, hamba-Ku.
Dengarlah, hai orang Israel, umat pilihan-Ku.+
2 Inilah firman Aku, Yehuwa,
Pencipta yang membentuk kamu,+
Tuhan yang menolong kamu sejak kamu dalam kandungan lagi:*
‘Janganlah takut, hai keturunan Yakub, hamba-Ku.+
3 Aku akan memberikan air kepada orang yang dahaga,*+
Dan Aku akan mengalirkan anak-anak sungai di tanah yang kering.
Aku akan mencurahkan kuasa suci-Ku ke atas keturunan kamu+
Dan mencucurkan berkat-Ku ke atas anak cucu kamu.
4 Mereka akan bertumbuh subur seperti rumput hijau,+
Dan seperti pokok poplar di tepi aliran sungai.
5 Seorang akan berkata, “Aku milik Yehuwa.”+
Seorang lagi akan memanggil dirinya dengan nama Yakub,
Dan seorang lagi akan menulis pada tangannya: “Milik Yehuwa.”
Ada juga yang akan menggelar dirinya dengan nama Israel.’
6 Akulah Yehuwa, Raja dan Penebus orang Israel.+
Demikianlah firman Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga:
‘Akulah yang pertama dan yang terakhir.+
Tidak ada Tuhan selain Aku.+
7 Siapakah yang dapat menandingi Aku?+
Biarlah dia bersuara dan mengemukakan buktinya kepada-Ku!+
Biarlah dia menyatakan apa yang bakal terjadi
Dan apa yang akan berlaku pada masa depan,
Seperti yang telah Aku lakukan sejak Aku menjadikan umat ini pada zaman purba.
8 Janganlah takut dan janganlah tercegat kerana terkejut.+
Bukankah Aku sudah memberitahu setiap seorang daripada kamu tentang hal-hal itu sejak dahulu lagi?
Bukankah Aku sudah mengumumkan semua itu?
Kamu ialah saksi-saksi-Ku.+
Tidak ada Tuhan selain Aku.
Ya, Aku tahu bahawa tidak ada Gunung Batu+ selain Aku.’”
9 Semua orang yang membuat berhala, tidak berguna.
Benda-benda kesayangan mereka pun tidak bermanfaat.+
Patung-patung itu tidak dapat melihat, tidak mengetahui apa-apa, dan tidak dapat memberikan kesaksian.+
Maka orang yang membuat patung-patung itu akan dimalukan.+
10 Orang yang membuat dewa atau patung logam
Langsung tidak mendapat manfaat.+
11 Lihatlah! Orang yang membuat berhala serta rakan-rakannya akan dimalukan!+
Tukang-tukang seni itu hanyalah manusia.
Biarlah mereka semua berkumpul dan mengambil tempat masing-masing.
Mereka akan ditakutkan dan dimalukan bersama-sama.
12 Tukang besi mengambil sekeping logam dan membentuknya di atas bara api dengan alat-alatnya.
Dengan lengannya yang kuat,+
Dia menukul logam itu menjadi bentuk yang diinginkan.
Tetapi kemudian, dia menjadi lemah kerana lapar
Dan berasa letih kerana tidak minum air.
13 Tukang kayu merentangkan tali pengukur dan melukis bentuk berhala dengan kapur merah.
Dia melukis bentuk yang diinginkan dengan jangka lukis dan memahat kayu itu.
Dia menjadikannya patung yang menyerupai manusia,+
Seperti manusia yang kacak,
14 Ada seorang yang kerjanya menebang pokok sedar.
Dia memilih sebatang pokok oak
Dan membiarkan pokok itu bertumbuh subur di rimba.+
Dia menanam pokok laurel, dan air hujan menyebabkan pokok itu bertumbuh.
15 Kemudian pokok itu digunakannya sebagai kayu api.
Dia membakar sebahagian daripada kayu itu
Untuk memanaskan diri dan membakar roti;
Dia juga membuat patung dewa daripada kayu itu,
Lalu bersujud dan menyembah patung berukir yang dibuatnya itu.+
16 Dia membakar separuh daripada kayu itu dalam api,
Lalu memanggang daging, memakan daging itu, dan berasa puas.
Dia juga memanaskan badannya sambil berkata,
“Alangkah hangatnya api ini!”
17 Dia menggunakan kayu yang selebihnya untuk membuat dewa, iaitu patung berukir.
Dia bersujud dan menyembah patung itu.
Dia berdoa kepada patung itu dan berkata,
“Selamatkanlah aku, kerana engkaulah tuhanku.”+
18 Orang yang membuat patung berhala tidak mengetahui atau memahami apa-apa pun;+
Mata mereka terpejam, dan mereka tidak dapat melihat;
Hati mereka tidak berpengertian.
19 Mereka tidak mempunyai pengetahuan atau pemahaman;
Mereka tidak merenungkan hal ini dalam hati mereka:
“Aku membakar separuh daripada kayu itu dalam api,
Dan menggunakan kayu api itu untuk membakar roti dan memanggang daging, lalu aku memakannya.
Maka patutkah aku menggunakan kayu yang selebihnya untuk membuat sesuatu yang menjijikkan?+
Patutkah aku menyembah sepotong kayu yang diambil daripada sebatang pokok?”
20 Orang sebegitu bagaikan orang yang memakan abu.
Dia sudah disesatkan oleh hatinya yang tertipu.
Dia tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri, dan dia juga tidak berkata,
“Apa aku pegang di dalam tangan kananku ini benda yang tidak berguna.”
21 “Hai keturunan Yakub, hai orang Israel, ingatlah akan hal-hal ini,
Kerana kamu ialah hamba-Ku.
Kamu ialah hamba-Ku yang Aku jadikan.+
Hai orang Israel, Aku tidak akan melupakan kamu.+
22 Aku akan menghapuskan kesalahan kamu seolah-olah menutupinya dengan awan;+
Aku akan menghapuskan dosa-dosa kamu seolah-olah menyembunyikannya dengan awan tebal.
Kembalilah kepada-Ku, kerana Aku akan menebus kamu.+
23 Bersoraklah dengan gembira, hai langit,
Kerana Aku, Yehuwa, telah bertindak!
Bersoraklah dengan sukacita, hai tempat-tempat dalam di bumi!
Bersoraklah dengan riang, hai gunung-gunung+
Dan hutan serta segala pokoknya,
Kerana Aku, Yehuwa, telah menebus keturunan Yakub
Dan menunjukkan kebesaran-Ku melalui orang Israel.”+
24 Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu,+
Tuhan yang membentuk kamu sejak kamu dalam kandungan lagi:
“Aku ialah Yehuwa, Pencipta segala sesuatu.
Siapakah yang membantu Aku?
25 Aku menyebabkan tanda-tanda yang disebut nabi palsu menjadi dusta
Dan membuat para ahli nujum bertindak seperti orang bodoh.+
Aku mengelirukan orang yang bijak
Dan mengubah pengetahuan mereka menjadi kebodohan.+
26 Aku membuat kata-kata hamba-Ku menjadi kenyataan
Dan menyebabkan semua ramalan utusan-Ku berlaku.+
Mengenai Yerusalem, Aku berfirman, ‘Kota itu akan didiami.’+
Mengenai kota-kota Yehuda, Aku berfirman, ‘Kota-kota itu akan dibina semula.+
Aku akan membaiki reruntuhan di situ.’+
27 Aku berfirman kepada air yang dalam, ‘Jadilah kering.
Aku akan mengeringkan semua sungaimu.’+
28 Mengenai Kores,+ Aku berfirman, ‘Dialah gembala yang Aku lantik.
Dia pasti akan melaksanakan segala kehendak-Ku.’+
Mengenai Yerusalem, Aku berfirman, ‘Kota itu akan dibina semula.’
Mengenai Rumah-Ku, Aku berfirman, ‘Asasnya akan diletakkan.’”+
45 Yehuwa telah melantik Kores+ dan memegang tangan kanannya,+
Untuk menakluki bangsa-bangsa di hadapannya,+
Untuk melucutkan kuasa raja-raja,
Dan untuk membuka pintu-pintu di hadapannya
Supaya pintu-pintu gerbang tidak ditutup.
Demikianlah firman Tuhan kepada Kores:
Aku akan menghancurkan pintu-pintu tembaga
Dan mematahkan palang-palang besi.+
3 Aku akan memberi engkau kekayaan dari tempat-tempat yang gelap
Dan harta karun yang tersimpan di tempat-tempat yang tersembunyi.+
Dengan demikian engkau akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,
Tuhan orang Israel, yang memanggil engkau dengan namamu.+
4 Demi keturunan Yakub yang merupakan hamba-Ku, dan demi orang Israel, iaitu umat pilihan-Ku,
Aku akan memanggil engkau dengan namamu.
Aku akan memberi engkau suatu nama yang terhormat, walaupun engkau tidak mengenal Aku.
5 Akulah Yehuwa; tiada yang lain kecuali Aku.
Ya, tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.+
Aku akan memberi engkau kekuatan, walaupun engkau tidak mengenal Aku.
6 Dengan demikian, dari timur hingga barat,
Semua orang akan tahu bahawa
Tiada yang lain kecuali Aku.+
Akulah Yehuwa; tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.+
7 Akulah yang menciptakan cahaya+ dan kegelapan.+
Akulah yang mendatangkan kedamaian+ dan malapetaka.+
Aku, Yehuwa, yang melakukan semua itu.
8 Hai langit, biarlah kebaikan menjadi seperti hujan yang turun dari atas;+
Biarlah keadilan menjadi seperti hujan yang menitis dari awan.
Biarlah bumi terbuka dan menumbuhkan kebaikan
Serta menghasilkan penyelamatan yang berlimpah-limpah.+
Aku, Yehuwa, yang menyebabkan semua itu berlaku.”
9 Malanglah orang yang membantah Penciptanya,
Kerana dia hanyalah seperti pecahan tembikar
Antara pecahan-pecahan tembikar di atas tanah!
Maka, patutkah tanah liat bertanya kepada Tukang Tembikar,* “Apakah yang sedang kamu buat?”+
Atau patutkah sebuah periuk berkata kepada Pembuatnya, “Kamu tidak mempunyai tangan”?*
10 Malanglah orang yang bertanya kepada bapanya, “Mengapakah kamu menjadi bapa saya?”
Dan bertanya kepada ibunya, “Buat apa kamu melahirkan saya?”
11 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Israel Yang Suci,+ Tuhan yang membentuk Israel:
“Patutkah kamu menyoal Aku tentang hal-hal yang akan berlaku
Dan memberitahu Aku tentang apa yang harus Aku buat dengan anak-anak-Ku+ dan ciptaan-Ku?
12 Akulah yang membentuk bumi+ dan menciptakan manusia di bumi.+
Akulah yang membentangkan langit dengan tangan-Ku sendiri,+
Dan Akulah yang memberikan perintah kepada segala sesuatu di langit.”+
13 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Demi tujuan-Ku yang benar, Aku telah menggerakkan seseorang untuk bertindak.+
Aku akan meluruskan semua jalan yang dilaluinya.
14 Demikianlah firman Yehuwa:
“Kekayaan* Mesir dan barang niaga* Etiopia* akan menjadi milik kamu.
Orang Syeba yang berbadan tinggi juga akan datang kepada kamu.
Mereka akan terbelenggu dan berjalan di belakang kamu.
Mereka akan datang dan bersujud kepada kamu+
Serta berkata dengan penuh hormat, ‘Tuhan memang menyertai kamu.+
Dialah satu-satunya Tuhan; tidak ada Tuhan selain Dia.’”
15 Tuhan orang Israel ialah Penyelamat umat-Nya.+
Dia ialah Tuhan yang menyembunyikan haluan-Nya.
16 Semua orang yang membuat berhala akan beredar dengan perasaan malu;
Mereka semua akan dihina dan diaibkan.+
17 Tetapi hai umat Israel, Yehuwa akan menyelamatkan kamu dan memberi kamu penyelamatan yang kekal.+
Kamu tidak akan dimalukan atau diaibkan buat selama-lamanya.+
18 Yehuwa ialah Pencipta langit+ dan Tuhan yang benar.
Dia membentuk dan menjadikan bumi serta mengukuhkannya.+
Dia menciptakan bumi bukannya tanpa tujuan,* tetapi membentuknya untuk didiami.+
Dia berfirman, “Akulah Yehuwa,
Dan tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.
19 Aku tidak berfirman dari tempat yang tersembunyi+ atau dari tempat yang gelap.
Aku tidak berfirman kepada keturunan Yakub,
‘Carilah Aku, tetapi usaha kamu akan sia-sia.’
Aku, Yehuwa, sentiasa mengatakan apa yang benar dan mengisytiharkan apa yang betul.+
20 Hai kamu yang telah melarikan diri daripada bangsa-bangsa lain,
Berhimpunlah dan datanglah bersama-sama.+
Orang yang mengangkat patung berukir, tidak tahu apa-apa.
Mereka berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan mereka.+
21 Ajukanlah perkara kamu dan kemukakanlah bukti-bukti kamu.
Rundinglah bersama-sama.
Siapakah yang memberitahukan hal itu sejak dahulu
Dan mengisytiharkannya sejak zaman purba lagi?
Bukankah Aku, Yehuwa, yang melakukannya?
Tidak ada Tuhan lain kecuali Aku;
Aku Tuhan yang adil dan yang membawa penyelamatan;+ tiada yang lain kecuali Aku.+
22 Hai orang yang tinggal di seluruh pelosok bumi, berpalinglah kepada-Ku agar kamu diselamatkan.+
Akulah Tuhan; tiada yang lain kecuali Aku.+
23 Aku telah bersumpah demi diri-Ku sendiri;
Firman yang Aku ucapkan itu benar
Dan pasti akan terjadi.+
Sesungguhnya, setiap orang akan berlutut di hadapan-Ku,
Dan setiap orang akan bersumpah untuk setia kepada-Ku.+
24 Mereka akan berkata, ‘Yehuwa sungguh adil dan penuh dengan kekuatan.
Semua orang yang marah terhadap-Nya akan dimalukan di hadapan-Nya.
25 Semua keturunan Israel akan dinyatakan benar kerana Yehuwa,+
Dan mereka akan berbangga kerana hal-hal yang dilakukan-Nya untuk mereka.’”
46 Dewa Bel+ dan Nebo membongkok.
Patung dewa-dewa itu dimuatkan di atas binatang-binatang+
Dan menjadi seperti barangan yang membebankan haiwan yang lelah.
2 Dewa-dewa itu membongkok bersama-sama;
Dewa-dewa itu tidak dapat menyelamatkan patung-patung yang diangkut,
Malah dewa-dewa itu ditawan dan dibawa pergi.
3 “Dengarlah Aku, hai keturunan Yakub dan semua orang Israel yang terselamat.+
Aku telah mendukung kamu sejak kamu lahir dan menjaga kamu sejak kamu dalam kandungan.+
4 Aku tetap sama sampai kamu tua;+
Aku akan tetap menjaga kamu sampai kamu beruban.
Seperti yang telah Aku lakukan, Aku akan terus menyokong kamu, mendukung kamu, dan menyelamatkan kamu.+
5 Dengan siapakah dapat kamu samakan Aku? Adakah sesiapa yang setaraf dengan Aku?
Dengan siapakah dapat kamu bandingkan Aku?+ Adakah sesiapa yang sama dengan Aku?+
6 Orang mengeluarkan banyak emas daripada kantung mereka;
Mereka menimbang perak dengan dacing.
Mereka mengupah tukang besi untuk membuat berhala,+
Lalu bersujud untuk menyembah berhala itu.+
7 Mereka mengangkat lalu memikul berhala itu di atas bahu.+
Kemudian mereka menegakkan berhala itu di tempatnya.
Berhala itu tetap berada di situ dan tidak dapat bergerak dari tempatnya.+
Biarpun orang berseru kepada berhala itu,
Berhala itu tidak menjawab dan tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun daripada kesusahan.+
8 Ingatlah akan hal ini dan teguhkanlah hati kamu.
Hai orang yang berdosa, simpanlah hal ini dalam hati kamu.
9 Ingatlah akan perkara yang berlaku pada zaman lampau.
Ketahuilah bahawa Akulah Tuhan; tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.
Akulah Tuhan, dan tiada sesiapa pun yang sama seperti Aku.+
10 Sejak permulaan, Aku telah bernubuat tentang hal yang akan berlaku.
Sejak zaman dahulu, Aku telah menyatakan perkara yang belum terjadi.+
11 Aku memanggil seseorang dari negeri yang jauh untuk melaksanakan tujuan-Ku;*+
Dia akan datang dari timur seperti seekor burung pemangsa.+
Apa yang Aku firmankan, pasti Aku lakukan.
Tujuan yang Aku tetapkan, pasti Aku laksanakan.+
12 Dengarlah Aku, hai kamu yang degil.
Kamu sudah jauh menyimpang daripada haluan yang benar.
13 Aku akan melakukan apa yang benar.
Aku telah mendekatkan masa itu, dan Aku akan bertindak tidak lama lagi.
Penyelamatan daripada-Ku tidak akan ditunda.+
Aku akan menyelamatkan Sion dan memberikan kemuliaan-Ku kepada Israel.”+
Hai kota orang Kasdim,
Turunlah dari takhta dan duduklah di atas tanah,+
Kerana engkau tidak lagi akan disebut lembut dan manja.
2 Ambillah batu kisaran untuk menggiling tepung.
Tanggalkanlah selubungmu,
Angkatlah jubahmu sehingga kakimu kelihatan,
Dan seberangilah sungai-sungai.
3 Engkau akan menjadi telanjang,
Dan engkau akan dimalukan.
Aku akan melakukan pembalasan,+ dan tiada seorang pun yang dapat menghalang Aku.”*
4 Tuhan yang menebus kita,
Ialah Tuhan Israel Yang Suci.
Nama-Nya ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.+
5 “Hai kota orang Kasdim,+
Duduklah dengan diam dalam kegelapan.
Engkau tidak lagi akan digelar Ratu Bangsa-Bangsa.+
6 Aku murka terhadap umat-Ku,+
Tetapi engkau tidak menunjukkan belas kasihan kepada mereka.+
Engkau bahkan membebani orang tua dengan kuk yang berat.+
7 Engkau berfikir, ‘Aku akan menjadi Ratu untuk selama-lamanya.’+
Engkau tidak memperhatikan perbuatanmu,
Dan engkau tidak memikirkan kesudahan semuanya.
8 Sekarang dengarlah, hai engkau yang mencintai kesenangan.+
Engkau menganggap bahawa engkau selamat, dan engkau berkata dalam hati,
‘Tiada sesiapa yang seperti aku, dan tiada sesiapa yang lebih hebat daripadaku.+
Aku tidak akan menjadi balu,
Dan aku tidak akan tahu bagaimana rasanya kehilangan anak.’+
9 Tetapi kedua-dua hal itu akan menimpa engkau secara tiba-tiba, dalam masa sehari.+
Engkau akan kehilangan anak dan menjadi balu.
Malapetaka itu akan menimpa engkau dengan sepenuhnya,+
Kerana* engkau melakukan banyak sihir dan menggunakan jampi yang kuat.+
10 Engkau berharap kepada kejahatanmu.
Engkau berkata, ‘Tiada orang yang nampak perbuatanku.’
Kebijaksanaan dan pengetahuanmu telah menyesatkanmu.
Engkau berkata dalam hati, ‘Tiada sesiapa yang seperti aku, dan tiada sesiapa yang lebih hebat daripadaku.’
11 Engkau akan ditimpa malapetaka,
Dan tiada satu pun daripada manteramu* yang dapat menghentikannya.
Engkau akan dilanda kesusahan, dan engkau tidak dapat mencegahnya.
Kebinasaan yang tidak engkau sangka akan menimpamu dengan tiba-tiba.+
12 Teruslah gunakan segala sihir dan jampimu.+
Gunakanlah ilmu sihir yang telah engkau pelajari dengan susah payah sejak muda lagi.
Mungkin semua itu dapat membantumu
Dan menakut-nakutkan orang lain.
13 Engkau sudah penat kerana mempunyai penasihat yang banyak.
Sekarang, biarlah mereka yang menyembah benda-benda di langit* bangkit untuk menyelamatkanmu.
Mereka meneliti bintang-bintang+
Dan membuat ramalan pada setiap bulan baharu
Untuk menyatakan apa yang akan berlaku kepadamu.
14 Tetapi mereka seperti jerami
Yang akan habis dibakar api.
Mereka tidak dapat menyelamatkan diri daripada nyala api.
Nyala api itu bukanlah bara api yang memanaskan badan
Atau unggun api yang menghangatkan orang yang duduk di hadapannya.
15 Itulah yang akan berlaku kepada pembaca manteramu
Yang telah berjerih payah bersamamu sejak masa mudamu.
Mereka semua akan merayau-rayau dan dicerai-beraikan ke merata tempat.
Tiada sesiapa pun yang akan menyelamatkan engkau.”+
48 Dengarlah hai keturunan Yakub,
Umat yang digelar Israel,+
Anak cucu Yehuda.
Kamu bersumpah atas nama Yehuwa+
Dan berdoa kepada Tuhan orang Israel,
Tetapi kamu tidak melakukannya berdasarkan kebenaran dan keadilan.+
2 Kamu mengaku bahawa kamu ialah warga kota yang suci,+
Dan kamu bergantung pada Tuhan orang Israel,+
Tuhan yang nama-Nya Yehuwa, ketua angkatan syurga.
3 “Sejak awal lagi, Aku telah memberitahu kamu tentang peristiwa yang lalu.
Aku sendiri berfirman tentang hal-hal itu
Dan mengumumkannya.+
Dengan tiba-tiba Aku bertindak, lalu semua itu terjadi.+
4 Aku tahu betapa degilnya kamu;
Urat di dalam leher kamu bagaikan besi, dan dahi kamu bagaikan tembaga.+
5 Maka sejak dahulu lagi, Aku memberitahu kamu hal yang belum berlaku;
Aku telah memberitahu kamu segala-galanya,
Supaya kamu tidak berkata, ‘Berhala kamilah yang melakukannya.
Patung berukir dan patung logam kamilah yang memerintahkan agar hal itu berlaku.’
6 Kamu sudah mendengar dan melihat semua itu.
Tidakkah kamu memberitahu orang lain tentangnya?+
Tetapi mulai sekarang, Aku hendak mengisytiharkan hal-hal yang baharu.+
Aku akan mengisytiharkan rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.
7 Sebelum ini, kamu belum pernah mendengar tentang hal-hal itu.
Aku melakukannya* sekarang, dan bukan pada masa lampau,
Supaya kamu tidak berkata, ‘Kami sudah tahu tentangnya.’
8 Kamu tidak mendengarnya,+ dan kamu tidak mengetahuinya.
Kamu tidak membuka telinga kamu pada masa dahulu.
9 Tetapi Aku menahan kemurkaan-Ku demi nama-Ku;+
Aku menahan kemarahan-Ku terhadap kamu supaya Aku dipuji.
Aku tidak membinasakan kamu.+
10 Lihatlah! Aku telah memurnikan kamu, tetapi tidak seperti orang memurnikan perak.+
Aku telah menguji* kamu dengan membiarkan kamu ditimpa kesusahan yang bagaikan relau api.+
Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa pun.*
12 Hai keturunan Yakub, hai umat Israel yang telah Aku panggil, dengarlah!
Akulah Tuhan yang sama.+ Akulah yang pertama dan yang terakhir.+
13 Aku meletakkan asas bumi dengan tangan-Ku sendiri.+
Aku membentangkan langit dengan tangan kanan-Ku.+
Apabila Aku memanggil, bumi dan langit datang menghadap.
14 Berkumpullah dan dengarlah, kamu semua!
Dewa manakah* yang telah mengisytiharkan hal-hal ini?
Orang yang Aku, Yehuwa, kasihi+
15 Aku telah berfirman, dan Aku telah memanggilnya.+
Aku telah memimpinnya, dan Aku akan menjayakan usahanya.+
16 Dekatilah Aku dan dengarlah.
Dari mula lagi, Aku tidak berfirman secara tersembunyi.+
Apabila hal yang dinubuatkan menjadi kenyataan, Aku berada di situ.”
Kini, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, mengutus aku dan memberi aku kuasa suci-Nya.
17 Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu, Tuhan Israel Yang Suci:+
“Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu.
Aku mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu.*+
Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.+
18 Alangkah baiknya jika kamu memperhatikan perintah-Ku!+
Jika demikian, kedamaian kamu akan menjadi seperti sungai,+
Dan perbuatan baik kamu akan menjadi seperti ombak laut.+
19 Kamu akan mempunyai keturunan yang banyak;
Jumlah anak cucu kamu akan begitu banyak seperti butir pasir.+
Nama mereka tidak akan dilenyapkan atau dihapuskan dari hadapan-Ku.”
20 Keluarlah dari Babilon!+
Larikanlah diri daripada orang Kasdim!
Umumkan berita ini dengan sorakan yang gembira!+
Isytiharkannya ke seluruh pelosok bumi!+
Hebahkanlah kepada semua, “Yehuwa telah menebus keturunan Yakub, hamba-Nya.+
21 Dia tidak membiarkan mereka kehausan ketika Dia memimpin mereka melalui padang gurun.+
Dia mengeluarkan air daripada batu untuk mereka;
Dia membelah batu, lalu air memancar keluar.”+
22 Yehuwa berfirman, “Tidak ada kedamaian bagi orang jahat.”+
49 Dengarlah aku, hai penduduk pulau-pulau.
Berikanlah perhatian, hai bangsa-bangsa di tempat yang jauh.+
Sebelum aku dilahirkan, Yehuwa telah memanggil aku.+
Semasa aku dalam kandungan ibuku, Dia telah menyebut namaku.
2 Dia membuat mulutku menjadi seperti pedang yang tajam;
Dia melindungi aku dengan tangan-Nya.+
Dia menjadikan aku seperti anak panah yang ditajamkan;
Dia menyimpan aku di dalam bekas anak panah-Nya.
3 Dia berfirman kepadaku, “Hai Israel, engkaulah hamba-Ku.+
Melalui engkau, Aku akan menunjukkan keagungan-Ku.”+
4 Tetapi aku berkata, “Sia-sia sahaja usahaku.
Aku telah menghabiskan tenagaku untuk perkara yang tidak berguna.
5 Yehuwa telah membentuk aku dan menjadikan aku hamba-Nya sejak aku dalam rahim.
Sekarang, Dia berfirman bahawa aku harus membawa keturunan Yakub kembali kepada-Nya,
Supaya orang Israel dikumpulkan di hadapan-Nya.+
Aku akan dimuliakan dalam pandangan Yehuwa,
Dan Tuhanku akan menjadi sumber kekuatanku.
6 Tuhan juga berfirman, “Hai hamba-Ku,
Engkau bukan sahaja akan memulihkan suku-suku keturunan Yakub
Dan membawa kembali orang Israel yang terselamat,
Aku juga melantik engkau sebagai cahaya bagi bangsa-bangsa,+
Supaya penyelamatan daripada-Ku disampaikan ke hujung-hujung bumi.”+
7 Yehuwa, Penebus Israel, Tuhan Israel Yang Suci,+ berfirman kepada dia yang dihina,+ yang dibenci oleh bangsanya, dan yang menjadi hamba para penguasa,
“Raja-raja akan berdiri kerana apa yang dilihat oleh mereka,
Dan para pemimpin akan bersujud
Sebagai tanda hormat kepada Aku, Yehuwa, Tuhan yang setia,+
Tuhan Israel Yang Suci, yang telah memilih engkau.”+
8 Yehuwa berfirman,
“Pada masa yang Aku perkenankan, Aku mendengarkan engkau.+
Pada hari penyelamatan, Aku menolong engkau;+
Aku sentiasa melindungi engkau supaya engkau menjadi perjanjian antara Aku dengan manusia,+
Agar negeri ini dipulihkan,
Agar harta warisan yang terbiar dikembalikan kepada pemiliknya,+
9 Dan agar engkau berkata kepada para banduan, ‘Keluarlah!’+
Dan berkata kepada orang yang berada dalam kegelapan,+ ‘Tampillah ke depan!’
Mereka akan mendapat makanan di sepanjang jalan,
Dan bahkan setiap jalan yang sering dilalui* akan menjadi padang rumput bagi mereka.
10 Mereka tidak akan lapar atau dahaga.+
Matahari atau panas terik juga tidak akan mencederakan mereka,+
11 Aku akan mengubah gunung-gunung-Ku menjadi jalan,
Dan semua jalan besar-Ku akan ditinggikan.+
12 Lihatlah mereka yang datang dari jauh itu!+
Ada yang datang dari utara, ada yang datang dari barat,
Dan ada yang datang dari negeri Sinim.”+
13 Bersoraklah hai langit, dan bersukacitalah hai bumi;+
Berserulah dengan gembira hai gunung-gunung,+
Kerana Yehuwa telah melegakan hati umat-Nya+
Dan menunjukkan belas kasihan kepada umat-Nya yang ditindas.+
14 Tetapi Sion terus berkata,
“Yehuwa telah meninggalkan aku.+ Yehuwa telah melupakan aku.”+
15 “Mungkinkah seorang ibu melupakan anak yang disusuinya
Atau tidak mengasihi anak dalam kandungannya?
Sekalipun ibu melupakan anaknya, Aku tidak akan melupakan engkau.+
16 Lihatlah! Aku telah mengukir namamu pada tapak tangan-Ku.
Aku sentiasa memperhatikan tembok-tembokmu.
17 Anak-anakmu bergegas pulang,
Dan orang yang merobohkan engkau dan membinasakan engkau akan menjauhimu.
18 Pandanglah di sekelilingmu.
Anak-anakmu sedang berkumpul+
Dan datang kepadamu.”
Yehuwa berfirman, “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri
Bahawa mereka semua akan menjadi seperti perhiasan yang engkau pakai,
Seperti barang kemas yang dikenakan pada pengantin perempuan.
19 Dahulu negerimu dibinasakan dan menjadi reruntuhan yang terbiar,+
Tetapi kini negerimu terlalu sempit untuk didiami,+
20 Setelah kehilangan anak-anakmu, engkau telah mendapat anak-anak yang lain.
Anak-anak itu akan berkata kepadamu,
‘Negeri ini terlalu sempit bagi kami. Berilah kami tempat tinggal yang lebih luas.’+
21 Lalu engkau akan berkata dalam hati,
‘Bukankah aku wanita mandul yang telah kehilangan anak-anak?
Jadi siapakah bapa kepada anak-anak ini?
Aku sudah ditawan dan dibuang negeri,
Jadi siapakah yang membesarkan anak-anak ini?+
22 Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Lihatlah! Aku akan mengangkat tangan-Ku, dan bangsa-bangsa akan melihatnya.
Lalu mereka akan menggendong anak-anak lelakimu
Dan mendukung anak-anak perempuanmu di atas bahu mereka.+
23 Raja-raja akan menjagamu,+
Dan puteri-puteri mereka akan menjadi pengasuhmu.
Mereka akan bersujud ke tanah di hadapanmu+
Dan menjilat debu di kakimu.+
Ketika itu, engkau pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa;
Orang yang berharap kepada-Ku tidak akan dimalukan.”+
24 Dapatkah orang yang ditangkap oleh seorang pahlawan diambil semula,
Atau dapatkah orang yang ditawan oleh pemerintah yang zalim diselamatkan?
25 Inilah firman Yehuwa:
“Orang yang ditangkap oleh seorang pahlawan akan diambil semula,+
Dan orang yang ditawan oleh pemerintah yang zalim akan diselamatkan.+
Aku akan melawan orang yang melawan engkau,+
Dan Aku akan menyelamatkan anak-anakmu.
26 Aku akan menyebabkan orang yang menindas engkau memakan daging mereka sendiri,
Dan mereka akan meminum darah mereka sendiri lalu menjadi mabuk, seolah-olah mereka telah meminum wain manis.
Maka semua orang pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,+
Penyelamat+ dan Penebus engkau;+
Akulah Tuhan Yakub, Tuhan Yang Maha Kuat.”+
50 Yehuwa berfirman,
“Adakah Aku memberi ibumu surat cerai+ semasa Aku mengusirnya?
Adakah Aku menjual engkau kerana Aku berhutang dengan orang lain?
2 Jadi mengapakah tiada orang yang menyambut kedatangan-Ku?
Mengapakah tiada orang yang menyahut seruan-Ku?+
Adakah tangan-Ku terlalu pendek sehingga tidak dapat menebus engkau,
Atau adakah Aku tidak berdaya menyelamatkan engkau?+
Apabila air di laut dan sungai menjadi kering,
Ikan-ikan pun mati dan reput.
3 Aku meliputi langit dengan kegelapan+
Dan menutupinya dengan kain guni.”
4 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah mengajar aku tentang apa yang harus aku katakan,+
Supaya aku dapat mengucapkan kata-kata yang sesuai kepada* orang yang lelah.+
Dia membangunkan aku setiap pagi
Dan menjadikan telingaku peka, supaya aku mendengar seperti seorang murid.+
5 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah membuka telingaku.
Aku tidak memberontak,+
Dan aku tidak berpaling daripada-Nya.+
6 Aku membiarkan orang memukul belakangku
Dan mencabut janggut pada mukaku.
Aku tidak menutupi mukaku ketika aku dihina dan diludahi.+
7 Namun aku tidak berasa malu,
Kerana Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan membantuku.+
Aku menguatkan hatiku* sehingga menjadi sekeras batu,*+
Dan aku tahu bahawa aku tidak akan dimalukan.
8 Tuhan yang menyatakan aku tidak bersalah sudah dekat.
Siapakah yang ingin menuduh aku?+
Marilah kita menghadap satu sama lain di tempat pengadilan.
Siapakah yang ingin mendakwa aku?
Biarlah dia mengajukan dakwaannya.
9 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan membantu aku.
Siapakah yang akan menyatakan aku bersalah?
Orang itu akan menjadi seperti pakaian yang usang,
Yang dimakan gegat.
10 Siapakah antara kamu yang takut akan Yehuwa
Dan mendengarkan kata-kata hamba-Nya?+
Siapakah yang berjalan dalam kegelapan yang pekat dan tidak disinari cahaya?
Hendaklah orang itu percaya kepada nama Yehuwa dan bergantung pada Tuhannya.
11 “Hai kamu semua yang menyalakan api
Dan yang membuat percikan api berterbangan,
Biarlah nyala api dan percikan api yang kamu hasilkan
Menjadi cahaya bagi kamu semasa kamu berjalan.
Inilah hukuman daripada-Ku yang menantikan kamu:
Kamu akan terbaring kerana mengalami kesakitan yang teruk.
51 “Dengarkanlah Aku, hai kamu yang berusaha melakukan apa yang benar,
Yang mencari Aku, Yehuwa.
Pandanglah batu besar tempat kamu dipahat
Dan kuari tempat kamu digali.
2 Pandanglah bapa kamu Abraham
Dan Sara+ yang melahirkan kamu.
Aku memanggil Abraham+ apabila dia seorang diri.
Aku memberkatinya dan memberinya anak cucu yang banyak.+
3 Aku, Yehuwa, akan melegakan hati Sion+
Dan membina semula* semua reruntuhannya.+
Aku, Yehuwa, akan menjadikan padang belantaranya seperti Eden,+
Dan menyebabkan padang gurunnya menjadi seperti taman-Ku.+
Di Sion, akan kedengaran suara orang bergembira dan bersukacita
Serta ucapan syukur dan lagu yang indah.+
4 Hai umat-Ku, berikanlah perhatian kepada-Ku
Dan dengarkanlah Aku.+
5 Masa untuk Aku melakukan apa yang benar sudah dekat.+
Penduduk di pulau-pulau akan berharap kepada-Ku,+
Dan mereka akan menanti-nantikan kuasa-Ku.
6 Pandanglah ke langit
Dan lihatlah bumi.
Langit akan lenyap seperti asap;
Bumi akan menjadi usang seperti pakaian,
Dan penduduknya akan mati seperti lalat.
7 Dengarkanlah Aku, hai kamu yang tahu akan hal yang benar,
Janganlah takut apabila manusia mengejek kamu,
Dan janganlah gentar apabila mereka menghina kamu.
8 Mereka akan menjadi seperti pakaian yang dimakan gegat,
Namun, keadilan-Ku dan penyelamatan daripada-Ku
Akan kekal dari generasi ke generasi buat selama-lamanya.”+
9 Ya Yehuwa, semoga Engkau bertindak dengan tangan-Mu.
Bertindaklah dengan tangan-Mu yang perkasa!+
Semoga tangan-Mu bertindak seperti pada zaman purba.
10 Bukankah Engkau yang mengeringkan air di samudera?+
Bukankah Engkau yang menyediakan jalan di lautan yang dalam, supaya orang yang ditebus dapat menyeberanginya?+
11 Ya Yehuwa, orang yang Engkau tebus akan kembali.+
Mereka akan datang ke Sion sambil bersorak dengan gembira.+
Kegembiraan yang tidak berkesudahan akan menjadi mahkota mereka.+
Mereka tidak akan bersedih ataupun mengeluh lagi,
Tetapi mereka akan bersukacita dan bergirang hati.+
12 “Akulah yang melegakan hati kamu.+
Mengapakah kamu takut terhadap manusia yang akan mati,+
Terhadap manusia yang bagaikan rumput hijau yang akan layu?
13 Adakah kamu sudah lupa akan Aku, Yehuwa, Pencipta kamu,+
Yang membentangkan langit+ dan meletakkan asas bumi?
Sepanjang hari, kamu takut kerana kemarahan penindas,*
Seolah-olah dia dapat memusnahkan kamu.
Tetapi sekarang, di manakah penindas yang mengamuk itu?
14 Orang yang meringkuk dan dirantai akan segera dibebaskan;+
Mereka tidak akan kekurangan makanan,
Dan mereka tidak akan mati dan dikuburkan.
15 Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu.
Akulah yang mengocakkan air laut dan membuat ombaknya bergelora.+
Nama-Ku Yehuwa, ketua angkatan syurga.+
16 Aku akan memberi kamu firman yang harus kamu ucapkan,
Dan Aku akan melindungi kamu dengan tangan-Ku,+
Supaya Aku dapat membentangkan* langit dan meletakkan asas bumi+
Serta berfirman kepada penduduk Sion, ‘Kamulah umat-Ku.’+
17 Bangunlah, hai Yerusalem! Bangunlah dan bangkitlah!+
Engkau telah minum daripada cawan kemurkaan yang Aku, Yehuwa, hulurkan kepadamu.
Engkau telah minum daripada bekas itu;
Engkau telah menghabiskan isi cawan yang menyebabkan orang terhuyung-hayang.+
18 Tiada seorang pun daripada anak-anak yang engkau lahirkan yang membimbingmu;
Tiada seorang pun daripada anak-anak yang engkau besarkan yang menuntunmu.
19 Kedua-dua perkara ini akan menimpamu:
Engkau akan dibinasakan dan dihancurkan; pendudukmu akan kelaparan dan dibunuh dengan pedang!+
Siapakah yang akan mengasihanimu?
Siapakah yang akan melegakanmu?+
20 Anak-anakmu sudah pengsan+
Dan terbaring di setiap simpang jalan,
Seperti bebiri hutan yang terperangkap di dalam jaring.
Mereka telah merasai sepenuhnya kemurkaan dan hukuman Aku, Yehuwa, Tuhanmu.”
21 Hai wanita yang ditindas, yang mabuk bukan kerana wain,
Dengarlah hal ini.
22 Demikianlah firman Tuanmu Yehuwa, Tuhan yang membela umat-Nya:
“Lihatlah! Cawan yang menyebabkan orang terhuyung-hayang,+ iaitu cawan kemurkaan-Ku,
Akan Aku ambil daripada tanganmu.
Engkau tidak akan minum daripada bekas itu lagi.+
23 Aku akan meletakkan cawan itu di dalam tangan orang yang menindasmu,+
Iaitu orang yang berkata kepadamu, ‘Sujudlah supaya kami dapat berjalan di atasmu!’
Ketika itu, belakangmu menjadi seperti tanah,
Seperti jalan yang diinjak-injak mereka.”
52 Bangunlah dan bangkitlah hai Sion!+ Kuatkanlah dirimu!+
Hai Yerusalem, kota yang suci, kenakanlah pakaianmu yang indah!+
Orang yang tidak bersunat dan orang yang najis tidak akan memasukimu lagi.+
2 Bangkitlah hai Yerusalem! Kebaskanlah debu yang melekat padamu dan duduklah di tempat yang terhormat.
Hai kota Sion yang ditawan, tanggalkanlah belenggu yang ada pada lehermu.+
3 Yehuwa berfirman,
4 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman,
“Dahulu umat-Ku pergi ke Mesir dan tinggal di situ sebagai orang asing.+
Kemudian Assyria menindas mereka tanpa alasan.”
5 Yehuwa berfirman lagi, “Maka, apakah yang harus Aku lakukan di sini?”
Yehuwa juga berfirman, “Orang yang menguasai umat-Ku sentiasa bermegah diri,+
Kerana mereka dapat menawan umat-Ku tanpa bayaran.
Sepanjang hari, mereka asyik menghina nama-Ku.+
6 Itulah sebabnya pada hari Aku bertindak, umat-Ku akan mengenal nama-Ku;+
Mereka akan sedar bahawa Akulah yang telah berfirman kepada mereka.
Ya, Akulah yang telah memberitahukan semua itu!”
7 Betapa indahnya kaki orang yang datang melalui gunung-gunung untuk mengkhabarkan berita baik;+
Dia mengisytiharkan kedamaian+
Dan mengumumkan penyelamatan.
Dia membawa berita baik tentang sesuatu yang lebih baik,
Dan dia berkata kepada Sion, “Tuhanmu sudah menjadi Raja!”+
8 Hai Sion, dengarlah seruan para pengawalmu!
Mereka bersorak bersama-sama dengan gembira.
Dengan mata mereka sendiri, mereka akan melihat Yehuwa mengumpulkan semula penduduk Sion.
9 Hai reruntuhan Yerusalem, bergembiralah dan bersoraklah bersama-sama,+
Kerana Yehuwa telah melegakan hati umat-Nya,+ dan kerana Dia telah menebus Yerusalem.+
10 Yehuwa telah menunjukkan lengan-Nya yang suci di hadapan semua bangsa.+
Orang di seluruh bumi akan menyaksikan penyelamatan daripada* Tuhan kita.+
11 Hai kamu yang mengangkat perkakas Rumah Yehuwa,+
Tinggalkanlah tempat itu!* Keluarlah dari situ!+ Jangan sentuh apa-apa yang najis!+
Keluarlah dari situ+ dan pastikan bahawa kamu tetap suci!
12 Kamu tidak perlu beredar dengan tergesa-gesa,
Dan kamu tidak perlu melarikan diri,
Kerana Yehuwa, Tuhan orang Israel, akan berjalan di hadapan kamu,+
Dan Dia juga akan melindungi kamu dari belakang.+
13 “Lihatlah! Hamba-Ku+ akan bertindak dengan pengertian.
Dia akan dijunjung,
Dimuliakan, dan disanjung tinggi.+
14 Rupanya dan susuk tubuhnya telah dicacati
Sehingga menjadi lebih buruk daripada sesiapa pun.
Oleh itu, banyak orang yang nampak dia berasa hairan.
15 Namun dia akan menyebabkan banyak bangsa berasa terkejut.+
Raja-raja akan berdiam diri* di hadapannya,+
Kerana mereka akan melihat perkara yang belum pernah diketahui mereka
Dan memikirkan perkara yang belum pernah didengari mereka.”+
53 Siapakah yang mempercayai perkhabaran yang kami sampaikan?*+
Kepada siapakah kuasa* Yehuwa+ disingkapkan?+
2 Hamba itu akan muncul di hadapan semua,* seperti tunas yang tumbuh+ dan seperti akar yang keluar daripada tanah yang gersang.
Dia tidak mempunyai kemuliaan atau rupa yang menawan;+
Semasa kami memandangnya, kami tidak tertarik dengan paras rupanya.*
3 Dia dipandang hina dan ditolak.+
Dia memahami rasanya menderita dan jatuh sakit.
Mukanya seolah-olah tersembunyi daripada kami.*
Dia dipandang rendah, dan kami juga tidak mempedulikannya.+
4 Kami menyangka bahawa hukuman, penderitaan, dan kesusahan yang menimpanya, datang daripada Tuhan.
Tetapi sebenarnya, dia telah menanggung penyakit kami+
Dan memikul penderitaan kami.+
6 Dahulu kami seperti biri-biri yang sesat,+
Yang mengikut jalan masing-masing.
Tetapi Yehuwa telah membuat hamba itu menanggung kesalahan kami semua.+
Seperti seekor bebiri, dia dibawa untuk disembelih;+
Seperti bebiri betina yang tidak bersuara semasa bulunya digunting,
Dia juga tidak membuka mulutnya.+
8 Dia ditindas dan dibawa pergi tanpa diadili dengan saksama;
Tiada seorang pun yang mengambil peduli akan butiran tentang asal usulnya.*
9 Meskipun dia tidak melakukan dosa
Dan tidak mengucapkan kata-kata dusta,+
Dia dikuburkan bersama orang jahat+
Dan dikebumikan bersama orang kaya.+
10 Tetapi Yehuwa mengizinkannya dianiaya dan disakiti.
Tuhan menjadikan nyawanya sebagai korban ganti rugi,+
Supaya dia panjang umur dan dapat melihat keturunannya.+
Melaluinya, apa yang dikehendaki oleh* Yehuwa akan terlaksana.+
11 Apabila dia melihat hasil penderitaannya, dia akan berasa puas.
“Hamba-Ku yang Aku perkenankan+ akan menggunakan pengetahuannya
Untuk membantu banyak orang mendapat perkenan-Ku.+
Dia juga akan menanggung kesalahan mereka.+
12 Aku akan memberinya ganjaran bersama orang ramai,
Dan dia akan membahagi-bahagikan jarahan bersama orang yang perkasa,
Kerana dia menyerahkan nyawanya*+
Dan dipandang sebagai pendosa;+
Dia menanggung dosa banyak orang+
Dan membuat permohonan bagi pihak para pendosa.+
54 “Bergembiralah, hai wanita mandul yang belum melahirkan anak!+
Bersoraklah dan berserulah dengan sukacita,+ hai wanita yang belum mengalami sakit bersalin,+
Kerana wanita yang terabai itu mempunyai anak yang lebih banyak
Berbanding wanita yang bersuami,”+ firman Yehuwa.
2 “Luaskanlah khemahmu.+
Rentangkanlah kain-kain pada khemahmu yang agung.
Panjangkanlah talinya tanpa teragak-agak
Dan kukuhkanlah pasak khemahmu.+
3 Sempadanmu akan diperluas ke kiri dan ke kanan.
Keturunanmu akan menakluki bangsa-bangsa lain,
Dan mereka akan menduduki kota-kota yang terbiar.+
4 Janganlah takut,+ kerana engkau tidak akan dimalukan;+
Janganlah berasa hina, kerana engkau tidak akan dikecewakan.
Engkau akan melupakan rasa malu yang engkau alami pada waktu muda,
Dan engkau tidak akan mengingati rasa aib yang engkau tanggung semasa engkau menjadi balu.”
5 “Aku, Pencipta Agungmu,+ bagaikan suamimu.*+
Nama-Ku ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.
Aku ialah Tuhan Israel Yang Suci dan Penebusmu.+
Aku akan digelar Tuhan yang berkuasa atas seluruh bumi.+
6 Dahulu engkau seperti seorang wanita yang berkahwin semasa muda tetapi kemudiannya ditolak;+
Engkau seperti seorang isteri yang hancur hati kerana ditinggalkan, tetapi Aku, Yehuwa, telah memanggilmu,” firman Tuhanmu.
7 “Aku meninggalkanmu untuk sebentar sahaja,
Tetapi dengan penuh belas kasihan, Aku akan membawa engkau pulang.+
8 Aku menjadi sangat murka lalu Aku menyembunyikan diri-Ku daripadamu untuk seketika,+
Tetapi Aku akan mengasihanimu dan menunjukkan kasih setia kepadamu untuk selama-lamanya,”+ firman Yehuwa, Penebusmu.+
9 “Bagi-Ku, hal ini sama seperti pada zaman Nuh.+
Dahulu Aku telah bersumpah bahawa bumi tidak akan dibanjiri lagi seperti yang berlaku pada zaman Nuh,+
Begitu juga Aku bersumpah bahawa Aku tidak akan murka lagi terhadapmu atau menghukummu.+
10 Biarpun gunung-gunung teralih
Dan bukit-bukit bergegar,
Kasih setia-Ku tidak akan meninggalkanmu,+
Dan perjanjian damai-Ku tidak akan dibatalkan,”+ firman Yehuwa, Tuhan yang berbelas kasihan terhadapmu.+
11 “Hai wanita yang ditindas,+ yang dipukul ribut, dan yang tidak mendapat kelegaan,+
Aku akan membina tembok-tembokmu dengan batu-batu dan simen yang keras,
Dan membina asasmu dengan batu nilam.+
12 Aku akan membina benteng-benteng kotamu dengan batu delima,
Pintu gerbangmu dengan batu yang berkilauan,*
Dan penanda sempadanmu dengan batu permata.
13 Aku, Yehuwa, akan mengajar anak-anakmu,+
Dan mereka akan mendapat kedamaian yang berlimpah-limpah.+
14 Keadilan akan menjadi asasmu yang kukuh.+
Engkau akan terhindar daripada penindasan,+
Dan engkau tidak perlu takut akan apa-apa pun.
Engkau akan dijauhkan daripada hal-hal yang mengerikan.+
15 Jika sesiapa menyerang engkau,
Serangan itu bukan atas perintah-Ku.
Sesiapa yang menyerang engkau akan dikalahkan.”+
16 “Lihatlah tukang besi yang meniup-niup bara api
Lalu menghasilkan senjata.
Akulah yang menciptakan tukang besi,
Dan Akulah yang menciptakan manusia yang mendatangkan kerosakan dan kemusnahan.+
17 Semua senjata yang dihasilkan untuk melawanmu akan menjadi tidak berguna.*+
Semua orang yang menuduhmu di tempat pengadilan akan engkau buktikan bersalah.
Itulah warisan yang dimiliki hamba-hamba Aku, Yehuwa;
Aku akan menganggap mereka sebagai orang yang melakukan apa yang benar,” firman Yehuwa.+
55 “Hai semua orang yang dahaga,+ marilah dan minumlah air!+
Hai semua orang yang tidak mempunyai wang, marilah dan terimalah* makanan!
Marilah! Terimalah* wain dan susu+ tanpa membayar apa-apa.+
2 Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk membeli sesuatu yang tidak mengenyangkan?
Mengapakah kamu menghabiskan upah kamu* untuk mendapatkan sesuatu yang tidak memuaskan?
Dengarlah firman-Ku dengan teliti, maka kamu akan makan hidangan yang baik+
Dan menikmati makanan yang paling bermutu.+
3 Berikanlah perhatian dan datanglah kepada-Ku.+
Dengarlah, maka kamu akan tetap hidup.
Kasih setia yang telah Aku janjikan kepada Daud itu dapat dipercayai, dan Aku akan menunjukkan kasih setia itu kepada kamu juga.+
Maka Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan kamu.+
4 Aku menjadikan dia seorang saksi+ kepada bangsa-bangsa,
5 Kamu akan memanggil bangsa yang tidak kamu kenal,
Dan bangsa yang tidak mengenal kamu akan berlari kepada kamu.
Mereka akan berbuat demikian kerana Yehuwa, Tuhan kamu,+
Tuhan Israel Yang Suci, akan memuliakan kamu.+
6 Carilah Yehuwa semasa Dia masih dapat ditemukan;+
Berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.+
7 Hendaklah orang jahat meninggalkan haluan mereka,+
Dan hendaklah orang keji meninggalkan pemikiran mereka.
Biarlah mereka kembali kepada Yehuwa, Tuhan kita,
Kerana Dia akan berbelas kasihan terhadap mereka+ dan mengampuni mereka dengan rela hati.+
8 Yehuwa berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,+
Dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
9 Setinggi langit dari bumi,
Setinggi itulah jalan-Ku daripada jalan kamu
Dan fikiran-Ku daripada fikiran kamu.+
10 Hujan dan salji yang turun dari langit tidak akan kembali ke tempat asalnya,
Sehingga bumi dibasahi dan sehingga tanaman bertumbuh
Lalu menghasilkan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan.
11 Demikian juga firman yang keluar daripada mulut-Ku.+
Firman-Ku tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia,+
Tetapi pasti akan melaksanakan apa sahaja yang Aku kehendaki,+
Dan pasti berjaya melakukan perkara yang Aku ingini.
Gunung dan bukit akan menyambut ketibaan kamu dengan sorakan yang gembira,+
Dan pokok-pokok di padang akan bertepuk tangan.+
13 Pokok juniper akan menggantikan semak berduri,+
Dan pokok mirtel akan menggantikan belukar berduri.
Kejadian itu akan memasyhurkan Aku, Yehuwa,+
Dan menjadi tanda kekal yang tidak akan lenyap.”
56 Yehuwa berfirman,
“Lakukanlah apa yang adil+ dan benar,
Kerana tidak lama lagi, Aku akan membawa penyelamatan,
Dan keadilan-Ku akan menjadi nyata.+
2 Berbahagialah orang yang melakukan semua itu
Dan yang berpegang teguh padanya.
Berbahagialah orang yang menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum Sabat.+
Berbahagialah orang yang menahan tangannya daripada segala perbuatan jahat.
3 Orang asing yang menyembah Aku, Yehuwa,+ tidak harus berkata,
‘Yehuwa pasti akan mengasingkan aku daripada umat-Nya.’
Orang yang tidak dapat beranak* tidak patut berkata, ‘Aku bagaikan sebatang pokok yang kering.’”
4 Yehuwa berfirman, “Jika orang yang telah dikembiri menyambut hari Sabat untuk menghormati Aku, memilih apa yang menyenangkan hati-Ku, dan berpegang teguh pada perjanjian-Ku,
5 Aku akan menyediakan suatu tempat di Rumah-Ku bagi mereka, dan Aku akan memperingati nama mereka.
Hal itu lebih baik daripada mempunyai anak lelaki dan anak perempuan.
Nama yang Aku berikan kepada mereka
Akan kekal selama-lamanya dan tidak akan dilupakan.
6 Jika orang asing menyembah Aku, Yehuwa,
Kerana mereka mengasihi nama Aku, Yehuwa,+
Dan ingin berkhidmat kepada-Ku serta menjadi hamba-Ku,
Dan jika mereka menyambut hari Sabat dan tidak melanggar hukum Sabat
Serta berpegang teguh pada perjanjian-Ku,
7 Aku juga akan membawa mereka ke gunung suci-Ku+
Dan memberi mereka sukacita di dalam rumah doa-Ku.
Aku akan menerima korban bakar dan korban-korban lain yang dipersembahkan oleh mereka di atas mazbah-Ku.
Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa bagi semua bangsa.”+
8 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan yang sedang mengumpulkan orang Israel yang tercerai-berai,+ berfirman,
“Selain mereka yang sudah dikumpulkan, Aku juga akan mengumpulkan bangsa-bangsa lain.”+
9 Hai semua binatang liar di padang dan di hutan,
Marilah dan makanlah.+
10 Para pengawal sudah buta+ dan langsung tidak memberikan perhatian.+
Mereka semua seperti anjing bisu yang tidak dapat menyalak.+
Mereka tercungap-cungap sambil berbaring, dan mereka suka tidur sahaja.
11 Mereka seperti anjing yang rakus,
Dan mereka tidak tahu berasa puas.
Mereka ialah gembala yang tidak mempunyai pengertian.+
Mereka semua mengikut haluan masing-masing.
Setiap seorang daripada mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan yang tidak jujur, dan mereka berkata,
12 “Datanglah, aku akan mengambil wain.
Marilah kita minum dengan sepuas-puasnya.+
Esok akan sama seperti hari ini, bahkan lebih baik lagi!”
57 Orang yang baik sudah lenyap,
Tetapi tiada sesiapa pun yang ambil peduli.
Orang yang setia sudah meninggal,+
Tetapi tiada sesiapa pun yang sedar
Bahawa orang baik telah mati akibat malapetaka yang melanda.*
2 Semua orang yang baik berehat di dalam kubur,*
Dan mereka mendapat kedamaian.
3 “Hai anak-anak ahli sihir,
Keturunan penzina dan pelacur,
Datanglah ke mari.
4 Siapakah yang kamu perolok-olokkan?
Siapakah yang kamu cemuh dan ejek?
Bukankah kamu keturunan pendusta
Dan orang yang melanggar hukum?+
5 Tidakkah kamu berkobar-kobar dengan nafsu
Di bawah setiap pokok yang subur,+ di antara pokok-pokok yang besar?+
Tidakkah kamu membunuh anak-anak di lembah*+
Dan di celah-celah bukit batu?
6 Kamu memilih batu-batu yang licin dari lembah+
Dan menjadikannya harta kamu.
Kamu bahkan mencurahkan wain dan mempersembahkan korban-korban kepada batu-batu itu.+
Adakah kamu menyangka bahawa Aku akan puas dengan semua ini?
7 Kamu menyediakan tempat tidur* di atas gunung yang menjulang tinggi,+
Dan kamu naik ke situ untuk mempersembahkan korban.+
8 Kamu mendirikan tanda peringatan di belakang pintu dan tiang pintu.
Kamu meninggalkan Aku dan menelanjangi diri kamu;
Kamu naik ke tempat tidur dan meluaskan tempat itu.
Kamu membuat perjanjian dengan kekasih-kekasih kamu.
9 Kamu membawa minyak dan banyak wangi-wangian
Dan pergi menghadap Melekh.*
Dengan menghantar utusan-utusan kamu ke tempat yang jauh,
Kamu membiarkan diri kamu direndahkan sampai ke Kuburan.*
10 Meskipun kamu sudah bersusah payah mengikut pelbagai haluan,
Kamu masih tidak berkata, ‘Semua itu sia-sia sahaja!’
Kamu mendapat kekuatan baharu,
Maka kamu tidak putus asa.
11 Siapakah yang membuat kamu begitu takut dan gentar
Sehingga kamu mula berbohong?+
Kamu tidak ingat akan Aku,+
Dan kamu tidak mengambil peduli tentang apa-apa pun.+
Adakah kamu tidak takut dan hormat kepada-Ku
Kerana Aku berdiam diri dan tidak mengambil tindakan terhadap kamu?+
12 Segala perbuatan+ dan ‘kebaikan’+ kamu akan Aku dedahkan.
Semua itu tidak akan mendatangkan manfaat kepada kamu.+
13 Apabila kamu berseru meminta tolong,
Semua berhala yang kamu kumpulkan itu tidak akan menyelamatkan kamu.+
Berhala-berhala itu akan diterbangkan angin;
Dengan satu hembusan nafas, semua berhala itu akan dibawa pergi.
Tetapi orang yang berlindung kepada-Ku akan mewarisi negeri ini
Dan memiliki gunung suci-Ku.+
14 Kata-kata ini akan kedengaran: ‘Binalah sebuah jalan! Siapkanlah sebuah jalan!+
Singkirkanlah semua halangan di jalan umat-Ku.’”
15 Demikianlah firman Tuhan Yang Maha Tinggi,
Tuhan yang hidup selama-lamanya,+ dan Tuhan yang suci nama-Nya:+
“Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci,+
Tetapi Aku juga tinggal bersama mereka yang remuk hati dan rendah hati,
Supaya Aku dapat memulihkan semangat orang yang rendah hati
Dan menabahkan orang yang remuk hati.+
16 Aku tidak akan menentang mereka selama-lamanya
Atau terus-menerus murka terhadap mereka.+
Jika Aku berbuat demikian, manusia* dan makhluk-makhluk yang Aku ciptakan
Akan menjadi lemah dan tidak bermaya kerana Aku.+
17 Aku murka kerana orang Israel berdosa dan mengaut keuntungan secara tidak jujur,+
Maka Aku menghukum mereka dan berpaling daripada mereka.
Meskipun Aku murka terhadap mereka, mereka masih suka memberontak+ dan bertindak sesuka hati.
18 Aku sudah melihat perbuatan mereka,
Tetapi Aku akan menyembuhkan mereka+ dan memimpin mereka.+
Aku juga akan melegakan hati mereka+ dan orang yang berkabung bersama mereka.”+
19 Yehuwa berfirman, “Akulah yang membolehkan manusia mengucapkan pujian.
Aku akan memberikan kedamaian yang berterusan, baik kepada orang yang dekat mahupun orang yang jauh,+
Dan Aku akan menyembuhkan mereka.
20 Tetapi orang jahat bagaikan laut yang bergelora dan yang tidak pernah tenang,
Yang airnya sentiasa membawa rumpai laut dan lumpur.”
21 Tuhanku berfirman, “Tidak ada kedamaian bagi orang jahat.”+
58 Tuhan berfirman kepadaku, “Berteriaklah dengan sekuat-kuatnya! Janganlah menahan dirimu!
Lantangkanlah suaramu seperti bunyi trompet.
Beritahulah umat-Ku tentang pemberontakan mereka;+
Maklumkanlah keturunan Yakub tentang dosa-dosa mereka.
2 Bangsa ini mencari Aku setiap hari
Dan mengatakan bahawa mereka ingin mengetahui jalan-Ku,
Seolah-olah mereka itu sentiasa berbuat baik
Dan tidak pernah mengingkari perintah Aku, Tuhan mereka.+
Mereka meminta Aku mengadili dengan saksama,
Dan mereka mengatakan bahawa mereka ingin menghampiri-Ku.+
3 Mereka bertanya, ‘Mengapakah Engkau tidak nampak kami semasa kami berpuasa?+
Mengapakah Engkau tidak memperhatikan kami ketika kami berdukacita atas dosa-dosa sendiri?’+
Aku menjawab, ‘Hal ini demikian kerana pada hari kamu berpuasa, kamu mementingkan hal* sendiri
Dan menindas pekerja-pekerja kamu.+
4 Semasa kamu berpuasa, kamu bertengkar, bergaduh,
Dan bertumbuk dengan ganas.
Jika kamu berpuasa dalam cara sedemikian, jangan sangka bahawa seruan kamu akan kedengaran di syurga.
5 Adakah waktu berpuasa yang Aku tetapkan
Sekadar masa untuk menunjukkan rasa kesal,
Menundukkan kepala seperti rumput tinggi,
Dan menjadikan kain guni dan abu tempat tidur?*
Adakah kamu menyangka bahawa puasa kamu itu akan menyenangkan hati Aku, Yehuwa?
6 Inilah puasa yang Aku kehendaki:
Tanggalkanlah belenggu kejahatan,
Lepaskanlah tali-tali pada kuk yang membebankan,+
Patahkanlah semua kuk,
Dan bebaskanlah orang yang ditindas.+
7 Kongsilah makanan kamu dengan orang yang lapar,+
Sambutlah orang miskin dan orang yang tiada tempat berteduh ke dalam rumah kamu,
Berikanlah pakaian kepada orang yang tidak mempunyai pakaian,+
Dan janganlah menolak sanak saudara kamu yang meminta pertolongan.
8 Jika kamu berbuat demikian, cahaya kamu akan bersinar seperti fajar menyinsing,+
Dan kamu akan disembuhkan dengan segera.
Perbuatan baik kamu akan berjalan di hadapan kamu,
Dan kemuliaan Aku, Yehuwa, akan melindungi kamu dari belakang.+
9 Jika kamu menyingkirkan kuk penindasan daripada kalangan kamu,
Berhenti menuding jari, dan tidak lagi mengucapkan apa yang buruk,+
Aku, Yehuwa, akan mendengar semasa kamu berseru meminta tolong.
Ketika kamu berseru, Aku akan menjawab, “Aku di sini!”
10 Jika kamu memberikan apa yang kamu gemari kepada orang yang lapar+
Dan memuaskan keperluan orang yang ditindas,
Cahaya kamu akan memancar bahkan dalam kegelapan,
Dan kekelaman kamu pun akan menjadi seterang tengah hari.+
11 Aku, Yehuwa, akan sentiasa memimpin kamu,
Dan Aku akan membuat kamu berpuas hati biarpun kamu berada di tanah yang gersang.+
Aku akan menguatkan tulang-tulang kamu.
Kamu akan menjadi seperti taman yang diairi dengan baik,+
Dan seperti mata air yang tidak pernah kering.
12 Kota-kota yang dimusnahkan dahulukala akan dibina semula atas permintaan kamu;+
Asas-asas bangunan yang sudah terbiar sejak zaman purba akan kamu baiki.+
Kamu akan dikenali sebagai orang yang memulihkan tembok-tembok yang rosak,+
Dan sebagai orang yang membaiki jalan di kawasan kediaman.
13 Jika kamu merayakan hari Sabat, hari suci Aku, Yehuwa, dan tidak mementingkan hal-hal sendiri pada hari itu;+
Jika kamu memandang hari itu sebagai hari penting+ yang membawa sukacita besar;
Jika kamu tidak meremehkan hari suci itu, tidak mengejar kesenangan diri, dan tidak bercakap kosong pada hari Sabat,
14 Aku, Yehuwa, akan menjadi sumber sukacita kamu.
Aku akan membolehkan kamu menguasai tempat-tempat yang tinggi di bumi,+
Dan kamu akan menikmati* hasil daripada tanah yang diberikan kepada Yakub, nenek moyang kamu, sebagai warisan.+
Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”
59 Adakah tangan Yehuwa terlalu pendek untuk menyelamatkan kamu?+
Adakah telinga-Nya terlalu pekak untuk mendengar seruan kamu?+
2 Tidak. Kesalahan kamu sendirilah yang memisahkan kamu daripada Tuhan kamu.+
Kerana dosa kamu, Dia berpaling daripada kamu
Dan enggan mendengarkan kamu.+
3 Tangan kamu dicemari darah,+
Dan jari-jemari kamu dikotori dosa.
Bibir kamu mengeluarkan dusta,+ dan lidah kamu mengucapkan kata-kata jahat.
4 Tiada seorang pun yang bersuara untuk mempertahankan keadilan,+
Dan tiada sesiapa pun yang bercakap benar semasa di mahkamah.
Kamu percaya kepada perkara yang sia-sia+ dan mengucapkan kata-kata yang tidak berguna.
Kamu merancang kejahatan dan mendatangkan kesusahan kepada orang lain.+
5 Kamu menetaskan telur ular berbisa;
Apabila telur itu pecah, keluarlah ular yang beracun.
Sesiapa yang makan telur ular berbisa akan mati.
Kamu menenun kain daripada sarang labah-labah,+
6 Tetapi kain itu tidak dapat dijadikan pakaian kamu,
Dan hal-hal yang kamu lakukan tidak dapat membantu kamu.+
Perbuatan kamu mendatangkan celaka,
Dan tangan kamu penuh dengan keganasan.+
7 Kaki kamu bergegas melakukan kejahatan,
Dan kamu tidak ragu-ragu untuk menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.+
Fikiran kamu ialah fikiran yang jahat;
Kemusnahan dan kesengsaraan ada di jalan-jalan kamu.+
8 Kamu tidak mengenal haluan kedamaian,
Dan kamu tidak menempuh jalan keadilan.+
Kamu menyebabkan jalan kamu berliku-liku,
Dan orang yang mengikut jalan itu tidak mendapat kedamaian.+
9 Itulah sebabnya keadilan jauh daripada kami,
Dan kebaikan tidak datang kepada kami.
Kami asyik mengharapkan cahaya, tetapi kami hanya nampak kegelapan;
Kami menginginkan terang, tetapi kami hanya berjalan dalam kekelaman.+
10 Kami meraba-raba dinding seperti orang yang buta;
Kami meraba-raba seperti orang yang tidak dapat melihat.+
Kami tersandung pada waktu tengah hari, sebagaimana orang tersandung pada waktu malam.
Kami seperti orang mati dalam kalangan orang yang perkasa.
11 Kami semua asyik menggeram seperti beruang
Dan berkukur dengan sedih seperti burung merpati.
Kami mengharapkan keadilan, tetapi tidak menemuinya;
Kami mendambakan penyelamatan, tetapi penyelamatan tidak kunjung tiba.
Kami tahu benar tentang pemberontakan kami;
Kami sungguh-sungguh menyedari kesalahan kami.+
13 Kami telah berdosa dan menyangkal Yehuwa;
Kami telah berpaling daripada Tuhan kami.
Kami merancang untuk memberontak dan melakukan penindasan;+
Kami memikirkan dusta dalam hati lalu mengucapkannya.+
14 Keadilan terpaksa berundur,+
Dan kebaikan berdiri jauh-jauh;+
Ketulusan tidak dibenarkan masuk ke dataran kota,
Dan kebenaran* tersandung di situ.
Yehuwa tidak berkenan melihat semua itu,
Kerana keadilan sudah tiada.+
16 Dia melihat bahawa tiada orang yang tampil untuk membantu,
Dan Dia berasa hairan kerana tiada sesiapa pun yang bertindak.
Maka dengan kuasa-Nya sendiri, Dia mendatangkan penyelamatan,*
Dan keadilan-Nya mendorong-Nya untuk bertindak.
17 Keadilan menjadi seperti baju zirah yang dipakai-Nya,
Pembalasan menjadi seperti pakaian yang dikenakan-Nya,+
Dan semangat yang membara menjadi seperti jubah luar-Nya.
18 Dia akan membalas manusia setimpal dengan perbuatan mereka.+
Musuh dan lawan-Nya akan merasai kemurkaan-Nya dan dihukum;+
Penduduk di pulau-pulau pun akan ditimpa pembalasan.
19 Orang di tempat matahari terbit akan memuliakan Yehuwa,
Dan orang di tempat matahari terbenam akan hormat dan takut kepada nama-Nya.
Yehuwa akan datang seperti air sungai yang deras,
Yang arusnya didorong oleh kuasa suci-Nya.
20 Yehuwa berfirman, “Penebus+ akan datang ke Sion+
Dan kepada keturunan Yakub yang meninggalkan kesalahan mereka.”+
21 Yehuwa juga berfirman, “Inilah perjanjian antara Aku dengan kamu:+ Aku telah mencurahkan kuasa suci-Ku ke atas kamu dan meletakkan firman-Ku di dalam mulut kamu. Kedua-duanya akan sentiasa berada dalam diri kamu, anak-anak kamu, dan cucu kamu, dari sekarang hingga selama-lamanya.” Demikianlah firman Yehuwa.
60 “Hai wanita, bangkitlah+ dan bersinarlah, kerana cahayamu sudah datang!
Kemuliaan Aku, Yehuwa, menyinarimu.+
2 Lihatlah! Kegelapan akan meliputi bumi,
Dan kekelaman yang pekat akan menyelubungi bangsa-bangsa.
Tetapi Aku, Yehuwa, akan menerangimu,
Dan kemuliaan-Ku akan kelihatan pada dirimu.
3 Bangsa-bangsa akan datang kepada cahayamu,+
Dan raja-raja+ akan tertarik kepada sinaranmu yang gemilang.*+
4 Pandanglah dan lihatlah di sekelilingmu!
Mereka semua telah berkumpul dan datang kepadamu;
Anak-anak lelakimu datang dari tempat yang jauh,+
Dan anak-anak perempuanmu didukung dan dibawa kepadamu.+
5 Semasa engkau melihat hal itu, wajahmu akan berseri-seri;+
Engkau akan berasa teruja, dan hatimu akan dipenuhi sukacita,
Kerana kekayaan dari laut akan dihantar kepadamu,
Dan harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu.+
Semua orang dari Syeba akan datang
Dengan membawa emas dan kemenyan putih.
Mereka akan memuji Aku, Yehuwa, di hadapan umum.+
7 Semua ternakan dari Kedar+ akan dibawa kepadamu.
Bebiri jantan dari Nebayot+ akan digunakan dalam ibadatmu.
Semua itu akan dipersembahkan di atas mazbah-Ku sebagai korban yang menyenangkan hati-Ku.+
Sesungguhnya, Aku akan membuat Rumah-Ku yang mulia menjadi lebih indah lagi.+
8 Siapakah mereka yang melayang seperti awan,
Seperti burung merpati yang sedang terbang ke rumahnya?
9 Penduduk di pulau-pulau akan berharap kepada-Ku.+
Kapal-kapal dari Tarsis akan belayar di hadapan
Untuk membawa pulang anak-anakmu dari tempat yang jauh.+
Mereka akan membawa emas dan perak
Untuk memuji nama Aku, Yehuwa, Tuhanmu, Tuhan Israel Yang Suci,
Kerana Aku menyebabkan engkau dimuliakan.+
10 Bangsa asing akan membina tembok-tembokmu,
Dan raja-raja mereka akan melayanimu.+
Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,
Tetapi sekarang, Aku berkenan untuk mengasihani engkau.+
11 Pintu-pintu gerbangmu akan sentiasa terbuka+
Dan tidak ditutup, baik siang mahupun malam,
Supaya harta daripada bangsa-bangsa dibawa kepadamu.
Raja-raja mereka akan berjalan di hadapan sambil membawa semua harta itu.+
12 Mana-mana bangsa atau kerajaan yang tidak mengabdi kepadamu akan lenyap.
Bangsa-bangsa itu akan dimusnahkan sama sekali.+
13 Segala kemuliaan dari Lebanon,+
Iaitu pokok juniper, pokok ash, dan pokok sipres, akan dibawa kepadamu,+
Supaya tempat suci-Ku menjadi lebih indah.
Sesungguhnya, Aku akan memuliakan tempat Aku meletakkan kaki-Ku.+
14 Anak-anak penindasmu akan datang untuk bersujud di hadapanmu;
Semua orang yang menghinamu akan bersujud di kakimu.
Mereka akan memanggil engkau kota Yehuwa,
Sion milik Tuhan Israel Yang Suci.+
15 Meskipun dahulu engkau ditinggalkan, dibenci, dan tiada orang yang melaluimu,+
Aku akan menjadikan engkau sumber kebanggaan yang kekal
Dan sumber sukacita untuk selama-lamanya.+
16 Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau,+
Seperti seorang ibu yang menyusui anaknya.+
Pada masa itu, engkau pasti akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, ialah Penyelamatmu,
Dan bahawa Aku, Tuhan Yang Maha Kuat, Tuhan Yakub, ialah Penebusmu.+
17 Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti tembaga,
Perak sebagai ganti besi,
Tembaga sebagai ganti kayu,
Dan besi sebagai ganti batu.
Aku akan melantik kedamaian sebagai penyeliamu
Dan keadilan sebagai pengawasmu.+
18 Berita tentang keganasan tidak akan kedengaran lagi di negerimu;
Kemusnahan dan kehancuran tidak akan berlaku lagi di dalam sempadan wilayahmu.+
Engkau akan memanggil tembok-tembokmu Penyelamatan+ dan pintu-pintu gerbangmu Pujian.
19 Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari,
Dan bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari,
Kerana Aku, Yehuwa, akan menjadi cahaya abadi bagimu.+
Aku, Tuhanmu, akan menjadi sumber keindahanmu.+
20 Mataharimu tidak akan terbenam lagi,
Dan bulanmu tidak akan pudar,
Kerana Aku, Yehuwa, akan menjadi cahaya abadi bagimu.+
Masa engkau berdukacita akan berakhir.+
21 Semua pendudukmu akan melakukan hal yang benar
Dan memiliki negeri ini selama-lamanya.
22 Bangsa yang sedikit bilangannya akan bertambah banyak sehingga menjadi seribu,
Dan bangsa yang kecil akan menjadi bangsa yang kuat.
Aku, Yehuwa, akan melakukan hal ini dengan segera,* tepat pada waktunya.”
61 Kuasa suci Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ada padaku,+
Kerana Yehuwalah yang mengurapi aku untuk mengisytiharkan berita baik kepada orang yang rendah hati.+
Dia mengutus aku untuk menyembuhkan orang yang hancur hati,
Untuk mengumumkan pembebasan kepada orang yang ditawan,
Dan untuk memberitakan bahawa mata para tahanan akan terbuka.+
2 Yehuwa mengutus aku untuk mengisytiharkan tahun rahmat-Nya,
Untuk mengumumkan hari pembalasan yang ditetapkan oleh Tuhan kita,+
Dan untuk melegakan hati orang yang berdukacita.+
3 Dia juga mengutus aku untuk memberi orang yang berkabung kerana Sion
Perhiasan kepala yang indah sebagai ganti abu,
Minyak yang mendatangkan sukacita sebagai ganti perkabungan,
Dan jubah yang membawa puji-pujian sebagai ganti kedukaan.
Mereka akan digelar pokok-pokok besar kebaikan,
Yang ditanam oleh Yehuwa untuk memuliakan diri-Nya.+
4 Mereka akan membina semula kota-kota yang dimusnahkan dahulukala.
Mereka akan membangun semula tempat-tempat yang terbiar sejak zaman kuno,+
Dan mereka akan memulihkan kota-kota yang hancur,+
Yang dibiarkan terlantar bertahun-tahun lamanya.+
5 “Orang yang tidak dikenali akan datang untuk menggembala kawanan kamu,
Dan orang asing+ akan menjadi petani dan penjaga ladang anggur kamu.+
6 Kamu akan digelar imam-imam Yehuwa;+
Kamu akan dipanggil hamba-hamba Tuhan.
7 Umat-Ku tidak akan dimalukan, sebaliknya mereka akan diberkati dua kali ganda.
Mereka tidak akan dihina, tetapi mereka akan bersorak dengan gembira atas bahagian yang diterima.
Mereka akan mendapat harta dua kali ganda di negeri mereka+
Dan bersukacita untuk selama-lamanya.+
Aku Tuhan yang setia, dan Aku akan memberikan ganjaran kepada umat-Ku.
Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka.+
9 Anak cucu mereka akan menjadi terkenal dalam kalangan bangsa-bangsa,+
Dan keturunan mereka akan menjadi termasyhur antara semua bangsa.
Setiap orang yang melihat mereka
Akan tahu bahawa merekalah keturunan yang Aku, Yehuwa, berkati.”+
10 Aku akan bergirang hati kerana Yehuwa.
Jiwa ragaku akan bersukacita kerana Tuhanku.+
Dia telah menjadikan penyelamatan sebagai pakaianku+
Dan kebaikan sebagai jubahku,
Seperti pengantin lelaki yang memakai serban,*+
Dan seperti pengantin perempuan yang menghiasi dirinya dengan barang kemas.
11 Sebagaimana bumi membuat benih bercambah,
Dan sebagaimana taman yang subur membuat tanaman bertumbuh,
Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
Akan melakukan apa yang benar+ dan mendatangkan pujian bagi diri-Nya+ di hadapan semua bangsa.
62 Aku pasti akan bersuara demi Sion;+
Aku pasti akan bertindak demi Yerusalem.
Aku akan memastikan agar keadilannya bersinar seperti cahaya yang terang,+
Dan agar penyelamatannya menjadi seperti obor yang bernyala.+
2 “Hai wanita,* bangsa-bangsa akan melihat perbuatanmu yang adil dan benar.+
Raja-raja akan melihat kemuliaanmu,+
Dan engkau akan disebut dengan nama yang baharu,+
Nama yang akan Aku, Yehuwa, berikan kepadamu.
3 Engkau akan menjadi seperti mahkota yang indah di dalam tangan Aku, Yehuwa,
Dan seperti serban diraja di dalam tangan Aku, Tuhanmu.
4 Engkau tidak lagi akan disebut ‘Wanita yang Ditinggalkan,’+
Dan negerimu tidak lagi akan dipanggil ‘Yang Terbiar.’+
Tetapi engkau akan disebut ‘Yang Kuperkenankan.’+
Negerimu akan menjadi seperti wanita yang bersuami
Dan dipanggil ‘Yang Sudah Menikah,’
Kerana Aku, Yehuwa, akan berkenan kepadamu.
5 Sepertimana seorang pemuda mengahwini seorang anak dara,
Pendudukmu juga akan menjadi suamimu.
Sebagaimana pengantin lelaki gembira melihat pengantin perempuan,
Aku, Tuhanmu, juga akan bersukacita kerana engkau.+
6 Hai Yerusalem, Aku telah menempatkan para pengawal di tembok-tembokmu.
Siang malam, mereka tidak boleh berdiam diri.
Hai kamu yang memuji Aku, Yehuwa,
Janganlah berdiam diri.
7 Teruslah berdoa kepada-Ku sehingga Aku mengukuhkan Yerusalem
Dan menjadikannya kota yang dipuji oleh seluruh bumi.”+
8 Yehuwa telah mengangkat tangan kanan-Nya yang perkasa untuk bersumpah. Dia berfirman,
“Aku tidak lagi akan memberikan bijirinmu sebagai makanan kepada musuh-musuhmu,
Dan wain baharu yang kamu hasilkan dengan susah payah tidak akan diminum oleh orang asing.+
9 Tetapi orang yang mengumpulkan bijirin akan menikmati hasilnya lalu memuji Aku, Yehuwa,
Dan orang yang mengumpulkan wain akan meminumnya di halaman Rumah-Ku yang suci.”+
10 Berjalanlah melalui pintu-pintu gerbang.
Sediakan jalan bagi umat itu.+
Binalah jalan raya
Dan singkirkanlah batu-batu di atas jalan itu.+
Dirikanlah panji-panji* bagi bangsa-bangsa.+
11 Yehuwa telah mengumumkan hal ini ke seluruh bumi:
“Beritahulah kota Sion,
‘Lihatlah! Penyelamatanmu sudah datang.+
Lihatlah ganjaran yang dibawa Tuhan
Dan pahala yang berada di hadapan-Nya!’”+
12 Umat Tuhan akan disebut umat yang suci, yang ditebus oleh Yehuwa.+
Kota ini akan dipanggil “Yang Dicari-cari” dan “Kota yang Tidak Ditinggalkan Tuhan.”+
63 Siapakah Dia yang datang dari Edom,+
Yang datang dari Bozra+ dengan memakai pakaian yang mewah
Dan yang berwarna cerah?*
Siapakah Dia yang melangkah dengan gagah perkasa?
“Akulah Dia! Akulah yang mengatakan apa yang benar,
Dan Akulah yang membawa penyelamatan dengan kuasa-Ku yang besar.”
2 Mengapakah pakaian-Mu semerah itu,
Seperti pakaian orang yang memeras anggur?+
3 “Aku telah memijak-mijak anggur,
Dan tiada seorang pun yang menyertai Aku.
Aku terus menginjak musuh dalam kemurkaan-Ku;
Aku tidak henti-henti memijak mereka dalam kemarahan-Ku.+
Darah mereka terpercik pada pakaian-Ku,
Dan seluruh pakaian-Ku menjadi kotor.
4 Aku telah memilih hari untuk mendatangkan pembalasan,+
Dan tahun untuk menebus umat-Ku sudah tiba.
5 Aku melihat bahawa tiada orang yang tampil untuk membantu Aku,
Dan Aku berasa hairan kerana tiada sesiapa pun yang menyokong Aku.
Maka dengan kuasa-Ku sendiri, Aku mendatangkan penyelamatan,*+
Dan kemurkaan-Ku mendorong Aku untuk bertindak.
6 Aku menginjak-injak semua bangsa dalam kemurkaan-Ku,
Aku membuat mereka mabuk dengan kemarahan-Ku,+
Dan Aku mencurahkan darah mereka ke tanah.”
7 Aku akan menceritakan perbuatan Yehuwa yang mencerminkan kasih setia-Nya,
Dan mengisahkan perbuatan Yehuwa yang patut dipuji,
Kerana Yehuwa telah melakukan banyak perkara bagi kita.+
Dia telah melakukan banyak perkara yang baik bagi orang Israel,
Kerana Dia berbelas kasihan dan mempunyai kasih setia yang besar.
8 Tuhan berfirman, “Mereka ialah umat-Ku dan anak-anak-Ku yang tidak akan mengkhianati-Ku.”+
Maka Tuhan menjadi Penyelamat mereka.+
9 Semasa mereka menderita, Tuhan juga berasa sedih.+
Dia menghantar utusan-Nya* untuk menyelamatkan mereka.+
Kerana kasih dan belas kasihan-Nya, Dia menebus mereka+
Dan mengangkat mereka serta menyokong mereka sepanjang masa itu.+
10 Namun, mereka memberontak terhadap-Nya+ dan menyedihkan kuasa suci-Nya.+
11 Kemudian mereka teringat akan masa lampau,
Iaitu zaman Musa, hamba Tuhan. Mereka bertanya,
“Di manakah Tuhan yang membawa umat-Nya keluar dari laut+ bersama para gembala kawanan-Nya?+
Di manakah Tuhan yang memberikan kuasa suci-Nya kepada Musa?+
12 Di manakah Tuhan yang menyokong tangan kanan Musa dengan tangan-Nya yang perkasa,+
Dan yang membelah air laut di hadapan umat-Nya+
Agar nama-Nya kekal selama-lamanya?+
13 Di manakah Tuhan yang memimpin umat-Nya menyeberangi laut yang bergelora,
Supaya mereka dapat berjalan tanpa tersandung,
Seperti kuda yang berjalan di padang yang luas?*
14 Sebagaimana ternakan dipimpin ke dataran untuk beristirahat,
Demikian juga kuasa suci Yehuwa memberikan ketenteraman kepada umat-Nya.”+
Ya Tuhan, demikianlah caranya Engkau memimpin umat-Mu
15 Pandanglah ke bawah dari syurga,
Dari tempat kediaman-Mu yang suci dan mulia.*
Mengapakah Engkau tidak lagi memperhatikan kami dan menunjukkan kuasa-Mu?
Di manakah belas kasihan dan rahmat-Mu yang melimpah?+
Engkau telah menahan semua itu daripada kami.
16 Engkau ialah Bapa kami.+
Walaupun Abraham mungkin tidak tahu tentang kami,
Dan Israel mungkin tidak mengenal kami,
Engkau, ya Yehuwa, ialah Bapa kami.
Engkau ialah Penebus kami sejak dahulukala.+
17 Ya Yehuwa, mengapakah Engkau membiarkan kami menyimpang daripada haluan-Mu?
Mengapakah Engkau membiarkan hati kami menjadi keras sehingga kami tidak takut kepada-Mu?+
Demi hamba-hamba-Mu, iaitu bangsa yang merupakan milik-Mu,+
Kembalilah kepada kami, ya Tuhan.
18 Umat-Mu yang suci memiliki tanah itu untuk masa yang singkat.
Musuh-musuh kami telah menginjak-injak tempat suci-Mu.+
19 Untuk masa yang lama, kami menjadi seperti orang yang tidak pernah diperintah oleh-Mu,
Dan seperti orang yang tidak pernah menyandang nama-Mu.
64 Ya Tuhan, koyakkanlah langit dan turunlah,
Supaya gunung-gunung bergoncang kerana-Mu.
2 Dengan itu, musuh-musuh akan mengenal nama-Mu,
Dan bangsa-bangsa akan gementar di hadapan-Mu.
Tindakan-Mu akan seperti nyala api yang membakar ranting-ranting,
Dan seperti api yang mendidihkan air.
3 Dahulu Engkau melakukan perkara-perkara yang menakjubkan, yang tidak berani kami harapkan.+
Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang di hadapan-Mu.+
4 Sejak purbakala, tiada seorang pun yang pernah melihat
Atau mendengar tentang Tuhan seperti Engkau,
5 Engkau menyambut orang yang suka berbuat benar,+
Yang ingat akan Engkau dengan mengikut haluan-Mu.
Tetapi Engkau murka kerana kami asyik berdosa.+
Kami sudah berdosa untuk begitu lama.
Jadi mungkinkah kami diselamatkan sekarang?
6 Kami semua seperti orang yang najis,
Dan segala perbuatan baik kami bagaikan kain yang dikotori darah haid.+
Kami semua akan layu seperti daun
Dan lenyap ditiup angin kerana kesalahan kami.
7 Tiada orang yang menyeru nama-Mu;
Tiada seorang pun yang bangkit untuk berpegang erat pada-Mu,
Kerana Engkau telah menyembunyikan diri-Mu daripada kami,+
Dan Engkau membiarkan kami beransur-ansur mati* kerana dosa kami.
8 Tetapi sekarang, Engkau ialah Bapa kami, ya Yehuwa.+
Kami ialah tanah liat, dan Engkau ialah Tukang Tembikar kami;*+
Kami semua merupakan hasil kerja tangan-Mu.
9 Janganlah menjadi terlalu murka, ya Yehuwa,+
Dan janganlah mengingat kesalahan kami selama-lamanya.
Tolonglah ingat bahawa kami semua merupakan umat-Mu.
10 Kota-kota-Mu yang suci sudah menjadi padang belantara;
Yerusalem sudah menjadi tanah yang tandus,
Dan Sion sudah menjadi padang belantara.+
11 Tempat ibadat kami yang suci dan mulia,*
Tempat nenek moyang kami memuji-Mu dahulu,
Telah hangus dijilat api.+
Segala yang berharga bagi kami kini menjadi reruntuhan.
12 Ya Yehuwa, setelah melihat semua itu, adakah Engkau masih menahan diri dan tidak bertindak?
Adakah Engkau akan tetap berdiam diri dan membiarkan kami menderita dengan teruk sekali?+
65 “Aku membiarkan diri-Ku dijumpai oleh mereka yang tidak bertanya tentang Aku;
Aku membiarkan diri-Ku ditemui oleh mereka yang tidak mencari Aku.+
Aku berfirman, ‘Inilah Aku! Aku di sini!’ kepada bangsa yang tidak menyeru nama-Ku.+
2 Sepanjang hari, Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang degil,+
Yang berjalan di haluan yang jahat,+
Dan yang mengikut fikiran mereka sendiri.+
3 Mereka sering menghina Aku secara terang-terang;+
Mereka mempersembahkan korban di taman-taman+ dan membakar korban di atas batu bata sehingga asap naik.
4 Mereka duduk di perkuburan+
Dan bermalam di tempat-tempat yang tersembunyi;*
Mereka memakan daging babi,+
Dan periuk-periuk mereka penuh dengan kuah daripada makanan yang najis.+
5 Mereka berkata kepada orang lain, ‘Jauhilah kami. Jangan dekati kami,
Kerana kami lebih suci daripada kamu!’*
Seperti api yang menyala sepanjang hari, mereka asyik membuat Aku murka.
6 Semua itu tertulis di hadapan-Ku.
Aku tidak akan berdiam diri.
Sebaliknya, Aku akan membalas perbuatan mereka+
Dan menghukum mereka dengan seberat-beratnya,
7 Kerana kesalahan mereka dan kesalahan nenek moyang mereka,”+ firman Yehuwa.
“Mereka membakar korban di gunung-gunung sehingga asap naik,
Dan mereka menghina Aku di bukit-bukit.+
Oleh itu, pertama-tama, Aku akan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.”
8 Yehuwa berfirman,
“Semasa orang menjumpai gugusan buah anggur yang dapat dijadikan wain baharu,
Mereka berkata, ‘Jangan musnahkan gugusan itu, kerana masih terdapat buah yang baik.’
Demikianlah yang akan Aku lakukan demi hamba-hamba-Ku;
Aku tidak akan memusnahkan mereka semua.+
9 Aku akan mengumpulkan sejumlah orang daripada keturunan Yakub dan keturunan Yehuda
Untuk mewarisi kawasan pergunungan-Ku;+
Orang yang Aku pilih akan memilikinya,
Dan hamba-hamba-Ku akan menetap di sana.+
10 Saron+ akan menjadi padang rumput bagi biri-biri,
Dan Lembah* Akhor+ akan menjadi tempat beristirahat bagi ternakan.
Aku akan melakukan hal ini bagi umat-Ku yang mencari Aku.
11 Tetapi kamu semua menolak Aku, Yehuwa,+
Dan melupakan gunung suci-Ku.+
Kamu menyediakan meja makan bagi Dewa Nasib,
Dan kamu mengisi cawan dengan wain bagi Dewa Takdir.
12 Maka Aku akan membiarkan kamu dibunuh dengan pedang,+
Dan kamu semua akan berlutut untuk disembelih.+
Aku memanggil, tetapi kamu tidak menjawab;
Aku berfirman, tetapi kamu tidak mendengar.+
Kamu asyik melakukan apa yang jahat di mata-Ku,
Dan kamu memilih untuk melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati-Ku.”+
13 Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat:
“Lihatlah! Hamba-hamba-Ku akan makan, tetapi kamu akan kelaparan.+
Hamba-hamba-Ku akan minum,+ tetapi kamu akan kehausan.
Hamba-hamba-Ku akan bersukacita,+ tetapi kamu akan dimalukan.+
14 Hamba-hamba-Ku akan bersorak-sorai kerana hati mereka dipenuhi sukacita,
Tetapi kamu akan menangis kerana bersedih
Dan meraung-raung kerana patah semangat.
15 Nama yang kamu tinggalkan akan digunakan oleh umat pilihan-Ku sebagai kutukan.
Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan membunuh setiap seorang daripada kamu,
Tetapi Aku akan memanggil hamba-hamba-Ku dengan nama yang baharu.+
16 Sesiapa di bumi yang memohon berkat bagi dirinya sendiri
Akan menerima berkat daripada Aku, Tuhan kebenaran,*
Dan sesiapa di bumi yang bersumpah
17 Lihatlah! Aku menciptakan langit baharu dan bumi baharu;+
Perkara-perkara yang lama tidak akan terlintas dalam fikiran lagi,
18 Bergiranglah dan bersukacitalah selama-lamanya kerana apa yang Aku ciptakan.
Lihatlah! Yerusalem yang Aku ciptakan akan menjadi sumber kegembiraan,
Dan penduduknya akan menjadi sumber kebahagiaan.+
19 Aku akan bersukacita kerana umat-Ku dan bergembira kerana Yerusalem;+
Ratapan dan tangisan tidak akan kedengaran di sana lagi.”+
20 “Di sana, orang yang tua akan berumur panjang,
Dan tidak akan ada lagi bayi yang hidup hanya untuk beberapa hari.
Meskipun orang yang berdosa hidup sehingga seratus tahun, dia akan mati kerana dikutuk;*
Orang yang meninggal pada usia seratus tahun akan dianggap sebagai orang yang masih muda.
21 Orang akan membina rumah dan mendiaminya;+
Mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya.+
22 Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain,
Dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain.
Umur umat-Ku akan sepanjang umur pokok,+
Dan umat pilihan-Ku akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya.
23 Mereka tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia,+
Dan anak yang dilahirkan mereka tidak akan ditimpa malapetaka,
Kerana mereka dan anak cucu mereka
Merupakan keturunan yang Aku, Yehuwa, berkati.+
24 Sebelum mereka berseru kepada-Ku, Aku sudah menjawab;
Sewaktu mereka sedang berkata-kata, Aku sudah mendengar.
25 Serigala dan anak bebiri akan makan bersama-sama;
Singa akan makan jerami seperti lembu jantan,+
Dan ular akan makan debu.
Binatang-binatang itu tidak akan membawa celaka atau kemusnahan di seluruh gunung suci-Ku,”+ firman Yehuwa.
66 Demikianlah firman Yehuwa:
“Syurga ialah takhta-Ku dan bumi ialah alas kaki-Ku.+
2 “Aku menjadikan semua itu dengan tangan-Ku sendiri
Supaya semua itu wujud,” firman Yehuwa.+
“Namun, Aku akan memperhatikan orang yang rendah hati dan yang hancur hati;
Aku juga akan memperhatikan orang yang takut kepada firman-Ku.+
3 Orang yang menyembelih lembu jantan bagaikan orang yang membunuh orang lain.+
Orang yang mempersembahkan bebiri bagaikan orang yang mematahkan leher anjing.+
Orang yang mempersembahkan korban bagaikan orang yang mempersembahkan darah babi.+
Orang yang membakar kemenyan putih+ bagaikan orang yang mengucapkan berkat dengan membaca mantera.*+
Mereka semua memilih haluan masing-masing,
Dan mereka menyukai hal-hal yang menjijikkan.
4 Aku memanggil, tetapi mereka tidak menjawab;
Aku berfirman, tetapi mereka enggan mendengar.+
Mereka asyik melakukan apa yang jahat di mata-Ku
Dan memilih untuk melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati-Ku.+
Maka Aku akan menentukan hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka,+
Dan menyebabkan mereka ditimpa bencana yang ditakuti mereka.”
5 Hai kamu yang takut kepada firman Yehuwa, dengarlah firman-Nya:
“Saudara kamu membenci kamu dan menolak kamu kerana nama-Ku. Mereka berkata, ‘Semoga Yehuwa dimuliakan!’+
Apabila Aku menunjukkan diri-Ku kelak,
Mereka semua akan dimalukan, tetapi kamu akan bersukacita.”+
6 Dengarlah bunyi riuh-rendah di dalam kota; dengarlah bunyi dari Rumah Tuhan!
Yehuwa sedang menghukum musuh-musuh-Nya setimpal dengan perbuatan mereka.
7 Sebelum Sion mengalami sakit beranak, dia sudah melahirkan anak;+
Sebelum wanita itu mengalami sakit bersalin, dia sudah melahirkan seorang anak lelaki.
8 Pernahkah sesiapa mendengar hal sedemikian?
Pernahkah sesiapa melihat hal sebegitu?
Dapatkah sebuah negeri dijadikan dalam masa sehari?
Atau dapatkah sebuah bangsa dilahirkan dalam masa sesaat?
Namun, sebaik sahaja Sion dilanda rasa sakit beranak, anak-anak lelakinya sudah dilahirkan.
9 “Adakah Aku akan membuka rahim seorang ibu, tetapi tidak membenarkan anaknya dilahirkan?” firman Yehuwa.
“Atau adakah Aku akan membiarkan seorang anak hampir dilahirkan, tetapi kemudiannya menutup rahim ibunya?” firman Tuhan kamu.
10 Bersukacitalah dan bergembiralah bersama Yerusalem,+ hai kamu semua yang mengasihi kota itu.+
Bergiranglah bersamanya, hai kamu semua yang berkabung kerananya dahulu.
11 Sebagaimana seorang ibu menyusui anaknya sehingga kenyang, demikian juga Yerusalem akan memelihara kamu.
Kamu akan dipuaskan dan dipenuhi sukacita kerana dia telah dimuliakan.
12 Inilah firman Yehuwa:
“Aku akan mengurniainya kedamaian yang mengalir seperti sungai,+
Dan dia akan menikmati kemuliaan bangsa-bangsa, yang bagaikan aliran air yang deras.+
Kamu akan menjadi seperti anak yang disusui, didukung,
Dan yang dibelai-belai di pangkuannya.
13 Sebagaimana seorang ibu melegakan anaknya,
Aku juga akan sentiasa melegakan kamu.+
Kamu akan mendapat kelegaan kerana Yerusalem.+
14 Apabila kamu melihat hal itu, hati kamu akan bersukacita;
Tulang-tulang kamu akan menjadi kuat seperti rumput muda.
Kuasa-Ku akan diketahui oleh hamba-hamba-Ku,
Dan Aku, Yehuwa, akan menunjukkan kemurkaan-Ku terhadap semua musuh-Ku.”+
15 “Aku, Yehuwa, akan datang seperti api;+
Kereta-kereta kuda-Ku bagaikan angin ribut.+
Dengan kemarahan dan kemurkaan-Ku, Aku akan datang untuk melakukan pembalasan,
Dan hukuman-Ku bagaikan api yang berkobar-kobar.+
16 Dengan api dan pedang, Aku, Yehuwa,
Akan melaksanakan penghakiman terhadap semua orang.
Aku, Yehuwa, akan membunuh banyak orang.
17 “Ada orang yang menyucikan diri agar dapat memasuki taman-taman+ untuk menyembah berhala yang terletak di tengah-tengah taman. Mereka memakan daging babi,+ tikus,+ dan pelbagai makanan yang menjijikkan. Orang sebegitu akan dilenyapkan,” firman Yehuwa. 18 “Oleh sebab Aku mengetahui perbuatan dan fikiran mereka, Aku akan datang untuk mengumpulkan orang daripada segala bangsa dan bahasa. Mereka akan datang dan melihat kemuliaan-Ku.”
19 “Aku akan menunjukkan perbuatan-Ku yang perkasa sebagai suatu tanda. Aku akan mengutus beberapa orang yang terselamat kepada bangsa-bangsa, kepada orang yang mahir menggunakan busur, iaitu orang di Tarsis,+ Pul, dan Lud.+ Aku juga akan mengutus mereka kepada orang di Tubal, Yawan,+ dan pulau-pulau yang jauh. Orang di tempat-tempat itu tidak pernah mendengar tentang Aku dan tidak pernah melihat kemuliaan-Ku. Orang yang Aku utus akan memberitakan kemuliaan-Ku dalam kalangan bangsa-bangsa.+ 20 Mereka akan membawa semua saudara kamu keluar daripada bangsa-bangsa lain+ sebagai persembahan kepada Aku, Yehuwa. Mereka akan menaiki kereta kuda, kereta lembu, kuda, baghal, dan unta,* ke Yerusalem, gunung suci-Ku. Mereka akan berbuat demikian seperti orang Israel yang membawa persembahan di dalam bekas yang bersih ke rumah milik Aku, Yehuwa,” firman Yehuwa.
21 “Aku akan mengambil beberapa orang daripada mereka untuk menjadi imam dan orang Lewi,” firman Yehuwa.
22 “Sebagaimana langit baharu dan bumi baharu+ yang Aku ciptakan akan kekal di hadapan-Ku, keturunan kamu dan nama kamu juga akan kekal,”+ firman Yehuwa.
23 “Semua orang akan datang untuk bersujud di hadapan-Ku.*+
Mereka akan berbuat demikian setiap bulan dan setiap minggu,”* firman Yehuwa.
24 “Mereka akan keluar dan melihat mayat orang yang telah memberontak terhadap-Ku.
Ulat di atas mayat-mayat itu tidak akan mati,
Dan api yang membakar mayat-mayat itu tidak akan padam.+
Pemandangan itu sungguh menjijikkan bagi semua manusia.”
Maksudnya “Penyelamatan daripada Yehuwa.”
Atau “tuan mereka.”
Atau “penguasa Sodom yang zalim.”
Atau “hukum.”
Merujuk kepada sisa yang terhasil semasa bijih logam dileburkan.
Atau “kerana keadilannya.”
Atau “mereka.”
Nampaknya pokok-pokok dan taman-taman dalam ayat ini berkaitan dengan penyembahan berhala.
Atau “benang flaks.” Sejenis gentian yang mudah terbakar.
Atau “Ajaran.”
Harfiah, “mata bajak.”
Atau “tikus kesturi.” Sejenis mamalia kecil yang kuat makan.
Atau “ketua atas 50 orang.”
Atau “Mereka akan menikmati hasil usaha mereka.”
Atau “Loket.”
Lihat Kamus.
Pada masa itu, wanita yang tidak mempunyai suami atau anak dipandang hina.
1 ekar ialah keluasan tanah yang dapat dibajak oleh sepasang lembu jantan dalam sehari.
Harfiah, “1 bath.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “1 homer.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “1 efa.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Atau “kerana keadilan-Nya.”
Atau “keputusan; nasihat.”
Atau “ajaran.”
Atau “tiang penanda.”
Lihat Kamus.
Atau mungkin, “dia.”
Maksudnya “Hanya Sekumpulan Kecil Orang Akan Pulang.”
Atau mungkin, “menakut-nakutkan penduduk.”
Atau “merobohkan temboknya.”
Lihat Kamus.
Maksudnya “Tuhan Menyertai Kita.”
Atau “semua tempat ternakan minum air.”
Mungkin bermaksud “Bergegas ke Barang Jarahan, Berlari untuk Merampas Harta.”
Atau “untuk mengesahkan hal itu.”
Nama sebuah saluran air.
Lihat Yes 7:14.
Atau “kata-kata pengesahan.”
Atau “ajaran.”
Atau “kata-kata pengesahan.”
Lihat Kamus.
Istilah “Tuhan yang Berkuasa” diterjemahkan daripada perkataan ʼEl Gib·bohrʹ. Perkataan ini berbeza daripada ʼEl Shad·daiʹ yang diterjemahkan sebagai “Tuhan Yang Maha Kuasa,” seperti yang terdapat di Kej 17:1.
Atau mungkin, “serta dahan pokok palma dan mensiang.”
Atau “kemuliaan.”
Atau “Keadilan.”
Atau “dipatahkan kerana minyak.” Mungkin merujuk kepada minyak yang digunakan untuk mengurapi raja-raja di Israel atau yang digunakan oleh 300 orang askar Gideon untuk obor mereka.
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Merujuk kepada “ranting” dan “tunas” di ayat 1.
Atau “takut akan; menghormati.”
Atau mungkin, “makan.”
Harfiah, “akar.”
Atau “tiang penanda.”
Atau “Bangsa-bangsa akan mencarinya.”
Iaitu, Babilonia.
Atau “tiang penanda.”
Atau mungkin, “mengeringkan.”
Atau mungkin, “Dia akan menyebabkan Sungai Efrat berpecah menjadi tujuh batang anak sungai.”
“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “Mainkanlah muzik untuk.”
Atau “dan senjata-senjata.”
Atau “dan bintang-bintang Kesil.” Mungkin merujuk kepada buruj Orion dan gugusan bintang di sekelilingnya.
Atau mungkin, “roh-roh jahat yang berupa kambing.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Harfiah, “Aku akan menyapunya dengan penyapu pembinasaan.”
Harfiah, “akar.”
Harfiah, “tempat-tempat tinggi.” Lihat Kamus.
Atau “wadi.”
Bahagian ranting tumbuhan menjalar yang melingkar-lingkar.
Atau mungkin, “Kerana laungan perang sudah menimpa buah-buahan musim panas dan hasil tuaian kamu.”
Iaitu, apabila genap 3 tahun.
Atau “Dataran Rendah.”
Lihat Kamus.
Atau “daripada dewa bangsa asing.”
Atau “Habsyah!”
Lihat Kamus.
Atau “tiang penanda.”
Atau mungkin, “memandang dari.”
Sejenis tumbuhan yang ditanam sejak masa kuno. Gentiannya digunakan untuk membuat kain linen.
Gelaran bagi raja Mesir.
Atau “Memfis.”
Atau mungkin, “kepala, ekor, dahan pokok palma, ataupun mensiang.”
Merujuk kepada bahasa Ibrani.
Atau “Tartan.”
Atau “berjalan dengan memakai jubah dalam sahaja.”
Atau “Habsyah.”
Nampaknya merujuk kepada Babilonia kuno.
Nampaknya merujuk kepada Babilon.
Atau “dan urapilah perisai kamu.”
Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Maksudnya “Senyap.” Merujuk kepada Edom.
Iaitu, apabila genap 1 tahun.
Nampaknya merujuk kepada Yerusalem.
Atau “dataran-dataran rendahmu.”
Harfiah, “membentuk.”
Atau “Aku akan meletakkan kunci rumah Daud pada bahunya.”
Iaitu, salah satu cabang Sungai Nil.
Atau mungkin, “pelabuhan kamu.”
Harfiah, “anak dara Sidon.”
Atau “binatang yang berkeliaran di padang gurun.”
Nampaknya merujuk kepada Yehuda dan Yerusalem.
Atau mungkin, “mengering.”
Atau “perjanjian yang dibuat pada masa kuno.”
Atau mungkin, “mengering.”
Atau “Dari laut.”
Atau “Dari wilayah terang.”
Atau “makanan terbaik yang penuh dengan sumsum tulang.”
Harfiah, “menelan.”
Atau “Yehuwa akan meletakkan tangan-Nya di atas gunung itu.”
Atau mungkin, “yang hatinya teguh.”
“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “rata.”
Iaitu, keinginan agar Tuhan dan nama-Nya diisytiharkan.
Atau mungkin, “embun pada tumbuhan herba.”
Atau “dilahirkan.”
Lihat Kamus.
Nampaknya merujuk kepada umat Israel, yang digambarkan seperti wanita dan disamakan dengan ladang anggur.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Nampaknya merujuk kepada Samaria, ibu kota kerajaan Israel di utara.
Harfiah, “tali pengukur.”
Bagi para pemimpin agama, perkhabaran Yesaya kedengaran seperti kata-kata budak kecil yang berulang-ulang.
Harfiah, “tali pengukur.”
Atau mungkin, “Dan kami telah menerima penglihatan bersama dengan Kuburan.” Lihat Kamus, “Kuburan.”
Alat yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu benda tegak atau tidak.
Lihat Kamus.
Atau mungkin, “Apabila orang memahami perkhabaran yang disampaikan, mereka akan berasa sangat takut.”
Atau “dataran rendah.”
Atau “bumi.”
Merujuk kepada sejenis bijirin bermutu rendah yang ditanam di Mesir kuno.
Atau “mendisiplinkannya.”
Atau “Tujuan-Nya.”
Atau “Dan kebijaksanaan-Nya.”
Mungkin bermaksud “Tempat Menyalakan Api di Mazbah Tuhan.” Nampaknya merujuk kepada Yerusalem.
Atau “Orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan.”
Harfiah, “orang yang memberikan teguran.”
Iaitu, kerana berasa malu dan kecewa.
Atau “Mereka menuangkan korban wain.” Nampaknya merujuk kepada perbuatan mengikat persetujuan.
Atau “dengan bimbingan kuasa suci-Ku.”
Lihat Kamus.
Atau “ajaran.”
Atau “Jangan beritahu kami penglihatan yang sebenar.”
Atau “Beritahulah kami hal-hal yang menyenangkan.”
Atau mungkin, “kolam.”
Atau “yang menunggu-Nya dengan penuh harapan.”
Atau mungkin, “lalu mengatakan bahawa semua itu najis.”
Atau “ditampi dengan penyodok dan serampang.”
Harfiah, “Nama Yehuwa.”
Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.
Atau “yang menyucikan diri.”
Atau “berjalan dengan iringan.”
Atau “Tofet.” Di ayat ini, “Tofet” merujuk kepada tempat pembakaran kiasan, yang melambangkan kebinasaan.
Atau “pasukan berkuda.”
Atau “api-Nya.”
Atau “akan merenungkan.”
Atau “yang tidak berprinsip.”
Atau “ingin menghina Tuhan.”
Atau “yang tidak berprinsip.”
Nampaknya merujuk kepada sebuah bukit di Yerusalem.
Merujuk kepada orang Assyria.
Atau mungkin, “harta yang diberikan oleh Tuhan.”
Harfiah, “menolak.”
Atau mungkin, “mengering.”
Atau “merenungkan.”
Atau “akan mencair kerana.”
Nampaknya merujuk kepada ibu kota Edom, iaitu Bozra.
Alat yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu benda tegak atau tidak.
Mungkin merujuk kepada dubuk, serigala, dan binatang lain yang melolong.
Atau mungkin, “roh-roh jahat yang berupa kambing.”
Atau “mengutus Rabshakeh.”
Atau “Siria.”
Atau “mengutus Rabshakeh.”
Atau “Habsyah.”
Atau mungkin, “di antara.”
Kerub ialah malaikat yang berpangkat tinggi.
Atau “terusan-terusan Sungai Nil.”
Harfiah, “terjadi.”
Atau “hasil daripada biji-bijian yang terjatuh lalu bertumbuh.”
Tangga yang dimaksudkan ini mungkin digunakan untuk menunjukkan waktu, seperti jam matahari.
Lihat Kamus.
“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau mungkin, “burung jenjang.”
Lihat Kamus.
Atau “kebenaran.”
Atau “hukuman dua kali ganda.”
Atau “menggembala.”
Lihat Lampiran B14.
Atau mungkin, “memahami.”
Atau “pemerintah.”
Atau “Dan membuat para hakim di bumi menjadi tidak berguna.”
Atau “mengukur.”
Atau “pengertian-Nya.”
Atau “berdiam dirilah di hadapan-Ku.”
Atau “pembesar.”
Atau “hukumnya.”
Atau “mengongsi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”
Atau “ajaran-Nya.”
Atau “ajaran-Nya.”
Atau “Habsyah.”
Nampaknya merujuk kepada tuhan-tuhan palsu.
Atau “yakin.”
Atau “mengampunkan pemberontakan.”
Mungkin merujuk kepada orang yang mengajarkan Hukum.
Atau “sejak kamu lahir.”
Maksudnya “Yang Lurus Hati,” iaitu gelaran kehormat bagi Israel.
Atau “mencurahkan air ke atas negeri yang kontang.”
Atau “di tempat sembahyang.”
Atau “Tukang yang membentuknya.”
Atau mungkin, “patutkah tanah liat berkata, ‘Hasil kerjamu tidak ada pemegang’?”
Atau mungkin, “Buruh-buruh.”
Atau mungkin, “pedagang-pedagang.”
Atau “Habsyah.”
Atau mungkin, “bukannya untuk menjadi tempat yang kosong.”
Atau “Keputusan-Ku; Nasihat-Ku.”
Atau “keputusan-Ku; nasihat-Ku.”
Harfiah, “anak dara Babilon.”
Atau mungkin, “dan Aku tidak akan melayan orang yang Aku jumpa dengan baik.”
Atau mungkin, “Biarpun.”
Atau “Dan kamu tidak akan tahu mantera.”
Atau mungkin, “mereka yang membahagi-bahagikan langit; ahli nujum.”
Atau “menciptakannya.”
Atau “memeriksa.” Atau mungkin, “memilih.”
Atau “mengongsi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”
Harfiah, “Siapakah antara mereka . . .?”
Atau “Aku mengajar kamu demi kebaikan kamu.”
Atau “yang akan menegakkan keadilan bagiku.”
Atau mungkin, “setiap bukit yang gondol.”
Atau “mengangkat tiang penanda-Ku untuk dilihat oleh mereka.”
Atau “kata-kata yang sesuai untuk menjawab.” Atau mungkin, “kata-kata yang sesuai untuk menguatkan.”
Harfiah, “mukaku.”
Atau “batu api.”
Harfiah, “Dan melegakan.”
Atau “tidak akan gagal.”
Atau “ajaran-Ku”
Atau mungkin, “ulat.”
Lihat Kamus.
Atau “kerana kemarahan orang yang mengepung kamu.”
Harfiah, “menanam.”
Atau “menyaksikan kemenangan.”
Nampaknya merujuk kepada Babilon.
Atau “akan terpegun.”
Atau mungkin, “yang kami dengar?”
Harfiah, “lengan.”
“Semua” boleh merujuk kepada Tuhan atau orang yang melihat hamba itu.
Atau “Paras rupanya tidak istimewa dan tidak membuat kami mengingininya.”
Atau mungkin, “Semua orang enggan memandangnya.”
Atau “mengambil peduli tentang cara hidupnya.”
Atau “dipukul sampai mati.”
Atau “apa yang menyenangkan hati.”
Harfiah, “dia mencurahkan jiwanya sehingga mati.”
Atau “tuanmu.”
Atau “batu yang merah marak.”
Atau “untuk melawanmu tidak akan berjaya.”
Harfiah, “belilah.”
Harfiah, “Belilah.”
Atau “wang yang kamu peroleh dengan susah payah.”
Atau “yang telah dikembiri.”
Atau mungkin, “Bahawa kematian telah menjauhkan orang baik daripada malapetaka.”
Harfiah, “di atas katil.”
Atau “wadi.”
Mungkin merujuk kepada mazbah orang kafir atau tempat ibadat.
Mungkin merujuk kepada perbuatan menyembah berhala.
Atau mungkin, “raja.”
Lihat Kamus.
Atau “nyawa manusia; kecenderungan mental manusia.” Lihat Kamus, “Roh.”
Atau “mengejar kesenangan.”
Perbuatan ini menunjukkan bahawa seseorang sedang berdukacita atau sedang menyesal atas dosa yang dilakukannya.
Atau “makan.”
Atau “kejujuran.”
Atau “Kejujuran.”
Atau “mendatangkan kemenangan bagi diri-Nya.”
Atau “Kemenangan.”
Atau “kepada sinaran fajarmu.”
Atau “unta jantan muda.”
Atau “akan mempercepat hal ini.”
Atau “kekayaan.”
Harfiah, “serban yang dipakai oleh imam.”
Dalam bab ini, Yehuwa memanggil Yerusalem sebagai “wanita.”
Atau “tiang penanda.”
Atau mungkin, “berwarna merah marak?”
Atau “kemenangan.”
Atau “malaikat yang berada di hadirat-Nya.”
Atau “padang belantara?”
Atau “indah.”
Atau “indah.”
Atau “yang menanti-nantikan Engkau dengan sabar.”
Harfiah, “menyebabkan kami melebur.”
Atau “Tukang yang membentuk kami.”
Atau “indah.”
Atau mungkin, “di pondok-pondok jaga.”
Atau mungkin, “Kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan menjadi suci disebabkan kami!”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Tuhan yang setia.”
Atau “Tuhan yang setia.”
Atau “Kesusahan.”
Atau “tidak akan timbul dalam hati lagi.”
Atau mungkin, “Orang yang mati sebelum berusia seratus tahun akan dianggap sebagai orang yang dikutuk.”
Atau mungkin, “orang yang memuji berhala.”
Atau “unta yang pantas.”
Atau “untuk menyembah Aku.”
Harfiah, “dari bulan baharu ke bulan baharu dan dari Sabat ke Sabat.”