BERITA BAIK YANG DISAMPAIKAN OLEH MATIUS
1 Inilah kisah hidup* Yesus Kristus,* yang berasal daripada keturunan Daud+ dan Abraham:+
2 Abraham ialah bapa Ishak;+
Ishak ialah bapa Yakub;+
Yakub ialah bapa kepada Yehuda+ dan adik-beradiknya;
3 Yehuda ialah bapa Perez dan Zerah,+ dan ibu mereka ialah Tamar;
Perez ialah bapa Hezron;+
Hezron ialah bapa Ram;+
4 Ram ialah bapa Aminadab;
Aminadab ialah bapa Nahason;+
Nahason ialah bapa Salmon;
5 Salmon ialah bapa Boaz, dan ibu Boaz ialah Rahab;+
Boaz ialah bapa Obed, dan ibu Obed ialah Rut;+
Obed ialah bapa Isai;+
6 Isai ialah bapa Raja Daud;+
Daud ialah bapa Salomo,+ dan ibu Salomo ialah bekas isteri Uria;
7 Salomo ialah bapa Rehabeam;+
Rehabeam ialah bapa Abia;
Abia ialah bapa Asa;+
8 Asa ialah bapa Yehosafat;+
Yehosafat ialah bapa Yehoram;+
Yehoram ialah bapa Uzia;
9 Uzia ialah bapa Yotam;+
Yotam ialah bapa Ahas;+
Ahas ialah bapa Hizkia;+
10 Hizkia ialah bapa Manasye;+
Manasye ialah bapa Amon;+
Amon ialah bapa Yosia;+
11 Yosia+ menjadi bapa kepada Yekhonya+ dan adik-beradiknya semasa orang Yahudi dibuang negeri ke Babilon.+
12 Selepas orang Yahudi dibuang negeri ke Babilon, Sealtiel anak Yekhonya telah dilahirkan.
Sealtiel ialah bapa Zerubabel;+
13 Zerubabel ialah bapa Abihud;
Abihud ialah bapa Elyakim;
Elyakim ialah bapa Azur;
14 Azur ialah bapa Zadok;
Zadok ialah bapa Akhim;
Akhim ialah bapa Eliud;
15 Eliud ialah bapa Eleazar;
Eleazar ialah bapa Matan;
Matan ialah bapa Yakub;
16 Yakub ialah bapa Yusuf; Yusuf ialah suami Maria, iaitu ibu kepada Yesus+ yang digelar Kristus.+
17 Maka, terdapat 14 generasi dari Abraham sehingga Daud, 14 generasi dari Daud sehingga masa pembuangan ke Babilon, dan 14 generasi dari masa pembuangan ke Babilon sehingga Kristus.
18 Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus: Ibunya Maria sudah bertunang dengan Yusuf. Namun sebelum mereka berkahwin, Maria menjadi hamil kerana kuasa suci Tuhan.*+ 19 Yusuf, suaminya, ialah orang yang baik. Dia tidak mahu memalukan isterinya di hadapan umum. Oleh itu, dia berniat untuk menceraikan Maria secara diam-diam.+ 20 Tetapi setelah Yusuf mempertimbangkan perkara itu, malaikat Yehuwa* muncul dalam mimpinya dan berkata, “Hai Yusuf anak Daud, janganlah takut untuk mengahwini Maria.* Dia hamil kerana kuasa suci Tuhan.+ 21 Maria akan melahirkan seorang anak lelaki dan hendaklah kamu menamakannya Yesus,*+ kerana dia akan menyelamatkan bangsanya daripada dosa mereka.”+ 22 Semua ini berlaku agar terjadilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa* melalui nabi-Nya, 23 “Lihatlah! Seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki, dan anak itu akan dinamakan Imanuel,”+ yang bermaksud “Tuhan Menyertai Kita.”+
24 Kemudian Yusuf terjaga daripada tidur. Dia mengikut arahan malaikat Yehuwa* dan mengahwini Maria.* 25 Tetapi dia tidak bersetubuh dengan Maria sehinggalah Maria melahirkan seorang anak lelaki,+ dan Yusuf menamakannya Yesus.+
2 Yesus dilahirkan di Betlehem+ yang terletak di Yudea pada zaman pemerintahan Raja Herodes.*+ Kemudian, beberapa orang ahli nujum dari Timur datang ke Yerusalem. 2 Mereka bertanya, “Di manakah raja orang Yahudi+ yang telah dilahirkan itu? Kami nampak bintangnya semasa kami berada di Timur, dan kami datang untuk sujud kepadanya.” 3 Apabila mendengar hal ini, Raja Herodes dan semua penduduk Yerusalem menjadi gelisah. 4 Herodes memanggil semua ketua imam dan jurutulis hukum lalu bertanya kepada mereka di mana Kristus* akan dilahirkan. 5 Mereka menjawab, “Di Betlehem+ yang terletak di Yudea, kerana inilah yang ditulis oleh seorang nabi: 6 ‘Hai Betlehem di Yehuda, para gabenor Yehuda yang lain tidak harus memandangmu sebagai kota yang terkecil, kerana daripadamu akan lahir seorang pemerintah yang akan menggembala umat-Ku Israel.’”+
7 Kemudian Herodes mengadakan pertemuan rahsia dengan para ahli nujum itu. Setelah bertanya kepada mereka dengan terperinci, akhirnya Herodes mengetahui masanya bintang itu muncul. 8 Dia mengutus mereka ke Betlehem dan berkata, “Carilah anak kecil itu dengan cermat. Apabila kamu menjumpai dia, laporkanlah kepada beta agar beta juga dapat pergi dan bersujud kepadanya.” 9 Selepas menerima perintah raja, mereka pun berangkat. Dalam perjalanan, mereka nampak bintang yang sebelumnya muncul ketika mereka berada di Timur.+ Bintang tersebut mendahului mereka lalu berhenti di atas rumah yang didiami anak kecil itu. 10 Mereka sangat bersukacita apabila melihat bintang itu berhenti. 11 Mereka masuk ke dalam rumah itu dan melihat anak kecil tersebut bersama ibunya Maria. Mereka bersujud kepadanya lalu mengeluarkan emas, kemenyan putih, dan mur sebagai hadiah kepadanya. 12 Tetapi Tuhan telah memberikan amaran kepada mereka menerusi mimpi+ agar tidak kembali kepada Herodes. Maka mereka pulang ke tanah air mereka melalui jalan lain.
13 Setelah mereka berangkat, malaikat Yehuwa* muncul dalam mimpi Yusuf+ dan berkata, “Cepatlah bangun dan bawa anak kecil itu dengan ibunya ke Mesir. Tinggallah di situ sehingga aku memberimu arahan selanjutnya, kerana Herodes ingin mencari anak kecil itu untuk membunuhnya.” 14 Pada malam itu juga, Yusuf bangun dan membawa anak kecil itu bersama ibunya ke Mesir. 15 Dia menetap di situ sehingga Herodes meninggal. Maka terjadilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa* menerusi nabi-Nya, “Aku akan memanggil anak-Ku keluar dari Mesir.”+
16 Apabila Herodes sedar bahawa dirinya telah diperdaya oleh para ahli nujum tersebut, dia sangat marah lalu mengutus orang untuk membunuh semua budak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Betlehem dan daerah-daerah yang berdekatan. Dia berbuat demikian berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para ahli nujum.+ 17 Maka terjadilah apa yang difirmankan menerusi Nabi Yeremia, 18 “Kedengaran suara tangisan dan ratapan di Rama. Itulah suara Rahel+ yang sedang menangisi anak-anaknya. Dia enggan dihiburkan kerana mereka sudah tiada lagi.”+
19 Selepas Herodes meninggal, malaikat Yehuwa* muncul dalam mimpi Yusuf.+ Pada masa itu, Yusuf berada di Mesir. 20 Malaikat itu berkata, “Bangunlah dan bawa anak kecil itu dengan ibunya ke negeri Israel, kerana mereka yang ingin mengambil nyawa anak kecil itu sudah meninggal.” 21 Maka Yusuf bangun dan membawa anak kecil itu dengan ibunya ke negeri Israel. 22 Tetapi apabila Yusuf mendapat tahu bahawa Arkelaus telah menggantikan bapanya Herodes sebagai raja Yudea, dia berasa takut. Tambahan lagi, dia telah mendapat amaran daripada Tuhan dalam mimpi+ agar tidak pergi ke situ. Oleh itu, dia bertolak ke kawasan Galilea+ 23 dan menetap di kota Nasaret.+ Maka, terjadilah apa yang dinubuatkan oleh para nabi, “Dia akan dipanggil orang Nasaret.”*+
3 Pada masa itu, Yohanes+ Pembaptis menyebarkan berita+ di padang belantara Yudea. 2 “Bertaubatlah kerana Kerajaan di syurga sudah dekat,” katanya.+ 3 Dialah orang yang dimaksudkan ketika Nabi Yesaya+ berkata, “Seseorang sedang berseru di padang belantara, ‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!* Luruskanlah jalan bagi-Nya.’”+ 4 Pakaian Yohanes diperbuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya diperbuat daripada kulit,+ manakala makanannya ialah belalang dan madu hutan.+ 5 Kemudian orang dari Yerusalem, seluruh Yudea, dan semua kawasan di sekitar Sungai Yordan datang menemuinya.+ 6 Orang mengakui dosa mereka di hadapan umum dan dibaptis* olehnya di Sungai Yordan.+
7 Semasa dia melihat ramai orang Farisi dan orang Saduki+ datang ke tempat pembaptisan itu, dia berkata kepada mereka, “Kamu keturunan ular berbisa.+ Siapakah yang memberikan amaran kepada kamu untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan yang akan datang?+ 8 Oleh itu, tunjukkanlah melalui perbuatan kamu bahawa kamu sudah bertaubat. 9 Janganlah membuat andaian dan berkata dalam hati kamu, ‘Abraham ialah bapa kami.’+ Ketahuilah bahawa Tuhan mampu memberi Abraham keturunan daripada batu-batu ini. 10 Kapak sudah diletakkan di pangkal pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.+ 11 Aku membaptis kamu dengan air kerana kamu sudah bertaubat,+ tetapi dia yang datang selepas aku akan membaptis kamu dengan kuasa suci Tuhan+ dan api.+ Dia lebih berkuasa daripada aku, dan aku tidak layak untuk menanggalkan kasutnya.+ 12 Tangannya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat mengirik* gandum dan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi dia akan membakar sekam di dalam api+ yang tidak dapat dipadamkan.”
13 Kemudian Yesus berangkat dari Galilea ke Sungai Yordan. Dia meminta Yohanes untuk membaptisnya.+ 14 Tetapi Yohanes mencuba menolak permintaannya dengan berkata, “Sepatutnya kamulah yang harus membaptis aku, tetapi mengapa pula kamu datang kepadaku?” 15 Namun Yesus menjawab, “Biarlah demikian untuk kali ini, kerana menerusi cara ini, kita dapat melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Tuhan.” Maka Yohanes tidak lagi menolak permintaannya. 16 Selepas Yesus dibaptis, dia segera keluar dari air. Tiba-tiba, langit terbuka,+ dan Yohanes nampak kuasa suci Tuhan turun seperti burung merpati ke atasnya.+ 17 Kemudian kedengaran suara dari langit+ yang berkata, “Inilah Anak-Ku+ yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadanya.”+
4 Kemudian Yesus dipimpin oleh kuasa suci Tuhan ke padang belantara dan di sana Iblis menggodanya.+ 2 Setelah berpuasa selama 40 hari dan 40 malam, dia berasa lapar. 3 Pada masa itu, Si Penggoda+ datang dan berkata kepadanya, “Jika kamu anak Tuhan, suruhlah batu-batu ini menjadi roti.” 4 Tetapi Yesus menjawab, “Ada tertulis, ‘Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.’”*+
5 Kemudian Iblis membawa dia ke kota suci*+ lalu menempatkannya di puncak tembok* Rumah Tuhan.+ 6 Iblis berkata kepadanya, “Jika kamu anak Tuhan, terjunlah ke bawah, kerana ada tertulis, ‘Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya,’ dan, ‘Mereka akan menyambut kamu dengan tangan mereka supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.’”+ 7 Tetapi Yesus menjawab, “Ada tertulis juga, ‘Jangan menguji Yehuwa,* Tuhan kamu.’”+
8 Kemudian Iblis membawanya ke sebuah gunung yang luar biasa tinggi dan menunjukkan kepadanya semua kerajaan dunia serta kegemilangannya.+ 9 Lalu Iblis berkata kepadanya, “Semua ini akan aku berikan kepadamu jika kamu sujud dan menyembah aku.”* 10 Yesus menjawab, “Pergilah Syaitan! Kerana ada tertulis, ‘Kamu mesti menyembah Yehuwa,* Tuhanmu,+ dan kamu mesti memberikan khidmat suci kepada Dia sahaja.’”+ 11 Iblis pun meninggalkan dia,+ lalu malaikat-malaikat datang untuk melayaninya.+
12 Apabila Yesus mendengar bahawa Yohanes telah ditangkap,+ dia pergi ke Galilea.+ 13 Selepas dia meninggalkan Nasaret, dia menetap di Kapernaum,+ yang terletak di tepi laut di kawasan Zebulon dan Naftali. 14 Dengan ini berlakulah apa yang dinubuatkan oleh Nabi Yesaya: 15 “Hai tanah Zebulon dan tanah Naftali, jalan yang menghala ke laut, di sebelah barat Sungai Yordan, Galilea yang didiami bangsa-bangsa lain! 16 Orang yang tinggal dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang, dan orang di negeri yang dibayangi maut telah disinari cahaya.”+ 17 Sejak masa itu, Yesus mula menyebarkan berita ini: “Bertaubatlah, kerana Kerajaan di syurga sudah dekat.”+
18 Ketika dia berjalan di tepi Tasik Galilea, dia nampak dua orang adik-beradik yang bekerja sebagai nelayan, iaitu Simon yang juga dipanggil Petrus,+ dan Andreas. Mereka sedang menebarkan jala ke dalam tasik.+ 19 Dia berkata kepada mereka, “Ikutlah aku, dan aku akan menjadikan kamu penjala manusia.”+ 20 Dengan serta-merta, mereka meninggalkan jala lalu mengikutnya.+ 21 Yesus meneruskan perjalanannya lalu nampak dua orang adik-beradik, iaitu Yakobus anak Zebedeus dan saudara kandungnya Yohanes.+ Mereka sedang membaiki jala di dalam perahu bersama bapa mereka Zebedeus. Apabila Yesus memanggil mereka,+ 22 mereka segera meninggalkan perahu dan bapa mereka lalu mengikutnya.
23 Yesus menjelajah seluruh kawasan Galilea+ dan mengajar di rumah-rumah ibadat orang Yahudi.+ Dia menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan menyembuhkan setiap masalah kesihatan dan setiap jenis penyakit yang dihidapi orang ramai.+ 24 Berita tentangnya tersebar ke merata Siria, lalu semua orang yang menderita kerana menghidap pelbagai penyakit+ dibawa kepadanya. Orang yang dirasuk roh-roh jahat,+ orang yang menghidap penyakit sawan,+ dan orang lumpuh juga datang, lalu dia menyembuhkan mereka. 25 Hasilnya, ramai orang dari Galilea, Dekapolis,* Yerusalem, Yudea, dan seberang Sungai Yordan mengikutnya.
5 Ketika melihat orang ramai itu, dia naik ke atas gunung lalu duduk. Kemudian murid-muridnya datang kepadanya, 2 dan dia mula mengajar mereka. Dia berkata,
3 “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka,+ kerana Kerajaan di syurga milik mereka.
4 “Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana hati mereka akan dilegakan.+
5 “Berbahagialah orang yang lemah lembut,*+ kerana mereka akan mewarisi bumi.+
6 “Berbahagialah orang yang lapar dan haus+ akan keadilan,* kerana mereka akan dipuaskan.+
7 “Berbahagialah orang yang berbelas kasihan,+ kerana mereka akan mendapat belas kasihan.
8 “Berbahagialah orang yang berhati murni,+ kerana mereka akan melihat Tuhan.
9 “Berbahagialah orang yang berusaha mewujudkan kedamaian,*+ kerana mereka akan disebut anak-anak* Tuhan.
10 “Berbahagialah orang yang dianiaya kerana melakukan apa yang benar,+ kerana Kerajaan di syurga milik mereka.
11 “Berbahagialah kamu apabila orang menghina,+ menganiaya,+ dan mengatakan segala macam perkara yang keji untuk memfitnah kamu kerana kamu pengikutku.+ 12 Hendaklah kamu bergembira dan melimpah dengan sukacita,+ kerana ganjaran+ kamu besar di syurga. Ingatlah bahawa nabi-nabi sebelum kamu juga dianiaya dalam cara yang sama.+
13 “Kamu ialah garam+ dunia. Jika garam hilang rasa masinnya, dapatkah garam itu menjadi masin semula? Garam seperti itu tidak berguna untuk apa-apa pun, selain dibuang ke luar+ untuk dipijak-pijak orang.
14 “Kamu ialah cahaya dunia.+ Sebuah kota yang terletak di atas gunung tidak dapat disembunyikan. 15 Orang yang menyalakan pelita tidak akan meletakkan pelita di bawah bakul,* tetapi di atas kaki pelita supaya menerangi semua orang di dalam rumah.+ 16 Demikian juga, biarlah cahaya kamu bersinar di hadapan orang lain+ supaya mereka melihat perbuatan baik+ kamu dan memuji Bapa kamu yang di syurga.+
17 “Jangan berfikir bahawa aku datang untuk menghapuskan Hukum atau Ajaran Para Nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.+ 18 Dengan sungguh-sungguh aku berkata kepada kamu: Biarpun langit dan bumi lenyap, satu titik atau huruf yang terkecil pun dalam Hukum tidak akan lenyap sehingga semua yang tertulis berlaku.+ 19 Maka, jika sesiapa melanggar salah satu perintah yang paling kecil dan mengajar orang lain berbuat demikian, dia tidak layak memasuki* Kerajaan di syurga. Tetapi sesiapa yang mentaati perintah itu dan mengajarkannya kepada orang lain, dia layak memasuki* Kerajaan di syurga. 20 Oleh itu, aku berkata kepada kamu: Jika kelakuan kamu tidak lebih baik daripada kelakuan jurutulis hukum dan orang Farisi,+ kamu pasti tidak akan memasuki Kerajaan di syurga.+
21 “Kamu sudah mendengar apa yang dikatakan kepada orang dahulukala: ‘Jangan membunuh,+ kerana sesiapa yang membunuh akan diadili di mahkamah.’+ 22 Namun aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus marah+ terhadap saudaranya akan diadili di mahkamah. Sesiapa yang memaki hamun saudaranya akan dihadapkan ke Mahkamah Agung,* manakala sesiapa yang berkata, ‘Kau orang bodoh yang tidak berguna!’ akan dibuang dalam api Gehena.*+
23 “Oleh itu, semasa kamu membawa pemberianmu ke mazbah,+ dan kamu teringat bahawa saudaramu tidak senang hati terhadapmu, 24 tinggalkanlah pemberianmu itu di hadapan mazbah. Pergilah dan berdamailah dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah kamu kembali untuk mempersembahkan pemberianmu.+
25 “Jika seseorang hendak mendakwa kamu, cepatlah menyelesaikan masalah kamu berdua semasa dalam perjalanan ke mahkamah, supaya dia tidak menyerahkan kamu kepada hakim, lalu hakim menyerahkan kamu kepada pengawal untuk dipenjarakan.+ 26 Ketahuilah, kamu akan terus meringkuk di dalam penjara selagi kamu tidak membayar hutang kamu sampai duit syiling kecil yang terakhir.*
27 “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’+ 28 Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang terus memandang seorang wanita+ dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.+ 29 Jika mata kanan kamu membuat kamu tersandung, cungkillah dan buanglah mata itu.+ Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh kamu daripada seluruh tubuh kamu dibuang dalam Gehena.*+ 30 Jika tangan kanan kamu membuat kamu tersandung, potonglah dan buanglah tangan itu.+ Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh kamu daripada seluruh tubuh kamu dilemparkan dalam Gehena.*+
31 “Lagipun, ada ajaran yang berbunyi: ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya harus memberinya surat cerai.’+ 32 Namun, aku berkata kepada kamu bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya padahal isterinya tidak melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dia mungkin menyebabkan isterinya berzina jika isterinya berkahwin lagi. Sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu juga berzina.+
33 “Kamu juga sudah mendengar apa yang dikatakan kepada orang dahulukala: ‘Jangan berjanji* tanpa melakukannya.+ Lakukanlah apa yang telah kamu ikrarkan kepada Yehuwa.’*+ 34 Tetapi sekarang aku berkata kepada kamu: Jangan sekali-kali bersumpah+ sama ada demi syurga, kerana syurga ialah takhta Tuhan, 35 atau demi bumi, kerana bumi ialah alas kaki-Nya,+ atau demi Yerusalem, kerana kota itu ialah kota Raja yang agung.+ 36 Jangan bersumpah demi kepalamu, kerana kamu tidak dapat mengubah sehelai rambut pun menjadi hitam atau putih. 37 Katakan ‘Ya’ semasa kamu bermaksud ya, dan katakan ‘Tidak’ semasa kamu bermaksud tidak,+ kerana kata-kata yang selebihnya berasal daripada Si Jahat.+
38 “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Mata ganti mata dan gigi ganti gigi.’+ 39 Namun aku memberitahu kamu: Jangan melawan orang yang jahat. Jika seseorang menampar pipi kananmu, biarlah dia menampar pipi kirimu juga.+ 40 Jika seseorang ingin mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut jubah dalam kamu, biarlah dia mengambil jubah luar kamu juga.+ 41 Jika seorang penguasa mewajibkan kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer,* angkatlah barangnya sejauh dua kilometer. 42 Jika orang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah kepadanya. Janganlah menolak permintaan seseorang yang ingin meminjam* daripadamu.+
43 “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Kamu mesti mengasihi orang lain+ dan membenci musuhmu.’ 44 Namun aku berkata kepada kamu: Teruslah mengasihi musuhmu+ dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.+ 45 Dengan demikian kamu dapat menjadi anak-anak* Bapa kamu yang di syurga,+ kerana Dia membuat matahari terbit untuk orang jahat dan orang baik, dan membuat hujan turun untuk orang baik dan orang jahat.+ 46 Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah ganjaran kamu?+ Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? 47 Dan jika kamu bertegur sapa dengan saudara kamu sahaja, apakah perkara luar biasa yang kamu lakukan? Bukankah orang daripada bangsa-bangsa lain juga berbuat demikian? 48 Oleh itu, kamu harus sempurna* sebagaimana Bapa kamu yang di syurga sempurna.+
6 “Ingatlah, jika kamu berbuat baik di hadapan orang sekadar untuk dilihat,+ kamu tidak akan menerima ganjaran daripada Bapa kamu yang di syurga. 2 Maka, semasa kamu membuat kebajikan, janganlah kamu meniup trompet untuk menarik perhatian, seperti yang dilakukan oleh orang yang bermuka dua di rumah ibadat dan di jalan. Mereka berbuat demikian supaya dipuji orang. Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mereka sudah mendapat semua ganjaran mereka. 3 Sebaliknya, semasa kamu membuat kebajikan, jangan biarkan tangan kirimu mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kananmu, 4 supaya apa yang kamu lakukan tidak diketahui orang. Dengan demikian, Bapamu yang melihat dari tempat rahsia-Nya akan memberkati kamu.+
5 “Semasa kamu berdoa, janganlah menjadi seperti orang yang bermuka dua+ yang suka berdoa sambil berdiri di rumah ibadat dan di simpang jalan utama agar dilihat orang.+ Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mereka sudah mendapat semua ganjaran mereka. 6 Sebaliknya, semasa kamu berdoa, masuklah ke dalam bilik sendiri dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapamu yang berada di tempat rahsia-Nya.+ Dengan itu, Bapamu yang melihat dari tempat rahsia-Nya akan memberkati kamu. 7 Semasa kamu berdoa, jangan asyik mengulangi kata-kata yang sama seperti yang dilakukan oleh orang daripada bangsa-bangsa lain. Mereka menyangka Tuhan akan mendengar doa mereka kerana doa mereka panjang. 8 Jangan menjadi seperti mereka, kerana Bapa kamu sudah tahu apa yang kamu perlukan+ bahkan sebelum kamu meminta daripada-Nya.
9 “Oleh itu, beginilah caranya kamu harus berdoa:+
“‘Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu+ disucikan.+ 10 Datanglah Kerajaan-Mu.+ Semoga kehendak-Mu+ terlaksana di bumi seperti di syurga.+ 11 Berilah kami makanan* yang kami perlukan untuk hari ini.+ 12 Ampunkanlah dosa* kami sebagaimana kami mengampuni orang yang berdosa* terhadap kami.+ 13 Janganlah biarkan kami terjerat oleh godaan,+ tetapi selamatkanlah kami daripada Si Jahat.’*+
14 “Jika kamu mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampuni kamu;+ 15 tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu juga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu.+
16 “Semasa kamu berpuasa,+ jangan lagi menunjukkan wajah yang sedih seperti orang yang bermuka dua. Mereka mengabaikan penampilan diri supaya orang lain tahu mereka sedang berpuasa.+ Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mereka sudah mendapat semua ganjaran mereka. 17 Sebaliknya, semasa kamu berpuasa, sapulah minyak pada kepalamu dan basuhlah mukamu. 18 Dengan ini, kamu berpuasa bukan untuk dilihat orang, tetapi untuk dilihat Bapamu yang berada di tempat rahsia-Nya. Maka Bapamu yang melihat dari tempat rahsia-Nya akan memberkati kamu.
19 “Jangan lagi mengumpulkan harta di bumi,+ kerana di bumi terdapat gegat dan karat yang akan merosakkannya, dan terdapat pencuri yang datang untuk mencurinya. 20 Sebaliknya, kumpulkanlah harta di syurga+ kerana di situ tiada gegat atau karat yang akan merosakkannya,+ dan tiada pencuri yang datang untuk mencurinya. 21 Hal ini demikian kerana di mana harta kamu, di situ juga hati kamu.
22 “Mata ialah pelita tubuh.+ Jadi, jika matamu tertumpu kepada satu perkara sahaja, seluruh tubuhmu akan menjadi terang. 23 Tetapi jika matamu jahat,*+ seluruh tubuhmu akan menjadi gelap. Jika cahaya dalam dirimu itu sebenarnya ialah kegelapan, alangkah pekatnya kegelapan itu!
24 “Tiada seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan; dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang seorang lagi,+ atau dia akan setia kepada yang seorang tetapi menghina yang seorang lagi. Kamu tidak dapat menjadi hamba Tuhan dan hamba Kekayaan pada masa yang sama.+
25 “Oleh itu, aku berkata kepada kamu: Jangan khuatir+ lagi tentang hidupmu, iaitu tentang apa yang akan kamu makan dan minum. Jangan khuatir lagi tentang tubuhmu, iaitu tentang apa yang akan kamu pakai.+ Bukankah nyawa lebih berharga daripada makanan dan tubuh lebih berharga daripada pakaian?+ 26 Perhatikanlah burung di langit+ yang tidak menyemai benih, menuai, atau mengumpulkan hasil ke dalam jelapang. Namun Bapa kamu yang di syurga masih memberi burung makanan. Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung-burung? 27 Siapakah antara kamu yang dapat memanjangkan hayat walaupun sedikit* dengan berasa khuatir?+ 28 Mengapakah kamu khuatir tentang pakaian? Perhatikanlah dengan cermat bagaimana bunga-bunga tumbuh di padang. Bunga-bunga itu tidak bekerja atau menenun pakaian. 29 Tetapi aku berkata kepada kamu bahawa Raja Salomo+ dengan segala kemuliaannya pun tidak berpakaian seindah salah satu daripada bunga-bunga itu. 30 Mengapakah iman kamu begitu lemah? Jika tumbuh-tumbuhan di padang yang ada hari ini lalu esoknya dibuang ke dalam api pun diberi pakaian yang indah oleh Tuhan, apatah lagi dengan kamu! Sudah pasti Dia akan memberi kamu pakaian yang diperlukan. 31 Jadi janganlah khuatir+ dan berkata, ‘Apa yang akan kami makan?’ atau, ‘Apa yang akan kami minum?’ atau, ‘Apa yang akan kami pakai?’+ 32 Semua perkara ini asyik dikejar oleh bangsa-bangsa lain. Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua perkara ini.
33 “Maka, hendaklah kamu sentiasa mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya, dan semua perkara itu akan diberikan kepada kamu.+ 34 Oleh itu, janganlah khuatir tentang hari esok,+ kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.
7 “Jangan lagi menghakimi orang lain+ supaya kamu tidak dihakimi. 2 Hal ini demikian kerana kamu akan dihakimi sebagaimana kamu menghakimi orang.+ Sukatan yang kamu gunakan untuk orang, juga akan digunakan untuk kamu.+ 3 Jika begitu, mengapakah kamu melihat jerami di dalam mata saudaramu tetapi tidak melihat kayu balak di dalam matamu sendiri?+ 4 Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudara kamu, ‘Biarlah aku mengeluarkan jerami dari matamu,’ sedangkan ada kayu balak di dalam matamu sendiri? 5 Hai orang yang bermuka dua, keluarkanlah dahulu kayu balak dari matamu sendiri, kemudian barulah kamu dapat melihat dengan jelas bagaimana untuk mengeluarkan jerami dari mata saudaramu.
6 “Jangan berikan apa yang suci kepada anjing dan jangan berikan mutiara kamu kepada babi,+ kerana babi hanya akan memijak-mijak mutiara itu lalu menyerang kamu.
7 “Teruslah meminta, dan kamu akan menerimanya;+ teruslah mencari, dan kamu akan menemukannya; teruslah mengetuk, dan pintu akan dibuka bagimu.+ 8 Hal ini demikian kerana setiap orang yang terus meminta akan menerima,+ setiap orang yang terus mencari akan menemukan, dan pintu pasti akan dibuka bagi setiap orang yang terus mengetuk. 9 Sesungguhnya, siapakah antara kamu yang akan memberikan batu kepada anaknya apabila anaknya meminta roti? 10 Atau siapakah yang akan memberikan ular kepada anaknya apabila anaknya meminta ikan? 11 Oleh itu, jika kamu yang jahat pun tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anakmu, apatah lagi Bapa kamu yang di syurga! Sudah pasti Dia akan memberikan apa yang baik+ kepada mereka yang meminta daripada-Nya.+
12 “Maka, semua hal yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, kamu juga mesti melakukannya untuk mereka.+ Sebenarnya, inilah yang dimaksudkan dalam Hukum dan Ajaran Para Nabi.+
13 “Masuklah melalui pintu yang sempit,+ kerana pintu yang lebar dan jalan yang luas menuju kebinasaan. Ramai orang melalui jalan itu. 14 Tetapi pintu yang sempit dan jalan yang susah menuju kehidupan. Hanya sedikit orang menjumpai jalan itu.+
15 “Berwaspadalah terhadap nabi-nabi palsu+ yang datang bertopengkan biri-biri,+ tetapi sebenarnya mereka ialah serigala yang buas.+ 16 Kamu akan mengenal mereka melalui perbuatan* mereka. Tumbuhan berduri tidak akan menghasilkan buah anggur atau buah ara, bukan?+ 17 Demikian juga, setiap pokok yang baik akan menghasilkan buah yang baik, tetapi setiap pokok yang buruk akan menghasilkan buah yang buruk.+ 18 Pokok yang baik tidak dapat menghasilkan buah yang buruk, dan pokok yang buruk tidak dapat menghasilkan buah yang baik.+ 19 Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.+ 20 Demikianlah kamu akan mengenal mereka melalui perbuatan mereka.+
21 “Bukan semua orang yang berkata kepadaku, ‘Tuan, Tuan,’ akan masuk dalam Kerajaan di syurga. Hanya mereka yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga akan memasukinya.+ 22 Pada hari itu, ramai orang akan berkata kepadaku, ‘Tuan, Tuan,+ bukankah kami bernubuat atas namamu, mengusir roh-roh jahat atas namamu, dan melakukan banyak mukjizat atas namamu?’+ 23 Tetapi aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai orang yang melanggar hukum!’+
24 “Oleh itu, setiap orang yang mendengar kata-kataku dan melakukannya akan menjadi seperti orang bijaksana yang membina rumahnya di atas batu.+ 25 Hujan lebat turun, banjir melanda, dan angin kencang menimpa rumah itu, tetapi rumah itu tidak roboh kerana dibina di atas batu. 26 Namun, setiap orang yang mendengar kata-kataku tetapi tidak melakukannya akan menjadi seperti orang bodoh yang membina rumahnya di atas pasir.+ 27 Hujan lebat turun, banjir melanda, dan angin kencang menimpa rumah itu,+ lalu rumah itu roboh. Alangkah dahsyatnya kerosakan rumah itu!”
28 Setelah Yesus mengatakan perkara-perkara ini, orang ramai sangat kagum dengan cara dia mengajar.+ 29 Hal ini demikian kerana dia mengajar mereka sebagai seorang yang berwibawa+ dan bukan seperti jurutulis hukum mereka.
8 Setelah Yesus turun dari gunung, banyak orang mengikutnya. 2 Kemudian, seorang pesakit kusta datang lalu sujud kepadanya. Dia merayu, “Tuan, jika Tuan rela, Tuan dapat menyembuhkan aku.”+ 3 Yesus menghulurkan tangannya lalu menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!”+ Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang.+ 4 Selepas itu, Yesus berkata kepadanya, “Jangan beritahu orang lain tentang hal ini.+ Pergilah berjumpa dengan imam.+ Kemudian, persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”
5 Semasa Yesus tiba di Kapernaum, seorang pegawai tentera datang dan merayu kepadanya.+ 6 Pegawai itu berkata, “Tuan, hambaku sangat menderita. Dia terlantar di rumah dan tidak dapat bergerak.” 7 Yesus berkata kepadanya, “Apabila aku tiba di sana, aku akan menyembuhkannya.” 8 Tetapi pegawai tentera itu menjawab, “Tuan, aku tidak layak menyambut Tuan ke dalam rumahku. Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh. 9 Aku pun menurut perintah orang lain dan aku juga mempunyai askar-askar yang menurut perintahku. Semasa aku menyuruh seorang askar, ‘Pergilah!’ dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, ‘Datanglah!’ dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, ‘Buatlah ini!’ dia pun melakukannya.” 10 Yesus kagum semasa mendengar kata-katanya lalu memberitahu orang yang mengikutnya, “Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Aku belum pernah menjumpai sesiapa pun di Israel yang mempunyai iman sebesar iman orang ini.+ 11 Namun aku memberitahu kamu bahawa ramai orang dari timur dan barat akan datang lalu duduk dan makan bersama-sama Abraham, Ishak, dan Yakub dalam Kerajaan di syurga.+ 12 Sebaliknya, anak-anak Kerajaan Tuhan akan dibuang ke dalam kegelapan di luar. Di sana mereka akan menangis dan menggertakkan gigi.”+ 13 Selepas itu, Yesus berkata kepada pegawai tentera itu, “Pulanglah. Apa yang kamu percaya akan berlaku.”+ Pada saat itu juga, hamba kepada pegawai tersebut sembuh.+
14 Semasa Yesus masuk ke dalam rumah Petrus, dia nampak ibu mentua Petrus+ berbaring di tempat tidur kerana demam.+ 15 Dia menyentuh tangannya+ dan demamnya pun hilang. Kemudian ibu mentua Petrus bangun lalu mula melayaninya. 16 Apabila hari sudah petang, orang ramai membawa banyak orang yang dirasuk roh-roh jahat kepadanya. Yesus mengusir roh-roh jahat itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua orang sakit. 17 Dia berbuat demikian supaya nubuat Nabi Yesaya yang berikut menjadi kenyataan: “Dia menyembuhkan penyakit kita dan menanggung penderitaan kita.”+
18 Apabila Yesus nampak orang ramai di sekelilingnya, dia menyuruh pengikut-pengikutnya untuk pergi ke seberang tasik.+ 19 Seorang jurutulis hukum datang dan berkata kepadanya, “Guru, aku akan mengikut Guru ke mana sahaja Guru pergi.”+ 20 Yesus berkata kepadanya, “Rubah* mempunyai lubang dan burung di langit mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat tidur sendiri.”+ 21 Kemudian, seorang pengikut yang lain berkata, “Tuan, izinkanlah aku pergi mengebumikan bapaku terlebih dahulu.”+ 22 Yesus berkata kepadanya, “Teruslah mengikut aku, dan biarlah orang mati mengebumikan orang mati.”+
23 Kemudian, Yesus dan murid-muridnya menaiki sebuah perahu.+ 24 Tiba-tiba, ribut kencang bertiup di tasik dan perahu mereka dipukul ombak sehingga hampir tenggelam. Tetapi Yesus masih tidur.+ 25 Oleh itu, mereka mengejutkannya daripada tidur dan berkata, “Tuan, selamatkanlah kami! Kami hampir mati!” 26 Tetapi dia berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu begitu takut? Alangkah lemahnya iman kamu!”+ Yesus pun bangun lalu menegur angin dan tasik. Dalam sekelip mata, keadaan tasik menjadi tenang sekali.+ 27 Para pengikut Yesus hairan lalu berkata, “Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun mematuhinya.”
28 Apabila dia tiba di seberang tasik di kawasan Gadara, dua orang lelaki yang dirasuk roh-roh jahat datang dari kuburan* dan berjalan ke arahnya.+ Mereka begitu ganas sehingga tiada sesiapa pun yang berani lalu di jalan itu. 29 Mereka berteriak, “Hai Anak Tuhan, apa kena-mengena kami dengan kamu?+ Adakah kamu datang untuk menyeksa kami+ sebelum waktu yang ditetapkan?”+ 30 Jauh dari situ, ada banyak babi yang sedang makan.+ 31 Roh-roh jahat itu merayu kepada Yesus, “Jika kamu hendak mengusir kami, izinkanlah kami masuk ke dalam babi-babi itu.”+ 32 “Pergilah!” kata Yesus kepada mereka lalu mereka keluar dan masuk ke dalam babi-babi itu. Kemudian, semua babi itu meluru ke arah tebing curam lalu terjun dan mati di dalam tasik. 33 Tetapi orang yang menjaga kawanan babi tersebut melarikan diri ke kota lalu memberitahu semua orang apa yang berlaku, termasuk apa yang terjadi kepada dua orang lelaki yang dirasuk itu. 34 Semua orang di kota keluar untuk mencari Yesus. Selepas mereka menjumpainya, mereka mendesaknya untuk meninggalkan kawasan mereka.+
9 Oleh itu, dia menaiki sebuah perahu dan menyeberangi tasik, lalu tiba di kota yang didiaminya.+ 2 Di situ, beberapa orang mengusung seorang lelaki yang lumpuh kepadanya. Semasa Yesus melihat iman mereka, dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Teguhkanlah hatimu, hai anakku. Dosamu sudah diampunkan.”+ 3 Beberapa orang jurutulis hukum di situ berkata sesama sendiri, “Orang ini menghina Tuhan.” 4 Yesus tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka.+ Maka dia berkata, “Mengapakah kamu memikirkan hal-hal yang jahat? 5 Manakah yang lebih mudah untuk dikatakan: ‘Dosamu sudah diampunkan,’ atau, ‘Bangunlah dan berjalanlah’?+ 6 Namun, untuk membuktikan kepada kamu bahawa Anak Manusia mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa di bumi—” dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Bangunlah! Angkatlah usunganmu dan pulanglah.”+ 7 Lelaki itu pun bangun dan pulang ke rumahnya. 8 Semasa menyaksikan hal ini, orang ramai berasa sangat kagum. Mereka memuliakan Tuhan kerana memberikan kuasa sedemikian kepada manusia.
9 Kemudian, Yesus beredar dari situ. Dalam perjalanannya, dia nampak seorang lelaki bernama Matius yang sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, “Jadilah pengikutku.” Maka Matius pun berdiri lalu mengikutnya.+ 10 Semasa Yesus makan* di rumah Matius, ramai pemungut cukai dan pendosa datang lalu makan bersama Yesus dan murid-muridnya.+ 11 Orang Farisi melihat hal ini dan bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapakah guru kamu makan bersama pemungut cukai dan pendosa?”+ 12 Yesus mendengar pertanyaan mereka lalu menjawab, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.+ 13 Pergilah dan belajarlah maksud kata-kata ini: ‘Aku mahukan belas kasihan, bukannya korban.’+ Aku datang untuk memanggil pendosa, bukannya orang yang alim.”
14 Kemudian murid-murid Yohanes datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa, tetapi murid-muridmu tidak berpuasa?”+ 15 Yesus menjawab, “Semasa pengantin lelaki+ masih bersama sahabat-sahabatnya, adakah mereka berdukacita? Tentu tidak! Tetapi masanya akan tiba apabila pengantin lelaki diambil daripada mereka.+ Pada waktu itulah mereka akan berpuasa. 16 Tiada orang yang mengambil kain baharu untuk menampal pakaian yang lama, kerana kain baharu itu akan mengecut dan mengakibatkan koyakan yang lebih besar.+ 17 Demikian juga, orang tidak akan menyimpan wain baharu dalam kirbat lama. Jika dia berbuat demikian, kirbat akan pecah, wain akan tumpah, dan kirbat itu pun rosak. Sebaliknya orang selalu menyimpan wain baharu dalam kirbat baharu, supaya kedua-duanya terpelihara.”
18 Sewaktu dia bercakap kepada mereka, seorang ketua rumah ibadat datang lalu sujud kepadanya sambil berkata, “Pada saat ini, anak perempuanku mungkin sudah mati. Tetapi datanglah dan letakkanlah tangan Guru ke atasnya supaya dia hidup semula.”+
19 Jadi Yesus bangun dan pergi bersamanya. Murid-murid Yesus juga ikut serta. 20 Seorang wanita yang menderita masalah pendarahan+ selama 12 tahun menghampiri Yesus dari belakang dan menyentuh hujung jubah luarnya.+ 21 Wanita itu asyik berkata dalam hatinya, “Jika aku menyentuh jubah luarnya, aku pasti sembuh.” 22 Yesus berpaling dan memandang dia lalu berkata, “Teguhkanlah hatimu, hai anakku! Kamu sembuh kerana kamu beriman.”+ Pada waktu itu juga, wanita itu sembuh.+
23 Apabila Yesus masuk ke dalam rumah ketua itu, dia melihat para pemain seruling dan mendengar orang ramai meraung kesedihan.+ 24 Yesus berkata, “Keluarlah kamu semua. Gadis kecil ini tidak mati, dia hanya tidur.”+ Mereka pun mentertawakannya. 25 Sebaik sahaja mereka keluar, dia masuk ke tempat gadis kecil itu berada. Kemudian, dia memegang tangan gadis kecil itu,+ dan gadis itu pun bangkit.+ 26 Sudah pasti, berita tentang hal ini telah tersebar ke seluruh kawasan itu.
27 Kemudian Yesus beredar dari situ. Dalam perjalanan, dua orang buta+ mula mengikutnya. Mereka berseru, “Kasihanilah kami, hai Anak Daud.” 28 Setelah dia masuk ke dalam sebuah rumah, dua orang buta itu datang kepadanya. Yesus bertanya, “Adakah kamu percaya bahawa aku dapat menyembuhkan kamu?”+ Mereka menjawab, “Ya, Tuan.” 29 Lalu dia menyentuh mata mereka+ dan berkata, “Biarlah apa yang kamu percaya berlaku.” 30 Penglihatan mereka pun dipulihkan. Yesus mengingatkan mereka dengan tegas, “Jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini.”+ 31 Tetapi selepas mereka keluar dari rumah itu, mereka mengheboh-hebohkan berita tentangnya di seluruh kawasan itu.
32 Sementara dua orang itu beredar, seorang lelaki yang bisu kerana dirasuk roh jahat dibawa kepada Yesus.+ 33 Selepas roh jahat itu diusir, lelaki yang bisu itu mula bercakap.+ Orang ramai berasa takjub dan berkata, “Kami belum pernah menyaksikan hal sebegini di Israel.”+ 34 Tetapi orang Farisi berkata, “Dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada ketua roh-roh jahat.”+
35 Yesus menjelajah ke semua kota dan pekan. Dia mengajar di rumah ibadat dan menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. Dia juga menyembuhkan semua penyakit dan masalah kesihatan.+ 36 Apabila dia melihat orang ramai, dia berasa kasihan terhadap mereka+ kerana mereka ditindas dan diabaikan seperti biri-biri tanpa gembala.+ 37 Dia berkata kepada murid-muridnya, “Tuaian memang banyak, tetapi pekerja hanya sedikit.+ 38 Jadi, rayulah Pemilik tuaian supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian.”+
10 Dia memanggil 12 orang muridnya dan memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat,+ supaya mereka dapat mengusir roh jahat dan menyembuhkan semua jenis penyakit dan masalah kesihatan.
2 Inilah nama 12 orang rasulnya:+ Simon (yang juga dipanggil Petrus)+ dan Andreas;+ Yakobus dan saudara kandungnya Yohanes,+ iaitu anak-anak Zebedeus; 3 Filipus dan Bartolomeus;+ Tomas+ dan Matius,+ si pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus; dan Tadius; 4 Simon yang bersemangat; dan Yudas Iskariot, yang kemudiannya mengkhianati Yesus.+
5 Yesus mengutus 12 orang rasul ini dan memberi mereka arahan berikut:+ “Janganlah pergi kepada bangsa-bangsa lain atau ke kota orang Samaria.+ 6 Tetapi pergilah kepada orang Israel sahaja yang bagaikan biri-biri yang sesat.+ 7 Seraya kamu pergi, sebarkanlah berita ini: ‘Kerajaan di syurga sudah dekat.’+ 8 Sembuhkanlah orang yang sakit,+ bangkitkanlah orang mati, sembuhkanlah pesakit kusta, dan usirlah roh-roh jahat. Kamu menerima secara percuma, jadi berilah dengan percuma. 9 Janganlah bawa emas, perak, atau tembaga, di dalam beg duit kamu.+ 10 Janganlah bawa beg makanan untuk perjalanan kamu kerana seorang pekerja layak menerima makanan.+ Tambahan lagi, janganlah bawa dua helai baju,* sepasang kasut, atau sebatang tongkat.+
11 “Semasa kamu pergi ke mana-mana kota atau pekan, carilah orang yang layak. Tinggallah di rumahnya sehingga kamu bertolak.+ 12 Semasa kamu memasuki rumah orang, berikanlah salam kepada orang yang ada di dalam rumah itu. 13 Jika mereka layak, mereka akan diberkati.*+ Jika tidak, biarlah berkatmu kembali kepada kamu. 14 Jika ada sesiapa yang tidak menerima kamu atau tidak mahu mendengar kata-kata kamu, kebaskanlah debu daripada kaki kamu+ semasa kamu meninggalkan rumah atau kota itu. 15 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Pada Hari Penghakiman, Sodom dan Gomora+ akan menerima hukuman yang lebih ringan daripada kota itu.
16 “Lihatlah! Aku mengutus kamu seperti mengutus biri-biri ke tengah-tengah kawanan serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.+ 17 Berwaspadalah kerana orang akan membawa kamu ke mahkamah,+ dan kamu akan dicambuk+ di rumah ibadat.+ 18 Kamu akan dihadapkan kepada gabenor dan raja+ kerana aku. Maka kamu akan berpeluang untuk memberikan kesaksian kepada mereka dan bangsa-bangsa lain.+ 19 Namun demikian, semasa kamu diserahkan kepada mereka, janganlah khuatir tentang apa yang hendak kamu katakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya. Pada masa itu, kamu akan tahu apa yang harus kamu katakan,+ 20 kerana yang berkata-kata itu bukan kamu, tetapi kuasa suci Bapa kamu yang berucap melalui kamu.+ 21 Seseorang akan menyerahkan saudara kandungnya untuk dibunuh, seorang bapa akan menyerahkan anaknya untuk dibunuh, dan seorang anak akan melawan ibu bapanya lalu menyerahkan mereka untuk dibunuh.+ 22 Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana namaku.+ Tetapi orang yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.+ 23 Apabila mereka menganiaya kamu di sebuah kota, larilah ke kota yang lain.+ Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Anak Manusia akan tiba sebelum kamu selesai mengunjungi semua kota dan pekan di Israel.
24 “Tidak ada murid yang lebih besar daripada gurunya, dan tidak ada hamba yang lebih besar daripada tuannya.+ 25 Cukuplah jika seorang murid menjadi seperti gurunya, dan seorang hamba menjadi seperti tuannya.+ Jika tuan rumah diberi nama Beelzebub,*+ sudah tentu anggota rumah tangganya akan diberi nama yang sama. 26 Oleh itu janganlah takut akan mereka. Apa sahaja yang tertutup akan menjadi nyata, dan apa sahaja yang dirahsiakan akan diketahui.+ 27 Apa yang aku katakan kepada kamu secara rahsia, hendaklah kamu ulangi di hadapan orang ramai. Apa yang aku bisikkan kepada kamu, hendaklah kamu umumkan dari bumbung rumah.*+ 28 Janganlah takut akan mereka yang dapat membunuh tubuh tetapi tidak dapat memusnahkan nyawa.*+ Sebaliknya takutlah akan Tuhan yang dapat memusnahkan baik nyawa mahupun tubuh dalam Gehena.*+ 29 Bukankah dua ekor burung pipit dijual dengan mata wang yang kecil nilainya?* Meskipun demikian, tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa diketahui oleh Bapa kamu.+ 30 Sebenarnya, bahkan rambut di kepala kamu sudah dihitung. 31 Oleh itu, janganlah takut. Kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit.+
32 “Maka, sesiapa yang mengaku dirinya sebagai muridku di hadapan umum,+ aku pun akan mengakui orang itu sebagai muridku di hadapan Bapaku yang di syurga.+ 33 Tetapi sesiapa yang menyangkal aku di hadapan umum, aku pun akan menyangkal dia di hadapan Bapaku yang di syurga.+ 34 Jangan berfikir bahawa aku datang ke bumi untuk membawa kedamaian. Aku datang bukannya untuk membawa kedamaian, tetapi untuk membawa perpecahan.*+ 35 Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa, anak perempuan melawan ibu, dan menantu melawan ibu mentua.+ 36 Sememangnya, musuh seseorang ialah anggota rumah tangganya sendiri. 37 Sesiapa yang lebih mengasihi ibu bapanya daripada aku, tidak layak menjadi muridku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada aku, tidak layak menjadi muridku.+ 38 Sesiapa yang tidak mahu memikul tiang seksaannya* dan mengikut aku, tidak layak menjadi muridku.+ 39 Sesiapa yang ingin menyelamatkan nyawanya akan kehilangan nyawanya, tetapi sesiapa yang kehilangan nyawanya demi aku akan menyelamatkan nyawanya.+
40 “Sesiapa yang menyambut kamu juga menyambut aku; sesiapa yang menyambut aku juga menyambut Dia yang mengutus aku.+ 41 Sesiapa yang menyambut seorang nabi kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi.+ Sesiapa yang menyambut seorang yang baik kerana orang itu baik, akan menerima ganjaran seorang yang baik. 42 Sesiapa yang memberikan secawan air sejuk kepada salah seorang daripada muridku* kerana dia ialah muridku, sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Dia tidak akan kehilangan ganjarannya.”+
11 Selepas Yesus memberi 12 orang muridnya arahan-arahan itu, dia pun bertolak dari situ untuk mengajar dan menyebarkan berita baik di kota-kota lain.+
2 Semasa Yohanes dipenjarakan,+ dia mendengar tentang hal-hal yang dilakukan oleh Kristus. Maka dia mengutus murid-muridnya+ 3 untuk bertanya kepada Yesus, “Adakah Guru merupakan Dia yang Akan Datang, atau adakah kami harus menantikan seorang yang lain?”+ 4 Yesus menjawab, “Pergilah kepada Yohanes dan laporkanlah apa yang kamu dengar dan lihat:+ 5 Orang buta dapat melihat,+ orang tempang dapat berjalan, pesakit kusta+ disembuhkan, orang tuli dapat mendengar, orang mati dibangkitkan, dan berita baik sedang dikhabarkan kepada orang miskin.+ 6 Berbahagialah orang yang percaya kepadaku tanpa ragu-ragu.”*+
7 Selepas mereka beredar, Yesus bertanya kepada orang ramai tentang Yohanes, “Semasa kamu ke padang belantara, apakah yang mahu kamu lihat?+ Rumput yang ditiup angin?+ 8 Jika tidak, apakah yang mahu kamu lihat? Seseorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian mewah berada di istana. 9 Sebenarnya, apakah tujuan kamu keluar? Untuk melihat seorang nabi? Ya, sesungguhnya Yohanes jauh lebih besar daripada seorang nabi.+ 10 Mengenai dia, ada tertulis, ‘Lihatlah! Aku akan menghantar utusan-Ku di hadapanmu. Dia akan membuka jalan bagimu!’+ 11 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Antara orang yang dilahirkan, tiada yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Namun, orang yang berkedudukan rendah dalam Kerajaan di syurga lebih besar daripadanya.+ 12 Tetapi sejak zaman Yohanes Pembaptis hingga sekarang, Kerajaan di syurga ialah matlamat yang asyik dikejar orang. Mereka yang berusaha dengan gigih akan meraihnya.+ 13 Segenap Hukum dan Ajaran Para Nabi mengandungi nubuat sehingga zaman Yohanes.+ 14 Sama ada kamu menerimanya atau tidak, dialah ‘Elia yang akan datang.’+ 15 Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.
16 “Dengan siapakah dapat aku bandingkan generasi ini?+ Generasi ini seperti kanak-kanak yang duduk di tempat awam* sambil berseru kepada satu sama lain, 17 ‘Kami meniup seruling untuk kamu, tetapi kamu tidak menari; kami meratap, tetapi kamu tidak memukul dada dengan sedih.’ 18 Begitu juga, semasa Yohanes datang, dia tidak makan ataupun minum wain. Namun orang berkata, ‘Dia kena rasuk roh jahat.’ 19 Semasa Anak Manusia datang, dia makan dan minum wain.+ Tetapi orang masih berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia gelojoh, pemabuk, dan bersahabat dengan pemungut cukai dan pendosa.’+ Meskipun demikian, kebijaksanaan dibuktikan benar oleh perbuatan.”+
20 Kemudian dia mula mengecam penduduk di sesetengah kota. Walaupun kebanyakan mukjizatnya yang paling hebat dilakukan di kota-kota itu, penduduknya tidak bertaubat. 21 Dia berkata, “Malanglah kamu Korazin! Malanglah kamu Betsaida! Jika mukjizat yang dilakukan di tempat kamu dilakukan di Tirus dan Sidon, awal-awal lagi penduduknya sudah bertaubat lalu memakai kain guni dan duduk di atas abu.*+ 22 Tetapi aku berkata kepada kamu: Pada Hari Penghakiman, kamu akan menanggung hukuman yang lebih berat daripada Tirus dan Sidon.+ 23 Hai Kapernaum,+ adakah kamu akan ditinggikan sampai ke langit? Tidak! Kamu akan dibuang ke Kuburan.*+ Jika mukjizat yang berlaku di tempat kamu berlaku di Sodom, kota itu akan tetap wujud sampai hari ini. 24 Tetapi aku berkata kepada kamu: Pada Hari Penghakiman, kamu akan menanggung hukuman yang lebih berat daripada tanah Sodom.”+
25 Pada masa itu Yesus berkata, “Aku memuji-Mu di hadapan umum, ya Bapa, Pemerintah langit dan bumi, kerana Engkau menyembunyikan hal-hal ini daripada orang yang bijak pandai dan menyingkapkannya kepada anak-anak muda.+ 26 Ya Bapa, hal ini selaras dengan kehendak-Mu. 27 Bapaku telah menyerahkan segala-galanya kepada aku.+ Tiada orang yang mengenal Anak dengan sepenuhnya kecuali Bapa,+ dan tiada orang yang mengenal Bapa dengan sepenuhnya kecuali Anak. Orang hanya dapat mengenal Bapa dengan sepenuhnya jika Anak rela mengajar mereka tentang Bapa.+ 28 Marilah kepadaku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat, dan aku akan menyegarkan kamu. 29 Pikullah kuk* aku dan belajarlah daripadaku, kerana aku lemah lembut dan rendah hati,+ maka jiwamu akan pulih segar. 30 Kuk aku senang dipikul, dan pikulan yang aku berikan pun ringan.”
12 Pada masa itu, Yesus lalu di ladang gandum pada hari Sabat. Murid-muridnya berasa lapar, maka mereka mula memetik bulir gandum lalu memakannya.+ 2 Orang Farisi yang nampak hal itu berkata kepadanya, “Lihatlah! Murid-muridmu sudah melakukan apa yang dilarang pada hari Sabat.”+ 3 Dia berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud semasa dia dan anak-anak buahnya lapar?+ 4 Tidakkah dia memasuki rumah Tuhan?* Dan tidakkah mereka memakan roti yang sudah dipersembahkan+ kepada Tuhan? Mereka sebenarnya tidak berhak memakannya. Hanya para imam yang berhak memakannya.+ 5 Atau belum pernahkah kamu membaca dalam Hukum bahawa imam yang bekerja di Rumah Tuhan pada hari Sabat tidak dianggap bersalah?+ 6 Aku memberitahu kamu bahawa orang yang lebih penting daripada Rumah Tuhan ada di sini.+ 7 Namun, jika kamu memahami maksud ayat ini, ‘Aku mahukan belas kasihan,+ bukannya korban,’+ kamu tidak akan menyalahkan orang yang tidak bersalah, 8 kerana Anak Manusia ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.”+
9 Selepas bertolak dari sana, dia memasuki sebuah rumah ibadat. 10 Di situ ada seorang lelaki yang sebelah tangannya lumpuh.+ Jadi beberapa orang bertanya kepada Yesus, “Salahkah untuk menyembuhkan orang pada hari Sabat?” Sebenarnya, mereka sedang mencari alasan untuk menuduh Yesus.+ 11 Yesus menjawab, “Andai kata kamu mempunyai seekor biri-biri, tetapi biri-biri itu jatuh ke dalam sebuah lubang pada hari Sabat, tidakkah kamu akan menarik biri-biri tersebut keluar daripada lubang itu?+ 12 Sudah tentu manusia jauh lebih berharga daripada biri-biri! Jadi berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum.” 13 Kemudian Yesus berkata kepada lelaki yang sebelah tangannya lumpuh itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Dia menghulurkan tangannya dan tangannya pun sembuh. 14 Tetapi orang Farisi keluar dari situ dan mula berpakat untuk membunuh Yesus. 15 Setelah Yesus mengetahui hal itu, dia meninggalkan tempat tersebut. Ramai orang mengikutnya,+ dan dia menyembuhkan semua orang yang sakit. 16 Tetapi dia memberikan amaran tegas kepada mereka supaya tidak memberitahu orang lain tentangnya.+ 17 Hal ini adalah supaya apa yang difirmankan melalui Nabi Yesaya menjadi kenyataan. Dia berkata,
18 “Lihatlah hamba pilihan-Ku!+ Aku mengasihinya dan berkenan kepadanya!+ Aku akan mengurniakan kuasa suci-Ku kepadanya,+ dan dia akan menyingkapkan erti keadilan kepada bangsa-bangsa. 19 Dia tidak akan bertengkar+ atau berteriak. Suaranya tidak akan kedengaran di jalan-jalan utama. 20 Rumput yang layu tidak akan diinjak-injaknya, dan sumbu pelita yang sudah malap tidak akan dipadamkannya+ sehingga dia berjaya menegakkan keadilan. 21 Sememangnya, namanya akan menjadi tonggak harapan bagi bangsa-bangsa.”+
22 Kemudian, mereka membawa kepadanya seorang lelaki yang buta dan bisu kerana dirasuk roh jahat. Yesus menyembuhkan lelaki bisu itu lalu dia dapat bercakap dan melihat. 23 Orang ramai sangat kagum dan mula berkata, “Mungkinkah dia ini Anak Daud?” 24 Selepas mendengar hal ini, orang Farisi berkata, “Orang ini dapat mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada Beelzebub,* iaitu ketua roh-roh jahat.”+ 25 Yesus mengetahui apa yang difikirkan oleh mereka, maka dia berkata, “Setiap kerajaan yang berpecah belah dan saling bermusuhan akan musnah. Setiap kota atau keluarga yang berpecah belah dan saling bermusuhan tidak akan tahan lama. 26 Begitu juga, jika Syaitan mengusir Syaitan, dia sedang melawan dirinya sendiri. Jadi bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? 27 Tambahan lagi, jika aku mengusir roh jahat dengan kuasa daripada Beelzebub, murid-muridmu pula mengusir roh jahat dengan kuasa daripada siapa? Itulah sebabnya murid-muridmu akan membuktikan bahawa kamu bersalah. 28 Tetapi jika kuasa suci Tuhanlah yang membolehkan aku mengusir roh-roh jahat, hal ini bermaksud Kerajaan Tuhan sudah ada di sini namun kamu tidak menyedarinya.+ 29 Jika seseorang ingin masuk ke dalam rumah seorang lelaki yang kuat untuk merampas barang-barangnya, dia perlu mengikat orang kuat itu terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia dapat merampas barang-barang di dalam rumahnya. 30 Sesiapa yang tidak berpihak kepada aku melawan aku, dan sesiapa yang tidak mengumpulkan orang bersama aku, orang itu akan menyebabkan orang lain tercerai-berai ke merata tempat.+
31 “Oleh itu, aku berkata kepada kamu: Semua jenis dosa akan diampunkan. Walaupun orang menghina apa yang suci, mereka juga akan diampuni. Tetapi sesiapa yang menghina kuasa suci Tuhan tidak akan diampuni.+ 32 Sebagai contoh, sesiapa yang menghina Anak Manusia akan diampuni.+ Tetapi sesiapa yang menghina kuasa suci Tuhan tidak akan diampuni. Ketahuilah, dia tidak akan diampuni, baik pada sistem dunia ini* mahupun pada sistem dunia yang akan datang.+
33 “Jika pokok kamu baik, buah yang dihasilkan juga baik. Tetapi jika pokok kamu tidak baik, buah yang dihasilkan juga tidak baik. Baik tidaknya sepohon pokok dapat diketahui daripada buahnya.+ 34 Hai keturunan ular berbisa,+ bagaimanakah kamu dapat menuturkan hal-hal yang baik sedangkan kamu jahat? Apa yang melimpah dalam hati, itulah yang akan diucapkan oleh mulut.+ 35 Orang yang baik menyimpan apa yang baik dalam hati. Oleh itu mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Orang yang jahat menyimpan apa yang jahat dalam hati. Oleh itu mereka mengucapkan kata-kata yang jahat.+ 36 Aku memberitahu kamu bahawa pada Hari Penghakiman, manusia akan dipertanggungjawabkan+ atas setiap perkataan sia-sia yang pernah dituturkan. 37 Jika kata-katamu baik, Tuhan akan menyatakan bahawa kamu sedang melakukan apa yang benar. Tetapi jika kata-katamu jahat, Tuhan akan menghakimi kamu.”
38 Selepas itu, beberapa orang jurutulis hukum dan orang Farisi berkata kepadanya, “Guru, berilah kami tanda yang menunjukkan bahawa Guru diutus oleh Tuhan.”+ 39 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Kamu merupakan generasi yang jahat dan tidak setia kepada Tuhan!* Kamu asyik meminta tanda. Tetapi tiada tanda yang akan diberikan kepada kamu kecuali tanda Nabi Yunus.+ 40 Sepertimana Yunus berada di dalam perut ikan yang besar selama tiga hari dan tiga malam,+ Anak Manusia juga akan berada di dalam perut bumi selama tiga hari dan tiga malam.+ 41 Pada masa penghakiman, penduduk Niniwe akan dibangkitkan bersama generasi ini. Penduduk Niniwe akan menunjukkan kesalahan generasi ini kerana mereka bertaubat selepas mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus.+ Tetapi lihatlah! Orang yang lebih besar daripada Yunus ada di sini.+ 42 Pada masa penghakiman, ratu dari selatan akan dibangkitkan bersama generasi ini. Ratu itu akan menunjukkan kesalahan generasi ini kerana dia datang dari hujung bumi untuk mendengar kata-kata Salomo yang bijaksana.+ Tetapi lihatlah! Orang yang lebih besar daripada Salomo ada di sini.+
43 “Semasa roh jahat keluar daripada seseorang, roh itu akan pergi ke tempat yang kering-kontang untuk mencari tempat rehat, tetapi tidak menemuinya.+ 44 Maka roh itu berkata, ‘Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.’ Roh itu pun balik dan mendapati rumah itu kosong, disapu bersih, dan dihias dengan cantik. 45 Roh itu kemudiannya pergi membawa tujuh roh lain yang lebih jahat daripadanya untuk memasuki orang itu dan tinggal di situ. Akhirnya, keadaan orang tersebut menjadi lebih buruk daripada keadaannya yang asal.+ Inilah yang akan berlaku kepada generasi yang jahat ini.”
46 Sementara Yesus bercakap kepada orang ramai itu, ibu dan adik-adik lelakinya+ sedang berdiri di luar. Mereka ingin bercakap dengannya.+ 47 Jadi, ada orang memberitahu dia, “Lihatlah! Ibu dan adik-adik Guru sedang berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Guru.” 48 Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Siapakah ibuku? Siapakah adik-adikku?” 49 Lalu Yesus menghulurkan tangannya ke arah murid-muridnya dan berkata, “Lihatlah! Ibuku dan adik-adikku!+ 50 Sesiapa yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga, dialah adik lelakiku, adik perempuanku, dan ibuku.”+
13 Pada hari itu, Yesus meninggalkan rumah dan pergi ke tasik. Semasa dia duduk di situ, 2 ramai orang datang kepadanya. Maka dia menaiki sebuah perahu dan duduk di dalamnya, sementara orang ramai berdiri di tepi tasik.+ 3 Dia mengajar mereka banyak hal dengan menggunakan perumpamaan.+ Dia berkata, “Seorang petani keluar untuk menabur benih.+ 4 Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu burung datang dan memakannya.+ 5 Ada benih yang jatuh di tempat berbatu dan segera bertunas kerana tanahnya sedikit.+ 6 Tetapi semasa matahari terbit, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana akarnya tidak dalam. 7 Benih lain jatuh di antara semak berduri. Semak berduri itu tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur dan mula berbuah. Ada yang hasilnya 100 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 30 kali ganda.+ 9 Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+
10 Oleh itu, murid-muridnya datang kepadanya dan bertanya, “Mengapakah Guru bercakap kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan?”+ 11 Dia menjawab, “Tuhan sudah mengizinkan kamu untuk memahami rahsia suci+ tentang Kerajaan di syurga, tetapi mereka tidak diizinkan. 12 Sesiapa yang memiliki pengertian akan diberi lebih banyak pengertian, supaya pengertiannya melimpah. Tetapi bagi sesiapa yang tidak berpengertian, bahkan sedikit pengertian yang dimilikinya pun akan diambil daripadanya.+ 13 Walaupun mereka melihat, mereka tidak dapat nampak, dan walaupun mereka mendengar, mereka tidak dapat faham. Itulah sebabnya aku menggunakan perumpamaan semasa bercakap kepada mereka.+ 14 Apa yang dinubuatkan oleh Yesaya telah berlaku kepada mereka. Nubuat itu berbunyi, ‘Kamu memang akan mendengar, tetapi tidak akan faham. Kamu memang akan melihat, tetapi tidak akan nampak.+ 15 Hati umat ini sudah menjadi tidak peka. Walaupun mereka mendengar, mereka pura-pura tidak mendengar. Mereka memejamkan mata agar tidak melihat dan menutup telinga agar tidak mendengar. Jadi hati mereka tidak mempunyai pengertian dan mereka tidak kembali kepada Aku untuk disembuhkan.’+
16 “Namun, berbahagialah kamu kerana matamu dapat melihat dan telingamu dapat mendengar.+ 17 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Banyak nabi dan orang yang melakukan apa yang benar di mata Tuhan ingin melihat apa yang sedang kamu lihat tetapi tidak dapat melihatnya.+ Mereka ingin mendengar apa yang sedang kamu dengar tetapi tidak dapat mendengarnya.
18 “Oleh itu, dengarlah maksud perumpamaan tentang petani itu.+ 19 Benih yang jatuh di jalan+ ialah orang yang mendengar perkhabaran tentang Kerajaan Tuhan tetapi tidak memahaminya, lalu benih yang ditanam dalam hatinya dirampas oleh Si Jahat.+ 20 Benih yang jatuh di tempat berbatu ialah orang yang mendengar perkhabaran itu dan segera menyambutnya dengan sukacita.+ 21 Tetapi perkhabaran itu tidak berakar dalam hatinya. Dia menerimanya untuk seketika, tetapi sebaik sahaja dia mengalami kesengsaraan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dia tersandung. 22 Benih yang jatuh di semak berduri ialah orang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kekhuatiran hidup sistem dunia ini*+ dan tipu daya kekayaan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah.+ 23 Benih yang jatuh di tanah yang subur pula ialah orang yang mendengar perkhabaran itu dan memahaminya, lalu benar-benar membuahkan hasil. Ada yang hasilnya 100 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 30 kali ganda.”+
24 Dia menceritakan satu lagi perumpamaan kepada mereka: “Kerajaan di syurga bagaikan seorang lelaki yang menabur benih yang baik di ladangnya. 25 Semasa semua orang tidur, musuhnya datang dan menabur benih lalang* di antara gandum lalu beredar. 26 Semasa daun dan bulir gandum muncul, lalang pun menjadi ketara. 27 Hamba-hamba kepada lelaki itu bertanya kepadanya, ‘Tidakkah tuan menabur benih yang baik di ladang? Dari manakah datangnya lalang-lalang ini?’ 28 Dia berkata kepada mereka, ‘Ini angkara musuh.’+ Hamba-hamba itu bertanya lagi, ‘Jadi, patutkah kami mencabut semua lalang itu?’ 29 ‘Tidak,’ jawabnya, ‘kerana semasa kamu mencabut lalang, mungkin gandum juga tercabut. 30 Biarlah kedua-duanya tumbuh bersama sehingga musim menuai. Pada musim menuai, aku akan memberitahu penuai: Kumpulkan lalang terlebih dahulu dan ikatlah lalang itu untuk dibakar. Selepas itu kumpulkan gandum ke dalam jelapang aku.’”+
31 Dia menceritakan satu lagi perumpamaan kepada mereka: “Kerajaan di syurga bagaikan biji sawi yang diambil oleh seseorang untuk ditanam di ladangnya.+ 32 Biji sawi sebenarnya benih yang terkecil, tetapi dapat bertumbuh menjadi sayuran terbesar lalu menjadi sebatang pokok. Burung-burung di langit pun datang dan mencari tempat tinggal di dahan-dahannya.”
33 Dia memberitahu mereka satu lagi perumpamaan: “Kerajaan di syurga bagaikan ragi yang diambil oleh seorang wanita untuk dicampurkan dengan tiga bekas* tepung sehingga seluruh adunan itu naik.”+
34 Yesus memberitahukan semua hal ini kepada orang ramai dengan menggunakan perumpamaan. Dia tidak akan bercakap kepada mereka tanpa menggunakan perumpamaan+ 35 supaya berlakulah apa yang dikatakan oleh seorang nabi: “Mulutku akan mengucapkan perumpamaan. Aku akan mengumumkan hal-hal yang tersembunyi sejak permulaan.”*+
36 Selepas menyuruh orang ramai bersurai, Yesus masuk ke dalam rumah. Murid-muridnya datang kepadanya dan berkata, “Jelaskanlah kepada kami maksud perumpamaan tentang lalang di ladang.” 37 Dia menjawab, “Orang yang menabur benih yang baik itu ialah Anak Manusia. 38 Ladang ialah dunia.+ Benih yang baik ialah anak-anak Kerajaan Tuhan, manakala lalang ialah anak-anak Si Jahat.+ 39 Musuh yang menanam lalang ialah Iblis. Musim menuai ialah penghujung sistem dunia ini,* dan penuai ialah para malaikat. 40 Sebagaimana lalang dikumpulkan lalu dibakar dengan api, hal yang sama akan terjadi semasa penghujung sistem dunia ini.*+ 41 Anak Manusia akan mengutus para malaikatnya untuk mengumpulkan mereka yang menyebabkan orang lain tersandung dan mereka yang mengamalkan perbuatan jahat. Semua orang ini akan dikeluarkan daripada Kerajaan Tuhan 42 dan dibuang ke dalam relau berapi.+ Di situ, mereka akan menangis dan menggertakkan gigi. 43 Pada masa itu, orang yang mendapat perkenan Tuhan akan bersinar terang seperti matahari+ dalam Kerajaan Bapa mereka. Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.
44 “Kerajaan di syurga bagaikan harta yang terpendam di ladang. Seorang lelaki menemuinya dan menyembunyikannya. Dengan sukacita, dia menjual segala yang dimilikinya dan membeli ladang itu.+
45 “Kerajaan di syurga juga seperti seorang saudagar yang menjelajah ke merata tempat untuk mencari mutiara yang bermutu. 46 Semasa dia menemui sebutir mutiara yang bermutu tinggi, dia segera pergi dan menjual segala yang dimilikinya untuk membeli mutiara itu.+
47 “Kerajaan di syurga juga seperti pukat yang dilabuhkan ke dalam laut lalu mendapat bermacam-macam ikan. 48 Apabila pukat itu penuh, nelayan menariknya ke pantai. Mereka duduk dan menyimpan ikan yang baik+ di dalam bekas, tetapi mereka membuang ikan yang tidak sesuai dimakan.+ 49 Itulah yang akan terjadi semasa penghujung sistem dunia.* Malaikat akan diutus untuk memisahkan orang jahat daripada orang baik. 50 Orang jahat akan dibuang ke dalam relau berapi. Di situ mereka akan menangis dan menggertakkan gigi.
51 “Adakah kamu faham semua ini?” tanya Yesus. “Ya,” jawab mereka. 52 Dia berkata kepada mereka, “Jika begitu, setiap guru yang sudah belajar tentang Kerajaan di syurga bagaikan tuan rumah yang mengeluarkan benda-benda yang baharu dan lama dari tempat penyimpanan hartanya.”
53 Selepas menceritakan perumpamaan-perumpamaan itu, Yesus pun beredar dari sana. 54 Dia datang ke kampung halamannya+ lalu mula mengajar orang di rumah ibadat. Orang ramai berasa sangat kagum dan berkata, “Dari manakah orang ini mendapat kebijaksanaan dan kuasa untuk melakukan mukjizat sebegini?+ 55 Bukankah dia anak tukang kayu?+ Bukankah ibunya bernama Maria? Bukankah adik-adik lelakinya bernama Yakobus, Yusuf, Simon, dan Yudas?+ 56 Bukankah adik-adik perempuannya juga ada bersama kita? Jadi, dari manakah orang ini mendapat segala kebolehannya?”+ 57 Oleh itu, mereka enggan percaya kepadanya.*+ Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana sahaja, kecuali di kampung halamannya dan dalam keluarganya sendiri.”+ 58 Memandangkan mereka tidak beriman, dia tidak melakukan banyak mukjizat di situ.
14 Pada masa itu, Herodes,* pemerintah daerah itu, mendengar laporan tentang Yesus.+ 2 Maka Herodes berkata kepada hamba-hambanya, “Dia ialah Yohanes Pembaptis yang telah dibangkitkan daripada kematian. Itulah sebabnya dia mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat.”+ 3 Herodes telah menangkap dan merantai Yohanes lalu memenjarakannya. Herodes berbuat demikian untuk menyenangkan hati Herodias, iaitu isteri kepada abangnya Filipus.+ 4 Yohanes sentiasa berkata kepada Herodes, “Tuan bersalah kerana berkahwin dengan Herodias!”+ 5 Herodes mahu membunuh Yohanes, tetapi dia takut kepada orang ramai kerana mereka menganggap Yohanes sebagai seorang nabi.+ 6 Namun demikian, semasa majlis hari jadi Herodes,+ anak perempuan Herodias mempersembahkan tarian yang membuat Herodes berasa sangat gembira.+ 7 Maka dia bersumpah untuk memberi gadis itu apa sahaja yang dimintanya. 8 Gadis itu menurut arahan ibunya dan berkata, “Berilah saya kepala Yohanes Pembaptis di atas sebuah dulang.”+ 9 Permintaan itu membuat raja berasa sedih. Tetapi memandangkan dia telah bersumpah di depan semua tetamunya, dia mengeluarkan perintah agar kepala Yohanes diberikan kepada gadis itu. 10 Dia mengutus orang ke penjara untuk memancung kepala Yohanes. 11 Maka kepala Yohanes diberikan kepada gadis itu di atas sebuah dulang, dan gadis itu menyerahkannya kepada ibunya. 12 Selepas itu, murid-murid Yohanes datang untuk mengambil mayatnya dan mengebumikannya. Kemudian mereka memberitahu Yesus apa yang telah berlaku. 13 Apabila Yesus mendengar hal itu, dia beredar dari sana. Dia menaiki sebuah perahu, lalu pergi ke suatu tempat yang terpencil supaya dia dapat bersendirian. Tetapi orang ramai mendapat tahu hal itu lalu meninggalkan kota masing-masing dan mengikut Yesus melalui jalan darat.+
14 Semasa Yesus keluar dari perahu, dia melihat banyak orang di situ. Dia berasa kasihan terhadap mereka+ lalu menyembuhkan semua orang yang sakit.+ 15 Apabila hari mula senja, murid-muridnya datang dan berkata kepadanya, “Masa sudah lewat dan tempat ini terpencil. Suruhlah orang ramai pergi agar mereka dapat membeli makanan di pekan yang berhampiran.”+ 16 Tetapi Yesus berkata, “Mereka tidak perlu pergi. Kamu berilah mereka makanan.” 17 Mereka berkata kepadanya, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan.” 18 Dia berkata, “Bawalah makanan itu kepadaku.” 19 Kemudian, dia menyuruh orang ramai duduk di atas rumput. Dia mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu lalu menengadah ke langit dan mengucapkan syukur.*+ Selepas itu, dia membahagikan roti itu dan memberikannya kepada murid-muridnya untuk diedarkan kepada orang ramai. 20 Semua orang makan sampai kenyang dan baki roti yang dikumpulkan oleh mereka telah mengisi 12 buah bakul.+ 21 Mereka yang makan berjumlah kira-kira 5,000 orang lelaki, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak.+ 22 Kemudian tanpa berlengah-lengah, dia menyuruh murid-muridnya menaiki perahu ke seberang tasik terlebih dahulu. Sementara itu, dia menyuruh orang ramai pulang.+
23 Setelah dia menyuruh orang ramai pulang, Yesus naik ke atas gunung seorang diri untuk berdoa.+ Ketika hari sudah malam, Yesus berada di situ seorang diri. 24 Pada masa itu, perahu murid-muridnya sudah beratus-ratus meter* jauhnya dari darat, dan diumbang-ambingkan ombak kerana angin bertiup dari arah yang bertentangan. 25 Tetapi sebelum fajar menyingsing,* Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka. 26 Apabila murid-muridnya nampak bayang-bayang seorang lelaki berjalan di atas air, mereka berasa takut lalu menjerit. 27 Dengan segera, Yesus berkata, “Ini aku. Janganlah takut!”+ 28 Petrus berkata kepadanya, “Jika kamu benar-benar Tuan, suruhlah aku berjalan di atas air kepada Tuan.” 29 “Marilah,” jawab Yesus. Petrus keluar dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju ke arah Yesus. 30 Tetapi apabila Petrus melihat ke arah ribut, dia berasa takut. Semasa dia mula tenggelam, dia berseru, “Tuan, selamatkanlah aku!” 31 Yesus segera menghulurkan tangannya lalu memegangnya dan berkata, “Alangkah kecilnya imanmu! Mengapa kamu ragu-ragu?”+ 32 Selepas mereka berdua naik ke dalam perahu, ribut pun reda. 33 Murid-murid Yesus di dalam perahu sujud kepadanya sambil berkata, “Sememangnya Guru ialah Anak Tuhan.” 34 Mereka pun menyeberangi tasik lalu tiba di Genesaret.+
35 Sebaik sahaja orang di situ sedar bahawa dia ialah Yesus, mereka memberitahu semua orang di sekitar kawasan itu bahawa Yesus sudah datang. Maka mereka membawa semua orang yang sakit kepadanya. 36 Mereka merayu kepadanya supaya sekurang-kurangnya diizinkan untuk menyentuh hujung jubah luarnya.+ Semua orang sakit yang menyentuh hujung jubahnya sembuh sama sekali.
15 Kemudian beberapa orang Farisi dan jurutulis hukum dari Yerusalem datang kepada Yesus+ dan bertanya, 2 “Mengapakah murid-muridmu melanggar adat istiadat nenek moyang kita? Misalnya, mereka tidak membasuh* tangan sebelum makan.”+
3 Dia menjawab, “Mengapakah kamu melanggar hukum Tuhan kerana adat istiadat kamu?+ 4 Misalnya, Tuhan berfirman, ‘Hormatilah ibu bapa kamu,’+ dan, ‘Orang yang mencaci ibu bapa harus dihukum mati.’+ 5 Tetapi kamu pula berkata, ‘Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, “Apa pun yang dapat saya gunakan untuk membantu ayah dan emak telah saya jadikan sebagai persembahan yang dikhaskan kepada Tuhan,”+ 6 dia tidak perlu menghormati ayahnya lagi.’ Dengan ini kamu telah menjadikan firman Tuhan tidak bernilai kerana adat istiadat kamu.+ 7 Hai orang yang bermuka dua, betapa tepatnya nubuat Yesaya tentang kamu ketika dia berkata,+ 8 ‘Umat ini menghormati Aku dengan bibir mereka, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku. 9 Sia-sia sahaja mereka terus menyembah Aku, kerana mereka mengajarkan perintah manusia seolah-olah perintah itu firman-Ku.’”+ 10 Kemudian dia memanggil orang ramai untuk mendekatinya lalu dia berkata kepada mereka, “Dengarlah dan fahamilah hal ini:+ 11 Yang menajiskan orang bukan apa yang masuk ke dalam mulut, tetapi apa yang keluar daripada mulut.”+
12 Kemudian murid-muridnya datang dan berkata kepadanya, “Tahukah Guru bahawa orang Farisi tersandung kerana kata-kata Guru?”+ 13 Dia menjawab, “Setiap tanaman yang tidak ditanam oleh Bapaku yang di syurga akan dicabut. 14 Biarkanlah mereka. Mereka ialah pemimpin-pemimpin buta. Jika orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya akan jatuh ke dalam lubang.”+ 15 Petrus berkata kepadanya, “Jelaskanlah makna perumpamaan itu kepada kami.” 16 Maka dia berkata, “Adakah kamu semua juga masih belum faham?+ 17 Tidakkah kamu sedar bahawa semua yang masuk ke dalam mulut akan turun ke dalam perut lalu keluar dari tubuh? 18 Namun apa yang keluar daripada mulut berasal dari hati, dan hal-hal inilah yang menajiskan seseorang.+ 19 Sebagai contoh, dari hatilah timbul fikiran-fikiran jahat+ yang menyebabkan orang membunuh, berzina, melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* mencuri, memberikan kesaksian palsu, dan menghina hal-hal yang suci. 20 Hal-hal inilah yang menajiskan seseorang dan bukannya makan tanpa membasuh* tangan.”
21 Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan sekitar Tirus dan Sidon.+ 22 Kemudian seorang wanita Fenisia* dari kawasan itu berseru, “Tuan, Anak Daud, kasihanilah aku! Anak perempuanku sangat terseksa kerana dirasuk roh jahat.”+ 23 Tetapi dia tidak mengucapkan sepatah kata pun kepada wanita itu. Maka murid-muridnya datang dan memohon kepadanya, “Suruhlah wanita itu pergi, kerana dia terus mengikut kita sambil menjerit.” 24 Yesus menjawab, “Tuhan mengutus aku hanya kepada orang Israel, yang bagaikan biri-biri yang sesat.”+ 25 Tetapi wanita itu datang lalu sujud di hadapannya dan berkata, “Tuan, tolonglah aku!” 26 Yesus berkata, “Adalah tidak wajar untuk mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anak-anak anjing.” 27 Wanita itu menjawab, “Betul Tuan, tetapi anak anjing pun makan sisa makanan yang jatuh dari meja tuannya.”+ 28 Lalu Yesus berkata kepadanya, “Hai wanita, alangkah besarnya imanmu! Biarlah terjadi seperti yang kamu inginkan.” Pada masa itu juga, anak perempuannya sembuh.
29 Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi dekat Tasik Galilea.+ Kemudian dia naik ke atas sebuah gunung lalu duduk di situ. 30 Ramai orang datang membawa orang yang tempang, cacat, buta, bisu, dan banyak lagi orang yang sakit kepadanya. Mereka menempatkan semua orang itu dekat kakinya, dan dia menyembuhkan mereka semua.+ 31 Orang ramai sangat kagum melihat orang bisu dapat bercakap, orang yang cacat disembuhkan, orang tempang dapat berjalan, dan orang buta dapat melihat, lalu mereka memuliakan Tuhan umat Israel.+
32 Yesus memanggil murid-muridnya dan berkata, “Aku berasa kasihan terhadap orang ramai ini.+ Sudah tiga hari mereka bersamaku dan sekarang mereka telah kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kerana mereka mungkin akan pengsan di tengah jalan.”+ 33 Tetapi murid-muridnya berkata, “Di tempat terpencil ini, di manakah kami dapat memperoleh roti yang cukup untuk begitu banyak orang?”+ 34 Jadi Yesus bertanya kepada mereka, “Berapa banyak roti yang kamu ada?” Mereka menjawab, “Tujuh ketul, dan beberapa ekor ikan kecil.” 35 Selepas dia menyuruh orang ramai duduk di atas tanah, 36 dia mengambil tujuh ketul roti dan ikan-ikan itu lalu mengucapkan syukur. Kemudian dia membahagikan makanan itu dan memberikannya kepada murid-muridnya untuk diedarkan kepada orang ramai.+ 37 Semua orang makan sehingga kenyang dan baki roti yang dikumpulkan oleh mereka telah mengisi tujuh buah bakul yang besar.+ 38 Jumlah orang yang makan ialah 4,000 orang lelaki, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak. 39 Selepas dia menyuruh orang ramai pulang, dia menaiki sebuah perahu lalu pergi ke kawasan Magadan.+
16 Orang Farisi dan Saduki datang kepada Yesus untuk mengujinya. Mereka memintanya menunjukkan suatu tanda dari syurga.+ 2 Dia berkata, “Pada waktu senja, kamu biasanya berkata, ‘Esok cuaca akan baik kerana langit merah marak.’ 3 Pada waktu pagi pula, kamu akan berkata, ‘Langit merah tetapi mendung. Nampaknya hari ini akan sejuk dan hujan.’ Kamu dapat menjelaskan keadaan cuaca dengan melihat langit, tetapi tidak dapat menjelaskan tanda-tanda yang berlaku sekarang. 4 Generasi yang jahat dan tidak setia kepada Tuhan* asyik meminta tanda. Tetapi tiada tanda yang akan diberikan kepada generasi ini+ kecuali tanda Yunus.”+ Selepas itu, dia meninggalkan mereka.
5 Semasa murid-murid Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti.+ 6 Yesus berkata kepada mereka, “Berwaspadalah dan berjaga-jagalah terhadap ragi orang Farisi dan Saduki.”+ 7 Oleh itu mereka berkata sesama sendiri, “Mungkin dia berkata demikian kerana kita lupa membawa roti.” 8 Yesus mengetahui hal ini lalu berkata, “Alangkah kecilnya iman kamu! Mengapakah kamu berbincang tentang roti yang kamu lupa bawa? 9 Belumkah kamu faham? Adakah kamu sudah lupa berapa bakul makanan yang dikumpulkan setelah lima ketul roti dibahagikan kepada 5,000 orang lelaki?+ 10 Atau adakah kamu sudah lupa berapa bakul besar makanan yang dikumpulkan setelah tujuh ketul roti dibahagikan kepada 4,000 orang lelaki?+ 11 Mengapakah kamu tidak mengerti bahawa aku bukannya bercakap tentang roti? Aku sedang berkata bahawa kamu perlu berjaga-jaga terhadap ragi orang Farisi dan Saduki.”+ 12 Barulah mereka sedar bahawa dia sedang mengingatkan mereka agar berjaga-jaga terhadap ajaran orang Farisi dan Saduki, bukannya terhadap ragi di dalam roti.
13 Semasa Yesus tiba di kawasan Kaisarea Filipi, dia bertanya kepada murid-muridnya, “Menurut orang, siapakah Anak Manusia itu?”+ 14 Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis,+ yang lain berkata Elia,+ dan ada juga yang berkata Yeremia atau salah seorang nabi.” 15 Dia berkata kepada mereka, “Bagaimana pula dengan kamu? Menurut kamu, siapakah aku?” 16 Simon Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus,+ Anak kepada Tuhan yang hidup.”+ 17 Yesus berkata kepadanya, “Berbahagialah kamu Simon anak Yunus, kerana yang menyingkapkan hal ini kepada kamu bukanlah manusia tetapi Bapaku yang di syurga.+ 18 Aku juga berkata kepadamu: Kamu ialah Petrus.+ Di atas batu ini+ aku akan membina sidangku, dan kuasa maut* tidak dapat mengalahkannya. 19 Aku akan memberimu kunci-kunci Kerajaan di syurga. Apa sahaja yang kamu ikat di bumi sudah diikat di syurga, dan apa sahaja yang kamu lepaskan di bumi sudah dilepaskan di syurga.” 20 Kemudian dia melarang murid-muridnya memberitahu sesiapa pun bahawa dia ialah Kristus.+
21 Sejak masa itu, Yesus mula menjelaskan kepada murid-muridnya bahawa dia mesti pergi ke Yerusalem dan dianiaya dengan teruk oleh para pemimpin orang Yahudi, ketua imam, dan jurutulis hukum. Dia juga menjelaskan bahawa dia akan dibunuh, tetapi pada hari yang ketiga, dia akan dibangkitkan.+ 22 Lalu Petrus membawanya ke tepi dan mula menegurnya, “Tuan, janganlah cakap begitu.* Perkara sebegini tidak akan sekali-kali menimpamu.”+ 23 Tetapi Yesus berpaling daripada Petrus lalu berkata, “Jauhkanlah dirimu daripadaku, Syaitan! Kamu ialah batu sandungan bagiku, kerana fikiranmu ialah fikiran manusia, bukan fikiran Tuhan.”+
24 Kemudian Yesus memberitahu murid-muridnya, “Jika sesiapa ingin mengikutku, hendaklah dia menolak kepentingan sendiri, memikul tiang seksaannya,* dan terus mengikut aku.+ 25 Sesiapa yang ingin menyelamatkan nyawanya akan kehilangan nyawanya, tetapi sesiapa yang kehilangan nyawanya demi aku akan menyelamatkan nyawanya.+ 26 Sesungguhnya, apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya?+ Biarpun seseorang menggadaikan segala yang dimilikinya, dapatkah dia menyelamatkan nyawa sendiri?+ 27 Dengan kemuliaan yang dikurniakan oleh Bapanya, Anak Manusia akan datang bersama para malaikatnya untuk membalas setiap orang mengikut kelakuan masing-masing.+ 28 Sesungguhnya aku memberitahu kamu bahawa beberapa orang yang berdiri di sini tidak akan mati selagi mereka tidak melihat Anak Manusia datang dalam Kerajaannya.”+
17 Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, iaitu saudara kandung Yakobus, ke atas sebuah gunung yang tinggi. Hanya mereka berempat berada di situ.+ 2 Rupa Yesus berubah di depan mereka; wajahnya bersinar seperti matahari dan jubah luarnya menjadi terang* seperti cahaya.+ 3 Tiba-tiba, Musa dan Elia muncul di depan mereka dan berbual-bual dengan Yesus. 4 Maka Petrus berkata kepada Yesus, “Tuan, kami berasa sangat gembira kerana dapat berada di sini. Jika Tuan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah di sini: Satu untuk Tuan, satu untuk Musa, dan satu untuk Elia.” 5 Semasa Petrus masih bercakap, sekepul awan yang bersinar terang meliputi mereka. Kedengaran suara dari awan itu yang berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadanya.+ Dengarkanlah dia.”+ 6 Apabila murid-murid Yesus mendengar suara itu, mereka berasa sangat takut lalu meniarap di tanah. 7 Yesus menghampiri mereka dan menyentuh mereka lalu berkata, “Bangunlah. Jangan berasa takut.” 8 Apabila mereka mendongakkan kepala, mereka tidak nampak sesiapa pun di situ kecuali Yesus. 9 Semasa mereka turun dari gunung, Yesus berkata kepada mereka, “Jangan beritahu sesiapa pun tentang penglihatan tadi sehingga Anak Manusia dibangkitkan daripada kematian.”+
10 Tetapi murid-muridnya bertanya, “Jika begitu, mengapakah para jurutulis hukum mengatakan bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?”+ 11 Dia menjawab, “Elia memang akan datang dan dia akan memulihkan segala sesuatu.+ 12 Namun demikian, aku berkata kepada kamu bahawa Elia sudah datang tetapi orang tidak mengenalinya. Mereka memperlakukannya dengan sesuka hati.+ Dalam cara yang sama, Anak Manusia akan menderita dalam tangan mereka.”+ 13 Barulah murid-muridnya sedar bahawa dia sedang bercakap tentang Yohanes Pembaptis.
14 Apabila mereka menghampiri orang ramai,+ seorang lelaki datang dan berlutut di depan Yesus. 15 Dia berkata, “Tuan, kasihanilah anak lelaki aku. Dia menghidap penyakit sawan dan keadaannya sangat teruk. Dia sering kali jatuh ke dalam api dan air.+ 16 Jadi aku membawanya kepada murid-muridmu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.” 17 Yesus berkata, “Hai generasi yang tidak beriman dan yang berdosa,+ berapa lamakah aku mesti terus bersama kamu? Berapa lamakah aku mesti bersabar dengan kamu? Bawalah dia kepadaku.” 18 Yesus menegur roh jahat itu dan roh jahat itu pun keluar. Pada masa itu juga, budak itu sembuh.+ 19 Kemudian, semasa tiada orang lain di situ, murid-muridnya datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?” 20 Dia menjawab, “Kamu tidak dapat melakukannya kerana iman kamu terlalu kecil. Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung ini, ‘Beralihlah dari sini ke sana,’ lalu gunung ini akan beralih. Tiada apa-apa pun yang mustahil bagi kamu.”+ 21* ——
22 Semasa murid-muridnya berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan dikhianati dan diserahkan ke dalam tangan musuhnya.+ 23 Mereka akan membunuh dia, dan pada hari ketiga, dia akan dibangkitkan.”+ Oleh itu, murid-muridnya berasa sangat sedih.
24 Selepas mereka tiba di Kapernaum, orang yang memungut cukai Rumah Tuhan* menghampiri Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?”+ 25 Dia menjawab, “Ya.” Tetapi apabila Petrus masuk ke dalam rumah, Yesus bertanya kepadanya terlebih dahulu, “Simon, pada pendapatmu, raja-raja di bumi memungut cukai barangan dan cukai kepala daripada siapa? Daripada anak mereka atau daripada orang asing?” 26 Petrus menjawab, “Daripada orang asing.” Maka Yesus berkata, “Jadi sebenarnya, anak mereka tidak perlu membayar cukai. 27 Tetapi supaya kita tidak menyebabkan sesiapa pun tersandung,+ pergilah ke tasik, dan pancinglah ikan. Dalam mulut ikan pertama yang kamu tangkap, kamu akan menjumpai sekeping duit perak.* Ambillah duit itu dan berikannya kepada mereka untuk kita berdua.”
18 Ketika itu, murid-murid Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, “Siapakah yang terbesar dalam Kerajaan di syurga?”+ 2 Dia memanggil seorang anak kecil dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka. 3 Yesus berkata, “Ketahuilah: Jika kamu tidak mengubah sikap dan tidak menjadi seperti kanak-kanak,+ kamu pasti tidak akan memasuki Kerajaan di syurga.+ 4 Oleh itu, sesiapa yang merendahkan diri seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam Kerajaan di syurga.+ 5 Sesiapa yang menerima seorang anak kecil seperti ini demi namaku juga menerima aku. 6 Tetapi bagi sesiapa yang menyebabkan salah seorang muridku yang bagaikan anak kecil tersandung, lebih baik dia menggantungkan pada lehernya batu kisar besar yang ditarik oleh keldai lalu tenggelam di tengah laut.+
7 “Malanglah dunia ini kerana menyebabkan orang tersandung! Walaupun perkara yang menyebabkan orang tersandung memang akan wujud, tetapi malanglah orang yang menyebabkan orang lain tersandung! 8 Oleh itu, jika sebelah tangan atau kaki kamu membuat kamu tersandung, potonglah dan buanglah tangan atau kaki itu.+ Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan atau kaki dan menerima kehidupan daripada memiliki dua tangan dan dua kaki tetapi dibuang ke dalam api yang kekal.+ 9 Begitu juga, jika sebelah mata kamu membuat kamu tersandung, cungkillah dan buanglah mata itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah mata dan menerima kehidupan daripada memiliki dua belah mata tetapi dibuang dalam api Gehena.*+ 10 Jangan sekali-kali memandang rendah pada muridku yang bagaikan anak kecil, kerana malaikat-malaikat mereka di syurga sentiasa menghadap muka Bapaku yang di syurga.+ 11* ——
12 “Apakah pendapat kamu? Jika seseorang memiliki 100 ekor bebiri dan salah seekor bebirinya sesat,+ tidakkah dia akan meninggalkan 99 ekor bebirinya di gunung untuk mencari bebiri yang sesat itu?+ 13 Sekiranya dia menjumpai bebiri itu, dia lebih bersukacita atas seekor bebiri itu berbanding 99 ekor bebiri yang tidak sesat. 14 Demikian juga, Bapaku* yang di syurga tidak ingin seorang pun daripada muridku yang bagaikan anak kecil sesat.+
15 “Jika saudara kamu berdosa terhadap kamu, pergilah kepadanya dan nyatakan kesilapannya* antara kamu berdua sahaja.+ Sekiranya dia mendengarkan kamu, kamu sudah membantu saudaramu kembali ke pangkal jalan.+ 16 Tetapi jika dia enggan mendengar, bawalah satu atau dua orang bersama-samamu, kerana setiap perkara dapat disahkan dengan adanya keterangan dua atau tiga orang saksi.+ 17 Jika dia enggan mendengar kata-kata mereka, maklumkanlah sidang. Jika sidang pun tidak diendahkannya, anggaplah dia sebagai orang daripada bangsa-bangsa lain+ dan pemungut cukai.+
18 “Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Apa sahaja yang kamu ikat di bumi sudah diikat di syurga, dan apa sahaja yang kamu lepaskan di bumi sudah dilepaskan di syurga. 19 Aku juga berkata kepada kamu: Jika dua orang daripada kamu di bumi bersetuju untuk meminta sebarang perkara yang penting, Bapaku yang di syurga akan mengabulkan permintaan mereka.+ 20 Apabila dua atau tiga orang berkumpul atas namaku,+ aku akan ada bersama-sama mereka.”
21 Kemudian Petrus datang lalu bertanya kepada Yesus, “Tuan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah aku harus mengampuninya? Sehingga tujuh kalikah?” 22 Yesus berkata kepadanya, “Aku memberitahumu, bukan 7 kali tetapi sehingga 77 kali.+
23 “Itulah sebabnya Kerajaan di syurga bagaikan seorang raja yang ingin memungut hutang daripada hamba-hambanya. 24 Apabila dia mula berbuat demikian, seorang hamba yang berhutang 10,000 talenta* dibawa masuk. 25 Dia tidak mampu melangsaikan hutangnya. Maka, raja itu memerintahkan agar dia bersama anak isterinya, serta segala yang dimilikinya dijual untuk membayar hutang.+ 26 Hamba itu segera bersujud kepada raja itu dan merayu, ‘Bersabarlah terhadap hamba. Hamba akan membayar balik semua hutang itu.’ 27 Raja itu berasa kasihan terhadapnya lalu membatalkan hutangnya dan membebaskannya.+ 28 Tetapi apabila hamba itu keluar, dia berjumpa dengan seorang hamba lain yang meminjam 100 denari* daripadanya. Dia menangkap rakannya dan mula mencekiknya sambil berkata, ‘Bayarlah semua hutang kamu.’ 29 Rakannya bersujud sambil merayu, ‘Bersabarlah terhadapku. Aku akan membayar hutangku.’ 30 Tetapi hamba itu enggan mendengarkannya. Dia beredar dan mengarahkan supaya rakannya dipenjarakan sehingga hutangnya dilangsaikan. 31 Semasa hamba-hamba lain nampak apa yang terjadi, mereka sangat susah hati dan melaporkan kepada raja segala perkara yang berlaku. 32 Kemudian raja memanggil hamba itu lalu berkata, ‘Hai hamba yang jahat, beta membatalkan semua hutangmu semasa kamu merayu kepada beta! 33 Tidakkah kamu harus berbelas kasihan terhadap rakanmu sebagaimana beta berbelas kasihan terhadapmu?’+ 34 Raja itu marah dan menyuruh pengawal memenjarakannya sehingga dia membayar semua hutangnya. 35 Demikianlah Bapaku yang di syurga akan memperlakukan kamu+ jika kamu masing-masing tidak mengampuni saudaramu dengan ikhlas.”+
19 Selepas Yesus mengucapkan kata-kata ini, dia bertolak dari Galilea lalu pergi ke kawasan-kawasan sekitar sempadan Yudea di seberang Sungai Yordan.+ 2 Banyak orang mengikutnya dan dia menyembuhkan mereka di sana.
3 Beberapa orang Farisi datang kepadanya dengan niat untuk mengujinya. Mereka bertanya, “Adakah seseorang melanggar hukum jika dia menceraikan isterinya atas sebarang alasan?”+ 4 Dia menjawab, “Belum pernahkah kamu membaca bahawa Dia yang menciptakan manusia pada mulanya menciptakan lelaki dan perempuan?+ 5 Belum pernahkah kamu membaca bahawa Dia juga berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan tinggal bersama* isterinya, lalu mereka berdua akan menjadi satu’?+ 6 Maka, mereka bukan lagi dua tetapi satu. Oleh itu, mereka yang telah disatukan* oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”+ 7 Mereka berkata, “Kalau begitu, mengapakah Musa mengatakan bahawa orang yang mahu menceraikan isterinya perlu memberinya surat cerai?”+ 8 Dia menjawab, “Musa mengizinkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu degil.+ Tetapi halnya tidak demikian pada mulanya.+ 9 Ketahuilah hal ini: Sesiapa yang menceraikan isterinya padahal isterinya tidak melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* dia berzina jika dia berkahwin dengan wanita lain.”+
10 Maka murid-murid Yesus berkata kepadanya, “Jika demikian halnya dalam perkahwinan, lebih baik tidak berkahwin.” 11 Dia menjawab, “Bukan semua orang dapat menerima kata-kata ini, tetapi hanya mereka yang menerima kurniaan Tuhan.+ 12 Ada orang yang tidak dapat berkahwin kerana dilahirkan demikian, yang lain pula tidak berkahwin kerana dijadikan mandul oleh orang. Tetapi ada juga yang tidak berkahwin demi Kerajaan di syurga. Jika seseorang sanggup hidup tanpa berkahwin, biarlah dia tidak berkahwin.”+
13 Selepas itu, ada orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya dia meletakkan tangannya ke atas mereka* dan berdoa untuk mereka, tetapi murid-muridnya memarahi mereka.+ 14 Namun Yesus berkata, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepadaku. Jangan mencuba menghalang mereka, kerana Kerajaan di syurga akan menjadi milik orang seperti mereka.”+ 15 Lalu Yesus meletakkan tangannya ke atas mereka* dan bertolak dari sana.
16 Selepas itu, seorang lelaki datang kepada Yesus dan berkata, “Guru, apakah perbuatan baik yang mesti aku lakukan agar aku dapat meraih kehidupan yang kekal?”+ 17 Yesus menjawab, “Mengapakah kamu bertanya kepada aku tentang apa yang baik? Hanya Tuhan yang baik.+ Tetapi jika kamu ingin memperoleh kehidupan, teruslah berpegang pada hukum-hukum Tuhan.”+ 18 Lelaki itu bertanya, “Hukum yang mana?” Yesus menjawab, “Jangan membunuh,+ jangan berzina,+ jangan mencuri,+ jangan memberikan kesaksian palsu,+ 19 hormatilah ibu bapa kamu,+ dan kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”+ 20 Pemuda itu berkata, “Aku sudah mematuhi semua hukum ini. Apa lagi yang harus aku lakukan?” 21 Yesus berkata kepadanya, “Jika kamu mahu menjadi sempurna,* pergilah dan juallah harta milik kamu lalu berikanlah wang itu kepada orang yang miskin. Dengan demikian, kamu akan mempunyai harta di syurga.+ Kemudian, marilah dan jadilah pengikutku.”+ 22 Apabila pemuda itu mendengar hal ini, dia pergi dari situ dengan sedih kerana dia memiliki banyak harta.+ 23 Lalu Yesus berkata kepada murid-muridnya, “Ketahuilah: Memang susah bagi orang yang kaya memasuki Kerajaan di syurga.+ 24 Sekali lagi aku berkata kepada kamu: Adalah lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada orang yang kaya memasuki Kerajaan Tuhan.”+
25 Apabila murid-muridnya mendengar kata-kata itu, mereka sangat hairan. Mereka berkata, “Jika demikian, siapakah yang dapat diselamatkan?”+ 26 Yesus memandang mereka lalu berkata, “Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi tidak ada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.”+
27 Lalu Petrus berkata, “Lihatlah! Kami sudah meninggalkan segala-galanya lalu mengikut Guru. Jadi apakah yang akan kami terima?”+ 28 Yesus berkata kepada mereka, “Ketahuilah: Tuhan akan menjadikan semua perkara baharu semasa Anak Manusia duduk di atas takhtanya yang gemilang. Pada masa itu, kamu yang telah mengikut aku juga akan duduk di atas 12 takhta dan menghakimi 12 suku Israel.+ 29 Sesiapa yang telah meninggalkan rumah, atau adik-beradik, atau ibu bapa, atau anak, atau tanah, demi namaku akan menerima seratus kali ganda apa yang ditinggalkannya, dan mewarisi kehidupan yang kekal.+
30 “Tetapi ramai orang yang pertama akan menjadi yang terakhir, manakala orang yang terakhir akan menjadi yang pertama.+
20 “Kerajaan di syurga adalah seperti seorang pemilik ladang anggur yang keluar pada awal pagi untuk mengupah orang bekerja di ladangnya.+ 2 Setelah dia bersetuju untuk membayar para pekerja upah satu denari* sehari, dia menyuruh mereka bekerja di ladang anggurnya. 3 Kira-kira pada jam sembilan pagi,* dia keluar dan nampak beberapa orang yang menganggur berdiri di tempat awam.* 4 Maka dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan memberi kamu upah yang berpatutan.’ 5 Jadi mereka pun pergi. Kira-kira pada jam 12 tengah hari* dan jam 3 petang,* pemilik ladang itu keluar dan melakukan hal yang sama. 6 Akhirnya, kira-kira pada jam lima petang* dia keluar sekali lagi dan nampak beberapa orang yang sedang berdiri tanpa membuat apa-apa. Maka dia bertanya kepada mereka, ‘Mengapakah kamu berdiri di sini sehari suntuk tanpa bekerja?’ 7 Mereka menjawab, ‘Kerana tiada orang yang mengupah kami.’ Lalu dia berkata kepada mereka, ‘Kalau begitu, pergilah bekerja di ladang anggurku.’
8 “Apabila hari mula senja, pemilik ladang anggur itu berkata kepada ketua pekerja, ‘Panggillah semua pekerja dan bayarlah upah mereka,+ mulai daripada pekerja yang datang terakhir sehingga pekerja yang datang paling awal.’ 9 Pekerja yang datang pada jam lima petang masing-masing menerima upah sebanyak satu denari. 10 Oleh itu, pekerja yang datang paling awal menyangka bahawa mereka akan dibayar lebih. Tetapi mereka juga menerima upah satu denari. 11 Ketika mereka menerima upah itu, mereka mula bersungut-sungut terhadap pemilik ladang. 12 Mereka berkata, ‘Pekerja yang datang terakhir bekerja satu jam sahaja, sedangkan kami bekerja keras sepanjang hari di bawah matahari yang terik. Tetapi tuan memperlakukan kami sama dengan mereka!’ 13 Dia menjawab salah seorang daripada mereka, ‘Dengarlah kawan. Aku tidak bersalah terhadapmu. Bukankah kamu sudah bersetuju untuk bekerja dengan upah satu denari sehari?+ 14 Ambillah upahmu dan pergilah. Aku mahu memberi pekerja yang terakhir upah yang sama dengan kamu. 15 Tidakkah aku berhak menggunakan harta milikku sendiri dengan sesuka hati? Atau adakah kamu cemburu* kerana aku baik?’*+ 16 Dengan cara ini, orang yang terakhir akan menjadi yang pertama, manakala orang yang pertama akan menjadi yang terakhir.”+
17 Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus membawa 12 orang muridnya ke tepi dan berkata kepada mereka sahaja,+ 18 “Lihatlah! Kita sedang menuju ke Yerusalem. Di situ, Anak Manusia akan diserahkan kepada ketua-ketua imam dan para jurutulis hukum. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati atasnya.+ 19 Kemudian, mereka akan menyerahkannya kepada orang daripada bangsa lain dan dia akan diperolok-olokkan, dicambuk, dan dihukum bunuh pada tiang.+ Pada hari ketiga, dia akan dibangkitkan.”+
20 Kemudian, ibu kepada anak-anak Zebedeus+ membawa dua orang anaknya kepada Yesus. Dia sujud kepadanya dan ingin meminta sesuatu daripadanya.+ 21 Yesus bertanya, “Apakah yang kamu ingin aku lakukan untuk kamu?” Wanita itu menjawab, “Aku memohon supaya kedua-dua orang anak lelakiku diizinkan untuk duduk bersama Tuan dalam Kerajaan Tuan, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri.”+ 22 Yesus menjawab, “Kamu berdua tidak tahu apa yang sedang kamu minta. Sanggupkah kamu minum daripada cawan yang aku minum?”+ Mereka berkata, “Kami sanggup.” 23 Yesus berkata lagi, “Kamu memang akan minum daripada cawanku,+ tetapi aku tidak berhak untuk menentukan siapa yang akan duduk di sebelah kanan atau kiriku. Mereka yang akan duduk di situ ditentukan oleh Bapaku.”+
24 Semasa 10 orang murid yang lain mendengar hal ini, mereka marah terhadap dua orang adik-beradik itu.+ 25 Oleh itu, Yesus memanggil mereka dan berkata, “Kamu tahu bahawa raja dan pembesar bangsa-bangsa lain menguasai dan mengawal rakyat mereka.+ 26 Hal seperti itu sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan kamu.+ Sebaliknya, jika sesiapa antara kamu ingin menjadi besar, dia mesti melayani kamu.+ 27 Jika sesiapa antara kamu ingin menjadi yang pertama, dia mesti menjadi hamba kamu.+ 28 Hal ini demikian kerana Anak Manusia tidak datang untuk dilayani, tetapi untuk melayani+ dan menyerahkan nyawanya sebagai tebusan bagi banyak orang.”+
29 Semasa mereka meninggalkan Yerikho, banyak orang mengikut Yesus. 30 Dua orang lelaki buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Yesus sedang lalu di situ. Maka mereka berseru, “Tuan, Anak Daud, kasihanilah kami!”+ 31 Dengan tegas, orang ramai menyuruh mereka diam. Tetapi mereka berseru dengan lebih kuat lagi, “Tuan, Anak Daud, kasihanilah kami!” 32 Maka Yesus berhenti dan memanggil mereka, lalu bertanya, “Apakah yang kamu ingin aku lakukan untuk kamu?” 33 Mereka menjawab, “Tuan, pulihkanlah penglihatan kami.” 34 Yesus berasa kasihan terhadap mereka lalu menyentuh mata mereka.+ Dengan serta-merta, mereka dapat melihat semula, lalu mereka mengikutnya.
21 Semasa mereka hampir tiba di Yerusalem, mereka berhenti di Betfagi yang terletak di Gunung Zaitun. Yesus mengutus dua orang muridnya+ 2 dan berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang ada di hadapan itu. Sebaik sahaja kamu tiba, kamu akan menjumpai seekor keldai yang terikat, dan anaknya juga ada di situ. Lepaskanlah dan bawalah kedua-dua ekor keldai itu kepadaku. 3 Jika ada seseorang mengatakan sesuatu kepada kamu, katakan kepadanya, ‘Tuan memerlukan kedua-dua ekor keldai ini.’ Maka dengan segera dia akan membiarkan keldai itu dibawa pergi.”
4 Sebenarnya hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan melalui nabi, 5 “Katakanlah kepada kota Sion, ‘Lihatlah! Rajamu sedang datang kepadamu.+ Dia lemah lembut+ dan menunggang seekor keldai muda. Ya, dia datang dengan menunggang seekor anak keldai.’”+
6 Maka kedua-dua orang murid itu pergi dan melakukan apa yang diarahkan oleh Yesus.+ 7 Mereka membawa kedua-dua ekor keldai itu dan meletakkan jubah luar mereka di atas keldai-keldai tersebut. Yesus pun duduk di atasnya.+ 8 Ramai orang membentangkan jubah luar mereka di atas jalan,+ yang lain pula memotong pelepah-pelepah pokok lalu menyelerakkannya di atas jalan. 9 Orang ramai yang berjalan di hadapan dan belakangnya berseru-seru, “Moga Tuhan menyelamatkan Anak Daud!+ Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!*+ Moga Tuhan yang di syurga menyelamatkannya!”+
10 Semasa Yesus masuk ke Yerusalem, seluruh kota itu menjadi gempar. Orang bertanya, “Siapakah dia?” 11 Orang ramai yang ada bersamanya asyik berkata, “Dia ialah Yesus, nabi+ dari Nasaret di Galilea!”
12 Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan dan mengusir semua orang yang berjual beli di sana. Dia menterbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati.+ 13 Dia berkata kepada mereka, “Ada tertulis, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa,’+ tetapi kamu menjadikannya sarang perompak.”+ 14 Selain itu, orang buta dan tempang juga datang kepada Yesus di Rumah Tuhan dan dia menyembuhkan mereka.
15 Para ketua imam dan jurutulis hukum marah semasa melihat mukjizat-mukjizat yang dilakukan olehnya. Mereka juga marah+ apabila mendengar kanak-kanak di Rumah Tuhan berseru, “Moga Tuhan menyelamatkan Anak Daud!”+ 16 Mereka berkata kepadanya, “Tidakkah kamu mendengar apa yang dikatakan oleh mereka?” Yesus menjawab, “Ya, aku dengar. Belum pernahkah kamu membaca ayat yang berbunyi: ‘Engkau menyebabkan mulut kanak-kanak dan bayi mengucapkan pujian kepada-Mu’?”+ 17 Yesus meninggalkan mereka lalu keluar dari kota itu. Dia pergi ke Betania dan bermalam di situ.+
18 Semasa Yesus kembali ke kota pada awal pagi, dia berasa lapar.+ 19 Dia nampak sepohon pokok ara di tepi jalan lalu menghampiri pokok itu. Namun dia tidak menjumpai sebiji buah pun. Yang ada cuma daun-daun.+ Maka dia berkata, “Mulai sekarang, kamu tidak akan berbuah lagi.”+ Dengan serta-merta, pokok ara itu pun layu. 20 Semasa murid-murid Yesus melihat kejadian itu, mereka berasa sangat hairan lalu berkata, “Bagaimanakah pokok ara itu boleh layu dengan serta-merta?”+ 21 Yesus menjawab, “Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Jika kamu beriman dan tidak ragu-ragu, kamu juga dapat melakukan apa yang telah aku lakukan terhadap pokok ara ini. Bukan itu sahaja, jika kamu berkata kepada gunung ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut,’ hal itu pun akan berlaku.+ 22 Jika kamu beriman, semua perkara yang kamu minta dalam doa akan kamu terima.”+
23 Selepas itu, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan. Semasa dia sedang mengajar, para ketua imam dan pemimpin orang Yahudi datang kepadanya lalu bertanya, “Dari manakah datangnya kuasamu? Siapakah yang memberi kamu kuasa untuk melakukan semua ini?”+ 24 Yesus menjawab, “Aku juga akan tanya kamu satu soalan. Jika kamu menjawabnya, aku akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini: 25 Siapakah yang memberi Yohanes kuasa untuk membaptis orang? Tuhan* atau manusia?” Mereka mula berbincang sesama sendiri dan berkata, “Jika kita kata, ‘Tuhan,’ dia akan bertanya, ‘Jadi, mengapakah kamu tidak percaya kepadanya?’+ 26 Namun, jika kita kata, ‘Manusia,’ kita takut orang ramai akan mengapa-apakan kita, kerana mereka semua menganggap Yohanes sebagai seorang nabi.” 27 Oleh itu, mereka berkata kepada Yesus, “Kami tidak tahu.” Maka Yesus berkata, “Kalau begitu, aku pun tidak akan memberitahu kamu siapa yang memberi aku kuasa untuk melakukan semua ini.
28 “Apakah pendapat kamu? Seorang lelaki mempunyai dua orang anak. Dia pergi kepada anak yang pertama dan berkata, ‘Nak, pergilah bekerja di ladang anggur hari ini.’ 29 Anaknya menjawab, ‘Saya tidak mahu pergi,’ tetapi dia kemudiannya menyesal lalu pergi ke ladang anggur. 30 Ayah itu pergi kepada anaknya yang kedua dan mengatakan hal yang sama. Anak itu menjawab, ‘Saya akan pergi, ayah,’ tetapi dia tidak pergi. 31 Yang manakah antara kedua-dua orang anak itu yang melakukan kehendak ayahnya?” Mereka menjawab, “Anak yang pertama.” Yesus berkata kepada mereka, “Ketahuilah bahawa pemungut cukai dan pelacur akan masuk dalam Kerajaan Tuhan lebih dahulu daripada kamu. 32 Yohanes datang untuk mengajar kamu jalan hidup yang diperkenankan Tuhan, tetapi kamu tidak percaya kepadanya. Sebaliknya pemungut cukai dan pelacur telah mempercayainya.+ Meskipun kamu melihat hal ini, kamu masih tidak insaf dan enggan mempercayainya.
33 “Dengarlah satu lagi perumpamaan: Ada seorang pemilik ladang anggur. Dia menanam anggur+ dan mendirikan pagar di sekeliling ladangnya. Dia juga menggali tempat untuk memerah buah anggur, dan membina sebuah menara tempat berkawal.+ Kemudian dia menyewakan ladang itu kepada beberapa orang peladang lalu berangkat ke luar negeri.+ 34 Apabila musim anggur tiba, dia menghantar hamba-hambanya kepada para peladang itu untuk menerima sebahagian daripada hasil ladang. 35 Namun hamba-hambanya ditangkap oleh para peladang itu; seorang dipukul, seorang dibunuh, dan seorang lagi direjam.+ 36 Lalu dia menghantar hamba-hamba yang lain, kali ini lebih ramai daripada kumpulan yang sebelumnya. Namun hamba-hamba itu juga diperlakukan dengan cara yang sama.+ 37 Akhirnya dia mengutus anak lelakinya kepada mereka kerana dia berfikir, ‘Mereka akan menghormati anakku.’ 38 Namun, apabila para peladang melihat anaknya, mereka bercakap sesama sendiri, ‘Ini dia pewaris ladang anggur.+ Mari kita bunuh dia supaya kita mendapat harta yang bakal diwarisinya!’ 39 Maka mereka menangkapnya lalu membuangnya ke luar ladang anggur itu dan membunuhnya.+ 40 Semasa pemilik ladang anggur itu datang, apakah yang akan dilakukannya terhadap para peladang itu?” 41 Ketua imam dan pemimpin orang Yahudi menjawab, “Oleh sebab mereka jahat, dia pasti akan membunuh mereka. Kemudian dia akan menyewakan ladang anggurnya kepada peladang lain yang akan memberikan bahagiannya apabila musim anggur tiba.”
42 Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca dalam Ayat-Ayat Suci: ‘Batu yang dibuang oleh para pembina bangunan telah menjadi batu penjuru yang utama.+ Batu itu berasal daripada Yehuwa* dan betapa indahnya batu itu di mata kita’?+ 43 Inilah sebabnya aku berkata kepada kamu bahawa Kerajaan Tuhan akan diambil daripada kamu dan diserahkan kepada bangsa yang melakukan kehendak Tuhan. 44 Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur,+ dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk.”+
45 Setelah mendengar perumpamaan-perumpamaan itu, barulah ketua-ketua imam dan orang Farisi tahu bahawa Yesus sedang bercakap tentang mereka.+ 46 Meskipun mereka mahu menangkap Yesus, mereka takut kepada orang ramai yang menganggapnya sebagai seorang nabi.+
22 Sekali lagi Yesus bercakap kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, 2 “Kerajaan di syurga adalah seperti seorang raja yang mengadakan majlis perkahwinan+ untuk anak lelakinya. 3 Raja itu mengutus hamba-hambanya untuk memanggil para jemputan, tetapi mereka enggan datang.+ 4 Sekali lagi raja mengutus hamba-hambanya yang lain. Raja berkata, ‘Beritahulah para jemputan, “Beta sudah menyediakan jamuan makan malam. Lembu jantan dan binatang-binatang beta yang terbaik sudah disembelih, dan semuanya sudah tersedia. Datanglah ke majlis perkahwinan putera beta.”’ 5 Tetapi mereka tidak mengambil peduli. Seorang pergi ke ladangnya; seorang lagi pergi menguruskan perniagaannya;+ 6 yang lain pula menangkap hamba-hamba raja itu lalu memukul dan membunuh mereka.
7 “Raja menjadi marah lalu mengutus tenteranya untuk membunuh para pembunuh itu dan membakar kota mereka.+ 8 Kemudian raja berkata kepada hamba-hambanya, ‘Majlis perkahwinan sudah tersedia, tetapi mereka yang dijemput tidak layak menghadirinya.+ 9 Maka, pergilah ke jalan-jalan yang menuju ke luar kota dan jemputlah sesiapa sahaja yang kamu jumpa untuk datang ke majlis perkahwinan ini.’+ 10 Hamba-hamba itu menurut perintah raja lalu pergi ke jalan-jalan dan mengumpulkan semua orang yang dijumpai, baik yang jahat mahupun yang baik. Maka dewan majlis perkahwinan itu dipenuhi dengan tetamu.
11 “Semasa raja masuk untuk melihat para tetamunya, dia ternampak seorang lelaki yang pakaiannya tidak sesuai untuk majlis perkahwinan itu. 12 Raja berkata kepadanya, ‘Mengapakah kamu berada di sini sedangkan pakaianmu tidak sesuai?’ Orang itu diam sahaja. 13 Maka raja berkata kepada hamba-hambanya, ‘Ikatlah tangan dan kakinya lalu buanglah dia ke tempat yang gelap di luar. Di situ dia akan menangis dan menggertakkan gigi.’
14 “Hal ini demikian kerana yang dijemput ramai tetapi yang dipilih sedikit.”
15 Lalu orang Farisi pergi dari situ dan berkomplot untuk memerangkap Yesus berdasarkan kata-kata yang diucapkannya.+ 16 Maka mereka mengutus murid-murid mereka bersama pengikut-pengikut Herodes+ untuk berkata kepada Yesus, “Guru, kami tahu bahawa Guru jujur dan mengajarkan jalan Tuhan berdasarkan kebenaran. Guru tidak pilih kasih dan tidak menghakimi seseorang berdasarkan penampilannya. 17 Oleh itu, menurut pandangan Guru, patutkah kita membayar cukai kepala kepada Kaisar?”* 18 Tetapi Yesus tahu bahawa mereka berniat jahat. Jadi dia berkata, “Hai orang yang bermuka dua, mengapakah kamu menguji aku? 19 Tunjukkanlah duit syiling yang kamu gunakan untuk membayar cukai kepala.” Mereka memberikan satu denari* kepadanya. 20 Maka dia bertanya kepada mereka, “Muka dan gelaran siapakah ini?” 21 Mereka menjawab, “Kaisar.” Dia berkata kepada mereka, “Jadi berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar, tetapi berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”+ 22 Apabila mereka mendengar jawapan itu, mereka berasa amat kagum. Mereka meninggalkan Yesus lalu pergi dari situ.
23 Orang Saduki tidak percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan.+ Pada hari itu, mereka datang kepada Yesus lalu bertanya,+ 24 “Guru, Musa berkata, ‘Jika seorang lelaki mati sebelum mempunyai anak, saudara kandungnya mesti berkahwin dengan balunya supaya dia mempunyai keturunan.’+ 25 Bersama kami ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin lalu mati tanpa mempunyai anak. Maka adiknya mengahwini isterinya. 26 Hal yang sama berlaku kepada adik yang kedua, dan yang ketiga, sehingga adik yang ketujuh. 27 Akhirnya, wanita itu pun mati. 28 Memandangkan tujuh orang adik-beradik itu pernah berkahwin dengannya, siapakah antara mereka yang akan menjadi suaminya semasa pembangkitan nanti?”
29 Yesus berkata kepada mereka, “Kamu sudah silap kerana kamu tidak mengetahui Ayat-Ayat Suci ataupun kuasa Tuhan.+ 30 Semasa pembangkitan, lelaki dan perempuan tidak akan berkahwin, tetapi menjadi seperti malaikat di syurga.+ 31 Berkenaan dengan pembangkitan orang mati, belum pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh Tuhan kepada kamu? Tuhan berfirman, 32 ‘Aku Tuhan Abraham, Tuhan Ishak, dan Tuhan Yakub.’+ Dia ialah Tuhan orang hidup, bukan Tuhan orang mati.”+ 33 Setelah mendengar kata-katanya, orang ramai terpesona dengan ajarannya.+
34 Selepas orang Farisi mendengar bahawa Yesus membuat orang Saduki terdiam, mereka berkumpul lalu pergi kepadanya. 35 Salah seorang daripada mereka yang arif dalam Hukum mengujinya dengan bertanya, 36 “Guru, dalam Hukum Musa, hukum manakah yang paling penting?”+ 37 Yesus menjawab, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa,* Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa,* dan dengan segenap akal.’+ 38 Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting. 39 Hukum kedua, yang hampir sama dengannya ialah ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’+ 40 Seluruh Hukum dan Ajaran Para Nabi didasarkan pada kedua-dua hukum ini.”+
41 Sementara orang Farisi masih berkumpul, Yesus bertanya kepada mereka,+ 42 “Apakah pendapat kamu tentang Kristus? Dia itu anak siapa?” Mereka menjawab, “Dia anak Daud.”+ 43 Yesus berkata, “Kalau begitu, mengapakah Daud yang diilhami kuasa suci Tuhan+ memanggil dia Tuan? Daud berkata, 44 ‘Yehuwa* berfirman kepada Tuanku, “Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku meletakkan musuh-musuhmu di bawah kakimu.”’+ 45 Memandangkan Daud memanggil dia Tuan, bagaimana mungkin Kristus itu anak Daud?”+ 46 Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya. Sejak hari itu, tiada sesiapa lagi yang berani menanyakan apa-apa soalan kepadanya.
23 Lalu Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-muridnya, 2 “Jurutulis hukum dan orang Farisi melantik diri sendiri untuk mengambil tempat duduk Musa. 3 Oleh itu, buatlah semua yang disuruh oleh mereka. Tetapi janganlah tiru perbuatan mereka kerana mereka hanya tahu cakap tetapi tidak tahu buat.+ 4 Mereka mengikat beban yang berat dan meletakkannya pada bahu orang lain,+ padahal mereka sendiri tidak sanggup menghulurkan satu jari pun untuk menyentuh beban itu.+ 5 Mereka melakukan segala sesuatu hanya untuk dilihat orang.+ Lihatlah betapa besarnya bekas ayat suci yang dipakai oleh mereka sebagai perlindungan!+ Perhatikanlah betapa panjangnya rumbai jubah mereka!+ 6 Mereka suka tempat yang terbaik semasa menghadiri jamuan makan dan mereka suka duduk di kerusi yang terdepan dalam rumah ibadat.+ 7 Mereka suka menerima salam hormat di tempat awam* dan suka dipanggil Rabbi.* 8 Tetapi janganlah kamu menerima gelaran Rabbi kerana kamu semua bersaudara dan Guru+ kamu hanya satu. 9 Janganlah panggil sesiapa pun di bumi bapa kamu kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa+ yang ada di syurga. 10 Janganlah terima gelaran pemimpin kerana kamu hanya mempunyai seorang Pemimpin, iaitu Kristus. 11 Tetapi orang yang terbesar dalam kalangan kamu mesti melayani kamu.+ 12 Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan+ dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.+
13 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua! Kamu bukan sahaja tidak masuk dalam Kerajaan di syurga, malah kamu mengunci pintunya dan menghalang orang yang ingin memasukinya.+ 14* ——
15 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua!+ Kamu menyeberangi laut dan menjelajah darat untuk menjadikan seseorang pemeluk agama kamu. Tetapi apabila dia memeluk agama kamu, kamu menjadikan dia lebih berdosa daripada kamu dan patut dibuang dalam Gehena.*
16 “Alangkah malangnya kamu, pemimpin buta!+ Kamu berkata, ‘Jika seseorang bersumpah demi Rumah Tuhan, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di Rumah Tuhan, dia mesti melaksanakan sumpahnya.’+ 17 Kamu bodoh dan buta! Manakah yang lebih mustahak, emas atau Rumah Tuhan yang menjadikan emas itu suci? 18 Kamu juga berkata, ‘Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia mesti melaksanakan sumpahnya.’ 19 Alangkah butanya kamu! Manakah yang lebih mustahak? Persembahan itu atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci? 20 Oleh itu, apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah itu dan demi semua persembahan di atasnya. 21 Apabila seseorang bersumpah demi Rumah Tuhan, dia bersumpah demi rumah itu dan demi Tuhan yang tinggal di situ.+ 22 Apabila seseorang bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Tuhan dan demi Dia yang duduk di atas takhta itu.
23 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua! Kamu memberikan satu persepuluh daripada pudina, adas manis, dan jintan,*+ tetapi kamu tidak mempedulikan hal-hal yang lebih penting dalam Hukum, iaitu keadilan,+ belas kasihan,+ dan kesetiaan. Memberikan satu persepuluh itu penting, tetapi hal-hal yang lain tidak patut diabaikan.+ 24 Hai pemimpin buta,+ agas*+ di dalam minuman kamu tapis, tetapi unta+ kamu telan!
25 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan+ tetapi bahagian dalamnya penuh dengan ketamakan+ dan keinginan hati yang melampau.+ 26 Hai orang Farisi yang buta, bersihkanlah dahulu bahagian dalam cawan dan pinggan, lalu bahagian luarnya juga akan menjadi bersih.
27 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua!+ Kamu seperti kubur bercat putih+ yang nampak cantik dari luar, tetapi di dalam penuh dengan tulang orang mati dan segala macam kenajisan. 28 Demikianlah halnya dengan kamu. Dalam pandangan manusia, kamu seolah-olah melakukan apa yang benar, tetapi hati kamu penuh dengan dusta dan kejahatan.+
29 “Alangkah malangnya kamu, jurutulis hukum dan orang Farisi! Kamu orang yang bermuka dua!+ Kamu membina kubur* untuk para nabi, dan menghiasi makam orang yang melakukan apa yang benar.+ 30 Kamu juga berkata, ‘Seandainya kami hidup pada zaman nenek moyang kami, kami tidak akan terlibat dalam penumpahan darah para nabi.’ 31 Maka, kata-kata kamu sendiri membuktikan bahawa kamu keturunan orang yang membunuh para nabi.+ 32 Jika demikian, selesaikanlah apa yang dimulakan oleh nenek moyang kamu.
33 “Kamu ular dan keturunan ular yang berbisa.+ Bagaimanakah kamu dapat melarikan diri daripada dihakimi lalu dibuang dalam Gehena?*+ 34 Oleh itu, aku akan mengutus nabi,+ orang bijak, dan guru kepada kamu.+ Beberapa orang antara mereka akan kamu bunuh+ dan gantung pada tiang. Ada yang akan kamu cambuk+ di rumah ibadat dan ada pula yang akan kamu aniaya+ dari kota ke kota. 35 Dengan demikian, kamu akan bertanggungjawab atas penumpahan darah semua orang yang melakukan apa yang benar, yang dibunuh di bumi, daripada darah Habel+ sehingga darah Zakharia anak Berekia, yang kamu bunuh di antara Rumah Tuhan dan mazbah.+ 36 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Semua dosa itu akan ditanggung oleh generasi ini.
37 “Yerusalem, Yerusalem, kamu membunuh para nabi dan merejam orang yang diutus kepada kamu.+ Sudah banyak kali aku ingin mengumpulkan anak-anak kamu sepertimana seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya! Tetapi kamu semua tidak mahu.+ 38 Lihatlah, rumah ini* akan terbiar dan diserahkan kepada kamu!+ 39 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mulai sekarang kamu tidak akan melihat aku lagi sehingga kamu berkata, ‘Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!’”*+
24 Semasa Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, murid-muridnya menghampirinya. Mereka menunjukkan bangunan-bangunan Rumah Tuhan kepadanya. 2 Dia berkata kepada mereka, “Kamu nampak semua bangunan ini, bukan? Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Batu-batu di sini pasti dirobohkan sehingga satu batu pun tidak akan tersusun di atas batu yang lain.”+
3 Semasa dia duduk di atas Gunung Zaitun, murid-muridnya datang kepadanya ketika tiada orang lain di situ. Mereka bertanya, “Beritahulah kami bila hal-hal ini akan berlaku, dan apakah tanda bagi kehadiranmu*+ dan penghujung sistem ini?”*+
4 Lalu Yesus menjawab, “Berhati-hatilah supaya tiada orang menyesatkan kamu.+ 5 Ramai orang akan datang dengan namaku dan berkata, ‘Akulah Kristus,’ dan menyesatkan banyak orang.+ 6 Kamu akan mendengar tentang peperangan di pelbagai tempat tetapi janganlah takut. Semua perkara ini mesti berlaku, tetapi akhir masih belum tiba.+
7 “Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan+ yang lain. Kebuluran+ dan gempa bumi akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.+ 8 Semua perkara ini hanyalah permulaan kesusahan, seperti kesakitan yang dialami oleh seorang wanita yang akan bersalin.
9 “Pada masa itu, orang akan menganiaya+ dan membunuh kamu.+ Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana namaku.+ 10 Tambahan lagi, ramai orang akan tersandung. Mereka akan mengkhianati dan membenci satu sama lain. 11 Banyak nabi palsu akan muncul dan menyesatkan banyak orang.+ 12 Oleh sebab kejahatan semakin bertambah, kasih kebanyakan orang akan mendingin. 13 Tetapi sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.+ 14 Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa.+ Kemudian, barulah akhir akan datang.
15 “Sebaik sahaja kamu nampak benda jijik yang membawa kemusnahan yang disebut oleh Nabi Daniel berdiri di tempat yang suci+ (hendaklah pembaca menggunakan daya penilaian untuk memahami hal ini), 16 hendaklah mereka yang berada di Yudea melarikan diri ke kawasan pergunungan.+ 17 Hendaklah orang yang berada di bumbung rumah* tidak turun untuk mengambil barang dari rumah. 18 Begitu juga, hendaklah orang yang berada di ladang tidak balik untuk mengambil jubah luar. 19 Alangkah malangnya wanita yang hamil dan ibu yang menyusui bayi pada masa itu! 20 Teruslah berdoa agar kamu tidak perlu melarikan diri semasa musim sejuk atau pada hari Sabat, 21 kerana akan berlakunya kesengsaraan besar+ yang tidak pernah berlaku semenjak permulaan dunia sehingga sekarang, dan yang tidak akan berlaku lagi.+ 22 Sebenarnya, jika tempoh masa itu tidak dipendekkan, tiada seorang pun yang dapat diselamatkan. Tetapi disebabkan umat yang terpilih, masa itu akan dipendekkan.+
23 “Ketika itu, jika ada orang berkata kepada kamu, ‘Lihatlah! Kristus di sini,’+ atau, ‘Kristus di situ!’ janganlah kamu mempercayai mereka,+ 24 kerana Kristus palsu dan nabi palsu+ akan muncul. Mereka akan melakukan keajaiban dan mukjizat yang hebat agar dapat menyesatkan orang.+ Jika mungkin, mereka bahkan ingin menyesatkan umat Tuhan yang terpilih. 25 Lihatlah! Aku sudah memberi kamu amaran sebelum hal ini berlaku. 26 Maka, jika orang memberitahu kamu, ‘Lihatlah! Dia berada di padang belantara,’ janganlah keluar. Jika mereka berkata, ‘Lihatlah! Dia berada di suatu tempat yang rahsia,’ janganlah mempercayai mereka,+ 27 kerana kehadiran* Anak Manusia adalah seperti kilat yang memancar dari timur ke barat.+ 28 Di mana ada bangkai, di situlah burung helang akan berkumpul.+
29 “Sejurus selepas kesengsaraan pada hari itu, matahari akan menjadi gelap+ dan bulan tidak akan bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa-kuasa di langit akan digoncang.+ 30 Tanda Anak Manusia akan muncul di langit dan semua suku bangsa di bumi akan memukul dada dengan sedih.+ Mereka akan melihat Anak Manusia+ datang di atas awan* dengan kuasa dan kemuliaan yang besar.+ 31 Trompet akan dibunyikan dengan kuat dan dia akan mengutus malaikat-malaikatnya ke empat arah mata angin untuk mengumpulkan umatnya yang terpilih dari satu hujung langit ke hujung yang lain.+
32 “Belajarlah daripada perumpamaan tentang pokok ara: Sebaik sahaja dahan muda yang lembut mula mengeluarkan daun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.+ 33 Demikian juga, apabila kamu melihat semua perkara ini, ketahuilah bahawa dia sudah berada di ambang pintu.+ 34 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu bahawa generasi ini tidak akan lenyap sehingga semua perkara ini berlaku. 35 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kataku tidak akan lenyap sama sekali.+
36 “Tiada seorang pun yang tahu hari atau waktunya,*+ baik malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu.+ 37 Sebagaimana keadaannya pada zaman Nuh,+ begitulah keadaannya semasa kehadiran* Anak Manusia.+ 38 Sebelum Banjir melanda, orang makan dan minum, lelaki dan wanita berkahwin, sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera.*+ 39 Mereka tidak ambil peduli, sehingga Banjir melanda dan melenyapkan mereka semua.+ Begitulah keadaannya semasa kehadiran Anak Manusia. 40 Pada masa itu, dua orang lelaki bekerja di ladang; seorang akan dibawa pergi, manakala seorang lagi ditinggalkan. 41 Dua orang wanita mengisar gandum; seorang akan dibawa pergi, manakala seorang lagi ditinggalkan.+ 42 Maka, teruslah berjaga-jaga, kerana kamu tidak tahu bila Tuan kamu akan datang.+
43 “Tetapi ketahuilah hal ini: Jika tuan rumah tahu pada jam berapa pencuri akan datang,+ dia akan terus berjaga sepanjang malam dan tidak membenarkan pencuri pecah masuk ke dalam rumahnya.+ 44 Oleh itu, pastikan bahawa kamu bersedia,+ kerana Anak Manusia akan datang pada waktu yang tidak kamu jangkakan.
45 “Siapakah sebenarnya hamba yang setia dan bijaksana,* yang dilantik oleh tuannya untuk menjaga hamba-hamba lain dan untuk memberi mereka makanan pada masa yang sesuai?+ 46 Alangkah bahagianya hamba itu jika tuannya datang dan mendapati bahawa dia sedang menjalankan tugasnya!+ 47 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Dia akan melantik hamba itu untuk mengurus segala hartanya.
48 “Tetapi jika hamba yang jahat itu berkata dalam hatinya, ‘Masih lama lagi sebelum tuanku balik,’+ 49 lalu dia mula memukul hamba-hamba yang lain dan makan serta minum dengan para pemabuk, 50 tuan kepada hamba itu akan datang pada hari yang tidak dijangkakannya dan pada masa yang tidak diketahuinya.+ 51 Kemudian, tuannya akan menjatuhkan hukuman yang berat sekali atasnya dan membuangnya bersama orang yang bermuka dua. Di situlah dia akan meratap dan menggertakkan gigi.+
25 “Pada masa itu, Kerajaan di syurga adalah seperti 10 orang anak dara yang mengambil pelita mereka+ dan keluar untuk menyambut pengantin lelaki.+ 2 Lima orang daripada mereka bodoh, dan lima orang lagi bijaksana.+ 3 Anak dara yang bodoh membawa pelita tetapi tidak membawa minyak tambahan, 4 manakala anak dara yang bijaksana membawa pelita dan bekas berisi minyak. 5 Memandangkan pengantin lelaki lambat datang, mereka semua mengantuk lalu tertidur. 6 Pada tengah malam, ada orang berseru, ‘Itu dia pengantin lelaki! Pergilah menyambutnya.’ 7 Semua anak dara itu bangun dan menyediakan pelita mereka.+ 8 Anak dara yang bodoh berkata kepada anak dara yang bijaksana, ‘Berilah kami sedikit minyak kerana pelita kami hampir padam.’ 9 Anak dara yang bijaksana menjawab, ‘Mungkin bekalan minyak kami tidak cukup untuk kita semua. Pergilah dan belilah minyak daripada mereka yang menjualnya.’ 10 Semasa mereka bertolak untuk membeli minyak, pengantin lelaki sampai. Anak-anak dara yang sudah bersedia mengikutnya ke dalam rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan,+ lalu pintu ditutup. 11 Kemudian, anak dara yang lain tiba lalu berkata, ‘Tuan, Tuan, bukalah pintu untuk kami!’+ 12 Pengantin lelaki menjawab, ‘Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Aku tidak mengenal kamu.’
13 “Maka, teruslah berjaga-jaga,+ kerana kamu semua tidak tahu hari atau waktunya.+
14 “Tambahan lagi, Kerajaan di syurga bagaikan seorang lelaki yang akan berangkat ke luar negeri. Dia memanggil hamba-hambanya dan mengamanahkan hartanya kepada mereka.+ 15 Berdasarkan kebolehan masing-masing, dia memberi seorang hamba lima talenta,* seorang dua talenta, dan seorang lagi satu talenta. Kemudian dia berangkat ke luar negeri. 16 Hamba yang menerima lima talenta itu segera pergi berniaga lalu mendapat lima talenta lagi. 17 Begitu juga, hamba yang menerima dua talenta mendapat dua talenta lagi. 18 Tetapi hamba yang menerima satu talenta sahaja pergi dan menggali lubang di tanah lalu menyembunyikan wang perak tuannya.
19 “Setelah sekian lama, tuan kepada hamba-hamba itu kembali untuk memeriksa apa yang telah dilakukan oleh mereka dengan wangnya.+ 20 Jadi, hamba yang menerima lima talenta tampil dan membawa lima talenta lagi lalu berkata, ‘Tuan telah mengamanahkan lima talenta kepada hamba. Lihatlah, hamba sudah mendapat lima talenta lagi.’+ 21 Tuannya berkata, ‘Bagus, hamba yang baik dan setia! Kamu menguruskan hal yang kecil dengan setia. Jadi, aku akan melantik kamu untuk menguruskan lebih banyak hal.+ Bersukacitalah bersama tuanmu.’+ 22 Kemudian, hamba yang menerima dua talenta tampil dan berkata, ‘Tuan telah mengamanahkan dua talenta kepada hamba. Lihatlah, hamba sudah mendapat dua talenta lagi.’+ 23 Tuannya berkata, ‘Bagus, hamba yang baik dan setia! Kamu menguruskan hal yang kecil dengan setia. Jadi, aku akan melantik kamu untuk menguruskan lebih banyak hal. Bersukacitalah bersama tuanmu.’
24 “Akhirnya, hamba yang menerima satu talenta tampil dan berkata, ‘Hamba tahu tuan seorang yang amat tegas. Tuan menuai meskipun tidak menanam, dan memungut hasil meskipun tidak mengusahakannya.+ 25 Jadi hamba berasa takut dan pergi menyembunyikan talenta tuan di dalam tanah. Lihat, inilah milik tuan.’ 26 Tuannya berkata, ‘Kamu hamba yang jahat dan malas. Kamu tahu bahawa aku menuai meskipun tidak menanam, dan memungut hasil meskipun tidak mengusahakannya, bukan? 27 Kalau begitu, kamu sepatutnya menyimpan wang perakku di bank supaya apabila aku pulang, aku dapat menerima wangku dengan bunganya.
28 “‘Oleh itu, ambillah talentanya dan berikannya kepada hamba yang mempunyai 10 talenta.+ 29 Bagi setiap orang yang mempunyai sesuatu, dia akan diberi lebih banyak supaya dia memilikinya dengan melimpah. Tetapi bagi orang yang tiada apa-apa, bahkan apa yang dimilikinya juga akan diambil daripadanya.+ 30 Sekarang, buanglah hamba yang tidak berguna itu ke tempat yang gelap di luar. Di situ dia akan menangis dan menggertakkan gigi.’
31 “Apabila Anak Manusia+ datang dalam kemuliaannya dengan semua malaikat,+ dia akan duduk di atas takhtanya yang agung. 32 Semua bangsa akan dikumpulkan di hadapannya, dan dia akan memisahkan orang menjadi dua kumpulan, sepertimana seorang gembala memisahkan biri-biri daripada kambing. 33 Dia akan meletakkan biri-biri+ di sebelah kanannya tetapi kambing di sebelah kirinya.+
34 “Kemudian Raja akan berkata kepada mereka yang ada di sebelah kanannya, ‘Marilah, kamu yang telah diberkati oleh Bapaku. Warisilah Kerajaan Tuhan yang telah disediakan untuk kamu sejak dunia diasaskan.* 35 Semasa aku lapar, kamu memberi aku makanan; aku dahaga dan kamu memberi aku minuman. Kamu tidak mengenal aku, tetapi kamu menyambut aku ke dalam rumahmu.+ 36 Aku tidak berpakaian* tetapi kamu memberi aku pakaian.+ Aku jatuh sakit dan kamu menjaga aku. Aku dipenjarakan dan kamu datang melawat aku.’+ 37 Orang yang melakukan apa yang benar akan menjawabnya, ‘Tuan, bilakah kami nampak Tuan lapar lalu memberi Tuan makanan, atau nampak Tuan dahaga lalu memberi Tuan minuman?+ 38 Bilakah kami menyambut Tuan ke dalam rumah meskipun kami tidak mengenal Tuan, atau nampak Tuan tidak berpakaian lalu memberi Tuan pakaian? 39 Bilakah kami nampak Tuan sakit atau dipenjarakan lalu melawat Tuan?’ 40 Maka Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Apa sahaja yang kamu lakukan untuk salah seorang daripada saudaraku yang paling kecil, kamu lakukannya untukku.’+
41 “Kemudian dia akan berkata kepada mereka yang ada di sebelah kirinya, ‘Pergilah dari sini,+ hai orang yang terkutuk! Pergilah ke dalam api kekal+ yang disediakan untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya.+ 42 Semasa aku lapar, kamu tidak memberi aku makanan; aku dahaga tetapi kamu tidak memberi aku minuman. 43 Aku tidak kamu kenali, tetapi kamu tidak menyambut aku ke dalam rumahmu. Aku tidak berpakaian tetapi kamu tidak memberi aku pakaian. Aku jatuh sakit dan dipenjarakan tetapi kamu tidak menjaga aku.’ 44 Mereka juga akan menjawab, ‘Tuan, bilakah kami nampak Tuan lapar, atau dahaga, atau sebagai orang yang tidak dikenali, atau tidak berpakaian, atau sakit, atau dipenjarakan, tetapi tidak menolong Tuan?’ 45 Maka dia akan menjawab, ‘Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Apa sahaja yang tidak kamu lakukan untuk salah seorang daripada saudaraku yang paling kecil, kamu tidak lakukannya untukku.’+ 46 Orang sebegini akan mati selama-lamanya,+ tetapi orang yang melakukan apa yang benar akan hidup selama-lamanya.”+
26 Selepas Yesus mengatakan semua ini, dia berkata kepada murid-muridnya, 2 “Kamu tahu bahawa dua hari lagi, Perayaan Paska* akan disambut+ dan Anak Manusia akan diserahkan kepada musuh untuk dihukum bunuh pada tiang.”+
3 Selepas itu, ketua-ketua imam dan para pemimpin orang Yahudi berkumpul di halaman rumah Imam Agung Kayafas.+ 4 Mereka berkomplot+ untuk menangkap Yesus dengan cara yang licik dan membunuhnya. 5 Tetapi mereka berkata, “Kita tidak patut melakukannya semasa perayaan supaya orang ramai tidak menimbulkan huru-hara.”
6 Semasa Yesus berada di Betania, di rumah Simon yang dahulunya menghidap penyakit kusta,+ 7 seorang wanita datang kepadanya sambil membawa sebuah botol* berisi minyak wangi yang mahal. Wanita tersebut menuangkan minyak itu ke atas kepala Yesus semasa dia sedang makan.* 8 Murid-murid Yesus nampak hal ini lalu naik marah. Mereka berkata, “Mengapakah dia membazirkan minyak itu? 9 Minyak wangi itu dapat dijual dengan harga yang tinggi dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin.” 10 Yesus tahu apa yang sedang dibincangkan oleh mereka. Jadi dia berkata, “Mengapakah kamu menyusahkan wanita ini? Dia melakukan sesuatu yang baik untuk aku. 11 Orang miskin sentiasa ada bersama kamu,+ tetapi aku tidak akan sentiasa bersama kamu.+ 12 Semasa wanita ini menuangkan minyak wangi pada tubuhku, dia sedang membuat persiapan untuk pengebumianku.+ 13 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Di mana sahaja berita baik disebarkan di seluruh dunia, perbuatan wanita ini juga akan diceritakan untuk mengenang dia.”+
14 Kemudian, salah seorang daripada 12 orang rasul yang bernama Yudas Iskariot+ pergi berjumpa dengan ketua-ketua imam.+ 15 Dia berkata, “Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku mengkhianati Yesus dan menyerahkannya kepada kamu?”+ Mereka berjanji untuk memberinya 30 keping wang perak.+ 16 Sejak itu, dia asyik mencari kesempatan yang baik untuk mengkhianati Yesus.
17 Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi,+ murid-murid Yesus menghampirinya lalu bertanya, “Di manakah Guru mahu kami membuat persiapan untuk jamuan Paska?”+ 18 Dia menjawab, “Pergilah berjumpa dengan seorang lelaki di kota. Beritahulah dia, ‘Guru berkata, “Masa yang ditetapkan untuk aku sudah dekat. Aku akan menyambut Perayaan Paska dengan murid-muridku di rumahmu.”’” 19 Murid-murid Yesus melakukan apa yang disuruh oleh Yesus dan membuat persiapan untuk menyambut Perayaan Paska.
20 Pada lewat petang,+ dia duduk dan makan di meja bersama-sama 12 orang muridnya.+ 21 Sementara mereka makan, dia berkata, “Ketahuilah: Salah seorang daripada kamu akan mengkhianati aku.”+ 22 Murid-muridnya sangat sedih ketika mendengarnya, maka seorang demi seorang mula bertanya, “Tuan, adakah aku orangnya?” 23 Yesus menjawab, “Orang yang mengambil makanan daripada mangkuk yang sama dengan aku akan mengkhianati aku.+ 24 Seperti yang tertulis, Anak Manusia memang akan mati. Tetapi malanglah+ orang yang mengkhianati Anak Manusia!+ Lebih baik jika orang itu tidak dilahirkan.”+ 25 Yudas yang akan mengkhianati Yesus berkata, “Rabbi, adakah aku orangnya?” Yesus menjawab, “Kamu sendiri tahu jawapannya.”
26 Sementara mereka makan, Yesus mengambil roti lalu mengucapkan syukur. Dia membahagikan roti itu+ dan memberikannya kepada murid-muridnya sambil berkata, “Ambillah dan makan. Roti ini melambangkan tubuhku.”+ 27 Kemudian, dia mengambil sebuah cawan. Selepas mengucapkan syukur, dia memberikan cawan itu kepada mereka sambil berkata, “Kamu semua, minumlah daripada cawan ini.+ 28 Wain di dalam cawan ini melambangkan ‘darah+ perjanjian’+ aku yang akan dicurahkan supaya dosa banyak orang+ diampunkan.+ 29 Tetapi aku berkata kepada kamu: Mulai sekarang, aku tidak akan minum wain lagi sehingga hari aku minum wain baharu bersama kamu dalam Kerajaan Bapaku.”+ 30 Akhirnya, selepas mereka menyanyikan lagu pujian,* mereka bertolak ke Gunung Zaitun.+
31 Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Malam ini, kamu semua akan tersandung kerana apa yang bakal menimpa aku. Hal ini demikian kerana ada tertulis, ‘Aku akan menyerang gembala, dan kawanan bebirinya akan berselerak ke merata tempat.’+ 32 Tetapi selepas aku dibangkitkan, aku akan mendahului kamu untuk pergi ke Galilea.”+ 33 Namun Petrus berkata kepadanya, “Walaupun mereka semua tersandung kerana apa yang bakal menimpa Guru, aku sama sekali tidak akan tersandung!”+ 34 Yesus berkata kepadanya, “Ketahuilah: Pada malam ini, sebelum ayam jantan berkokok, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.”+ 35 Petrus berkata kepadanya, “Biarpun aku terpaksa mati bersamamu, aku tidak akan menafikan bahawa aku mengenalmu.”+ Murid-murid yang lain juga mengatakan hal yang sama.
36 Kemudian Yesus pergi bersama mereka ke tempat yang bernama Getsemani.+ Dia berkata kepada murid-muridnya, “Duduklah di sini sementara aku pergi ke sana untuk berdoa.”+ 37 Dia membawa Petrus dan dua orang anak Zebedeus bersamanya. Pada masa itu, dia berasa sedih dan sangat gelisah.+ 38 Dia berkata kepada mereka, “Aku sedih sekali sehingga hendak mati rasanya. Teruslah berada di sini dan berjaga-jagalah bersamaku.”+ 39 Dia pergi jauh sedikit daripada mereka lalu bersujud dan berdoa,+ “Bapaku, jika boleh, jauhkanlah cawan ini+ daripadaku. Namun, janganlah turut kehendakku, tetapi turutlah kehendak-Mu.”+
40 Semasa dia kembali, dia mendapati bahawa murid-muridnya sedang tidur. Maka, dia berkata kepada Petrus, “Tidak dapatkah kamu semua berjaga-jaga bersama aku selama satu jam?+ 41 Teruslah berjaga-jaga+ dan berdoa+ supaya kamu semua tidak terjerat oleh godaan.+ Sememangnya, hati ingin membuat apa yang benar tetapi tubuh* lemah.”+ 42 Buat kali kedua, dia pergi dan berdoa, “Bapaku, jika cawan ini tidak boleh diambil daripadaku, dan aku harus minum daripadanya, biarlah kehendak-Mu berlaku.”+ 43 Sekali lagi, dia kembali dan mendapati bahawa mereka sedang tidur kerana kelopak mata mereka terasa sangat berat. 44 Jadi dia meninggalkan mereka dan pergi berdoa tentang hal yang sama untuk kali ketiga. 45 Kemudian dia kembali dan berkata kepada murid-muridnya, “Adakah kamu masih tidur dan berehat pada saat genting ini? Lihatlah! Masanya sudah dekat untuk Anak Manusia dikhianati dan diserahkan ke dalam tangan pendosa. 46 Bangunlah, mari kita pergi. Lihatlah! Pengkhianatku sudah dekat.” 47 Sementara dia masih bercakap, salah seorang daripada 12 orang rasul yang bernama Yudas tiba. Bersamanya terdapat ramai orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka diutus oleh ketua-ketua imam dan para pemimpin orang Yahudi.+
48 Pengkhianatnya telah memberi mereka satu tanda dengan berkata, “Sesiapa yang aku cium, dialah orang yang kamu cari. Tangkaplah dia.” 49 Apabila Yudas tiba, dia terus menghampiri Yesus dan berkata, “Salam sejahtera, Rabbi!” lalu menciumnya. 50 Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Mengapakah kamu datang?”+ Kemudian mereka melangkah ke depan dan menangkap Yesus. 51 Tiba-tiba, salah seorang murid Yesus menghunus pedangnya dan menyerang hamba imam agung lalu mengerat telinganya.+ 52 Tetapi Yesus berkata kepada dia, “Sarungkanlah pedangmu.+ Orang yang menggunakan pedang akan dibinasakan oleh pedang.+ 53 Adakah kamu menyangka bahawa aku tidak boleh merayu kepada Bapaku supaya mengutus lebih daripada 12 pasukan* malaikat sekarang juga?+ 54 Tetapi jika aku berbuat demikian, bagaimanakah Ayat-Ayat Suci yang menyatakan bahawa perkara ini mesti berlaku dapat menjadi kenyataan?” 55 Kemudian Yesus berkata kepada orang ramai di situ, “Adakah kamu datang dengan membawa pedang dan belantan untuk menangkap aku seperti menangkap seorang perompak? Tiap-tiap hari aku duduk sambil mengajar di Rumah Tuhan.+ Namun, kamu tidak menangkap aku.+ 56 Tetapi semua ini berlaku supaya apa yang ditulis oleh para nabi menjadi kenyataan.”+ Ketika itu, semua muridnya meninggalkannya lalu melarikan diri.+
57 Orang yang menangkap Yesus membawanya kepada Imam Agung Kayafas.+ Jurutulis hukum dan pemimpin orang Yahudi sudah berkumpul di situ.+ 58 Tetapi Petrus mengikut Yesus dari jauh sampai ke halaman dalam rumah imam agung. Dia masuk dan duduk bersama hamba-hamba di situ untuk melihat apa yang akan berlaku.+
59 Sementara itu, para ketua imam dan seluruh Majlis Orang Yahudi mencari saksi palsu untuk menuduh Yesus supaya mereka dapat membunuhnya.+ 60 Walaupun banyak saksi palsu tampil, mereka tidak menjumpai apa-apa bukti.+ Kemudian, dua orang tampil 61 dan berkata, “Lelaki ini berkata, ‘Aku dapat merobohkan Rumah Tuhan dan membinanya semula dalam masa tiga hari.’”+ 62 Imam agung pun berdiri dan berkata kepada Yesus, “Mengapakah kamu tidak menjawab? Tidakkah kamu mendengar tuduhan yang dilontarkan terhadap kamu?”+ 63 Tetapi Yesus terus membisu.+ Jadi imam agung berkata kepadanya, “Bersumpahlah demi Tuhan yang hidup dan beritahulah kami sama ada kamu ialah Kristus, iaitu Anak Tuhan, atau tidak!”+ 64 Yesus berkata kepadanya, “Kamu sendiri yang mengatakannya. Namun aku berkata kepada kamu semua: Mulai sekarang, kamu akan melihat Anak Manusia+ datang atas awan di langit+ dan duduk di sebelah kanan+ Dia Yang Berkuasa.” 65 Imam agung mengoyakkan jubah luarnya lalu berkata, “Dia telah menghina Tuhan! Adakah kita memerlukan saksi lagi? Kamu semua sudah mendengar kata-katanya yang menghina Tuhan. 66 Apakah pendapat kamu?” Mereka menjawab, “Dia patut mati.”+ 67 Kemudian mereka meludahi mukanya+ dan menumbuknya.+ Orang lain pula menampar mukanya+ 68 dan berkata, “Wahai Kristus, bukankah kamu seorang nabi? Beritahulah kami siapa yang memukul kamu.”
69 Semasa Petrus duduk di halaman dalam, seorang hamba perempuan datang kepadanya dan berkata, “Kamu juga bersama dengan Yesus, orang Galilea itu!”+ 70 Tetapi dia menafikan hal itu di hadapan mereka semua dan berkata, “Aku tidak faham apa maksud kamu.” 71 Selepas dia pergi ke kawasan berhampiran pagar, seorang lagi hamba perempuan melihatnya dan berkata kepada orang di situ, “Lelaki ini bersama dengan Yesus, orang Nasaret itu.”+ 72 Sekali lagi dia menafikan hal itu dan bersumpah, “Aku tidak kenal lelaki itu!” 73 Tidak lama kemudian, mereka yang berdiri di situ datang kepada Petrus dan berkata, “Tentu kamu juga salah seorang daripada mereka kerana loghat kamu membuktikannya.” 74 Lalu Petrus bersumpah, “Terkutuklah aku jika aku berdusta! Aku tidak kenal lelaki itu!” Pada saat itu juga, seekor ayam jantan berkokok. 75 Lalu Petrus teringat kata-kata Yesus, “Sebelum ayam jantan berkokok, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.”+ Dia pun keluar dan menangis tersedu-sedu.
27 Pada waktu pagi, semua ketua imam dan pemimpin orang Yahudi bermesyuarat untuk mencari jalan supaya dapat membunuh Yesus.+ 2 Setelah mengikat tangan Yesus, mereka menyerahkannya kepada Pilatus, iaitu gabenor Yudea.+
3 Yudas, yang telah mengkhianati Yesus, berasa sesal setelah mengetahui bahawa Yesus dijatuhi hukuman mati. Oleh itu, dia memulangkan 30 keping wang perak itu kepada ketua-ketua imam dan para pemimpin orang Yahudi,+ 4 lalu berkata, “Aku sudah berdosa apabila aku mengkhianati orang* yang tidak bersalah.” Mereka berkata, “Hal itu tidak ada kena-mengena dengan kami. Itu urusan kamu!” 5 Maka dia membuang wang perak itu ke dalam Rumah Tuhan lalu beredar. Kemudian, dia pergi menggantung diri.+ 6 Ketua-ketua imam mengambil wang perak itu dan berkata, “Wang ini ialah bayaran untuk darah yang ditumpahkan. Jadi, wang ini tidak boleh diletakkan di tempat penyimpanan harta di Rumah Tuhan.” 7 Selepas berbincang, mereka menggunakan wang itu untuk membeli tanah tukang tembikar sebagai tempat pengebumian orang asing. 8 Oleh itu, tanah itu dipanggil “Tanah Darah”+ sehingga hari ini. 9 Dengan ini, terjadilah apa yang dikatakan menerusi Nabi Yeremia, “Mereka mengambil 30 keping wang perak, iaitu harga yang ditetapkan oleh beberapa orang Israel sebagai bayaran untuknya. 10 Mereka menggunakan wang itu untuk membeli tanah tukang tembikar, menurut apa yang diperintahkan oleh Yehuwa* kepadaku.”+
11 Yesus berdiri di hadapan Gabenor Pilatus. Gabenor itu bertanya kepadanya, “Adakah kamu Raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Kamu sendiri yang mengatakannya.”+ 12 Tetapi semasa Yesus dituduh oleh para ketua imam dan pemimpin orang Yahudi, dia membisu sahaja.+ 13 Maka Pilatus berkata kepadanya, “Tidakkah kamu mendengar tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu?” 14 Namun, Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Oleh itu, Gabenor Pilatus berasa sangat hairan.
15 Pada setiap Perayaan Paska, gabenor biasanya membebaskan seorang tahanan yang dikehendaki orang ramai.+ 16 Pada masa itu, terdapat seorang tahanan yang bernama Barabas. Dia seorang penjenayah yang terkenal. 17 Apabila mereka berkumpul, Pilatus bertanya kepada mereka, “Siapakah yang kamu mahu aku bebaskan, Barabas atau Yesus yang digelar Kristus?” 18 Pilatus tahu bahawa mereka menyerahkan Yesus kepadanya kerana mereka iri hati. 19 Lagipun, semasa dia duduk di tempat pengadilan, isterinya menghantar orang untuk memberitahunya, “Janganlah mencampuri urusan orang baik itu. Hari ini aku cukup menderita dalam mimpi kerana dia.” 20 Tetapi para ketua imam dan pemimpin orang Yahudi menghasut orang ramai untuk meminta agar Barabas dibebaskan+ dan Yesus dibunuh.+ 21 Oleh itu, semasa Gabenor Pilatus bertanya kepada mereka, “Siapakah antara dua orang ini yang kamu mahu aku bebaskan?” mereka menjawab, “Barabas.” 22 Pilatus berkata, “Jika begitu, apakah yang harus aku lakukan terhadap Yesus yang digelar Kristus?” Mereka semua berkata, “Bunuhlah dia pada tiang!”+ 23 Dia berkata, “Mengapa? Apakah kesalahannya?” Namun mereka berteriak dengan lebih kuat lagi, “Bunuhlah dia pada tiang!”+
24 Pilatus sedar bahawa usahanya bukan sahaja tidak berhasil, malah menimbulkan kekecohan. Maka dia mengambil air lalu membasuh tangannya di hadapan orang ramai sambil berkata, “Aku tidak bertanggungjawab atas kematian* lelaki ini. Kamulah yang mesti bertanggungjawab.” 25 Semua orang menjawab, “Biarlah kami dan anak-anak kami yang bertanggungjawab atas kematiannya.”*+ 26 Maka dia membebaskan Barabas tetapi mengarahkan supaya Yesus dicambuk.+ Kemudian, dia menyerahkannya kepada askar-askar untuk dihukum bunuh pada tiang.+
27 Maka askar-askar Gabenor Pilatus membawa Yesus ke kediaman gabenor. Semua askar disuruh berkumpul di sekeliling Yesus.+ 28 Mereka menanggalkan jubahnya lalu mengenakan kain merah marak padanya.+ 29 Mereka membuat mahkota daripada duri dan meletakkannya di atas kepala Yesus dan meletakkan sebatang kayu di tangan kanannya. Untuk mengejek dia, mereka melutut di hadapannya dan berkata, “Salam sejahtera, hai Raja orang Yahudi!” 30 Kemudian, mereka meludahinya+ dan mula memukul kepalanya dengan kayu itu. 31 Setelah mengejek Yesus, mereka menanggalkan kain itu dan mengenakan jubah luarnya padanya. Kemudian mereka membawa dia untuk dipakukan pada tiang.+
32 Semasa mereka sedang keluar dari situ, mereka berjumpa dengan Simon yang berasal dari Kirene. Mereka mengarahkan dia untuk mengangkat tiang seksaan* Yesus.+ 33 Kemudian mereka tiba di sebuah tempat yang dipanggil Golgota, yang bererti “Tempat Tengkorak.”+ 34 Mereka memberi Yesus wain yang bercampur bahan pahit untuk diminum.+ Tetapi selepas merasa minuman itu, dia enggan meminumnya. 35 Setelah memakukannya pada tiang, mereka membahagi-bahagikan jubah luarnya dengan membuang undi.+ 36 Mereka duduk dan berkawal di sana. 37 Di sebelah atas kepala Yesus, mereka juga memasang sekeping papan. Pada papan itu tertulis tuduhan berikut: “Inilah Yesus, Raja orang Yahudi.”+
38 Terdapat juga dua orang perompak yang dihukum bunuh pada tiang bersama Yesus, seorang di sebelah kanannya dan seorang lagi di sebelah kirinya.+ 39 Orang yang lalu di situ mula mencemuhnya.+ Sambil menggelengkan kepala,+ 40 mereka berkata, “Cis, kamu berkata bahawa kamu dapat merobohkan Rumah Tuhan dan membinanya semula dalam masa tiga hari!+ Selamatkanlah dirimu sendiri! Jika kamu anak Tuhan, turunlah dari tiang seksaan* itu!”+ 41 Dalam cara yang sama, para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi mula mentertawakannya dan berkata,+ 42 “Dia menyelamatkan orang lain tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! Jika dia Raja orang Israel,+ biarlah dia turun dari tiang seksaan* sekarang dan kita akan percaya kepadanya. 43 Dia percaya kepada Tuhan. Oleh itu, jika Tuhan berkenan kepadanya, biarlah Tuhan menyelamatkannya,+ kerana dia berkata, ‘Aku Anak Tuhan.’”+ 44 Bahkan perompak-perompak yang dihukum pada tiang bersamanya menghinanya dengan cara yang sama.+
45 Dari sekitar jam 12 tengah hari* sehingga jam 3 petang,* seluruh bumi menjadi gelap.+ 46 Kira-kira pada jam tiga petang, Yesus berseru dengan suara yang lantang, “Eli, Eli, lama sabakhtani?” yang bermaksud, “Tuhanku, Tuhanku, mengapakah Engkau meninggalkan aku?”+ 47 Apabila beberapa orang yang berdiri di situ mendengarnya, mereka mula berkata, “Dia sedang memanggil Elia.”+ 48 Salah seorang daripada mereka segera berlari untuk mengambil span lalu merendamkannya ke dalam wain masam. Dia menggunakan sebatang kayu untuk menghulurkan span itu kepada Yesus supaya dia dapat minum.+ 49 Tetapi yang lain berkata, “Biarkan dia! Mari kita lihat sama ada Elia akan datang untuk menyelamatkannya atau tidak.” 50 Sekali lagi Yesus berseru dengan suara lantang lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.+
51 Ketika itu, tirai di Rumah Tuhan+ koyak menjadi dua+ dari atas sampai ke bawah.+ Bumi bergoncang dan batu-batu terbelah. 52 Kubur-kubur* terbuka lalu banyak mayat umat suci yang telah tidur dalam kematian tercampak keluar, 53 dan banyak orang telah melihat mereka.* (Selepas Yesus dibangkitkan, ada orang yang lalu di kuburan dan masuk ke dalam kota suci.*) 54 Semasa pegawai tentera dan mereka yang mengawal Yesus nampak gempa bumi dan semua perkara yang berlaku, mereka menjadi sangat takut lalu berkata, “Dia sememangnya Anak Tuhan.”+
55 Di situ ada juga banyak wanita yang sedang memandang dari jauh. Mereka telah mengikut Yesus dari Galilea untuk menolong dia.+ 56 Maria Magdalena, Maria, iaitu ibu kepada Yakobus dan Yoses, dan ibu kepada anak-anak Zebedeus,+ juga berada di situ.
57 Pada waktu petang, seorang lelaki kaya dari Arimatea yang bernama Yusuf datang. Dia juga murid Yesus.+ 58 Dia pergi kepada Pilatus dan meminta mayat Yesus.+ Maka Pilatus memberikan perintah agar mayat Yesus diberikan kepadanya.+ 59 Yusuf mengambil mayat Yesus, membalutnya dengan kain linen bersih yang bermutu tinggi,+ 60 lalu meletakkan mayat Yesus dalam makam baharunya+ yang telah digali di bukit batu. Kemudian, dia menggulingkan sebuah batu besar ke depan pintu masuk makam lalu beredar dari situ. 61 Tetapi Maria Magdalena dan Maria yang seorang lagi masih duduk di depan kubur itu.+
62 Peristiwa-peristiwa itu berlaku pada hari Persiapan.+ Keesokan harinya, para ketua imam dan orang Farisi berkumpul di depan Pilatus 63 dan berkata, “Tuan, kami ingat bahawa semasa penipu itu masih hidup, dia berkata, ‘Selepas tiga hari, aku akan dibangkitkan.’+ 64 Oleh itu perintahkanlah agar kubur itu dikawal ketat sehingga hari ketiga supaya murid-muridnya tidak dapat mencuri mayatnya+ lalu berkata kepada orang, ‘Dia telah dibangkitkan daripada kematian!’ Jika begitu, dusta terakhir ini akan menjadi lebih teruk daripada dusta yang pertama.” 65 Pilatus berkata kepada mereka, “Hantarlah askar ke situ, dan kawallah tempat itu dengan ketat.” 66 Jadi mereka pergi ke situ dan memastikan agar batu penutup kubur ditutup rapat dan dikawal oleh askar.
28 Setelah hari Sabat berlalu, dan matahari mula terbit pada hari Ahad,* Maria Magdalena dan Maria yang seorang lagi pergi melihat kubur Yesus.+
2 Gempa bumi yang dahsyat telah berlaku. Malaikat Yehuwa* turun dari syurga, menggulingkan batu penutup kubur ke tepi, lalu duduk di atas batu itu.+ 3 Rupa malaikat itu terang seperti kilat, dan pakaiannya putih seperti salji.+ 4 Orang yang berkawal di situ begitu takut dan gementar sehingga menjadi seperti orang mati.
5 Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita tersebut, “Janganlah takut. Aku tahu bahawa kamu sedang mencari Yesus yang dihukum bunuh pada tiang.+ 6 Dia tidak ada di sini. Seperti yang dikatakannya, dia sudah dibangkitkan.+ Marilah dan lihatlah tempat mayatnya diletakkan. 7 Selepas itu, cepatlah pergi dan beritahulah murid-muridnya bahawa dia sudah dibangkitkan daripada kematian. Sekarang dia dalam perjalanan ke Galilea,+ dan kamu akan menjumpainya di sana. Ingatlah akan apa yang aku katakan kepada kamu.”+
8 Wanita-wanita itu segera meninggalkan makam Yesus dan berlari untuk memberitahukan hal tersebut kepada murid-murid Yesus. Mereka berasa takut tetapi pada masa yang sama mereka sangat bersukacita.+ 9 Tiba-tiba, Yesus berada di sana lalu berkata, “Salam sejahtera!” Mereka menghampirinya lalu memegang kakinya dan bersujud di depannya. 10 Yesus berkata kepada mereka, “Janganlah takut! Pergilah dan beritahukanlah hal ini kepada saudara-saudaraku. Suruhlah mereka pergi ke Galilea dan di sana mereka akan melihat aku.”
11 Semasa mereka dalam perjalanan, beberapa orang askar+ telah masuk ke dalam kota dan melaporkan segala yang berlaku kepada ketua-ketua imam. 12 Selepas ketua-ketua imam berkumpul dan berbincang dengan pemimpin orang Yahudi, mereka memberikan banyak wang perak kepada beberapa orang askar itu 13 lalu memberitahu mereka, “Kamu harus berkata, ‘Semasa kami tidur pada waktu malam, murid-muridnya datang dan mencuri mayatnya.’+ 14 Janganlah bimbang jika gabenor mendengar hal ini. Kami akan menjelaskan hal itu kepadanya.” 15 Maka askar-askar tersebut mengambil wang perak itu dan berbuat seperti yang disuruh. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih tersebar luas dalam kalangan orang Yahudi.
16 Bagi 11 orang murid Yesus pula, mereka pergi ke sebuah gunung di Galilea+ seperti yang disuruh oleh Yesus.+ 17 Semasa mereka melihatnya, mereka sujud kepadanya, meskipun ada dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. 18 Yesus menghampiri mereka lalu berkata, “Aku sudah diberi kuasa atas segala sesuatu di syurga dan di bumi.+ 19 Maka, pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.+ Baptislah mereka+ atas nama Bapa, Anak, dan kuasa suci Tuhan. 20 Ajarlah mereka mentaati segala yang telah aku perintahkan kepada kamu.+ Ingatlah, aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga penghujung sistem ini.”*+
Atau “salasilah.”
Atau “Mesias; Dia yang Terurap.”
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Dalam terjemahan Kitab Yunani Kristian ini, nama Tuhan, iaitu Yehuwa, muncul sebanyak 237 kali. Inilah kali pertama nama Tuhan muncul. Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “untuk membawa isterimu Maria pulang.”
Sama dengan nama Ibrani Yesua, atau Yosua, yang bermaksud “Yehuwa ialah Penyelamatan.”
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “membawa isterinya pulang.”
Lihat Kamus.
Atau “Mesias; Dia yang Terurap.”
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Lihat Lampiran A5.
Mungkin berasal daripada perkataan Ibrani “tunas.”
Lihat Lampiran A5.
Atau “dibenamkan.”
Mengirik ialah proses memisahkan buah daripada tangkai. Menampi ialah proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam, dan nyiru ialah alat yang digunakan untuk menampi.
Lihat Lampiran A5.
Iaitu, Yerusalem.
Atau “puncak yang tertinggi di.”
Lihat Lampiran A5.
Atau “menyembah aku satu kali.”
Lihat Lampiran A5.
Atau “Wilayah Sepuluh Kota.”
Atau “rendah hati.”
Atau “haus untuk melakukan kehendak Tuhan dan mematuhi perintah-Nya.”
Atau “yang suka berdamai.”
Harfiah, “anak-anak lelaki.”
Atau “bakul penyukat.”
Harfiah, “dia akan dipanggil yang terkecil dalam.”
Harfiah, “dia akan dipanggil yang besar dalam.”
Iaitu, Majlis Orang Yahudi.
Tempat membakar sampah yang terletak di luar Yerusalem. Lihat Kamus.
Harfiah, “kuadrans yang terakhir.” Lihat Lampiran B14.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “bersumpah.”
Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “batu.” Lihat Lampiran B14.
Iaitu, meminjam tanpa faedah.
Harfiah, “anak-anak lelaki.”
Atau “lengkap.”
Harfiah, “roti.”
Harfiah, “hutang.”
Harfiah, “berhutang.”
Iaitu, Syaitan.
Atau “iri hati.”
Harfiah, “1 hasta.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “buah.”
Sejenis binatang di negeri Israel yang menyerupai anjing.
Atau “makam peringatan.”
Pada zaman Bible, semasa makan, orang berbaring di atas kerusi panjang sambil bersandar pada satu siku.
Atau “janganlah bawa baju ganti.”
Atau “mendapat kedamaian.”
Gelaran yang diberikan kepada Syaitan, iaitu ketua roh-roh jahat.
Pada masa itu, kebanyakan rumah mempunyai bumbung yang rata. Orang boleh berjalan, tidur, atau menyambut tetamu, di situ.
Atau “memusnahkan harapan untuk hidup semula.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “1 asarion?” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “pedang.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “mereka yang kecil.”
Harfiah, “tersandung.”
Atau “pasar.”
Perbuatan ini menunjukkan bahawa seseorang sedang berdukacita atau sedang menyesal atas dosa yang dilakukannya.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Iaitu, khemah suci Tuhan.
Gelaran yang diberikan kepada Syaitan.
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Harfiah, “dan berzina!”
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Lalang jenis ini beracun dan kelihatan seperti gandum.
Harfiah, “3 seah.” Lihat Lampiran B14.
Atau mungkin, “sejak dunia diasaskan.”
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Atau “mereka tersandung kerana dia.”
Iaitu, Herodes Antipas. Lihat Kamus.
Harfiah, “berkat.”
Harfiah, “banyak stadium.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “waktu ke-4.” Iaitu, kira-kira pukul 3 pagi sehingga matahari terbit kira-kira pada pukul 6 pagi.
Iaitu, membasuh mengikut upacara agama.
Bentuk jamak bagi perkataan Yunani por·neiʹa. Lihat Kamus.
Iaitu, tanpa membasuh mengikut upacara agama.
Atau “Kanaan.”
Harfiah, “dan berzina.”
Atau “kuasa Kuburan.” Lihat Kamus, “Kuburan.”
Atau “Tuan, kasihanilah dirimu sendiri.”
Lihat Kamus.
Atau “putih.”
Lihat Lampiran A3.
Harfiah, “2 drakma.” Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “wang stater,” yang dianggap sebagai 1 tetradrakma. Lihat Lampiran B14.
Lihat Kamus.
Lihat Lampiran A3.
Atau mungkin, “Bapa kamu.”
Harfiah, “tegurnya.”
Nilainya sama dengan 60,000,000 denari. Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran B14.
Dalam bahasa Yunani, ungkapan ini bermaksud “berpaut erat, seolah-olah melekat pada sesuatu.”
Atau “disatukan di bawah satu kuk.”
Yunani, por·neiʹa. Lihat Kamus.
Atau “supaya dia memberkati mereka.”
Atau “memberkati mereka.”
Atau “lengkap.”
Lihat Lampiran B14.
Harfiah, “jam yang ke-3.”
Atau “pasar.”
Harfiah, “jam yang ke-6.”
Harfiah, “jam yang ke-9.”
Harfiah, “jam yang ke-11.”
Harfiah, “Atau adakah mata kamu jahat?”
Atau “murah hati?”
Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “Syurga.”
Lihat Lampiran A5.
Gelaran bagi maharaja Roma.
Lihat Lampiran B14.
Lihat Lampiran A5.
Lihat Kamus.
Lihat Lampiran A5.
Atau “pasar.”
Atau “Guru.”
Lihat Lampiran A3.
Lihat Kamus.
Rempah-rempah yang digunakan dalam makanan.
Sejenis serangga kecil yang menggigit seperti nyamuk.
Atau “makam peringatan.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “rumah kamu,” iaitu Rumah Tuhan.
Lihat Lampiran A5.
Lihat Kamus.
Atau “zaman ini?” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”
Pada masa itu, kebanyakan rumah mempunyai bumbung yang rata. Orang boleh berjalan, tidur, atau menyambut tetamu, di situ.
Lihat Kamus.
Harfiah, “awan di langit.”
Harfiah, “jamnya.”
Lihat Kamus.
Sebuah kapal besar yang berbentuk seperti kotak yang panjang.
Atau “cermat.”
Lihat Lampiran B14.
Iaitu, sejak anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan.
Atau “Pakaianku tidak cukup.”
Lihat Kamus.
Harfiah, “botol alabaster.” Lihat Kamus, “Alabaster.”
Pada zaman Bible, semasa makan, orang berbaring di atas kerusi panjang sambil bersandar pada satu siku.
Atau “mazmur.”
Merujuk kepada keadaan manusia yang berdosa dan tidak sempurna.
Harfiah, “12 legiun.” Dalam pasukan tentera Roma, ada kira-kira 4,000 hingga 6,000 orang askar dalam 1 legiun.
Harfiah, “darah.”
Lihat Lampiran A5.
Harfiah, “darah.”
Harfiah, “Biarlah darahnya datang ke atas kami dan anak-anak kami.”
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Harfiah, “jam yang ke-6.”
Harfiah, “jam yang ke-9.”
Atau “Makam-makam peringatan.”
Nampaknya, perkataan “mereka” di sini merujuk kepada mayat umat suci yang disebut di ayat 52.
Iaitu, Yerusalem.
Harfiah, “hari pertama dalam seminggu.” Bagi orang Yahudi, hari Ahad ialah hari pertama dalam seminggu.
Lihat Lampiran A5.
Atau “zaman ini.” Lihat Kamus, “Sistem dunia.”